Followers

Tuesday 13 January 2015

13
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 9


ASSALAMUALAIKUM... maaf dah lama tak update... ini pun bercelaru sikit taip...tapi apa-apa semoga terhibur. mungkin lepas ni saya lambat update sebab dah mula bekerja sebagai cikgu... alhamdulillah baru sahaja dapat posting... wish i Good Luck tau... harap-harap bila dah jadi pendidik ni saya tak lupa pada bidang penulisan... harap-harap sangat... sebab saya dah hampir melupakannya... doakan saya ye.... okey jom baca kisah mereka ni...kali ini tak ada gambar sangat sebab tak sempat nak cari dan edit......maaf ye...selamat membacanya...



Hasya terpaksa tinggal di wad tersebut untuk beberapa hari lagi. Kehidupan yang dilalui sungguh bosan. Masuk hari ke tiga dia di situ, dia mula membuat rancangan mahu lari dari hospital.

Aku dah naik jemu tengok muka mamat Mesir tu. Tiap-tiap hari datang sini. Ish! Hasya rasa tertekan. Memang Qayl Haseef kacak tetapi ada lelaki lagi kacak dari dia. Ah! Rindunya aku pada dia. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk muka dia.

Hasya tersenyum manis.

“Hai, sayang…” Qayl Haseef munculkan diri. Dia memang dah angau pada Hasya. Tak pernah rasa macam ni. Hari ini, lepas jumpa Hasya, dia akan berjumpa dengan Adawiyah untuk berbincang mengenai perhubungannya.

“Uweekk!” Hasya buat bunyi muntah. Kalau abang aku panggil macam tu, perut aku boleh tahan lagi. Tapi kalau mamat mesir ni yang panggil, rasa nak termuntah semua yang ada dalam perut aku ini.

“Hasya ni…” Qayl Haseef tersenyum. “Aku bawakan bubur ikan bilis lagi. Kau makan la. Aku nak pergi sembahyang zuhur. Nanti jumpa lagi.”

Qayl Haseef terus berlalu. Sedih hatinya apabila mendengar bunyi yang tak senonoh itu. Dia tahu yang Hasya sengaja buat bunyi tu untuk sakitkan hatinya. Tak apa Hasya. Cinta sejati memang kena banyak bersabar. Dia bersemangat semula.

“Baguslah kau blah!” Puas hati Hasya apabila Qayl Haseef berlalu pergi. Baru tenang hatinya. Tanpa dia sedari, hatinya berdebar tiap kali lelaki itu memanggilnya sayang. Ah! Benci sungguh dengan debaran ini. Hal ini menyebabkan dia makin menyampah pada Qayl Haseef.

Hasya membuka bekas makanan tersebut. Dia akui yang bubur ini memang sedap. Tak makan nasi pun tak apa, bubur ada pun dah cukup.

“Hasya!” Seseorang membuka pintu dari luar.

“Kau!” Hasya tersenyum lebar. Lelaki yang di rindui itu sudah munculkan diri. Dah lama aku tak jumpa dia.

“Kau okey tak? Kalau Taiko tak cakap yang kaki kau patah, mesti aku tak tahu.” Lelaki itu tersenyum.

Ya Allah, senyuman ini yang aku rindu. Bisik hati Hasya.

“Ya. Semalam baru sempat aku call Taiko. Tak sabar nak main tumbuk-tumbuk dengan kau. Bush! Bush!” Hasya sudah buat gaya penumbuk.

Lelaki itu tersenyum lagi.

Hasya rasa cair hatinya.

“Ini untuk orang sakit…” Lelaki itu hulurkan 100 kuntum bunga rose.

“Kau gila ke?” Hasya terkejut tetapi dia suka. Dia suka gila dengan bunga rose. Rose merah. Romantik gila la. Ah! Rindunya.

“Gila ni yang kau rindu kan? Kan?” Lelaki itu menduga Hasya.

“Aku sayang kau!” Hasya gembira. Rasa sakitnya seperti hilang.

“Aku cinta kau!” balas lelaki itu.



Hasya tersenyum. Begitulah lelaki itu. Sering melafazkan kata cinta padanya.

“Aku tak cinta kau…” Hasya pun ketawa kecil. Anggap itu satu gurauan.

“Kau ni nakal la!” Lelaki itu geram lalu menarik hidung mancung milik Hasya. Tak sempat gadis itu mahu mengelak.

“Sakitlah!”

“Oh, main tumbuk-tumbuk tak sakit. Ini tarik hidung sikit dah sakit.” Geram lelaki itu.

Hasya ketawa lagi. Gembira benar dia.

Tiba-tiba Qayl Haseef muncul. Ketara wajahnya terkejut melihat lelaki di hadapannya. Terkejut sebab lelaki depannya ini lagi bergaya dan kacak daripadanya. Dan ada bunga rose.

“Qayl, mari aku kenalkan. Ini kawan istimewa aku, Ajwad Akhtar. Aku panggil dia AA je. AA, kenalkan inilah mamat mesir yang aku ceritakan tu.” Hasya tersenyum lagi.

Sinar kegembiraan Hasya jelas terpamer dalam pandangan mata Qayl Haseef. Dia tidak pernah nampak Hasya seperti ini. Berbeza sangat. Inilah lelaki yang sepatutnya aku cemburukan.

“Aku Qayl…” Qayl Haseef kenalkan namanya memandangkan Hasya tidak pula menyebut namanya. “Kau dah makan ke bubur aku buat tu?” soalnya. Matanya boleh sakit jika lama-lama di sini.

“Aku dah habis makan. Terima kasih.”

“Sama-sama, lepas ni aku tak datang lagi sini. Jadi…” Qayl Haseef mencapai tangan Hasya. Hasya sedikit terkejut tetapi dia hanya biarkan untuk seketika.

Qayl Haseef keluarkan satu pen. Dia tuliskan sesuatu di tangan Hasya.

“Ini nombor telefon aku. Kau call nanti tau.” Kata Qayl Haseef. Kenapa tangan Hasya lembut je? Macam orang tak pernah masuk dapur je?

Sedapnya kau conteng tangan aku. Ingat tangan aku ni kertas. Bisik hati Qayl Haseef. Kenapa aku kena call kau? Buat habis topup aku je.

“Nanti boleh juga aku ajak kau keluar makan ye?” sambung Qayl Haseef lagi.

Aku tengok muka kau terus selera makan aku mati tau. Balas Hasya dalam hatinya.

“Lagi satu, kau tak payah lagi datang kerja. Aku boleh sara hidup kau. Jangan risau ye sayangku.” Qayl Haseef berkata lagi. Kenapa Hasya hanya diam? Dia benci aku ke? Rasa nak nangis pula. Mentang-mentang dah ada buah hati sebenar, lupa pada aku. Kuatkan hati Qayl… Kuat…

Kau siapa nak sara aku? Suami aku je layak buat macam tu untuk aku. Menyampah aku tengok Qayl ni. Kata-kata itu hanya kedengaran dalam hati.

“Okey la Hasya, aku pergi dulu. Jaga diri. Nanti aku cari kau lagi.” Sempat Qayl Haseef bersalaman dengan Ajwad Akhtar.

“Siapa lelaki tu?” soal Ajwad Akhtar. Sesedap hati pegang tangan kekasih aku. Kau akan masuk dalam senarai musuh aku.

“Pedulikanlah dia. Tak penting. Yang penting sekarang…” Belum sempat Hasya berkata lagi, Ajwad Akhtar sudah memotongnya.

“Yang penting sekarang… Kaki kau ni? Bila nak sembuh. Aku tak sabar nak belasah kau.” Ajwad Akhtar menarik pipi Hasya dengan manja.

“AA, jangan tarik pipi aku macam tu la. Nanti aku jadi gedik, baru kau tahu. Buruknya muka aku gedik.” Amaran Hasya. Dia mula rasa dimanjai. Tak boleh layan sangat.

“Tak apa. Aku cintakan gedik kau. Mana? Gedik kat mana? Gedik kat mana?” Ajwad Akhtar menyanyikan lagu Taufik Batriasah ‘Awak kat mana’ dengan wajah yang sangat comel.

Hati Hasya berdebar-debar. Alahai hati…

“Gedik kat sini! Gedik kat sini!” Hasya ketawa gembira.

Selepas beberapa hari, Hasya sudah boleh pulang tetapi kakinya masih bersimen. Dia datang ke tempat kerja juga tetapi duduk sahaja. Pak Cik Rayyan tidak bagi pergi meronda.

“Esok ayah Hasya dah nak balik kan?” Tegur Pak Cik Rayyan. Dia agak sibuk sedikit hari ini sebab ada majlis ulang tahun syarikat.

“Ya, pak cik.” Hasya tersenyum. Hari-harinya sangat bahagia sebab Ajwad Akhtar selalu menjemputnya pulang. Kalau bagi tahu ayah fasal AA, mesti ayah gembira kan? Anak perempuannya akan berkahwin. Hasya sudah beranggan.

“Assalamualaikum pak cik…” Sapa Qayl Haseef. Dia menjeling ke arah Hasya yang sedang termenung sambil tersenyum. Hatinya sangat cemburu. Pasti Hasya teringat akan lelaki yang ‘sweet’ sangat tu. Geramnya dalam hati.

“Waalaikumusalam. Awal datang, majlis mula pukul 8.” Balas Pak Cik Rayyan.

“Saja datang awal. Ada hal sikit.” Qayl Haseef masih melihat wajah Hasya. Gadis itu sikit pun tidak memandang ke arahnya. Makin sakit pula hati ini. Sabar Qayl. Sabar… Nak dapatkan cinta sejati bukannya mudah. Banyak rintangan dan cobaan. Jadi sabar kalau nak cinta kau dan Hasya cinta sejati.

“Oh macam tu. Okeylah. Pak cik nak pergi meronda sekejap.” Pak Cik Rayyan perasan akan pandangan anak muda di hadapannya tetapi dia kenal sangat Hasya. Kalau dia tak suka, jangan harap nak tengok muka, tengok kelibat pun dia tak nak.

“Ya pak cik!” Qayl Haseef hanya melihat Pak Cik Rayyan berjalan meninggalkan mereka berdua. Inilah peluang aku nak bersama Hasya. Jangan lepaskan!

“Hasya…”

“Ada apa?” soal Hasya. Barulah dia memandang wajah Qayl Haseef. Itu pun dia sudah memaki hamun lelaki itu dalam hati kerana telah mengganggu dia berangan bersama Ajwad Akhtar sebentar tadi.

“Aku cintakan kau…”

“Tak habis lagi kes cinta kau ni? Kau ingat aku ni apa? Sesedap hati sahaja suka pada kekasih orang…” geram Hasya. Mana perempuan yang kau agungkan sangat tu. Menutup aurat dan sebagainya la. Aku malas nak kutuk. Kang dosa tak fasal-fasal.

“Aku dah putus dengan dia. Aku nak bersama dengan kau, Hasya. Kahwin dengan aku?” ajak Qayl Haseef.

Hasya terkejut. Dia kagum dengan keberanian Qayl Haseef mengajaknya kahwin sebab Ajwad Akhtar tak pernah bercakap tentang kahwin.

“Hasya…” panggil Qayl Haseef apabila Hasya hanya diam sahaja.

“Aku dah ada orang yang aku suka. Walaupun kau bukan kekasih orang lain, aku tetap tidak akan terima. Aku memang tak suka kau sejak dulu lagi.” Luah Hasya secara jujur.

“Tak mengapa kau tak suka aku tapi aku yakin suatu hari nanti pasti kau boleh terima aku. Aku masuk dulu.” Qayl Haseef minta diri untuk masuk ke dalam dewan berhampiran. Di situ sambutan ulang tahun syarikat akan diraikan.

Wajah masam Qayl Haseef terpamer.

“Sabarlah kawan…” sapa Noah Qushairy. Kasihan dia melihat Qayl Haseef yang kecewa dengan Hasya. Itulah kau, dulu bukan main hina, sekarang dah separuh nyawa cintakan si Hasya… Macam aku…

Pantas matanya melihat Auni yang asyik berbual.

“Aku sabar la ni. Aku nak ke tandas sekejap…” Qayl Haseef terus tinggalkan dewan yang baru sahaja dia masuk itu. Dia tidak mood malam ini. Kalau Dato Qayyim tengok perangai aku macam ni, tentu habis kena bebel.

Aku nak tengok Hasya kejap. Kejap je hati. Kau jangan marah tau, hati… Qayl Haseef berjalan menuju ke tempat pengawal keselamatan duduk.

Rajin benar kau berjalan ye cincin… Cincin itu bergolek ke tengah loby yang sudah tiada orang kerana semua orang sudah berada di dewan.

Buk! Seorang perempuan terlanggar tubuh Hasya. Hasya rebah. Mungkin disebabkan kakinya masih berbalut dengan simen dia mudah jatuh dan tidak seimbang.

“Buta ke!” marah seorang perempuan.

“Aku buta atau kau buta?” geram Hasya tetapi nada itu perlahan sahaja. Dia mesti selamatkan cincinnya terlebih dahulu.

“Apa kau cakap? Kau jangan nak kurang ajar dengan aku!” geram perempuan itu lagi.

Hasya tersenyum. Cincin itu sudah berada di jari manisnya. Dia tidak pedulikan perempuan yang sengaja mencari gaduh dengannya itu.

“Arggh!” Perempuan itu menjerit kegeraman.

“Maz!” jerit Dato Qayyim. Dia tahu apa yang berlaku.

“You… You tengok perempuan ni. Selamba langgar I.” gedik perempuan itu.

“Sudahlah sayang. Kita dah lambat ni!” Dato Qayyim tarik tangan Datin Maz dan menuju ke dewan. Dia orang penting malam ini tapi sampai lambat gara-gara isterinya ini.

Alamak, bini Dato Qayyim ke? Cuak Hasya.

“Kau tak apa-apa ke?” Qayl Haseef menyembunyikan diri. Selepas mereka berdua berlalu, barulah dia muncul di hadapan Hasya.

“Aku okey. Thank.” Hasya rasa sedikit tenang apabila ada yang membantu tetapi sebaik sahaja melihat wajah Qayl Haseef, perasaan berdebar pula dia rasa. Hish! Melampau sungguh hati ini. Sesuka hati sahaja mahu berdebar.

Belum sempat Qayl Haseef bersuara, kedengaran suara Auni dan Noah Qushairy bergaduh.

“Aku tak nak! Aku tak nak!” Auni membantah.

“Aku nak! Aku nak! Aku nak juga kau!” balas Noah Qushairy. Dia juga geram.

“Ya Allah! Aku cakap tak nak! Tak nak la, Tuan muda sengal! Hish! Suka paksa orang la dia ni!” Auni berjalan keluar kerana dia mahu mencari Hasya.

“Sengal tak sengal pun, kau kena juga ambil.” Noah Qushairy tidak berputus asa.

“Tolonglah! Tuan Muda Noah Qushairy… Aku tak nak! Reti bahasa Melayu tak?”

“Apasal bergaduh ni?” soal Qayl Haseef yang berjalan bersama Hasya. Gadis itu hanya diam sahaja.

“Hah, Qayl! Kau tengok si Auni ni. Dia tak nak dengar arahan aku. Rasa macam nak…” kata-kata itu terhenti dan mata Noah Qushairy memandang bibir Auni yang cantik malam ini. Rasa macam nak cium tapi mana boleh! Kau ni Noah!

“Rasa macam nak apa? Ish, benda kecil pun kau nak gaduh ke?” Qayl Haseef berkata. Pelik pula apabila sahabatnya diam tiba-tiba.

“Aku tak nak. Selagi kau tak setuju, aku tak nak masuk dalam. Lebih baik aku lepak dengan HAsya kat sini.”

“Kau jangan melawan. Aku hempuk kan! Aku potong gaji kau!” geram Noah Qushairy. Geram apabila arahannya tidak dituruti.

“Fasal apa sebenarnya ni?” serentak Qayl Haseef dan Hasya bertanya.

“Ambil trofil anugerah…” Serentak juga Noah Qushairy dan Auni menjawab.



“Lor…” Mulut Hasya terlopong. Memang hal kecik sangat dipergaduhkan. Alahai dua orang ni. Macam tak matang je…