Followers

Friday 27 September 2013

17
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 18



Bab 18

Ila memandang Zizan yang sedang tidur di ruang tamu. Ruang tamunya sudah menjadi tempat tidur utama Zizan. Nak risau tetamu yang datang? Tak payah! Rumah aku mana ada tetamu yang nak datang. Nak malu apa kalau bersepah.

Dia mengambil telefon bimbitnya.

"Hello ibu..." Ila menghubungi Puan Farah.

"Ye, Ila. Dapat tak duit yang aku nak tu?" soal Puan Farah. Menantunya yang pertama boleh bagi 10 ribu je manakala menantu ke dua pula bagi 20 ribu. Okey juga tapi menantu ketiga iaitu Zizan ni masih tak tahu apa-apa perkembangannya.

"Ala, abang tak ada duitlah ibu."

"Kau jangan nak tipu. Laki kau tu kerja jurutera. Gaji besar. Hujung tahun ni pasti ada bonus." Bagi Puan Farah. Anaknya perlu menunaikan segala permintaannya. Dia memerlukan duit sebanyak itu untuk membesarkan lagi rumahnya.

"Betullah ibu. Abang tak ada duit buat masa ni."

"Kalau aku tahu kau tipu, siap kau!"

"Nanti ada, Ila bagitau ibu."

"Baiklah! Kenapa laki kau ni susah sangat nak ikut cakap kau? Kakak kau, Lily dan Laila senang sahaja lakinya ikut cakap bini. Kau seorang je aku tak faham." Puan Farah mula membebel.

Ila terpaksa mendengarnya.

Selepas tamatkan panggilan. Ila rasa mahu marah. Rumahnya, dia sengaja sepahkan. Anak-anak dibiarkan tanpa jagaan. Dia geram! Dia benci!

"Yang laki aku pun satu. Aku minta duit pun tak boleh ke?"

Kereta Zizan masuk diperkarangan rumah. Makin angin satu badan Ila. Dah la siang tadi makan penampar. Sakit tapi duit tu aku kena minta juga.

"Abang, abang bagi adik abang duit kahwin berapa?" soal Ila dengan kasar sebaik sahaja Zizan masuk ke dalam rumah.

Zizan hanya memandang Ila. Malas dia mahu melayan isterinya itu.

"Abang, saya tanya ni." makin tinggi suara Ila.

"Seribu je." Zizan menanggalkan bajunya. Tenang hatinya melihat dua orang anaknya sedang lena dibuai mimpi di tilam yang menjadi alas tidurnya selama dua tahun ini.

"Seribu? Banyaknya! Saya minta dua sepuluh ribu pun tak boleh bagi." Ila mula membebel. Mewarisi sikap Puan Farah. "Saya minta bukan banyak pun, tak nak bagi."

"Seribu sikit je tu tapi Ila minta sepuluh ribu dari abang. Mana abang nak cari? Gaji abang pun baru tiga ribu."

"Ibu dah bising tau! Baik abang bagi sekarang juga. Kalau ada lebih, bagi dua puluh ribu." Ila menadah sebelah tangan pada Zizan.

"Kalau abang tak nak bagi!" Zizan menduga. Apa faedah aku bagi duit banyak tu pada ibu mertua aku tu. Baik aku bagi mak aku, dapat pahala juga.

"Kalau abang tak nak bagi, saya ambil sendiri..." Ila berkata. Dia tahu yang dompet suaminya masih ada dalam poket seluar yang dipakainya. Dia berusaha mengambilnya tetapi di halang oleh Zizan.

Akhirnya Zizan menarik ke dua belah tangan Ila dan perbuatan Ila terhenti. Saat itu mata mereka saling menatapi antara satu sama lain. Ila tersedar apabila melihat senyuman kemenangan Zizan. Ila merentap tangannya dari terus di pegang.

"Saya nak sepuluh ribu tu..."

"Abang kata tak ada, tak ada la!" geram juga Zizan. Bercakap dengan orang yang tak reti bahasa ni.

"Abang tentu dapat bonus hujung bulan ni. So, bagi saya semuanya."

"Sorry..." Zizan berbaring dan mula pejamkan mata. Dia tidak pedulikan Ila. Makin lama dia layan, makin menjadi-jadi minah ni.

"Abang, bangun!" Ila memukul dada Zizan.

Zizan terkejut. Dia terasa sakit didada. Pukulan isterinya sangat kuat. Dia hampir lupa yang isterinya itu ada saka. Itu pasal wajahnya makin hari makin tak bermaya. Orang kata saka-saka ni kalau tak beri makan atau apa-apa dia akan hisap darah tuannya sendiri. Biar betul...

Zizan sengaja mengambil buku surah Yasiin. Pura-pura mahu membacanya.

Ila berkerut. Dia terus berlalu pergi.

"Ila, jangan lupa solat mahgrib!" jerit Zizan. Dia sudah bersolat di masjid tadi. Makan pun sudah.

ZIzan berjalan ke dapur. Seperti biasa, cukup menghampakan hati dan perasaan. Kena ambik orang gaji ni...



******



Tengku Zam Hairil tersenyum apabila Izz Izzati berkata jom dengan teragak-agak. "Awak nak beli apa ni?" Dia melihat troli yang masih kosong itu.

"Tak tahu..."

"Eh, tadi Zati yang ajak. Boleh pula dia tak tahu." Tengku Zam Hairil sedikit tersentak.

"Saya saja nak keluar jalan-jalan. Tapi nak beli barang-barang untuk memasak. Dapur Tengku tu tak ada apa-apa. Mujurlah pagi tadi ada beras dan sedikit lauk." Tanpa Izz Izzati sedari, dia sudah mula membebel.

Tengku Zam Hairil tersenyum. Bebelan Izz Izzati bagaikan lagu yang indah untuk didengari.

Izz Izzati tersentak. Hatinya berdebar hebat melihat senyuman suaminya itu. Secara automatik dia terdiam.

"Kita beli aje la apa yang perlu." Tengku Zam Hairil berkata apabila melihat Izz Izzati diam membisu. Selamba sahaja dia mencapai maggie yang kebetulan mereka berjalan di bahagian itu.

"Tak boleh!" pantas Izz Izzati menghalang. Sekali sekala makan maggie memang tak salah tapi si Tengku ni, aku tengok, sebelum tidur mesti santap benda yang tak berkhasiat ni. Eh, lupa pula. Baru semalam aku kat rumah dia. Nampak benar bohong! Tapi semalam aku nampak dia masak maggie. Sedap je! Tapi aku malas nak join. Kalau aku join, aku sekali makan maggie. Tak bagus!

"Kenapa ni Zati?" terkejut Tengku Zam Hairil dengan sergahan Izz Izzati. Tak kan makan maggie pun tak boleh. Lapar tau!

"Maggie tak berkhasiat, Tengku. Jadi kita makan..." Izz Izzati mencapai satu bungkusan yang hampir sama dengan maggie. "PAMA"

"Sedap ke?" Tengku Zam Hairil bertanya begitu kerana dia tidak pernah makan benda alah tu.

"Sedaplah kot... Orang kata ia lebih baik daripada makan maggie. Saya pun tak pernah cuba." Izz Izzati tersengih. Dia sendiri tidak pernah mencubanya tetapi mencadangkan kepada orang lain. Baguslah tu ye Izz Izzati.

"Cuba aje la..." Tengku ZAm Hairil membedal tiga plastik.

"Banyaknya Tengku."

"Awak yang cadangkan, pasti sedap." Tengku Zam Hairil menolak troli tersebut. Mereka pergi ke bahagian yang menjual barang basah, buah-buahan, biskut, mandian, makanan ringan, air mineral botol dan sebagainya. Macam-macam dibeli oleh mereka berdua sehingga penuh troli mereka.

"Mak datuk!"

"Zati, saya punya mak datuk iaitu moyang atas moyang lagi dah tak ada la." usik Tengku Zam Hairil. Dia mengeluarkan beberapa keping not duit seratus.

"Dekat lima ratus ni Tengku! Ini namanya berbelanja secara boros." Izz Izzati terkejut melihat nilai yang tertera.

"Daripada awak membebel, baik tolong saya masukkan barang-barang kita dalam troli. Ada juga faedahnya." Tangan Tengku Zam Hairil pantas memasukkan semuanya dalam troli.

"Okey..." Izz Izzati membantu suaminya.

"Tak apa la Zati berbelanja macam ni. Kita kan baru kahwin. Jadinya, tak apa la berbelanja seperti ini sekali sekala..." Sengaja Tengku Zam Hairil menekankan perkataan sekali sekala.

Izz Izzati tersengih lagi. Mereka berdua pergi makan petang sebelum pulang ke rumah. KFC menjadi tempat piihan mereka.

Izz Izzati dan Tengku Zam Hairil begitu mesra berbual. Tanpa mereka sedari ada satu perasaan yang indah yang mereka sendiri tidak dapat meneka, apakah ia?

"Zati, awak ni kelakar juga..."Tengku Zam Hairil berkata. Sejak Izz Izzati berjaya memujuknya, dia asyik ketawa melihat wajah isternya itu.

"Kelakar ke? Saya cerita pasal saya jatuh tangga pun Tengku gelak. Saya tak faham betul la." Izz Izzati menarik muncung. Lelaki itu seperti ketawa sindir padanya. Yelah! Jatuh tangga. Itu kan satu perkara yang memalukan.

"Comelnya muncungnya!" Tengku Zam Hairil menarik pipi Izz Izzati. Geram! Pipi Izz Izzati dah macam Feya. Rasa nak tarik tiap-tiap hari. Feya, abang rindukan Feya. Abang tetap doakan Feya bahagia di sana tapi abang tak boleh tipu diri abang. Selagi kenangan Feya dalam hati abang, mana mungkin ada nama lain di dalam ini. Tengku Zam Hairil memegang dadanya. Wajahnya serius.

Eh, serius pula suami aku ni!

"Kenapa ni Tengku? Saya tak boleh tengok muka Tengku serius. Rasa macam nak sekeh-sekeh je kepala Tengku. Lepas tu cakap, kenapa tak senyum! Kenapa tak senyum!" Izz Izzati bimbang. Walaupun senyuman suaminya itu sentiasa membuat hatinya berdebar tetapi dia tetap suka dengan senyuman Tengku Zam Hairil.

Tengku Zam Hairil tergamam dengan kata-kata itu.

"Tengku..." Izz Izzati rasa pelik dengan Tengku Zam Hairil.

Akhirnya lelaki itu ketawa. "Meh la sekeh! Sebelum awak sekeh saya, biar saya sekeh kepala awak dulu." Tengku Zam Hairil membuat lawak tetapi Izz Izzati....

"Izz Izzati..." seorang lelaki menegur mereka berdua.

Izz Izzati tergamam. Dia amat mengenali lelaki itu. Kenal sangat!

Tengku Zam Hairil rasa pelik dan sedikit cemburu. Siapa lelaki kacak ni? Dia sendiri buntu. Tambahan pula isterinya hanya mendiamkan diri sahaja.

"Muhammad Zarrin Rizqin!" mana mungkin Izz Izzati melupakan lelaki ni...



p/s siapa pula mamat ni...kacau bin daun je....cepat2 la cik penulis sambung bab 19 ye...hihihihi

Saturday 21 September 2013

18
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 17


Bab 17

Hari Raya sepatutnya di sambut dengan begitu meriah tetapi tidak bagi keluarga mereka. Izz Izzati mengintai luar rumahnya. Pelik kerana banyak kereta masuk di perkarangan rumahnya. Sanak saudara belah ayah baru sahaja mahu pulang memandangkan waktu maghrib hampir tiba tetapi terbantut dengan tetamu yang datang.

Tiga buah kereta yang datang. Agak ramai.

"Keluarga kak Ila datang!" Izz Izzati berkata agak kuat.

Zizan yang mendengarnya agak terkejut. Kenapa Ila datang sini? Dia mula rasa tidak sedap hati. Bagaikan sesuatu akan berlaku. Dia akui hubunganya dengan isteri tidak baik tetapi apa makna kedatangannya.

"Mungkin, Ila datang nak beraya. Kita sambut mereka dengan baik tau." Puan Zalimah berkata.

"Tapi mak, ayah tak ada ni. Ayah dah ke masjid. Katanya nak pergi masjid jauh hari ni." Izz Izzati gelabah. Dia memang begitu, kalau ramai sangat tetamu datang, pasti dia orang pertama rasa nak lari keluar dari rumah sebab rasa seram sejuk. Takut!

"Tak apa... Mak dah suruh abang Khalik kamu panggil ayah." Puan Zalimah cuba bertenang.

"Jemput naik Ismail. Maaflah rumah kecil." Puan Zalimah rasa rendah diri. Dia malu kerana separuh tetamu terpaksa duduk luar. "Terima kasih sudi datang beraya ke rumah kami ni, Ismail."

Puan Zalimah bersalaman dengan Puan Farah "Saya buat air sekejap..." dia ingin melangkah ke dapur.

"Aku datang bukannya nak beraya atau minum-minum." Nada Encik Ismail berubah.

Langkah Puan Zalimah terhenti. Dia sudah menjangka kedatangan mereka bukan untuk menyelesaikan masalah tetapi merumitkan masalah lagi.

Zizan menghampiri Ila. "Apa yang Ila buat ni?" dia berbisik perlahan. Dia benar-benar malu dengan sanak saudaranya. Mereka memandang dirinya lain macam.

"Saya serahkan pada isteri saya untuk terangkan semua ni." Encik Ismail bangun dan duduk di luar. Dia malas mahu masuk campur dalam urusan rumit seperti ini.

"Saya nak Zizan ceraikan Ila sekarang juga!" Puan Farah berkata tanpa sedikit rasa bersalah.

Bagaikan batu menghempap kepala Puan Zalimah mendengar kata-kata besannya itu. Hampir pengsan di buatnya.

"Kenapa ni Farah? Kenapa tiba-tiba?" sayu wajah Puan Zalimah.

"Kau tak payah tunjuk muka baik. Anak kau Zizan ni dah pukul Ila. Dia tak sedar ke yang Ila ni mengandung." kuat suara Puan Farah bergema dalam segenap rumahnya.

"Pukul? Ibu jangan nak cakap saya macam tu. Bila pula saya pukul Ila?" Zizan terpaksa bersuara. Kasihan mak aku! Aku tahu sebab mereka buat macam ni. Sebab aku tak pernah tunduk dengan arahan ibu. Menantu lelaki yang lain menurut segala permintaan ibu mertuanya. Minta duit dua puluh ribu pun sanggup bagi. Nak buat apa dengan duit banyak tu? Aku cari bersusah payah, dia nak minta macam aku ni bank negara. Mana boleh aku tunduk dengan permintaan sedemikian. Mak aku sendiri tak pernah minta duit banyak macam tu.

"Abang jangan nak tipu. Seminggu sebelum raya, abang ada pukul Ila." Ila membuat muka sombongnya. Kalau boleh dia tidak mahu berada di rumah buruk ini tetapi dia perlu hadir untuk menjayakan rancangannya.

Izz Izzati yang menjadi pemerhati, terkejut. Dia tidak pernah nampak kak Ila berkata kasar pada abangnya. Luluh hatinya melihat wajah kusut Zizan.

"Mana ada abang pukul!" Zizan bersuara tegas. Dia tidak boleh jadi seorang yang dayus. Isterinya mahu dia mengikut segala arahannya, mana boleh! Sepatutnya isteri dengar arahannya sebagai suami.

"Ada! Ila nak abang ceraikan Ila sekarang juga!" Ila berkeras.

"Ila, mana boleh abang ceraikan Ila dengan keadaan Ila yang mengandung ni. Tolong jangan paksa abang." sedikit merayu Zizan. "Walaupun Ila tak mengandung pun, tak mungkin abang akan ceraikan Ila."

Allahuakhbar Allah... Azan Maghrib berkumandang.

"Ila tak peduli! Ila nak sekarang juga!" jari Ila di tunjukkan ke lantai berkali-kali. "Sekarang!"

"Ila, kan azan mahgrib sekarang ni. Bolehlah tak kita bincang lepas maghrib..." Zizan berkata.

Air mula Ila berubah. Malu.

"Tak boleh! Kami semua nak sekarang juga!" menyampuk Puan Farah. "Kau dah pukul anak aku, buat apa nak simpan dia lagi!"

Zizan diam membisu.

"Kau pukul anak aku la. Cepat ceraikan dia!" Puan Farah bagaikan orang dirasuk Syaitan. Sengaja berkata dengan nada yang kuat.

"Mak cik diam! Abang saya tak pernah tergamak memukul perempuan. Saya kenal abang saya! Mak cik jangan nak tuduh abang saya." jerit Izz IZzati. Dia tahu segala masalah abangnya itu tetapi dia tidak pernah tengok kak Ila berlagak sombong seperti ini.

"Zati..." Akhirnya Puan Zalimah bersuara.

"Aku ingat kau dah bisu." Puan Farah menjeling tajam ke arah Puan Zalimah.

"Tapi mak..."

"Mak nak Zati masuk bilik sekarang," arah Puan Zalimah. Dia menahan sebak di hati.

"Mak..." Izz Izzati merenung Puan Zalimah. Mengharap pengertian.

"Zati..." Lagi sekali Puan Zalimah menyeru nama anak perempuannya itu agar mengikut arahannya. Abang, mana abang? Cepatlah balik! Bantu Mah yang dalam kesusahan ini. Dia sendiri tidak kuat.

Izz Izzati mengalah, dia masuk ke dalam bilik tetapi dia masih mahu mengetahui perbincangan mereka.

"Saya tak kan ceraikan Ila di luar mahkamah. Mutammad!" Zizan terus keluar dari rumah tersebut.

"Baiklah! Tiga hari lagi mahkamah akan di buka. Kita jumpa di sana!" Mereka sekeluarga berdiri dan meninggalkan rumah tersebut dengan pantas.

Datang tak diundang, pergi pun begitu juga. Hari raya pertama sepatutnya di sambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan tetapi hanya kelukaan yang dihadapi oleh Zizan sekeluarga.

"Mah!" panggil Encik Azlan. "Menungkan apa tu?"

"Tak ada apa-apa abang." Puan Zalimah tersenyum. Melupakan semua kisah dua tahun yang lalu.



*****



Izz Izzati dan Tengku Zam Hairil sudah sampai di Tecso. Mereka akan membeli barang dapur. Biasalah mereka akan banyak masa di rumah. Jadi makanan perlu ada.

"Sampai akhirnya..." Izz Izzati gembira. Lama tak berjalan keluar.

Tengku Zam Hairil meletakkan keretanya. Mujur ada satu tempat kosong.

Izz Izzati terburu-buru keluar dan terus melintas dulu. Dia tidak sedar yang ada kereta laju menuju ke arahnya.

"Zati...!" pantas Tengku Zam Hairil menarik tubuh itu ke tepi jalan. Hampir pecah hatinya melihat Izz Izzati yang akan dilanggar oleh kereta itu.

"Dah gila ke? Nak mati ke!" geram Tengku Zam Hairil. Dia menengking Izz Izzati tanpa mempedulikan orang sekelilingnya.

Air mata Izz Izzati hampir menitis. Tak pernah lagi dia menerima tengkinan yang kuat seperti itu.

"Tengku, jangan la marah..." perlahan suara Izz Izzati.

"Mana boleh tak marah..."

"Mak Zati cakap, kalau kita nak marah, fikir sepuluh sebab yang munasabah." Izz Izzati menundukkan wajahnya. Dia rasa bersalah dan sedih.

"Tak perlu sepuluh sebab, satu sebab pun dah cukup..."

"Sebabnya apa..."

Merah menyala mata Tengku Zam Hairil.

"Sebabnya awak akan mati! Saya tak boleh terima jika awak mati!" Tengku Zam Hairil terus meninggalkan Izz Izzati sendirian. Dia berjalan masuk ke dalam Tesco.

Izz Izzati tergamam. Walau bagaimanapun, dia mengejar Tengku Zam Hairil yang berjalan agak pantas. Lelaki itu mengambil troli. Dia setia mengikut langkah lelaki itu. Hampir setengah jam mereka berjalan tetapi troli masih kosong.

Akhirnya Tengku Zam Hairil mengeluh.

"Cepatlah beli apa barang yan awak nak beli sebelum saya beli satu tesco ni." Tengku Zam Hairil menahan geramnya.

"Tengku marah saya. Tak salahlah saya sedih kan?"

"Kalau saya marah awak, awak sepatutnya pujuk saya..." entah mengapa dia ingin sangat IZz IZZati memujuknya.

"Pujuk? Saya tak pernah pujuk lelaki." Izz Izzati buntu. Walaupun dia penulis novel tetapi idea memujuk ni bagaikan hilang dalam kepala otaknya. Jadi, otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik.

"Suka hati awak. Selagi awak tak pujuk saya, saya tak kan maafkan awak sebab buat saya marah tadi." Tengku Zam Hairil menolak perlahan troli ditangannya.

"Tengku, janganlah macam tu. Okey-okey. Kita makan buah tembikai sama-sama. Macam tadi..." Merah padam wajah Izz IZzati saat dia melafaz kata-kata itu.

"Okey! Boleh juga! Janji!" Tengku Zam Hairil tersenyum bahagia. Dia tidak marah lagi pada isterinya.

"Janji! So, Tengku tak marah pada saya lagi?" soal Izz Izzati. Ketika itu mereka berada dibahagian permainan kanak-kanak.

"Marah ye?" Tengku Zam Hairil menghampiri Izz Izzati.

Izz Izzati berundur ke belakang dan ke belakang lagi sehingga tubuhnya rapat ke patung beruang yang besar-besar. Dia tidak boleh beranjak lagi. Perlahan dia menelan liur. Gementar apabila wajah suaminya begitu rapat dengan mukanya.

"Okey, tak marah kalau Zati pandai pujuk saya." makin lebar senyuman Tengku Zam Hairil.

Dup Dap Dup Dap

Hati Izz Izzati bergetar hebat tiap kali melihat senyuman yang ikhlas dan ceria itu. Hatinya jadi senang berbanding tadi. Wajah marah suaminya sudah cukup membuat fikirannya kusut.

"Jom beli barang dapur. Tak sabar nak makan buah tembikai bersama isteri." pantas tangan Tengku Zam Hairil mencapai tangan Izz Izzati. Dia menarik rapat tubuh isterinya.

Izz Izzati terkaku.

"Jom... Jomm..." sedikit gelabah Izz Izzati.



P/s: eh senang pula mood si tengku berubah....mungkin next bab ada kisah feya kot hihihihi selamat membaca.....

Wednesday 18 September 2013

16
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 16

 Bab 16
Kedatangan Zizan membuat tanda soal dalam benak fikiran Izz Izzati. Dia bimbang dengan keadaan muka Zizan yang ceria. Ish aku ni! Abang ceria, bagus la! Risau pula dia.

"Abang sihat?"

"Abang sihat. Baru semalam berpisah, abang dah rindu dengan adik abang ni." Zizan tersenyum. Dia mengusap rambut Izz Izzati yang sederhana pendek itu.

"Rindu abang juga. Tapi kan rumah abang dengan rumah adik ni kan jauh." risau dengan keselamatan abang kandungnya.

"Mana ada jauh."

"Dua jam tu tak jauh bagi abang?" Izz Izzati tersentak. Ini pasti ada sesuatu tetapi abang pendam dalam hati je.

"Abang Zizan..." Tengku Zam Hairil hadir. Dia sudah lengkap berpakaian. Gelabah dia apabila mendengar suara bagi salam. Al-maklumlah, rumahnya jarang ada tamu.

"Apa khabar?" soal Zizan. Mereka bersalaman.

"Khabar baik. Abang dah sarapan? Meh makan nasi goreng Zati buat." ajak Tengku Zam Hairil.

"Adik masak nasi goreng...?" soal Zizan bagaikan tidak percaya.

"Apakah makna pertanyaan ini?" geram Izz Izzati.

"Makna pertanyaan ini ialah adik abang ni pandai ke masak." Zizan masih ketawa kecil.

Tengku Zam Hairil hanya tersengih. Tak sedap ke Zati masak? Aku makan okey je.

"Jangan tengok orang tak ada mata tau...."

"Mana ada abang tengok adik tak ada mata la. Okey jom, abang nak rasa." Zizan menuju ke dapur.

Dua mahkluk melihat Zizan makan.

"Okey. Not bad. Macam masakan mak." tiba-tiba wajah mendung Zizan muncul.

"Kalau abang rindukan mak, baliklah hujung hujung minggu ni. Pasti mak gembira." pujuk Izz Izzati.

"Tengoklah dulu...." sedih nada suara Zizan. Dia termenung sambil makan.

Selepas makan, Zizan minta diri pula. Sempat dia beli dua biji buah tembikai. Besar pula tu.

Lama Zizan merenung wajah Izz Izzati. Sebenarnya kebetulan dia ada mesyuarat di berhampiran tempat tinggal Izz Izzati. Akhirnya, Zizan pulang dengan senyuman yang pahit.

"Kasihan abang Zizan kan?" Tengku Zam Hairil berkata. Entah mengapa tangannya gatal mahu memeluk bahu Izz Izzati.

Izz Izzati pula, apabila Tengku Zam Hairil berkata begitu, dia layan sahaja. "Betul tu kata awak." katanya sambil melentukkan kepalanya di bahu suaminya itu

Pandangan mereka masih pada kereta Zizan yang makin lama, makin menghilang.

"Alamak! Lupa!" tiba-tiba Izz Izzati berkata begitu. Dia berlari masuk ke dalam rumah.

Tengku Zam Hairil hanya mampu gelengkan kepala. Baru nak feel indah sikit, dah kacau daun. Apa benda yang dilupanya ye? Dia menutup pintu pagar dan masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat. Dia mencari isterinya...

"Awak lupa apa tu Zati?" Tengku Zam Hairil menjenguk Izz Izzati di dapur. Wajah isterinya itu sedih.

"Lupa letak tembikai ni dalam peti ais. Kalau makan yang sejuk-sejuk ni sedap!" muncung Izz Izzati sudah sedepa.

"Alahai, tembikai ni."

"Ya, tembikai la."

"Tembikai ni kena potong dulu. Mana muat peti saya yang kecil ni. Meh saya tolong potongkan. Awak ambilkan pisau." arah suaminya. Si isteri pun bertindak pantas.

Tengku Zam Hairil hamparkan surat khabar dan potong di lantai. Lebih selesa potong di bawah berbading atas meja yang kecil itu.

Izz Izzati hanya memerhati. Dia memang suka makan buah tembikai.

"Zati, suka makan buah tembikai merah?"

"Ya..." Izz Izzati tersengih. Sikit pun dia tidak memandang Tengku Zam Hairil. Hanya tembikai fokusnya.

"Cemburunya dengan tembikai. Dapat perhatian penuh oleh puan penulis ni." Tengku Zam Hairil sengaja berkata begitu.

Pantas Izz Izzati mendongak memandang suaminya. Saat itu mata mereka bertaup. Lama. Mereka tersedar apabila Tengku Zam Hairil menjerit kecil.

"Aduh!" tangannya luka terkenal pisau.

"Tengku tak apa-apa ke?" pantas tangan Tengku Zam Hairil dalam genggaman Izz Izzati. Dia membawa tangan itu ke paip air. "Tengku biarkan sahaja bawah air ni. Tunggu saya pergi ambil plaster luka." dia pun berlari masuk ke biliknya. Dia ada menyimpan untuk kecemasan.

Tengku Zam Hairil angguk kepala. Tak rasa sakit pun tapi perhatian Izz Izzati padanya membuatkan dia ingin memeluk gadis itu. Dia memang mendambakan perhatian seseorang. Zati, awak ni baik la. Kata-kata itu sekadar dalam hatinya.

"Okey siap!" Izz Izzati tersenyum. "Petang ni kita keluar nak tak?"

"Nak pergi mana?" Tengku Zam Hairil duduk di kerusi makan. Dia memerhati Izz Izzati memotong buah tembikai di lantai. Elok sahaja bersila.

"Ini, untuk Tengku. Kita pergi beli barang dapur. Tengku ni banyak stok maggie je. Maggie tu tak baik untuk kesihatan." Izz Izzati tersengih. Pandainya aku nasihat orang, aku pun suka makan maggie gak.

"Saya mana pandai masak."

"Awat tak pandai masak?" Soal Izz Izzati. Dia mula makan buah tembikai yang dibelah itu. Dia sudah biasa makan tanpa buang kulit tembikai. Lebih nikmat makan begitu sahaja. "Sedap! Manis!"

Tengku Zam Hairil diam. Dia tengok sahaja Izz Izzati makan buah tersebut. Perlahan dia duduk di sebelah Izz Izzati.

Izz Izzati biarkan sahaja. Dia ingat yang suaminya mahu turut serta makan di bawah bersamanya tetapi...

"Memang sedap plus manis! Manis gila!" Tengku Zam Hairil makan buah tembikai yang sedang Izz Izzati sedang makan itu. Kini, mereka berdua berkongsi makan buah tembikai yang sama.
  

 


Izz Izzati terkaku. Tengku Zam Hairil benar-benar dekat dengannya. Dia menjeling wajah suaminya itu. Begitu juga Tengku Zam Hairil.

Lagi sekali tangan Tengku Zam Hairil gatal tak tentu pasal. Dia memaut pinggang Izz Izzati agar lebih rapat dengannya.

Izz Izzati terkejut. Dia menolak Tengku Zam Hairil dan berdiri tegak. Dia benar-benar tidak tahu mahu buat apa.

"Meh la makan lagi. Manis ni..." ajak Tengku Zam Hairil. Entah mengapa dia suka melihat muka Izz Izzati malu dan gelabah. Wajah itu cukup mencuit hatinya. Sejak bila la aku ada perangai suka mengusik ni?

"Tengku makan dulu, saya nak pergi bersiap." jam di dinding baru sahaja masuk pukul dua.

"Kata nak pergi petang?" Tengku Zam Hairil masih makan buah tembikai itu. Yang selebihnya, dia masukkan dalam peti sejuk.

"Ini petang la. Tengku solat zohor tau. Nanti tak la susah nak cari tempat sembahyang." Izz Izzati terus berlalu pergi.

Tengku Zam Hairil tersenyum bahagia.


******


Lepas rindu aku pada adik. Rasa bahagia melihat satu-satunya adik aku bahagia. Zizan tersenyum. Sempat dia minta Izz Izzati membungkus lebihan nasi goreng yang dibuatnya. Rasanya boleh makan lagi.

Hari semakin petang, Zizan kena pulang ke rumahnya itu. Dia cuba ikhlaskan hati. Mahu mendidik isteri bukan mudah tapi dia akan berusaha demi kasih dan sayang untuk gadis bernama Ila.

"Assalamualaikum..." Zizan memberi salam.

"Waalaikumusalam, abang dah balik. Ila masakkan abang spaggetti ni. Marilah makan." ajak Ila.

Zizan rasa pelik dengan layanan baik isterinya.

"Nanti abang makan, abang tak solat asar lagi." Zizan terus berlalu ke bilik air.

Ila membuat muncung. Penat aku masak, dia tak nak makan. Ini yang aku nak buang. Baru nak jadi isteri solehah. Abang memang sengaja buat Ila marah!

Usai solat, Zizan ke ruang makan. "Mana Spaggetti Ila buat?" Zizan teruja. Dia benar-benar gembira sebab Ila masak untuknya. Ila akan masak untuknya jika mood dia baik.

"Abang hidanglah sendiri. Malas Ila nak layan."

"Janganlah macam tu, marilah! Abang nak makan ni. Lapar sayang..." Zizan cuba berlembut.

"Senang-senang, abang tak payah makan! Ila masak bukannya sedap kan? Tengok tu, bawa balik bekal lagi. Mesti dari rumah mak! Sebab tu balik lambat..." Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Zizan. (sakit pula hati penulis tulis babak ni)

"Ila, pernahkah masakan Ila, abang tak makan? Janganlah kata macam tu. Abang ingatkan Ila tak masak." suara Zizan masih lembut.

"Tak payah makan Ila kata!" Ila ambil semua makanan atas meja dan buang dalam tong sampah termasuklah makanan yang Izz Izzati masak untuknya.

Zizan cuba menahan marah. Sikap Ila sudah melampau.

"Ila jangan melampau sangat. Abang balik penat-penat. Lapar! Ila buang macam tu aje makanan. Ila ni tak bersyukur langsung!" geram Zizan. Tangannya mengeletar. Kalau ikutkan hati, makan penampar si Ila malam ni. Tapi kalau ikutkan hati, mati... Bahaya. Sabar Zizan.

"Peduli apa Ila! Abang tak pernah pedulikan Ila. Abang buat Ila tak wujud dalam rumah ni." Ila mulakan pergaduhan.

"Bila masa abang buat Ila macam tu."

"Dah abang asyik ke rumah mak je. Ila tahu la rumah abang dengan rumah mak dua jam je. Tapi rumah mak Ila ni ambil masa lima jam nak sampai."

"Pasal mak tu, jangan la sebut." Zizan jadi sensitif bila nama mak disebut.

"Ah, abang tu nak lebihkan mak je. Mak abang tu tak guna!" hina Ila. "Dia rampas abang dari Ila!"

Pang!

Tangan Zizan menampar pipi Ila.

Ila terdiam. Matanya merah.

Pang!"

Ila pula menampar pipi Zizan.

"Kau ingat, kau tampar aku, aku akan ikut telunjuk kau? Kau yang kena ikut cakap aku! Kau!" jerit Ila. Dia tengking Zizan.

Zizan tidak tahan lalu keluar dari rumah itu. Dia bimbang perkara ini akan berlanjutan. Hati suami mana yang tidak tersentak jika isteri yang ditegur menamparnya. Isteri yang menghina mak kandungnya. Mana dia boleh bersabar.

Ila, abang tak pernah hina mak ayah Ila. Sikit pun tak pernah tapi kenapa Ila buat macam ni pada abang? Apa salah mak abang pada Ila? Kenapa Ila benci sangat pada mak abang? Mak abang tak pernah minta duit pada abang. Mak abang tak pernah minta hak dia sebagai mak. Air mata Zizan mengalir. Betapa sabar Puan Zalimah dengan menantu perempuannya itu.

Dia termenung dalam keretanya sendiri.

"Assalamualaikum..." Puan Zalimah memberi salam. Biasanya Zizan yang akan menghubunginya. Dia tidak akan menghubungi Zizan jika dia bersama isterinya.

"Waalaikumusalam, mak sihat?" Zizan menahan sendunya. Dia tidak mahu Puan Zalimah tahu yang dia sedang menangis.

"Mak sihat. Alhamdulillah. Zizan sihat?"

"Zizan sihat..."

"Ila...?"

"Ila pun sihat mak." betapa luluhnya Puan Zalimah. Orang yang menghinanya, benci dirinya kini bertanya tentang Ila.

"Baguslah. Mak harap Ila layan Zizan dengan baik. Itu yang mak selalu doakan." Puan Zalimah tersenyum. Hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya merendahkan martabatnya sebagai seorang suami demi mempertahankan rumah tangganya untuk anak-anak.

"Mak..." nada Zizan makin sedih. Pada siapa lagi dia mahu meluahkan perasaan sedihnya. Pada IZz Izzati? Dia tidak mahu membebankan adiknya yang baru berkahwin dengan luahan hatinya.

"Zizan, kenapa ni nak? Jangan nangis. Mak ada ni..." air mata seorang ibu mengalir. Tetapi dia berusaha menahan agar anak lelakinya tidak mengesan yang dia sedang menangis.

"Zizan tak kuat mak. Zizan lemah. Zizan tak dapat bentuk Ila, mak."

"Jangan kata begitu. Mak tahu anak mak kuat. Ila akan berubah suatu hari nanti." pujuk Puan Zalimah.

"Mak..."

"Sabar ye nak."

"Terima kasih mak, baiklah mak, ZIzan tengah memandu, nanti Zizan call lagi." Selepas memberi salam Puan Zalimah mematikan telefonya. Air matanya makin deras mengalir. Betapa terseksanya hatinya mengenangkan perbuatan menantu perempuannya itu.

Kisah dua tahun lalu terimbas dalam benak fikirannya. Terlalu perit untuk dikenang.



P/s: akhirnya....apalah kisah yang perit sangat tu...tunggu sambungan dalam bab 17 terima kasih...jangan lupa komen...



Monday 16 September 2013

18
Komen

2013 : CERPEN 7 : SOMBONGNYA KAU!


Cerpen : sombongnya kau

Aku dah lama perhatikan dia. Dia selalu pinjam buku di pusat sumber sekolah. Dari pembacaannya aku tahu yang dia suka baca buku-buku ilmiah. Aku juga tertarik nak baca buku tersebut. Aku akan pastikan sebaik sahaja dia hantar buku tu, aku akan terus pinjam. Inilah kelebihan menjadi pengawas pusat sumber.

Alamak! Dia dah datang. Hampir dua tahun aku memerhati dia. Aku terlalu asyik dengan apa yang dibuatnya.

Aku kena cipta satu perkara yang boleh buat aku bercakap dengan dia tetapi aku tiada idea.

"hah! Okey juga macam tu..."

Aku mula berangan.

"Awak, boleh tak ambilkan buku tu. Tinggi sangat tak sampai." pinta aku lembut.

"Buku ini ke?" Lelaki itu membantunya. Aku apa lagi. Mula mengedik.

"Ya yang itu,"

Lelaki itu hulurkan kepada ku.

"Terima kasih... Saya Safawiyah..." aku memperkenalkan diri.

"Saya Shekh Muhammad Izzarif..."

Aku tersenyum mengenangkan angan tersebut. Baiklah! Aku akan cuba idea ini.

"Awak, boleh tak ambilkan buku tu? Tinggi sangat, tak sampai." pinta aku lembut.

Dia merenung wajah aku. Nak kata serius, tak pula. Nak kata senyum tak juga. Wajahnya memang tak pamerkan apa-apa perasaan. Kosong!

"Awak..." aku panggilnya. Dah bukan macam dalam anggan aku ni. Macam mana ni?

"Ambillah sendiri." kata dia. Aku kegeraman. Macam mana aku boleh suka dia dalam dua tahun ni. Gila!

Aku membebel seorang diri. Aku berjengkek agar lebih tinggi untuk mengambilnya. Tetapi kaki aku terseliuh. Pantas tangan dia memegang lengan aku. Cepat-cepat aku berdiri tegak. Aku tertunduk. Malu.

Dia sengaja berdiri di belakang aku.

"Lain kali, kalau nak ambil buku yang tinggi macam ni, ambil la kerusi dulu. Tak la hampir jatuh macam tadi." bisiknya di telinga ku sambil tangannya mencapai buku yang aku maksudkan tadi.

Dia ambil dan letak di tempat yang lebih rendah dan terus berlalu.

"Saya suka awak!" tiba-tiba aku jerit macam tu. Aku dah tak boleh berfikir dengan baik.

Dia hanya tersenyum lalu ketawa kecil sambil meninggalkan aku sendirian. Menyesal pula aku luahkan perasaan macam tu. Aku takkan mengakui yang aku suka dia lagi! Tak kan!

Sejak tu, aku tak tunjuk muka pada dia. Nasib baik tahun ni SPM. Boleh cau cepat-cepat tanpa di kesan. Aku kecewa dengan respon yang dia bagi tu. Kenapa dia nak ketawa? Apa yang aku katakan ni sesuatu yang lucu ke? Kelakar ke? Aku memang tak boleh terima dengan cara dia.

Kini, aku dah dewasa, tak ada tempat lain yang aku suka. Hanyalah buku. Akhirnya aku jadi pembantu perpustakaan awam. Aku paling suka jaga kaunter. Itulah kegemaran aku sebab boleh jumpa pelbagai jenis ragam manusia.

"Cik, aku nak pinjam buku ni." seorang lelaki menegur aku. Ini kali pertama aku nampak dia. Muka pun dah nampak sombong macam mana ni.

"Aku baru je pindah sini, so aku tak daftar lagi. Macam mana nak daftar?" lelaki itu bertanya. Aku layan je la walaupun kasar. Budi bahasanya letak kat mana pun aku tak tahu.

"Encik boleh isi borang ini dan kami akan masukkan nama encik dalam sistem kami." aku berkata penuh budi bahasa. Inilah cara bercakap yang betul.

"Isi borang? Aku malas nak tulis. Kau taip je dan terus masuk dalam sistem."

"Tapi..."

"Cepatlah!"

"Baiklah..." pantas aku buka sistem masukkan data peminjam."Nama encik?"

"Shekh Muhammad Izzarif Bin Abdulllah." wajah lelaki itu masih serius.

Aku tergamam. Lelaki yang aku pernah suka dulu. Dah muncul. Sedap aje aku kutuk dia tadi. Tapi aku kan dah tak suka dia. Sia-sia perasaan dua tahun aku padanya.

"Cik, kalau kau nak berangan, tak payah kerja."

"Macam ni lah encik, baik encik tulis. Kertas ini akan kami akan simpan. Tulis ye, encik?" aku maniskan muka. Cakap dengan orang macam ni memang susah ye.

"Hish!" marah pula dia.







Mengada-ngada betul perempuan tu. Aku nak minta tolong tuliskan pun payah. Ish! Kenapa aku kena tukar ke sini. Leceh betul. Baru selesa di tempat lama, dah kena pindah tempat baru.

Aku bekerja sebagai pembantu pemasaran di sebuah syarikat ternama. Biasalah, banyak cawangan, jadi aku terpaksa ditukarkan ke sini kerana potensi aku yang begitu cemerlang. Cawangan di sini, agak slow jualannya. Aku di sini untuk membantu memajukan perniagaan. Nasib.

Tempat pertama aku cari, perpustakaan. Aku suka baca sesuatu yang percuma hihihi tapi perempuan tadi mengingatkan aku pada seseorang.

"Saya suka awak!" tiba-tiba perempuan yang berpakain hijau itu berkata. Aku berpaling. Apa yang mampu aku buat hanya senyum tapi aku ketawa pula kemudian tu. Aku bukannya ketawakan akan perasaannya tapi aku rasa dia sangat mencuit hati dan perasaan aku.

Keesokannya aku datang lagi ke pusat sumber pada waktu rehat. Aku ada juga menjeling ke arahnya tetapi dia tidak lagi menyambut aku dengan senyuman yang selalu dia pamerkan. Entah mengapa aku rindu akan senyuman itu.

Kenapa dia berubah hati? Bukankah semalam dia kata suka kan aku? Ni yang buat aku pelik. Sempat aku jeling nama tagnya. Safawiyah? Sedap namanya. Macam islamik namanya. Hampir sama dengan nama aku, Shekh Muhammad Izzarif. Macam sepadan.

Pandangan aku jatuh pada buku yang aku pernah pinjam dulu. Entah mengapa tergerak hati mahu membukanya kembali. Aku perhatikan namaku di kertas peminjam yang diletak didalam buku tersebut. Bawah nama aku ada nama dia.

Aku mencari buku yang aku pernah pinjam dahulu. Aku yakin, semua buku yang pernah aku pinjam pasti ada nama Safawiyah. Aku tersenyum. Makin tertarik hati aku untuk mengenalinya. Tetapi aku jenis yang tak bercakap banyak dengan perempuan. Macam mana ni?

Aku mencuri pandang pada Safawiyah yang dari tadi asyik sekali bercakap dengan seseorang. Kadang-kadang dia akan tersenyum. Comel senyumannya.

Lepas tamat sesi persekolahan, aku akan ke perpustakaan awam. Di situlah tempat aku lepak. Suatu hari, aku ternampak Safawiyah. Dia juga ada datang. Mungkin dia tidak perasan aku. Entah la. Selepas pukul 5petang, barulah aku pulang ke rumah.

"Rif! Mama kena pergi mesyuarat kat KL, jadi elok-elok duduk kat rumah ni." Puan Ema sedang mengemas beg.

"You nak ke KL? Sekarang ke? I ada meeting dengan Dato Qhaliq malam ni di Damansara. Siapa nak tengok-tengokkan anak kita ni?" Encik Zarul berkata. Dia juga sudah lengkap dengan baju formal.

"Dia dah besar. Pandailah dia jaga diri. Jangan risau." Puan Ema menuju ke bilik anak tunggalnya. "Mama dah nak pergi. Ini belanja untuk bulan ni. Kalau tak cukup, bagitau aje mama." Puan Ema letak lima keping not seratus di atas meja.

Aku hanya tersenyum pahit.

"Papa pun dah nak pergi, Rif jaga rumah ye?" tangan Encik Zarul aku salam. Jiwa aku kosong. Itu sebab masa dan kehidupan aku hanya dipenuhi buku-buku yang aku baca.

Encik Zarul dan Puan Ema, sudah lama menghilang. Tinggal aku sendirian.

Aku terus memejamkan mata, ingin melupakan semua kesepian yang aku rasakan. Hanya kesepian.

"Ya Allah!" aku tersedar dari kenangan lalu. Sejak kedua orang tua ku meninggal dunia, aku tiada sesiapa. Mujur aku berpeluang bekerja di sebuah syarikat ternama disebabkan beri muka pada arwah ayah. Potensi pekerjaan aku juga semakin meningkat. Syukur.

Dalam kesunyian hati ini, aku teringat akan perempuan yang aku hanya kenali sebagai Safawiyah. Mungkin dia insan pertama yang aku cintai tanpa sempat aku luahkan perasaan ini. Aku cuba juga mencari namanya dalam rangkaian sosial seperti facebook, dan sebagainya tetapi tidak jumpa. Apabila tanya kawan-kawan yang lama, mereka tidak berhubung pun dengan perempuan yang bernama Safawiyah itu.

"Apa lagi yang mampu aku lakukan... Tapi..." aku teringat akan perempuan yang kerja di perpustakaan awam tadi. Muka dia lebih kurang macam Safawiyah tapi apabila tengok name tagnya tertulis Safai. Lebih kurang juga.

"Saf, ada masalah ke?" seorang mak cik menegur perempuan tu.

"Tak ada apa-apa, kak Fitry" perempuan tu tersenyum.

"Nah! Aku dah tulis. Lain kali buat perkhidmatan yang lebih canggih sikit..." kata aku. Entah mengapa aku nak berlaku sombong pada perempuan yang bernama Safai ni. Dah la pelik namanya.

Aku terus berlalu masa tu. Aduh! Kenapa perempuan ini mengganggu ingatan aku. Sudahlah! Baik aku tidur. Esok dah nak lapor diri kat tempat baru. Tidur. Selamat malam!



******



Kisah cinta mereka bersatu...



Safawiyah meneruskan pekerjaan sehariannya. Kadang-kadang dia akan menyusun buku-buku yang tidak tersusun. Selepas itu mengemaskini data dan sebagainya. Walaupun banyak kerja yang dia perlu lakukan tetapi dia bahagia dengan pekerjaannya sekarang ini.

"Siapa lelaki yang sombong semalam? Dah tak boleh cakap baik-baik dah dengan orang." Geram kak Fitry.

"Siapa ni? Siapa?" muncul pula kak Eira.

"Sabarlah kak, ini pertama kali dia pindah sini. Dia tak biasa lagi kot."

"Cam mana nak sabar? Eira nak tau, lelaki tu sombong gila. Senyum pun tak nak. Apa susah sangat nak senyum. Awet muda lagi bila kita senyum." Kak Fitry mula membebel.

"Kau ni over, Safai yang kena, kau yang lebih-lebih marah." Kak Eira ketawa kecil.

"Aku tolong marah untuk Safai la." Kak Fitry tersenyum.

TIba-tiba Safai dan Kak Fitry tergamam apabila seorang lelaki baru saja melintas kaunter mereka sedang berbual.

"Wei! Korang berdua...."

Datang lagi mamat ni. Memang nak kena. Kata hati Kak Fitry.

Datang lagi pula dia. Mana aku nak sorok muka ni. Aku harap sangat seumur hidup ni memang tak nak jumpa dia. Langsung tak nak. Macam tak logik kalau aku berhenti kerja macam tu sebab cinta pertama aku. Memang tak logik la.

"Hah!" Safawiyah terkejut. "Akak, saya nak ke tandas sekejap." Safawiyah segera ke tandas. Rasa macam nak duduk dalam tandas ni sampai dia balik. Tapi mana boleh macam tu. Sabar. Pura-pura tidak kenal dia. Okey. Jaga kaunter je!

Safawiyah duduk di kaunter. Dia sempat menjeling ke arah Izzarif. Dia bersama perempuan lain. Siapa? Ish! Hati ni cemburu pula. Geramnya! Dahlah mainkan perasaan aku. Boleh pula dia bahagia dengan perempuan lain! Ish!

Habis kertas diconteng oleh Safawiyah kerana terlalu geram. Nasib baik kertas kosong.

"Assalamualaikum.." seorang perempuan menyapa.

Ini perempuan tadi. Sabar Safa... Sabar...

"Waalaikumusalam."

"Boleh saya tanya...."

"Ya..."

"Awak Safawiyah Safai kan? Saya kenal awak! Awak kelas 5 SI kan dulu. Awak pengawas pusat sumber masa tu kan?"

SAfawiyah tergamam. Semuanya dia tahu.

"Salam perkenalan, saya Farhanah. Farhanah gedik!"

"Ya Allah! Kawan baik aku rupanya!" Safawiyah agak terjerit. Tetapi cepat-cepat dia tutup mulutnya sebab ini adalah perpustakaan awam.

"Berani kau kenakan aku macam tu. Mana kau pergi selama ini. Tak dapat hubungi langsung." geram Safawiyah.

"Aku gurau je. Itu pasal, dari jauh aku tengok minah jaga kaunter ni macam kenal. Rupanya kau." ceria wajah Farhanah.

"Mestilah aku. Tukar nombor fon nak? Nanti kita borak-borak lagi. Aku kan tengah kerja ni." Safawiyah berkata begitu kerana ketua kat situ dah main jeling-jeling maut. Mungkin tak senang pekerjanya begitu.

"Okey. Set!"

"Siapa ni?" tiba-tiba muncul Izzarif.

Safawiyah terkaku. Dia tak dapat nak larikan diri.

"Inilah kawan baik aku. Kau tak kenal ke? Inilah Safawiyah Safai yang pengawas pusat sumber tu. Kau kan selalu pergi pusat sumber kan?"

Izzarif tidak dapat menyembuyikan wajah terkejutnya. Inilah perempuan yang aku cari selama ini.

"Kau buat muka terkejut ni kenapa?" Farhanah rasa pelik. Macam-macam la kawan aku ni. Tak pernah jumpa perempuan cun ke?

"Tak ada apa-apa. Tak sangka cik Safawiyah Safai ni masih kekalkan bidang kerjanya sampai sekarang." Izzarif menyindir.

Safawiyah hanya mampu tersenyum. Dirinya sudah tertangkap. Janganlah mamat ni serang aku sudah. Entah-entah dia dah lupa perempuan yang lafazka cinta padanya.

"Safa, aku balik dulu. Laki aku dah tunggu kat luar. Lain kali kita berbual lagi okey." lepas bersalaman dengan Farhanah, Safawiyah ingin berlalu.

"Saya suka awak... Itu yang kau lafazkan pada aku dulu. Tak akan aku lupa." Izzarif membuat muka serius. Geram kerana gadis itu tidak mempedulikannya.

"Maaf, saya banyak kerja nak buat. Kalau encik tak nak pinjam buku, encik boleh balik." kata Safawiyah dengan nada yang geram. Dia berpaling dari melihat wajah Izzarif yang sentiasa membuat hatinya bergetar hebat.

"Aku tak nak pinjam buku. Aku nak pinjam kau." Selamba Izzarif menarik tangan Safawiyah.

"Lepaslah!" marah Safawiyah. "Lepas aku kata! Kak Fitry tolong Safa! Tolong!"

Kak Fitry dan Kak Eira yang mendengar jeritan Safawiyah segera keluar. Tetapi mereka berdua tidak sempat menolong Safawiyah kerana kereta Izzarif sudah meninggalkan perkarangan perpustakaan awam itu.

"Fitry, kita report polis je. Ni kes culik!"

"Kau biar betul Eira. Si Safa tu masih ada mak bapak. Apa kita nak cakap pada diorang? Kes culik ni berlaku kat tempat kita."

"Baiklah! Call polis!"

Mereka berdua masuk ke dalam semula untuk menghubungi polis.

"Kau call kawan kau tadi, cakap kau keluar sekejap. Call sekarang!" arah Izzarif.

"Tak nak! Biar dia call polis. Tangkap kau!" geram Safawiyah.

"Memanglah aku ni layak kena tangkap, tapi yang buat jenayah adalah kau!" Izzarif turut sama geram. Dia cuba memandu dengan tenang. Walaupun tidak laju tetapi apabila emosi terganggu susah juga.

"Jenayah apa yang aku buat. Kau jangan nak main tuduh pula!"

"Jenayahnya, kau dah curi hati aku. Sejak tingkatan lima lagi. Kau penjenayah tegar!"

Safawiyah terdiam.

"Kau cakap suka aku tapi kau pergi tanpa tunggu jawapan aku. Lepas SPM hilang macam tu je." marah Izzarif. Hampir gila dia mencari alamat rumah Safawiyah. Pindah tak nak bagitau.

"Pinjam telefon..."

"Nah!"

Safawiyah menghubungi Kak Eira dan memberitahu yang dia tak balik kerja dah memandangkan sudah pukul 5 petang.

"Kita nak ke mana?" soal Safawiyah. Dia tidak memandang Izzarif.

"Ke rumah aku!"

SAfawiyah terkejut. "Nak buat apa kat rumah kau? Kalau nak berbincang okey fine. Kita bincang cara baik. Aku tak nak pergi ke rumah kau!"

"Kena juga. Nanti kau lari."

Mereka sampai juga di rumah Izzarif.

Pantas Safawiyah membuka pintu dan berlari keluar dari kawasan perumahan Izzarif tetapi lelaki itu lebih pantas menangkap tubuhnya.

"Lepaslah!"

"Kan aku dah cakap yang kau akan lari! Aku faham sangat kau!"

"Lepas!"

Izzarif menarik tangan Safawiyah dan menguncinya dalam bilik stor di dapur.

"Kau gila!" marah SAfawiyah.

"Aku nak kau dengar apa aku nak cakap."

Safawiyah diam seketika.

"Aku dah lama cari kau. Semua kawan-kawan kita, aku dah tanya. Tapi masih tak jumpa kau. Kau cakap suka pada aku, kau ingat aku mudah lupa apa yang kau kata. Hati aku terusik tau! Kau memang menarik perhatian aku. Aku pun suka kau juga. Hati aku yang sunyi ni, kau isikan dengan kata-kata semangat untuk aku. Kau ingat aku tak tahu ke setiap kali lepas baca buku yang aku pinjam, kau akan pinjam kan? Lepas tu kau selitkan penanda buku yang penuh dengan kata-kata semangat."

Safawiyah terduduk. Dia tidak menyangka yang Izzarif akan menyiasat begitu sekali.

Perlahan-lahan Izzarif membuka pintu.

"Aku cintakan kau, Safawiyah."

Makin tergamam Safawiyah dengan kata-kata cinta itu.

"Kau sombong dengan aku dulu. Aku benci kau sekarang ni. Aku nak balik!" Safawiyah masih terkejut dengan pengakuan Izzarif. Dia tak dapat nak berfikir dengan baik.

"Aku cintakan kau! Faham tak?"

"Aku tak faham! Aku nak balik. Nak balik!" Safawiyah tidak dapat menerima kata-kata itu. Masih teringat senyuman dan ketawa sinis Izzarif. Betapa hinanya dia rasa saat itu.

"Baiklah, aku hantar kau balik."

"Tak payah, aku naik teksi je."

"Kau mana ada duit nak bayar tambang."

"Pinjam duit kau dulu." memang malu saat itu tetapi dia perlu segera tinggalkan tempat ni.

"Tak boleh! Aku hantar kau balik!" tegas Izzarif.

Akhirnya Safawiyah mengalah. Sebaik sahaja Safawiyah turun dari kereta, dia berjalan pantas ke rumah,

"Tunggu!"

Langkah Safawiyah terhenti tetapi dia tidak berpaling.

"Aku akan pastikan kau akan cakap benda tu sekali lagi."

"Cakap apa?"

"Cakap yang kau suka aku! Aku akan buat kau cakap macam tu."

Sejak itu, Izzarif datang hampir setiap hari. Dulu selepas kerja, sekarang ni, waktu lunch, pasti ada muka seriusnya di perpustakaan awam.

Ingatkan datang nak pujuk aku tapi datang nak tunjuk muka dia yang serius. Tak akan la aku cakap suka pada kau. Jangan harap! Safawiyah menunjukkan muka protes.

Tiba-tiba seorang perempuan lalu depan kaunter dan menghampiri Izzarif.

"Hanisah, you buat apa kat sini?"

"Oh, you kat sini! I cari you merat tempat, kat sini you melepak!" Hanisah menarik tangan Izzarif. Izzarif pula hanya membiarkan sahaja.

SAfawiyah yang melihat kejadian itu mula panas hati. Kata nak tunggu aku tapi dah ada perempuan lain ni. Tak leh jadi ni tapi aku tak bersedia lagi nak cakap benda tu, biar aje la.

Selepas hari itu, Izzarif tidak lagi datang ke perpustakaan awam. Minggu ini sudah masuk minggu ke dua. Safawiyah mula bimbang. Kemungkinan perasaan Izzarif akan berubah hati ke perempuan lain. Tak boleh macam tu.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk ke rumah Izzarif petang nanti tetapi hujan turun dengan lebat. Baju hujan tak pula bawa.

"Meh tumpang kak Eira..." ajak Kak Eira.

"Tak apa la kak, kejap lagi berhentilah tu. Kasihan motor ni tinggal kat sini."

"Okey, hati-hati tau. Dah senja ni." Kak Eira terus berlalu pergi.

"Izzarif!" terkejut Safawiyah dengan kehadiran lelaki itu di situ.

"Maafkan aku Safa. Aku tahu yang aku sombong sangat dengn kau dulu. Tapi aku malu sebenarnya masa tu. Tambahan pula kau perempuan pertama yang begitu jujur dengan aku."

"Sudahlah..." Safawiyah mengalah dengan perasaannya. Mana mungkin hatinya tidak terusik dengan kehadiran lelaki itu semula dalam hidupnya.

"Maksud kau..."

"Aku suka kau!" Safawiyah melafazkan kata-kata itu serentak dengan kilat yang tiba-tiba muncul. Hal ini membuatkan Izzarif tidak mendengarnya.

"Apa kau kata?"

"Tak ada apa-apa..." Safawiyah tersenyum bahagia.

"Cakap la. Aku tahu kau cakap benda tu. Cakaplah lagi sekali yang kau suka aku. Please..."

"Malas! Kalau betul kau suka aku, masuk meminang. Aku tunggu!" Safawiyah sudah bersedia atas motornya. Dia akan meredah hujan. Lebih lama mereka berdua-duaan, lebih banyak masalah.

"Betul ni!"

Safawiyah angguk kepala dan dia terus meninggalkanIzzarif.







Izzarif membuka siaran radio dalam keretanya. Ada sebuah lagi yang diputarkan.

"Tidak tidak padaku. Untuk melupakan dirimu. Walau sudah lama berlalu. Hatiku tetap setia padamu. Ya Tuhan, Kembalikan dia padaku. Yang sangat mencintainya. Tak bisa padaku. Terus hidup tanpa cintanya."

Lagu itu terus kedengaran. Makin lebar senyuman Izzarif.

"Apa lagi yang perlu ku lakukan Kerna segalanya telah ku coba Untuk memiliki seluruh hatimu, Yang tinggal hanyalah satu kepasrahan... Oh tidak...tidak... Di mana-mana kau berada Tapi dirimu sentiasa bersamaku. Kenangan memori kita Akan selalu sentiasa bersamaku. Ya Tuhan kembalikan dia padaku. Yang sangat mencintainya. Tak bisa padaku terus hidup tanpa cintanya. Di mana-mana kau berada Tapi dirimu sentiasa bersamaku."

Akhirnya dia sampai di sebuah masjid.

"Lambatnya kau sampai. Semua orang sedang tunggu kau tau." Farhanah membebel. Izzarif hanya ada keluarga angkat sahaja iaitu keluarga Farhanah. Keluarga itu cukup mengambil berat tentangnya.

"Jalan jem."

"Ini kan majlis pernikahan kau, boleh pula datang lambat."

"Tak apa, Safawiyah tetap setia menunggu aku." bangga Izzarif berkata. Senyumannya tidak pernah lekang dari bibir. Pakaian melayu sebar putih begitu sesuai dengannya.

"Sombongnya kau! Nanti si Safawiyah tu lari lagi, baru kau tak sombong."

"Aku yakin dengan cinta ni. Jodoh ni!"

"Bagus la!" Farhanah tersenyum. Semoga korang berbahagia.



P/s: wah, siap juga cerpen ni. Alhamdulillah. Harap terhibur. Cerpen yang santai dan ringkas je. Tak berat mana pun. Sekian terima kasih.





Sunday 15 September 2013

13
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 15



Bab 15
Selepas makan, Tengku Zam Hairil membawa Izz Izzati ke ICT Shah Alam. Melihat cahaya lampu yang pelbagai bentuk.

"Cantik kan?" kata Izz Izzati. Dia suka suasana malam ini. Sedikit berangin tetapi nasib baik tidak hujan.

"Ya. Zati, bila abang awak kahwin? Tak pernah pula encik Azlan beritahu atau jemput saya. Dah lama juga kenal dengan ayah awak tu." Tengku Zam Hairil bertanya.

"Dah lama kahwin... Rasanya empat tahun usia perkahwinan mereka."

"Wah lamanya." tersentak lagi sekali hati Tengku Zam Hairil. Wajah Zizan benar-benar ceria dan gembira. Tak pernah terpamer wajah yang sedih. Rupa-rupanya perkahwinannya tidak seindah seperti orang lain. "Mak ayah tahu ke pasal perkahwinan ni?"

"Mestilah la tahu. Ayah dan mak yang pergi meminang kak Ila. Setahun sahaja dapat bertahan hubungan mereka tetapi sejak campur tangan mak ayah kak Ila dalam perkahwinan mereka, jadi makin teruk."

"Mak ayah kak Ila masuk campur? Apa yang terjadi sampai mak ayah kak Ila masuk campur?" soal Tengku Zam Hairil lagi. Memang dia tidak berpuas hati apa yang berlaku pada abang iparnya tetapi siapalah dia mahu melawan takdir. Dia hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan Zizan.

Izz Izzati duduk di bangku yang ada. Tengku Zam Hairil turut sama melabuhkan punggungnya di bangku itu.

"Kak Ila kata yang abang pukul dia sampai lebam tangan dan macam-macam lagi. Padahal abang tidak pernah pukul dia pun. Saya tahu pasal tu Tengku. Saya yakin. Abang seorang yang sentiasa melindungi wanita. Tak pernah menyakiti mana-mana wanita yang hadir dalam hidupnya." air mata Izz Izzati mengalir.

"Sabarlah Zati. Mak dan ayah tak tolong apa-apa ke?"

"Mak ayah hanya diam. Dia cuma nasihat. Bimbinglah kak Ila tu biarpun mak dan ayah dihina."

Betapa baiknya hati mak dan ayah mertua aku. Sampai begitu sekali.

"Zati jangan nangis. Kita sama-sama doakan untuk abang Zizan." pujuk Tengku Zam Hairil. Banyak kali sudah gadis ini menangis hari ini. Patutlah Puan Zalimah menangis saat mereka meninggalkan rumah tadi. Rupanya Zizan ada masalah dengan isteri dan hanya pulang ke rumah jika diperlukan sahaja.

Izz Izzati tersenyum kembali. "Kalau boleh saya nak jadi isteri yang baik untuk awak Tengku. Saya tak nak jadi macam kak Ila... Boleh awak bantu saya?" pintanya.

"Boleh je. Jaga makan minum dan pakai saya pun dah cukup." Tengku Zam Hairil tersenyum manis.

"Thank Tengku..." mereka pun pulang ke rumah.

Keesokan harinya Izz Izzati bangun lewat. Hal ini kerana dia sudah terbangun pada jam empat pagi kerana rasa tidak selesa. Rupa-rupanya dia datang haid.

Selalunya lambat, ini awal pula. Selepas itu, dia tidur semula.

Tengku Zam Hairil seperti biasa akan bangun awal untuk bersolat dan mengaji. Dia rasa hairan kerana Izz Izzati tidak keluar dari biliknya. Tambahan pula bilik itu gelap.

Aku nak masuk tapi takut dia fikir yang bukan-bukan pula. Tapi kalau tak kejut bangun subuh, tak elok pula macam tu. Kasi redah je la! Bolos sahaja pintu itu!

Tengku Zam Hairil ketawa sendirian. Teringat rancangan tv astro itu. Dia mengetuk pintu bilik tetapi tiada respon. Perlahan dia memulas tombol pintu. Kelihatan Izz Izzati berselimut likup. Mungkin lepas mereka pulang semalam, hujan turun dengan lebat. Jadi suasana yang dingin itu membuat lena menjadi panjang.

Izz Izzati yang sudah tersedar apabila pintu dibuka dari luar itu pura-pura tidur. Selamba je si Tengku ni masuk bilik aku. Tak apa. Kita kenakan dia.

"Zati, bangun la..."

Perlahan Izz Izzati membuka matanya, dia membuat muka serius.

Tengku Zam Hairil tergamam.

"Kenapa kacau aku tidur?" Izz Izzati menggunakan ayat yang sering Tengku Zam Hairil katakan apabila tidurnya terganggu.

"Kacau tidur? Mana ada, saya nak kejut Zati bangun solat subuh je." Tengku Zam Hairil ingin keluar dari bilik itu.

"Kau nak ke mana? Disebabkan kau dah kacau aku tidur, kau kena denda!" berani Izz Izzati.

"Denda?"

Pantas Izz Izzati memeluk Tengku Zam Hairil.

Tengku Zam Hairil terkejut.

Makin lebar senyuman Izz Izzati. Wajah terkejut suaminya itu cukup mencuit hatinya. Pagi-pagi hari dah nakal.

"Peluklah sampai puas..." Tengku Zam Hairil tidak kisah. Dia cuma terkejut awal-awal sahaja. Siapa yang tak suka di peluk kan?

"Ala, Tengku ni. Saya gurau je Tengku." Izz Izzati meleraikan pelukannya. Dia pula yang rasa malu.

"Pergilah solat. Dah lewat ni..."

"Saya cuti la Tengku..."

Tengku Zam Hairil angguk kepala. Dia pula yang rasa malu. Sibuk sangat nak kejut orang bangun subuh kan dah termalu.

Selepas mandi, Izz Izzati membuat sarapan. Nasi goreng sahaja.

"Masak apa tu?"

"Cuba bau..."

"Nasi goreng..."

"Tau pun. Lain kali bau dulu baru tanya." Izz Izzati menghidangkan makanan untuk suaminya.

"Ala, nak bermanja pun tak boleh. Sajer nak tanya soalan yang dah ada jawapan." Tengku Zam Hairil tersenyum manis.

Hah sudah! Aku ni pantang tengok senyuman suami aku ni. Mulalah jadi tak betul. Cukup menggoda hati untuk menjadi gedik.

Izz Izzati duduk di sebelah Tengku Zam Hairil. "Tengah hari ni, Tengku nak makan apa?" manja sekali suaranya.

Tengku Zam Hairil pula terkejut. Manja lain macam tapi dia tak kisah. Aku tengok sikap Zati ni dah macam Feya. Sedikit sebanyak rindu aku padanya hilang.

"Saya nak makan awak!" gurau Tengku Zam Hairil. Dia ketawa kecil.

"What?!" Izz Izzati terkejut. Dia mula menjarakkan diri dari suaminya. Tak jadi nak duduk rapat-rapat. Dia duduk kerusi depan Tengku Zam Hairil.

Tengku Zam Hairil hanya ketawa sahaja. Makin menjadi-jadi ketawanya apabila melihat wajah malu isterinya itu.

"Awak masak aje la. Saya makan semua. Tolak batu, pasir dan sewaktu dengannya yang memang tak boleh makan." masih bersisa ketawa Tengku Zam Hairil.

"Tengku ada elergik tak?"

"Ada, elergik dengan Zati?" Tengku Zam Hairil masih mahu mengusik isterinya.

"Ingatkan elergik dengan seafood. Eh! Dengan saya Tengku elergik?" Izz Izzati baru perasan yang namanya disebut.

"Elegik la. Kalau nampak Zati je, rasa nak peluk-peluk. Selagi tak dapat peluk, badan ni naik gatal-gatal." gurau Tengku Zam Hairil. Entah mengapa dia rasa terhibur dengan mimik muka yang ditunjukkan oleh Izz Izzati.

"Miang!" marah Izz Izzati. "Lebih baik Tengku makan sekarang sebelum, saya yang habiskan semua nasi goreng ni." geramnya.

"Wah, tak sangka Zati ni kuat makan!"

"Ala, Tengku ni. Asyik nak kenakan saya je." Izz Izzati membuat muncul. Dulu kalau di rumah, kalau abang Zizan ada, dialah yang selalu mengusik dan mengacaunya. Tetapi sekarang, suaminya pula mengambil alih. Walaupun tanpa cinta antara mereka, tetapi mereka berusaha untuk mengenali hati budi masing-masing.

"Suka hati saya la."

Selepas makan dan mengemas dapur, Izz Izzati ke ruang tamu. Aku rasa aku patut mengenali suamiku dengan lebih rapat. Izz Izzati menjeling seketika Tengku Zam Hairil yang asyik sekali membaca surat khabar di sisi teddy bearnya. Dia yang sedang menyapu, pura-pura menyapu di tempat Tengku Zam Hairil membaca surat khabar.

“Boleh saya tanya.”

“Tanya la...” pandangan Tengku Zam Hairil masih di surat khabar.

“Hobi Tengku apa?”

“Peluk teddy bear.” Selamba Tengku Zam Hairil berkata. Ada saja idea untuk mengenakan isterinya itu. Dia sedar yang Izz Izzati perhatikannya.

“Lagi...” Izz Izzati cuba tersenyum. Itu dipanggil hobi ke? Mungkin dia ada hobi yang lebih menarik kot.

“Tidur dengan teddy bear.” Jawab lagi Tengku Zam Hairil dengan muka tiada perasaan. Dalam hatinya tiada siapa yang tahu. Mahu ketawa adalah. Tapi ditahannya.

Izz Izzati pula rasa geram. Teddy bear lagi. Suka benar dengan patung beruang yang tak ada mata tu.

“Teddy bear ni isteri Tengku yang ke dua ke?” perli Izz Izzati. Rasa kau! Geram betul! Asyik dengan teddy bearnya. Kalah budak kecik cam ni. Entah-entah dalam biliknya tu penuh teddy bear. Nanti nak curi-curi masuk la.

“Tak la. Teddy bear tu isteri yang pertama. Awak tu yang nombor dua.” Jawab Tengku Zam Hairil sambil berdiri. Dia mencapai teddy bear lalu dipeluknya. “Jom pergi mandi! Ucuk ni!” manja Tengku Zam Hairil sambil berlari biliknya. Di biliknya sudah ada bilik air. Di bilik Zati sahaja tak ada.

Izz Izzati terkedu. Kalau aku kenakan dia, pasti aku yang terkena semula. Ish, geramnya! Tapi ada perasaan bahagia yang meresap dalam dirinya.

Beberapa minit kemudian...

Aku pasti yang dia dalam bilik air. Aku nak skodeng biliknya sekejap. Aku kan tak ada kerja nak buat. Nak menulis, idea tak timbul.

Perlahan pintu bilik itu dibuka. Wah tak ada langsung teddy bear. Cuma yang tak ada mata tu je yang ada. Aku ingat dia ni pengemar teddy bear. Mungkin seseorang yang istimewa yang bagi ni. Tapi siapa?

"Awak buat apa dalam bilik saya ni?" tiba-tiba Tengku Zam Hairil muncul dari belakang.

Izz Izzati berpaling. Terkejut dia melihat tubuh Tengku Zam Hairil yang terdedah. Dia tidak menyangka yang suaminya yang mempunyai bentuk badan yang mengancam hati dan naluri wanitanya. Ingatkan kurus kering je.

"Saya..."

Tengku Zam Hairil merenung tepat ke dalam mata Izz Izzati.

"Saya...."

"Saya apa?!" sedikit keras suara Tengku Zam Hairil.

"Saya... Saya!" terkejut dibuatnya.

"Assalamualaikum...." ada yang memberi salam dari luar rumah.

"Ada orang datang!" Tengku Zam Hairil gelabah. "Zati, pergi tengok siapa datang tu."

"Baiklah!" jawap Izz Izzati. Huh! Lega aku. Selamat!

"Waalaikumusalam..." jawab Izz Izzati dari dalam. "Abang!!!" Dia memeluk abang kandungnya. Gembira dengan kehadiran abangnya itu.

"Zati..." wajah Zizan sangat sedih.

Apa yang terjadi pada abang? Kak Ila buat hal lagi ke? Izz IZzati terkaku.



P/s: alahai...bersambung lagi....tunggu next episod...jangan lupa komen...terima kasih...



Friday 13 September 2013

13
Komen

2013 : CERPEN 6 : EH, KAU SIAPA?


Cerpen: Eh, Kau siapa?

Aku rasa tertekan sangat. Setiap hari ada sahaja benda yang sampai kat rumah aku. Aku tahulah aku ni penganggur terhormat tetapi aku tak mengharap semua ini tiba di rumah sewa kawan baik aku ni. Ish menyusahkan. Dah la tak kenal siapa yang bagi.

"Cik Nurul, hari ni pun ada kotak pos laju..." kata seorang posmen pos laju. Dia pun dah naik kenal muka aku. Yelah, hampir setiap hari. Ini sudah masuk seminggu perkara ini berlaku. Dan seminggu juga aku dapat hadiah. Hari pertama coklat. Tapi tak cair pula. Hari kedua bunga dalam pasu. Tak layu pula. Mungkin orang yang pos ni dah bekerjasama dengan pihak pejabat pos laju mengenai barang yang di pos ini. Memang pelik dah hari-hari seterusnya.

"Hari ni aku dapat apa pula?" Aku sendiri tertanya-tanya. "Mak ai! Keronsang! Cantik gila!" aku tersenyum lebar. Makin lebar apabila aku membaca kad yang terselit di dalam kotak itu.



You, sweetheart, are may one and only - Penunggu rahsia



Memang pelik sebab dia sendiri yang mengelarkan dirinya penunggu rahsia. Penunggu macam ni tak apa. Kalau penunggu gua aku rasa seram sejuk.

"Afida, aku dapat lagi la benda dari penunggu rahsia tu." aku mula bergayut. Afida merupakan kawan serumah aku yang balik baik. Sebenarnya ni rumah dia. Aku yang menumpang tapi dia tak kisha. Itu yang buat aku terharu. Rasa nak buat bantal peluk tiap-tiap malam. Over sangat la tu...

"Again?! Semalam apa yang dia tulis?" hanya Afida sahaja yang tahu mengenai perkara ini.

"Semalam ye? You take may breath away? Entah bila masa la aku buat macam tu pada dia." aku sendiri pun nak tergelak bila teringat ayat-ayat jiwangnya.

"Wah! Romantik gila. Kau kahwin la dengan dia." cadangan yang hampir membuat aku tercekik sendirian.

"Kalau aku kahwin dengan dia, mana aku nak letak Muhammad Afiq Awraq tu?" sengaja aku menyebut nama buah hati aku itu.

"Kau kasi pas kat aku. Gerenti dia suka aku juga."

"Oh no! Bukan Afiq tau. Dia aku punya..."



******



Atheera membaca tanda nama bosnya. "Abid Zahran... Nama punyala sedap tapi, kerjanya nak mengamuk aje hari ni. Tak tahu sebab apa?" serentak dia habis berkata, pintu majikannya terbuka.

"Kamu buat apa depan pintu bilik saya ni? Dah tak ada kerja nak buat?" aku mula membebel. Geram dengan apa yang aku lihat tadi pun tak habis lagi. Di tambah dengan urusan syarikat yang tidak habis habis ini.

"Ada kerjanya, bos jangan lupa kita ada temuduga untuk jawatan setiausaha peribadi bos." Atheera berkata. Mungkin dalam hatinya tu, dia ingat tak cukup ada seorang setiausaha tapi bedal sampai dua. Aku tersenyum dalam hati.

"Okey, saya tak lupa kalau kamu tak panggil saya ke bilik temuduga." kataku semula membuat air muka setiausaha aku tu berubah. Ish, sejak bila aku suka mengusik orang lain ini. Ini semua gara-gara perempuan yang aku hanya tahu nama dan muka. Yang lain kosong.

Tiba teringat perkara pagi tadi. Panasnya hati ini!!!!!



******



Aku tersenyum lebar. Nak pergi temuduga dengan hati yang gembira. Disebabkan aku dah lama mengganggur, aku tak nak lepaskan peluang untuk mendapatkan pekerjaan ini. Bukan senang kita dipanggil untuk temuduga.

"Nabo!" aku berpaling apabila namaku dipanggil dari jauh.

"Afiq!"

"Wei, good luck! Jangan nak tanam anggur je!" Afiq nasihati aku. Macam la dia tak pernah mengalami nasib seperti aku. Sekeh kan! Nasib baik kau orang yang aku suka. Kalau tak, jangan harap. Kalau aku dapat pekerjaan ini, aku akan luahkan perasaan ini pada kau! Janji!

"Terima kasih dengan khidmat kauseling yang diberikan. Cukup berbekas di hati." aku tersenyum.

"Sama-sama. Nanti kalau kau dapat kerja ni, satu tempat kerja la kita." Afiq tersenyum makin lebar. Senyuman tu tidak pernah membuat hati aku bergetar hebat tetapi cukup menenangkan jiwa.

"Yelah! Kau kena datang ambik dan pulang tau."

"No hal! Sekali dengan Afida kan?" tiba-tiba Afiq sebut nama sahabat aku. Itu sudah cukup membuat aku rasa cemburu.

"Mestilah sebab syarikat yang dia kerja tu sebelah dengan tempat kerja kau. Tak kan tak sudi nak tumpangkan dia. Kasihan tau kami ni wanita, kena naik bas. Bahaya tau."

"Itu yang aku risau." Afiq termenung membuatkan aku rasa pelik. Lantak la! Kena fokus pada temuduga ni. Kalau tak dapat, menyesal tak sudah! Tak dapat nak pergi kerja bersama buah hati tercinta.

Masa aku menaiki tangga, tiba-tiba kasut tumit tinggi aku buat hal dan aku jatuh ke belakang. Nasib baik Afiq ada.

"Nasib baik aku ada, kalau tak, tak pergi temuduga la tu." aku pantas berdiri tegak. Rasa lain macam bila ada lelaki memegang belakang aku.

"Terima kasih! Aku pergi dulu." aku terus berlalu. Bukannya apa. Aku malu. Wei! Siapa tak malu dengan adengan tu. Malu gila!

Aku terus berjalan tanpa berpaling lagi. Semasa aku masuk ke dalam lif, aku terlupa tingkat berapa aku kena pergi dan aku benar-benar lupa. Belum sempat pintu lif tertutup, ada seseorang yang menghalang dari ia tertutup.

Aku tersenyum pada lelaki tu tetapi mamat tu buat muka serius. Ingat aku hadap sangat ke? Tapi akhirnya aku mengalah. Aku terpaksa tebalkan muka bertanya sesuatu pada lelaki itu.

"Tumpang tanya..." aku cuba beramah.

"Tumpang? Saya tak naik kereta nak tumpang-tumpang." eh, mamat ni! Loyar buruk pula. Sabar hati. Kau dalam kesusahan ni. Hanya dia yang boleh tolong kau saat ini.

Belum sempat aku bersuara lagi,tiba-tiba lif terhenti dan lampu terpadam. Aku mula panik. Aku takut gelap. Aku takut!

Tanpa aku sedari yang aku sudah merapati lelaki itu dan aku memeluk lengannya. Aku juga dapat rasakan lelaki itu hanya kaku sahaja tanpa bergerak.

"Kenapa lampu ni padam?" aku mula bertanya soalan yang aku sendiri dah tau jawapannya. Semestinya disebabkan elektrik tak ada. Aduh! Aku ni!

"Mungkin sebab kita ditakdirkan bersama..." lelaki itu berbisik ditelinga aku. Aku terkejut. Secara automatik tangan aku yang memegang lengannya dilepaskan. Aku rasa, aku patut lebih takut dengan lelaki yang tak betul daripada suasana gelap. Aku mula menjarakkn diri tetapi tangan aku di tarik.

"With you, forever won't be too long." bisiknya lagi ke telinga aku. Pada masa yang sama. Lif dan lampu berfungsi seperti biasa. Lelaki itu menolak tubuh aku dan dia membelakangi aku. Lantas pintu lif terbuka. Terus lelaki itu meninggalkan aku sendirian yang masih tergamam dalam lif tersebut.

Terngiang-ngiang kata-kata lelaki yang aku sendiri tak ingat mukanya. Serius! Aku tak ingat langsung! Aku dah hilang ingatan! Kembalikan ingatan aku semula! Aku nak ingat siapa lelaki itu. Adakah dia penunggu rahsia tu? Tak mungkin.

"With you, forever won't be too long." aku mengulangi kata-kata indah itu.

"Nabo, kau masih kat sini...." tiba-tiba pintu lif terbuka dan terpacul muka Afiq. Aku cuba mengawal air muka yang terkejut ini.

"Tadi lif ni tak bergerak. Aku takut!"

"Hari ni je berlaku macam tu sebab ada pembaikian sikit. Sekejap je kan, tak sampai lima minit. Meh aku hantar kau kat tempat temuduga tu." Afiq tersenyum manis dan aku membalasnya degan senyuman pahit.

Tak sampai lima minit? Tapi aku rasa lebih dari setengah jam. Lama aku berada dalam lif yang gelap. Aku tak tipu. Aku rasa lama sangat dan....

"With you, forever won't be too long." kata-kata itu terngiang lagi ditelinga aku. Adakah lelaki tu rasa sama macam aku. Aku tiada jawapan bagi pertanyaan itu.



******



Aku tersenyum riang. Memang sakit hati tengok kejadian yang tak best tu dari jauh. Lepas ambil telefon di kereta tadi, aku terserempak dengan dia dalam lif. Dia memang cantik dalam pandangan mata aku. Nasib baik dia tidak sempat mengejam aku. Aku akan pastikan dia dapat kerja ni tapi dengan cara yang paling dahsyat. Kalau tak mengusik, ini bukan Abid Zahran la...

Aku menuju ke bilik mesyuarat. Di situlah temuduga akan dijalankan.

"Atheera, bagi senarai nama pemohon kerja ni?" pinta aku. Aku nak tengok namanya dalam senarai yang ke berapa.

"Baiklah bos! Ini dia." Atheera menghulurkan satu fail nipis pada aku. Mungkin senarai nama tu ada di dalamnya. Pantas bola mataku mencari nama yang istimewa itu. Itu pun dia, Nurul Ajira Bte Osman.

"Atheera, mari sini sekejap!" panggilku.

"Ya, bos!"

"Letakkan nama ini yang terakhir okey."

"Baiklah bos!"

Aku tersenyum lebar.







Gelisah dibuatnya, sepatutnya nama aku yang ke 15 tetapi yang terakhir pula. Makin rasa gelabah. Keyakinan yang dibina sebentar tadi terbang bersama burung kot. Aduh! Macam mana ni. Tenang hati. Tenang! Ingat Allah! Allah akan ingat kita jika kita ingat Allah. Aku berzikir seketika. Sedikit sebanyak hati aku tenang. Aku merenung kertas di tangan aku.

"Cik Nurul Ajira!" Panggil Atheera yang tiba-tiba membuatkan aku terkejut dan semangat yang aku kumpul tadi hilang sekelip mata. Aku menjadi gelabah semula.

AKu menarik nafas. Relax okey! Aku berjalan perlahan agar kasut tumit aku ni tak buat hal. Biasalah dah lama tak pakai.

Aku ketuk pintu bilik tersebut dulu. Ikut cakap Afiq. Dia yang ajar aku.

"Tak payah ketuk-ketuk, masuk je..." seorang lelaki yang berada dihadapannya mula berkata. Kawan aku kata tadi, ada tiga orang. Awat ni seorang je. Tak adil ni. Sabar... Sabar...

Aku berdiri tegak. Kena sabar kalau nak kerja ni.

"Kan ada kerusi tu, tak reti-reti nak duduk ke?" makin kasar pula sindiran lelaki di depan aku ni. Nasib baik kau pekerja kat sini, kalau tak, dah lama aku melawan. Sabar lagi...

"Encik tak suruh saya duduk pun..." aku beranikan diri untuk bersuara.

"Kalau semua kena suruh baru nak buat, tak payah kerja di syarikat saya." katanya lagi. Syarikat saya? Alamak! Ini mesti bos besar. Aku lupa! Jawatan yang aku mohon ni setiausaha CEO. Aduh, cari nahas je aku ni!

Aku tersenyum.

"Tak apa, duduklah!"

Segera aku duduk. Gaduh dengan bos tak kan dapat apa-apa. Nak dapat kerja pun belum tentu lagi dapat.

Aku pamerkan senyuman paling ikhlas untuk bakal majikanku. Mungkin!



******



Sebaik sahaja Nurul keluar dari bilik mesyuarat itu...



Hahahahaha sakit perut aku menahan ketawa. Melihat wajah minah tu yang kelat, memang mencuit hati. Wah, tak sangka dia ada pengalaman dan cara bercakap cukup berkeyakinan. Walaupun pengalamannya biasa sahaja tapi dia memang layak memegang jawatan ini.

"Atheera, sediakan surat yang Cik Nurul dapat pekerjaan ini. Esok dah boleh mula kerja? Jangan lupa call dia yang dia terpilih." arah aku. Jadi bos, hanya tahu bagi arahan je.

"Baiklah bos!"

Selepas sesi temuduga tamat, dia baru perasan sudah pukul lima petang. Lama pula temuduga ini. Kebanyakkan pekerja sudah beransur pula.

Aku berjalan menuju ke tempat letak kereta. Tiba-tiba langkah aku terhenti. Aku tergamam mendengar perbualan mereka.







Aku senyum sampai ke telinga, baru sepuluh minit aku keluar dari bilik temuduga, aku sudah dihubungi yang aku dapat kerja tu!!! Syok! Jadi aku akan luahkan perasaan cinta aku pada Afiq. Dia janji nak hantar aku balik sekarang. Jadi, inilah peluang aku.

"Nabo! Sinilah!" panggil Afiq.

"Afiq..." aku tersenyum. "Afiq, aku ada perkara yang nak bagitau kau."

"Apa dia?" aku dan dia bergerak ke tempat parking kereta yang sudah kosong. Kami berdiri di situ. Afiq merenungku. Rasa gementar pula.

"Afiq, aku dapat kerja tu!" aku cakap dengan speed yang paling laju.wah dia gembira. Aku lagi gembira. "Jadi..."

"Jadi apa ni?"

"Jadi, aku nak luahkan perasaan pada kau."

"Perasaan?"

"Ya. Aku cintakan kau..." jujur aku.

Jelas wajah Afiq terkejut.

"Afiq..." Panggil aku perlahan... Aku bagaikan tidak mendengar kata-kata yang baru dia ucap. Cuma air mata yang mengalir.



******



Kisah Nurul dan mereka....



Abid Zahran terpana dengan apa yang dikatakan oleh Nurul. Dia cintakan Afiq? Pekerja aku yang biasa tu. Tak kacak langsung tu! Abid Zahran tidak berpuas hati. Dia masih mahu mendengar perbualan mereka.

"Afiq..." Panggil Nurul perlahan.

"Maafkan aku, Nabo. Aku mencintai orang lain." jujur Afiq. Dia rasa bersalah sebab terpaksa memberitahu hal sebenar. Betul kata orang, perasaan cinta boleh merosakkan persahabatan yang terjalin lama ini.

"Ye ke ni?" bergetar suara Nurul. Dia mengelap air mata yang mengalir. Dia harus kuat. Memang rasa sakit jika cinta kita ditolak.

Afiq hanya mengangguk.

"Kita masih kawan kan?" Nurul bertanya. Mungkin aku tak dapat jadi kekasih dia tapi aku masih berharap yang Afiq masih sudi bersahabat dengan aku.

"Ya..."

"Kalau dia tak boleh cintakan kau, benarkan aku cintai kau..." Tiba-tiba muncul seseorang dari belakang Nurul.

"Eh, kau siapa?" soal Nurul serentak berpaling melihat wajah lelaki yang berani berkata begitu setelah cinta aku di tolak sebentar tadi.

"Aku Adib Zahran."

Ini orang yang menemuduga aku tadi. CEO syarikat ini. Biar betul! Aku bermimpi ke?

Adib Zahran terus menarik tangan Nurul dan menuju ke keretanya. What? Ferrari? Kau biar betul. Jangan buat aku jadi seorang yang jakun...

"Encik, kita nak ke mana?" soal Nurul. Bimbang juga, baru jumpa dah berani tarik tangan aku masuk kereta dia. Kalau dia buat apa-apa, aku juga susah.

"Ke satu tempat..."

"Semestinya kita akan ke satu tempat. Itu saya tahu tapi di mana?" Nurul mula jadi tidak betul.

"Rahsia...."

Lebih kurang sejam, mereka sampai di sebuah rumah.

"Ain dan Annur, tolong siapkan buah hati saya ni dengan baju yang tempoh hari..."

"Baiklah tuan..."

Nurul hanya mengikutinya sahaja.

Beberapa ketika.

"Jemput duduk, Nurul..."

"Terima kasih..." Nurul membuat muka. Perwatakan lelaki ini seratus peratus berubah membuatkan hati kecilnya bimbang. Walau bagaimana pun, dia berasa berdebar. Renungan lelaki itu pun sudah mampu membuatkan dirinya tidak keruan. Apakah makna ini? Cinta ke? Tak kan sepantas ini? Tidak mungkin!

"Tiap kali saya melihat awak, saya mesti fikir, terima kasih Ya Allah sebab pertemukan saya dengan awak..." Luah Adib Zahran bagi memulakan bicaranya.

Nurul tersentak.

"Betul, saya dah lama sukakan awak..."

"Eh, kau siapa? Maksud aku, Siapa kau yang sebenar." Nurul benar-benar terkejut. Apabila lelaki ini beromantik dengannya, dia dapat rasakan lelaki ini ialah penunggu rahsia. Yakin sangat.

Ish, aku cakap elok-elok, kasar juga bahasanya. Tak apa, jangan risau, aku seorang yang memahami. "Sayalah penunggu rahsia tu..." Adib Zahran tersenyum.

"What?" alamak tekaan aku tepat. Inilah lelaki yang mengganggu aku hampir setiap hari dengan hadiah dan kata-katanya yang indah.

"Betul Nurul, hidup saya begitu sukar tanpa melihat wajah awak. Tanpa awak. Saya hanya mahukan cinta awak. Hanya awak je, Nurul. Awak semangat saya. Awaklah yang saya mahu jadikan isteri." Adib Zahran berdiri. Kemudian dia melutut depan Nurul. "Sudikah awak menjadi isteri saya?"

Nurul tergamam. Apa yang perlu aku lakukan ni? Aku tak boleh jawap ya sebab aku tak kenal dia. Kalau aku jawap tidak macam menyesal pula, dah la kacak. Mana satu ni? Baik aku diam.

"Hantar saya pulang..." Nurul berkata.

"Bukan itu yang saya nak dengar." muka Adib Zahran berkerut.

"Suka hati aku la, penunggu Gua!" geram Nurul.

"Penunggu Gua? Penunggu rahsia la. Jangan salah sebut." marah pula Adib Zahran.

"Penunggu gua, tolong hantar saya pulang. Dah tau bawa pergi, silalah pulangkan semula dengan baik." seronok pula dapat mengusik lelaki ni.

"Ye lah!" kecewa muka Adib Zahran. Bukan senang dia mahu melamar wanita ni. Sejak kali pertama berjumpa, dia dah jatuh hati pada Nurul.

"Ini ke Zamil?" soal Nurul pada seorang lelaki.

"Saya rasa awak dah salah orang..." Adib Zahran tidak melayan perempuan yang menegurnya dengan tiba-tiba, mesti nak mengorat aku tu.

"Tapi awak macam muka kawan saya. Mehlah ikut saya." Nurul menarik tangan lelaki itu. "Saya dah janji sebulan lalu nak belanja awak makan, tapi awak menghilangkan diri macam tu. Terima kasih sudi selamatkan saya."

"Bila masa aku selamatkan kau. Kau dah salah orang. Dengar tak aku cakap ni!" Adib Zahran naik geram.

"Salah orang?" aku dah belanja dia makan. Lepas tu dia boleh cakap salah orang. "Kau siapa?" Nurul bertanya soalan yang kruang bijak.

"Aku ni, orang yang dah salah kau tegur."

"Ye ke..." Nurul mengeluh. "Tak apalah, rezeki kau hari ni aku belanja kau. Aku pergi dulu." berfikiran positif aje la.

Adib Zahran hanya melihat Nurul menghilang. Entah mengapa dia rasa yang Nurul seorang yang baik. Lepas hari itu, dia mencari kelibat Nurul sehingga dia dapat tahu tempat tinggal Nurul. Sejak itu, dia menghantar hadiah dan kata-kata yang sweet.

Kenangan lalu biarkan berlalu.

"So, lamaran aku ni di terima atau tak?" Masih menjadi tanda soal.

Adib Zahran menghantar Nurul pulang. Dia terus masuk ke dalam rumah.

Tiba-tiba dia terdengar perbualan Afida.

"Afiq, kau mana boleh suka aku. Kau tahu kan yang Nurul suka kan kau." jelas Afida.

Tersentak hati Nurul. Afiq suka Afida? Kecewa pula rasa.

"What! Kau tolak cinta Nurul sebab aku! Jangan Afiq. Kau tak boleh macam ni..." Afida terusan memujuk Afiq agar terima semula Nurul. "Afiq, kalau kau sayangkan aku, tolong terima cinta Nurul. Dia sahabat terbaik pernah aku ada."

Nurul terus berlari semula keluar dengan linangan air mata. Dia ternampak Adib Zahran masih di kereta.

Adib Zahran pula, gelabah melihat air mata Nurul. "Kenapa ni?"

"Penunggu Gua, saya terima lamaran awak. Saya terima..."

Adib Zahran gembira tetapi dia tidak tahu sebab apa yang membuat bakal isterinya itu berubah fikiran.



*****



Beberapa bulan berlalu...

"Aku tahu yang bos ni pakai dua orang setiausaha tapi jangan asyik suruh Nurul yang buat. Aku ni tukang fotostat kertas dan jawab panggilan je." Atheera membebel seorang diri.

"Penatnya..." Nurul mengaduh. Dia menulis sesuatu dalam buku catatannya.

"Nurul tak penat ke? Siang jadi setiausaha, malam jadi isteri." Atheera bertanya.

Nurul hanya tersenyum. Dia sudah berjanji dengan Adib Zahran, kalau dia dah menerima Adib Zahran sepenuhnya, cukuplah dengan menghantar surat letak jawatan.

"Nabo!" panggil Afiq.

"Ada apa?"

"Ni kad kahwin aje. Jemput la..." pantas tangan Nurul membukanya. "Afida..." Nurul mendongak memandang Afiq.

"Maafkan aku..."

"Tak apa..." sikit pun Nurul tidak merasa sedih sebab ini yang dinantikan. Nantikan Afida menerima Afiq. Dia kembali duduk di sebelah Atheera lalu menaip sesuatu di laptop.

"Eh taip apa tu?"

"Surat letak jawatan." Nurul tersenyum manis.

"Ini untuk bos..." Nurul tersenyum.

"Lain kali panggil je abang. Tak payah bos bos. Berapa kali nak cakap la." bebel Adib Zahran. Lelaki itu banyak bercakap lepas berkahwin. "Surat apa pula ni?"

Nurul diam.

"Surat letak jawatan?" Adib Zahran bagaikan tidak percaya. "Betul ke ni?"

Nurul angguk kepala.

Adib Zahran terlalu gembira. Pantas dia memeluk Nurul seeratnya. Tenang je rasa.

"Terima kasih sayang... Hidup abang rasa bermakna dengan adanya sayang."

"Sama-sama abang..." Walaupun aku tidak dapat memperolehi cinta pertama tetapi cinta kedua sangat bermakna. Terima kasih Adib Zahran.



P/s:wah cerita kali ini agak panjang. Pasal jodoh lagi? Bosan pula kan? Jodohkan rahsia Allah, sibuk pula nak citer kan? Kan? Kali ini mengajar kita, perasaan cinta pada seseorang mungkin terpupuk tetapi jika hati tidak mahu memilikinya, tidak akan jadi. Semoga terima kasih semoga terhibur. Sekian terma kasih





Thursday 12 September 2013

18
Komen

2013 : CERPEN 5 : DAH JODOH KAU DENGAN AKU



Bahagian kecemasan hospital sangat huru-hara. Ada satu kemalangan jalan raya telah berlaku. Sebuah kereta Mercerdes langar pokok dan kemudian kereta itu dilanggar lagi oleh sebuah trak.

"Muhammad Zill Qayyim namanya! Cepat selamatkan dia!" arah doktor Syazwani.

"Doktor, tolong selamatkan ayah saya dulu. Tolong!" dalam luka yang parah Qayyim cuba bercakap. Nada suaranya yang perlahan itu masih mampu Doktor Syazwani dengari.

"Doktor Haziqah mana? Kita kekurangan doktor ni!" suasana makin cemas. Pemandu trak mati di tempat kejadian. Hanya dua mangsa ini yang masih bernyawa.

"Maaf lambat." Doktor Haziqah muncul. "Doktor rawat pesakit ni. Saya rawat pesakit yang cedera teruk itu." arah Doktor Syazwani. Dia menghampiri Dato Qhaliq.

Kepala pesakit itu cedera teruk. Badan pula terlalu banyak kesan luka. Jururawat pantas membersihkan luka-luka.

"Tulang dia patah! Ni bahaya ni! Cepat dapatkan x-traynya!"

"Doktor... Doktor selamat... Selamatkan anak saya... Anak saya doktor." terketar-ketar Dato Qhaliq bersuara.

Tolonglah jangan bagi aku rasa serba salah. Anak suruh selamatkan ayah, ayah pula suruh selamatkan anak. "Anak pak cik, ada doktor lain selamatkan. Jangan risau." Doktor Syazwani cuba tenangkan pesakit.

Selepas mendengar kata itu, barulah Dato Qhaliq dapat bertenang.



******



Aku kat mana ni? Setahu aku, aku pengsan apabila tengok kemalangan dahsyat berlaku depan mata. Nasib baik tudung aku ni masih terletak elok di kepala. Baik aku keluar senyap-senyap dari sini. Aku bukan suka sangat ke hospital. Bau ubat pun dah pening, apatah lagi nak menetap dalam wad ini. Ada aura bau ubat yang buat aku rasa nak muntah. Loya-loya!

Perlahan tombol pintu dipulas. Aku pandang kiri dan kanan. Bagus! Tak ada sesiapa. Aku berjalan pantas menuju ke perkataan KELUAR yang dikelilingi warna hijau. Tak jauh mana pun.

Tiba-tiba tangan aku ditarik oleh seseorang perempuan tua. Alamak! Siapa tarik tangan aku ni? Kalau tengok wajah dia, sah bukan mak aku. Syukur... Nasib baik bukan mak aku. Ini mak orang lain. Tapi sekarang yang menjadi persoalan, mengapakah mak cik tua ini menarik tangan aku. Dia nak bawa aku pergi mana ni?

"Mak cik... Mak cik dah salah tarik tangan anak orang lain ni. Buktinya, saya anak kepada Encik Ali Bakar dan mak saya, Salmah namanya." jujur aku.

"Tolong mak cik nak..."

"Lor, nak minta tolong je." kasihan aku melihat wajah sedihnya itu.

"Nama anak ni?"

"Idayu..." Idayu memperkenalkan diri. Baik jangan bagi nama penuh. Nanti glamour, aku juga yang susah. Nama tak sesuai dengan peribadi hihihi tapi aku syukur.

"Idayu tolong mak cik ye..." Tangan Idayu ditarik masuk ke dalam satu bilik wad. Saat itu hidungnya menahan nafas bimbang ada bau ubat tapi ternyata bilik tersebut dalam mood selamat. Alhamdulillah. Tak ada bau ubat. Lega.

"Iffah, sudah dapat ke?" Dato Qhaliq terasa sesak di dadanya. Kata doktor, tiada harapan. Itu membuatkan Dato Qhaliq membiarkan dirinya tanpa sebarang rawatan. Hanya diberikan beberapa alat untuk buat dia terus bertahan.

Nafas Dato Qhaliq makin tidak teratur. Dadanya senak.

"Iffah dah jumpa. Inilah perempuan tu, abang..."

Dato Qhaliq melihat Idayu. Sungguh ayu wajah Idayu di pandangannya. "Pandai Iffah cari..." dengan suara tersekat-sekat dia memuji isterinya. "Lega hati abang, Iffah . Abang rasa boleh pergi dengan tenang."

"Mak cik, drama apakah ini?" Idayu keliru. Semestinya dia harus keliru dengan apa yang terjadi.

Niat hati aku nak lari dari hospital ni tapi termasuk pula dalam geng yang aku tak kenal ni. Apa cerita?

"Tolong kahwin dengan anak pak cik..." lemah suara Dato Qhaliq.

"Tolong nak..." Datin Nuriffah juga merayu.

"Ya Allah mak cik, pak cik. Ini hospital la, bukannya tempat mencari jodoh. Maafkan saya. Bukan niat saya nak kurang ajar pada orang tua tapi niat saya nak keluar dari hospital ni." Idayu ingin melangkah.

"Tolonglah nak, ini permintaan pak cik sebelum pak cik pergi."

"Pak cik kan masih bernyawa. Ajal maut ni semua di tangan Allah. Mungkin Allah akan panjangkan umur pak cik. Ini sekadar ujian untuk pak cik. Allah masih mahu pak cik hidup. Pak cik masih mampu mencari menantu yang lain." Idayu berkata. Alamak! Aku dah mula membebel. Idayu, kau sedar tak diri. Pak cik tu dah nazak la. Boleh pula membebel.

"Allah!"

Selepas itu, Idayu hanya mendengar satu bunyi yang panjang.

Tuttttttttttttttttttttt.......

Idayu tergamam.

"Abang, jangan tinggalkan Iffah." rayu Datin Nuriffah dengan air mata yang mengalir. Doktor dan juruwat segera masuk apabila Datin Nuriffah menekan satu butang.

Datin Nuriffah dan Idayu kebelakang sedikit.

Idayu tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tersebut. Perlahan kakinya berundur kebelakang. Makin belakang.

"Cik, tolong mak cik. Anak mak cik masih dalam ICU. Mak cik tak ada sesiapa pun..."rayu Datin Nuriffah lagi.

Langkah Idayu terhenti apabila mak cik tersebut berpaling melihatnya.

"Mak cik, anak mak di ICU tu, masih hidup kan? Jadi mak cik sepatutnya berdoa akan keselamatannya. Doa seorang ibu mudah dimakbulkan." pujuk Idayu.

"Doa? Baiklah. Mak cik berdoa, jika anak mak cik dapat diselamatkan, mak cik akan kahwin anak mak cik dengan kamu, Idayu. Amin..."

Sudah! Aku juga yang kena! Idayu mengeluh. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Awat mak cik doa macam itu. Hidup saya tak ada kaitan dengan mak cik mahupun anak mak cik. Sepatutnya mak cik doa yang mak cik akan menderma wang kepada anak yatim jika anak mak cik kembali sihat."

"Jangan menolak permintaan ni, nak..." Datin Nuriffah masih berusaha memujuk Idayu.

Idayu hanya diamkan diri. Kasihan wajah Datin Nuriffah.

"Dato Qhaliq meninggal dunia pada jam 3.34 petang." kata doktor Syazwani. "Datin, saya ucap takziah. Rasanya lebih baik Datin menunggu di wad anak Datin. Pasal arwah saya akan uruskan."

"Terima kasih..."ucap Datin Nuriffah. "Mari mak cik bawa Idayu jumpa anak mak cik pula."

"Mak cik tak sedih ke suami mak cik dah tiada?" soal Idayu. Tak ada tanda-tanda macam orang dah mati suami je.

"Mak cik redha. Dia pergi dengan tenang dan mak cik yakin kalau permintaannya dapat ditunaikan pasti hati mak cik lebih tenang."

Idayu tersengih mendengar jawapan itu.

"Idayu, anak mak cik tu dah tua. Puas kami paksa dia supaya cari pasangan hidup, tapi dia tak nak, tunggu siapa pun mak cik tak tahu."

"Tua?"

"Sebab dah semakin tua buat kami terpaksa memaksanya tetapi anak mak cik tetap tak nak."

"Dia tak mampu nak berkahwin kot..." Idayu cuba mengelak dan memberi banyak alasan.

"Tak mampu apanya, kalau nak kahwin empat pun boleh. Mampu nak sara sesiapa. Nak berapa nafkah sebulan, boleh je. Duit tak jadi masalah." Datin Siti cuba mempertahankan anaknya itu.

"Nafkah batin..." kata Idayu perlahan sambil tersengih. Dia sebenarnya nak buat lawak tapi semestinya tak kena masa dan situasi.

"Keturunan mak cik tak ada yang ada masalah batin ni atau pun mandul. Bagi alamat rumah kamu, mak cik nak pergi masuk meminang."

"Eh, mana boleh mak cik..."

Kini mereka sudah sampai di wad yang sudah menempatkan Qayyim di bilik wad sendirian. Doktor nasihat jangan lama-lama dalam bilik tersebut. Bimbang mengganggu pesakit.

Idayu terkejut. Wajah itu cukup sempurna baginya. Wajah yang penuh nur(cahaya). Tenang hatinya melihat wajah itu. Kata tua tadi. Muda je aku tengok. Enrah-entah lebih muda dari aku kot.

"Macam mana, setuju tak nak kahwin dengan anak mak cik." Datin Nuriffah dapat meneka yang Idayu suka pada anaknya. Anak aku kan kacak.

"Maafkan saya mak cik! Tak nak!" Idayu terus berlari keluar dari wad tersebut. Tak sempat Datin Nuriffah untuk menghalang.



*****



Aku ni gila ke apa? Aku tak kenal dia. Aku memang tak kenal dia langsung tapi bila aku tengok muka dia, hati aku berdebar. Aku jatuh suka pada dia. Tiba-tiba hati aku cakap yang setuju nak kahwin dengan lelaki tu. Mana boleh macam tu? Jangan nak jadi perempuan tak tahu malu.

Idayu masih termenung.

"Mas..." panggil Puan Salmah. "Apa yang anak mak menungkan ni?"

"Ada orang nak masuk meminang anak mak ni?" jujur Idayu.

"Siapa? Kalau bukan ustaz, mak tak nak."

"Mana boleh macam tu mak..." entah mengapa Idayu rasa sedih sebab muka lelaki tu tak macam ustaz walaupun ada sedikit janggut di dagunya.

"Dulu mak tak dapat kahiwn dengan ustaz sebab ayah Mas tu nak jadi ahli perniagaan kain. Sebagai pelepas niat mak, mak nak Mas kahwin dengan seorang ustaz..." tegas Puan Salmah.

"Mak, kita ni orang-orang biasa je."

"Mak dah didik Mas sebaik mungkin. Mas kuat agama, pakai tudung labuh..."

"Mana ada labuh mak, cuba tudung yang besar je." Idayu betulkan kata-kata Puan Salmah.

"Dah! Mak tak peduli. Mak nak menantukan ustaz."

Sejak hari itu, Idayu rasa tidak tenang sehinggalah dia membuat solat sunah istikharah. Tiga malam dia mimpikan wajah lelaki itu. Hidupnya tertekan.

"Apa yang perlu aku buat ni?"

"Mas, ada orang masuk meminang pagi tadi. Masa kamu ke kedai."

"Eh, meminang?!" Idayu terkejut.

"Ya, bagus anak dia. Lulusan luar negara. Negara mak suka, Arab. Ambik medik kat situ. Tak kisah la. Orang yang kenal dia memang panggil dia ustaz. Wah, mak suka dia!" Puan Salmah tersenyum sampai ke telinga.

Idayu pula masa mencuka. Dulu dia harapan ada orang masuk meminangnya tetapi kini, bila ada, dia rasa sedih. Sedih sebab hatinya dah terpaut pada orang lain. Walaupun tidak terluah tapi dia yakin dengan mimpinya itu.

Sebulan kemudian, Idayu pergi ke kedai buku untuk membeli novel yang bertemakan Islamik. Tiba-tiba dia terserempak Qayyim.

"Awak...." spontan Idayu menegur. Teruja punya pasal.

"Saya? Awak siapa? Saya kenal ke?"

"Saya..." Idayu kehilangan kata. Tak kan nak cakap yang mak dia pernah nak satukan dia dengan aku. Malulah macam ni.

"Saya belum hilang ingatakan lagi. Saya memang tak ada kenalan yang wajah secantik awak." pujinya.

Ya Allah dia puji aku cantik. Mas Idayu, tolong jangan perasan dan riak. Dia cuba sabarkan hati.

"Tak ada apa-apa..." Idayu mengambil keputusan untuk pergi sahaja. Lagipun lelaki itu tak kenal dia pun. Sah sah la tak kenal. Aku ni macam mengharap pula.

"Ustaz, lama tak nampak. Sihat tak ni?" panggil Nina yang merupakan pemilik kedai tersebut.

"Sihat alhamdulillah. Kemalangan tempoh hari."

Wajah Nina terkejut. Mereka terus berbual tanpa mempedulikan Idayu yang terkaku di situ.

Ustaz? Dia pun ustaz. Ustaz pun pakai baju formal macam tu. Pakai baju kameja bersama kot hitam. Kerja pejabat? Panggil ustaz juga ke ni? Idayu mula berperang dengan perasaannya sendiri. Rasa menyesal tidak bertanya lebih detail tentang Qayyim.

Idayu pulang ke rumah. Dia di kejutkan dengan berita yang bakal mertuanya akan datang hari ini untuk melihatnya.

"Apa melihat aku? Alamak!" Idayu melihat wajahnya di cermin. Cerawat batu! Kenapa kau naik masa ni? Buat kacau je...

"Mak, jerawat batu sebijik naik kat tepi hidung ni..."

"Okey apa, jerawat rindu la tu..." Puan Salmah tersengih.

"Eh, mak ni! Rindu pada siapa pula? Manalah tahu bakal mak mertua tengok dari jauh, dia ingat ni tahi hidung. Malu Mas macam ni."

"Mengarut je!" marah Puan Salmah.

Idayu ketawa kecil.

Idayu di beritahu oleh Puan Salmah yang mereka semua akan tiba di rumah selepas Zohor. Makin berdebar hatinya.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumusalam... Jumpa juga cari rumah saya, Datin Nuriffah...." Gembira Puan Salmah dengan kedatangan tetamu yang istimewa itu.

"Syukurlah jumpa. Nasib baik Qayyim ada."

Idayu yang menyedari, selama ini yang Puan Salmah maksudkan adalah Qayyim. Dia rasa bersyukur sangat. Air matanya mengalir tetapi pantas dilapnya. Mimpinya itu bakal menjadi kenyataan.

"Qayyim jemput masuk, rumah mak cik biasa je."

"Alhamdulillah mak cik, janji rumahnya selesa dan boleh berteduh." Qayyim bersikap rendah diri.

"Qayyim kerja apa sekarang ni?"

"Saya cuma kerja sebagai kerani dulu sebelum dapat kerja tetap sebagai seorang doktor di sebuah hospital." jelasnya.

Kerani? Tak ada kerja lain ke? Bisik hati Idayu yang mencuri dengar perbualan mereka.

"Oh, pagi tadi mak cik nampak Qayyim di kedai buku. Tak sempat nak tegur sebab anak mak cik dah nak balik. Siap pakai kot hitam lagi. Nak ke mana?"

"Oh, saya ada temuduga untuk pekerjaan yang lain."

"Rajin cari kerja." puji Puan Salmah. "Duduk dulu. Nak pergi panggil ayahnya kejap.." Puan Salmah menghilang mencari Encik Ali Bakar.

Selepas makan dan berbual seketika di halaman rumah, ada wakaf di situ yang dibuat oleh ayah Idayu.

Encik Ali Bakar memberi peluang pada Idayu dan Qayyim berbual untuk mencari keserasian mereka.

"Nama aku Muhammad Zill Qayyim..." Qayyim memperkenalkan diri.

"Apa? Zin? Zin atap rumah tu ke?" sindir Idayu. Sengaja dia buat begitu. Nak tengok juga muka marah Qayyim.

Qayyim tersenyum. "Mungkin kau salah mendengar, nama aku Zill." sabar Qayyim.

"Nama kau pula apa?"

"Nama aku Mas Idayu Binti Ali Bakar." kata Idayu. Ambik kau! Nama penuh aku bagi.

"Mas Idayu? Ingatkan ratu gelek tu."

"Dah agak kau akan cakap macam tu. Nama aku ni tak lepas dari gelaran macam tu. Popular kata kan..." Idayu cuba menyedapkan hatinya. Padahal, dia cukup benci di samakan dengan artis tersebut.

"Alhamdullillah. Nama yang indah seindah peribadi pemilik nama itu." puji Qayyim membuatkan Idayu tersentak.

"Alhamdulillah...."

"Dah jodoh kau dengan aku..."

"EH....?"

"Kau jodoh aku. Kali pertama aku jumpa kau, aku tak dapat nak lupakan wajah kau." jelas Qayyim.

Bila masa dia jumpa aku? Pagi tadi ke?Idayu keliru.

"Disebabkan aku terlalu asyik melihat wajah kau semasa memandu, aku terlanggar pokok...." Qayyim teringat peristiwa sebulan lalu yang menyebabkan kematian ayahnya.

"Ayah, kenapa duduk belakang pula?" soal Qayyim.

"Saje. Ayah nak rasa macam mana ada drive. Best juga..."

"Ala, ayah ni, selama ni kan pak Mail yang hantar ayah ke tempat kerja." Qayyim ingatkan Dato Qhaliq.

"Ayah nak anak ayah yang jadi drive ayah. Ayah rasa gembira kalau anak ayah bawa kereta ni."

"Ayah ni..." Qayyim tersenyum. Saat itu dia terpaku melihat wajah seorang perempuan. Apabila dia melihat jalan semula, ada seekor kucing di atas jalan. Untuk mengelak kucing itu, dia telah membeluk ke kanan dan terlanggar pokok. Pada masa yang sama, kucing itu melintas di bahagian lagi satu menyebabkan trak yang laju ingin mengelak kucing tersebut, telah membelok ke arah kereta Qayyim lalu merempuh ganas punggung kereta belakang Qayyim. Tubuh ayahnya teseret sama. Terbelah dua kereta milik Qayyim. Dan Dato Qhaliq meninggal dunia selepas menghantarnya ke hospital.

"Kenapa aku? Mak kau kata, kau susah nak suka perempuan tapi kenapa aku mudah je?"

"Aku jenis yang suka perempuan tudung labuh macam kau..."

"Macam kat Arab tu tak ada perempuan yang pakai macam aku..."

"Ada... Ramai sangat... Tapi hati aku berkenan kat kau."

"Tapi..." hati Idayu tersentak mendengar pengkuan spontan itu.

"Dah jodoh kau dengan aku. Jangan dipertikaikan..." Qayyim merenung wajah Idayu tetapi hanya seketika. Apalah hak dia untuk melihat wajah itu lebih lama. Pantas matanya memandang ke bawah.

"Aku tak pertikaikannya tapi aku mempersoalkan..." Idayu ketawa kecil. Saje mahu membuat lawak.

"Jangan ketawa macam tu..." tegas suara Qayyim.

"Kenapa?" mati ketawa Idayu.

"Sebab kau ketawa nampak comel. Aku rasa nak nikah dengan kau esok juga." Qayyim bangun dan terus masuk ke dalam rumah. Duduk di ruang tamu.

Hati Qayyim berdebar. Ya Allah, permudahkan urusan kami.... Dia menadah tangan.



******



"Mas Idayu!" panggil Qayyim dari jauh. Mereka di ruang legar Mall.

Idayu berjalan pantas ke arah Qayyim dengan pandangan geram. Sudah berkali-kali dia berpesan pada suaminya, jangan panggil nama penuhnya itu. Malu!

"Abang..."

"Kenapanya?"

"Jangan panggil saya macam tu..."

"Lor, tak apa la. Lagi pun sayangkan berpurdah, mana orang tahu sayang ni Mas Idayu, ratu gelek tu."

"Ish, ada-ada je..."

"Jangan geram-geram, kalau nak geram-geram juga di rumah ye." usik Qayyim.

"Abang!" pantas tangan Idayu mencubit perut suaminya.

"Sakit yang!" manja Qayyim.

"Okey, sorry..." Idayu mengalah.

"Tak apa..." AKhirnya mereka tersenyum bahagia. "Abang dah beli..."

"Beli apa ni?" pelik Idayu.

"Abang dah beli baju tu..."

"Baju apa ni?"

"Baju tu la..."

"Baju la..."

"Ish, geram betul la dengan abang ni. Saya tanya ni..."

"Baju gaun putih tu. Malam ni abang nak sayang pakai untuk abang sorang je." Qayyim pula akan memakai tuxedo. Malam ini mereka akan meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang sudah masuk tahun kedua.

"Okey..." barulah Idayu faham apa yang dimaksudkan oleh suaminya.

"Macam tu la..."

Jodoh, sebut sahaja jodoh, ia masih menjadi tanda tanya. Jodoh semestinya rahsia Allah.



P/s: maaf cerita ni pendek..apa yang nak disampaikan...jodoh ni sesuatu yang tak disangka... Tapi saya percaya kalau kita pendam perasaan cinta kita terhadap seseorang demi Allah, insya allah kita akan dapat sesuatu yang lebih baik. Macam kes Idayu ni.. Dia dah suka pada Qayyim tapi pada masa yang sama dia redha dengan pilihan Puan Salmah walaupun dia suka pada lelaki lain. Mungkin sebab lain dia yakin yang qayyim jodohnya. So, apa-apa yang berlaku kita kena yakin...aduh apa yang saya tulis ni...harap terhibur...terima kasih sudi baca....