Followers

Wednesday 30 November 2011

27
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 29 siri 1

Haris rasa bersalah kerana dia, Danish demam. Dia tahu pun melalui Aman. Biarlah masalah itu dulu. Haris bangun dari katilnya dan menuju ke kamar mandi. Entah mengapa saat ini dia teringatkan Sarah. Gadis yang pernah bertakhta dihatinya hampir tiga tahun.
                Sarah selalunya suka mengikut moodnya. Kalau Haris marah, Sarah tidak akan menegur atau bertanya apa-apa melainkan Haris sendiri yang memulakan dulu.
                ‘Tapi aku ni jarang marah dengan Sarah.’
Kalau Haris murung, Sarah akan menunggu sehingga murungnya berkurangan barulah mengajak berbual hal yang menyenangkan.
‘Ini pun aku jarang juga buat. Murung!’
Kalau Haris gembira, Sarah terlebih-lebih lagi gembira. Ketika itulah baru Sarah berani bertanya itu ini, bergurau dan bermanja.
“Ini selalu la.” Ada senyuman terukir dibibir Haris. Waktu dalam bilik air juga dia kuat berfikir. “Tetapi Damia seorang gadis yang amat berbeza.”
“Sebaliknya pula dengan Damia. Tanpa mengira mood aku, dia akan bergurau apa saja kalau dia mahu. Dia memang selamba. Perempuan yang tiada perasaan tapi ada aku kisah? Aku tak kisah la! Aku tetap mahukan dia menjadi milik aku yang mutklak.” Azam Haris.
Haris meneruskan aktivitinya yang dalam bilik air sebelum mencari kelibat Damia. Itulah kerja sambilannya yang baru.
Danish tersedar daripada tidurnya. Selepas makan sedikit bubur yang Lidya buat dan menelan ubat demam, dia terus terlena. Tidak mampu lagi mahu berfikir. Terlalu banyak masalah pula.
Perlahan-lahan Danish membuka matanya. Kepalanya masih pening sikit. ‘Di mana Alyaku, sayang?’ hanya melihat seraut wajah itu mampu membuat dia rasa lebih bersemangat.
‘Tangan siapa sedang memeluk aku ni? Apa? Alya?’ Danish terpana. Wajah penat Lidya ditatapnya. Di sisinya, Lidya tidur dengan wajah yang begitu tenang sekali. Direnung seraut wajah putih bersih itu. Wajah itu memang cantik. Dalam diam Danish merasa betapa bertuahnya dia dapat memiliki gadis secantik itu yang sudi berkongsi kasih darinya biar pun hubungan mereka kini timbul pelbagai masalah.
Tangan Danish membelai lembut pipi Lidya dan tangannya turun ke leher Lidya. ‘Parut itu!’ Barulah dia perasan yang parut itulah yang menyebabkan kehidupan gadis kesayangannya musnah. Kerana mengikut kata nafsu dan Syaitan, inilah akibatnya. Orang lain menjadi mangsa.
Danish meraup berkali-kali wajahnya. Rasa menyesal kembali menghantuinya. ‘Bukan nafsu dan syaitan masa aku lakukan itu tapi perasaan cinta begitu membuak-buak dalam diri aku. Aku benggang masa tu sebab semalaman aku menunggu Alya. Dia yang tak datang.’ Kata hati Danish mengimbau kembali perasaannya.
‘Oh, Alya! Danish mencintai Alya, sayang. Selamanya.’ Danish mengucup rambut Lidya yang semakin panjang itu.
Lidya tersedar dan bangun. Danish pula terpana. Saat itu pandangan mata mereka. Tiada butir bicara dikedengaran. Lidya memandang Danish dengan pandangan yang sayu lalu dia baring semula dan tertidur semula.
Danish tidak mengerti mengapa wajah Lidya begitu sayu. Danish bangun untuk ke bilik air. Solat subuh kena dikerjakan.
Lidya membuka matanya. Dia memandang pintu bilik air yang ada Danish di dalamnya. Air mata Lidya mengalir. ‘Alya, rindukan abang.’ Bisik segenap hati Lidya lalu dia memejam matanya semula.
Danish menggosok giginya. Selesai sahaja, Danish menatap wajahnya yang pucat dalam cermin. Dia akui sejak berkahwin wajahnya tidaklah pucat sangat macam dulu.
‘Betul ke aku ni macam Vampire yang selalu digelarkan oleh kawan-kawan sejak kecil? Sekarang ada Alya, memang aku rasa hidup ini lebih bermakna. Adakah Alya penyebab segalanya?’ hati Danish mula terbuai.
‘Jika aku vampire itu, kaulah yang menjadi darah untuk aku terus hidup, Lidya Alya. Kaulah segalanya. Jikalau kau tiada, tiada juga aku di dunia ini. Vampire itu akan mati tanpa darah kau.’ Danish tersenyum.
‘Pagi-pagi hari aku dah berpunjangga sorang-sorang.’ Danish tersenyum. Pening kepalanya bagaikan kurang sedikit.
Selepas itu dia pun mengambil wuduk. Perlahan-lahan Danish keluar dan melihat Lidya masih tidur. Danish membiarkan dahulu. Masih awal.
“Allahuakhbar....” Danish mulan bersolat. Sembahyang duduk kerana dia tidak kuat untuk berdiri lama. Bimbang rebah.
Usai solat. Danish berpaling ke arah Lidya di katil tetapi gadis itu sudah tiada di situ. ‘Ke mana darah aku pergi ni? Hahaha ada pula panggil isteri aku ‘darah’. Memang tak sopan sungguh.’ Danish tersenyum sendirian. Dia tahu yang Lidya tidak marah padanya. Kalau tidak, Lidya tidak akan pulang melihat dia yang sakit.
Lidya masuk ke bilik dengan membawa dulang yang ada satu mangkuk bubur yang besar. Lengkap dengan ayam, sayur dan sedikit kicap.
“Abang, mari sini.” Lembut sahaja Lidya mengajak suaminya duduk di sofa yang ada dalam bilik tersebut. Danish bagaikan terpukau lalu terus duduk di sofa satu itu.
Lidya menyentuh lembut dahi Danish untuk merasa suhu badan suaminya itu. Disentuh juga leher. ‘Panas!’ bisik hati Lidya. Tangannya jatuh di kaki Danish. ‘Sejuk!’ Dahi Lidya sudah berkerut.
“Masih demam ni.” Lidya mula berkata. Wajahnya serius sahaja. Tidak berkelip mata Danish melihat wajah Lidya.
“Abang...” panggil Lidya apabila Danish tidak memberi respon apabila dia menyuapkan bubur di mulut lelaki itu. Berkelip-kelip mata Danish apabila ditegur seperti itu. Cepat-cepat dia membuka mulutnya.
“Nyum!!” Ada bunyi yang terhasil oleh Danish.
                “Hahaha!” Lidya terasa lucu apabila mendengar bunyi itu. Lidya berusaha membuat muka serius tetapi tidak menjadi. Meletus juga ketawanya. Danish pun terkejut juga dengan ketawa Lidya tetapi masih nampak ayu.
                ‘Adakah ini tandanya Lidya tidak marah kepadaku?’ Hati Danish berasa senang dengan gelak ketawa Lidya.
                Lidya menghentikan ketawanya dan menyambung menyuap Danish. Kadang-kadang dia menyuap diri sendiri. Makan bubur bersama-sama.
                “Kejap sayang!” kata Danish. "Kenapa?" Lidya bertanya.

Monday 28 November 2011

7
Komen

CERPEN : SUAMIKU CHEF (intro)

Aku menemani sahabat aku makan disebuah hotel. Tempatnya memang cantik. Suasana yang mendamaikan tetapi seketika sahaja. Ada satu kejadian telah berlaku. Aku hanya pandang dari jauh sahaja.
            “Bodoh! Kau ingat saya ni apa? Mee spagetti ni liat!” marah seorang pelanggan. Segera seorang chef yang muda juga seusianya datang mendekati pelanggan tersebut.
            “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” ramah betul chef ini.
            “Saya mahu mee ini dimasak dengan betul!” amuk pelanggan tersebut. Kelihatan chef tersebut meneliti mee tersebut. Dia tersenyum.
            “Saya sendiri akan menyediakan untuk encik,” chef tersebut berlalu dengan makanan tersebut.
            “Cerewetnya lelaki itukan, Nik,” Ria berkata. Yelah, memang cerewat. Takat makanan pun mahu amuk sebegitu.
            “Betul tu,” ala Nik Nadzirah. Jangan nak mengata orang lain. Diri sendiri pun cerewet gak. Aku tersenyum.
            Chef tadi membawa mee yang baru. Memang menyelerakan tetapi pelanggan tadi memarahinya pula.
            “Aku datang sini untuk makan bukannya mahu masak sendiri!”
            “Encik, saya sudah pastikan mee ini dimasak seratanya tidak liat lagi dan juga tidak terlalu masak,” jelas chef itu. Kesiannya dia.
            “Ini terlalu masak! Aku nak kau masak semula,” amuknya lagi. Orang sekeliling yang turut makan disitu memandang chef itu. Jelas telinga chef tersebut merah. Aku tidak pasti sama ada itu tandanya dia malu atau marah.
            “Baiklah, saya buat semula,” chef tersebut masih berlembut.
            Dia membuat yang baru dan membawanya kepada pelanggan lelaki yang begitu cerewet itu.
            “Ada yang kurang ke, Encik?” soal chef tersebut dengan penuh hormat.
            Belum sempat lelaki itu memberitahu komennya seorang perempuan datang menghampirinya lalu ambil segelas air kosong yang ada atas meja itu. Kemudian, dia siram lelaki yang cerewet. Pelanggan tersebut sudah malu lalu meninggalkan mereka berdua.
            Siapalah perempuan itu? Ada hubungan ke mereka berdua? Sibuk pula aku dengan hal mereka. Aku dan Ria makan bersama. Selepas makan, kami pulang ke rumah.
*****
Kaki aku belum lagi mencecah lantai rumah, mama sudah membebel. Memang bingit bunyinya tetapi sebagai anak, dengar sahajalah. Nanti rindu pula.
            “Mama sudah cari calon suami yang sesuai dengan anak mama ni. Dia kacak dan muda. Sesuai sangat dengan sayang. Mama pasti sayang akan setuju dengan perkahwinan ini nanti,” bebel mamanya.
            “Muda mama? Anak mama ni dah tua. Mama carilah  yang sama umur ke atau tua dua atau tiga tahun?”
            “Ala, baru umur 28 tahun, Nad baru 30 tahun. Tak beza sangat,” pandai pula mama aku ini memujuk aku untuk berkahwin dengan calon pilihan dia. Dah umur aku makin lanjut. Aku bukannya tak cantik cuma komitmen aku terhadap kerjaya begitu tinggi.
            “Mama, calon mama cari tu kerja apa?”
            “Chef...” perlahan sahaja suara mama aku dengar.
            “Chef?! Mama, kita tak kisah kalau mama nak kita kahwin tapi kenapa mesti dengan chef? Dah tak ada pekerjaan lain ke?” aku pula yang mengamuk. Aku anti sikit dengan chef sebab aku ni tak reti nak masak. Yelah sibuk dengan kerjaya sampai nak masuk dapur pun aku tak pandai. Teruknya.
            “Nanti suami Nad boleh ajar memasak! Kang senang,”
            “Tak mahulah mama. Malu!”
            “Biar malu sekarang sayang, jangan malu masa akan datang,” aku mengeluh berat apabila mendengar nasihat mama.
            “Baiklah mama. Nad setuju,” aku terus berlalu naik ke bilik. Berehat seketika. Penat seharian berada di butik. Baru nak maju, itu yang sibuk. Syarikat ayah? Itu serah pada abang sahaja. Aku tak campur. Dia nak ambil sorang pun aku tak kisah.
          

Friday 25 November 2011

4
Komen

CERPEN : BIAR AKU MENANGIS


"Kenapa sering kali berlaku seperti ini. Sudah banyak kali dibincang perkara tentang hati dan perasaan tapi mengapa ia masih dipersoalkan?"

Thursday 24 November 2011

18
Komen

Kepada peminat-peminat SUAMIKU VAMPIRE 3

Salam...

Di sini ada kesilapan sedikit..
karya Suamiku Vampire tidak diterbitkan lagi...
cuma baru diberi peluang untuk dinilai...
jangan salah faham...
Ria memohon kepada 
peminat2 SV...
doakan penilaian SV berjalan dengan lancar
dan diluluskan dengan izin-Nya.
Sama-sama kita doakan...
dan doakan untuk Ria.
terima kasih...

Wassalam....
21
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 28 siri 3


"Sayang, masalah yang wujud tidak akan abang biarkan lama dan membasi dalam hubungan kita. Abang nak Alya, Abang nak kita bahagia.Itu sahaja sayang"
-Danish Aniq-


-Mungkin ini bab terakhir. tengoklah macam mana....terima kasih...-

“Pappp!” Makanan yang dibeli Lidya jatuh ke lantai pejabat.
            “Alya!” Danish terpana melihat Lidya ada di situ dan dia yakin mungkin akan berlaku salah faham. Dia berlari menghampiri Lidya tetapi tidak mudah untuk dia melakukannya. Hal ini kerana Lidya terlebih dahulu melarikan diri.
            Lidya terkejut mendengar apa yang dikatakan Haris. Lidya masuk ke dalam lif. Belum sempat Danish masuk bersama, pintu lif tersebut tertutup. Berlari Danish mengikut tangga semata-mata mengejar Lidya. Kepalanya yang pening tidak dipedulikan. Lidya lebih penting.
            ‘Danish ada isteri yang ke dua? Bukankah dia selalu bersama aku. Bila masa pula dia berkahwin? Ya Allah, tiada tempat untuk aku mengadu selain diri-Mu. Kuatkanlah hati aku untuk menghadapi dugaan yang Kau jatuhkan kepadaku. Ya Allah yang Maha Mengetahui, Kau tahu segala yang Kau lakukan adalah untuk kebaikan hamba-Mu ini. Aku redha dengan ketentuan-Mu.’ Doa Lidya di dalam hati.
            Danish berlari sehingga ke tangga ke bawah. Dia mencari kelibat Lidya tetapi tiada. Tanpa Danish sedari Lidya tidak turun sampai ke bawah sebab dia tahu Danish akan berlari mengejarnya. Maka, dia turun Lif di tingkat dua. Air mata yang mengalir itu tidak dipedulikan.
            “Alya... Alya...” Danish mengeluh. Dia memandang sekelilingnya. “Di mana sayang? Sayang di mana?” hatinya tidak tenang. Hubungan mereka baru sahaja pulih dan kini timbul pula  masalah baru. ‘Ini hanya salah faham sayang. Jangan tinggalkan abang.’ Rayu Danish dalam hati.
            Lidya menyembunyikan dirinya di tangga kecemasan. Dia duduk di tangga itu. Dia juga mengeluh berat.
            “Aku kena kuat!” Nasihat Lidya pada diri sendiri. Dia melihat telefon bimitnya. Sudah ada 30 panggilan tidak di jawab. Dia menaip sesuatu di telefon tersebut dan menekan butang ‘send’.
            Danish mencari Lidya keluar bangunan. ‘Boleh gila aku!’ amuk Danish dalam hati. Puas dia menghubungi Lidya tetapi tidak dijawab.
            ‘Trit... Trit...” telefon bimbit Danish berbunyi menunjukkan ada satu mesej masuk. Segera dia menekan butang ‘Read’.

Salam. Abang, Alya minta maaf. Alya minta izin untuk tidur di rumah kawan. Alya perlukan sedikit ketenangan, abang. Tidak perlu cari Alya. Alya yakin bila Alya sudah bersedia untuk berdepan dengan abang semula, Alya akan bagitau. Maafkan Alya dan izinkan Alya.

-Isterimu-

            Danish merengus kasar apabila membaca mesej yang dihantar oleh isterinya. ‘Lidya, jangan tinggalkan abang!’ Danish meraung dalam hati. Dia membalas mesej tersebut.
            Kini Damia sudah berjalan jauh dari bangunan suaminya. Dia sengaja berjalan ditengah-tengah orang ramai. Sekarang waktu kemuncak. Ramai manusia yang keluar mencari makanan untuk menambah tenaga bagi menyambung kerja sebelah petang pula.
            Bergetar seketika telefon bimbit Lidya menandakan mesej baru masuk. Lidya duduk di bangku yang ada di tepi jalan.
           
Wasalam. Abang izinkan sayang tidur di rumah kawan tapi tolonglah bagi abang peluang untuk menerangkan situasi yang sebenar.

-Suamimu-

            Lidya memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan dan terus berjalan tanpa arah tujuan.
            Danish pula menghubungi Dato Akil tentang kehilangan Lidya dan menceritakan hal sebenarnya.
            “Baiklah. Danish pergi cari Alya. Harap-harap dia tidak pergi jauh.”
            “Terima kasih papa. Papa jangan bagitau mama. Nanti dia membebel pula.”
            “Itu semestinya. Mama bukan membebel pada kamu, Danish tapi pada papa. Papa juga yang kena tadah telinga.” Sempat lagi Dato Akil bergurau. Danish tersenyum dan meminta diri untuk meneruskan pemanduannya.
            “Alya, di mana kau berada sayang?”
*****
Danish tersentak. Perlahan-lahan dibuka matanya. Mengamati jam di telefon bimbitnya, dia terbingkas bangun. Sudah jam sepuluh tiga puluh malam. Nasiblah kerana mimpi dia terjaga dari tidurnya. Jika tidak entah berapa lama lagi akan tidur di dalam keretanya.
            Badannya mula terasa sengal-sengal. Seharian dia mencari Lidya tetapi masih tidak berjaya. Kepalanya terasa sakit. Pelbagai masalah yang menimpanya.
            “Kruuuuukkkk!” perut Danish berbunyi. Sejak tengah hari lagi dia tidak makan apa-apa hingga kini.
            Perlahan-lahan Danish memandu kereta kesayangannya. Makin lama, makin kabur pandangannya. Hendak kata Danish mengatuk , tidak pula sebab dia baru sahaja bagun daripada tidur.
Danish terasa suhu badannya panas. Dia mengambil keputusan untuk ke klinik sahabatnya sahaja, doktor Aman.
“Ish, teruk juga demam kau.” Kata Aman. Dia menulis sesuatu.
“Terima kasih Aman. Kau cuti hari ni tapi terpaksa datang klinik semata-mata mahu merawat aku.”
“Kau kawan baik aku, Dan. So, tak perlulah formal sangat.” Aman menghulurkan senarai ubat yang sudah ditulisnya kepada Maz, isterinya.
“You jangan lupa letak dalam plastik dan bawa ke sini terus ubat tu.”
“Baiklah. I buat ni.” Maz terus berlalu pergi.
“Kau dengan Lidya, macam mana?”
“Sebab Lidya la aku demam jadinya.” Danish menceritakan hal sebenar pada Aman. Meletus ketawa Aman apabila mendengarnya.
“Apa-apa pun aku doakan kau berjaya. Kau boleh memandu ke? Atau nak aku hantarkan?”
“Better kau hantarkan sahaja.”
“Ok.” Jawab Aman. Maz datang bersama ubat Danish.
“You pandu kereta ye? I nak hantar Danish pulang dengan kereta dia.” Arah Aman. Maz hanya angguk kepala.
“Terima kasih Aman.” Ucap Danish sambil tersenyum lemah.
Aman memandu kereta Danish dan menghantar pulang ke rumah. Rumahnya gelap dan sunyi tanpa Lidya. Danish mengeluh berat.
Selepas mengucapkan terima kasih kepda Aman dan Maz, pasangan suami isteri itu pulang. Danish masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke kamar biliknya. Dia tidak mahu menelan ubat. Dia lebih rela sakit begini jika Lidya tiada di sisi dia.
Danish tahu dia ada tanggungjawab pada syarikat, pada keluarga dan pada Lidya tetapi tanpa Lidya terasa lemah sahaja dirinya. Danish memikirkan terlalu banyak masalah membuat fikirannya menjadi berat dan dia terus tertidur. Dia berharap apabila dia bangun pada keesokkan hari, Lidya berada di depan matanya.
Walaupun itu tidak mungkin terjadi, Danish tetap mengharap ia menjadi kenyataan. Pandangan matanya semakin berat dan...
*****
Lidya menyentuh perlahan dahi suaminya. Memang panas. ‘Kasihan Danish. Kenapa dia tak balik rumah isterinya yang kedua?’ Lidya melepaskan keluhan yang berat.
            Perlahan-lahan Danish memcelikkan mata apabila terasa ada tangan yang agak sejuk menyentuh dahinya.
“Alya...” dia dapat melihat Lidya. Dia tidak pasti bila gadis itu pulang ke rumah tetapi hatinya gembira.
“Abang demam. Rehatlah dulu.” Dingin sahaja suara Lidya dipendengaran Danish. Sungguh dia terasa terkilan.
Danish ingin bangun juga tetapi sentuhan Lidya yang lembut di dadanya membuat dia tidak jadi untuk bangun. Dia baring semula. Matanya tidak lepas memandang Lidya.
“Sayang tidur kat rumah siapa semalam?”
Lidya tidak menjawabnya. Dia terus berlalu ke almari pakaian dan mengambil tuala kecil. Selepas itu dia ke bilik air dan hadir bersama gayung berisi air. Diperah air tersebut dan di letak atas dahi Danish.
“Alya...”Seru Danish lagi tetapi Lidya terus keluar daripada bilik tersebut. Danish betul-betul terkilan dengan Lidya. Kini, Lidya hadir bersama air asam jawa. Disapu air tersebut di dahi dan kepala Danish. Air asam jawa boleh menyejukkan. Itu sebab Lidya menggunakan air asam jawa.
Lidya meletakkan kain tuala dia atas bantal Danish. Danish mengangkat sedikit kepalanya, memberi ruang kepada Lidya untuk meletakkan tuala tersebut. Tangan Lidya pantas membasahkan kepala Danish dan dia langsung tidak mempedulikan suaminya. Danish geram lalu mencapai tangan Lidya menyebabkan perbuatan gadis itu terhenti.
Mata mereka saling bertatapan tetapi tidak lama sebab Danish terlebih dahulu memejamkan mata. Kepalanya semakin berat. Sakit sangat. Lidya bimbang.
“Sakitnya kepala abang..” Lemah sahaja suara Danish. Terlalu banyak masalah yang dia fikirkan. Dia berharap Lidya ada disisinya dan melayan dia dengan baik tetapi masalah lain pula yang timbul
Lidya mengurut lembut dahi Danish. Entah mengapa Danish rasa selesa dan peningnya beransur hilang. Dia membiarkan seketika jemari halus Lidya menari-nari di dahinya. Amat selesa.

Monday 21 November 2011

18
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 28 siri 2

"Kenapa hubungan kita selalu sahaja timbul masalah? adakah ini dugaan-Nya? Kau kuatkan hatiku, Ya Allah"
-Lidya Alya-

Akhirnya Danish dan Lidya sampai juga di rumah mereka. Selepas solat dan makan malam di kedai, mereka teruskan perjalanan. Penat memang penat.
            “Sudah kunci pintu pagar dan pintu rumah?” Lidya bertanya.
            “Sudah sayangku. Jom tidur.” Ajak Danish. Lidya mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala. Dia baru sahaja sudah mandi.
            “Sekejap lagi ya, abang?” Pinta Lidya. Danish sudah menunggu tapi tidak lama. Akhirnya Danish terlelap dahulu. Lidya tersenyum melihat wajah penat suaminya itu.
            Perlahan-lahan Lidya menarik selimut sehingga paras dada suaminya. Lidya kucup dahi Danish lalu berbaring di sebelah dan tertidur kepenatan.
            “Selamat pagi sayang.” Ada bisikan lembut di telinga Lidya. Dia melihat jam di telefon bimbitnya yang berada di bawah bantal.
            “Pukul 6.10 pagi. Abang pergi kerja tak?”
            “Ye pun sambut la salam selamat pagi abang tu.” Danish menarik lembut pipi Lidya. Lidya mengusap perlahan-lahan pipinya yang terasa bisa sedikit.
            “Sorry. Selamat pagi sayang.”
            “Macam tu la. Abang pergi kerja. Papa sudah mengamuk la.” Kata Danish. Pagi tadi Dato sudah menghubunginya. Kalau dia tidak masuk pejabat, Dato Akil tidak mahu lagi Danish memegang jawatan yang dia ada sekarang.
            “Abang, Alya pun nak pergi kerja sekali.” Gadis itu bangun untuk ke bilik air.
            “Sayang, tak payahlah kerja. Jaga rumah dan rumah tangga kita ni. Boleh?” cadang Danish.
            Lidya hentikan langkahnya untuk ke bilik air apabila mendengar kata-kata itu. Dia tidak mahu berhenti kerja. Jika dia berhenti, dia akan rasa bosan duduk di rumah.
            Tiba-tiba dia dipeluk dari arah belakang.
            “Kenapa senyap ni? Abang tak minta apa-apa pun. Hanya minta sayang berhenti kerja dan duduk di rumah sahaja. Jaga abang aje tugas sayang.” Jelas suaminya.
            ‘Tak minta apa-apa? Mengada-ngada betul la laki aku ni.’ Lidya sedikit terasa.
            “Sayang...” Seru Danish lagi.
            “Jangan peluk Alya. Alya tak mandi lagi.’ Lidya menolak tubuh Danish dari terus melekat di belakangnya. Entah mengapa dia terasa rimas dengan pelukan itu.
            Lidya terus berlalu ke bilik air.
            Selepas bersarapan bersama. Mereka menuju ke tempat kerja. Lidya tidak banyak bercakap.
            “Kenapa sayang senyap sahaja dari dalam kereta lagi?” Danish bertanya. Risau pula rasanya. Lidya hanya menggelengkan kepala sahaja. Cepat-cepat dia bersalam dengan Danish dan keluar dari lif tersebut. Danish mengeluh.
            “Encik Airil, ini ada surat cinta untuk encik.” Gurau Lidya. Dia ketawa manja. Airil mengerutkan dahinya. Kini dia berada dalam bilik pegawai pemasaran.
            “Lidya, kenapa hendak berhenti tiba-tiba ni? Saya tahu awak ada masalah. Itu sebab awak mohon cuti sampai seminggu. Tapi tak perlulah hendak berhenti. Awak seorang pekerja yang baik dan aktif sana sini. Susah saya nak jumpa pekerja yang dedikasi macam awak.” Puji Airil.
            “Terima kasihs encik. Sejak berehat seminggu ni. Tiada perasaan pula mahu bekerja. Maaf encik.” Ucap Lidya sambil tersenyum manis.
            “Baiklah kalau itu yang awak mahukan. Saya akan bagi notis dua empat jam nanti. Terima kasih berkhidmat di syarikat ini.” Lidya hanya mengangguk kepala dan makin lebar senyumannya.
            “Terima kasih encik,” ucap Lidya dan berlalu keluar.
            “Tak salah dengar arahan suami. Tak apa la aku duduk kat rumah sahaja. Jaga laki aku sendiri.” Lidya berjalan menuju ke biliknya untuk berkemas.
            Lidya meminta Nurul menyimpan barang-barang miliknya di rumah gadis itu dulu. Sengaja dia mahu buat begitu. Dia tak nak Danish tahu yang dia sudah berhenti kerja.
            Danish masuk ke biliknya. Bertimbul fail-fail besar di atas mejanya. Vela masuk ke dalam bilik majikannya itu.
            “Bos.”
            “Apa yang sudah berlaku sepanjang ketiadaan saya?” Danish bertanya.
            “Dato Akil mengamuk, bos!” Jelas Vela tanpa selindung.
            “Apa?!” Terus berdiri Danish apabila mengetahuinya. Dia perasan juga banyak call daripada papanya.
            “Saya mahu berjumpa dengan papa. Apa-apa yang penting bagitau saya.” Danish terus berlalu ke bilik Dato Akil. Diketuk perlahan pintu itu.
            “Masuk!” terdengar suara Dato Akil dari dalam. “Danish..”
            “Papa..” Danish menghampiri Dato Akil lalu menyalaminya. Wajah ayahnya begitu serius.
            “Ada masalah besar ke papa?”
            “Kenapa cuti tak bagitau papa? Ada penyelewengan dalam syarikat kita. Bukan sikit Danish, tapi berjuta-juta. Kita boleh jadi bankrap.” Jelas Dato Akil. Ada kekusutan yang terukir di wajah tua itu.
            “Lidya hilang, tu yang pergi cari.”
            “Hilang atau merajuk. Danish kena jaga Lidya tu baik-baik. Dia tanggungjawab Danish dan begitu juga syarikat ini. Papa ni dah tua. Syarikat ini akan jadi milik Danish. Nak harapkan Damia? Dia perempuan. Tak berapa minat bidang ni.” Nasihat Dato Akil. Dia berharap Danish memahami apa yang dia mahukan.
            “Maafkan Danish, papa. Dapat tangkap siapa dalang penyelewengan ni?” Bimbang juga Danish.
            “Belum lagi tapi dalam akaun kita banyak wang hilang entah ke mana. Maklumat yang di tulis tidak telus. Tak kan nak salahkan Hakim. Dia perkerja yang papa percayai. Papa tak nak dia jadi ‘Kambing hitam’. Kesalahan orang lain, tapi orang lain yang kena tanggung.” Jelas Dato Akil. Kepalanya terasa sakit.
            “Danish akan siasat. Papa rehat la.”
            Danish berlalu pergi setelah dia bersalam dengan Dato Akil. Papanya sudah menyerahkan siasatan lanjut kes penyelewengan itu kepadanya. Semua dokumen Danish perlu semak dan mencari punca ke mana wang itu pergi. Dia perlu teliti.
            “Assalamualaikum.” Lidya memberi salam selepas mengetuk pintu bilik kerja Danish. Masih fokus pada dokumen yang ada atas mejanya.
            “Waalaikumusalam, sayang.”
            “Abang tak nak pergi lunch? Nanti abang sakit kalau tak makan.”
            “Abang banyak kerja nak dibuat la sayang. Rasa sakit kepala ni.”
            “Tak apa la. Alya pergi beli makanan dan kita makan bersama sekali ye?” cadang Lidya. Danish mendongak memandang isterinya. lelaki itu mengukir senyuman.
            “Terima kasih.” Ucap Danish. Lidya menghampiri Danish lalu meraih tangan lelaki itu dan bersalaman. Lidya mengucup lembut tangan suaminya dan berlalu pergi.
            “Alya!” panggil Danish. Belum sempat Lidya keluar lagi.
            “Ye, abang?”
            “Jangan nakal-nakal pula.” Pesan Danish. Lidya tersenyum. Dia terus berlalu pergi.
            Danish menyambung semula bacaanya yang terganggu disebabkan Lidya. Kepalanya sedikit pening. Hampir 10 minit sudah dia membaca dokumen itu. Dia mengurut perlahan lehernya yang terasa sengal.
            Ada seseorang mengetuk pintu dan masuk.
            “Haris!” terkejut Danish melihat keadaan Haris. “Apa dah jadi dengan kau ni? Macam king kong betul aku tengok ni.” Danish bersalaman dengan Haris dan mengajak temannya duduk di sofa yang ada dalam bilik itu.
            Haris kini ada jambang nipis di dagunya. Lagaknya seperti orang mati isteri.
            “Kau OK ke, Haris?” Risau benar Danish melihat sahabatnya. ‘Nazak!’
            “Kau lepaskan Damia. Aku tak pernah jatuh sayang dan  mencintai gadis macam ni atas dunia ni.”
            “Damia?” Danish hampir lupa yang di berlakon sebagai suami Damia.
            “Ya Danish. Aku janji akan menjaga dia dengan baik. Aku takkan lukakan dia. Tolonglah Danish!” Rayu Haris. Danis mengaru kepalanya.
            “Haris, bukan aku tak nak lepaskan dia, tapi Damia tak suka kau. Takkan lah aku nak paksa dia suka kau pula.” Danish sendiri tidak mengerti mengapa adiknya, Damia tidak menyukai Haris.
            Ada keluhan berat yang lahir dari mulut Haris. Walaupun segak berpakaian kot dan seluar slack, tetap nampak selekeh. ‘Takkan gilakan adik aku sampai jadi macam ni. Bahaya betul la.’ Danish cuba berfikir.
            “Tolong ceraikan isteri kedua kau tu, Danish!” Agak kuat  juga Haris berkata. Fikiran dia betul-betul bercelaru sekarang ni.
            “Pappp!” Makanan yang dibeli Lidya jatuh ke lantai pejabat.
            “Alya!” Danish terpana melihat Lidya ada di situ 
19
Komen

Kepada peminat-peminat SUAMIKU VAMPIRE 2

Salam...

Ria nak bagitau yang Suamiku vampire...
hanya sampai bab 28 sahaja...
harap maklum...
kesulitan yang berlaku harap di maafkan...
Ria harap semua bersabar
menanti dalam bentuk cetakan pula...
insya allah jika ada kesempatan...
tahun hadapan akan diterbitkan..
doakan kejayaan Suamiku Vampire...
Harap semua berjalan dengan lancar...
AMIN...

Wslm...

Saturday 19 November 2011

22
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 27 siri 3 dan BAB28


"Jangan ganggu aku, BKK. Tolonglah! jiwa dan hatiku hanya untuk lelaki yang bernama Afkhar Fakhrizzaki"


-Damia Eryna-




Dato Akil mengamuk apabila Danish tidak masuk kerja selama seminggu. Apabila dia menghubungi telefon bimbitnya, tidak dijawab. Hubungi Lidya pun sama.

“Ke manalah laki bini ni menghilang. Kalau ye pun nak pergi honeymoon beritahulah.” Dato Akil mengeluh. Risau dengan anak lelakinya. ‘Bagaimana aku nak serahkan syarikat ni pada Danish? Kena tapis budak ni.’
“Assalamualaikum.” Datin Erni masuk ke bilik kerja suaminya.
“Waalaikumusalam mama.” Jawab Dato Akil.
“Kenapa muka berkerut 44 ni?” Datin Erni berkata dalam nada bergurau.
“Mana tak berkerutnya mama, anak lelaki mama tu dah seminggu tak masuk kerja. Risau betul papa.” Kata Dato Akil sambil meraup mukanya. Terasa penat seluruh badan. Semua masalah yang timbul, dia yang berusaha atasi.
“Eh, ke mana pula Danish pergi?”
“Menantu kesayangan mama pun tak datang kerja tapi tak apa la sebab dia dah minta cuti tapi Danish ni. Mentang-mentang syarikat ayah sendiri.” Dato Akil agak marah dengan sikap Danish yang tidak bertangungjawab itu.
“Sabarlah papa. Mari makan.” Ajak Datin Erni dan berusaha memujuk suaminya itu. Mereka berjalan seiringan ke ruang makan.
Datin Erni mengambil pinggan untuk isikan nasi tetapi perbuatannya terhenti apabila ternampak kelibat Damia.
“Mia nak ke mana ni hari ahad macam ni?” Datin Erni bertanya. Damia ke ruang makan apabila Datin Erni memanggilnya.
“Mia rindu pada Izz. Mia pergi kejap sahaja. Lepas tu Mia nak beli barang sikit. Boleh tak mama?” Damia meminta izin.
“Dah siap cantik macam ni baru nak tanya mama boleh atau tak. Nakal betul anak mama. Pergilah. Jangan balik lewat malam tau.” Pesan Datin Erni.
“Baiklah mama.” Damia bersalam dan mengucup pipi Datin Erni dan bersalaman dengan Dato Akil.
“Anak-anak kita ni tak reti nak duduk diam kat rumah kan mama?” Kata Dato Akil memecahkan kesunyian di meja makan.
“Betul tu papa,” Datin Erni bersetuju sahaja. “Ala papa, kita zaman muda dulu pun lagi dahsyat daripada mereka.” Sambung Datin Erni lagi sambil tersenyum mengenangkan saat mereka bercinta dulu. Tiap-tiap malam keluar bersama.
“Itu zaman muda dulu mama. Lagi pun zaman sekarang ni, bahaya anak gadis keluar waktu malam. Macam-macam boleh jadi. Dulu, keluar malam pun rasa selamat lagi tapi sekarang usah di kata la. Bahaya sana sini.” Dato Akil mula mengeluarkan pendapatnya.
“Dah nak mula membebellah tu. Agaknya Danish tu ikut perangai papa rupanya. Kuat membebel.” Kata Datin Erni lalu menyuapkan nasi ke mulut Dato Akil. Begitu mesra suami isteri ini walaupun sudah berusia.
“Mana mama tahu?”
“Lidya bagitau. Danish ni bila marah memang kuat membebel.”
“Tapi papa mana ada marah,” Dato Akil masih berusaha membela diri.
“Mana tak marah. Tipu! Marahkan Danish kan? Mama tahu sangat papa ni.” Dato Akil tersenyum. Datin Erni memang memahami dirinya.
Mereka pun menjamu selera.
Damia bergerak pantas ke tanah perkuburan Izz. Hari semakin petang. Dia juga berasa seram sejuk jika sudah petang datang ke kawasan seperti itu tetapi perasaaan rindunya kepada arwah tidak dapat ditahan lagi.
“Hari ini Mia datang lagi. Maaf datang lewat sikit. Mia masih rindukan Izz. Walaupun sudah lima tahun Izz pergi.” Damia mengusap batu nisan yang terukir.
“Mana mungkin Mia lupakan Izz. Izz yang pertama dan .....” entah kenapa saat ini wajah Haris muncul di fikirannya.
“... Dan terakhir.” Tersekat-sekat Damia menyatakannya. Tiba-tiba hatinya berasa ragu dengan apa yang baru dia lafazkan.
Selepas selesai baca surah yasiin, Damia berlalu pergi dan dia tidak sengaja terserempak dengan seseorang.
“BKK!”
“Mia!” dinaikkan sedikit kening Haris. Dia sudah mengetahui makna sebalik huruf tersebut. Damia melarikan diri. Cepat-cepat dia masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin.
Tiba-tiba cermin kereta diketuk dari luar. Damia hanya membuka sedikit sahaja cermin tingkat keretanya.
“Kenapa?”
“Nah ambil ni!” Kata Haris sambil berlalu pergi. Terpana Damia. Telefon bimbit pemberian Izz tercicir rupanya. Dia mengucap syukur sebab Haris pulangkan semula kepadanya.
Dia menutup semula cermin tingkap keretanya. ‘Nak ucap terima kasih ke? Tak payah la. Aku pun dah berhenti kerja. Buat apa lagi aku sibuk-sibuk pula. Biarlah. Aku doakan kau dapat jodoh cepat. Manalah tahu boleh lahirkan baby BKK. Perangai sama dengan ayahnya.’ Damia ketawa sendirian. Entah mengapa dia terasa lucu.
Damia meneruskan destinasinya dan tanpa dia sedari ada seseorang yang begitu setia mengikutinya.

BAB 28

Pemandangan laut yang terbentang sangat meredupkan mata memandang. Lidya menanti dengan penuh kesabaran. Mereka berhenti di tepi jalan. Baru sahaja bertolak sepuluh minit, Danish mengadu yang dia sakit perut. Terpaksalah Lidya menanti. Dia memilih di tepi pantai.
            Sungguh indah air laut dengan pancaran matahari yang mula meninggi. Mereka bertolak agak lewat sedikit. Lidya mengukir senyuman apabila fikiran dia teringatkan sikap Danish yang manja dan lucu.
            Tiba-tiba matanya ditutup dengan sepasang tangan. Lidya tersenyum.
            “Abang ni...” Lidya berpaling. Terpana dia. “Zafri!” Lidya betul-betul tidak mengerti, mengapa lelaki ini sering berada di mana sahaja dia pergi.
            Wajah Zafri terdapat lebam-lebam yang biru.
            “You nak apa lagi dengan I?”
            “I nak minta maaf dengan you. I janji takkan ganggu you lagi lepas ni tapi I berharap kita masih boleh berkawan.”
            “Baiklah. I maafkan you tapi you janji tidak akan kacau rumahtangga I lagi.”
            “Ya, I janji. Terima kasih Lidya.” Ucap Zafri. Selepas itu dia terus berlalu.
            Danish yang baru sahaja keluar dari tandas ternampak kelibat kereta Zafri yang baru berlalu pergi terus berlari mendapatkan isterinya.
            “Sayang tak apa-apa?!”
            “Alya OK.” Lidya menghadiahkan senyuman untuk suaminya.
            “Dia nak apa lagi?”
            “Nak Alya la.” Sengaja Lidya ingin mengusik Danish. Danish sudah membuat muka. Akhirnya Lidya ketawa.
            “Ala, gurau pun tak boleh. Sejak bila Danish vampire ni kuat merajuk?” Lidya terusan mengusik Danish.
            “Sejak Danish Aniq mengenali Lidya Alya.” Makin lebar senyuman Lidya.
            “Jom. Nanti lewat sampai rumah pula. Perut dah ok?”
            “Ok!” kata Danish sambil menepuk perlahan perutnya. Dia mempamerkan senyuman. Mereka berdua pun meneruskan perjalanan mereka.
*****
Damia berjalan bersendiri dalam shopping complex. Dia pun tidak pasti arah tujunya. Dia memasukki sebuah kedai yang menjual aksesori-aksesori yang menarik. Damia mencuba memakai gelang berwarna biru lembut.
            “Cantik!” Ada suara yang berbisik di telinga Damia. Pantas Damia berpaling.
            “BKK!” Terkejut Damia.
            “Sudah-sudahlah panggil aku BBK. Aku tahu la aku kacak sangat sampai kau tergamak nak bandingkan aku dengan binatang yang ada lesung pipi tu.” Melawak Haris.
            Terpana Damia mendengar ayat itu. Dia cuba bersabar dan bertenang tetapi bagi Haris itu hanyalah sekadar bergurau. ‘Mana ada kingkong ada lesung pipi. Tak logik betul.’
            “Awak nampak ke lesung pipi king kong. Mengarut sahaja!” Damia mahu marah tapi tidak jadi. ‘Kenapa aku perlu marah. Buat tak tahu aje.’ Damia keluar dari kedai tersebut.
            “Hey tunggu la!” Panggil Haris.
            ‘Aku ingat dia tak nak kejar aku. Ish, peninglah dengan lelaki ni.’ Damia mengeluh berat.
            “Ini untuk kau.” Haris menghulurkan sesuatu kepada Damia. Damia hanya memandang gelang yang berada di tangan Haris.
            “Ambil la! Serius! Gelang ni sesuai dengan kau.” Haris berkata lagi apabila Damia tidak memberi respon. Damia berpaling dan meninggalkan Haris.
            “Mia!” Panggil Haris lagi untuk kali ke berapa. Damia hentikan langkahnya.
            “Awak nak apa lagi? Saya dah berhenti kerja kat tempat awak. So, tolong jangan kacau saya lagi. Tak suka la.” Damia menghambur segala amarahnya.
            “Tapi aku suka kacau kau. Bila kau marah nampak lebih menawan.”
            “Sakit jantung saya ni bila cakap dengan awak. Blah la!” Damia sudah menyampah. Dia mempercepat langkahnya. Tetapi tidak berjaya. BKK setia mengikutnya.
            ‘Idea datang!’ Sengaja Damia masuk ke dalam tandas perempuan. Kelihatan Haris menunggu agak jauh. ‘Kesian...’ Damia keluar dengan penyamaran yang memang Haris tidak perasan.
            Tiba-tiba telefon bimbit Damia kuat bergema di ruang berhampiran Haris. Haris yang seperti mengenali bunyi itu segera menghampiri Damia yang menutup separuh mukanya menggunakan selendang.
            “Mia!”
            “Lari!” bersungguh-sungguh Damia berlari dan seperti biasa Haris akan terus mengejar Damia sehingga hilang punca.

Thursday 17 November 2011

31
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 27 siri 2

"Kesian dahi buah hati korang ni hihihi...ria minta maaf jika  ada buat salah dengan korang semua... maaf..."


-Ria Natsumi-





Mereka bersiap-siap untuk pergi makan tengah hari bersama selepas menunaikan solat zohor. Tiba-tiba mereka berdua terserempak dengan Zafri. Danish dan Zafri saling menjeling antara satu sama lain bagaikan ada perasaan tidak puas hati antara mereka.
            Sengaja Danish memeluk bahu Lidya. Hal itu membuat Zafri mendengus kasar. Dia faham sudah apa yang ingin disampaikan oleh Danish. Lidya tertunduk wajahnya. Zafri meninggalkan mereka dan terus pula ke Kuala Lumpur.
            “Kali pertama rasa puas hati!” Kata Danish sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung ke kerusi.
            “Puas hati apa?”
            “Tak ada apa-apa.” Danish tersenyum. Dia memegang tangan Lidya. Diramasnya lembut. Lidya tersenyum. Dia rasa bahagia.
            “Sayang nak makan apa?”
            “Alya nak....” belum sempat Lidya memberitahu, Danish sudah memotongnya.
            “Tak apalah. Biar abang yang order untuk sayang.” Lidya merajuk. Dia mencampakkan pandangannya ke laut. Tenang sahaja dia melihat laut yang bergelora itu.
            “Laut tu lebih menarik daripada abang ke?” tiba-tiba Danish bertanya. Lidya memandang Danish lalu tersenyum manis. Terasa lucu dengan kata-kata Danish.
            “Hmmm, laut lebih menariklah abang. Camne Alya nak buat ye? Alya sudah jatuh cinta dengan laut ni.” Sengaja Lidya mengusik Danish.
            “Abang tak kisah pun kalau sayang jatuh cinta dengan laut. Jangan dengan manusia udah!” Pesan Danish.
            “Oh, dengan Zafri?!” Usik Lidya. Entah mengapa dia suka melihat wajah Danish cemburu. Itu sebab dia suka benar menyebut nama lelaki yang suaminya tidak suka.
            “Sebutlah...sebutlah nama dia wahai sayangku. Kalau tak sayang abang pun tak apa?” Rajuk Danish. Dia bermain-main dengan telefon bimbitnya. Memang terasa hatinya apabila Lidya berkata begitu.
            “Tut! Tut!” Bunyi mesej masuk. Pantas jemari Danish menekan butang-butang yang ada di badan telefon bimbitnya.
Maafkan Alya. Alya cinta dan sayang abang seorang iaitu Danish Aniq...
-Isterimu-
            Danish tersenyum membaca mesej tersebut. Dia mendonggak memandang Lidya. Lidya tersenyum manis.
            “Nakal ye!” Danish menarik pipi gebu milik Lidya. Lidya pula mengaduh tapi tetap pamerkan senyuman yang menawan.
            “Saje.” Lidya tersenyum bahagia. Mereka menjamu selera dengan penuh rasa gembira.
            Petang itu Lidya dan Danish berjalan sambil berpegangan tangan di pesisiran pantai. Walaupun cuaca sangat panas tetapi mereka tidak kisah. Kebahagiaan yang tercipta itu membuat mereka gembira.
            Mereka berdua duduk berehat seketika di atas batu besar yang berada di situ.
            “Abang cuti berapa lama?”
            “Siapa cakap abang cuti?”
            “So?” Dahi Lidya berkerut. ‘Main-main pula laki aku ni.’ Hatinya berbisik.
            “Abang ponteng kerja. Papa tak tahu yang abang dah tak datang kerja dua tiga hari ni.” Jelas Danish. Dia tersenggih.
            “Bagusnya perangai.” Sindir Lidya. Dia rasa bersalah kerana Danish tidak datang kerja kerana mencari dirinya. Mereka membisu sambil menghayati keindahan alam cintaan-Nya.
            “Abang..” Lidya memanggil Danish.
            “Ya...” Mata mereka masih di laut.
            “Boleh Alya tanya sesuatu?” Alya seperti teragak-agak untuk menanyakan soalan. Danish terus memandang wajah isterinya.
            “Kenapa ni? Alya ada buat salah dengan abang ke?” Danish menekanya sendiri.
            “Eh, mana ada!” Jawab Lidya sambil berdiri. Entah mengapa dia rasa tidak selesa apabila Danish berkata begitu. Tiba-tiba pandangan Lidya jatuh ke arah seorang ibu dan seorang anak perempuan. Anak kecil itu terjatuh dan segera ibunya mendapatkan anaknya. Begitu prihatin dan penyayang hati seorang ibu. ‘Macam ummi.’ Bisik hati Lidya.
            “Kalau tak ada buat salah, bagitau abang apa dia?” Danish juga berdiri. Lidya mula berjalan meninggalkan Danish.
            ‘Apa kena dengan Alya ni? Muka dah la serius macam orang mati laki tapi laki kau ni masih hidup lagi.’ Danish monolog dalam diri. Dia mengejar Lidya yang kini sudah semakin jauh dengannya
            “Alya..” Kata Danish sambil menyambar lengan isterinya. ‘Kita baru sahaja bahagi, tak kan sudha timbul masalah baru?’ lagi sekali dia berkata dalam hati.
            “Tak ada apa-apa. Jom solat. Kejap lagi nak masuk waktu Asar.” Ajak Lidya. Dahi Danish semakin berkerut. Akhirnya dia mengalah dan mencapai tangan Lidya untuk berjalan  bersama.
            Mereka berdua bersembahyang berjemaah. Usai solat, Lidya melipat pakaiannya.
            “Dah nak balik rumah ke?”
            “Ya. Rindu pada ummi la.”
            “Dah maafkan ummi?” sepatah Danish bertanya. Lidya mengeluh berat. Dia memejamkan matanya seketika dan membukanya semual.
            “Ummi. Ummi seorang wanita yang paling Alya kagumi. Sejak ayah meninggal ketika Alya kecil dulu, dialah perempuan yang menjaga Lidya. Seorang perempuan lembut yang tidak tahu membuat kerja selain kerja rumah. Ummi berusaha mencari kerja untuk mendapatkan sesuap nasi untuk Alya makan. Ummi sanggup menahan lapar asalkan Alya dapat makan.” Ada air mata yang mengalir.
            Lidya rasa bersalah kerana dia sudah bersikap kasar dengan orang yang telah membesarkannya. Mungkin ada sebab mengapa Umi Kalsom bertindak merahsiakan perkara tersebut. Lidya mula tenang.
            “Rindunya pada ummi.” Luah Lidya. Dia menyeka air matanya dari terus mengalir.
            “Baguslah tu sayang. So, sayang nak balik hari ni?” Danish bertanya untuk mendapatkan kepastian.
            “Hmm, Alya rasa nak balik hari ni. Terlalu lama tinggalkan ummi. Risau pula dengan keadaan Ummi.” Jelas Lidya. Dia yakin yang dia sudah memaafkan Umi Kalsom. Biar takdir yang menentukan sahaja.
            “Baiklah. Sayang kemas barang dulu. Abang nak pergi periksa kereta. Barang abang jangan lupa kemas sekali.” Pesan Danish. Dia mengambil kunci keretanya.
            “Abang!” panggil Lidya.
            “Ya.”
            “Kereta Lidya macam mana?” Lembut sahaja Lidya berkata.
            “Aduh! Lupa!” Danish menepuk dahinya. Dia hampir lupa yang Lidya datang dengan kenderaan sendiri. “Camnilah sayang, kita pandu sama-sama. Nanti sayang pandu dulu. Abang follow dari belakang ok? Bagi kunci kereta sayang.” Pinta Danish.
            Lidya hanya angguk tanda bersetuju. Dia bangun dan mengambil kunci keretanya.
            “Terima kasih abang.” Ucap Lidya. Dia menyalami tangan Danish dan menutup pintu. Lidya tersenyum gembira. Dia betul-betul bahagia. Dapat bercakap lembut dengan Danish dan bermesra.
            “Tok! Tok!” Pintu bilik Lidya terkejut. ‘Apa lagi ni Danish? Tinggal apa pulak?’ bisik hati Lidya.
            “Abang lupa a....” kata-kata Lidya terhenti apabila melihat orang yang mengetuk pintunya. “Zafri!” Terpana Lidya.
            Dia ingin menutup pintu itu kembali. Danish tiada bersamanya. Dia tidak mahu menimbulkan apa-apa fitnah.
            “Lidya please!” Zafri menghalang pintu itu dari ditutup dengan tangannya. Sakit itu memang sakit tapi demi Lidya, Zafri rela menahan sakit.
            “Apa lagi yang you nak? I tak percaya lagi pada you. You tipu I. You intip I! I tak suka.” Marah Lidya. Dia mengucap syukur sebab pintu kini tertutup rapat.
            “Lidya, I lakukan semua ni demi mendapatkan perhatian you. I cintakan you, Lidya!” Kata-kata itu membuat bulu roma Lidya menegak. Dia tidak suka kata-kata itu.
            “Apa kau cakap? Cinta!” Danish tiba-tiba muncul entah dari mana. Dia menarik tubuh Zafri ke tempat lapang lalu ditumbuk wajah Zafri.
            Rebah Zafri atas tar jalan.
            “Aku dah lama sabar dengan kau. Lidya tu bini aku. Yang kau masih kacau dia tu, kenapa?” Amuk Danish. Dia sudah tidak boleh sabar dengan Zafri lagi. Zafrilah punca segala-galanya. Dia tidak akan berasa puas kalau tidak dapat selesaikan masalah dia dengan Zafri hari ini juga.
            Lidya yang terdengar suara Danish segera memakai tudung dan membuka pintu. Terkejut Lidya melihat Danish sedang menumbuk Zafri. Zafri tidak pula membalasnya.
            “Abang, hentikan!” Lidya menghalang Danish daripada terus menumbuk Zafri. Bibir Zafri sudah berdarah.
            Lidya memeluk Danish dari belakang. Danish tidak jadi bergerak apabila Lidya bertindak seperti itu.
“Zafri, better you pergi dari sini.” Arah Lidya.
“Tidak!” Zafri bangun dari terus terbaring. Dia menumbuk wajah Danish lalu rebah dan pada masa yang sama Lidya turut rebah.
“Aduh!” Siku Lidya tergeser di tar jalan itu. Zafri segera mendapatkan Lidya.
“Sorry..” Ucap Zafri. Panas hati Danish melihat lelaki lain bersama Lidya. Dia menolak tubuh Zafri lalu mencembung tubuh Lidya masuk ke bilik penginapan mereka.
“Lidya!” Zafri juga ingin masuk sama. Dia juga bimbang dengan keadaan Lidya. Dia tidak peduli dengan bibirnya pecah dan berdarah.
“Kau tak payah nak sibuk! Lidya bini aku. Biar aku sahaja jaga dia!” Tinggi suara Danish dan menutup pintu dengan kuat. Zafri tertunduk dan membawa diri.
“Tak guna kau, Danish!”
Selepas itu, Danish mencari peti kecemasan yang biasanya disediakan dalam bilik penginapan.
“Jumpa!” Danish segera menghampiri isterinya yang dibaringkannya atas katil. “Duduk diam-diam.” Arah Danish.
“Alya tak apa-apa. Luka kecil sahaja. Abang tu yang lukateruk.” Lidya suruh Danish pula yang duduk diam-diam. Dia menyapu luka dibibir Danish yang pecah akibat ditumbuk oleh Zafri.
“Sakit... Sakit!” Danish mengaduh tetapi pada masa yang sama perasaan bahagia terbit dalam hatinya. Lidya tersenyum. Terasa lucu Danish mengaduh.
“Ok. Selesai pun. Lain kali jangan nak bertumbuk-tumbuk.” Lidya membebel sambil menyimpan semula ubat luka ke dalam kotak kecemasan.dia bangun dari katil tetapi tangannya disambar oleh Danish.
Pandangan mata mereka bertaup.
“Kenapa?” Lidya bertanya.
“Teman abang.”
“Boleh tapi kejap. Nak simpan ni dulu.” Setuju Lidya yang menunjukkan kotak kecemasan. Dia berlalu pergi dan kembali semula dengan sebotol air mineral.
“Abang, minum air ni?” Lidya menghulurkan botol air tersebut.
“Terima kasih sayang.” Ucap Danish sambil tersenyum. Walaupun terasa sakit untuk mengukir senyuman tetapi untuk Lidya, apa sahaja disanggup lakukan. Mereka berdua tersenyum bahagia.