Followers

Saturday 30 April 2011

5
Komen

Suamiku Vampire (cerpen)


                “Encik tak apa-apa,” kata Lidya Alya (remaja, muda dan ketinggian). Dia secara tidak sengaja ternampak seorang lelaki terbaring di tepi keretanya. Muka dia memang nampak seram tapi Lidya kuatkan hatinya.
                “Tak mengapa saya okey,” lembut Danish Aniq (pengetahuan, bijak dan yang kacak lagi menawan hati) berkata kepada wanita yang ingin membantunya. Cantik walaupun bertudung labuh tapi tetap anggun dan bergaya dengan fesyen moden.
                “Tapi muka encik pucat. Mahu saya hantar ke hospital?” pujuk Lidya tetapi lelaki itu still menolak.
                “Awak tolong pimpin saya ke tempat parking kereta saya, boleh?” soal Danish untuk mendapatkan persetujuan Lidya. Lidya hanya mengangguk.
                Lidya memeluk lengan lelaki itu kuat supaya dapat berjalan sama tara denganya. Lidya sempat memerhati wajah lelaki ini. ‘Nampak suci ajer muka dia tapi pada masa yang sama berwajah seram. Matanya yang cantik dengan bulu mata yang panjang. Hidung yang mancung. Warna kulit yang putih langsat. Sungguh kacak. Satu ajer kureng lelaki ini, senyuman’ Lidya sempat mentafsir diri lelaki yang dibantunya.
                Apabila sampai di kereta kesayangannya iaitu kereta ferarri merahnya, terus dia duduk. Rasanya tidak larat lagi mahu berjalan. Terkejut juga Lidya tengok kereta lelaki ini. ‘Orang kaya rupanya dia. Gempak la! Ferarri ! aku punya kereta biasa-biasa jer’ Lidya merendah diri.
                “Terima kasih membantu,” ucap Danish dengan senyuman manis. Sungguh! Lidya jatuh cinta dengan senyuman itu. Dia beristifar dalam hati.
                “Sama-sama. Nama saya Lidya Alya,” Lidya memperkenalkan dirinya.
                “Panggil sahaja saya, Danish. Selamat berkenalan,” ucapnya.
                “Baiklah. Saya pun sudah lewat ke tempat kerja. Saya pergi dulu,” kata Lidya dan terus sahaja meninggalkan Danish yang masih pucat mukanya. Dia memang tidak boleh kena cahaya matahari lama sangat. Nanti badannya jadi lemah. Dia memandu pelahan dan pulang ke rumahnya.
                ******
                “Mama!” panggil Danish.
                “Danish!” Terkejut Datin Zahirah melihat anaknya yang berwajah pucat.
                “Mama dah pesan. Jangan keluar. Kamu degil. Tengok muka anak mama ni, pucat sangat,” penuh kerisauan.
                “Mama, selagi Danish kuat, Danish akan terus bekerja untuk syarikat kita. Tiada siapa lagi yang boleh uruskan syarikat peninggalan arwah ayah,” jawap Danish. Datin Zahirah hanya mengangguk kepala sahaja dan memimpin anaknya ke bilik tidur. Waktu seperti ini Danish akan tidur selepas menunaikan solat asar. Walaupun setengah orang menyatakan tidur di waktu asar tidak baik tetapi bagi Danish, waktu itu lah masa untuk dia mengumpulkan seluruh tenaganya.
                ******
                “Lidya, kau dah nak balik,” soal Vanessa.
                “Nak balik bersiap. Kan malam ni ada majlis amal syarikat kita. Aku kan bahagian makanan. Aku kena datang awal sikit. Kau tu kan bahagian penyambut tetamu. Kena la siap lebih awal daripada aku,” cadang Lidya.
                “Yelah,” jawap ringkas Vanessa.
                “Kau kalau bersiap, dua jam tak cukup. Nak bentuk rambut pun punya la lama,” Lidya ketawa. Vanessa buat muka mencukanya. Muncung panjang sedepa.
                “Sudah la. Jom kita balik. Pukul 8 malam nanti kita jumpa. Ini kali pertama bahagian pemasaran yang kena handle makanan dan penyambut tetamu. Kena buat betul-betul ini,” jelas Lidya.
                “Baiklah ustazah!” jawap Vanessa sambil tersenyum. Suka benar Vanessa mengelarkan Lidya sebagai Ustazah.
                Lidya hanya tersenyum dan mereka pulang untuk bersiap.
******
“Makanan untuk VIP dah siap semua, Salleh?” soal Lidya. Pada malam itu, Lidya mengenakan sepasang jubah berwarna hitam tetapi mempunyai corak bunga berwarna merah. Kecantikan terpancar dipadankan dengan tudung berwarna merah.
“Sudah siap semuanya, Lid. Kau  jangan risau. Lengkap semuanya Bos!” Lidya ketawa manja melihat gaya tabik Salleh.
Acara majlis dimulakan tepat jam 9.00 malam. Ramai tetamu sudah membanjiri dewan. Acara majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengarah syarikat, Danish Aniq. Wajahnya yang serius tapi nampak miang begitu semangat berucap dan merasmikan majlis tersebut. Jamuan makan dimulakan selepas itu.
“Macam pernah lihat wajahnya,”
“Lidya, kau perasan tak hanya kau sahaja yang pakai tudung disini?” kata Vanessa. Lidya mengangguk. Semua wanita yang melayu tidak memakai tudung sepertinya dan yang tak tahan tu, mereka berpakaian formal tapi seksi sebenarnya.
“Tak kisah walaupun aku sorang je. Jom makan. Lapar dah ni,” ajak Lidya. Tanpa dia sedari, ada sepasang mata asyik memandang wajahnya.
“Siapa perempuan yang memakai tudung itu?” soal Aniq kepada sahabatnya,Shahril. Matanya asyik memadang Lidya. Kulitnya yang berwarna putih bersih bagai mengoda dia untuk merapati perempuan itu. Bagaikan ‘Vampire’ mencari mangsanya terutamanya perempuan cantik untuk menghisap darah.
“Oh, Alya. Dia bekerja bahagian pemasaran. Memang orang bawah aku tu. Kenapa Aniq?” soal Shahril kembali.
“Tidak ada apa-apa,” perasaan ingin tahu mengenai perempuan itu begitu mendalam. Bagaikan pertama kali dia menemui wanita yang bertudung selain mamanya. Aniq yang mempunyai gigi taring sering digelar Boy Vampire. Sebab lainnya dia suka melihat leher perempuan dan suka mengigitnya. Sesiapa yang menjadi teman wanitanya akan menjadi mangsanya. Organ perempuan yang paling di minatinya ialah leher. Pelik.
“Hai!” tegur Aniq. Terkejut Lidya. Dia memerhati lelaki yang menegurnya. Mata yang mempunyai bulu mata yang panjang. Hidung yang mancung dan rambut yang pacak. Mukanya yang berseri bagaikan cahaya bulan. Mukanya juga nampak muda dengan kulit wajah yang berwarna putih. Lengkap berpakai sut berwarna hitam semuanya kecuali tali lehernya yang berwarna merah.
“Assalamualaikum,” kata Lidya. ‘alamak! Tak salah aku ini bukan pengarah syarikat aku. Habis la. Kena potong gaji la macam ni’ mukaLidya menjadi pucat.
“Ops! Waalaikumusalam,” jawap Aniq. ‘Eh, perempuan ni. Geram aku tengok. Leher dia macam mana yer? Mesti cantik kan,’ Hati Aniq menduga. Perasaan ingin tahu itu membuak-buak. Selepas itu Aniq meninggalkan Lidya. Dia tersenyum. “Kau tidak akan terlepas,” kata Aniq.
Majlis tamat jam 12 tengah malam. Semua orang sudah pulang. Lidya juga ingin pulang. Dia berjalan ke tempat parking kereta. Tiba-tiba perasaan seram timbul. Bagaikan ada orang memerhati dirinya.
“Arghh!” Lidya menjerit apabila tangannya di tarik ke satu sudut yang agak gelap. Lidya menolak tubuh tersebut kerana dia tahu yang melakukannya adalah lelaki tetapi tidak berjaya. Liyda ditolak rapat ke dinding. Tempat yang gelap itu sukar untuk Lidya melihat wajah lelaki tersebut. Tudungnya ditariknya tetapi Lidya menolak tubuh lelaki itu tapi hanya satu tangan kanan lelaki itu mampu mengunci pergerakan dua tangannya. Badan lelaki itu terlalu besar dan tinggi. Tinggi Lidya hanya sampai di dada lelaki itu sahaja.
“Lepaskan aku la!” Jerit Lidya. Lidya memijak kaki lelaki itu sekuat hatinya. Lelaki itu terus melarikan diri. Lidya mengucap syukur kerana tidak berlaku perkara yang buruk ke atas dirinya.
******
“Sayang, ummi dah terima pinangan seseorang untuk Alya,” kata-kata ibu telah membuat Lidya ingin pengsan. “Ummi, Lidya baru 24 tahun. Muda lagi nak kahwin. Tak mahu la ummi,” jawap Lidya dengan lemah lembut.
“Ummi dah terima sayang. Ummi rasa dia lelaki yang baik. Jangan hampakan ummi,” pujuk ummi. Cair hati Lidya. Itulah sikap Lidya yang mudah dipujuk. Lidya hanya mengangguk.
******
Lidya tidak sempat untuk mengenali siapa bakal suaminya kerana perkahwinan itu berlansung selepas seminggu ummi beritahu kepadanya. “Kaya betul bakal suami aku ni,”
Akad nikah berlangsung. Saat itu dia melihat seorang lelaki yang wajahnya cukup pucat. “Danish!” hatinya berbisik. Walaupun baru sekali dia berjumpa dengan lelaki itu, dia dapat mengingatinya dengan baik.
Sekali lafaz sahaja, Lidya sudah menjadi isteri Danish secara sah. Mulalah adengan-adengan yang tidak berapa senang hati dibuatnya. Selesai juga majlis akad nikah.
Lidya berehat di dalam bilik pengantin mereka. Baru sahaja Lidya ingin membuka tudungnya. Danish membuka pintu dari luar membuatkan Lidya membatalkan niatnya untuk membuka tudung. Danish merapatnya. Dia membuka tudung Lidya. Lidya kaku. Tidak tahu mahu buat apa sama ada melawan atau membiarkan sahaja. Akhirnya Lidya membiarkan sahaja.
Rambut Lidya yang panjang disanggul kemas oleh Danish. Danish diam membisu. Pelahan-pelahan Danish memeluk Lidya dan lidahnya mencari sasaran iaitu leher Lidya. Dijilatnya penuh minat. Lidya dapat menangkap perbuatan itu sama dengan lelaki yang buat tidak baik terhadap dirinya seminggu yang lalu. Secara automatik, Lidya menolak tubuh Danish. Danish yang lemah itu, terus terjatuh atas lantai. Terkejut Lidya. Cepat-cepat dia menghampiri suaminya itu dan memimpin ke katil. Rasa bersalah mengusai dirinya. Danish terbaring.
Lidya ingin mengambil air untuk suaminya tetapi dihalang oleh Danish. “Teman abang tidur kejap, boleh?” Lidya hanya mengikut kehendak Danish. Danish memeluk Lidya. Lidya turut terlena dalam dakapan suaminya.
“Alamak! Dah lewat ni,” Lidya terkejut melihat jam dinding yang kini sudah menunjukkan jam pukul 8 malam. Dia sudah terlewat menunaikan fardu maghrib. Cepat-cepat dia mengambil wuduk dan apabila keluar daripada bilik air, Danish menunggu untuk mengambil wuduk jugak.
“Kita solat berjemaah. Tunggu abang ye,” katanya lembut. Wajahnya suaminya tidak lagi pucat seperti siang tadi.
Mereka solat berjemaah dan menunaikan fardu isyak sekali apabila masuk waktu. Lidya memperhatikan watak suaminya, pelik. Gigi taring suaminya begitu menyerlah dimatanya sekarang. Berbanding siang tadi. Suaminya menghampirinya yang duduk dibirai katil. Lidya berdebar-debar. Tubuhnya ditolak lembut membuatkan Lidya terbaring atas katil. Danish menindih tubuhnya yang kecil itu. Lidya terkaku.
Memang kejadian malam itu adalah perbuatannya. Perasaan ingin tahu mengenai Lidya membuatkan dia hilang kawalan. Danish bagaikan dipukau dengan wajah lembut Lidya. Tidak pernah dia berperasaan seperti ini. Hampir seminggu Danish menahan perasaannya dan malam ini Lidya menjadi miliknya secara sah. Ternyata Lidya memang cantik sehingga Danish menjadi gila bayang dibuatnya.
“Apa abang buat ni?”tanya Lidya. ‘ aduh tersasul tanya soalan tu pulak’ Lidya mengutuk dirinya sendiri.
“Abang buat apa?” jawap Danish dengan suara yang nakal. Siang tadi Danish bercakap dengan lembutnya tapi sekarang perwatakan Danish sudah berubah. Lidya mula gerun. Kaku.
“Abang nak cium sayang,” katanya dengan penuh keselambaan.
Gerun.
“Sakit? Siapa suruh cantik sangat. Tengok! Abang juga yang rasa geram,” Danish berkata sambil tangannya merayap ke tubuh isterinya yang berbadan kecil itu. Lidya menolak tubuh suaminya sekuat hatinya sehingga suaminya jatuh dari katil.
“Aduh! Sungguh luar biasa tenaga isteriku ini,” sempat Danish bergurau dengan isterinya. Lidya membuat muncung. Dia ingin keluar dari bilik tersebut tetapi dia terpaksa melalui Danish. Mata Danish memandang Lidya. ‘Lidya memang cantik. Aku dah jatuh cinta padanya. Aku tidak akan lepaskan kau Lidya’ hatinya berkata sambil tersenyum nakal.
“Jangan nak senyum-senyum macam tu,” marah Lidya. Lidya berlari ke arah pintu bilik. ‘Nasib baik berjaya keluar tapi…’ Lidya tergamam. Lidya belum memakai tudung. Masih ramai tetamu yang belum pulang. Terpaksa Lidya melangkah masuk semula ke bilik pengantin. Jelas senyuman nakal Danish di matanya. ‘Apasal senyuman laki aku ni nampak lain sangat. Bukan mengoda tapi menakutkan’ dirinya mengeluh.
Suaminya masih di lantai tempat yang dia jatuh tadi. Lidya siap memakai tudung. Pelahan-pelahan Danish  bangun dan mengenggam jemarinya. Kukuh. Mereka keluar dari bilik itu bersama-sama. Mereka berdua menjadi tarikan saudara- mara Danish.
Lidya yang mengenakan pakaian yang ringkas iaitu jubah berwarna ungu dipadankan dengan tudung labuhnya berwarna hitam manakala Danish berbaju lengan pendek putih dan berkain pelekat. Ada yang menegur penampilan Danish yang hanya berkain pelekat. Danish hanya tersenyum sahaja.
“Tak sepadan langsung,” kata bekas teman wanitanya. Danish menghampiri gadis tersebut.
“Tak sepadan ke? Aku rasa isteri aku lebih cantik dan sopan berbanding dengan kau, Julia,” Kata Danish lalu meninggalkan Julia yang jelas terasa terhina dengan kata-kata tersebut.
“Siap korang berdua. Aku akan pastikan kau tidak akan bahagia,” Julia bersumpah.
“Sayang buat apa tu?” soal Danish. ‘Aktif betul mamat ni bila malam hari,’ kata Lidya dalam hati.
“Makan. Abang nak?” tawar Lidya. Danish hanya tersenyum dan mula membuka mulutnya. Lidya menyuapnya dengan tangannya. Suaminya mula duduk rapat dengannya. Lidya tersenyum. Danish ingin bermanja dengan Lidya. Sungguh! Dia bahagia di samping Lidya.
Snap! Ada pancaran cahaya yang terang. Rupanya adik sepupu Danish menangkap gambar mereka. Mereka hanya tersenyum.
*****
Kini sudah seminggu mereka berkahwin. Danish dengan karenahnya yang suka mengigit leher. Naik geram dengan sikap suaminya itu sebab apabila suaminya mengigitnya, sakit bukan main lagi rasanya. Walaupun dia menolak sekuat mana pun, Danish tetap akan dapat apa yang dia mahu. Mereka keluar berjalan bersama-sama. Pada malam tersebut, Lidya mengenakan seluar slack panjang berwarna hitam dan baju muslimah yang panjang sampai ke lutut berwarna hijau terang serta bertudung labuh hitam.
Sedang dia menanti suaminya ke tandas, ada seseorang telah menekupkan kain pada mulutnya dan menyebabkan Lidya pengsan. Apabila Lidya sedar, dia berada di sebuah pondok buruk.
“Dah sedar pun adik manis,” kata seorang lelaki. Tangan Lidya diikat ke belakang. Begitu juga kakinya diikat kemas. Lidya berasa pening. Terasa berat kepalanya. Tiba-tiba pintu di bukak dari luar. Ada seorang perempuan yang seksi lagaknya.
“Kau nak aku buat apa dengan perempuan cantik ni?” soal lelaki yang menegurnya tadi.
“Kau buat apa sahaja yang kau mahu, Faizal. Aku tak kisah. Aku nak suami dia menderita dengan kehilangan isteri kesayangannya” kata perempuan tersebut dan keluar meninggalkan Lidya bersama lelaki yang bernama Faizal. Sungguh! hatinya terkejut dengan kata-kata perempuan itu. Perasaan takut mula menapak dalam hatinya.
Faizal mendekati Lidya. Dia menyentuh pipi Lidya. Lidya mohon kekuatan daripada Allah s.w.t supaya melindungi dirinya. Tiba-tiba telefon bimbit lelaki itu berbunyi. Faizal menjawabnya sambil membelakangi Lidya. Lidya berusaha melepaskan ikatan ditangannya. Dengan izin-Nya, ikatan tersebut terbuka. Lidya mencapai kayu yang berada berdekatannya dengannya. Apabila Faizal berpaling dan ingin meneruskan niatnya yang terbantut tadi, serentak itu Lidya memukul kepala Faizal sekuat hatinya dan Faizal pengsan serta tumbang atas tubuhnya. Lidya dihempap oleh Faizal. Terasa berat tubuh Faizal diatas tubuhnya.
Pada masa yang sama, Danish bagaikan orang gila apabila keluar daripada tandas, dia ternampak isterinya yang pengsan di bawa lari oleh seorang lelaki. Dia sempat mencatat nombor plat lelaki tersebut. Hampir dua jam polis menjejaki kereta tersebut dan berjaya dikesan. Danish mengikut bersama polis untuk menyelamatkan isterinya.
Dari jauh kelihatan seorang perempuan menunggu di luar pondok tersebut. ‘Julia!’ Bisik hatinya. Marah mula mengusai dalam diri tapi dia sabarkan dirinya. Isterinya paling penting. Polis menyerbu pondok tersebut. Julia tidak dapat berbuat apa-apa. Danish terus masuk ke pondok tersebut. Terkejut dia melihat lelaki menindih isterinya. Dengan pantas dia menolak lelaki tersebut daripada menindih isterinya.
“Eh, dah pengsan?” soal Danish. Tanpa membuang masa, Danish memeluk isterinya.
“Sayang tak ada apa-apa? Luka ke?” Danish bersuara. Lidya hanya mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia menangis. Dia takut sangat. Pelukan suaminya yang erat buat dia tenang.
“Dah jangan menangis sayang. Nanti tak comel dah,” gurau suaminya. Satu cubitan hinggap di lenggan suaminya.
Julia dan Faizal sudah di tangkap dan menerima hukuman yang setimpalnya. Lidya mula tenang.
“Sayang jangan keluar rumah dah mulai saat ini,” arahan suaminya.
“Kenapa? Alya kan bekerja,” soal Lidya. ‘Bimbangnya pada Lidya mengusai dirinya. Bila teringat peristiwa kehilangan isterinya. Dia rasa nak gila. Takut kehilangan Lidya selamanya. Ini sahaja cara Lidya akan selamat,’ hatinya berkata.
“Sayang tak payah kerja. Abang boleh sara hidup Alya,”jawab Danish.
“Tak nak la. Alya nak kerja. Bosan duduk rumah jer,” Alya membantah.
“Ini arahan suami. Jangan degil!” suara suaminya mula tinggi. Gerun pula bila mendengarnya. Danish bangun dan masuk ke bilik tidur mereka. Merajuk dengan Lidya yang tidak mahu mendengar permintaanya. Lidya tahu suaminya merajuk. Pelahan-pelahan dia memasuki biliknya. Kelihatan suaminya berbaring atas katil sambil memejamkan matanya.
Tangan Lidya mencapai tangan suaminya. Di salamnya dengan penuh tertib dan sopan. Suaminya bangkit dari berbaring. Duduk bersila di hadapan isterinya.
“Baiklah suamiku vampire, nanti kalau tak dengar arahan ni, abang gigit Alya lagi ganas pulak,” kata Lidya dengan nada bergurau. Suaminya menaikkan keningnya sebelah lalu memeluk erat isterinya. Lama.
“Pandai ye pujuk abang,” kata Danish sambil mencubit pipi isterinya.
“Abang paling suka anggota apa?” soal Lidya yang masih dipeluk oleh suaminya.
“Abang paling suka anggota leher tapi hanya leher sayang aje yang abang gilakan,”jawab suaminya sambil tangannya mengusap leher isterinya.
“Pelik!” jawapan selamber daripada Lidya.
“Apa!” Danish menerkam isterinya. “Abang nak jadi Vampire malam ni, boleh?” bisik Danish di telinga Lidya. Tanpa menunggu jawapan daripada isterinya, Danish meneruskan niatnya. Mereka bahagia. Harap kebahagian ini berkekalan. Kau milikku Lidya Alya…