Followers

Tuesday 26 March 2013

12
Komen

2013 : CERPEN 1 : CINTA BUKAN KASANOVA



Salam, ini cerpen saya yang pertama. Pasti banyak kekurangan dan kelemahan. Harap sudi menegur apa yang salah. Mungkin tak banyak konflik yang saya wujudkan tetapi saya harap anda terhibur membacanya... terima kasih...

Aliff Amsyar berlari bersungguh-sungguh. Dia sendiri tidak pasti mengapa manusia itu mengejarnya. Maka berlakulah tindakan refleksi yang menyebabkan dirinya berlari. Selepas dia berasa yakin yang manusia itu tidak mengejarnya lagi, dia mengambil keputusan duduk di kerusi berdekatan dalam shopping mall tersebut.

Semput aku rasa. Aliff Amsyar bernafas dengan kasar. Dia termengah-mengah.

Dah lama tak lari pecut macam ni. Rasa gemuk pula diri ini. Aliff Amsyar memandang badannya sendiri. Banyak lemak ni.

Aliff Amsyar melonggarkan tali lehernya pula. Peluh mula mengalir keluar dan membasahi baju kameja bahagian belakang tubuhnya. Rambutnya yang hampir menutup matanya di selak ke belakang.

“Tengok tu! Hensomnya.”

“Tinggi pula tu...”

Aliff Amsyar terdengar suara-suara sumbang yang tiba-tiba muncul. Dia menjeling tajam ke arah suara itu.

Sakit telinga aku dengar. Perempuan! Memang tak ada benda lain nak fikir. Lelaki hensem je dia nak! Aku tak suka! Jerit Aliff Amsyar dalam hati. Dia monyokkan wajahnya. Menyampah melihat perempuan gedik itu.

“Tengok muka dia tu, makin monyok makin kacak!”

Gilalah perempuan ni. kalau nak memuji pun, cakaplah perlahan sikit. Ingat aku ni pekak ke? kau ingat dengan kata-kata pujian tu boleh buat aku jatuh cinta pada kau? Dalam mimpi la! Aliff Amsyar mengemaskan lagi rambutnya.

“Encik! Encik! Tolong saya!”

Aliff Amsyar terkejut dengan kehadiran seorang....

Mata Aliff Amsyar terkebil-kebil. Suara macam perempuan tapi pakaian dia, mengalah aku yang jantan ni. Dia memerhati perempuan di hadapannya.

Memakai topi sudu warna hitam, baju t-shirt besar dan seluar jeans. Oh, pakai kasut sukan lagi tu. Baru lepas berjogging ke? Sempat lagi Aliff Amsyar scan manusia dihadapannya.

“Encik! Tolong saya!” rayu perempuan tomboi itu lagi. Wajahnya cemas.

“Tolong apa?! Kau kena rogol ke?” spontan sahaja ayat itu keluar dari mulut Aliff Amsyar. Macam memerli perempuan ni je.

“Tak kisahlah! Rogol ke? apa ke? Encik kena jadi kekasih saya. Sebab saya tengok enciklah yang paling kacak kat sini. Tolong saya ya encik!” rayu perempuan tomboi itu dengan nada yang kasar.

Nak aku tolong pun, cakap la baik-baik sikit.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki.

“Aiman Aqil!” perempuan tomboi itu terkejut.

“Nia! Nia buat apa ni? Mari ikut abang balik!” Aiman Aqil menarik tangan Nia.

“Tak nak!” Nia tarik semula tangannya. “Nia cakap Nia tak nak balik! Tak nak balik la!”

Makin kasar pula suara perempuan ni. Aliff Amsyar hanya mampu gelengkan kepala. Dia ingin berlalu pergi. Masalah ini tiada kaitan langsung dengannya.

Belum sempat dia melangkah, tangan Nia menyambar dulu.

“Abang nampak ni!”

“Nampak apa?!”

“Cincin!” kata Nia.

“Cincin apa?” soal Aiman Aqil.

Aliff Amsyar yang rasa pelik hanya merenung cincin yang dipakainya. Kenapa dengan cincin aku? Cantik sangat ke?

“Inilah tunang Nia. Cincin ini buktinya!” Nia berkata tanpa titik noktah dengan satu nafas.

“Apa?” Aiman Aqil terkejut.

“What?!” Aliff Amsyar turut terkejut.

“Betul abang Aiman. Nia tak tipu.” Nia cuba yakinkan Aiman Aqil. Dia memandang abang kandungnya itu dengan pandangan penuh keyakinan.

Aliff Amsyar hanya diam. Baru dia teringat yang perempuan tomboi ini meminta tolong. Diam aje la...

“Baiklah! Nanti bawa dia jumpa family kita.” Aiman Aqil terus berlalu. Dia tahu yang Nia tentu akan berbincang soal ini. Baik aku tunaikan hajat dulu.

“Mati! Mati! Mati!” kata Nia setelah abang kandungnya berlalu ke tandas. Dia tidak tenang.

Aliff Amsyar hanya memerhati perempuan yang dipanggil Nia. Pandangannya jatuh pada cincin pemberian ayahnya itu. Selepas ayah meninggal dunia, dialah menjadi pemilik kepada cincin tersebut.

“Ingatkan kau kena rogol betul-betul tadi.” Perli Aliff Amsyar lagi. Sejak bila aku jadi kaki memerli ni. Oh! Aku dah tahu. Sejak jumpa dengan perempuan ni.

“Mana hanset awak?” soal Nia tiba-tiba. Dia tidak mempedulikan persoalan lelaki yang tidak dikenali itu. Kes aku lebih berat dari kes rogol. Tidak! Tidak!

“Apasal pula aku kena bagi telefon aku?” Aliff Amsyar mula berjalan.

“Kejap! Henset awak!” Nia tidak akan lepaskan lelaki ini. Abang aku dah nampak muka dia. Tak boleh jadi ni.

Nia tidak boleh bersabar lagi. Dengan selamba dia menyeluk poket kanan dan kiri seluar lelaki itu. Serentak.

“Hoi!” Aliff Amsyar terkejut. Ini dah kes gangguan seksual ni. Aliff Amsyar tidak sempat menghalang Nia apabila gadis itu sudah mendapatkan telefon bimbitnya.

“Alamak! Tough skrin... Ini yang aku lemah.” Nia mengeluh. Menyesal dia tidak belajar menggunakan teknologi yang ada sekarang ini.

Aliff Amsyar hanya memerhati telefon Samsung Galaxy Note 2. Dia senang menggunakan model tersebut.

“Bak sini!” marah Aliff Amsyar. Sesedap hati aje ambik telefon aku!

“Ala, nombor telefon awak. Please!” rayu Nia seperti orang yang tidak betul. “Kalau telefon tak boleh! Saya cari dompet awak la...” lagi sekali Nia meraba Aliff Amsyar. Kini di poket di belakang pula.

Aliff Amsyar buat muka pelik. Memang dia tidak sempat mahu menghalang niat Nia itu.

“Ini kad pengenalan awak kan? Aliff Amsyar. Disebabkan nama awak panjang sangat, saya panggil awak AA.” Jelas Nia.

Kini, Aliff Amsyar sedar yang dia sudah terjebak dalam satu masalah yang akan menyusahkan hidupnya.

“AA, jangan lupa call saya! Please.” Rayu Nia lagi. Dia sudah tulis nombor telefonnya lalu letakkan dalam dompet tersebut.

“Jasamu akan dikenang jika awak call saya.” Tambah Nia lagi.

“Nia, cepat! Kita balik!” Aiman Aqil muncul. Mungkin sudah menunaikan hajatnya. Nia terpaksa mengikut abangnya itu.

“Baiklah!” Jawab Nia. “Awak janji tau!” Bisik Nia semasa melintas Aliff Amsyar. Pada masa yang sama, dia mencapai jari kelingking Aliff Amsyar dengan jari kelingkingnya. Kejadian itu sangat pantas.

Aliff Amsyar tersentap. Jari Nia sangat lembut. Tidak seperti perwatakkan. Akhirnya Nia hilang dari pandangannya. Dia masih tergamam di situ.

*****

“Abang ni mengada-ngada!” marah Nia. Dia menghempas badannya di atas sofa di ruang tamu.

“Ini arahan abang long. Nia tu jangan nak mengada sangat.” Marah Aiman Aqil pula.

“Apa yang bising-bising ni?”

Nia mencebik memandang abang sulungnya itu.

“Nia ni abang.” Rengek Aiman Aqil.

“Sejak kecil suka menyusahkan abang tau. Apa pula dia buat kali ni?” soal Ahmad Firdaus.

“Aiman cuma tanya yang Nia ni ada pakwe atau tak? Mulanya dia senyap je. Bila Aiman cakap yang Nia mesti tak ada pakwe, terus dia melenting.” Aiman Aqil menceritakan hal sebenarnya.

“Kes itu je?” Ahmad Firdaus melabuhkan punggungnya di sofa dengan Nia. Nia masih dengan mimik muka yang sama. “Kalau perangai macam jantan, mana lelaki nak suka. Komfem tak ada pakwe ni.”

“Abang ni!” Nia rasa terkilan dengan kata-kata abangnya itu. Dia menghampiri abang sulung itu lalu menyepak kaki lelaki itu sekuat hatinya.

“Aduh! Aduh!” Ahmad Firdaus mengaduh kesakitan. Kasar benar perangai adiknya seorang ini. Lagi satu, degil!

“Rasakan!” Nia terus berlalu ke bilik lukisannya. Menyampah! Ada je lelaki nak aku jadi makwe dia. Tension!

Dia mencapai sebatang pensil dan melakar sesuatu.

Nia melakar dan terus melakar tanpa sedar tangannya melakar wajah seseorang. Apabila dia melihat semula. Ini gambar lelaki yang sedang termenung sambil merenung jauh dengan wajah yang serius.

“Lelaki tu!” Nia tergamam.

“Apa nama lelaki tu? AA kan?” Serius! Nia sudah lupa nama lelaki itu. AA sahaja yang dia ingat.

“Nia...” tiba-tiba muncul seseorang yang suara yang lembut.

“Adik!” Nia membuat muka geram. Dia tidak suka dua orang makhluk ini masuk ke bilik lukisannya.

“Kakak buat apa tu?” soal Afif Erfan.

“Adik sibuk ni kenapa?”

“Abang long minta adik tanyakan...” jawab Afif Eiman pula.

Nia terdiam. Dia sedar yang Ahmad Firdaus begitu bimbangkan keadaannya. Walaupun dia sudah menyepak kaki abang kandungnya itu tetapi lelaki itu masih melayannya dengan baik dalam diam.

“Kalau dia nak tahu, suruh dia tanya sendiri!” Nia masih bersikap degilnya lagi. Dia tidak mahu mengalah.

“Degil!” suara Ahmad Firdaus kedengaran.

Nia menjeling tajam pada Ahmad Fridaus.

“Sudah! Nak terkeluar biji mata abang tengok.” Ahmad Firdaus masih cuba mewujudkan suasana ceria tetapi Nia masih dengan degilnya.

Senyuman Nia pun tidak terukir untuk abang dan adik-adik kembarnya itu.

“Keluar!” tiba-tiba Nia menjerit dan menolak tiga makluk itu keluar. Dia menutup pintu dengan kuat. Dia bersandar pada pintu sampai terduduk. Dia menangis semahunya. Walau bagaimanapun teruk sikapnya, abang-abang dan adik-adik kembarnya tetap melayannya dengan baik. Disebabkan kebaikan ini membuat dia rasa tidak perlukan seorang lelaki dalam hidupnya yang bergelar kekasih apatah lagi suami. Tak perlu!

Nia rasa hidupnya lengkap dengan adanya Ahmad Firdaus, Aiman Aqil, Afif Erfan dan Afif Eiman. Lengkap sangat. Mereka menceriakan hidupnya.

“Nia sayang korang semua...” bisiknya perlahan dengan air mata yang masih mengalir.

*****

“Siapa perempuan tomboi ni? Mengganggu aku sahaja.” Aliff Amsyar duduk di meja kerjanya. Pejabat ini menjadi sunyi apabila waktu tamat kerja tiba.

Aliff Amsyar merenung kertas yang tercatatnya nombor gadis tomboi itu. Rasanya nama dia... Nia kan? Aku masih ingat yang lelaki yang digelar abang itu memanggilnya Nia.

Aliff Amsyar masih setia di kerusi kerjanya. Dia menyimpan kertas itu. Entah mengapa dia tidak berminat untuk menghubungi gadis tomboi itu.

“Abang Aliff...”

“Adik..” Aliff Amsyar terkejut dengan kehadiran adiknya, Aliff Amzar. Beza umur mereka hanya dua tahun sahaja tetapi wajah Aliff Amzar lebih kurang seperti abangnya.

“Abang buat apa?”

“Abang yang patut tanya adik macam tu sebab selalunya waktu begini adik dah menghilangkan diri bersama insan istimewa.” Perli Aliff Amsyar.

“Ala, hari ni makwe-makwe adik sibuk. Jadi tak keluar la.”

“Sebab adiklah tak pasal-pasal abang dipanggil kasanova. Sedangkan abang hanya keluar dengan pelanggan sahaja.”

“Ala, abang ni. Sekali sekala, apa salahnya.” Aliff Amzar bersandar pada meja kerja abangnya. Dia mencapai bingkai gambar keluarga mereka. Di gosok-gosok gambar itu. Rindu pula pada babah.

“Tak boleh adik. Kalau abang jatuh cinta nanti, macam mana? Nanti perempuan abang suka tu ingat abang ni kasanova. Abang tak mahu camtu. Abang dah umur 27 tahun. Sepatutnya dah kahwin masa ni tapi sebab adik, abang jadi mangsa tau.” Bebel Aliff Amsyar dengan panjang lebar. Dia benar-benar geram dengan sikap adiknya yang bersikap kasanova ini. Tidak cukup dengan lima orang perempuan, ditambah lagi.

Selepas itu, dia di cop sekali dengan gelaran kasanova.

“Sudah! Jangan pening-peningkan kepala. Jom adik belanja ais krim. Jomlah!” Aliff Amzar menarik tangan abangnya selepas meletakkan kembali bingkai gambar itu di atas meja.

“Malaslah!”

“Ais krim kan makanan kegemaran abang. Jomlah!”

“Yelah!”

Mereka berdua menghampiri SevenEleven dua puluh empat jam yang berhampiran dengan syarikat mereka bekerja.

“Adik tahu, abang suka black forest kan?” Pantas tangan Aliff Amzar mencapai ais krim cornetto.

“Eh, Amz...” sapa seorang perempuan.

“Mila!” Aliff Amzar mengenali perempuan itu.

Aliff Amsyar mengeluh. Dia dapat meneka apa yang akan berlaku sebentar lagi. Pasti aku akan kena tinggal!

“Abang, ini adik belanja tapi adik nak keluar dengan Mila. Maaf tak dapat teman abang. Adik pergi dulu!” Aliff Amzar terus berlalu pergi tanpa mengambil baki yang masih ada Rm40 dan sen-sen.

“Encik baki!” panggil seorang perempuan yang menjaga kaunter bayaran. Perempuan itu memakai topi.

“Tak apa saya ambil baki tu.” Aliff Amsyar berkata.

Semasa Aliff Amsyar mengambil baki itu. Hatinya berdegup kencang saat matanya terpandang mata perempuan itu.

Benarkan dari mata akan turun ke hati? Aliff Amsyar sendiri tidak pasti. Mata itu seperti baru lepas menangis. Kenapa dia nak menangis?

“Kau baru lepas menangis kan?” soal Aliff Amsyar.

Nia gelabah. Dia diam. Wajah lelaki ini yang dia lukis tengah hari tadi. Mereka bertemu lagi.

“Nia, maaf lambat! Kakak aku dah selamat naik train. Thank ganti tempat aku jap.” Muncul seorang perempuan.

Nia tidak menjawab juga kata-kata sahabatnya itu dan terus berlalu pergi.

Nia duduk di kerusi dalam shopping mall yang ada. Matanya bengkak. Dia menangis kerana abangnya tadi.

“Nah!” tiba-tiba ada orang hulurkan ais krim cornetto padanya. Nia memandang. Mamat ni lagi.

“Makanlah. Aku tak tahu kau suka perisa apa. Jadi aku belikan kau perisa yang sama dengan aku, Black forest.” Jelas Aliff Amsyar. Dia mula makan ais krim tersebut.

Nia hanya memerhati. Lelaki yang begitu bergaya memakai pakaian formal bekerja di pejabat sedang makan ais krim. Aku salah tengok ke?

“Terima kasih...” akhirnya perkataan itu keluar dari mulut Nia.

“Makanlah! Nanti cair pula.” Aliff Amsyar berkata. Sekejap sahaja dia sudah habiskan ais krimnya. Al-maklumlah, makanan kegemaran. Cepat je habis.

“Ya...”

Aliff Amsyar memerhati Nia. Dia tidak seperti perempuan lain yang berjumpa dengannya. Perkataan kacak tidak lekang dari mulut. Tapi tadi bukan dia ada puji aku kacak.

“Tak kisahlah! Rogol ke? apa ke? Encik kena jadi kekasih saya. Sebab saya tengok enciklah yang paling kacak kat sini. Tolong saya ya encik!” suara Nia bagai terngiang-ngiang di telingannya.

“Yelah! Aku tolong kau.”

Hampir terlepas ais krim di tangan Nia apabila mendengar kata AAnya.

“Terima kasih AA. Saya... saya...” Nia terlalu gembira. Gembira sangat. Baru semangat mahu makan ais krim tersebut.

Aliff Amsyar memerhati Nia. Tanpa sedar dia mengukur senyuman. Selepas Nia habis makan ais krim, Aliff Amsyar bertanya.

“Kau nak aku tolong apa?”

“Tolong jadi kekasih saya!”

“Menyamar ke? kekasih kontrak ke ni?” soal Aliff Amsyar. Kalau menyamar, tak susahlah. Aku rasa aku boleh bawa watak seorang kekasih walaupun takat ni aku sendiri tak pernah bercinta.

“Taklah! Jadi kekasih saya betul-betul.” Nia bersuara perlahan. Dia tahu permintaannya seperti melampau tetapi dia tahu AA adalah lelaki yang baik.

“Hah!” Aliff Amsyar terkejut.

Selepas lima bulan.

“Sakit jiwa la cakap dengan awak ni!” geram Nia.

“Sakit jiwa ke sakit hati?” soal Aliff Amsyar. Suka benar dia mengusik Nia. Gadis yang sudah mencuri hatinya.

“Oh, main-main apa yang saya cakap ye!” Nia bangun dari kerusinya lalu menyepak kaki Aliff Amsyar.

“Aduh! Aduh!” Aliff Amsyar mengaduh sambil ketawa. Apabila Nia bersikap begitu, wajah gadis itu begitu comel. Dia suka benar melihat wajah Nia begitu.

“Kata pakai baju kurung. Bila kita pakai baju kurung, awak gelakkan kita. Menyampah!” marah Nia masih bersisi.

“Ala, kan AA adik tu tak pernah tengok adik pakai baju kurung.” Tiba-tiba Ahmad Firdaus muncul. Dia duduk di sofa.

Nia rasa makin geram. Kaki Ahmad Firdaus juga menjadi mangsa sepakkannya.

“Aduh! Gila dah adik aku ni!” geram Ahmad Firdaus.

“Abanglah gila!” wajah Nia seakan mahu menangis. Hari ini dia akan berjumpa dengan bakal mertuanya. Pastilah dia bimbang, gelisah, gelabah dan sebagainya. Lagipun Aliff Amsyar sudah menjadi sebahagian hidupnya.

Ahmad Firdaus menghampiri adiknya itu. Dia mencengkam kedua bahu Nia.

“Abang tahu adik abang ni kuat semangat. Walaupun degil, nakal dan selalu buat abang marah dan risau, abang tahu adik abang boleh melakukannya.”

Nia tersenyum.

“Sempat kutuk Nia ya?!” lagi sekali kaki yang sama jadi mangsa Nia.

“Sakitlah budak!” geram Ahmad Firdaus.

“Kami pergi dulu.” Nia tersenyum. Kata-kata Ahmad Firdaus sebentar tadi sedikit sebanyak melegakan hatinya.

“Nia tunggu kejap kat sini, saya tertinggal barang kat pejabat.” Kata Aliff Amsyar terus berlalu.

Nia menanti dengan sabar di ruang menunggu di situ.

“Aku rasa mamat ni tak tahan dengan perempuan dengan masa yang lama.” Kata perempuan tudung biru.

“Kenapa?” soal perempuan tudung ungu pula.

“Kau tak tahu lagi ke? Mamat ni kasanova.”

“Apa mak cik berdua cakapkan ni? lelaki yang berjalan dengan saya tadi ke?”

“Ya... Dia tu kasanova sama macam adik dia. Tak payahlah anak nak bersama dengan lelaki macam tu. Mak cik dah lama kerja kat sini. Selalu nampak dia keluar dengan perempuan.” Jelas perempuan tudung biru. Perempuan tudung ungu pula diam.

“Betul ke mak cik?” soal Nia. Hatinya hampir berkecai.

“Ya.”

Nia terus berlari. Dia meninggalkan mereka berdua.

“Mak cik!” tengking Aliff Amsyar. Rasa hormat pada orang tua bagaikan melayang begitu sahaja.

“Apa mak cik cakapkan ni? mak cik hanya tengok aje kan? Sekarang saya bagitau mak cik. Perempuan itu semua pelanggan saya dan perempuan tadi adalah bakal isteri saya. Sampai hati mak cik buat hubungan kami macam ni.” Aliff Amsyar benar-benar kecewa.

“Maafkan mak cik nak...”

“Jangan pandai minta maaf sahaja. Cepat-cepat bertaubat. Minta ampun dengan Allah. Orang yang menyebarkan fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. Ingat tu mak cik!” geram Aliff Amsyar. Dia terus mengejar Nia.

Rosak semua rancangannya.

Selepas beberapa hari.

“Nia dah cakap! Nia tak nak jumpa dia! Abang faham tak!” jerit Nia. Dia mengurungkan diri dalam bilik lukisan. Dia benci apa yang dirasainya. Dia rasa sakit hati tetapi pada masa yang sama dia rindu pada kekasih hatinya itu.

“Bukan buah hati kamu yang datang ni tapi orang lain, keluarlah!” tersentak hati Nia mendengar kata-kata Ahmad Firdaus. Perlahan-lahan dia membuka pintu. Dia membenarkan lelaki yang tidak dikenali itu masuk.

“Hai, saya Aliff Amzar. Adik Aliff Amsyar.” Aliff Amzar memperkenalkan diri.

“Kenapa datang sini?”

“Semua ni salah faham dan sayalah puncanya?”

“Kenapa awak puncanya? Awak gay dengan abang awak sendiri?” Nia mula membuat andaian yang mengarut.

“Apa pula gay... sebenarnya macam ni...” Aliff Amzar menceritakan semuanya. Mengenai sikapnya yang kasanova dan abangnya yang dapat tempiasnya.

“Yang kasanova tu, saya! Bukan abang saya. Cinta dia bukan kasanova. Cinta saya yang sepatutnya kasanova.” Tambahnya lagi

Nia rasa bersalah. Dia sepatutnya mendengar penjelasan Aliff Amsyar. Dia benar-benar rasa bersalah.

“Kalau Nia masih sayangkan abang saya. Cepat-cepatlah cari dia sebab dia akan ke Korea hari ini.” Aliff Amzar sudah berlalu pergi.

Nia yang masih duduk di kerusi dalam bilik itu, terus berlari keluar. Belum sempat dia keluar, ada batang tubuh yang cukup keras muncul dan membuatkan mereka berdua berlanggar lalu rebah.

“Sakitlah!” Nia mengaduh. Punggungnya terasa sakit.

“Nia nak ke mana tadi?” soal Aliff Amsyar.

Lelaki itu ada depan aku? Biar betul! Aku tak bermimpi kan? Nia berperang dengan perasaannya sendiri

“Bukankah dia akan ke Korea. Buat apa lagi kat rumah aku? Aku rasa yang aku ni sedang bermimpi. Pejam mata! Pejam mata cepat!” arah Nia pada diri sendiri. “Pasti lepas aku bukak mata, dia dah tak ada!” katanya lagi.

Aliff Amsyar masih berada di depan Nia.

“Tipu! Tipu!” Nia pejam mata lagi sekali. Belum sempat dia membuka matanya semula, pipinya ditarik.

“Sakit! Sakit!” jerit Nia. Baru dia sedar yang dia tidak bermimpi. Lelaki di hadapannya adalah lelaki yang di rinduinya.

“Masih dalam mimpi ke? Meh saya tolong kejutkan.” Tawar Aliff Amsyar. Sebenarnya dia rasa senang hati yang semua salah faham yang berlaku sudah tamat. Wajah comel Nia di pandang dengan penuh minat. Dia tidak pernah rasa cinta seperti sekarang. Cinta yang membuat dia ingin memiliki Nia. Menjadikan Nia halal untuknya.

“Awak ingat pipi saya ni apa? Cubit macam nak tercabut isi ni tau!” geram Nia. Dalam hati, Nia tersenyum lebar. Dia benar-benar sayang pada Aliff Amsyar. Lelaki itu pandai bergurau dan memujuknya.

“Orang cubit perlahan je. Manja betul minah ni! Dulu bukan main tomboi.” Usik Aliff Amsyar.

Nia rasa mahu belasah sahaja lelaki di depannya ini. Dia pun menarik rambut Aliff Amsyar sekuat hati.

“Menyampahnya!” jerit Nia. Dia benar-benar geram dengan kata-kata Aliff Amsyar sebentar tadi.

“Hoi! Korang buat apa ni?” muncul tiga orang lelaki. Ahmad Firdaus, Afif Erfan dan Afif Eiman.

Ketika itu Nia berada di atas belakang Aliff Amsyar sedang menarik rambut lelaki itu. Ganas sangat!

“Kami tak buat apa-apa!” pantas Nia berdiri.

Aliff Amsyar tersengih.

“Apa sengih-sengih?! Nak rasa lagi ke?!” geram Nia.

Makin lebar Aliff Amsyar tersenyum.

“Sudahlah tu, Nia. Awak tu dah nak jadi isteri orang. Perangai itu elok sikit. Dia tu bakal suami Nia.” Nasihat Ahmad Firdaus.

“Biarlah! Abang pun sama!” serentak itu tiga makhluk yang sedang berdiri kena sepak di kaki oleh Nia. “Rasakan!” Nia terus berlari ke ruang tamu.

“Nia!” jerit Ahmad Firdaus. “Menyesal aku hantar kau ke kelas tea kwon do!”

Nia hanya tersengih. Hatinya tenang.

10 tahun kemudian...

“Kenapa ibu tu ganas sangat babah?! Along bimbang ibu tercabut wayar je,” soal Nazry Darwish, anak pertamanya yang berusia lapan tahun.

“Sebab ibu memang ganas la...” Aliff Amsyar ketawa kecil.

“Tiap kali ibu mengamuk, angah rasa takut sangat.” Jelas anaknya yang kedua pula, Amri Danish berusia enam tahun.

Ketika itu mereka bertiga dikerah untuk mengupas bawang tetapi Amri Danish lebih kepada penonton setia di lantai itu.

“Angah janganlah takut. Angah dengan along kena doakan supaya ibu bagi babah baby girl. Mesti ibu jadi baik sikit.” Jelas Aliff Amsyar dengan niat sendiri.

“Baby girl?” Amri Danish mengaru kepalanya.

“Oh, Along faham!” jerit Nazry Darwish agak kuat.

“Apa yang along faham?” soal Nia yang tiba-tiba muncul.

Alamak, big boss dah datang! Aliff Amsyar tersengih.

“Along faham yang babah minta ibu bagi baby girl pula... Betul tak babah?” Nazry Darwish memandang Aliff Amsyar. Dia tahu tekaannya tepat.

“Pandai anak babah!” makin lebar senyumannya. Dia tahu Nia akan meletup pada bila-bila masa kerana dia sudah diberitahu oleh isterinya sendiri dia hanya mahu dua orang anak lelaki sahaja. Dia tidak mahu anak perempuan. Bimbang perangai anak perempuannya jadi sepertinya.

“Abang!” marah Nia. Dia ingin membelasah suaminya itu.

“Nia...sabar! sabar!” Aliff Amsyar berlari mengelilingi meja makan kerana Nia mengejarnya. Anak-anak mereka hanya berdiri di tepi dan memerhati sahaja.

“Abang ni!”

“Nia dengar apa abang nak cakap!” Aliff Amsyar sudah berhenti berlari. Dia mencengkam bahu Nia.

“Abang nak anak perempuan juga sebab kalau abang dah tak ada, siapa nak jaga sayang abang ni. Anak lelaki bukan boleh harap sangat. Abang pasti anak perempuan kita nanti akan lebih memahami Nia.” Pujuk Aliff Amsyar.

Nia terdiam.

“Babah kutuk kita...” bisik Nazry Darwish pada telinga Amri Danish. Adiknya itu hanya mengangguk kepala.

“Jom kita serang!” jerit Amri Danish.

“Babah tak adil! Kutuk kita orang!” marah Amri Danish. Mereka berdua sudah menindih tubuh Aliff Amsyar yang terbaring kini.

“Kita orang akan jaga ibu baik-baik! Lebih baik dari babah jaga ibu. Ingat tu!” semangat Nazry Darwish berkata.

Nia tersenyum mendengar kata-kata anak lelakinya. Dia mengharap kebahagiaan ini akan terus bersinar dalam hidupnya.

“Mana boleh! Babah adalah yang terbaik untuk ibu along dan angah!” Aliff Amsyar juga tidak mahu mengalah. Dia mengeletek anak-anaknya itu.

Suasana menjadi bising. Nia tidak boleh bersabar lagi.

“Babah dapat rasakan aurat tak bagus ni.”

“Along pun sama...”

“Angah pun!”

Rupa-rupanya Nia membuat muka serius di belakang mereka.

“Dah siap kerja mengupas bawang tadi!” tegas suara Nia.

“Belum madam besar!” Aliff Amsyar masih mood bergurau. Hanya dia seorang yang berani bergurau dengan Nia.

Mereka tiga beranak sambung semula kerja mereka yang tertangguh.

“Abang!” Nia menjerit kegeraman.






12 comments:

  1. dah ulang bca 3 kali dah..
    best sngat2 kot.. hehe♥

    ReplyDelete
  2. i like....good job...<3 nanti buat yang lagi yang menarik..saya suka karya ria natsumi..:)

    ReplyDelete
  3. mesti anak die cute giler ..... best2

    ReplyDelete
  4. terbaik lah kak ria~ awesome! :D

    Farra Escha Anwar

    ReplyDelete
  5. cute cter nie... best2 sngt2... :)

    ReplyDelete
  6. lasak juga nia ni..
    hahahaha
    biarpon watak dia lasak tp ada part2 yang buat dia nampak sweet dan xbosan baca..
    teruskan berusaha akak
    chaiyok3!!!!!!!!!!!!!!!!.. :D

    ReplyDelete
  7. name sume lebih kurang je..tak de yg bez pon...

    ReplyDelete
  8. Haha.. klaka n cumil ank2 nia 2..

    ReplyDelete
  9. Nia tu kawan Athirah (Aku Adalah LRP) kan :)

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi