Followers

Monday 8 August 2011

11
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 12 siri 1

Lidya mengelabah. Dia kini sudah berada dalam masjid. Tidak berani untuk dia memandang ke tempat akad nikah. Dia yakin yang bakal suaminya berada di situ. Sungguh hatinya berdebar-debar.
Lidya tidak berkesempatan untuk mengenali siapa bakal suaminya kerana perkahwinan itu berlansung selepas beberapa hari umi memberitahu kepadanya.
“Kaya betul bakal suami aku ni,” kata Lidya perlahan.
“Kaya memang kaya,” Salina menambah lagi ayatnya. Lidya geram. Salina pula tersenyum. Dia memang gembira dengan perkahwinan ini.
Akad nikah berlangsung juga. Saat itu dia melihat seorang lelaki yang wajahnya cukup pucat. “Danish!” hatinya berbisik. Lelaki itu tersenyum manis ke arahnya.
Sekali lafaz sahaja, Lidya Alya sudah sah menjadi isteri Danish Aniq. Air mata kegembiraan dan kesyukuran mengalir. Dia bersyukur kerana lelaki yang mula bertakhta di hatinya kini menjadi suaminya. Hatinya sudah tenang.
Umi Kalsom dan ibu mertuanya, Datin Erni gembira sekali dengan perkahwinan ini. Mereka menghampiri Lidya lalu memeluknya.
            Danish juga bersyukur. Gadis yang dinantikan selama ini sudah sah menjadi miliknya. Dipandang Lidya dari jauh. Sungguh cantik. Lidya mengenakan pakaian pengantin yang ditempah khas oleh Danish. Warna putih dan ada sedikit sulaman berwarna merah. Memang sesuai dengan Lidya.
            Danish menghampiri Lidya untuk sarungkan cincin perkahwinan pada jari manisnya. ‘Sejuknya tangan buah hati aku ni,’ Danish tersenyum. Mungkin Lidya gementar. Saat Danish mengucup dahi Lidya, dia rasa bahagia sangat. ‘Rasa macam nak peluk Lidya sekarang je,’ kata hatinya. Makin lebar senyuman Danish. Wajah Lidya sudah kemerahan. Malu.
            Muka Danish semakin pucat. Walaupun dia bekerja di pejabat seharian tetapi dia masih ada rehat. Tidak seperti sekarang, tiada rehat untuknya. Terpaksa dia mengadu kepada ibunya, Datin Erni.
            Danish menuju ke biliknya. Puas dia mencari kelibat Lidya, isteri yang disayanginya. Tanpa Danish mengetahui, Lidya sudah berada di bilik pengantin.
Lidya berehat seketika. Dia tidak sedar yang dia belum tanggalkan tudung. Baru sahaja Lidya ingin menanggalkan tudungnya. Danish membuka pintu dari luar membuatkan Lidya membatalkan niatnya untuk membuka tudung.
‘Kat sini rupanya dia,’ Danish tersenyum lemah. Dia penat sebenarnya. Danish merapati Lidya lalu membuka tudungnya. Lidya kaku. Tidak tahu mahu buat apa sama ada melawan atau membiarkan sahaja. Akhirnya Lidya membiarkan sahaja.
Rambut Lidya yang panjang disanggul kemas oleh Danish. Danish diam membisu. Perlahan-lahan Danish memeluk Lidya dan mencari sesuatu yang dia suka yang ada pada Lidya... Lidya pula terasa lain macam sahaja tindakan Danish ke atasnya. Secara automatik, Lidya menolak tubuh Danish. Danish yang lemah itu, terus terjatuh atas lantai. Terkejut Lidya. Cepat-cepat dia menghampiri suaminya itu dan memimpin ke katil. Rasa bersalah menguasai dirinya. Danish berbaring atas katil.
Sejak dia sah menjadi isteri Danish, dia berazam akan menjadi isteri yang solehah dan menerima Danish seadanya. Tambahan pula hatinya memang menyukai Danish tetapi untuk beritahu Danish mengenai perasaannya memang dia berasa malu. Biarlah dulu.
Lidya ingin mengambil air untuk suaminya tetapi dihalang oleh Danish. “Teman abang tidur kejap, boleh?” Lidya hanya mengikut kehendak Danish. Danish memeluk Lidya. Lidya turut terlena dalam dakapan suaminya. Mereka kepenatan.
“Alamak! Dah lewat ni,” Lidya terkejut melihat jam dinding yang kini sudah menunjukkan jam pukul 8 malam. Dia sudah terlewat menunaikan fardu maghrib. Cepat-cepat dia mengambil wuduk dan apabila keluar daripada bilik air, Danish menunggu untuk mengambil wuduk juga.
“Kita solat berjemaah. Tunggu abang ye,” katanya lembut. Wajah suaminya tidak lagi pucat seperti siang tadi.
Mereka solat berjemaah dan menunaikan fardu isyak sekali apabila masuk waktu. Lidya memperhatikan watak suaminya, pelik. Gigi taring suaminya begitu menyerlah dimatanya sekarang. Berbanding siang tadi. Suaminya menghampirinya yang duduk dibirai katil. Lidya berdebar-debar. Tubuhnya ditolak lembut membuatkan Lidya terbaring atas katil. Danish menindih tubuhnya yang kecil itu. Lidya terkaku.
Suaminya menyelak rambutnya yang menutup leher. Kemudian, suaminya cuba membuat perkara yang sama. Lidya memang tidak suka. Ditepisnya wajah Danish yang semakin menghampirinya. Akhirnya dia menolak tubuh Danish sekuat hati sehingga Danish jatuh dari katil. Ini sudah kali kedua Danish jatuh.
Danish membuat muka geram.
Tiba-tiba suaminya tersenyum. Tercapai juga hasratnya. Terdapat parut dileher Lidya. Memang itu adalah perbuatannya. Perasaan ingin tahu mengenai leher Lidya membuatkan dia hilang kawalan. Danish bagaikan dipukau dengan wajah lembut Lidya. Tidak pernah dia berperasaan seperti ini. Sudah lama Danish menahan perasaannya dan malam ini Lidya menjadi miliknya secara sah. Ternyata Lidya memang cantik sehingga Danish menjadi gila bayang dibuatnya.
“Apa bos buat ni?”tanya Lidya. ‘Aduh tersasul tanya soalan tu pula,’ Lidya mengutuk dirinya sendiri.
“Bos? Apa pula ‘bos’? Abang  la...” jawap Danish dengan suara yang geram. ‘Dia betul-betul panggil aku bos. Hish, insan bertuah ni. Nasib baik aku sayang kau lebih-lebih. Kalau tidak...’ bisik hati Danish.
‘Apa kena bos aku ni? Menganas lain macam sahaja. Takut,’ hati Lidya tidak tenang. Siang tadi Danish bercakap dengan lembutnya tapi sekarang perwatakan Danish sudah berubah sikit. Lidya mula gerun. Kaku.
“Abang nak cium sayang,” katanya dengan penuh keselambaan. Danish bangun dan cuba mencium isterinya tetapi Lidya melarikan diri. Berkejaran mereka dalam bilik tersebut.
“Bos, kita sudah tawaf 5 kali ni?” mereka berdua berlari mengelilingi katil. Danish masih tersenyum.
“Tak apa la,” Danish gembira.
“Bos! Saya tiada niat nak menderhaka pada bos. Cuma saya tidak bersedia. Bos faham kan? Suatu hari nanti saya akan terima juga bos. Cuma bagi masa sikit,” jelas Lidya.
“Masa? Sayang nak berapa lama?” Danish menyoal.
“Tak tahu la bos,”
“Kalau macam tu, abang bagi seminggu sahaja. Cukup?”
“Eh, mana cukup!” Lidya terkejut. Pergerakkan dia terhenti. Danish mengambil peluang ini untuk menangkap Lidya dan akhirnya dia berjaya. Kini Lidya dalam pelukkannya. Danish menggigit hidung Lidya.
“Sakit la bos!” marah Lidya. Berbekas sudah dihidungnya dengan bentuk gigi suaminya. Suaminya suka mengigit  rupanya. ‘Suami aku ni Vampire ke? Tak kan kot. Dah ada gigi taring. Siang hari pucat jer muka tapi malam hari berseri dan bersemangat bagaikan vampire yang mendapat darah. Betul ke ni?’ Lidya berkata sendiri dalam hatinya. Gerun.
“Sakit? Siapa suruh cantik sangat. Tengok! Abang juga yang rasa geram,” Danish berkata sambil tangannya merayap ke tubuh isterinya yang berbadan kecil itu. Lidya menolak tubuh suaminya sekuat hatinya sehingga suaminya bergolek atas lantai.
‘Alahai, asyik jatuh bergolek aje aku ni. Lidya oh Lidya. Aku takkan lepaskan kau! Tak kan!’ hatinya berbisik.
“Aduh! Sungguh luar biasa tenaga isteriku ini,” sempat Danish bergurau dengan isterinya. Lidya membuat muncung. Dia ingin keluar dari bilik tersebut tetapi dia terpaksa melalui Danish. Mata Danish memandang Lidya. ‘Lidya memang cantik. Aku dah jatuh cinta padanya. Aku tidak akan lepaskan kau Lidya,’ hatinya berkata lagi sambil tersenyum nakal.
“Jangan nak senyum-senyum macam tu,” marah Lidya. Lidya berlari ke arah pintu bilik. ‘Nasib baik berjaya keluar tapi…’ Lidya tergamam. Lidya belum memakai tudung. Masih ramai tetamu yang belum pulang. Terpaksa Lidya melangkah masuk semula ke bilik pengantin. Jelas senyuman nakal Danish di matanya.
‘Apasal senyuman laki aku ni nampak lain sangat. Bukan menggoda tapi menakutkan. Tidak macam bos yang aku kenal dulu,’ dirinya mengeluh.
Suaminya masih di lantai tempat yang dia tergolek tadi. Lidya siap memakai tudung. Perlahan-lahan Danish  bangun dan mengenggam jemari Lidya. Kukuh. Tidak mampu Lidya menepisnya. Mereka keluar dari bilik itu bersama-sama. Mereka berdua menjadi tarikan saudara- mara Danish.
Lidya yang mengenakan pakaian yang ringkas iaitu jubah berwarna ungu dipadankan dengan tudung labuhnya berwarna hitam manakala Danish berbaju lengan pendek berwarna merah dan berkain pelekat. Ada yang menegur penampilan Danish yang hanya berkain pelekat. Danish mampu tersenyum sahaja.
Danish mencari kelibat Lidya. ‘Rajin belum isteri aku menghilang. Ini baru sehari. Belum berhari-hari. Alahai,’ Danish ternampak Lidya di dapur.
“Sayang buat apa tu?” soal Danish. ‘Aktif betul mamat ni bila malam hari,’ kata Lidya dalam hati. ‘Perutnya sakit lain macam. Itu pasal dia mencari makan di dapur,’ Lidya tersenyum pada suaminya.
“Makan. Bos nak?” tawar Lidya. Danish hanya tersenyum kelat. Dia berbisik di telinga Lidya.
“Ye pun sayang nak panggil bos, jangan la depan-depan mama papa dan tetamu abang. Malu la. Maruah suami, sayang kenalah jaga,” katanya perlahan. Lidya berdebar dengan bisikan itu.
“Baiklah bos,” Danish menaikkan keningnya.
“Ops! Maaf, abang,” lembut sahaja suara Lidya dipendengaran Danish.
“Macam tu la abang sayang lebih ni. Nak sayang suap,” kata Danish sambil mula membuka mulutnya dan merapati isterinya dengan menarik kerusi. Lidya menyuap Danish dengan tangannya dan tersenyum gembira.
Danish ingin bermanja dengan Lidya. Sungguh! Dia bahagia di samping Lidya. Melihat Lidya melayan dia dengan baik membuat dia lupa perasaan cemburu dengan Zafri.
Snap! Ada pancaran cahaya yang terang. Rupanya Damia menangkap gambar mereka. Mereka hanya tersenyum.
“Comelnya pasangan bahagia ni,” puji Damia. Dia seperti pernah melihat wajah Lidya tetapi dia tidak ingat. Tidak kisahlah, janji Danish bahagia.
“Puji ada makna ni,” kata Danish kepada adiknya.
“Mana ada makna,” Damia tersenyum.
“Ni senyum-senyum kambing,” kata Danish. Damia tersenyum dan berlalu pergi.
Selepas makan dan berbual seketika, mereka meminta diri masuk ke bilik mereka untuk berehat. Muka Lidya masih berkerut.
“Kenapa ni sayang?” soal Danish, bimbang akan keadaan Lidya.
“Sakit perut la bos. Kejap nak pergi ke tandas,” Lidya bergerak ke tandas. Alangkah terkejutnya. Dia datang haid. ‘Macam mana nak bagitau Danish? Malu la. Malu,’ Lidya berlegar-legar dalam bilik air. Hatinya bimbang.
Lama Lidya dalam bilik air. Danish mula bimbang. Akhirnya Lidya keluar juga.
“Sayang OK?”
“OK. Kejap ye bos, nak jumpa Mia sekejap,” Lidya ingin berjumpa dengan Damia untuk meminta tuala wanita. ‘Pinjam jer,’ bisik hatinya. Dia lupa mahu membawanya. Nasib baik Damia ada.
“Nasib la abang, kena tunggu seminggu untuk malam pertama,” kata-kata Damia itu sudah mampu buat Lidya malu.
“Terima kasih Mia,” cepat-cepat Lidya berlalu pergi. Sampai sahaja di bilik, Lidya segera ke bilik air. Lega sikit.
Lidya keluar dari bilik air. Kelihatan Danish sedang membaca sesuatu. Perlahan-lahan Lidya duduk dibirai katil. Danish menutup bukunya dan meletakkannya di tepi. Dia memeluk Lidya dari belakang.
“Bos!” Lidya terkejut dengan pelukan itu sebab dia tengah termenung. ‘Ish, sakit hati aku bila minah ni panggil aku dengan panggilan bos,’ amuk Danish. Sebab geram dengan Lidya. Dia peluk bertambah erat.
“Bos... saya..... saya.... datang bulan?” tergagap-gagap Lidya.
“Datang bulan? Bulan apa?” Dahi Danish sudah berkerut.
“Bulan merah la bos,” Lidya tidak tahu ayat terbaik untuk beritahu Danish.
“Ada ke bulan merah? Atau bulan sabit merah?” kata Danish yang terasa pelik. Lidya mengeluh. ‘Awat slow sangat bos aku ni,’ Lidya mengaru-garu kepalanya.
“Bulan sabit merah tu PBSM, bos,” jelas Lidya.
“So, apanya?” kata Danish sambil memeluk Lidya lagi erat. ‘Alahai bos, jangan la peluk-peluk. Nak cakap pun dah naik gagap sebab berdebar sangat ni,’ hati Lidya gementar.
“Haid. Bos tahu?”
“Oh, yang tu abang tahu,” lemah sahaja suara Danish. Kini dia sudah faham apa yang ingin disampaikan oleh Lidya. Ada nada kecewa tapi cepat-cepat dia mengawalnya.
“So, kita nak buat apa malam ni?” Danish bertanya.
“Buka hadiah-hadiah..” cadang Lidya. ‘Nasib baik idea datang,’ Lidya terpandang hadiah yang bertimbun dalam bilik. Memang banyak. Biasalah dapat suami yang terkenal. Rasanya hadiah Lidya hanya daripada Salina dan Zafri.
“Okey juga. Jom!” ajak Danish dan duduk di lantai. Mereka membuka satu persatu hadiah. Semua hadiah yang biasa orang beri tapi ada yang mahal.
“Cantiknya!” puji Lidya. Satu bentuk keronsang yang berwarna hitam putih.
“Sayang suka keronsang ke? Siapa yang bagi?” Danish bertanya. Lidya mencari sesuatu.
“Zafri....” perlahan sahaja suara Lidya. Tiba-tiba perasaan cemburu menyerbu dalam hati Danish tetapi dia memendam sahaja perasaan itu.
Apabila Lidya membuka hadiah seterusnya, dia terpana ada kain tudung yang berwarna putih disiram dengan cat merah. Cat itu kelihatan sudah kering. Lidya mengucap panjang. Danish yang melihat wajah Lidya pucat segera menghampirinya.
Danish juga terkejut. Segera dia memeluk tubuh Lidya.
“Jangan takut sayang. Abang ada!” Danish memeluk lebih erat. Lidya membalas pelukan itu. Dia gementar.
“Kita sambung buka hadiah lain kali yer? Jom kita berehat sahaja malam ni,” pujuk Danish. Lidya hanya mengikut sahaja. Disebabkan mereka terlalu penat, mereka pun tidur dengan lenanya.

Friday 5 August 2011

2
Komen

hai semua....

boleh baca bab seterusnya dalam penulisan2u.....
Novel Suamiku Vampire...
ria dah hantar semula....
dah aktif...
semoga dapat bagi komen yang membina...

http://www.penulisan2u.my/2011/07/novel-suamiku-vampire-10/