Followers

Wednesday 25 May 2011

5
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 4

Damia memulakan pekerjaannya sebagai tukang sapu di sebuah syarikat yang terkemuka. Memang sikapnya pelik. Dia suka mencuba pekerjaan yang orang biasa lakukan. Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai tukang kebun sekolah. Pengalaman itu tidak akan dilupai. Mana tidaknya, semua bunga mati dibawah jagaannya. Tidak sampai seminggu dia sudah dibuang kerja.
            “Kesian pokok-pokok ni? Kenapa mati yer? Aku siap baca buku penanaman pokok yang betul tapi masih mati pokok ini,” Damia termenung melihat pokok bunganya yang layu.
            “Memanglah mati pokok tu, Mia letak banyak sangat baja. Lepas tu selalu sembur racun,” jawab mak cik yang bekerja di situ.
            “Tapi Mia letak banyak sebab nak pokok itu besar cepat-cepat dan tak kena penyakit,” jawapan selamba Damia. Mak cik itu hanya gelengkan kepalanya. Tidak mahu melayan pekerja baru lalu meninggalkan Damia.
Damia tersenyum teringatkan pengalaman bekerja sebagai tukang kebung. Selepas itu dia bekerja sebagai tukang gunting. Baru gunting seorang pelanggan, dia sudah kena buang kerja.
“Saya mahu, rambut saya seperti Shah Rukh Khan. Boleh tak?” kata seorang pelanggan lelaki. ‘Eh, lelaki ni. Perasan ajer lebih. Rambut dah la pendek tapi nak rambut macam SRK,’ hati Damia mengomel. Akhirnya Damia membotakkan kepala lelaki tersebut. Kesannya Damia dimarahi majikan dan terus dibuang kerja. Itulah tragis dalam kehidupan Damia.
Damia tersenyum gembira memulakan perkerjaan barunya iaitu sebagai tukang menyapu sementara. Kak Sall yang menjadi temannya. Hari pertamanya, dia hanya perlu menyapu di karidor. ‘Kerja senang sahaja menyapu.’ Bisik hati Damia. Dia memulakannya dengan baik. Tetapi esok Kak Sall sudah bercuti kerana mengandung . Baru sehari bekerja dengan Kak Sall sudah kena tinggal bersendiri esoknya.
“Esok, Mia sapulah kat tempat akak tunjuk tu. Tak susah pun kejanya. Kena sapu sahaja. Tapi hati-hati dengan geng menyapu ni. Diorang ni geng perasan cantik. Mesti dia akan selalu kacau Mia sebab Mia ni cantik. Hati-hati ye?” kata Kak Sall sambil mengemas peralatan menyapu.
“Baiklah,” Damia berkata dengan lemahnya. Dia pulang ke rumah dengan menaiki bas. Dia suka naik bas. Seronok. Pukul 6 petang dia sudah habis waktu bekerja. Nasib baik rumahnya tidak jauh daripada tempatnya bekerja sekarang. Dulu, dia terpaksa naik kereta dan parking agak jauh dari tempat kerja.
“Penat kerja?” tegur abangnya, Danish. ‘Sejak abangnya berubah, baik sangat dengan aku. Gembiranya. Aku pun layan sahaja,’ Damia tersenyum.
“Penat gak. Tambahan kerja yang tidak pernah Mia lakukan,” kata Damia. ‘Takkan kerja menyapu aku tak pernah buat? Ish ish ish kesian,’ Damia mengeluh. Danish tersenyum. Akil dan Danish sudah bersiap mahu bersolat di masjid berhampiran.
“Papa pergi dulu,” mereka berdua sudah menghilang di pandangan mata Damia selepas Damia salam Akil dan Danish. Selepas mandi dan solat telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Yusuf. Damia mengeluh. Dia membiarkan telefon bimbitnya terus berbunyi lalu tertidur.
*****
Danish keluar bersama Haris selepas solat isyak, dia terasa bosan. Kegiatan yang tidak sihatnya dulu dikenang. Sikapnya suka pada leher perempuan sudah tiada tetapi dia berdoa dan berharap akan berjumpa semula dengan Lidya Alya. Dia rindukan wajah cantik perempuan itu. Dia teringatkan zaman persekolahannya bersama Lidya yang selama dua hari sebelum Lidya kemalangan.
Di waktu rehat, sudah menjadi kebiasaan Lidya membawa bekal iaitu nasi lemak yang uminya masak. Sedang Lidya membuka bekal makanannya, Danish datang menghampirinya. Lidya membuat muka pelik. Danish suka sangat melihat muka berkerut Lidya. Danish tersenyum. Dia duduk sebelah Lidya.
“Kau makan apa?” soal Danish.’Eh, mamat ni! Terang-terang aku bawa nasi lemak pun tak dapat nak kenal pasti sendiri ke?’ hati Lidya membebel
“Nasi lemak. Awak tak nampak ke atau tidak pernah tengok?” agak sinis Lidya berkata. ‘Minah ni memang kasar betul bahasa. Sudah tiada sopannya tapi aku tetap suka,’ Danish tersenyum.
“Aku nampak. Saja nak kau yang bagitau aku,” kata Danish sambil merampas makanan Lidya. ‘Sah! Mamat ini memang tidak sihat dari aspek mental sahaja,’ hatinya geram kerana perbuatan Danish.
“Itu makanan saya!” Lidya cuba merampasnya kembali tetapi Danish sudah membelakanginya. Lidya tidak suka bersentuhan dengan lelaki lalu dia membiarkan Danish makan nasi lemaknya.
“Sedap!” puji Danish. ‘Oh, nasi lemakku! Lapar,’ hati Lidya merintih sambil melihat makanannya rakus di makan oleh Danish si Vampire. ‘Sibuk duk makan makanan orang lain tapi makanannya tak makan pula,’ di sebelah Danish ada roti dan air kotak milo. Lidya merampasnya lalu melarikan diri. Dia menjelirkan lidah pada Danish.
Danish tersenyum. ‘Itu memang untuk kau, Lidya. Sebagai ganti aku makan nasi lemak kau. Sedap sangat,’ Danish menyimpan bekas makanan tersebut.
“Aku tunggu kau malam ni,” kata Danish kerana dia sudah bagi surat bersampul merah kepada Lidya.
“Malam itu dia tak datang dan esoknya berlaku peristiwa ngeri yang tidak akan aku lupa. Oh, Lidya! Aku rindu dekat kau. Walaupun hanya dua hari kita berkenalan tapi entah la,” Danish memejamkan matanya. Ia memberikan sedikit ketenangan kepadanya.
“Oi, tidur ke?!” Danish disergah oleh Haris. Danish terkejut sambil mengurut dadanya. “Aku baru tinggalkan kau sekejap, dah tertidur,” sambungnya lagi.
“Kau dah lama hidup ke? nasib baik aku ni sihat walafiat. Kalau tidak, kau bertanggungjawab di atas kematian aku,” kata Danish serius.
“Wei, takkan macam tu sekali. Aku gurau sahaja,” Haris tersenyum. Sarah dan seorang sahabat perempuan menghampiri mereka.
“Hai sayang! Danish pun ada. Meh, I kenalkan kawan I, Lidya Amira,” mereka berpandangan. ‘Lidya Amira. Ingatkan Lidya Alya. Kalaulah ini dia, mesti aku dah pikat dia. Alahai. Di mana sebenarnya gadis itu?’ bisik hatinya.
“You all can call me, Mira,” katanya sambil tersenyum. Mira seorang ahli perniagaan terkenal. Tambahan pula perempuan. Penampilan yang anggun dan bergaya membuatkan ramai lelaki ingin berkenalan dengannya. Dia ingin bersalaman dengan Danish tetapi Danish hanya tersenyum sahaja. Mira pula yang tersipu malu.
Menyampah Danish melihatnya. Dia tidak tahu kenapa dia tidak menyukai Mira. Haris dan Sarah meminta diri untuk pulang ke rumah. Danish terpaksa menghantar Mira pulang kerana dia datang bersama Sarah. ‘Leceh!’ itu yang hati Danish berkata.
Selepas Danish menghantar Mira, dia terus pulang. Tidak sempat Mira mengucapkan terima kasih. Mira tersenyum. Dia sudah mula menyukai sikap dingin Danish.
“Semua lelaki tergila-gilakan aku tetapi kau. Kau buat aku rasa tercabar. Aku sudah buat keputusan yang kau akan jadi milik aku, Danish,” Mira melangkah masuk ke rumahnya. Dia tersenyum puas.
*****
Lidya bangun seawal pagi untuk bersiap ke tempat kerja barunya. Sungguh hatinya berdebar kencang. Dia berdoa kepada ilahi untuk mempermudahkan urusannya.
            “Umi, nak salam!” jerit Lidya. Uminya berlari perlahan sambil membawa bekal nasi lemak untuknya. “Terima kasih umi,” Lidya mencium kedua-dua pipi uminya. Dia salam umi dan meminta restu di hari pertama kerjanya.
            Lidya sampai lebih awal di pejabatnya. Dia duduk di lobi syarikat. Kelihatan ramai manusia sudah mula masuk ke ruang lobi untuk memulakan pekerjaan mereka. Lidya bangun dan menuju ke tingkat bangunan yang ditemuduga pada hari itu.
            “Lidya Alya,” Lidya di tegur oleh seorang perempuan yang cantik menawan. Lidya angguk kepala sahaja. Mereka bersalaman dan saling menghadiahkan senyuman. “Lidya, I Vanissa. I setiausaha ketua pemasaran di syarikat ini. You bekerja sebagai pembantu ketua pemasaran. Mari. I tunjukkan bilik kerja you,” sambung Vanissa lagi. Lidya hanya angguk kepala dan mengikut langkah Vanissa ke satu sudut bilik yang tidak jauh daripada tempat meja Vanissa bekerja.
            “Kenalkan. Ini setiausaha you, Farah,” mereka bersalaman. “Mari, bos kita sudah lama menunggu Lidya,” Lidya hanya angguk dan mengekori Vanissa. Vanissa mengetup pintu bilik ketuanya.
            “Masuk!” Vanissa dan Lidya masuk. Lelaki tersebut memakai songkok. Dia pernah berjumpa dengan lelaki ini semasa temuduga dulu. Lidya tersenyum. Vanissa meminta diri untuk keluar.
            “Sila duduk cik Lidya,” katanya . Lidya duduk. “Nama saya Airil. Mulai hari ini kita akan berkerjasama untuk memajukan syarikat ini,” sambungnya lagi sambil memperkenalkan diri. Lidya hanya tersenyum. ‘Manisnya senyumannya. Aku memang dah jatuh cinta dengan gadis sopan dihadapan ini,’ Airil tersenyum juga.
            Banyak perkara yang dijelaskan oleh Airil. Nasib baik Lidya membawa buku kosong untuk mencatat. Selepas itu, Lidya meminta diri. Hampir 3 jam dia berada dalam bilik tersebut membincangkan mengenai pemasaran baru menganai produk pembinaan yang lebih baik. Waktu rehat hampir tiba. Lidya hanya  berada  dalam biliknya kerana ibunya sudah menyediakan lunch kegemarannya iaitu nasi lemak.
            “Kena cari tempat yang sesuai kalau nak makan. Nanti bau satu pejabat,”  Lidya menuju ke dapur pejabat. Dia makan bersendiri. Sopan. Tanpa Lidya menyedari, Airil memperhatikan Lidya dari jauh. Makan penuh adab. Tidak gelojoh. Akhirnya Airil menegur Lidya. Lidya terkejut. Terkejut dengan kehairan Airil. “Ketua,” Lidya berdiri. “Jemput makan, Encik Airil,” ajak Lidya. Airil hanya tersenyum.
            “Bawa bekal? Tak makan kat luar ke?” Airil mula bertanya.
            “Sebenarnya saya lebih suka makan masakan sendiri atau umi saya yang masak. Makan diluar kurang sedikit,” jelas Lidya. “Patut la,” Airil bersuara perlahan. “Apa Encik Airil cakap?” tanya Lidya. Dia tidak dengar dengan jelas. Airil tersenyum dan meminta diri.
            Sebaik sahaja habis makan, Lidya bangun dan meneruskan pekerjaannya sampai waktu tamat bekerja. Penat. Sakit badan-badannya kerana tunduk sahaja membaca dokumen-dokumen yang banyak di atas mejanya.
            Lidya mula mengemas mejanya untuk pulang. Sudah petang. Dia menuju ke tempat letak kereta. ‘Ada kereta ferarri merah. Cantik,’ puji Lidya. Dia juga menyukai warna merah. Dia terus menuju ke tempat ‘Boboy’ di parking dan terus pulang ke rumah.
            “Assalamualaikum umi,” Lidya memberi salam. Dia terus duduk di sofa. Selesanya.
            “Waalaikumsalam. Sudah pulang anak umi. Macam mana bekerja di tempat baru?” soal uminya sambil membaca segelas air.
            “Terima kasih umi. Okey. Alhamdullillah. Semua berjalan dengan lancar, umi,” perlahan-lahan Lidya meneguk  minuman yang diberi oleh umi Kalsom.
*****
Danish mengeluh kasar. Dia tidak suka diganggu seperti ini. Asyik berbunyi sahaja telefon bimbitnya. Akhirnya dia silent dan simpan bawah bantalnya. ‘Baik aku pergi jogging petang-petang macamni daripada melayan Mira tu,’ hatinya berbisik. Dia sudah bersiap-siap.
            “Ramai gak orang petang ni,” Danish mula berlari perlahan. Dia memakai sut sukan serba merah hitam. Di telinganya dipasangkan lagu yang ada dalam iPod mahalnya. Lagu kesukaanya iaitu ‘What you want’ di nyanyikan oleh Adam Lambert. Dia buat regangan sekejap. Danish berdiri tepi pondok berhampiran. Dia mengerak-gerakkan tubuhnya.
            Kelihatan seorang gadis sedang membuat regangan juga. Gadis itu memakai baju t-shirt lengan panjang dan labuh ke lutut. Ada tulisan ‘I Luv Islam’. Dia memerhatikan gadis itu. Sungguh cantik wajahnya. Lembut. Sopan. Murah dengan senyuman. Gadis itu sedang bersenam di pondok sebelahnya.
            Tiba-tiba hujan dengan lebat. Mereka berdua terperangkap di  pondok masing-masing. Danish melihat gadis tadi. Jelas terpancar air muka yang bimbang. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Kata-kata gadis itu tidak pula dia dengar.
            Hujan yang turun memberi ketenangan pada Danish apabila melihat wajah lembut gadis itu. Dia ingin menegur gadis itu tetapi gadis itu terlebih dahulu berlari dalam hujan entah ke mana arah tujunya. Danish tersenyum. Hatinya gembira dan tenang.
            “Sudah lama tak mandi hujan,” terus sahaja Danish berlari dalam hujan. Ceria betul hidupnya.
            Lidya berlari dalam hujan. Dia terpisah dengan Salina. Salina sedang menunggunya di kereta. Dia berasa bimbang apabila perasan yang seorang lelaki asyik melihatnya di pondok. Dia berasa takut. Lidya rela kena hujan daripada kena kacau dengan lelaki tersebut.
            “Basah kuyup baju Lidya,” kata Salina. Lidya hanya tersenyum. Hujan memang lebat. Sampai sahaja di rumah. Lidya terus mandi. Bimbang demam datang menyerbunya. Selepas solat maghrib dia mengaji sementara menunggu waktu fardu isyak.
            Selepas semua urusan dia siap. Dia mula berbaring atas katil. Termenung. Satu kenangan pun dia tidak ingat. Zaman persekolahannya singkap sangat. Banyak di habiskan untuk belajar. Umi kata yang Lidya hilang ingatan disebabkan kemalangan semasa dia berusia 17 tahun sekarang dia 23tahun. Sudah 5 tahun berlalu. Akhirnya Lidya terlelap selepas penat berfikir.
3
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 3

‘Lawak memang lawak. Bagus ada majalah Ujang. Teman setiaku di kala kesunyian,’ Damia ketawa dalam kedai buku tersebut. Dia tidak mempedulikan orang sekeliling. Ada yang bergaduh hanya kerana komik sebuah. ‘
            “Tak patut. Tak patut gaduh sebab komik. Macamlah dah tak ada jual kat kedai lain. Gimik betul,” Damia menggelengkan kepalanya. Dia menuju ke kaunter bayaran dan membayarnya. Tiba-tiba, seorang lelaki bertanya di kaunter bayaran.
            “Di sini ada jual buku bagaimana memikat perempuan,” kata seorang lelaki. Damia hanya ketawa. ‘Ada juga orang seperti ini. Nak pikat perempuan pun nak kena rujuk buku ke?’ Damia ketawa lagi.
            Sedang Damia berjalan, dia terlanggar seseorang. Haris terasa seperti ada orang melanggarnya. ‘Kacau mood betul la.’ Haris memulakan paginya dengan indah sekali hari ini kerana Kekasih hatinya, Sarah sudah pulang dari timur. Gembiranya hati Haris tapi ‘Perempuan la yang langgar aku. Buat muka macho. Cantiknya perempuan ni!,’ Haris mengawal dirinya. Sempat mengatal.
            “Besarnya badan mamat ni. Sudah macam King Kong aku tengok,” terus terang Damia. Haris buat muka geram. ‘Aku yang kacak ini dikata king kong yang tak berapa nak kacak. Ish, perempuan!’ hatinya terasa panas. Perempuan itu meninggalkannya tanpa meminta maaf. Haris melihat jam tangannya.
            “Aku sudah lambat,” cepat-cepat Haris pergi membeli bunga. Perasaan geram tadi berubah kepada perasaaan gembira. Bunga-bunga cinta datang kepada Haris.
Kini, dia di Lapangan Terbang Subang untuk menyambut kekasihnya. Kelihatan Sarah dari jauh sedang berjalan ke arah Haris. Sarah mencium pipinya. ‘Adab mana yang diamalkan oleh Sarah ni. Tak pernah-pernah dibuat olehnya sebelum ini. Setahu aku, adab di timur sungguh sopan dan santunnya. Apa kejadah minah ni?’ hatinya bermonolog.
            “I miss you,” kata Sarah. Manja sangat. ‘Lain macam sahaja minah sorang ni? Berjangkit dengan siapa?’ Haris mula mengerutkan mukanya. Bimbang.
            “I know,” selamba sahaja Haris menjawabnya. Sebenarnya fikirannya masih memikirkan tentang perubahan sikap kekasihnya itu.
            “Why you answer like this?” Sarah sudah menarik muncungnya. Sarah tengok Haris masih termenung. Geram hati Sarah melihatnya. Di sikunya perut Haris.
            “Auwh!” Haris mengaduh sambil menggosok perutnya yang terasa sakit. ‘Sudah pandai karate aku nampaknya. Mana belajar ni? Banyaknya perubahan diri awek aku ni,’ hatinya bermonolog.
            “What’s wrong with you,?” soal Sarah dengan nada yang marah dalam merajuk. Baru Haris tersedar. ‘Lantaklah, janji cintaku sudah pulang,’ Haris mula tersenyum.
            “Sorry, darling. I miss you too,” Haris cuba memujuk. Sarah tersenyum apabila Haris bagi bunga kepadanya. Itu yang Haris suka, Sarah tidak akan merajuk lama-lama. Mereka bergerak meninggalkan lapangan terbang tersebut.
*****
Syarikat Vampire menjadi huru-hara. Danish mula mengamuk pada pagi tersebut. ‘Makhluk apa yang telah merasuk bos aku pagi ini?’ kata Novela. Risau melihat perubahan majikannya itu.
            “What the hell?!” marah sungguh Danish apabila melihat surat khabar mengenai tajuk ‘Anak Pengarah Syarikat Vampire menjadi Ustaz’. Marah betul Danish dengan penyataan ini.
            “Jadi baik pun nak tulis macam ini. Perlu ke?” kata Danish.
            “Tidak perlu, bos,” jawab Novela yang muncul dari mana entah. Dia membaca secawan teh untuk majikannya itu. Itu minuman kesukaan Danish. ‘Banyak-banyak air, air teh yang Danish suka. Memang tak sangka. Simple gila’ Novela tersenyum.
            “Bos nak saman diorang ke?” soal Novela.
            “Tidaklah sampai macam itu. Saya ni baik hati tau,’ Danish memuji dirinya sendiri. ‘Sejak bos berubah jadi baik, marah bos cepat baik. Marahnya sekejap sahaja,’ Novela tersenyum. Dia suka majikan dia yang macam ini.
            “Yang kamu senyum-senyum ini ada apa-apa ke?” soal Danish sambil mendonggak  muka melihat wajah Novela yang berseri-seri.
            “Tiada apa-apa,” Novela tersenyum lagi.
            “Baiklah, saya hendak ke bilik papa kejap. Kalau ada apa-apa hubungi saya,” pesan Danish. Dia bangun dan menuju ke bilik ketua pengarah.
            “Papa,” manja sahaja suara Danish memanggil ayahnya, Dato’ Danish Akil.
            “Kenapa dengan anak papa ni? Pagi-pagi muka sudah macam lembu nak beranak sahaja,” kata Akil sambil ketawa.
            “Papa, janganlah ketawakan Danish. Ada ke patut Danish dikatakan seperti ustaz?” Danish bertanya kepada ayahnya.
            “Patutlah dan amat sesuai. Malam sahaja pergi masjid, dengar ceramah. Rajin betul anak papa,” puji Akil. Akil membaca dokumen yang ada di atas mejanya.
            “Papa, itu kan Danish pergi bersama papa. Apasal nama Danish sahaja yang naik? Tak puas hati la,” kata Danish. Akil tidak habis-habis ketawakan anaknya.
            “Sudahlah itu Danish. Perkara kecil sahaja. Baik Danish pergi tengok tapak projek kita di Tanjong Malim, sudah siap pembinaan jambatan yang dibuat. Semak bahan binaan cukup atau tidak. Lagi bagus. Ada kerja juga kan?” nasihat Akil.
            “Kerja mudah sahaja itu, papa. Okeylah, Danish pergi dulu,” Danish meninggalkan Akil yang kusyuk membaca dokumennya.
*****
Lidya membuka surat khabar hari ini. Dia begitu tertarik dengan satu tajuk ini iaitu ‘Anak Pengarah Syarikat Vampire menjadi Ustaz’. Lidya hanya tersenyum. ‘Ini syarikat yang aku pergi temuduga hari tu. Bagus juga dapat majikan yang alim ini. Mudah sahaja mahu bekerjasama nanti,’ Lidya tersenyum lagi.
            “Pagi-pagi sudah membuat amal, Lidya,” tegur sahabatnya, Salina. Dia duduk di hadapan Lidya.
            “Baru sampai cik adik?” kata Lidya. “Amal apa yang saya dah buat?” soal hairan Lidya.
            “Pagi-pagi sudah senyum manis. Sedekah tu Lidya. Buat amal la orang panggil,” jelas Salina. Lidya hanya tersenyum.
            “Saya tersenyum sebab baca surat khabar. Bukan apa pun. Salina sudah makan?” Lidya bertanya.
            “Belum. Lidya hendak belanja ke?” Salina bertanya. Tiba-tiba telefon bimbit Lidya berbunyi. “Kejap tau. Nak jawab call,” kata Lidya.
            “Assalamualaikum,” Lidya memberi salam.
            “Waalaikumusalam. Boleh bercakap dengan Lidya Alya?” kedengaran suara seorang perempuan.
            “Ya, saya Lidya Alya,” jawab Lidya ringkas.
            “Tahniah, cik Lidya berjaya mendapat pekerjaan di syarikat kami, Syarikat Vampire. Tahniah lagi sekali. Cik Lidya boleh datang bekerja esok,” katanya. Gembira bukan main lagi Lidya.
            “Alhamdullillah. Terima kasih. Saya datang esok,” kata Lidya. Talian ditamatkan. Aku memandang Salina dengan wajah gembira dan Salina dapat agak apa yang berlaku.
            “Tahniah,” ucap Salina. Mereka berpelukkan. “So, Lidya harus belanja makan,” sambung Salina lagi.Lidya hanya angguk kepala sambil tersenyum. Tidak sabar Lidya ingin pulang untuk khabarkan berita gembira ini. Mereka berdua makan di kedai berhampiran.
            “Lidya, saya pergi dulu. Sudah lambat saya nak masuk pejabat. Nanti boleh selalu makan sama sebab kerja di tempat yang sama,” mereka bersalaman dan Lidya mula bergerak ke masjid. Seeloknya dia bersolat dulu di masjid.
            Selepas solat, Lidya termenung di tepi tangga dia. Dia teringat akan Adam. Jejaka yang pernah bertakhta di hatinya. Sanggup dia buat Lidya seperti itu. Meninggalkannya kerana perempuan lain. Meninggalkannya tanpa memberitahu sebab kekurangannya sehingga sanggup mencari perempuan lain. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dengan irama lagu ‘Nur kasih’ dinyanyikan oleh Yasin.
            “Assalamualaikum,”
            “Waalaikumusalam,” suara seorang lelaki. ‘Adam!’ hati Lidya berdebar. Sungguh dia amat mengenali suara lelaki itu.
            “Ada apa-apa hal telefon saya?” lembut sahaja Lidya bertanya tetapi di hatinya hanya Allah sahaja tahu betapa berdebarnya dia.
            “Ya. Awak dapat pekerjaan yang awak temuduga hari tu. Tahniah!” ucap Adam. Lidya terkejut dengan apa yang didengarinya. Dia cuba bertenang.
            “Terima kasih. Ada apa-apa lagi? Bila saya boleh mula bekerja? Lidya bertanya. Dia cuba mengawal getaran suaranya.
            “Minggu depan. Harap buat persiapan ye?”
            “Baiklah. Terima kasih. Assalamualaikum,” lega hatinya apabila talian diputuskan olehnya. Entah kenapa  hatinya dilanda kesedihan. Disabarkan hatinya. Dikuatkan semangat. Lidya berjalan pulang dan menuju ke keretanya, Boboy.
            “Kita solat di sini sahaja, Haris,” ajak  Danish. Kebetulan kereta Lidya bergerak keluar dari perkarangan masjid dan kereta Danish masuk dalam perkarangan Masjid.
            “Aku tak kisah. Janji solat. Kita dah lewat ni,” kata Danish. Mereka berdua bergerak pantas dan menunaikan fardu zohor. Seusai solat.
            “Aku tak pernah berjumpa dengan family dan mengenali family kau,” kata Haris. Danish hanya ketawa.
            “Saja aku mahu berahsia dengan kau. Ala kita kawan sahaja. Cukuplah kau mengenali aku sahaja,” kata Danish sambil tersenyum. Danish memang susah hendak cerita perihal mengenai keluarganya.
            “Peliklah kau ini. Okey aku tak tanya sudah. Cukuplah aku tahu kau macam mana. Duduk mana dan kerja apa,” kata Haris. Danish menumpangkan Haris yang kebetulan berjumpa di kedai makan seberang jalan sana. Mereka mula bergerak ke tempat kerja masing-masing. Semestinya Danish menghantar Haris ke tempat kerja kerana kereta Danish, Sarah pinjam.
            “Baik betul kau dengan buah hati. Kereta pun bagi pinjam,” kata Danish. ‘Kalau aku, jangan harap nak bagi pinjam. Kereta Ferarri aku adalah kesayanganku. Hanya isteri aku sahaja boleh pinjam,’ hatinya berkata. Dia tersenyum.
            “Biasa sahaja. Dia kan bakal isteri aku juga. Tak kisah,” selamba sahaja jawapan Haris.
            “Tapi penyakit tidur berjalan kau tu amat bahaya dan menakutkan. Jaga-jaga,” kata Danish dengan tiba-tiba yang menegur tentang penyakitnya itu. Haris buat muka.
            “Kau ni! Jangan disebut tentang tu. Malu aku tau!” marah betul. Akhirnya mereka ketawa sendiri.
            “Kau kena ubati penyakit tu. Bahaya kalau terkena kat anak dara orang. Tak pasal-pasal kau kena paksa kahwin baru tau,”  pesan Danish.
            “Tak kan la sampai macam tu sekali. Kau jangan nak takutkan aku. Iman aku ni masih kuat la,” kata Haris dengan penuh yakin. Dia tersenyum.
            “Tang iman pula kau sebut. Ini pasal tidur kau. Kau kalau tidur tak sedar kau buat apa,” kata Haris.
            “Betul gak.”
            “Betul. Betul gak tapi kau tak ikut nasihat aku,” Danish mengeraskan sedikit suaranya. Haris hanya tersenggih. Mereka meneruskan destinasi mereka.
*****
Lidya bergegas menuju ke cafe. Dia sudah terlewat dua puluh minit dari yang telah dijanjikan. ‘Mahunya mengamuk budak Salina tu nanti,’ Lidya sudah rasa tercunggap-cunggap sebab berjalan laju. Dengan jubahnya, memang sukar untuk Lidya berjalan lebih laku tapi itu bukan alasan untuk dia tidak memakai jubah. Lidya menyukai jubah. Sampai sahaja Lidya di cafe, Lidya sudah nampak wajah Salina masam mencuka macam cuka. ‘Aku apa lagi, cuba berlagak ‘don't know’ sahaja,’ Bertambah sakit hati Salina  melihat gelagat Lidya.
“Eee…janji melayu betullah Lidya ni. Saya tunggu kat sini macam tugu Negara tau tapi bila Lidya sampai, buat tak tahu sahaja pasa saya,” rungut Salina sahabat karib Lidya.
“Lain kali saya buat janji orang putih pula. Janganlah marah. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ke sini lebih awal tau. Kalau tak, Salina kena tunggu dua jam lagi," Balas Lidya yang cuba membuat lawak bodoh. Salina memandang Lidya dengan muka bengang. “Yelah! Yelah! Saya salah. Saya  belanja Salina minum hari ni. Macam mana?" Lidya cuba memujuknya. Salina mula mengukir senyuman manis pada Lidya. “Elleh! Suka la tu,” sambung Lidya. Dia juga turut tersenyum.
“Nak! Tapi lain kali,”
“Kenapa?”
“Sebab saya dahpun bayar minuman ini. Kali ini saja saya terima excuse Lidya tu tapi jangan harap dapat lagi lain kali. Ini saya ada hal hendak beri tahu. Ada orang masuk meminang saya," kata Salina membuka bicara. Hampir tergelak Lidya mendengarnya.
“Biar betul? Salina terima ke pinangan tu?” Soal Lidya. Wajah comel Salina direnung oleh Lidya. Memang Salina seorang yang cantik dan manis orangnya. Salina mengangguk kepalanya.
“Aik! Dulu Salina kata hendak bercinta sebelum kahwin. Apasal sekarang berubah fikiran?" Soal Lidya ingin tahu. ‘Yelah dulu kami pernah berjanji untuk bercinta dulu sebelum kahwin,’ hatinya berbisik.
“Entahlah Lidya. Dah jodoh kot. Memang saya tak nak pada hakikatnya tapi kalau ibu bapa dah suka, saya sendiri pun tak dapat nak kawal. Ibu kata dia kacak sangat. Ibu saya dah kena penangan mukanya yang kacak kot tapi bukan saya la," kata Salina sambil bergurau.
“Oh yeaahhh? Siapakah lelaki bertuah tu?” Lidya bertanya. ‘Sudah jodoh Salina. Aku ni? Bilalah orang nak datang meminang?’ Lidya mengeluh.
“Terima kasih. Dia seorang pensyarah kata ibu dan yang lain saya tak tau,” katanya sambil tersenyum.
“Wah, mesti dia seorang romantik?” Lidya meneka. Muka Salina yang berseri-seri mula kemerah-merahan disebabkan malu dengan kata-kata Lidya. Mereka pun terus berbual.


5
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 2

Lidya Alya terasa pelik dengan anak sepupunya iaitu anak Shahril. Dia membetulkan tudung labuhnya. Kejap ke kanan dan kejap ke kiri.
            “Sayang, jangan buat mama Alya pening. Mama Alya rasa sudah tidak sengget lagi,” jelas Lidya kepada Zafran.
            “Mama Alya kena nampak cantik dan kemas,” jawap si nakal, Zafran. ‘Eh, budak ini! Baru 4 tahun sudah pandai ye?’ Lidya hanya tersenyum.
            “Ya Zafran. Baiklah. Sekarang mama Alya sudah nampak cantik dan kemas?” soal Lidya. Zafran memandang Lidya dengan wajah yang berkerut sambil meletakkan tangannya di bawah dagu seperti sedang memikirkan sesuatu.
            “Barulah cantik mama Alya. Baru Zafran sayang mama Alya,” katanya dengan gembira sambil memeluk Lidya.
            “Pelik,” Lidya berkata perlahan tapi mampu di dengari oleh Syaza.
            “Anak aku dikatakan pelik?” marah Syaza. Lidya hanya tersenyum sahaja.
            “Baiklah, mama Alya mahu gerak sekarang. Zafran doakan mama Alya ye?” permintaan Lidya. Anak kecil itu hanya angguk kepala. Dicium wajah comel Zafran dan Zafran salam tangan Lidya. Lidya bersalam juga dengan Syaza.
            “Kakak doakan Alya berjaya,” katanya. Lidya hanya angguk kepada sambil tersenyum. Perlahan-lahan dia memandu keretanya. Tudung labuhnya berwarna merah jambu dibetulkan sedikit. Dia mengenakan jubah hitam bercorak merah jambu. Cukup ringkas.
Tiba-tiba keretanya rosak. ‘Waktu macam ini pula Boboy mahu rosak. Nasib baik keluar awal,’ kata Lidya. Dia keluar daripada perut kereta. Rupa-rupanya tayar keretanya pancit. Lidya mengeluarkan tayar simpanannya dan menukarnya sendiri. Uminya yang mengajarnya menukar tayar. Sangat berguna ilmu ini berguna disaat-saat  kecemasan. Lidya memandu ‘Boboy’ perlahan-lahan. Memang kotor pun tangannya. ‘Nanti singgah kat tandas sekejap,’ cadang Lidya memandangkan tangannya kotor.
*****
Lidya lihat sudah ramai yang menanti dan menunggu giliran untuk temuduga untuk jawatan pembantu pegawai pemasaran. Semuanya perempuan yang hadir. Mereka memandnag sinis kepada Lidya. Penampilan Lidya cukup berbeza dengan penampilan mereka. Mereka lebih kepada kasual dan formal dengan kameja perempuan dan fesyen terkini.
            “Penampilan begini pun boleh menceburi bidang ini. Ada hati betul,” ada seorang perempuan yang sinis berkata kepada Lidya.
            “Tidak boleh ke penampilan macam ini? Saya minat bidang perniagaan,” soal Lidya. Dia cuba mempertahankan dirinya. ‘Salah ke dengan penampilan bertutup macam ini? Aku bukan buat perkara yang tidak baik,’ hatinya berkata. Lidya cuba tersenyum.
            Giliran perempuan yang berkata sinis kepada Lidya masuk untuk di temuduga. Lidya berdebar-debar. Dia adalah orang terakhir. Perempuan tersebut keluar. Mukanya jelas kecewa dan sedih. Makin berdebar Lidya dibuatnya.
            “Lidya Alya!” setiausaha menyebut namanya. Lidya berdiri dan mula melangkah dengan menyebut nama Allah di dalam hatinya ‘Bismillahhirrahmanirrahim’. Lidya duduk apabila disuruh duduk.
            Lidya memerhati keadaan bilik tersebut. Tiga orang lelaki. Ketiga-tiganya lelaki muda dan mungkin sebaya dengannya. Seorang lelaki bersongkok mula berkerut mukanya lalu tersenyum.
            “Kali pertama jumpa perempuan seperti anda yang datang untuk ditemuduga,” katanya. “Perkenalkan diri anda,” pintanya lagi sambil tersenyum lebar. Begitu juga dengan dua lelaki sebelahnya.
            “Assalamualaikum. Nama saya Lidya Alya. Saya seorang anak tunggal dan ibu saya, ibu tunggal juga,” kata Lidya terhenti apabila seorang lelaki memotong katanya. “Dua-dua tunggal,” katanya sambil ketawa. Lidya cuba tersenyum dan menyambung kembali.
            “Saya tiada pengalaman bekerja,” jujur Lidya. “Saya mempunyai Ijazah dalam bidang pemasaran. Saya belajar di UiTM Shah Alam untuk mendapatkan ijazah tersebut,” belum sempat Lidya menerangkan lebih lanjut mengenai dirinya, seorang lelaki telah memotong kata-katanya.
            “Kenapa anda berminat untuk bekerja di sini?” katanya. ‘Aduh! Aku nak jawap apa? Kenapa yer??kenapa? otak cuba berfungsi, please?’ hatinya merintih. Terkejut dengan soalan yang ditanyanya dengan tiba-tiba.
            “Untuk mencari pengalaman,” jawab Lidya ringkas. Dia cuba senyum walaupun hatinya sudah tidak menentu debarnya. Tiada irama sudah.
            “Baiklah. Cukup itu sahaja. Pihak kami akan menghubungi anda jika anda berjaya mendapat jawatan ini. Anda boleh keluar,” kata lelaki bersongkok itu yang tidak lepas memandang dia.
            “Itu sahaja?” kata Lidya. Dia berasa  hairan kerana ditanya soalan mudah dan sekejap sahaja.
            “Anda mahu kami bertanya lagi,” soal lelaki tersebut.
            “Tidaklah tapi pelik,” katanya sambil bangun. “Terima kasih. Assalamualaikum,” kata Lidya lagi sambil bangun.
            Dia berjalan dan masuk ke dalam Lif. Kelihatan seorang lelaki bercermin mata gelap sedang berdiri tegak di hadapanya. Tiada tanda-tanda mahu memberi ruang kepada Lidya untuk masuk ke dalam lif tersebut. Terpaksalah Lidya memboloskan dirinya terus kebelakang lelaki tersebut.
            ‘Macam pernah tengok sahaja perempuan ini? Hidayah!’ kata hatinya. Dia mula beramah. “Awak datang sini buat apa?” soal Danish secara tiba-tiba.
            Lidya terkejut dengan pertanyaan tersebut. Dia hanya mendiamkan diri. Apabila lif terbuka, Lidya cepat-cepat keluar. Dia berasa takut. ‘Macam ahli kongsi gelap sahaja. Pakai serba hitam kecuali tali lehernya berwarna merah,’ Lidya bergerak pantas sambil berkata, “Pelik,” tetapi masih didengari oleh Danish. Danish hanya tersenyum. Dia mula menyiasat perempuan tersebut.
*****
Lidya pergi ke tempat ke dua yang dia perlu temuduga. Ini syarikat sahabatnya, Lily. Sungguh dia juga berminat untuk bekerja di situ walaupun sebagai setiausaha. Syarikat Ali Berhad. Syarikat tersebut mengeluarkan produk atau barangan makanan halal. ‘Disamping bekerja dapat beramal,’ kata Lidya.
Lidya masuk ke syarikat tersebut. Dia berasa yakin dengan dirinya. Dia yakin yang dia akan mendapat pekerjaan ini tetapi keyakinan ini berubah. Sumpah Lidya benci dia ini. Lidya tahu Lidya sayang dia. Tetapi setiap kali Lidya melihatnya. Selagi itulah Lidya asyik bermain dengan bayang-bayang dia. Tolonglah! Sudah cukup Lidya tersiksa selama 2 tahun ni. Gila tersiksa!
            “Awak!” mata Lidya bulat apabila melihat orang yang menemu duganya. Adam melihatnya dengan pandangan yang tajam. Tidak mampu Lidya memandangnya. Selepas temuduga, Lidya ingin pulang tetapi dihalang oleh Adam.
            “Alya! Tunggu!” laung Adam. Adam menghalangnya dengan tubuhnya yang sasa. Lidya terhenti. Dia hanya menundukkan mukanya.
            “Ustaz Adam, tolong jaga tingkah laku awak,” Lidya berkata lembut. Mukanya masih ditunduknya.
            “Maaf Alya,” Adam mula menjarakkan dirinya.
            “Jangan panggil nama itu lagi. Awak panggil sahaja saya Lidya,” tersentak Adam mendengarnya. Jelas wajahnya kecewa tetapi Lidya tidak mempedulikannya lagi.
            “Baiklah. Lidya, awak apa khabar?”
            “Khabar baik. Kalau tidak ada apa-apa lagi. Saya pergi dahulu,” kata Lidya sambil berjalan. Dia tidak mahu lama-lama di situ.
            “Boleh kita berbincang sekejap sahaja?” pintanya. Lidya hanya angguk kepala. Mereka berbincang di tempat letak kereta. Lidya bersandar di badan Boboy.
            “Awak masih bencikan saya?” Adam mula bersuara.
            “Alya mahu berkata satu perkara sahaja yang telah lama Alya simpan dalam hati ini,” kata Lidya sambil menunduk wajahnya. Dia menarik nafas dengan perlahan-lahan untuk mengumpul sedikit kekuatan. Dia memejamkan matanya dan membukanya semula.
 “Kenapa awak buat Alya cemburu masa itu? Kalau awak suka dia, bagitau Alya sahaja Alya. Alya akan cuba faham dan melepaskan awak untuk perempuan yang awak suka itu dan Alya sudah melakukkannya” luah Lidya dengan mata yang sayu.
“Alya, tolong jangan cakap begitu,”
“Adam, tolong dengar! Alya tahu Alya sudah melukakan hati awak. Tapi teruk sangat ke Alya ini? Alya tinggalkan awak pun sebab Alya terpaksa. Kalau masa itu awk tidak tuduh Alya macam-macam. Semua ini tidak akan berakhir begini. Memang Alya yang minta putus dengan awak walaupun sebenarnya Alya tidak sanggup. Kalau itu yang terbaik untuk awak. Tapi tidak terbaik untuk Alya. Ya! Apa yang Alya lihat sekarang, keputusan Alya putus dengan awak adalah terbaik untuk diri awak. Alya gembira lihat awak bahagia. Alya gembira! Memang Alya  tidak mampu hendak tengok awak senyum macam itu apabila bersama Alya. Alya tidak mampu awak” mata Lidya mula berair tetapi Lidya cuba menahannya. Adam hanya menunjukkan wajah rasa bersalahnya. Dia tidak sangka yang Lidya akan merasa seperti itu.
“Alya masih ingat lagi, kalau Alya hendak ambil gambar awak, awak selalu mengelak, awak selalu tidak bagi. Tapi kalau budak prempuan lain yang hendak ambil gambar awak, awak tidak kisah. Awak boleh tersenyum gembira sebelah mereka tetapi apabila dengan Alya, awak jadi lain sangat. Alya sedih sangat! Alya hendak menangis. Alya tahu  Alya tidak sempurna untuk awak. Setiap hari Alya tunggu awak. Tapi awak tidak pernah ada. Alya hanya hidup dengan bayang-bayang awak sahaja. Sungguh Alya tidak mampu hendak redah kepedihan hati Alya ni untuk merelakan kepergianmu. Kenapa awak buat Alya macam ini. Sekurang-kurangnya katalah sesuatu. Alya hendak tunggu awak lagi tetapi Alya sudah putus asa” kata Lidya sambil membuka pintu keretanya. Adam terkejut. Dia sudah tidak dapat menghalang Lidya lagi.
“Alya harap awak sudah menemui bahagia yang awak cari. Terima kasih kerana menjemput Alya datang ke majlis perkahwinan awak. Alya pergi dulu. Assalamualaikum,” Lidya masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Adam dengan muka rasa bersalah. Akhirnya air matanya gugur juga.
“Waalaikumusalam,” Adam mula membuka langkah.
*****
            “Umi, Alya setuju sahaja jadi guru tadika kawan umi itu. Walaupun Alya minat dalam bidang perniagaan tetapi rasanya bidang itu tidak sesuai dengan penampilan Alya,” katanya dengan muka mencuka.
            “Kenapa Alya?” uminya duduk di sebelahnya sambil menggenggam tangan Lidya. Lidya melentokkan kepalanya di bahu uminya. Manja.
            “Ada orang tegur pasal penampilan Alya. Rasa tercabar, umi tapi tiada kekuatan hendak melawan,” jelas Lidya. Dia mendonggak memandang umi Kalsom.
            “Kenapa pula mahu tegur? Sayang bukan buat salah? Kenapa? Wanita yang penampilan seperti Alya tidak boleh menceburi bidang perniagaan? Bidang pemasaran? Alya jangan cepat putus asa. Kalau Alya minat, teruskan tetapi kena niat yang betul. Bidang macam itu banyak dugaan dan cubaan. Alya kena bijak menghadapinya,” kata uminya lembut. Lidya  angguk kepalanya. Lega sedikit apabila mendengar kata-kata uminya.
*****
Sikap Danish berubah seratus peratus disebabkan pertemuaannya dengan perempuan yang tidak dikenalinya. Sikapnya berubah menjadi baik, bukan pembuli, bukan ‘kaki perempuan’ lagi, tegas dan bijak dalam menghadapi masalah. Kesan daripada perubahan sikapnya, ramai perempuan-perempuan sukakannya tetapi Danish tidak melayannya seperti dulu. Dia sudah berubah.
            “Hidayah,” kata Danish. Perempuan yang dia temui itu dia gelarkan ‘hidayah’. Dia bersyukur dengan perubahan ini. Dia termenung dalam pejabatnya. Wajah perempuan itu seakan dia lupa.
            “Kenapa boleh lupa?” Danish mula bercakap sendirian.
            “Lupa apa?” soal setiausahanya, Novela.
            “Vela, I lupa wajah perempuan yang buat I berubah,” kata Danish sambil memejamkan matanya.
            “Bahaya betul,” kata Novela dengan nada lembut.
            “Kenaapa?” soal Danish dengan hairannya.
            “Muda-muda lagi sudah jadi pelupa,” kata Novela sambil keluar dari bilik bosnya.
            “Vela!!!!” Marah betul Danish.
9
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 1

E:\novel pic\food\cover\vs.jpg
“Danish Aniq, siapa tidak mengenali dirinya. Sejak dizaman sekolah rendah lagi dia digelar ‘vampire’ disebabkan personalitinya yang seakan vampire. Pada siang hari, wajahnya pucat bagaikan tidak cukup darah tetapi apabila malam menjelma. Danish bagaikan manusia yang baru mendapat kuasa luar biasa. Betul Lidya. Aku tidak bohong,” jelas sahabatnya, Nurul bagai menceritakan kisah dongeng. ‘Lebih-lebih pula Nurul, sampai zaman sekolah rendah pun hendak bagitau aku,’ hati Lidya Alya detik.
            “Pelik,” itu sahaja perkataan  yang keluar daripada mulut Lidya.
            “Lidya tidak takut ke?” soal Nurul. Wajah Lidya tiada tanda-tanda takut tetapi kusyuk memikirkan sesuatu. Rupa-rupanya dia memikir jawapan matametik. Lidya hanya angguk-angguk kepala. Geram betul Nurul kepada Lidya.
            “Buat apa Nurul hendak takut. Dia bukannya kacau kita,” jawabnya sambil menjawab soalan matametik.
            “Dia suka kacau budak perempuan tambah-tambah cantik macam kita. Lidya pelajar baru di sini. Mungkin tidak tahu perangai dia macam mana,” jelas sahabatnya lagi. Lidya hanya tersenyum. Nurul sudah perasan cantik.
            “Lidya cantik ke? Ala…dia kan lemah di waktu siang. Nurul bulilah habis-habisan,” cadang Lidya dengan selamba. Dia mengusap rambutnya yang panjang. “Ah, pening la soalan math ni!” Lidya terus bangun dan mengemas. “Nurul, saya pulang dulu. Nanti umi cari saya pula,” Nurul hanya angguk kepala sambil melihat jam di dinding kelasnya. “Lewat sudah!” kata Lidya dengan agak kuat.
            “Hati-hati Lidya! Sudah senja! Bahaya! jerit Nurul apabila Lidya sudah jauh meninggalkannya. Dia hanya menunggu ayahnya habis kerja tepat pukul 7 malam. Ayah bekerja sebagai pengawal keselamatan. Lidya melambai-lambai tangan ke arah Nurul. Dia berjalan dengan pantas sebab hari hampir gelap. Dia terpaksa melalui jalan yang dikeliling hutan yang mengambil masa 5 minit sahaja.
            Lidya melepaskan ikatan rambutnya yang panjang. Dia berlari sekuat hati apabila sampai di jalan hutan itu. Azan maghrib sudah berkumandang. Saat ini banyaklah syaitan berkeliaran. Kelihatan beberapa orang melepak dijalan itu. ‘Ini syaitan bertopengkan manusia. Azan sudah  berkumandang pun tidak reti-reti hendak balik rumah. Syaitan ini yang paling ditakuti berbanding hantu!’Memang Lidya berasa takut. Dia melalui sekumpulan tersebut dan lari sekuat hati. Takut. “Tak mahu balik lewat lagi,” permintaan Lidya pada diri sendiri.
            “Siapa perempuan itu? Dia pakai lencana sekolah kita,” kata salah seorang ahli kumpulan tersebut.
Akhirnya Lidya sampai juga di rumahnya. Lidya dan uminya baru sahaja pindah di kawasan ini. Selepas kematian ayah akibat sakit jantung, umi yang menyara Lidya. Lidya satu-satunya anak umi. Umi Kalsom. Dia membuka kasutnya. Tiba-tiba umi menarik telinganya.
            “Aduh! Aduh! Umi! Sakit!” bagai hendak terkeluar najis yang ada dalam lubang telinganya. ‘Apasal umi aku mengamuk? Tiada ribut, angin. Cuaca pun elok sahaja. Tidak hujan pun tetapi mengamuk, kenapa?’ Lidya mengikut jejak langkah uminya.
            “Umi cakap pergi sekolah, pakai tudung!” marah betul umi Kalsom kepada anaknya. Lidya buat muka selamba. ‘Dosa betul aku dengan umi. Insaflah Alya,’ kata-kata nasihat untuk diri sendiri.
            “Tidak dapat hidayah lagi hendak pakai tudung, umi,” selamba sahaja jawapan Lidya. ‘Memang berdosa besar aku tapi hendak buat bagaimana. Aku tidak selesa lagi pakai tudung. Rimas!’ hatinya mengamuk.
            “Tudung itu untuk tutup rambut Alya. Rambut itu aurat sayangku,” jelas uminya seperti ustazah. Umi memang pakai tudung labuh. Isteri solehah. Masa arwah ayah hidup, memang ayah sayang sangat pada umi.
            “Dengar umi cakap, Alya?” soalnya pula. Aku angguk kepala sahaja. Aku peluk lengan umi Kalsom.
            “Hendak bermanjalah itu. Maghrib-maghrib. Pergi mandi dan solat dulu. Selepas itu bermanja dengan umi di dapur,” arah uminya. Arahan yang penuh makna.
“Hendak suruh Alya masaklah tu” jawab Lidya. Uminya hanya tersenyum.
*****
Keesokan harinya, Lidya masih tidak memakai tudung. “Degil betul anak umi sorang ini,” kata umi Kalsom sambil mahu merotan Lidya tetapi Lidya pantas melarikan diri. Di campaknya beg galasnya di atas meja. Penat juga jalan kaki pergi sekolah, 1000meter dari rumah.
 “Eh, ada surat! Warna merah pula itu. Surat cinta kot?” Lidya tersenyum. Siapalah agaknya ye? Surat itu dibukak pelahan-lahan. Apa ini? Dia berasa pelik dengan apa yang ditulis dalam surat tersebut. Lidya takut. Dibacanya berulang kali surat yang dia dapat.
Lidya ya nama kau? Aku nampak kau balik petang semalam. So, aku nak kau jadi kawan aku sebab aku suka  dengan kau. Aku mahu jawapannya adalah ya atau yes. Yang lain aku tak mahu dengar. Pada malam ni, pukul 9 malam, jumpa aku kat tempat kau nampak aku lepak semalam. Kau datang sorang. Jangan risau aku tak kan apa-apa kan kau. Itu prinsip aku. dan kau jangan bagi tau pada sesiapapun.
Danish Vampire
            “Siap ada cop mohor lagi. Bersistematik pula kumpulan yang dikatakan ‘vampire’. Ingat ada lagi ke Pontianak zaman moden macam ini. Kalau Pontianak melayu biasanya perempuan. Ini lelaki pula. Kelakar! Kelakar! Hendak datang ke? Boleh percaya ke? Aku memang ada belajar silat tetapi tahap satu pun tidak lepas tambahan diorang itu ramai, mana boleh. Malas nak layan,” kata Lidya sambil membuka buku teks sejarah.
            “Lidya, jangan lupa kejap lagi kita ada pertandingan bersajak terbuka. Semua pelajar tingkatan 5 dan 4 yang jadi penonton,” ajak Nurul yang muncul dari mana Lidya sendiri tidak tahu.
            “Saya tidak lupa. Sekarang pergi dewan?” soal Lidya.
            “Yup! Jom!” Lidya hanya angguk kepala sahaja. Mereka bergerak pantas ke belakang dewan selepas berdaftar di kaunter pendaftaran. Lidya memang minat dalam bidang sasterawan. Beberapa peserta sudah ‘selamat’ melakukan persembahannya.
            “Peserta seterusnya, Lidya Alya daripada tingkatan 5 Sastera Ikhtisas akan mempersembahkan sajaknya bertajuk ‘Selamat tinggal kali ini sahaja’. Dipersilakan,” kata Cikgu Noraini.
            Lidya naik ke pentas. Tidak berkelip mata Danish memandang wajah cantik milik Lidya. Danish siap membawa video rakaman lagi. Dia merakam Lidya bersajak. Lidya mula bersuara.
Dalam waktu-waktu membawa diri yang hanyut
ada kamu,
Dalam resah desah hela nafas di gua kelam hidup
juga ada kamu,
Dalam tampar ombak semilir angin menghakis pantai hati
masih ada kamu,
Dalam canda dunia pada patung diri yang kosong
setia tetap kamu,
Dalam malam jelita yang dijeling bintang-bintang
kerap ada kamu,
Dalam usap gosok pelita yang kian malap
ada kamu,
selalu setia kamu…
teman juang..

Canda dan tawa bertingkah,
Sayu dan tangis merisik
menghantar pinangan waktu mengucap pisah salam,
Justeru pasti ada titik akhir di awal permulaan.

Kenang mengenang jiwa hilang,
Resah gelisah hati merindu,
Sayu syahdu cinta berlagu.

Kamu
ialah sebuah jiwa teman,
Kamu
ialah satu suara nyaman, senandung diri:
Aku sedih kamu menangis, aku suka kamu ketawa..
selalu dan selalu ada kamu…

Wahai taulan,
Pasti saja kalah aku dengan marathon waktu,
juga kalah pada pungguk yang setia dengan malam,
Tewas dengan kenangan memakan ingatan,
Lebur pada terik mentari menelan khayalan
gusar pada bengis waktu menerkam impian,

Sebenar pasti ada rindu..
bila harus mengungkap akhir temu
sekali-kali tidak bererti mati,
berperang kita di medan sendiri
atas satu semangat juang yang kita seru
selamat tinggal
kali ini saja.

            Tepukan gemuruh untuk Lidya. Selepas tamat pertandingan ini. Lidya diumumkan sebagai juaranya. Dia diminta untuk mempersembahkan semula sajaknya.
            “Terima kasih atas kemenangan ini. Sajak ini dicipta khas daripada sahabat baik saya, Siti Rossikin Binti Sahari. Harap sajak ini memberi makna dalam kehidupan kita,” Lidya mula bersajak. Suasana dewan yang riuh-rendah menjadi sunyi sepi hanya suara mendeklimasi sajak Lidya sahaja kedengaran. Danish juga kusyuk mendengarnya sambil merakam. Dia bagaikan terbuai indah dengan suara Lidya. Dia sudah kena panahan cinta pertama. Dia mahu memiliki Lidya.

*****
Malam itu, Lidya bagaikan cacing kepanasan. Kejap duduk. Kejap bangun. Kejap termenung. Teringat akan janji temunya dengan Danish. Dia sememangnya tidak mahu pergi. Tiba-tiba uminya ‘sekeh’ lembut kepala anak Lidya lalu duduk di lantai. Umi menjahit sesuatu.
            “Umi!” mengeras suara Lidya.
            “Alya yang tidak reti duduk diam ini, kenapa? Sakit kepala umi tengok. Duduk!” arah umi.
            “Umi ini macam ustazah. Tudung labuh tetapi garang, ganas, kuat, kaki gaduh dan semuanya yang sewaktu dengannya ada pada diri umi,” komen Lidya. ‘Mungkin perangai aku jadi begitu pun sebab aku ini keturunan umi. Memang sah pun,’ hihi Lidya tersenyum.
            “Oh, lepas kutuk umi, Alya senyum pula! Memang hendak kena budak kecil!,” uminya mengeletek Lidya dan Lidya ketawa menahan geli.
“Umi! Minta ampun! Tidak buat lagi!” kata Lidya. Uminya memeluk Lidya erat.
“Memang sikap umi begini. Janji hati umi baik dan umi tidak kacau hidup orang lain,” jelas umi Kalsom. Lidya mengangguk kepalanya. Hati dia tenang selepas dapat berbual dengan uminya. Dia memeluk tubuh umi. Inilah Lidya Alya, suka bermanja dan dimanjai.
            “Tidak guna punya perempuan, dia tidak datang malam ini. Siap kau! Aku tidak akan lepaskan kau!” marah sungguh Danish pada Lidya. “Berani perempuan itu buat aku tunggu dia. Siap kau esok,” katanya sambil memecut motor kesayangannya.
*****
‘Basikal siapa yang parking depan rumah aku ini. Salah parking ke? Sudahlah cantik. Menepati citarasa aku,’ kata Lidya yang ingin pergi ke sekolah.
            “Umi, Alya hendak pergi sekolah! Hendak salam?” jeritnya dari depan rumah. Uminya berlari anak. Lidya salam tangan uminya.
            “Ada bau. Bau nasi lemak yang sedap tangan umi. Umi, ini basikal siapa? Macam salah port sahaja dia letak. Salah rumah kot?” soalnya.
            “Ini umi beli untuk kemudahan Lidya pergi sekolah,” terkejut beruk aku mendengarnya. Gembira sampai aku berlari memeluk umi. Aku cium pipi, dahi, tangan umi banyak kali. Gembira gila.
            Gembira betul Lidya pergi ke sekolah dengan basikal barunya itu. Mukanya ceria. Tidak terkata. Dia juga tidak sabar hendak pulang ke rumah dengan basikal tersebut. Lidya sudah beri nama pada basikalnya itu iaitu ‘Boboy’.
            Apabila dia pulang dari sekolah, segera Lidya ke tempat letaknya basikalnya. Alangkah terkejutnya. Sudah kemek, remuk dan memang sudah macam basikal yang rosak. Menitis air matanya. Sedih. Hadiah daripada umi jadi begini. Ini hadiah paling berharga pernah dia dapat dalam hidupnya. Dengan kehidupan yang susah. Umi beli basikal ini tapi siapa yang kejam sangat sampai sanggup buat Boboynya nazak. Dia tahu siapa yang lakukannya tetapi dia sabarkan diri.
            Lidya menolak basikalnya sehingga ke rumah. Dia menangis semahunya di bahu uminya. Dia memeluk erat uminya. Umi kalsom juga menangis. Kasihan melihat anaknya.
            “Sudahlah sayang, jangan nangis. Nanti kita baiki basikal itu ye?” pujuk uminya. Lidya menggelengkan kepalanya.
            “Tak payahlah umi. Lidya tak mahu umi membazir duit lagi. Simpan duit itu untuk masa kecemasan,” kata hatinya dengan sayu. Semalaman dia menangis sambil melihat Boboynya yang sudah nazak itu. Bengkak matanya. Dia tidak boleh tahan lagi perasaannya. Malam itu Lidya datang ke tempat Danish selalu lepak. Dia sudah berpesan pada uminya, kalau dia tidak pulang dalam masa dua jam, cari Lidya. Langkah berjaga-jaga.
            “Datang pun minah cantik ini,” kata Danish. Diperhatikan rambut Lidya yang panjang diikat kemas. Sungguh dia sudah jatuh hati sejak dia melihat gadis itu berlari di depannya. Tetapi matanya sedikit bengkak. Kejamkah aku? Lidya hanya memandang tanpa senyuman.
            “Awak sorang sahaja?” soal Lidya. Berdua-duaan ditepi hutan ini! Pelik.
            “Aku sorang sahaja. Kau ada nampak orang lain ke?” Danish membuat lawak tetapi Lidya tidak ketawa.
            “Awak mahu apa dengan saya hah sampai Boboy saya jadi mangsa?” soal Lidya seakan mahu menangis kembali tetapi dia menahannya. Danish merenung wajah Lidya. Cantik. Hidung gadis itu merah. Mungkin baru lepas menangis.
            “Boboy? Siapa boboy?” soalnya pelik.
            “Basikal saya!” Lidya mengeraskan suaranya.
            “Basikal kau. Aku minta maaf pasal itu. Siapa suruh kau tak datang semalam jumpa aku? Aku mahu tanya kau satu soalan,” kata Danish sambil merenung tajam mata Lidya.
            “Tanya apa?”
            “Kau suka aku?” Danish bertanya. “Dan jawapannya sama ada Yes atau ya” tambahnya lagi.
            “Jawapan apa ni? Sama sahaja maksudnya. Jawapan saya C! Tidak! Saya tak suka awak. Ingat awak kacak ke? Kaya ke? Yang kaya itu ayah awak bukan awak. Jangan perasan! Kalau mahu berlagak dengan duit ayah awak. Saya tak peduli itu semua. Macam ini ke lelaki yang saya hendak suka? Berlagak, kaki perempuan, pembuli! Awak ingat saya ini pelajar baru saya tidak tahu apa-apa tentang awak,” jelas Lidya.
            “Kau tahu mengenai aku? Dikenali ramai jugak aku ini,” Danish berkata bangga. Lidya memandang sinis.
            “Perasan juga awak ini. Kalau dikenali sebagai orang yang negatif baik tak payah. Tiada yang hendak dibanggakan,” kata geram daripada Lidya.
“Lidya, aku suka kau. Kau cantik terutamanya leher kau. Boleh bagi aku gigit,” terus terang Danish. Dia sejak kecil suka melihat leher perempuan tapi belum pernah dia menggigit mana-mana leher. Dia begitu teruja melihat leher Lidya.
            “Kau gila! Ini sudah lari dari topik kita bincang. Sudahlah! Lebih baik saya pergi dari sini,” Lidya sudah berkira-kira mahu meninggalkan Danish tapi Danish menghalangnya dengan mencengkam lengannya. Lidya melawan tetapi dia tidak berdaya sebab sehari dia tidak makan. Danish mencengkam kedua-dua tangannya dan mulutnya sudah berada di leher Lidya. Air mata Lidya mengalir deras. Sungguh! Dia tidak sanggup! Terasa sakit apabila gigitan Danish dilehernya. Puas! Danish menyukai leher Lidya. Ini leher pertama yang dia dapat.
            Berbekalkan tenaga yang ada, Lidya berusaha melepaskan diri. Apabila pegangannya terlepas, terus sahaja Lidya lari ke tengah jalan dan pada masa yang sama, ada sebuah kereta yang sangat laju serta merta melanggar tubuh Lidya. Badan Lidya tercampak lalu banyak darah yang keluar. Orang yang melanggarnya terkejut melihat Lidya. Dia tidak perasan yang Danish ada disitu.
            “Lidya!” pak cik Rahman mengangkat tubuh Lidya dan membawanya ke hospital. Lidya di masukkan ke wad kecemasan. Banyak darah mengalir. Selepas beberapa seketika, Lidya dapat diselamatkan cuma…
            “Doktor, bagaimana keadaan anak saya?” umi Kalsom bertanya.
            “Anak puan dapat diselamatkan tetapi dia hilang ingatan. Akibat daripada pelanggaran yang kuat membuat ingatannya hilang dan menganggu saraf ingatan,”
            “Bolehkah ingatannya dipulihkan?” sungguh terkejut umi Kalsom mendengar keadaan anaknya. Air mata seorang ibu tumpah.
            “Kita cuba untuk ubatinya dengan mengingat peristiwa silam,” sebaik sahaja doktor berkata, dia terus meminta diri.
            Hampir seminggu Lidya di hospital dan hampir setiap hari Danish melawat Lidya. Sungguh dia rasa bersalah. Susah untuk dia mengetahui keadaan Lidya.
            “Lidya, kenal umi?” kata umi Kalsom dengan lembut. Lidya hanya memandang sepi dan menggeleng kepalanya.
            “Tidak apa-apa. Ini umi. Satu-satunya umi Alya. Alya jangan takut. Umi akan jaga Lidya. Kita tinggalkan tempat yang buat sayang jadi camni,” runtuh hati seorang ibu apabila melihat anaknya tidak mengenalinya.
Sejak peristiwa itu Lidya berpindah lagi. Danish tidak lagi menemui Lidya. Sungguh dia rasa bersalah pada Lidya tetapi kesan gigitan dileher Lidya telah meninggalkan kesan parut yang kekal pada Lidya. Danish berharap yang dia akan berjumpa semula dengan Lidya.
*****
Kini, sudah 5 tahun peristiwa itu berlalu tetapi tidak memberi kesan kepada hati Danish. Dia teruskan kegiatannya suka membuli, mencari perempuan yang cantik dan meningkatkan lagi perniagaan.
            “I love you,honey,” Danish bisikkan kata cintanya kepada Nana. Mereka berada dalam kereta milik Danish, ferarri berwarna merah.
            “Why you love me, Danish,” suara gedik Nana mula mengoncang iman Danish. Leher Nana diperhatinya. Entah kenapa dia sukakan leher perempuan sejak kecil lagi.
            “Because of you. You beautiful, sexy and clever,” Danish berkata. Perempuan pantang dipuji sikit. Mulalah kembang. Sungguh mudah dipedayakan.
            “So, you want marry me?” soal Nana lagi. ‘Kahwin? Oh no, belum tiba lagi. Aku belum puas lagi dengan apa yang aku buat. Kalau betul aku hendak kahwin sekalipun, bukan dengan perempuan begini,’ bisik hati Danish. Dibiar sahaja persoalan itu. Dia membawa Nana ke shopping complex. Terus sahaja dilupakan apa yang disoalnya. Perempuan tetap perempuan.
            Danish dan Nana memasuki sebuah kedai pakaian. Dia kusyuk dibahagian pakaian lelaki dan membiarkan Nana memilih sendiri pakaian yang dia mahu.
            “Lidya Alya,” seseorang memanggil nama itu. Danish terdengar. Dia memerhati perempuan empunya nama sambil membuka cermin mata hitamnya.
            “Yup! Kejap, saya hendak pilih jubah ini,” mata Danish tidak lepas memandang perempuan tersebut. Cantik.
            “Yang mana satu cantik, abang?” soalnya. Seperti pasangan bahagia. ‘Tidak mungkin Lidya yang aku kenal. Berbeza sungguh penampilan perempuan itu. Muka pun lain. Entah-entah itu suaminya. Cari nahas sahaja suka ‘bini’ orang,’ Danish bergerak ke sisi Nana dan keluar daripada kedai tersebut.
            “Yang hitam corak merah jambu itu cantik,” pendapat Shahril. Dia menemani adik sepupunya.
            “Cantik! Lidya,” isteri Shahril, Syaza menegur. Dipeluk bahu isterinya.
            “Betul. Sesuai untuk pergi interview Lidya tidak lama lagi,” Lidya hanya tersenyum. Seharian mencari baju yang sesuai. Yelah syarikat yang dia akan pergi ini bukan calang-calang. Nama pun sudah pelik dan menakutkan. Syarikat Vampire. Berani betul dia guna nama syarikat seperti itu. Entah la. Mereka bertiga meneruskan ke destinasi seterusnya.
*****
Danish pulang. Memang dia sudah setkan selepas asar adalah waktunya berehat. Tubuhnya memerlukan tenaga selepas seharian bekerja di pejabat. Adiknya, Damia Eryna sedang asyik membaca.
            “Tak ada kerja lain la itu, baca ujang. Ujang!” Kata Danish.
            “Along ini, buat lawak antarabangsa pula. Suka hati Mia la. Baik along naik atas dan tidur,” kata Damia sambil meneruskan pembacaannya sambil ketawa terbahak-bahak. Sorang-sorang pula itu.
            “Sudahlah itu Mia. Kang orang kata anak perempuan mama yang sorang ini gila pula. Kalau hendak baca sangat. Pergi baca di bilik kamu,” arah mamanya, Datin Erni. Damia buat muka tidak puas hati. Dia bangun dan masuk ke biliknya. Dia akan bekerja di sebuah syarikat mulai minggu depan. Itu pasal dia mahu berehat puas-puas.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Sungguh Damia malas mahu layan. Sekarang sudah masuk call yang ke sepuluh. Aduh hendak baca komik pun payah.
            “Assalamualaikum,”
            “Waalaikumusalam. Mia pergi mana tadi?” Yusuf bertanya.
            “Tidur,” jawab Damia ringkas.
            “Tak elok tidur waktu asar tau,”
            “Ok, Fine,”
            “Macam tak suka?” suara Yusuf seperti merajuk. ‘Memang pun aku tak suka kau. Sudah tahu tanya pula,’ hati Damia berkata-kata.
            “Tidaklah. Baiklah, tak solat asar lagi. Bye,” terus sahaja Damia putuskan talian. Lega rasanya.
*****
Danish bangun dengan bersemangat sekali. Matanya dibuka perlahan. Pelahan dia mengambil telefon bimbitnya dan melihat wajah seorang gadis yang sering dirinduinya saban hari. Wajahnya lembut. Suaranya merdu.
            “Rindunya aku kepadanya,” bibirnya berbisik. Danish teringat akan kata-kata Lidya.
            “Jawapan apa ni? Sama sahaja maksudnya. Jawapan saya C! Tidak! Saya tak suka awak. Ingat awak kacak ke? Kaya ke? Yang kaya itu ayah awak bukan awak. Jangan perasan! Kalau mahu berlagak dengan duit ayah awak. Saya tak peduli itu semua. Macam ini ke lelaki yang saya hendak suka? Berlagak, kaki perempuan, pembuli! Awak ingat saya ini pelajar baru saya tidak tahu apa-apa tentang awak,” peristiwa itu tidak akan dia lupakan.
‘Bagaimana keadaan Lidya sekarang? Mesti makin cantik. Sudah berkahwin ke dia? Tidak! Aku tetap mahu dia menjadi milikku. Kini aku sudah mempunyai kerjaya syarikat sendiri walaupun terpaksa bekerja dengan papa,’ hatinya resah memikirkan Lidya. Dia bangun dan terus menuju ke bilik mandi.

Selepas bersihkan diri, dia terus keluar dan menuju ke tempat biasa orang Kuala Lumpur lepak. Disko. Nana paling suka minum air Syaitan itu. Arak. Danish tidak pernah minum air tersebut. Dia tidak datang ke situ untuk minum atau makan. Cuma mencari mangsanya. Dia memerhatikan leher beberapa gadis yang cantik dan mengancam.
            Ada seorang gadis sudah terperangkap dengan mukanya yang kacak. Danish meninggalkan Nana yang tergedik-gedik menari bagaikan manusia hilang akal. Danish membawa perempuan yang bernama Sheila ke tempat yang agak tersenmbunyi. Mereka berbual dengan mesranya. Selambar sahaja Sheila mengucup bibirnya. ‘Bau busuk perempuan ni. Mungkin minum air haram,’ kata Danish. Mulutnya mula mendarat ke leher Sheila tapi tidak lama sebab seleranya mati. Leher itu bukan leher citarasanya. Memilih mangsa juga Danish.
            “Kenapa?” soal Sheila. Danish meninggalkan Sheila dan Nana sekali. Malas mahu melayan. Dia duduk di shopping complex. Memerhati orang sekeliling. “Perempuan siang tadi. Dia memang cantik,” Danish berkata.
            Lidya sedang menunggu Shahril dan Syaza yang membeli makanan di KFC berhampiran. Lidya lebih suka berdiri di luar memerhatikan orang sekeliling. Pandangannya jatuh pada seorang lelaki dan lelaki tersebut pun memandangnya. Bagi Lidya, pandangan itu sungguh menakutkan. ‘Macam orang hendak makan orang sahaja,’ agak Lidya dalam hati.
            Lelaki tersebut sedekahkan senyuman untuk Lidya. Lidya pun membalasnya dari jauh. Entah kenapa ada perasaan tenang ketika mata kami bertentangan. Lama. Bagaikan masa terhenti.
            “Lidya,” tegur Shahril yang membawa banyak makanan lalu Lidya menghulurkan tangan untuk angkat sebahagiannya tetapi Shahril tidak beri dirinya angkat. Pandangan mata Lidya kembali pada lelaki tadi dan lelaki itu masih setia memandangnya.
            “Kak Syaza, mana?” soal Lidya sambil tersenyum memandang Shahril. Danish yang duduk agak jauh tidak mendengar apa-apa yang dikatakan oleh Lidya. Hatinya didatangi cemburu melihat kemesraan perempuan itu dengan lelaki tersebut.
            “Kak Syaza ke tandas sebelah sana. Jom kita pergi ke sana,” ajak Shahril. Lidya hanya mengikut langkah Shahril dari belakang. Sempat lagi Lidya memandang lelaki tadi dan lelaki itu masih memandangnya tanpa jemur. Lidya menghadiahkan senyuman manis untuk lelaki tersebut dan lelaki itu membalasnya.
            “Entah kenapa hati aku berbunga-bunga. Macam dekat taman sudah. Sungguh manis senyumannya. Menggugat ketenangan aku sahaja. Harap dapat jumpa lagi dengan si dia,” kata Danish sambil bangun dan menuju ke masjid. “Aku macam dapat hidayah sahaja,” katanya bersendiri. Hatinya tenang setelah menunaikan solat. Memang sudah lama dia meninggalkan solat sejak belajar di luar negara selama tiga tahu. Rupanya tuhan itu masih sayangkan aku.
            Danish memasukkan sejumlah wang ke dalam tabung masjid. Dia berjanji akan membuang sikap yang tidak baik itu. Dia mahu mencari keredhaan Allah. Syukur! Hatinya terbuka juga. Dia termenung lama di tepi tangga masjid. Mengenangkan dosa-dosanya terutama pada Lidya Alya. Sungguh dia insaf. Disebabkan berasa lapar. Dia telah menghubungi seseorang.
            “Haris, jom keluar makan,” ajak Danish apabila teringat akan sahabatnya.
            “Aku tengah usha perempuan ini,” katanya dalam telefon.
            “Oi, bertaubatlah! Buah hati yang kau sayang sangat tu hendak letak mana?” kata Danish sambil masuk ke dalam kereta mewah miliknya.
            “Sarah ye? Dia tengah ada kerja luar. Dia kan seorang arketik. Itu yang jauh  ke timur melihat tapak pembinaan,” jelas Haris.
            “Jom la. Aku belanja kau makan,” ajak Danish dan terus sahaja Haris setuju. Mereka makan di kedai mamak di Ampang. Mereka berbual sampai tidak sedar hari sudah lewat.
            “Kau tidur rumah aku la, Danish. Aku duduk sorang sahaja,” ajak Haris.
            “Apa motif kau cakap kau duduk sorang aje pada aku. Gay ke?” agak Danish. Di tumbuknya bahu Danish.
            “Agak-agak la kawan. Aku masih waras la. Hati dan naluri lelaki aku hanya untuk perempuan sahaja,” akhirnya mereka ketawa bersama.
            Danish tidur di rumah Haris. Boleh tahan la mewah rumah Haris. Anak orang kaya. Mereka terus melelapkan mata apabila menonton ‘movie’ bersama. Danish di lantai dan Haris di sofa. Lena sungguh Danish tidur sambil termimpikan gadis yang dia jumpa tadi. Oh, sungguh indah mimpi ini. Tiba-tiba Danish terasa badannya dipeluk oleh seseorang. Mata terlalu berat untuk dibuka. Dia cuba mengingat kembali apa yang dia buat sebelum tidur.
            “Haris!” suara Danish sedikit mengeras dan membuka matanya. Alangkah terkejutnya Danish apabila melihat Haris sedang memeluknya erat. Sudahlah badan Haris lebih besar daripadanya. Tinggi pun tinggi Haris lagi. Haris 189 sentimeter manakala Danish hanya 184 sentimeter. Naik sesak nafas Danish apabila memikirkan Haris memeluknya.
            “Bukkk!” bunyi penumbuk dari Danish untuk Haris.
            “Kau gila ke?” suara Danish kuat dan tinggi. Haris tersedar. Dia mengosok-gosok matanya. Pelik dengan suara sahabatnya yang agak kuat.
            “Kenapa?” soal Haris. ‘Eh, takkan la tak rasa sakit. Aku tumbuk tak kuat ke? Macam tak sakit sahaja gaya Haris ni,’ hatinya berkata.
            “Kau peluk aku tu kenapa? Mengigau ke? Melampau betul. Aku pun kau nak peluk,” marah Danish. Geli.
            “Yeke? Bila masa aku peluk kau. Aku mimpi sarah tadi. Ish, mengarut la kau ni,” Haris tidak mahu mengaku.
            “Betul! Sudahlah aku nak tidur di bilik tamu kau. Kau tidur la kat sini,” Danish bangun dan menuju ke bilik tamu. Jam sudah menunjukkan waktu 3 pagi. Danish menyambung semula tidurnya.
            Tepat jam 5 pagi Danish tersedar. Dia dahaga. Dia pergi ke dapur Haris untuk minum air. Perlahan-lahan dia meneguk air tapi tiba-tiba gelas yang dipegangnya terjatuh akibat terkejut. Ada seseorang memeluknya dari belakang. Mulut Haris di telinga Danish. Terasa nafasnya hangat. Geli Danish memikirkannya.
            Kali ini Danish tidak dapat sabar. Diketuk kepala sahabatnya berkali-kali sehingga bangun.
            “Danish!” marah Haris. “Kenapa kau ketuk kepala aku?” soalnya.
            “Yang kau tu merayau sampai ke dapur hendak peluk aku, siapa suruh?” kata Danish. Jelas muka Haris terkejut.
            “Ya. Aku di dapur la. Bukan aku tidur di ruang tamu tadi?” soalnya.
            “Betul la itu. Kau ini ada penyakit tidur berjalan. Lain kali kau hati-hati sikit. Taubat aku hendak tidur di rumah kau lagi,” Danish menyuarakan pendapatnya.
            “Sorry,” kata Haris sambil mengaru-garu kepalanya. Dia juga pening.
            “Kalau kau tidur rumah kawan kau, jangan sampai kau masuk bilik orang perempuan. Susah! Teruk kau kena belasah nanti. Okey. Aku sudah mahu balik ni. Aku pergi dulu,” kata Danish sambil meninggalkan Haris yang masih memikirkan dirinya yang tidur berjalan.
            “Betul ke aku tidur berjalan?” kusut rambut Haris sebab dia garu-garunya kepala. Haris menyambung tidurnya semula. Masih awal lagi ini.