Followers

Showing posts with label Watak. Show all posts
Showing posts with label Watak. Show all posts

Sunday, 13 May 2012

2
Komen

watak Suamiku gila kuasa...

Putra Huzaiman...
Dia seorang yang sukakan kuasa dan pangkat. Dia suka buat muka serius. Mungkin sebab nak tua cepat sangat kot hahaha tak lah...padahal dia nak perhatian. Semua yang diuruskan olehnya pasti akan berjaya dengan cemerlang. Ini yang buat ramai yang jeles. Musuh pun ramailah. Perempuan pun suka gila la dengan dia ni tapi masalahnya, dia ni tak suka perempuan. (habis dia suka lelaki ke? Guy? Oh tidak!!!) eh taklah macam tu. Dia Cuma  tak berminat ke arah itu lagi. Cuma seorang gadis ni dia suka. Namanya Sha. Itu ajelah yang dia tahu. Sha ni perwatakkannya macam lelaki tapi perempuan. Sha selamba betul apabila berjumpa dengan dia. Tak tahu erti takut ke... hormat ke...main redah aje minah ni. Dia suka sejak Sha selalu datang lewat ke sekolah. Dia sengaja tidak mahu ambik tahu pasal si Sha ni sebab dia nak menidakkan perasaannya yang semakin mendalam untuk Sha. Nama penuh Sha pun tak tahu. Si amman dan Ammar la yg selalu tulis nama si Sha ni. Kerana nak hilangkan perasaan yang tak best dia rasakan ini, dia sentiasa membuli si Sha. Dia terhibur melakukannya.
       Lepas Spm dia mula rasa senang hati sebab tak payah jumpa Sha dah tapi tak sngka Sha kerja kat Syarikat. Dia terkaku pada mulanya tapi idea untuk membuli Sha membuak2 dalam kotak fikiran ni dan si Sha ni hanya terima sahaja tanpa bantahan. Layan aje pembulian dia. Dia pun cuba idea yang paling gempak ni untuk mengenakan Sha tapi akhirnya dia yang terkena. Gadis itu tetap mencuit hatinya.
       “Oh tidak!! Aku tak mahu dia ambil hati aku. aku tak nak! Aku tak nak dia xcapai cintai yang sememangnya ada dalam hatiku untuknya tapi aku tak sanggup pula tengok dia bersama lelaki alin. Adakah aku kena mengikat dia dengan perkahwinan? Dia akan jadi hak aku yang mutlak. Adakah cara ini yang terbaik?” huzaiman tertanya2
       “Sha, hanya gadis yang pelik dan buat aku rasa ingin disayangi oleh beliau. Ala camner ni? Sha suka aku tak? Aku kan selalu buli dia... camne dia nak suka aku? mustahil la dia nak suka aku. aku nak buat camner dia suka aku. sha kan berdendam dengan aku... Baik fikir wahai huzaiman. Fikir!” Huzaiman mula geram...

Wednesday, 21 December 2011

9
Komen

SINOPSIS SUAMIKU VAMPIRE

“Danish Aniq, siapa tak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar ‘vampire’ disebabkan personalitinya yang erotik. Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah tapi bila malam menjelma, Danish seperti makhluk yang baru mendapat kuasa luar biasa." itulah yang sering dikatakan oleh orang lain tentang aku tetapi satu yang mereka tidak tahu mengenaiku. aku begitu suka melihat leher perempuan.

Akhirnya aku bertemu dengan seseorang yang membuat hati aku berdebar kencang. wajahnya, suaranya dan segala-gala miliknya membuat aku tidak senang duduk.

“Kau suka aku? Dan jawapannya sama ada Yes atau ya,”

Itulah soalan yang aku tanyakan kepada gadis itu tetapi dia menolak aku mentah-mentah membuat hatiku membara dan kerana sikap aku yang gelojoh itu, dia kemalangan jalan raya dan hilang ingatan.Sejak hari itu aku hilang jejaknya.

Setelah 7 tahun gadis itu menghilang, aku bertemu dengannya. hati aku dipagut kerinduan yang amat sangat. tetapi ingatan dia pulih menyebabkan hubungan kami yang baik menjadi sebaliknya. bagaimana aku tangani masalah yang rumit ni? jemput baca novel Suamiku Vampire.

Damia Eryna, nama akulah. aku adik kepada Danish Aniq. aku ni suka buat kerja yang pelik macam tukang kebun, tukang gunting, tukang cuci dan tukang mengata orang. BKK. lelaki itu selalu kacau aku. walaupun bagaimana pun, dia tertipu dengan lakonan aku dengan Danish sebagai suami isteri. itu pun kerja sambilan aku juga hihihi apa yang akan terjadi dengan hubungan kami...kenalah baca novel SUamiku Vampire.

sekian terima kasih.

Thursday, 20 October 2011

8
Komen

COVER : CINTA KE? Zeck..

Zeck atau nama sebenarnya ialah Nabil Fikri. mempunyai bentuk badan yang gagah dan suka bergaya. sejak dia ditinggalkan Ria Aryantie, dia berubah sikap. suka berfoya-foya.

Setelah sekian lama tidak berjumpa Ria, kini jodoh mereka bersama. peluang itu tidak akan dilepaskan oleh Zeck. memiliki Ria adalah maklamat yang wajib dicapai.

Sikapnya suka merenung wajah Ria sejak berkahwin. hal ini kerana dia suka melihat wajah Ria yang manis itu. cermin mata mesti dipakainya.

Zeck seorang lelaki yang kuat cemburu sehingga Ria tidak tahu bagaimana cara untuk bercakap Zeck. Zeck suka kejutan dan hadiah. peliknya lelaki ini.

jemput baca penulisan Ria ....e-novel yang bertajuk Cinta Ke? harap dapat memberi sokongan selain novel Suamiku vampire. terima kasih kepada semua yang sudi beri sokongan kepada Ria.

Terima kasih...

Thursday, 13 October 2011

11
Komen

HARIS LOVE DAMIA

Haris Akmal : seorang lelaki berbadan besar. mempunya raup wajah yang kacak walaupun selalu menunjukkan wajah yang serius. dia memiliki tubuh badan yang besar sehingga Damia mengelarkan dia BKK iaitu bos king kong. tingginya juga melebihi tinggi Danish. HAris ada tabiat yang suka tidur berjalan membuat sesiapa pun seram dengan sikapnya apabila itu yang terjadi... mata yang agak kecil molek, hidung yang mancung dan mulut yang lebar sedikit. dia suka berjalan dengan tangan yang berada didalam kocek.

DAmia Eryna : seorang yang nakal. mempunyai raup wajah yang cantik. gayanya cukup ringkas sehingga orang tidak menyangka dia merupakan seorang anak dato. walau bagaimana pun, dia tidak sombong dengan anugerah tersebut. Damia manis dengan senyumannya. dia tiada pengalaman bercinta dan dia memang takut untuk mengalami perasaan cinta kepada lelaki. sehinggalah muncul Haris iaitu BKK.

Apa yang akan terjadi antara mereka berdua? bagaimana mereka boleh berkahwin sedangkan Damia begitu fobia dengan cinta lelaki. dia tidak berminat dengan cinta. manakala Haris yang sudah gila bayang dengan Damia berusaha mendapatkan gadis itu. menjadikan DAmia milik hak mutlaknya. bagaimana??nantikan babak bahagian mereka....