Followers

Sunday, 15 April 2012

26
Komen

CERPEN : DI MANA KASUTKU, TENGKU? (full)


Mila mengeluh. Apa kena dengan majikannya hari ini. macam-macam disuruhnya. Macamlah aku ni orang gaji dia.
       “Mila, kau buat air milo untuk aku.” Jerit Tengku. Tengku Faris. Mentang-mentang nama aku Mila, sedap hati dia nak aku buat air milo. Ini dah kes menghina nama aku. Sabar sahaja hati ini.
       “Baik tuan.” Mila segera ke dapur. Yalah. Inilah tugas orang gaji. Padahal aku kerja kat sini empat bulan aje sebelum aku menyambung kembali pelajaran aku. Tapi nak mencari pendapatan. Terpaksalah.
       Mila menghantar minuman yang dipesan oleh Tengku Faris.
       “Mila, teman saya pergi shopping hari ni.” Tiba-tiba Tengku Faris bersuara. Hampir sahaja gelas yang dipegang oleh Mila terjatuh.
       “Shopping, tuan?” Mila bertanya pelik.
       “Shopping la. Takkan kau tak tahu shopping tu apa?” Tengku Faris berdiri tegak. Kacaknya dia.
       “Tahu tuan.” Jawab Mila.
       “Jom pergi sekarang!” ajak Tengku Faris.
       “Air ni Tuan?” soal Mila. Susah payah aku buat ni. Mana boleh tak minum.
       “Tak apa. Biar aje. Jom. Nanti malam, susah aku nanti. Kena hantar kau balik rumah pulak.” Kata Tengku Faris. Dia sudah menuju ke halaman rumah.
       Berdasarkan kata-kata Tengku Faris ni, dia macam tak nak hantar aku balik aje. Sampai hatimu, Tengku. Hati Mila sedih.
       “Cepatlah!” arah Tengku Faris. Tau nak cepat sahaja tuan aku ni.
       Cepat-cepat Mila masuk ke dalam kereta. Di bahagian tempat duduk belakang. Nasib baik aku pakai baju yang sesuai. Baju kurung. Sesuai ke? Mila bertanya semula pada dirinya. Tanda soal.
       “Eh, apasal kau duduk belakang. Ingat aku ni pemandu kau. Duduk depan sekarang.” Arahnya lagi. Mila mengeluh.
       Apa kena la tuan aku ni? Tak habis-habis nak mengarah. Patutnya kau bersyukur aku nak teman kau.. tak apa Mila bersabar untuk beberapa minggu lagi kau dah nak berhenti.
       “Baiklah!” Mila ke tempat duduk depan.
       Kereta milik Tengku Faris dipandu cermat. Kereta kesayangan. Mereka berdua menuju ke sebuah kedai yang menjual kasut-kasut berjenama.
       Terbeliak mata Mila melihat nilai kasut yang ada. Tak padan langsung dengan harga yang ditawarkan. Kalau kat pasar malam ni banyak aje kasut macam ni. Murah lagi tu.
       “Mila, kau pilih satu kasut.” Arah Tengku Faris.
       “Pilih? Biar betul, tuan.” Mila bertanya bagaikan tidak percaya.
       “Pilihlah cepat!” Tengku Faris berkata sambil pandang ke tempat lain.
       “Baiklah tuan!” kata Mila. Pertama kali dia rasa arahan yang diberi oleh Tengku Faris memang paling seronok untuk diikut.
       Pilih punya pilih, Mila berminat dengan sepasang kasut bertumit tinggi berwarna merah jambu. Cukup lembut warnanya.
       “Saya suka yang ni Tuan.” Kata Mila dengan gembiranya.
       “Baiklah. Saya beli ya? Bungkus cantik-cantik sebab saya nak buat hadiah.” Kata Tengku Faris pada pekerja yang ada di situ. Mila pula tersenyum lebar bagaikan tidak ingat dunia.
       “Terima kasih tuan, sebab beli untuk saya.” Ucap Mila.
       “Eh,  aku Cuma suruh kau pilih aje.”
       “Apa tuan?” Mila mula tidak sedap hati.
       “Kasut ni aku nak beli untuk mama aku, bukannya untuk kau,” kata Tengku Faris selamba. Begitu parah hati Mila mendengarnya. Apakah maksud ni semua? Kau mempermainkan aku ya, Tengku Faris? Mila cuba bersabar.
       “Tengku ni kedekut. Tuan yang tak bertimbang rasa.”
       “Ada aku kisah?”
       “Memang Tuan tak kisah. Tapi saya ni anak yatim piatu. Dosa tuan buat anak yatim piatu ini mengharap. Harapan saya menggunung tinggi tuan.” Jelas Mila. Wajahnya sedih.
       “Anak yatim piatu?bukan ke mak kau ada lagi kan?” soal Tengku Faris. Setahunya, Mak Mila berkawan baik dengan mamanya. Itu sahaja yang Tengku Faris tahu. Selebihnya dia buat tak tahu.
       “Eh, emak saya masih hidup rupanya.” Mila ketawa kecil.
       “Oh, buat main benda-benda macam ni ya? Dosa!” marah Tengku Faris.
       “Saya gurau aje Tuan.” Kata Mila.
       “Jom balik!” ajak Tengku Faris. Balik? Cepatnya? Baik tak payah ajak aku keluar macam ni. Nampaknya terpaksa aku balik naik bas lagi. Leceh.
       Tengku Faris memandu perlahan keretanya.
       “Rumah kau kat mana?” Tengku Faris bertanya. Wajah Mila yang tertunduk itu dipandangnya sekilas.
       Senyap aje minah ni.
       “Oi Mila!” jerkah Tengku Faris apabila menyedari gadis itu sedang tidur. Meleleh air liur lagi. Tak sopan sungguh.
       “Saya nak kasut tu juga!” Mila melatah. Hampir pecah gelak Tengku Faris mendengarnya. Nasib baik dia boleh tahan lagi.
       “Mana rumah kau?”
       “Rumah saya? Kenapa dengan rumah saya, Tuan?” soal Mila. Dia masih kemamai. Terkejut kerana dikejut sedemikian rupa.
       “Aku nak bakar rumah kau, boleh ke?” kasar sungguh gurauan Tengku Faris.
       “Tuan, janganlah bakar. Kesian saya.” Rayu Mila. Tengku Faris mengeluh. Awatlah minah lurus dan bendul. Aduh!
       “Aku nak hantar kau balik ni.”
       “Tapi masih awal Tuan?” soalnya lagi.
       “Kau...” geram Tengku Faris. Orang bagi balik awal pun tak nak ke?
       “Baiklah Tuan. Sorry. Hmmm, simpang 14, Kampung Pandan.” Pantas Mila menjawab. Gembiranya hati dia kerana tidak perlu berjumpa dengan Bas Pak Mail untuk hari ini.
       Tengku Faris memandu dengan tenang.
       “Terima kasih teman saya.” Kata Tengku Faris dan terus meninggalkan dia bersendirian.
       “Tak sempat nak kata apa-apa.” Kata Mila. Tak apalah. Bertuah hari ni.
****
Mila bersiap-siap keperluan untuk menyambut ulang tahun kelahiran Mama Tengku Faris. Walaupun segala persiapan disediakan oleh katering yang ditempah, tapi dia juga perlu bekerja. Tambahan pula itu hari terakhir dia bekerja. Boleh la timba ilmu sikit. Nak buat jamuan ni macam mana. Mila tersenyum.
       Jamuan tersebut berlangsung dengan meriah sekali.
       “Mama, ini hadiah dari Faris,” Tengku Faris menghulurkan sesuatu. Mama menyambut huluran Tengku Faris.
       Perlahan-lahan mama membuka bungkusan berwarna merah jambu itu. Dari jauh Mila dapat melihatnya. Kasut pilihan aku tu. Alahai....
       “Terima kasih sayang. Cantik rantai ni.” Ucap mama sambil menghadiahkan ciuman di pipi anaknya itu.
       Eh, mana pergi kasut tu? Mila tertanya-tanya.
       Mila membersihkan pinggan yang ada dalam singki. Tiba-tiba Tengku Faris masuk ke ruang dapur itu mencari sesuatu untuk minum.
       “Tuan, ada apa yang boleh saya bantu?” ramah Mila.
       “Aku cari air nak minum. Kau buat air milo,” arahnya sambil duduk di atas kerusi yang ada. Eh, mamat ni! Air minuman bukan main banyak lagi kat luar tu, nak air milo juga. Pelik kebenor....
       Tengku Faris buat muka selamba. Selepas itu, dia terus meninggalkan aku sendirian.
       Malam mula melabuhkan tirai.
       “Terima kasih atas perkhidmatan Mila selama empat bulan ni. Semoga dapat belajar di universiti pilihan Mila ya?” doa mama Tengku Faris. Mama Tengku Faris memang seorang yang peramah.
       “Terima kasih puan.” Kata Mila.
       “Eh,  tak payah puan-puan. Panggil aje mama. Mak Mila dah lama bekerja dengan mama. So, tak apa la.”
       “Baiklah mama.” Mila tersenyum. “Faris, hantar Mila balik. Dah lewat sangat ni.” Arah Mama Tengku Faris. Tengku Faris pula hanya mengikut sahaja.
       Tengku Faris menghantar Mila sampai ke rumah.
       “Tuan...” panggil Mila.
       “Tak payah nak Tuan-Tuan dengan aku. Kau dah tak kerja dengan aku pun.” Pangkah Tengku Faris.
       “Yelah, Tengku. Saya Cuma nak tanya. Di mana kasut saya, Tengku?”
       “Kau memang gila kasut ke?” soal Tengku Faris.
       “Mana Tengku Faris tahu?” Mila pula bertanya.
       “Aku tahulah. Nah ambik la! Aku Cuma melawak aje hari tu.” Tengku Faris menghulurkan kotak kasut tersebut. Hati Mila bagaikan seperti ada taman tema yang menarik. Rasa bahagia. Tapi macam lebih kepada taman permainan aje. Mila mula keliru dengan perasaannya.
       “Terima kasih Tengku Faris.” Ucap Mila sambil keluar dari kereta tersebut.
       “Buka dalam rumah kau tau.” Arahnya.
       “Baiklah Tengku Faris.” Kata Mila. Dia terus masuk ke dalam rumah. Tengku Faris hanya mampu mengeleng. Suka sangat panggil nama panjang aku. Tahulah sedap disebut hihihi.
       Mila terus masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu dia membuka kotak tersebut. Cantiknya. Inilah idamanku.
       Eh, ada surat! Mila terkejut.
Sudikah Nur Amila Syamimie menjadi isteri tercinta saya?
- Tengku Faris-

       Apakah ini? Mila terkejut. Dengan memakai kasut tersebut. Dia keluar dari rumahnya. Rupanya Tengku Faris masih ada di luar rumahnya.
       Tengku Faris tersenyum. Makin lebar senyumannya apabila melihat air mata Mila mengalir.
       “Saya Setuju!” kata Mila. Gatalnya aku ni. Terus setuju nak kahwin dengan Tengku Faris. Mila segera menutup pintu rumahnya semula.
       Tengku Faris yang berada di luar rumah, terkejut dengan tindakkan itu. Biarlah. Mungkin Mila malu kot hahaha Tengku Faris pun pulang.
*****
Mila geram dengan sikap suaminya. Tidak habis-habis memaksanya. Baik aku tengok pantai ni lagi indah.
       “Saya tak nak, Tengku Faris.”
       “Bukan susah pun.” Kata Tengku Faris. Dia memegang bahu Mila.
       “Saya tetap tak nak. Tak bersedia lagi.” Balas Mila.
       “Apa yang tak bersedianya? Abang bukan suruh yang bukan-bukan pun.”
       “Still tak nak! Ada faham?” Mila tetap dengan kedegilannya. Gara-gara dia mahu menyambung pelajarannya di peringakat Ijazah, perkahwinan mereka dipercepatkan tetapi mereka tidak boleh bersama dalam erti sebenar untuk mengelakkan Mila mengandung. Ini kehendak Mila sendiri.
       “Semua kehendak awak, abang dah turuti. So, sekarang ikut pula kehendak abang,” katanya tegas. Matanya nampak bengis.
       “Tak nak! Tak Nak! Tak Nak Tengku Faris.” Balas Mila. Dia tetap tak nak. Susah. Susah nak buat.
       “Abang Cuma nak Mila panggil abang dengan panggilan ‘abang’ aje. Itu pun susah ke?” dahi Tengku Faris sudah berkerut.
       “Tak nak! Lidah saya kelu. Awak tau tak? Kelu!” Jelas Mila. Dia benar-benar malu.
       “Cepat panggil abang, kalau tak, abang ambik balik kasut tu!” kata Tengku Faris yang sudah mencapai kasut yang dipakai oleh Mila.
       “Awak bagi kasut tu balik. Kedekut! Buruk siku!” kutuk Mila.
       “Sayang tak nak buat apa yang abang pinta. Inilah balasannya.” Kata Tengku Faris. Dia semakin jauh dengan Mila.
       “Tengku Faris!” panggilnya.
       “Tak nak!”
       “Bagi baliklah. Itu saya punya!”
       “Cepat tunaikan permintaan abang.” Kata Tengku Faris untuk mengingatkan Mila.
       “Yelah!” lemah suara Mila. Itu kasut lamarannya. Mestilah dia sayang gila dengan kasut tu.
       “Abang...” satu nada sahaja Mila menyebutnya.
       “Macam tak ikhlas je.”
       “Memang pun. Bagilah balik!” marah Mila.
       “Tak nak. Panggillah lebih lembut sikit.” Kata Tengku Faris. Dia suka mengusik isterinya itu.
       “Abang sayang, kasut tu kasut kesayangan Mila. Boleh bagi Mila semula.” Mila cuba berlembut.
       “Barulah abang sayang macam ni.” Segera Tengku Faris memberi kasut tersebut dan mencium dahi Mila.
       “Apa!” Mila terkejut. Pantas Mila mengejar Tengku Faris yang nakal itu. Kedengaran gelak ketawa Tengku Faris.
       “Siaplah abang!” kata Mila. Dia terus mengejar suaminya itu.
       Semoga kegembiraan ini berkekalan.
p/s – cerita ini hanya untuk hiburan semata-mata. Maaf jika ada kekurangan.
      

26 comments:

  1. sweett...Tengku tu kasar2 pun dlm diam syg gak dngan mila.. hik3..

    ReplyDelete
  2. @RinsyaRyc
    Terima kasih rin...itu idea last2 minit....tak tahu la best atau tak...tapi masanya berlaku dengan pantas...

    ReplyDelete
  3. sweet je cite nie... xuke time tengku bg kasut kt mila then ade surat... sweet sngt.. hehehe...

    ReplyDelete
  4. terima kasih sudi baca dan komen.....ria pun rasa sweet tang tu hihihi

    ReplyDelete
  5. wahhh...!!! bestx3...sis...jc t'hbur niee.....hehheh...smanis l0lip0p 0o cta nie...hahaahha...:D

    ReplyDelete
  6. @♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ terima kasih awak..banyak betul komen awak....nanti saya balas...

    ReplyDelete
  7. @Megat Teruna terima kasih sudi baca...lucu?? hihihi citer ni mungkin hanya hiburan semata-mata...mungkin tak ada pengajaran sangat..terima kasih

    ReplyDelete
  8. @jesse JC terhibur ye? terima kasih sangat...apa semanis lolipop hihihih Jc, i miss u la...

    ReplyDelete
  9. hahaha.. best2..
    mila mesti la syg kasut tu.. sbb kasut tu cara dia dilamar kan kak ria??

    ReplyDelete
  10. @MissxYana mestilah sayang...ish tak pernah lagi rasanya kena lamar hihih

    ReplyDelete
  11. -nisa- name hero faris? nsb baik bkn fariz hehe

    ReplyDelete
  12. sweetnya.... suka sangat dekat tengku tuh... *melting..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. maaf cerpen ntah apa2...byk kesalahan ejaan la,pls check balik..cerita merapu merapan

    ReplyDelete
  15. best critnya ,mendidik biarpun majikan tp ga apa kawin dg pembantu (walaupun pembantu kontrak 4buln),cute juga mila ,sweet banget.by indonesian

    ReplyDelete
  16. kenapalah sy baru tahu ttg web ni.. cerpen2 at sni smua best2.. keep it up!

    ReplyDelete
  17. parghh !!sweet beb!!-iezahtakuya

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi