Omar mengejar Huda. Ligat betul perempuan ni. Tak padan dengan pakai jubah. Larinya
laju.
“Buat apa awak kejar saya?” langkah Huda terhenti. Hatinya
cukup panas. Dia cuba bersabar.
“Saya minta maaf ya?”
“Minta maaf? Awak tuduh saya, Omar. Awak tuduh saya!”
agak tinggi suara Huda. Tuduhan Omar tak bernas. Tak boleh diterima akal. Terutamanya
akal aku. Kau nampak aje aku ni lemah lembut macam ni tapi kalau dah datang angin
segala angin, kau, aku karate gak!
Huda meneruskan langkahnya. Meninggalkan Omar sendirian.
“Aku salah, Huda...” terduduk Omar di lantai. Rambutnya yang
sedia serabai makin berserabai bila kedua tangan Omar mengusap kepala dengan
kasar.
Wajah Omar betul-betul tegang.
Omar teringat pertemuan pertama dia dengan Huda. Mata Huda
berwarna hijau. Memang cantik. Walaupun ketika itu dia memakai kanta lekap tapi
matanya begitu menawan. Tidak pernah dia melihat wanita tanpa berkelip. Hanya semata-mata
sepasang mata.
“Tak boleh jadi. Kalau betul aku cintakan Huda. Aku takkan
lepaskan dia. Cinta dia milik aku. Ya Allah, kau permudahkan urusan aku. Aamiin!”
doa Omar.
Segala yang berlaku ini hanyalah salah faham. Salah aku
juga tak siasat betul-betul.
Omar berjalan pulang. Rumah banglonya sunyi sepi tanpa
penghuni.
“Ann!” Omar terkejut perempuan durjana itu ada
dirumahnya.
“Apa kau buat kat rumah aku?”
“Omar...” manja sekali suara Ann.
“Kau tak payah mengedik kat sini. Kau tahukan ak dah
bertunang dengan Huda. Yang kau sibuk buat cerita tak senonoh tu kenapa? Aku dah
banyak sabar dengan kau ni, Ann!” marah sungguh Omar kepada Ann.
“Mana ada tak senonoh. Aku cuma bagitau kau cakap yang
Huda pakai aje tudung labuh tapi mengada-ngada dengan lelaki lain.” Ann
tersenyum.
Mata Omar merah menahan marah.
Pang!
Omar menampar pipi Ann. Rebah gadis itu.
“Gila!” amuk Ann. Terasa perit pipinya. “Memang patut
Huda tinggalkan sebab kau ni kaki pukul betina!”
“Kau cakap baik-baik sikit. Kau orang pertama aku tampar.
Jangan sampai kau jadi orang pertama aku bunuh!” ugutan Omar. Terbeliak mata
Ann.
Omar cuba bertenang. Memang kalau perkara yang berkaitan
dengan Huda, mudah sahaja hatinya sensitif. Huda begitu bermakna baginya.
“Ya Allah, kau tenangkanlah hatiku ini. Bukalah hati Ann
untuk bertaubat.” Doa Omar lalu meninggalkan Ann sendiri.
Ann menangis mendengar doa Omar. Dia terus pengsan di
situ.
Tiada arah tuju yang dapat Omar pergi. Dia singgah
sekejap di Masjid dengan harapan hatinya lebih tenang.
Huda termenung di depan cermin. Macam mana aku boleh suka
lelaki macam omar tu? Huda mengeluh.
“Huda, tak baik mengeluh. Tak mau! Tak mau! Allah tak
suka.” Huda menasihati dirinya sendiri.
“Entah-entah Ann sengaja nak rosakkan hubungan aku dengan
Omar. Aku pun satu, yang percaya bulat-bulat kata minah yang sememangnya tak
suka aku tu kenapa?” Huda baru dapat berfikir dengan baik.
“Kesian Omar. Tak pasal-pasal makan penampar aku siang tadi.”
Huda menyesal. Kerana terlalu marah, dia telah menampar wajah Omar. Mesti Syaitan
bergembira saat itu.
Huda mencapai telefon bimbitnya. Mencari perkataan Omar.
“Assalamualaikum...” suara Omar kedengaran lemah.
“Waalaikumussalam Omar.” Huda serba salah lalu
cepat-cepat dia tamatkan talian. Dia tidak sepatutnya bercakap dengan Omar.
Omar mengerutkan dahinya. Kenapa minah mata hijau ni? Aku
ingat dia tak marah pada aku kot? Syukur alhamdulillah. Termakbul doa aku.
Hati Huda berdebar-debar mendengar suara Omar. Itulah Huda.
Dia rasa hatinya mah meletup apabila mendengar suara Omar.
“Oh kalau marah tadi, tak ingat dunia ya, Huda?” ada
suara yang berkata begitu. Huda hanya mampu tersenyum.
Tiba-tiba ada mesej masuk.
Huda, maafkan Omar. Tak pernah Omar cakap macam tu
tentang Huda. Omar bertemu dengan Huda pun kerana takdir dan Omar yakin yang
Huda akan jadi milik Omar dunia dan akhirat. Omar sentiasa mendoakan hubungan
kita. Kita jumpa masa majlis perkahwinan kita. Harap semua berjalan seperti di
rancang.
Huda tersenyum membaca mesej tersebut.
Huda yakin dia sudah memilih lelaki yang selayaknya untuk
dirinya.
*****
Selepas sebulan perkara itu berlalu. Tibalah juga hari yang dinantikan oleh
Huda dan Omar. Dari jauh mereka saling berpandangan dan membalas senyuman.
Sekelip mata sahaja Huda
sah menjadi seorang isteri.
Syukur alhamdulillah, Ya
Allah. Huda menadah tangan dan mengaamiinkannya. Omar juga melakukan perkara
yang sama.
“Cepatlah salam!” Zeck
mengarah sahabatnya itu.
“Zeck, yang awak sibuk nak
arah-arah orang ni kenapa?” Marah Ria.
“Awak diam. Saya suka
tengok orang malu-malu ni.” Kata Zeck. Wajahnya tersenyum. Gembira melihat Omar
dan Huda yang masih duduk bertentangan tetapi tidak buat apa-apa. Susah juga
kalau sama-sama pemalu ni. Fikir Zeck.
“Tak ada kerja ke?” amuk
Ria. Sebenarnya aku pun suka tengok pasangan yang malu-malu.
“Tak ada kerja? Mujurlah. Nak
tengok awak malu-malu? Berzamanlah kot.” Zeck meninggalkan pasangan pengantin
tersebut. Dia keluar dari masjid itu. Ria mengikutnya.
“Hey, buat apa saya nak
malu-malu dengan awak? Awak tu lelaki yang tak tahu malu tau?” kata Ria. Dia memeluk
tubuh. Geram dengan kata- kata Zeck.
Lelaki itu bersandar di
keretanya. Dia mengeluarkan sesuatu.
“Rokok!” terkejut beruk
Ria. “Rokok ni buat awak bertambah busuk tau. Nanti saya tak naklah tidur
dengan awak!” Ria menjauh sedikit dari Zeck. Mata Zeck terkebil-kebil.
Minah ni, kalau menuduh
memang sedap mulut sahaja. Ak juga yang kena denda tak boleh tidur dengan dia.
Zeck mengelengkan kepalanya. Dia membuang dalam tong sampah.
“Lor, kenapa buang? Isaplah
sampai habis. Membazir aje.” Sindir Ria. Dia tidak pandang pun wajah Zeck. Geram
punya pasal.
“Rokok tu saya jumpa dalam
masjid tadi. Mengotorkan masjid sahaja.” Jelas Zeck. Tersentap Ria dibuatnya.
Wajah Ria benar-benar
merah. Dia betul-betul malu dengan sikapnya. Suka menuduh. Dia mula membuka
langkah. Apa lagi nak dibuat. Larikan diri.
“Nak ke mana pula tu?”
Tanya Zeck.
“Nak ke tandas?” jawab Ria
tanpa memandang Zeck. Kalau dah malu tu, buat cara malu. Tak payah nak poyo.
“Ria...” lembut sahaja
Zeck menyebut nama Ria. Ria berpaling.
“Kali pertama tengok awak
malu-malu.” Zeck tersenyum puas.
Makin merah wajah Ria lalu
meninggalkan Zeck.
Ria masuk semula ke dalam
masjid kerana mahu melihat pengantin baru ni.
Apa? Tak habis lagi ke
sarungkan cincin. Memang pemalu habis dua pasangan ni.
“Huda, sarunglah cincin
tu?” Ria menghampiri Huda dan berbisik. Perlahan-lahan tangan dia mencapai
tangan Omar.
Kini, kedua-dua cincin
utuh dijari mereka. Teragak-agak Omar untuk mengucup dahi Huda. Mereka berdua
menjadi bahan ketawa oran di Masjid. Malu bukan main lagi.
“Tadi ada orang tu kata
nak ke tandas?” ada suara yang berbisik di telinga Ria. Ria buat muka selamba. Memandangkan
semua sibuk mengambil gambar, tinggal mereka berdua di belakang.
“Tandas rosak!” Ria
memberi alasan.
Zeck hanya tersenyum
sahaja. Ada aje nak dijawabnya.
Selesai juga majlis akad
nikah ni. Huda berlari memeluk Ria. Apa yang minah ni buat pada aku ni?
“Terima kasih kak Ria sudi
datang majlis kahwin kita.” Ucap Huda. Mana pergi sopan santun minah ni tadi? Adesss...
“Mestilah datang. Ada suami,
mudah nak pergi mana-mana sebab ada orang tolong bawakan. Kenalkan Zeck akak. Tuan punya cinta akak ni.” Kata Ria. Dia memeluk
lengan Zeck.
“Kak Ria, tu dialog Omar. Mana
boleh akak cilop.” Omar menghampiri mereka bertiga. Walaupun masih rasa malu
tetapi dia cuba tebalkan mukanya.
Huda sudah tertunduk malu.
“Tuan punya cinta Huda,
nilah. Encik Zaffran Omar Arshad.” Perlahan sahaja suara Huda.
“Syoknya!” Ria gembira
mendengarnya.
“Tahniah, abang!” muncul
seorang wanita.
“Siapa ni Omar? Bini nombor
dua ke?” Ria berkata. Tersentap hati Huda. Mulut kak Ria ni mmeang tak ada
insurans.
“Ini Ann. Ann Lin. Kenal kan,
Huda?” Soal Omar. Dia memandang tepat ke wajah Huda yang baru dinikahnya
sebentar tadi.
“Ann? Cantiknya bertudung.
Alhamdulillah!” ucap Huda. Dulu Huda sentiasa berpakaian seksi dan ikut suka
dia sahaja. Tapi Ann kena bersyukur sebab ada abang sepupu yang alim macam
suami aku ni. Huda memuji Omar dalam diam.
“Terima kasih kak. Maafkan
Ann sebab dah buat korang bergaduh sebelum ni?”
“Tak apa tapi lain kali
jangan buat macam tu lagi. Kejut tahu hati ni?” jelas Huda, akhirnya mereka
ketawa serentak.
*****
Huda terasa penat sangat. Sejak berat badannya naik mendadak membuat
tubuhnya benar-benar penat.
“Sayang, kenapa tak cakap
pada abang yang sayang nak air.” Omar baru sahaja keluar dari bilik air. Terkejut
melihat Huda sedang berdiri untuk mengambil air minum.
Huda tersenyum bahagia.
“Sayang duduk. Biar abang
yang ambilkan.” Omar betul-betul melayannya dengan baik. Setahun usia
perkahwinan mereka memang bahagia dengan izin-Nya.
“Aduuh!” senyuman Huda
mati. Dia memegang perutnya yang tiba-tiba sakit. Omar gelabah.
“Doktor!” panggil Omar. Dia
benar-benar bimbang dengan keadaan isterinya.
Doktor terus membaca Huda
ke bilik bersalin. Air ketuban Huda sudah pecah dan pintu rahimnya sudah
terbuka.
Tiba-tiba graf denyutan
anak dalam kandungan Huda semakin lemah dan rendah.
“Isteri encik perlu
dibedah dengan segera demi menyelamatkan bayi. Saya perlukan tanda tangan suami
untuk teruskan pembedahan ni.” Kata Doktor.
Hati Omar tersentap. Dia
tidak menyangka yang Huda akan dibedah. Demi menyelamatkan dua nyawa, Omar
bersetuju.
Perasaan risau dan
berdebar silih berganti dalam firi Huda ketika disorong masuk ke dalam dewan
pembedahan. Sungguh! Yang penting bayinya selamat.
“Omar, mana Huda?” Ria
muncul. Dia benar-benar risau dengan adik angkatnya itu.
“Masih dalam bilik
pembedahan.” Wajah Omar tenang.
“Zeck...” Ria memandang
suaminya.
“Huda tak kan apa-apa.”
Zeck cuba tenangkan Ria. Cik Ria ni, over pula risaunya. Melebihi Omar pula.
Zeck tersenyum.
“Alhamdulillah. Encik
dapat anak lelaki. Encik boleh azankannya bila bayi sudah dibersihkan.” Kata Doktor.
Air mata kelegaan mengalir.
“Syukur Alhamdulillah, Ya
Allah. Kau kabulkan doa aku Ya Allah.” Segera Omar mengazankan anaknya.
Zeck dan Ria hanya melihat
dari jauh.
“Inilah Tuan punya cinta
Huda, kan Zeck?” kata Ria.
“Betul. Kita pula bila nak
ada anak?” usik Zeck.
“Hey, yang dalam perut ni
apa? Tak sedar ye?” Ria sedikit marah. Zeck tersenyum. Mereka juga bahagia.
Mengalir air mata seorang
ibu apabila melihat bayi yang comel itu sedang nyenyak tidur.
“Terima kasih sayang.”
“Terima kasih pada Allah,
abang. Dia masih memberi kesempatan pada kita untuk terus hidup atas muka bumi ini
bersama Adam Alif.” Kata Huda.
Mereka tersenyum bahagia.
P/s : Cerpen simple dari ria. Maaflah...ria sekarang suka buat cerpen
pendek-pendek hihihi... CINTA dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Jadi, hargailah cinta yang
ada. Mahupun Cinta Ilahi...itu yang paling penting...terima kasih sudi baca...
Salam..akak dah bc dan agak menarik.boleh dipanjangkan lagi jln ceritanya.. komen yg seterusnya akak emailkamu nanti k.. hehe..
ReplyDeleteteruskan dgn minat kamu ni dik..bakat boleh digilap..yg penting usaha..dan kamu telah buktikan yg kamu boleh buat.. akak bangga ngan kamu.. :)
Wassalam
Kak Ria! Jujur, first time drop komen kat sini. hihihi.
ReplyDeleteSetuju dengan komen anony kat atas, cerita ini boleh dipanjangkan lagi. Ada beberapa bahagian yang kurang jelas *cewah* hihi ^^
Segan hamba baca bab akhir tu. ah, blushing-blushing je ni. muahaha
And, thank you kak Ria sudi bubuh nama kita kat sini. And, yes. Ada certain ayat yang macam nak sama dengan apa yang saya selalu cakap atau komen kat facebook. hee
Take care, kak Ria :) May Allah bless
-Nabilah Huda Mazlan-
hehehe.. apeda ria.. selamba ckp cemtuh .. dlm perut ni apa? =.=" segan ai! hahaha!!
ReplyDeletehahaha...comel je ria ni..:)
ReplyDeletehuih.. mulut sorang2,, lazer kemain! hahaha
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletewslm...terima kasih kak...hmm insya allah ria akan teruskan minat menulis ni...
@kleo
ReplyDeletepanjangnya komen dia...cik huda...jgn malu2 hihihihihi biasalah nak ada sama2 tu...hihih entah2 akak ambik kat situ hahahha
@RinsyaRyc
ReplyDeleterin, tu nak buat lawak aje hahahah ai pun segan juga hahahah
@aNa LaNa
ReplyDeleteRia memang comey hahahah
@intrigue
ReplyDeletemulut siapa yang lazer ni hahahha
salam ria..
ReplyDeletealahai..mcm pernah ku dengar jew nama NHM..haha akhir nyerr huda bertemu omarr errkk..hehe
bestt la ria...tp akhir tue malu nk baca malu..malu.haha bling2 da pipi ny..haishh ria ny..tahu jew errkk... terbaikkk taniah buat kak fika angau nagna cerpen2 ria.... :)
salam,ria..
ReplyDeleteciter nie mmg best!!
mmg best . . . nk lgi
ReplyDeleteSLM KAK ,kenapa setiap cerpen kak pasti ada ria n zeck?tak beST lah watak mcm sama je...mohon penjelasan..by the way cerpen ni tetap bessssssssssstttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt................................
ReplyDeletewslm...thank suka...alahai dik....ini cerpen lama...cerpen lama semuanya ada watak ria dan zeck....sebab cik penulis ni syok sendiri masa mula2 jadi penulis hahahhaha jgn la marah dengan watak ria n zeck..itu perwatakan ria dan pasangannya hahhahahahaha
Delete