ASSALAMUALAIKUM…. Lama
ria tak update cerpen… sebelum nak baca tu ria nak bagi tahu yang cerpen ni
temanya ringan, relaks, tak mencabar minta, lawak sikit, sengal pun ada dan
hiburan semata-mata… cerpen ni tak berat mana pun konfliknya…biasa je…harap
pembaca tak meletakkan harapan yang tinggi untuk cerpen kali ini… harap maklum…
lagi satu, jangan lupa komen… kalau tak, kita nak merajuk la buat cerpen…
hihihi
SEMOGA TERHIBUR
MEMBACANYA….
CERPEN : TUAN MUDA NAKAL DAN SENGAL
PENULIS : RIA NATSUMI
Noah Qushairy tersenyum
nakal. Dia menanti dengan sabar mangsa yang akan kena perangkapnya. Makin lebar
senyuman apabila melihat gadis itu melalui perangkapnya.
“Aduh! Tak guna punya TM!!!” jerit Auni sekuat hati.
Dia terjatuh kerana semasa berjalan, kakinya tersangkut pada tali.
Mukanya tercium tanah. Azabnya! Aku rela cium pokok kalau macam ni la sakitnya
jatuh. Auni menjeling tajam majikannya itu.
Noah Qushairy pula
ketawa sekuat hati.
“Apa TM, TM ni? Panggil aku tuan muda. Aku tak nak dengar singkatan-
singkatan.”
“Sengal!” marah Auni.
“Padan muka, siapa suruh kau mainkan aku...”
“Bila masa aku mainkan kau? Aku tak ada kaitan pun dengan kau!”
“Kau mainkan perasaan aku. Sebagai hukuman, kau akan dikehendaki hidup
bersama aku seumur hidup.” Noah Qushairy berkata. Dia geram sangat melihat gadis yang diamanahkan
untuk menjaga makan minum dan pakainya.
“Tak ada maknanya. Kau buat aku jatuh setiap hari pun aku tak kisah.
Aku masih boleh tahan tapi suatu hari nanti aku akan pergi jauh dari sini dan
masa tu kau akan menyesal!”
Auni melihat kakinya yang tersangkut tali itu. Dia sikit pun tidak
memandang Noah Qushairy yang
suka kenakan dia.
Noah Qushairy tersentak apabila mendengar Auni akan pergi
jauh darinya. Dia terdiam seketika. Hilang ketawa dan juga senyumannya.
Pantas tangan Noah Qushairy meraih tangan Auni. Kali ini mata mereka bertentangan.
Auni sikit pun tidak mahu kalah dengan pandangan lelaki itu.
“Kenapa kau diam?”
Mata mereka masih saling bertatapan. Noah Qushairy melepaskan pegangannya itu. Dia
berdiri tegak.
“Tak mungkin aku diam! Aku akan pastikan kau tak kan ke mana-mana....
lalalalalalalala....” Noah Qushairy menyanyi dengan girangnya. Yakin dengan apa
yang dikatakan.
Auni kegeraman.
“Aku akan sambung pelajaran aku dan aku akan tinggalkan tempat ni.”
Berani Auni.
“Kau tak akan pergi. Aku sanggup beli kau supaya kau kat sisi aku
selamanya.” Noah Qushairy mula
rasakan yang Auni akan tinggalkannya
Auni terus rasa membara. “Kau ingat aku ni barang ke?”
“Di dunia sekarang semuanya boleh di beli dengan wang tidak terkecuali
kau.” Bongkak sekali kata-kata Noah Qushairy.
“Noah…”
Kali pertama nama itu dipanggil oleh Auni
membuatkan Noah Qushairy terdiam. “Ada banyak perkara yang tidak boleh dibeli
dan tak ternilai harganya…kepercayaan dan cinta sejati. Ia tidak boleh di beli
oleh wang!” serius suara Auni.
Noah Qushairy memandang wajah Auni tanpa
berkelip. Betul ke, Auni?
*****
Aku Auni.
Kerja aku? Kerja aku kena layan tuan muda yang berlagak muda sangat tu. Tapi
memang muda pun. Baru 17 tahun. Bukan aku tak suka tuan muda aku. Tapi berlagak
sangat. Dia ingat dia kaya sangat. Semua dia boleh beli. Silaplah kalau
berurusan dengan aku, Auni Batrisyia. Memang silap!
“Auni!” jerit tuan muda Noah Qushairy.
Tengok tu. Kalau dia nak apa-apa, mesti
panggil aku. Dah macam orang tak ada tangan dan kaki. Nak semua orang lain buatkan.
“Ada apa Tuan Muda Noah?” Auni bertanya.
Aku masih boleh berlembut dengan mamat ni
tetapi… Ada tapinya… Tetapi kalau mamat ini mula nakal dan sengalnya, memang
aku dah tak ingat dia ni tuan muda aku. Majikan aku. Aku sekeh-sekeh je
kepalanya.
“Aku terjumpa benda ni, boleh kau agak siapa
punya…” Selamba Noah Qushairy mencampakkan sehelai kain… Kain? Kain apa ni? Aku
dah buat muka pelik.
“Macam pernah tengok…” Auni berkata sambil
otaknya ligat berfikir.
Noah Qushairy pun sedang menahan ketawa aku
rasa.
“Noah Qushairy!” Aku menjerit sekuat-kuat hati.
“ Kau sengal! Kau gila!” Semua aku sebut. Kain yang dicampak tu, bra aku yang
dah beberapa hari hilang. “Aku tambah yang baru untuk kau, Kau gatal! Gatal!
Miang!” jerit aku macam dah lupa diri.
Noah Qushairy hanya ketawa. Dia ketawa kuat.
“Auni, Dato Masroon panggil…” Panggil mak aku,
mak cik Asmah. Aku tak jadi nak marah lebih-lebih. Aku terus berlalu
meninggalkan tuan muda sengal.
*****
Aku rasa pelik sebab papa panggil Auni. Papa
nak buang Auni kerja ke? Jangan la papa. Aku kena skodeng ni.
Perlahan dia membuka pintu bilik Dato Masroon
dan mendengar perbualan mereka.
“Auni, saya minta maaf kerana terpaksa
berhentikan Auni dan keluarga.” Jelas sekali wajah Mak cik Asmah dan Pak Cik
Shahril tenang mendengarnya tetapi tidak Auni. Wajahnya sedih.
“Kenapa Dato? Kami sekeluarga kerja tak bagus
ke?” soal Auni.
“Bukan macam tu. Kami sekeluarga akan
berhijrah keluar negara lepas Noah tamat
SPM.”
Aku terkejut mendengar kata-kata papa.
Sungguh! Aku tak tahu mengenai ini. Pindah? Aku kena ke luar negara? Tapi
kenapa? Aku tak nak! Aku suka duduk sini.
“Papa!” Lantas aku membuka pintu bilik
seluas-luasnya. Air mata aku mengalir. Aku tak tahu kenapa aku perlu rasa
sedih. Entahlah! Adakah aku tak sanggup tinggalkan Auni. Aku sayang dia ke?
“Noah!” Dato Masroon terkejut dengan kehadiran
anak tunggalnya itu.
“Papa penipu!” Aku terus berlari meninggalkan
bilik tersebut.
Auni meminta izin pada Dato Masroon untuk
memujuk tuan mudanya.
“Tuan muda Noah! Tuan Muda!” Panggil Auni. Aku
menghentikan langkah tiba-tiba dan terus berpaling.
Aku memeluk tubuh Auni. Aku rasa sedih sangat.
Aku cuma nak peluk je. Tak ada apa yang dapat tenangkan aku saat ini kecuali
Auni.
“Tuan muda tak boleh macam ni. Tuan muda kena
kuat.” Auni usaha meleraikan pelukan itu. Dia tahu yang tidak elok kami begini.
“Umur kau berapa?” soal aku tiba-tiba.
“21 tahun…” Aku terkejut mendengarnya. Maknanya
aku lebih muda darinya empat tahun. Sanggup aku buli seorang kakak selama ini.
“Kenapa kau tak beritahu aku, kau ni dah tua?”
soal aku lagi.
“Kenapa? Muka aku muka baby face? Comel
sangat.” Auni tersenyum. Memang senyuman itu yang selalu aku perhatikan.
“Auni, aku akan cari kau sampai ke lubang
cacing.” Aku berkata serius. Aku merenung wajahnya puas-puas. Macam aku dan dia
terpaksa berpisah hari ini sahaja.
“Maafkan saya, tuan muda…”
“Kenapanya…?”
“Saya tak duduk dalam lubang cacing…”
Serentak itu ketawa Noah Qushairy bergema. Dia
benar-benar terhibur dengan kata-kata Auni yang sentiasa mencuit hatinya.
“Aku tetap akan cari kau. Kau kena ingat
sampai bila-bila tuan muda nakal dan sengal ni!” semangat aku berkata-kata.
“Plus miang, gatal!” geram Auni. Aku
tersenyum.
“Tuan muda jangan kenakan orang macam yang dah
tuan muda buat pada saya…” pinta Auni.
“Tapi kenakan orang buat aku ceria…”
“Hidup memang kena ceria tetapi bukan dengan
cara kenakan orang. Ingat tu tau.” Aku hanya mampu melihat Auni melangkah
meninggalkan aku keseorangan.
*****
Aku dah lambat ni. Dahlah hari pertama kerja.
Baru pindah kawasan ni pula. Semuanya dirasanya sangat baru. Baru pindah, baru
kerja, baru kenal tempat baru. Baru! Baru! Baru!
“Aduh!” Auni terjerit kecil. “Baru jatuh!”
wajahnya masam mencuka.
“Kau okey?” soal seseorang.
Berkerut dahi Auni. Siapa ni? Dahlah jatuh
depan syarikat aku kerja. Mamat ni siapa pula? Smart lain macam je.
“Aku okey.”
“Tak pernah pun nampak kau kat sini. Pekerja
baru ke?” soalnya sambil membantu Auni dengan memegang beg tangan wanita itu.
Pegang beg je? Bukannya nak tolong aku kutip
fail dan buku aku yang jatuh ni… Nak tolong aku tapi macam sengal je…
Auni bangun dan menepuk pakaiannya. Manalah
tau kotor.
“Ya, pekerja baru.”
“Kerja tingkat berapa?” soal lelaki itu lagi.
Apabila mereka berdua masuk ke dalam lif.
“Tingkat 10…”
“Oh, sama dengan aku. Kita boleh jalan
bersama.” Kata lelaki itu lagi. “Kerja sebagai apa?”
“Setiausaha…”
“Okey…”
Mereka berdua masuk bersama. Penyambut tetamu
di bahagian depan tersentak.
“Selamat pagi bos!” ucap penyambut tetamu
tersebut sambil berdiri tegak.
Alamak! Aku jalan dengan seorang bos. Patutlah
ada ciri-ciri berlagak tadi. Rupanya bos. Orang jawatan tinggi.
“Selamat pagi. Tolong panggil kak Umie. Ada
setiausaha baru ni.” Arah lelaki itu.
Auni melihatnya tidak berkelip mata.
“Aku dah tolong panggilkan kak Umie. Dia akan
tolong kau. Aku kena pergi ni…” kata lelaki itu.
“Terima kasih. Jasamu akan dikenang.” Selamba
Auni berkata.
Aku tunggu ia dikenang. Lelaki itu tersenyum
mendengarnya lalu pergi.
“Saya kak Umie, awak Cik Auni?” soal Umie.
“Ya, saya.”
“Boleh ikut saya. Bos memang tengah tunggu
setiausaha sejak semalam lagi.” Kata Umie sambil mereka bergerak ke bilik
majikan mereka.
“Ini bos besar atau bos kecil je?” Soal Auni.
Aku takut juga. Kalau dapat bos besar, susah
nak layan. Teringat pula seseorang ni. Entah ke mana dia ya?
“Kenapa tanya macam tu?” balas Umie dengan
soalan juga.
“Kalau bos besar susah nak layan kalau bos
kecil dia lebih memahami.” Pendapat Auni. Dia tersengih.
“Ini bos besar untuk jabatan kita.” Kata Umie
yang turut tersenyum. Sebab itu sahaja.
Pintu bilik diketuk dan terdengar seseorang
mengatakan ‘masuk’. Mereka berdua masuk sekali.
Auni memandang bosnya. Ini lelaki tadi. Nasib
baiklah. Mungkin tak susah untuk aku bekerjasama dengan dia. Dia macam baik
sahaja.
Auni sudah mula berangan yang dia akan
bekerjasama dengan lelaki tersebut.
“Bos, ini setiausaha baru bos, ini juga
resumenya. Bos, nak saya terus ajar dia bekerja atau…” belum sempat Umie
berkata hingga habis, lelaki di hadapannya memotong kata.
“Tak payah. Biar saya yang ajar.” Lelaki itu
tersenyum.
Kenapa dia tersenyum? Gembira ke aku jadi
setiausaha dia? Macam pernah tengok senyuman ni tapi siapa entah. Aku pun tak
ingat.
Umie pun keluar dari bilik tersebut.
“Jemput duduk.”
“Terima kasih…”
“Nama kau Auni Batrisyria kan?”
Kau? Tadi cakap dengan kak Umie elok sahaja
sopannya. Dengan aku, kasar benar. Bos, tak baik pilih kasih. Buat orang lain
kecil hati sahaja.
“Ya…” Auni jawab juga.
“Kau tahu nama bos kau ni?” soalnya lagi
sambil merenung Auni.
Auni gelabah. Aku tak tahu. Lupa nak tanya kak
Umie tadi. Naya! Naya! Hari pertama kerja dah hancus segala-galanya.
“Boleh baca di depan pintu bilik tu.” Arah
lelaki itu lagi.
Eh, baik pula suruh aku baca kat pintu. Atau
dia sengaja nak uji aku?
Auni serba salah mahu bangun. Dia dah termalu.
Masuk sebentar tadi pun tak sempat mahu menjeling pintu tersebut.
“Silakan…” Lelaki itu mengangkat tangannya.
Ala-ala penyambut tetamu pula.
Auni pun bangun apabila majikannya sanggup
menunggu jawapan dari mulutnya. Dia bergerak ke pintu. Dibuka pintu itu
separuh.
Pintu dah separuh terbuka, kini, mulut aku
pula separuh ternganga sebab terkejut punya fasal. Nama tu aku kenal sangat.
Disebabkan terlalu terkejut, Auni menutup
pintu tersebut. Dia membelakangi pintu itu. Otaknya ligat berfikir.
“Noah Qushairy…”
Nama itu diseru lagi. Nama yang sudah lama
tidak disebut. Sejak keluarga itu berpindah ke luar negara. Sejak 10 tahun
lalu. Lelaki itu telah membesar menjadi seorang lelaki sejati. 27 tahun.
Dan aku.. 31 tahun yang masih belum berkahwin
dan tua. Dia masih ingat pada aku ke? Lama Auni berdiri lama di luar pintu
tersebut.
“Tak nak masuk ke?” Akhirnya terpaksa Noah
Qushairy menuju ke pintu tersebut dan memanggil Auni masuk ke dalam biliknya.
Auni tidak bersuara. Dia hanya mengikut je.
“Kau tahu tugas-tugas seorang setiausaha.”
“Tau bos..” jawab Auni sambil menundukkan
wajahnya.
“Bos? Siapa bos? Aku tuan muda kau. Itu
panggilan selayaknya kau panggil…” wajah Noah Qushairy serius.
Aku pula… Aku terkejut kot. Mana ada di
pejabat panggil ketua mereka tuan muda. Aku tak nak panggil dia macam tu. Nak
panggil bos juga! Tuan muda sengal! Marah Auni sekadar dalam hati.
“Itu dulu masa aku kerja kat rumah kau.
Sekarang aku jadi pekerja di syarikat ini. Jadi, aku kena panggil kau, bos
bukannya tuan muda.” Auni berusaha mempertahankan kata-katanya.
“Peduli apa aku. Kau nak kerja ke atau tak?”
soal Noah Qushairy yang serius memandang wajah Auni.
Aku gembira. Gembira sangat dapat berjumpa
dengan Auni semula. Tak perlulah aku mencarinya hingga ke lubang cacing.
Tiba-tiba Noah Qushairy teringat peristiwa kali terakhir dia berbual dengan
Auni. Dia tersenyum dalam hati. Mana boleh senyum depan Auni.
“Ya, aku nak kerja.”
Terpaksa Auni bersetuju sebab hampir dua tahun
dia tanam anggur kat rumah. Sampai bila dia hanya berniaga di pasar yang
pendapatan yang tidak seberapa untuk menyara keluarganya. Apa guna sijil yang
dia ada dalam bidang kesetiausahaan ini.
Noah Qushairy mula serius dalam kerja.
Pelbagai arahan dan rutin harian yang perlu dia lakukan sebagai seorang
setiausaha.
“Kau faham tak?” soal Noah Qushairy untuk
kepastian.
“Aku faham, tuan muda…” jawab Auni.
“Bagus!” Noah Qushairy tersenyum. Dia senang
hati melihat wajah itu. “Sekarang dah waktu lunch.”
“Lunch! Makan! Okey, tuan muda, aku keluar
dulu.” Dia tidak sanggup menghadap wajah Noah Qushairy yang sentiasa membuat
hatinya berdebar. Tidak sanggup rasanya.
“Eh, siapa pula yang suruh kau keluar! Kau akan
makan dengan aku!” arah Noah Qushairy.
Sengal punya tuan muda! Tak kan setiap hari
aku kena hadap muka dia. Kalau tak berapa nak kacak tu, tak apa la. Tak la hati
aku berdebar macam ni. Tapi ni kacak la. Tak sanggup aku melihatnya. Cepat
betul tuan muda aku membesar ye?
“Aku dah janji dengan orang nak makan dengan
dia.” Bohong Auni.
Selamba Noah Qushairy membuka kembali
resumenya. “Bujang! Jangan nak kelentong aku. Kau ikut je aku!”
“Eh, aku tak kelentonglah! Lagi pun dalam
resume mana boleh tulis, ada teman lelaki. Dia boleh tulis bujang atau sudah
berkahwin sahaja.” Auni tetap tidak mahu makan dengan Noah Qushairy. Hatinya
masih terkejut dengan kehadiran lelaki itu.
“Bohong!”
“Ala…”
“Bohong!” Sekali Noah Qushairy menyebutnya.
“Aku…”
“Bohong!” Noah Qushairy bersuara tanpa bagi
peluang pada Auni untuk bercakap.
“Tuan muda sengal!” geram Auni.
“Bohong!” Noah Qushairy masih selamba. Dia
sudah biasa Auni memanggilnya begitu.
“Ya lah! Aku teman! Aku teman!” terpaksa Auni
bersetuju. Kalau tak setuju, hanya perkataan ‘bohong’ sahaja yang keluar dari
mulut sengal tu.
“Macam tu la. Sekarang kau ikut aku!”
Mereka berdua menuju ke sebuah restoran mewah.
“Tuan muda…” panggil Auni tetapi Noah Qushairy
pura-pura tidak mengerti. Terpaksa Auni menarik lengan lelaki itu. “Tuan muda.”
“Kenapanya?” soal Noah Qushairy. Dia merenung
tepat ke dasar mata Auni. Dia tahu yang Auni akan gelisah melihat pandangan
matanya. Kena buat nakal sikit.
Awat si Noah ni buat pandangan macam ni. Aku
lebih rela dia sengal daripada nakal. Bila dia dah nakal ni, penyakit miang dan
gatalnya wujud sekali. Aku kurang gemar sikit.
Auni menelan liur melihat pandangan Noah
Qushairy yang seperti mahu menggodanya.
“Mahal makan kat sini. Kita makan kat lain
la.” Pinta Auni. Dia memang kaki makan sejak dulu lagi tetapi tempat mahal
macam ni. Fikir sepuluh kali pun tak kan aku masuk. Memang tak kan!
“Bukan kau yang kena bayar. Aku yang bayar.
Baik kau masuk je tanpa perlu aku…” kata-kata Noah Qushairy terhenti. Dia
mendekati Auni. Makin lama makin dekat. Senyuman manis terukir di bibir.
Bagi aku pula. Makin dekat, makin berkerut
dahi aku dibuatnya. Penyakit dia dah datang. Apa ubatnya? Apa ubatnya? Auni
mula gelabah.
Makin galak Noah Qushairy mengusik apabila
melihat Auni gelabah. Benar-benar mencuit hatinya.
“Baiklah!” Akhirnya terpaksa Auni setuju.
Hanya itu sahaja ubatnya. Hari ni asyik terpaksa sahaja. Sakit jiwa macam ni.
Nampaknya aku pula yang perlukan ubat.
Mereka masuk dan Noah Qushairy mula membuat
pesanan. Bunyinya macam banyak makanan. Tekaan Auni betul. Banyak makan yang
dipesan oleh Noah Qushairy.
Semua menyelerakan. Perut aku mula lapar bila
tengok makanan ni.
“Siapa suruh kau makan?” Noah Qushairy
berkata.
Dia dah mula dah. Kau nak kenakan aku ke?
Noah, kau nak kenakan aku apa-apa je aku boleh terima tapi tidak dengan
makanan. Aku nak makan! Raung hatinya.
“Okey, tuan muda!” Auni mengalah.
“Aku acahlah. Kau ni memang tak berubah. Suka
sangat ikut arahan aku. Kau makanlah. Aku tahu kau suka makan kan? Air muka kau
dah menggambarkan segalanya.” Noah Qushairy berkata.
“Kau memang sengal kan!” geram Auni. Berani
betul Noah Qushairy kenakan dirinya.
“Yang sengal dan nakal ni yang kau suka kan?
Yang kau tunggu sampai sekarang kan?”
Auni terdiam.
“Sejak bila kau balik semula kat sini?”
“Rahsia!” jawab Noah Qushairy.
“Sejak bila kau kerja kat syarikat tu?”
“Rahsia!” jawab Noah Qushairy lagi dengan
perkataan sama.
“Sengal!” Auni terus makan tanpa mempedulikan Noah
Qushairy yang memerhatikannya. Janji boleh makan free.
Noah Qushairy tersenyum. Seperti biasa Auni
mencuit hatinya.
Selepas lunch, mereka balik ke pejabat. Noah
Qushairy pula ada mesyuarat di sebuah syarikat. So, dia tak perlu ikut kerana
dia kena siapkan minit mesyuarat dengan dibantu oleh Umie.
“Kak Umie dah lama kenal dengan bos?” soal
Auni sambil menaip di komputer. Dia ingin tahu mengenai Noah Qushairy. Rindu
juga dengan mak ayah Noah tu.
“Taklah lama sangat. Dua tahun je.” Umie
berkata.
Dua tahun? Maknanya dah lama dia balik sini.
Kenapa tak cari aku? Auni rasa sedih pula.
“Ini syarikat bos sendiri ke?” soal Auni sebab
semasa dia baca nama Noah Qushairy, dia dapat melihat pangkat lelaki itu hanya
pegawai eksekutif HR sahaja. Tak ada pula tulis CEO ke? Gempak la juga.
“Eh, tak la. Dia pekerja biasa macam kita.
Memang dulu mak ayah dia seorang berpangkat tetapi sejak mak ayahnya meninggal
dunia, tinggal bos kita seorang sahaja. Dia jadi lemah semangat dan semua
hartanya dikatakan di ambil oleh pak cik saudaranya yang cuba menipu. Dah
nasibnya begitu.” Umie menghentikan menaip. Dia memandang wajah Auni. “Kenapa
tanya? Dah jatuh cinta dengan bos ke?”
Setitik air mata Auni mengalir. Pantas di lap
dengan hujung bajunya. Tidak mahu Umie menyedari yang dia menangis.
Auni terkejut apabila mendengar khabar Dato
Masroon dan isteri sudah meninggal dunia. Tinggal Noah seorang diri. Kasihannya
dia. Kalau macam tu. Dia tak kayalah. Mana layak di panggil tuan muda. Tapi… Sedihnya!
Pasti banyak dugaan yang telah dia lalu sepanjang 10 tahun ini.
“Tak ada apa-apa la, kak Umie. Saja tanya
untuk pengetahuan am.” Auni tersengih.
Jam menunjukkan hampir pukul 5 petang. Semua
pekerja sudah bersiap-siap mahu pulang ke rumah masing-masing tetapi tidak
Auni. Dia masih memikirkan Noah Qushairy.
Kasihan Noah. Kasihan… Dari kaya jadi miskin.
Kasihannya. Macam mana dia hidup ni? Dia kan tak pernah hidup susah. Ish,
kenapa aku risau sangat ni!
Auni menggaru kepalanya.
“Biarlah dulu.” Auni mahu pulang ke rumah.
Semua pekerja sudah menghilang. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat.
Eh, hujan pulak! Payung tak bawa ni.
“Redah aje la!” Auni berlari ke arah
perhentian bas. Tiada sesiapa di situ. Sementara menunggu bas tiba, dia sempat
termenung.
Kasihan Noah. Macam mana kehidupannya tanpa
mak ayah dia? Mesti dia kesunyian kan? Dengan tarafnya sekarang, mana layak
panggil tuan muda. Dia pun kuli juga di syarikat tu.
Auni terus termenung.
Pittt!!!
Bunyi hon yang kuat telah mengejutkan Auni
dari terus termenung.
“Tuan muda…” terkejut Auni melihat Noah
Qushairy dengan kereta Ford Fiesta warna merah. Mengancam betul. Ingatkan
Ferarri.
“Auni, mari aku hantar kau balik.”
“Pekerja mana boleh naik kereta tuan muda.”
Sengaja Auni berkata begitu. Dia segan dengan bajunya sedikit basah. Nak naik
kereta orang pula. Malulah. Basah nanti.
“Apa kau mengarut ni? Aku kata naik!” Marah
benar Noah Qushairy apabila Auni tidak mahu mendengar arahannya. Panggil je aku
ni tuan muda tapi arahan aku langsung tak nak dengar. Auni memang nak kena
sekeh dengan aku!
“Tak apa, tuan muda. Aku boleh naik bas.” Auni
tetap menolak.
“Aku kata naik!” makin tegas suara Noah
Qushairy. “Jangan sampai aku keluar dari kereta ni dan heret kau.”
Keluar dari kereta? Kalau Noah keluar dari
kereta, nanti dia kena hujan. Aku tak nak dia kena hujan. Kasihan dia nanti.
Setuju aje la, Auni.
Pantas Auni bersetuju.
Barulah Noah Qushairy boleh tersenyum.
“Mari aku belanja kau makan?” ajak Noah
Qushairy.
“Tak apa, tuan muda. Aku boleh memasak kat
rumah. Tak ada masalah pun.” Tolak Auni.
“Teman aku…” lembut suara Noah Qushairy
meminta Auni menemani.
Auni menggaru kepalanya. Pening dengan sikap Noah
Qushairy yang susah diramal. Kadang-kadang tu kasihan. Kadang-kadang macam
minta dihempuk je!
“Yelah…”
“Aku tahu kau akan ikut arahan aku.
Tambah-tambah kalau aku merayu dengan suara lembut macam tadi kan? Hati kau
cair kan?” usik Noah Qushairy. Nakalnya dah mari.
“Sengal kau, Noah!” marah Auni. Kalau kenakan
aku, nombor satu ye! Geram Auni.
“Betul Auni… Kau mesti akan setuju kan?”
Sempat Noah Qushairy merenung wajah Auni sekilas. Mahu meneka apa yang berada
di dalam hatinya.
“Aku ucap takziah pada kau.” Akhirnya Auni
bersuara. Dia menukar topik.
Noah Qushairy terkejut tetapi dia kembali
tenang. Sempat dia menarik nafasnya dalam-dalam dan lepaskannya.
“Ya. Terima kasih.” Noah Qushairy kuatkan
hatinya.
“Bersabar banyak-banyak…”
“Kadang-kadang aku tak dapat sabar, Auni. Air
tak selalu jernih. Begitu juga ucapan aku. Kapas tak selalu putih. Begitu juga
hatiku. Langit tak selalu biru. Begitu juga hidup aku. Jalan tak selalu lurus,
begitu juga langkah aku, Auni. Aku sering di duga. Hidup aku kosong sejak papa
mama aku meninggal dunia. Memang mereka meninggalkan banyak harta tetapi aku
tak pandai untuk hadapi masalah ini. Aku ditindas. Dihina. Dipukul oleh saudara
sendiri. Wang sudah mengaburi mata mereka.” Luah Noah Qushairy.
“Sabarlah, tuan muda. Itu semua dugaan Allah.
Macam aku ni.. Sejak keluarga aku berhenti kerja di rumah tuan muda, hidup kami
susah. Kami balik kampung. Buat kerja menanam je. Apabila aku sudah habis
belajar, ayah aku meninggal dunia membuatkan hidup aku gelap. Aku terus diuji.
Rumah yang aku duduk itu, atas nama ibunya iaitu nenek aku yang masih hidup.
Mereka menghalau aku dan mak.” Air mata Auni hampir menitis mengenangkan saat
susah mereka.
Noah Qushairy dapat membaca air muka Auni. Dia
sendiri dalam kesedihan tetapi Auni lagi teruk berbanding ujian untuknya.
“Tapi aku okey je. Aku jadi kuat semangat bila
tiap kali tengok benda ni.” Auni mengeluarkan dompetnya.
Noah Qushairy memberhentikan kereta di tepi
jalan. Dia mahu melihat benda tersebut.
“Gambar kali terakhir kita bersama, tuan muda.
Sangat indah masa tu. Tiap kali aku melihatnya,
pasti aku jadi kuat demi kau, tuan muda.”
“Auni…”
Noah Qushairy juga menunjukkan gambar yang
sama.
“Tak kan tuan muda…” Auni tidak dapat bercakap
ayat seterusnya. Dia tergamam.
“Auni, aku cintakan kau. Aku harap suatu hari
nanti aku akan bertemu semula dengan kau, Auni.”
Auni terdiam. Tuan muda cintakan aku? Tak romantik
la.
“Ya, sejak papa mama meninggal dunia akibat
kemalangan, aku hidup sendiri. Aku di halau dari rumah sendiri. Di mana pihak
berkuasa ketika aku berusia 17 tahun. Di mana? Membela nasib aku. Aku hidup
merempat di jalanan. Makanan? Langsung aku tidak makan. Aku jijik. Aku tak
pernah makan makanan yang di masak tepi jalan. Aku terpaksa harungi segala-galanya. Aku tidak lagi disanjung oleh
orang lain.”
Noah Qushairy memandang sayu wajah Auni.
“Ya, Allah Maha Adil. Aku selalu buli orang
lain dan menghina pekerja aku. Inilah balasan yang setimpal untuk aku. Demi
desakan hidup, aku pergi mengambil sijil SPM aku sendiri, dan sambung
pelajaranku sambil bekerja. Selama 10 tahun aku hidup menderita. Berbekalkan
kenangan indah kau, aku berjaya seperti ini dengan titik peluh aku sendiri.”
Sambungnya lagi.
“Terima kasih, tuan muda tapi saya tak boleh
jadi milik tuan muda sebab…” Auni bersedih. Dia tidak menipu yang dia sudah ada
teman lelaki. Pilihan ibunya sendiri.
Wajah Noah Qushairy kecewa.
Selepas makan, Noah Qushairy menghantar Auni
pulang.
“Auni, kau keluar dengan jantan mana ni?”
marah Hafiy. Dia marah kerana mereka tidak jadi makan waktu lunch tadi. Dia
marah kerana kasih sayang dan cintanya tidak dibalas oleh Auni. Dia dambakan
kasih sayang seseorang. Itu yang membuat dia panas baran.
“Hafiy, boleh tak kau tanya elok-elok sikit.
Ini, tuan muda aku la.” Jelas Auni. Dia memang tak suka Hafiy. Terlalu mengawal
pergerakannya.
“Tuan muda? Pakai Ford je. Kau tak layak
dipanggil tuan muda.” Hafiy memandang sinis pada Noah Qushairy. Tuan muda macam
ni? Nak menipu pun, tengok orang la.
“Cukup Hafiy! Kau tak kenal dia siapa. Jangan
nak pandai-pandai berkata sahaja.” Sakit pula hati Auni dengan sikap Hafiy.
Sejak dia mengenali lelaki ini, memang dia tak suka pun.
“Yang kau bela sangat dia ni, kenapa? Kau dah jatuh cinta pada
dia?” marah Hafiy kerana Auni terlalu membela lelaki yang baru dikenalinya itu.
Auni terdiam.
“Kenapa kau diam? Betul apa yang aku cakap
kan? Kau ingat Auni, kau kena kahwin dengan aku juga! Kalau tak, siap kau!”
Hafiy terus berlalu pergi.
“Tuan muda, maafkan Hafiy. Dia memang cakap
tak ada insurans. Kalau mati ni, memang mati sia-sia sahaja. Hidup menyusahkan
orang. Mati pun menyusahkan orang.” Auni menjadi marah.
Noah Qushairy tersenyum. Pertama kali dia
melihat Auni marah demi dirinya. Makin mendalam rasa cinta untuk Auni.
Selagi kau tak kahwin dengan sesiapa. Maknanya
aku masih ada peluang untuk merebut cinta kau. Dia ketawa kecil.
“Aku tengah marah ni. Tuan muda boleh ketawa?”
Auni menjeling pada Noah Qushairy. Ingat aku
buat lawak ke?
“Tak apa. Hari pun dah malam ni. Esok nak
kerja. Jangan lambat datang lagi tau.” Noah Qushairy terus berlalu.
Kini, sudah seminggu Auni bekerja dengan Noah
Qushairy. Lelaki ini memang suka kenakan dia. Dah heboh serata alam mengenai
panggilan ‘Tuan muda’ yang aku gunakan. Semua pekerja tahu.
“Mana tuan muda kesayangan Auni tu?” soal
Umie. Tersenyum dia apabila melalui meja kerja Auni.
Auni mengeluh. Kak Umie ni, kalau mengusik
memang sedap mulut sahaja berkata.
“Ada. Dalam lubang cacing.” Geram Auni.
“Lubang cacing? Auni ni ada-ada je. Bos ada
tak ni?” soal Umie lagi sekali.
“Kat dalam tu. Pergilah jumpa,” jawab Auni.
“Ala, akak gurau je. Ni, akak nak bagi tahu,
ada orang cari kau. Namanya Hafiy. Kau kenal ke?”
“Oh, Hafiy. Kawan saya tu kak. Terima kasih
kak.”
Auni segera berjumpa dengan Hafiy. Dia tidak
mahu orang pejabat tahu yang Hafiy itu kekasihnya.
Kekasih tidak iktiraf memang selalu
disisihkan. Macam Hafiy ni. Menyampah aku tengok.
“Kau datang sini buat apa?”
“Aku nak buat perhitungan. Ini kali terakhir
aku ajak kau keluar. Kalau ahad ni kau tak jumpa aku di tempat biasa. Aku
anggap kau memang tak suka aku dan nak berpisah dengan aku. Tapi kau jangan
ingat kau lepas macam tu sahaja. Aku akan pastikan kau merana jika aku juga rasa
merana!”
Hafiy merenung tajam wajah Auni. Lima tahun
aku tunggu kau! Ini balasan kau kat aku. Aku akan ingat kau sampai bila-bila.
“Aku datang! Aku akan datang.” Itulah sikap
Auni. Suka mengikut arahan orang. Tiada kekuatan untuk membuat keputusan
sendiri. Mengikut apa yang dikehendaki.
“Baik! Aku tunggu!” Hafiy terus berlalu pergi.
*****
Hari ahad datang juga. Auni bersiap ala kadar
sahaja. Seluar jeans biru lusuh sedikit dan blouse warna hijau lumut. Beg galas
disangkut di bahu. Kalau pergi pejabat, terpaksalah dia bergaya sikit. Tapi
apabila luar pejabat ni, inilah gayanya.
Dia menanti dengan sabar ketibaan Hafiy. Dia
bimbang yang Hafiy akan memberitahu ibunya, dia terpaksa menurut
segala-galanya.
Tiba-tiba dia terasa ada seseorang yang
menarik lengannya. Pada mulanya dia mahu marah tetapi apabila direnung
betul-betul. Mamat sengal ni rupanya.
Auni ingin melarikan diri dari Noah Qushairy.
Kalau Hafiy nampak ni. Tak jadilah dia nak pujuk Hafiy.
“Kau nak ke mana tu?” Makin kuat cengkaman Noah
Qushairy di lengan Auni.
Macam mana aku nak lari. Mamat ni pegang aku
macam tak bagi bergerak langsung.
“Tuan muda, jangan la!”
Auni mula tidak selesa. Tidak cukup di
pejabat, kat sini pun dia nak usik aku. Dah tak ada kerja lain ke? Dahlah kerja
asyik jadi nakal, sengal, miang, gatal! Cubalah kerja jadi baik ke? Jadi sweet
ke? Bolehlah aku tinggalkan Hafiy, pergi kat kau.
Auni beristighfar dalam hati. Dia dah berfikir
jauh pula.
“Tapi…” Kini giliran Auni tergamam. Baru dia
sedar akan penampilan Noah Qushairy yang amat biasa itu. Itulah pakaian yang
selalu Noah Qushairy pakai. Tshirt dan seluar jeans. Cuma kali ni ada tambahan
topi warna hitam dan cermin mata hitam. Bergaya.
Lama Auni merenung Noah Qushairy.
“Tak payahlah nak buat muka terkejut sangat.
Macam tak pernah tengok aku pakai macam ni je.”
Sebenarnya Noah Qushairy rasa malu sebab Auni
jarang merenungnya lama. Ini kali pertama Auni buat begitu menyebabkan hatinya
berdegup kencang. Sukar mahu dikawal. Tenang wahai hati! Cool!
“Mana ada terkejut. Cuma aku pelik kau ada kat
sini. Kau buat apa kat sini?”
Dahi Auni berkerut. Inilah tempat biasa aku
bertemu dengan Hafiy. Taman riadah. Hafiy suka aktiviti mengayuh basikal. Tapi
hari ini dia tidak akan buat aktiviti itu sebab dia tiada mood.
“Suka hati akulah nak datang sini.” Jawab Noah
Qushairy.
“Ikut suka tuan muda la. Saya kena pergi.”
“Hey! Kau kena ikut aku!” kata Noah Qushairy.
Lengan Auni yang masih belum di lepaskan itu
ditarik agar mengikut jejak langkahnya. Sedikit kasar.
“Mana boleh! Aku ada temu janji dengan kekasih
aku. Aku tak boleh keluar dengan kau!” pantas Auni menarik tangannya.
“Peduli apa aku.”
“Tuan muda kena faham. Kejap lagi Hafiy
sampai.” Auni cuba menarik lengannya.
“Peduli apa aku!”
Dia dah buat hal dah… Dah datang sengalnya
itu.
“Tuan muda janganlah sengal sangat. Aku… Aku…”
Auni rasa sebak memikirkan soal dia dan Hafiy.
“Kenapa ni?” Noah Qushairy terkejut mendengar
suara Auni yang tersekat-sekat. Mata pun macam nak nangis.
Auni cuba bertahan tetapi dia kalah juga. Air
matanya mengalir deras. Dia tidak mahu Hafiy melihat keadaan mereka ini. Dia
tahu yang Hafiy cemburu bila dia bersama Noah Qushairy.
“Wei! Janganlah diam! Janganlah nangis!” Noah
Qushairy serba salah. Itulah kau! Rajin sangat paksa orang. Kan dah nangis si
Auni ni.
“Tuan muda…” panggil Auni dalam tangis.
“Apa dia?”
“Lepaskan saya untuk hari ini sahaja. Please…”
rayu Auni. Dia kena bersama Hafiy juga. Demi ibunya, dia tidak mahu ibunya
kecewa dengan tindakannya.
“Tapi…”
“Please, tuan muda. Aku rayu sangat ni…”
“Baiklah!” Akhirnya Noah Qushairy mengalah.
Tak sanggup rasanya melihat air mata itu mengalir.
“Terima kasih, tuan muda!” Auni terus berlari
meninggalkan Noah Qushairy.
Tak apalah. Tapi aku akan dapatkan kau juga.
Aku akan cari cinta kau sampai di lubuk hati kau, Auni. Tunggu la!
Noah Qushairy tersenyum.
Auni menunggu Hafiy. Mula dari pukul 8 pagi
dan kini sudah pukul 11 pagi. Dia menunggu dengan sabar.
“Mana Hafiy? Saja nak kenakan aku ke?” Auni
berkata sendirian.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu
menghubungi Hafiy.
“Sedap duduk kat taman tu dengan buah hati
kau. Kau ingat, Auni! Aku akan pastikan kau kahwin dengan aku! Lepas tu aku
akan seksa kau sikit demi sikit.”
Tersentak hati Auni mendengarnya. Berdiri bulu
romanya kerana terlalu rasa seram dengan kata-kata itu.
“Kalau macam tu, kita putuslah! Kau tak payah
susah-susah nak bagi tahu mak aku. Aku sendiri boleh bagi tahu!”
Auni terus memutuskan talian. Dia terus
bergerak balik ke kampungnya. Dia mahu berbincang sendiri dengan ibunya.
“Mak, Auni tak nak kahwin dengan Hafiy.”
“Kenapa pula?”
“Dia tu jahat mama. Dia cuba nak seksa Auni.”
“Seksa? Kenapanya? Hafiy tu budak baik. Baru
tadi dia telefon mak kata yang kau dah setuju dan kahwin bulan depan.”
Auni terkejut. Dia benar-benar terkejut dengan
apa yang diberitahu oleh Puan Asmah.
“Dia bohong mak. Dia bohong! Dia penipu mak!”
“Apa kau mengarut ni?”
“Betul kata Auni tu, mak cik.” Tiba-tiba Noah
Qushairy muncul dan bersetuju dengan kata-kata Auni.
“Siapa anak ni?” soal Puan Asmah.
“Saya ni mak cik. Noah… Noah Qushairy.” Noah
Qushairy memperkenalkan diri. Dia yakin yang Puan Asmah mengenalinya.
“Noah anak Dato Masroon tu?”
“Ya, mak cik.”
“Ya Allah! Lama mak cik tak jumpa kamu. Mana
Dato?” soal Puan Asmah. Dia begitu senang dengan kehadiran Noah Qushairy. Dato
Masroon banyak membantunya. Tambahan pula dari segi kewangan. Dia terhutang
budi dan kasih pada Dato Masroon sekeluarga.
“Papa… Papa dah meninggal dunia. Mama pun
sama…” lemah suara Noah Qushairy.
“Apa?”
Puan Asmah pengsan.
“Yang tuan muda bagi tahu mak aku macam tu,
kenapa?” soal Auni dengan geramnya.
“Lor, kau nak aku cakap macam mana lagi? Cakap
yang… Papa dan mama dah mati, mak cik…” ujar Noah Qushairy. Dia juga geram. Tak
disangka yang Puan Asmah akan pengsan.
Auni garu kepala.
“Tuan muda boleh cakap….” Otaknya ligat
berfikir. “Lupakan aje la. Sekarang ni tuan muda buat apa kat sini? Jangan kata
tuan muda sesat pula sampai ke kampung aku ni?” jeling Auni.
Noah Qushairy pula mengangkat tubuh Puan Asmah
dan letak di atas kerusi panjang berhampiran.
“Suka hati aku la nak sesat kat sini.” Jawab Noah
Qushairy.
“Jawapan yang sengal. Tuan muda pun sengal.”
Geram Auni.
“Sengal-sengal ni pun, akan jadi suami kau
nanti.”
“Dalam mimpilah, tuan muda.”
“Kenapa dalam mimpi? Kau kahwin dengan aku,
selesai masalah.”
Kahwin? Ni miang ke, gatal ke, nakal? Tak
betul ajak aku kahwin dengan kau, Noah. Aku mana sesuai berganding dengan kau.
Auni tersengih. Rasa lucu dengan kata-kata Noah Qushairy.
“Wahai tuan muda sengal lagi nakal tak kena
tempat, Hafiy tu aku nak campak mana?”
“Kau campak je dalam longkang. Dahlah mulut
macam longkang. Hati busuk macam air longkang. Muka pun macam longkang.”
Mengucap Auni dalam hati mendengar kata-kata Noah
Qushairy.
“Sedapnya mulut tuan muda kata orang spesies
longkang. Dia mana ngam dengan longkang. Mulut puaka sesuai.”
Auni berkata begitu kerana setiap kali ugutan
Hafiy membuatkan bulu romanya menegak. Macam bercakap dengan hantu pula.
“Kau pun mengutuk juga.”
“Sudahlah tu. Asyik gaduh sahaja. Sejak kecil
sampai ke besar. Aku kahwinkan juga korang berdua ni. Tak senang betul aku nak
pengsan.” Puan Asmah sedar.
“Saya setuju je mak cik.” Noah Qushairy pantas
menjawab.
“Tuan muda jangan nak gedik.”
“Hey, berapa banyak gelaran yang kau dah bagi
pada aku ni. Nakal, sengal, miang, gatal dan ni tambah lagi satu gedik?” Noah
Qushairy tak puas hati.
“Suka hati aku la.” Auni tidak peduli lagi
pada Noah Qushairy dan Puan Asmah.
“Sejak dulu lagi mak cik tengok Auni memang
tak suka Hafiy. Dia suka kamu kot.” Puan Asmah berkata.
“Mak cik sudi ke terima menantu lebih muda dari anak mak cik?” soal Noah
Qushairy takut-takut.
“Kalau dia boleh jaga anak mak cik dengan
baik, mak cik tak kisah tapi ceritalah fasal papa dan mama kamu dulu…”
“Insya-Allah. Mama dan papa…” Noah Qushairy
mula bercerita dan mereka merancang untuk memutuskan perhubungan Hafiy dengan
cara baik sebab Noah Qushairy tahu yang Hafiy ni seorang yang kurang kasih
sayang.
Beberapa bulan kemudian.
“Tuan muda!” bergema jeritan Auni dalam
pejabat mereka. Umie yang sedang menaip pun terkejut mendengarnya.
Umie menggelengkan kepala. Memang itulah rutin
harian mereka berdua. Dia pun dah biasa dah dengan keadaan tersebut. Biar aje
la.
Auni terus berjalan menuju ke bilik kerja Noah
Qushairy. Dibuka pintu dengan kasar. Matanya merenung tepat pada wajah Noah
Qushairy.
Noah Qushairy tersenyum. Dia dapat menjangka
apa yang akan dikatakan oleh Auni.
“Mana boleh tuan muda buat macam ni? Ingat aku
ni barang ke?”
“Aku ingat kau macam tu la. Kenapa? Kau tak
suka?” Noah Qushairy masih boleh selamba.
“Aku bukan barang yang kau boleh beli sesuka
hati.” Geram Auni. Kali ini Noah Qushairy terlalu melampau. Dia memang ucap
terima kasih pada Noah Qushairy kerana berjaya melembutkan hati Hafiy dengan
memberi lelaki itu pilih perempuan yang lagi cantik dan muda berbanding
dirinya.
Rupanya si Hafiy tu manja. Dia kurang kasih
sayang. Patutlah apabila bersama aku muka dia serius sebab aku sikit pun tak
nak bermanja dengan dia. Elok je dia dengan perempuan baru tu. Namanya Alia.
Okey je. Bahagia je. Mana mulut longkangnya pergi? Dah kena cuci dengan klorin
si Alia tu ke? Minggu depan dah nak kahwin. Nampak sangat aku ni yang tak laku!
Geramnya!
“Relaks okey. Yang kau nak marah ni kenapa? Aku masuk meminang kau
je. Dan mak kau pun dah setuju. Apa yang susah sangat ni?”
“Sengal!” Auni berkata dengan kasar.
“Aku sukakan kau, jadi aku masuk minang.”
“Sengal!” Auni berkata lagi.
“Aku tahu aku sengal tapi aku nak juga kau jadi
isteri aku.
“Sengal! Sengal! Sennnn…” belum sempat Auni
berkata lagi, jari telunjuk Noah Qushairy hinggap di bibirnya membuat dia
terdiam.
Dia merenung wajah Noah Qushairy yang sesuai.
“Aku tak kisah kau kata aku sengal. Tapi aku
sayangkan kau sejak aku berjumpa dengan kau. Kau ceriakan hidup aku. Aku tak
pernah kenakan sesiapa selain kau. Hanya kau yang aku nak dalam hidup aku.”
Auni tersentak. Dia menelan liur. Berdebar
hatinya dengan kata-kata Noah Qushairy.
“Kerana kau, aku sanggup cari kau sampai ke
lubang cacing walaupun aku tahu yang kau tak kan duduk dalam lubang cacing.
Jadi aku cari cacing aje la. Bagi ikan makan.”
Noah Qushairy cuba membuat lawak dan lawaknya
berjaya menggeletek Auni.
“Tuan muda ni lawak! Tadi bukan serius lagi.”
Lagi sekali jari telunjuk Noah Qushairy di
bibir Auni membuatkan gadis itu berhenti ketawa.
“Aku serius sukakan kau. Nak jadi suami kau!
Aku nak nakal dengan kau je! Aku nak miang keladi dengan kau! Aku nak
gatal-gatal dengan kau! Aku nak sengal dengan kau! Aku nak…”
“Cukup!” pantas jari telunjuk Auni pula di
bibir Noah Qushairy. Sakit jiwa aku dengar ayat berulang ni. Cakap jelah.. Aku
nak nakal, miang, gatal, sengal dengan aku…Ini duk ulang ayat sama. Tak belajar
BM ke dulu?
Noah Qushairy terhenti bercakap.
Belum sempat Auni bercakap. Noah Qushairy
bertindak nakal mahu menggigit jarinya. Nasib baik Auni menarik jarinya semula.
“Kau ni buaya ke? Aku tak nak kahwin dengan
kau!” Auni tak jadi nak luahkan perasaannya. Dia terus keluar dari bilik
tersebut.
Noah Qushairy pula hanya ketawa sendirian.
*****
Noah Qushairy sedang membersihkan halaman
rumah Puan Asmah. Begitulah dia setiap kali balik ke kampung isterinya.
“Tuan muda!” panggil Auni.
Si Auni ni. Dah banyak kali aku cakap jangan
panggil aku tuan muda. Panggil aku darling ke, honey ke. Kalau nak klasik,
panggil aku abang ke, ayang ke? Degil betul isteri aku.
Noah Qushairy buat tak tahu.
“Tuan muda!” terpaksa Auni menjenguk ke luar
rumah. Sedang menyapu suami aku ni. Rajinnya dia. Makin sayang aku kat dia.
Noah Qushairy memandang Auni tetapi lepas itu
dia menyambung semula kerja menyapunya.
“Tuan muda…” panggil Auni lagi sekali dengan
nada yang manja.
“Sengal…” giliran Noah Qushairy pula
menyebut perkataan sengal.
“Tuan… Muda…” Lagi lembut Auni memanggilnya.
“Isteriku sengal!” kata Noah Qushairy lagi.
Dia terus menyapu.
Auni pula menahan ketawa. Aku pula yang
dikatakan sengal. Sejak bilalah aku boleh jadi sengal macam suami aku yang
dulu.
“Abang, jom makan. Baby dalam perut ni dah
lapar.” Ajak Auni. Sebentar tadi dia bergurau sahaja.
“Jom!” laju aje Noah Qushairy bersetuju.
Moodnya mudah berubah apabila Auni bermanja dengannya. Itu yang membuat Auni
suka bergurau dengan suaminya.
“Nak dukung?” pinta Auni. Nak bermanja
katakan.
“Boleh. Kejap ye, abang ambik kereta tolak.
Kat sana je…” kata Noah Qushairy.
“Abang ni sengal la!” geram Auni. “Kita nak
dukung, bukannya nak masuk dalam kereta tolak tu. Kan terberanak dalam kereta
tolak tu…”
“Dukung? Abang tak larat la. Pimpin tangan boleh…”
Noah Qushairy tersenyum bahagia.
“Bolehlah daripada tak ada.” Auni memeluk
lengan suaminya sambil berjalan. Usia kandungannya sudah masuk enam bulan. Dia
bersyukur dengan apa yang dia ada. Noah Qushairy sudah banyak berubah.
Mungkin dulu suaminya seorang yang sombong,
suka kenakan orang dan buli orang bawahannya tetapi kini dialah seorang lelaki
yang sangat baik dan pemurah.
Manusia mampu berubah menjadi manusia yang
lebih baik. Berubah kepada kebaikan adalah yang terbaik dalam hidup. Jadi aku
terima segala perubahannya. Dan kekurangannya? Aku terima seadanya tanpa rasa
menyesal.
“Abang…”
“Ada apa?” tanya Noah Qushairy.
“Abang…”
“Ada apa sayang…?”
“Abang…”
“Sayang jangan jadi sengal. Nanti anak kita
boleh jadi raja sengal pula.” Geram Noah Qushairy.
“Ops! Tak! Mana ada. Anak mama baik ye. Jadi
macam papa tau. Kacak dan sayang mama…” Auni memandang suaminya.
“Siapa tak sayang bini oi…” Noah Qushairy
berkata sambil mencium pipi isterinya. Rasa bahagia tak terhingga.
Terima kasih terima tuan muda nakal dan sengal
ini….
-TAMAT-
p/s: habis juga cerpen ni…semoga terhibur…
superb... kalau dia berjaya rampas balik harta dia, lagi superb.
ReplyDeletememang watak tm sangat sengal tahap tak hengat. tapi yang sengal tu la yang tak boleh dilupa.this story memang mabelessss.. ilike
ReplyDeleteBest hihi
ReplyDeleteBest sgt..
ReplyDeleteBest ..walau ringkas tapi membawa erti yg mdalam ..sy sukaa laa ...terbaikkkk ..
ReplyDelete#Schariedah_Salus
Bestx10000000000......thumbs up.. :D
ReplyDeleteBest. .. buat lagi cerpen baru sis... hihi
ReplyDeletebest sangat2.....!!
ReplyDeletesuke suke suke... :D
best ^^
ReplyDeleteok... sngat seronok mmbcanya... 👍
ReplyDeleteGila la... Best... Sengal betul.. Buat la novel... Best juga nii...
ReplyDeleteTERBAIK...
ReplyDeleteBuat novel pasti sy beli... Best
ReplyDeleteSengal betul tp best..
ReplyDeleteNice.. keep it up more cerpen please... Good Luck..
ReplyDeleteBest..sengal...terbaek.. comel je TM ngn Auni...
ReplyDeleteBest..sengal...terbaek.. comel je TM ngn Auni...
ReplyDeletebest!! simple , ringan , tomey lah .. haha lawak laaa
ReplyDeleteBest dan daebak!!...
ReplyDeleteCERPEN INI AKAN DINOVELKAN MENJADI TAJUK... KEKASIH TIDAK IKTIRAF...sudah ada bab satu di blog ni...ada masa jenguk2 la...
ReplyDeletebest!! terhibur dgn tuan muda sengal.....hehe.... ;)
ReplyDeletenanti jemput baca novelnya pula...kekasih tidak iktiraf...
Deletedari tadi tak berhenti senyum bila baca. btw best !
ReplyDeleteBest sngt sngt
ReplyDeleteJalan cerita dan watak best. Gaya penulisan dgn ayat je bercelaru sikit. Need to impove on it. Keep it up.
ReplyDeleteBest sangat 2
ReplyDeleteWahhh...besttnyyya!!saya minat sngt dengan karya akak!!
ReplyDeleteWahhh...besttnyyya!!saya minat sngt dengan karya akak!!
ReplyDeletesuke...sweet2 je ...
ReplyDeleteHelianthusLV
ReplyDeleteLike it..tq sis
Best sgt cerpen ni memang terbaikkk...da bc bnyk kali pun x pnh jemu😍😍😍😍
ReplyDelete