Followers

Thursday 31 May 2012

4
Komen

HATI SUAMIKU GK 8



‘Aku dah kata, kalau aku tak buat dia cuci tandas, jangan panggil aku Huzaiman gila kuasa. Kena kau hari ni.’ Bisik hati Huzaiman.
       “Bos....” Natasha memanggil. Dia sedikit megah kerana berlari.
       “Kamu lambat hari ni.” Kata Huzaiman dengan wajah yang serius.
       “Tapi bos, selalunya lima minit saya lambat, bos bagi lepas aje.” Natasha mula mempertikaikan.
       “Hari ini kamu lambat satu minit lima puluh lima saat. Tak boleh di maafkan.” Kata Huzaiman lagi. Dia tidak memperdulikan kata-kata Natasha.
       ‘Dah datang penyakit gila dia ni. Ingat ni zaman sekolah ke nak kena denda bila datang lambat.’ Hati Natasha mengomel.
       “Disebabkan kamu datang lewat. Dendanya....” sengaja Huzaiman memanjangkan nadanya.
       “Dendanya........” Natasha mengulanginya. Dia memandang Huzaiman tanpa berkelip.
       Entah mengapa  hati Huzaiman berdebar kencang saat gadis itu memandangnya penuh asyik. Huzaiman mula perasan.
       “Dendanya kamu kena cuci tandas.” Kata Huzaiman dengan serius. Cuba menutup rasa debar dihatinya.
       “Ini tidak adil, bos! Saya bantah bos!” kata Natasha. Dia bantah pun bukan disebabkan jijik untuk melakukan kerja-kerja itu tapi dia tahu, Huzaiman memang sengaja mahu mengenakan dia.
       Baru tiga hari lepas dia terserempak dengan Huzaiman di pantai. Masa itu niat di hati hanya mahu bergurau tetapi lelaki ini ambil serius pula.
       “Ini arahan. Sila jalankan dengan baik dan cemerlang. Mari ikut saya.” Kata Huzaiman yang mula berdiri. Dia berjalan ke arah pintu.
       Natasha masih duduk.
       “Cik Natasha. Hendak saya buat karpet merah baru kamu nak bergerak.” Sindiran Huzaiman semestinya pedas dipendengaran Natasha.
       Natasha berdiri dan mula mengikuti Huzaiman. Amman dan Ammar turut sekali mengikut ketua mereka.
       “Kamu cuci tandas lelaki.” Arah Huzaiman.
       “Busuknya... korang ni makan apa sampai bau busuk macam ni?” soal Natasha.
       “Tak tahu!” jawab Huzaiman dengan selamba. ‘Kalau minah ni tahu yang aku dah keluarkan arahan jangan cuci tandas ni selama tiga hari, habis! Tentu minah ni mengamuk. Yelah semua ni dirancang dengan rapi.’ Huzaiman tersenyum dalam hati.
       “Amman bagi peralatannya.” Arah Huzaiman lagi.
       ‘Mamat ni hanya tahu bagi arahan aje. Sah! Memang sah gila kuasa.’ Geram Natasha sekadar dalam hati. ‘Nanti kalau aku cakap macam tu, kan tak pasal-pasal tandas satu syarikat ni dia suruh cuci. Kes naya dah tu.’ Gerun Natasha memikirkannya.
       Natasha cuba tersenyum saat mata Huzaiman memandangnya.
“Lagi satu. Kamu tak payah risau. Tak kan berlaku macam kes Jay dulu. Amman akan menjaga kamu dari luar.” Huzaiman menyebut nama Jay.
Ammang mengangguk kepalanya.
       Natasha tersentap apabila nama Jay disebut. Hatinya berdegup kencang. Sebulan yang lalu dia terserempak dengan Jay. Wajah lelaki itu semakin kacak tetapi dialah penjahat yang paling jahat yang pernah dia jumpa. Menipu perempuan. Kalau tipu duit sahaja tak kisah sangat tetapi maruah perempuan itu pun dipijak-pijak. Dihina semahunya.
       Dia tahu sangat. Dia tahu sebab PK sudah siasat latar belakang Jay dan meminta Natasha berhati-hati dengan Jay. Mungkin dia akan menyimpan dendam dengan Natasha. Natasha rasa tubuhnya menggigil.
       PK menunjukkan rakaman mengenai Jay. Dia masih ingat. Lelaki itu pandai menyamar. Sememangnya pihak berkuasa sedang mencarinya tetapi tiada siapa yang tahu di mana Jay.
       “Sha, awak okey?” soal Amman apabila melihat tubuh Natasha yang menggigil.
       “Sha....” Suara Natasha bergetar. Mendengar orang sebut nama Jay sahaja mampu membuat Natasha takut. Dia tahu dan dia yakin yang Jay akan mencarinya untuk membalas dendam.
       Huzaiman memandang Natasha. ‘Kenapa dengan minah ni? Dia tahu pasal Jay?’ Huzaiman tertanya-tanya. Huzaiman juga tahu mengenai kegiatan Jay dan dia sentiasa berhati-hati dengan keada sekelilingnya. Dia akan pastikan Jay tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atasnya. Musuh seperti Jay harus dielakkan dengan kadar segera.
       “Sudahlah. Amman, bawa dia berehat.” Huzaiman mengalah. Kasihan melihat wajah pucat Natasha.
       Bagi Natasha, dia benar-benar takut kalau Jay berjaya mengesan dirinya. Dia benar-benar takut.
*****
Huzaiman memeriksa dokumen penting dalam bilik bacaanya. Dato’ Ismail pergi main golf bersama kawan-kawannya. Mama pula, Datin Ismah sibuk di dapur. Mungkin.
       “Hai abang!” Haikal masuk ke bilik abangnya itu.
       “Hai...” Balas Huzaiman tanpa memandang wajah adiknya itu.
       “Abang ni, hujung minggu pun nak duduk dalam bilik yang bosan ni.” Haikal mengomel. Dia duduk di sofa yang ada dalam bilik tersebut.
       “Bosan? Taklah. Abang suka bilik yang bosan ini.” Wajah Huzaiman masih menghadap kertas-kertas yang ada atas meja tulisnya. Dulu dia tinggal di apartment sendiri tetapi selepas didesak oleh Dato’ Ismail, dia kembali semula di rumah banglo ini.
       “Suka? Tengok muka abang macam bosan aje.” Teka Haikal. Wajah Huzaiman yang serius itu membuat Haikal berkata begitu. Tanpa Huzaiman tahu, Haikal suka melihat wajah abangnya berwajah serius. Tambahan pula, dia suka berlakon. Mahu lakonkan watak serius seperti Huzaiman, memang payah. Sehingga kini dia masih tidak berjaya melakonkan watak tersebut.
       “Tak la.” Mendatar sahaja suara Huzaiman.
       “Tak apa la abang. Adik nak pergi tengok kak Sha la,” kata Haikal yang sudah berada di depan pintu.
       “Natasha ke? Eh, dia buat apa kat rumah kita ni?” soal Huzaiman. Barulah dia memandang wajah adiknya itu. Terkejut punya pasal. Baru dua hari lepas dia melihat muka pucat Natasha. Gadis itu ketakutan. Kasihan. ‘Terlalu banyak aku kasihan pada dia, kenapa ye?’
       “Ish, abang ni! Macam duduk dalam tempurung aje.” Belum sempat Haikal menyambung ayatnya, Huzaiman sudah berkata terlebih dahulu.
       “Itu katak aje tau.” Selamba jawapan Huzaiman.
       “Okey. Okey. Hmm, kak Sha kan sepupu kita.” Jelas Haikal.
       “Apa?! Tak tahu pun.” Lagi sekali Huzaiman terkejut.
       “Maknanya abang tu la yang katak bawah tempurung.” Haikal mengenakan Huzaiman. Haikal ketawa kecil. Suka pula dapat mengenakan abang sendiri.
Huzaiman geram. Adiknya mempermainkan dia. Dia menaikkan sebelah keningnya.
Haikal tersengih.
“Sepupu tang mana tu, adik?” soalnya lagi. Dia benar-benar ingin tahu.
“Adik mama yang nombor tiga, isterinya punya sepupu adiknya dan mak dia.” Kata Haikal sambil melihat jarinya. Dia cuba memahami apa yang Datin Ismah katakan sebelum ni.
“Pening la abang.” Dahi Huzaiman sudah berkerut.
“Adik pun pening. Senang-senang anggap la dia sepupu kita. Itu kata mama. Adik pergi dulu.” Haikal menutup perlahan pintu bilik bacaan tersebut.
Huzaiman menyambung semula kerjanya yang tertangguh. Dia termenung dan termenung lagi.
‘Ish, minah ni! Sengaja buat kacau. Kacau fikiran aku aje.’ Huzaiman mula tidak senang duduk. Dia bangun dan mencari kelibat Natasha.
Natasha ternampak Huzaiman.
“Bos!! Bos buat apa kat sini?” soal Natasha tanpa rasa apa-apa.
“Aku yang patut tanya kau. Kau buat apa kat sini? Ini rumah aku tau.” Kata Huzaiman dengan geramnya. Dia pula yang dipersoalkan. Padahal ini rumahnya.
“Rumah bos ke? Cantik rumah bos.” Puji Natasha.
“Memang cantik. Kau ni rindukan aku ke sampai datang hujung minggu camni? Atau nak sambung cuci tandas rumah aku?” Huzaiman mula menunjukkan belang kuasanya.
“Eh, tak la!” Natasha menidakkannya. Huzaiman tersentak. Entah mengapa dia rasa sakit hati apabila Natasha tidak merinduinya.
“Kalau tak rindu, tak reti-reti nak balik. Pergilah balik!” halau Huzaiman. Dia benar-benar geram dengan wajah Natasha yang selamba.
“Man, yang kamu ni sedap sungguh menghalau bakal menantu mama ni kenapa?” Muncul Datin Ismah.
“Bakal menantu?” Huzaiman terkejut. Menantu?
“Adik dah nak kahwin ke mama?” soal Huzaiman macam orang bodoh.
“Ish, budak ni! Adik kamu tu baru saja habis belajar,” kata Datin Ismah.
“So, mama?” Huzaiman menanti dengan sabar jawapan daripada mulut Datin Ismah.
“Kamu la.” Datin Ismah menunjuk arah Huzaiman.
“Man mama? Man dengan Sha?” lagi sekali Huzaiman terkejut. ‘Kalau setiap hari terkejut macam ni. Tak lama la aku atas dunia ini.’
“Biar betul mama?” Huzaiman masih tidak percaya. Dia hanya memandang wajah Natasha.
“Betul! Tak kan mama nak tipu kamu pula, Man. Mama nak ke dapur sekejap.” Kata Datin Ismah.
“Mama, Sha ikut!” pinta Natasha. Dia benar-benar rasa seram sejuk dengan pandangan Huzaiman yang tajam itu.
“Kau tunggu!” tegas suara Huzaiman.
Langkah Natasha terhenti. Datin Ismah sudah lama menghilang ke dapur.
“Kau suka aku?” soal Huzaiman tanpa selindung lagi.
“Suka!” jawab Natasha secara spontan.
“Betul suka ni?” tegas suara Huzaiman.
‘Nak tanya orang suka dia pun nak serius ke? Cuba la tanya elok-elok sikit.’ Natasha mengomel dalam hati.
“Betullah suka!” jawab Natasha.
“Tipu!” Huzaiman tidak mahu percaya.
“Betullah!” kata Natasha sambil melangkah ke dapur.
Huzaiman tidak berpuas hati. Dia mengekori Natasha sehingga ke dapur.
“Tipu!” kata Huzaiman.
“Mama tengoklah anak mama tu. Dia tak percaya yang Sha suka dia.” Kata Natasha pada Datin Ismah.
“Mengada-ngadalah kamu ni, Man. Syukur sikit ada orang suka kamu. Kamu tu gila Kuasa. Tak ada gadis nak ke kamu.” Datin Ismah mula membebel.
Sakit telinga Huzaiman mendengar Datin Ismah membebel.
Pantas Huzaiman meninggalkan mereka berdua.
*****
Natasha termenung di jendela biliknya. Melihat lampu neon di bandar itu membuat hatinya sedikit tenang.
       Rancangannya semakin penghujungnya. Tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan Huzaiman.
       “Bagaimana dengan kehidupan aku selepas berkahwin dengan lelaki gila kuasa tu?” soal Natasha sendirian. Dia sendiri tiada jawapan.
       Natasha mengambil buku ‘Jangan bersedih’ yang ditulis oleh Dr. Aidh bin abdullah Al-Qarni. Ada satu tajuk ini begitu menarik perhatiannya.
       Natasha membacanya.
       “Jangan bersedih, dengan perilaku manusia terhadapmu, tetapi perhatikanlah tingkah laku mereka terhadap Allah.” Tersentap hati Natasha.
       Dia teringat Huzaiman. Walaupun lelaki itu sombong dan gila kuasa tetapi apabila tiba masa sembahyang, lelaki itu dan dua orang yang setia dengannya akan keluar menuju ke surau syarikat. Acap kali juga Natasha terserempak dengan mereka.
       “Ya Allah, aku tidak bersedih tetapi perasaan dendam dalam hati ini tidak dapat aku hapuskan. Semakin lama, makin membara. Aku tidak boleh berpatah balik Ya Allah. Kau ampunkan dosa-dosaku.” Doa Natasha.
       Akhirnya dia lena atas katil tetapi seketika sahaja.
       Ring... Ring... Ring...
       Telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang masuk.
       Natasha mengeluh. Dia baru sahaja mahu lelap.
       “Huzaiman? Buat apa mesej aku malam-malam ni.” Segera Natasha membuka mesej pesanan itu.
Betul ke kau suka aku?
-Huzaiman-
       Natasha mengeluh apabila membaca mesej tersebut.
       “Tak habis-habis lagi ke tanya soalan ni? Ini mesti kes tak pernah ada orang perempuan kata suka kat dia. Yelah gila kuasa katakan. Mana ada perempuan suka kecuali gilakan duit lelaki tu.” Natasha tidak membalasnya.
       Natasha bangun dari pembaringannya lalu menuju ke dapur. Dia terasa dahaga pula.
       Apabila dia kembali semula, dia melihat skrin telefon bimbitnya.
       “Tujuh misscall?” terkejut Natasha. Huzaiman menghubunginya. Nasib baik Natasha buat dalam mood senyap. Akhirnya dia terus tidur tanpa mempedulikan Huzaiman.

Wednesday 30 May 2012

7
Komen

HATI SUAMIKU GK 7


Huzaiman pura-pura tidak mempedulikan Puteri. Dia membaca dokumen yang ada di atas mejanya.
       “Hey, Huz! Janganlah sombong sangat. Syukurlah kau ada kawan yang sudi datang melawat kau.” Puteri berkata sambil duduk di sofa yang berada dalam bilik tersebut.
       “Aku rela tak ada kawan.” Kasar kata-kata Huzaiman. Tetapi bagi Puteri itu hanya sekadar angin lalu dipendengarannya. Dia sudah biasa dengan sikap Huzaiman yang dingin tapi dia tahu yang Huzaiman seorang lelaki yang baik.
       “Eleh, kau tu ada si kembar. Kalau tak ada mereka. Kau pun keseorangan.” Selamba juga Puteri berkata. Huzaiman memandang tajam Puteri. Dia berasa geram dengan kata-kata Puteri.
       “Pandanglah puas-puas. Kalau tak puas juga, meh aku cium.” Kata Puteri dengan nada yang ceria. Dia ketawa kecil.
       Huzaiman mengeluh. ‘Main-main pula minah ni.’
       Tiba-tiba Puteri bangun dari kerusi tersebut dan menghampiri Huzaiman. Makin lama makin hampir. Dahi Huzaiman pun semakin berkerut.
       “Eh, tolong jangan rapat dengan aku! Aku ni anti, elergik, sakit jiwa dan fobia bila kau dekat dengan aku. tolonglah jauhi aku.” Kata Huzaiman sambil berdiri tegak. Lagak seperti mahu melarikan diri.
       Puteri tersenyum. Suka benar melihat wajah kalut Huzaiman. ‘Yelah, seorang yang gilakan kuasa boleh sekalut ini. Memang lucu. Nasib baik aku jatuh cinta dengan orang lain. Kalau dengan kau, sia-sia aje hidup ini.’ bisik hati Puteri.
       “Ala, macam ini ke kawan baik?” Puteri bersandar di meja Huzaiman. Dia membetulkan sedikit pakaiannya yang ketat itu terutamanya di dada Puteri.
       “Baiklah sangat...” Huzaiman memandang ke tempat lain. Tidak sanggup melihat tingkah laku yang tidak sopan itu. “Hmmm, apa hal kau datang jumpa aku ni?” soal Huzaiman sambil duduk semula di kerusinya.
       “Rindu....” Sepatah sahaja Puteri menjawab. Dia membetulkan sedikit gelang tangannya berwarna putih. Pemberian seseorang yang istimewa.
       Puteri tersenyum.
       “Rindu aku ke?” Huzaiman mula tersengih.
       Puteri memandang Huzaiman. Lama sekali.
       “Tak la. Rindu si kembar yang kacak tu.” Kata Puteri sambil membelakangi Huzaiman semula. Dia tersenyum. Senyuman itu Huzaiman tidak nampak.
       ‘Ish, minah ni!’ Huzaiman rasa tercabar pula. Dia berasa sakit di hati.
       “Aku datang ni cuma nak jemput kau datang ke majlis hari lahir aku.” Puteri berdiri tegak. Dia duduk di kerusi depan Huzaiman sambil menyilangkan kakinya. Dia tersenyum lagi.
       “Ish, tak malu! Hari lahir sendiri pun nak jemput orang datang.” Kata Huzaiman.
       “Suka hati akulah. Kau ada masalah ke?” Puteri mula bercakap dengan cara samseng. Hilang sudah semua keayuannya.
       Belum sempat Huzaiman berkata, pintu biliknya diketuk dari luar dan muncul seorang gadis iaitu Natasha.
       Natasha terus masuk ke dalam. Dia tidak sedar yang Huzaiman ada tetamu ketika itu.
       “Bos, ini fail yang bos nak saya ambil tu.” Selamba Natasha berkata.
       “Eh, gadis comel ni kerja kat sini rupanya!” kata Puteri.
       Natasha tersentap.
       “Kak Puteri!” Jerit Natasha. Dia bersalaman dengan Puteri. “Sukanya dapat jumpa dengan akak yang baik hati ini.” puji Puteri. Tanpa pengetahuan sesiapa, Puteri pernah membantu Natasha semasa ayah dan emak Natasha meninggal dunia dulu. Gadis inilah yang banyak membantu dia dan memberi semangat sebelum dia berjumpa dengan PK.
       Bukan mudah untuk dia bangkit semula setelah rebah sekali. Kata-kata semangat Puteri sentiasa diingatinya.
       “Natasha!” panggil Huzaiman.
       “Kenapa bos?” pandangan Natasha kini pada Huzaiman.
       “Siapa bagi kebenaran kamu masuk ke bilik saya?” soal Huzaiman. Puteri sudah tersengih. Faham sungguh dengan sikap Huzaiman.
       Natasha berasa pelik.
       “Tadi, bos juga yang nak jumpa saya sangat. Sampai minta saya ambil fail Garden Love ni.” Jelas Natasha.
       “Memang saya nak jumpa kamu tapi kamu ni tak reti-reti ke yang saya ni ada tamu. Main masuk sahaja.” Marah Huzaiman.
       ‘Tu pun nak marah?’ bisik hati Natasha.
       “Amman masuk!” Huzaiman menekan interkom.
       “Ya, bos. Ada apa?” Amman kini di hadapan Huzaiman. Wajah lelaki itu serius. ‘Apa pula yang tak kena dengan bos aku hari ni?’ Amman kerisauan.
       “Kenapa kamu bagi Natasha masuk ke dalam bilik saya? Kamu tahu yang saya ada tetamu kan?” soal Huzaiman.
       Pandangan mata Huzaiman bagaikan singa yang kelaparan. Itulah yang digambarkan oleh Amman kini.
       “Sha kata, bos nak jumpa dengan dia dengan kadar yang segera.” Jawab Amman dengan teragak-agak.
       “Amman, awak makin kacak yer?” tegur Puteri. Dari tadi dia memandang Amman. Dia amat menyukai si kembar itu.
       Kepala Huzaiman semakin bercelaru. Dengan sikap Puteri yang gedik ini, Natasha yang tidak menghormati tamunya dan Amman yang masih keliru itu membuat HUzaiman ingin menjerit sekuat hari.
       “Keluar semua!!!” Jeritnya lalu menutup pintu dengan kuat.
       Mereka bertiga berasa pelik.
       “Sha, tak apa. Jom, akak nak ke bilik kamu pula. Biarkan lelaki gila kuasa tu. Ingat dia bagus sangat!” kata Puteri.
Amman tersengih mendengarnya. Faham sangan dengan sikap Puteri terhadap Huzaiman.
       “Lagi pun urusan akak dah selesai kat sini. Sekarang akak ada urusan baru.” Katanya lagi
       “Maksud akak?” Natasha bertanya.
       “Urusan dengan kamu la, Sha.” Puteri tersenyum sambil memeluk lengan Natasha. Puteri mula mengedik. Sememang sikapnya begitu tidak kira dengan lelaki atau perempuan.
       Natasha menggaru kepalanya dan mengikut kehendak Puteri.
*****
Huzaiman baru sahaja pulang dari kerja. Memang penat tapi dia gembira melakukan kerja-kerja di pejabat. Tiba-tiba Huzaiman teringat akan kedatangan Puteri pada siang tadi. Wajahnya kembali berkerut.
       “Perempuan gedik!” kata Huzaiman dengan geramnya sambil memejamkan mata.
       “Bos!” panggil Amman yang sedang membuka pintu kereta untuk majikannya itu.
       “Hmmm, kamu berdua pergilah berehat.” Arah Huzaiman.
       “Terima kasih Bos!” serentak mereka berdua berkata. Huzaimn tersenyum. Dia terus masuk ke dalam rumah.
       “Mek Teh, kenapa rumah ni  sunyi? Mana Haikal?” soal Huzaiman yang berlalu terus ke dapur.
       “Haikal tak balik lagi Man.” Meh Teh tertunduk.
       “Hah, kamu dah pulang Huzaiman! Papa ada perkara nak bincang sikit. Mengenai syarikat.” Tegur Dato’ Ismail sebaik sahaja mendengar suara anaknya dari ruang dapur. Dia mengajak Huzaiman berbincang di ruang tamu. Dato Ismail melabuhkan punggungnya di atas sofa.
       “Apa dia papa?” Huzaiman turut sama duduk lalu merentap kasar tali lehernya. Dia pejamkan matanya seketika.
       “Papa nak Haikal kerja dengan kamu.” Dato’ Ismail membetulkan cermin matanya. ‘Biasalah, dah tua-tua ni rabun sikit.’
       Huzaiman terkejut. Dengan pantas dia mencelikkan semula matanya.
       “Apa papa? Haikal? Mana boleh. Syarikat tu dah dua tahun Man usahakan. Tak boleh.” Pangkah Huzaiman. Dia mula gelisah. Takhtanya bakal dirampas oleh Haikal? Tidak! Tidak!
       “Man, papa bukan suruh kau jadikan Haikal tu pengurus. Cukuplah jawatan yang setanding dengan pendidikannya.” Dato’ Ismail tersenyum. Kenal sangat dengan sikap anaknya. Gila kuasa. ‘Kuasa tu memang milik dia pun nak berebut lagi dengan adiknya. Susah juga anak lelaki aku yang seorang ini. ikut perangai siapalah?’
       Sejak kecil lagi Huzaiman mempunyai sikap gila kuasa. Semasa di sekolah menengah, semua aktiviti dan program akan diceburi. Yang pasti dia akan menjadi nombor satu. Pengerusi, ketua pelajar, ketua pengawas. ‘Kalau boleh ketua pengawas pusat sumber pun dia nak tibai tapi tak boleh sebab pihak sekolah tak bagi. Tak pasal-pasal aku yang kena panggil pergi sekolah. Anakku oh anakku.’ Dato Ismail menggelengkan kepalanya.
       “Oh, macam tu? Faham dah. Boleh-boleh.” Huzaiman berdiri. “Man naik atas ya papa. Nak mandi dan solat.” Katanya meminta izin. Dato’ Ismail hanya mengangguk.
       “Penatnya...”
       Lepas mandi dan solat, Huzaiman sengaja menjenguk bilik Amman adan Huzaiman. Bilik Amman di belah kiri bilik Huzaiman dan bilik Ammar di belah kanannya.
       Huzaiman akan dahulukan abang kembar iaitu Amman.
       Perlahan-lahan pintu bilik tersebut dibuka. Mereka berdua memang tidak dibenarkan mengunci pintu tersebut.
       Huzaiman mengintai. ‘Alamak, dia tengah solat. Tak baik kacau.’ Huzaiman menutup kembali pintu milik tersebut.
       Dia menuju ke bilik Ammar pula. Lelaki itu sedang membaca. Huzaiman mengeluh. Dia tidak mahu menganggu mereka berdua.
       Akhirnya, Huzaiman mengambil keputusan untuk meronda sahaja malam ini.
       “Motor!!!” jerit Huzaiman dalam hati.
       Dia keluar senyap-senyap dengan motor berkuasa tinggi yang dihadiahkan oleh Dato Ismail.
       Dia terus berlalu meredah malam.
       Huzaiman berhenti di suatu tempat. ‘Eh, ada orang lain.” Dahinya berkerut. “Natasha! Minah ni buat apa kat sini?” Huzaiman tertanya-tanya.
       “"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.” Natasha menulisnya di atas pasir pantai.
       Huzaiman menghampiri Natasha.
       “Bos!” terkejut Natasha apabila melihat majikannya berada di situ.
       “Kau buat apa kat sini sorang-sorang?” Soal Huzaiman. Bagi Huzaiman, di pejabat dia perlu profesional tetapi di luar seperti ini, tidak perlu untuk dia formal sangat.
       “Saja ambil angin pantai ni.” Jawab Natasha.
       “Kenapa kau tulis ayat ni?”
       “Sebenarnya ayat ni untuk bos!” kata Natasha lalu berlari ke arah motor berkuasa tinggi miliknya. ‘Padahal aku pinjam dengan PK.’
       Huzaiman yang mendengarnya terasa marah. ‘Minah ni memang suka cari pasal dengan aku. esok kau cuci tandas, Natasha. Kalau kau tak cucui tandas esok, jangan panggil aku lelaki gila kuasa!’ sumpah Huzaiman. Dia tidak sempat mengekori motor Natasha.
       Akhirnya dia berpatah balik.
       Huzaiman melihat tulisa yang ditulis kemas oleh Natasha.
       “"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.” Huzaiman tersenyum. “Akal manusia? Akal itu anugerah istimewa daripada Allah S.W.T. Akal juga yang membezakan manusia dengan haiwan. So, akal ni pentinglah kejadiannya. Maka, seharusnya digunakan dengan cara yang betul. Macam aku ni. Gila kuasa. Guna akal tau untuk terus berkuasa.” Huzaiman mula tersenyum.
       Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mengambil gambar tulisan pasir itu. Tanpa dia sedari, ada senyuman yang terukir dibibir Huzaiman. Mungkin senyuman itu untuk Natasha? Mungkin.

Sunday 27 May 2012

13
Komen

HATI SUAMIKU GK 6




Hari ini Natasha bangun lambat. Dia kepenatan menyiapkan reka bentuk yang diminta oleh Huzaiman.
Natasha berlari ke bilik kerjanya. Dia sudah lambat untuk melaporkan maklumat yang dimahukan oleh Huzaiman.
Natasha terkejut.
“Mana lakaran tu?” jantung Natasha berdegup kencang. “Mana?” tangan Natasha pantas mengemas mejanya yang agak bersepah. Pensil-pensil warna ditolak ke tepi. Kertas-kertas lakaran yang tidak berkaitan dicampak  ke lantai.
“Mana? Semalam aku letak elok aje atas meja ni?” kepala Natasha mula pening. Sakit!
“Mati aku! kena tadah telinga lagilah.” Natasha mengeluh.
“Entah-entah ini kerja Huzaiman. Dia dah ambil ke?” Natasha mula  berfikir. Tak guna punya Huzaiman. Saje nak sabotaj aku.
Pintu biliknya diketuk.
“Masuk!” arah Natasha.
“Sha, apa dah jadi ni?” Ammar terkejut melihat bilik Natasha bersepah. “Sha, okey?”
“Okey!” sepatah sahaja Natasha menjawab. Tubuhnya rasa tidak bermaya.
“Bos, panggil. Dia nak Sha bentang reka bentuk produk yang dimintanya.” Jelas Ammar.
“Dah agak dah!” kata Natasha.
Dahi Ammar berkerut. ‘Adik angkat aku ni sihat ke tak ni? Macam dah tak berapa nak betul aje.’
Natasha berasa geram dengan Huzaiman kerana selamba sahaja mengambil lakaran itu tanpa memberitahunya.
“Hmm, lakaran yang cantik dan menarik. We can start now.” Kata Huzaiman tanpa rasa bersalah.
‘Lelaki gila kuasa memang macam ni ke? Lukai orang sekeliling tanpa dia sedari.’ Kata hati Natasha.
“Miss Natasha, you okay?” Huzaiman terasa pelik. Dia pun menekan interkom.
“Amman, minta pak cik J buatkan kopi untuk kami berdua.” Kata Huzaiman.
Tersentap hati Natasha. ‘Biar betul lelaki ini? Semalam pun aku tak percaya. Masakan hari ni lagi aku tak percaya. Tapi dia tak tahu ke yang aku ni tak minum kopi? Kasihan’ Bisik hati Natasha.
“Baiklah bos.” Balas Amman.
“Okay Miss Natasha, you can start. I hope this product interesting.” Serius nada Huzaiman.
Natasha tersenyum
“Nama produk ini, Love In The Blue Sky. Setiap perkataan ini mempunyai makna dan sebab mengapa dinamakan begitu.” Kata-kata Natasha terhenti seketika apabila Pak Cik J masuk membawa dua cawan kopi.
“Terima kasih Pakcik.” Ucap Natasha. Pak cik J hanya tersenyum dan terus berlalu.
“Please continue.” Pinta Huzaiman.
Natasha memberi penerangan tentang produk tersebut. Huzaiman pula berasa puas dengan produk kali ini.
“Baiklah. Saya luluskan produk ini. Sila serahkan pada jabatan pemasaran dan yang berkaitan dengan kadar segera. Saya tidak mahu ada sebarang masalah. Kamu boleh pergi.” Huzaiman menyambung semula kerjanya yang tertangguh.
Natasha terkebil-kebil mendengar arahan itu. ‘Lelaki ini ada perasaan atau tidak? Ucaplah terima kasih. Sedaplah juga nak dengar.’ Natasha masih berdiri di situ.
“Ada apa lagi ni? Kamu nak saya ucap terima kasih?” soal Huzaiman.
‘Macam mana dia tahu isi hati aku?’ sedikit mushkila dalam hati Natasha. Natasha hanya mengangguk kepala.
“Natasha, kamu dibayar gaji untuk membuat rekaan ini. Maka, itu memang tugas kamu. Tak perlu untuk saya ucap terima kasih. Sekarang kamu boleh pergi. Saya banyak kerja mahu buat.” Tegas sekali suara Huzaiman menerangkan hal sebenar.
Tersentap hati Natasha. Sombong benar lelaki bernama Huzaiman. Siap kau!
******
Huzaiman masuk ke dalam bilik kerjanya. Kerja yang berlambak ini harus diselesaikan dengan kadar segara. Tiba-tiba dia terpandang satu surat atas mejanya. Dibacanya satu persatu perkataan yang ditulis dalam kertas tersebut.
“Apa ni?”
       Telinga Huzaiman menjadi merah. Kemarahannya cuba ditahannya.
       “Ammar, masuk!” Huzaiman menekan interkom untuk memanggil setiausahanya. Dia menyilangkan kakinya ketika duduk di sofa dalam bilik kerjanya.
       “Baik Bos!” sekelip mata sahaja Ammar sudah berada di depan Huzaiman.
       “Siapa tulis surat ni? Siapa?!” Marah Huzaiman. Tiada apa yang boleh membuat dia mengamuk selain ini.
‘Aku tak dapat nak terima kenyataan ini. Aku tak kisah dia nak tulis apa. Lantaklah! Tapi yang aku kisahnya ialah ‘Suami Gila Kuasa’. Tak dapat dimaafkan lagi. Lagi satu, bila pula aku bergelar suami ni? Benci!’
       “Ammar?” Huzaiman cuba meneka.
       “Eh, bukan saya, bos!” Ammar menidakkan. Dia menelan air liurnya. Takut sungguh dengan tuduhan majikannya itu. Dia cukup kenal dengan majikannya yang mudah mengamuk.
       “Siapa yang letak atas meja saya kalau bukan kamu? Kamu aje yang boleh masuk bilik saya.” Kata Huzaiman. Dia menjeling ke arah Ammar yang kini berdiri tegak bagaikan patung yang sedang menundukkan pandangannya.
Ammar tidak sanggup untuk memandang majikannya yang sedang mengamuk itu.
       Tiba-tiba Amman muncul yang sememangnya Ammar memberitahunya yang Huzaiman ingin berjumpa. Mata Amman terkebil-kebil melihat raup wajah Huzaiman.
‘Dia tengah marah ke?’ Teka Amman.
       “Oh, kamu yang letak atas meja saya ya?” tuduh Huzaiman pada Amman pula.
       “Bukan saya bos!” pantas Amman menjawab. Dia sememangnya tidak tahu apa-apa terkejut.
       “Kalau bukan kamu berdua, siapa?!” makin tinggi suara Huzaiman. Dia benar-benar marah.
       “Saya nak kamu berdua cari siapa yang letak surat ni atas meja saya.” Arah Huzaiman.
“Yes Bos!” jawab serentak si kembar menjawabnya. 
Amman dan Ammar segera keluar dari bilik Huzaiman.
“Lagi satu.” Kata Huzaiman yang kini di luar biliknya. “Kalau dah tahu siapa, bawa dia jumpa dengan saya.” Arah Huzaiman.
Huzaiman masuk semula ke dalam biliknya lalu menutup pintu itu dengan kuat.
       Ammar dan Amman terkejut dengan bunyi yang kuat itu. Mereka mengurut perlahan dadanya. Sakit jantung dibuatnya.
“Nasib badanlah jadi setiausaha bos macam ni.” Kata Ammar.
“Nak buat camne? Sejak kecil lagi kita kena follow dia.” Amman pula menjawab.
Amman dan Ammar merupakan setiausaha Huzaiman dan juga pemandu untuk ke mana sahaja majikannya mahu pergi. Itulah tugasnya seumur hidup. Mungkin.
       “Abang Ammar dan abang Amman, apa yang bos mengamuk di pagi hari ni?” Natasha muncul dengan tiba-tiba.
       “Entah makhluk tuhan mana yang letak surat misteri atas meja bos.” Kata Amman. Dia menaip sesuatu di komputer.
       “Hmmm, pergilah korek, abang Amman. Mana tau surat tu ada rahsia terbesar bos.” Natasha meneka.
       “Banyak la rahsia.” Amman tidak mahu masuk campur.
       “Abang, adik nak ke tandas sekejap.” Ammar terus berlalu.
Natasha menjeling ke arah Amman setelah Ammar menghilang. Lelaki itu masih fokus pada kerjanya. ‘Aku ni macam menyibuk sahaja di sini.’
       Tiba-tiba Huzaiman muncul.
       “Oh, you Natasha! I have something want you explain about Garden Love. Ada pelanggan di Putrajaya berminat dengan produk ni.” Arah Huzaiman.
       “Baik bos.”
       “Saya memang baik. Kamu baru tau ke?” kata Huzaiman. Suka membanggakan diri. “Saya nak ke tandas sekejap. Kamu tunggu kat dalam.” Huzaiman menghilang.
       Natasha masuk ke bilik Huzaiman. Dia ternampak suatu kertas. Natasha tersenyum.
Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak. Saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah , di caci atau di maki oleh awak. Saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH. Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya. Saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK dan AYAH saya supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain. Dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya. Hakikatnya saya juga seperti awak. Punya hati dan perasaan.
Yang Benar,
Calon Isteri untuk Suami Gila Kuasa

       Dengan pantas dia melihat komputer riba milik Huzaiman. Belum sempat dia berbuat apa-apa, seseorang masuk ke bilik itu.
       Natasha cuba tersenyum. Dia pura-pura melihat pandangan diluar melalui cermin tingkap yang jernih itu.
“Senyum-senyum ni? Teringatkan buah hati?” gurau Huzaiman.
‘Eh, pandai pula aku bergurau. Bukankah aku ni seorang yang serius? Huzaiman mula rasa pelik.
       Wajahnya kembali serius.
       “Saya tak ada buah hati bos tapi bakal suami ada la.” Selamba jawapan Natasha.
       Hati Huzaiman tersentap. Dia berasa kecewa tetapi dia hanya serius.
       “Nanti kenalkan pada saya. Manalah tahu kenal.” Kata Huzaiman.
       “Mestilah bos kenal. Abang Amman.” Gurau Natasha.
       ‘Betul ke aku dengar ni? Minah ni memang nak kena.’ Marah Huzaiman.
       “Kamu ni memang nak cuci tandas ya? Sudah! Kamu pergi ambil fail Garden Love, saya nak buat penambahan sikit. Ini mengikut citarasa pelanggan kita dari Putrajaya tu.” Arah Huzaiman.
       “Baiklah Bos.” Balas Natasha. ‘Tadi tak nak suruh aku ambil. Tengok dah buang masa nak patah balik pergi bilik aku. saja nak mendera aku ulang alik.’ Natasha keluar dari bilik tersebut.
       Huzaiman hanya tersenyum melihat wajah Natasha yang berkerut itu. Dia membaca dokumen yang ada atas mejanya.
       Krek..
       Bunyi pintu dibuka dari luar.
       “Cepatnya kamu......” kata-kata Huzaiman terhenti di situ sebaik sahaja melihat siapa yang masuk ke biliknya. Pada mulanya dia menyangka Natasha tetapi ternyata silap.
       “Puteri........” mendatar sahaja suara Huzaiman. Dia bagaikan terkejut dengan kehadiran gadis kacukan yang tidak mengenal erti aurat dan agama.
       Puas sudah Huzaiman memberi nasihat tetapi bagaikan mencurah air di atas daun keladi. Sia-sia sahaja.

Saturday 26 May 2012

10
Komen

HATI SUAMIKU GK 5


"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... " kata seorang gadis yang tidak akan Natasha lupakan. Sehingga kini, Natasha tabah menghadapi segala kepahitan. Hidup keseorang tanpa sesiapaun walaupun seorang teman. Sungguh hina diri ini. Air matanya mengalir lagi. Ya Allah kuatkan hatiku.
*****
Wajah Huzaiman merah. Dia sedang menahan marah terhadap pekerjanya terutamanya bahagian reka bentuk produk.
“Apa semua ni?!” Marah Huzaiman. “Tiada kualiti dan tak menarik langsung! Kamu berdua dengan idea sedemikian akan mendatangkan keuntungan pada syarikat ini? saya rasa tidak. Tidak profesional.” dia menolak dokumen tersebut.
Azman dan Natasha hanya mendiamkan diri. Dia tahu yang Huzaiman mementingkan kualiti dan idea-idea yang baru dalam menghasilkan produk.
“Azman, kamu pergi ambil dokumen berkaitan dengan draf jualan kita untuk bulan ni. Sekarang juga!” suara Huzaiman memberi arahan bagaikan berada di padang kawat. Kali pertama Natasha melihat Huzaiman mengamuk.
“Baik bos!” Azman segera keluar dari bilik yang seperti dalam ketahur sahaja. Panas!
“Natasha, kamu ni pandai buat kerja ke tidak? Kamu jangan ingat dengan ciptaan produk kamu yang pertama mendapat sambutan, kamu rasa sudah cukup bagus? Sedar diri sikit! Banyak lagi yang kamu kena baiki. Kamu tengok ni?” Huzaiman menunjukkan lakaran yang ada itu pada Natasha. Matanya dilakaran tersebut.
“Bentuknya tidak seimbang, besar sebelah. Kenapa perlu bentukan aksesori seperti ini? kita kena buat bentuk loket rantai yang baru.” Terang Huzaiman tetapi dia berasa pelik kerana Natasha tidak menjawab persoalannya. Segera dia mendongak. Gadis itu sedang merenung komputer riba milik Huzaiman.
Telinga Huzaiman merah. Marah!
‘Kalau perempuan mengamuk dengan tiba-tiba mungkin Allah bagi cuti tapi kalau lelaki yang mengamuk tiba-tiba disebabkan apa ya? Kena kaji ni.’ Hati Natasha sempat berkata.
“Natasha!” Tengking Huzaiman. Natasha terkejut. ‘Minah ni memang nak kena. Aku membebel, dia buat tak tahu aje.’
“Ya bos!”
“Kamu dengar tak apa yang saya cakapkan? Jabatan kamu tak buat kerja ke? Mana idea yang menarik. Mujur ada Love Garden yang masih kekal di pasaran. Jabatan kamu kena fikir idea yang lebih baik. Saya tak nak idea cincai dan berserabut macam ni.” Nada Huzaiman masih serius walaupun ‘volume’nya sudah menurun.
‘Sedap hati kata idea ni cincai. Nak pecah kepala aku fikirkan. Tau tak?!’ Natasha tak puas hati tetapi dia sabarkan diri. Sabarkan diri itu lebih baik daripada marah.
“Faham tak?” soal Huzaiman.
“Faham bos...” mendatar sahaja suara Natasha sambil menundukkan pandangannya.
“Cuba bercakap tu pandang saya. Macamlah saya ni hantu.” Kata Huzaiman dengan selamba.
‘Hantu gila kuasa. Sesuai juga tu...’ jawab Natasha sekadar dalam hati.
“Saya tak sanggup nak tengok muka orang gila kuasa ni.” Perlahan sahaja suara Natasha tetapi Huzaiman dapat menangkap apa yang dikatakan.
“Apa Natasha? Saya rasa ada orang nak kena cuci tandas ni.” Huzaiman berkata.
“Eh, siapa bos? Bos ke? Baiknya bos. Bos boleh jadi bos contoh sedunia sebab tak pernah lagi bos dalam dunia ni cuci tandas syarikat.” Natasha berkata. ‘Habislah aku sebentar lagi. Kena sembelihlah’
“Wafa Natasha!!” jerit Huzaiman.
Ketika itu Azman baru sahaja masuk ke bilik, terkejut melihat Huzaiman menjerit seperti itu.
“Natasha, saya mahu reka bentuk yang baru. Saya beri tempoh masa hingga esok pagi. Apa yang saya tahu, reka bentuk tu ada atas meja saya dan saya nak awak berikan penerangannya pada saya. Faham?” Disebabkan terlalu geram pada Natasha, Huzaiman memberi arahan tersebut.
“Baiklah bos. Saya cuba.”
“Bukan saya cuba tapi saya akan buat!” Huzaiman membetulkan ayat Natasha.
“Baiklah bos. Saya akan buat.”
“Kamu boleh keluar. Azman, kamu ke mari. Saya masih ada urusan yang belum selesai dengan kamu.” Kata Huzaiman apabila ternampak Azman masih terpaku di pintu.
“Baik bos.” Kata Azman. Natasha terus keluar.
“Apa aku nak buat ni?” pening kepala Natasha. “Esok kena siap? Aku nak buat loket bentuk apa pula?” Natasha memegang kepalanya. Amman dan Ammar hanya memerhati dari jauh.
“Sha okey? Nak abang Amman hantar ke hospital ke?”
“Hospital?” Natasha tidak pasti.
“Yalah! Hospital sakit jiwa. Macam tak boleh diselamatkan lagi aje.” Gurau Amman. Ammar pula sudah ketawa terbahak-bahak.
“Abang-abang berdua ni memang nak kena belasah dengan Sha ya?” soal Natasha.
“Sorry. Abang boleh wish good luck. So, jangan putus asa.” Kata Amman. Ammar membuat gaya yakin boleh dengan mengenggam tangan.
“Terima kasih. Sha pergi dulu.”
Natasha berdiri tegak menghadap pemandangan luar yang penuh dengan bangunan.
“Apa yang menarik ye?”
“Apa tu?” Natasha ternampak sesuatu. “Idea yang bagus! Terima kasih Allah. Kau permudahkan urusanku.” Natasha duduk dan melakar sesuatu.
Huzaiman sudah bersiap sedia untuk pulang. Dia sengaja menjenguk ke bilik Natasha. Perempuan itu masih di sana. Huzaiman tersenyum dalam diam.
“Jom Amman dan Ammar. Nanti ada yang mengamuk kat rumah tu kalau kita pulang lambat hari ni.” Kata Huzaiman.
“Baik bos!”
“Sikit lagi nak siap ni.” Natasha menaip ulasan tentang produk yang diciptanya.
Seseorang mengetuk pintu bilik Natasha.
“Masuk!”
“Cik Natasha...”
“Pak cik J. Kenapa ya?”
“Bos suruh pakcik belikan kopi panas untuk kamu. Pak cik pergi dulu.” Pak cik J terus berlalu pergi.
“Eh!” lambat sedikit respon Natasha. Dia terkejut apabila Huzaiman meminta Pak cik J buat sedemikian.
Akhirnya dia tersenyum dan menyambung semula kerjanya.
*****
Huzaiman merentap kasar tali lehernya. Terasa penat hari ini. Amman dan Ammar sudah ke bilik masing-masing. Dia pula masih selesa di ruang tamu. Dia bersandar seketika di sofa. Tenang.
       Perlahan-lahan Huzaiman bangun dan ke dapur.
“Mama....” Huzaiman mencium pipi Datin Ismah.
“Man... anak mama dah pulang. Tak perasan pula.”
“Mana papa?”
“Papa kau tu, sejak bersara ini, merayau aje. Geram juga mama ni.” Datin Ismah berasa geram.
“Kenapa mama?”
“Merayau tak ajak mama.” Lawak Datin Ismah. Huzaiman ketawa geli hati. Pandai juga Datin Ismah bergurau.
“Malam ni kita ada tamu. So, jangan lupa mandi.” Tiba-tiba moodnya bertukar gembira.
“Eh, mama ni! Mestilah mandi. Man mandi dulu.” Huzaiman terus berlalu.