Followers

Sunday 8 July 2012

34
Komen

CERPEN : MR.SKEMA (full)





Farid membetulkan cermin matanya. Tali leher dibetulkan supaya lebih kemas. Bersungguh-sungguh dia mengejar gadis yang pantas berjalan itu. ‘Minah ni tak pandai letih ke?’ detik hati Farid.

“Nur Syafiqah Alia Rashid!” panggil Farid. Alia berpaling. Akhirnya dia mengeluh. ‘Mamat skema ni lagi.’ Naik jemu Alia melihat wajah itu.

“Ada apa mamat skme?” soal Alia. Alia merupakan pegawai kewangan syarikat Farid. Disebabkan jawatan itu mereka sering bertemu.

“Aku cuma nak bertanya. Skema itu apa? Sejenis peribadi yang kacak ke?” Farid cuba meneka. Wajahnya tidak lepas daripada memandang Alia.

“Kau jangan nak terlebih perasan okey...” mahu termuntah Alia mendengarnya kata-kata yang dituturkan oleh Farid. ‘Ayat dalam buku teks ke?’.

“Ala, engkau beritahulah aku. Bukan mudah mahu dapat pujian daripada engkau.” Entah mengapa dia suka mengusik Alia.

“Pujian?” Alia mengeluh. ‘Mamat ni tak sedar ke aku ni mengata dia? Opss! Dosa tau.’

“Itu namanya pujian kalau engkau mahu tahu.”

“Kau balik rumah dan search dengan pakcik google kau tu. Cari perkataan skema tu apa maknanya. Aku pergi dulu!" cadang Alia.

"Pakcik google? Aku mana ada pakcik nama macam tu." Farid keliru.

Alia mengeluh.

“Lantak kau la.” Alia tidak mahu peduli lagi.

“Ala Alia ni....” Farid mengeluh.

Farid pulang ke rumahnya. Dia memandang sekelilingnya. ‘Mentang-mentanglah aku ni bos dia. Dia buat tak kisah aje. Yelah! Kawan sejak kecik! Siap la kau Alia!’

Farid membuka cermin matanya lalu menuju ke bilik air. Dia mahu membersihkan diri dahulu.

Selesai sahaja, dia keluar hanya bertuala sahaja dan terus menuju ke meja besar yang ada dalam biliknya itu. Dia sukakan permainan puzzle. Kali ini dia memilih gambar pemandangan. Ada senyuman yang terukir di bibirnya.





Selepas memakai baju tidur, dia terus menuju ke ruang tamu dan membuka komputer riba miliknya. Dia mula mencari ‘skema’. ‘Jumpa pun!’



Kalau kita sedar, kadang-kadang istilah ‘skema’ ini ditujukan kepada orang yang kemas pemakaiannya dan penampilannya. Bila seseorang itu berkemeja, berseluar slack dan tuck in maka orang tersebut digelar skema. Tetapi ada juga dalam hal lain, orang yang bahasa pertuturannya berbentuk ‘bahasa buku teks’ turut mendapat panggilan skema. Turut tidak terlepas juga bagi mereka yang kebiasaannya jenis mengikut peraturan di sekeliling mereka yang telah ditetapkan untuk mendapat gelaran skema. (http://bentara-khateeb.blogspot.com/2009/03/apa-itu-skema.html)



“Kalau dari segi pakaian tu memang tak boleh lari la sebab aku memang suka pakai kemeja dan yang sesuai dengannya. Nampak kemas sikit kalau macam tu. Itu pun nak panggil aku skema. Apa? Bahasa buku teks? Ini dah melampau. Bahasa formal itu penting dalam urusan perniagaan, selain Bahasa Inggeris. Ala, aku ni skema sangat ke?” akhirnya dia tutup komputer ribanya. Malas mahu menghadap skrin tersebut.




Farid mengeluarkan alat muzik kegemarannya ialah trumpet. Dia terus meniup sehingga ke beranda apartment miliknya. Dia pun pelik kerana dia begitu sukakan bunyi alunan itu. Dia terus meniup sampai dia puas.

Akhirnya dia tertidur dia atas sofa di ruang tamunya

Kring... Kring... Kring...

Bunyi telefon bimbit Farid. Tangan Farid bergerak-gerak mencari di mana datangnya bunyi itu dengan mata yang terpejam.

‘Siapa call aku malam-malam buta ni?’ bisik hati Farid.

“Alia?” makin pelik kerana Alia yang telefon.

“Ada apa ni Alia?” soal Farid.

“Farid, tolong aku!” begitu cemas suara Alia.

“Tolong apa ni, Alia? Tolong tengok ke?” sempat Farid bergurau.

‘Ish, bos skema aku ni memang sengal la.’ Geram Alia.

“Aku kena rompak dekat-dekat kawasan rumah kau ni. Tolong aku. Aku ada depan pak cik kau ni.” Beritahu Alia.

“Pak cik?” Farid sudah keliru. ‘Siang tadi dia sebut pak cik google tapi sekarang ni pak cik mana pula?’ Farid sendiri tertanya-tanya.

“Pak cik pak gurd ni. Dia tak bagi aku masuk ni. Cepat la datang!” marah Alia.

Barulah Farid faham.

“Aku datang sekarang!” trumpet yang tidak sempat disimpannya dibiarkan sahaja atas meja. Dia terus mencapai kunci kereta dan menuju ke tempat pengawal keselamatan.

“Terima kasih tolong aku, Farid.” Ucap Ali sebaik sahaja kelibat Farid kelihatan. Farid hanya senyum. Dia membetulkan sedikit cermin mata tebalnya itu. Tak pernah tinggal cermin mata itu.

“Sama-sama kasih. Aku tolong takat yang termampu.” Balas Farid. “Pak Mail, terima kasih jaga kawan saya ni.” Ucap Farid pula. Pak Mail hanya mengangguk kepala sahaja.

“Engkau nak buat laporan polis ke?” soal Farid. Dia benar-benar bersyukur sebab perompak tu tak apa-apakan Alia. ‘Eh, kenapa pula aku sibuk-sibuk nak risau pasal perempuan ni?’

“Tak apalah. Aku tak suka pergi balai polis.” Ada rahsia yang Alia sembunyikan. “Hantarkan aku balik boleh tak?” pinta Alia.

“Tapi dia rompak segalanya milik engkau. Nasib baik dia tak apa-apa kan engkau.” Farid terasa pelik dengan sikap Alia. Bukankah perkara ni serius?

“Aku tak nak! Aku benci balai polis.” Wajah Alia serius.

‘Serius tapi macam nak nangis. Apa kena dengan Alia ni?’ Farid merenung tajam ke arah Alia. Gadis itu hanya menundukkan wajahnya sahaja.

Mereka bergerak ke tempat letak kereta Farid. Kini mereka berdua sudah berada dalam kereta.

“Kita ke balai polis, sekarang juga.” Tegas Farid. Dia baru mulakan pemanduannya tetapi belum sempat dia hidupkan enjin kereta, Alia pantas keluar dari kereta tersebut.

Farid terkejut. Pantas dia pergi ke arah Alia.

“Alia, engkau okey?” Farid benar-benar risau. ‘Tak pernah pula ada orang anti dengan balai polis? Pelik betul perempuan ini.’

“Aku tak nak pergi. Tolong hantar aku balik. Aku hanya nak balik, Farid.” Alia mencengkam bahu baju Farid. Air matanya mengalir. “Aku tak nak pergi balai polis.”

“Tapi kenapa?” soal Farid. Dia benar-benar ingin tahu.

“Dulu kakak aku pernah kena rogol masa dia pulang dari sekolah. Apabila aku dan keluarga sampai ke balai polis, aku terkejut. Terkejut melihat keadaan kakak aku.” air mata Alia mengalir lagi deras.

“Apa yang terjadi?” skema Farid tetapi dalam hatinya amat berdebar.

“Kakak aku hanya memakai baju sekolah yang warna putih itu. Hanya sehelai pakaian itu sahaja dan dibiarkan duduk di tempat terbuka macam tu. Tanpa diberi kain yang lebih. Tanpa diberi perhatian. Aku tahu polis-polis lelaki yang ada di kaunter asyik menjeling ke arah kakakku yang hanya berpakaian baju sekolah yang nipis dengan tanpa apa-apa di dalamnya. Aku rasakan balai polis tu dah menghina maruah kakak aku lebih dari perogol itu. Maruah kakak aku tidak dijaga oleh pihak yang sepatutnya.” Panjang lebar cerita Alia. Air matanya semakin kurang. Hanya esakkan sahaja kedengaran.

“Tak ada ke polis perempuan yang boleh berikan kain?” Farid faham sudah apa yang di alami oleh Alia. Gadis itu memeluk tubuhnya sendiri. Cuba mengumpul kekuatan. Dia terduduk dengan bersandar pada kereta Farid.

“Tak ada.” Air mata dikesat. Nasib baik ketika itu, dia memakai jaket dan segera dia memakaikan untuk kakak.

“Sekarang kakak engkau okey?”

“Dia dah tiada lagi. Dia pergi bersama keluarga aku. Aku dah tak ada siapa-siapa Farid. Selama sepuluh tahun ini aku hidup sendirian.”

“Sabarlah Alia. Aku akan jaga engkau. Aku akan jaga engkau. Engkau jangan risau.” Kata Farid dengan penuh semangat.

Alia mendongak memandang Farid. Kata-kata itu ikhlas dan tulus dipendengaran Alia.

“Kita pergi buat laporan polis ya? Aku teman engkau. Okey?” pujuk Farid. Akhirnya Alia bersetuju.

Mereka berdua menuju ke balai polis berhampiran. Segala urusan diselesaikan dengan cepat. Beberapa jam kemudian, perompak itu berjaya di tangkap.

Alia terkejut apabila dikhabarkan berita tersebut. Dia pun tersenyum.

*****

Farid menghulurkan satu kad pada Alia. Ketika itu Farid masuk dalam bilik kerja Alia.

“Engkau baca, aku keluar.” Kata Farid setelah meletakkan kad tersebut di atas meja Alia. Alia pula terasa pelik melihat Farid yang sudah keluar dari biliknya.

Perlahan-lahan dia membuka kad tersebut.



Nur Syafiqah Alia Rashid...

Pertama kali aku melihat engkau menangis, hati aku dipagut rasa gelisah, gelabah dan sebagainya. Pelbagai perasaan aku rasakan. Alia, sempena hari lahir engkau yang ke.... ke... (kejap ya. Aku nak tengok profil kau) oh, yang ke-25 tahun. Aku mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir.



‘Gila ke bos skema aku ni? Itu pun nak tulis ke? Aduh!’ Alia mengeluh. Dia menyambung lagi apa yang dia ditulis oleh Farid.



Sudikah kau menjadi isteriku? Isteri Farid Akmal Bin Mohd Aliff.



“Tiba-tiba aje?” kata Alia. Dia benar-benar terkejut.

“Kau mesti setuju kan?” tiba-tiba muncul Farid di depan pintu biliknya.

“Tak romantik la kau ni.” Kata Alia.

“Aku jadi macam ni sebab engkau selalu panggil aku skema. So, cara aku lamar kau pun kena skema juga.” Jelas Farid.

“Ada kaitan ke?” Alia tidak berpuas hati kerana dia dilamar dengan cara itu.

“Dinner nanti kita makan sama-sama okey? Jangan lupa!” Farid terus berlalu. Makin pening kepada Alia.

“Tak syok lansung!!! Benci dilamar macam ni! Tak terharu pun. Sekurang-kurangnya buat la aku menangis. Ish!” muncung Alia sudah sedepa.

*****

Mereka berdua berjalan bersama. ‘Yalah, aku memang suka dengan mamat skema ni, nak buat macam mana. Terima aje walaupun tak romantik langsung. Asyik dengan skema dia aje.’ Alia cuba tersenyum.

“Alia masuk dulu bilik tu, aku nak ke tandas sekejap.” Kata Farid.

“Nak makan pun dalam bilik ke? Ikut ajelah. Orang kaya kan. Ini yang susah!” Alia membuka perlahan-lahan pintu bilik tersebut.

Alangkah terkejutnya dia melihat bilik tersebut. Sangat cantik. Tema warna merah putih adalah sangat menarik. Ada dua lilin berwarna merah yang sememangnya menghidupkan suasana.



Terdapat juga bunga ros merah.

‘Alamak! Romantik gila! Ini baru suasana bilik untuk makan sahaja, belum lagi yang lain-lain. Tak sangka mamat skema tu boleh jadi mamat romantik .’ Alia tersenyum manis.

Dia mula melabuhkan punggungnya atas kerusi sementara menunggu Farid. Senyuman tidak pernah lekang dari mulutnya.

“Maaf lambat. Saya dah order makanan.” Kata Farid.

“Pandai juga kau beromantik. Aku ingat kau ni skema aje yang tau.” Kata Alia.

“Engkau perli aku kan?” Farid berkata.

Alia hanya ketawa gembira. Farid tersenyum. Entah mengapa dia rasa bahagia dengan ketawa Alia. Dia suka melihat Alia begitu.

“Ini hadiah untuk kau.” Farid menghulurkan sesuatu.

“Terima kasih.”

Mereka menjamu selera dengan tenang.

*****

Farid menghantar Alia pulang.

“Terima kasih belanja makan. Seronok dan romantik.” Ucap Alia.

“Sama-sama kasih. Hmmm mana satu bilik engkau?”

“Pelik aje kau tanya soalan ni?”

“Pelik ke? Aku kan bos skema engkau.”

“Ada kaitan ke skema dengan bilik aku?” dahi Alia sudah berkerut.

“Ada...”

“Okey. Bilik aku yang gelap tu.” Tunjuk Alia ke satu arah. Farid tersenyum.

“Okey.”

“Kalau macam tu aku naik dulu. Dah lewat ni. Kau pandu kereta elok-elok tau. Sampai rumah mesej aku.” pesan Alia.

“Baiklah Mrs.Skema.” kata Farid. Alia hanya mampu ketawa dan masuk ke dalam rumah.

Farid terus mulakan misi yang dirancangnya. Dia membuka bonet keretanya lalu mengeluarkan kad manila, pemetik api dan lima puluh batang lilin.

Dia menyusun lilin tersebut dalam bentuk hati dan menyalakan lilin itu. Dia pun masuk ke dalam bentuk hati itu bersama kad manila yang sudah siap di tulisnya.

“Okey kena call ni.” Kata Farid.

Alia pun menjawabnya.

“Alia, tengok luar kejap, I ada something untuk you.” Kata Farid.

‘Apa kena dengan bos skema aku ni? Tiba-tiba aje ber I dan you ni? Dah tak sihat ke? Tengok luar?’ dahi Alia sudah berkerut. Dia mencapai tudung yang dipakainya tadi dan membuka tingkat rumah.

“Ya Allah!” Alia tergamam. Dia menutup mulutnya dengan tangan. Dia benar-benar rasa terharu. ‘Mana Farid dapat idea ni semua?’ dia menahan air mata yang mengalir.

Alia cuba membaca apa yang ditulis oleh Farid.

MARRY ME, ALIA!!!

Lagi sekali Alia tergamam. Tiba-tiba telefonnya berbunyi lagi.

“Sudikah awak kahwin dengan saya?” soal Farid.

“Ya saya sudi.”

“Marilah turun!” ajak Farid.

Sebaik sahaja Alia turun, Farid melutut dan menghulurkan sekotak cincin pada Alia. Ali tersenyum sebab cincin tu meman cantik.

“Terima kasih bos skema... Romantik juga bos ni.” gurau Alia.

“Dah nak jadi suami pun panggil Bos lagi. Baru tau ke?” Farid tidak berpuas hati.

“Kalau macam tu. Mr.Skema. boleh kan?” soal Alia.

“Aduh! Kena ada perkataan skema ke? Suka hati Alia la. MR. SKEMA pun sedap juga.” Farid mengalah. “Jom makan kek. Ada kat bonet kereta. Sekali dengan hari jadi Alia.”

Mereka berdua bergerak ke bonet kereta. Farid keluarkan kotak kek tersebut tapi tiba-tiba sehelai kertas tercicir.

Alia mengambilnya lalu membacanya. Farid tersentap. ‘Alamak! Habislah aku!’



Lokasi : Rumah pasangan anda.
Masa : Malam ( jangan terlalu lewat, nanti anda disangka pencuri pula)
Peralatan : Lilin 30-50 batang, kad manila, maker pen, alatan basic melamar , pemetik api & handphone.
Prosedur:

1. Lokasi mestilah di tempat yang sesuai dimana pasangan anda mampu melihat anda. Contohnya berdepan dengan tingkap bilik beliau atau pun di pintu depan rumah beliau.

2. Sekarang susun lilin-lilin berkenaan yang baru sahaja anda beli di kedai Rm2.00 tadi. Susun ikut bentuk hati , marry me dan sebagainya mengikut nafsu serakah anda.

3. Hidupkan lilin berkenaan. Sekarang lilin berkenaan akan hidup dan berbentuk hati. Selepas itu, masuk kedalam lingkaran lilin tersebut. Kedudukan center ok? elakkan seluar anda dari lilin. Bukan apa, takut menyusahkan pula pasangan anda dan keluarga beliau menghantar anda ke ICU akibat melecur.

4. Baiklah, sekarang keluarkan kad manila tadi. Tulis lah ayat-ayat power melamar anda tu. Tulis besar - besar jika pasangan anda rabun.

5. Sekarang keluarkan handphone canggih anda itu, buat panggilan kepada pasangan anda. Mintalah pasangan anda untuk menjenguk ke tingkap atau keluar sebentar dari rumah. Contohnya " Balqis, tengok luar kejap, i ada something untuk you".(pergh , ayat mesti power.. i you, i you)


6. Okay, sekarang pasangan anda telah menjenguk ke luar tingkap dan telah melihat anda. Sekarang angkat kad manila berkenaan, oh ya kedudukan center paras dada okay?. Biarkan beberapa saat beliau merasa terharu. Selepas itu, angkat kembali handphone anda dan katakanlah pada beliau melalui handphone " marry me Malim" eh silap, "marry me Balqis?"



“Oh, ni kerja kau yer?” kata Alia.

“Ala Alia, jangan marah. Aku kan skema dari dulu, mana pandai nak romantik. Kena belajar la.” Farid mula buat muka sedih.

Pada mulanya Alia mahu marah tapi tak apa la. Farid sudah berusaha untuk jadi terbaik untuknya.

“Tak marah tapi terima kasih tau.”

Mereka pun sambil balas senyuman.

*****

Alia mengeluh. ‘Tension aku tengok MR.SKEMA ini.’

“Tak habis lagi ke cik abang?”

“Kejap la. Lagi satu puzzle aje.” Mata farid pantas mencari lokasi puzzle yang sesuai dengan yang dipegangnya itu.

“Jumpa!” jerit Farid.

“Jom!” Alia sudah lama menunggunya.

“Cepat la abang, mainkan satu lagu untuk Alia.”

“Lagu apa pula?”

“Yelah, abang kan ada Biola. Mesti sweet bunyinya.”

“Biola? Siapa bagitau sayang ni?” dahi Farid sudah berkerut.

“Akak Ria yang bagitau.” Kata Alia. Dia teringat pertemuannya dengan kakak angkatnya itu, Ria, Syanaz dan Zeck. Kata Ria Farid pandai main biola. ‘Akak Ria ni memang nak kena. Siap la jumpa nanti!’

“Bukan biola la tapi trumpet!” akhirnya terjawab persoalan Alia.

“Apa abang? Trumpet!” Alia rasa ingin pengsan. Sah! Suamiku Skema!

MR.SKEMA!

34 comments:

  1. haha ! nak ketawa golek-2 part kantoi ikut tuto dalam kertas .. Hahaha xD Farid ni sengal tau . Anyway , best sangat meh <3 heee :) pembunuh mood cinta nazatul fulak meh lepas ni . hahahah xD <-- getik getik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi komen...hihihihi kantoi sudah si mr.skema ni..dah tak romantik tapi nak jadi romantik hihihi kan dah kantoi hahhahaha isya allah akan datang...

      Delete
  2. sgt comel di sini .... haha, bantuan pakcik google letewwww ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih entah la...dalam geng kaki tulis selalu tulis seacrh pakcik google hihih dah terikut la pulak hahha

      Delete
  3. best ! lawak la part kantoi tu..hehe
    ehem..nama alia :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih ingat kan si farid ni betul-betul romantik rupanya.......dot dot dot hihihi

      Delete
  4. best sgt2..tp bila bc citer ni teringat kat orang mamat ni..sama skemanye mcm farid ni..hahahah..mmg lawaklah..thumbs uplah..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke kawan macam ni??Ades cakap bahasa buku teks ke??hihihiih

      Delete
  5. tapape je... hihihi jgn mara.

    ReplyDelete
  6. cerita best n kelakar....
    harap boleh hasil kn karya yang mcm nie...
    chaiyok2 kak ria ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih arin...
      akak akan cuba buat yg lebih baik...
      =)

      Delete
  7. hehe..best la..kelakar lak dgn farid tu... :)

    ReplyDelete
  8. uups.. saya bampak 3 nama itu.. hehehe..
    best + lawak la akk.. hehehe.. nk cerpen lg??

    ReplyDelete
  9. hahahah.....lawakkk..3x...!! wakakak...=D

    ReplyDelete
  10. memang betul-betul SKEMA...#^_^

    ReplyDelete
  11. okey...^_^ bab belajar utk jadi romantik tu, memang skema gila la... tapi yang lain tak nampak sangat skemanya. trumpet tu skema eh...
    apapun keep it up! ^_^

    ReplyDelete
  12. betul2 skema..haha.. lawak3.

    ReplyDelete
  13. nak terguling bace part dia kantoi ! x)

    ReplyDelete
  14. sahih memang btl2 SKEMA mamat ni..
    hahahhah
    btw AWESOME!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  15. best!!!
    part lucu tu memang nak buat perut ni pecah lah !!!
    HAHAHA!!!

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi