Followers

Saturday 30 March 2013

7
Komen

EJEN CINTA 143 bab 6






Kesedihan dan ketakutan Khusnul Syakinah masih terasa walaupun waktu kerja sudah lama tamat. Sengaja dia berlama-lama di surau tempat kerjanya. Semasa dia keluar dari surau tersebut, tempat bahagian lelaki pun ada seseorang.

“Encik Amar Qalish.”

“Khusnul...” Amar Qalish terkejut dengan kehadiran perempuan itu. “Kenapa tak balik lagi ni?”

“Beribadah encik Amar Qalish...” kata Khusnul Syakinah. “Encik, boleh tak saya minta cuti sehari. Jiwa saya tak tenang. Bercelaru. Saya tak dapat nak fokus pada kerja,” jujur Khusnul Syakinah.

“Ada apa-apa yang mengganggu fikiran awak?” Amar Qalish cuba mengorek rahsia. Dia ingin sekali menyelami hati Khusnul Syakinah sebagai pekerjanya.

“Saya terkenang arwah ayah saya. Tambahan pula, saya rasa mahu demam.” Khusnul Syakinah menundukkan wajahnya. Menyembunyikan segala rahsia di matanya.

Amar Qalish mengeluh. Dia akui yang wajah pekerjanya sedikit pucat.

“Baiklah!” Amar Qalish setuju luluskan cuti Khusnul Syakinah.

“Terima kasih, encik Amar.”

Mereka berdua berpisah di situ. Selepas mengambil beg tangannya, Khusnul Syakinah menunggu di perhentian bas.

Kebiasaannya Nurina Sofea yang mengambil dia kerja tetapi hari ini, sahabatnya ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Khusnul Syakinah menunggu dengan sabar. Tiba-tiba ada sebuah kereta betul-betul berhenti di depannya. Tingkat kereta itu diturunkan perlahan. Dia pura-pura tidak nampak.

“Oi!” geram Iqram Aznan apabila melihat Khusnul Syakinah tidak mempedulikan dirinya. “Khusnul Syakinah!” panggilnya lagi. Lebih kuat daripada tadi.

Khusnul Syakinah tersentak apabila namanya dipanggil. Dia tergamam melihat si pemanggilnya.

“Naik kereta ni!” arah Iqram Aznan.

Khusnul Syakinah masih terkaku. Dia gelisah.

Iqram Aznan melihat cermin kereta belakangnya. Dari jauh dia nampak sebuah bas. Dia tidak mahu Khusnul Syakinah naik bas tersebut.

“Aku cakap naik kereta aku, kalau tak...” sengaja Iqram Aznan membuat Khusnul Syakinah tertanya-tanya.

“Kalau tak apa?” berani Khusnul Syakinah. Hatinya berdebar hebat usah dikata. Mahu terkeluar sahaja tiap kali berhadapan dengan lelaki ini.

“Aku gagalkan adik kau praktikal memandangkan dia bekerja di syarikat aku!” ugut Iqram Aznan. Idea itu muncul tiba-tiba di benak fikirannya.

Khusnul Syakinah mengeluh berat. Akhirnya dia masuk ke dalam kereta Iqram Aznan dengan rasa berat hati.

Kereta itu terus memecut di atas jalan raya meninggalkan perhentian bas tersebut. Khusnul Syakinah hanya memandang cermin sisinya melihat semakin jauh kereta yang dinaikinya meninggalkan bas yang baru sahaja tiba di situ.

Mereka berdua membisu. Suasana yang sunyi itu membuat Khusnul Syakinah

“Kita nak pergi mana ni?” soal Khusnul Syakinah dengan cemas. Dia tidak pernah melalui jalan ini.

“Pergi rumah aku!” Iqram Aznan sengaja cakap begitu. Entah mengapa dia suka melihat wajah cemas Khusnul Syakinah. Hatinya bagaikan digeletek.

“Aku tak pergi!” Khusnul Syakinah membantah.

“Aku nak kenalkan kau pada mak dan ayah aku. Lepas ni mereka akan tutup mulut tentang calon isteri aku.”

“Aku tak nak kahwin dengan kau!” Sakit hati Khusnul Syakinah mendengar kata-kata. “Hentikan kereta ni sekarang! Kalau tidak! Aku....” Khusnul Syakinah sudah bersedia mahu membuka pintu keretanya.

“Kau dah gila ke?!” marah Iqram Aznan.

“Ya! Aku dah gila! Aku rela jadi gila dari mengenali kau!” Khusnul Syakinah mula trauma.

“Baiklah!” Iqram Aznan memberhentikan kenderaannya. Dia membiarkan Khusnul Syakinah keluar dari keretanya.

Khusnul Syakinah berlari bersungguh-sungguh. Tanpa dia sedari sepanjang jalan raya itu adalah hutan. Hari siang pula semakin penghujung. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati. Kereta yang dipandu oleh Iqram Aznan pun tidak kelihatan lagi. Dia ketakutan.

Tiba-tiba sekumpulan motor melalui jalan itu.

“Ada perempuan! Cun!”

Berlaku bergaduhan sesama mereka sendiri. Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai kot dan sarung di muka muncul seperti dalam cerita drama korea ‘City Hunter’. Khusnul Syakinah pengsan akhirnya.

Apabila dia sedar, dia sudah berada di hospital. Aku terlalu fanatik cerita tu sampai bermimpi ada orang selamatkan aku seperti dalam cerita tu. Ah!

“Sya!” Nurina Sofea muncul.

“Sofea!”

“Sya, kau okey? Maafkan aku! Sepatutnya aku datang ambil kau.”

“Siapa beritahu kau aku kat sini?”

“Iqram!” Nurina Sofea menyebut nama keramat itu.

Khusnul Syakinah tersentak melihat Iqram Aznan. Tak mungkin lelaki ini yang selamatkannya.

Mereka berdua saling renung antara satu sama lain. Ada perasaan benci, dendam dan cinta dalam hati mereka.


Friday 29 March 2013

22
Komen

KAU HAK AKU 9









Izz Irfan bersiap-siap dengan segala persiapan. Dia melihat gambar adiknya yang sudah di print sebentar tadi. Sama tak muka aku dengan adik? Dia tertanya-tanya sendirian.

“Abang buat apa tu?!” muncul Izz Isfan tiba-tiba. Belum sempat Izz Irfan menjawab persoalannya, dia dahulu menyambung kata-katanya. “Wow!” ada senyuman meniti di mulutnya.

“Mana abang ambil mata palsu ni?” soal adiknya lagi.

“Mata palsu?” Izz Irfan sedikit pelik.

“Bakal isteri abang la panggil mata adik ni mata palsu. Sedap betul kata-katanya.” Izz Isfan bagaikan tidak berpuas hati dengan kata-kata wanita yang abangnya suka itu.

Izz Irfan ketawa kecil. Nakal betul buah hati aku ni. Tak berubah langsung. Izz Irfan tersenyum makin lebar.

“Tengok tu, putera serius kita dah senyum. Sebut sahaja buah hatinya, pasti tersenyum lebar,” usik Izz Isfan.

Terus mati senyuman Izz Irfan. Usikan adiknya membuat dia berasa malu. Secara tidak langsung perutnya terasa sakit. Penyakit lama datang semula. Sepanjang dia di luar negara, tidak pernah dia rasa malu sebegini. Dia tetap dengan wajah yang serius di sana.

“Sakit perutla tu.” Izz Isfan dapat meneka.

“Ini adik punya pasal la. Dah lah abang nak pergi jogging jap lagi!” Izz Irfan memegang perutnya. Benar-benar rasa sakit. Bagaikan tidak membuang seminggu.

“Okey! Sorry!” kata Izz Isfan. “Abang dapat mata palsu ni kat mana?” soalnya lagi dengan soalan yang sama.

“Kanta warna biru ni memang abang pakai kat sana. Rasanya masih boleh guna.” Izz Irfan memakainya di matanya. “Wah! Dah macam adik abang rupanya.”

“Ala.. Apa motif pula abang nak menyamar jadi adik ni?”

“Sebab adik kacak!” Izz Irfan tersenyum.

“Kacak? Macam puji diri sendiri je. Kitakan kembar. Abang ni!” entah mengapa Izz Isfan rasa geram pula.

Izz Irfan terusan menilik wajahnya di cermin tanpa pedulikan adiknya lagi.

Petang itu juga Izz Irfan pergi mengacau Syazwina, buah hatinya. Aku dapat tahu daripada pengintip yang aku upah, tiap-tiap petang Syazwina akan pergi berjogging di sini. Itu pun dia! Pantas sahaja pandangan matanya menangkap seorang wanita yang sedang termenung.



Izz Irfan menghampiri Syazwina lalu melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah.

Perlahan sahaja pergerakan kepala Syazwina memandang orang di kirinya. Dahinya sedikit berkerut.

“Macam kenal aje kau ni?” Syazwina menegur Izz Irfan.

Izz Irfan tersenyum. Nasib baik jumpa rambut palsu ni dan yang paling special mata palsu ni. Warna biru lagi.

“Kau pun jogging kat kawasan ni?” soal Syazwina lagi.

Izz Irfan mahu ketawa melihat wajah Syazwina yang begitu teruja. Tetapi muncul sedikit perasaan cemburu kerana Syazwina begitu tertarik dengan lelaki lain.

Izz Irfan terusan mendiamkan diri. Persoalan Syazwina dijawab dengan anggukkan sahaja. Dia tidak boleh bersuara. Perbezaan antara Izz Irfan dan Izz Isfan hanyalah pada suara. Suara Izz Irfan lebih serius dan matang berbanding suara Izz Isfan yang manja dan menggoda. Itulah menjadi sebab Izz Isfan lebih ramai diminati ramai.

Aku hanya tahu bermanja dengan abi dan ummi sahaja. Orang lain aku tak nak bermanja tapi bakal bertambah seorang iaitu wanita di hadapan aku ini.

“Kau ni bisu ke? Aku baru dengar suara kau pagi tadi,” tanya Syazwina lagi. Muka Izz Irfan merah sebab dia tahan ketawa. Betapa lawaknya muka Syazwina. Sedap betul kenakan orang. Aku ni memang tak ada kerja lain ke?

“Diam lagi?” Syazwina tidak puas hati. “Aku ni macam cakap dengan tunggul aje. Baik aku pergilah macam ni.” Syazwina mahu bergerak.

“Hey!” Akhirnya Izz Irfan bersuara. Dia masih mahu bersama kekasih hatinya itu.

Langkah Syazwina terhenti apabila terdengar suara itu lalu berpaling. Dia seakan mengenali suara itu tetapi dia diamkan diri sahaja.

“Bersuara juga. Aku ingat dalam mulut kau tu ada emas.” Kasar Syazwina sudah muncul. Sekurang-kurangnya wanita ini jujur dengan apa yang dia rasa. Itu yang membuat Izz Irfan jatuh hati.

“Salam berkenalan.” Izz Irfan mengubah topik perbualan mereka.

Syazwina tergamam. Ingatkan tak ada lelaki yang nak berkenalan dengan aku. Lagi pun lelaki ni cukup pakej yang aku suka. Boleh mengorat ni. Buruk kebenor perempuan yang mengorat lelaki. Syazwina Zul, tolong kawal diri tu. Jangan nak malukan diri sendiri gara-gara tak nak kahwin dengan si Izz tu. Syazwina berperang dengan perasaannya sendiri.

Awatlah buah hati aku ni diam aje? Termenung pula. Aku salah cakap ke? Izz Irfan pula berasa bimbang.

“Kau okay?” Izz Irfan menegur.

“Aku okay. Aku pergi dulu.” Entah mengapa Syazwina rasa tidak sedap hati. Bagaikan dia sudah pasrah dengan takdir yang dia akan berkahwin dengan Izz Irfan. Biarlah.

Serius pula muka Wina ni? Kenapa ya? Tak jadi aku nak mengusik dia. Tak apalah. Kita jumpa masa nak kahwin ya? Izz..Izz Cin.....cin..... aku ada penyakit gagap ke? Oh tidak! Camner ni? Fikiran Izz Irfan bercelaru saat hatinya ingin melafazkan cinta untuk Syazwina. Akhirnya dia pulang ke rumah sahaja.

Syazwina tidak tenang. Dia segera masuk ke dalam kereta Proton Saga warna hitam.

*****

Buat penat aku menyamar jadi adik aku. Tak dilayan rupanya. Izz Irfan menanggalkan kanta lekap berwarna biru itu. Dia terus berbaring atas katil. Hari semakin petang. Ummi dan Abi menghilang entah ke mana.

Izz Irfan mengeluh. Apa lagi yang boleh dia lakukan. Sunyi pula. Kalau ada Syazwina, boleh juga tengok muncung dia. Alahai! Rindunya aku padanya. Baik aku call dia. Biar dia terkejut beruk! Izz Irfan ketawa kecil.

Segera dia mencapai telefon Samsung miliknya dan dail nombor telefon Syazwina.

“Assalamualakum!” Izz Irfan memulakan bicara.

“Kejap!” tiba-tiba Syazwina berkata begitu.

Izz Irfan mula rasa pelik.

“Wei! Jangan usik dairy aku!” jerit Syazwina dengan kuat.

Izz Irfan tersentak. Jeritan itu membuatkan dia menjarangkan sedikit telinganya dari telefon.

“Maaf! Ni siapa?” soal Syazwina. Hatinya baru sahaja tenang kerana berjaya merampas dairy miliknya dari sahabat baiknya itu.

“Izz Irfan...” Izz Irfan menyebut nama bertuahnya itu.

Syazwina tersentak. Hampir terlepas telefon di tangannya. Sudah lama dia tidak mendengar suara Izz Irfan. Dia rasa rindu pada suara itu tanpa dia sedari.

“Izz Irfan? Siapa tu?” sengaja Syazwina berkata begitu demi menutup rasa getar di hatinya. Dia rasa sakit hati kerana baru kini lelaki itu menghubunginya. Geramnya!

Kini, giliran Izz Irfan pula tergamam. Dia tak ingat aku siapa? Biar betul? Dia tak kenal aku ke? Izz Irfan tidak berpuas hati.

“Izz Irfan bakal suami kau!” geram Izz Irfan pula. Sedap hati betul lupakan aku. siaplah kau nanti.

“Bakal suami? Rasanya saya tak kenal.”

“Syazwina...” Izz Irfan kegeraman. Berlaga gigi bawah dan gigi atasnya akibat terlalu geram.

“Hahaha..” Syazwina ketawa bagaikan pontianak.

Aku sedang bercakap dengan pontianak ke? cukuplah Abi sorang yang jadi vampire. Janganlah isteri aku join abi pula. Gerun Izz Irfan memikirkannya.

Syazwina hentikan ketawanya. Eh, aku ketawa macam pontianak la! Di manakah kesopanan aku menghilang? Dia berhenti ketawa.

“Maaf...” ucap Syazwina.

“Syazwina, aku ada benda nak cakap.”

“Apa dia? Serius atau biasa je?” entah mengapa Syazwina tidak sabar mahu mengetahuinya.

“Serius. Soal hidup dan mati ni.” sengaja Izz Irfan berkata begitu. Dia ada agendanya sendiri.

“Apa dia? Kita tak jadi kahwin ke? yahooooo!” Syazwina sudah melompat kegembiraan. Itulah yang dia nak dengar sangat.

“Bukan!” geram Izz Irfan. Dia ni memang tak suka aku ke? Gembira gila dia tak jadi kahwin dengan aku.

“Bukan? Kalau bukan, apa dia?”

“Aku cuma nak cakap yang kita jadi kahwin bulan depan. Aku dah kat Malaysia ni. Jom jumpa!” sengaja Izz Irfan berkata begitu. Dia balas dendam semula.

Kali ini telefon bimbit Syazwina benar-benar jatuh. Dia tergamam.




Tuesday 26 March 2013

12
Komen

2013 : CERPEN 1 : CINTA BUKAN KASANOVA



Salam, ini cerpen saya yang pertama. Pasti banyak kekurangan dan kelemahan. Harap sudi menegur apa yang salah. Mungkin tak banyak konflik yang saya wujudkan tetapi saya harap anda terhibur membacanya... terima kasih...

Aliff Amsyar berlari bersungguh-sungguh. Dia sendiri tidak pasti mengapa manusia itu mengejarnya. Maka berlakulah tindakan refleksi yang menyebabkan dirinya berlari. Selepas dia berasa yakin yang manusia itu tidak mengejarnya lagi, dia mengambil keputusan duduk di kerusi berdekatan dalam shopping mall tersebut.

Semput aku rasa. Aliff Amsyar bernafas dengan kasar. Dia termengah-mengah.

Dah lama tak lari pecut macam ni. Rasa gemuk pula diri ini. Aliff Amsyar memandang badannya sendiri. Banyak lemak ni.

Aliff Amsyar melonggarkan tali lehernya pula. Peluh mula mengalir keluar dan membasahi baju kameja bahagian belakang tubuhnya. Rambutnya yang hampir menutup matanya di selak ke belakang.

“Tengok tu! Hensomnya.”

“Tinggi pula tu...”

Aliff Amsyar terdengar suara-suara sumbang yang tiba-tiba muncul. Dia menjeling tajam ke arah suara itu.

Sakit telinga aku dengar. Perempuan! Memang tak ada benda lain nak fikir. Lelaki hensem je dia nak! Aku tak suka! Jerit Aliff Amsyar dalam hati. Dia monyokkan wajahnya. Menyampah melihat perempuan gedik itu.

“Tengok muka dia tu, makin monyok makin kacak!”

Gilalah perempuan ni. kalau nak memuji pun, cakaplah perlahan sikit. Ingat aku ni pekak ke? kau ingat dengan kata-kata pujian tu boleh buat aku jatuh cinta pada kau? Dalam mimpi la! Aliff Amsyar mengemaskan lagi rambutnya.

“Encik! Encik! Tolong saya!”

Aliff Amsyar terkejut dengan kehadiran seorang....

Mata Aliff Amsyar terkebil-kebil. Suara macam perempuan tapi pakaian dia, mengalah aku yang jantan ni. Dia memerhati perempuan di hadapannya.

Memakai topi sudu warna hitam, baju t-shirt besar dan seluar jeans. Oh, pakai kasut sukan lagi tu. Baru lepas berjogging ke? Sempat lagi Aliff Amsyar scan manusia dihadapannya.

“Encik! Tolong saya!” rayu perempuan tomboi itu lagi. Wajahnya cemas.

“Tolong apa?! Kau kena rogol ke?” spontan sahaja ayat itu keluar dari mulut Aliff Amsyar. Macam memerli perempuan ni je.

“Tak kisahlah! Rogol ke? apa ke? Encik kena jadi kekasih saya. Sebab saya tengok enciklah yang paling kacak kat sini. Tolong saya ya encik!” rayu perempuan tomboi itu dengan nada yang kasar.

Nak aku tolong pun, cakap la baik-baik sikit.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki.

“Aiman Aqil!” perempuan tomboi itu terkejut.

“Nia! Nia buat apa ni? Mari ikut abang balik!” Aiman Aqil menarik tangan Nia.

“Tak nak!” Nia tarik semula tangannya. “Nia cakap Nia tak nak balik! Tak nak balik la!”

Makin kasar pula suara perempuan ni. Aliff Amsyar hanya mampu gelengkan kepala. Dia ingin berlalu pergi. Masalah ini tiada kaitan langsung dengannya.

Belum sempat dia melangkah, tangan Nia menyambar dulu.

“Abang nampak ni!”

“Nampak apa?!”

“Cincin!” kata Nia.

“Cincin apa?” soal Aiman Aqil.

Aliff Amsyar yang rasa pelik hanya merenung cincin yang dipakainya. Kenapa dengan cincin aku? Cantik sangat ke?

“Inilah tunang Nia. Cincin ini buktinya!” Nia berkata tanpa titik noktah dengan satu nafas.

“Apa?” Aiman Aqil terkejut.

“What?!” Aliff Amsyar turut terkejut.

“Betul abang Aiman. Nia tak tipu.” Nia cuba yakinkan Aiman Aqil. Dia memandang abang kandungnya itu dengan pandangan penuh keyakinan.

Aliff Amsyar hanya diam. Baru dia teringat yang perempuan tomboi ini meminta tolong. Diam aje la...

“Baiklah! Nanti bawa dia jumpa family kita.” Aiman Aqil terus berlalu. Dia tahu yang Nia tentu akan berbincang soal ini. Baik aku tunaikan hajat dulu.

“Mati! Mati! Mati!” kata Nia setelah abang kandungnya berlalu ke tandas. Dia tidak tenang.

Aliff Amsyar hanya memerhati perempuan yang dipanggil Nia. Pandangannya jatuh pada cincin pemberian ayahnya itu. Selepas ayah meninggal dunia, dialah menjadi pemilik kepada cincin tersebut.

“Ingatkan kau kena rogol betul-betul tadi.” Perli Aliff Amsyar lagi. Sejak bila aku jadi kaki memerli ni. Oh! Aku dah tahu. Sejak jumpa dengan perempuan ni.

“Mana hanset awak?” soal Nia tiba-tiba. Dia tidak mempedulikan persoalan lelaki yang tidak dikenali itu. Kes aku lebih berat dari kes rogol. Tidak! Tidak!

“Apasal pula aku kena bagi telefon aku?” Aliff Amsyar mula berjalan.

“Kejap! Henset awak!” Nia tidak akan lepaskan lelaki ini. Abang aku dah nampak muka dia. Tak boleh jadi ni.

Nia tidak boleh bersabar lagi. Dengan selamba dia menyeluk poket kanan dan kiri seluar lelaki itu. Serentak.

“Hoi!” Aliff Amsyar terkejut. Ini dah kes gangguan seksual ni. Aliff Amsyar tidak sempat menghalang Nia apabila gadis itu sudah mendapatkan telefon bimbitnya.

“Alamak! Tough skrin... Ini yang aku lemah.” Nia mengeluh. Menyesal dia tidak belajar menggunakan teknologi yang ada sekarang ini.

Aliff Amsyar hanya memerhati telefon Samsung Galaxy Note 2. Dia senang menggunakan model tersebut.

“Bak sini!” marah Aliff Amsyar. Sesedap hati aje ambik telefon aku!

“Ala, nombor telefon awak. Please!” rayu Nia seperti orang yang tidak betul. “Kalau telefon tak boleh! Saya cari dompet awak la...” lagi sekali Nia meraba Aliff Amsyar. Kini di poket di belakang pula.

Aliff Amsyar buat muka pelik. Memang dia tidak sempat mahu menghalang niat Nia itu.

“Ini kad pengenalan awak kan? Aliff Amsyar. Disebabkan nama awak panjang sangat, saya panggil awak AA.” Jelas Nia.

Kini, Aliff Amsyar sedar yang dia sudah terjebak dalam satu masalah yang akan menyusahkan hidupnya.

“AA, jangan lupa call saya! Please.” Rayu Nia lagi. Dia sudah tulis nombor telefonnya lalu letakkan dalam dompet tersebut.

“Jasamu akan dikenang jika awak call saya.” Tambah Nia lagi.

“Nia, cepat! Kita balik!” Aiman Aqil muncul. Mungkin sudah menunaikan hajatnya. Nia terpaksa mengikut abangnya itu.

“Baiklah!” Jawab Nia. “Awak janji tau!” Bisik Nia semasa melintas Aliff Amsyar. Pada masa yang sama, dia mencapai jari kelingking Aliff Amsyar dengan jari kelingkingnya. Kejadian itu sangat pantas.

Aliff Amsyar tersentap. Jari Nia sangat lembut. Tidak seperti perwatakkan. Akhirnya Nia hilang dari pandangannya. Dia masih tergamam di situ.

*****

“Abang ni mengada-ngada!” marah Nia. Dia menghempas badannya di atas sofa di ruang tamu.

“Ini arahan abang long. Nia tu jangan nak mengada sangat.” Marah Aiman Aqil pula.

“Apa yang bising-bising ni?”

Nia mencebik memandang abang sulungnya itu.

“Nia ni abang.” Rengek Aiman Aqil.

“Sejak kecil suka menyusahkan abang tau. Apa pula dia buat kali ni?” soal Ahmad Firdaus.

“Aiman cuma tanya yang Nia ni ada pakwe atau tak? Mulanya dia senyap je. Bila Aiman cakap yang Nia mesti tak ada pakwe, terus dia melenting.” Aiman Aqil menceritakan hal sebenarnya.

“Kes itu je?” Ahmad Firdaus melabuhkan punggungnya di sofa dengan Nia. Nia masih dengan mimik muka yang sama. “Kalau perangai macam jantan, mana lelaki nak suka. Komfem tak ada pakwe ni.”

“Abang ni!” Nia rasa terkilan dengan kata-kata abangnya itu. Dia menghampiri abang sulung itu lalu menyepak kaki lelaki itu sekuat hatinya.

“Aduh! Aduh!” Ahmad Firdaus mengaduh kesakitan. Kasar benar perangai adiknya seorang ini. Lagi satu, degil!

“Rasakan!” Nia terus berlalu ke bilik lukisannya. Menyampah! Ada je lelaki nak aku jadi makwe dia. Tension!

Dia mencapai sebatang pensil dan melakar sesuatu.

Nia melakar dan terus melakar tanpa sedar tangannya melakar wajah seseorang. Apabila dia melihat semula. Ini gambar lelaki yang sedang termenung sambil merenung jauh dengan wajah yang serius.

“Lelaki tu!” Nia tergamam.

“Apa nama lelaki tu? AA kan?” Serius! Nia sudah lupa nama lelaki itu. AA sahaja yang dia ingat.

“Nia...” tiba-tiba muncul seseorang yang suara yang lembut.

“Adik!” Nia membuat muka geram. Dia tidak suka dua orang makhluk ini masuk ke bilik lukisannya.

“Kakak buat apa tu?” soal Afif Erfan.

“Adik sibuk ni kenapa?”

“Abang long minta adik tanyakan...” jawab Afif Eiman pula.

Nia terdiam. Dia sedar yang Ahmad Firdaus begitu bimbangkan keadaannya. Walaupun dia sudah menyepak kaki abang kandungnya itu tetapi lelaki itu masih melayannya dengan baik dalam diam.

“Kalau dia nak tahu, suruh dia tanya sendiri!” Nia masih bersikap degilnya lagi. Dia tidak mahu mengalah.

“Degil!” suara Ahmad Firdaus kedengaran.

Nia menjeling tajam pada Ahmad Fridaus.

“Sudah! Nak terkeluar biji mata abang tengok.” Ahmad Firdaus masih cuba mewujudkan suasana ceria tetapi Nia masih dengan degilnya.

Senyuman Nia pun tidak terukir untuk abang dan adik-adik kembarnya itu.

“Keluar!” tiba-tiba Nia menjerit dan menolak tiga makluk itu keluar. Dia menutup pintu dengan kuat. Dia bersandar pada pintu sampai terduduk. Dia menangis semahunya. Walau bagaimanapun teruk sikapnya, abang-abang dan adik-adik kembarnya tetap melayannya dengan baik. Disebabkan kebaikan ini membuat dia rasa tidak perlukan seorang lelaki dalam hidupnya yang bergelar kekasih apatah lagi suami. Tak perlu!

Nia rasa hidupnya lengkap dengan adanya Ahmad Firdaus, Aiman Aqil, Afif Erfan dan Afif Eiman. Lengkap sangat. Mereka menceriakan hidupnya.

“Nia sayang korang semua...” bisiknya perlahan dengan air mata yang masih mengalir.

*****

“Siapa perempuan tomboi ni? Mengganggu aku sahaja.” Aliff Amsyar duduk di meja kerjanya. Pejabat ini menjadi sunyi apabila waktu tamat kerja tiba.

Aliff Amsyar merenung kertas yang tercatatnya nombor gadis tomboi itu. Rasanya nama dia... Nia kan? Aku masih ingat yang lelaki yang digelar abang itu memanggilnya Nia.

Aliff Amsyar masih setia di kerusi kerjanya. Dia menyimpan kertas itu. Entah mengapa dia tidak berminat untuk menghubungi gadis tomboi itu.

“Abang Aliff...”

“Adik..” Aliff Amsyar terkejut dengan kehadiran adiknya, Aliff Amzar. Beza umur mereka hanya dua tahun sahaja tetapi wajah Aliff Amzar lebih kurang seperti abangnya.

“Abang buat apa?”

“Abang yang patut tanya adik macam tu sebab selalunya waktu begini adik dah menghilangkan diri bersama insan istimewa.” Perli Aliff Amsyar.

“Ala, hari ni makwe-makwe adik sibuk. Jadi tak keluar la.”

“Sebab adiklah tak pasal-pasal abang dipanggil kasanova. Sedangkan abang hanya keluar dengan pelanggan sahaja.”

“Ala, abang ni. Sekali sekala, apa salahnya.” Aliff Amzar bersandar pada meja kerja abangnya. Dia mencapai bingkai gambar keluarga mereka. Di gosok-gosok gambar itu. Rindu pula pada babah.

“Tak boleh adik. Kalau abang jatuh cinta nanti, macam mana? Nanti perempuan abang suka tu ingat abang ni kasanova. Abang tak mahu camtu. Abang dah umur 27 tahun. Sepatutnya dah kahwin masa ni tapi sebab adik, abang jadi mangsa tau.” Bebel Aliff Amsyar dengan panjang lebar. Dia benar-benar geram dengan sikap adiknya yang bersikap kasanova ini. Tidak cukup dengan lima orang perempuan, ditambah lagi.

Selepas itu, dia di cop sekali dengan gelaran kasanova.

“Sudah! Jangan pening-peningkan kepala. Jom adik belanja ais krim. Jomlah!” Aliff Amzar menarik tangan abangnya selepas meletakkan kembali bingkai gambar itu di atas meja.

“Malaslah!”

“Ais krim kan makanan kegemaran abang. Jomlah!”

“Yelah!”

Mereka berdua menghampiri SevenEleven dua puluh empat jam yang berhampiran dengan syarikat mereka bekerja.

“Adik tahu, abang suka black forest kan?” Pantas tangan Aliff Amzar mencapai ais krim cornetto.

“Eh, Amz...” sapa seorang perempuan.

“Mila!” Aliff Amzar mengenali perempuan itu.

Aliff Amsyar mengeluh. Dia dapat meneka apa yang akan berlaku sebentar lagi. Pasti aku akan kena tinggal!

“Abang, ini adik belanja tapi adik nak keluar dengan Mila. Maaf tak dapat teman abang. Adik pergi dulu!” Aliff Amzar terus berlalu pergi tanpa mengambil baki yang masih ada Rm40 dan sen-sen.

“Encik baki!” panggil seorang perempuan yang menjaga kaunter bayaran. Perempuan itu memakai topi.

“Tak apa saya ambil baki tu.” Aliff Amsyar berkata.

Semasa Aliff Amsyar mengambil baki itu. Hatinya berdegup kencang saat matanya terpandang mata perempuan itu.

Benarkan dari mata akan turun ke hati? Aliff Amsyar sendiri tidak pasti. Mata itu seperti baru lepas menangis. Kenapa dia nak menangis?

“Kau baru lepas menangis kan?” soal Aliff Amsyar.

Nia gelabah. Dia diam. Wajah lelaki ini yang dia lukis tengah hari tadi. Mereka bertemu lagi.

“Nia, maaf lambat! Kakak aku dah selamat naik train. Thank ganti tempat aku jap.” Muncul seorang perempuan.

Nia tidak menjawab juga kata-kata sahabatnya itu dan terus berlalu pergi.

Nia duduk di kerusi dalam shopping mall yang ada. Matanya bengkak. Dia menangis kerana abangnya tadi.

“Nah!” tiba-tiba ada orang hulurkan ais krim cornetto padanya. Nia memandang. Mamat ni lagi.

“Makanlah. Aku tak tahu kau suka perisa apa. Jadi aku belikan kau perisa yang sama dengan aku, Black forest.” Jelas Aliff Amsyar. Dia mula makan ais krim tersebut.

Nia hanya memerhati. Lelaki yang begitu bergaya memakai pakaian formal bekerja di pejabat sedang makan ais krim. Aku salah tengok ke?

“Terima kasih...” akhirnya perkataan itu keluar dari mulut Nia.

“Makanlah! Nanti cair pula.” Aliff Amsyar berkata. Sekejap sahaja dia sudah habiskan ais krimnya. Al-maklumlah, makanan kegemaran. Cepat je habis.

“Ya...”

Aliff Amsyar memerhati Nia. Dia tidak seperti perempuan lain yang berjumpa dengannya. Perkataan kacak tidak lekang dari mulut. Tapi tadi bukan dia ada puji aku kacak.

“Tak kisahlah! Rogol ke? apa ke? Encik kena jadi kekasih saya. Sebab saya tengok enciklah yang paling kacak kat sini. Tolong saya ya encik!” suara Nia bagai terngiang-ngiang di telingannya.

“Yelah! Aku tolong kau.”

Hampir terlepas ais krim di tangan Nia apabila mendengar kata AAnya.

“Terima kasih AA. Saya... saya...” Nia terlalu gembira. Gembira sangat. Baru semangat mahu makan ais krim tersebut.

Aliff Amsyar memerhati Nia. Tanpa sedar dia mengukur senyuman. Selepas Nia habis makan ais krim, Aliff Amsyar bertanya.

“Kau nak aku tolong apa?”

“Tolong jadi kekasih saya!”

“Menyamar ke? kekasih kontrak ke ni?” soal Aliff Amsyar. Kalau menyamar, tak susahlah. Aku rasa aku boleh bawa watak seorang kekasih walaupun takat ni aku sendiri tak pernah bercinta.

“Taklah! Jadi kekasih saya betul-betul.” Nia bersuara perlahan. Dia tahu permintaannya seperti melampau tetapi dia tahu AA adalah lelaki yang baik.

“Hah!” Aliff Amsyar terkejut.

Selepas lima bulan.

“Sakit jiwa la cakap dengan awak ni!” geram Nia.

“Sakit jiwa ke sakit hati?” soal Aliff Amsyar. Suka benar dia mengusik Nia. Gadis yang sudah mencuri hatinya.

“Oh, main-main apa yang saya cakap ye!” Nia bangun dari kerusinya lalu menyepak kaki Aliff Amsyar.

“Aduh! Aduh!” Aliff Amsyar mengaduh sambil ketawa. Apabila Nia bersikap begitu, wajah gadis itu begitu comel. Dia suka benar melihat wajah Nia begitu.

“Kata pakai baju kurung. Bila kita pakai baju kurung, awak gelakkan kita. Menyampah!” marah Nia masih bersisi.

“Ala, kan AA adik tu tak pernah tengok adik pakai baju kurung.” Tiba-tiba Ahmad Firdaus muncul. Dia duduk di sofa.

Nia rasa makin geram. Kaki Ahmad Firdaus juga menjadi mangsa sepakkannya.

“Aduh! Gila dah adik aku ni!” geram Ahmad Firdaus.

“Abanglah gila!” wajah Nia seakan mahu menangis. Hari ini dia akan berjumpa dengan bakal mertuanya. Pastilah dia bimbang, gelisah, gelabah dan sebagainya. Lagipun Aliff Amsyar sudah menjadi sebahagian hidupnya.

Ahmad Firdaus menghampiri adiknya itu. Dia mencengkam kedua bahu Nia.

“Abang tahu adik abang ni kuat semangat. Walaupun degil, nakal dan selalu buat abang marah dan risau, abang tahu adik abang boleh melakukannya.”

Nia tersenyum.

“Sempat kutuk Nia ya?!” lagi sekali kaki yang sama jadi mangsa Nia.

“Sakitlah budak!” geram Ahmad Firdaus.

“Kami pergi dulu.” Nia tersenyum. Kata-kata Ahmad Firdaus sebentar tadi sedikit sebanyak melegakan hatinya.

“Nia tunggu kejap kat sini, saya tertinggal barang kat pejabat.” Kata Aliff Amsyar terus berlalu.

Nia menanti dengan sabar di ruang menunggu di situ.

“Aku rasa mamat ni tak tahan dengan perempuan dengan masa yang lama.” Kata perempuan tudung biru.

“Kenapa?” soal perempuan tudung ungu pula.

“Kau tak tahu lagi ke? Mamat ni kasanova.”

“Apa mak cik berdua cakapkan ni? lelaki yang berjalan dengan saya tadi ke?”

“Ya... Dia tu kasanova sama macam adik dia. Tak payahlah anak nak bersama dengan lelaki macam tu. Mak cik dah lama kerja kat sini. Selalu nampak dia keluar dengan perempuan.” Jelas perempuan tudung biru. Perempuan tudung ungu pula diam.

“Betul ke mak cik?” soal Nia. Hatinya hampir berkecai.

“Ya.”

Nia terus berlari. Dia meninggalkan mereka berdua.

“Mak cik!” tengking Aliff Amsyar. Rasa hormat pada orang tua bagaikan melayang begitu sahaja.

“Apa mak cik cakapkan ni? mak cik hanya tengok aje kan? Sekarang saya bagitau mak cik. Perempuan itu semua pelanggan saya dan perempuan tadi adalah bakal isteri saya. Sampai hati mak cik buat hubungan kami macam ni.” Aliff Amsyar benar-benar kecewa.

“Maafkan mak cik nak...”

“Jangan pandai minta maaf sahaja. Cepat-cepat bertaubat. Minta ampun dengan Allah. Orang yang menyebarkan fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. Ingat tu mak cik!” geram Aliff Amsyar. Dia terus mengejar Nia.

Rosak semua rancangannya.

Selepas beberapa hari.

“Nia dah cakap! Nia tak nak jumpa dia! Abang faham tak!” jerit Nia. Dia mengurungkan diri dalam bilik lukisan. Dia benci apa yang dirasainya. Dia rasa sakit hati tetapi pada masa yang sama dia rindu pada kekasih hatinya itu.

“Bukan buah hati kamu yang datang ni tapi orang lain, keluarlah!” tersentak hati Nia mendengar kata-kata Ahmad Firdaus. Perlahan-lahan dia membuka pintu. Dia membenarkan lelaki yang tidak dikenali itu masuk.

“Hai, saya Aliff Amzar. Adik Aliff Amsyar.” Aliff Amzar memperkenalkan diri.

“Kenapa datang sini?”

“Semua ni salah faham dan sayalah puncanya?”

“Kenapa awak puncanya? Awak gay dengan abang awak sendiri?” Nia mula membuat andaian yang mengarut.

“Apa pula gay... sebenarnya macam ni...” Aliff Amzar menceritakan semuanya. Mengenai sikapnya yang kasanova dan abangnya yang dapat tempiasnya.

“Yang kasanova tu, saya! Bukan abang saya. Cinta dia bukan kasanova. Cinta saya yang sepatutnya kasanova.” Tambahnya lagi

Nia rasa bersalah. Dia sepatutnya mendengar penjelasan Aliff Amsyar. Dia benar-benar rasa bersalah.

“Kalau Nia masih sayangkan abang saya. Cepat-cepatlah cari dia sebab dia akan ke Korea hari ini.” Aliff Amzar sudah berlalu pergi.

Nia yang masih duduk di kerusi dalam bilik itu, terus berlari keluar. Belum sempat dia keluar, ada batang tubuh yang cukup keras muncul dan membuatkan mereka berdua berlanggar lalu rebah.

“Sakitlah!” Nia mengaduh. Punggungnya terasa sakit.

“Nia nak ke mana tadi?” soal Aliff Amsyar.

Lelaki itu ada depan aku? Biar betul! Aku tak bermimpi kan? Nia berperang dengan perasaannya sendiri

“Bukankah dia akan ke Korea. Buat apa lagi kat rumah aku? Aku rasa yang aku ni sedang bermimpi. Pejam mata! Pejam mata cepat!” arah Nia pada diri sendiri. “Pasti lepas aku bukak mata, dia dah tak ada!” katanya lagi.

Aliff Amsyar masih berada di depan Nia.

“Tipu! Tipu!” Nia pejam mata lagi sekali. Belum sempat dia membuka matanya semula, pipinya ditarik.

“Sakit! Sakit!” jerit Nia. Baru dia sedar yang dia tidak bermimpi. Lelaki di hadapannya adalah lelaki yang di rinduinya.

“Masih dalam mimpi ke? Meh saya tolong kejutkan.” Tawar Aliff Amsyar. Sebenarnya dia rasa senang hati yang semua salah faham yang berlaku sudah tamat. Wajah comel Nia di pandang dengan penuh minat. Dia tidak pernah rasa cinta seperti sekarang. Cinta yang membuat dia ingin memiliki Nia. Menjadikan Nia halal untuknya.

“Awak ingat pipi saya ni apa? Cubit macam nak tercabut isi ni tau!” geram Nia. Dalam hati, Nia tersenyum lebar. Dia benar-benar sayang pada Aliff Amsyar. Lelaki itu pandai bergurau dan memujuknya.

“Orang cubit perlahan je. Manja betul minah ni! Dulu bukan main tomboi.” Usik Aliff Amsyar.

Nia rasa mahu belasah sahaja lelaki di depannya ini. Dia pun menarik rambut Aliff Amsyar sekuat hati.

“Menyampahnya!” jerit Nia. Dia benar-benar geram dengan kata-kata Aliff Amsyar sebentar tadi.

“Hoi! Korang buat apa ni?” muncul tiga orang lelaki. Ahmad Firdaus, Afif Erfan dan Afif Eiman.

Ketika itu Nia berada di atas belakang Aliff Amsyar sedang menarik rambut lelaki itu. Ganas sangat!

“Kami tak buat apa-apa!” pantas Nia berdiri.

Aliff Amsyar tersengih.

“Apa sengih-sengih?! Nak rasa lagi ke?!” geram Nia.

Makin lebar Aliff Amsyar tersenyum.

“Sudahlah tu, Nia. Awak tu dah nak jadi isteri orang. Perangai itu elok sikit. Dia tu bakal suami Nia.” Nasihat Ahmad Firdaus.

“Biarlah! Abang pun sama!” serentak itu tiga makhluk yang sedang berdiri kena sepak di kaki oleh Nia. “Rasakan!” Nia terus berlari ke ruang tamu.

“Nia!” jerit Ahmad Firdaus. “Menyesal aku hantar kau ke kelas tea kwon do!”

Nia hanya tersengih. Hatinya tenang.

10 tahun kemudian...

“Kenapa ibu tu ganas sangat babah?! Along bimbang ibu tercabut wayar je,” soal Nazry Darwish, anak pertamanya yang berusia lapan tahun.

“Sebab ibu memang ganas la...” Aliff Amsyar ketawa kecil.

“Tiap kali ibu mengamuk, angah rasa takut sangat.” Jelas anaknya yang kedua pula, Amri Danish berusia enam tahun.

Ketika itu mereka bertiga dikerah untuk mengupas bawang tetapi Amri Danish lebih kepada penonton setia di lantai itu.

“Angah janganlah takut. Angah dengan along kena doakan supaya ibu bagi babah baby girl. Mesti ibu jadi baik sikit.” Jelas Aliff Amsyar dengan niat sendiri.

“Baby girl?” Amri Danish mengaru kepalanya.

“Oh, Along faham!” jerit Nazry Darwish agak kuat.

“Apa yang along faham?” soal Nia yang tiba-tiba muncul.

Alamak, big boss dah datang! Aliff Amsyar tersengih.

“Along faham yang babah minta ibu bagi baby girl pula... Betul tak babah?” Nazry Darwish memandang Aliff Amsyar. Dia tahu tekaannya tepat.

“Pandai anak babah!” makin lebar senyumannya. Dia tahu Nia akan meletup pada bila-bila masa kerana dia sudah diberitahu oleh isterinya sendiri dia hanya mahu dua orang anak lelaki sahaja. Dia tidak mahu anak perempuan. Bimbang perangai anak perempuannya jadi sepertinya.

“Abang!” marah Nia. Dia ingin membelasah suaminya itu.

“Nia...sabar! sabar!” Aliff Amsyar berlari mengelilingi meja makan kerana Nia mengejarnya. Anak-anak mereka hanya berdiri di tepi dan memerhati sahaja.

“Abang ni!”

“Nia dengar apa abang nak cakap!” Aliff Amsyar sudah berhenti berlari. Dia mencengkam bahu Nia.

“Abang nak anak perempuan juga sebab kalau abang dah tak ada, siapa nak jaga sayang abang ni. Anak lelaki bukan boleh harap sangat. Abang pasti anak perempuan kita nanti akan lebih memahami Nia.” Pujuk Aliff Amsyar.

Nia terdiam.

“Babah kutuk kita...” bisik Nazry Darwish pada telinga Amri Danish. Adiknya itu hanya mengangguk kepala.

“Jom kita serang!” jerit Amri Danish.

“Babah tak adil! Kutuk kita orang!” marah Amri Danish. Mereka berdua sudah menindih tubuh Aliff Amsyar yang terbaring kini.

“Kita orang akan jaga ibu baik-baik! Lebih baik dari babah jaga ibu. Ingat tu!” semangat Nazry Darwish berkata.

Nia tersenyum mendengar kata-kata anak lelakinya. Dia mengharap kebahagiaan ini akan terus bersinar dalam hidupnya.

“Mana boleh! Babah adalah yang terbaik untuk ibu along dan angah!” Aliff Amsyar juga tidak mahu mengalah. Dia mengeletek anak-anaknya itu.

Suasana menjadi bising. Nia tidak boleh bersabar lagi.

“Babah dapat rasakan aurat tak bagus ni.”

“Along pun sama...”

“Angah pun!”

Rupa-rupanya Nia membuat muka serius di belakang mereka.

“Dah siap kerja mengupas bawang tadi!” tegas suara Nia.

“Belum madam besar!” Aliff Amsyar masih mood bergurau. Hanya dia seorang yang berani bergurau dengan Nia.

Mereka tiga beranak sambung semula kerja mereka yang tertangguh.

“Abang!” Nia menjerit kegeraman.






Monday 11 March 2013

13
Komen

NOVEL 2 : ISTERIKU ROMANTIK (BUKU PRIMA)


SALAM... wah hari ni terkejut melihat laman web buku prima. dah keluar cover sebenar isteriku romantik...memang simple je covernya tapi nice.... ni sinopsisnya...

RM 18.90
ISBN: 978-967-0535-10-4
~432 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 25 Mac 2013

Sinopsis
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain. Hal ini membuatkan kehidupan Aisyah Nasuha teruji. Di mana dia mahu mencari kekuatan untuk berdiri semula? Dirinya tidak kuat. Namun dugaan tidak terus berhenti di situ. Dia terus diduga apabila ibunya yang disayangi menjadi tidak siuman selepas ayahnya berkahwin baru. Dia harus bersabar dengan segala yang berlaku. Pada masa sama, dia begitu menyukai seorang lelaki sejak zaman persekolahannya yang dipanggil, M. Kadang-kadang dia berfikir sendirian.Adakah ini cinta monyet yang sering orang katakan? Cinta monyet tidak akan kekal. Benarkah tidak akan jadi cinta sejati? Hati dan perasaan Aisyah Nasuha terus diduga. Muncul dua orang lelaki serentak dalam hidupnya, Mikail Islam dan Adi Putra. Aisyah Nasuha berubah selepas menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Semakin romantik selepas berkahwin. Tetapi siapakah lelaki yang bertuah itu?

"M, aku akan berkahwin tak lama lagi. Biarpun kita tidak bersatu dalam hayat ini, aku tetap akan ingat kau dalam doaku. Aku doakan kau turut bahagia dengan pilihan hatimu." - Aisyah Nasuha

"Berapa kali terima kasih la Aisyah ni? Masih tak tahu ke kasih Aisyah tu dah lama Adi approve." - Adi Putra

"Kenapa sekarang baru aku rasa gila bayang sedangkan masa Aisyah mengorat aku dulu, tak ada pulak berperasaan begini." - Mikail Islam

SESIAPA MAHU MEMBELI NOVEL INI DARI SAYA SENDIRI, BOLEHLAH EMAIL KEPADA SAYA :

love_kelip@yahoo.com

DENGAN harga RM25. Akan ada gift comel dan sign daripada penulistetapi ia terhad masih ada 10 kekosongan. siapa cepat, dia akan dapat hihihihi.....terima kasih


Yang ni pula novel yang sama bulan keluarannya...mari la beli hihihi


Tuesday 5 March 2013

4
Komen

KAU HAK AKU 8







Benci aku nak ingat perkara tu. Sakit jiwa dan raga aku. Kenangannya bersama Izz Irfan membuat dirinya tidak senang. Bimbang hatinya sudah boleh menerima mamat poyo itu.

Syazwina berjalan sekejap ke kiri dan patah balik ke kanan. Kertas di tangan di renungnya dengan tajam. Kalau boleh, dia mahu mengoyak kertas tersebut.

“Aduh, kepala aku sudah pening. Sebulan. Dalam masa sebulan ni. Aku tak dapat nak fikirkan secara waras. Walaupun mamat poyo tu dah meminang aku dan ayah menerimanya tetapi aku ada hak nak kahwin dengan lelaki yang aku cintai. Apa yang patut aku buat ni?” fikiran Syazwina buntu. Bertambah buntu apabila teringat peristiwa-peristiwa yang wujud antara dirinya dengan mamat tersebut. Alam sekitar yang indah di depannya dipandang sepi sahaja.

Sejak si Izz tu pergi ke luar negara, sikit pun dia tidak pernah menghubungi aku. Itu yang buat aku sakit hati. Sebenarnya aku ada langgar syarat-syarat yang dia tetapkan sebelum kahwin. Syarat yang pertama pulak tu. Hatinya berbisik pula.

“Jangan cari lelaki lain. Aduh!” Syazwina membacanya lalu mengeluh. Kertas perjanjian yang Izz Irfan berikan dilihatnya.

“Kertas perjanjian yang dia bagi pada aku tu, aku jaga elok-elok supaya aku ingat. Ingat untuk aku tidak patuhi semua syarat tu. Patutnya dia boleh terbatal dengan sendiri tetapi tidak pula.” Dahi Syazwina sudah berkerut.

Syazwina berjalan lagi. Keindahan alam ini, tidak mampu memberi ketenangan pada jiwa Syazwina yang bercelaru dengan perjanjian mengarut ini.

Tiba-tiba Syazwina terpandang seseorang yang begitu menarik perhatian. Walaupun rambutnya panjang seperti Faizal Tahir, ia diikat dengan kemas. Tingginya pula seperti Hitrik Roshan. Badannya yang agak gagah seperti Ady Putra. Matanya warna biru. Mungkin mata palsu.

Teruknya bayangan aku ini. Ish! Ish! Ish! Syazwina hanya menggelengkan kepala. Dia amati bersungguh-sungguh wajah lelaki itu.

Ternganga mulut Syazwina melihat lelaki yang tidak dikenali itu.

“Cik adik, ya pun tengok saya yang kacak ni, janganlah sampai ternganga macam mulut buaya. Bahaya tau” tegur lelaki itu dengan suara sedikit manja apabila dia perasan cara Syazwina memandangnya.

Mungkin ketara sangat kot cara aku tengok dia. Mulut buaya? Agaknya kau kot yang buaya bukannya aku. Fikiran Syazwina mula bercelaru.

“Aku bukan apa. Aku tengok mata kau tu. Mata betul atau mata palsu?” pandangan mata Syazwina masih pada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum. Apa? Macam pernah aku lihat senyuman tu. Tapi di mana ya?

“Mata palsu?” lelaki itu ketawa manja. Lawak betul perempuan ni. Memang sesuai dah...

“Yalah. Dalam bahasa Melayunya kanta mata atau kanta sentuh,” kata Syazwina lagi. Aku ingat dia ni mat salleh sebab dari tadi mukanya blur tiap kali aku cakap. Lepas tu asyik senyum sahaja atau baru keluar dari tanjung rambutan? Syazwina keliru.

“Oh, dan bahasa Inggerisnya ialah....” sambung lelaki itu.

“Kau cikgu English ke? Nak translate apa yang aku cakap?” kata Syazwina .Dengan selambanya Syazwina memotong kata-kata lelaki mata palsu itu. Lelaki tu senyum lagi. Sah! Spesies dengan Izz Irfan.

“Kau ni lucu la.” Puji lelaki mata palsu itu.

Itu pujian ke? Sedangkan aku tak buat lawak pun. Kalau aku masuk maharaja lawak mega pun, mungkin Boboi dan Osbon tak dapat masuk akhir sebab aku dah menjuarainya. Apa yang aku mengarut di saat ini? Mamat mata palsu, kau memang nak kena. Saja nak cari masalah dengan orang yang dah sedia ada masalah besar.

Syazwina berlari perlahan macam gaya nak lompat jauh. Perlahan dulu dan terus dia pecutkan lariannya. Dengan selamba Syazwina menarik tocang rambut milik lelaki itu yang ala-ala Faizal Tahir dan terus meninggalkan lelaki itu.

Tak pasal-pasal aku panggil tocang rambut padahal kau tak ikat tocang pun. Padam muka! Siapa suruh kau cakap aku nganga macam mulut buaya. Syazwina tinggalkan mamat mata palsu itu.

Lelaki itu ketawa terbahak-bahak.

Dan aku tak tahu apa yang jadi. Aku pandu kereta dan terus cari makan. Itu lagi bagus.



******



Lelaki mata palsu itu masuk ke dalam sebuah rumah banglo. Sudah lama dia tidak pulang ke rumah itu. Harap-harap tak terserempak dengan ummi. Kalau tak, habislah kena bebel sebab aku tak potong lagi rambut ni.

“Tuan Izz Is...” kata Mak Mah, seorang pembantu di rumah tersebut. Sejak abi dan ummi ada hobi baru, Mak Mah yang banyak menjaga rumah ini.

“Tuan ada tak?” soal lelaki mata palsu. Dia berbisik. Bimbang ummi terdengar suaranya.

“Ada, di bilik bacaannya.” Mak Mah turut berbisik juga.

“Terima kasih. Mak Mah, buatkan air kegemaran saya ya?” pintanya.

“Baiklah, tuan.”

“Mak cik, awat formalnya hari ni?” soal lelaki mata palsu itu. Mereka masih berbisik.

“Is, nanti tuan besar marah. Habis mak cik nanti.” Kata Mak Mah sambil menunjukkan gaya memotong leher.

Brutal gitu mak cik. Lelaki mata palsu hanya tersenyum.

“Okay. Terima kasih mak cik!” Lelaki mata palsu itu segera ke bilik bacaan tersebut.

Lelaki mata palsu itu menyergah Izz Irfan yang sedang asyik membaca dokumen penting atas mejanya. Sedikit pun Izz Irfan tidak terkejut.

“Tak ada feeling betul la abang ni.”

Izz Irfan tersengih memandang adiknya yang baru pulang ke Malaysia.

Dia ni adik kembar aku, namanya Izz Isfan. Dia tak minat bidang perniagaan, terpaksalah aku yang kena uruskan semua ini. Abi pula bersara awal. Katanya nak bermanja dengan ummi. Dah tua-tua pun nak bermanja. Apa kejadahlah? Sekarang Abi dan ummi berada di tempat yang aku sendiri tak tahu di mana. Kalau ada apa-apa berlaku, just mesej di e-mail sahaja. Dengan anak sendiri pun mahu buat macam tu. Izz Irfan tersenyum.

“Dah jumpa bakal kakak ipar adik?” Soal Izz Irfan.

“Dah jumpa. Memang sesuai dengan abang. Sorang banyak cakap, sorang pendiam.” Komennya. Izz Irfan menaikkan keningnya sebelah sebagai tanda dirinya tidak berpuas hati dengan pendapat adiknya itu.

Izz Isfan tersengih. Suka kenakan abangnya itu.

“Tapi abang, rancangan abang memang perfect!” puji adiknya pula.

Budak ni betul-betul mulut manis. Aku jahit mulut tu. Dia tak tahu ke yang aku ni pantang dipuji. Mulalah aku rasa sakit perut. Aduh! Wajah Izz Irfan mula berkerut.

“Apa yang perfect?” sengaja Izz Irfan buat suara serius. Padahal menahan sakit perut yang mula dirasainya.

Aku memang sukakan Syazwina. Namanya secantik orangnya. Rindunya. 5 tahun tak berjumpa. Mesti dia tak tahu yang aku dah seminggu dekat Malaysia. Mesti dia terkejut. Izz Irfan tersengih lagi. Hilang pula rasa sakit perutnya apabila teringat wanita kesayangannya.

“Apa yang abang buat la. Tak pernah orang buat camtu lagi. Perjanjian tu.” Kata Izz Isfan.

Izz Irfan tersenyum bangga tapi dia cuba kawal diri.

Kali pertama aku terserempak dengan Syazwina ketika gadis itu sedang mereject seorang lelaki beberapa bulan yang lalu sebelum perjanjian itu dia tanda tangan. Entah mengapa saat itu aku seperti terdengar lagu hindustan mohabbatein. Jatuh cinta katakan. Biarlah rahsia dulu.

“Sebenarnya itu rancangan abi,” jelas Izz Irfan. Memang Abi yang bagi rancangan perfect itu. Ummi pula jadi penyokong setia. Abi dan Ummi memang sehati dan sejiwa. Walaupun dah tua tapi masih bersemangat muda. Sayang betul dengan Abi dan Ummi. Ada senyuman terukir.

Kasih dan sayang anak kepada ibu dan ayahnya boleh dibawa mati. Begitu juga utuhnya perasaan itu untuk Abi dan Ummi. Cepatlah pulang! Anakmu ini merindui.

“Rancangan Abi? Mantaplah Abi.” Izz Isfan memang suka benda yang pelik-pelik. Tengok sahaja peribadinya. Memang pelik. Berjangkit dengan seseorang yang suka buat kerja-kerja pelik. Siapa lagi kalau bukan ibu saudaranya, Damia.

Tiba-tiba Izz Irfan teringat perbualannya dengan Abi dan Ummi.

“Abang, jemput minum.” Puan Lidya Alya berkata. Izz Irfan hanya melihat perbezaan saiz cawannya dengan saiz cawan Abi.

“Terima kasih sayang.” Encik Danish Aniq tersenyum.

Depan aku pun nak romantik juga ke? Tapi kenapa aku tak ada ciri-ciri romantiknya. Serius memanjang diriku ini.

“Ummi, kenapa abi selalu aje dapat gelas lebih besar dari Ir dan Is?” Izz Irfan bertanya. Lagaknya seperti kanak-kanak kecil. Ketika itu usia aku baru 18 tahun. Masa tu aku dah jatuh cinta dengan Syazwina. Masa tu juga cuti sekolah akhir tahun sebelum aku masuk ke tingkatan 6 atas.

“Apa-apa perkara yang ummi buat, mesti kena lebihkan suami. Nanti cemburu, susah juga Ummi nak pujuk,” kata Puan Lidya Alya sambil menjeling manja ke arah suaminya.

“Nak cemburu dengan siapa?” dahi Izz Irfan berkerut. Umminya hanya tersenyum manis.

“Dengan Ir dan Is la. Sakit juga kepala Ummi ni.”

“Teruknya Abi. Cemburu tak kena tempat.” Izz Irfan berkata lalu meneguk air teh kegemaran Abi. Abi memang gila air teh. Aku pun tak tau tang mana yang sedap air ni. Aku tak kisah sangat air apa. Janji boleh diterima oleh tekak aku.

“Ada abi kisah? Hah, macam mana dengan perempuan yang Ir suka tu? Dah luahkan perasaan?” soal Encik Danish Aniq. Izz Irfan hanya mampu menggeleng.

“Susahlah Abi.” Ada nada kecewa. Baru beberapa hari dia jatuh cinta dengan gadis itu, sudah cuti sekolah. Terpaksalah Izz Irfan menunggu sekolah dibuka tahun hadapan. Izz Isfan pula ketika itu, sedang melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Gopeng, Perak.

“Kenapa?” Abi melipat surat khabar yang dibacanya lalu meneguk air teh yang terhidang.

“Malulah...” Izz Irfan berterus terang.

“Sikap siapalah yang la Ir dapat ni? Abi zaman sekolah dulu tak tahu malu tapi kamu ni terlebih malu.” Abi pun gelengkan kepala juga.

“Nak buat camner Abi.” Lemah sahaja suara anaknya itu.

“Kamu buat macam nilah....” Abi pun menerangkan sesuatu kepada Izz Irfan satu persatu.

“Boleh ke?” Abi bertanya. Dia terdiam.

“Ummi sokong aje. Nakal juga abang ni ya?” Ummi tersenyum.

“Dulu nak juga buat pada sayang macam tu tapi tak sangka orang tu yang sudi nak kahwin dengan kita.” Jelas Abi.

“Kita pula yang kena. Kalau orang tu tak meminang, tak adanya kita kahwin.” Balas ummi. Izz Irfan hanya mampu tersenyum. ‘Bahagianya Ummi dan Abi.’

“Abi. Ummi. Ir setujulah.” Kata Izz Irfan. Dia sudah membuat keputusan. ‘Aku yakin yang aku boleh buat...’

“Baguslah! Camnilah anak Abi.” Abi menepuk-nepuk bahu anaknya itu.

“Anak Ummi juga.”

“Mestilah. Inikan anak Danish Aniq... Izz Irfan Bin Danish Aniq...” Izz Irfan menyebut nama ayahnya. Dia tersenyum lagi tetapi tidak lama sebab rasa perut ini sakit apabila dia dipuji. Dia meminta diri untuk ke tandas. Ummi dan Abi hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya yang tidak berapa hendak matang. ‘Terima kasih ummi dan Abi. Sayang korang!!’

“Abang ni termenung pula. Is tengah membebel dengan abang ni.” Izz Isfan melihat wajah abangnya itu. ‘Lama pula aku berangan teringatkan Abi dan Ummi. Rindu pada diorang. Adik perempuan aku pula apa khabar dia? Study okay ke? Aku ada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Kenalah jaga betul-betul.’ Izz Irfan rasa bertanggungjawab terhadap mereka berdua.

“Maaf. Abang sibuk nak uruskan perkahwinan abang ni.”

“Lor, biasanya mak ayah yang uruskan.”

“Mak ayah? Tengoklah Abi dan Ummi, menghilang ke mana. Tak ingat nak balik. Tak tahu ke sebulan lagi anaknya nak kahwin.” Izz Irfan mengeluh. ‘Tak habis-habis nak romantik diorang berdua ni.’

“Tak apa, biar Is yang uruskan. Abang suka warna apa?” soal Izz Isfan. ‘Aku suka warna apa?’

“Warna skema ada?” teragak-agak Izz Irfan bertanya. ‘Aku dah biasa dengan jiwa skema. Aduh!’

“Warna gelap-gelap ya?” teka Izz Isfan. Dia sendiri tidak pasti. Abangnya hanya angguk sahaja.


“Oklah, biar adik pergi dulu. Nak pergi bincang dengan auntie Mia. Sambil-sambil tu boleh mengorat anaknya yang cun itu.” Kata Izz Isfan sambil berdiri.

“Tak ada kerja betul. Kalau tak ada kerja sangat. Meh, tolong abang kat syarikat.” ajak Izz Irfan. ‘Aku tahu yang adik aku seorang ni elergik sikit dengan kerja-kerja pejabat. Macam penyakit kulit pula.’

“Tak mau, I rela jadi model sambilan, jual muka lagi seronok.”Izz Isfan terus berlalu pergi. Izz Irfan hanya mengelengkan kepala.

‘Memang sebut pasal kerja kat pejabat, nak lari aje.’ Izz Irfan hanya melihat adiknya berlalu pergi.

‘Aku berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar. Ini bukan kahwin kontrak. Syazwina tak tahu yang kontrak yang dia tandatangan tu dah aku musnahkan sebelum bertunang lagi. Memang selama ni kontrak tu tak ada. Dah terbatal sama sekali. Hahaha’

“Syazwina Zul. Kau tetap milik aku walaupun tanpa kontrak ni?” Izz Irfan tersenyum puas. ‘Apalah reaksinya apabila tahu yang aku dah pulang ni? Baik aku menyamar. Dia bukannya kenal aku. Good Idea. Menyamar jadi Izz Isfan.’

Saturday 2 March 2013

12
Komen

EJEN CINTA 143 Bab 5


Iqram Aznan berdiri. Badannya terasa sakit akibat ‘smackdown’ yang dibuat oleh seorang wanita tudung labuh yang lemah lembut. Dia benar-benar rasa tercabar. Diurut perlahan belakang badannya.

“Sakit! Sengal punya minah!” rungut Iqram Aznan. Badannya benar-benar rasa sakit. Rambutnya yang tersikat kemas kini sudah berserabut. Dia memandang cermin yang berada di pantry itu. Dia mengemaskan rambutnya semula. Selepas itu, dia segera kembali semula ke bilik Amar Qalish.

Ketika itu Khusnul Syakinah baru sahaja menghidangkan air yang dibuat di atas meja. Sempat dia merenung tajam pada Khusnul Syakinah.

Khusnul Syakinah cuba bertenang. Walaupun sebentar tadi dia sudah melakukan sesuatu yang di luar kawalannya tetapi dia benar-benar kalut. Dia akan rasa gelabah tiap kali pandangan Iqram Aznan menikam ke arahnya. Tetapi itu tidak boleh menjadi sebab dia nampak lemah. Dia harus kuat.

“Jemput minum encik,” ramah Khusnul Syakinah dengan senyuman mekar di bibir untuk majikannya yang baik hati itu. Dia senyum juga pada Iqram Aznan yang baru sahaja masuk itu. Itu adalah senyuman palsu. Dia sudah biasa senyum begitu. Dia tahu tidak baik senyum begitu tetapi apa kan daya dia tidak mampu tersenyum dengan seikhlas hati.

Apabila bersama Amar Qalish, dia berasa tenang. Tambahan pula dia sudah mengenali isteri Amar Qalish, Dyla Atheera. Isterinya seorang yang baik dan peramah.

“Terima kasih Khusnul,” ucap Amar Qalish. “Jumpa tak tandasnya?” soal Amar Qalish pada Iqram Aznan apabila melihat kelibat sahabatnya masuk.

“Jumpa, tapi ada cicak yang menganaslah. Sakit badan-badan ni aku rasa?”

“Cicak?” dahi Amar Qalish berkerut.

“Ya, cicak!” Iqram Aznan masih menjeling arah Khusnul Syakinah.

“Khusnul, kamu pernah jumpa ke dengan cicak yang di maksudkan oleh kawan saya ni?” Amar Qalish bertanya pada Khusnul Syakinah pula.

“Tak pernah pula.”

“Sudahlah! Jemput minum Iqram.”

Ketika itu, Khusnul ingin keluar. Makin lama dia berada di situ, makin panas pula dirasainya.

“Khusnul, tunggu sekejap. Boleh tolong saya tak?” Panggil Amar Qalish.

Khusnul Syakinah kembali menghampiri meja Amar Qalish. Sempat dia menjeling Iqram Aznan yang sedang meneguk minuman yang dibuatnya.

Serentak jelingannya itu, Iqram Aznan menjeling juga pada Khusnul Syakinah. Cuma dia sembunyikan jelingan itu di sebalik cawan tersebut dan hanya dilihat oleh Khusnul Syakinah seorang.

Khusnul Syakinah tersentak. Dulang yang dipegangnya terlepas dari pegangannya kerana terkejut dengan jelingan mata yang amat tajam itu.

“Maaf...” Khusnul Syakinah tunduk mengambil dulang di lantai. Semangatnya bagaikan melayang jauh. Dia sendiri tidak pasti ke mana semangat itu menghilang.

Iqram Aznan tersenyum. ‘Tadi berani sangat buat smackdown kat aku. Ni baru jeling sikit semangat dah lemah.’

Sejak Iqram Aznan mengenali Khusnul Syakinah. Banyak perubahan diri yang berlaku. Dari dulu memang dia tidak pernah minat untuk belajar tetapi Khusnul Syakinah tunjuk kepadanya betapa penting sebuah ilmu itu. Sejak itu dia banyak belajar dan belajar. Pelbagai ilmu pengetahuan yang dia pelajari. Selepas itu, dia menjadi minat belajar. Tetapi minatnya berterusan apabila Khusnul Syakinah menduakan dirinya. Perempuan itu bersama dengan lelaki lain. Dia benar-benar tercabar.

Iqram Aznan masih memerhati Khusnul Syakinah yang tidak memandangnya lagi.

“Encik Amar nak saya tolong apa?”

“Awak tolong fotostat ni?” Amar Qalish memberi beberapa helaian kertas. “Nanti dah siap. Hantar pada saya secepat mungkin.”

“Baiklah Encik Amar.” Khusnul Syakinah terus berlalu.

“Pekerja kau yang tu dah kahwin ke?” sengaja Iqram Aznan bertanya begitu. Dia ingin tahu tentang kehidupan Khusnul Syakinah. Dia kena siasat latar belakang terbaru Khusnul Syakinah.

“Belum? Kenapa tanya?” soal Amar Qalish sambil tersenyum. “Jangan kata pada aku yang kau dah jatuh cinta dengan pekerja aku tu...”

“Bolehlah dikatakan begitu.” Iqram Aznan ketawa kecil. Sebenarnya dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya. Cinta atau dendam?

“Dia susah sikit dengan lelaki?” Amar Qalish merenung wajah sahabatnya. Renungan yang serius.

“Maksud kau?” Iqram Aznan begitu teruja untuk mengetahuinya.

“Tengoklah tadi. Aku ni bos dia pun, dia buat tak tahu je. Aku suruh buat air, dia buat. Aku suruh buat kerja fotostat pun dia buat tanpa banyak cakap. Itu pun mujur dia nak senyum. Kalau tak, payah! Ada pelanggan aku kata pekerja aku yang pakai tudung labuh ni sombong.” Jelas Amar Qalish.

“Betul tu...” Iqram Aznan juga mengakui kata-kata Amar Qalish. Kalau orang tidak mengenalinya akan kata yang gadis ini sombong.

“Mungkin dia ada sejarah dengan lelaki kot...” teka Amar Qalish.

Iqram Aznan tersentak. Kata-kata itu bagaikan batu besar menghempas kepalanya atau pun kayu balak yang berusia lebih 100 tahun tumbang atas badannya. Sakit sangat!

“Sejarah dengan lelaki?” Sengaja Iqram Aznan mengulangi kata-kata Amar Qalish agar hatinya sedikit tenang. Dia dapat meneka yang Khusnul Syakinah jadi begitu kerana perbuatannya dahulu.

“Hey kawan! Kau memang dah jatuh cinta dengan pekerja aku ke?” soal Amar Qalish lagi sekali. Dia tidak percaya. Sahabat yang dikenali di universiti terkenal dengan sikap benci perempuan tetapi dengan Khusnul Syakinah, begitu mudah jatuh cinta. Amar Qalish jadi pelik.

“Nampaknya susah la aku nak mengorat dia...” Iqram Aznan tersengih. “Kau jaga dia untuk aku tau. Mak ayah dia ada lagi tak?”

“Ayah dia meninggal dunia masa dia nak SPM dulu. Mak dia masih ada lagi.”

Iqram Aznan tersentak mendengar kata-kata Amar Qalish. ‘Ayah dia dah mati? Aku pasti pada hari yang aku nampak dia bersama lelaki tu...’

“Serius pula muka kau ni.”

“Macam kau tak biasa je.” Iqram Aznan terkenal dengan wajah yang serius. Dia jarang ketawa apatah lagi tersenyum. Kalau senyum pun, hanya senyuman sinis dan mengejek.

“Ya lah! Lupa pula!”

“Dia ada abang atau adik ke?” soal Iqram Aznan lagi.

“Dia ada seorang adik lelaki. Rasanya masih praktikal di sebuah syarikat dalam bidang pemasaran. Tahun akhir dah tu...”

“Oh, macam tu.”

“Banyak yang kau tanya ni. Mesti dah jatuh hati sungguh-sungguh dengan perempuan tu.”Amar Qalish gedik. Dia gembira jika Khusnul Syakinah menjadi pilihan Iqram Aznan untuk dijadikan isteri.

“Semestinya. Gedik juga aku tengok kau ni. Kerja je dalam bidang Islamik, so peribadi tu biar Islamik juga.”

“Maksud kau?”

“Yalah! Kau dah ada isteri, jangan nak menggatal dengan perempuan lain. Biar aku seorang yang gatal dan miang dengan perempuan tu.” Iqram Aznan ketawa kecil.

“Okey Bro! Aku tak kacau perempuan yang kau suka tu.”

“So, apa kes datang ke pejabat aku ni?” Barulah mereka berbincang perkara penting setelah berbual hampir sejam.

“Aku nak tolong seorang kawan kita nak kahwin ni...”

“Siapa?”

“Daniel Saufyan...”

“Oh, penyiasat sendirian tu!” Amar Qalish ketawa kecil.

“Ya. Dialah. Dah nak kahwin. Aku cadang nak bayarkan kad jemputan dia sebagai hadiah perkahwinan mereka.” Iqram Aznan menjelaskan tujuan sebenar dia ke mari.

“Oh, tiada masalah. Baik pula kau ni kan?” Amar Qalish tersengih.

“Aku memang baik. Kau baru tahu ke?” Iqram Aznan membuat muka serius. Amar Qalish mencebik. Akhirnya mereka berdua ketawa gembira.

Khusnul Syakinah mengetuk pintu bilik Amar Qalish.

“Masuk...” arah Amar Qalish dari dalam.

Iqram Aznan tersentak melihat wajah Khusnul Syakinah. ‘Muncul lagi minah ni!’ Dia tidak berpuas hati dengan cara kehadiran perempuan itu.

“Maaf encik Amar. Mesin fotostat tadi buat hal. Jadi lambat sikit. Ini kertasnya.” Khusnul Syakinah menghulurkan beberapa keping kertas.

“Tak apa.”

Khusnul Syakinah terus keluar tanpa melihat wajah Iqram Aznan.

“Aku rasa dia tak suka kau la, Iqram.” Teka Amar Qalish sambil berbisik.

“Ye kot!” Iqram Aznan mengaku sahaja. ‘Siap kau lepas ni!’

Khusnul Syakinah mengerakkan tangannya di dada. Hatinya berdebar kencang. Segera dia bergerak ke stor iaitu tempat dia berehat. Dia tidak akan keluar dari bilik tersebut. Dia tidak mahu berjumpa dengan Iqram Aznan lagi.

“Aku benci dia. Kenapa dia muncul dalam hidup aku semula?” Khusnul Syakinah cuba bertenang. Apabila dia melihat Iqram Aznan, pasti perasaan terkilan tentang kematian ayahnya akan terasa.

Dia tidak suka perasaan itu. Pasti sukar untuk dia menghilangkan perasaan kecewa dan terkilan itu. Terkilan tidak dapat berjumpa dengan ayah untuk kali terakhir. Memohon maaf pada lelaki yang banyak berjasa pada dirinya.

Air mata Khusnul Syakinah mengalir. Tiap kali teringatkan arwah pasti air matanya akan menemaninya. Walaupun peristiwa itu sudah tujuh tahun berlalu. Kini umurnya sudah dua puluh empat tahun.

Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Dia berharap sedikit kekuatan meresap dalam hatinya. Dia kena kuat kerana ummi masih mengharap padanya. Adik lelakinya juga masih praktikal. Kesabaranlah yang harus dia tanam dalam lubuk hatinya.