Followers

Sunday, 29 January 2012

13
Komen

CERPEN : LAGENDA BUDAK DESA




Kita berbeza dalam semua kecuali dalam cinta


Azian mendengus. Banyak kerja yang perlu dia lakukan. Tugas seorang setiausaha memang memenatkan badan. ‘Itu kena buat, itu kena tulis, itu kena taip. Macam semua kerja aku yang kena buat. Sakit segalanya.’ Azian membebel seorang diri.
            “Kalau dah penat sangat, kau pergilah bercuti.” Cadang Ria. Dia memerhati seraup wajah yang kepenatan itu.
            “Aku okay lagi tapi bos tu banyak sangat cerewet dia. Kenapa tak aje kau yang jadi setiausaha dia?”
            “Si Zeck tu? Tak mahulah. Nanti satu kerja pun tak jalan.” Ria malas mahu melayan cadangan yang tidak berapa bernas itu.
            “Kenapa?” Azian terasa pelik. “Dia kan buah hati kau. Takkan lah dia suruh buat banyak kerja macam dia suruh aku buat ni?” Azian menyambungnya lagi. Dia mengemas meja kerjanya. Sudah hampir jam lima petang.
            “Sebab dia buah hati akulah , aku tak mahu. Nanti asyik nak berkepit aje dengan dia. Kau hantar aku balik yer?” pinta Ria. Itu motifnya setia menanti Azian siap mengemas.
            Belum sempat Azian menjawab, Zeck muncul.
            “Tak payah mengada-ngada nak tumpang orang lain. Tunang  awak ni ada. Boleh tolong hantarkan.” Zeck menutup pintu biliknya lalu menguncinya.
            “Azian, kamu boleh balik. Cik Ria ni biar saya aje yang hantar.” Arah Zeck.
            “Baiklah boss.” Azian ingin berlalu.
            “Azian, jangan tinggalkan aku. Aku tak nak!” Ria ingin mengejar Azian.
            “Nak ke mana tu? Aku dah janji dengan abang-abang cik Ria, yang aku kena hantar kau balik.” Zeck menghalang. Azian hanya tersenyum dan terus berlalu pergi.
            “Azian.....” meraung Ria dibuatnya.




*****
Azian memandu perlahan masuk ke perkarangan rumah sewanya. Dia mahu segera mandi. Badan sudah rasa melekit.
            “Lina, bila kau balik kampung?” soal Azian yang rasa selesa selepas membersihkan diri. Rambutnya dibilas lembut.
            “Aku balik hari jumaat petang. Kenapa?” soal sahabatnya itu.
            “Kampung kau ada sawah padi tak?”
            “Mestilah ada, Sabak bernam tu. Ala tempat filem ‘Nur Kasih’ berlakon .”
            “Aku rasa aku nak ikut kau balik kampung sekalilah sebab aku dah lama tak bercuti.kampung kau kan dekat aje dengan Kuala Lumpur ni. So aku rasa, tak la penat sangat.”
            “Boleh tapi aku naik kereta kau dan duit minyak kau tanggung arah pergi. Arah balik aku pula.”
            “Ekonomi betullah kau ni!” Azian sedikit geram.
            “Biasalah. Aku budak ekonomi dulu. Belajar usahawan juga tapi tak berbakat dalam bidang perniagaan ni.” Jelas Lina.
            “Okay. Aku setuju. Jumaat petang.” Azian tersenyum.
            Dia sudah membayangkan sawah padi yang terbentang luas. Warna hijau pula itu. Memang menyeronokkan. Dia memang suka sawah padi sejak kecil lagi.
*****
Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Mereka akan  pergi selama tiga hari dua malam. Kereta myvi merah milik Azian dipandu dengan cermatnya oleh Lina.
            “Aku mana tahu kampung dia kat mana.” Bisik hatinya.
            “Az, kau kena ingat jalan ni. Arah balik kau pulak yang pandu.”
            “Ambil kesempatan betullah kau ni.”
            “Suka hati. Suka hati. Janji kita happy! Happy!” jawab Lina sambil menyanyi sebuah lagu. Azian hanya tersenyum.
            Sepanjang perjalanan kami lebih banyak berbual. Lina banyak menceritakan tentang kampungnya itu.
            “Ada seorang kawan aku ni. Dia memang pelik.”
            “Apa yang peliknya....”
            “Pelik sebab....” belum sempat Lina meneruskan percakapannya, Azian menjerit.
            “Lina!!!!!”
            “Kenapa? Kenapa Az?” gelabah Lina. Nasib baik pemanduannya masih dalam keadaan stabil
            “Cantiknya sawah padi ni. Cantik! Aku suka!” Azian terlalu gembira sebaik sahaja pandangannya nampak sawah padi yang terbentang luas.
            “Aku ingatkan apa. Kau tengoklah puas-puas. Kejap lagi sampailah kita.”
            Pandangan mata Azian tidak lepas memandang sawah padi tersebut dengan senyuman yang terukir manis.
            “Akhirnya kita sampai juga.”
            “Cantik juga rumah kau.”
            “Rumah orang kampunglah Az. Kau ni peliklah. Lahir kat bandar tapi suka suasana kampung. Baik kau kahwin dengan orang kampung aku.”
            “Amin..” cepat-cepat Azian menjawabnya.
            “Gatalnya kawan aku ni.” Lina mencubit lengan Azian. Azian tersenggih.
            Mereka sampai nak dekat petang. Yalah, perjalanan mereka mengambil masa hanya sejam sahaja. Tidka jauh mana pun.
            “Lina, baru pukul 6 petang. Jom teman aku jalan tengah-tengah...” belum sempat Azian menghabiskan ayatnya, Lina sudah menyambungnya.
            “Kau pergi ajelah dengan adik aku. Aku mengantuk ni.” Lina memeluk bantal peluknya. Dia tidak mempedulikan Azian.
            “Aku seganlah. Jomlah!” Azian menarik tangan Lina.
            “Lily!” jerit Lina.
            “Ya, kak!”
            “Adik teman akak Az ni pergi tengok sawah padi ya? Nanti akak ni belanja aiskrim ok?”
            “Aiskrim? Baiklah kak!” berlari Lily yang berusia 12 tahun itu ke biliknya untuk memakai tudung.
            “Pandai kau pujuk budak tu?”
            “Biasalah. Aku guna strategi pemujukan yang aku belajar kat universiti dulu.” Katanya lalu menyambung semula tidurnya. Azian yang mendengarnya hanya ketawa kecil.
            “Lily, akak suka sawah padi.” Azian mula bercerita.
            “Adik tahu.” Lily menjawabnya. Dia menjilat aiskrim yang baru sahaja dibeli oleh Azian sebentar tadi.
            “Kat sini tak ada mamat-mamat kacak ke?”
            “Ada! Adik pun suka dia. Nak kahwin dengan dia tapi adik kecil lagi kata mak.” Jelas Lily. ‘Kecil-kecil lagi sudah pandai fikir nak kahwin. Budak-budak zaman sekarang memang dah moden dan berkembang cepat.’ Azian berkata sendiri.
            “Bolehlah akak mengorat.” Azian mula mengatal.
            “Tapi dia pelik sikit kak.”
            “Apa yang peliknya?”
            “Dia susah nak jatuh cinta. Dah ramai perempuan kat kampung ni cuba nasib. Masih tak berjaya.” Bersungguh-sungguh Lily bercerita.
            “Mana tahu?”
            “Mak yang cerita. Dia ada suruh akak tapi akak tak nak sebab dia suka pada kumbang kuning dah.”
            “Kumbang kuning? Oh, akak tahu siapa.” Azian ketawa kecil. “Boleh akak lalu kat tengah-tengah sawah padi ni?” soal Azian kepada Lily.
            “Boleh kot.”
            “Kenapa ada kot?”
            “Ini sawah padi abang Zaini.”
            “Siapa Zaini?”
            “Yang pelik tu.”
            “Pelik? Tak apa. Dia tentu tak marah akak. Akak minta lalu aje.” Sebaik sahaja Azian berkata begitu, dia terus berlalu pergi menunaikan permintaan hatinya.
            “Akak tunggu!” Liliy mengejar Azian yang sudah ke depan. Aiskrimnya sudah habis dimakannya.
            Azian berlari dengan perasaan gembira sekali. Dia tidak pernah rasa gembira seperti ini. Nasib baik cuaca petang itu mendung sedikit.
            “Abang Zaini...” Lily terkejut.
            Azian yang masih berlari terkejut mendengar kata-kata Lily. Dengan tidak disengajakan, tubuh mereka berlanggar.
            Azian ingin terjatuh dan pantas Zaini memegang lengan Azian supaya tidak jatuh ke dalam bendang tersebut. Saat itu pandangan mata mereka bertaup. Bagaikan ada perasaan indah yang terisi dalam segenap hati mereka tanpa mereka sedari.
            “Abang Zaini, dosa pegang perempuan macam tu.” Kata Lily yang sememang  diajar oleh mak tentang ilmu agama.
            “Apa?!” secara automatik Zaini melepaskan tangannya. Azian pula terus jatuh ke dalam bendang yang semestinya dipenuhi oleh lumpur.
            “Mama!” habis kotoran lumpur melekat ditubuh Azian. Dia betul-betul marah dengan lelaki itu. Dia cuba bangun. Liliy membantu Azian keluar dari bentang tersebut.
            Azian betul-betul tidak berpuas hati dengan lelaki tersebut.
            “Kenapa awak biarkan saya jatuh dalam bendang tu?”
            “Lily cakap camtu. Kan tak baik saya pegang-pagang awak.”
            “Ya pun awak nak lepaskan saya, janganlah dalam bendang ni.” Amuk Azian. Pakaiannya habis kotor.
            “Hey cik lumpur. Ini sawah padi saya. Siapa benarkan awak masuk kawasan saya?” soal Zaini. Dia betul-betul geram. ‘Dahlah masuk kawasan orang, nak marah-marah orang pula. Siapa perempuan ni? Aku tak pernah tengok pun.’ Bisik hati Zaini.
            “Sedapnya mulut panggil saya cik lumpur. Saya ni ada nama tahu!” sensitif pula yang Azian rasa saat ini.
            “So, nama awak apa?”
            “Nama saya...” Azian serba tak kena. Dia tidak pasti mahu beritahu namanya atau tak.
            “Gagaplah pula. Mungkin nama awak ni gagap kot, betul tak Lily.” Usik Zaini. Suka pula dia melihat gadis ini marah. Comel. Muka yang comot dengan lumpur.
            “Mana ada gagap! Buat apa saya bagitau nama saya pada awak.”
            “Okay fine!”
            “Awak tu budak kampung aje. Tak perlu nak sebut perkataan English kalau hakikatnya awak tu tak pandai. Menyampah saya dengar tau!” Kata-kata pedas Azian terkeluar. Begitulah Azian, jika tidak berpuas hati dengan sesiapa, dia akan luahkan berdepan-depan kecuali Zeck. ‘Itu periuk nasi. Mana boleh main cakap aje.’
            “I don’t care.” Selamba sahaja Zaini berkata dan berpaling. Hari sudah mahu petang. Dia perlu segera pulang.
            Azian rasa geram sekali dengan lelaki itu lalu di tolaknya lelaki itu jatuh dalam bendang memandangkan jalan di situ agak licin.
            “Padam muka awak!” Azian ketawa gembira. Seronoknya dapat buat lelaki itu jatuh ke dalam lumpur itu.
            “Badan sekeping macam awak ni, mudah aje nak tolak.” Azian makin berani.
            Zaini tersenyum. Dia tidak kisah badannya dipenuhi dengan lumpur ini. Baginya semua ini sudah biasa dan menjadi santapannya setiap hari. Zaini naik ke tebing semula. Dia sengaja membuka bajunya.
            “Yang awak buka baju awak tu kenapa?”
            “Saya nak tunjuk sesuatu yang pasti awak sukakannya.”
            “Jangan mengarut. Lily ada orang gila seks!” Azian tidak keruan.
            “Mulut tu bila bercakap biar berlapik sikit. Saya nak tunjuk ni.” Zaini mencabut sesuatu yang aktif bergerak.
            “Pacat!” Azian terkejut. dia betul-betul alergik dengan mahkluk ciptaan Allah yang satu.
            “Cik lumpur, ni lintah la, bukan pacat.” Terang Zaini. ‘Lintah dengan pacat pun tak kenal sudah.’
“Ini baru sekor. Entah-entah ada berapa ekor kot kat badan awak tu. Better awak balik rumah dan mandi.” Zain tersenyum. Seronok dia melihat wajah Azian yang takut pada makhluk yang satu ini.
            “Tak guna punya lelaki! Benci!” Azian memang tidak puas hati. Lelaki itu kenakan dia semula. “Jom Lily kita balik.” Ajak Azian. Dia bimbang juga jika makhluk itu ada dalam pakaiannya.
            ‘Mama, habislah anak kamu ni!’ meraung Azian dalam hatinya.
*****
Wajah Azian masam mencuka sepanjang malam. Dia betul-betul geram dengan lelaki itu. Bagaikan terbayang wajah lelaki desa itu.
            “Sudahlah selekeh. Budak desa betul. Aku benci kau!” Azian mengamuk. Pandangannya ke arah sawah padi yang terbentang luas dihadapan rumah sahabatnya itu.
            “Kau benci pada siapa?”
            “Budak desa tu!” kata Azian.
            “Akak Az marah pada abang Zaini sebab abang akak jatuh dalam bendang.” Jelas Lily. Dia memberi kain selimut untuk Azian.
            “Terima kasih dik.” Ucap Azian. Lily tersenyum dan terus berlalu keluar. Kini pintu bilik tertutup rapat.
            “Zaini? Kau biar betul. Zaini tu baik. Cuma dia dingin sikit. Macam lagenda gitu.”
            “Kau ni, ingat lagenda budak setan ke? Tapi aku rasa sesuai la. Lagenda budak setan. Benci aku!” Azian memang dalam keadaan marah.
            “Lagenda budak setan? Mana sesuai tu. Lagenda budak Desa. Sesuai apa?”
            “Desa? Dahlah. Benci aku! Tak pernah aku benci orang macam ni.”
            “Jangan benci over-over sangat. Entah-entah dia jodoh kau.” Lina berkata.
            “Taklah. Dahlah budak kampung. Nak berlagak speaking english. Bajet baguslah tu.”
            “Eh, tak salah la, Az. Lagi pun dia tu  pelajar lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang keusahawanan. Dia tidak mahu menjadi cikgu. So, dia menceburi bidang usahawan. Itu pasal aku tak berani ngorat dia. Pandai tu. Kau tu sesuai la.”
            “Tak naklah. Dah lah tak hensom!” Azian terus membuka lipatan selimut itu dan selimutkan tubuhnya. Dia mahu tidur saat ini.
*****
Zaini termenung di tangga rumahnya. Hatinya terusik mengenangkan gadis yang baru ditemui petang tadi. Indah sekali ciptaan Allah yang satu. Hati dan jiwanya bagaikan sudah jatuh cinta dengan kenakalan gadis itu.
            “Cik abang, termenungkan apa tu?” tegur adiknya, Zana.
            ‘Mungkin gadis tu sebaya dengan adik aku kot. Tu pasal dia nampak comel sangat siang tadi.’
            “Tak ada apa-apa. Pergilah tidur awal. Esok kenduri kat rumah Azman.” Kata Zaini. Dia akan turut pergi membantu apa yang patut.
            Zana menarik muncungnya. Dia masuk semula ke dalam rumah.
            ‘Kawan-kawan aku semuanya dah kahwin. Aku bila lagi? Susah ke aku nak berkenan dengan perempuan. Tapi perempuan siang tadi, begitu menarik perhatian aku. Siapa sebenarnya perempuan tu.’ Dia nekad untuk mencari gadis itu. Esok dia akan berjumpa dengan Lily.
*****
Zaini datang ke  rumah Lily. Kebetulan Lily sedang bermain guli di luar rumah.
            “Lily, siapa perempuan semalam tu?”
            “Kawan akak dari KL.” Lily berterus terang apabila Zaini memberi wang berwarna hijau. Gembira bukan main lagi dapat duit.
            “Sampai dia gelarkan abang ni lagenda budak desa. Adik pun tak faham gak. Dari pagi tadi mukanya masam.”
            “Oh, okay. Terima kasih Lily.” Zaini terus meninggalkan kawasan tersebut dengan motor kesayangannya. Dia bukanlah seorang lelaki yang gelojoh. Dia perlu membuat perancangan yang terperinci. Inilah susah bila lelaki sudah suka pada seseorang.
            Dia menuju ke rumah Azman. Meriah betul suasana menyambut menantu. Anak tunggal. Memang begitu. Zaini yang terkenal dengan sikapnya yang biasa. Suka membantu memang menarik minat sesiapa sahaja.
            “Aku balik kejap. Tukar baju. Nanti aku datang semula.” Kata Zaini setelah separuh hari membantu bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Dia menaiki motosikalnya dengan penuh cermat.
*****
Rasa bagaikan ingin tercabut nyawanya apabila diacukan pisau seperti itu.
            “Keluar! Aku kata keluar!” seorang lelaki yang tidak menutup wajahnya menyuruh Azian, Lina keluar daripada kereta mereka.
            Di tepi jalan dua lelaki bermotosikal telah menahan mereka dan merompak.
            “Aku kata bagi rantai kat leher kau tu! Bagi!” jerit salah seorang daripada mereka. Azian tidak mahu bagi. Itu adalah rantai peninggalan neneknya. Tidak mungkin.
            “Oi!” kebetulan Zaini melalui jalan tersebut.
            “Mail!” Zaini terkejut melihat sahabatnya itu. Lelaki itu terkejut lalu menarik Azian menjadi tebusannya.
            “Zaini, kau jangan dekat. Aku bunuh perempuan ini.”
            “Kenapa kau buat camni?” Zaini bertanya perlahan. Kawan Mail yang melihat kehadiran Zaini terus melarikan diri. Meninggalkan Mail seorang diri.
            “Aku nak duit! Aku perlu duit!” jerit Mail.
            Zaini cuba mendekati Mail tetapi Mail melukakan tangan Zaini. Zaini mengaduh sedikit.
            “Aku dah cakap! Jangan dekat!” Jeritnya lagi kuat. Azian hanya mampu menangis. Siapa yang tidak takut apabila menghadapi situasi seperti ini.
            “Mail, kita boleh berbincang elok-elok kan? Kita kawan sejak kecil lagi.” Zaini cuba memujuk.
            “Memang! Kita selalu bersama tapi kenapa kau berjaya dan aku tak berjaya. Aku juga sama macam kau tapi kau lebih ke depan! Aku benci kau!” tanpa berfikiran waras, Mail terus menikam perut Zaini.
            Azian terkejut dengan tindakan Mail. Mail yang baru sedar akan tindakannya berlari ke  tengah jalan dan dia tidak menyedari yang ada sebuah trak yang dipandu laju telah melanggarnya.
            “Mail!” jerit Zaini walaupun dalam kesakitan. Sahabatnya itu dilanggar oleh trak tersebut. Zaini pengsan.
            Azian dan Lina cepat-cepat buat laporan polis selepas menghantar Zaini ke hospital. Azian rasa bersalah kerana dia, Zaini cedera parah. 
            “Jangan bimbang cik, pesakit dalam keadaan stabil.” Kata doktor lalu meninggalkan kami.
            “Sudahlah tu Az, jangan nangis. Doktor dah kata dia okay.”
            “Aku rasa bersalah.” Itu sahaja yang mampu Azian ucapkan.
            “Aku tahu. Aku pun terkena tempias juga. Apa aku nak jawab kalau ummi dia tahu.” Kata Lina.
            “Ummi?”
            “Ummi dia pergi umrah. Aku tak tahu apa akan terjadi kalau dia tahu keadaan anaknya camni.”
            “Lina...” makin galak Azian menangis. Dia cuba menjadi kuat tetapi tidak dapat. Air matanya mengalir juga. Dia tidak pernah mengalami situasi cemas seperti ini.
            “Zaini dah sedar tapi dia tak jumpa dengan kau, Az.”
            “Kenapa?”
            “Aku tak tahu kenapa?”
            “Tapi aku nak ucap terima kasih pada dia sebab selamatkan aku.”
            “Dia betul-betul tak nak jumpa kau.” Lemah suara Lina. ‘Aku nak jumpa Zaini. Aku nak jumpa dia!’ hatinya berkata. Tangannya ditarik oleh Lina. Mereka terpaksa balik Kuala Lumpur petang itu juga. Sebab dia bimbang berlaku apa-apa pada mereka berdua.
            Akhirnya Lina yang memandu arah pulang. Azian hanya membuang pandangannya ke luar tingkap. Hatinya masih memikirkan Zaini. Walaupun lelaki itu baru hadir tidak sampai 24jam, tetapi sudaj berjaya membuat dia tidak senang duduk.
            ‘Macam mana dia? Sihat kah dia? Kenapa dia tak nak jumpa aku?’ hati Azian tidak tenang.
*****
Kini, sudah sebulan berlalu sejak peristiwa itu berlalu. Apabila Azian bertanyakan tentang Zaini pada Lina, dia hanya diam dan menggeleng. Hati mana tidak panas.
            “Mak aku cakap, keluarga Zaini dah berpindah. Betul-betul lagenda budak desa la dia. Tinggal kenangan aje dia di kampung aku tu.”
            “Yakah, Lina? Ini mesti salah aku kan? Aku sebabkan dia pindah dari kampung tu. Kau ada cakap yang dia suka kan kampung  tu. Sayang kampung tu tapi kenapa dia pindah pula?” persoalan Azian menjadi pertanyaan yang tidak dapat Lina jawab.
            “Sabarlah. Pasti ada sebabnya dan aku yakin bukan sebab kau. Mungkin dia ada masalah lain. Dia jatuh bankrap kot.”
            “Bankrap kenapa pula?”
            “Yelah, usahawannya tak berjaya, jatuh miskinlah.”
            “Dia ada perniagaan sendiri ke?”
            “Yup, dia ternak lembu, tanam padi. Tapi bukan dia yang buat itu semua, ada lah pekerjanya. Dia tengak-tengok dari jauh aje.” Lina buat lawak.
            “Aku fahamlah cik kak.” Azian makin rasa tidak sedap hati. ‘Betul ke apa yang terjadi?’
            Azian masuk ke biliknya. Dia teringatkan pertemuan kali pertamanya dengan Zaini. Walaupun hanya seketika, ia melekat terus di hati ini.
            Azian tersenyum lalu tertidur.
*****
Azian gelisah, gelabah, tidak tenang dan sewaktu dengannya. Ada orang masuk meminangnya pagi tadi di kampungnya. Dia teringat perbualannya dengan mama.
            “Apa mama? Siapa yang masuk meminang mama? Nama dia siapa? Zaini ke?” bertimbul soalan ditanyanya kepada mama.
            “Zaini? Siapa pula ni? Ini namanya Amir Hamzah. Jangan gelojoh sangat, Azian. Mama dah terima pinangannya.”
            “Mama, orang bukan cerita pasal pinangan.”
            “Kalau bukan pinangan, yang kamu macam gelojoh sangat ni kenapa? Mama Azian mula berangin. “Mama dah terima pinangan tu.” Sambungnya lagi.
            “Tak ada apa-apa tapi apa mama!!!!” Azian baru tersedar perkataan ‘terima’ yang disebut  oleh mamanya. “Mama dah terima pinangan tu?” terkejut Azian di buatnya.           
            “Ya. Mama dah terima.” Teragak-agak mama Azian berkata di hujung talian apabila mendengar nada anaknya menjerit seperti itu.
            “Mama tolak. Mama tolak. Anak mama ni dah suka orang lain. Mama tolak ya?”
            “Hah apa?! Mama cuba. Mama cuba.”
            “Cuba apanya. Mama kena tolak gak tau. Ingat!” pesan Azian.
            “Baiklah. Mama cuba...”
            “Cuba lagi. Mama janji tolak yer?” lagi sekali pesan Azian.
            “Baiklah. Hah, papa kamu dah balik tu. Mama pergi dulu. Jaga diri. Assalamualaikum.” Terus sahaja talian dimatikan tanpa sempat  Azian menbalasnya.
            “Pelik betullah mama ni.” Berkerut-kerut dahi Azian.
            Azian pun menceritakan masalahnya kepada Lina.
“Kebiasaannya orang yang kita suka yang meminang kita. Aku yakin sangat yang si Zaini ni datang meminang aku.” Kata Azian.
“Macam mana kau ni yakin sangat ni?”
“Ala dalam novel, dalam cerpen yang akus elalu baca dalam penulisan tu you, kebanyakkan ceritanya, mesti lelaki tu akan pinang kita senyap-senyap.”
“Tapi sah-sah lelaki itu nama Amir Hamzah. Lain kebenar dengan buah hati kau si Zaini tu.”
“Ah! Aku tak kira, aku tak nak kahwin dengan lelaki itu.”
“Aku tahu tapi kalau kau nak tunggu Si budak desa tu sampai bila. Jumpa pun tak pernah.” Nasihat Lina.
“Kau ni sengaja nak patahkan semangat aku.”
“Aku bukan sahaja nak patahkan semangat kau. Nak kau lupakan dia terus.” Kejam sungguh kata-kata Lina. Azian terdiam.
*****
Sejak itu, kata-kata Lina sentiasa mengganggu fikiran Azian sehingga kerja-kerja yang dilakukannya tidak dapat difokus.
            “Azian...” panggil Ria lembut.
            “Azian........” nada Ria lebih panjang dari tadi. ‘Apa kena dengan minah ni?’
            “Azian!!!” Suara Zeck yang lantang itu memecahkan ingatan Azian terhadapa Zaini. Dia terkejut.
            “Zeck! Yang kau panggil macam tu, kenapa?” marah Ria.
            “Aku tolong kau panggil dia. Dengan aku tak pernah pun nak panggil lembut-lembut macam tu.” Zeck merajuk lalu masuk semula ke dalam biliknya. Dia tiada mood untuk pergi makan bersama Ria.
            “Azian, kau okay?” Ria bertanya.
            “Hmmm, aku tak dapat nak fokuslah.”
            “Kau ada masalah? Kau cutilah lama sikit. Nanti aku buat rayuan pada Zeck.”
            “Tak apa ke?” bersinar-sinar mata Azian. Hanya satu tempat sahaja yang dia ingin pergi saat ini. Kampung  Lina.
            “Aku cuba. Kau tunggu ya? Atau kau pergi makan dulu. Sudah nak dekat waktu lunch ni.”
            “Baiklah!”
            “Zeck!” marah Ria. Zeck tidak memandang Ria. “Kesian Azian. Dia tu ada masalah. Kau bagi aje dia cuti seminggu.” Arah Ria. Lagaknya seperti bos.
            “Banyak cantik muka kau. Ria, nanti kalau Azian tak ada siapa mahu ganti tempat dia? Leceh la!” Zeck betul-betul tidak suka layanan tunangnya itu terhadap dirinya.
            “Baiklah. Biar Ria aje yang gantikannya untuk seminggu. Setuju?” akhirnya Ria mengalah.
            “Betul ni?”
            “Betullah!”
            Zeck tersenyum. Hatinya cukup gembira.
            “Kalau Ria yang jadi setiausaha Zeck, gerenti sebulan dia nak cuti, Zeck luluskan.”
            “Dan 3 minggu lagi, pandai-pandailah kau bawa diri ya? Aku pergi dulu.”
            “Eh, tadi kata nak makan sama?”
            “Dah ada orang merajuk. Tak jadilah nak makan.”
            “Mana boleh! Nak jugak!”
            Zeck mengikut langkah Ria. Ria tersenyum. ‘Semoga masalah awak dapat di selesaikan, Azian.’ Doa Ria dalam hatinya.
*****
Hati Azian tenang memandang sawah padi yang menghijau. Kali ini dia balik sendirian. Lina tidak mahu pulang kerana dia sudah ada temujanji dengan  ‘Kumbang Kuning’.
            ‘Untunglah. Ada orang menyayangi diri. Aku ni tak ada orang nak sayang.’ Azian mengeluh.
            “Ada aje yang sayang awak.” Tiba-tiba Zaini muncul. ‘Macam cerita dalam novel pula kisah aku ni.’ Azian terkejut.
            “Mana awak pergi selama ni? Kenapa tinggalkan saya tanpa kata? Kenapa awak buat saya macam ni? Saya juga ada perasaan, Zaini!” pelbagai persoalan yang wujud.
            Zaini terdiam. Dia juga rasa bersalah. Tetapi ada perkara yang perlu dia selesai dengan segera. Mereka duduk di tepi sawah padi.
            “Awak pergi mana?” Azian bertanya apabila mereka sudah kembali tenang. Pandangan matanya memandang sawah yang terbentang luas itu.
            “Lepas kemalangan itu, saya pergi uruskan jenazah Mail di kampungnya. Kesian mak ayahnya. Apabila mengetahui yang Mail tu seorang penagih dadah, ayahnya pula meninggal dunia.  Saya kasihan dengan keadaan keluarganya telah membantu apa yang patut. Dua minggu saya berada di kampung Mail.” Jelas Zaini dan memandang Azian seketika.
            “Lagi dua minggu awak pergi mana?”
            “Saya pergi meminang gadis yang saya suka. Alhamdulillah. Diterima baik oleh keluarga belah perempuan.” Jelas Zaini sambil tersenyum.
            “Apa?!” Azian terkejut. Jantungnya bagaikan terhenti. Dugaan apa yang menimpanya? ‘Zaini suka perempuan lain? Aku hanya tepuk sebelah tangan sahaja.’ Air mata yang ingin mengalir ditahannya.
            “Saya pun akan berkahwin juga, dengan lelaki pilihan family saya. Baiklah saya pergi dulu.” Azian berdiri dan mula melangkah.
            “Azian!” panggil Zaini. Azian berpaling. “Semoga awak bahagia...” ucap Zaini. Azian tidak berani untuk menatap wajah Zaini yang dirindui saban hari. Dia terus berlari sekuat hati. Air mata yang ditahannya mengalir juga.
            “Mudah sekali aku jatuh cinta dan mudah sekali aku dilukai. Ya Allah, kuatkan hatiku ini.” Doa Azian.
            Tiba-tiba telifon bimbitnya berbunyi.
            “Mama...”
            “Hmmm, mama nak tanya, kamu betul-betul nak tolak pinangan tu?”
            “Tak jadilah mama.  Terima aje. Azian Pasrah.” Itulah jawapan yang seharusnya. Dia harus melupakan Zaini secepat mungkin.
            “Kamu cuti kan? Kalau macam tu, esok nak buat majlis pertunangan secara kecilan sahaja. Azian balik ya?” pinta mamanya.
            “Baiklah mama. Kejap lagi Azian bertolak balik.” Lemah sahaja suara Azian. Keputusan hidupnya telah dibuat. Dia harus redha.
            Selepas talian ditamatkan, Azian pulang ke Kuala Lumpur dan balik ke rumah mamanya terus.
            “Kenapa muka sedih aje ni?” mama menegur Azian.
            “Tak ada apa-apa.”
            Wajah mama begitu berseri. Pelamin pertunangan juga sudah siap dibina.
            “Mama, anak orang kaya ke yang meminang Azian ni?”
            “Kaya tu tak la tapi ahli perniagaan. Mestilah mewahnya ada.” Jelas mama. Warna hijau sawah padi tergambar kini apabila melihat warna pelamin tersebut.
            Azian terus berehat di biliknya. Tergantung cantik baju kurung berwarna hijau lembut.
            Azian menangis semalaman. Dia harus melupakan lelaki itu. Harus!
*****
Azian sudah lengkap berbaju kurung berwarna hijau. Semua memuji kecantikannya. Tidak ramai yang hadir, hanya sanak saudara dan rakan-rakan sahaja.
            “Wei Azian, yang kau sedih ni kenapa?” Ria menegur sahabatnya.
            “Betul tu. Kan dah nak bertunang ni. Aku ni tak tahu lagi dengan ‘kumbang kuning’ aku ni.” Lina berkata lemah. Ria sudah ketawa kecil. Lucu melihat wajah sahabatnya itu.
            “Lina, kumbang malam kan ada kalau kumbang kuning tak nak masuk meminang.” Ria berkata dengan nada bergurau.
            Disebabkan terlalu geram, Lina menampar bahu Ria. Ria mengaduh kesakitan.
            “Buasnya kau. Habislah kumbang kuning nanti.”
            “Ria, aku report kat tunang kau baru tau.”
            “Okay. Okay. Sorry. Aku gurau aje.” Akhirnya mereka ketawa bersama. Azian juga cuba ketawa untuk menutup kegusaran hatinya.
            “Azian, dah siap ke? Dah boleh nak sarungkan cincin. Mak pihak lelaki dah ready tu.” Arah mamanya. Azian gelabah.
            “Azian, kau jangan takut. Bertunang ni macam makan kat KFC aje. Relaks dan sedap.” Bayangan Ria membuat orang sekeliling mengetawakan dia.
            “Ada pula KFC.” Lina pula yang mengamuk.
            Azian duduk dengan penuh sopan atas pelamin berwarna hijau itu. Mak pihak lelaki menghampirinya dan menyarung cincin pertunangan. Air matanya mengalir deras apabila dia sah menjadi tunang seorang lelaki yang bernama Amir Hamzah.
            “Minta tuan punya badan bergambar dengan tunangnya sendiri.” Pinta jurukamera.
            Azian tidak berani mendonggak. Hatinya berdebar. Apabila kekuatan sudah dikumpulnya, barulah dia mendonggak.
            “Zaini!!!” Azian memandang  mamanya.
            “Mama kata, namanya Amir Hamzah?” Azian berkata.
            “Amir Hamzah tu nama ayah si Zaini ni. Mama lupa nak bagitau nama sebenarnya.” Mamanya hanya tersengih.
            “Mama!!!” Azian rasa malu sangat. Memang selama ini Zaini yang meminangnya. Semua ini salah mamanya yang memberi  maklumat yang berbeza.
            Hari itu, Azian rasa malu sangat. Diusik habis-habisa oleh Ria dan Lina tetapi bahagia tetap menjadi milik mereka.
*****
Zaini dan Azian kini sedang menghayati keindahan sawah padi yang menghijau. Perasaan bahagia telah menjadi satu. Perkahwinan mereka berjalan dengan baik dan meriah sekali.
            “Terima kasih abang.” Ucap Azian. Dia terasa malu.
            “Thank for what?”
            “Ish, tolonglah jangan nak speaking. Geli telinga ni dengar tau.” Azian berkata sambil menunjukkan mimiknya.
            “Geli? Lor kan abang memang pandai speaking english. Jangan jelous.” Zaini berkata sambil menggenggam tangan isterinya.
            “Jom balik! Dah senja.”
            “Baiklah abang...” itulah rutin harian mereka setiap petang. Menghayati keindahan sawah padi. ‘Kami berbeza dari segala aspek kecuali cinta kami.’



P/S : Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya. Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kali kamu jatuh cinta padanya. Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat indah bersamanya. Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur denganmu.

Itulah Lagenda Cinta... ya kot...terima kasih sudi membacanya...

13 comments:

  1. bes2...betul la kan..JANGAN TERLALU MEMBENCI,MUNGKIN YANG KAMU BENCI TU AKAN MENJADI SESUATU YANG TERLALU KAMU SAYANG...hehehee

    ReplyDelete
  2. salam RIA....
    woww satu lagi karya ria yg terbaikkk...besstt.kak fika suka..suka...
    benci tapi cinta ..hehe..
    caya la.....

    ReplyDelete
  3. @rafika dewi jahrul

    Wasalam kak fika...dah lama tak komen2 ria...miss u...terima kasih suka cerpen ni...

    ReplyDelete
  4. suke...sebb maya pun suke sawahh.... cite simple tp buat org tersenyum =)

    ReplyDelete
  5. @Sumayyah Nadhirah
    terima kasih sebab suka...ria pun suka sawah hihihi

    ReplyDelete
  6. waaa... baiknya si zaini tu.. hehe..

    ReplyDelete
  7. hihihi best la.. -fida afis-

    ReplyDelete
  8. saja jalan2 tetiba jumpa blog ni..
    nice..

    ReplyDelete
  9. hahahaha
    ada2 je lah mak dia tu..
    xpasal2 az tu kecewa...
    nice.....
    ;)

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi