Followers

Showing posts with label Set. Show all posts
Showing posts with label Set. Show all posts

Saturday, 1 March 2014

4
Komen

PENGUMUMAN MENGENAI ENOVEL KAU HAK AKU(sambungan Suamiku Vampire)

Salam dan selamat petang... agak kesunyian blog ini... maaf cik penulis agak sibuk menyiapkan HATI SUAMIKU GK kerana sudah dilamar oleh penerbit...insya allah tak lama lagi akan diterbitkan.... seramai 35 pembeli awal akan dapat percuma tshirt HSGK...hihihi

enovel KEBENCIAN DALAM HATI sudah tamat di blog, dari bab 1 sehingga bab 25...terima kasih menyokong cik penulis selama ini untuk enovel KDH. yang komen terima kasih.... kepada pemenang komen, tak lama lagi akan tahu la hadiahnya hihihihi....

Enovel KAU HAK AKU pula......berita ini agak mengejutkan. ceritanya akan dirombak semula/diubah sedikit.. jadi akan bermula bab satu semula....jadi, tunggulah untuk bab barunya....jadi jangan terkejut tau....sila peka dan jangan rasa pelik...okey...hihihihi

tiga enovel cik penulis dalam proses...

enovel EJEN CINTA 143 akan ditukar temanya menjadi teme thiller love....huhuhuhuh first time buat citer tema macam ni tak tahu akan jadi atau tak...tapi cik penulis cuba tulis.....

enovel GAME LOVE... tak dapat sambutan seperti enovel yang lain, jadi terpaksa saya stop secara automatik atau simpan dulu.... jadi nantikan KAU HAK AKU yang sudah di edit di blog...terima kasih....

Monday, 17 June 2013

7
Komen

PENGUMUMAN PENTING


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA....

wah berdebar pula hati ni cik penulis nak buat pengumuman tetapi cik penulis cuba kuatkan hati.... sebenarnya cik penulis cuba nak beritahu yang blog ini akan dihentikan untuk update buat seketika sehingga bulan 9... harap maklum...sebab......

SEBAB 1: Cik penulis nak siapkan beberapa manuskrip yang sudah lama di tangguh.
1.Hati suamiku GK (hampir penghujung)
2.Kau Hak Aku (akan disiapkan dan di hantar di bawah penerbitan FP insya allah)
3. Ejen cinta 143 (tak tahu la nak hantar pada penerbitan mana)
4. Kebencian dalam Hati (wah ini e-novel yang cik penulis teruja mahu menaipnya...harap-harap ramai yang suka cerita ini)

SEBAB 2 : Cik penulis dah tamat belajar di universiti pendidikan sultan idris (UPSI). 4 tahun di UPsi banyak kenangan...tambahan pula dah tamat belajar, jadi nak fokus pada penulisan tu, insya allah boleh!

SEBAB 3 : Cik penulis sudah mula bekerja esok pagi. wah kerja apa la tu cik penulis...jangan lupa sebab 1 awak tu bila dah kerja ye? Insya Allah tak lupa hihihihi

SEBAB 4 : Cik penulis akan berkahwin....wah gempak je bunyinya kan?? hahahha gurau je...jgn marah...hmmm sebenarnya cik penulis dah tak dapat nak online sangat.. itu punca utamanya...hihih harap phm la ye...

empat sebab itu menjadikan cik penulis tak dapat nak fokus pada facebook dan Blog...harap pembaca sekali faham tetapi teruslah menyokong cik penulis ye? semoga cik penulis dapat hasilkan sesuatu karya yang bermakna dan penuh dengan pengajaran...insya allah...

Wslm....

Wednesday, 5 September 2012

9
Komen

PERTANDINGAN POSTER/COVER

Assalamualakum dan salam sejahtera...Ria rasa nak buat satu pertandingan la... boleh kan..? mesti boleh. jemput semua...boleh menyertainya...terima kasih...


Mari kita baca syarat penyertaan pertandingan poster ini. Jom!
1.Pertandingan mencipta poster KCC (Kata Cinta Ceritaku)  ini terbuka kepada semua orang tidak kira di negara mana pun anda berada.
2. Tiada had untuk bilangan penyertaan.
3.  Penyertaan boleh dilakukan secara individu.
4. Setiap penyertaan boleh dihantar ke inbox FB Ria terlebih dahulu. Kemudiannya akan dimuat naik ke album khas di laman rasmi Ceritaku Ria Natsumi di facebook.
5. Poster akan dinilai oleh Ria Natsumi sendiri dan juri-juri jemputan. Sebanyak 20 peratus akan dikira berdasarkan bilangan klik ‘like’ dan markah selebihnya  akan dikira berdasarkan markah oleh para juri.
6. Pertandingan akan bermula daripada 5 September 2012 sehingga 5 Oktober 2012.
7.Kriteria poster:
a) Karya hendaklah asli dan segar. Tidak boleh diciplak. Kalau mengambil inspirasi, itu boleh diterima.
b) Poster mestilah mempunyai unsur-unsur yang baik. Terpulang kepada kreativiti sendiri untuk menyampaikan mesej  yang menjadi pilihan anda. Tidak semestinya kata-kata cinta, tidak semestinya perlu ada ayat bunga-bungaan. Kata-kata berunsur dakwah juga dibolehkan. Think out of the box, be creative. Yang penting ia menyeru ke arah kebaikan , dan meninggalkan kemungkaran.  Walaubagaimanapun ia tidak boleh menyentuh sensitiviti agama dan budaya serta isu sensitif politik.
c) Untuk memastikan kualiti poster yang baik dan cantik, poster boleh dipilih daripada saiz berikut : (1024 x 576), (1280×720), (1792×1008), (2560×1440) pixels.
d) Boleh menggunakan konsep apa saja dalam penghasilan poster seperti penggunaan perisian komputer, gambar yang diambil dari kamera, kolaj dan sebagainya. Be creative!
e) Penghantaran poster tidak boleh ditarik balik..
f) Setiap penyertaan poster, perlu ada tagline ‘Kata Cinta Ceritaku’. Terpulang pada anda untuk menentukan kedudukan, saiz, bentuk, warna tulisan tersebut asalkan tagline itu perlu ada pada setiap poster. Ketiadaan tagline dianggap tidak menepati syarat penerimaan pertandingan.
Marilah sertai pertandingan poster ini beramai-ramai! Inilah masanya kita menggunakan kreativiti kita untuk sesuatu yang baik. Sebar-sebarkanlah hal pertandingan ini kepada kawan-kawan lain supaya lebih ramai lagi yang dapat menyertainya.
Semoga berjaya semua! Saya menunggu poster anda~

contohnya :


Friday, 10 August 2012

5
Komen

Segmen Mia Kaftiya - Kenapa aku pilih bidang penulisan?




Assalamualaikum...

Kenapa Penulisan? Jarang Ria bercerita secara detail pasal ni tapi tak apa la. Ria suka menulis sejak berusia 15 tahun. Minat ni timbul sebaik sahaja Ria terbaca penulisan kakak Ria yang ringkas dan begitu menarik perhatian Ria.

Sejak tu Ria mula menulis. Cerita pertama yang Ria tulis adalah .......hihihi tak ada tajuk tetapi nama watak itu Nik(perempuan) dan heronya Zeck. Entah mengapa Ria begitu suka dengan nama Zeck. Mungkin skandal Ria yang pertama kot hahahah malu edeng.

Latar belakang ceritanya pada tahun 2020. Memang menarik. Tetapi malangnya cerita itu hanya separuh bab aje dalam simpanan Ria sekarang ini. Ria teruskan menulis dengan novel ke dua iaitu ‘Tasik Hati’ yang kini tajuknya ‘Cinta ke?’. Ada 26 bab. Huhuhuhu memang semangat bila tulis cerita ini.... semangat ini diteruskan lagi sehingga ke tingkatan 5. Ketiga itu Ria join pertandingan tulis cerpen tema guru peringkat Daerah. Alhamdulillah Ria dapat johan. Memang seronok masa tu. Macam membakar semangat pula hihihi

Kerana pertandingan itu, Ria terpilih menjadi wakil selangor untuk kem penulis muda di port dickson selama seminggu. Memang Ria rasa rugi tak fokus betul-betul masa pergi kem tu. Hihihi lepas SPM, Ria sudah tidak menulis dan masa banyak habiskan baca novel....

Bermula, tahun 2011 Ria kembali menulis. Dipujuk hebat oleh sahabat Ria bernama Manja. Ish, geram melihat penulisannya yang hebat. Bahasa yang puitis membuat hati kecil Ria cemburu dan mula menulis sejak hari itu dan terciptalah Suamiku vampire.

Sebelum Ria akhiri penulisan kali ini, mengapa bidang penulisan? Semestinya kerana Ria minat menulis. Dan sejak dulu lagi Ria seorang yang suka mencipta cerita dalam kotak fikiran. Sekarang! Ria lahirkan ciptaan itu dalam bentuk penulisan. Semoga minat ini berterusan walau apapun bidang Ria ceburi.

Sekian terima kasih. Waalaikumussalam.

Saturday, 9 June 2012

9
Komen

Pembelian Seindah Cinta

SALAM...
Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan ria 
di FB atau di Blog ini..
terima kasih...
email pun boleh juga...
terima kasih..







CERPEN : PAPA GANGSTER EDISI KHAS
hanya ada dalam cetakkan Seindah Cinta
ria tidak akan masukkan dalam blog
harap maklum..
boleh hubungi ria...

FB- loveterbang@yahoo.com (inbox)
EMAIL- rianatsumi@yahoo.com

Harga: oh harga masih dalam rundingan,
jika ria dapat tempahan banyak, 
mungkin harganya
lebih murah,
jadi ia bergantung kepada tempahan..
terima kasih..

Sunday, 4 March 2012

5
Komen

Manuskrip SV dah siap!!!

Assalamualaikum... Alhamdullillah, Ria dah send manuskrip SV yang penuh pada pihak editor...ria tak tahulah nasib SV macam mana nanti tapi ria berharap semuanya berjalan dengan lancar. harap pada peminat SV dapat doakan terbaik untuk novel sulung ria...setelah berusaha bersungguh-sungguh, kini ria hanya bertawakal sahaja... semoga semua ada hikmahnya...amin...=)

Monday, 20 February 2012

9
Komen

Kepada peminat-peminat SUAMIKU VAMPIRE 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar kawan-kawan Ria?
Semoga dalam keadaan sihat belaka...
Alhamdulillah, Manuskrip SV sudah siap sepenuhnya...
cuma sekarang Ria kena edit sedikit sahaja supaya
tiada konflik yang tertinggal...
Insya Allah hujung bulan ni Ria akan hantar...
Terima kasih semua...

Sunday, 15 January 2012

14
Komen

Kehidupan BKK selepas berkahwin...


Haris mencari kelibat isterinya. baru sahaja kahwin seminggu, Haris sudah membuat permintaan untuk tinggal di rumah Haris sendiri. Datin Halfa sudah merajuk sebab dia amat berkenan dengan Damia dan mengharap mereka berdua tinggal bersama dengannya tetapi Haris berkeras mahu tinggal di rumahnya.
                Damia menyorok dalam rumah sendiri. Dia terlalu seram dan takut dengan BKK. Apabila Damia suka dengan Haris, dia akan panggil JKK tapi bila dia tak suka, BKK akan miniti di mulutnya.
                ‘Harap-harap BKK tak jumpa aku kat sini!’ Damia menyorok di dalam bilik stor yang memang kecil di ruang dapur itu. Damia membuka sedikit pintu tersebut untuk mengintai Haris.
                Damia tersenyum. Perlahan-lahan dia keluar dari stor tersebut tetapi tidak lama senyuman dia kerana ada seseorang memeluknya dari arah belakang.
                “Kat sini cik adik ni!” Haris ketawa terbahak-bahak. Dia mengetatkan lagi pelukan itu. Damia dapat rasakan bulu romanya naik.
                “Lepaslah. Awak nak saya mati sebab sesak nafas ke?” Damia agak marah sedikit.
                “Tak kan la boleh mati. Tak, tak mati pun.” Haris tetap teruskan pelukannya itu. Damia berasa geram lalu memijak kaki Haris dan berlari ke ruang tamu. Haris mengaduh tetapi dia tetap mengejar Damia.
                “Tolong jangan nak peluk-peluk saya macam tu.”
                “Eh, sekarangkan awak tu isteri saya. Saya boleh buat apa yang saya suka.”
                “Tapi saya tak suka!”
                “Awak akan jadi macam ni selagi awak tak cerita pasal lelaki yang bernama Izz.” Mereka masih berkejaran diruang tamu. Damia juga tangkas mengelak diri daripada ditangkap oleh Haris.
                “Izz? Itu hak saya. Suka hati saya nak cerita atau tak.”
                “Hak awak hak saya juga. So, sila mulakan ceritanya. Kalau tak awak tahu la akibatnya kalau tak cerita.”
                “Penting sangat ke untuk awak tahu?”
                “Penting! Kalau saya tak tahu, hati saya akan meletup dengan letupan cemburu yang melampau.”
                “Ayat jiwang! Geli tau tak?” Damia melarikan diri ke bahagian meja makan yang besar itu. Haris berusaha mengejar gadis itu tetapi Damia lebih pantas berlari.
                “Jiwang tak jiwang. Awak tu isteri saya. So, kena dengar cakap suami.”
                “Saya tak melawan cakap awak, cuma saya tak nak cerita pada awak.”
                “Tak lawan cakap awak?” Kening Haris dinaikkan sebelah. “Baiklah! Sekarang arahan suami awak ialah pergi masak sesuatu untuk suami awak ni.” Lafaz Haris dengan geram. Damia berlari ke dapur dan berlari kembali ke meja makan. Mata Haris sudah berkelip-kelip. Pelik!
                “Awak tak pergi masak pun.”
                “Eh, sedapnya tuduh orang! Saya dah masak pun.”
                “Masak apa?” Dahi Haris pula yang berkerut.
                “Masak air. Tekan suiz on aje.” Damia ketawa kuat. Seronok dapat kenakan Haris.
                “Oh, kenakan suami sendiri ye. Siap la!” Damia masih ketawa. 


Tuesday, 10 January 2012

9
Komen

amalan untukku dan kamu semua...bersamalah kita beramal...


PETUA PENTING IMAM SYAFIE.

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (Student sekarang suka tengok blue)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam (Student perempuan suka makan)

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur (Student perempuan bercelak untuk ke kelas je)
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh (Ramai student suka tengok kononnya berani)
3. melihat kemaluan (Apatah lagi tengok bahan lucah..)
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka (student suka tidur macam ni)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal

Friday, 6 January 2012

4
Komen

LIKE PAGE SUAMIKU VAMPIRE..

kepada peminat SV...like page SV...terima kasih yang sudah like...ria amat berterima kasih...tanpa korang, tak ada la ria dan tak ada juga Sv...terima kasih...sayang korang...

http://www.facebook.com/pages/Suamiku-Vampire/169087096525279

Sunday, 1 January 2012

4
Komen

JANGAN LUPA ADD FB BARU RIA...

SALAM...

ria minta maaf kepada yang add ria...kawan dalam FB lama ada dalam 1ribu orang...maaf...ria terpaksa tutup akaun FB tersebut...minta kepada sesiapa yg belum add ria...add yer...plz...hihih

RiaNatsumi Ceritaku

atau emailnya

loveterbang@gmail.com

terima kasih kawan-kawan semua... terus menyokong ria yer... 
WASSALAM...

Tuesday, 20 December 2011

5
Komen

CERPEN PENULISAN RIA YANG ANDA SUKA

Ini keputusan yang terbaru....terima kasih kepada yang klik... nampaknya SV pilihan utama pembaca...tapi alhamdullillah ria sedang usaha siapkan manuskrip SV...doakan ria... waw! kedua tertinggi adalah Suamiku Chef dan bersaing dengan Penakluk cinta setia...Ria bercadang nak buat NOVEL bagi cerpen  yang mendapat undian tertinggi tidak termasuk SV...harap pembaca sudi memberi kerjasama dengan klik yg mana anda suka...Terima kasih semua....

Ramadhan itu Indah
  12 (12%)
 
Aku terima cintanya
  17 (18%)
 
Penakluk cinta setia
  25 (26%)
 
Suamiku Chef
  30 (32%)
 
Demi cinta Farisya
  10 (10%)
 
Dan bila Esok
  8 (8%)
 
Kad Raya Suamiku
  18 (19%)
 
Putera kodok
  19 (20%)
 
ops! jatuh cinta
  13 (13%)
 
peribahasa:berakit2
  8 (8%)
 
Suamiku vampire
  83 (89%)
 
Rindunya cinta
  14 (15%)



Wednesday, 14 December 2011

12
Komen

Kepada peminat-peminat SUAMIKU VAMPIRE 4

Salam, Maaf. Ria tidak akan masukkan bab Suamiku Vampire yang seterusnya. Ria berharap, pembaca dapat doakan penulisan Sv dapat disiapkan secepat mungkin untuk penilaian. buat masa ini, blog ria akan dipenuhi dengan novel ria yang ke tiga iaitu SAYA PEMINAT AWAK (SPA). Ria berharap pembaca-pembaca dapat memberi sokongan pada SPA. Terima kasih. sayang korang..

Wednesday, 7 December 2011

20
Komen

Jangan Marah....plz.....

episod akhir Suamiku vampire)

Lidya tersenyum. Danish turut tersenyum!
‘Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Pergi negera China sekali pun boleh bertemu juga! Hilang bertahun lama pun, akan bertemu! Kalau dah Allah tentukan, tiada yang boleh menghalang. Bila sudah takdir, Kau menjadi milik aku, maka milik aku jugalah akhirnya. Bak kata pujangga cinta vampire. Poyo pula.
“Walaupun beribu halangan mendatang. Kalau namanya cinta itu satu, hanya satu yang bertakhta di hati. Tiada dua dan tiada tiga, malah tiada boleh berbelah bahagi” Kata Danish.
“Alya tak faham la abang cakap apa? Agak pujangga,”
“Yelah tu tak faham. Bukan ke sayang ni dulu budak sastera,” kata Danish.
“Ala kita nak gurau pun tak boleh ke?” dia betul-betul bahagia di samping Danish. Lelaki itu banyak berubah. Sikapnya lembut.
“Mama... mama...” Danish Hakimi mendekati mereka berdua. Dia berlari anak.
“Comel betul anak papa,” puji Danish.
“Kenapa Sayang?”
“Adik Ra, dia makan bunga kat taman nenek,” jelas Danish Hakimi. Berlari Lidya dan Danish yang mendukung Danish Hakimi.
“Ya Allah!” terkejut Lidya.
“Anak mama makan bunga ni kenapa? Banyak makanan dalam rumah kita kan?” kata Lidya sambil mendukung Danish Rahimi. Dia melihat mulut anaknya. ‘Tak ada keja betul anak aku ni. Bunga pun nak dikunyahnya,’ geram Lidya.
“Abang Ha yang suruh adik makan,” ada muncung yang panjang di mulut anak kecil itu.
“Apa?” Danish agak terkejut.

BABAK INI TIDAK AKAN ADA DALAM SUAMIKU VAMPIRE...HANYA UNTUK SUKA2..JANGAN MARAH YE?? HIHIHIHI

Thursday, 24 November 2011

18
Komen

Kepada peminat-peminat SUAMIKU VAMPIRE 3

Salam...

Di sini ada kesilapan sedikit..
karya Suamiku Vampire tidak diterbitkan lagi...
cuma baru diberi peluang untuk dinilai...
jangan salah faham...
Ria memohon kepada 
peminat2 SV...
doakan penilaian SV berjalan dengan lancar
dan diluluskan dengan izin-Nya.
Sama-sama kita doakan...
dan doakan untuk Ria.
terima kasih...

Wassalam....

Monday, 21 November 2011

19
Komen

Kepada peminat-peminat SUAMIKU VAMPIRE 2

Salam...

Ria nak bagitau yang Suamiku vampire...
hanya sampai bab 28 sahaja...
harap maklum...
kesulitan yang berlaku harap di maafkan...
Ria harap semua bersabar
menanti dalam bentuk cetakan pula...
insya allah jika ada kesempatan...
tahun hadapan akan diterbitkan..
doakan kejayaan Suamiku Vampire...
Harap semua berjalan dengan lancar...
AMIN...

Wslm...

Wednesday, 16 November 2011

13
Komen

MAAF....=(

Salam....

Buat masa ini ria tak dapat nak update Suamiku Vampire....Ria minta maaf sangat....terlalu banyak masalah yang timbul...fikiran Ria terganggu...maaf sangat-sangat....

Wasalam...

Wednesday, 9 November 2011

12
Komen

PERNAH KE ANDA...

Pernah tak kawan kita tahu apa perasaan.. bila keseorangan...kesunyian....keresahan...? sesungguhnya perasaaan itu BORING! tetiba hatiku terusik sikit mendengan usikan TIDAK BERAJAR dari mulut seorang budak yang amat menyakitkan hati ini.

Separuh hati panas aku kata..

"Nak aje aku kerjkan mulut-mulut tidak beradab itu."

Namun atas nasihat separuh lagi hati aku yang suam-suam sahaja panasnya...

"Ala...mengalah jer la..."

Sesiapa yang pernah mengalami masalah seperti ini tentunya tau macam mana pahitnya macam ubat-ubat di hospital. Dah lama aku simpan perkara ni dalam loyang hatiku. masuk ni sudah 4x dia kurang ajar dengan aku. lepas ni tiada lagi maaf tapi sebab dia insan bernama SAHABAT.. aku tak sanggup. So, tak payahlah panjangkan Lagi kes ini.

"AKU DOAKAN DIA DAPAT JAGA TUTUR KATA DIA. 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA."

ingatlah kawan-kawan semua...

Friday, 28 October 2011

8
Komen

Sekali Lagi ku Pergi....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini ria akan ke kem di Komenwel, Selayang. dan kali ini juga Ria wajib bermalam dalam hutan. mula pukul 9 malam hari sabtu sampai esok pagi ahad....

Cuma satu ria pinta...doakan keselamatan Ria.. walaupun hati ini berdebar tiap kali memikirkan perkara ini tapi hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya.

Semoga Ria selama pergi dan selamat pulang untuk meneruskan penulisan ria..

terima kasih semua... Waalaikumusalam...^_^

Thursday, 20 October 2011

8
Komen

COVER : CINTA KE? Zeck..

Zeck atau nama sebenarnya ialah Nabil Fikri. mempunyai bentuk badan yang gagah dan suka bergaya. sejak dia ditinggalkan Ria Aryantie, dia berubah sikap. suka berfoya-foya.

Setelah sekian lama tidak berjumpa Ria, kini jodoh mereka bersama. peluang itu tidak akan dilepaskan oleh Zeck. memiliki Ria adalah maklamat yang wajib dicapai.

Sikapnya suka merenung wajah Ria sejak berkahwin. hal ini kerana dia suka melihat wajah Ria yang manis itu. cermin mata mesti dipakainya.

Zeck seorang lelaki yang kuat cemburu sehingga Ria tidak tahu bagaimana cara untuk bercakap Zeck. Zeck suka kejutan dan hadiah. peliknya lelaki ini.

jemput baca penulisan Ria ....e-novel yang bertajuk Cinta Ke? harap dapat memberi sokongan selain novel Suamiku vampire. terima kasih kepada semua yang sudi beri sokongan kepada Ria.

Terima kasih...