Followers

Thursday, 7 June 2012

54
Komen

CERPEN : PAPA GANGSTER (full)




Dween sedang bersiap-siap mahu ke pejabat. Itulah tugasan harian yang perlu dia lakukan. Dia seorang yang mudah tersenyum dan peramah tetapi tiada sesiapa tahu, setiap malam dia seorang yang ganas dan kaki lepak.
            “Yenki, ada lagi orang mabuk lalu kawasan kita?” soal Dween. Dia sedang menaip sesuatu dalam komputer ribanya. ‘Kerja kat pejabat banyak sangat. Terpaksa buat malam ni.’ Dween mengeluh.
            “Malam ni tak ada, Papa.” Jawab Yenki.
            “Bagus!”
            Tiba-tiba muncul pula Faqish. Wajahnya lebam. Dween terkejut. ‘Apa dah jadi dengan anak aku ni.’ Bisik hati Dween.
            “Kenapa ni Faqish?” Dween bertanya. Dia benar-benar bimbang dengan keadaan Faqish.
            “Botak dan Rimon. Dia masuk kawasan kita. Dia cuba nak jual dadah. Aku cuba halang dia, Papa tapi aku dibelasahnya.”
            “Tak guna makhluk dua ekor tu. Nak buat kejahatan aje.” Amuk Dween. “Mari semua, kita bersemuka dengan diorang.” Arah Dween.
            “Papa!” panggil Yenki.
            “Ada apa lagi Yenki? Papa tengah bersemangat nak tunjukkan bakat gangster ni.”  Dween sudah mengambil kayu hoki kegemarannya untuk membelasah orang.
            “Papa punya laptop kesayangan ni, nak tinggal sini ke?” kata Yenki serba salah. Bimbang papanya marah.
            “Alamak, laptop aku! Tunggu kejap anak-anak Papa.” Wajah Dween kemerahan. Tahu juga malu.
            “Jom!” kata Dween dengan begitu semangat setelah menyimpan komputer riba miliknya itu ke dalam kereta.
*****
Rasa sakit seluruh badan. Semalam bergaduh dengan Rimon dan Botak. ‘Mereka memang tak sedar diri. Aku kena lebih aktif jaga kawasan aku. Mereka ni buat kacau kat tempat aku sahaja.’ Dween duduk bersandar pada sofa. Amat selesa begitu.
            “Abi tak mahu kamu terlibat lagi dengan gejala tak sihat tu. Keluar malam, balik pagi. Abi tak didik kamu macam tu, Dasuki Ashween!” Abi mengamuk. “Malu Abi kalau kawan-kawan Abi tahu. Kaunseling orang pandai, berjaya tapi jaga anak lelaki seorang pun tak lepas. Malu Abi wahai Dasuki.” Abi melahirkan perasaannya.
            “Sabarlah abang...” pujuk ummi. Dween tersenyum.
            “Tengok tu. Ummi boleh aje sabar. Relaks.” Balas Dween.
            Abi mendongak. Matanya tajam memandang Dween. Amat geram dengan sikap anak terunanya yang tidak bertanggungjawab.
            “Abi tahu syarikat Abi yang kamu uruskan itu berjaya tapi kamu harus sedar apa yang kamu ada sekarang ni boleh ditarik bila-bila masa sahaja oleh Allah.” Nasihat Abi.
            “Dasuki tahu, Abi tapi Dasuki bukannya tak sembahyang. Dasuki sembahyang apa? Cuma Dasuki suka keluar waktu malam. Sejuk Abi. Seronok!” Dween tersenyum.
            “Abi... Abang Ash. Jemput minum air.” Adik perempuan Dween, Eikah membuatkan minuman untuk mereka berdua.
            Tiba-tiba Abi mendapat idea. Dia tersenyum penuh makna.
            “Sekarang Abi nak kamu bawa adik kamu berenam ni pergi shopping. Kasihan diorang. Nak juga keluar melepak. Asyik kamu aje.”
“Betul ni abi?” Qis merupakan kakak sulung begitu teruja mendengar arahan ayahnya itu.
“Apa abi? Malaslah!” Dween mengeluh.
“Ini arahan. Sila patuhi!” Tegas Abi.
“Lecehlah. Diorang semua perempuan. Malu la Ash macam ni.” Wajah Dween kusut.
“Itu adik kamu, bukannya siapa-siapa. Kamu tu abang sulung. Bertanggungjawab la pada adik-adik kamu ni.”
Selepas sarapan, Dween panaskan enjin kereta Toyota Alphard Vellfire yang berwarna putih. Kereta itu adalah kereta kesukaannya. Dia suka kereta yang besar-besar.
“Tapi kalau besar macam lori, tak nak la.” Dween berkata sendirian.
Dween menunggu adik-adiknya bersiap.
“Apa adik pakai ni?” Soal Dween pada Nazatul. Adik bongsunya yang seorang ini memang liar sikit tapi masih boleh dikawal.
“Pergi tukar baju elok sikit.” Tegur Dween. Baju Nazatul sedikit ketat.
“Tak ketat pun abang.” Manja sekali suara Nazatul.
“Adik, abang tegur baik-baik ni. Lagi pun abang tahu adik abang ni jenis dengar kata. Kalau adik tak nak juga tukar, tak payah ikut abang,” nasihat Dween.
“Yalah!” Nazatul berlari semula ke dalam rumah untuk menukar baju tersebut.
“Alamak, ada awek cun la.” Puji Dween. Nazatul berasa malu dipuji oleh abangnya begitu.
“Yelah!” Qis mengiakan.
“Terima kasih abangku dan kakak-kakakku.” Ucap Nazatul dengan ikhlasnya.
Selepas itu mereka bertujuh bertolak. Cekap sekali Dween mencari tempat parking di kawasan sesak itu.
“Cepat la. Nanti lambat pula?” Dween mengarah. ‘Yalah tak rela tapi tanggungjawab ni. Nak kena jaga adik-adik perempuan. Bukan senang tau.’
“Abang jom!” Nazatul memeluk lengan abang kesayangannya itu. Dween mengeluh. Ini adik bongsunya yang berusia 16 tahun. Sangat manja dengannya.
Eikah, Diana dan Liyana berjalan bersama-sama. Mereka bertiga jarang keluar membeli belah kerana Diana dan Liyana, sibuk dengan belajar. Sebab adik perempuan kembarnya ada peperiksaan penting iaitu SPM. Eikah pula baru sahaja tamat persekolahan. Sedang menunggu keputusan SPM keluar. Dia suka duduk di rumah dan membantu Ummi.
“Qis nak abang Ash yang belanja tau.” Kata Qis. Dia sudah buat senarai barang keperluannya. ‘Ini pula adik perempuan aku yang pertama, kakak sulung la. Dia matang sikit. Motif nak menghabiskan duit aku la tu.’
“Ya abang belanja. Adik, jangan pegang abang macam ni. Malu la.” Dia menolak Nazatul.
“Malu? Adik tak malu pun. Nak jugak!” Nazatul kembali memeluk lengan Dween.
“Mana Atul?” soal Dween apabila melihat adiknya yang ke dua tidak kelihatan.Pantas Dween berpatah balik. “Atul!” jeritnya apabila melihat wajah keliru adiknya itu. “Abang kat sini!”
“Abang....” panggil Rabiatul. Dia bimbang tersesat. Nasib baik dia ternampak kelibat abangnya.
“Pegang baju abang ni. Nanti hilang pula.” Pesan Dween. Adik-adiknya jarang keluar seperti ini. Kalau mahu keluar juga, mesti ditemani Dween.
“Adik pula?” soal Nazatul. Dia memandang abangnya itu.
“Ikut suka adik la nak pegang apa. Eikah, Diana dan Liyana. Jalan bersama tau. Jangan berpisah.” Pesan Dween. Dween bagaikan berjalan bersama kanak-kanak yang masih kecil. Perlu dijaga dengan penuh perhatian.
“Papa!” Faqish muncul tiba-tiba.
“Papa?!” serentak adik-adik perempuannya berkata. Mereka benar-benar terkejut apabila ada orang lain yang mengelarkan abang kesayangan mereka ini ‘papa’.
Dween tersengih.
“Anak abang ke ni?” soal Qis. “Macam sebaya dengan Qis aje. Tak logik pun ada.” Dahi Qis sudah berkerut.
“Shhhhh!” Dween letak jari dibibirnya. Dia pun menceritakan segalanya kepada adik-adik perempuannya di KFC berhampiran.
“La, tak ada nama lain ke abang nak guna.” Kata Nazatul dengan nakalnya. Dween pun menjentik dahi Nazatul. Geram punya pasal.
“Sakitlah abang! Abang jahat!” Nazatul memeluk Rabiatul. Dia pun turut manja dengan kakaknya yang itu.
“Mulut tu jaga sikit. Abang cili nanti.” Marah Dween. “Kenapa datang jumpa Papa ni?” soal Dween pada Faqish.
Adik-adik perempuannya hanya mampu menekup mulut sahaja demi menahan gelak apabila mendengar Dween mengelarkan dirinya papa. Dween hanya mampu menjeling tajam. ‘Tapi budak-budak ni mana makan dengan jeling maut aku tu.’
“Yenki buat hal. Better papa datang ke tempat kita.” Kata Faqish. Dween mengeluh. ‘Tak kan nak bawa adik-adik aku ni? Bahaya.’ Dween cuba membuat keputusan.
“Kamu semua balik rumah ye?”Arah Dween.
“Tak nak! Kami nak ikut!” kata Qis. Yang lain pun mengangguk.
“Liyana dan Diana ni bukan penakut ke?” soal Dween.
“Eh, mana ada!” serentak mereka menjawab.
“Atul okey tak?” Dween bertanya adiknya yang paling lemah lembut ini.
“Adik tak kisah. Adik yakin abang akan melindungi adik.” Rabiatul tersenyum. Begitu juga dengan Dween.
“Jom!” Ajak Nazatul dengan begitu semangat. Tiba-tiba telinganya dipulas oleh abangnya. “Sakitlah!” marah Nazatul. Dween hanya tersenyum.
Merek sampai juga di tempat Dween selalu lepak. Dween menutup pintu keretanya dan tiba-tiba Yenki datang menumbuknya.
“Abang!!!” Adik-adik perempuan Dween menjerit. Mereka berasa risau.
“Korang semua duduk dalam kereta aje.” Arah Dween. Mereka hanya mengangguk kepala.
 “Kenapa dengan kau ni, Yenki?” marah Faqish. Dween memegang pipinya yang terasa bisa.
“Kau jangan campur, kalau tak...” marah Yenki. Yenki berbangsa Cina. Dia berkawan dengan Dween sejak mereka kecil lagi. Hubungan itu terlalu akrab bagi Yenki.
“Kalau tak apa?” Faqish tunjuk berani.
“Nah, ambil ni!” Yenki menyerang Faqish pula. Faqish melawan dan berlakulah pergelutan. Kawan-kawan mereka yang lain cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku. Adik-adik perempuan Dween hanya mampu melihat sahaja.
“Berhenti semua! Aku cakap berhenti!” jerit Dween sambil menumbuk kereta kesayangannya sendiri. Adik perempuannya terdiam juga mendengar jeritan abang sulung mereka. Semua orang tergamam dengan tindakan Papa mereka.
“Papa...” Faqish terkejut.
“Diammmmmm!” jerkah Dween.
“Papa, aku.... Aku....” Faqish rasa bersalah.
“Sudah!” jerit Dween lagi. “Ini ke yang Papa ajar selama lima tahun kita bersama. Ini ke? Mana semangat setia kawan dan saling bantu-membantu? Mana?!” marah Dween.
“Garang juga abang kita ni kan?” kata Nazatul. Mereka berenam hanya mengangguk kepala.
“Apakah dengan cara memusuhi antara kita semua?” Dween mengeluh. Dia cuba bertenang. Perasaan kecewa muncul kerana perkara ini terjadi dalam kalangan mereka.
“Yenki ni Papa, dia tak hormat Papa!” Faqish cuba membela.
“Aku pula. Kau tu...” Yenki tidak mengakui kesalahannya.
“Sudah!” amuk Dween lagi. Suara Dween bergetar menahan marah.
“Tak malu ke adik-adik Papa tengok korang bergaduh macam ni. Sudah! Bersurai semua. Malam ni tak ada lepak-lepak. Malam ni juga semua jangan datang sini. Kita jumpa esok malam sahaja.” Arah Dween. Dia terus membuka pintu kereta sambil memandang wajah Yenki. Dia yakin yang Yenki masih tidak berpuas hati dengan caranya.
“Jom makan. Lapar pula lepas marah-marah orang ni.” Ajak Dween. Adik-adiknya bersorak dengan gembiranya. ‘Kalau pasal makan, seronok aje adik-adik aku ni.’ Sedikit sebanyak perasaannya tenang melihat tingkah laku adiknya yang sentiasa mencuit hatinya.
Selepas berjalan seketika, telefon bimbit Dween berbunyi.
“Alamak!” Dween bersuara.
“Kenapa abang?” tegur Eikah yang baru keluar dari surau berhampiran. Mereka menunaikan solat Asar di situ. Adik-adiknya yang lain belum bersiap lagi.
“Abang kena pergi ambil kak Alyn. Korang tak kisah kan?”
“Tak kisah!” tiba-tiba muncul 5 orang adiknya dari belakang Eikah. Dween hanya tersenyum. ‘Penat juga melayan adik-adik perempuan ni.’
*****
Tanpa disedarinya, sepasang mata liar sedang memerhati dari jauh. Ibarat seekor harimau yang sedang menghendap mangsanya, lelaki itu menapak perlahan menuju ke arah belakang Alyn. Dia sudah puas memerhati dan saatnya sudah pun tiba. Lelaki itu memeluk erat Alyn dari belakang.
Alyn tersentak. Dia terkejut bukan kepalang tetapi dia cuba bertenang. Refleksnya bertindak. Dia cuba meloloskan diri dari terus dipeluk lelaki itu. Sekuat daya dia cuba  melepaskan dirinya. Hampir kalah dia dipeluk oleh tenaga lelaki. Alyn bergelut hebat dengan lelaki itu. Pergelutan berlaku dengan sengit.
“Lepaskan dia!” Dween muncul. Dia benar-benar terkejut melihat siapa pelakunya. Adik-adik Dween hanya memerhati dari jauh.
“Papa jangan masuk campur!” Yenki mengugut.
“Yenki, dia orang yang papa cintai. Tolong lepaskan dia,” Dween membuat pengakuan tanpa dipinta.
“Yenki benci perempuan ni Papa! Sejak perempuan ni wujud, Papa dah jarang lepak dengan kami. Kami rindukan Papa yang dulu. Aku benci dia!” mata Yenki membutang.
“Tak kiralah siapa perempuan ini. tapi perbuatan kau ni salah. Papa tak akan biarkan kau apa-apakan dia.” Dween cuba bertenang.
Yenki tahu semua pasal Dween. Dia bukanlah calang-calang lelaki. Dia mahir dalam ilmu persilatan yang Abinya ajar. Mudah sahaja untuk lelaki itu mengelak tumbukannya. Yenki semakin berang. Dia mengeluarkan pisau lalu menghunuskan ke arah Dween.
“Sampai hati Yenki buat Papa macam ni. Mana janji kita untuk sentiasa bersama. Tolong menolong. Kini kita bagaikan musuh.” Dween melahirkan perasaan kecewanya.
Yenki tersentap mendengar kata-kata Dween dan terus melarikan diri.
“Awak tak apa-apa Alyn?” Dween bertanya dengan perasaan yang bimbang.
“Tak. Saya tak apa-apa. Terima kasih sudi datang jemput saya.” Ucap Alyn. Dia masih berasa malu dengan pengakuan Dween tadi.
Mereka bertunang atas kehendak keluarga tetapi tidak sangka Dween terima dengan hati yang terbuka.
“Jom! Saya hantar awak pulang.” Ajak Dween.
Alyn pun masuk ke dalam kereta. Dia terkejut  melihat ramai di tempat duduk belakang.
“Hai kak Alyn.” Serentak mereka berkata.
“Hai...” Alyn hanya mampu tersenyum.
Dween meneruskan perjalanan mereka.
“Kenapa lelaki tu panggil awak, Papa?” soal Alyn.
“Hmmm, Papa tu singkatan daripada Penyelamat Anak-Penyelamat Anak. So, singkatannya PAPA. Ahli kumpulan ni semuanya panggil saya PAPA sebab saya ketua mereka.” Jelas Dween.
“Barulah faham!” Qris menyambuk.
Dween tersenyum.
“Atul, bagi hadiah yang abang pilih tadi pada kak Alyn.” Arah Dween.
“Hadiah?” Alyn terkejut.
“Kejap ye abang?” Rabiatul mengambil bungkusan yang dibalut kemas. Sederhana sahaja kotaknya.
“Nah kak!” Rabiatul menghulurkan kepada Alyn.
“Buka dirumah tau,” pesan Dween.
“Baiklah!”
*****
Semua perkara dapat diselesaikan dengan kuasa Allah. Botak dan Rimon sudah ditangkap polis kerana mengedar dadah. Kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. Yenki? Lelaki itu membawa diri entah ke mana. Sejak itu, kumpulan Papa dibubarkan.
            ‘Tak dapat dah aku nak tunjuk gangster ni. Tak kan nak tunjuk kat bakal isteri? Malulah macam ni.’
“Alhamdulillah! Sah! Sah! Sah!” Dween tersenyum.
Tiba-tiba Dween rasa berasa pelik. Ke mana adik-adiknya menghilang.
Tanpa mempedulikan tetamu, Dween terus keluar dari masjid terkejut. Alyn memang terkejut.
‘Laki aku nak lari ke lepas kahwin dengan aku?’ Alyn sudah berfikir yang bukan-bukan.
“Kat sini rupanya korang!” tegur Dween.
Qis, Rabiatul, Eikah, Diana, Liyana dan Nazatul sedang duduk tepi tangga masjid. Mata mereka merah. Rupa-rupanya mereka menangis. Mereka sedih yang abang kesayangan mereka kini sudah berkahwin. Mereka bimbang Dween akan melupakannya apabila sudah mempunyai isteri.
“Abang...” Nazatul memeluk abangnya. Dia yang paling manja.
“Sudahlah tu. Macam abang ni nak tinggalkan korang pula.” Dween mengusap kepala Nazatul. Dia cuba memujuk. Kasihan melihat adik-adiknya menangis.
Alyn hanya mampu tersenyum. Keakraban mereka jelas kelihatan.
Abi dan Ummi hanya memandang dari jauh. Mereka berdua berasa bangga dengan anak-anaknya.
Semoga hubungan ini berkekalan.

P/s : Hubungan kekeluargaan itu penting. Tidak kira ibu bapa dengan anak atau hubungan adik beradik. Tapi dalam cerpen kali ini lebih ditekan hubungan adik beradik. Sedia kita maklum, ramai adik beradik tidak semesra seperti orang zaman dulu. Mereka buat hal masing-masing tanpa mempedulikan sesiapa. Maka, mulai saat ini, prihatinlah pada adik beradik sendiri.

Apa kaitan dengan PAPA? PAPA satu nama kumpulan yang gangster. Tapi masa abang ria kahwin, ria nangis....huhuhu betul sebab kita sayang abang ria. Harap terhibur dengan cerpen pendek ini. segala kekurangan, ria minta maaf dan harap ditegur. Terima kasih.



54 comments:

  1. suka suka .. hehe .. rupa2nya mksud PAPA tu Penyelamat Anak-Penyelamat Anak ..hahaha ..
    ~Nur Amanina~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah amanina...jadi orang pertama komen...terima kasih la yer...yup maksudnya itu..mungkin kepelikan sikit....

      Delete
    2. kak ria syg nice la
      sambung ar ag
      mmg best la
      thax cgt2
      syg kak ria
      mmmuuuaaaahhhhxxx

      Delete
    3. memang ada sambungannya...tajuknya ANAK PAPA PUN GANGSTER...HUHUHUHU yg ni betul2 tema kasih syg seorang ayah terhadap anaknya....sedih tau..tapi syg ria tak masukkan dalam blog...maaf..hanya dalam cetakkan seindah cinta aje ada citer ni

      Delete
  2. suke-suke....
    mmg pyah la skarg klau nk kekalkn hbungn kekeluargaan..
    tmbh2 lagi dengan adik beradik...
    smua sbuk dengan hal sndiri...
    cte kak ria memg best la... hehe...

    -Hanna Akino Azima-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih hanna...selalu komen....setuju kan?kadang2 ada yang panggil abang dia kau la, bercakao aku kau dengan abang sendiri...mungkin dia dah biasa kata diorang tetapi hubungan akan menjadi rapat jika kita panggil abang, kakak atau adik dengan panggil yang lebih baik. insya allah kasih sayang itu akan terjalin....

      Delete
    2. hihihihih jadi upin ipin pula.... hihihi

      Delete
  3. best best... hahahaaaa. macam dari kisah benar, serius, zura kenal sorang lelaki yang gangster, tapi bab keselamatan dan kebajikan adik-adik dan adik-adik angkat kesayangan dia, dia cukup jaga. dia adalah abang angkat zura..... cerita dia macamn ni la... nak share link kat dia boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke??gangster sangat ke dia??akak nak kenal boleh tak??nak temuramah dia tentang kegangsterannya hahahha boleh..share la...jemput2....thank sudi tinggalkan komen bermakna ini.

      Delete
    2. nak kata gangster tu tak berani nak cakap la, tapi boleh la... tapi bab temuramah tu zura tak berani jamin la, nanti dia marah, :) zura dah share dah link ni kat dia tapi dia tak baca lagi kot, nanti zura jumpa dia malam karang zura bagitau hasrat hati ria tu boleh??? sayang ria sangat2...

      Delete
    3. yeke??kalau dia marah..tak apa la...tak apa...menyusahkan kamu pula...tak apa...akak okey aje..entah2 akak lebih gangster dari dia...mana la tahu hahhaha akak dah mula perasan...sejak bila la ada perasaan tu hahahahah

      Delete
    4. ria, dia kata on jerrr.... nama dia dalam FB Raja Along, dia kata cerita ni memang best dan ada kena mengena dengan dia....

      Delete
    5. alamak..segan la camni...tak apa la...nak terover gangster..takut pula akak...hihihi terima kasih sebab si raja along sudi baca penulisan ria..

      Delete
  4. Hahaha! Sy xprng lg menangis apbila adk-beradik sy nangis sbb adk-beradik sy xde yg kawen lg. Still belajar lg. Xtaulah klau sy nangis jgk. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa..kalau kahwin nanti mesti nangis kalau punya hahha kalau rapat dengan abang...mesti komfem sebab dia semakin jauh dengan kita tapi alhamdulillah abang2 ria semua baik...sayang mereka berdua....

      Delete
  5. Alaaa komen sy terpadam scra auto.. Ni mls ni.. Erm..anwy mmg best.. Siap ad alphard hehehe :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. camner boleh jadi camtu??cuba citer sikit sakura...mungkin kamu dah send..lepas tu kamu tgk tak ada dan kamu send lagi dan dia jadi la dua komen yg sama hihihi tak apa...sabar2 ye sakura...akak paham..

      Delete
  6. Alaaa komen sy terpadam scra auto.. Ni mls ni.. Erm..anwy mmg best.. Siap ad alphard hehehe :))

    ReplyDelete
  7. Bestlah.. Esp, adik-adik Dween they're so funny

    -FatinHaszirahHenney-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihih apa yg funny tu??hahahah thank sudi komen dan suka kan cerpen ni..

      Delete
  8. owhh.. itu mksdnya papa.. haahha..
    wah2.. abg ash msh lg nk jd gangster.. hehehe
    seb bek dgn adk2nya dia lembut hati dan sudi melayan yaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi tu pun main letak aje...tak pelik sangat kan? hihih kalau orang tak tahu maknanya yang rasa pelik macam aidk2 dween ni hahahahah hmmm lembut hati..insya allah..thank sudi komen...

      Delete
    2. dont worry.. xpelik la.. unik ja..:D
      adk2 ash ni bukan kes xtau ja.. kes terkejut abg diorg gangster.. sdgkan kat rumah.. xda camtuh.. kih3

      Delete
    3. hihihih kadang2 lelaki ni bila dengan family lain...dengan kawan2 lain hihihihih ada ke lelaki camni?

      Delete
    4. a'a.. mmg pun.. laki klu dgn family lain.. kengkawan lain.. :D

      Delete
  9. best sgt cite ni kak ria...
    sebuah hubungan adk-bradik yang sgt akrab
    saye suke ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya temanya tentang ayah tapi dah tertukar pada abang pula...tak apa la..janji ada papa ahahahha lucu betul papa ini....thank sudi komen...

      Delete
  10. best2..saye suke..jlncter pun menarik..ade nme sndri lgi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi atul? rabiatul ke??hihih thank sudi tinggalkan komen...

      Delete
  11. PENUH SIFAT KEKELUARGAAN..
    bagus2 Ria..
    rmainyer adik Dween..
    family 1st mmg terbaik..
    jgn isteri Dween jeles udah le kalo Dween lebeykan adk2 dia.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta2 la dia tak jeles....mungkin tak sebab isterinya anak tunggal..so bila ada adik2...dia tak bosan kot...lagi suka....adik2 dween ajak kak iparnya buli abang ash lagi hahahha thank kak ayu...

      Delete
  12. baca cerita ni teringat abang dekat rumah -.-"...waaaaaaaaaaaaa....nak balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ria pun teringat abang2 ria...mereka dah kahwin...jarnag balik rumah tapi ria tahu mereka tak pernah lupa pada kami sebab sejak ayah meninggal dunia, mereka la yang akan menjaga kami...insya allah

      Delete
  13. baru berkesempatan nak baca..hehe
    best :D jalan cerita menarik + simple
    pastu terapkan nilai kekeluargaan pulak :)

    ReplyDelete
  14. Jeles tgk adik bradik rapat camni..apapun cter ni best..:D

    ReplyDelete
  15. wah,, best..best k.ria..
    jeles la tgk dorng adek beradik..

    ReplyDelete
  16. Best...#^_^
    Tiba-tiba teringat kat adik-beradik yang lain...rindu diorang...πT_T
    Kalau Dween ada 6 adik2 perempuan,saya pula ada 6 adik-beradik lelaki...yang samanya dekat nombor 6 je...hehehe#^_^

    ReplyDelete
  17. luv this ! keep it up kak ria .
    -fz-

    ReplyDelete
  18. banyak betul idea lah .... yes ! keep it up kak !!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  19. hahahaa... ingatkan papa apalah tadi.. bagus sungguh idea Ria..

    ReplyDelete
  20. wahhhh....!!!! besttt yaaa...huhuh...lma ya x in3x cnie...huhuh...wndu sgat3x ngan sis...mkin bestt plk n3 cnie nie erk...??? thniahh3x sis...heheh...miz u...=.L0v3 pApA...hahahah...=.(^^)v

    ReplyDelete
  21. huhuhuh....x sukaaa yaaa lineeee niiieee...huhuhu....='(

    ReplyDelete
  22. adaaaa gggg riaaa ssseeesssatttt d ccc222.....hahhahaha.....lawakkkkk3x....=D...heheh

    ReplyDelete
  23. Replies
    1. seindah cinta...hihihih tu himpunan cerpen terbaik ria....

      Delete
  24. oh..macam mana nk baca sequel Papa Gangster (Anak Papa Pun Gangster) ada dlm novel apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kena beli himpunan cerpen-Seindah cinta.......hihihihi beli dengan ria ....

      Delete
  25. anur suka la kak ria..hehehe..
    rupa2nya Dween 2 romantik jgak orangnya..
    hehehe ^__________^
    nak no henfon blh.. >_<

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi