Followers

Monday 17 June 2013

7
Komen

PENGUMUMAN PENTING


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA....

wah berdebar pula hati ni cik penulis nak buat pengumuman tetapi cik penulis cuba kuatkan hati.... sebenarnya cik penulis cuba nak beritahu yang blog ini akan dihentikan untuk update buat seketika sehingga bulan 9... harap maklum...sebab......

SEBAB 1: Cik penulis nak siapkan beberapa manuskrip yang sudah lama di tangguh.
1.Hati suamiku GK (hampir penghujung)
2.Kau Hak Aku (akan disiapkan dan di hantar di bawah penerbitan FP insya allah)
3. Ejen cinta 143 (tak tahu la nak hantar pada penerbitan mana)
4. Kebencian dalam Hati (wah ini e-novel yang cik penulis teruja mahu menaipnya...harap-harap ramai yang suka cerita ini)

SEBAB 2 : Cik penulis dah tamat belajar di universiti pendidikan sultan idris (UPSI). 4 tahun di UPsi banyak kenangan...tambahan pula dah tamat belajar, jadi nak fokus pada penulisan tu, insya allah boleh!

SEBAB 3 : Cik penulis sudah mula bekerja esok pagi. wah kerja apa la tu cik penulis...jangan lupa sebab 1 awak tu bila dah kerja ye? Insya Allah tak lupa hihihihi

SEBAB 4 : Cik penulis akan berkahwin....wah gempak je bunyinya kan?? hahahha gurau je...jgn marah...hmmm sebenarnya cik penulis dah tak dapat nak online sangat.. itu punca utamanya...hihih harap phm la ye...

empat sebab itu menjadikan cik penulis tak dapat nak fokus pada facebook dan Blog...harap pembaca sekali faham tetapi teruslah menyokong cik penulis ye? semoga cik penulis dapat hasilkan sesuatu karya yang bermakna dan penuh dengan pengajaran...insya allah...

Wslm....

Sunday 16 June 2013

31
Komen

TEMA FANTASI : SUAMIKU VAMPIRE 4





Ais krim nak pula minah ni. Tak apa la. Janji buah hati aku ni gembira. Danish tersenyum sendiri.

“Apa senyum-senyum hah?! Nak kena belasah!” marah Alya.

“Garangnya!” Danish berkata. Comel juga kalau Alya selalu marah-marah. Dia tersenyum lagi.

“Senyum lagi! Cepatlah bayar! Aku dah nak makan ni!” Ais krim di tangan dan kiri kanannya sudah hampir cair.

Danish membayarnya. Mereka berdua duduk di taman rekreasi. Alya hanya makan dan makan tanpa pedulikan Danish.

“Comotnya!” tegur Danish. Dia mengelap tepi bibir Alya dengan jarinya.

“Kurang ajar!” Alya marah dirinya di sentuh begitu. Dengan pantas dia memanggil pedang Alya keluar lalu menghunuskan pedang tersebut tepat di leher Danish.

DAnish hanya ketawa. Dia suka Alya bersikap seperti itu. Maknanya gadis ini pandai menjaga diri. Bagus! Bagus!

“Apa gelak-gelak ni? Kau memang nak mati ye?” makin membara hati Alya. Dahla ais krimnya terpaksa menjadi korban. Geramnya! Dia sempat menjeling ais krimnya yang masih belum habis lagi itu.

“Mati? Bakal suami sayang mana boleh mati.” Makin lebar senyuman Danish. Dia menyentuh pelahan pipi comel milik Alya.

“Tak guna!” Alya ingin kelar leher Danish tetapi sekelip mata Danish berada di belakang Alya bersama pisau istimewanya.

“Jangan bergerak, kalau luka, sayang juga yang susah kena layan nafsu saya ni.” amaran Danish kepada Alya.

“Nafsu?”

“Yup! Nafsu dahagakan darah...” bisik Danish dekat di telinga Alya.

Aku lupa yang lelaki ni vampire tetapi aku tetap nak lepas dari pisau ni. Alya cuba bergerak tetapi malangnya pisau tu terkena leher Alya membuatkan darahnya mengalir sedikit.

Danish mengeluh. Memang sukar untuk dia mengawal perasan inginkan darah. Dia menarik tubuh Alya dalam pelukannya dan membawa masuk ke dalam semak dan dia biarkan Alya bersandar pada pokok.

“Saya dah beri amaran, tapi sayang tak dengar apa yang saya kata. Jadi jangan salahkan saya kalau...” kata-kata Danish terhenti.

“Kalau apa?” ALya tidak menyangka yang Danish sekuat ini. Makin marah Alya rasakan.

“Kalau...” Danish tersenyum. Dia menjilat darah Alya yang mengalir sedikit itu.

Alya yang tidak suka di perlakukan begitu terus menendang perut Danish dan berlari masuk ke dalam hutan.

Danish hanya membiarkan Alya melarikan diri. Sekelip mata Alya hilang. Eh, pelik! Laju betul buah hati aku menghilang.

“Tolong!” jerit seorang perempuan. Danish mencari suara itu.

“Alya...” dia terkejut melihat Alya di situ. Kakinya tersekat di akar pokok yang besar. Jadi suasana di situ menjadi agak gelap kerana banyak pokok-pokok yang besar tumbuh.

“Tolong saya awak...” pinta Alya.

DAnish perasan akan perubahan Alya. Dia mula rasa tidak sedap hati.

“Nail black!” bisik Alya apabila Danish rapat dengannya. Tubuh Danish terpelanting jauh dan dia terlekat di pokok.

“Paku?” Danish terkejut. Paku tersebut tidak boleh di tanggal oleh kuasa biasa sahaja. Habislah aku. Hari masih siang. Macam mana nak guna kuasa aku ni.

Tiba-tiba wajah Alya yang cantik berubah menjadi seorang budak.

“Wan Shan!” Danish mengenali budak itu. Dia adalah orang suruhan Zafri.





“Aku akan bunuh kau hari ni!” kata Wan Shan. “Nail black red!” banyak paku yang keluar dari badan Wan Shan. “Serang!”

Alamak! Danish berserah sahaja. Dia memejamkan mata. Tetapi dia rasa pelik kerana dia tidak rasa sakit pula. Lama dia rasa begitu. Rupa-rupanya Alya datang selamatkan dirinya.

“Alya!”

“Kau jangan nak salah faham. Aku datang sini bukan nak tolong kau tapi aku berminat nak berlawan dengan budak hantu ni!” Alya teruja melihat budak kecik berambut putih itu.

“Pedang Alya!” Alya menyeru pedang istimewanya. Dia terus berlari ke arah Wan Shan. Wan Shan pula terbang sambil ketawa.

“Kakak tak kan dapat kalahkan saya...” Wan Shan tersenyum. “Nail Black Red!” Banyak paku yang berkumpul dan menyerang ke arah Alya. Alya cuba mengelak.

“Ish, budak kecik ni main terbang-terbang pula. Macam mana nak serang ni!” geram Alya. Danish yang hanya memerhati dari jauh hanya ketawa kecil. Lucu sungguh wajah Alya saat ini. Dia menunggu Wan Shan di kalahkan. Automatik kuasa pakunya akan hilang.

Alya dapat idea. “Sword wing!” Alya mengerakkan pedangnya secara kasar ke arah Wan Shan. Ada kuasa berwarna merah dikeluarkan menuju ke arah Wan Shan. Ketika itu Wan Shan tidak bersedia lalu terkena serangan Alya.

“Kakak jahat! Kakak pun akan mati macam mak dan ayah saya!” Wan Shan mengamuk. Dia benci pada manusia yang melukai perasaannya termasuk mak dan ayahnya.

“Takutnya...” Alya sememangnya berani.

“Kakak akan mati!” mata Wan Shan menjadi hitam. Dia menyeru sesuatu dan benda yang diseru itu masuk ke dalam tubuh Wan Shan. Dia akan berubah menjadi raksasa.

Mereka berdua saling berlawan. Ada satu saat Alya tercuai lalu dia terkena tumbukkan raksasa Wan Shan. Banyak darah keluar dari mulut Alya.

Danish yang masuk dipaku tidak dapat menahan bau darah yang keluar dari tubuh Alya mula berubah menjadi ganas. Akibat terlalu teringinkan darah, sekelip mata kuasa paku itu tertanggal dari terus menyekatnya.

Danish berlari pantas ke arah Alya. Dia telah menyelamatkan Alya daripada dilenyek oleh Wan Shan. Lagi sekali leher Alya yang luka digigit oleh Danish. Lalu kuasanya mula aktif.

Dengan sekali tumbuk sahaja Wan Shan terus hilang menjadi debu-debu halus.

“Sayang tak apa-apa.”

Alya masih terkejut dengan kuasa yang di miliki Danish. Dia jatuh cinta dengan kuasa itu. Kuasa yang kuat. Dia sukakan kuasa yang kuat. Akhirnya Alya tersenyum.

“Aku tak apa-apa.” entah mengapa Alya tersenyum...


P/S : APA yang berlaku dengan hubungan alya dan danish...tunggu next episod...maaf tak sempat nak cari gambar la kali ni.....nak cepat...kejar masa sikit...semoga terhibur membacanya.... macam biasa...komen 70 orang baru update yang baru..terima kasih...
7
Komen

EJEN CINTA 143 bab 8



Khair Ridzuwan merenung wajah Iqram Aznan. Bila masa pula si Sya ni berkenalan dengan lelaki yang perasan bagus? Ada hati nak melamar jantung hati aku.
Apa pandang-pandang? Ingat aku takut dengan jelingan kau. Dah la nampak macam lembik! Geram Iqram Aznan dalam hati.
Mereka saling berpandangan di tempat letak kereta. Tidak bercakap, tidak bertumbuk dan tidak bergerak juga. Hanya jelingan sahaja yang berbicara.
“Aku rasa kau tak layak untuk Sya.” Akhirnya Khair Ridzuwan bersuara.
“Kenapa pula? Aku ada syarikat sendiri. Aku boleh sara hidupnya!” panas pula hati Iqram Aznan mendengar Khair Ridzuwan berkata begitu.
“Ini bukan kes ada syarikat atau tak. Sya suka lelaki yang sederhana. Dia tak nak lelaki yang dia suka tu sibuk melebihi sultan!” sinis Khair Ridzuwan.
“Apa sultan-sultan ni?!” marah Iqram Aznan.
“Yelah. Kalau tak nak sultan. Aku ubah sikit ayat aku.” Khair Ridzuwan memikirkan sesuatu. “Sibuk yang melebihi PM.”
“Sudahlah! Cakap dengan kau memang tak kan habis.” Iqram Aznan ingin berlalu.
“Tunggu!” Nada Khair Ridzuwan serius.
Iqram Aznan berpaling.
“Jangan kacau Sya lagi!” jelingan Khair Ridzuwan lebih tajam dari tadi.
“Kau tahu tak, perempuan yang kau suka tu adalah perempuan yang aku paling benci! Aku nak kahwin dengan dia sebab aku nak seksa dia. Aku tak nak ada lelaki lain dapat dia selain aku. Aku nak dia terseksa seumur hidup aku sebab pernah menduakan aku!” tegas suara Iqram Aznan.
“Tak guna!” Khair Ridzuwan tidak dapat mengawal marahnya apabila mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki di hadapannya ini.
Bukk!
Satu tumbukan hinggap di muka Iqram Aznan. Dia rebah ke belakang.
“Kau ingat Sya tu apa?! Aku kenal dia! Dia seorang yang baik!” Khair Ridzuwan mencengkam kolar baju Iqram Aznan dengan kasar.
“Aku lebih kenal dia! Dia ada tanda lahir di dada. Aku tahulah!” Senyum sinis Iqram Aznan. Dia meludah keluar darah yang ada dalam mulutnya. Puas hatinya.
“Cukup!” Khusnul Syakinah terkejut mendengar kata-kata Iqram Aznan. Apa yang paling ditakuti semalam ini sudah berlaku. Tubuhnya menggigil melawan segala yang menimpa dirinya. Dia  kena kuat!
“Cukup, Iqram!” lemah suara Khusnul Syakinah. Dia cuba menahan air matanya dari terus mengalir. “Cukup Iqram! Jangan kau ungkit kisah lalu. Aku... Aku dah maafkan kau! Jadi... Tolong jangan buat aku benci kau seumur hidup aku.” pinta Khusnul Syakinah.
Iqram Aznan terkesima. Dia maafkan apa yang aku dah buat pada dia? Betul ke ni?
Khair Ridzuan hanya memerhati. Dia sendiri tidak faham dengan situasi ini.
“Kalau kau maafkan aku, kau kahwin dengan aku?” kata Iqram Aznan secara spontan.
Kini giliran Khusnul Syakinah pula tersentak. Dia tidak akan berkahwin dengan lelaki seperti Iqram Aznan. Dia tidak cintakan lelaki itu. Akhirnya dia terdiam.
Tiba-tiba Iqram Aznan ketawa.
“Mulut kata maaf tapi hati... Kau sama aje dengan perempuan lain!” kata kasar Iqram Aznan.
“Kau ni dah lebih! Kalau dia tak nak kahwin dengan kau, dia akan kahwin dengan aku!” Khair Ridzuan sendiri menawarkan dirinya.
“Kau jangan mimpi!” marah Iqram Aznan.
Mereka berdua bersambung pergaduhan mereka.
“Berhenti!” jerit Khusnul Syakinah sekuat hati. “Aku akan kahwin dengan Khair Ridzuan! Aku harap kau setuju.”
Iqram Aznan jadi makin marah. Dia rasa tercabar. Akhirnya dia berlalu dari situ.

Monday 10 June 2013

17
Komen

KAU HAK AKU 11




HAI...MAAF LAMBAT GILA UPDATE..AGAK SIBUK SEDIKIT....MAAF JUGA SEBAB PENDEK SIKIT KALI INI...TAPI CIK PENULIS HARAP RINDU KORANG PADA IZZ IRFAN TERUBAT LA HIHIH SELAMAT MEMBACA...

Ibu Syazwina melihat wajah anaknya dengan perasaan pelik. Sejak bakal menantunya muncul, anak perempuannya itu berperangai ganjil sahaja.


Syazwina merenung ibunya. Dia mengharap pengertian yang mendalam daripada ibunya.

“Wina punya muka ni macam nak minta penampar je?” soal Ibunya.

Syazwina mengangguk kepala.

“Jangan nak mengarut!” geram ibunya.

“Ibu tampar la Wina. Wina masih tak percaya mereka dah sampai. Takut! Kejutlah Wina dari mimpi ngeri ini!” Syazwina masih setia di sisi ibunya di dapur.

Sementara itu, Izz Irfan, Izz Isfan dan Wafa baru sahaja keluar dari kereta mereka. Mereka di sambut ramah oleh ayah Syazwina.

“Sudah! Mengarut je Wina ni! Jom sambut kedatangan tetamu kita tu.” Ajak Ibunya.

“Tak nak ibu! Tak nak!” Syazwina menolaknya.

“Dah! Jom!” Ibunya menarik tangan Syazwina. Syazwina pula cuba melepaskan pegangan ibunya. Adegan itu tidak disengajakan dilihat oleh tetamu yang datang kerana Syazwina dan ibunya sudah di ruang makan.

Hati Izz Irfan berdebar-debar melihat tunangnya itu, Syazwina. Sangat cantik malam ini. Dia tersenyum melihat wajah cemas Syazwina.

“Izz...” sapa Ibu Syazwina. “Kembar kamu pun ada. Selamat datang.” Ibunya tersenyum. “Ini mesti Wafa. Alahai, comelnya!” puji Ibunya lagi.

“Mak cik apa khabar?” ramah Izz Irfan.

“Khabar baik. Jemput makan. Lama dah tunggu ni.” ajak Ibunya

“Saya pun tak sabar nak makan masakan mak cik ni.” Izz Isfan pula yang berkata. Pantas abangnya menyiku perut adiknya itu.

Izz Isfan membuat muka. Wafa pula hanya tergelak.

Mereka semua sudah duduk di ruang makan. Syazwina menghilang ke dapur.

“Abi kamu mana, Irfan?” soal ayah Syazwina (lupa nama ayah dia).

“Abi masih melancong dengan umi. Tak balik lagi.” Jawab Izz Irfan.

Muncul Syazwina menghidangkan makanan.

“Wina, hidang makanan untuk bakal suami tu.” Arah ayah Syazwina.

Syazwina mula buat muka

Izz Irfan tersenyum manis.

“Kau nak makan apa?” soal Syazwina dengan kasar. Ayah Syazwina hanya menjeling pada anak gadisnya itu.

“Sorry, hilang ingatan tadi. Okey dah ingat semula.” Gerun pula melihat jelingan maut ayah sendiri. “Abang nak makan apa? Wina hidangkan.” Lembut sahaja kata-kata Syazwina.

“Oh, nak makan sapagetti la! Kan abang ada minta sayang masakan..”

“Okcckk!” Syazwina terbatuk-batuk mendengar Izz Irfan membahasakan diri abang. Hampir tercekik air liurnya yang berada dalam tekak ini.

“Baiklah!” Syazwina menghidangkan spagetti itu.

“Kami berdua pun nak juga.” Pinta Izz Isfan dengan muka tak malu.

“Baiklah!”

Akhirnya Syazwina terpaksa duduk di sebelah Izz Irfan. Senyuman terpaksa di pamer dengan sukarnya. Tetapi dia teringat kata-kata Izz Irfan.

“Aku harap ia mencipta satu kenangan yang akan kita ingati...” kedengaran romantik suara Izz Irfan ketika itu di pendengaran Syazwina.

“Wina!” panggil ayahnya.

“Apa?! Apa?!” Syazwina terkejut kerana disergah begitu dengan tiba-tiba. Padahal diri sendiri yang termenung tak ingat dunia.

Disebabkan Syazwina terkejut dengan sergahan itu, dia tidak sengaja tertepis air sirap milik Izz Irfan lalu terkena pakaian lelaki itu yang kebetulan berwarna putih.

Ternganga mulut dan bulat mata Syazwina melihat kemeja putih milik Izz Irfan yang tercemar dengan air sirap merah akibat perbuatannya.

“Wina...” semua orang terkejut dengan kejadian itu. “Cepat ambil tisu!” Arah ayah. Wina pantas mencapai sekotak tisu.

“Maaf!” kata Syazwina. Wajahnya sedih.

“Tak apa.” balas Izz Irfan. Dia sempat memandang wajah mendung Syazwina. Comelnya muka dia. Mesti rasa bersalah ni. Hati Izz Irfan tersenyum.

“Wina, lap air tu. Mah, tolong ambil baju abang yang sesuai dengan Irfan. Kasihan basah macam ni.”

Syazwina tertunduk mengelap air yang tumpah. Dia rasa moodnya sangat teruk ketika ini. Adakah ini kenangan yang tercipta malam ini? Dia masih bersedih.

Selepas semua selesai. Mereka menyambung aktiviti makan yang terbantut sebentar tadi.

Izz Irfan memandang Syazwina. Gadis itu masih menundukkan wajahnya.

“Aku okey. Mana spagetti yang aku nak kau masak tu.” Bisik Izz Irfan di telinga Syazwina.

Syazwina memandang Izz Irfan. Lelaki itu memahami apa yang dirasainya. Lelaki itu juga mahu dia gembira semula.

“Biar saya hidangkan untuk awak...” Syazwina kembali tersenyum.

“Sedap. Lepas rindu aku pada masakan kau.” Bisik Izz Irfan lagi.

“Ehem!” ayah Syazwina berdehem apabila melihat adegan berbisik itu. Automatik wajah Izz Irfan merah. Dia sedar yang dia tak seharusnya rapat sangat dengan Syazwina.

“Terima kasih...”

Makan malam pun selesai. Tetamu yang datang kini, semua berkumpul di ruang tamu. Mereka berbual seketika. Syazwina hadir bersama minum malam pula.

“Susah-susah aje pak cik.” Ujar Izz Irfan. Asyik sekali dia melihat Syazwina yang tidak banyak cakap malam itu.

“Susah apanya, Irfan. Kamu kan bakal menantu pak cik.” Kata ayah Syazwina pula.

Tiba-tiba Syazwina rasa tersedak. Walaupun dia tahu hakikatnya mereka akan dikahwinkan tetapi dia masih tidak dapat menerima kenyataan ini.

“Wina, kenapa ni?” tegur Ibu.

“Tak ada apa-apa.” Syazwina memaksa dirinya tersenyum. Saat itu pandangan jatuh pada Izz Irfan. Dia terpana. Wajah Izz Irfan sangat serius. Kenapa ni? Aku ada salah cakap ke?