“Naylea Arqam? Arqam Naylea… sedap
memang sedap macam nasi ayam mak kau masak. Ngam dan sesuai. Apa lagi yang kau
nak tunggu, aku dah melamar kau pun. Kau tolak mentah-mentah. Kau nak apa lagi?
Katakan sahaja.” Arqam berkata. Sememangnya dia gila bayang dengan minah
seorang ini.
Naylea
mengeluh. Kenapalah lelaki ini tidak kenal erti putus asa. Dah tahu orang tak
suka, masih nak terhegeh-hegeh lagi. Naylea rasa tekanan dalam jiwanya.
“Tolonglah!
Aku dah nak jadi gila dengan sikap kau yang gila ni. Tolong pergi jauh dari aku
wahai orang gila!” Naylea membuat muka.
“Kejap!
Kau kena tambah sikit. Orang gila cinta kau. Itu baru betul.” Tambah Arqam. Lelaki
itu tersengih.
“Oh,
tidak! Aku dah boleh gila layan lelaki ni!” jerit Naylea sambil memegang
kepala. Terasa kepala itu sakit.
“Kau
janganlah jerit kuat-kuat. Malu orang dengar. Aku tahulah yang kau pun suka
aku. gilakan aku juga.” Arqam mula perasan.
“Aku
rasa nak tumbuk aje mamat sorang ni. Dahlah. Aku pergi ni.” Naylea mula menaiki
motor sport yang dibeli dengan hasil titik peluhnya. Dia memang sukakan motor
tersebut sejak kecil lagi. Yang paling dia suka, warna merah jambu.
Pink
colour hihihi
“Eh,
tunggu aku la Eka!” jerit Arqam. Dia juga turut sama menaiki motor Yamaha
berwarna hitam itu.
Berlakulah
kejar mengejar antara mereka. Akhirnya kedua-dua mereka kena tahan oleh polis
kerana telah melebihi had laju kenderaan.
“Ini
semua pasal kau la!” amuk Naylea. Tak pasal-pasal dia kena saman sekali. Gara-gara
cinta gila lelaki yang gila ini. Bencinya. Terlalu benci!
Naylea
melepaskan geramnya di sebuah taman rekreasi.
“Kenapalah
kau benci pada aku sangat? Aku ni kacak. Kaya. Berpotensi menjadi ayah yang
cemerlang untuk anak-anak kau. Semua pakej aku ada. Al-quran pun aku dah katam
tiga kali. Bukan calang-calang orang ni.” Kata Arqam. Dia cuba menyakinkan Naylea.
“Mulalah
nak perasan. Aku tak suka kau sebab kau ni gila. Gila tau tak!” marah Naylea.
“Gila?
Rasanya aku dah pergi jumpa doktor pakar lagi. Jiwa aku okey aje. Sihat sejahtera.
Tak ada masalah. Kau sengaja nak beri alasan ye?” pangkah Arqam.
“Benci!”
kata Naylea dan terus meninggalkan Arqam.
“Eh,
minah ni! Tak habis-habis benci. Entah-entah dia sayang aku tapi tak mengaku.
*****
Naylea menarik muncung. Memanglah dulu
aku dan Arqam pernah bercinta tapi tu kan zaman kanak-kanak. Suka-suka gitu
boleh la. Tapi tak sangka Arqam ni serius pula. Makin serius bila si keluarga
Arqam datang meminang. Mak apa lagi. Senyum sampai ke telinga. Yelah menantukan
lelaki kaya.
“Mak,
Eka tak suka si budak perasan tu.” Naylea berterus terang. Ini antara hidup dan
mati. Mana boleh aku korbankan diri demi mamat perasan tu.
“Eh,
korangkan pernah bercinta.”
“Ala,
tu cinta monyet.”
“Apa
monyet-monyet ni? Mak tak kira apatah lagi bilang. Mak nak korang kahwin. Sesuai
sangat dengan Eka. Dia kan pandai melawak. Tengok dia pun mak nak ketawa. Sweet
tau.” Pujuk mak.
Sweet?
Aku nak muntah dengar perkataan tu. Tang mana pula yang sweet ni? Lubang hidung
dia yang luas tu mak kata sweet? Alamak! Dahi Naylea sudah berkerut.
Naylea
pun bangun menuju ke biliknya. Makin dilayan mak, makin tinggi menggunung
pujian mak untuk lelaki itu.
*****
Panas jiwa, panas hati, panas
telinga. Semuanya Naylea rasa. Sakit hati dengan perbuatan Arqam. Lelaki itu
mengurungnya di sebuah bilik. Rumah siapa la ni.
“Ar,
bukak pintu ni!” jerit Naylea. Apa kena mamat ni? Sah gila ke? Takutnya.
“Aku
tak nak buka selagi kau tak setuju kahwin dengan aku! tak kan!” kedengaran
suara Arqam dari luar bilik tersebut.
“Kau
nak aku mati kebuluran ke?”
“Nanti
aku bagilah kau makan!”
“Ar,
bukalah!” Naylea makin gila dengan sikap Arqam ini.
Disebabkan
Naylea asyik menjerit, membuatkan dia rasa penat dan mengantuk. Arqam pula,
kata nak bagi aku makan tapi tak bagi-bagi pun. Malam pun dah nak menjelma. Nasib
baik ada tempat nak sembahyang. Siap tulis arah kiblat lagi.
Akhirnya
Naylea tertidur. Dia tersedar apabila bilik itu nampak gelap.
“Ar,
ye pun kau nak kurung aku, bukalah lampu.” Naylea mengetuk perlahan pintu
biliknya.
Perlahan-lahan
pintu bilik tersebut dibuka dari luar. Naylea berganjak ke belakang sedikit.
Naylea
ternampak cahaya lilin. Apa ni?
Naylea
terkejut. Air matanya sahaja mengalir. Tidak pernah orang buat kejutan seperti
ini. Naylea terkaku.
“Allah
selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Naylea Atieqah. Allah
selamatkan kamu!” kedengaran suara kawan-kawan menyanyikan lagu bermakna itu.
“Selamat
hari lahir Eka...” Pertama kali Naylea mendengar suara Arqam berkata dengan
penuh dengan nada romantik dan mengasyikkan. Hati Naylea berdebar kencang saat
mata mereka saling berpandangan.
“Sudahlah
tu!” Ria menegur apabila melihat mereka tiada tanda-tanda mahu menyedarkan
diri.
“Betul
tu. Ada orang tak sabar nak makan kek ni.” Kata Rafika pula.
“Siapa
kak Fika?” tanya Naylea. Dia memang sudah tersedar. Arqam pula sudah menghilang
entah ke mana.
“Ni
cik kak kamu ni, Eka.” Kata Rafika sambil menunjukkan arah Ria. Ria tersentak. Aku
pula yang kena.
“Eh,
Ria memang suka kek. Sedap kek coklat ni. Yami! Yami!” kata Ria. Matanya asyik
melihat kek coklat yang kini di atas meja.
“Biasalah.
Tengoklah siapa yang buat.” Kata Rafika yang mula berbangga dengan dirinya.
“Yelah.
Kak Fika yang buat.” Ria mengalah. Dia ingin memotong kek tersebut tetapi
telinganya di tarik oleh Zeck.
“Kat
sini mamanya. Syanaz tu tak reti nak jaga ke?” marah Zeck.
“Eh,
bukan dengan abang ke?!” soal Ria tanpa rasa bersalah. Ria tidak pedulikan
semua itu. Dia mahu makan sahaja.
“Kak
Fika dan Kak Ria ni bawa bersabar la. Abang Zeck pun janganlah marah kak Ria. Dalam
perut tu ada lagi sorang. Normal la kak Ria suka makan.” Kata Naylea. Dia gembira
dengan kejutan ini. Senyuman nampak gigi itu tandanya Naylea gembira sangat.
“Baiklah!”
Zeck mengalah. Dia mendukung Syanaz. Anak itu semakin aktif.
“Ni
rumah siapa?”
“Rumah
Eka cakap? Ini vila sayang. Rumah peranginan milik keluarga Ar.” Jawab Rafika. Naylea
terkejut. Nasiblah kau Ar. Aku tak suka kau tapi perasaan tadi? Apakah maknanya?
Yelah,
sejak kenal dengan Arqam. Lelaki itu hanya tahu bercakap kasar dengannya. Tak pernah
berkata lembut macam tadi. Macam mana aku nak suka kau, Ar? Aku sukakan lelaki
yang bercakap lembut denganku. Melayan aku dengan lembut. Oh, Arqam Zazali!
“Maaf
lambat!” Tiba-tiba Arqam muncul dengan kotak besar yang dibalut cantik.
Tikah,
Farhana yang senyap dari tadi hanya memerhati.
“Wah besarnya
hadiah. Cemburu buta dibuatnya aku.” kata hati Tikah.
“Bukan kau aje. Aku
pun turut buta sekali.” Kata hati Farhana pula. Mereka berdua berkomunikasi
dalam hati pula.
Mereka yang
berada di ruang tamu semua memberi peluang kepada Naylea dan Arqam untuk
meluahkan perasaan masing-masing tetapi hanya seorang yang tidak faham.
“Ria...” Zeck
berbisik.
“Apa dia?” dia
masih makan kek tersebut.
“Jom!” ajak Zeck.
Syanaz sudah diberi dukung pada Tikah.
“Pergi mana?”
“Pergi.....” mata
Zeck tiba-tiba kuyu. Awat pelik laki aku ni? Nak beromantik pun jangan kat
rumah orang.
Dia menarik Ria
masuk ke sebuah bilik. Kini, Ria bersandar pada pintu. Zeck memandangnya dengan
pandangan yang asyik.
Hati Ria
berdebar-debar.
“Sayang...” Suara
Zeck separuh berbisik.
“Ya, Abang.” Balas
Ria juga lembut. Oh, hati. Jangan berhenti berdenyut. Oh tuhan!!
“Sayang tepi
sikit, abang nak skodeng diorang ni?” Zeck menolak tepi tubuh Ria. Dia membuka sedikit
pintu bilik tersebut. Ternampak Naylea dan Arqam dari jauh.
“Tak guna punya
laki!” kerana terlalu geram Ria memanjat belakang Zeck dan menyebabkan mereka serentak
jatuh.
Kini, Ria berada
atas belakang Zeck dengan keadaan zeck terbaring membelakang atas lantai. Zeck
menjeling sedikit arah Ria. Ria juga membuat perkara yang sama dan..... hihihi
*****
Apa benda yang besar sangat mamat ni
bawa? Buat aku tertanya-tanya pula.
“Kau
memang dah gila ya!” marah Naylea. Siapa tak marah. Mamat ni buat aku macam
mangsa penculikan sahaja.
“Ya
gila la sikit. Gila dengan kau aje.” Rendah suara Arqam. Naylea rasa pelik tapi
dia senang Arqam berkata begitu.
“Ini
untuk kau!” Arqam memberi kotak yang besar itu.
“Mak
ai! Besarnya patung beruang ni. Warna putih. Beruang kutub ya?” soal Naylea
dengan tak berapa bijak itu.
“Ya.
Eka...” tiba-tiba nada Arqam menjadi romantik. “Sejak kita bercinta dulu. Walaupun
zaman kanak-kanak aje tapi aku gembira. Aku gembira dengan kehadiran kau. Kau buat
aku rasa kehidupan aku ni terisi. Walaupun kau selalu marah aku bila kita dah
masuk sekolah menengah dan sampai sekarang. Tapi aku suka. Aku nak kau jadi
suri hati aku, Naylea. Terimalah aku. aku tahu aku selalu cakap kasar dengan
kau tapi itu mungkin aku dah biasa cakap dengan kau macam tu tapi hakikatnya,
aku sayangkan kau. Aku gilakan kau.” Kata Arqam sambil berdiri tegak ketika
itu Naylea sedang duduk di atas kerusi.
“Kau
ni memang gila!” hati Naylea tetap berdebar kencang. Padahal dirinya sudah
bersetuju.
“Tak
kisahlah kau nak kata aku gila atau gila-gila. Aku tetap suka kau selamanya.” Kata
Arqam dengan seriusnya.
Kali
pertama melihat Arqam serius. Baiklah aku setuju. Kata Naylea dalam hati. Rasanya
tidak terluah dengan kata-kata.
Naylea
bangun dan mengajak kawan-kawan semua makan bersama. Malam itu kami raikan hari
lahir Naylea dengan meriah sekali.
“Mana
kak Ria dan abang Zeck?” semua orang berpandangan apabila Naylea bertanyakan
soalan itu.
“Sinilah!”
jawab Ria dengan muka berkerut.
“Kenapa
kak?”
“Jatuh
ditimpa tangga.” Kata Ria.
“Tangga
ke orang?” Zeck bertanya. Nak aje aku terajang laki sendiri. Tak tahu malu
betul.
Akhirnya
mereka semua ketawa gembira.
Semoga
bahagia ini berkekalan.
p/s : citer ni memang pendek. Jika ada
kesalaha. Ria minta maaf. Ini hanya untuk suka suka. Pengajaran yang kita boleh
ambil. Jangan membenci orang terlalu melampau sebab akhirnya mungkin dialah
jodoh kita.... mungkin..
wa!!!! best la kak ria... hahaha!! sweet citer ni!!! ^_^_^ ...
ReplyDeletelast2... naylea n arqam... hehe..
ghghghghghg
Deletebest la cite nie....sO sweet...tp knpe ending die cm tergantung je...bru syOk2 bce...tgk2 dh abis...
ReplyDeletesalam ria...
ReplyDeletewowowo ringkas da santai..x berat sangat so sweet jew start baca sampai akhir tersengih-sengih jew mulut ny...hehe tahniah berjaya buat satu lagi karya santai n sweett.....
nk tiru eka senyum sambil nampak gigi ^____^ (panjang errkk eka senyum)...
<3 <3 <3
salam ria.....
ReplyDeletewowoo best cite dye ria santai dan sweet..antara eka n arqam...tersenyum bila start baca sampai abiss...hiashh tp x puas la tgk dye org ny baru nk senyum meleret da abiss btul kata cik liena ....tp kak fika suka...tahniah berjaya hasil kan satu lagi karya dari ria.....chaiyokk dek....hehe
best ar citer ni...baru baca coz baru jumpa blog ni... ria, boleh tak buatkan satu citer yg ada nama saya,salmi fasliena?
ReplyDeletesweet habes ! ^^
ReplyDeletemcm mna nak wat blog mcm nie....he3....sorry
ReplyDeleteDah baca bestla
ReplyDeleteShort story but still sweet
ReplyDelete