Pesanan : Cerpen kali ini bertema fantasi dan bukan realiti. tidak
berkaitan dengan sesiapa pun. Jika anda TIDAK SUKA cerpen bertema
FANTASI. jangan susahkan diri membaca penulisan ini. Ia hanya mengundang
ketidakselesaan anda juga. terima kasih pada yang sukakan tema ini.
Kay
terus berlari dan berlari. Berat juga tubuh Fiona ni. Dia tiada arah tujuan.
Tiba-tiba dia dapat mengesan seseorang sedang bergerak pantas menghampirinya.
“Siapa!?!” Kay memerhati sekelilingnya.
Dia terhenti seketika. Dia meletakkan tubuh Fiona bersandar di pokok.
“Huh!” ada suara yang didengari oleh Kay.
Dia tidak tahu mahu buat apa untuk melindungi diri. Kuasanya begitu lemah.
Seorang perempuan berambut panjang
kelihatan.
“Kau Raja White Sky kan?” perempuan itu
bertanya. Dia melompat begitu pantas dan kini dia berada di atas pokok. Dia
duduk di dahan pokok. Kakinya sengaja diayun-ayun bagaikan sedang naik buaian.
“Kau siapa?” hati Kay berdebar hebat.
Adakah ini musuh baru aku? Aku tak mengenali siapa perempuan ni.
“Aku Natsumi tapi kau boleh panggil aku
Natsu aje.” Natsu memperkenalkan diri. “Kau jangan risau. Aku akan melindungi
kau.” Kata Natsu lagi.
Mata Kay berkelip seketika dan masa itu
juga Natsu sudah dihadapannya. Dia mengeluarkan sesuatu dari rantai lehernya.
Dia memancarkan satu cahaya dan Kay tidak ingat apa yang berlaku.
Natsu tersenyum.
*****
Kay
bangun. Dia berada dalam sebuah rumah. Mana Fiona? Dia memandang sekeliling.
Fiona ada rupanya. Dia masih tidak sedarkan diri. Kay bergerak ke katil tempat
Fiona baring. Kasihan gadis ini menjadi mangsa kedaan.
“Tapi
aku di mana?” Kya bertanya sendirian.
“Sebuah rumah tumpangan.” Natsu muncul
tiba-tiba.
Kenapalah perempuan ini suka wujud dengan
tiba-tiba? Buat aku terkejut aje. Dia melihat gaya Natsu yang lebih selamba.
“Aku harus segera mencari kuasa yang
lebih kuat.” Kay memikirkan masa depan White Sky yang mungkin akan menjadi
tawanan Black sky.
“Dah ada depan mata kau tu. Fiona...”
kata Natsu. Gadis itu sedang makan sebiji epal merah.
“Hmmm, Fiona...?”
“Kau memang suka pada dia kan?”
“Takkan aku boleh suka pada gadis yang
aku baru kenal beberapa jam yang lalu. Itu mustahil.” Kay menidakkan
perasaanya. Takkan begitu mudah?
“Tepat dalam ramalan!” tegas suara Natsu.
“Ramalan? Apa maksud kau.”
“Jika kau berkahwin dengan perempuan ni.
Kau akan mendapat kuasa Angin dan dia juga akan mendapat keistimewaan yang kita
sendiri tidak tahu.” Jelas Natsu.
“Siapa kau sebenarnya?” Kay pula yang
rasa lain dengan Natsu. Gadis itu penuh misteri.
“Kau mesti buat Fiona jatuh cinta dengan
kau sebelum Zakai tahu mengenai perkara
ini. Jika Fiona jatuh cinta pada Zakai. Dunia kegelapan akan wujud dalam dunia
manusia.” Panjang lebar penerangan Natsu.
“Siapa kau sebenarnya?” lagi sekali
persoalan itu ditimbulkan oleh Kay.
“Misteri! Aku pergi dulu. Kau buatlah
macam mana sekali pun. Jika korang berdua saling menyintai, kuasa yang kuat
akan datang dengan sendiri dalam diri kau.” Natsu membuka pintu biliknya dan
menutupnya rapat kembali.
“Tunggu dulu!” Banyak yang Kay mahu
tanyakan. Dia segera membuka pintu tersebut semula tetapi Natsu sudah
menghilang.
“Tidak!” tiba-tiba Fiona tersedar. Dia bermimpi
yang dia berkahwin dengan Kay dan Kay mati dibunuh oleh lelaki yang tidak dia
kenali.
“Kenapa ni?” Kay yang masih di pintu
segera menghampiri Fiona.
“Awak akan mati Kay!” jerit Fiona
tiba-tiba.
“Mati? Takkanlah.” Tatkala ini, hati Kay
berdebar-debar memandang Fiona yang sedang menangis itu. Wajah Fiona cukup
menarik minatnya.
Kenapa aku menangis? Kenapa aku rasa
sedih bila Kay mati? Aku suka dia ke? Aku sayang dia ke? Takkan begitu cepat? Hati
Fiona juga tidak tenang. Air matanya dibiarkan mengalir.
Tiba-tiba Kay duduk hampir dengannya. Bahunya
dipegang. Kay menyapu air mata Fiona dengan tangannya. Fiona tersentak. Dia mendongak
melihat wajah Kay.
Kay dengan pantas menarik Fiona dalam
pelukannya. Fiona terkejut. Akhirnya dia membiarkan sahaja. Dia berasa tenang
Kay di sisinya.
“Boleh
tak awak selalu berada di sisi saya?” pinta Kay. Kini mereka bertentangan mata.
Fiona cuba mencari kejujuran dan keikhlasan dalam wajah Kay.
Akhirnya Fiona tersenyum.
“Boleh Kay...”
Akhirnya Kay menghadiahkan ciuman di dahi
Fiona sebagai tanda terima kasih. Kemudiannya dia menceritakan segala-galanya
mengenai dunia White Sky dan Black Sky. Barulah Fiona faham dari mana Kay
datang.
“Maafkan saya sebab dah libatkan awak
dalam hal ini. Zakai mesti mencari awak.” Kay berdiri tegak. Dia memandang
keluar tingkap. Langit semakin gelap.
Wajah Kay penuh kebimbangan.
*****
Zakai
tersenyum. Dia semakin dapat mengusai White Sky. Sayap hitamnya di biar bebas
seketika.
“Bos!”
panggil seseorang.
“Kau ni ingat dunia manusia ke panggil
bos... bos... panggil aku tuan!” marah Zakai. Entah mengapa dengan gadis ini
wajahnya mudah sahaja merah.
“Baik Tuan!”
“Lagi satu. Yang kau pakai macam ni siapa
suruh? Kalau tak cukup kain sangat, kau ambil aje mana-mana kain yang ada dalam
istana aku. Sakit mata aku tengok!” marah Zakai pada Josephine.
“Tuan
tak suka saya Seksi?” soalnya sambil melihat diri sendiri.
“Tak suka! Pergi tukar sekarang!” arah
Zakai. Sekelip mata Josephine bertukar pakaian yang biasa dipakainya.
“Okey. Ini barulah Josephine. Apa maklumat
terkini yang dah berlaku.?” tanya Zakai. Mereka berbincang bagaimana mahu
menentang Kay. Zakai tersenyum dengan penuh muslihat.
P/S : minta maaf lambat update cerita ni hihih tapi harap terhibur kali ni...teirma kasih..
P/S : minta maaf lambat update cerita ni hihih tapi harap terhibur kali ni...teirma kasih..
x puas bca dh abis...tp best...
ReplyDeletesambung lagi :D
ReplyDeletebest sangat citer ni memang superb arr.tak sabar nak tunggu next entry.
ReplyDeleteZakai pemalu!!!!!!!! wakakakakka!!!
ReplyDeletesaya memang tak suka baca cerita fantasi sebab tahu ianya tak real.. tapi kak ria berjaya mengenengahkan konsep cerita yang simple sampaikan saya tak sabar2 nak tunggu entry terbaru cerita ni..good job kak ria.. xsbar nak tahu kesudaahan cerita ni..hehe..
ReplyDeleteiman
akak Ria suka tau sesak mood domi yang tengah syok tersenyum sendiri tiba-tiba..tersambung ..nak lagi..lagi hehehe..eh dah ade smbung yg ke3 xperasan hehe
ReplyDeleteyang jht pun tak suka seksi2
ReplyDelete