Followers

Sunday, 22 April 2012

19
Komen

CERPEN FANTASI : LoveInTheSky 1

Pesanan : Cerpen kali ini bertema fantasi dan bukan realiti. tidak berkaitan dengan sesiapa pun. Jika anda TIDAK SUKA cerpen bertema FANTASI. jangan susahkan diri membaca penulisan ini. Ia hanya mengundang ketidakselesaan anda juga. terima kasih pada yang sukakan tema ini. 




Love In The sky


Fiona betul-betul marah dengan seorang lelaki yang baru sahaja dia kenali. Dahlah pakaiannya pelik mengalahkan putera raja. Apabila ditanya nama, lain macam sahaja bunyinya. Aku yang tak gagap ni boleh jadi gagap dalam erti sebenar.



(Fiona seorang gadis biasa yang tinggal di bumi. Pertemuaanya dengan Kay adalah satu kebetulan. Tanpa Fiona sedari, dia mempunyai kuasa yang luar biasa.)


“Apa nama awak? Kay kalimbungan ke atau kay kakitakeka?” dahi Fiona sudah berkerut. Lelaki yang masih lemah itu menaikkan keningnya. Mungkin terasa terhina dengan cara Fiona menyebut nama tersebut.
       “Nama aku Kay Hatakekazuki. Susah ke mahu menyebutnya?” Dia memegang dadanya yang tiba-tiba sakit. Dia rebah.
       “Wei! Kau okey tak ni?” Fiona bertanya. Dah la pelik. Ni main pengsan-pengsan pula. Makin pelik pula.



(Kay seorang raja di Negara White Sky. Dia mempunya kuasa angin yang amat kuat. Kuasa angin ini mampun mengunci kuasa jahat tetapi kuasa jahat itu dibuka oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab)


“Eh, Fiona! Awak buat apa ni? Kenal ke lelaki ini?” soal Nabila. Kawan yang baru dikenali seminggu lepas. Dia tinggal di rumah Fiona juga.
       “Entahlah lelaki ini.” Fiona berkata
       Nabila memandang wajah Kay yang terbaring itu. Lama dia merenung lelaki itu
       Fiona tak tahu mahu buat apa dengan lelaki ini. Sudahlah kepelikannya berjangkit dengan aku. Aku juga yang dipandang pelik. Orang sekeliling melihat mereka berdua bersama lelaki yang sudah terbaring itu.
       “Koko!” panggil Fiona apabila dia ternampak kawan lelakinya yang sedang membeli makanan.
       “Eh, Fiona dan Nabila!” dahinya berkerut melihat lelaki yang pelik terbaring dilantai.
       “Tolong aku boleh tak?” Fiona buat mata yang berkaca-kaca. Nabila hanya tersengih. Menahan gelak dengan wajah Fiona.
       “Baiklah!”
*****
Kay terasa kerajaannya tidak lagi selamat. Bonda? Ke mana bonda? Ayahanda pula. Hatinya berdebar kencang.
       “Kay, pergi ke dunia manusia sekarang. Pergi!” arah Aimiey. Dia sedang menahan kuasa jahat menceroboh masuk ke istana mereka.


(Nabila Aimiey. Mempunyai dua watak. Menjadi Nabila apabila berada di dunia manusia dan menjadi Aimeiey di dunia Sky. Dia ditugaskan sebagai pelindung Kay. Dia mempunyai kuasa cahaya. Pedang cahaya sering digunakan untuk menumpaskan musuh)

“Tapi bonda dan ayahanda?” dia tidak sanggup meninggalkan mereka.
       “Aku akan menjaga mereka. Tolong Kay, pergi selamatkan diri. Mereka mahu membunuh kau.” Aimiey mengarah.
       “Tidak!” dia mahu membantu Aimiey....
       Disebabkan kerana bimbang Kay akan tercedera, Aimiey terpaksa mengunakan kuasa magicnya  untuk menghantar Kay ke dunia manusia.
       “Aimiey!” jerit Kay. Dia mimpi rupanya. Kerajaannya dalam keadaan bahaya. Dia harus pulang segera. Black sky dah lama nak tawan White Sky. Aku perlu buat sesuatu. Aku tak boleh biarkan Black sky buat sesuka hatinya.
       “Wei, kau nak ke mana pula?” tanya Fiona nasib baik ibu dan ayahnya tiada petang ini. Selepas lelaki ini sedar, dia akan minta Kay ke rumah Koko. Dia tak patut berada di sini.
       “Sudah sedar Kay?” tiba-tiba Nabila muncul. Dia membawa semangkuk bubur di atas dulung dan secawan susu.
       “Sudah Nab.” Fiona tersenyum.
       Ting tong ting tong. Loceng rumah mereka berbunyi.
       “Ada orang datang. Saya pergi tengok sekejap.” Nabila meninggalkan mereka.
       “Kau...” belum sempat Fiona berkata apa-apa, tangannya di tarik oleh Kay.
       Hanya satu cara sahaja aku boleh kembalikan kuasa aku.  Cinta sejati dan perkahwinan dengan manusia. Adakah aku terdesak? Mata Kay memandang Fiona. Entah mengapa saat ini hatinya berdegup kencang.
       “Koko!” terkejut Fiona kerana tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Wajah Koko nampak lain sekali. Kenapa?
       “Di sini rupanya kau!” suara Koko berbeza. Kenapa? Makin pening yang dirasai oleh Fiona. Mana pula Nabila?
       “Zakai!” teka Kay. Dia kenal suara itu. Raja Black Sky. Macam mana dia boleh berada di dunia manusia? Bagaimana dengan White Sky? Apa yang terjadi?



(Zakai seorang raja di Black Sky. Dia ingin menawan White Sky tetapi dia mesti membunuh Kay untuk lebih berkuasa. Kuasanya ialah api yang boleh keluar dari tapak tangannya)


Ruang bilik tersebut menjadi panas. Aura dari badan lelaki yang dikenali sebagai Zakai itu mula terasa. Badan Koko tercampak ke tepi. Zakai telah meminjam tubuh Koko untuk mencari Kay. Zakai perlu membunuh Kay untuk mendapatkan kuasa magic yang dimiliki oleh Kay.
       Zakai melepaskan sesuatu cahaya ke arah mereka berdua. Kay dan Fiona yang tidak bersedia tidak sempat mengelak. Fiona pengsan dan Kay pula masih bertahan.
       “Black gun!” lagi sekali Zakai melepaskan cahaya panas ke arah Kay tetapi di halang oleh Nabila. Tubuh Nabila tercampak.
       “Lari Kay!” kata Nabila. Kay kenal suara itu, Aimiey!
       Dengan keadaan dirinya yang lemah, dia mengangkat sekali tubuh Fiona dan meninggalkan rumah tersebut.


Bersambung...

p/s : mAAf Kalau cerpen kali ini agak berbeza...ria hanya mencuba sahaja tema fantasi ini..terima kasih

19 comments:

  1. best lah..
    nnti sambung lagi yer kak ria..

    ReplyDelete
  2. @elmi atieyra thank sudi komen....jp org pertama yg komen pula tu hihi
    nanti ria sambung

    ReplyDelete
  3. Wahhh . Best la kak ,. Wat cite anime p0n best ny ,. Ke wat k0mik ,.

    ReplyDelete
  4. eka lylea (naylea atieqah)Monday, April 23, 2012 3:57:00 pm

    best lor kak ria!!! smbung3... keke ^_^

    ReplyDelete
  5. cm cter komik..
    percubaan yg menarik
    -miss A-

    ReplyDelete
  6. Best laq.. Sbung laq..

    ReplyDelete
  7. oh oh...best~~XD
    ade satu komik ni -Helios Eclipse-
    best sangat..citer cam loveinthesky jugak la

    ReplyDelete
  8. kak ria bestlah cite ni....bila kak ria nak smbung lagi.

    ReplyDelete
  9. Salam...kak Ria punye cite bertemakan fantasi pun best...Iera memang minat anime, so Iera galakkan akak sambung cite ni :D

    ReplyDelete
  10. yes akhirnya ada gak cerpen genre fantasi cam ni. happy sangat sebab dapat baca tapi memang jln citer dia agak samalah dgn helios eclipse.

    ReplyDelete
  11. amboi kak ria.. fantasi pon boleee yaa?? hehehe :D best! bolee di imaginekan ..

    ReplyDelete
  12. suke..suke..suke...saya suka bacer manga n tengok anime...pernah terfikir tak der ke yang nak buat novel o cerpen macam manga..tapi versi melayu..thnkazz kak..anda sudah realisasikan pemikiran saya....heheh

    ReplyDelete
  13. hahahaha............ suka sangat.. but la banyak2

    ReplyDelete
  14. Hai ria....cerita yg menarik.....akak suka....:- kak zie

    ReplyDelete
  15. Suke lah cite2 aminasi akk...selalu krg dlm cita aminasi ye..irra qushairy

    ReplyDelete
  16. daebak!! mcm bace komik anime
    terbaeekkk!! :)
    harap lbih bnyk tema fantasi slpas ni..

    ReplyDelete
  17. Daebak ! :) Teruskan lagi ya..

    -AO-

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi