Followers

Wednesday 27 June 2012

19
Komen

HATI SUAMIKU GK 18



Huzaiman ke pejabat lebih awal dari biasa. Dia pergi tanpa memberitahu Ammar dan Amman. Nasib baik Amman dan Ammar perasan kereta ketuanya itu sudah tiada di tempat letak kereta. Itu tandanya ketuanya pergi ke tempat kerja sendirian.
Kini Amman dan Ammar sudah sampai di pejabat. Dia sudah menyediakan laporan yang Huzaiman minta semalam. Ammar membaca laporan tersebut manakala Amman masih di tandas.
Huzaiman termenung walaupun laporan yang ada dibuat oleh Ammar dibuka luas untuk dibaca tetapi fikirannya melancong jauh pada Natasha. Wanita itu sudah banyak berubah. Dulu bukan main tomboi, ganas dan suka datang lambat ke sekolah.
Huzaiman tersenyum mengenangkan Natasha sebelum ini. Memang mencuit hatinya.
Tetapi...
‘Semalam...’ hati Huzaiman berdebar. Semalam adalah yang pertama kali dia pernah melakukannya terhadap seorang wanita. Rupanya Natasha masih suci. ‘Apa motif dia cakap yang dia tak suci dulu? Untuk balas dendam  yang belum habis lagi ke? Lupakan aje! Sekarang aku kena fikir cara terbaik untuk mendekati Sha.’ Dahi Huzaiman berkerut. Dia masih merenung laporan itu.
‘Aku belikan dia bunga...’ hati Huzaiman berkata.
“Boleh ke macam tu?” tiba-tiba Huzaiman bertanya. Ammar tersentap.
“Apa yang boleh, bos? Penerangan saya salah ke?” Ammar mula keliru.
Jelas sekali Huzaiman sedang berfantasi seorang diri sehingga Ammar yang berada di hadapannya itu tidak dipedulikan. ‘Apa kena dengan bos aku ni?’
“Bos....” lagi sekali Ammar memanggil Huzaiman.
“Saya cuma bercakap pada diri sendiri. You can continue with your report.” Huzaiman cuba fokus.
“Oh, okey! Saya sambung. Peratus jualan produk kita semakin meningkat terutamanya Garden love.” Belum sempat Ammar menerangkan yang seterusnya, Huzaiman menyampuk.
Garden Love? Ciptaan Natasha kan?” soal Huzaiman. ‘Ala Natasha lagi. Apa kena dengan aku ni?’ Huzaiman mula marah.
“Ya bos!” jawab Ammar.
Damn it!” marah Huzaiman.
Ammar terkejut. ‘Sah! Bos aku tak sihat hari ni.’ Ammar tidak berani mahu menegur Huzaiman lagi.
Huzaiman cuba membaca laporan yang disediakan oleh Ammar tetapi dia tidak dapat memberi perhatian. Dia teringat air mata Natasha yang mengalir semalam.
‘Tentu Sha benci dan sakit hati dengan aku. Aku ganas sangat ni dan gila kuasa. Semua aku nak dalam kawalan aku. Siapa yang tak sakit hati. Suami ada tapi risaukan orang lain. Aku tak boleh juga nak salahkan Sha, dia tertekan tu dengan kata-kata aku sebelum ni. Hish! Siapa suruh paksa aku buat macam tu? Tak guna!’ Wajah Huzaiman makin berkerut. Makin kuat dia berperang dengan perasaan sendiri.
Muka Huzaiman berpeluh memikirkan Natasha yang akan bencikan dia.
Tiba-tiba, Amman masuk ke dalam bilik Huzaiman. Tugasnya sudah selesai. Serentak dengan itu, Huzaiman pun bersuara.
“Saya nak tanya kamu berdua.” Huzaiman menutup laporan yang dibuat oleh Ammar. Amman yang baru masuk itu tergamam.
“Katakanlah kamu berdua ni bersahabat dan lepas itu salah seorang dari kamu berkahwin. Adakah sahabat lebih penting daripada isteri kamu sendiri? Cepat jawab dengan penuh kejujuran.” Tegas sekali kata-kata Huzaiman.
Ammar dan Amman tersentap. Amman masih lagi keliru memandangkan dia baru sahaja masuk dalam bilik tersebut.
“Pastikan kamu jawab betul-betul. Siapa lagi yang kamu percaya?” wajah Huzaiman sangat serius.
‘Apa kena bos aku ni tanya soalan cepu cemas? Muka macam pembunuh bersiri pula. Pelik. Nak kata bini hilang, dah jumpa dah! Apa yang tak puas hati lagi ni. Nasiblah dapat bos macam ni.’ Kelu kesah Ammar sekadar dalam hati.
Ammar cuba menjawabnya.
“Saya akan percaya pada sahabat saya sebab saya dah lama kenal dia, lagi pun isteri boleh dicari.” Kejam jawapan Ammar dipendengaran  Huzaiman.
Kembang kempis saja hidung Huzaiman. Dia benar-benar tidak menyukai jawapan tersebut.
“Sudahlah! Saya rasa saya nak balik rumah. Tak perlu hantar saya. Hari ni balik sendiri. Kamu jangan lupa. Pastikan Garden Love terus mendapat sambutan okey?” Huzaiman sudah memakai kot yang tergantung di kerusinya itu.
Huzaiman baru sahaja sampai pejabat dalam setengah jam sudah mahu pulang semula ke rumah. Ammar benar-benar keliru dengan sikap majikannya itu pada pagi ini.
Huzaiman terus berlalu.
“Abang, kenapa dengan bos kita tu?” soal Amman. Dia masih dalam keadaan keliru tetapi ingin tahu itu amat kuat. “Dia ada masalah jiwa kot.”
“Entahlah! Semalam okey aje.” Balas Ammar.
“Dia dah kena sampuk dengan jin ke?”
“Mungkin dik tapi jin apa ya?”
“Jin gila kuasa.” Kata Amman.
Amman dan Ammar saling berpandangan. Akhirnya mereka berdua ketawa.
“Tak payah disampuk jin pun, bos kita memang sikap dia macam tu.” Kata Ammar. Amman hanya mampu tersenyum. Mereka menyambung kerja mereka yang tertangguh.
*****
Natasha terasa tubuhnya sangat sakit apabila tersedar. Dia tidak menyangka yang Huzaiman akan memaksanya sedemikian. Dia memakai semula baju tidur milik Huzaiman itu. Dia tidak tahu pakaiannya di mana Huzaiman letak.
Natasha termenung tepi katil.
‘Mana Azlin? Betul ke dia jual aku? Kalau betul macam mana? Azlin sampai hati kau buat aku macam ni.’ Kepala Natasha terasa pening. Dia gagahi juga menuju ke dapur. Terasa dahaga.
Huzaiman sudah sampai di depan pintu apartmentnya.
‘Aku tak sepatutnya paksa dia semalam. Dia kan masih dalam keadaan terkejut.’ Huzaiman mengeluh.
Perlahan-lahan Huzaiman membuka pintu yang berkunci dari luar itu. Kasihan Natasha dikurung oleh Huzaiman.
Huzaiman perasan ada seseorang di dapur. Dia pasti itu Natasha. Gadis itu kelihatan sedang memegang secawan mug. Jelas sekali tangan gadis itu menggigil ketika mengerakkan mug tersebut ke mulut.
Huzaiman berasa bimbang.
Belum sempat Natasha meneguk air tersebut, dia terkejut dengan teguran Huzaiman.
“Kau okey, Sha?” tegur Huzaiman yang membuat Natasha terkejut dengan kemunculan dengan tiba-tiba.
Pada masa yang sama, mug di tangan Natasha terlepas lalu pecah. Makin takut Natasha rasakan saat itu. Tambahan lagi, dia sudah pecahkan mug tersebut.
“Maaf! Maaf!” pinta Natasha. Pantas dia duduk untuk mengutip serpihan kaca tersebut.
“Auwwh!” jari Natasha terluka sedikit.
Pantas Huzaiman menyentuh tangan Natasha tetapi pantas juga Natasha menarik kembali tangannya dari disentuh Huzaiman. Natasha berasa takut dengan sentuhan Huzaiman.
Tubuh Natasha mula menggigil. Wajah Natasha penuh dengan ketakutan dalam pandangan Huzaiman. Natasha benar-benar takut pada Huzaiman. Dia takut Huzaiman bertindak seperti semalam.
“Aku... Aku minta maaf..” terketar-ketar suara Natasha. Dia ingin mengutip serpihan kaca mug itu.
Natasha berpaling dan membelakangi Huzaiman.
Huzaiman hanya melihat belakang Natasha. Entah mengapa perasaan untuk memeluk Natasha begitu kuat dalam hatinya.
‘Apa dah jadi dengan aku ni? Tolonglah! Aku tak nak sakiti dia tapi aku tak dapat nak kawal diri ini lagi. Nak berjauhan dengan Sha pun terasa payah.’ Kata hatinya yang sedang berperang hebat.
Huzaiman teringatkan peristiwa semalam.
Huzaiman malu. Wajah Natasha begitu cantik dengan mata yang terpejam. Pantas dia memeluk Natasha dari belakang.
Natasha terkejut dengan tindakan Huzaiman. Dia menolak tubuh lelaki itu sambil berdiri lemah.
“Huzaiman.... Kau....” teragak-agak Natasha berkata. Dia takut Huzaiman bertindak ganas seperti semalam.
“Bagi aku tengok tangan kau. Luka atau tak?” arah  Huzaiman apabila Natasha menjarakkan sedikit dirinya dari Huzaiman.
Natasha melihat jarinya. Terluka sikit. Pantas dia menyorokkan tangannya itu ke belakang.
Huzaiman menghampiri Natasha tetapi dia berundur ke belakang.
“Aku tak apa-apa, Huzaiman.”
“Kalau kau tak apa-apa. Kenapa kau sorokkan tangan kau dari aku.? soal Huzaiman.
“Tak la. Mana ada aku sorok.” Sangkal Natasha.
Seperti angin lalu, tangan Natasha ditarik oleh Huzaiman.
‘Panas!’ detik hati Huzaiman.
Cepat-cepat tangan Huzaiman sebelah lagi menyentuh dahi Natasha.
“Kau demam!” terkejut Huziaman. Dia menarik Natasha ke dalam pelukkannya.
‘Aku akan jaga kau!’ Kata Huzaiman sekadar dalam hati.

Sunday 24 June 2012

8
Komen

HATI SUAMIKU GK 17



Huzaiman berasa lega apabila melihat Natasha dalam pelukannya. Selama tiga bulan dia memikirkan tentang Natasha, hampir gila dibuatnya. Amman dan Ammar yang selalu menjadi mangsa kemarahan Huzaiman kalau Natasha masih tidak diketemui.
Selepas Huzaiman pengsan beberapa yang lalu, Ammar dan Amman yang pergi tenangkan Huzaiman. Dia menjadi seorang yang marah, serius dan sebagainya. Dia bekerja tanpa henti sehingga semua projek yang dilakukannya mendapat kejayaan. Disebabkan desakan perasaan itu yang terjadi.
Kini, Huzaiman telah berjumpa kembali dengan Natasha sedikit sebanyak menenangkan hatinya yang bergelora.
Huzaiman membaringkan tubuh Natasha. Dia sudah meminta bantuan orang gajinya untuk menukar pakaian Natasha kepada baju tidurnya. Terasa malu apabila teringat peristiwa itu.
“Tuan, baju tidur tuan ni besar sangat. Tubuh Puan Natasha kecil sahaja. Mak cik nak kena pakaikan juga ke?” orang gaji tersebut bertanya.
“Yeke? Pakaikan sahaja. Kasihan dia, tak ada baju lain yang lebih selesa.” Pinta Huzaiman. Wajahnya merah. ‘Yalah, badan aku ni lebih besar dan tinggi dari Sha. Tinggi Sha pun hanya tahap bawah ketiaknya sahaja. Kasihan Sha.’
Selepas mengucapkan terima kasih, Huzaiman kembali semula ke bilik itu. Dia kembali menatap wajah Natasha. Wajah wanita itu begitu pucat tetapi dia tahu Natasha banyak menderita selama tiga bulan.
Huzaiman memandang wajah lembut itu lagi. Rasa tidak puas. Lama dia merenung Natasha yang masih tidak sedarkan diri.
Dia mengambil telefon bimbitnya.
“Ammar, saya tak nak diganggu malam ini. Apa-apa masalah, kamu berdua uruskan, faham?” pesan Huzaiman.
“Baiklah bos!” kata Ammar. Dia berasa lega. Pertama kali Huzaiman tidak mahu diganggu oleh kembar tersebut.
Huzaiman tukarkan telefon bimbitnya dalam mood silent. Dia menghampiri Natasha yang sedang terbaring itu. Rambut Natasha sudah dipotong pendek. Sebelum ini rambut tersebut panjang dan dia memang sukakan rambut itu. Sayang sekali ia sudah dipotong.
Tapi...
Wajah Natasha tetap cantik dalam pandangan Huzaiman. Dia menanggalkan kot dan longgarkan tali lehernya. Dia terasa rimas pula.
Huzaiman duduk dibirai katil. Hampir dengan Natasha. Nafas Natasha begitu terasa di pendengaran Huzaiman. Huzaiman tersenyum. Rasa tenang apabila Natasha berada disisnya.
Huzaiman menyentuh lembut dagu Natasha supaya mendongak memandangnya.
Bibir Natasha begitu menggodanya. Makin lama, makin hampir Huzaiman dengan Natasha. Air liur yang ditelan terasa payah. Sejengkal lagi Huzaiman akan mencium Natasha tetapi terbantut.
Natasha bergerak-gerak membuat tindakan Huzaiman ingin mencium Natasha tidak dapat di teruskan. Dengan pantas dia duduk ke tempat asal.
Perlahan-lahan Natasha membuka matanya. Kepala dia terasa berat. Dia benar-benar lemah.
       “Natasha, kau okey?” ada satu suara yang Natasha dengar. Dia tidak yakin suara siapa tapi dia tahu itu suara orang yang telah selamatkan dia.
       “Huzaiman!” terkejut Natasha melihat lelaki itu. Sekarang ini dia sedang memakai baju tidur lelaki itu. Dia yakin yang dia berada di apartment lelaki itu.
       “Kau rehatlah. Biar aku ambilkan kau minuman.” Huzaiman ingin bangun. Sebenarnya dia ingin berbahasa ‘abang’ tetapi terasa janggal pula. Lagi pun kali terakhir dia bercakap dengan Natasha berbahasa ‘aku’ ‘kau’. So, lebih baik dia menggunakan bahasa itu dulu.
       Natasha rasa bersalah kerana sebelum ini dia bertindak kasar terhadap lelaki itu tetapi kini,  lelaki itu juga yang selamatkan dia. Tapi bukan sahaja kasar tapi yang sangat teruk. Emosi Natasha mula tidak stabil apabila teringat peristiwa yang telah dia lakukan terhadap Huzaiman.
       Kepalanya bertambah sakit. Natasha memegang kepalanya yang makin berat.
       Huzaiman yang duduk di birai katil sudah mahu berdiri tetapi pantas tangan Natasha menarik tali leher Huzaiman. Hampir tercekik dibuat oleh Natasha.
       Bagi Huzaiman pula tidak terasa tercekik malah terasa seperti Natasha ingin mengajaknya bermesra. ‘Ish, over pula aku ni!’
       Pergerakan Huzaiman terhenti. Saat ini mata mereka bertentangan.
       “What?” soal Huzaiman. Dia memandang tepat wajah Natasha yang sudah lama mencuri hatinya. Dia bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi dengan Natasha. Isterinya. Dan Natasha akan kekal isteri dia selamanya.
       Lama Natasha terdiam. Dia tidak pasti mahu mengunakan bahasa apa tapi bila mendengar Huzaiman berkata begitu, dia rasa, dia patut guna bahasa yang sama.
       “Maaf! Aku nak tanya, camner aku boleh berada di sini?” Wajah Natasha berubah. Dia malu. Malu dengan apa yang sudah dia lakukan terhadap Huzaiman sekeluarga. Tetapi hanya itu sahaja dia mampu bertanya. Dia keliru dengan apa yang berlaku. Bukankah dia bersama dengan Azlin?
       ‘What wrong with me? Bukankah aku rasa ada banyak benda aku nak cakap dengan Sha tapi kenapa lidah ni kelu. Aku malu! Apa dah jadi dengan kau ni, wahai Huzaiman?’ Hati Huzaiman tertanya-tanya.
       “Ada orang nak jual kau. Nasib baik Ammar nampak kau yang dah tak sedarkan diri.” Jelas Huzaiman.
       “Apa jual?” Natasha terkejut.”Terima kasih selamatkan aku..” perlahan suara Natasha.
       Huzaiman tersenyum. Senang hatinya mendnegar ucap terima kasih itu.
       “Setelah apa yang aku dah buat pada keluarga kau, kau masih sudi nak selamatkan aku. Aku minta maaf pada kau.” Lagi sekali perkataan maaf hadir di bibir Natasha. Dia benar-benar rasa bersalah kerana dendam membuat dia lupa segalanya.
       Huzaiman hanya memandang sahaja wajah Natasha. Gadis itu tertunduk.
‘Kenapa? Kenapa aku tak dapat nak berkata apa-apa ni? Sejak bila aku bersikap macam ni?’ Huzaiman masih bermonolog dalam hatinya. Dia berdiri tegak di tepi katil.
       “Tak apa. Janji kau masih ingat pada aku dan tak berdendam lagi.” Huzaiman berkata lembut.
       “Ingat?” tiba-tiba Natasha teringat akan seseorang. Sahabatnya, Azlin!
       Terburu-buru Natasha cuba bangun dari terus berbaring. Sebaik sahaja kakinya mendarat ke lantai, dia dapat rasakan tubuhnya begitu lemah sehingga dia tidak dapat menampung berat badannya. Bila-bila masa sahaja dia akan rebah.
       Huzaiman yang melihat pergerakan Natasha, segera dia memeluk pinggang gadis itu supaya tidak rebah di lantai. Tangan Natasha berpaut pada lengan Huzaiman. Kukuh.
       “Maaf! Aku teringat kawan baik aku, Azlin. Dia... dia tak apa-apa kan, Huzaiman?” soal Natasha.
       Huzaiman hanya mendiamkan diri. Natasha mendongak memandang Huzaiman. Dia teringin untuk mendengar kata-kata Huzaiman yang menyatakan Azlin selamat.
       Perlahan-lahan Huzaiman meleraikan pelukannya di pinggang Natasha dan memegang bahu gadis itu supaya duduk di birai katil.
       Natasha berasa pelik.
       “Kenapa Huzaiman? Ada yang tak kena ke?” soal Natasha. Entah mengapa dia berasa bimbang tentang Azlin. Mungkin selama tiga bulan dia bersama dengan Azlin, gadis itu melayan dia dengan baik sekali. Tidak pernah melukai hatinya. Malah menjaganya dengan baik.
       Huzaiman duduk di sofa yang ada di dalam bilik tersebut yang berhampiran dengan beranda rumahnya. Dia merenung ke luar.
       “Azlin kan namanya?” Huzaiman memulakan bicara.
       “Ya, Azlin namanya. Macam mana kau tahu ni? kau pun kawan dengan dia?” Natasha gembira. Sejak dia fikir yang dirinya adalah pembunuh Azlin datang menenangkan jiwanya.Dia tiada sesiapa pun atas dunia ini.
       “Nah, tengok gambar ni? Kau akan faham semuanya.” Huzaiman mencampakkan satu sambung surat pada Natasha. Pandangannya ke luar tingkap semula.
       “Apa ni Huzaiman? Aku tak faham.” Natasha berasa pelik sebab gambar-gambar Azlin dalam keadaan selamat sahaja.
       “Azlin nak jual kau pada lelaki yang ada dalam gambar tu. Bila aku sedar yang kau adalah perempuan yang aku kenal, aku sudah buat perjanjian dengan dia yang dia akan bagi kau pada aku dan aku bayar dia dengan nilai yang lebih tinggi.” Panjang lebar Huzaiman menerangkan.
       “Jual?” Natasha tidak percaya. Azlin melayan dia dengan baik. Tidak pernah pun melukakan hatinya. Natasha memeluk tubuh. Dia mencengkam kuat lengannya sendiri. Tubuhnya menggigil apabila mendengar kata-kata Huzaiman.
       “Aku dah selamatkan kau dengan membeli kau dengan hargai yang kau sendiir tidak jangka.” Huzaiman tersenyum bangga tapi tidak Natasha.
       “Tapi Azlin... Aku kena bantu dia. Dia aje yang aku ada. Aku dah tak ada sesiapa pun dalam dunia ni kecuali dia. Selama beberapa bulan aku hidup dengan dia. Dia tak pernah tipu aku.” Natasha bagaikan tidak percaya. Sahabatnya sendiri menipu dia.
       Huzaiman yang mendengar kata-kata Natasha mula panas hati. Dirinya geram. Hatinya makin panas bila Natasha menyatakan dia sudah tiada sesiapa.
       ‘So, aku ni apa? Bukan suami kau ke?’ Soal Huzaiman sekadar dalam hati. Entah mengapa dia terasa berat untuk memberitahu Natasha begitu.
       Disebabkan geram, Huzaiman mencengkam sebelah tangan Natasha. Natasha tidak pula menolak sentuhannya.
       “Kau ni bodoh ke? Dia dah jual kau! Kau sedar tak!” marah Huzaiman. ‘Apa dah jadi dengan Natasha. Dulu gadis ini amat kuat dan tidak selemah ini? Apa yang sudah berlaku dengan kehidupannya selama tiga bulan ini? Tak kan kerana dendamnya itu. Kerana rasa bersalah? Tidak mungkin. Selama ini tidak pulih ke perasaannya?’ Huzaiman tertanya-tanya. Mana wajah ceria Natasha?
“Tapi aku cuma ada dia aje.” Kata Natasha dengan lembut dan perlahan. Tubuhnya masih lemah. Dia masih setia memandang Huzaiman.
       “Terimalah hakikatnya yang dia dah jual kau! Jual kau untuk kepentingan diri sendiri!” tengking Huzaiman. Kesabarannya tiada.
       Natasha tergamam!
       Natasha menepis tangan Huzaiman dari terus mengenggamnya.
       “Tidak!” jerit Natasha. Dia sudah tidak peduli dendamnya pada Huzaiman lagi. Dia hanya mengharap ada orang sudi bersamanya dan sentiasa ada untuknya di kala sedih dan gembira. Dan Azlin sahaja yang berada di sampingnya.
       Huzaiman tersentak!
       Huzaiman memegang semula lengan Natasha.
       “Tu tak betul. Azlin tak kan jual aku. Dia sayang aku!” jerit Natasha lagi. Dia meronta-ronta dari terus dipegang oleh Huzaiman. Dia menepis sebelah tangan Huzaiman yang hinggap di tangan Natasha.
       Natasha menangis.
       “Lepaskan aku! Kau tak tahu apa-apa tentang aku! Kau tak tahu!” makin kuat esakan Natasha.
       Huzaiman berasa geram. Dia menolak tubuh Natasha yang masih lemah itu ke katil. Natasha rebah.
       Natasha terkejut dengan tindakan Huzaiman.
       Tubuhnya ditindih dan sejurus itu bibirnya dikucup oleh Huzaiman. Mata Natasha terbeliak manakala mata Huzaiman terpejam rapat bagaikan menikmati kucupan itu.
       “Aku tak tahu apa-apa tentang kau?” kata Huzaiman sambil baju yang dipakai oleh Natasha direntapnya.
       “Apa kau nak buat ni? Lepaskan aku!” jerit Natasha.
       “Aku nak ajar kau sesuatu. Tentang orang yang dah selamatkan kau. Orang yang selamatkan kau ni suami kau sendiri. Kau dah lupa?” katanya sambil wajahnya dibenamkan ke leher Natasha.
       “Suami aku?” mata Natasha masih bulat. Ya! Dia hampir lupa yang Huzaiman adalah suaminya. Mereka belum bercerai lagi. Hati Natasha berdebar hebat.
       Tiada lagi kata-kata yang keluar dari mulut Huzaiman. Hanya pergerakan sahaja yang menunjukkan Huzaiman gila kuasa. Kuasa untuk menguasai tubuh Natasha. Itu yang Natasha rasa. Dia tidak berdaya untuk melawan lagi segala perbuatan lelaki itu. Dia pasrah lalu memejamkan matanya serapat yang mungkin. Dia ingin melupakan apa yang berlaku.

p/s : Mungkin lepas ini ria akan lambat UPDATE sebab esok ria dah mula latihan mengajar di sekolah. tak tahulah dapat online ke tidak..harap bab kali ini akan membuat anda ternanti2kan bab seterusnya...terima kasih sebab sukakan e-novel ini.
13
Komen

HATI SUAMIKU GK 16




Natasha tidak tahu arah tujuannya. Dengan hanya satu beg pakaian sahaja di tangannya dan beberapa keping not sepuluh ringgit sahaja. Dia memandang sekelilingnya. Kesibukan stesen bas menarik perhatiannya.
Matanya masih bengkak akibat menangis lama sangat. Akhirnya dia mengeluh. Air matanya mengalir lagi. Entah mengapa dia berasa berdosa. Berdosa pada suaminya sendiri. Dia sudah menganiayai keluarga suaminya sendiri. Besarnya dosanya.

Saya putus asa. Jangan cari saya lagi!
-Natasha-

Selepas dia menghantar mesej kepada PK, dia terus membuang SIM telefonnya itu lalu menyimpan telefon bimbit yang dibeli dengan usahanya sendiri.
Kini, Natasha berada dalam bas. Dia bercadang untuk balik kampung. Rumah emak dan ayahnya yang terbakar itu, tapaknya dibina sebuah rumah kecil sedikit. Walaupun kecil, dia rasa tenang untuk tinggal di situ. Cuma sudah dua tahun Natasha meninggalkan rumah tersebut.
Air matanya mengalir lagi. Dosa yang dilakukan bagaikan tidak boleh ditebus. Natasha trauma. Dia lemah semangat. Semangat untuk meneruskan hidup sudah tiada dalam jiwanya.
Dia memandang ke luar tingkap. Gelap. Hanya lampu jalan sahaja kelihatan di lebuh raya itu. Natasha termenung jauh.
“Kau ingat dengan apa yang kau lakukan sekarang ni, mak dan ayah kau akan gembira kat dunia sana? Mereka lebih kecewa dengan sikap kau! Mereka harapkan kau hidup bahagia bukannya membalas dendam sebab dendam hanya akan melukakan diri sendiri.” Kata-kata Huzaiman bagaikan kedengaran lagi.
Bertambah pilu hati Natasha apabila teringat akan kata-kata Huzaiman.
‘Ya Allah. Aku benar-benar insaf. Air mata ini bercucuran kerana terkenang dosa lalu. Kerana takutkan Engkau Ya Allah. Kerana taubat nasuha. Kerana rasa keinsafan yang baru lahir di hati ini. Ya Allah, adakah air mataku ini kerana diterima oleh Mu, Ya Allah?’ Doa Natasha dalam hati.
Natasha berasa sangsi dan keliru. Apa yang seharusnya dia lakukan. Natasha masih setia memandang luar  tingkap itu. Akhinrnya dia terlena. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampungnya hanya mengambil masa dua jam sahaja.
Akhirnya Natasha sampai juga di kampung halamannya. Dia tetapi dia berasa pelik kerana rumahnya itu seperti ada orang tinggal. Jam menunjukkan pukul 10 malam.
Perlahan-lahan dia mengetuk pintu rumahnya sendiri.
“Azlin!” tergamam Natasha melihat gadis yang dikenali itu amat sosial orangnya. “Kau buat apa dalam rumah aku ni.” Soal Natasha.
“Aku dah setahun duduk sini. Ingatkan kau dah tak nak tinggal rumah ni.” Jelas Azlin. Natasha tidak kisah tetapi terkejut juga dia melihat Azlin.
“Lamanya. Tak apalah. Kau ada usik barang-barang dalam rumah ni?” tanya Natasha.
“Bilik utama kau kunci, so aku tak kacau. Aku guna bilik dua aje,” jelas Azlin.
“Okeylah. Aku penat. Aku masuk dulu.” Natasha terus menghilang ke biliknya.
Azlin pula tersenyum penuh makna.



PK berasa panas dalam bilik yang berhwa dingin ini. Dia berwajah serius apabila membaca mesej yang dia dapat daripada Natasha. Natasha melarikan diri daripadanya. Sudah puas dia menghubungi Natasha tetapi masih gagal.
“Cari perempuan itu sekarang juga! Rahsia syarikat Huzaiman masih ada dekat dia.” Arah PK. Mereka sudah buat perjanjian. Selesai sahaja tugasnya, Natasha akan beri maklumat syarikat milik Huzaiman.
“Tak guna punya perempuan!” marah PK. Rancangannya hampir berjaya tetapi gagal apabila orang-orang Dato Ismail dapat mengesan di mana ketua mereka.
PK menumbuk meja.
“PK, Natasha tidak lagi bersama dengan Huzaiman.” Orang PK melaporkan kepada PK. Maklumat yang baru diterimanya itu membuat PK tertanya-tanya.
“Kenapa pula mereka tak bersama? Pelik ni. Mesti ada masalahnya. Aku nak kau siasat kenapa mereka tak bersama pula.” Arahan baru dari PK. Orang bawahannya hanya mengikut lalu keluar dari bilik dia.
PK menanti dengan sabar. Dia berharap dapat mencari di mana Natasha berada




Beberapa bulan berlalu. Tubuh Natasha semakin kurus. Dia kurang makan dan selama dua bulan juga dia hanya mengurungkan diri dalam bilik sahaja. Dia juga memberi wang simpanannya kepada Azlin untuk membeli makanan. Dia tidak mahu keluar lagi dari rumah tersebut.
       “Sudahlah tu. Aku tengok kau asyik menangis sahaja. Lupakan lelaki yang dah buat kau jadi begini.”
       “Dia tak salah, aku yang salah. Aku ni pembunuh.”
       “Sampai bila kau nak terus menghukum diri kau?” soal Azlin. Azlin tahu tubuh Natasha semakin lemah.
       “Sampai aku mati.” Jawab Natasha dengan lemah sekali.
“Sudahlah tu. Jom ikut aku ke bandar.” Ajak Azlin.
“Tak naklah.” Natasha menolak. Dia bimbang akan bertemu dengan orang yang mengenalinya tetapi kini, dia bena-benar lemah.
“Jomlah! Teman aku beli barang. Aku selalu pergi seorang. Kali ni kau kena teman kan aku, boleh kan?” Pujuk Azli.
Akhirnya Natasha bersetuju.
“Kau minum air dulu, aku nak bersiap. Kau pakai macam ni aje kan?” tanya Azlin.
Natasha hanya mengangguk. Dia hanya mengenakan baju kurung hijau arwah ibunya dan tudung berwarna hitam.
Natasha meneguk air yang dibuat oleh Azlin. Dia terbaring lemah atas kerusi sambil menunggu Azlin bersiap.
“Okey, jom!” ajak Azlin.
Di bandar, Azlin telah merancang sesuatu yang besar untuk mengenakan Natasha dan pada masa yang sama dia mendapat keuntungan yang besar.
“Azlin, aku peninglah.” Adu Natasha.
“Kau duduk kat sini dulu. Aku jumpa kawan aku jap.” Azlin terus berlalu. Dia masuk di sebuah kedai SEVEN ELEVEN.
Kelihatan Natasha sedang bersandar di dinding sambil bersandar.
“Aku dah bawa perempuan yang aku cakap tu. Kau boleh jual dia pada Jay.” Kata Azlin pada juru jual di kedai tersebut.
“Aku tengok dia cantik. Bagus kau cari.” Kata lelaki yang jaga kaunter itu sambil menjeling ke luar tempat Natasha berehat.
Tanpa mereka berdua sedari, Ammar berada di situ. Dia sedang membeli air untuk Huzaiman.
Dengan pantas jarinya menaip mesej dan hantar pesanan ringkas itu pada Amman yang berada di dalam kereta.
“Encik nak beli apa?” soal lelaki yang jaga kaunter itu apabila melihat Ammar berlegar-legar dan tiada tanda mahu membeli.
Ammar hanya tersenyum.
“Aku pergi dulu, nanti aku bawa dia kat tempat kau. Ingat tiga ribu tau.” Azlin tersenyum. Dia akan dapat untung besar.
Azlin terus keluar dan memimpin tangan Natasha. Tanpa Natasha sedari, Azlin telah masukkan satu jenis dadah yang biasa digunakan olehnya untuk memerangkap gadis yang lain.
Baru beberapa langkah Azlin bergerak, dia ditahan oleh Ammar dan Amman.
“Azlin!” Huzaiman terkejut melihat Azlin. Dia amat kenal dengan gadis yang bermasalah ini.
“Tepilah!”
“Kau nak buat apa dengan Natasha tu. Serahkan dia pada aku!” kata Huzaiman.
“Tak nak!” Azlin berkata.
Amman dan Ammar menghampiri Azlin. Pegangan Azlin terlepas. Pantas Huzaiman menyambut tubuh isterinya yang lemah. Hampir tiga bulan dia tidak bertemu dengan Natasha. Rindunya mencengkam kalbu.
“Pulangkan Natasha semula. Kau buat aku rugi.” Kata Azlin. Dia cuba mendapatkan Natasha semula tetapi dihalang oleh Amman dan Ammar.
“Ammar dan Amman, kamu berdua uruskan dia.” Arah Huzaiman dan terus berlalu ke keretanya.
“Woi!” panggil Azlin.
“Kalau kau jual dia tiga ribu. Bos aku sanggup bayar lima ribu. Kau nak tak?” Ammar berlagak gangster. ‘Seronok juga gaya ni. Taklah skema dua puluh empat jam.’ Bisik hati Ammar.
“Lima ribu!” Azlin terkejut. Dia bersetuju.
Amman membawa Azlin ke bank untuk mendapatkan wang tunai manakala Ammar meneruskan pemanduannya ke aparment Huzaiman.
Sejak peristiwa tiga bulan yang lalu, Huzaiman kembali hidup sendirian. Dato Ismail dan Datin Isma tidak dapat menghalangnya. Ammar dan Amman tinggal di sebelah apparment Huzaiman.
Huzaiman memandang wajah Natasha. Masih seperti dulu. Sayu rasa melihat wajah isterinya.

Saturday 23 June 2012

21
Komen

HATI SUAMIKU GK 15




Telinga Huzaiman rasa panas mendengar apa yang dikatakan oleh Natasha. Rasa ingin ditampar wajah cantik itu tetapi dia cuba bertenang. Entah mengapa dia rasa kasihan melihat wajah yang pucat itu.
“Keluarga aku tak tahu apa-apa pun tentang keluarga kau. Apa yang berlaku pada kau dan keluarga kau, kau tak boleh salahkan keluarga aku. Itu takdir Allah rumah kau terbakar. Jangan nak salahkan orang lain demi nak sedapkan hati kau.” Kata Huzaiman. Dia benar-benar kecewa dengan sikap Natasha.
Natasha tersentap. Dia tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir. Dia sudah rasa bersalah. Hanya membisu sahaja yang mampu dilakukannya.
“Apa yang kau dah buat pada mama dan papa aku? Mereka tak bersalah Sha.” Huzaiman meraup wajahnya dengan tangan. Pening kepala memikirkan permasalahan ini.
“Aku cuma..... Cuma...” Natasha teragak-agak apabila berkata. Dia menelan air liurnya yang terasa kelat.
Natasha sendiri hilang punca. Tidak tahu mahu membalas kata-kata Huzaiman. Hanya mampu menundukkan wajah sahaja.
“Apa kau buat dengan mama dan papa aku?!” jerkah Huzaiman lagi kuat dari tadi.
Tersentap Natasha rasakan kini. Air matanya terus mengalir. Tidak pernah dia dimarahi sedemikian.
‘Perlukah aku memberitahu Huzaiman mengenai rancangan aku? kenapa aku begitu lemah saat ini? sepatutnya aku lebih kuat dan bersemangat.
“Aku cuma kurung mereka dalam pondok dan upah orang bakar pondok tu.” Kata Natasha. Terbongkar sudah rancangan yang dirancangnya selama ini.
Mata Huzaiman merah kerana menahan marah yang maha hebat. Di dalam hatinya berperang dengan pelbagai rasa. Cinta, marah, kecewa dan sebagainya.
“Tak guna kau!” serentak dengan kata-kata itu, tangan Huzaiman diangkat tinggi. Dia ingin menampar pipi Natasha tetapi perasaan cinta dan kasih pada isterinya begitu utuh walaupun mereka baru berkahwin dua hari.
Huzaiman mencengkam kuat bahu Natasha.
“Dah berapa lama kau kurung mereka?” mata Huzaiman merenung tajam Natasha.
“Dah... Dah... Dua... Jam...” terketar-ketar suara Natasha. Perasaan bersalah mencengkam jiwa Natasha. Air mata masih setia mengalir. Dia benar-benar rasakan tindakannya adalah salah.
“Apa?!” terkejut Huzaiman mendengar kata-kata Natasha. Belum sempat dia menyambung kata-katanya, telefon bimbitnya berbunyi.
Pantas Huzaiman menjawab panggilan tersebut.
“Ya saya. Apa? Mak dan ayah saya di hospital?” kata Huzaiman. Dia menjeling tajam ke arah Natasha.
Natasha terkejut. Mungkin Huzaiman mendapat panggilan dari pihak hospital.
“Kau ingat dengan apa yang kau lakukan sekarang ni, mak dan ayah kau akan gembira kat dunia sana? Mereka lebih kecewa dengan sikap kau! Mereka harapkan kau hidup bahagia bukannya membalas dendam sebab dendam hanya akan melukakan diri sendiri.” Jelas Huzaiman. Memang dia seorang yang gila kuasa tetapi dia tiada simpan dendam dengan sesiapa. Asalkan dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang dia ingini. Usaha sahaja.
Makin laju air mata Natasha mengalir. Tidak mampu lagi menahan perasaan bersalah.
Huzaiman juga kasihan melihat Natasha menangis. Dia ingin memeluk wanita itu. Memujuk hati dan perasaannya tetapi rupanya ada sebab dia berkahwin dengannya. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya.
“Kalau apa-apa yang terjadi dengan mama dan papa aku, aku tak kan maafkan kau, Natasha. Tak akan! Walaupun aku mencintai kau selamanya.” Kata Huzaiman dan terus meninggalkan Natasha sendirian.
Natasha terdiam. Dia tergamam. Apa yang aku dah buat? Aku dah bunuh orang. Aku bunuh orang yang tidak bersalah. Aku kejam! Aku teruk! Aku dah buat sesuatu yang salah. Ada apa yang boleh menebuskan kesalahan aku? tak ada. Akulah yang menjadi punca segala-galanya.
“Aku... Aku....” bibir Natasha menggigil. Matanya sudah bengkak. Dari tadi dia menangis. Kepala Natasha juga sudah terasa pening.
Perlahan-lahan dia bangun dan mengambil pakaiannya. Natasha meninggalkan rumah tersebut tanpa pengetahuan siapa. Biarlah dia pergi. Walaupun mereka baru dua hari kahwin tapi dia tidak layak lagi untuk hidup bersama Huzaiman yang gila kuasa itu tetapi...
“...Tetapi menyintaiku,” bisik Natasha perlahan.


Huzaiman tiba di hospital di bahagian kecemasan. Kelihatan Datin Isma dan Dato Ismail terbaring lemah tetapi dalam keadaan sedar. Rupa-rupanya Dato Ismail sempat menghubungi Ammar ketika dia dan Datin Isma diculik. Ammar bertindak pantas menghubungi orang Dato Ismail yang ditugaskan melindungi Dato Ismail.
“Alhamdulillah!” ucap syukur Huzaiman. “Mujurlah mama dan papa tak apa-apa tapi...” Huzaiman terdiam.
“Kalau apa-apa yang terjadi dengan mama dan papa aku, aku tak kan maafkan kau, Natasha. Tak akan! Walaupun aku mencintai kau selamanya.” Kata kata Huzaiman bergema dalam ingatannya.
“Sekarang mama dan papa aku dah selamat. So, secara automatik aku dah maafkan Natasha.” Huzaiman tersenyum. Dia rasa senang. Dia tahu yang Natasha itu seorang gadis yang mudah dibentuk. Dia akan ajar Natasha nanti menjalani hidup yang lebih baik terutamanya bersama dia.
Huzaiman keluar dari kawasan kecemasan dan menuju ke taman yang ada. Dia duduk lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.
Beberapa kali dia menghubungi Natasha tetapi masih tidak dijawab. Dia benar-benar risau. Akhirnya dia mengeluh.
“Kenapa tak dapat call ni? Mana dia pergi?” soal Huzaiman sendirian. Huzaiman teringat wajah Natasha kali terakhir dia meninggalkan wanita itu sendirian dan dalam keadaan terkejut.
“Ah, Natasha!” Huzaiman kegeraman. “Mana minah ni pergi?” soalnya lagi. Dengan pantas dia menghubungi Ammar.
“Ammar, kamu tolong cari Natasha untuk saya sekarang juga! Ini arahan dan jika kamu tak jumpa, sedialah untuk mati!” arah Huzaiman dengan nada yang tegas dan serius.
Ammar terkejut dengan arahan mengejut daripada Huzaiman. Baru pagi tadi dia melihat wajah ceria ketuanya itu tetapi petang ini amat berbeza pula. ‘Ada masalah ke mereka ni? Atau ada kaitan dengan penculikan Dato Ismail dan Datin Isma?’ Ammar juga tertanya-tenya.
“Baiklah bos!” jawab Ammar.
“Abang, kenapa ni?” soal Amman. Dia terasa pelik melihat wajah pucat abangnya itu.
“Kita ada tugas baru. Bos suruh cari Natasha. Kalau tak jumpa, habis kita dik. Sampai mati mati pula bos kita sebut,” jelas Ammar.
Amman tergamam. Dia bagaikan dapat merasakan apa yang abangnya rasa saat ini.
“Marilah kita pergi cari isteri tersayang bos.” Ajak Amman. Mereka bergerak pulang ke rumah.
Seluruh rumah sudah di carinya. Apabila tanya Meh Teh. Dia tidak tahu, dia hanya duduk di dapur sahaja. Tidak sedar bila Natasha keluar.
“Macam mana ni abang?” soal Amman. Macam-macam yang dia bayangkan.
Ammar dan Amman masuk dalam bilik bosnya itu. Mereka melihat almari pakaian terbuka  dan pasti pakaian Natasha tiada di situ.
Mereka berdua sudah dapat menjangka apa yang berlaku. Natasha sudah menghilangkan dirinya.
Ammar dan Amman saling berpandangan. Mereka benar-benar takut untuk melaporkan pada Huzaiman.
“Abang yang cakap ya?” pinta Amman.
“Tak nak la. Adik la.” Ammar memberi telefon bimbitnya tetapi tidak disambut oleh Amman.
“Abang la. Abang yang sulung patut didahulukan.” Amman menolak telefon bimbit itu.
Tiba-tiba telefon bimbit tersebut berbunyi. Amman dan Ammar terkejut. Hampir terjatuh telefon bimbit itu.
“Bos yang call. Macam mana ni?” soal Ammar. Dia pun takut juga.
“Hah, bos call abang, jadi abang la yang jawab.” Balas Amman. Dia menarik nafas lega apabila abangnya itu mula menekan butang jawab.
“Kenapa jawab lambat?” Huzaiman bertanya tetapi hatinya lebih bimbang tentang Natasha. “Mana Natasha?” soalnya pula.
“Dah tak ada.” Jawab Ammar. Ringkas.
“Maksud kamu, Ammar?” hati Huzaiman berdebr hebat masa itu. Menanti jawapan dari Ammar.
“Dia dah pergi. Buktinya pakaiannya dah tak ada.” Perlahan sahaja suara Ammar. Dia takut betul kalau Huzaiman marah.
“Apa?!” terkejut Huzaiman. Peluh mula mengalir di dahinya. Tubuhnya rasa lemah dan tidak bermaya. ‘Sha tinggalkan aku tanpa meluahkan perasaan sayangnya pada aku? Kenapa perkara ini terjadi?’
Akhirnya Huzaiman pengsan.
“Bos! Bos!” jerit Ammar apabila Huzaiman tidak menjawab panggilannya.
“Kes berat ni. Bos tak jawab panggilan ni.” Kata Ammar pada Amman. Mereka berdua mengambil keputusan untuk segera ke hospital semula.