Alamak! Kenapa aku ikut jalan ni? Dia sudah tersalah jalan. Jalan untuk
balik ke rumah sewa sepatutnya ikut kiri tapi dia terjalan ikut kanan. Kalau
ikut kanan terpaksa jalan jauh sedikit. Sudahlah sunyi jalan tersebut.
Tiba-tiba dia terdengar
bunyi orang bergaduh di sebalik bangunan yang di hadapannya kini. Dia cuba
mengintai.
Tatkala hati Nashuha terpandang seorang lelaki yang sedang
membelasah beberapa orang membuat hatinya berdebar dalam ketakutan. Dia
terkaku. Tak dapat melarikan diri.
Perempuan itu cepat-cepat
membantu kekasihnya yang kena belasah. Tambahan pula kereta perempuan itu,
cerminnya pecah. Teruk juga.
“You!” lelaki itu
menjerkah Nashuha dari jauh. Dia betul-betul takut. Kaki! Bergeraklah.
Tolonglah gerak! Hati Nashuha merintih. Dia takut lelaki itu apa-apakan dia.
Tubuh Nashuha ditolak ke
dinding. Kini mata mereka saling bertentangan. Ya Allah besarnya lelaki ini! Makin
takut yang Nashuha rasa. Padahal Nashuha yang tidak sedar, tubuhnya sememangnya
kecil.
“Ganti balik apa kau dah
buat dengan kereta aku ni!” marah perempuan tersebut yang kini hampir dengan
lelaki ganas tadi dan Nashuha.
“That should be enough! Get the hell out!” selamba lelaki itu
berkata sambil mencampakkan wang di muka perempuan itu.
Berebut-rebut lelaki yang
kena belasah itu dengan perempuan tadi mengutip duit tersebut. Inilah manusia
yang gilakan duit tanpa mempedulikan lagi dosa dan pahala.
Lelaki itu fokus kembali
pada Nashuha. Nashuha memandangnya dengan wajah yang takut. Gila! Lelaki ni
gila. Main campak macam tu aje duit. Dia ingat duit ni apa ke? Nashuha berkata
dalam hati.
Lelaki itu meletakkan
tangannya di dinding. Pandangan lelaki itu betul-betul tajam.
Nashuha betul-betul tidak dapat lari. Hatinya berdegup
kencang. Walaupun lelaki itu nampak kacak tapi kalau jahat buat apa. Cari nahas
aje!
“Kau nak apa?” Akhirnya Nashuha cuba bersuara. Beranikan
diri! Nashuha berkata dalam hati. Memberi semangat pada diri sendiri.
“If you need money
too. Then how about I buy you?” kata lelaki itu.
Dahi Nashuha sudah berkerut. Buy? Buy tu bukankah beli? Nashuha mula keliru dengan apa yang
didengarinya.
Tiba-tiba lelaki itu mencium bibirnya.
Nashuha tidak dapat berbuat apa-apa. Dia terkaku.
“From now, you’re
mine!” katanya terus berlalu. Lelaki itu menabur wang pada Nashuha pula.
Nashuha jatuh terjelupuk. Apa yang perlu aku lakukan? Ya
Allah, dugaan apakah ini? hatinya bertanya. Dia tidak mengambil pun duit
tersebut. Dia berjalan pulang dengan keadaan lemah seluruh badan.
Nashuha trauma. Perasaannya tertekan dengan tindakan
lelaki yang tidak tahu malu itu.
Kini, sudah seminggu perkara itu berlalu. Nasib baik aku
baru masuk belajar kat sini. Lupakan sahaja peristiwa itu.
“Aku berdoa bersungguh-sungguh. Janganlah aku jumpa
lelaki tu lagi!” Nashuha berdoa dengan suara yang berbisik.
“Kau doa apa tu?” Sahabat Nashuha menegur.
“Fyka! Ini kau punya pasalah. Gara-gara kau, aku yang
jadi mangsa keadaan.” Marah benar Nashuha dengan Fyka.
“Kenapa dengan aku? Aku memang nak minta maaf pada kau
sebab semalam aku ada hal penting. Tak dapat nak hantar kau balik.” Jelas Fyka.
“Ala kalau kau hantar aku depan rumah, mesti tak berlaku
perkara ngeri dalam hidup aku.” jelas sekali Nashuha kecewa. Apa yang perlu dia
lakukan untuk dia hilangkan ingatan itu?
“Apa benda yang terjadi ni? Apa dia? Cuba cerita sikit.”
Fyka meletakkan buku-buku yang dipinjam di perpustakaan tadi di atas meja.
“Cerita? Aku bukan pencerita dalam cerita ini. So, kau jangan tanya.” Malas pula nak
buat sesi luahkan perasaan kat sini. Baik pergi makan. Nashuha tersenyum. Makan
aje yang boleh buat aku lupa segalanya.
“Jom makan!” ajak Nashuha.
“Kay, jom makan sekali.” Ajak Fyka. Fyka memang perasan
yang Kay selalu memandang Nashuha. Tapi minah ni mana nak perasan kalau dah
jumpa makanan dan buku. Memang tak boleh dipisahkan.
“Makan?” Kay membetulkan sedikit songkoknya. Dia memang
terkenal dengan sikap yang baik dan suka memakai songkok.
“Jomlah Kay,” wajah ceria Nashuha ditatapnya. Dia turut
tersenyum.
“Baiklah.” Kay bersetuju.
Mereka bertiga berjalan bersama-sama. Gembiranya Nashuha
sebab Kay mahu belanja makan tengah hari. Makin lebar senyuman Nashuha.
“Tak ucap pun terima kasih?” kata Kay dalam nada merajuk.
Alahai, comelnya dia buat muka. Anak siapalah ni? Kata Nashuha dalam hati.
“Thank
you so much. I so happy today.”
Kata Nashuha sambil tersenyum lebar.
“Welcome Nashuha. I also happy went you happy.” Balas Kay.
Nashuha tersentak. Entah
mengapa suara itu macam pernah dia dengar. Dia memandang Kay. Lelaki itu memang
tinggi. Rasanya 189 sentimeter dan Nashuha cuma 145 sentimeter. Beza memang berbeza.
Aku rasa mesti masa mak
dia mengandung ni, suka makan kacang
panjang. Teka Nashuha dalam hati.
Dia memandang wajah Kay.
Direnungnya bersungguh-sungguh sehingga dia tidak perasan ada tiang
dihadapannya.
Tong! Bunyi tiang dilanggar
orang.
“Nash! Kau okey tak?” Fyka
bertanya. Apa kena minah ni? Tiang yang comel ni pun tak nampak ke? Nasib baik
tak jatuh dalam longkang depan ni. Fyka mula pelik.
“Aku okey. Cuma berhajat
nak cium tiang ni tapi terhantuk la pula.” Kata gurau dari Nashuha. Dia
tersengih tetapi sengihan itu mati tiba-tiba.
Cium? Hatinya berdebar
kencang. Dia teringat peristiwa ngeri itu.
Fyka yang melihatnya
terkejut. Kawan aku ni okey ke tak?
Kay hanya memandang wajah
Nashuha yang jelas sedang memikirkan sesuatu sambil memegang bibirnya. Kay
turut terasa pelik dengan tindakan Nashuha.
“Macam tak okey aje?” soal
Kay pula.
“Eh, okey aje.” Nashuha
berdiri. Memang sakit kepalanya apabila terlanggar tiang tersebut.
“Kalau okey tak apa. Aku
takut kau mereng aje.” Kata Fyka. “Aku pergi dulu. Maaf Nash aku tak pergi
kelas malam ni sebab ada hal.” Sambungnya lagi.
“Kau ni asyik ada hal
aje.” Kecewa Nashuha.
“Kay ada. Boleh temankan
kau.” Cadang Fyka.
“Kay tak ambil subjek tu.
Aku sorang lagilah.” Balas Nashuha. Kay hanya mengangguk sahaja.
“Tak apa. Kalau ada orang
jahat dengan kau, kau sepak aje tempat sulit dia. Mesti dia tak boleh bergerak
punya. Aku pergi dulu!” pesan Fyka.
“Itu kalau sempat sepak.
Ini nak bergerak pun tak mampu, apatah lagi sepak.” Nada Nashuha rendah. Lagi
sekali dia teringat peristiwa itu. Malasnya nak pergi kelas malam ni. Leceh dan
leceh.
Kay dan Fyka meninggalkan
Nashuha sendirian. Mereka berdua ada kelas bersama.
*****
Akhirnya habis juga kelas malam ni. Mata aku sudah mengantuk ni. Ingat
wahai Nashuha, ikut kiri bukannya kanan. Jangan salah jalan. Nashuha
mengingatkan dirinya.
Akibat dia lambat bergerak
keluar dari bilik kuliah, suasana menjadi sunyi.
“Banyaknya barang aku!”
geram Nashuha. Pensil, pen, magik warna dan pemadam semua bersepah atas
mejanya. Buku sampai tiga buah dan botol air lagi. Yang menjadi lambat apabila
Nashuha berusaha memasukkan semua benda tersebut dalam beg. Beg pula kecil.
Nashuha oh Nashuha
“You!” Nashuha menoleh pada milik suara itu. Alamak! Ini tak jalan
lagi dah jumpa dia. Dalam bilik kuliah pula tu. Lagi satu lelaki ni orang
berdarah kacukan barat ke? Jumpa aku aje nak speking.
Nashuha terkaku. Lelaki
itu menghampirinya. Makin kuat debaran Nashuha. Memang sah, aku nampak dia aje,
aku tak boleh bergerak. Ya allah, bantu hamba-Mu ini! Aku tak nak peristiwa
sama yang berlaku. Tak nak!
Entah mengapa pandangan
lelaki itu saat ini sedih. Wajahnya pun sedih.
Lelaki itu duduk di atas
meja Nashuha lalu memeluk tubuh Nashuha
yang kecil itu. Lagi sekali Nashuha terkaku.
“Please, remember me, Honey! Please!” ada bisikan ditelinga Nashuha. Entah mengapa Nashuha rasa tenang dalam
pelukan lelaki itu tetapi hanya seketika sahaja. Akhirnya dia meronta. Dosa.
Ini Dosa!
“Lepaslah. Kau ingat aku
ni apa? Main peluk-peluk!” lagi kuat Nashuha meronta.
“No! You’re mine!” kata lelaki itu yang berubah rentak. Makin kemas
lelaki itu memeluknya. Siapa yang akan membantunya?
“Hoi! Buat apa tu?”
seorang pengawal keselamatan menghampiri mereka. Nashuha sudah mengucap kata
syukur. Dia terselamat lagi.
“Buat maksiat ya? Budak
muda sekarang memang tak tahu malu.” Pak cik itu mula membebel.
“Maksiat? She is my wife, uncle.” Mendatar suara
lelaki itu.
“Wife?” Pak cik tersebut
dan Nashuha menyebut perkataan itu serentak dengan nada yang terkejut.
“Korang jangan nak tipu.
Sudah! Bersurai.” Pak cik itu memberi arahan. Lelaki itu menarik tangan Nashuha
dan meninggalkan bilik itu.
Nashuha melihat tangannya
yang kini dalam genggaman tangan lelaki itu. Kenapalah lelaki ini suka ambil
kesempatan?
“Eh, lepaslah!” Nashuha
menarik kembali tangannya. Berusaha dia mencari penyembur pemedih mata dalam
begnya itu tetapi tidak jumpa.
Tiba-tiba tangannya
ditarik kasar oleh lelaki yang ganas itu. Tangannya dilekat ke dinding.
“Lepaslah!” jerit Nashuha.
Perasaan geram bercampur takut dalam hati Nashuha.
“Honey, I love you. Please! Berapa lagi sayang nak ambil masa untuk
mengingatnya? Berapa lama?” soalnya bertalu-talu.
“Ingat apa? Ish, kau ni
dah salah orang...” belum sempat Nashuha menghabiskan kata-katanya, lelaki itu
sudah memotong katanya.
“Tak sayang! Abang tak
salah orang. Sayanglah orangnya! Orang yang abang cinta.” masih berusaha
menyakinkan Nashuha.
“Lepaslah!” perlahan-lahan
tangan Nashuha di lepaskan. Nashuha mengambil kesempatan ini untuk melarikan
diri.
Nash sayang.....
Lelaki itu pun pulang ke
rumahnya.
“Kau pergi jumpa perempuan
tu lagi?” soal ayahnya yang berada di sofa.
“She is my wife.”
“Memang dia isteri kau
tapi dia dah hilang ingatan. Kau kahwin aje dengan perempuan pilihan ayah.”
Dato Ikmal mencadangkan pada anaknya itu.
“Tidak! Nashuha tetap
isteri saya dan hanya dia! Ayah yang menyebabkan dia hilang ingatan. Disebabkan
dengki dan ego ayah itu, seluruh keluarga Nashuha meninggal di tempat
kemalangan tu. Mujurlah Nashuha hanya hilang ingatan sahaja.” Kay sememangnya
bersyukur.
“Dia takkan terima kau
semula. Dia akan mempertikaikan kenapa kau tak mencari dia kalau kau tahu dia
isteri kau. 3 bulan kau tinggalkan dia keseorangan,” kata Dato Ikmal dengan
senyuman lebar.
“Ini semua pasal ayah!
Ayah yang kurung saya dua bulan! Semua salah ayah!” nada Kay semakin tinggi.
Dia mengucap dalam hati lalu meninggalkan ayahnya.
Kay menghempaskan dirinya
atas katil milik dia.
Dulu Kay dan Nashuha
bercinta dan berkahwin. Walaupun usia mereka masih muda tetapi perkahwinan
adalah jalan paling baik. Ibu bapa Nashuha pun tidak kisah.
“Abang, Nash suka tengok
mata abang.”kata Nashuha manja.
“Tengoklah puas-puas.
Abang lagi suka.” Balas Kay dengan lembut. Kasih sayangnya untuk Nashuha
terlalu kuat.
Tiba-tiba pipi Nashuha
dicium oleh Kay. Kay tersengih apabila Nashuha menjeling.
“Nak cium pun, tak payah
la curi-curi.” Kata Nashuha berani.
“Curi-curilah sebab orang
tu tak suka kena cium.” Terus merah wajah Nashuha apabila Kay berkata begitu.
“Abang ni..” lagi manja
Nashuha jadinya. Dia berdiri tegak dan bersalaman dengan suaminya yang masih
duduk di depannya. Aku berdiri pun macam lebih kurang aje tinggi dengan Kay
walaupun dia sedang duduk.
“Nash pergi dulu. Lepas
hantar aje mama dan papa Nash ke airport, Nash jumpa abang kat rumah ye?” pinta
Nashuha.
“Baiklah sayang, hati-hati
memandu ya?” pesan Nash.
Setelah beberapa jam, Nash
mendapat panggilan yang Isterinya kemalangan. Dia mahu ke hospital tetapi ada
beberapa orang yang tidak dikenali sudah memasuki rumahnya lalu memukulnya
sehingga pengsan.
Apabila Nash sedar, dia
sudah berada di sebuah milik. Rupanya ini angkara Ayahnya, Dato Ikmal yang
tidak menyukai Nashuha. Ayah mahu pisahkan mereka.
Selama dua bulan Kay
terkurung tanpa mengetahui perkembangan dan keadaan Nashuha. Dia kehilangan.
Selepas selepas dua bulan,
dia dihantar ke luar negara untuk bekerja di sana. Tanpa pengetahuan Dato
Ikmal, Kay telah mengupah penyiasat untuk mengesan di mana Nashuha dan ketika
itulah dia mengetahui yang Nashuha telah menyambung belajar dan dibawah jagaan
ibu saudaranya.
Perkahwinan mereka pula
hanya mama dan papa Nashuha yang tahu. Kini, mama dan papa Nashuha meninggal
dunia semasa kemalangan dan Nashuha pula hilang ingatan membuatkan tiada siapa
yang tahu mengenai perkahwinan ini melainkan Kay dan Dato Ikmal. Dan ada lagi
seorang yang mengetahuinya, abang sepupunya, Zeck. Tetapi lelaki itu sudah lama
tidak ditemui sejak mempunyai anak.
*****
Nashuha terus berlari dan berlari. Dia takut. Takut lelaki yang tidak
dikenali itu mengejarkan. Cepat-cepat dia masuk ke dalam biliknya dan mengunci
pintu. Dia benat-benar takut.
“Isteri? Lelaki ini
benar-benar gila! Aku kena cari kawan bilik cepat-cepat ni. Minggu lepas
tumpang rumah kawan kat kolej. Sekarang dah dapat rumah sewa, duduk sorang
pula.” Nashuha membebel seorang diri.
Nashuha cuba bertenang.
Dia segera membersihkan diri dan mendirikan solat isyak.
Selepas meneguk segelas
air, Nashuha terus menarik selimut. Lebih baik dirinya tidur. Jam sudah
menunjukkan pukul 12 tengah malam. Sudah lewat!
“Abang!” jerit Nashuha.
Dia bermimpi. Acap sangat dia bermimpi mengenai dia sudah berkahwin dan
mempunyai suami. Pantas pandangannya jatuh pada jam dinding yang kini jam tiga
pagi.
“Kenapa sayang? Abang ada
aje ni?” tiba-tiba ada suara yang didengari. Perlahan-lahan Nashuha berpaling
arah kanannya. Lelaki itu!
“Kau ni siapa?” Nashuha
berdiri tegak dan jauh dari lelaki itu.
“Kay Akmal. Suami sayang
la!” kata Kay sambil membelai rambutnya yang sedikit kusut.
“Kay! Kau memang gila! Kat
kolej watak kau baik. Pakai songkok! Sekarang kau mengaku yang kau suami aku?
tipu dan tipu!” Nashuha tidak percaya. Dia kenal lelaki itu. Kenapa bila pakai
songkok wajahnya lain sangat.
“Itulah cara abang dekati
sayang.”
“Apa bukti kau suami aku?”
“Nah!” Kay menghulurkan
sesuatu.
Perlahan pergerakan
Nashuha mengambil kertas yang ada di hujung kaki Kay tetapi tangannya ditarik
oleh Kay. Dia tersembam ke dada bidang lelaki itu.
Pinggangnya dirangkul
erat.
“Lepaslah!” kasar Nashuha
dengan menolak tubuh Kay
“Kasar juga sayang ni?”
tetapi Kay tiada tanda-tanda mahu melepaskan Nashuha. Dia benar-benar rindukan
Nashuha yang sentiasa manja dengannya.
“Lepaskan aku!” makin
kasar dan tinggi suara Nashuha. Akhirnya Kay melepaskan Nashuha.
Lama Nashuha merenung
kertas ditangannya.
“Ini fotostatnya aje.
Boleh caya ke?” soal Nashuha.
“Ambillah dompet saya atas
meja belakang awak tu. Ada kad pengenalan perkahwinan kita. Tengoklah
puas-puas.” Kata Kay sambil merenung tajam Nashuha.
Segera Nashuha berpaling.
Dia ternampak dompet lelaki itu dan mengeluarkan kad pengenalan tersebut.
Memang betul pun tapi
masih belum boleh percaya. Aku kena pergi pejabat agama dulu. Mana tahu ini
sindiket penipuan.
“Kalau betul kau suami
aku, kau pergi mana masa aku kemalangan dulu?” soal Nashuha. Bertapa dia terasa
seksa ketika itu. Apabila dia sedar, dia terasa asing sekali. Siapa dirinya?
Dia tidak ingat apa-apa.
Mujur ada ibu saudara yang
datang melawat kerana mengenalinya.
“Abang kena kurung dengan
ayah abang. Dia tak suka kita bersama.” Kay mula berdiri. Dia menghampiri
Nashuha.
“Kau jangan rapat dengan
aku!” Nashuha memberi amaran. Mungkin tadi dia terkaku tetapi apabila penipuan
lelaki ini makin menjadi-jadi, dia rasa tidak tahan lagi.
Kay tidak pedulikan itu
semua. Dia makin hampir dengan senyuman yang menakutkan bagi Nashuha.
“Abang pergi dulu. Kad ni
sayang simpan. Pergi pejabat agama kalau nak kepastian.” Kata Kay yang begitu
hampir dengan Nashuha. Kay mengambil dompetnya dan terus berlalu. Tanpa Nashuha
tahu, rumah sewa yang disewa oleh Nashuha adalah rumah yang dibeli oleh Kay
untuk isterinya itu.
Nashuha mengeluh. Kenapa
perjalanan hidupnya seperti ni? Dia suami aku? Betul ke?
Nashuha terbayang wajah
Kay yang dikenali dengan gaya bersongkok. Wajah baik gitu tapi dalam diam,
perangai macam....
Mengucap Nashuha dalam
hati. Mengutuk orang memang sedap.
Keesokan Nashuha pergi ke
pejabat agama untuk mengesahkan. Makin kuat dia mengeluh. Dia benar-benar tidak
ingat.
“Betullah aku dah kahwin?”
Dia merenung lagi kad tersebut.
“Betullah kan?” Kay
muncul. Lelaki itu bersongkok. Berlagak alim pula si Kay ni. Perangai macam apa
entah.
“Betul tapi banyak yang
aku nak tanya kau memandangkan aku tak ingat siapa kau.”
“Nak tanya? Boleh aje.”
Kata Kay sambil membuka pintu kereta miliknya.
Nashuha bersetuju naik
kereta tersebut. Macam-macam yang ditanya oleh Nashuha dan Kay menjawabnya
tanpa berselindung.
“Sayang asyik tanya pasal
abang aje. Tak nak tanya sayang macam mana dulu dengan abang?” soal Kay yang
masih tenang memandu itu. Dia tersenyum. Dia benar-benar gembira dapat
mendekati orang yang disayangi.
“Okey, saya dulu macam
mana?”
“Sayang ni seorang yang
manja, suka peluk dan cium abang. Kalau abang tak ada, mulalah merengek macam
budak manja. Sudahlah kalau tak layan, sayang merajuk sampai berjam-jam tau.”
Ada nada ketawa di hujung kata Kay.
Entah mengapa dia terasa
pipinya merah. Betul ke dia begitu dengan Kay? Pantas dia menggelengkan kepala.
Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Kay.
“Tak apa, Abang tetap
tunggu sayang sampai ingat abang. Abang akan menanti dengan sabar.” Kata Kay
dengan ikhlas.
“Soalan terakhir. Kenapa
kau suka pakai songkok? Kepala kau botak kat tengah ke?” soal Kay.
“Aku suka pakai songkok
sebab.....” kereta yang dipandu oleh Kay dihentikan di tepi jalan. Nashuha
sudah rasa pelik. Mamat ni bukan boleh dijangka perangai tak senonohnya.
“Sebab abang nak sayang
ingat kembali masa kita kahwin dulu.” Katanya selamba sambil merenung wajah
Nashuha.
Apabila Nashuha
mendengarnya, tercetus ketawa yang kuat. Alasan apa ni? Boleh ke orang hilang
ingatan guna cara ni? Ketawa Nashuha masih bersisa.
“Nak kena cium ya?” serius
sungguh suara Kay. Pantas Nashuha menutup mulutnya dengan tangan. Dia
menggelengkan kepalanya.
“Bagus!” Kay menghidupkan
enjin dan meneruskan perjalanan mereka. Selepas makan tengah hari, Kay
menghantar Nashuha pulang.
Selepas Kay berlalu
Nashuha pun membuka pintu rumahnya. Tiba-tiba kepalanya di ketuk dengan benda
keras dan dia pengsan.
*****
Dunia yang Nashuha lihat hanya kegelapan. Tiba-tiba ada satu cahaya. Dia
melihat mama dan papa melayannya dengan baik. Tiba-tiba ada seseorang
memeluknya dari belakang. Kay? Dia kenal lelaki itu. Suaminya. Mereka berempat
hidup bahagia. Makan bersama dan tiba-tiba awan yang cerah menjadi mendung.
Mama dan papanya menghilang dan tinggallah dia dalam pelukan Kay tetapi Kay
juga meninggalkannya.
“Abang! Abang!” pantas
mata Nashuha terbuka.
Dia kini di hospital. Dia
terdengar suara Kay memanggil doktor dan dia pengsan semula.
*****
Ingatan cinta yang hilang dulu sudah kembali. Dia gembira dengan
ingatannya. Suaminya begitu baik melayan diri ini.
“Abang, sebenarnya apa
yang berlaku pada Nash masa tu?”
“Ada orang nak culik
sayang tapi diorang pula yang kemalangan. Pelik!” jelas suaminya yang sedang
membelai rambut Nashuha.
“Memang pelik kan? Tapi
inilah takdir Allah kan?” kata Nashuha sambil tersenyum.
Tiba-tiba pintu rumahnya
terbuka yang ketika itu mereka berdua berada di ruang tamu.
“Fyka!” terkejut Nashuha.
“Oh, orang tu sedang
bermanja rupanya.” Usik Fyka. “Untunglah!”
Pantas Nashuha berdiri.
“Kenapa tiba-tiba datang
ni?”
“Ni, ada orang nak jumpa
dengan buah hati kau?”
“Siapa?” soal Kay. Jumpa
dengannya?
Dari luar rumah Kay dan Nashuha sudah mendengar suara yang bising-bising.
“Abang, kereta tu
parkinglah dekat sikit! Kasihan Syanaz panas ni?” marah Ria.
“Nak dekat macam mana ni
sayang. Tak boleh dah. Kan Syanaz tu pakai topi. Tak panas punya.” Zeck memberi
alasan.
“Kan Syanaz demam. Awak
nak jaga ke? Tak sayang anak betul!” kasar sedikit kata-kata Ria.
“Memang nak kena minah
ni!” marah Zeck.
“Apa?!” tiba-tiba Zeck
memegang dagu Ria yang masih di sebelahnya itu. Ria sudah menangkap maksud
perbuatan suaminya itu.
“Okey! Okey mengalah!”
Segera Ria keluar dari kereta.
Ria melambai ke arah Kay,
Fyka dan Nashuha yang sedang melihat gelagat mereka berdua.
“Kak Ria!!!” panggil
Nashuha kegembiraan...
P/S : Maaflah kalau citer ni macam nak cepat...tapi apa-apa pun apabila
kasih sayang dan cinta seseorang itu setia. Walaupun yang terjadi, mereka tetap
akan bersama. Mungkin. Tetapi kita haruslah jujur dengan diri sendiri.....
love all ur cerpen~~ XD
ReplyDelete-YI-
terima kasih sebab suka..tapi YI tu apa ye??alamak misteri pula...hihih selamat berkenalan...
Deletemcm mne dgn bpa Kay kak Ria? Nk tau sma ada dia trima ke x Nashuha tu...uhuuu.... But overall...I like it... Lgi sy ske sbb ada nma sy...hehe ^-^
ReplyDeleteakak kan suka ambik nama kawan2...hihihi awak orang pertama nampak perkara tu...mungkin ayahnya terima juga akhirny sebab si kay tu anak tunggal dia...mesti dia sayang...bila tgk nashuha pun dah boleh bahagiakan anak dia...so on la pula...dia pun menyesal...
Deletemula2 tacing sngt... sedih part songkok tu lagi terharu .. tpi last2 mcm kenal je pelakon tmbahan tu... terus sengih balik ..
ReplyDeletehhahaha menyibuk aje ria dan zeck ni....hihihihi emmm pasal songkok tu melawak aje tapi ada betul juga hahahahha apa salahnya...
Deletebest ... tp, lelaki yg cium dia mse awl crite tu mcmana ? hilang mcm tu saja ke?
ReplyDeletelelaki yg mula2 tu la kay...dia buat rambut lain...kan selama ni kay asyik bersongkok aje...tu pasal si nash tak kenal sangat...so si kay ni pun berani cium nash sebab dia tahu yang nash ni isterinya hihihi .
Deletehahha suwett....aku ingt lelaki gangster mane tah...
ReplyDelete1) tidak dijelaskan mengapa kay pukul pasangan couple yg mule2 cerita tu
2) ape terjadi pd ayah kay?
3) ria dan pasangan mmg suke menyebokk kiut jerk ahhaha
hmmmm soalan pertam hmmmm sebab perempuan di gedik dengannya lepas tu pakwe perempuan tu marah dan mereka bergaduh..kay marah la...padahal dia mengintip nashuha bila dia tahu gadis itu balik sorang2..isteri tersayang katakan...tapi jadi camtu pula...
Deletesoalan dua...dah dijawap di atas...
soalan 3 soalan paling best....memang tak menyibuk memang tak sah ahhahahahah
sweet lar ctew nie... ske sngt :)
ReplyDeletewakat ria tu mcm penyeri cerpen...
ReplyDeletetertiba je masuk...
masuk buat muka xbersalah pula tu
btw TERBAIK!!!!!!!!!!!!!!!!!...
hihihihihihihih
pening la cerpen ni
ReplyDeleteKalau dipanjangkan cerita ni pasti lagi best! ><
ReplyDeletePeminat no.1!!!
Akak bile akk nk buat cerpen yang terbaru?
ReplyDeleteBestlah cite2 akk nie ...... <3 <3
Hha cmel j..
ReplyDeleteHahaha.. Ria dn psngn slalu ad dlm mne mne cerpen.. Hahaha. Btw , best . keep it up
ReplyDelete-IMA-
comel la psngn ni..-iezahtakuya
ReplyDeleteSape Ria n Zeck...
ReplyDeleteBest..
ReplyDelete