Followers

Saturday, 11 August 2012

64
Komen

CERPEN : PELAJAR ITU SUAMIKU (full)



Aku membaca novel, Suami Aku Ustaz yang ditulis oleh Hannah Dhaniyah. Ceritanya menarik. Aku mengeluh. Aku ni cikgu. Kalau terjatuh cinta dengan anak pelajar sendiri kan dah kes naya. Makin berat aku mengeluh. Aku dah jenis mudah jatuh cinta ni. Pantang tengok mamat kacak, mula la nak berangan.

Aku letak ke tepi novel tersebut dan bersiap-siap mahu membeli makanan untuk makan malam. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Ala, jalan depan sana aje kedai. Aku baru aje pindah ke kawasan ni. Posting tempat yang jauh dari tempat asal aku memang memberi cabaran. Tambahan pula aku memohon untuk mengajar di kawasan pedalaman sebab aku sukakan alam sekitar tapi dapat kawasan bandar yang sangat menakutkan bagi aku.

Aku jalan dengan kadar yang agak laju sebab perasaan takut tetap ada.

“Arggghhhh!” aku terkejut. Tubuh aku bagaikan ditarik dengan tenaga yang kuat sehingga aku rasa tubuh ini tercampak ke satu sudut yang samar-samar sahaja gelapnya.

“Siapa kau?” aku takut sampai rasa mahu terkencing. Lelaki mabuk? Aku makin takut. Orang mabuk ni sama macam orang tak siuman. Tapi yang aku peliknya, tenaga dia tarik aku tadi kuat gila.

Lelaki mabuk itu mula mahu mencium aku. Aku menolak kuat tubuh lelaki mabuk itu. Bau nafas lelaki itu amat busuk. Aku hampir muntah.

Tiba-tiba lelaki mabuk itu ditarik oleh seseorang. Lelaki juga. Aku hanya mampu memperhatikan sahaja.

“Gila! Aku benci pemabuk! Aku benci! Ambik ni!” lelaki yang tidak aku kenali itu berkata. Dia menumbuk wajah lelaki itu berkali-kali sehingga lelaki mabuk itu terbaring lemah.

“Kau tak apa-apa?” perhatian lelaki itu mula dialihkan pada aku. Aku makin berdebar hebat apabila aku memandang wajahnya yang kacak. Alamak! Aku pula ke yang mabuk? Aku ni pantang nampak mamat kacak. Tambahan pula dia yang selamatkan aku. Mata aku tak berkelip pandang dia.

“Kalau kau tak okey, kita pergi klinik.” Ala, dia ambil berat pasal aku. Sweetnya! Aku masih tengok dia.

Lelaki itu mula mengeluh. Perlahan-lahan dia menjentik dahi aku!

“Aduh!” aku bagaikan baru tersedar dari mimpi yang indah.

“Aku okey. Terima kasih.”

“Hati-hati sikit lalu kawasan ni. Memang banyak orang mabuk. Kau nak ke mana?” ramahnya dia? Aku dah jatuh cinta la. Matilah aku macam ni sebab aku dah jatuh cinta pada lelaki yang aku tak kenal langsung.

“Aku nak beli makanan.” Balasku.

“Mari aku temankan.” Kata lelaki itu sambil berjalan ke arah kedai yang ada. Aku hanya ikut dan dia belanja aku makan lagi. Selalunya aku beli bungkus tapi malam ni sikap mengada-ngada aku datanglah. Kami makan bersama. Tak dapat aku bayangkan betapa indah sangat masa tu tapi aku pelik juga sebab ramai sahaja yang pandang kami berdua ni. Macamlah kami ni makhluk asing.

Sampai sahaja di rumah, aku senyum lebar. Gembira punya pasal aku mudah sahaja nak lelap.

Tit... tit...tit...

“Bunyi apa tu?” mata aku masih terpejam. Kacau betul orang nak tidur. Perlahan-lahan mata ku buka. Apa?!!!

Pukul 6.45 sudah. Habislah aku! Aku dah lambat! Hari ini hari pertama aku ke sekolah. Matilah! Aku memang sengaja beli jam yang besar supaya aku dapat lihat jam tu walaupun rabun. Dengan pantas aku mandi dan bersiap.

Tidak lupa cermin mataku. Nasib baik tak pecah semalam. Fikiran aku teringat akan lelaki yang telah menyelamatkanku

Tergesa-gesa juga aku berjalan ke arah sekolah yang sememangnya 10 minit dari tempat aku sewa rumah.

Aku sampai di sekolah dan terus aku menuju ke bilik pengetua sekolah itu. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. Aku terus diberi jadual kelas dan boleh masuk mengajar pada hari tersebut. Bayangkan aku tak buat apa-apa persiapan terus masuk kelas. Wah, mantap!

Aku bergerak ke tingkatan enam UTM. Unik! Semua nama universiti kat sekolah ni. Barulah pelajar semangat nak masuk universiti.

Aku melangkah masuk ke kelas tersebut. Kelas yang mulanya bising mula diam.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera.” Aku mula berkata tetapi aku terkaku ketika aku ternampak seseorang. Aku nak pengsan ni. Ada sesiapa boleh sambut aku?

Lelaki semalam? Pelajar aku? Aku bagaikan tidak boleh terima kenyataan ini. Benarkah? Aku masih bermimpi ke?

Aku dapat lihat dengan jelas namanya . Kay Muhammad Naim. Awat namanya begitu?

“Cikgu!” panggil seorang pelajar membuat aku tersedar.

“Maaf. Cikgu penganti cikgu Salmah. Akan mengajar kamu Bahasa Melayu satu. Untuk hari pertama ni. Cikgu nak berkenalan dengan semua pelajar dalam kelas ini.” aku membuka buku rekod, seramai 30 orang pelajar dan Kay duduk belakang sekali. Mungkin dia akan jadi orang terakhir.

Sesi perkenalan bermula dan tinggal dua orang lagi akan sampai gilirannya. Hati aku memang berdebar habis. Tiba-tiba dia berdiri. Dalam pandangan aku dia cukup bergaya.

“Cikgu saya nak ke tandas.” Katanya dan terus berlalu tanpa menanti jawapan daripada aku.

Ala, lagi dua orang nak sampai giliran dia. Dan sekarang loceng berbunyi tandanya tamatlah pembelajaran hari ini. Aku keluar dengan perasaan hampa.

*****

Kay lepak di belakang bangunan;

Cikgu tu? Kenapa hati aku berdebar kencang. Sejak semalam lagi aku rasa macam ni. Perlahan-lahan tangan kanannya memegang dadanya. Merasai denyutan jantungnya yang laju. Aku tak sampai hati nak biarkan perempuan tu pulang sendirian.

Aku masih bersandar di bangunan tu. Dengar kata, cikgu tu baru sahaja posting. Mesti umurnya 23 tahun. Dan aku pula baru 19 tahun. Beza umurku dengan dia empat tahun. Ish yang aku sibuk duk kira umur tu kenapa? Aku bukan suka pada cikgu tu pun.

Baik aku balik kelas. Masa dalam perjalanan aku balik semula ke kelas. Aku terserempak dengan cikgu tu. Dia pandang muka aku. Aku cuba buat selamba. Cool gitu. Tapi padahal hati aku ni bila-bila masa sahaja boleh terkeluar.

“Kay...” panggil cikgu tu. Apa ye nama cikgu ni? Lupa nak tengok. Aku pun melihat nametag yang dia pakai. Nur Amira. Simple aje nama dia.

Langkah aku terhenti dan hanya memandangnya.

“Terima kasih selamatkan cikgu semalam.” Aku lihat dia macam teragak-agak sahaja nak berkata. Cakap pun tak pandang aku. Malu ke?

Tiba-tiba fikiran nakal ku datang. Aku tersenyum dalam hati.

“Semalam? Apa dia cikgu?” sengaja aku pura-pura lupa. Wajah Amira menjadi merah. Alahai, kenapa wajah ini begitu menarik minatku?

“Eh, bukan awak ke semalam?” Amira sudah gelabah.

“Saya tak cakap pun semalam bukan saya.” Aku cuba berlalu pergi. Makin lama aku tengok perempuan ni, makin geram pula. Dosa tau!

“Saya belanja awak makan malam ni untuk balas jasa awak. Tempat sama semalam.” Ajak Amira.

“Okey.” Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut aku dan aku terus pergi. Dalam hati tak payah nak kata. Air terjun kesukaan aku pun boleh wujud untuk menggambarkan perasaan gembiraku. Jumpa malam ni Amira!

*****

Amira menanti depan rumah...

Mana pelajar aku ni? Tak apa la. Tunggu lagi. Aku melihat diriku di cermin tingkap yang gelap itu. Ternampak imej ku di tingkap tersebut. Okey ke aku pakai macam ni? Aku berfikir.

Tiba-tiba tangan aku dicekup dari belakang dan ada suara mengarahkan aku.

“Buka pintu rumah kau!” dengan pantas aku membukanya. Aku lihat wajah lelaki itu. Ini orang yang mabuk semalam.

“Aku nak balas dendam apa yang berlaku semalam. Malam ni tak ada sesiapa akan selamatkan kau. Kau akan kahwin dengan aku.” lelaki mabuk semalam berkata. Kahwin? Kenapa pula? Aku pula yang keliru. Lelaki itu sudah membuka bajunya.

“Kahwin?” aku berkata.

“Aku dah telefon JAIS. Sekejap lagi dia akan datang sini dan tangkap kita berdua. Lepas tu kita akan kahwin.” Kata lelaki itu. Hampir lemah seluruh tubuh aku apabila mendengar rancangan lelaki jahat itu.

“Tidak!” aku tak nak. Aku dah berangan yang suami aku tu kacak. Baik. Beriman. Kaya tapi yang itu tengok rezeki la. Aku tak nak kahwin dengan pemabuk ni.

Aku melawan. Yang penting aku kena keluar dari rumah ni. Aku cuba menolak tubuhnya yang tidak berbaju itu. Tetapi tubuh aku pula yang tertolak dan rebah atas sofa yang ada di ruang tamu itu. Tanpa memasang lampu kami bergelut sesama sendiri.

“Hoi!” suara Kay.

Lagi sekali Kay datang selamatkan aku. Aku menangis.

“Oh, kau yang pukul aku semalam. Kali ni kau tak kan lepas!” kata lelaki itu. Dia cuba tumbuk Kay tapi Kay pantas mengelak. Tetapi malang tidak berbau, semasa Kay mahu menumbuk lelaki durjana itu, dia tergelincir.

Lelaki itu mengambil kesempatan menindih tubuh Kay lalu koyakkan baju Kay. Dia bagaikan ada rancangan baru. Selepas itu, lelaki itu mencapai bajunya dan terus keluar dari rumah tersebut.

“Kay, kau tak apa-apa?” soal aku. Aku bimbang kalau dia terluka atau cedera.

“Aku tak apa-apa. Lain kali berhati-hati.” Saat itu mata aku dan dia saling berpandangan. Bercambahlah benih cinta dalam hati aku untuk si Kay. Pelajar aku sendiri.

“Saya keluar dulu...” kata aku. Kay sudah berkerut dahinya. Aku membuka pintu utama. Alangkah terkejutnya aku melihat sekumpulan orang berkopiah dan songkok.

“Kami dari jabatan pencegah maksiat. Kami dapat laporan yang ada bukan muhrim di dalam rumah ini.”

Lagi sekali aku mahu pengsan dan kali ini aku benar-benar pengsan. Duniaku gelap.

*****

Kay sedang keliru...

Aku tak faham apa yang terjadi. Kini kami di pejabat agama. Wajah Amira pucat. Kasihan gadis itu. Masih aku ingat lagi kata pak ustaz ini.

“Kamu berdua berdua-duaan dalam rumah dengan lampu tertutup dan sebagainya. Dan kami ada saksi yang melihat kamu berdua bersama. Ketika kami tiba pun, kamu tidak berpakaian dan ini menunjukkan keadaan kamu sangat mencurigakan.” Aku mengeluh. Ayah aku sedang bercakap sesuatu dengan ustaz tersebut. Nasib baik kawan ayah.

“Naim, ayah benar-benar tak dapat tolong kamu.” Wajah ayah kecewa.

“Kenapa ayah?”

“Demi menutup aib perempuan itu, kamu kena kahwin dengan perempuan itu.” Aku tergamam.

“Mak ayah cikgu Mira macam mana?” aku masih cuba mengelak.

“Cikgu kamu ni yatim piatu. Dan ayah tak kisah siapa yang jadi menantu ayah.” Kata ayahku. Aku mengeluh berat. Malam itu aku dan dia dikahwinkan atas permintaan ayahku sendiri.

Ada air mata yang mengalir di pipi isteri aku. Aku tahu dia juga mangsa keadaan. Siapa yang rancang ini semua akan mendapat pembalasannya.

Aku dan ayah membawa dia pulang ke rumah kami. Rumah kami biasa sahaja. Ayah seorang pakar motivasi dan merupakan seorang ustaz. Walaupun kami hidup sederhana dan tanpa ibu, kami bahagia.

“Duduk Mira. Maaf kalau rumah ni bersepah sikit.”

“Terima kasih pakcik.” Ucap Mira.

“Naim, kamu bawa isteri kamu ke bilik. Ayah nak rehat. Rasa penat pula.” Aku tersentap dengan permintaan ayah tetapi aku gagahi juga. Demi cikgu Mira, Isteriku.

*****

Keluarga baru Amira...

Aku menghubungi pengetua sekolah mengenai hal ini. terpaksa minta cuti sehari. Nasib baik pengetua itu memahami. Hal ini akan dirahsiakan sehingga Kay tamat persekolahannya di tingkatan enam.

Aku masuk ke dalam bilik Kay. Kemas dan tersusun. Walaupun pun bilik itu kecil tapi aku selesa berada di sini. Aku melabuhkan punggung ke birai katil lalu termenung.

Aku kahwin dengan pelajar aku sendiri. Beza umur kami ialah 4 tahun. Aku dah jadi isteri seorang pelajar. Kenapa ni? Kenapa takdir aku seperti ini.

“Cikgu....” panggil Kay. Aduh! Macam pelik sahaja suami memanggil isterinya cikgu.

“Ye, Kay.”

“Maaf Cikgu, bilik saya kecil aje. Cikgu tidur sini, saya tidur kat luar aje.” Kata Kay. Aku hanya memandang wajahnya. Memang kami sudah ditakdirkan bersama kot.

“Ya. Terima kasih Kay sebab selamatkan Cikgu.” Akhirnya terluah juga ucapan terima kasih. Aku ternampak senyuman pahit yang dipamerkan padaku. Dia terus berlalu pergi. Saat pintu tertutup. Air mata aku mengalir. Entah mengapa aku berasa sakit. Sakit di dalam hati.

Tidak sampai 3 minit aku menangis, pintu bilik tersebut terbuka semula. Jelas wajah Kay terkejut. Aku juga terkejut...

“Cikgu....”

****

Kay masih keliru...

Apa yang aku rasa ni? Melihat wajah isteri yang sedih itu membuat hati aku sakit. Aku nak gembirakan dia tapi aku tak tahu cara apa yang terbaik. Aku bimbang aku lukai dia pula.

Aku jadi serba salah. Nak tidur kat luar atau sekali dengan dia? Apa yang aku fikir ni. Oh, lupa pula nak bagi selimut sebab aku ni jenis kalau tidur memang tak berselimut. Aku mengambil selimut dan masuk semula ke dalam bilikku.

Aku tersentap melihat air mata yang mengalir itu. Dia masih bersedih ke?

“Cikgu...” aku memanggilnya. Aku menghampirinya yang sedang duduk di birai katil. Dia hanya dia sahaja. Aku jadi bimbang.

Aku melutut depannya. Aku menyapu air mata yang mengalir itu. Aku mengucup dahinya. Aku sendiri tak pasti mengapa aku bertindak sedemikian.

“Cikgu, saya tak kisah kahwin dengan cikgu. Cikgu bebas mahu ke mana sahaja. Saya izinkan. So, cikgu jangan rasa terikat dengan perkahwinan ini. Cikgu tetap boleh tinggal di rumah sewa cikgu. Cikgu tak perlu tinggal dengan saya.” Jelas aku. Padahal aku mahu dia lebih bertenang tetapi esakkan Amira makin menjadi-jadi.

“Kay, tak pernah pun ada orang ambil berat tentang saya macam ni.” Dalam esakkan Amira memberitahuku. Aku tersentap lagi sekali.

Rupanya dia tak selesa apabila aku memanggilnya cikgu.

“Sayang tak boleh nangis. Nanti muka sayang tak comel pula.” Aku cuba memujuk. Aku melihat ke dalam mata Amira. Dia seperti terkejut mendengar kata-kata itu.

*****

Pandangan mata Amira dan Kay bersatu ....

Mata Amira terkebil-kebil mendengar kata-kata pujuk Kay. Seperti tidak mempercayainya. ‘Betul ke aku dengar ni? Dia panggil aku sayang? Kenapa hati aku suka mendengarnya?’ bisik hati Amira.

“Kay...” hanya sepatah sahaja yang keluar dari mulut Amira.

“Walaupun kita kahwin dengan cara macam ni tapi saya yakin yang kita boleh hidup bahagia kan?” soal Kay. Amira hanya mengangguk.

“Sayang tidur yer?” pujuk Kay lagi. Akhirnya mereka lena bersama.

Selepas cuti sehari, Amira kembali bekerja. Kebetulan hari ini dia kena mengajar kelas Kay. Dia bimbang tak dapat mengawal diri aje.

“Bangun semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera cikgu.” Kata ketua kelas.

Hati Amira berdebar kencang. Dia tahu Kay memandangnya tanpa kelip. ‘Bagaimana nak mengajar ni. Asyik kena pandang macam ni, gagaplah aku nanti.’ Amira mula gelabah. Marker pennya terjatuh.

“Cikgu sihat?” tanya salah seorang pelajar.

“Cikgu sihat.”

Amira pun memulakan P&P. ‘Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.’

Waktu rehat, Kay mencari Amira di bilik guru.

“Untuk Cikgu.” Kata Kay dah terus berlalu. Amira hanya tersenyum melihat nasi lemak yang dibeli oleh Kay.

“Cikgu Mira, boleh kita bercakap sekejap.” Tiba-tiba seorang lelaki muncul.

“Cikgu Badrul....” Amira terkejut.

Mereka berdua ke sudut yang tiada orang dalam bilik guru itu.

“Ada apa cikgu Badrul?” soal Amira. Dia sendiri tidak selesa bersama Badrul dengan statusnya sekarang iaitu isteri Kay.

“Sebenarnya...” Badrul sukar untuk melafazkannya.

Amira masih menanti.

“Sebenarnya saya suka dengan cikgu Mira. Kalau tak keberatan, saya nak minta keluarga saya masuk meminang.” Kata Badrul.

Amira terkejut. Dia kena menolak permintaan Badrul. Lagi pun dia suka pada Kay, suaminya sendiri.

“Maaf, cikgu Badrul. Saya suka pada orang lain.” Terus terang Amira.

“Oh! Maaf. Saya tak tahu.” Badrul meminta diri.

Amira berasa lega.

Kini, sudah seminggu Amira bersama Kay. Walaupun Amira tinggal di rumah sewanya tetapi dia sering menghantar makanan ke rumah ayah mertuanya itu.

Hubungan Amira dan Kay semakin mesra tetapi tanpa mereka sedari, ada yang memerhati pergerakan mereka.

Amira sedang mengajar di kelas Kay.

“Maaf cikgu Mira, kami nak buat sportcheck kelas ni.” Kata Badrul selaku guru disiplin. Amira hanya angguk kepala.

“Pelajar perempuan ke hadapan kelas dan pelajar lelaki ke belakang kelas. Pemeriksaan akan dijalankan.” Arah Badrul.

Apabila sampai giliran Kay, Badrul sendiri yang melakukan pemeriksaan dalam beg galasnya.

“Ini beg siapa?” soal Badrul.

“Saya, cikgu!” Kay mengangkat tangannya.

“Ini apa?” Badrul sengaja bertanya. Dia menunjukkan sekotak rokok.

“Rokok? Cikgu, saya tak merokok.” Kata Kay. Dia tidak tahu menahu mengenai rokok tersebut dalam beg sekolahnya. Dia yakin air muka Amira terus berubah.

“Ikut kami ke bilik disiplin.” Arah Badrul. Beberapa pengawas lelaki membawa Kay ke bilik Disiplin.

Kay disoal dengan pelbagai pertanyaan.

“Kamu mengaku bersalah?”

“Tidak!”

“Kamu tahu apa hukuman seorang pelajar menyimpan rokok di sekolah?”

“Saya tahu, cikgu.”

“Kalau tahu, kenapa buat juga.”

“Saya dah cakap. Rokok tu bukan saya punya.” Kay tetap dengan pendiriannya.

“Kamu akan digantung persekolahan selama 3 bulan sebelum kes ini mendapat pengesahan dari pengetua. Jika kamu didapati bersalah. Kamu akan dibuang sekolah.” Badrul berkata. “Kamu boleh balik ke kelas semula.”

Kay berdiri dan mula berjalan.

“Naim!” panggil Badrul.

Kay berpaling.

“Esok tak perlu datang ke sekolah lagi. Saya akan hantar surat ke rumah kamu untuk memberitahu perkara ini pada ayah kamu.”

Kay melangkah keluar dari bilik disiplin dengan langkah yang longlai. Dia malu dengan isterinya.

“Mira...” tersasul juga nama itu kerana terkejut melihat isterinya sedang menunggu di luar. Sepatutnya dia kena panggil Cikgu Mira.

“Abang okey?” Amira tidak dapat mengawal hatinya untuk memanggil suaminya begitu.

“Abang okey. Kena gantung selama tiga bulan sahaja.” Kay tersenyum kelat.

“Mira tahu abang tak bersalah. Mira tahu abang tak merokok.” Bersungguh-sungguh Amira berkata. Dia yakin!

Kay tersenyum lagi dan senyuman ini lebih ikhlas.

“Terima kasih sayang sebab percayakan abang.”

“Abang....”

“Baiklah. Nanti kita bincang lagi. Abang kena masuk kelas. Tak lama lagi nak STPM. Abang nak buktikan abang boleh berjaya walaupun tak dapat masuk kelas selama tiga bulan.” Kay tersenyum lagi. Dia meninggalkan Amira sendirian.

Seperti biasa Amira akan menghantar makanan ke rumah mertuanya.

“Ayah, mana abang Kay?” soal Amira sambil memasukkan makanan yang dibawanya ke dalam mangkuk. Dia masak makanan kegemaran Kay iaitu sup ayam.

“Ayah tak tahu, sejak dia kena gantung sekolah, dia selalu tak ada kat rumah. Balik pun lewat malam.” Jelas ayahnya sambil duduk. Dia makan apa yang dihidang oleh menantunya itu.

“Kalau macam tu, tak apalah. Mira balik dulu ye ayah?”

“Hati-hati balik tu ye?” pesan ayah mertuanya.

“Baiklah ayah.”

Amira masih memikirkan ke mana suaminya menghilang. ‘Membawa diri ke? Kalau betul pun membawa diri yang kecewa, ajaklah aku sekali. Ah! Rindunya aku pada abang. Abang...’ malam itu, Amira tidur bertemankan mimpi yang indah bersama Kay.

*****

Amira baru sahaja habis mengajar di kelas tingkatan enam UITM dan dia melalui sebuah bangunan sekolah. Tiba-tiba dia terdengar seseorang yang berbual. Mungkin melalui telefon.

“Abang, aman sekolah ni tanpa budak tu. Rancangan abang suruh letak rokok tu memang berkesan. Saya rasa lebih puas walaupun Mira tolak cinta saya.” Kata Badrul yang tidak menyedari Amira ada di situ.

Amira terkejut. Rupa-rupanya ini kerja Badrul. Tetapi dia tidak tahu mahu buat apa. Dia tiada bukti.

“Badrul!” panggil seseorang. Amira terkejut melihatnya. Pengetua sekolah. Kebetulan semasa pengetua membuat rondaan, dia juga mendengar perbualan itu.

“Pengetua...” Badrul terkejut.

“Ikut saya ke bilik Disiplin. Amira, tolong hubungi Kay. Kita bincang di sana sekarang juga.” Arah Pengetua. Amira juga terkejut kerana Pengetua sedar akan kehadirannya di situ.

“Baiklah!”

*****

Suasana sangat tegang. Semua orang hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

“Kay tidak bersalah dalam kes rokok ini.” kata pengetua.

“Tidak, pengetua. Saya jumpa rokok tu dalam beg dia.” Balas Badrul yang masih cuba menuduh Kay. Kay hanya diam sahaja.

“Pelajar ni bermasalah cikgu, pengetua. Dia selalu ponteng kelas. Merayau. Kacau orang. Mesti dia merokok. Entah-entah merosakkan anak dara orang pun dia dah buat.” Tegas suara Badrul.

Amira terasa hatinya sakit. Itu satu penghinaan ke atas suaminya.

“Pengetua, saya yakin yang Kay tidak begitu.” Akhirnya Amira bersuara.

“Cikgu Mira baru sahaja di sini. Saya dah lama kenal budak ni. Dia ni perosak!” Badrul berasa geram sebab Amira membela Kay.

“Saya kenal dia, cikgu Badrul.” Kata Amira lemah.

“Tak! Cikgu Mira tak cukup kenal dia.” Bantah Badrul.

“Saya amat kenal dia cikgu sebab dia... Dia suami saya cikgu. Pelajar ini suami saya.” Akhirnya Amira rahsia yang disimpan rapi itu terbongkar. Badrul tergamam. Pengetua pula hanya tersenyum. Dia sudah lama mengetahui kisah ini.

“Apa?!” Badrul terkejut.

“Assalamualaikum. Maaf saya datang lambat.” Ramah seorang lelaki. Semua orang di situ berpaling ke arah suara itu. Amira lagi sekali terkejut.

“Abang, tolong saya.” Badrul menghampiri abangnya yang bernama Bohari.

“Pengetua! Inilah lelaki yang cuba rogol saya.” Lancar sahaja mulut Amira berkata. Dia benar-benar terkejut.

Bohari yang baru perasan kehadiran Amira, segera melarikan diri. Manakala Badrul terjelupuk. Dia tidak menyangka abang yang disanjung tinggi itu pernah cuba merogol kekasih hatinya. Dia benar-benar kecewa.

Beberapa hari kemudian, kes itu selesai. Bohari ditangkap polis dan Badrul pula digantung kerja.

Semua masalah sudah selesai.

Kini, rahsia perkahwinan mereka sudah diketahui semua orang tetapi Amira tidak kisah berkahwin dengan pelajarnya sendiri.

“Abang tak tidur lagi?” soal Amira. Dapat tinggal bersama Kay, adalah sesuatu yang amat bahagia.

“Abang nak study sikit ni. Lagi pun esok lusa dah mula periksa STPM. Abang nak buat terbaik demi masa depan abang.” Bersungguh Kay berkata. Amira tersenyum.

“Tapi dah pukul 1 pagi ni. Kita tidur dulu dan esok Mira teman abang sambung study okey?” pujuk Amira.

“Baiklah sayang.” Kay terus bersetuju.

Amira menghulurkan tangannya. Kay menyambut huluran itu dengan senyuman yang lebar.

“Sepanjang abang tiga bulan kena gantung tu abang pergi mana?” soal Amira yang kini dalam pelukan Kay.

“Abang pergi beli ni.” Kay ambil sesuatu di bawah bantalnya. Sebentuk cincin. Cantik sekali!.

“Cincin...?”

“Untuk sayang. Kita kahwin tak ada cincin untuk isteri abang. Abang kerja selama tiga bulan tu dan beli cincin ini untuk sayang. Abang ni belajar lagi. Tak mampu nak beri apa-apa pada sayang. Abang rasa malu pada diri sendiri sebab sayang terpaksa sara abang tapi abang yakin. Suatu hari nanti, abang akan pastikan Mira tak menyesal bersama abang. Sampai bila-bila.” Panjang lebar Kay berkata. Amira tersenyum. Ini kali pertama Kay bercakap panjang lebar.

“Tak apa. Mira faham. Mira kan sayang abang.” Akhirnya mereka lena dalam pelukan yang penuh dengan kasih sayang.

*****

Lima tahun kemudian...

Amira menyediakan sarapan untuk suaminya.

“Sayang, Irdina Anessa dah menangis ni. Dia nak mamanya juga.” Jerit Kay dari dalam bilik tidur. Dia sedang bersiap ke pejabat.

“Kejap abang!” jerit Amira dari dapur pula.

“Jangan nangis sayang. Mama tengah masak untuk babah. “ pujuk Kay sambil mendukung anak perempuannya yang baru berusia satu tahun setengah itu. Dia menuju ke dapur.

“Mama datang ni....” Amira menghampiri Kay tetapi belum sempat Amira mendukung Irdina Anessa, pampers anak itu sudah bocor dan terkena baju kerja Kay.

“Oh, no! Baju kerja abang...” Kay terkejut.

“Cepat abang. Abang pergi tukar. Hari ni kan orang atasan abang nak jumpa abang. Abang kena nampak kacak dan kemas.” Kata Amira sambil tangannya pantas menukar pampers Irdina Anessa yang baru. Barulah anak itu tidak menangis.

“Baiklah sayang!” Kay masuk semula dalam bilik mereka.

“Ammar Fakhri, kenapa masih tak makan lagi? Nanti lambat pergi sekolah.” Tegur Amira apabila melihat anaknya yang berusia lima tahun itu hanya kaku sahaja.

“Nak babah suap.” Katanya.

“Babah sibuk. Biar mama suap ye?” pujuk Amira

“Tak nak! Nak babah juga.” Anak itu pula menangis. Amira mengeluh.

“Sayang, mari suap Ammar Fakhri.” Jerit Amira pula.

“Kejap sayang. Nak pakai tali leher ni.” Kata Kay. Sibuk benar mereka pagi itu.

“Biar Mira yang buat. Abang suap Ammar Fakhri dulu. Dia kan anak babah. Nak dengan babah aje. Mamanya dah tak pandang.” Rajuk Amira hanya dibalas oleh Kay dengan ketawa.

Selepas suapkan Ammar Fakhri, mereka berempat bersiap.

“Abang, terima kasih jaga Mira selama ini.” itulah ungkapan yang hampir setiap hari Amira katakan sambil bersalaman dengan Kay.

“Sama-sama kasih dan terima kasih sebab terima abang seadanya.” Balas Kay lalu mencium dahi Amira. “Hati-hati bila memandu. Sampai sekolah, mesej abang.” Pesan Kay. Kay mengunci pintu rumah dan pintu pagar. Dia menghantar ke tadika manakala Amira menghantar Irdina Anessa ke pusat asuhan.

Semoga kebahagiaan yang terjalin ini terus berkekalan walaupun suatu dahulu lelaki itu adalah pelajar cikgu Amira.



P/S - walau apa sekali dugaan yang menimpa kita, kita kena kuat hadapi dan ingat, Allah buat begitu ada sebabnya...kita harus bersabar dan terus memohon keampunan darinya 


Tak sangka, ada kes yang sama dalam kehidupan realiti....

 

64 comments:

  1. Saspen! Mesti Cikgu Badrul syok kat Amira. Kesian Kay.. HUHU

    ReplyDelete
  2. best gak story ni... sambung lagi....

    ReplyDelete
  3. besttt...xsbr nk tggu smbungan nye..ria,cpt2 smbung taw..hehe

    ReplyDelete
  4. ala smbg lar cpt.. suspen nih.. mst kay jeles nnt tgk cikgu badrul...hehehe

    ReplyDelete
  5. aduhhhh...kenapa buat cerpen best macam nih ?
    cair la saya.. hahahaha... seronok... :)
    syazwanie azman

    ReplyDelete
  6. best nya,,,,sepatutnya buat novel lagi best!:D

    ReplyDelete
  7. best lah kak ria!!! :D Hm cikgu badrul ni nk apa pulak.....adeh. Haha

    ReplyDelete
  8. awww....shweet nye. oooo....mereka terpaksa kahwin rupanye. :)

    ReplyDelete
  9. Ria, best cite nih. Apa kata dari cerpen jadikan novel bersiri. Dan kalu okay, sure dibukukan.

    P/S: pendapat sy aje, x tahulah kalau pembaca yg lain.

    ReplyDelete
  10. kak ria syg nie BEE nice the cerpen nk ag t tolong tag nme bee eak walau pun lmbt t bee tetap akn bce gak sory low sush kn ria cyg mmuuuaaahhhxxx luck for u kak ria

    ReplyDelete
  11. Assalam..

    1) 'membeli makan malam'..ayat ni mcm tak kena je dik..'membeli makanan untuk malam/makan malam'..akak rasala.. :)

    2) 'bau lelaki amat busuk' - incomplete sentences..supposedly 'bau NAFAS lelaki ITU amat busuk'..coz dia pemabuk arak kan? :)

    3)akak rasa kamu nak refer kepada 'terjah KE BILIK pengetua sekolah' kan? takkan la kamu nak terjah pengetua coz perkataan terjah merujuk kepada satu tindakan yg drastik dan tergesa2.. :)

    4)'...aku mula terkaku seketika aku ternampak seseorang.' - ;...aku terkaku seketika. Aku nampak seseorang.' OR '...aku terkaku KETIKA aku nampak seseorang.'.. :)

    5)'Aku dapat dengan jelas namanya.' - 'aku NAMPAK dengan kelas namanya' OR 'aku dapat LIHAT dengan jelas namanya'.

    6)'sejak semalam lagi aku rasa macam tu'.. - akak rasa perkataan 'tu' lebih sesuai dgn 'ni' atau 'ini'..coz ianya menggambarkan situasi yg dia tgh lalui..bukan yg lepas..pemdpt akak ye.. :)

    7)'sepatah sahaja aku dan terus aku pergi' - pening! sepatah sahaja apa? kamu merujuk kepada 'sepatah sahaja JAWAPAN KELUAR DARI MULUT dan terus aku pergi.' ? OR 'sepatah sahaja JAWAPAN dan terus aku pergi.' ?

    8)nak kena rogol pun sempat lg fikirkan calon suami pilihan? hahaha..lawak tul..sabor je la kamu ni Ria.. :)

    9)'...kamu tidak berpakaian dan ini menunjukkan keadaaan kamu yang sangat mencurigainya.' - 'mencurigainya' sepatutnya 'mencurigakan'..coz merujuk kepada 'kami' yg disebut. bukan kepada 'seorg'.

    10)hmm sebelum tu waktu Kay terjah masuk nak selamatkan Amira..perkataan 'Hey' tu mcm tak sesuai la plak.. bukan ke sepatutnya dlm keadaan darurat dan mencemaskan perkataan yg sering keluar adalah 'Hoi!' ? br sesuai utk sergah org kan? maaf klu akak terlalu memandai.. :)

    11)'dia hanya dia sahaja.' - 'dia hanya DIAM sahaja.'

    12)woit! dik..ayat censored nampak.. 'Kay dan Amira bersatu..' - jgn macam2 dik..imaginasi akak ni kang leh salah tafsir..hehe..kamu refer pada 'PANDANGAN MATA kay dan amira bersatu.' kan?

    13)k..dah abis bc..hmm conclusion yg akak leh buat.. :) plot citer yg menarik.. even pernah ada citer sebegini, but still akak tahu kamu akan wujudkan kelainan di dalam penceritaan kamu, mengikut gaya dan selera kamu. maaf ye dik, terlalu panjang pembetulan yg akak wat utk kamu. klu keterlaluan, just ignore it k.. bukan niat nak mengkritik, cuma utk penambahbaikan sahaja.. walaupun akak sebenarnya bukan pandai mana pun..poyo je lebih..hehe..but yg akak pelik satu je.. Amira dlm citer ni rabun kan? klu refer pada jam besar yg dia beli tu seabab nak bantu dia nampak kan? tp camne lak dia leh nampak nama pada nametag Kay? walhal Kay dok kat bahagian belakang.. :)

    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm....kita nak terkejut sikit aje...hihih kak honey kan...hihihihihi ria senyum lebar aje ni...

      Delete
    2. akak banyak betul kesalahan bahasa dan ejaan ria dah buat...terima kasih ats teguran akak...hihih yg pasal jam tu....masa bangun tidur tu dia tak pakai spek mata...so masa mira mengajar dan di sekolah, dia pakai spek dan tentu dia nampak nama lelaki itu...hihihi nanti ria edit semula kesalahan ini...terima kasih banyak atas komen akak yang panjang lebar tu...dah lama tak dapat komen macam ni....suka sangat dan malu pun ada sebab tak sedar banyak rupanya kesalahan ria....hihihi terima kasih kak....

      Delete
    3. suka betul layan baca citer diiringi lagu2 nasyid..tersentuh tul hati ni.. :)

      hehe..akak ni memang ada talent jd guru bahasa melayu, tp takleh ngajar, kang dari 30 org anak murid, tup tup tinggal 5 orang je..tu pun yg jenis kental..hahaha

      Delete
    4. hihihi terima kasih kak hihihi ria pun suka juga sebab kita lebih menjiwai....

      hihihi tapi akak layak juga tapi kena jadi up sikit la...bab2 tegur menegur penulisan boleh...akak amat berbakat..hihihihi terima kasih kak

      Delete
    5. sama2 dik.. apa2pun akak sentiasa doakan semoga kamu berjaya di dunia dan di akhirat.. dan bertemu jodoh dr syurga sehingga ke syurga.. Amin.. :)

      Delete
    6. rindu gila dengan teguran kak ros....

      Delete
  12. suka2..nnti smbung cpat ek x sbar nk bca nie..

    ReplyDelete
  13. ada smbungan jgk rpnye! seyes gila geram ngan cerpn ni. best gila.. i likeeeeeeeeeeee!

    ReplyDelete
  14. best la.... geram dengan lelaki mabuk tu.... >,<!

    ReplyDelete
  15. Ceit laki mabuk tu abang Badrol rupanya. Hampes, hahaha okay happy ending :-)

    ReplyDelete
  16. Menarik but simple...teruskan berkarya...

    ReplyDelete
  17. best2..tahniah ria..walaupun byk kesalahan tp teruskan usaha..:)

    ReplyDelete
  18. memang best sgt!!! wahh.. xsangka kecil ja dunia ni.. abg cikgu Badrul rupanya..ish3.. Alhamdulillah t'tangkap jugak.. amboii.. pelbagai kerenah ank2 diorg ni.. cute jehh :D thumbs up!

    ReplyDelete
  19. Ria,

    Sebuah cerpen yang menarik. Walapun banyak kesalahan ejaan dan kosa kata tetapi itu semua tidak mencacatkan karya ini. Biasalah, manusia tak pernah lari dari kesilapan. mcm akak kata masa part 1, cerpen ini kalu diedit dan diolah kembali confirm boleh jadi sebuah novel yg indah seperti "Suamiku Vampire". Rasa-rasanya ada terfikir tak yg mcm akak katakan tadi. Akak cuma cadangkan aje, kalu menjadi Alhamdullilah... heheeee

    ReplyDelete
  20. salam...best citernye, apalah sangat beza pangkat, cikgu ke anak murid ke last2 nanti bila dah grad same je :)


    keep writing ria n ramadhan kareem :)

    ReplyDelete
  21. Assalam..Alhamdulillah..berjaya jugak akak bc sampai habis..hehe..plot citer yg menarik..but sorry ye dik..akak suka bahagian pertama penceritaan kamu..but, bila kamu sambung, ianya jd agak ringan dan ringkas la plak..less conflict n everything look smooth je.. semua konflik cepat je settlenya.. takde wujud tanda ty but kamu terus je bagi jawapan je.. mungkin pandangan akak agak menyimpang dr org lain, but ini pendapat akak.. nape jd mcm tu dik? kehabisan idea atau kamu memang nak cepat habiskannya? :)

    apa2pun akak tahu kamu seorg penulis yg berbakat, but kamu juga perlu titik beratkan kualiti karya kamu.. cerita ni boleh digarap dgn lebih baik lg.. jgn terburu2.. Insya Allah hasilnya lebih baik..bukan akak kt cerpen ni tak menarik, but kurang ummph sikit..bg akak la ye.. maaf ye dik..mcm kasar je bahasa akak ni kan? agaian, akak minta maaf..bukan niat nak mengkritik, akak sekadar menzahirkan apa yg akak rasa bila bc..kamu kan tahu akak ni penuh ngan imaginasi..hehehe

    Apa2pun akak doakan yg terbaik buat kamu..

    Wassalam

    ReplyDelete
  22. bestnye.... first time jumpe cerpen sesedap nie....tahniah kak ria sebab dapat wat cerpen sesedap nie...tabik spring lah kat...... :D

    ReplyDelete
  23. Best cerita dia...

    ReplyDelete
  24. serius best.. well done.. sweet giler ar cite ni, hai bestnya klu betul2 camni.. prngai pompuan ni sebijik macam kita, mampus la klu benda ni betul2 jadi kat kita..hhehehhe

    ReplyDelete
  25. Saya tak faham, cikgu dgn ank murid? lelaki pula tu? nonsense! Saya seorang guru. bukan senang seorang guru digantung kerja, dan apa yang badrul buat tu bukan satu kesalahan yang besar.
    Cerita ni mcm karangan murid saya yang baru nak pandai mengarang. ayat2 tunggang langgang, kosakata pun teruk. terlalu byk yang RIA mengarang sehingga tiada kualiti.
    Biar mengarang sikit janji kualiti terjamin. Just nk komen, sori ye kalau terasa, bukan apa, bl sbg seorang guru , n baca cerpen mngenai kerjaya saya, n bila ada pula bnyak yang mengarut, jadi geram,
    RIA should study about the things u want to write...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...terima kasih sebab sudi komen....Wujudnya cerita ini kerana percintaan antara guru dan murid memang pernah berlaku. Jadi ria anggap, lain orang lain pendapat....ria akui yang ria salah tentang hukuman yang dikenakan....dan ria tiada kesempatan nak edit semula sebab ramai yg tegur pasal hukuman....dan sabar la...maaf ria buat awak geram...tetapi kisah ini ada separuh yg benar...tapi kalau awak tak suka...ria minta maaf....sekarang pun ria dah stop tulis cerpen...seperti awak katakan..bimbang tiada kualiti...maaf lagi sekali... insya allah sebelum menulis ria akan buat kajian dulu mengenai fakta2 ni..... terima kasih..

      Delete
  26. Best sangt ....nie cerita cya guess sma u

    ReplyDelete
  27. hi ria... saya suka dgn penulisan wak.. best giler... bila lg nk wat baru... sya akn tnggu... :D

    ReplyDelete
  28. hahaha ! best cter nihh ! lain dari yang lain . wat larr novel plakk .

    ReplyDelete
  29. Puahaha...gile sweet cite nie... cam rase nk kawen ngan bdk lgi mude je tibe2

    ReplyDelete
  30. kalau ak jmpe penulis ni, akan ak beri anugerah 'penulis terbaik'

    ReplyDelete
  31. wah..menarik giler cite ni..suke..suke..suke..hehe...

    ReplyDelete
  32. Jalan cerita dah semakin matang . Keep it up !

    ReplyDelete
  33. i'm repeating...
    masih boleh tersengih sorang2 dpn laptop..hehe
    sweet sangattt..

    ReplyDelete
  34. penulis ni laki ke prempuan?

    ReplyDelete
  35. best gk beb-iezahtakuya

    ReplyDelete
  36. Cerita complete. Ade saspen ade sedih ade gembira

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi