Followers

Friday 25 October 2013

17
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 22



Bab 22

Rizqin termenung. Hampir sebulan dia cuba melupakan Izz Izzati. Tambahan pula wanita itu sudah berkahwin. Tergamakkah aku mengganggu hubungan mereka? Tetapi bagaimana perasaan aku terhadap IZz?

Zati, memang dulu aku seorang yang nakal tetapi nakal aku hanyalah ponteng kelas. Aku datang sekolah semata-mata nak jumpa kau sejak aku kenali siapa kau. Tetapi kini, aku sudah berjaya. Aku ada kerja tetap. Walaupun keputusan SPM aku tidaklah cemerlang tetapi aku berjaya masuk ke universiti dan aku belajar bersungguh-sungguh. Dan aku berjaya. Wajah Rizqin mendung.

Izz Izzati adalah cinta pertamanya. Tidak mungkin dia lupakan wanita itu. Dia masih ingat kisah persekolahannya. Entah mengapa pertemuan seketika itu mengusik hati dan perasaan. Hampir sembilan tahun tidak bertemu. Sejak Zizan menentang hubungannya dengan Izz Izzati.

Dia sendiri mengaku yang ketika itu dia seorang pelajar lelaki yang ingin hidup bebas tanpa mempedulikan keadaan hidupnya sama ada mahu berjaya atau sebaliknya. Tetapi sejak bertemu dengan Izz Izzati, dia rasa, hidupnya ceria dan bermakna.

Rizqin masih ingat akan kata-kata Zizan.

"Kalau inilah lelaki yang adik aku suka, aku rasa kau tak layak dengan masalah disiplin yang kau buat. Entah-entah pelajaran pun lingkup juga. Aku rasa kau patut malu nak berkawan dengan adik aku. Mulai hari ni, aku tak nak tengok muka kau lagi bersama Izz Izzati." Zizan merenung tajam ke arah Rizqin. Dia kenal sangat dengan Rizqin kerana dia seorang pengawas. Masalah disiplin dalam koceknya sahaja. Dia tahu semua perkara.

Rizqin terkejut dengan kata-kata sombong Zizan.

"Aku jujur dengan adik kau. Jika kau tak suka aku, terserah tapi Izz pasti akan memilih aku berbanding kau." Rizqin berkata begitu yakin.

"Kita tengok..."

"Hai..." Izz Izzati menyapa. Dia terkejut melihat dua lelaki yang disayangi ini berwajah serius.

"Zati, abang nak adik pilih. Cinta adik pada lelaki bermasalah ni atau abang, keluarga kita. Siapa yang adik paling sayang..." Zizan bertanya bagaikan tiada perasaan.

"Apa ni abang?" Izz Izzati keliru.

"Izz, buatlah keputusan awak sekarang?" Rizqin juga mendesak Izz Izzati.

"Semestinya keluarga keutamaan saya tapi...." Izz Izzati berkata dengan jujur tetapi tergantung.

"Jadi, Izz pilih keluarga berbanding saya?" jelas sekali wajah kecewa Rizqin. Betul! Izz seorang anak yang baik. Siapa aku untuk dia pilih? Siapa!

Izz Izzati terpaksa angguk kepala walaupun hatinya pedih. Cinta pertamanya hilang begitu sahaja.

"Terima kasih Izz. Terima kasih!" Rizqin terus berlalu.

Apa yang aku sedihkan? Sekarang aku dah berjaya. Aku akan rebut semula hatinya. Itu janji aku. Izz, kau dan aku akan bersama semula. Rizqin tersenyum puas.





Sudah seminggu berlalu sejak pemergian Encik Azlan. Majlis takhlil sudah dibuat dan Puan Zalimah ingin tinggal di kampung sahaja.

Zizan pula menjadi seorang yang pendiam. Tidak banyak cakap seperti selalu.

"Mak, Zizan berdosa dengan ayah..." akhirnya Zizan luahkan perasaannya.

"Berdosa? Dosa apanya? Jangan bimbang, ayah Zizan tu seorang pemaaf. Jangan bimbang ye nak." Pujuk Puan Zalimah.

"Mak, Zizan rasa bersalah sebab tak bagi duit yang ayah nak pinjam. Rasa bersalah sampai sekarang." air mata Zizan mengalir.

"Sudahlah! Kalau Zizan sayang ayah. Banyakkan berdoa dan bersedekah untuknya. Itu sahaja yang boleh kita lakukan."

Zizan bersalaman dengan Puan Zalimah. Dia perlu balik ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Sudah seminggu dia bercuti. Anak dan isteri langsung tidak ditanyanya khabar. Dia benar-benar rasa bersalah.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Zizan mengeluh berat. Rumahnya masih tidak berkemas. Begitulah minggu lalu ditinggalkannya.

"Ila tak kemas rumah ke?" soal Zizan. Mungkin ini balasan aku kerana tidak menghormati kedua ibu bapa aku. Mendapat isteri yang tidak mendengar kata.

"Abang ni, balik aje dah membebel. Abang tak tahu yang Aiman dan Safiyya ni asyik panggil abang je. Tahu buat sepah rumah je!" Ila mula meninggikan suara.

"Ila, abang tanya elok-elok. Cubalah jawap elok-elok juga. Abang cuma tanya, bukannya marah." Zizan cuba sabarkan hati.

"Saya penatlah! Lepas balik sekolah, saya kena masak, kena kemas rumah. Penat tahu tak!" Ila terus masuk ke dalam bilik.

"Penat?" Zizan mengeluh. Macam aku tak tahu rutin harian kau. Balik sekolah, terus tidur sampai petang. Bangun je mandi dan ajak aku makan kat luar. Lepas balik makan terus tidur semula. Memang seorang cikgu ni ada sifat tak boleh diajar ke? Tak boleh ditegur ke? Dia aje nak betul? Atau isteri aku je perangai macam ni. Lantaklah!

Zizan mandi dan bersolat isyak. Dia sempat mengaji untuk arwah ayah. Biarlah ayah tenang di sana. Itu sahaja yang mampu aku buat untuk menebus segala dosaku padanya. Air mata Zizan mengalir tanpa siapa yang tahu.





Mata Izz Izati bengkak akibat terlalu banyak menangis. Dia benar-benar sedih dengan berita kehilangan Encik Azlan. Terlalu awal ayah pergi. Aku benar-benar tidak dapat menerimanya. Aku tak bersedia lagi untuk hilang kasih sayang seorang ayah.

"Zati, sudah-sudahlah tu menangis. Tiap-tiap malam awak nangis."

"Biarlah saya nak nangis."

"Kita bersedih tak apa tapi kesihatan diri tu kena jaga. Yang pergi tetap pergi. Yang hidup ini kena teruskan kehidupan juga."

"Tengku, saya sedih. Kenapa ayah pergi terlalu awal sangat?"

"Semua ini ketentuan Allah. Kita kena terima." nasihat Tengku Zam Hairil. Kalau dulu dia berkahwin dengan Izz Izzati kerana mahu mendapat kasih sayang Encik Azlan, tetapi kini, lelaki itu sudah tiada lagi. Tinggallah Izz Izzati yang menjadi tanggungjawabnya sepanjang hayat. Dia kena menjaga isterinya sebaik mungkin.

"Entahlah..." Izz Izzati termenung. "Tengku, boleh saya peluk Tengku?" matanya merenung tepat ke wajah suami.

"Boleh..."

Izz Izzati memeluk suaminya sehingga dia tertidur.

Tengku Zam Hairil memangku tubuh Izz Izzati dan membawanya ke katilnya. Dulu dia pernah berkata, kalau Izz Izzati tidur merata tempat selain biliknya sendiri, dia akan membawa tubuh itu ke katil biliknya. Nasib la...

Dia merenung tajam wajah Izz Izzati. Isterinya itu benar-benar keletihan. Entah mengapa naluri lelakinya muncul. Dia ingin menyentuh bibir yang sentiasa petah berkata. Tetapi...

Feya....

Selagi ada Feya, aku tak nak orang lain. Aku tak nak! Tiba-tiba ada mesej masuk ke dalam telefon bimbitnya.



Aku sudah pulang ke Malaysia - Sam



Tengku Zam Hairil terkejut. Sam! Dia muncul semula dalam hidup aku? Tak mungkin! Tiba-tiba fikirannya bercelaru. Pantas dia keluar dari bilik dan cuba bertenang di ruang tamu.

Peristiwa yang pahit untuk di kenang kembali dalam fikirannya.

Izz Izati tersedar. Pelik bin ajaib. Aku ada atas katil Tengku Zam Hairil dan ditemani teddy bear kesayangannya? Betul ke ni? Atau aku bermimpi? Dia terus turun dari katil dan keluar dari bilik suaminya itu.

Sebaik sahaja dia keluar, dia ternampak Tengku Zam Hairil sedang termenung dengan suasana cahaya lampu yang suam-suam kuku itu.

"Tengku..." panggil Izz Izzati perlahan.

"Zati..."Tengku Zam Hairil terkejut. "Awalnya bangun..." Dia cuba menstabilkan emosi yang terganggu itu. Aku kena lupakan Sam untuk seketika.

"Awal bangun?" Izz Izzati rasa makin pelik. Dia melihat jam di dinding pukul 11 malam. Lepas solat mahgrib tadi, dia berbual seketika dengan Tengku Zam Hairil dan meminta lelaki itu memeluknya. Rasa selesa dan selamat dipeluk begitu lalu dia tertidur.

"Eh, dah lewat ni. Awak jangan tidur merata. Nanti saya angkut masuk bilik saya dan tak bagi awak lepas..." sengaja Tengku Zam Hairil membuat muka nakal. Sebenarnya dia sudah termalu pada Izz Izzati. Itulah pasal banyak sangat berangan.

"Saya pula yang kena... Saya tidur dalam pelukan Tengku je. Mana ada merata..." geram Izz Izzati.

"Dahlah. Saya nak tidur dulu." Tengku Zam Hairil terus masuk ke dalam biliknya.

Izz Izzati tersenyum. Dia segera bersihkan diri.

"Assalamualaikum mak."

"Waalaikumusalam..."

"Zati sampai pukul 7.30 tadi."

"Alhamdulillah..."

"Mak, marilah tinggalkan dengan Zati. Zati akan jaga mak." pujuk Izz Izzati. Sejak ayah meninggal dunia, itu sahaja pujukan yang dibuatnya.

"Mak selesa begini. Mak tak nak susahkan Zati. Kalaulah Zizan..." kata-kata Puan Zalimah terhenti. Rasa sebak di hati.

Izz Izzati faham. Seorang ibu pasti mengharapkan anak lelakinya yang menjaganya tetapi dengan perangai Ila begitu, tidak mungkin akan terjadi.

"Tinggal dengan Zati mak." Izz Izzati memujuk lagi.

"Zati, berapa kali mak nak cakap. Mak selesa tinggal kat kampung ni. Mak tak nak susahkan Zati. Zati dah kahwin. Sepatutnya fokus Zati pada suami, bukan pada mak." sedikit keras suara Puan Zalimah.

"Tapi mak, mak pun mak Zati. Zati nak jaga mak. Nak berbakti pada mak." air mata Izz Izzati mula mengalir.

"Sudahlah! Nanti mak call lagi. Salam..." Puan Zalimah tamatkan panggilan. Izz Izzati tersentak.

"Ya Allah, aku sedih dengan tindakan mak kepadaku. Dia tidak sayang pada aku ke? Aku sanggup buat apa saja untuknya. Aku korbankan segalanya. Kenapa dia masih tidak nampak pengorbananku? Dia anggap aku seperti kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Yang tidak berdikari. Aku harap dia nampak kesungguhan aku yang mahu menjaganya. Ayah dah tak ada. Aku tak ada sesiapa pun. Jadi, salahkah aku ingin berbakti padanya? Kenapa dia seperti mahu melarikan diri dari aku? Air mata Izz Izzati terusan mengalir.

Dia bukanlah seorang gadis yang kuat jika berkaitan dengan keluarganya. Air mata yang mengalir dilap perlahan. Dia perlukan kekuatan.

Izz Izzati rasa penat. Mungkin kerana banyak menangis. Jam sudah pukul 3 pagi. Lama juga aku menangis. Baik aku menaip cerita. Dah lama tak buat kerja tu.

Kebetulan dia malas mahu membuka laptop. Jadi, dia hanya menulis sebahagian idea yang ada dalam sebuah buku catatan.

Baru beberapa minit dia menulis tetapi matanya makin lama, makin mengantuk. Akhirnya dia terlena atas meja di ruang tamu. Kepalanya terus menindih buku catatan. Dia terus terlena dalam keadaan begitu.

Tengku Zam Hairil yang baru sahaja keluar dari bilik untuk minum air. Terkejut melihat isterinya itu.

Tidur kat sini pula isteri aku ni. Sakit kepala nanti, aku juga yang susah. Tengku Zam Hairil menghampiri isterinya. Entah mengapa dia tidak mahu mengejut isterinya dahulu.

Perlahan dia meletakkan kepalanya di sebelah kepala Izz Izzati. Merenung setiap genap wajah itu. Mata dan kening yang terbentuk cantik. Hidung sedikit mancung. Bibir yang menawan dan menggoda. Semuanya nampak sempurna di mata Tengku Zam Hairil.

Makin lama dia merenung isterinya, makin hampir wajahnya dengan Izz Izzati sehingga hidung mereka bersentuhan.

"Zati, awak ni cantik la. Boleh ke saya cakap macam tu pada awak?" Tengku Zam Hairil tertanya-tanya. Lantas dia berdiri dan menuju ke dapur. Minumlah dulu.

Selepas itu, dia kembali semula ke sisi Izz Izzati. Dia membaca catatan yang ditulis oleh isterinya.

"Jika aku mencintaimu, pasti aku akan setia padamu. Dan jika aku setia, pasti aku... Awat ayat ni tergantung..." Tengku Zam Hairil sengaja membacanya dengan kuat.

"Tengku..." Izz Izzati terkejut. Air liurnya hampir mengalir tadi. Ya Allah! Malunya! Tengku tengok aku tidur macam tu. Mana nak sorok muka ni...

"Zati, kenapa tidur sini? Macam dah tak ada katil ye? Kalau dah tak ada katil sangat, meh tidur dengan saya. Katil saya besar," usik Tengku Za Hairil.

"Tengku, saya tak ada niat nak tidur sini."

"Tak ada niat?"

"Ya, niat saya cuma nak terlelap je..." kata Izz Izzati yang pantas berdiri dan ingin berlari masuk ke dalam biliknya tetapi di sambar oleh tangan suaminya.

"Tengku..."

Tengku Zam Hairil hanya merenung lembut wajah isterinya.

Izz Izzati rasa terpukau dengan pandangan suaminya. Dia menelan liur. Disebabkan Tengku Zam Hairil tiada tanda-tanda mahu melepaskan tangannya lantas dia mengambil tindakan drastik dengan memijak sebelah kaki suaminya.

"Aduh Zati!!!!" jerit Tengku Zam Hairil. Dia mengosok-gosok kaki yang terasa sakit itu. Tiba-tiba ada senyuman bahagia yang terukir di bibirnya. Itulah penghiburku.

Izz Izzati dengan pantas menutup pintu biliknya. Entah mengapa hatinya berdebar hebat melihat renungan suaminya sebentar tadi. Jika Tengku tarik aku dalam pelukannya tadi, aku tak tahu la apa akan jadi pada kami malam ni. Ish! Janganlah sekarang!

Izz Izzati cepat-cepat menarik selimut dan tidur. Itu sahaja yang boleh dilakukannya buat masa ini.





P/s: hihihihi si Sam akan datang menghuruharakan hidup TZH kita ni hihihihi tunggu next bab.....

Sunday 20 October 2013

22
Komen

2013:CERPEN 8 : CIK MATANG PUNYA CINTA (cerpen pendek)


Cerpen : Cik Matang punya cinta

Aku sangat tertekan. Tiap-tiap bulan ada sahaja kad jemputan kahwin daripada kawan-kawan. Persoalan yang timbul. Bila aku nak kahwin? Umur dah nak masuk 30 tahun bukannya 20 tahun lagi. Tapi masalahnya, aku ni muka baby face. Payah betul la. Kalau yang dah kenal aku, bolehlah cakap aku ni tak laku la. Apa la... Tapi kalau yang tak kenal aku, terus jatuh cinta. Itu yang tak bestnya. Aku tak suka la lelaki gedik macam tu.

"Tak suka la..."

"Lor... Berapa lama kau punya tak suka? Penatlah macam ni." Faziahtul dah putus angin. Aku tersengih.

"Nak buat macam mana. Aku tak suka dia. Aku kan cik matang. Cik matang kena la cari pasangan yang matang gak. Diorang tu budak kecik! Muka baby face yang tak nampak matang. Aku tak suka."

"Sombongnya kau!"

"Ini bukan kes sombong. Salahkah aku nak cari jodoh sebenar aku?"

"Dah jodoh kau dengan dia?"

"Dia? Siapa dia?" dahi aku berkerut.

"Itu, mamat tu..." selamba Faziahtul tunjuk seseorang. Aku anti betul dengan mamat tu. Kenal pun tak. Selalu sahaja datang minum kat cafe aku ni. Lecehlah!

"Yang tu la. Dia nak kau je layan dia. Tak nak orang lain." Faziahtul berkata. Dia pun melihat lelaki itu. "Muka dia matanglah. Sesuai dengan kau."

"Matang tang mana?"

"Muka la..."

Aku mencebik dengan jawapan Faziahtul.

"Cepatlah pergi! Dia nak order tu..." Faziahtul menolak tubuh aku. Aku mengeluh. Ikutkan hati malas tetapi prinsip aku tidak akan lepaskan pelanggan walaupun seorang.

"Encik nak minum apa?" aku cuba beramah mesra dengan dia.

"Saya nak yang ini." Wajah Mr. Pura-pura Matang tu serius. Eh! Sejak bila aku panggil dia begitu.

"Cik..." panggil lelaki itu apabila aku tidak memberikan sebarang respon padanya. "Saya tahu saya kacak sangat tapi jangan over sangat tengok saya." Wajahnya still serius.

Kedut 14 ribu baru tau kat muka tu.

Selepas lelaki itu makan dan minum, dia pun balik keluar. Sudah menjadi rutin harian dia ke cafe aku. Malaslah nak layan.



"Bila kau nak kahwin? Naik pekak telinga mak dengar orang cakap pasal kamu. Tak kasihan kat mak ke? Kau nak mak mati cepat ke?" Puan Ain membebel. Aku tersengih. Aku memang tak dapat nak tutup mulut orang tapi tutup telinga jangan dengar, bolehlah. Aku nak cari lelaki yang benar-benar buat aku tak jemu tengok dia. Paling penting jangan baby face. Cukup anti dengan lelaki macam tu.

"Relaks la mak. Baru 30 tahun, belum 40 tahun..." ops! Aku terlepas cakap. Mampuslah aku kalau umur 40 tahun tak kahwin lagi.

KEpala aku disekeh oleh Puan Ain.

"Sakitlah mak..." memang sakit kepala aku kena sekeh macam tu.

"Hati mak lagi sakit..."

"Sabar mak. Sabar separuh dari Iman. Farra pergi mandi dulu..." aku berlari meninggalkan Puan Ain keseorangan.

Aku termenung dalam bilik air. Dibawah pancutan air yang sejuk. Hati siapa yang tak terusik dengan kata-kata mak cik-mak cik yang main sedap sahaja berkata. Pasti terasa punya. Tapi aku nak buat macam mana. Hati aku tak terbuka untuk mana-mana lelaki.

"Farra, mandi cepat! Kejap lagi anak angkat mak nak datang."

"Anak angkat?" aku mandi cepat-cepat. "Mak, sejak bila mak ada anak angkat ni? Farra tak tahu pun?" aku membuat muka pelik apabila keluar dari bilik air.

"Dah nak ada menantu, tak dapat. So mak carilah anak angkat seorang. Kalaulah dalam dunia ni boleh menantu angkat. Dah lama mak buat."

"Ish mak ni. Kesitu pula."

"Assalamualaikum..." seseorang memberi salam. Aku dah naik gelabah. Segera masuk ke dalam bilik.

"Masuk Hazim. Jangan malu-malu."

"Terima kasih mak..."

Itu sahaja yang aku dengar. Lebih baik aku jangan keluar. Takutlah nak tengok muka dia. Aku takut terbenci pula. Kalau terjatuh cinta tak apa juga. Boleh kahwin terus. Aku tersengih seorang. Siapa kata aku tak ada keinginan nak kahwin? Aku ada la... Cuma aku nak cari yang benar-benar sesuai dengan aku.

"Farra, buat apa terperap dalam bilik tu. Meh la keluar. Hazim dah nak balik ni." jerit Puan Ain dari luar.

"Yelah! Kita keluar ni." aku mengalah. Kata-kata seorang mak jangan dilawan cuma pasal kahwin tu kena lawan sikit hihihi

"Hazim, kenalkan anak mak cik, Farra namanya." kata Puan Ain kepada Hazim yang sedang memakai kasut. Lelaki itu membelakangi aku.

Sebaik sahaja dia berpaling, mulut aku terlopong. Mamat Mr. Pura-pura Matang. Menyampahnya.

"Farra, ini la anak angkat mak, Hazim Ifwat." Puan Ain sudah tersenyum-senyum. Mungkin mak aku dah ingat aku jatuh cinta pada mamat ni. Sorry, naik lori la....

Selepas Hazim balik, aku mulakan siasatan.

"Mak kenal dia kat mana?"

"Ala, mak kenal masa mak jatuh bila turun tangga kat TESCO hari tu. Mujur si Hazim tolong mak." jelas Puan Ain.

"Umur dia berapa?"

"Mak tak tanya pula. Muda lagi kot. Masa mak jumpa dia, di pakai smart betul. Berkot. Kacak la. Mak memang berkenan nak buat dia menantu. Kalau tahun ni Farra tak bawa balik bakal menantu mak, mak nak paksa la anak mak ni kahwin dengan Hazim..." Puan Ain tersenyum. "Bagus juga idea spontan."

"Itu bukan idea spontan tapi mak dah terpengaruh dengan drama-drama kat TV tu. Ala mak, mana boleh buat anak mak macam ni."

"Mak tak kira. Janji mak dapat menantu! Kau tu, Farra. Satu-satunya anak mak. Tentulah mak risau. Sebelum mak menutup mata ni, mak nak tengok ada lelaki yang mampu jaga kamu." nada Puan Ain mula sedih. Ini yang aku rasa bersalah gila. Nak membebel pada aku tak apa tapi bila melibatkan bab air mata ni, aku mula cuak.

"Yelah..." aku mengalah.

Puan Ain terus meninggalkan aku sendirian. Tahun depan ye? Masalahnya sebulan lagi nak masuk tahun depan. Mak ni sengaja nak dera perasaan aku ke? Dalam lima tahun aku cari kekasih hati tak jumpa, apatah lagi sebulan. Sah! Mak aku suruh kahwin dengan Mr. Pura-pura Matang tu. Cik Matang ni tak kan tertipu dengan tipu muslihatnya.

Keesokkan harinya, si Hazim tu datang lagi. Kali ini tanpa segan dan malu aku terus tarik kerusi. Serta merta aku duduk. Wajah aku serius. Biar dia takut sikit denagn Cik Matang ni.

"Ada apa yang boleh saya tolong Cik Matang?" Hazim Tersengih. Aduh! Mestilah mak dah ceritakan segala-galanya tentang aku. Aku benci kau tau tak. Aku benci muka baby face kau tu. Penuh dengan kepura-puraan.

"Awak jangan nak jumpa mak saya lagi. Saya tak nak mak saya tertipu dengan muka baby face tu." geram aku.

Tiba-tiba si Hazim ni ketawa. Bengkaknya hati mendengar ketawanya macam penjahat dalam drama kat tv. Alamak, aku pun dah hampir terpengaruh juga.

"Saya kawan dengan mak awak, ikhlas. Saya tiada niat apa-apa. Saya tak ada mak. Salahkah saya nak sedikit kasih sayang mak awak yang baik hati tu?"

Aku terdiam. Tiba-tiba pula aku nampak keikhlasan hati Mr.Pura-pura matang ni. Aku rasa nak cekik mamat ni sebab berjaya buat aku terdiam.

"Lantak kaulah!" aku berdiri dan mahu meninggalkan meja makannya tetapi tangan aku di sambarnya.

"Tak nak ambil order pelanggan awak ke?" HAzim tersenyum.

"Yelah! Nak makan apa?" pelanggan tetap diutamakan.

"Makan awak boleh..." HAzim mula mengusik aku. Makin bernanah pula hati aku tengok tingkah laku muka serius itu.

Aku terus berlalu tanpa mengambil ordernya. Lantak kaulah.

Selepas selesai semua urusan, aku mahu menutup kedai. Hari ni terpaksa aku menutup kedai seorang diri tanpa Abang Hafiz sebab dia ada hal. Isterinya mahu beranak. Tak apa la. Pekerja aku kebanyakkan sudah berkahwin. Jadi aku cuba memahami mereka.

Aku periksa manga pintu. Okey dah kunci dengan selamat.

"Kalau nak selamat, bagi aku duit." tiba-tiba ada seseorang datang dari belakang aku dan menutup mulut aku dengan tangan kasarnya itu. Aku tak dapat mengeluarkan suara. Dalam hati ini hanya ingat Allah sahaja. Aku akui yang jualan untuk hari ini memang banyak. Semua wang itu ada dalam kedai separuh dan dalam beg tangan aku separuh.

Aku gelengkan kepala. Aku tak nak bagi dia duit tu. Itu titik peluh aku dan pekerja. Mana boleh dia senang-senang nak ambil.

"Lepaskan dia! Aku polis!" ada seseorang menghampiri kami berdua. Aku tersentak. Itu Hazim. Entah mengapa aku mengharap pada dia. Membantu diriku yang dalam kesusahan. Air mata aku mengalir masa tu. Aku tak dapat nak menahannya. Kali pertama benda seperti ini berlaku dalam hidupnya.

Pencuri itu dapat melarian diri. Pantas Hazim menghampiri aku kerana aku akan pengsan bila-bila masa. Selepas itu dunia aku gelap.

Apabila aku tersedar, mak aku ada di sisi aku.

"Nasib baik Hazim ada. Sudahlah tu Farra. Mak risau kalau apa-apa terjadi pada Farra. Kahwin la. Kahwin!" itulah kata-kata mak bila aku sedar. Tapi aku sedar. Seorang suami bukan sahaja memberi nafkah tapi melindungi kita. Bak kan mendidik dan sebagainya. Hazim? Sesuai ke dia dengan aku. Muka dahlah serius walaupun baby face. Muka matang. Berapa umur dia ye?

"Yelah mak. Farra setuju." akhirnya aku mengalah.

"Tahniah Hazim. Tahniah!" aku berkerut dahi apabila mendengar kata-kata mak aku sendiri kepada Hazim. Mereka bersalaman.

Janganlah mereka yang rancang ini semua. Minta-minta tak. Kalau aku tahu, aku belasah sorang-sorang nanti.



Alhamdulillah. Semua urusan berjalan lancar. Mak la orang yang paling gembira pada hari ini dan juga dia. Mata aku menjeling ke arah Hazim yang dari tadi berkepit dengan aku je. Naik rimas tau. Tangan aku ni berpeluh dibuatnya sebab si Hazim ni asyik pegang tangan. Sejak sah jadi suami aku, nak berenggang sekejap pun tak boleh. Aku hanya boleh lari apabila mahu ke tandas. Sebaik sahaja keluar dari tandas, terus Hazim sambar tangan aku. Nasib la sebab yang buat adalah suami.

Tapi aku pun gembira juga hari ni sebab aku berjaya membuat mulut mak cik-mak cik yang selalu mengata aku, terdiam akhirnya. Tak ada modal dah nak bercakap pasal aku.

"Bila nak dapat anak ni?" soal salah seorang mak cik di situ. Soalan apakah ni? Aku baru kahwin tak sampai 24jam tapi soalan cepu cemas ni sudah ditanya.

Hazim? Aku tengok dia tersenyum malu. Overnya malu. Suka la tu. Benda tak jadi lagi dah tanya pasal anak? Mak cik ni pun over juga. Sebagai cik Matang, aku hanya jawap soalan yang penting sahaja. Soalan yang tak penting, aku tak layan.

"Insya Allah. Jika ada rezeki." jawab Hazim. Hah! Kau layak la sangat mak cik ni. Mulutnya asyik cakap pasal orang lain je.

"Jom sayang..." Mr. Pura-pura matang ni tarik tangan aku masuk bilik. Alamak! Aku nak buat apa ni? Cuba berfikiran matang Cik Matang. Aku dah buntu ni.

"Farra terima saya seadanya kan?" Rupanya nak tanya soalan ni sahaja. Buat cuak je.

"Saya hanya terima orang yang matang sahaja." aku mula berlagak sombong. Sejak bila pula perangai ni muncul dalam diri aku ni? Mungkin sejak mengenali Hazim kot.

Hazim tersenyum dan aku geram.

"Matang bukan pada angka, tetapi pada pemikiran geliga." kata Hazim. Tangannya mengenggam tanganku. Aku terkesima.

"Matang bukan pada wajah, tetapi pada kepimpinan." katanya lagi. Aduh! Terkena batang hidung aku. Selalunya aku ukur matang pada muka sahaja.

"Matang juga bukan pada harta tetapi pada ilmu yang kita ada." Hazim masih mahu berkata-kata. Yelah! Betul apa yang dikatanya. Aku terdiam.

"Matang bukan pada suara tetapi pada hujah dan bicara?" Hazim tersenyum. Jadi selama aku bercakap ni, tak matang la. Ish, bikin panas sahaja!

"Dan..."

Aku menjelingnya.

"Kematangan cinta pula bergantung kepada pasangan itu sendiri."

"Kematangan cinta?" aku tak pernah terfikir pasal cinta. Aku hanya fikir matang dalam pekerjaan dan urusan seharian serta fikiran. Cinta? Tiba-tiba hati aku berdebar hebat. Renungan Hazim menikam kalbu. Aku terperangkap dengan kematangan yang aku cipta.

"Baiklah, saya akan terima awak seadanya jika bagitau umur awak berapa. Dia bergantung pada umur awak." aku tersenyum.

Hazim gelisah dalam pandangan mata aku. Kenapa dia perlu gelisah dan cemas?

"Kenapa? Awak ni dah tua sangat ke?"

"Tak. Umur saya dua puluh tujuh." Hazim tersengih.

"What!" aku terkejut gila. Muka dia matang gila tapi masih muda dari aku. Patutlah nampak baby face sikit. Gila! Laki aku lebih muda dari aku! Susahnya aku nak terima kenyataan ini.

"Tahun depan jelah saya terima awak!" geram aku. Aku memang tak boleh terima semua ini. Aku pun berdiri dari terus duduk di sebelahnya.

"Farra..." pantas dia memanggilku dan menyambar pergelangan tangan ini.

Aku menjeling tajam padanya.

"Matang juga bukan pada umur tetapi pada jiwanya. Farra, saya janji akan menjaga awak, melindungi awak dan membuat awak gembira." pujuknya. Aku terharu tetapi tidak mahu mempamerkan.

"Suka hati awak la." aku terus tinggalkan dia. Rasa nak mati mendengar kata-kata romantiknya.

Ish, sejak bila Cik Matang jadi begitu lemah bab-bab cint ni?

Beberapa minggu kemudian.

Benar kata orang itu, kalau setiap hari kita menghadap orang yang sama. Tambahan orang yang halal untuk kita. Mudah sahaja kita jatuh cinta padanya. Aku dah jatuh cinta pada suamiku sendiri. Apasalahnya kan?

"Abang..." panggilku manja. Tidak kira depan pelanggan atau tidak aku tetap panggil manja macam tu.

"Ye sayang..." sahut Hazim.

Aku tersenyum.

"Sudahlah tu! Orang lain pun kahwin juga tapi tak macam kau. Mana pergi cik Matang kau ni?" Faziahtul bertanya. Mungkin dia tengok aku macam angau kot.

"Ini la cara Cik Matang punya cinta. Pasti manja habis. Hot gitu!" Aku menjadi gedik. "Abang!" aku panggil lagi suamiku yang sedang ambil order.

Hazim senyum pada aku.

Aku bahagia.



P/s : memang semua orang anggap dirinya matang tetapi kenapa bab cinta kita tak boleh bersikap matang sebab ia melibatkan hati dan perasaan. Hati dan perasaan adalah satu perkara yang sensitif. Agar sukar untuk menjadi matang dalam sesebuah perhubungan cinta itu. Siapa dapat jadi matang, cik penulis tabik springggg!!! Hihihi harap terhibur dengan cerpen PENDEK ni...terima kasih.



Wednesday 16 October 2013

22
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 21


Bab 21

Tengku Zam Hairil gelisah. Dia tidak tahu mahu memberitahu cara terbaik mengenai berita ini. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghantar SMS ke telefon bimbit Izz Izzati.

Izz Izzati pula baru sahaja siap mandi. Dia sudah lengkap berpakaian dari bilik air lagi. Ada mesej la. Segera dia membaca mesej tersebut.

Izz Izzati terkejut dengan apa yang dibacanya. Telefon bimbit di tangannya terlepas. Pantas dia berlari ke ruang tamu kerana dia ada ternampak Tengku Zam Hairil di situ.

"Tengku, betul ke ni?" soal Izz Izzati dengan air mata yang mengalir. Dia tidak dapat menahan perasaan sedihnya.

"Ya Zati, mak baru call tadi." Tengku Zam Hairil pun rasa sedih tetapi semua ini kehendak Illahi.

"Cepat Tengku. Kita ke rumah mak. Cepat!" Izz Izzati masuk kembali ke biliknya. Dia memakai baju kurung yang sememangnya sudah digosok dalam almari dan tudung.

"Jom Tengku!"

"Baiklah!"

IZz Izzati hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Dia sudah menghubungi Puan Zalimah. Ibunya tabah. Mak tabah tapi tidak Zati mak. Zati tak dapat terima kenyataan ini. Terlalu berat mak. Terlalu berat! Air mata Izz Izzati tidak lepas daripada mengalir.





Puan Zalimah terpaksa menghubungi Zizan mengenai berita ini. Tetapi ketika dia menghubungi anak lelakinya itu, tiada yang jawab.

Rupa-rupanya Zizan sedang mandi. Kebetulan Ila berada di situ. Apabila tertera nama Mak di skrin telefon, dia menekan butang silent sahaja. Tiba-tiba ada mesej yang baru masuk ke dalam telefon suaminya itu.



Zizan, balik nak, ayah dah meninggal dunia pukul 6 pagi tadi - Puan Zalimah.



Tersentak Ila membaca. Ayah dah meninggal dunia? Ila tersenyum. Cepat-cepat dia padam mesej tersebut.

"Ila buat apa tu?" soal zizan yang baru keluar dari bilik air.

"Tak ada apa-apa. Cuma nak letak telefon ni kat almari ni. Abang, hari ini kita keluar nak tak?" Ila memancing Zizan agar keluar bersamanya.

"Malaslah..." Zizan terus meninggalkan Ila sendirian. Dia menuju ke ruang tamu untuk menonton TV. Sempat tangannya mengambil telefon bimbitnya. Ada satu misscall. Mak? Jarang mak call waktu macam ni. Mesti ada sesuatu yang berlaku.

Belum sempat dia menghubungi, Ila mengadu sakit perut.

"Abang..." Ila berlakon dengan mimik muka yang sakit. Dalam hati hanya ketawa sahaja.

"Kenapa ni?" bimbang Zizan. Memang dia akui yang Ila selalu buat dirinya susah hati dan saling bergaduh tetapi apabila Ila sakit, dia kena bawa ke hospital dan mengambil tahu dengan keadaan isterinya.

"Sakit perut. Mungkin semalam makan kat kedai tu kot." wajah Ila berkerut.

"Meh abang sapu minyak cap kapak." Zizan sudah berdiri semula dan menghampiri almari di satu sudut. Di situ terletaknya minyak tersebut.

"Letak kepala kat sini." Zizan menepuk perlahan pahanya sambil tersenyum.

Ila tersentak. Mengapa dalam pandangan Ila, senyuman itu sungguh indah dan membuat hatinya berdebar. Dia akui, dulu sebelum mengenali Zizan, dia memang jatuh cinta dengan senyuman itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dirinya sendiri yang berubah sikap lembut kepada kurang ajar seperti selalu berlaku.

Ila mengikutnya tanpa bantahan. Perutnya di gosok perlahan.

"Abang pergilah..." tiba-tiba Ila berkata begitu. Dia rasa bersalah.

"Pergi mana? Kan isteri abang ni tengah sakit." Zizan tersenyum tanpa tahu perkara sebenar.

Belum sempat Ila bersuara, telefon bimbit Zizan berbunyi.

Eh, dah ada bunyi! Bukan ke aku dah tukar pada mood senyap? Mesti mak cik tua yang call. Menyibuk sahaja orang tua ni! Ila mula berubah sikap. Dia jadi bukan dirinya lagi. Akhirnya dia hanya membiarkan Zizan bangun dan menjawab panggilan telefon.

"Ayah..." air muka Zizan berubah seratus peratus.

"Kenapa ni abang?" Ila pura-pura bertanya. Dia dapat meneka yang Zizan sudah tahu perkara sebenar.

"Ayah dah meninggal dunia. Ila nak ikut abang tak?"

"Tak nak. Biar Ila jaga anak-anak di sini."

"Suka hati Ila la." Zizan berlari ke biliknya dan bersiap ala kadar. Barang-barang penting dia bawa bersama.

Zizan terus memecut keretanya. Perjalanan yang biasanya menjadi lima jam sudah menjadi empat jam sahaja. Dia memandu dengan laju.

Sebaik sahaja dia sampai semua orang sudah berada di tanah perkuburan. Dia bergegas ke sana pula. Dia tidak sempat menatap wajah ayah kali terakhir. Selepas kunci kereta, dia terus berlari ke arah Tengku Zam Hairil yang turun ke dalam lubang kubur untuk baringkan jenazah.

Ya Allah, sepatutnya itu tugas aku sebagai seorang anak lelaki. Ya Allah, aku tak sempat mandikannya. Tak sempat melihat raup wajahnya untuk kali terakhir. Apakah besar sangat dosa aku ini, Ya Allah? Zizan mengalirkan air mata. Kebetulan hujan turun dengan tiba-tiba. Mengerti dengan kesedihan yang dialami.

Selepas bacaan Yasiin dan doa di bacakan oleh Tok Iman kampungnya, semua orang beransur pulang. Tetapi tidak Zizan dan Tengku Zam Hairil.

"Abang Zizan..." panggil Tengku Zam Hairil.

"Zam, kenapa tak call abang awal-awal..." pandangan mata Zizan masih di kubur yang basah itu.

"Zam dah call banyak kali. Mak pun ada call. Sejak pukul tujuh pagi." kata Tengku Zam Hairil. Dia pun tahu selepas subuh.

"Ayah, maafkan kesalahan Zizan." Zizan benar-benar kecewa.

Baru seminggu lalu dia pulang ke rumah untuk berjumpa dengan ayah dan mak. Dia bawa sekali dengan Aiman dan Safiyya. Bayangkan hampir setahun Puan Zalimah dan Encik Azlan tidak berjumpa dengan cucu mereka. Wajah ke dua ibu bapanya sangat ceria dan gembira.

"Zizan, ayah nak cakap sikit."

"Apa dia ayah...?"

"Ayah nak pinjam duit kamu. Pinjam je, nanti ayah bayarlah semula."

"Nak pinjam untuk apa ni ayah?" Zizan bertanya. Ibu mertua dia juga ada minta duit. 20 ribu tetapi dia mampu beri 10 ribu sahaja. Itu pun Ila sudah memarahinya.

"Ayahkan dah nak pencen setahun lagi, jadi ayah nak balik duduk kat kampung. Hari tu masa perkahwinan adik kamu, atap belakang rumah tu bocor la. Biasalah rumah papan. Abah nak tukar atap sahaja. Duit ayah banyak habis untuk perkahwinan adik kamu tu. Jadi ayah nak pinjam seribu sahaja. Tak banyak la Zizan. Ayah pun tak nak susahkan kamu." Encik Azlan tersenyum pahit. Bukan sikapnya minta duit dari anak tetapi dia rasa atap itu perlu dibaiki. Tetap kena baiki. Ia sangat penting untuk keselesaan isterinya nanti.

"Seribu ayah? Tengoklah, nanti Zizan cuba. Kalau ada Zizan bagi ye?" Zizan tersenyum juga. Entah mengapa hatinya dirasuk syaitan agar tidak memberi pinjam.

"Terima kasih Zizan. Ayah sayang anak ayah ni." Encik Azlan mencium dahinya.

"Ayah ni, Zizan dah besar. Tak payah la cium-cium ni." Zizan menolak lembut.

"Ala, ciuman tu kasih sayang ayah untuk Zizan. Manalah tahu lepas ni ayah tak dapat nak cium dahi kamu lagi." Encik Azlan ketawa kecil.

"Eh, kenapa tak dapat nak cium pula. Meh, Zizan cium ayah!"Dahi dan pipi Encik Azlan menjadi ciuman Zizan.

"Eh, ada orang main cium-cium pula." Tiba-Tiba Izz Izzati muncul. Dia sedang mendukung Safiyya. Gembira gila dapat berjumpa dengan anak buah yang comel ini.

"Nak cium..." Safiyya berkata dengan perlahan. Dia sudah boleh berkata sikit-sikit.

"Meh, cium atok..." kata Zizan mengambil alih mendukung Safiyya.

"Aiman pun nak!" Aiman yang sememangnya sudah petah bercakap turut sama berkata begitu.

"Meh, cucu atok!"Encik Azlan rasa gembira sangat.

Tengku Zam Hairil yang memerhati dari jauh rasa sangat bahagia.

"Ya Allah! Berdosanya aku..." Air mata Zizan tidak putus dari mengalir. Dia rasa bersalah sangat. Wang yang Encik Azlan mahu pinjam itu masih belum diberikan sehingga ayahnya itu menarik nafas terakhir. Kenapa aku lambat-lambatkan permintaannya. Rasa bersalah makin mengebu dalam hatinya.

Kalau keluarga Ila minta duit dan bukan pinjam, aku terus bagi. Tetapi ayah aku sendiri minta duit dan janji akan bayar semula, aku lambat-lambatkan. Anak apakah aku ni? Anak derhaka! Zizan malu mahu berjumpa dengan Puan Zalimah.

"Zati, janganlah nangis. Yang pergi tetap pergi." pujuk Tengku Zam Hairil. Dia pernah rasa bagaimana perasaan orang tersayang pergi. Dia ingin memeluk Izz Izzati tetapi dia rasa, isterinya perlu bersendirian.

"Mana isteri Zizan tu? Bapak mertua meninggal dunia pun tak nak datang? Hati batu betul!"Mak Cik Leha bertanya.

Izz Izzati yang mendengar dari biliknya itu baru teringat. Kak Ila tak datang la. Kasihan abang Zizan. Sepatutnya saat sedih macam ni, isteri ada di sisi untuk memberi semangat untuk teruskan hidup. Itulah tugas isteri bukan sahaja menjaga makan tetapi memberi kata-kata motivasi untuk suami pun salah satu tugasnya.

Izz Izzati merenung Tengku Zam Hairil yang masih duduk di sebelahnya tanpa sebarang kata. Teddy bear? Baru aku perasan laki aku peluk benda alah tu. Al-maklumlah, masa Tengku tengok jenazah ayah, dialah lelaki pertama yang paling over menangis. Aku pun tak mengerti tapi mungkin sebab dia tak ada ayah, sebab itu dia rasa sedih sangat bila ayah dah meninggal dunia.

Perlahan tangan Izz Izzati melingkari lengan Tengku Zam Hairil. Makin laju air matanya mengalir.

Tengku Zam Hairil tersentak. Dia hanya membiarkan Izz Izzati menangis. Dia turut rasa sedih.

"Awak tolong peluk teddy bear ni..." pinta Tengku Zam Hairil

IZz Izzati hanya mengikut sahaja.

Tengku Zam Hairil memeluk Izz Izzati.

Izz Izzati terkaku. Dia mendonggak memandang suaminya.

"Zati janganlah menangis. Entah mengapa saya tak boleh tengok air mata kesedihan awak mengalir." Tengku Zam Hairil mengelap air mata isterinya. "Air mata awak ni mahal tau. Jadi, kalau awak betul-betul sayangkan arwah ayah, kita sedekahkan banyak-banyak Al-Fatihah untuknya. Pasti dia gembira di sana sebab dia dah tinggalkan anak yang solehah untuk doakannya." ada senyuman terukir di bibir.

"Tengku!" Izz Izzati terus memeluk erat tubuh Tengku Zam Hairil. Teddy bear itu pula tersekat ditengah-tengah antara mereka.

"Sabar Zati. Hanya tiga perkara yang boleh dibawa oleh arwah. Pertama sedekah jariah, kedua ilmu yang bermafaat dan ketiga doa anak-anak yang soleh solehah. Jadi, Zati kena banyak berdoa okey?" pujuk Tengku Zam Hairil lagi.

"Insya-Allah Tengku. Terima kasih." Hatinya sedikit tenang. "Okeylah Tengku, saya nak tengok mak sekejap."

"Okey..."

"Mak..." panggil Izz Izzati apabila melihat Puan Zalimah termenung.

"Zati..." Ada senyuman dibibir tua itu.

"Mak, macam mana ayah boleh jadi macam ni?"

"Mak pun tak tahu, selepas azan subuh, mak tengok. Ayah kamu tu tak bangun-bangun. Mak rasa pelik. Rupa-rupa dia dah tiada."

"Mak bersabarlah. Zati akan selalu lawat mak kat sini atau mak tinggal dengan Zati je." ajak Izz Izzati.

"Tak apalah nak. Mak nak duduk rumah ni. Kata ayah kamu, lepas pencen dia mahu tinggal di sini. Jadi biarlah mak tunaikan permintaannya untuk tinggal di kampung ni."

"TApi mak tinggal seorang..."

"Tak apa, Allah ada menemani mak. Mana abang kamu, Zati?" Puan Zalimah perasan wajah mendung Zizan sejak balik dari tanah perkuburan. Tidak mahu menegurnya pun.

"Zizan..."



P/s:bab kali ni sedih sikit...tak apa la...tak kan nak sweet je kan....so kita layan yg sedih ni hihihihi semoga terhibur.

Sunday 13 October 2013

29
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 20



Bab 20

Nakal? Nakal? Tengku Zam Hairil termenung sendirian di ruang tamu. Selepas menunaikan solat subuh dan mengaji, dia tidak tahu apa yang sepatutnya dibuatnya. Kacau Zati la!

Perlahan pintu bilik Izz Izzati dibuka. Kelihatan isterinya sedang berselimut sampai ke paras dada. Tahulah dia ABC tapi seorang isteri kena bangun awal... Bebel Tengku Zam Hairil dalam hati.

Apa yang aku nak buat? Dia merenung wajah Izz Izzati. Makin lama makin dekat. Dahi Izz Izzati berkerut. Kenapa dahinya berkerut ye? Mimpi ngeri ke? Tengku Zam Hairil tertanya-tanya.

Awat aku rasa muka aku ada angin panas ni. Lain macam je? Fikir Izz Izzati dengan mata terpejam. Dahinya berkerut.

Perlahan-lahan Izz Izzati membuka matanya. Dia tergamam. Wajah Tengku Zam Hairil begitu hampir dengan wajahnya. Dia terkaku.

"Kenapa ni Zati? Awak mimpi ngeri ke?" Soal Tengku Zam Hairil dengan jarak yang begitu dekat.

"Tak la. Cuma saya rasa ngeri bila Tengku dekat macam ni." Izz Izzati tersengih.

Pantas Tengku Zam Hairil berdiri. Dia buat muka selamba.

"Macam ni Zati, saya nak keluarlah. Dah lama tak jumpa adik saya. Jadi saya akan ke pejabatnya. Awak duduk rumah ni elok-eloklah. Sebelum tengah hari saya akan pulang. Jadi awak jangan lupa masak. Saya dah jatuh cinta dengan masakan awak. Baiklah saya keluar dulu." Tengku Zam Hairil bercakap dalam satu nafas lalu dia keluar.

Jatuh cinta? Tengku jatuh cinta pada aku ke? Izz Izzati tersentak. Dia segera bangun dari terus berbaring.

"Jangan lupa masak... Bye..." Tengku Zam Hairil terus keluar.

"Masak? Ala..." Izz Izzati yang masih kemamai ini dengar tak dengar sahaja. Dia menyambung tidurnya semula.





Fakhrol Hazril resah dan gelisah. Syarikatnya hampir muflis. Pelabur dan pemegang saham mula ugut mahu menarik diri atau menjualnya kepada sesiapa yang mahu membelinya. Ini semua gara-gara sikapnya yang boros dan berjoli dengan perempuan.

"Bos, ini laporan kewangan untuk tahun ini." Malik meletakkan fail laporan itu di atas meja.

"Letak saja atas tu dan keluar." arah Fakhrol Hazril. Dia benar-benar serabut. Siapa suruh guna duit syarikat. Mati aku! Kuasa aku hanya 45 peratus sahaja dalam syarikat ini. Memang aku akui yang si Zam tu ada 35 peratus hak dalam syarikat ini tapi aku yakin dia tidak tahu apa-apa mengenai ini.

"Bos..." Salina muncul.

"Kenapa ni?" Wajah cemas Salina membuat Fakhrol Hazril turut rasa cemas.

"Dato Yusuf mahu menjual bahagiannya."

"What?!" Fakhrol Hazril terkejut. Jika Dato Yusuf menjualnya dan kalau Si Zam tu tahu pasal ni lalu membelinya, pasti kuasanya lebih tinggi daripada aku dan aku tak layak untuk menguruskan syarikat ni.

Salina yang sudah keluar kini masuk semula.

"Bos.."

"Apa lagi ni?"

"Mama bos datang..."

Fakhrol Hazril terpana. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan ibu tirinya itu. Itulah rahsia yang membuat dia menghalau perempuan tua itu dari rumahnya. Dia benci! Rupa-rupanya selama ini yang menjagannya adalah ibu tiri. Bukannya ibu kandungnya.

"Kau nak apa datang sini? Aku kan kata jangan muncul depan aku." marah Fakhrol Hazril.

"Salah ke mama datang nak jumpa anak mama yang mama jaga bagaikan minyak yang penuh ni?" Puan Faridah begitu rindukan Fakhrol Hazril. Tengku Zam Hairil lagilah dia rindu tapi dia yakin yang anak kandungnya itu akan membencinya selepas apa yang berlaku padanya. Kerana anak tiri ini aku sanggup menghalau anak kandung aku sendiri. Aku menyesal.

"Kau bukan mak aku. Buat apa nak rindukan aku!" Fakhrol Hazril tidak mahu melihat wajah Puan Faridah.

Puan Faridah menundukkan wajahnya. Dia teringat akan madunya, Puan Khadijah. Puan Khadijah seorang rakan yang baik. Suaminya Encik Zamzuri, berkahwin dengan Puan Khadijah demi menyelamatkan maruah sahabatnya daripada di hina oleh orang kampung.

Akhirnya Zamzuri berkahwin dengan Puan Khadijah secara rahsia. Selepas melahirkan anaknya, Puan Khadijah meninggal dunia. Ketika itulah Puan Khadijah meninggalkan sepucuk surat supaya menjaga Fakhrol Hazril sehingga dia tidak pernah rasa kurangnya kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Tetapi akhirnya, Puan Faridah yang terperangkap dengan amanat seorang madunya. Kerana amanat itu, dia lupa pada anak kandungnya sendiri.

"Aku tak nak tengok muka kau lagi! Aku benci, kau faham tak!" Fakhrol Hazril menengking Puan Faridah.

"Mama tahu yang syarikat papa kamu ni ada masalah. Minta tolong abang kamu tu. Pasti kita dapat menyelamatkan syarikat ni." pujuk Puan Faridah. Syarikat ini sudah lama diusahakan oleh suaminya. Apabila Fakhrol Hazril menjadi CEO, semuanya tidak berjalan dengan baik. Anaknya itu terlalu mementingkan diri sendiri.

"Si Gay tu...?" Fakhrol Hazril bersuara.

Pang!

Puan Faridah menampar pipi anak tirinya itu. "Mungkin dulu kau boleh perbodohkan aku dengan tuduhan palsu tu tapi jangan kau sesekali kata anak aku macam tu. Sekarang dia dah kahwin dan bahagia pun. Kau! Kau ada apa? Tak ada apa-apa. Kalau macam ni perangai kau, sampai kau mati pun tak ada orang nak sayang kau!"

Pang!

Kini, giliran Pipi Puan Faridah pula di tampar. Dia sedikit kebelakang, mujur ada seseorang yang menahan.

"Zam..." Puan Faridah terkejut dengan kehadiran anak kandungnya itu. Dia sudah mendengar semuanya.

"Mama..." Air mata Tengku Zam Hairil mengalir. Tak tergamak dia melihat Puan Faridah diperlakukan seperti itu.

Puan Faridah tertunduk.

"Kau! Buat apa kau datang sini? Menyibuk je!" Sikit pun Fakhrol Hazril tidak memandang Tengku Zam Hairil.

"Aku datang nak tanya khabar kau. Tapi ini yang kau buat pada mama." kata Tengku Zam Hairil. "Mama, jom ikut Zam. Zam akan jaga mama." Tengku Zam Hairil membantu Puan Faridah berdiri. Dia membantu Puan Faridah tanpa mengetahui sebab sebenar.

"Tak!Tak boleh!" Fakhrol Hazril menghampiri mereka berdua lantas menarik kasar tangan kanan Puan Faridah.

"Hey!" marah Tengku Zam Hairil.

Dia dah ada Izz, kini nak ambil mama pula. Mana boleh! Nampak sangat aku keseorangan. Aku tak nak! Biar pun aku benci perempuan ni tapi aku nak dia ada dengan aku. Kalau Zam buat tak peduli pada mama, tak apa la. Ini siap nak bawa balik. Tak boleh jadi ni...

"Aku akan jaga mama."

Puan Faridah tersentak. Dia tidak mahu bersama Fakhrol Hazril. Dia rindukan anak kandungnya.

"Mama akan ikut aku..." Tengku Zam Hairil menarik tangan kiri Puan Faridah. Selepas itu bermulalah tarik-tarik antara mereka berdua.

"Lepas! Sakit tangan mama..." Rayu Puan Faridah. Dia pelik dengan sikap anak tirinya itu. Tiba-tiba mahu menjaganya.

"Ikut aku la." Dengan sekuat hati dia menarik tangan Puan Faridah dan pegangan tangan Tengku Zam Hairil terlepas.

"Mama..." Wajah sedih Tengku Zam Hairil terpamer. Dia lepaskan tangannya kerana tidak mahu Puan Faridah terus rasa sakit dengan adengan tarik menarik ini. Dia tidak mahu menyakitkan tangan orang yang banyak berjasa padanya.

"Zam..."

"Tangan mama okey? Nak Zam bawa pergi hospital?" Tengku Zam Hairil menghampiri Puan Faridah yang rebah ke lantai akibat tarikan yang kuat itu.

Fakhrol Hazril hanya menjeling tajam.

"Tak payah! Aku boleh hantarkan. Kau keluar dari pejabat aku ni! Aku meluat tengok muka kau." halau Fakhrol Hazril.

"Mama, Zam pergi dulu. Mama jaga diri tau... Zam sayang mama." Tengku Zam Hairil bersalaman dengan Puan Faridah dan berlalu pergi.

Zam, jangan tinggalkan mama di sini. Rintih hati Puan Faridah.

Tengku Zam Hairil rasa berat hati mahu meninggalkan Puan Faridah di situ tetapi siapalah dia. Puan Faridah tentu lebih sayang pada Fakhrol Hazril berbanding dirinya.

Seharian Tengku Zam Hairil berjalan tanpa arah tujuan sehingga dia lupa akan janjinya yang mahu pulang ke rumah pada waktu tengah hari tetapi kini sudah waktu tengah malam.

Tengku Zam Hairil menutup rapat pintu rumahnya. Dia duduk berehat seketika di sofa. Rasa sedihnya masih terasa. Dia memejamkan mata untuk seketika.

Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara. Suara seseorang yang sedang mengaji. Perasaannya tenang mendengar kalimah Allah di baca. Pantas dia menuju ke bilik isterinya. Siapa lagi yang ada dalam rumah ini kalau bukan dia je?

Tengku Zam Hairil membuka perlahan pintu bilik Izz Izzati. Wanita itu sedang membaca surah Yassin. Sudah hampir penghujung.

Izz Izzati terkejut dengan kehadiran Tengku Zam Hairil di dalam biliknya sehingga bacaannya terhenti. Pada mulanya dia mahu memarahi suaminya kerana tidak pulang waktu tengah hari. Penat-penat masak tapi tak balik. Hatinya menjadi lemah apabila melihat wajah mendung Tengku Zam Hairil. Pasti ada yang membuat hati suaminya sedih.

“Jangan berhenti, dah nak habis tu...”

Izz Izzati menyambung kembali bacaannya. Tengku Zam Hairil turut sama membaca di sisinya. Lelaki itu bagaikan sudah menghafal surah tersebut.

Perlahan-lahan Izz Izzati menutup Al-Quran tersebut lalu di letakkan di rak buku yang paling tinggi. Apabila dia berpaling untuk melihat Tengku Zam Hairil. Dia terkejut. Suaminya betul-betul di belakangnya. Makin terkejut apabila melihat ada air yang mengalir keluar dari matanya.

“Kenapa ni Tengku?” soal Izz Izzati dengan cemas. Tiba-tiba sahaja laki aku nangis. Mana la aku tak cemas. Selalunya kerja dia nak usik aku je. Kenakan aku la. Ini nangis pula. Lemah jiwa aku tengok orang menangis ni.

Bacaan Izz Izzati membuatkan ingatannya pada seseorang yang bernama Feya. Sudah lama dia tidak merindui gadis comel itu.

“Zati, saya rindukan dia! Saya rindukan dia sangat-sangat.” Luah Tengku Zam Hairil sambil air mata mengalir. Dia terus memeluk Izz Izzati yang masih berdiri tegak itu.

“Dia tu siapa?” Izz Izzati membiarkan sahaja pelukan Tengku Zam Hairil seperti mana suaminya membiarkan persoalan itu tanpa jawapan.

"Zati, boleh tak awak teman saya tidur?" pinta Tengku Zam Hairil persis seorang kanak-kanak yang mahu ibunya menemaninya tidur.

Izz Izzati bagaikan dipukau dan hanya mengikut langkah suaminya ke katil.

"Zati, dia tu ialah Feya..." Tengku Zam Hairil mula bercerita. Selepas isterinya melipat sejadah dan telekung, mereka berdua berbaring atas katil.

Ketika itu, hati Izz Izzati berdebar hebat apabila berpelukan begitu. Makin lama, makin kuat debarannya. Tak boleh jadi.

"Tengku, saya ada buat kek kukus siang tadi. Jom makan sambil berbual..." ajak Izz Izzati. Dia tidak boleh berkeadaan begitu lama-lama. Boleh mati kering dibuatnya sebab terlalu bahagia berada dalam pelukan suaminya itu.

"Kek? Boleh juga." Tengku Zam Hairil setuju. Perutnya terasa lapar pula.

"Meh!" Izz Izzati menarik tangan Tengku Zam Hairil menuju ke dapur. Suaminya duduk di kerusi makan manakala dia membuka pintu peti ais dan mengeluarkan kek kukus coklat.

"Makanla..." Izz Izzati menghidangkan sepotong kek untuk suaminya itu.

"Tak selera pula. Saya jumpa mama tadi..." akhirnya Tengku Zam Hairil meluahkan perasaannya.

"Kalau tak selera, saya suapkan..." perlahan tangannya yang memegang sudu yang sudah ada sedikit kek disuakan ke mulut Tengku Zam Hairil.

Tengku Zam Hairil gelengkan kepala.

"Penat saya masak. Dahlah tunggu Tengku balik tapi tak balik-balik..." ada nada merajuk. Izz Izzati berjauh hati.

"Zati, maafkan saya!" Itulah Tengku Zam Hairil yang cepat rasa bersalah. "Baiklah saya makan." serentak itu, dia menarik kerusinya agak rapat dengan Izz Izzati sambil makan suapan isterinya itu.

Izz Izzati tersentak. Nak makan, makan je la tapi rasanya tak perlulah duduk rapat-rapat kan? Kan? Hatinya berperang sendirian.

"Zati..."

"Ya, saya maafkan Tengku. Mama sihat?" soal Izz Izzati. Baru beberapa hari lalu dia berjumpa dengan ibu mertuanya itu.

Wajah Tengku Zam Hairil kembali sedih. "Mama sihat..."

"Siapa Feya?" tiba-tiba persoalan itu timbul. Izz Izzati pun tak sangka mulutnya mahu menanyakan soalan itu.

"Feya...?" Tengku Zam Hairil termenung tetapi tiap kali Izz Izzati suakan ke mulut suaminya, elok sahaja masuk ke dalam mulut. Pelik betul.

"Tengku..." panggil Izz Izzati.

"Sedap kek awak buat ni. Nanti buat lagi tau..." Tengku Zam Hairil ubah topik. Dia tidak bersedia menceritakan perkara mengenai Feya. Biarlah masa yang tentukan.



Izz Izzati terkejut. Dia terus bangkit dari tidur. Apa yang terjadi semalam. Lepas makan kek, aku dan dia buat apa ye? Kepalanya rasa pening. Sudahlah! Baik aku pergi mandi. Dah lewat sangat ni. Dah nak masuk tengah hari, apa nak jadi la bini seorang ni. Izz Izzati bergegas ke bilik air.

Pantas tangannya membuka pintu bilik air itu.

"Apocot!" Izz Izzati terkejut melihat Tengku Zam Hairil berada dalam bilik air tersebut dan sedang bercukur.

"Sorry Zati. Cermin dalam bilik air saya pecah sebab saya terbaling telefon saya terkena cermin."Tengku Zam Hairil tersengih walaupun sengihannya itu tidak kelihatan kerana dilindungi oleh buih putih yang memenuhi bahagian mulut, dagu dan leher.

Baling telefon pada cermin? Gila ke tak siuman ni? Tapi bila dia baling? Lantak la!

"Tak apa tapi ada satu syarat." Izz Izzati tersenyum penuh makna. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya saat ini.

Tengku Zam Hairil menaikan keningnya. "Apa?"

"Saya nak tolong Tengku bercukur. Tak pernah cuba. So, rasa nak buat la."

"Pandai ke awak bercukur ni?" entah mengapa Tengku Zam Hairil tidak percaya.

"Mestilah boleh! Tak cuba tak tahu."

"Okey..." pencukur sudah bertukar tangan.

Izz Izzati memerhati buih pekat yang ada di dagu Tengku Zam Hairil. Dia rasa geram pula. Perlahan dia gerakan pencukur ke dagu suaminya. Mereka benar-benar rapat. Izz Izzati leka melakukannya.

"Hati-hati Zati..." bimbang Tengku Zam Hairil. Pencukur ini satu alat yang lama, tambahan pula pencukur ini menggunaka pisau nipis. Maka, ia perlu digunakan dengan penuh berhati-hati. Tidak seperti pencukur yang sedia ada.

"Relaks je..." Izz Izzti tersenyum lebar.

"Aduh!" Tengku Zam Hairil terkejut. Ada luka di dagunya.

"Maaf Tengku. Ini semua salah Tengku sebab masih gunakan pencukur yang klasik ni.." marah Izz Izzati walaupun sebentar tadi dia rasa bahagia sangat.

"Kita yang sakit, kita juga yang kena marah." Tengku Zam Hairil mengeluh. "Cium kan!" geramnya.

"Tak nak! Lari!" Izz Izzati berlari bersama pencukur klasik itu.

"Eh, Zati! Pencukur turun temurun milik keluarga saya tu..." Tengku Zam Hairil mengejar isterinya. Tanpa sedar ada perasaan bahagia dalam hati mereka.

"Zati, buka pintu ni! Saya tak habis bercukur lagi ni..." Jeritnya dari luar.

"Saya akan buka kalau Tengku maafkan saya."

"Ye, saya maafkan awak, Zati."

"Macam tu la." Serentak itu Izz Izzati membuka pintu biliknya. "Saya cop bilik air tu, Tengku cari cermin lain ye." Dia terus berlari keluar bilik dan menuju ke bilik air.

Tiba-tiba telefon bimbit Izz Izzati berbunyi. Tengku Zam Hairil menghampiri telefon tersebut.

"Mak yang call..." pantas tangannya menekan punat dan menjawab call tersebut.

Puan Zalimah bercakap satu ayat yang membuat Tengku Zam Hairil juga tergamam dan terkejut.

"Ayah..."



Ps: apa yang berlaku ni? Kenapa dengan ayah zati ni? Ish kena tunggu bab seterusnya ni...ihihihihi

Wednesday 9 October 2013

22
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 19


Bab 19

Tengku Zam Hairil masih terkejut dengan lelaki yang menghampiri mereka itu.

"Saya suami Izz Izzati..." sengaja dia berkata begitu. Lebih baik dia berkata begitu supaya tidak berlaku salah faham.

"Muhammad Zarrin Rizqin!" tubuh Izz Izzati mengeletar. Dia takut untuk memikirkan masa silam yang dia ingin lupakan sejak dia berusia 17 tahun. Dia ingin melupakan lelaki ini tetapi mulutnya lancar menyebut nama itu. Dia kena cari kekuatan buat masa dia.

Izz Izzati bertindak memeluk lengan Tengku Zam Hairil.

"Hai Izz. Tak sangka kacak juga laki kau. Tapi aku tahu yang kau masih teringat kisah cinta kita..."

"Cinta?" Tengku Zam Hairil mula rasa tidak sedap hati.

"Tak ada apa-apa Tengku. Jom kita balik." Izz Izzati menarik tangan suaminya. Dia baru sahaja bahagia tetapi lelaki ini muncul pula.

Sepanjang dalam kereta, Izz Izzati mendiamkan diri. Tambahan pula Tengku Zam Hairil memasang ceramah Ustaz Kazim Elias. Makin terdiam dibuatnya.

"Jangan sesekali menghina rupa paras orang lain. Dia tak cantik ke, gelap ke, gemuk ke, itu rezeki dia. Sebab Allah yang menciptakannya. Dan Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian." kata Ustaz Kazim Elias.

Izz Izzati terdiam. Dia benar-benar teringat kisahnya bersama Rizqin. Dia menghina ciptaan Allah.

"Abang, adik pergi kedai buku kat sana kejap. Nak tengok novel." Izz Izzati meminta izin dari Zizan. Ketika itu dia berusia 16 tahun dan Zizan di tingkatan enam bawah.

Zizan hanya angguk kepala.

"Wah, banyak novel nak kena beli. Novel ni best. Novel ni top! Novel ni romantik. Novel ni meletup. Aku nak beli novel yang mana satu ni? Naik gila dah ni!" Izz Izzati berkata bersendiri. Dia berjalan lagi selepas melalui bahagian novel terbitan Buku Prima, Kaki novel dan Fajar Pakeer. Dia pun lalu depan rak novel-novel di bawah terbitan Karya Seni, dia ternampak seorang lelaki yang memakai topi dan cermin mata. Jaketnya yang berwarna hitam cukup menarik perhatiannya untuk memerhati lelaki tersebut.

Tanpa di sedari oleh lelaki itu, Izz Izzati ternampak lelaki itu mengambil sebuah novel bertajuk Suamiku Ustaz lalu sorokan dalam jaketnya.

"Awak mencuri ye?" Izz Izzati tegur dengan perlahan seperti berbisik.

Lelaki itu tersentak.

"Baik awak letak semula sebelum saya bagi tahu tuan kedai ni. Saya memang anti kalau orang mencuri novel ni." geram Izz Izzati. Dia memang seorang yang fanatik dengan novel-novel.

"Kenapa orang suka baca novel? Macamlah best sangat..." soal lelaki yang tidak dikenali itu sambil meletakkan semula novel yang diambilnya sebentar tadi. Dah kantoi!

"Orang yang tidak pernah baca novel, dia tidak akan tahu apa perasaan orang yang baca novel. Orang yang tidak pernah baca novel, dia tidak akan tahu ilmu dan pengajaran yang ada bila baca novel..." Izz Izzati ingin menyambung lagi ayatnya itu tetapi di sampuk oleh lelaki itu.

"Orang yang tidak pernah baca novel, dia tidak layak untuk memburukkan orang yang suka baca novel, macam tu ke?" Lelaki itu tersenyum.

Ya Allah! Manisnya senyuman mamat ni. Izz Izzati tersentak.

"Betul tu..." Izz Izzati tergamam sedikit. Lebih baik aku tinggalkan mamat ni sebelum aku jadi miang tak kena tempat.

Izz Izzati melangkah setapak tetapi lelaki tadi menarik tangannya dan memaksanya mengikut langkahnya.

"Hey, awak dahlah kerja mencuri tadi, terus dapat kerja lain..." soal Izz Izzati dengan geram. Selamba sahaja tarik orang macam tu. Dahlah tak kenal.

Mereka berada di luar kedai. Lelaki itu berhenti dan merenung wajah Izz Izzati.

"Kerja apa pula ni?" berkerut dahi lelaki itu.

"Kerja menculik orang pula." Izz Izzati berkata. Matanya memandang sekeliling. Manalah tahu yang abangnya berada di kawasan berhampiran. Kalau berlaku apa-apa mungkin abang Zizan sempat selamatkan. Kalau tak, masak juga aku nanti.

"Mungkin itu kerja baru saya. Menculik hati awak." Lelaki itu menarik hidung mancung milik Izz Izzati lalu terus pergi dari situ.

Izz Izzati tergamam. Nak kata miang atau nakal? Aku dah pening. Lupakan sahaja. Lebih baik cari abang.

Keesokan harinya, Izz Izzati dikhabarkan ada seorang pelajar tingkatan lima baru sahaja berpindah di sekolahnya, sudah buat masalah disiplin iaitu ponteng kelas. Cikgu pun tidak tahu di mana pelajar tersebut ponteng.

"Izz, dah lama aku tengok kau ni single. Lelaki macam mana yang kau suka?" soal sahabatnya, Qistina.

"Qis, aku ni mempunyai citarasa yang berbeza. Aku suka lelaki yang nakal, bukannya miang." Izz Izzati tersenyum tetapi senyumannya mati apabila dia ternampak seseorang yang sedang berjalan tepi kelasnya. Dia pakai topi dan bercermin mata. Lelaki semalam ke?

Sempat lelaki itu tersenyum pada Izz Izzati.

"Nakal dan miang? Bukankah lebih kurang sahaja?" Qistina masih tak faham apa yang ingin disampaikan oleh sahabatnya itu.

"Nakal tu, bila dia bercakap dan bergurau dengan kita, kita rasa bahagia. Sweet je. Rasanya kalau dia tak mengusik kita sehari, pasti kita rindu pada dia. Tapi kalau miang ni, kalau dia tak mengusik kita setahun atau selama-lamanya pun tak apa. Tak ada orang nak rindu." Izz Izzati sudah berdiri. "Aku nak ke tandas sekejap."

"Oh, macam tu!" Qistina angguk kepala. "Tak nak aku teman ke?"

"Ala, ke tandas je. Bukannya pergi rumah hantu." Izz Izzati ketawa kecil.

"Fine! Tak nak teman pun." Rajuk Qistina.

Izz Izzati berjalan ke tandas perempuan. Selepas selesai, dia ternampak bayang dalam sebuah tandas yang pintunya sentiasa tertutup. Hatinya berdebar hebat. Ikutkan hati mahu pergi dan pura-pura tidak tahu tapi dia yakin ada orang dalam tandas itu.

Tandas tersebut sememangnya rosak dan tiada orang guna. Pengunci pun rosak. Perlahan-lahan Izz Izzati membuka pintu tersebut. Serentak itu tangannya ditarik seseorang dan pintu tandas tersebut tertutup kembali.

Izz Izzati tersentak melihat lelaki yang bermasalah itu.

"Shhhh, boleh diam sekejap tak?" bisik lelaki itu. "Nama aku Riz. Aku tak nak kau bagitau sesiapa pun ini tempat lepak rahsia aku." luahnya. "Lepas tamat sekolah, aku nak jumpa kau kat blok C." selesai sahaja berkata begitu, Rizqin terus berlalu pergi apabila dia yakin tiada orang nampak dia keluar dari tandas perempuan itu.

Izz Izzati berdebar. Hatinya berdegup kencang tanpa terkawal. Dia bukannya takut pada Rizqin tetapi dia begitu teruja dengan lelaki yang nakal macam tu. Tidak pernah dia berjumpa lelaki sesamseng itu padanya.

"Masalah betul nak jumpa time balik sekolah. Abang mesti tunggu aku. Apa aku nak cakap ye? Kalau cakap ada kelas tambahan, dia akan tunggu sampai aku habis kelas. Kalau aku cakap nak buat study group, pasti dia ajak kawan-kawan aku ke rumah. Naya. Aku mana ada kawan sangat. Peningnya!

"Zati, kita dah sampai?" tiba-tiba suara Tengku Zam Hairil menerjah ruang kotak minda Izz Izzati yang teringat itu.

"Dah sampai ke?" pantas dia turun dari kereta dan masuk ke bilik.

Tengku Zam Hairil rasa pelik pula. Biarlah! Dia pun masuk ke biliknya sendiri. Selesai mandi dan solat Isyak, dia berlalu ke ruang tamu. Izz Izzati sedang menonton televisyen.

"Awak.." Izz Izzati jadi rindu dengan suasana nakal Rizqin.

"Siapa lelaki tadi...?" Tengku Zam Hairil menyapa isterinya yang sedang termenung. Dia pasti yang Izz Izzati tidak menonton tetapi berangan. Pantas tangannya menutup TV tersebut. Membazir elektrik sahaja. Kalau nak berangan pun tutuplah dulu TV tu.

Tersentak Izz Izzati. Sempat dia merenung suaminya sebelum dia melarikan padangan matanya.

"Riz?" lemah suara Izz Izzati. "Dia cinta pertama saya..." Jujurnya. Buat apa mahu berahsia. Lagipun yang bertanya itu adalah suaminya. Dia berhak tahu apa yang berlaku agar tidak timbul salah faham.

"Riz... Tak kisahlah nama dia apa tapi kenapa korang tak bersama?"

"Sebab abang zizan tak suka dia?"

"Kenapa?"

"Dia nakal. Samseng sekolah tu..." Izz Izzati ketawa sendirian. Lama dia merenung kosong skrin TV yang sudah gelap itu.

Tak betul ke si Zati ni. Tanpa Tengku Zam Hairil sedar, dia rasa cemburu. "Patutlah..."

"Sebab saya yang suka lelaki macam tu. Saya suka lelaki yang nakal dan samseng sekolah. Entah! Masa kat sekolah dulu, dia sangat menarik perhatian saya. Sikap dan cara dia sentiasa buat saya rasa mahu tersenyum setiap hari. Dia sangat istimewa ketika itu. Walaupun perasaan ini dia tidak pernah tahu tapi kami rapat."

"Macam mana boleh rapat?"

"Saya yang rapatkan diri dengannya..."

"Zati..." nada Izz Izzati yang kedengaran gurau segera Tengku Zam Hairil menegur.

"Saya suka gila pada lelaki yang nakal iaitu Riz. Keja dia mengenakan saya je. Mengejek saya... Saya selalu marah dia tapi marah manja sehingga saya jatuh cinta padanya. Disebabkan abang zizan tak suka dia terpaksa saya katakan saya benci dia gila-gila." Izz Izzati tertunduk. Memang cara dia berpisah dengan Rizqin sangat tidak patut. Mana-mana lelaki pun tidak boleh terima alasan ini.

"Sabarlah Zati..." Tengku Zam Hairil pun tidak tahu mahu berkata apa.

"Tak ada benda nak disabarkan Tengku. Saya dengan dia tiada apa-apa. Kisah kami dah 9 tahun berlalu. Saya pun tak nak ingat."

"Kenapa?"

"Sebab saya ada Tengku."

Selamba Izz Izzati berkata.

Tengku Zam Hairil pula yang tersentak.

"Saya?"

"Eh, Tengku ni! Tengku kan suami saya. Mana saya nak campak Tengku kalau suka lelaki lain. Biarlah. Lagipun saya selesa tinggal bersama Tengku..." luah Izz Izzati lagi.

"Kenapa rasa selesa?"

"Sebab Tengku lebih nakal dari Riz!" Izz Izzati berlari masuk ke dalam biliknya.

Tengku Zam Hairil tidak sempat mahu berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum bahagia. Makan maggie la...

Izz Izzati mengunci pintu biliknya. Hati berdebar tatkala melafazkan kata-kata tadi. Terus lupa pasal Rizqin. Betul ke apa yang aku cakap? Baru beberapa hari kami kahwin aku dah jatuh cinta pada dia? Susah betul kalau aku dah suka lelaki nakal. Aku memang akan setia padanya. Tiba-tiba hidungnya menghidu sesuatu. Maggie?

Terpaksa Izz Izzati keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

"Lapar ke?"

"Ya..." Jawab Tengku Zam Hairil. Dua minit dah masak maggienya.

"Sedap ke?" entah mengapa Izz Izzati rasa terliur melihat maggie itu.

"Nak saya suap?" Tengku Zam Hairil mula bernakal. Zati suka lelaki nakal ye? Aku akan jadi lebih nakal berbanding lelaki nama Riz. Saja betul nak buat aku rasa cemburu. Ambik kau!

"Boleh juga..." Izz Izzati melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya.

"Tapi dengar satu syarat..."

"Apa dia?"

"Syaratnya kena duduk sini..." Tengku Zam Hairil menepuk pahanya.

Automatik wajah Izz Izzati menjadi merah.

"Ala, duduk atas kerusi la..."

"Meh la..." Tengku Zam Hairil sengaja membuat senyuman paling sweet.

Izz Izzati terpaku. Dia gilakan senyuman Tengku Zam Hairil.

Akhirnya Izz Izzati duduk di situ sambil mereka berdua berkongsi semangkuk maggie.

"Habis!" pantas Izz Izzati berdiri. Wajahnya yang sudah membahang menurun perlahan. Rasa lega terasa.

"Sedap tak?"

"Sedap. Esok kita try masak Pama pula ye?" cadang Izz Izzati.

"Beres... Tolong kemas dapur ni ye?" pinta Tengku Zam Hairil.

"Okey, Tengku."

Tengku Zam Hairil tersenyum. Wajah Izz Izzati sungguh comel apabila dipandang dengan jarak yang begitu dekat. Lain kali nak nakal lagi. Dia terus berlalu ke biliknya.



P/s : siap pun bab kali ni...hihihi agak2 faham tak jalan citernya...pening juga rasanya bila dah masuk orang ke tiga yang mengganggu hubungan mereka..semoga terhibur.