Monday, 27 August 2012
CERPEN : BUKAN KONTRAK CINTA TAPI UNDANG-UNDANG CINTA (full)
Cerpen kali ini adalah cerpen yang berkaitan dengan E-novel CINTA KE? Kisah percintaan abang ke TIGA, Ria Aryantie iaitu Syamir, seorang polis biasa. Jadi, jika tidak baca enovel CINTA KE? Pasti anda tidak akan faham. Tetapi ria cuba tulis juga. Semoga terhibur dengan penulisan kali ini.
Ria tersenyum-senyum melihat HIME SAKURA dari jauh tetapi dahinya berkerut melihat seseorang yang dia kenali.
“Eh, tu bukan abang Syamir ke?” kata Ria sambil tunjuk ke arah seseorang. Lelaki itu sedang mengawasi HIME SAKURA.
Ria, Zeck, Syanaz, Tengku Faris, Mila, Iyda, Shahkir, dan Shahdan datang ke konsert HIME SAKURA. Seorang penyanyi muda yang semakin dikenali. Sebenarnya Hime itu kawan Ria. Itu pasal mereka semua dapat tiket percuma.
“Betullah Syamir.” Shahdan sebagai abang sulung sudah memastikannya. Akhirnya mereka semua mengambil keputusan untuk memerhati sahaja.
“Tepilah sikit..” Suara Ain dikeraskan sedikit kerana geram dengan sikap Syamir tetapi Ain masih mempamerkan senyuman pada peminatnya.
“Tak payah nak senyum-senyum. Sudah berapa kalis saya cakap, jangan senyum tapi kenapa degil sangat nak senyum?” soal Syamir. Dia berkot hitam dan ada wayar di telinganya sudah seperti gaya bodygurd.
“Saya senyum pada peminat saya la.” Balas Ain. Geram betul dengan pegawai polis ni. Kenapalah papa upah mamat ni. Nasib baik aje seminggu.
“Tak boleh! Senyuman awak itu boleh mengundang bahaya.” Jelas Syamir.
“Bahaya apa? Senyum tu sedekah. Lagi pun saya kan artis. HIME SAKURA yang semakin popular. Takkan senyum tak boleh?” geram Ain.
“Tugas saya kena jaga awak dari sebarang bahaya. So...... kalau saya kata jangan senyum makanya jangan senyum.” Syamir masih memerhati sekelilingnya. Menghalang orang ramai yang ingin bersalaman dengan HIME SAKURA.
“Awak ni gila ya?” Ain tersenyum sinis. Sah! Lelaki ni tak berapa nak sihat otaknya.
“Saya cakap jangan senyum!” marah Syamir.
Disebabkan terlalu geram, Ain berjalan dengan lebih pantas dari lelaki itu.
“Hey tunggu la!” marah Syamir.
Ain ke belakang pentas. Sakit hati melihat Syamir yang berdiri tegak sebelah dia.
Teringat peristiwa semalam.
“Awak ingat saya suka awak. Tolonglah cermin diri tu sikit. Kalau saya nak jadikan perempuan itu isteri, mestilah macam adik saya, Ria.” Kata Syamir.
‘Ya Allah sakitnya hatiku di kala ini.’ bisiknya.
“Sumpah! Saya benci awak!” jerit Ain. Susah payah dia luahkan rasa cinta dan suka pada Syamir tapi kata-kata yang kasar dia dapat.
“HIME SAKURA..” panggil seseorang. Ain terkejut. Dia kena buat persembahan amal malam ini. Sempat lagi Ain menjeling Syamir.
Alangkah terkejutnya dia. Syamir sedang merenungnya. Melihatnya. Melihat dengan senyuman yang tidak pernah Ain lihat.
‘Kenapa dengan Syamir ni? Sakit ke? Tiba-tiba senyum pada aku.’ Ain berkata sendirian.
“Suara awak sedap. Nyanyi untuk saya malam ni ye?” pintanya sebelum membiarkan Ain ke pentas.
Entah mengapa hati Ain berbunga mekar. Rasa bahagia bila Syamir berkata begitu.
Perlahan-lahan Ain menarik nafas lalu menyanyikan lagu ‘Cinta Kita’.
Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Di bawah kolong langit ini
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu di sini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata-kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Semua penonton memberikan tepukan gemuruh. Apabila Ain pergi ke belakang pentas, Syamir sudah tiada.
“Mana Syamir?” soal Ain pada pembantu peribadinya dahulu.
“Oh, dia dah pergi! Malam ni malam terakhir dia bekerja. Kenapa cik puan?”
“Tak ada apa-apa.” Entah mengapa hatinya berasa sedih sangat.
Kini sudah sebulan berlalu. Ain benar-benar gelisah. Dia cuba membina tembok cinta selama sebulan tetapi tidak berjaya. Hatinya benar-benar ingin berjumpa dengan Syamir. Untuk bertanya pada Ria, dia berasa segan. Tambahan pula dia semakin sibuk dengan persembahan.
“Syamir!” panggil Ain dari jauh apabila dia terserempak dengan lelaki itu yang baru keluar dari kedai seven eleven.
Syamir terkejut. Dia segera menarik tangan Ain supaya masuk ke dalam keretanya dan menekan butang OFF.
Ain tersentap. Apa kena dengan mamat ni? Sampai kunci kereta ni macam tak bagi aku keluar aje.
“Kenapa kau jalan sorang-sorang? Tak sayang nyawa ke? Kalau kau kena culik camne?” Syamir mula membebel.
“Eh, culik apanya?!” Ain memang tak faham.
“Awak tu kan artis terkenal. Mesti ramai nak culik awak. Ada faham sekarang?” geram Syamir. “Aku hantar kau balik.”
Ain ingin berkata lagi tapi...
“Kau jangan banyak soal. Aku tak nak dengar apa-apa.” pantas Syamir berkata tanpa memberi peluang pada Ain untuk bercakap.
“Syamir...” panggil Ain.
“Ada apa?
“Macam mana dengan luahan hati aku?” Ain beranikan diri untuk bertanya.
“Hmm, nanti aku fikirkan.” Syamir fokus pada pemanduannya. “Lagi pun kita ni baru aje kenal. Aku tak nak melukakan hati orang lain. Aku tak nak beri kau harapan sedangkan aku tak mampu memberi hati ini.” wajah Syamir serius.
Ain tersenyum. Sikap ini yang buat dia jatuh cinta pada lelaki ini.
Selepas menghantar Ain ke rumahnya, Syamir memandu perlahan ke atas bukit yang biasa dia lepak. Dia mahu tenangkan hatinya yang bergelora saat ini. Dia juga teringat sepanjang tempoh dia menjadi pengawal peribadi Ain.
*****
Syamir mengeluh melihat Man yang tersengih.
“Apa ni Man? Aku nak bercuti aje, bukan nak bekerja.” Syamir sudah meminta cuti selama dua minggu. Selama dia bekerja. Dia tidak pernah memohon cuti dan dia gembira cutinya lulus tetapi dengan syarat menjadi pengawal peribadi penyanyi yang semakin popular itu selama seminggu.
“Ala, bapak dia bayar mahal. Aku tak boleh sebab isteri aku dah sampai waktu dia nak bersalin. Kasihan la kat aku ni. Kau ganti aku aje.” Pinta Man.
“Ish kau ni!” akhirnya Syamir bersetuju.
“Thank Syamir. Kau akan jadi ketua tau. Aku pergi dulu. Bye!” Man terus meninggalkan Syamir. Tidak sempat Syamir mahu berkata apa-apa.
Syamir masuk ke dalam sebuah bilik. Dia merupakan ketua dan dia terpaksa menjadi wakil untuk berbincangan dengan artis tersebut bersama pengurus artis.
“Encik Syamir?” sapa seseorang.
“Ya saya.”
“Saya Lela. Saya pengurus Hime Sakura.”
“Ya.”
“Saya akan beri encik jadual harian Hime Sakura selama seminggu. Dan saya harap encik dapat uruskan masa dengan baik agar keselamatan Hime Sakura terjamin sepanjang bertugas di tujuh buah negeri yang akan menjadi pilihan kita. Harap Encik dapat beri yang terbaik.” Kata Lela dengan panjang lebar.
“Baiklah!”
Lela terus berlalu.
Esok Syamir akan mula bertugas. Negeri pertama yang menjadi pilihan penyanyi ini ialah Perak.
Selepas segala persiapan disiapkan, Syamir bertugas bersama lima orang rakan kerja yang lain. Ini adalah kali pertama Syamir berjumpa dengan Hime Sakura. Dia hanya melihat gambar sahaja.
“Saya Hime Sakura.” Ain perkenalkan dirinya.
“Saya Syamir. Saya akan mengetuai cik sepanjang 7 hari ini.” jelas Syamir.
“Baiklah. Terima kasih.”
Syamir dah berusia 26 tahun manakala Ain berusia 22 tahun. Muda lagi sudah menjadi artis.
Satu hari, Syamir terdengar seseorang ketawa bagai pontianak. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Dah la esok pagi mereka akan bertolak untuk ke negeri seterusnya iaitu Selangor.
“Pontianak mana pula mengamuk pagi-pagi hari ni?” Syamir mengintai dari jauh.
“Hahahhahahahahhaa” Ain ketawa tidak ingat dunia.
Syamir masih mengintai dan memerhati wajah Ain yang sedikit kemerahan.
“Kau tolong jangan buat lawak, aku tak tahan la camni.” Kata Ain.
“Betul. Aku tak tipu. Ini peminat kau punya peil.” Kata Lela. Lela dan Ain merupakan kawan baik. Maka, tidak menjadi masalah baginya untuk berkerjasama.
Makin kuat Ain ketawa.
Biar betul perempuan ni, ketawa macam dia sorang aje dalam dunia. Macam mana nak jadi bini orang ni. Tak salah hari bulan. Kena reject tak pasal-pasal.
Syamir terus berlalu. Malas mahu mengambil tahu.
*****
Syamir terasa pelik kerana Ain tidak pergi sembahyang tetapi duduk sahaja dalam kereta. Dia yang baru sudah bersembahyang terus menghampiri Ain.
“Kau tak solat ke?” soal Syamir apabila melihat pekerja lain pergi solat. Ain hanya mendiamkan diri sahaja.
“Solat tu penting. Tu rambut tu. Jangan biar bebas sangat. Kan tak pasal-pasal aku dapat dosa duk mengata kau.” Tambah Syamir lagi.
Hati Ain bertambah sakit mendengar kata-kata mat polis perasan bagus ni.
“Aku nak solat atau tak, itu urusan aku dengan Allah. Jangan nak sibuk.” Marah Ain. Aku period. Takkan nak cakap dengan kau. Aduh! Sakit jantung macam ni kalau tiap-tiap hari.
“Aku cuma nasihat aje. Terserah pada kau kalau nak buat.” Syamir berkata sambil merenung tajam wajah Ain. Perempuan tak sembahyang ni memang tak layak untuk aku.Eh, kalau aku dapat bimbing dia ke jalan benar, lagi besar pahalanya. Nak cuba ke? Syamir bertanya sendirian. Dia sendiri tidak pasti.
“Lagi satu, rambut tu. Eloknya ditutup dan jadi tatapan yang lebih berhak. Bukan untuk ditunjuk orang ramai.” Makin berbisa kata-kata Syamir di pendengarannya.
“Rambut?!” panas hati Ain.
“Yelah. Rambut kau cantik.” Puji Syamir. Lembut sahaja suaranya memuji. Ain sendiri terbuai dengan kata-kata Syamir. “Tapi kalau terdedah macam ni, aku sendiri tak sanggup nak tengok.” Kata Syamir terus berlalu ke tempat duduk pemandu.
“Syamir!!” geram Ain.
Kini mereka semua berada di negeri sembilan negeri ke empat bagi penjelajahan mereka.
“Hai Hime Sakura. Suara awak memang sedap dan saya suka. Kiranya dah jatuh cinta.” Kata salah seorang peminat Ain.
“Yeke? Terima kasihlah.” Ain tersenyum manis. Mengedik pun ada terutamanya dalam pandangan mata Syamir. Awatlah gadis ni. Pantang dipuji, mulalah nak tersipu malu. Macam dah tak ada tempat nak sorok muka. Yelah, dah terlampau malu.
“Saya pun suka dengan semua lagu yang Hime Sakura nyanyi. Sampai abang-abang saya semuanya suka.” Kata seorang lelaki lain pula.
“Terima kasih. Itu semua jasa baik pencipta lagu tersebut. Saya hanya menyanyikan sahaja.” Ain bagaikan tak boleh menahan gelaknya. Dia terlalu gembira.
Syamir yang hanya berdiri di belakang Ain hanya mampu menggelengkan kepala. Apa kena dengan minah ni? Suka sangat mengedik dengan lelaki.
*****
Syamir tersedar dari lamunannya apabila telefon bimbitnya berbunyi. Terlalu lama aku berangan.
“Aku suka dia juga ke? Baik aku jawab call ni dulu. Jarang cik adik ni call.” Syamir segera menjawab panggilan daripada Ria.
“Abang Mir, baliklah! Ada artis datang rumah kita ni.”
“Artis? Siapa?” soal Syamir.
“Banyak tanya pula. Cepatlah. Ria nak balik. Nanti Zeck cari, habis Ria kena bebel dengan abang Syam. Cepatlah!” kata Ria. Dia datang ke rumah abangnya sekadar mengambil Syanaz. Syanaz di jaga oleh orang gaji ayah angkatnya itu.
“Baiklah!” segera Syamir pulang.
“Ain!” Syamir terkejut dengan kehadiran gadis itu. Baru aje aku hantar balik, dia datang rumah aku pula.
“Kenapa datang sini?”
“Sebelum tu, benarkan Ria balik dulu ye abang Mir.” Ria mahu meminta diri dulu. Nasib baik Syanaz tidur.
“Tak boleh. Ria kena teman abang.”
Pandangan Syamir masih ada pada Ain.
“Kau tinggal ni.” Ain hulurkan sesuatu.
“Dompet aku!”
“Kau tercicir masa turun dari kereta tadi untuk bukakan pintu pagar rumah aku.” jelas Ain. Syamir hanya buat muka serius.
“Terima kasih.” Ucapnya.
“Aku setuju dengan lamaran kau tetapi ada syaratnya.” Akhirnya Syamir berkata setelah sekian lama membisu.
Dalam fikiran Ria cuma ada satu aje perkataan. Pelik!
“Apa dia? Aku tak kisah. Aku akan buat yang terbaik.” Balas Ain.
“Ini kontrak yang perlu kau patuhi kalau mahu bercinta dengan aku.” Syamir memberi satu dokumen kepadanya.
“Kau ingat ni apa? Aku tak nak cinta kita berkontrak.” Ain tidak berpuas hati. Dia mahu selamanya dengan Syamir. Dia benar-benar mahu berada di samping lelaki itu.
“Ini bukan kontrak cinta!” tegas Syamir yang sengaja mendekatkan wajahnya di muka Ain. Ain tergamam. Mereka begitu hampir.
“Hey! Hey! Nak bercium tempat lain okey. korang teruskan ye? Ria nak balik juga!” marah Ria. Saje nak cari masalah korang ni.
“Ala kak Ria.” Ain membuat muka monyok. Sebenarnya dia rasa malu dengan kata-kata Ria.
“Ala Ria, teman la abang. Kejap aje.” Syamir pula cuba memujuk.
Ain mula membaca dokumen tersebut sekali imbas. Nak marah pun ada. Geram pun ada.
“Apa ni?”
“Mari aku terangkan satu-satu okey?” Syamir berkata. “Kau baca dan aku terang tau.” Arah Syamir.
“Yang pertama, jangan tinggal solat.” Dahi Ain berkerut. Mana ada ada aku tinggal solat? Mak ayah aku ajar cukup tapi aku aje degil tak nak pakai tudung lagi. Ain mengeluh.
“Aku belum terangkan, kau dah mengeluh. Tadi kata sanggup.”
“Aku mengeluh sebab lain la. Kau terang la cepat sikit.”
“Hmm, masa aku jadi pak cik yang menjaga kau siang dan malam, aku tengok kau tak solat. So, aku nak kau bersolat. Kalau boleh. Buatlah kerana Allah. Bukan kerana aku suruh.” Tegas Syamir.
“Aku sembahyang la!” marah Ain.
“Tapi aku tak pernah tengok kau solat.” Pangkah Syamir. Ria pura-pura tidak mendengarnya. Dia bersandar di sofa.
“Masa tu aku sakit perempuan, tak boleh solat la, pandai.” Geram Ain.
“Ops! Salah yer? Okey! Lupakan aje.” Syamir termalu.
“Kedua, menutup aurat.” Baca Ain. Aku dah agak. Syarat ni mesti aku kena kaw kaw punya.
“Hah bab aurat ni kau tahu la sendiri. Kalau boleh aku nak yang pakai tudung macam kak Ria kau tu. Sedap sahaja mata memandang. So, lu fikir sendiri la.” Kata Syamir menggunkan dialog Nabil Raja Lawak.
“Gangster nampak!” Ain naikan sebelah keningnya.
“Polis gangster. Kau boleh panggil aku macam tu.” Syamir tersengih.
“Ketiga, kalau date, kena bawa adik or kakak kesayangan, Kak Ria.”
“Syarat ni, kalau boleh aku tak nak berdate berdua. Pasti mengundang makhluk ke tiga. So, pandai-pandai kau pujuk kak Ria kau tu.” Pesan Syamir.
Ria yang baru sahaja mahu lena terkejut namanya disebut.
“Eh, kenapa Ria pula yang terlibat abang Mir? Tak nak la! Korang nak date, itu korang punya pasal. Ria nak pergi bermanja dengan Zeck okey? Takde mana nak temankan korang.” Ria menolak.
“Ria kena teman abang, kalau tak, abang saman buah hati Ria tu.”
“Apa ni? Baik ugut-ugut! Ini masuk sekali dalam undang-undang cinta abang ke?” soal Ria.
“Tak. Ini undang-undang untuk adikku manis, Puan Ria.” Sindir Syamir.
“Okey-okey. Kita mengalah.” Ria diam semula.
Ain hanya tersengih. Comel pula tengok muka kak Ria ni.
“Ke empat ni best. Tiap kali kita keluat makan, aku akan belanja kau. Maknanya kau kena belanja aku makan.” Ain tersenyum.
“Yelah. Aku tak suka perempuan belanja aku. Itu prinsip aku.” Syamir tertunduk wajahnya.
“Aku rasa pelik yang kelima ni. Berkelakuan sopan. Selama kau kenal aku adakah aku seorang yang tak sopan?” Soal Ain.
“Sopan tu, macam sekarang la. Kau ni, cakap lepas aje. Kalau A yang kau nak cakap, sebut A terus. Kalau nak tegur orang tu, biar berkias sikit supaya orang lain tak terasa hati. Ada faham?” Syamir memandang wajah Ain. Mata ain pula terkebil-kebil membalas pandangan Syamir.
“Faham pak cik Polis.” Gurau Ain.
“Tengok tu! Sedap sahaja panggil aku pak cik. Panggil la abang ke, sedap juga telinga ni nak dengar.” Syamir menegur Ain. Ain tersenyum lalu ketawanya tercetus.
Ketawa ain tersentap apabila membaca undang-undang ke enam.
“Dapat ke aku buat ni?” peluh mula hadir di dahi Ain.
“Dapat punya!” giliran Syamir pula tersenyum.
P/S :wah apa undang-undang ke enam ni? Macam teruk sangat aje? Adakah undang-undang ni akan dipatuhi oleh Ain? Jika dia melanggar undang-undang ini, adakah mereka tidak akan bersama? Macam mana ni? Ain pasti bersedih kalau itu yang berlaku. So, Ain, berusaha! Pikat si hati polis itu.....nantikan full pada esok pagi hihihihi insya allah...=)
Mari kita ikuti kisah undang2 yang dicipta oleh Syamir. Mungkin undang-undang ini wujud apabila dia rasa, dia mahukan kerajaannya sendiri iaitu Ain.hihihihi jom sambung baca...
“Dapat ke aku buat ni?” peluh mula hadir di dahi Ain.
“Dapat punya!” giliran Syamir pula tersenyum.
“Tak nak la. Aku memang tak dapat kawal kecuali depan peminat-peminat aku aje.” Kata Ain.
“Kalau macam tu. Anggaplah aku peminat kau.” Syamir tersenyum.
“Mana boleh samakan kau dengan peminat aku. Kau ni lain dari yang lain.” Malu-malu Ain kata berkata.
“Eh, tak boleh! Kau kena patuhi juga.” Syamir tersenyum lagi. Dia yakin yang Ain tak dapat melakukannya.
“Apa yang serius sangat ni?” tegur Ria. Pelik pula aku dengar perbualan diorang ni. Pantas Ria mengambil dokumen tersebut.
“Undang-undang ke enam ialah....” Ria membaca dalam hati. Akhirnya meletus juga ketawanya.
“Apa ni abang Syamir? Ketawa? Jangan ketawa kuat-kuat? Ini pun undang-undang ke?” Ria turut ketawa.
“Undang-undang tetap undang-undang. Baru boleh bahagia.” Kata Syamir dengan bersemangat.
Wajah Ain sudah monyok. Sukar untuk dia kawal ketawanya.
Ain pun membaca undang-undang seterusnya.
1. Jangan tinggal solat
2. Menutup aurat
3. Kalau date, kena bawa adik or kakak kesayanganmu, kak Ria.
4. Tiap kali kita keluar makan, aku akan belanja kau.
5. Berkelakuan sopan
6. Jangan ketawa kuat-kuat
7. Layan lelaki lain
8. Jangan banyak cakap
9. Depan orang ramai jangan over sangat
10. Jangan bermekap sangat
11. Jangan pakai kanta lekap
12. Beritahu ke mana mahu pergi dengan kadar segera
13. Jangan memalukan diri sendiri dan kekasih hati (aku la tu)
14. Hormati orang lain
15. Kau mesti cinta aku, sayang aku, seumur hidup kau dan tidak melebihi cinta kau pada yang Maha Esa.
Ain terasa malu apabila membaca yang terakhir. Dia benar-benar insaf. Tidak melebih cinta pada yang Maha Esa.
Air mata Ain mengalir.
“Eh, yang kau menangis ni kenapa?!” Syamir naik gelabah. Dia tidak boleh melihat perempuan menangis. Mulalah dia mahu gelabah tak tentu pasal.
Ria pun tersentap.
“Ayop! Tak tahu! Ayop! Abang buat Ain nangis! Ria tak campur.” Ria sengaja ingin membuat Syamir makin rasa bersalah.
“Ria cuba la pujuk dia.” Syamir masih setia melihat wajah Ain.
“Assalamualaikum...” ada orang memberi salam dari luar.
“Abang pujuklah Ain, Ria nak tengok siapa yang datang tu.” Ria terus bangun dan menuju ke luar.
“Ala, Ria....” panggil Syamir yang agak gelabah.
“Ain, kenapa kau nangis? Sabar. Banyakkan bersabar. Segala yang berlaku ada sebabnya. Kau kena sabar.” Nasihat Syamir yang berdiri di sisi Ain.
Ain mendongak memandang Syamir. Dia tersenyum. Tak salah lelaki yang aku pilih untuk jadi teman hidup aku. Terima kasih Ya Allah. Aku harap hubungan aku dan dia kekal sampai bila-bila. Kasih ini keranaMu, Ya Allah. Bisik hati Ain.
Ain mengelap air matanya.
Apa kena dengan minah ni? Bukankah dia menangis tapi sekarang ni dia tersenyum pula? Sakit ke buah hati aku ni? Adakah undang-undang aku ni buat dia jadi tak betul sikit? Atau skru dia tertanggal satu? Ya Allah, aku sayang dia. Aku kenakan undang-undang ni pun kerana aku mahu dia bersama aku. Menemani aku dan menghormati aku sebagai teman istimewanya. Aku mahukan terbaik untuknya. Syamir sempat berdoa dalam hati.
“Syamir, terima kasih sebab buat undang-undang ni. Entah mengapa hati ini rasa senang.” Jelas Ain.
Syamir berasa lega mendengar kata-kata Ain.
“Sama-sama.”
Mereka saling membalas senyuman.
“Eh, dah senyum ni? Ada apa-apa ke?” tegur Ria dan dia bersama Zeck. Rupanya Zeck jemput Ria untuk pulang ke rumah. Syanaz sudah berada dalam dukungan Zeck. Anak kecil itu masih tidur dengan lenanya.
“Tak ada apa-apa kak. Akak dah nak balik?” soal Ain.
“Yelah. Kamu tak nak balik?”
“Nak balik juga la ni.” Ain tersenyum-senyum.
Syamir turut tersenyum.
“Nanti dah sampai rumah, mesej aku dengan kadar segera, okey?” pesan Syamir. Ain angguk kepala.
“Dah la tetamu datang tak buat air, ini main arah-arah pula.” Ria membebel. Pantas Zeck mencubit Ria.
“Abang ni...” marah Ria pada Zeck sebab mencubitnya. Zeck tersengih. Mereka berdua pun pulang selepas Ain bersalaman dengan Ria.
“Maknanya undang-undang ni dikuatkuasakan saat ni ke?” soal Ain.
“Ya. Saat ini!” tegas Syamir.
“Yelah. Ain pulang dulu.” Pemandu Ain sudah lama menanti di luar.
“Mail, kau pandu kereta tu elok-elok.” Pesan Syamir. “Pastikan Ain ni sampai dengan selamat.”
Ain pulang dengan hati yang gembira.
*****
Syamir masih berusaha memujuk Ria. Degil juga minah ni. Geram Syamir.
“Ria tak nak la abang. Tolonglah ajak orang lain. Tolonglah!” rayu Ria.
“Tak boleh la Ria. Ni undang-undang ke tiga. Kena ikut juga.” Kata Syamir.
“Siapa suruh buat undang-undang macam tu?” marah Ria.
“Syam. Pak ustaz kamu la. Dia tak bagi berdua-duaan. Bahaya.”
“Abang Syam?” berkerut dahi Ria. “Ria tetap tak nak!” bantah Ria.
“Zeck!” panggil Syamir pula. Dia tahu yang Ria akan dengar cakap Zeck.
Zeck mengeluh.
“Ria, teman ajelah abang Mir tu. Apa susahnya?” kata Zeck yang sedang meriba Syanaz yang sedang minum susu botol itu.
“Tak nak la jadi pengacau.”
“Kacau apanya? Itu atas permintaan mereka. Kalau dia orang nak sayang teman, teman aje. Nanti abang teman sayang pula.” Kata Zeck sambil tersenyum.
“Zeck dah izinkan tu. Jom la Ria.”
“Terpaksa la macam ni.” Ria mengalah
Akhirnya mereka berlima keluar bersama. Imej Ain juga berubah. Dia tidak mahu peminatnya tahu yang dia Hime Sakura.
“Terima kasih Syamir sebab kau buat undang-undang macam ni. Aku rasa senang tau.” Kata Ain.
“Sama-sama. Tapi aku rasa nak tambah satu lagi undang-undang.”
“Apa dia?” berdebar-debar hati Ain menantinya.
“Mesti menggunakan panggilan paling manja ketika bercakap dengan pasangan.” Kata Syamir.
Ain tersenyum malu. Mereka bahagia.
-Tamat-
p/s : Macam biasa, kebahagiaan mereka akan bersambung dalam e-novel cinta ke? Harap bersabar menanti cinta ke dalam blog ria...terima kasih.
Saturday, 25 August 2012
CERPEN : DUNIAKU UNTUK KAMU (full)
Cerpen kali ini adalah cerpen yang berkaitan dengan E-novel CINTA KE? Kisah percintaan abang ke DUA, Ria Aryantie iaitu Shakir, seorang pereka fesyen dan mempunyai butik sendiri. Jadi, jika tidak baca enovel CINTA KE? Pasti anda tidak akan faham. Tetapi ria cuba tulis juga. Semoga terhibur dengan penulisan kali ini.
Peluh
Ria mengalir perlahan. Dia cuba sabarkan hati yang mula membara dengan perasaan
geram yang melampau.
“Nida!!!!!” jerit Ria. Geram benar
dengan cik adik seorang ini.
“Kak Ria takut lipas.” Kata Nida
sambil ketawa. Suka benar dapat melihat wajah kalut kakaknya.
“Nida, Please!!” Ria sudah berdiri
atas kerusi. Mereka berdua berada di butik milik Shakir. ‘Macam mana pula butik
abang Shakir ni ada lipas. Nak kena sound ni.’ Bisik hati Ria.
Pukkk!
Nida dan Ria tergamam melihat aksi
Shakir yang begitu ganas.
Shakir mencampakkan buku telefon
berwarna kuning yang tebal tiga inci itu tepat mengenai lipas tersebut.
“Abang Shakir....” mata Ria
terkebil-kebil.
“Maaf abang dah takutkan Ria. Lipas
ni wujud bila ada pekerja yang tidak bertanggungjawab apabila makan tidak
dibuang dengan cara yang betul. Maka, lipas-lipas ini pun mula membiak dalam
butik abang ni.” Panjang lebar penjelasan Shakir.
“Tak apa abang.” Ria pun turun dari
kerusi tersebut.
“Malik, tolong buang bangkai lipas
tu.” Arah Shakir. “Maaf, abang ada hal sikit tadi. Kenapa Ria datang sini?
Mesti rindukan abang? Mana Zeck?” bertalu-talu soalannya.
“Abang ni, tanyalah satu-satu.”
Marah Ria.
Nida hanya tersenyum. Dia pun masih
tergamam melihat gaya Shakir membunuh lipas. Benar-benar ganas.
“Mestilah rindu abang Shak. Zeck?
Dia... Dia jaga Syanaz.” Kata Ria perlahan.
“Oh, suami jaga anak kat rumah, isteri pula merayap di luar rumah.” Muncul
Syam tiba-tiba. Ria berpaling.
‘Eh, ada pak ustaz la pula.’ Ria
tersengih.
“Abang Syam nak nasihat sikit....”
“Nanti abang Syam. Ria nak ke
tandas.” Ria mencari alasan.
“Apa? Tak payah nak mengada-ngada.
Tak bau syurga keluar rumah tanpa izin suami.” Kata Syam.
Ria menggaru kepalanya. Nida dari
tadi tersengih.
“Abang....” belum sempat Ria
membalas kata-kata Syam, Zeck sudah muncul.
“Sayang, mana kunci kereta? Abang
nak ambil beg Syanaz. Dia nak susu la.” Kata Zeck. Dia sedang mendukung Syanaz
dengan tangan kanannya dan tangan kiri memegang belon berbentuk love berwarna
merah.
“Ria....” Syam dan Shakir berasa
geram.
“Kan Ria ada cakap, Zeck jaga Syanaz
tapi bukan di rumah tapi di sini. Mana mungkin Zeck biarkan Ria keluar rumah
tanpa dia.” Jelas Ria.
Shakir mengeluh tetapi akhirnya dia
tersenyum.
“Baguslah camtu. Ni siapa Ria?” soal
Shakir.
“Oh, ini Nida. Dia peminat abang.”
Kata Ria. Nida tersentap. Pantas tangannya mencubit lengan Ria.
“Adessss, inilah hobinya kalau abang
nak tahu. Hati-hati ye abang Shakir. Ria nak teman Zeck kejap. Tolong tengok-tengokkan
kawan Ria yer?”
Ria pun terus berlalu.
“Sayang pegang belon ni.”
“Tak nak!”
“Kenapa?”
“Malu.”
“Lor bukan ke sayang nak abang beli
belon ni.”
“Shhhhhhh!” kata Ria sambil jarinya
di bibir suaminya. “Malulah kalau orang tahu belon ni yang Ria nak. Tak apa.
Buat-buat macam Syanaz punya dulu ye?” cadang Ria.
“Mana ada budak kecil suka belon
macam ni.” Balas Zeck. Belon berbentuk love. Dahlah anak aku lelaki. Takkan nak
belon macam ni.
“Abang ni......”
*****
Nida
hanya mampu memerhati Shakir membuat kerjanya. Dia tidak tahu apa yang boleh
dibualkan dengan Shakir.
“Abang Shakir.” Panggil Nida.
“Ya, Nida. Kenapa?” Shakir berhenti
melakar. Dia mendongak memandang Nida
yang sudah berdiri depan dia.
“Abang Shakir. Kenapa abang pilih
bidang fesyen?” soal Nida. Dia benar-benar ingin tahu dunia yang Shakir ceburi.
“Fesyen? Bagi abang kan. Sekarang
dah kurang fesyen muslimah dan yang menutup aurat. Lagi pun kalau ada pun
mahal. Kalau boleh, pakaian yang abang buat tu, abang nak semua peringkat boleh
memakainya. Kaya atau sebagainya.” Shakir tersenyum lalu menyambung lakarannya.
“Itu sebabnya abang ceburi bidang
ni. Lagi abang.”
“Lagi sebab Ria.”
“Kenapa dengan kak Ria tu?” Nida
rasa pelik.
“Sebab dia tak pandai berfesyen.
Dari dulu. Gaya satu tu aje yang dia reti nak pakai. Kena paksa baru nak pakai.
Ish budak sorang tu memang degil!” geram Shakir.
Nida hanya mampu ketawa.
Eh, comey pula dia ketawa! Bisik hati
Shakir.
“Umur Nida berapa?”
“22 tahun, abang Shakir.” Nida
tersenyum.
Dua puluh dua tahun? Mudanya. Aku ni
dah tua kot. Umur pun dua puluh lapan tahun. Beza umur 6 tahun. Suka ke dia
pada lelaki tu macam aku ni. Sampai sekarang aku ni masih single. Tak ada
perempuan suka pada aku ke? Shakir mengeluh.
“Eh, kenapa abang mengeluh ni?” soal
Nida.
“Tak ada apa-apa.” Shakir tersenyum.
Mereka berdua pun senyap. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan.
Dari luar Nida dan Shakir dapat
mendengar pergaduhan antara Ria dan Zeck.
“Abang, kan saya kata tak nak!”
“Abang dah ikut segala apa yang
sayang nak. Sekarang buat apa yang abang minta.” Amaran keras Zeck.
Ria terdiam.
“Abang Shak, saya dan Ria pulang
dulu. Ada hal keluarga sikit.” Kata Zeck.
“Abang, tak payahkan saya kata. Nida
nak balik dengan siapa? Dia datang dengan saya kan?” kata Ria. Dia tetap tak
nak buat apa yang Zeck minta.
“Biar abang Shak yang hantar Nida
okey?” tawar Shakir.
“Terbaik abang Shak. Terima kasih.
Selesai masalah.” Zeck rasa gembira. Apa yang dirancangnya akan terlaksana.
“Nida nak balik dengan saya, abang.”
“Tak apa kak Ria. Nida tak kisah.”
Pantas Nida berkata. Dia lagi suka kalau dapat pulang bersama abang Shak.
“Mula nak miang tu.” Geram Ria.
Tangan Ria sudah ditarik oleh Zeck. Mereka terus meninggalkan butik tersebut.
“Nida ada nak singgah mana-mana atau
terus balik?” Shakir bertanya. Dia sedang mengemas mejanya yang agak bersepah.
“Rasanya tak. Kejap nak telefon
mak.” Nida menghubungi emaknya.
Shakir tersenyum mendengar perbualan
Nida dengan emaknya. Entah mengapa sejuk hatinya. Nida ni seorang yang
menghormati orang tua. Bertuah siapa dapat memilikinya.
“Jom abang Shak. Mak Nida kirim beli
buah dan sabun basuh kain aje.” Kata Nida.
“Jom!”
Mereka berdua menuju ke Jusco. Di
situ mereka mencari buah dan sabun.
“Tak apa. Biar abang yang bayar.”
“Eh, tak boleh abang!”
“Tak apa!” Shakir terlebih dahulu
memberi duit not lima puluh sekeping. Nida tersenyum.
“Terima kasih sebab belanja.” Ucap
Nida.
“Sama-sama.”
Shakir meletakkan barang-barang yang
dibelinya tadi. Tiba-tiba ada seseorang yang menyentuh bahunya. Shakir pun
terus berpaling.
Bukkk!!!
Ada seseorang yang menumbuk
wajahnya. Shakir terkejut.
“Abang Zam!” Nida terkejut dengan
kehadiran abang sepupunya itu.
“Dia yang kacau kau. Biar aku ajar
dia. Kau balik sekarang. Aku kata balik.” Kata Zam sambil tarik tangan Nida
supaya pulang dengan dia.
Shakir yang terasa sakit wajahnya
hanya mampu diam sahaja.
“Habis muka aku. Esok ada show.
Macam mana ni?” Shakir lebih bimbangkan show fesyennya berbanding bibirnya
pecah akibat tumbukan Zam tadi.
*****
Nida
benar-benar geram dengan Zam. Selamba sahaja pukul orang lain tanpa bertanya
dulu.
“Abang Zam teruk!” marah Nida.
“Kenapa pula? Jantan tu paksa kau
lagi kan? Kau tak payah ikut lelaki tak guna tu. Kalau dia kacau atau paksa kau
lagi. Bagitau aku.” Zam meneruskan pemanduannya.
“Abang Zam ni. Itu abang Ria la.
Ish, macam mana Nida nak berdepan dengan Ria ni?! Abang Zam dah pukul salah
orang. Lelaki tak guna tu dah tak kacau Nida sejak dia kahwin.” Jelas Nida.
Geram betul dengan tindakan Zam.
“Ops! Salah orang ke?” Zam
benar-benar rasa bersalah.
“Lain kali tanya dulu, ini tak! Main
redah aje!” marah Nida. Dia bimbang apa tanggapan Shakir pada dirinya.
*****
Shakir
mengelap darah yang mengalir. Dia seorang yang tidak sukakan ubat atau
hospital. Klinik apatah lagi. Sebab itu dia seorang yang jenis berhati-hati dan
akan pastikan keadaan sekelilingnya selamat tetapi hari ini, dia benar-benar
tidak sempat mengelak tumbukan yang datang tiba-tiba.
“Siapa lelaki itu dengan Nida ya?”
timbul persoalan tersebut. Perasaan Shakir terusik. Cemburu?
Akhirnya Shakir mengeluh.
Shakir keluar dari keretanya.
“Abang Shakir!” panggil Nida.
“Eh, Nida buat apa kat sini!” Shakir
terkejut.
“Abang Zam yang hantar. Dia rasa
bersalah tumbuk muka abang tadi. Dia ingat abang ni orang yang selalu kacau
Nida. Lepas Nida jelaskan baru lah dia percaya.” Jelas Nida.
“Abang okey aje.”
“Mari, abang Zam tunggu nak hantar
Abang Shak ke klinik.” Ajak Nida.
“Tak mahu! Terima kasih Nida. Abang
okey aje.”
“Tak boleh abang. Abang kena pergi
klinik ni.”
“Abang masih kuat. Tak perlu pergi
klinik.”
“Tapi abang...”
“Terima kasih. Nida balik la. Dah
petang ni. Abang okey.”Shakir terus ke butiknya. Nida tidak dapat buat apa-apa.
“Ini semua pasal abang Zam!” ada
nada mengajuk.
“Maaflah!” Zam hidupkan enjin kereta
dan mula bergerak.
“Abang tahu tak, dah lama Nida
sukakan abang Shakir. Dah lama.” Akhirnya Nida menangis.
“Sabarlah.”
*****
Nida
menunggu Shakir datang di depan KFC. Dia sedar yang dia bersalah.
“Nida!” panggil Shakir.
“Abang Shak. Terima kasih sudi
datang.” Ucap Nida.
“Oh, ini lelaki yang kau suka.”
Muncul Huzai yang merupakan lelaki yang suka memaksa Nida. Kenapa pula dia
muncul saat ini?
“Mari ikut aku!” Huzai menarik
tangan Nida.
“Aku tak nak!” Nida menarik semula
tangannya.
“Lepaskan perempuan tu?” Shakir cuba
menghalang. Dia mencengkam kuat tangan Huzai agar melepaskan pegangan lelaki
itu. Ada perasaan tak enak dirasainya.
Selepas lepas, Nida
menyorok di belakang Shakir.
“Kau ni pereka fesyen tu kan? Kau ni
dah la pereka fesyen. Lembut! Ada hati nak bercinta dengan perempuan.”
“Saya memang pereka fesyen. Lembut
sikap dalaman saya tapi bukan luaran.” Tegas sekali kata-kata Shakir.
Nida yang mendengar berasa berdebar
di hati. Shakir nampak cool sangat.
“Aku peduli. Kau jangan cuba nak
kawan dengan Nida.”
“Saya tak kawan dengan Nida tapi
saya kahwin dengan Nida.” Selamba sahaja Shakir berkata begitu. Lagi sekali
mata Nida terkebil-kebil.
“Tak guna punya jantan!” marah
Huzai. Dia menumbuk wajah Shakir. Shakir ke belakang sikit dan jatuh. Sakit
mulutnya kerana Huzai menumbuk tepat pada tempat Zam menumbuknya.
“Abang Shakir!” panggil Nida. “Abang
tak apa-apa?”
“Abang okey.”
“Kau gila ya? Suka hati aku nak
keluar dengan siapa. Kau dengan aku dah tak ada kaitan pun. Tolong jangan
ganggu aku lag,” marah Nida.
“Tak apa Nida. Abang okey aje.”
“Lelaki lembut macam ni kau nak buat
laki? Baik tak usah!”
Shakir rasa panas sahaja badannya.
Tidak pernah orang cakap begitu padanya. Lelaki ni betul-betul tak kenal aku ni
siapa.
Shakir berdiri dan dia gerakkan
tangan kanannya ke belakang dan menghadiahkan tumbukan tepat pada mata Huzai.
“Kau ingat aku ni ambil dunia
fesyen, aku ni hanya tau melakar dan menjahit ke? Aku selalu pergi gim.
Tiap-tiap minggu aku pergi belajar seni pertahanan. Kau nak tahu apa yang aku
belajar?” soal Shakir.
Huzai terkejut. Pedih matanya.
“Kau belajar apa?”
“Tinju! Kalau kau nak rasa lagi,
masuklah dekat. Aku malas aje nak tunjuk bakat gangster aku.” jelas Shakir.
Huzai tak puas hati. Dia cuba
menumbuk lagi sekali tetapi mudah sahaja Shakir mengelak dan membalas tumbukan
itu untuk kali kedua. Huzai tidak tahan, terus meninggalkan mereka berdua.
“Abang Shak okey?” pantas Nida
menghampiri Shak.
“Abang Okey.” Wajah Shak serius.
“Abang...”
“Nanti kita bincang lagi.”
“Abang, kita kahwin!” Nida berkata.
Shakir berpaling dan melihat wajah
Nida. Wajah Shakir serius. “Nanti kita bincang.”
p/s
:Adakah mereka berkahwin? Kenapa pula Shakir buat muka serius, dia ada masalah
sembelit ke? Adakah Huzai tidak akan mengganggu Nida lagi? Adakah Nida
betul-betul sukakan Shakir? Nantikan sambungannya esok pagi...insya
allah...mata ria dah mengantuk...selamat malam...
JOM
SAMBUNG SEMULA KISAH SHAKIR DAN NIDA
Shakir
tak senang duduk. Kejap bangun. Kejap berdiri. Semua orang memandangnya. Risau macam
bini nak beranak aje abang aku ni. Ria tersenyum melihat abangnya begitu.
“Abang, syukurlah ada orang ajak
abang kahwin tau.” Kata Syam.
“Yalah abang. Nida tu, Ria kenal. Baik
orangnya.”
“Abang malu la.”
“Malu tapi mahu.” Shahdan sambung.
“Abang Dan, kita ni dah tua. Nida tu
muda lagi. Tak nak la!”
“Ish degilnya abang aku ni.” Syamir
agak kegeraman dengan sikap Shakir. “Macam nilah abangku. Abang suka Nida tak?”
“Suka!”
“SO, apa lagi? Kahwin aje la. Itu pun
susah.”
“ArrgggggHHHH!” Shakir menjerit lalu
terus ke biliknya. Dia jadi stress dengan lamaran daripada Nida.
“Abang Dan, abang Shak tu okey ke? Macam
nak gila aje tengok.” Kata Syamir sambil melihat Shakir berlari ke biliknya.
“Kalau dah nak gila, Syam tolong
baca-baca sikit pada Shak. Mana tahu kena sampuk di hantu ke?” Shahdan juga
melihat adiknya itu.
“Apa ni abang Dan? Syam ni bab jodoh
tak reti la nak urus. Serius tau. Tak tahu bab cinta manusia ni. Cinta pada
Allah. Boleh la?”
“Kamu ni Syam...” Shahdan mengeluh.
“Kenapa dia lamar aku? Bikin aku
stress aje.” Shakir bersiap-siap. Lebih baik dia pergi tempat latihannya.
*****
Shakir
memakai sarung tinju.
“Shak, lama tak nampak kau datang.” Tegur
sahabatnya itu.
“Biasalah. Sibuk sikit dengan urusan
kerja.” Balas Shakir.
“Okeylah Bro, aku balik dulu.”
Mereka berdua hanya tersenyum.
Selepas sahabatnya pergi, Shakir
terus menumbuk kancing beg yang memang digantung di situ.
“Hish! Apa dah jadi dengan aku?
Fikiran aku kacau hanya kerana seorang perempuan.”
Shakir terus menumbuk kancing beg
tersebut sampai puas.”
*****
Shakir
tersenyum apabila dia sudah berjaya membuat keputusan tetapi dia malu untuk
memberitahu Nida. Puas Shakir memujuk Ria supaya memberitahu keputusannya
tetapi ditolak mentah-mentah.
“Abang bagitau sendiri la. Dia yang
nak kahwin. Kita pula yang nak kena beritahu.” Bebel Ria yang sedang mandikan Syanaz.
“Ala, abang kan pemalu. Ria bagitau
la dia.”
“Abang ni susah betul. Abang mesej
la kat telefon dia. Kan senang.” Cadang Ria. “Syanaz yang comel. Bucuk. Bucuk!”
agah Ria pada anaknya. Syanaz hanya tersenyum.
“Ria....” panggil Shakir.
“Lalalalallalalallala.” Ria buat tak
tahu sahaja.
“Ria ni.” Akhirnya Shakir mengalah. Dia
mengeluarkan telefon bimbitnya dan mesej sahaja.
*****
Tak
senang duduk Nida apabila membaca mesej yang dia dapat. Betul ke ni? Aku mimpi
ke? Atau dia tersalah send mesej? Atau aku masih berangan yang nak kahwin
dengan abang Shak? Aku masih di dunia realiti kan?
Nida membaca lagi sekali mesej
tersebut.
Abang setuju berkahwin dengan Nida-
Shakir-
Berkaca-kaca mata Nida sebab terlalu
gembira. Rasanya mahu terjun bangunan sebab terlalu gembira ketika ini. nasib
baik rumah aku ni setingkat aje. Kalau lima tingkat, boleh mati kalau aku
terjun ni hahahha
Nida segera memberitahu keluarganya.
Abang Zam gembira sekali.
*****
Shakir
pulang lewat lagi hari ini. Dia sudah bernazar. Kalau dia berkahwin nanti, dia
akan buat baju pengantin sendiri. Ciptaannya sendiri. Itulah harapannya.
Sudah empat malam dia melakar rekaan
yang menarik hatinya tetapi masih gagal. Dia tidak begitu mengenali Nida. Dia tidak
tahu Nida sukakan apa? Warna apa?
Akhirnya dia mengambil keputusan
untuk memilih warna putih. Putih melambangkan kesucian. Dia berharap dengan
perkahwinan ini dia lebih bahagia.
Shakir menyambung semula lakaran. Dia
yakin, kali ini dia akan lebih berpuas hati dan esok dia akan mencari kain yang
sesuai dan manik-manik yang cantik. Dia akan menjahitnya sendiri.
*****
Dua
minggu kemudian...
Nida
datang ke butik Shakir. Barulah sekarang dia mendapat kekuatan untuk berjumpa
dengan Shakir.
Perlahan-lahan dia masuk ke bilik
kerja Shakir. Alangkah terkejutnya dia melihat sepasang jubah pengantin yang
begitu cantik dan halus buatannya.
“Nida!” Shakir terkejut dengan
kehadiran gadis itu dalam bilik kerjanya. Dia baru sahaja keluar dari tandas.
Shakir mula gelabah. Dia mahu buat
kejutan mengenai baju pengantin tu tetapi Nida sudah berada di situ.
“Abang Shak.” Nida terkejut. Makin hebat
debaran di dada Nida apabila melihat renungan Shakir. Lagi pun tak lama lagi
mereka akan berkahwin. Macam tak percaya sahaja.
“Nida datang sini kenapa? Ada masalah
ke?”
“Eh...Eh...” Nida sedikit gagap. Tak
kan nak cakap aku sengaja datang sini sebab rindukan dia. Ish, malulah aku! tak
nak la. Nida mula kacau.
“Kebetulan Nida lalu di sini. So,
singgah sekejap.” Kelentong Nida.
“Oh, Nida dah makan?” Shakir cuba
mesra sedikit. Kalau boleh dia tidak mahu nampak gugup.
“Belum lagi.” Nida berkata perlahan.
“Teman abang makan boleh? Abang belanja
Nida sekali.”
“Boleh!” laju sahaja Nida
menjawabnya.
Shakir hanya menggelengkan kepala. Tak
berubah sikap cik adik ni. Shakir pun tersenyum.
“Betul ke apa yang kita buat?” soal
Nida. Dia menghirup sedikit air yang di ordernya tadi.
“Buat apa Nida?”
“Kahwin...”
Shakir terdiam.
“Betul. Kalau jodoh. Takkan ke mana
punya.” Balas Shakir. Dia yakin dengan keputusannya.
“Terima kasih Abang Shakir.”
“Sama-sama. Semoga kita dapat
menjalankan kehidupan dengan bahagia.”
“Insya allah Abang. Nida akan
berusaha menjadi isteri yang baik untuk abang.” Janji Nida.
“Terima kasih Nida.”
“Kasih Abang dah lama Nida terima.”
Nida tersenyum.
Shakir juga tersenyum bahagia.
-TAMAT-
p/s
: sambungan kisah mereka akan ada dalam enovel Cinta ke? So nantikan sahaja
kisah bahagia mereka. Sekian terima kasih.