Followers

Thursday 29 December 2011

15
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 4

Fazlynn sibuk menggoreng pisang. Itulah aktiviti harian yang akan dia lakukan. Memang penat. Pagi pergi sekolah, petang pula membantu emak berniaga tapi jika dia tidak membantu, siapa lagi. Ayah tidak boleh berdiri. Kakinya sudah dipotong selepas kemalangan jalan raya. Tetapi Fazlynn bangga dengan ayahnya. Walaupun kakinya sebelah sudah tiada, ayah tetap membantu emak dengan membasuh pakaian. Pekerjaan itu tidak memerlukan dia berdiri tegak.
            “Terima kasih. Nanti datang lagi.” Ujar Fazlynn sambil menghadiahkan senyuman manis untuk pelanggan yang hadir. Cita-citanya ingin menjadi ahli perniagaan yang berjaya. ‘Tapi taklah menjual pisang. Lain perniagaan la.’ Bisik hatinya.
            Fazlynn menarik muka kedut empat puluh empat apabila dia ternampak kelibat Ayyad yang kini sudah dihadapannya.
“Tak ada tempat lain nak datang ke?” nada sinis Fazlynn. Ayyad hanya tersengih. Menayang giginya. ‘Tak ada benda lain ke nak tayang? Tayang la duit ke? Baju sepasang ke?ni tayang gigi pula. Tahulah gigi dia cantik. Anak orang kayakan. Tak boleh buat apa lah.’
“Kau ni, Manja. Asyik nak marah aku aje. Nampak muka aku, marah. Marah aje nampak muka aku. Kenapa? Aku gurau-gurau aje masa balik sekolah tadi.” Kata Ayyad sambil melabuhkan punggungnya di atas bangku yang ada disitu.
“Gurau kata kau? Itu gurau monyet namanya. Gurau kasar. Aku tak sukalah. Lain kali kalau nak gurau macam tu, kau gurau seorang aje ya? Jangan ajak aku sekali.” Amuk Fazlynn.
“Fazlynn!” tiba-tiba muncul Maher. ‘Dia buat apa kat sini? Tak kan lah nak beli goreng pisang yang digoreng oleh aku. Mushkil sangat ni.’ Fazlynn rasa akan berlaku perkara yang tidak baik.
“Ya, Maher. Ada apa?” Fazlynn bertanya.
“Aku nak minta maaf pasal perkara kat sekolah tadi. Kita bercinta semula.” Maher sengaja menekankan perkataan cinta. ‘Memang cari nahas lelaki bernama Maher ni.’ Fazlynn mula bimbang. Dia kalihkan pandangannya pada Ayyad. Jelas air mukanya berubah.
“Ayyad...”
“Aku dah cakap dengan kau, manja. Dah lama aku ingatkan kau. Kalau kau ada lelaki yang kau suka, aku takkan kacau kau kecuali kau sendiri bagitau aku. Kenapa kau tipu aku, Manja?” soal Ayyad yang jelas kecewa pada Fazlynn.
“Ayyad... Aku...” Lidah Fazlynn keluh. Goreng pisang yang digoreng disambung oleh emaknya.
Ayyad bangun lalu meninggalkan Fazlynn tapi tidak semudah itu, Fazlynn mengejar Ayyad dan Maher mengejar Fazlynn.
“Ayyad, aku tak bagitau kau sebab aku masih nak berkawan dengan kau. Aku gembira kawan dengan kau.” Jelas Fazlynn tanpa berselindung.
“Oh, sebab tu kau tak nak tinggalkan lelaki ni.” Maher menyampuk. ‘Nak aje aku bagi penumbuk pada mamat seorang ni. Sibuk!’ hati Fazlynn benggang.
“Dahlah Maher, kau dah buat aku menangis pagi tadi, kini kau nak aku terima kau semula. Kirim salam sahaja pada orang bernama Maher Zakuan kerana dia mahir bab-bab melukakan hati orang dan menjahanamkan hubungan persahabatan orang lain.” Amuk Fazlynn.
“Fazlynn, aku tak ada niat nak buat kau menangis. Betul! Serius.” Maher cuba memujuk Fazlynn pula.
“Ayyad, kau kan dah lama kenal aku?” Fazlynn tidak melayan kata-kata Maher. Entah mengapa hatinya begitu bimbang jika Ayyad tidak mahu berkawan dengannya lagi.
“Manja, sekarang ni aku rasa aku macam dah tak kenal kau. Lebih baik aku balik KL. Kau tak hargai aku yang sanggup pindah sekolah sini semata-mata nak jumpa dan bersama kau.” Ayyad kecewa. Dia berjalan meninggalkan Fazlynn dengan Maher.
“Baguslah. Kau baliklah KL. Ini bukan tempat kau!” Maher berkata kasar. Fazlynn hanya menjeling tajam ke arah Maher.
“Aku tampar mulut kau, baru tau. Balik! Kau pergi balik! Aku tak nak jumpa kau lagi!” Fazlynn menghalau Maher.
“Tak nak!”
“Aku cakap pergi!” suara Fazlynn lagi tinggi dari tadi. Tergesa-gesa Maher meninggalkan Fazlynn. Fazlynn terus mengejar Ayyad yang semakin jauh.
“Ayyad! Ayyad! Tunggu aku kejap.” Fazlynn masih mengejar Ayyad. Dia perlu menjelaskan keadaan sebenarnya.
Fazlynn menarik belakang t-shirt Ayyad. Langkah lelaki itu terhenti.
“Ayyad, aku tahu prinsip kau. Kalau aku suka mana-mana lelaki, kau akan tinggalkan aku sebab kau suka pada aku kan? Tapi Ayyad, aku suka kawan dengan kau. Kerana persahabatan kita ni buat aku tak suka lelaki pun tak apa.” Lemah sahaja suara Fazlynn. “Tapi asalkan dapat berkawan dengan kau. Aku dah puas hati.” Sambung Fazlynn lagi.
“Kalau kau tak suka lelaki. So, kau suka perempuanlah ya?” nada Ayyad sudah berubah.
“Tak guna punya lelaki. Kau mainkan aku!” Amuk Fazlynn apabila melihat mimik muka Ayyad yang tegang tadi kini ceria.
“Manja, kau memang manja...” tiba-tiba suara Ayyad jadi serius. Hati Fazlynn berdebar kencang. Mereka saling berpandangan. Entah mengapa Fazlynn dapat rasakan ada satu perasaan indah yang hadir dalam hatinya.
“Mana ada manja...” jawab Fazlynn perlahan-lahan.
“Tu nampak manja aje.”
“Yalah. Aku manja.” Akhirnya Fazlynn mengaku.
“Manja, kenapa kau manja?” soal Ayyad dengan nada yang berubah lagi kepada nada yang ceria. Tidaklah serius seperti tadi yang menyeksa perasaan Fazlynn.
“Suka hati akulah nak manja, ada aku manja-manja dengan kau?”
“Aku tak kisah kalau kalau kau sudi”
“Tak hingin!” Fazlynn meninggalkan Ayyad. Lega perasaan Fazlynn apabila hubungan mereka kembali pulih. Dia tersenyum.
Ayyad mengejar dia kembali.
“Manja seorang yang manja!” berkali-kali Ayyad mengungkap kata-kata tersebut. ‘Kalau buat lagu pun boleh meletup orang yang mendengarnya. Tak logik betul.’ Fazlynn boleh rasa tekanan perasaan dibuat oleh Ayyad.
Tapi...
Ayyad lah penghibur hati Fazlynn dikala hatinya sunyi tanpa sesiapa. ‘Terima kasih Ayyad. Aku sayang kau.’ Kata-kata itu hadir sekadar dalam hati Fazlynn sahaja.

Wednesday 28 December 2011

11
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 3

Fazlynn mencari beg galasnya. ‘Pelik, baru tadi ada kat sini. Mana pula perginya? Beg aku yang buruk tu pun ada orang nak cilok?’ kepala Fazlynn mula terasa pening. Dia berlegar-legar di dalam kelas mencari begnya.
            “Mesti ada seseorang yang menyorokkannya.” Fazlynn meneka. Sebentar tadi dia ke tandas selepas mata pelajaran terakhir tamat. Apabila dia kembali semula ke kelas. Beg galasnya sudah hilang. Dia mendonggak.
            “Beg aku!!!” menjerit Fazlynn apabila melihat beg galasnya tergantung ‘cantik’ di kipas. ‘Siapa punya kerja ni? Mesti budak tak betul tu.’
            Fazlynn membuka kasutnya dan naik atas meja. Dia mencapai beg galasnya pada masa yang sama Ayyad muncul dengan tiba-tiba dan mengambil kasutnya.
            “Tak guna!” amuk Fazlynn. ‘Kenapa kau suka kacau aku?’ geram sunguh Fazlynn dibuatnya.
            “Nilah balasan untuk orang yang mendukacitakan hati Ayyad Mikail.” Ujar Ayyad. Dia tersengih memandang wajah Fazlynn yang sedang merenungnya tajam.
            “Jangan renung aku lama-lama. Kang aku tak bagi kau keluar kelas ni baru tau.” Gurau Ayyad.
            “Gila! Cuba perangai tu senonoh sikit. Bagi balik kasut aku tu.” Pinta Fazlynn.
            “Aku takkan bagi kat kau, manja.”
            “Bagilah. Aku kena tolong mak aku berniaga. Jangan nak buat hal okay?” Amaran Fazlynn.
            “Aku hampir lupa yang kau kena niaga. Jual pisang yang digoreng. Kang manja suka makan pisang?” perli Ayyad. Fazlynn menahan perasaan.
            Ayyad kembalikan kasut Fazlynn tetapi lelaki itu ingin memakaikan kasut tersebut ke kaki Fazlynn. Lagak Ayyad seperti putera kayangan yang sedang memakaikan sang puteri kasut kristal yang cantik.
            Tetapi...
            Tidak bagi Fazlynn. Apabila Ayyad melutut di depannya, dengan pantas dia menendang muka Ayyad dengan kakinya yang masih berbalut stokin. ‘Tiga hari tak basuh ni. Nasib kaulah, Ayyad.’
            Pantas Fazlynn berlari meninggalkan Ayyad.
            “Manja!” jerit Ayyad dalam kegeraman dengan tindakan berani Fazlynn.
            “Padam muka kau!” Kini Fazlynn sudah menghilang di pandangan Ayyad. Ayyad tersenyum gembira.
            “Oh, Manja yang nakal...”
            Ayyad pulang ke rumah.
            “Pak su, tak keluar mana-mana ke?” Ayyad bertanya. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk.
            “Tak. Papa kamu baru telefon pak Su. Dia kirim salam. Dia ingatkan kamu dengan janji yang telah dibuat. Tinggal tiga bulan lagi nak SPM. So, belajar bersungguh-sungguh. Jangan nak main aje.” Cikgu Hashim berpesan.
            “Baiklah bos.” Ayyad terus bangun dan menuju ke biliknya. Dia menutup pintu lalu bersandar di pintu tersebut. ‘Janji? Terlalu berat janji tu tapi demi Manja... demi bersama Manja, aku akan tunaikan janji itu  walaupun hati aku terasa sakit.’ Ayyad terus merebahkan diri atas katil.
            “Rindunya aku pada kau, Manja.”
            Pertama kali Ayyad berjumpa dengan Fazlynn ketika dia berusia 15 tahun. Waktu itu emak Fazlynn bekerja sebagai orang gaji di rumahnya. Wajah gadis itu membuat harinya berdebar.
            Dan hubungan mereka menjadi rapat sehingga sekarang.
            “Terima kasih Ayyad sudi kawan dengan saya.” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Fazlynn. Disebabkan rasa malu, Ayyad telah terkasar dengan Fazlynn.
            “Aku sudi aje. Kau tu, ikhlas ke kawan dengan aku.” Ayyad berkata selamba walaupun hatinya berdebar. Air muka Fazlynn berubah apabila Ayyad membahasakan diri ‘aku’. Sejak hari itu, bahasa itu kekal dalam hubungan mereka.
Emak Fazlynn terpaksa berhenti kerja kerana ayah Fazlynn patah kaki disebabkan kemalangan setahun yang lalu. Fazlynn terpaksa mengikut keluarganya. Hari terakhir gadis itu dirumahnya, Ayyad menangis seperti budak-budak.
“Kau ni budak-budak ke, kanak-kanak ke, atau remaja?” soal Fazlynn apabila melihat air mata Ayyad mengalir.
“Aku remaja la, Manja!” dalam menangis sempat lagi Ayyad meninggikan suara. Itulah lelaki, ego!
“Kalau kau remaja, patutnya tak payah nangis. Macamlah aku nak pergi mati.” Selamba sahaja Fazlynn berkata. Bulat mata Ayyad mendengarnya. Tidak jadi menangis dibuatnya.
“Mati-mati jangan sebut.”
“Kalau tak sebut mati, nak sebut apa? Nama kau?”
“Nama aku tak apa, jangan nama lelaki lain dan mati.”
“Mati tu perkara wajib. Setiap perkara yang hidup akan mati juga, Yad.”
“Aku tahu Manja, tapi aku berdoa dan berharap biarlah aku yang mati dulu. Aku tak sanggup tengok kau mati dulu.”
“Kalau tak sanggup jangan tengok.” Fazlynn cuba melawak.
“Tak kira, kau kena jaga diri kau baik-baik.” Paksa Ayyad.
“Boleh pula macam tu. Entah-entah kejap lagi Allah nak ambil nyawa aku, manalah tahu.” Fazlynn mengusik Ayyad.
Ayyad buat muka serius.
“Okay, maaf. Aku pergi dululah. Nanti ketinggalan bas pula. Tinggal kau tak apa.”
“Nanti aku datang cari kau. Aku janji!” jerit Ayyad apabila Fazlynn semakin menjauh darinya.
“Tak datang cari aku pun tak apa!” balas Fazlynn sambil tersengih.
“Manja, jangan nakal bila aku tak ada!” jeritnya lagi. Fazlynn tersenyum memandang Ayyad. Lelaki itu menangis semula.
“Dia yang manja ada lah.” Kata Fazlynn.
Ayyad menjadi seorang yang gila bayang sejak keluarga Fazlynn berpindah ke kampung semula. Dia rasa hidupnya tidak tenang. Ada sahaja tidak kena.
Sepanjang dia berada di tingkatan empat, tiada sesiapa yang berani berkawan dengan Ayyad kerana sikapnya yang mudah marah dan mengamuk.
“Aku kena jumpa dia!” itu harapannya. Dia telah membuat perjanjian dengan papanya yang menjerat diri sendiri.
“Baiklah papa setuju. Tapi kamu kena ingat janji yang papa mahu kamu tunaikan.”
“Baiklah papa.”
Dengan berat hati dia melangkah keluar meninggalkan bilik bacaan papanya. Kini, itu semua kenangan. Ayyad sudah berada di samping Fazlynn. ‘Terima kasih Fazlynn kerana menceriakan hidup aku. Terima kasih! Walaupun hanya untuk seketika.’ ucapnya sekadar dalam hatinya.
18
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 2

Ayyad masuk ke dalam kelas dan terkejut melihat mata Fazlynn sembab seperti baru lepas menangis. Gadis itu sedang termenung.
            “Manja, kau nangis ke?” tegur Ayyad dengan tiba-tiba.
            “Opocot!” Fazlynn melatah. Ayyad tersenyum melihat Fazlynn terkejut. “Kau ni Yad, bagi salam. Kita orang islam. Ingat tu.” Amuk Fazylnn. ‘Lebih baik lupakan lelaki yang tak hargai aku. Lupakan dia!’ hati Fazlynn menjerit. Dia kuatkan hati. Dia tidak mahu kerana cinta dia selemah ini. Dia kena kuat.
            “Lasernya mulut si manja ni.”
            “Hey, tolong jangan panggil aku manja. Family aku aje boleh panggil aku macam tu.”Fazlynn memejamkan mata tanpa mempedulikan Ayyad yang sedang merenung  tajam ke arahnya.
            “Suka hati akulah. Aku suka nama kau tu. Manja tapi nakal.” Ayyad sudah mulakan.
            “Nakal? Mujurlah aku nakal, kalau aku miang camne?”
            “Kalau kau miang, biar aku yang ubatkan.” Begitu mendalam maksud Ayyad. Fazlynn berpura-pura tidak faham.
            “Ubatkan? Please, okey?” Fazlynn tidak mahu melayan Ayyad yang dia anggap itu satu gurauan.
            “Bolehlah. Kau tahukan aku dah lama sukakan kau.”
            “Hey, kita ni budak sekolah lagi. Mana sesuai nak bercinta.” Fazlynn berkata begitu. ‘Hai, betullah kata-kata tu. Peringkat umur macam ni memang tak sesuai nak bercinta. Belajar lagi bagus. Lupakan cinta monyet.’ Fazlynn sudah menyedari kesilapan yang telah dia lakukan.
            “Tak apalah. Aku tunggu umur kau 18 tahun. Masa tu kau dan aku bukan bawah umur lagi.” Ayyad tetap menjawab bagi semua kata-katanya.
            Fazlynn mengaru-garu kepalanya menggunakan ke dua-dua belah tangannya. ‘Buruk peil dah aku mengaru macam ni.’ Tekanan dibuatnya dengan sikap  Ayyad. Meluahkan perasaan dengan cara tidak romantik langsung.
            “Kau garu-garu kepala macam tu, kenapa?”
            “Tak boleh ke?”
            “Boleh tapi kau nampak macam spesies yang suka makan pisang.”
            “Kau ni, memang tahu semua pasal aku ye? Aku memang suka makan pisang. Elok untuk orang yang mengalami sembelit macam aku ni,” kata Fazlynn sambil tersenggih.
            Ayyad mengeluh. ‘Perempuan ni memang nakal betul. Suka buat lawak tak kena tempat tapi itu yang buat aku lagi suka kacau kau.’ Ayyad duduk disebelah Fazlynn.
            “Maksud aku monyet la!”
            “Tak guna punya Yad! Ada ke samakan aku dengan monyet. Mana ada monyet pakai tudung. Agak-agaklah nak buat lawak.” Tinggi suara Fazlynn  tapi Ayyad tidak sempat untuk membalas serangan gadis itu kerana cikgu Amir sudah masuk ke dalam kelas untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
            “Siap kau lepas balik sekolah.” Sempat Ayyad membisik.
            Fazylnn tidak melayan kata-kata Ayyad. Kini, dia berjanji kepada dirinya. ‘Semua lelaki hanya tahu mengambil kesempatan pada kelemahan perempuan. Lelaki seperti Maher memang tak dapat dimaafkan. Sebabkan aku berkawan dengan lelaki lain dia nak putus. Memang tak logik. Kalau macam tu tak payah ada lelaki lain atas dunia ni. Tak guna punya Maher. Sia-sia aku sukakan kau.’ Amuk Fazlynn dalam hati. Dia cuba untuk fokus belajar.

Tuesday 27 December 2011

14
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 1

Fazlynn berjalan sendirian. Dia berasa lega kerana seseorang yang selalu mengekorinya tiada hari ini. Dia betul-betul gembira.
                “Manja!!!” jerit seseorang dari belakang. Fazlynn tidak sanggup untuk menolehnya. Dia mempercepatkan langkahnya.
                Tiba-tiba tudungnya ditarik.
                “Sakitlah!” Amuk Fazlynn.
                “Aku panggil kau, kau buat pekak. So, aku tariklah tudung kau.” Selamba sahaja Ayyad berkata begitu. Dia suka mengusik gadis yang berada dihadapannya. Apabila gadis itu marah, mukanya akan merah dan nampak cantik sekali.
                “Kau ni! Satu hari tak kacau aku boleh tak?” Fazlynn meneruskan perjalanannya. Ayyad mengekorinya dari belakang.
                “Satu jam tak dapat kacau kau, aku rasa hidup aku tak lengkap.” Kata Ayyad sambil menunjukkan mimik muka yang ceria dan gembira.
                Fazlynn tidak sanggup lagi melayan lelaki ini, dia terus berlari ke pagar sekolah yang hampir ditutup itu.
                “Tutup pagar tu pengawas. Ada pelajar yang datang lambat!” Kata Fazlynn sambil tersenyum. Ayyad yang tidak sedar Fazlynn berlari, terkejut.
                “Pak cik pengawas, saya lambat seminit aje. Tolonglah buka!” Ayyad merayu sambil memandang tajam ke arah Fazlynn yang tersenyum puas dan gadis itu berlari meninggalkan dia yang kena tahan.
                “Tunggu cikgu disiplin sampai. Nama awak dah biasa ada dalam buku datang lambat.” Kata Rizal yang merupakan pengawas yang bertugas pada hari itu.
                “Ayyad Mikail! Kamu datang lambat lagi!” Cikgu Hashim mengamuk. Dia menarik telinga pelajar tersebut dan bawa ke bilik cikgu tersebut.
                “Sekolah ini tidak pernah ada rekod pelajar datang lambat. Sejak kamu berpindah ke sini, kamu buat rekod buruk di sekolah.” Cikgu Hashim membebel.
                “Ala, paksu. Biasalah tu.”
                “Apa biasa-biasa. Sudah sekarang masuk ke kelas kamu.”
                “Terima kasih bos!” ujar Ayyad dengan penuh bersemangat tanpa ada perasaan bersalah. Cikgu Hashim hanya gelengkan kepala.
                “Ada orang tu kena tarik telinga.” Fazlynn sudah menunjukkan belangnya. Dia berkata begitu sebaik sahaja Ayyad jejak kaki ke dalam kelas tersebut.
                “Mulut tu cakap baik-baik sikit. Aku boleh saman kau, kes kau mengaibkan aku.” Ayyad membalas kata-kata Fazlynn. Memang panas telinganya mendengar ungkapan daripada mulut gadis itu.
                “Hey Yad, tempat duduk kau kat sana. Bukannya sebelah aku!” tiba-tiba Fazlynn mengamuk apabila melihat Ayyad melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
                “Aku suka duduk sebelah kau.” Ayyad berkata dan pada masa yang sama Cikgu Salina sudah masuk ke kelas.
                Fazlynn tidak jadi menbalas kata-kata Ayyad. Tiba-tiba Fazlynn mendapat sepotong nota dalam buku teks sejarah. Dia membacanya ketika Ayyad keluar ke tandas.
Jumpa waktu rehat di belakang blok A –Maher-
                Fazlynn tersenyum. Buah hatinya mahu berjumpa. Selama ini dia telah merahsiakan hubungan tersebut daripada pengetahuan Ayyad.
*****
Air mata Fazlynn mengalir deras. ‘Apakah dugaan yang menimpanya? Apa kesalahan yang dia lakukan sehingga Maher sanggup memutuskan hubungan ini?’
                “Tapi kenapa Maher?”
                “Ayyad! Dah banyak kali aku cakap aku tak nak kau rapat dengan dia tapi kau degil. Lebih baik kita berpisah.”
                “Ayyad tu kawan aku sejak kecil lagi. Dia baru sahaja pindah ke sini. Maher jangan buat aku macam ni.” Fazlynn masih merayu.
                “Selamat tinggal Shazlynn Fazlynn.” Maher terus meninggalkan Fazlynn.
                Kring!!!!
                Loceng waktu rehat sudah tamat. Dia berjalan longlai menuju ke kelas...
3
Komen

NOVEL : MANJA, JANGAN NAKAL!

SALAM dan HELLO..

Ini novel baru ria yang akan ada dalam blog sahaja...tajuknya MANJA, JANGAN NAKAL! (MJN!) ria takkan post di p2u....selamat membaca nanti...maaf kalau ada yang tak suka dengan citer ini....terima kasih semua...

WASSALAM dan BYE...

Wednesday 21 December 2011

9
Komen

SINOPSIS SUAMIKU VAMPIRE

“Danish Aniq, siapa tak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar ‘vampire’ disebabkan personalitinya yang erotik. Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah tapi bila malam menjelma, Danish seperti makhluk yang baru mendapat kuasa luar biasa." itulah yang sering dikatakan oleh orang lain tentang aku tetapi satu yang mereka tidak tahu mengenaiku. aku begitu suka melihat leher perempuan.

Akhirnya aku bertemu dengan seseorang yang membuat hati aku berdebar kencang. wajahnya, suaranya dan segala-gala miliknya membuat aku tidak senang duduk.

“Kau suka aku? Dan jawapannya sama ada Yes atau ya,”

Itulah soalan yang aku tanyakan kepada gadis itu tetapi dia menolak aku mentah-mentah membuat hatiku membara dan kerana sikap aku yang gelojoh itu, dia kemalangan jalan raya dan hilang ingatan.Sejak hari itu aku hilang jejaknya.

Setelah 7 tahun gadis itu menghilang, aku bertemu dengannya. hati aku dipagut kerinduan yang amat sangat. tetapi ingatan dia pulih menyebabkan hubungan kami yang baik menjadi sebaliknya. bagaimana aku tangani masalah yang rumit ni? jemput baca novel Suamiku Vampire.

Damia Eryna, nama akulah. aku adik kepada Danish Aniq. aku ni suka buat kerja yang pelik macam tukang kebun, tukang gunting, tukang cuci dan tukang mengata orang. BKK. lelaki itu selalu kacau aku. walaupun bagaimana pun, dia tertipu dengan lakonan aku dengan Danish sebagai suami isteri. itu pun kerja sambilan aku juga hihihi apa yang akan terjadi dengan hubungan kami...kenalah baca novel SUamiku Vampire.

sekian terima kasih.

Tuesday 20 December 2011

17
Komen

CERPEN : CINTA TERAKHIR RAMADAN (full)

Aku memandu perlahan kereta Myvi putih  milik sahabatku, Ria. Dia mana pandai memandu. Harap sahaja ada lesen tapi tak berani memandu. Tak kisahlah.
                “Buusshhkkkk!!!” bunyi sesuatu yang kuat. Mata aku terpejam rapat dan cepat-cepat aku menekan brek kereta. Inilah akibat kalau mengutuk kawan yang baik. Yelah dah bagi pinjam kereta tapi nak mengutuk pula. Dosa betul aku ni...
                “Aduh!! Sakitnya kepala aku!” aku membuka mata yang tertutup rapat tadi. Dahiku di gosok perlahan-lahan. Tercium streng kereta pula dahi ini. Nasiblah. Aku melihat kereta siapa yang aku langgar. Ternganga mulut aku melihatnya. Kereta mahal tu! Kereta yang aku langgar tu kereta mahal. Matilah aku. Bersabarlah hati. Dugaan apa yang menimpaku...

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”. (Surah Al-Anfal : Ayat 46)

Apabila teringat maksud ayat itu, seharusnya aku bersabar.
                Kelihatan tuan punya kereta keluar dari keretanya untuk melihat apa yang sudah berlaku. Aku ketakutan. Muka lelaki itu amat comel. Tapi comel-comel jangan disangka baik.
                Kalau kejadian macam  ni berlaku, mesti aku yang akan kena marah. Nasiblah kau wahai, Siti Muslihah.
                “Cik adik tak apa-apa ke?” jelas lelaki itu macam bimbangkan aku sahaja. Aku cuba bertenang. Aku keluar dari keretaku. Terkejut aku tengok mamat ni. Macam mamat comel dalam mimpi aku malam tadi. Tak sangka orangnya betul-betul wujud.
                Tapi kenapa lelaki ni pendek? Bukankah dalam mimpi aku tu, dia tinggi. Cuba perhatikan betul-betul. Mungkin salah orang kot.
                Tinggi yang tak berapa tinggi. Tinggi lagi aku. Ada janggut sejemput macam ala-ala ustaz gitu. Senyuman yang manis mengoncang imanku yang sedia tak kuat ini. Rambut di sikat rapi. Mata yang kecil dan bibir yang merah bak bunga raya. Hidung mancung macam penyangkut baju. Berkulit putih. Mantap!
                “Cik tak apa-apa kan?” dia bertanya lagi. Caringnya dia.... secara tiba-tiba aku rasa macam nak pengsan pula. Awatnya Muslihah? Banyak pula muslihat aku ni. Mengada-gada betul aku ni.
                “Aku tak ada apa-apa. Kereta kau tu yang aku takut ada apa-ada,” balas aku. Dia jelas terkejut. Mungkin kerana bahasa yang aku guna... ‘aku kau’. Aku ni mana boleh guna bahasa ‘saya awak’ geli-geliman aku dibuatnya. Baik aku jadi diri sendiri. Tidak perlu menjadi orang lain seperti perempuan-perempuan yang gedik di tempat aku kerja.
                “Kereta rosak ke calar ke? Boleh ubat.. ada sparepart tapi kalau awak patah tulang ke? Calar ke? Kan dah ada parut. Lagi satu mana ada sparepartnya..?” mamat ni buat lawak antarabangsa pula. Rasa nak gelak pun ada tapi aku gelak sikit ajelah. Nak cover ayu lagi.
                “Siapa nama kau yang baik hati ni. Aku tengok nazak juga kereta kau. Habis kemek. Bak kata kau juga. Kalau kemek kereta boleh diganti tapi kalau kemek hidung macam mana pula,” giliran aku pula yang buat lawak. Dia ketawa manis gitu. Alahai.
                “Kalau kemek hidung, buatlah pembedahan plastik!” pandai pula mamat comel ni bergurau. Aku tersenyum.
                “Panggil aje Ramadan,” ternganga mulut aku bila dengan nama yang sungguh mulia itu. Bulan Ramadan.
                “Aku Siti. Bukan apa, aku ni student lagi. Tak ada duit. Kasihanlah patik pacar yang hina ini,” kataku dalam mood gurau. Dia tersenyum lagi. Mungkin terasa lawak dengan apa yang aku katakan.
                “Takkan sampai begitu sekali, Siti,” macam kekok sahaja mamat ni sebut nama aku? Pelik.
                “Tak apa la. Sikit sahaja kemeknya. Tak payah bayar. Betul Siti....ala..” kenapa pula dia mengeluh ni.
                “Kenapa?”
                “Entahlah. Saya panggil adik sahaja. Kekok rasanya nak sebut nama siti. Macam nama kucing,” aduh nama aku yang sedap tu dia cakap macam nama kucing? Sabarlah wahai hati ini.
                “Adik ni betul-betul tak ada apa-apa? Luka ke?” belum sempat aku nak menjawab, dia berkata lagi...mamat ni betul-betul tak bagi peluang aku nak bercakap.
                “Eh, luka kat kepala tu. Meh, saya rawat. Saya seorang doktor sakit jiwa. Tapi jangan pula adik takut. Jiwa saya selamat lagi dengan izin Allah,” katanya. Terkejut juga aku apabila dia cakap doktor sakit jiwa. Aku cuba mengawal kembali diri ini yang ketara sangat terkejut. Sudahlah aku alah dengan doktor, jururawat atau hospital dan sewaktu dengan benda tu. Memang aku tak suka. Elergik. Dahi aku sudah berkerut.
                “Kenapa adik macam terkejut sahaja?” tanya Ramadan sambil memanahkan pandangan yang cukup mengancam jiwaku. Macam kena suntik dengan doktor rasanya.
                “Hah?!” aku terkejut. “Tak ada apa-apa, Cuma terkejut je. Doktor sakit jiwa. Aku elergik dengan doktor..” jelasku jujur.
                “Hmmm, saya dah biasa kalau orang terkejut mengenai pekerjaan saya. Memang pelik pun,” katanya tersenyum manis lagi. Boleh sesak nafas aku di sini.
                “Aku bukan terkejut pasal pekerjaan kau tapi aku terkejut pasal kau ni doktor. Aura doktor buat aku loya,” jelas aku hakikat yang sebenar,
                “Tak apa. Saya boleh ubatinya. Meh saya balut luka tu,”
                “Yeke? Tak apalah encik Ramadan,” jawabku dan terus menundukkan wajahku ke bawa. Sebenarnya malu. Bukan apa, aku ni cair tengok senyumannya manis betul. Semanis kurma ini...
                “Hmmm, ada apa-apa lagi Encik Ramadan?” aku cuba menyebut namanya. Best pula rasanya. “Kalau tak ada apa-apa, aku nak minta diri la dulu. Lagi pun kata-kata Encik Ramadan yang menyatakan bahawa aku tak payah bayar apa-apa walaupun kereta kau dah kemek..” aku sempat mengingatkan dia lagi. Hihihi pertama kali aku rasa ayat yang aku guna macam tak betul dan tak stabil bagaikan perasaan aku sekarang ini.
“Oh, tak apa. Tapi saya pun nak nyatakan sesuatu. Gembira dapat kenal adik,” alamak dia senyum lagi. Mati kering aku macam ni kalau tiap-tiap hari. Dia hulurkan sekeping kad. Kad nama dia rupanya.
                “Okay, bye!” ujarku sambil masuk semula ke dalam kereta dan berlalu pergi. Sebenarnya aku tak boleh lama-lama kat situ. Nanti aku jadi spesis yang sama kat pejabat tu. Mengedik... mana taknya jadi begitu, mahu pengsan aku melihat renungan dan senyumannya tadi. Walaupun pendek tapi mengancam.
                Mesti semua pesakit-pesakit dia tak mahu sihat atau sembuh sebab dapat doktor sakit jiwa yang beriman begitu. Kalau dah sihat pun buat-buat tak sihat. Muka ada nur gitu. Muka aku ada apa? Ada jerawat batu sebiji dan tahi lalat tepi mata ada la. Lalat ni pun satu. Kat situ juga dia melepaskan hajatnya. Alahai.
                Berangan pula aku ni... sampai juga di pejabat. Pening juga aku melihat ramai orang hari ini. Lor dah keja kat Bank. Memanglah macam ni. Aku ni boleh dikatakan adik comel tukang cuci. Bukannya mak cik tukang cuci. Ini kerja sambilan aku sahaja. Aku kerja  kat Bank Islam. Aku mengemas bahagian kaunter yang kat luar tu. Kebetulan tak ramai orang bila aku nak menjalankan tugas... Aku menyapu lah sikit.  Tiba-tiba ada benda keras berlaga dengan kepala aku.
                Sakit bukan main lagi. Tangan macam batu minah ni. Sabar sahaja la. Aku menoleh ke belakang. Memang dah agak minah ni. Seorang gadis ayu bertudung litup memandang aku dengan pandangan bersalah.
                “Sorry sis, saya tak sengaja,” lembut sahaja suaranya. Bersalah sebab dah sekeh kepala aku ni. Ni pun sama. Ada muka Nur gitu.
                “Tak apa. Dah biasa tapi lain kali jangan buat lagi,” nasihatku. Aku dah biasa kena sekeh macam tu sebab abang aku yang seorang tu memang hobi dia sekeh kepala aku.
                “Terima kasih. Nama sis siapa? Orang panggil saya minah tudung,” malu-malu dia berkata. Ish! Ramai betul orang nak berkenalan dengan aku hari ini. Penat juga kalau dah ramai peminat ni. Penat-penat...
                “Minah tudung? Alahai, banyak ke tudung adik beli?” sengaja aku menyakat dia. Sudah tiada gelaran lain ke nak gelar. Minah tudung juga menjadi pilihan. Aku hulurkan tangan untuk bersalam dan dia menyambut baik. Tersenyum malu dia. Awatlah dia ni macam tak betul aje tapi muka dah ada ada ciri-ciri ustazah pilihan. Hihihi. Kulit putih berseri. Hidung mancung sungguh. Bibir merah kemerahan macam tomato...sweet ajer... lebih-lebih pula aku memuji. Mengalahkan lelaki pandang perempuan sahaja lagaknya.
                “It’s okay. Sis pun minta maaf sebab duk menghalang laluan adik. Biasalah tukang cuci,” aku berbasi-basi. “Apa yang boleh sis tolong?” macam aku pula pegawai Bank. Ramah aku. Aku memang peramah pun hihihi
                “Tak ada apa-apa. Nak masukkan duit dalam bank sahaja,”
                “Wokey! Hati-hati tau...” dia pun berlalu.
                Tiba-tiba satu suara buat kecoh dalam bank tersebut. Aku mengucap banyak sebab aku ingat ada orang nak merompak bank. Seriau dibuatnya.
                “Arrrggghhhh! Kena tipu lagi!” kenapalah tiba-tiba mamat tu menjerit. Kuat pula tu. Tak nampak ke senapang yang dipegang oleh pak cik guard dalam bank ni. Nanti ditembak kau, baru kau tau.
                Bukannya apa, jeritan mamat yang tak berapa nak sedap aku dengar tu betul-betul mengganggu tumpuan aku. Orang lain pun pernah kena tipu, tak la macam kau menjerit seperti nampak hantu. Dia merengus kasar dan keluar dari bank. Selamat tempat kerja aku ni.
                Aku kerja dua jam sahaja. Hari pun mahu petang sudah. Mula pukul 3 petang sampai 5 petang sahaja aku kerja. Masa tu pun Bank dah nak tutup.
                Aku pula dengan gembiranya. Esok aku akan dapat gaji dan hari terakhir aku kerja. Huhuhu gembira gila.
                Sampai sahaja di rumah sewaku, telinga aku di tarik dengan ganasnya. Rasa macam nak terkeluar najis dalam telinga aku yang sudah bertahun-tahun aku tak korek ni. Acah je. Kebersihan diri perlu dijaga. Sempat buat iklan.
                Dengan perasaan berdebar, aku menoleh ke belakang melihat siapa punya kerja memulas telinga ini. Alamak!
                “Gulp!” tertelan air liur aku. Rupa-rupanya Cik Ria yang comel. Kenapa dia tarik telinga aku yer? Pening juga bila fikir.
                “Suka-suka hati kau aje nak ambil harta aku. Tak bagitau aku apa-apa pula tu. Aku ni macam nak gila. Bangun tidur petang tadi tengok kereta aku hilang!” amuk Ria. Marah sungguh dirinya.
                “Jangan mengamuk Ria, sabar... bawa bertenang. Ini kan bukan puasa. Bulan baik. Tak salah kan kau bagi pinjam kereta kau pada aku,”
                “Memang tak salah cik kak tapi bagitaulah aku. Jangan main redah aje ambil,” masih dalam mood marah si Ria ni.
                “Aku bukannya curi. Cuma pinjam without permission kau je, Ria,” aku berkata dengan selamba badak berendam dalam lumpur. Itulah bayangannya.
                “Yelah. Aku tak marah kalau kau nak pinjam tapi bagitau aku. Bagitau jangan tak bagitau. Aku kat rumah macam nyawa-nyawa ikan tengok kereta pemberian abang-abang aku tak ada depan rumah,” jelas Ria. Memang pucat muka dia aku tengok. Kesian.
                “Maaflah. Aku janji tak buat lagi,” aku tengok Ria sedang tengok-tengok keretanya. Manalah tahu ada calar ke.... apa calar??
                “Mus! Kenapa kereta aku calar ni?!” jerit Ria. Dah mula dah bunyinya. Nak jawab apa yer? Cuba fikir. Fikir lagi.
                “Mus!!!” jeritnya lagi kuat. Ish, minah ni, puasa ke tak ni? Bukan main kuat suaranya. Macam dah kat padang kawat ni.
                “Kemalangan sikit, Ria”
                “Sikit kata kau? Matilah aku. Mesti abang aku mengamuk ni. Alahai Mus.... mati aku Mus,” kata Ria. Ria kalau kau mati. Aku pun mati sekali.
                “Maaf! Aku akan jelaskan kepada abang kau nanti. Jangan risau. Aku bawa saksi lagi. Orang yang langgar aku tadi,”
                “Betul ni?” Ria menduga aku.
                “Betullah cik Adik!” lega hati Ria. Hati aku pun lega. Nasib baik Ramadan tu tinggalkan kad dia sebelum dia pergi meninggalkan aku sendirian.
                “Aku dah beli makanan kegemaran kau. Harap terpujuk hati kau,” kata aku. Yelah kejap lagi nak berbuka.
                “Gara-gara kau la, aku tidak tenteramnak masak tahu. Sempat masak nasi aje,”
                “Jangan risau. Lauk aku dah beli. So, kita makan aje,” cadang aku. Barulah aku nampak senyuman kawan baik aku itu. Bahagia rasanya. Sekarang sudah Ramadan ke 16. Tak lama lagi syawal menjelma. Mesti makin bahagia.
*****
Malam itu, selepas terawih, ayah aku telefon. Mesti tak ada perkara lain nak bincang. Pasal perkahwinan aku yang tak jadi tu. Si Ali ni pun satu. Kalau tak nak kahwin dengan aku pun, tak payah larikan diri. Cakap terus terang. Ini tak pasal-pasal menyusahkan keluarga aku sahaja.
                “Ayah nak Siti cari juga pengantinya. Ada sebulan lagi ni,”
                “Ayah, Siti mana ada kawan lelaki. Ayah la cari,”
                “Ayah dah cari. Sorang pun tak nak dengan Siti,” dahi aku sudah berkerut. Tak nak?
                “Kenapa ayah cakap macam tu?”
                “Siti ni ganas, brutal. Kalau anak ayah mengamuk memang menakutkan. Siapa nak kahwin dengan Siti kalau perangai macam ni? Ayah sanggup jual tanah ayah semata-mata nak buat majlis nikah anak perempuan ayah yang sorang ni. Bila Ali bersetuju nak berkahwin dengan Siti, ayah gembira sangat,” jelas ayahku. Sayu ajer hatiku melihat pengorbanan ayah untuk anaknya yang tidak laku ini. Tapi aku ni baru 22tahun. Belajar pun ada setahun lagi. Kalau tak dapat kahwin sekarang pun saham aku takkan turun.
                “Ayah janganlah cakap camtu. Ada jodoh, tak ke mana punya,” aku bagi kata-kata semangat.
                “Masalahnya jodoh Siti bulan depan. Siapa pun ayah tak tahu,” aku mengeluh. Jadi brutal pun masalah. Aku bukannya tomboy tapi seorang yang kasar sahaja. Aku takde pula berambut pendek. Eh, mana diorang tahu rambut aku panjang. Aku kan pakai tudung. Nasib la.....
                “Tak apa ayah. Siti akan cari nanti. Ayah jangan risau,” talian ditamatkan. Aku termenung. Siapalah nak kahwin dengan gadis seperti aku ni. Ali punya pasal la. Rupa-rupanya dia mahu membalas dendam kes aku telah malukan dia masa sekolah menengah dulu. Apa dia? Aku cuma letak katak bawah meja dia sahaja. Dia menjerit gara-gara terpegang katak yang lembik tu. Aku gurau sahaja. Tidak sangka dia mendendami aku selama 5 tahun. Sengaja dia nak bikin aku malu.
                Masalah banyak betul yang timbul . sekarang aku nak telefon lelaki yang langgar aku tadi, Encik Ramadan.
                “Assalamualaikum...” terdengar suara lelaki yang serak basah itu. Kalau mengaji ni, pasti! Pasti! Pasti aku tertidur punya. Merdu sangat. Boleh buat ubat tidur...
                “Waalaikumusalam,”
                “Siapa di sana?” alahai. Lembut betul suaranya.
                “Aku...,” belum sempat aku menerangkan siapa aku sebenarnya...
                “OOOooo...awak...Siti kan? Adik...” Macam mana dia tahu aku yang telefon.
                “Ya aku. Boleh kita jumpa tak? Kereta yang encik Ramadan langgar siang tadi tu kereta kawan aku. Dia takut abang dia marah dia bila tengok ada kesan calar pada kereta tersebut,” aku berterus terang. Tanpa belok kiri atau kanan... terus sahaja.
                “Oh, boleh sahaja. Saya tak kisah,” jawapnya. Kami berbual seketika dan berlanjut kepada soalan yang peribadi pula.
                “Kau pernah bercinta?” aku bertanya. Saja nak korek rahsia.
                “Mestilah pernah. Kenapa?”
                “Berapa kali?”
                “Baru berpisah dengan kekasih yang ke 59 semalam,” mak ai! Aku pula yang terkejut mendengarnya. Lama juga aku terdiam.
                “Siti, awak masih di sana?”
                “Yup! Saya masih ada. Awat ramai sangat ni?” memang terkejut monyet aku dibuatnnya. Aku nak tergelak pun ada.
                “Sebab saya pendek aje mereka reject saya,”
                “Tak ada yang tudung labuh yang suka kau,”
                “Ada tapi kena reject juga,”
                “Sekarang umur kau berapa?”
                “Dah nak masuk tahun ke 30. Kenapa? Umur adik berapa?” dia pula yang tanya aku.
                “Umur aku baru 22 tahun. Muda lagi tapi aku pun ada masalah,”
                “Masalah apanya?”
                “Aku ni terlalu brutal, ganas dan kasar. Tiada lelaki yang suka pada aku. Aku kena cari calon suami secepat mungkin. Lepas seminggu raya, aku dah kena kahwin demi menutup malu keluarga,” aku mengeluh berat.
                “Sabarlah. Mungkin ini bulan yang banyak ujian dan dugaan,”
                “Apa kata kau sahaja yang kahwin dengan aku...” lancar sahaja mulut aku memberi cadangan. Sudah terdesak ni.
                “Apa? Adik tak kisah ke saya yang dah tua lagi pendek ni?” dia bertanya aku. Lama juga aku terdiam memikirkannya.
                “Aku tak kisah!” jawab aku bersungguh-sungguh. Ada ketawa di hujung talian.
                “Baiklah. Adik jadi cinta terakhir Ramadan ye?” aku tersenyum. Talian di tamatkan. Aku berfikir. Mudahnya jodoh ini. Kalau dah jodoh, walau di mana berada. Ia tetap akan datang pada kita. Tengok jodoh aku dengan doktor sakit jiwa. Betul ke ni?
                Berita baik ini sudah aku sampaikan kepada ayah. Gembira bukan main lagi. Selepas aku membetulkan keadaan dan masalah kereta Ria, aku segera balik ke kampung untuk membuat persiapan perkahwinan aku. Hari ini Ramadan akan datang bersama rombongannya.
                Aku ni tiada emak. Emak aku meninggal dunia semasa melahirkan aku. Ramadan anak tunggal. Ibu dan ayahnya masih hidup dan sihat walafiat. Mungkin kesihatan mereka sentiasa dijaga oleh anaknya. Almaklum la doktor walaupun doktor sakit jiwa.
                “Alhamdulillah,” aku mengucap syukur apabila proses peminangan berjalan dengan lancar dan pertunangan akan berlangsung pada malam tersebut. Sungguh! Aku rasa macam bukan diri aku aje malam semalam. Aku berlakon habis jadi perempuan paling ayu. Ibu dan ayahnya cukup berkenang dengan aku. Aku gembira sampai mengalir air mata.
                Yelah, aku kan kasar. Siapa yang nak isteri yang kasar tetapi Ramadan terima aku seadanya dan aku juga seharusnya terima seada juga.
                Sejak bertunang, aku tidak berjumpa dengan Ramadan. Itu permintaannya sendiri. Dugaan orang bertunang ini tinggi. Dia bimbang akan terjadi perkara yang tidak baik terutama zina.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”. (Surah Al- Isra’ : Ayat 32).
               
                Bertuahnya aku dapat mengenali siapa Ramadan Ramzi Bin Abdullah ini. Nasihatnya sentiasa membuat aku insaf. Memang doktor sakit jiwa aku ni. Aku pun sudah gila bayang dengannya. Hilang rasa kekasaran diri aku ini. Entahlah.
                Hari terakhir Ramadan buat hati ku sayu. Kerana Ramadan kali in aku bertemu dengan si dia. Aku masih mengharap Ramadan ini masih panjang tetapi esok Syawal akan menjelma. Akhirnya aku terlena setelah penat memasak untuk menyambut ketibaan Syawal.
                Takbir raya sudah kedengaran. Sama ada di surau atau masjid, di televisyen juga sudah banyak tayangannya. Mawi ada, iman muda pun ada. Semuanya ada. Aku termenung di tangga selepas panaskan lauk. Ayah aku sudah lama ke masjid berhampiran. Mungkin sekejap lagi ayah akan pulang.
                “Ali!” kehadiran lelaki ini dengan tiba-tiba di hadapan rumahku membuat hati aku berdebar kencang. Lelaki ini tidak dapat diramal apa yang akan dia lakukan. Aku berdiri tegak.
                Cepat-cepat aku menutup pintu rumah tapi tak sempat. Ketika ini aku mengharap kekasaran aku wujud semula tetapi tiada. Ia luntur akibat cinta Ramadan yang mula hadir dalam hati ini membuat hatiku lembut.
                “Ali kau nak apa dengan aku?”
                “Aku nak kau la! Aku nak kahwin dengan kau!” tiba-tiba sahaja nak kahwin dengan aku. Dulu jual mahal.
                “Dulu mungkin ya tetapi bukan sekarang!” aku mula gerun melihat pandangannya yang penuh dengan kejahatan.
                “Kenapa?” Ali semakin menghampiri aku. Segera aku lari ke dapur lalu mengambil pisau untuk melindungi diri.
                “Kau jangan rapat! Aku tikam kau nanti,” aku memberi amaran.
                “Kau berani ke?” dia masih tersenyum jahat. Aku beranikan diri dan menikam lengannya. Dia mengaduh lalu...
                “Pang!!!” pipi aku ditamparnya.
                “Tak guna punya pompuan!” mengamuk Ali. Bibir aku pecah akibat tamparan yang kuat itu. Terlalu kuat. Sehingga aku terasa telinga aku sakit. Aku cuba bangun. Dia menarik pisau di lenggannya itu.
                Aku yang cuba berdiri ini, bergerak perlahan. Tudung yang dipakai aku, ditarik kasar oleh Ali. Rambut panjang yang aku lindungi selama ini dilihat oleh lelaki durjana ini.
                “Wah, cantik! Kau ni cantik juga. Tak sangka aku,” puji Ali tapi aku sikit pun tak rasa terharu. Dia semakin menghampiri aku. Aku mencapai segala yang berada di dapur. Pinggan kaca yang ada disejat pinggan aku capai. Aku baling ke arahnya.
                Ali betul-betul mengamuk. Pinggan yang dibaling oleh aku pecah berderai. Ali berlari laju ke arah aku. Di menampar pipi aku untuk kali kedua. Kepala aku sudah naik pening. Pitam. Dunia aku terasa hampir gelap. Aku terasa tubuh aku dipikul atas bahu Ali itu. Dalam separuh sedar, aku dibaringkan atas meja di ruang tamuku.
                “Kau memang cantik! Kau cantik!” Ali bagai di rasuk. Dia bagaikan pesakit gila. Aku tidak mampu untuk melawan tetapi selagi aku ada tenaga, aku akan berusaha juga. Tangan aku tercari-cari benda yang boleh aku buat senjata.
                Dapat! Aku dapat bekas kuih kaca raya terisi dengan biskut semperit yang ada di bawah meja itu. Dengan tenaga yang ada, aku ketuk kepala Ali dengan bekas kuih tersebut. Pecah berderai lagi. Sampai tangan aku pun berdarah. Itulah tenaga terakhir aku.
                Ali kepeningan.
                “Ya Allah, anakku!!!!” aku terdengar ayahku menjerit. Ayah aku memeluk tubuh ini.
                “Siti!!” Suara Ramadan pun aku ada dengar dan akhirnya aku tidak ingat apa yang berlaku. Ali sudah melarikan diri. Ramadan bertindak pantas dengan menghubungi Polis. Selepas sejam, polis dapat menangkap Ali dan dia dalam soal siasat polis.
                Itulah yang diceritakan oleh ayah. Aku bersyukur sebab semuanya selamat. Disebabkan perkara itu terjadi, aku dikahwin dengan Ramadan pada hari raya ke empat. Itu permintaan Ramadan. Walaupun hakikat sebenarnya kami akan berkahwin hari raya yang ke 16.
                Memang cacat gambar aku, masa akad nikah sebab suamiku pendek. Tingginya sampai bahu aku sahaja tapi ada aku kisah. Janji aku bahagia dan dia mampu melindungi aku. Ayah kata, Ramadan buka silatnya dan berlawan dengan Ali. Ali tidak sanggup untuk terus berlawan lalu melarikan diri.
                Entah kenapa hidung aku kembang kempis sahaja. Bangga sangat dengan Ramadan. Bak kata perpatah, kecil-kecil cili padi.
                Kini, aku dah selamat menjadi isterinya yang sah. Aku dah jadi hak mutlak dirinya. Rupa-rupanya Ramadan juga seorang ustaz. Patutlah jelas sahaja ciri-ciri gaya iman muda tu. Walaupun aku ni brutal, ganas dan kasar, aku suka juga tengok rancangan agama seperti itu. Ada kala aku tengok Al-Hidayah, Al-kuliah, baca majalah Solusi dan novel cinta islamik.
                Aku ni nampak sahaja macam ni tapi dalam hati ada taman-taman cinta. Tapi baru ajer hadir cinta itu. Aku berdiri di jendela tingkat bilik. Menghayati malam yang cukup indah dan mendamaikan.
                “Assalamualaikum,” ada bisikan suara milik Ramadan. Pelukkan lembut dan hangat dapat aku rasakan dibelakang tubuhku tapi macam pelik sebab suamiku pendek.
                “Waalaikumusalam,” aku berpaling ke arahnya. Memandangkan Ramadan lebih rendah daripada aku, dia terpaksa mendonggak untuk melihat wajahku yang cantik ini. Mahu sahaja aku tergelak melihat wajahnya.
                “Termenung nampak...” tegurnya.
                “Tak adalah. Aku....” alamak, sejak bertunang, ini kali pertama aku berbual dengannya. Aku tersasul guna bahasa kasar tu.
                “Panggil aje Ramadan kalau tak biasa panggil abang lagi,” aku pula yang terasa malu sangat. Aku tersenyum.
                “Ramadan....” aku sebenarnya tidak tahu nak berbual apa. Aku sudah buntu. Lama kami membisu.
*****
Semalam memang haru biru hidup aku. Yelah, bergelar isteri ini bukan mudah. Kena ada kekuatan fizikal dan mental. Macam-macam boleh berlaku. Sambung semula perkara semalam.
                Ramadan pergi menunaikan solat maghrib. Memang sunyi rumah yang aku tinggal itu, tenang sungguh malam ni. Bagaikan aku seorang sahaja yang berada di dunia ini. Tapi kenapa fikiran aku tidak tenang tiba-tiba ni? Kenapa hati ini berdebar-debar saat aku teringatkan Ramadan. Lelaki yang kini sudah bergelar suamiku.
                “Baik aku layan novel ‘Ad+Iz’,” baru sedikit aku baca aku sudah malu. Walaupun Ad ni sudah kahwin dengan Izumi tapi dia still guna panggilan ‘Kau Aku’. Kenapa aku tak guna aje panggilan macam tu? Aduh, jangan terpengaruh dengan novel la, Siti Muslihah.
                Bukan apa, aku punya lidah ni kelu dan keras aje bila nak sebut perkataan ‘Abang’. Mesti dia mengharap aku menyebutnya. Sudahlah! Baik aku sambung semula baca novel ini. Bagi tekanan sahaja.
                Ada babak sedih dalam novel itu. Saat si ketamnya hilang. Aku menangis membacanya. Aku juga pernah hidup susah. Ad tiada kasih sayang ayah tetapi aku tiada kasih sayang ibu. Tapi aku bersyukur hati ayah tetap setia dengan cinta ibunya. Walaupun kesian ayah kesunyian tanpa teman tetapi ayah tidak pernah mengadu. Dia sentiasa tersenyum.
                “Kenapa sedih sangat cerita ni?” aku mengamuk. Aku memang macam ni. Cerita sedih pun aku mahu mengamuk. Yelah cerita itu buat aku sedih.
                “Assalamualaikum...Eh, kenapa menangis ni?!” terkejut Ramadan apabila melihat air mata isteri yang baru di nikahi siang tadi.
                “Waalaikumusalam,” aku menjawab salamnya sambil mengelap air mata ini. Tenang sahaja hati ini melihat wajahnya yang comel dan lembut.
                “Tak ada apa-apa cuma novel ni sedih..” belum sempat aku menyapu air mata ini, Ramadan terlebih dahulu mengelapnya dengan tangannya yang kasar itu. Aku terpana.
                “Berbahagialah hari ini, jangan menangguhnya hingga ke hari esok...”tiba-tiba Ramadan membisik kata-kata itu. Aku tidak tahu mahu membalas apa. Hati aku makin berdebar apabila Ramadan menutup lampu bilik kami dan....malam melabuh tirainya.
                “Siti Muslihah!” agak tinggi suara Ramadan buat aku hilang ingatan semalam seketika. Aku terkejut.
                “Hah! Apa...?”
                “Abang nak ajak sayang pergi tempat kerja abang dan terus balik rumah kita?” keputusan Ramadan bagai ada batu yang menghempap kepala aku. Tidak kah dia mengetahui yang aku kurang meminati berkunjung ke tempat seperti tempat dia bekerja itu? Aku mengeluh berat.
                “Kenapa ni? Tak baik mengeluh sayang...” nasihatnya...
                “Siti agak elergik nak pergi tempat macam Ramadan kerja,” sejujurnya kau menerangkan apa yang aku rasa.
                “Tak apa. Cubalah dulu,” aku angguk kepala. Cuba mengikutnya. Sebelum ke ‘rumah bahagia’ itu, kami berdua singgah di pasar raya sekejap. Mahu membeli barang dapur. Yang menjadi masalahnya, orang sekeliling melihat kami pelik. Aku cuma berjalan sambil memegang lengannya. Apa kes orang sekeliling aku ni?”
                “Mus!” ada orang menegur aku. Ria rupanya dengan buah hatinya, Zeck.
                “Apa khabar?” Ria bertanya. Zeck dan Ramadan bersalaman. Mereka saling tersenyum. Zeck agak tinggi. Tinggi Ramadan lebih kurang dengan tinggi Ria. Zeck pula tinggi sikit daripada aku. Ria berbisik sesuatu.
                “Suami kau nampak rendah la. Itu sebab orang sekeliling tengok kau macam pelik,” selepas Ria memberitahu perkara itu, baru aku sedar itu puncanya.
                “Terima kasih sebab bagitau aku,” ucap aku. Tiba-tiba aku ternampak kelibat abang Ria, Shahdan. Ria segera meminta diri.
                “Jom Zeck! Selamatkan diri. Aku pergi dulu Mus!” Ria berjalan seperti orang yang melarikan diri dari ancaman bahaya. Kesian dia. Hubungan dia dengan Zeck tidak direstui oleh abang-abangnya tetapi mereka berdua berkahwin juga. Memang pelik.
                Aku tersenyum. Aku doakan kau bahagia. Pedulikan pandangan orang lain. Janji aku bahagia. Aku memeluk lengan Ramadan makin erat.
                “Kenapa ni?”
                “Ada orang cemburu sebab Siti jalan dengan si kacak ni,” ditatap wajah suaminya yang pendek itu. Lantaklah. Selepas membeli barang-barang, makin berdebar hatiku. ‘Rumah bahagia’ itu makin aku dapat lihat dari jauh. Ramadan meletakkan keretanya di tempat sudah tertulis namanya.
                “Jom sayang!” alahai suamiku. Ajak macam pergi makan angin sahaja. Bau ubat sudah berjaya aku hidu walaupun jaraknya berbatu-batu kot.
                “Inilah tempat abang kerja tapi pesakitnya lelaki sahaja. Pesakit perempuan sudah ada doktor perempuan,” jelasnya. Aku Cuma tersenyum. Aku yang sihat sejahtera ni rasa nak pitam dan sakit. Akhirnya aku rebah atas lantai pejabat kat biliknya.
                “Ya Allah!” suamiku terkejut. Dia memangku aku dalam dukungannya. Ish, kuat pula suamiku ini angkat aku.
                Apabila aku sedar, dia tidak habis membebel. Baru aku tahu sikapnya memang suka membebel. Tadah telinga sahaja mendengarnya.
                “Kenapa boleh pengsan?” aku pun terangkan A sampai Z. Seperinci yang boleh, biar dia betul-betul faham.
                “Kenapa tak bagitau abang awal-awal? Jom sekarang juga kita balik rumah kita,” ajak Ramadan. Aku tersenyum. Sebaik sahaja kereta milik Ramadan pergi jauh meninggal rumah bahagia itu, aku rasa nafas aku tidak sesak lagi. Lega. Bahagia sahaja.
                Suamiku masuk diperkarangan sebuah rumah. Mak ai! Besar gila.
                “Kayanya Ramadan!” suamiku tersenyum.
                “Kerja doktor sakit jiwa pun boleh kaya ke?” aku mula bertanya. Dalam rumah usah dikata. Cantik sangat. Walaupun rumah ni tak berapa besar tapi kemewahannya masih boleh dilihat.
                “Ramadan anak orang kaya ye?” aku menduga.
                “Abang harap Siti Muslihah adalah cinta terakhir abang. Lepas ni tiada lagi cinta yang hadir,” katanya dengan tiba-tiba. Aku tanya soalan lain, dia jawab jawapan lain. Hai suamiku.
                “Insya-Allah!” aku layan aje. Ramadan yang ditakdirkan menjadi jodoh aku. Bukan Ali. Nasib baik aku tak kena kahwin dengan Ali. Tak sanggup.
                Ramadan memeluk bahu aku. Erat. Kami sama-sama menghayati malam yang indah ciptaan-Nya. Semoga kebahagiaan yang baru terbina ini berkekalan. Harap bulan yang penuh mulia seperti bulan Ramadan akan menjelma lagi. Dengan izin daripada-Nya.
P/S : Harap cerpen ini menghiburkan hati kita. Apa-apa pun jangan membuat penilaian berdasarkan luaran orang lain. Kadang-kadang, walaupun seseorang itu kasar dan ganas tetapi hakikat sebenarnya hatinya sensitif dan lembut. Harap janganlah kita menilai orang lain tanpa mengenali siapa dia yang sebenarnya.