Monday, 25 February 2013
KAU HAK AKU 7
Firman Shah hanya memerhati Izz Irfan dan Syazwina yang sedang berbual di luar kelas. Entah mengapa dia rasa cemburu. Kerana perasaan cemburu ini membuat dirinya jadi tidak tentu arah ketika bercinta dengan Syazwina suatu masa dulu. Dia tidak boleh melihat Syazwina bersama lelaki lain. Dia mudah jadi seorang pemarah.
“Kita berpisah!” kata Firman Shah. Pagi tadi dia ternampak Syazwina bercakap dengan seorang lelaki yang tidak di kenalinya. Cukup membara dan panas hatinya. Dia tahu Syazwina seorang perempuan yang amat dikenali kerana dia atlet sukan. Biasanya atlet sukan akan mudah menjadi terkenal di sekolah.
“Kenapa?” Syazwina kelihatan seperti terkejut dengan keputusan Firman Shah.
Firman Shah tahu, bagi Syazwina, dia adalah cinta pertama gadis itu. Pasti Syazwina rasa lebih terluka.
“Saya tak boleh tengok awak dengan lelaki lain. Hati saya cemburu. Lebih baik kita berpisah. Itu lebih baik sebab saya tak kan rasa sakit hati lagi.” Firman Shah memandang wajah Syazwina. Ada air mata yang mengalir. Entah mengapa hatinya ingin mengubah keputusan itu. Tidak sanggup pula mahu berpisah dengan Syazwina tetapi keputusan sudah dilafazkan. Terlajak perahu boleh di undur tetapi terlajak kata, binasa.
“Tapi kita dah bercinta dua tahun. Awak... Saya cuba elak dari bercakap dengan lelaki. Asalkan awak bersama saya.” Syazwina masih merayu pada Firman Shah. Perlahan-lahan tangan Syazwina menyentuh beg galasnya kerana dia berpaling dari terus melihat wajah gadis yang sentiasa membuat dirinya cemburu.
“Shah...” seru Syazwina.
“Ini yang terbaik untuk hubungan kita...” tegas Firman Shah. Ketika itu mereka berada di taman sains. Waktu persekolahan pula sudah lama berlalu.
“Shah...” Makin galak air mata Syazwina mengalir. Dia memegang beg galas Firman Shah dari belakang. Kini dengan dua tangan. “Shah, tolonglah! Saya sayang awak... Saya cinta pada awak. Awak sumber semangat pada saya untuk terus menjadi seorang wanita.”
Firman Shah terdiam mendengar kata-kata itu. Dia sendiri tidak mengerti maksud yang di sampaikan oleh Syazwina.
“Saya pergi dulu!”
“Tunggu!” kata-kata Syazwina membuat langkahnya terhenti tetapi tidak mampu dirinya untuk berpaling.
“Mulai saat ini, aku akan mencari lelaki yang boleh buat aku rasa perlunya dia dalam kehidupan ini kerana aku seorang perempuan yang benci pada kaum lelaki” lafaz Syazwina dengan linangan air mata.
Tanpa kata, dia terus meninggalkan gadis itu di situ dengan air mata yang masih mengalir. Sejak itu, Syazwina menjadi bebas dengan lelaki. Dia akan terus mencari lelaki yang benar-benar dia rasa perlu untuknya.
Firman Shah menelan liur apabila teringat kata-kata itu. Dia merenung wajah Syazwina yang sudah masuk semula dalam kelas. Wajah itu ceria.
“Aku dah pandai masak spaggetti. Aku tahu yang dia suka dengan masakan aku...” Hati Syazwina gembira. Dia meluahkan segala yang dirasai pada Azlin.
Tanpa Syazwina sedari, kata-kata itu di dengari oleh Firman Shah.
Firman Shah tersentak. Dia mula faham dengan kata-kata Syazwina dulu.
“Awak sumber semangat pada saya untuk terus menjadi seorang wanita.” Kata-kata itu bergema dalam hatinya. ‘Adakah melalui percintaan buat dia menjadi seorang wanita?’ hati Firman Shah berdebar kencang.
“Wei Shah!” panggil Azlin.
Firman Shah terkejut. “Apa dia?”
“Awat kau renung kawan aku macam tu sekali?” tegur Azlin.
Syazwina terkesima. Dia sendiri tidak sedar yang Firman Shah merenungnya. Kini pandangannya pada Firman Shah. Mereka saling merenung antara satu sama lain.
Syazwina mula rasa tidak senang duduk. Perasaan cinta mudah menyelinap masuk ke dalam hatinya tiap kali dia merenung wajah cinta pertamanya itu. Mana mungkin dia dapat melupakan Firman Shah begitu sahaja walaupun sudah setahun lebih mereka berpisah.
“Syazwina...” Izz Irfan muncul tiba-tiba.
Firman Shah dan Syazwina bagaikan baru tersedar dari dunia nyata.
“Izz Irfan...” Syazwina berdiri. Izz Irfan berada di sebelahnya manakala Firman Shah sedang duduk di kerusi hujung sana.
Izz Irfan merenung tajam pada Firman Shah. Dia rasa kurang senang dengan kehadiran lelaki itu.
“Izz Irfan, kenapa? Ada benda tinggal ke?” soal Syazwina.
“Tak lah. Aku cuma nak jemput kau tengok perlawanan ragbi aku, esok.”
“Kau masuk juga ke? Tapi aku dengar, hanya umur 18 tahun ke bawah sahaja layak masuk.” Soal Syazwina. Dia juga seorang atlet. Dia tahu peraturan itu.
Izz Irfan menghampiri Syazwina. Dia berbisik sesuatu.
“Aku boleh masuk sebab aku belum 19 tahun lagi. Tarikh lahir aku pada 31 disember.” Izz Irfan tersenyum. Dia terus berlalu pergi. Dia sendiri rasa malu dengan apa yang dilakukannya tadi. ‘Sebelum aku sakit perut, lebih baik aku pergi.’
Syazwina tersentak.
“Jangan lupa pergi perhimpunan. Nanti aku tulis nama kau orang bertiga. Pergi sekarang!” tegas Izz Irfan.
Mereka bertiga bergegas ke perhimpunan.
“Apa yang lelaki tu berbisik pada kau?” bisik Firman Shah di telinga Syazwina dari belakang.
Kali ke dua Syazwina tersentak.
“Perlu ke aku bagi tahu kau?” Syazwina cuba mengawal nada terkejutnya. Sejak berpisah dengan Firman Shah, dia akan sentiasa bercakap kasar dengan lelaki itu. Tidak akan sekalinya lembut.
“Perlu, sebab aku X kau...” Firman Shah masih berbisik.
“Nak bercakap pun tak perlulah nak berbisik macam ni. Macamlah aku ada masalah pendengaran.” Marah Syazwina.
“Memang pun!” Firman Shah sengaja mahu membangkitkan kemarahan Syazwina. Sejak dulu lagi dia suka melihat Syazwina marah. Nampak manja sangat.
Firman Shah terus menuju ke bahagian lelaki beratur. Tidak sempat Syazwina mahu membalas kata-kata lelaki itu.
Tanpa Syazwina sedari, Izz Irfan memerhatinya dari jauh.
Hati Izz Irfan terasa sakit. Sakit melihat Syazwina bersama lelaki itu. Walaupun Syazwina tidak melayan tetapi entah mengapa dia benar-benar rasa cemburu.
“Izz, hari ni kau baca doa, boleh tak?” Khalid berkata.
“Aku ke?” Izz Irfan terkejut dengan permintaan sahabatnya itu.
“Ya...”
“Azlan kan ada?”
“Hari ni dia sakit tekak. Kau ganti ya? Bukan selalu ketua pengawas bacakan doa...” Khalid tersenyum.
Di sekolah mereka, hampir setiap hari akan diadakan perhimpunan. Hanya perhimpunan rasmi akan diadakan hari isnin. Hari lain hanya akan bacaan doa dan menyampaikan pengumuman penting sahaja.
“Dipersilakan Izz Irfan bin Danish Aniq untuk bacaan doa...” kata pengerusi majlis.
Syazwina terkejut apabila nama itu di sebut. Entah mengapa dia rasa teruja untuk mendengar Izz Irfan membaca doa. Hatinya berdebar kencang.
Firman Shah mengeluh. Dia tidak suka Izz Irfan. Rasa mahu ditumbuk muka perasan bagus itu.
“Amin...” Izz Irfan meraup wajahnya dengan tangan. Selepas itu dia terus menuju ke bilik air. Perutnya benar-benar sakit. Nasib baik tandas dekat dengan tapak perhimpunan itu.
Syazwina tersenyum lebar.
“Bukankah kau tak suka mamat perasan bagus tu?” soal Azlin apabila melihat wajah Syazwina yang berseri itu.
Syazwina tersedar. “Ya lah! Aku tak suka dia la!” Syazwina mengiakan sahaja. Entah mengapa dia sibuk dengan urusan lelaki itu. Kini, segala yang dilakukan oleh Izz Irfan, menarik minatnya. ‘Tidak!’ jeritnya dalam hati.
*****
Masa berlalu begitu pantas. Setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Begitu juga antara Syazwina dan Izz irfan.
“Kau janganlah sedih. Setiap pertemuan ada perpisahannya.” Kata Syazwina. Wajah Izz Irfan nampak muram.
“Aku tak sedih pun sebab aku tahu perpisahan ini akan ada pertemuan. Pertemuan yang akan menyatukan kau dan aku...” kata Izz Irfan.
Syazwina tersentak. Dia menelan liur.
Izz Irfan pun tidak percaya yang dia sendiri yang lafazkan kata-kata romantik itu. Dia mahu mencipta kenangan yang indah bersama Syazwina di akhir persekolahan mereka.
“Yalah!” malas-malas Syazwina menjawab. Dia merenung jauh padang sekolah yang menjadi medan pertaruhan ragbi Izz Irfan tiga bulan lalu.
“Ingat, lima tahun lagi kita akan berkahwin. Kau jangan cuba nak lari dari aku.” Pesan Izz Irfan. Pandangannya masih pada Syazwina.
‘Tak jemu ke asyik tengok muka aku?’ Syazwina bertanya sendirian.
“Kau ingat aku ni atlet olahraga ke? Nak lari-lari. Aku ni sekadar altlet bola baling. Bahagian penyerang. Kalau kau nak rasa, boleh aje.” Kata Syazwina yang sudah berasa amat geram. ‘Apa kejadah aku nak lari? Tak perlu lari sebab aku akan buat juga. Tak nak kahwin dengan kau!’
“Kalau kau penyerang bola baling, aku pula penyerang ragbi. Nak cuba tak? Tengah ganas ni.” Kata-kata Izz Irfan sentiasa mampu membuat Syazwina terdiam.
Syazwina benar-benar terdiam. Dia teringat pertandingan ragbi tersebut. ‘Badan besar-besar. Pertandingan peringkat negeri tu buat di sekolah aku. Sempat juga aku perhatikan bakal suamiku ini bermain. Mak ai, bergaya habis. Hati aku berdebar-debar melihat gayanya yang amat bergaya. Bermain tanpa memakai cermin mata skemanya. Dia lebih kacak begitu.’ Sempat lagi Syazwina memuji.
Selepas itu Syazwina mengamuk dengan diri sendiri sebab dia menjadi teman setia duduk ditepi padang sehingga habis pemain wakil sekolahnya bermain. Dan yang paling dia geruni kerana mampu membuat jantungnya gugur ialah saat lelaki skema itu pandang ke arahnya dengan senyuman yang berunsur-unsur kejahatan sebab pemain ragbi sekolah kami juara dalam permainan akhir untuk tahun ini.
‘Buat apa aku tunggu lagi. Baik jangan lama-lama kat situ.’ Syazwina terus meninggalkan kawasan padang tersebut. Sanggup ponteng kelas semata-mata mahu melihat mamat skema itu bermain Ragbi. Tanpa Syazwina sedar ada perasaan istimewa muncul dalam hatinya.
“Terdiam pula kau. Aku tahu aku sangat bergaya. Janganlah pandang lama-lama.” Wajah Izz Irfan mula berpeluh. Syazwina sendiri tidak pasti mengapa begitu.
“Perasan aje lebih. Ala, aku boleh berlakon jadi awek kau. Tak perlulah kahwin-kahwin ni.” Syazwina cuba memujuk.
“Berlakon?” wajah lelaki itu kembali tenang. Tidak seperti tadi seakan sakit perut sahaja lagaknya.
“Aku ni pelakon terbaik heroin...” Kata Syazwina memujuk diri sendiri.
“Dan aku pelakon terbaik hero. Kau jangan nak mengarut. Perkahwinan ini tetap akan terjadi.” Balas Izz Irfan dengan tegasnya.
“Okay tapi kenapa kau pilih aku?” Tiba-Tiba persoalan itu muncul. ‘Nasib baik aku teringat nak tanya perkara paling penting ni.’
“Sebabnya..... malam pertama nanti kau akan tahu.” Izz Irfan tersengih.
‘Muka tak tahu malu. Malam pertama pula. Menyampah aku. Tak padan dengan budak. Eh, umur dia dah 19 tahun! Lainlah aku ni masih bawah umur, baru 17 tahun.’
“Dahlah!” kata Izz Irfan sambil berdiri. “Kau tetap jadi milik aku. Itu pasti!” katanya lagi sambil membetulkan cermin mata skemanya.
“Maknanya kau suka aku. Itu sebab kau nak sangat aku jadi bini kau kan?” Syazwina cuba meneka. Dia beritahu Izz Irfan mengenai pendapat yang agak bernas ini tetapi dibalas dengan gelak ketawa yang begitu mendebarkan hati wanitanya.
Izz Irfan merenung gadis itu dengan senyuman yang sentiasa membuat Syazwina tidak senang duduk pada hakikatnya.
“Mungkin..” kata mamat itu. Syazwina menjerit sekuat hati.
“Mamat poyo!!!!” Geram sungguh rasanya.
Friday, 15 February 2013
EJEN CINTA 143 BAB 4

Khusnul Syakinah hidup bersendirian lagi. Itulah takdir untuk dirinya. Abi meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Tiap kali teringat akan abi, dia rasa terkilan. Terkilan kerana terlambat untuk berjumpa dengan arwah untuk kali terakhir. Sedangkan semua ahli keluarganya sudah tiba lama di situ.
Khusnul Syakinah tersedar dari dunia kesedihan. Orang lain selalu nampak dirinya kuat dan tenang tetapi tiada siapa yang tahu dia sebenarnya insan yang paling rapuh hatinya. Dia sering menyembunyikan tangis dan kesakitannya demi melihat ahli keluarganya yang lain kuat. Di saat dia bersendirian, air matalah menjadi teman yang paling setia. Dia perlu kuat. Ummi memerlukan sokongannya.
Dipejamkan mata seketika. Khusnul Syakinah mengumpul sedikit kekuatan untuk meneruskan hidup di atas dunia sementara ini. Dia yakin dengan setiap ujian yang ALLAH S.W.T. berikan padanya akan di balas dengan kebahagiaan. Jika tidak di dunia, dia mengharap di akhirat nanti.
Khusnul Syakinah meneruskan pekerjaannya. Inilah cara dia mencari rezeki setelah gagal dalam peperiksaan SPM. Dia tidak dapat memberi fokus pada peperiksaan ditambah dengan berita kematian ayahnya dan lelaki yang bernama Iqram Aznan. ‘Lelaki itu...’ Khusnul Syakinah dapat rasakan kebencian terhadap lelaki itu adalah setinggi gunung Kinabalu.
“Puan, tumpang tanya.” Tiba-tiba seorang lelaki menegurnya.
Ketika itu Khusnul Syakinah sedang mengelap cermin pejabat. Dia amati lelaki yang berdiri di hadapannya ini. ‘Tinggi macam Lee Min Ho tapi rambut dia tak macam jejaka pujaan hatiku itu. Rambut lelaki ini nampak lebih kemas.”
“Puan!” panggil lelaki itu lagi.
Khusnul Syakinah tersentak. Dia beristighfar dalam hati kerana merenung lelaki seperti itu.
“Ya, boleh saya bantu?” ramah Khusnul Syakinah.
“Amar Qalish bekerja di sini ke?” soal lelaki yang memakai cermin mata gelap itu. Pandangan mata itu tersembunyi.
“Ya... Itu biliknya.” Khusnul Syakinah menunjuk ke satu arah pintu yang tertutup rapat itu. Pejabat ini memang tidak sibuk pada belah petang seperti ini.
“Terima kasih mak cik...”
Khusnul Syakinah terus berpaling dan menyambung semula mengelap cermin lut sinar yang ada dalam pejabat itu.
Lelaki itu menuju ke arah yang di katakan olehnya. Belum sempat lelaki itu menghampiri pintu tersebut, ia sudah di buka dari dalam. Dua lelaki terkejut.
“Oi, Iqram Aznan!” Amar Qalish terkejut melihat lelaki berjaya ini datang ke pejabatnya. “Kau buat apa datang pejabat aku ni?”
Khusnul Syakinah yang masih berada di situ, tergamam seketika mendengar nama itu di sebut. Perbuatannya yang sedang mengelap itu terhenti. Nama keramat yang ingin dilupai itu menerjah gegendang telinganya. Dia terkaku mendengar nama itu.
Nama yang bisa menggetarkan hatinya. Getaran ini bukan kerana perasaan cinta tetapi kebencian yang menggunung.
“Khusnul, awak buatkan air untuk kami,” arah Amar Qalish apabila dia ternampak kelibat pekerjanya itu.
Kini, giliran Iqram Aznan pula terkejut. Dia yakin wanita yang sedang membelakanginya ini yang dicari selama ini. Dia mencari wanita ini untuk membalas dendam kesumat yang sudah lama berada dalam hatinya.
Sejak peristiwa di belakang bangunan itu, Iqram Aznan tidak lagi berjumpa dengan Khusnul Syakinah. Apabila ditanya pada Daniel Saufyan iaitu pemberi maklumat setia padanya memberitahu bahawa wanita itu sudah berpindah ke tempat lain. Mungkin kerana ayahnya sudah meninggal dunia atau sebab lain. Dia sendiri tidak pasti.
Iqram Aznan merenung belakang Khusnul Syakinah. Wanita itu masih mengekal peribadi yang sama. Memakai tudung labuh dan berjubah. Padanlah dengan syarikat Amar Qalish yang menyediakan perkhidmatan atau pakej barang-barang perkahwinan yang bertemakan Islamik.
Apabila di soal sebab Amar Qalish memilih bidang ini kerana tuntutan Agama. “Zaman sekarang, nak kahwin pun susah. Jadi aku tak nak membebani pasangan yang baru berkahwin dengan hutang yang banyak. Jadi aku akan bagi pakej yang murah dan berpatutan agar aku dapat membantu mereka yang ingin mendirikan masjid. Lagi pun isteri aku menyokong aku sepenuhnya.”
‘Untunglah orang ada isteri...’ bisik hati Iqram Aznan ketika berbual dengan sahabatnya itu.
“Baiklah encik.” Khusnul Syakinah berkata perlahan tetapi mampu sedarkan Iqram Aznan untuk kembali ke dunia nyata. Dia berpaling menghadap mereka berdua.
Iqram Aznan memandang lagi belakang Khusnul Syakinah. Membuak-buak dendamnya untuk wanita itu.
Kini, Khusnul Syakinah tidak dapat bergerak. Dia hanya boleh menjawab sahaja.
“Jom Iqram, kita berbual di dalam bilik aku,” ajak Amar Qalish apabila Iqram tiada tanda-tanda mahu bergerak. Malah sedang merenung pekerjanya. ‘Nanti Khusnul ingat ini gangguan seksual. Baik aku cegah cepat-cepat.’
“Iqram..” panggil Amar Qalish lagi sekali.
“Jom!” Iqram Aznan tersedar. Dia sempat menjeling tajam pada Khusnul Syakinah. Jelas sekali wanita itu terkejut dengan jelingannya.
Selepas mereka berdua hilang dalam pandangan Khusnul Syakinah, barulah dia mampu bergerak. Dia menelan liur berkali-kali. Fikirannya kusut.
Akhirnya, dia gagahi juga menuju ke pantry untuk membuat air yang dipesan oleh majikannya itu.
Tanpa Khusnul Syakinah sedari, dia termenung sambil mengacau air nescafe.
“Ehem!” ada seseorang yang berdehem membuatkan dia sedikit terkejut. Khusnul Syakinah berpaling. Untuk kali ke dua dia terkejut dengan kehadiran itu.
Iqram Aznan tersenyum sinis.
Khusnul Syakinah buntu. Dia mahu melarikan diri tetapi pintu masuk ke pantry betul-betul di tempat Iqram Aznan berdiri.
Iqram Aznan menutup pintu pantry itu.
Makin berdebar hebat hati Khusnul Syakinah. Fikirannya terus menerjah peristiwa yang berlaku dalam bilik rawatan pada masa dulu.
“Kenapa kau tutup pintu tu? Baik kau buka!” sedikit keras suara Khusnul Syakinah. Dia tidak boleh lemah. Dia sudah belajar seni pertahanan diri teo kwan do tetapi ilmu itu bagaikan melayang jauh apabila melihat Iqram Aznan.
“Aku tak nak jawab...” Iqram Aznan menahan ketawa dalam hatinya. Dia mahu menyeksa hati Khusnul Syakinah sedikit demi sedikit. Dia semakin menghampiri Khusnul Syakinah yang semakin kalut itu. Dia berpura-pura seperti mahu menyentuh wanita itu dengan mengerakkan sebelah tangannya. Senyuman sinis sentiasa di bibirnya.
Khusnul Syakinah perlu yakin dengan apa yang sudah dipelajarinya. Dia menarik tangan Iqram Aznan yang ingin menyentuhnya. Pada masa yang sama dia mencengkam kolar baju Iqram Aznan. Kemudian dia menarik sekuat hati tubuh lelaki yang agak besar itu menggunakan bahu kanannya sehingga lelaki itu jatuh tersembam ke lantai. Nasib baik pantry itu agak luas.
Tubuh Iqram Aznan rebah di situ. Semuanya berlaku terlalu pantas.
“Aduh...” Iqram Aznan mengaduh sakit. Seluruh tubuhnya terasa sakit.
Khusnul Syakinah membetulkan tudungnya. Dia sedikit lelah. Mungkin kerana tubuh Iqram Aznan agak besar. Hampir semua tenaganya digunakan untuk menjatuhkan lawannya itu.
Khusnul Syakinah mengambil dulang dan menyediakan dua cawan air lalu meninggalkan Iqram Aznan di situ. Dia terus menuju ke bilik Amar Qalish.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu begitu berdebar hatinya. Dia tidak percaya yang dia berjaya melakukanya.
Iqram Aznan bangun dari terus berbaring. “Siap kau nanti!”
Thursday, 14 February 2013
KAU HAK AKU 6
Pandangan mata Syazwina meliar mencari kelibat Izz Irfan. Jikalau boleh, dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Dia tidak yakin dengan masakannya sendiri.
Dia menuju ke belakang bangunan sekolah. Hari ini buat pertama kalinya dia tidak pergi ke bilik disiplin.
Tiba-tiba dia ternampak seseorang yang masuk ke kawasan sekolah dengan memanjat pagar tembok yang ada. Lelaki itu lompat masuk ke dalam betul-betul jatuh di depan Syazwina.
Mulut Syazwina ternganga.
“Hai...” lelaki itu menyapa Syazwina dengan selambanya.
“Izz Irfan...” sudah menjadi kebiasaan Syazwina memanggil nama penuh lelaki itu. Tetapi dia rasa hairan. Penampilan Izz Irfan berbeza pada kali ini. Dia tidak memakai baju pengawas tetapi pelajar biasa sahaja.
“Hai,” sapa lelaki itu lagi apabila gadis yang ditegurnya tiada tindak balas.
Lelaki yang dikatakan Izz Irfan itu adalah orang lain. Izz Irfan mempunyai adik kembar yang bernama Izz Isfan. Dia belajar di Matrik Gopeng dan juga baru sahaja menamatkan pengajian di sana.
“Hai! Nah! Mungkin saya buat tak sedap kot...” Syazwina menghulurkan satu bekas makanan.
“Untuk saya? Baguslah! Saya memang dah lapar ni.”
Izz Isfan mengambil bekalan itu.
“Spaggetti? Memang makanan kegemaran saya ni!” Dia terus mencapai garpu dan memusingkan garpu itu supaya mee spaggetti melekat di garpu. Dengan pantas dia memasukkan ke dalam mulut.
“Sedap!” puji Izz Isfan. Wajahnya ceria. Begitulah. Izz Isfan mempunyai perwatakan yang lebih ceria berbanding abangnya, Izz Irfan yang sentiasa serius.
Syazwina tergamam melihat senyuman manis Izz Isfan. Senyuman itu amat berbeza dengan senyuman yang biasa dilihatnya.
“Terima kasih. Kenapa awak panjat pagar ni?”
“Hobi...” lelaki itu tersenyum lagi.
Sakit jiwa dirasai oleh Syazwina.
“Awak ni bukan Izz Irfan kan?”
Pantas mulut Syazwina di cekup oleh lelaki itu. “Diamlah! Kalau abang saya tahu, habislah!”
“Kenapa awak menyamar jadi abang awak?”
“Saya seronok tengok abang saya masuk tingkatan enam daripada belajar di matrik yang lebih kepada tekanan.” Wajah mendung lelaki yang serupa muka dengan Izz Irfan di pandang.
“Saya Syazwina...”
“Saya Izz... Izz Isfan.”
“Oh, nama abang awak Izz Irfan dan awak Izz Isfan. Nama pun dah keliru, apatah lagi orangnya.” Teka Syazwina.
Izz Isfan kembali tersenyum.
“Awak tak kan bagitau abang saya kan?”
“Jadi... Awak datang ke sekolah hari ni sebab apa?”
“Abang saya demam, jadi saja nak jadi dia hari ni...” Izz Isfan tersenyum. Masuk-masuk sahaja ke sekolah ini, jumpa seorang gadis yang cantik. Memang bertuah.
“Abang awak demam?” Syazwina rasa bimbang. Entah mengapa dia risau sangat pada lelaki yang bakal menjadi suaminya itu.
“Sejak bila?”
“Sejak balik dari beli barang. Okeylah! Saya nak pergi jalan-jalan sekejap.” Izz Isfan sudah bangun meninggalkan Syazwina. Bekalan yang dibawanya tadi tidak jadi dijamahnya.
Pagi ini dia menyediakan dua bekal. Satu untuk Izz Irfan dan satu lagi untuk dirinya tetapi kini bekas makanan untuk Izz Irfan sudah habis dimakan oleh Izz Isfan yang sudah menghilang entah ke mana.
Lepas waktu persekolahan, dia mahu melawat Izz Irfan di rumahnya tetapi malangnya dia tidak tahu di mana rumah lelaki kuat memaksa itu.
Kebetulan Syazwina ternampak Izz Isfan naik sebuah kereta, dia pun beranikan diri untuk masuk ke dalam kereta tersebut.
Dua orang mahluk Tuhan terkejut dengan kehadiran Syazwina yang tiba-tiba.
“Siapa ni Is?” soal Danish.
“Syazwina...” selamba sahaja Syazwina menyebut namanya.
“Kamu kenal dia, Iss?” soal Danish lagi.
“Abi, dia kawan abang Ir.” Jelas Izz Isfan.
‘Abi? Abi tu kan maksudnya ayah? Ini ayah Izz Irfan?’ Syazwina sedikit tersentak. ‘Inilah lelaki yang bakal menjadi ayah mertua aku.’
“Anak nak ke mana? Pak cik hantarkan?”
“Saya nak ke rumah pak cik...” Syazwina terus berkata tanpa berfikir. Pantas dia menekup mulutnya.
“Pak cik jangan salah faham. Tadi Izz Isfan kata yang abangnya demam. Jadi, saya nak melawat anak pak cik yang merupakan kawan saya juga.” Jelas Syazwina. Tangannya di ramas sesama sendiri menahan rasa gementar di hati.
“Baiklah!”
Mereka bertiga hanya diam. Tiada sesiapa mahu bersuara sehingga tiba di rumah.
“Apa?” Syazwina terkejut apa yang dilihatnya...
P/S : Apa yang dilihat oleh Syazwina sehingga terkejut sedemikian rupa? tunggu part 2 akan datang.
“Apa?” Syazwina
terkejut apa yang dilihatnya.
Rumah Izz Irfan besar
sangat. Apabila dia masuk di perkarangan rumah itu, ada sebuah taman lanskap
yang sungguh indah. Hatinya sedikit tenang.
“Kenapa ni?” soal
Danish. ‘Pelik sungguh kawan Ir ni. Suka cakap mengejut. Nasib baik aku tak ada
penyakit sakit jantung. Nanti aku terus arwah lepas kenal budak ni.’
“Tak ada apa-apa pak
cik. Rumah pak cik ni cantik. Saya suka la.” Puji Syazwani. Dia tidak
berbohong. Dia benar-benar suka pada rumah ini.
“Isteri pak cik yang
suka lanskap seperti ini. Pak cik ikut je. Asalkan dia gembira.” Jelas Danish.
“Romantiknya pak cik.”
“Pak cik tahu...”
selamba Danish menjawabnya.
Kini, giliran Syazwani
pula terkesima. ‘Kuat perasan juga pak cik ni. Sama macam anak dia juga. Tapi
memang betul pun pak cik ni romantik.’ Dia tersenyum.
“Jangan mengutuk pak
cik dalam hati. Dosa tau. Mari pak cik tunjuk bilik Ir. Dia tu pemalu sikit.”
Kata Danish. Dia sendiri tidak pasti macam mana perangai terlampau malu dengan perempuan
itu ada pada anaknya.
“Eh... er...r... ya pak
cik...” Syazwina tergagap. Kegiatan tidak bertauliah itu berjaya di kesan oleh
Danish. Dia tersengih.
“Itu bilik Ir. Kamu
masuk je. Pak cik panggil isteri pak cik sekejap.” Danish terus menghilang.
Syazwina bergerak ke
bilik yang di tunjukkan oleh Danish. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik
tersebut. Lagi sekali dia terkejut. Bilik tersebut sangat kemas dan tersusun.
‘Serius! Bilik aku pun tak macam ni!’
Dia membiarkan pintu
bilik terbuka. Ketika itu Izz Irfan sedang tidur. Syazwina mengambil kesempatan
menghampiri lelaki itu. Wajah itu pucat.
Izz Irfan yang terasa
ada seseorang yang begitu hampir dengannya membuat dia tersedar. Dia menenyeh
matanya yang sedikit kabur. Kini, barulah jelas pandangannya.
“Syazwina...” Izz Irfan
terkejut dengan kehadiran perempuan yang mencuri perhatiannya itu. “Kau buat
apa dalam bilik aku ni?”
“Aku datang melawat
kau.”
“Aku bukannya sakit.”
“Jangan nak tipu!”
“Kalau kau tak sakit,
kenapa tak pergi ke sekolah hari ni?” soal Syazwina membuat Izz Irfan terdiam.
Izz Irfan tidak tahu
mahu menjawabnya. Tambahan pula kepalanya pening dan terasa berat.
“Aku bawakan kau
spagetti yang aku janjikan tu. Kau nak makan atau tak, itu hak kau. Aku tak
kisah. Aku balik dulu...” Syazwina terus berlalu tanpa menunggu kata putus dari
Izz Irfan.
Izz Irfan tersentak.
Syazwina pula semakin
menghilang.
Perlahan-lahan dia
membuka bekas yang berisi spagetti itu. Dia menghidu bau spaggetti tersebut.Lama
dia termenung untuk menikmati rasa makanan itu.
“Sedap kan?” muncul Izz
Isfan tiba-tiba.
“Adik!” Izz Irfan
terkejut dengan kehadiran adik kembarnya itu. Dengan pantas dia menutup kembali
bekas makan itu.
“Sedapkan? Adik dah
makan tadi. Sedap!” puji Izz Irfan terusan.
“Maksud adik?” Izz
Irfan tidak faham.
“Tadi sengaja datang
sekolah dan terserempak dengan perempuan tu. Mulanya nak juga menyamar jadi
abang tapi dia boleh kesan pula. Hebat betullah.”
‘Sesiapa pun dapat
kesan perbezaan aku dan Is. Is ni...’ sikap mereka berdua benar-benar ketara
dan tidak sukar untuk orang lain membezakan mereka.
“Sudahlah! Abang nak
berehat ni.” Izz Irfan menghalau adiknya itu.
“Nak berehat atau nak
makan spagetti tu?” Izz Isfan menduga. Suka benar dia mengusik abang kembarnya.
“Adik nak keluar atau
nak abang panggil abi?” duga Izz Irfan pula dengan persoalan juga.
Izz Isfan tersengih.
“Yalah! Adik keluarlah ni.” Dia pun keluar dan menutup pintu itu. Rapat.
Izz Irfan merenung
kembali bekas makanan itu.
Tiba-tiba pintu bilik
dibuka dari luar.
“Jangan renung je. Rasa
la juga.” Izz Isfan muncul semula dan menghilang lagi sekali.
Izz Irfan hanya
menjeling tajam ke arah pintu yang sudah tertutup rapat itu. Bimbang adiknya
kembali semula tetapi ternyata tiada. Dia kembali merenung bekas berwarna merah
jambu itu.
Izz Irfan tersenyum.
Entah mengapa dia rasa Syawina seorang yang comel. Dia membuka semula bekas
makanan tersebut. Dia rasa spagetti yang dibuat oleh buah hatinya itu.
Tanpa dia sedari, ada
senyuman yang terukir di bibirnya.
Pagi-pagi lagi Izz
Irfan mencari Syazwina di kelas gadis itu. Dia tahu yang Syazwina selalu datang
awal ke sekolah.
“Nah!” Izz Irfan
menghulurkan sesuatu.
“Macam mana rasanya?!”
Syazwina tidak sabar mahu mengetahuinya. Dia rasa bimbang sejak semalam lagi.
“Cuba lagi...” itu
sahaja Izz Irfan katakan. Padahal semalam dia tidak puas makan spagetti yang
Syazwina buat. Mahu ditambah tapi di mana? Terpaksa dia pendam apa yang
dirasainya.
Syazwina hampa tetapi
dia tersenyum juga.
“Okey, saya cuba lagi!”
Izz Irfan tersentak
melihat senyuman yang dipamerkan oleh Syazwina. Senyuman itu yang membuat
lenanya terganggu. Membuat hatinya berdegup kencang dan paling dia tidak suka
ialah perutnya akan sakit. Dia cuba menahan sakit di perut yang semakin
dirasai. Dia malu sebenarnya ingin memandang Syazwina.
“Aku pergi dulu.” Izz
Irfan sudah bergerak ke luar kelas.
“Tunggu!” panggil
Syazwina.
Izz Irfan terpaksa
menghentikan langkahnya. Dia tidak memandang Syawina. Kalau dia berpaling, dia
bimbang yang dia akan pengsan di sini juga sebab tidak tahan sakit di perut.
“Apa dia?” nada suara
Izz Irfan serius.
“Terima kasih...” ucap
Syazwina.
Sebaik sahaja kata itu
didengarinya, ada senyuman terukir di bibir Izz Irfan. Dia cepat-cepat berlalu.
Wednesday, 13 February 2013
EJEN CINTA 143 Bab 3
Sejak peristiwa yang berlaku antara Khusnul Syakinah
dan Iqram Aznan, mereka berdua tidak lagi bercakap. Iqram Aznan pun tidak lagi
mengganggu Khusnul Syakinah kerana peperiksaan SPM sudah menjelang.
Iqram Aznan mahu Khusnul Syakinah berjaya dalam
peperiksaannya dan suatu hari nanti gadis itu akan bekerja di syarikat ayahnya.
Dia akan selalu memperhatikan Khusnul Syakinah kerana gadis itu mula menarik
perhatiannya.
Dari jauh Iqram Aznan memerhati tingkah laku Khusnul
Syakinah yang nampak sopan dan menjaga pergaulannya. Dia suka pula melihat
gadis itu begitu. Senyuman terukir di bibir.
‘Aku nak tengok kau tiap-tiap hari. Aku nak dengar
suara kau selalu. Aku mahu kau hidup bersama aku.
Nak harap kau datang dan menyerah pada aku, dalam mimpi je kot. Tak payah nak
berangan. Itu mustahil akan berlaku memandangkan nama aku dah blacklist dalam
carta hatinya. Aduh! Apa nak jadi dengan aku ni? Dah gila bayang ke?’ desis
hati Iqram Aznan. Makin bercelaru pula.
“Siapa lelaki tu? Bersongkok! Berlagak macam ustaz
pula,” soal Iqram Aznan sendirian. Senyumannya terhapus sendiri. Lelaki itu
kelihatan mesra dengan Khusnul Syakinah. Sakit hatinya melihat adegan depan
matanya.
“Dia ketawa?” Hati Iqram Aznan menjadi makin sakit
melihat Khusnul Syakinah ketawa bersama lelaki lain. Dia ingin meninggalkan
tempat yang membuat jiwanya sesak.
“Kelat je muka kau...” muncul Daniel Saufyan belum
sempat dirinya bangun. Dia adalah sahabat baik Iqram
Aznan. Selalu mendengar masalah yang dihadapi olehnya tetapi rahsia yang dia
buat pada Khusnul Syakinah tidak akan sesekali dia beritahu Daniel Saufyan
mahupun pada sesiapa.
Iqram
Aznan hanya diam.
“Kau
perhatikan Sofea ke? Bukan ke dia dah tolak cinta kau?”
“Aku
dah tak kisah pada minah tu lagi, tapi yang aku kisah dan jatuh cinta dengan gadis
bernama Khusnul Syakinah.” Matanya masih memandang gadis yang tersenyum lebar
itu.
“Biar
betik ke kau!” Daniel Saufyan tergamam. ‘Citarasa luar biasa.’
“Ilham, awak jangan lupa, ajar si Sofea ni,” ujar Khusnul
Syakinah dengan senyuman yang mekar di bibir. Tanpa sesiapa tahu, itu senyuman
kaku yang dipamerkan. Peristiwa dia bersama Iqram Aznan masih mengganggu
fikirannya. Dia berpura-pura gembira di hadapan semua orang tetapi hatinya
masih tidak dapat menerima hakikat yang berlaku ke atas dirinya.
“Khusnul, saya akan ajar si Sofea ni. Jika
bersungguh-sungguh, pasti boleh.” Ilham Adam memandang Nurina Sofea lalu
memandang Khusnul Syakinah pula.
“Aku tahu aku lemah matematik tambahan, tapi tak
perlulah cikgu yang tak bertauliah ni.” tolak Nurina Sofea. Peperiksaan SPM
semakin hampir. Dia benar-benar lemah dalam mata pelajaran itu. Mata pelajaran
Matematik boleh pula dia belajar. Dia
sendiri pelik.
“Khusnul!” panggil seseorang.
“Abang...” Nurina Sofea terkejut melihat abangnya
berada di sekolahnya di waktu begini.
“Khusnul kena ikut abang, ayah Khusnul kemalangan
jalan raya. Sekarang di hospital.” Cemas Khairul Aqiff.
Khusnul Syakinah tersentak. “Abi...” fikirannya
bercelaru. Air matanya mengalir serentak dengan sebutan abi.
“Sabar Sya. Jom kita ke hospital,” ajak Nurina
Sofea. “Ilham, awak tolong beritahu cikgu, saya teman Sya.”
“Baiklah!” Ilham Adam juga bimbang dengan keadaan
sahabatnya itu.
Khusnul Syakinah masih kaku. Nurina Sofea dan
Khairul Aqiff sudah mula melangkah tetapi Khusnul Syakinah masih tidak
bergerak. Dia tidak mampu untuk melangkah.
Akhirnya dia terduduk atas lantai.
“Sya...” panggil Nurina Sofea. Sahabatnya pasti terkejut
dengan berita ini.
“Aku tak percaya!” Khusnul Syakinah bangun dan
berlari meninggalkan tempat itu. Dia tidak mahu percaya apa yang didengari
sebentar tadi. ‘Baru pagi tadi aku berbual dengan abi. Wajah abi ceria. Aku tak
nak percaya ini semua.’
“Kenapa dengan buah hati aku tu?” Iqram Aznan
terkejut melihat gadis pujaan hatinya berlari dengan tiba-tiba. Ada apa-apa
yang berlaku ke?
“Jom kita pergi tegur.” Ajak Daniel Saufyan. Mereka
berdua pun menghampiri Ilham Adam yang kini tinggal bersendirian.
“Hello bro kecik!” sapa Daniel Saufyan.
‘Eh, kenal pula si Daniel ni!’ bisik hati Iqram.
“Hello bro besar!” sambut Ilham Adam.
“Kenapa dengan buah hati kau tu? Lari tiba-tiba je? Ada
pertandingan marathon ke?” Daniel Saufyan membuat lawak tetapi lawaknya itu
hanya dibalas oleh Iqram Aznan dengan menyiku kuat di perutnya. ‘Aduh!’
Ilham Adam tersenyum hambar apabila Khusnul Syakinah
dikatakan sebagai buah hatinya.
“Mana ada. Oh, ayah Khusnul masuk hospital! Tapi Khusnul
tak percaya dan terus berlari tadi.”
“Macam tu.”
“Bro besar, aku pergi dulu...” memandangkan Daniel
Saufyan lebih tua darinya, dia akan panggil begitu.
“Tunggu!”
“Ya, bro!” Ilham Adam merenung Daniel Saufyan.
“Memang perempuan tu buah hati kau ke?” perlahan
sahaja Daniel Saufyan bertanya. ‘Kan tak tanya, merana pula kawan aku ni...’
Ilham Adam tidak menjawab. Dia terus pergi
meninggalkan mereka.
“Aku nak pergi cari dia...”
“Kau nak ponteng kelas lagi ke?”
“Bukan selalu pun. Aku risau kat dia.”
“Hati-hati la!”
“Okey!” Iqram Aznan mencari Khusnul Syakinah. Dia ternampak
seseorang di belakang bangunan.
“Khusnul Syakinah!” dia agak terkejut. Dia melihat
Khusnul Syakinah sedang dipeluk oleh Khairul Aqiff.
Wajah gadis itu sedikit pucat.
Tiba-tiba perasaan cinta yang menggunung mencari
perasaan benci yang melampau. Dia tidak dapat melupakan apa yang dilihatnya. Dia
benci pada Khusnul Syakinah yang begitu murah dan senang-senang membenarkan
lelaki lain memeluknya.
Iqram Aznan meninggalkan tempat yang membuat hatinya
panas.
“Sya, kau tak apa-apa?!” soal Nurina Sofea. Dia ke
tandas untuk membasahkan tuala lalu dilapkan ke wajah sahabatnya itu.
Khairul Aqiff membantu dengan memegang tubuh Khusnul
Syakinah.
“Kita ke hospital je!” Khairul Aqiff berpendapat
perkara ini tidak boleh dilambat-lambatkan. Bimbang Khusnul Syakinah akan
menyesal seumur hidup jika tidak dapat berjumpa dengan ayahnya untuk kali
terakhir.
“Baiklah!” Nurina Sofea memimpin Khusnul Syakinah
menuju ke kereta milik Khairul Aqiff.
******
Beberapa tahun kemudian, Khusnul bekerja di sebuah
organisasi iaitu Pusat Zakat. Hanya di situ sahaja tempat dia mencari rezeki.
Bersambung bab 4...maaf bab kali ini pendek
aje...tak tahu nak tamatkan zaman persekolahannya macam mana..harap bab
seterusnya akan menjadi lebih menarik....insya allah...
saya