Ria mengeluh
melihat suaminya. Geramnya aku. Suruh buat benda mudah pun tak boleh harap.
“Abang, saya minta jagakan Syanaz
aje. Itu pun susah ke? Bukannya saya suruh mandikan dia ke.” Ria mula membebel.
Sejak mereka mempunyai anak,
panggilan mereka berubah kepada yang lebih mesra. Tiada lagi saya awak.
“Bukan susah sayang tapi masalahnya,
Syanaz tak nak dengan abang. Apa yang boleh abang buat. Abang dukung aje, dia
menangis.” Zeck mengadu. Dia sendiri rasa pelik mengapa anak lelakinya itu
bagaikan tidak menyukainya.
Ria hanya mampu memandang.
*****
Ria membeli
bahan-bahan keperluan untuk menyambut ulangtahun perkahwinan antara dia dan
Zeck. Sudah masuk tiga tahun. Dia bercadang hanya mahu menjemput
sahabat-sahabat baiknya sahaja.
Syanaz menangis. Anak kecil itu
bagaikan tidak selesa. Ria memeriksa pampers Syanaz. Rupanya ada benda dia
buang.
“Abang. Syanaz membuang. Abang pergi
basuh kat tandas. Saya tunggu kat sini.” Arah Ria.
“Abang ke?” soal Zeck.
“Abanglah. Saya ni tak boleh nak
basuh kalau bukan dalam rumah. Abang pergilah.” Jelas Ria.
“Abang gelilah. Kat rumah pun tak
pernah buat. Lagilah kat tempat awam ni.” Zeck membuat muka. Nak aje aku gigit
mamat ni? Anak sendiri pun nak geli.
“Abang, Syanaz ni anak siapa?”
“Anak abanglah.”
“Kalau anak abang, silalah berbakti
untuk Syanaz ni untuk dia kenang bila besar nanti. Ini mesti kes abang tak
pernah bagi sentuhan luar biasalah Syanaz tak suka kat abang.” Sengaja Ria
menekankan perkataan sentuhan luar biasa.
“Oh, pandai ya sayang pujuk abang.
Yalah! Abang pergi ni.” Akhirnya Zeck mengalah.
“Abang, beg Syanaz ni.” Panggil Ria.
“Lupa pula.” Zeck tersengih. Dia
menyilang beg Syanaz ke tubuhnya. Ria menahan gelak melihat gaya suaminya itu.
Dengan mendukung Syanaz lagilah. Macam babybrother bukannya babysister dah
hahahha
Zeck hilang ke dalam tandas lelaki.
Ria duduk seketika. Nasib baik
mereka tidak mula beli barang lagi. Kalau tak, payah nak bergerak.
Semua orang yang masuk ke dalam
tandas lelaki itu hanya memandang Zeck. Zeck menebalkan muka. Aku yang selalu
jaga imej ni terpaksa basuh berak anak sendiri di tempat awam.
Dia pun mengambil keputusan masuk ke
dalam tandas.
Syanaz masih menangis. Comel pula
bila tengok wajah anak aku ni. Kejap ya ayah basuh.
Zeck mengaru kepalanya. Dia tidak
tahu nak baringkan Syanaz atas apa. Mangkuk tandas ni pun okey apa. Muat-muat
aje.
Nasib baik Syanaz berbadan kecil
sahaja.
“Awat busuk najis kau ni, Syanaz?
Anak Ayah ni makan apa la ye? Mama bagi Syanaz makan apa?” Zeck membebel
sendirian.
Selepas membersihkan Syanaz, dia
membalut tubuh anaknya itu dengan kain tuala. Apabila dia keluar dari tandas
lelaki, dia melihat Ria sudah tiada tempat mereka duduk tadi.
“Mana minah ni pergi ya? Syanaz, kau
tengoklah mama kau tu. Dah pergi ke mana entah. Suka sangat berjalan
sorang-sorang.” Dia baringkan Syanaz atas kerusi yang hanya berlapik tuala
sahaja.
“Tak apalah. Biar ayah yang pakaikan
pampers untuk anak lelaki ayah.” Kata
Zeck. Anak kecil itu mula tersenyum. Mungkin sudah rasa selesa.
Syanaz baru sahaja berusia tujuh
bulan tapi badan masih kecil. Kesian anak aku ni. Tak apa, nanti ayah bagi
Syanaz makan banyak-banyak. Apa yang penting kita pergi cari mama kamu ni. Ke
mana dia menghilang.
Zeck mengaru kepalanya. Matanya
meliar mencari kelibat isterinya.
“Eh, itu bukan Huda ke?” teka Ria.
Kenapa minah ni menangis.
Ria mendekati Huda tetapi langkahnya
terhenti apabila dia ternampak Omar. Apa kes ni?
“Kenapa nak bercerai? Tak boleh ke
bersama?” Huda bertanya pada Omar.
Apa bercerai? Baru kahwin nak
bercerai. Ya Allah! Apa ni? Ria sudah pening. Dia terasa pelik. Dia menghampiri pasangan tersebut. Dia masih
mahu mendengar perbualan antara mereka.
“Dah tak reti jaga suami. Suami
carilah orang lain.” Kata Omar pula. Hati Ria pula yang berdebar kencang.
“Sampai hati...” Huda menangis lagi.
Ria ingin mendengar lagi perbualan
mereka tetapi bahunya di cuit.
“Janganlah kacau!” Ria menepis
tangan itu. Matanya asyik melihat Huda dan Omar. Bahunya dicuit lagi.
Ria berpaling. Dia terpana. Suami
aku rupanya. Ish ish ish...
“Abang ni, kacau daunlah.” Marah
Ria.
“Kacau daun ke kacau dodol ke abang
tak peduli. Yang sayang pergi skodeng orang tu tak apa. Kalau nak tegur Huda
dan Omar, pergilah. Tak baik tau curi dengar perbualan orang lain.” Jelas Zeck.
Dia masih mendukung Syanaz. Anak itu mula menyukainya.
“Ala, mana ada curi. Jom tegur
mereka.” Ria menyilangkan tangannya dengan suaminya. Dia memeluk lengan
suaminya itu.
“Assalamualaikum...”
“Kak Ria.....!” Air mata yang
mengalir itu disapu dengan pantasnya.
“Ya pun jawablah salam akak dulu.”
Mereka berdua berpelukan.
“Waalaikumusalam. Akak apa khabar?”
“Akak sihat. Kebetulan jumpa dengan
kamu. Jangan lupa datang rumah akak malam sabtu minggu depan ya? Akak buat
majlis sikit.”
“Insya allah kak. Kena tanya Omar
dulu.” Kata Huda sambil memandang sayu suaminya yang sedang berbual dengan
Zeck.
“Mesti Omar datang punya. Hari
Ulangtahun perkahwinan akak. Jangan lupa bawa hadiah.” Kata Ria yang tak tahu
malu itu. Dia tersengih.
“Baiklah kak.” Mereka pun meminta
diri untuk pulang. Ria mengeluh. Rasanya tak terluah pertanyaan mengenai cerai
itu. Biarlah masa yang menentukan segalanya.
“Kenapa sedih sangat ni?” Zeck
menegur. Syanaz asyik bermain dengan kolar baju t-shirt milik Zeck. Anak
lelakinya itu bagaikan tidak mahu jauh dengan Zeck. Itu pun aku nak cemburu ke?
Ria berbisik
“Tak ada apa-apa. Jom pergi beli
barang-barang.” Ria tersenyum memandang suaminya. Baby
stroller ditolak perlahan oleh Ria.
“Kan bagus dan indahnya kalau dapat
dapat tengok senyuman sayang macam ni tiap-tiap hari.” Zeck mula mahu beromantik.
Ria tersenyum. Memang dia jarang tersenyum manis untuk Zeck. Tak apalah. Untuk
hari ni kau dapat Zeck. Hari lain jangan harap!
Tiba-tiba Ria seperti menyimpan
dendam terhadap Zeck. Kenapa? Pelik!
Mereka berdua berjalan bersama.
Tanpa mereka sedari, Syanaz sudah lama terlentok atas bahu bidang Zeck.
Zeck dan Ria tersenyum. Comel
sungguh wajah anak itu tidur.
Tiba-tiba Ria dan Zeck ternampak
aksi kejar mengejar. Apa? Zana dan
Zafriel. Dahi Ria sudah berkerut. Dia memandang Zeck. Zeck hanya menggelengkan
kepala sahaja.
Larian Zana terhenti apabila
ternampak kelibat Ria dan Zeck yang sedang memandangnya. Malu memang malu.
“Kak Ria!” tersentak hati Zana.
Zafriel yang baru tiba di situ pun terkejut.
“Korang main kejar-kejar ke? Tak
ajak akak pun.” Ria mula meloyar buruk. Zeck menahan gelak. Perlahan-lahan dia
meletakkan Syanaz dalam baby stroller. Kesian melihat Syanaz yang kelihatan penat.
“Akak ni. Mana ada. Saya nak ke
tandas tadi.” Zana cuba memberi alasan.
“Kamu pula Zafriel. Bini pergi
tandas pun kau nak kejar?” Ria mula menyiasat. Ada sesuatu yang pelik berlaku
antara mereka berdua.
“Eh, saya kejar Zana sebab dia jalan
laju sangat.” Tergagap-gagap Zafriel menjawabnya.
“Bukan jalan tapi lari.” Ria
membetulkan kata-kata Zafriel. Lelaki itu hanya mampu tersengih. Zana pula
menyiku perut Zafriel.
“Sakit la......” Mata Zafriel
terpandang wajah Ria. “...Cik adik manis” Sambung Zafriel. Sebenarnya Zafriel
sedang marah dengan sikap Zana. Dia hanya meminta Zana satu permintaan sahaja
tapi isterinya itu menolaknya dengan berlari bagaikan ingin mengajaknya main
kejar-kejar seperti zaman kanak-kanaknya. Geram betul Zafriel pada Zana tapi
ditahannya.
Zana menahan gelak.
Makin berkerut wajah Ria.
Zeck tidak masuk campur. Dia hanya
menolak baby
stroller dan merenung
lembut wajah anaknya itu.
“Abang Zeck, kita jalan sama-sama.”
Zafriel berlari mengejar Zeck.
“Abang Zeck, Zana pun nak ikut.”
Zana turut mengejar Zeck. Kerutan di wajah Ria makin menjadi.
“Mereka berdua ni mesti ada
menyembunyikan sesuatu. Aku mesti korek rahsia tu.” Ria berkata perlahan. Sejak
bila dia suka jaga tepi kain orang ni?
“Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan
hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan
hati yang lebih halus dari sutera,” Kata Zeck sambil tersenyum. Sawan ke
suamiku ini?
Mereka berempat
berjalan bersama-sama.
“Tiba-tiba aje abang...” Ria terasa
pelik. Terlalu banyak perkara yang pelik yang berlaku hari ini.
“Pernah ke abang bercakap kasar
dengan sayang?” Zeck bertanya. Zana dan Zafriel hanya mendengar tetapi tangan
mereka masih berbalas-balas cubitan di belakang Ria dan Zeck.
Apabila Ria berpaling ke belakang, cepat-cepat Zafriel memeluk bahu
Zana dan Zana membalasnya. Mereka berdua tersengih.
“Tak ada pula, abang.”
“Itu sebab sayang boleh terima abang
seadaanya. Dengan kata-kata lembut itu.” Kata Zeck lagi.
“Tak ada kaitan pun...” balas
Ria. Sambil berjalan ke depan. Langkah
Zeck terhenti. Tak ada kaitan? Kesiannya aku.
“Kak Ria, kami nak pergi makanlah.
Nanti kitaorang datang rumah akak.” Kata Zana.
“Oh, jangan lupa datang rumah akak
sabtu depan ya? Ada majlis sikit.”
“Majlis apa?”
“Majlis perkahwinan abang Zeck.”
Zeck menjawabnya.
“Apa?!!” Zana dan Zefriel terkejut.
“Abang, jangan sampai saya hadiahkan
cubit-cubitan paling sedap dalam dunia ni.” Ria berkata dengan geramnya. Zeck
ketawa perlahan. Hatinya terhibur melihat wajah isteri tercintanya. Sentiasa
mencuit hatinya.
“Gurau aje. Majlis ulangtahun
perkahwinan kami yang ke tiga. Jangan lupa bawa hadiah, nanti kak Ria kamu tak
bagi korang masuk pula.” Zeck masih ketawa. Lucu memang lucu.
“Oh, gimik betul tadi.” Zana
mengurut dadanya. Memang kejutan yang mengejutkan. Mereka pun meninggalkan Ria
dan Zeck.
Ria dan Zeck pun membeli barang. Ria
menolak baby
stroller manakala Zeck menolak troli isi barang.
Banyak juga yang mereka berdua beli. Yelah. Target mereka hanya 50 orang sahaja
yang datang. Saudara mara dan kawan-kawan baik sahaja.
*****
Ria mengelap
peluh yang mengalir. Nasib baik abang Shakir datang membantunya dia di dapur.
Nak harapkan Zeck, putus harapan ajelah.
Baru sejam Ria di dapur, datang pula
Ibu Miko, dan mak cik- mak cik yang entah dari mana datangnya. Siap bawa
makanan tambahan lagi. Kini dapur rumah Ria sudah penuh dengan orang sehingga
dia disuruh keluar dari dapur itu. Ria mengaru kepalanya. Abangnya, Shakir pula
yang jadi ketua Chef.
Snap! Pancaran cahaya kamera cukup
menyakitkan mata Ria. Abang Syam ni memang. Aduh. Suka ambil gambar curi. Syam
hanya tersenyum.
“Abang, mana Syanaz?” soal Ria. Jam
di dinding baru menunjukkan pukul 9 pagi.
“Masih tidur sayang. Abang nak pergi
tengok lembu sekejap.”
“Lembu apa abang?”
“Lembulah.” Jawab Zeck. Jawapan
apakah ni? Ria mula geram.
“Abang......”
“Okey. Okey. Lembu ni abang Dan yang
bawa. Subuh-subuh lagi dah sampai. Sekarang nak pergi sembelih. Tukang sembelih
pun dah sampai.” Jelas Zeck dan terus berlalu.
Dahi Ria berkerut. Lembu? Ingat nak
buat kenduri kahwin ke? Ini majlis ulangtahun perkahwinannya aje. Ria mengaru
kepalanya. Pening. Kalau melibatkan abang-abangnya, mesti kepalanya pening.
“Risya?” terbeliak mata Ria.
Patutlah nampak Ibu Miko tadi.
“Ria. Apa khabar?” mereka
berpelukan.
“Khabar baik.”
“Darwisy yang jemput abang Affan
datang. Katanya kalau ramai yang datang, lagi meriah.” Jelas Risya. Mata Ria
terkebil-kebil. Bukan ke Darwisy tu doktor haiwan dan Affan tu doktor biasa
aje. Camner boleh jadi kawan pula?
“Terima kasih sudi datang.” Ria cuba
maniskan muka. Target yang hanya 50 orang sudah menjadi 200 orang. Kepala Ria
makin pening.
“Sayang....” Syamir menegur Ria.
Terbeliak mata Ria di buatnya. Banyak gila barang seperti polisterin untuk
makan nanti. Cawan, pinggan dan sebagainya.
“Abang Mir...” Ria tidak sempat
untuk habiskan ayatnya. Dia terpana apabila ternampak Lidya Alya. Sahabat
lamanya. Wanita itu bersama anak kembarnya dan suami tercinta, Danish Aniq.
“Alya!” Ria mengedikkan dirinya. Dia
berlari memeluk Lidya. Betapa dia rindukan Lidya. Damia dan Haris pun ada.
Terharu Ria.
“Hey, sabarlah. Macamlah dua puluh
tahun tak berjumpa. Baru tahun lepas kita jumpa.” Kata Alya. Damia hanya
tersenyum. Syamir, Haris dan Danish sudah menghilang. Mungkin ke belakang untuk
membantu penyembelihan lembu.
“Apa cerita awak dengan Danish
sekarang?”
“Ceritanya masih rahsia.”
“Ala, tu pun nak rahsia. Mia pula?”
“Oh, Mia masih macam dulu dengan
BKK.” Senyumnya sangat lebar. Risya hanya ketawa manja. Anak-anak kembar Lidya
sudah mengikut ayahnya itu.
Kepala Ria makin pening. Semua
kenalannya sudah datang.
“Kami ke dapur sekejap ya.” Mereka
berdua meminta diri. Ria mengambil keputusan untuk melihat lembu yang akan
dijadikan korban sebentar lagi.
“Darwisy!”Lagi sekali Ria terkejut.
“Hai Ria. Abang Dan beli lembu ni
dengan datuk Lia.”
“So?”
“Sayalah yang jadi ketua korban ni.”
“Jangan nak perasan.” Tegur Shahdan.
“Tengok darah pun nak pengsan.” Tambah Shahdan lagi. Patutlah berdiri jauh dari
tempat korban. Adess..
Ria tersenyum. Dia tidak tahu apa
yang perlu dia lakukan. Rancangan siapa yang menjemput mereka semua. Wajahnya
jatuh pada Zeck. Lelaki itu cukup ceria. Adakah semua ni rancangan dia?
Zeck....
Ria meninggalkan mereka....
Ria menyusun kerusi-kerusi plastik
yang ada dihalaman rumahnya. Syamir yang bawanya dengan sebuah lori. Ini yang
bagus kalau ada kawan ramai. Mudah aje nak minta tolong. Syamirkan polis. Ria
membayangkan sesuatu.
“Aku cakap bagi pinjam kerusi2 kau
dan semua peralatan ni. Kalau tak bagi aku report polis!” kasar Syamir mengugut
seseorang.
Ria tersentak. Ish, takkan sampai
macam tu abang Mir ugut orang. Tak ada la. Mana mungkin. Ria menyambung
kerjanya yang terhenti tadi.
“Assalamualaikum...” seorang
perempuan memberi salam.
Macam kenal. Ria meneka. “Waalaikumusalam.
Kak Fika ya?!!!” terkejut Ria.
“Kak fika aje ke yang tegur. Kami tak
nak tegur.” Suara si kembar kedengaran. Tikah dan Farhana.
“Siapa yang jemput ni? Jauhnya akak
datang. Terharu doh!” memang Ria rasa terharu. Hampir semua sahabat-sahabatnya
datang.
“Ada la. Mudah aje kalau ada TJ. Ke mana
pun sanggup di bawanya.” Balas Rafika.
“Mana TJ akak?”
“Dah pergi tempat sembelih lembu
kot.” Kata Rafika.
Si kembar Tikah dan Farhana sedang
bermain dengan Izz Irfan dan Izz Isfan, anak-anak Lidya dan Danish.
“Wah, ada si kembar kat sini. Comelnya.”
Kata Tikah sambil menarik pipi Isfan. Anak itu hanya tersenyum. Isfan memang
menyukai perempuan tetapi amat berbeza dengan Irfan. Dia hanya diam dan
merenung tajam apabila didukung oleh Farhana.
Farhana pun buat muka serius. Dia pun
mengeluarkan sesuatu. Sebuah buku. Terus sahaja
Irfan tersenyum. Farhana meletakkan Irfan ke bawah. Anak itu menarik
Farhana masuk ke dalam rumah.
“Kak Fika tolong Ria susun kerusi ni
ya?” pinta Rafika. Ria hanya mengangguk.
Tiba-tiba Ria terdengar Syanaz
menangis.
“Kejap ya kak?” Ria meminta diri ke
bilik anaknya tidur.
Ria terkejut melihat kehadiran
seseorang di bilik tersebut.
“Ria...” wajahnya bagaikan mahu
menangis.
“Lia...” terpana dia. “Kenapa ni?”
“Baby ni asyik menangis. Tak tahu
nak pujuk camner.” Kata Lia. Lia isteri Darwisy kat sini rupanya. Dah mengandung.
Macam menunggu waktu aje.
“Berapa bulan ni Lia?”
“Dah sembilan bulan pun.”
“Kenapa tak duduk kat hospital.” Kata
Ria. Dulu masa aku mengandung, dia paksa aku duk hospital. Si Lia ni tak ada la
pula. Takut bosan macam aku la tu. Teka Ria.
“Darwisy kata, dia akan hantar lepas
majlis ni. Dia minta saya duduk aje.” Jelas Lia. Ria hanya tersenyum.
“Anak mama jangan nangis ya.” Segera
Ria membancuh susu untuk anak lelakinya. Selepas itu anak kecil itu minum dan
tidur semula.
“Ria, perut Lia sakitlah. Boleh panggil
Darwisy tak?”
“Sakit nak beranak ke?”
“Tak tahulah.”
“Tunggu kejap.”
Ria menuju ke belakang rumahnya.
Darwisy berdiri tegak macam tugu negara pula. Yelah ketua sembelih katakan.
“Darwisy, Lia mengadu sakit perut. Baik
pergi tengok.”
“Yeke? Kejap.” Darwisy mencuci
tangannya. Ria hanya mengikut dari belakang.
Lia terasa sakit sangat. Dia berjalan
perlahan-lahan keluar dari bilik itu. Entah bagaimana dia rebah di depan pintu.
Makin sakit perutnya.
“Darah!” Darwisy terkejut melihat
keadaan isterinya. Isterinya ketika itu berada di depan pintu. Darah banyak
keluar.
Menggigil tubuh Darwisy. Dia fobia
dengan darah. Ria yang melihat keadaan itu segera memanggil Shahdan yang
kebetulan lalu di situ.
“Abang, tolong!”
“Ya Allah!”
Shahdan terus mengangkat tubuh Lia. Kecemasan.
Pang! Ria menampar pipi Darwisy.
“Ria, kenapa tampar pipi Darwisy tu?”
“Nak dia sedar sikit!” selamba kata
Ria.
Darwisy pula baru tersedar segera
mengikut Shahdan. Isterinya dalam keadaan kritikal dan dia seharusnya kuat. Kuat
menghadapai fobianya terhadap darah.
Shahdan dan Darwisy menuju ke
hospital berhampiran.
Ria berdoa mereka selamat.
*****
Alhamdullillah,
Ria mendapat panggilan, yang bayi Darwisy selamat. Lia pun Okey. Shahdan terus
pulang. Membiarkan pasangan itu berdua.
Sehari Ria tidak bercakap dengan
Zeck. Lelaki itu sibuk sahaja. Dia hanya mampu memandang dari jauh. Memang dia
menyimpan dendam dalam hatinya. Dendam sang cinta. Dendam yang dia akan
menyintai Zeck sampai bila-bila. Dendam itu membuat dia ego. Membuat dia
sentiasa melayan Zeck dengan dingin tetapi lelaki itu tetap sabar melayannya.
Zeck....
Selepas sembahyang Zohor berjemaah
berimankan Syam, majlis pun bermula dengan doa kesyukuran. Terharu Ria
mendengar doa dari mulut Syam. Terima kasih.
Majlis makan dimulakan.
“Kak Ria.” Huda menegur. Dia baru sahaja
sampai.
“Lambatnya datang.”
“Pasal akak la Huda gaduh dengan
Omar.”
“Akak?” Ria terasa pelik.
“Yelah. Akak cakap malam. Omar kata,
Zeck suruh datang petang. Tu dia tengah merajuk tak dapat nak tolong-tolong
masa sembelih lembu.”
“Yeke? Yang kamu cakap nak bercerai
minggu lepas tu apa?”
“Cerai? Ish akak ni mengarut. Itu cerita
dalam filem. Kita orang masa tu baru lepas tengok wayang.” Jelas Huda. Alamak! Salah
faham rupanya. So moral citernya, jangan gatal-gatal telinga nak dengar
perbualan orang lain. Kata-kata Zeck juga betul. Geram pula.
“Sudahlah. Jemput makan ya.”
“Terima kasih.”
Ria tersenyum lagi apabila dari jauh
melihat pasangan bahagia itu.
“Kak Ria!” Zana menegur.
“Ceria aje?”
“Mestilah ceria. Dapat hadiah
kereta.” Zafriel berkata.
“Yelah. Awak suruh saya kerja dengan
awak, awak kena beli kereta mini cooper, kereta idaman saya tu.”jelas Zana. Gembiranya
hati dia. Comel sungguh kereta itu.
“Bertuahnya badan dapat suami kaya.”
Kata Ria.
“Suami awak tak kaya ke?” Zeck
menyampuk.
“Eh....” entah mengapa hati Ria
berdebar.
“Jemput makan ya Zana, Zafriel.” Kata
Zeck.
Kini tinggal mereka berdua.
“Ria...”
“Ya....” mereka kini di depan kolam
buatan yang ada di halaman rumah mereka.
“Terima kasih lahirkan zuriat untuk
Zeck. Terima kasih kekalkan perkahwinan kita sampai sekarang. Dah tiga tahun. Itu
amat bermakna bagi abang.” Luah Zeck.
“Ria, abang sedar yang abang tidak
sempurna tetapi sayang menyempurnakan abang dengan cinta sayang. Terima kasih.”
Zeck mula berkata-kata.
Ria tersenyum. Tidak tahu mahu
membalas apa. Kata-kata Zeck sebentar tadi cukup bermakna baginya.
Mereka pun melayan tetamu yang
datang.
“Macam tergantung ya citer ni? Tunggu
Ria Natsumi 2 pula.”
-TAMAT-
Cinta hadir kerana
perkenalan, cinta bersemi kerana perhatian dan cinta bertahan kerana kesetiaan.
Watak yang
terlibat....
1.
Cinta ke?-Zeck/Ria/Shahdan/Shakir/Syamir/Syam
2.
Suamiku vampire-Danish/lidya/izz Irfan/ Izz Isfan/ Damia/Haris
3.
Saya peminat Awak-Affan/Risya/Ibu Miko
4.
Si Kasanova –Zafriel/Zana
5.
Tuan punya Cinta-Huda/Omar
6.
Sweet Sweet Doktor – Darwisy/Lia
7.
EpalHijauVSEpalMErah JADI cinta- TJ/Rafika/Farhana/Tikah
salam ria...
ReplyDeleteakhir nyerr kak fika berjaya menjadi org pertama tinggal jejak...haha..errkk teremo gelak lak...hehe
wah semua watak ada tue dlm ny...bestt bila baca pun asyik senyum jew sampai la tamat...tp bila tamat lak tukar mud lak memang mcm tergantung....adesss riaaaaaaa sajew errkk buat kak fika tertanya-tanya cite seterus nyerr x sabar nk tunggu RN 2..hehe besttt la dek taniah buat satu jln cite yg sweet dan santai gitu....nk..nk.. lagi....
@rafika dewi jahrul
ReplyDeletehihihi ria buat citer ni hanya untuk suka-suka dan ria pun tak stress nak buat...tambahan pula ini kes nak merapatkan hubungan ria dengan Zeck...adess malu nak kato la...hahhahah terima kasih kak sudi komen...tunggu RN2 pula....pasal apa pula Ria dan zeck nak buat...
salam kak sumi...fuyooohh...
ReplyDeletebaru dapat baca habes..hehehe...ermm...mcm kenal je tikah n hana tu...kahkahkahhh...
ngaaaaaa! kka Ria! awesomeee! :D
ReplyDeletebesttt sangat bila semua watak ada. hihihi
enjoy sebab dapat bayang semua orang sekaligus! weee <3
Thank you for this one kak ria ;)
tak sabar nak baca sambungannyaa <3
@miss desouleater
ReplyDeletewslm...
hihih kenalke nama tikah dan hana tu???hihihihi ni blog siapa??tikah ke hana??yg paling kuat panggil akak kak sumi ialah hana...hana la ni ye?
hahah.. bes..bes.. bilanya dndam ria dkat zeck nx terlerai ney..? teringin nx tngok ria ngan zeck romantika de amor pulak.. ahaks!
ReplyDelete@Nabilah Huda Mazlan
ReplyDeletesukannya dia tapi jangan sedih sebab tak jadi bercerai dengan omar hihih tapi serius akak cakap...cerita kamu dengan omar tu hanya rekaan..akak tak naklah kamu berkecil hati...serius la akak katakan...jgn ambik hati okey...anggap aje hiburan semata2 kisah itu...terima kasih..
@Aina Shukri
ReplyDeletehihi ria dan zeck beromantika???adess malunya.. yelah takat ni mereka belum beromantik lagi...asyik gaduh aje....adesss....malunya nak buat babak tu hihihih tebal muka ria ni rasa hahahah
laa.. kata full.. cepat ya.. xsabaq.. hehe..
ReplyDelete@MissxYana
ReplyDeleteFull punya la tu..habis takat majlis tu....so, next RN2...kisah lain pula...tapi berkaitan dengan ni...jgn la kecewa hihihi hrp sbr...
ouh.. mcm tu ya.. ingt t'gantung.. hehe.. okehh.. :D
ReplyDelete@MissxYana
ReplyDeleteRia tulis tergantung sebab...perasaan RIa tak terluah lagi pada Zeck...dia hanya membisu sahaja....terima kasih sudi baca...
Lahh.. Cerita ni ada kena dgn unnie ria ka?? Hehe baru tau.. Terbaikk..
ReplyDeleteCerita ok.. cuma banyak cabang;
ReplyDeletesepatutnya cerita Ria yang mana tapi dimonopoli oleh orang lain...
best la
ReplyDeletewah..! terbaek lh citer nie..mmg best
ReplyDeleteBest smuanya .. ape new novel or cerpen tuk 2013 ni ??
ReplyDeletebila akak nk sambung???
ReplyDeletexsabar2 nk tunggu ni...
hihihihihih (Y)
dah xda lagu ke skrg ni??
ReplyDeletebest giler lah kak ria...
ReplyDeletebest cerita nih...baca dari mula sampe abih tersenyum jerk...hehe meriah sgt... RN2 dah dikeluarkan ke belum? tak sabar nak membaca :)
ReplyDeletewah bestnye....tpi dah lme x de smbungan
ReplyDeletenak tanya.. tajuk lagu apa yang main bila kita baca cerpen nie eh? please reply..
ReplyDelete