Cerpen kali ini adalah cerpen yang berkaitan dengan E-novel CINTA KE? Kisah percintaan abang ke empat Ria Aryantie iaitu Syam, seorang ustaz. Jadi, secara automatik cerpen kali ini tema islamik. Tambahan pula, jika tidak baca enovel CINTA KE? Pasti anda tidak akan faham. Tetapi ria cuba tulis juga. Semoga terhibur dengan penulisan kali ini.
‘Siapakah gadis ini? Adakah aku mengenalinya. Matanya cukup menawan hatiku. Bagaimana ni? Bagaimana cara untuk aku dekatinya?’ Syam kebuntuan.
“Ustaz! Ustaz Syam?” panggil seorang pelajar Syam. Syam sudah berangan terlalu jauh.
“Maaf. Ya, Iman, kepercayaan?” Syam menyebut nama Iman berserta maksud namanya sekali.
Iman tersenyum. Itu yang membuat Iman suka pada Syam tanpa pengetahuan Syam.
“Ustaz berangan ya? Ingatkan buah hati ke?” sengaja Iman mengusik Syam.
“Mungkin. Ada seorang wanita ini begitu menarik perhatian saya. Perasaan untuk memilikinya begitu kuat dalam hati ini tetapi saya tidak mengenalinya.” Jelas Syam.
Penjelasan Syam telah membuat hati Iman tersentap. Dia rasa cemburu dengan wanita itu. ‘Adakah aku tidak cukup sempurna untuk menjadi isteri Syam? Ahh! Aku terlalu mengharap pada yang tidak pasti.’
“Insya-Allah ustaz. Kalau jodoh, pasti akan bersama.” Balas Iman dengan hati yang hancur. Dia cuba bertenang.
“Terima kasih Iman. Awaklah kepercayaan saya. Terima kasih. Kalau tak ada apa-apa, saya mahu ke rumah adik saya ni.”
“Tak ada apa-apa ustaz. Terima kasih untuk motivasi hari ini di rumah anak-anak yatim.” ucap Iman lemah.
“Sama-sama. Saya buat takat yang termampu.”
Syam segera ke rumah adiknya, Ria.
“Ria, boleh tolong abang Syam tak?” tiba-tiba Syam muncul.
“Ya Allah, abang Syam. Salam tak bagi, terus terjah rumah Ria. Abang ni pun.” Marah Ria. Dia benar-benar tidak menyedari kehadiran lelaki itu dibelakangnya ketika dia sedang mengangkat kain dijemuran.
“Maaflah Ria, boleh tak tolong abang ni?” lagi sekali Syam soal. Dia hanya mengikut langkah Ria yang sudah siap selesaikan tugasnya itu. Dia menghampiri Syanaz yang duduk sendirian dengan permainannya yang besar-besar gajah. Kalau beli yang kecil-kecil nanti Syanaz masukkan dalam mulut pula.
“Tolong apa abang?” akhirnya Ria bertanya juga.
Syam mengeluh.
“Susah sikitlah abang nak cakap. Susah, malu, segan dan banyak lagi yang abang rasa.” Jelas Syam. Wajahnya mula berpeluh.
“Awat abang Syam kepelikan ni? Cakap je la. Macam tak biasa pula.” Dahi Ria sudah berkerut. Fokusnya pada Syam.
“Sebenarnya abang... Abang... Abang dah jatuh cinta.”
“Oh, jatuh cinta, ingatkan jatuh tangga.” Kata Ria dan kembali fokus pada Syanaz. “Cinta?” otak Ria mentafsir pula.
“What? Abang jatuh cinta?” Ria terkejut. ‘Banyak-banyak abangnya. Abang Syam la yang paling susah nak jatuh cinta. Menarik ni!’
“Dengan siapa abang? Bagitaulah cepat!” Ria bangun meninggalkan Syanaz sendirian sambil menarik lengan baju Syam ke meja makan.
Zeck hanya mampu menggeleng melihat tingkah laku isterinya. ‘Selamba je tinggal anak begitu.’ Zeck pula menyambung bermain dengan Syanaz.
“Dengan...” Syam tak dapat meluahkan. Dia benar-benar segan dengan adik angkatnya itu. Kini, Ria berada di kerusi depannya.
“Jemput makan kuih gelang ni abang. Itu je Ria pandai buat.” Ria tersenyum.
“Terima kasih Ria.” Tolak Syam. ‘Eh, minah ni! Orang tengah dalam mood serius boleh pula dia jemput makan-makan. Mentang-mentang la berbincang di meja makan. Wahai Ria, jangan buat hati abangmu ini terseksa dengan perasaan yang tidak pasti ini.’ Rayu Syam dalam diam.
“Ala, abang makan la dulu. Penat Ria buat ni.” Ria sengaja mahu mendera perasaan abang angkatnya itu. ‘Tengok tu. Muka tak puas hati. Alahai kasihan abang aku seorang ni.’
Selepas Syam makan kuih gelang. Ria sambung bertanya.
“Dengan siapa abang dah jatuh cinta ni?” sengaja Ria menekankan perkataan jatuh itu.
“Ala dengan kawan Ria. Hari tu, dia ada datang masa majlis ulang tahun perkahwinan Ria.” Jelas Syam.
“Kawan Ria ramai abang. Yang mana satu ni? Berterus-terang je la. Tak payah main kias-kias. Ria tak faham la abang,” kepala Ria mula pening. ‘Yang mana satu ni?’ Dia cuba berfikir.
“Abang pun tak tahu yang mana satu.” Jawab Syam lemah.
“Eh!” itu sahaja respon Ria.
“Betul Ria. Abang...” Belum sempat Syam menghabiskan katanya, ada orang memberi salam.
“Assalamualaikum...” suara perempuan.
“Waalaikumusalam.” Ria menjawab salam tersebut manakala Syam masih di meja makan. Dia menyambung makan kuih gelang. ‘Boleh tahan rasanya. Pandai juga Ria buat.’
“Farah. Dah sampai pun. Mari masuk.” Ria kenal suara itu adalah milik Farah.
Syam tergamam melihat seorang wanita yang memakai purdah masuk ke dalam rumah Ria. Dia terkaku.
Ketara sekali wajah Syam yang terkejut itu di pandangan Ria’ Abang aku ni okey ke ni? Risau aku dibuatnya’. “Farah duduk dulu. Abang, bawa Syanaz masuk kejap, boleh?” pinta Ria lembut.
“Baiklah sayang. Jom anak ayah. Kita pergi mandi la. Main air kolam!” ajak Zeck. Dia menuju ke kamarnya.
“Farah duduk dulu. Nanti akak datang.” Kata Ria. Farah duduk di ruang tamu.
“Kawan Ria datang sini, kenapa ya? Dia ada masalah ke?” soal Syam. Walaupun hanya sepasang mata sahaja dapat dilihat tetapi dia yakin, wanita inilah yang mencuri perhatiannya. Membuat dia tidak tenang. Dia harus memiliki wanita ini secepat mungkin.
“Abang Syam ni penyibuk la. Ini hal orang perempuan. Dah! Dah! Abang balik dulu okey?” kata Ria. Dia menuangkan air milo ke dalam cawan.
“Eh, menghalau abang pula! Abang jadi vampire baru tau.” Syam tidak puas hati cara Ria menghalaunya.
“Jadi vampire? Ustaz macam abang ni?” soal Ria sambil ketawa. “Tak sesuai la abang. Dahlah! Ria nak pergi tengok Farah tu.”
“Nama dia Farah ke?” Syam bertanya. Hatinya berdebar saat mendengar nama itu. ‘Farah bermaksud kegirangan tapi wajahnya mendung sahaja. Mesti ada masalah besar ni.’
“Taklah. Itu nama kucing jiran Ria.” Geram Ria. “Abang ni kenapa? Macam tak betul je.” Dahi Ria sudah berkerut.
“Betul-betul la Ria.”
“Okey. Nama dia Nurul Farah Diana. Sedapkan nama dia?” Ria minta persetujuan Syam.
“Sedap sangat. Abang rasa nak makan-makan je.” Nakal Syam.
“Eh, sejak bila abang ustaz ni jadi nakal cam gini? Gatal pula tu.” Ria tersengih. “Entah-entah abang suka pada Farah ya?” teka Ria.
“Suka juga!” Syam tersenyum dan terus berlalu pergi.
“Pelik je abang aku senyum. Tak faham betul dengan ustaz seorang ni.” Kata Ria dan menyambung menyediakan kuih pula.
Syam lalu di ruang tamu.
“Assalamualaikum.” Tegur Syam. Aku mesti kuat.
“Waalaikumusalam.” Jawab Farah dalam hati sambil tertunduk wajahnya.
‘Kenapa dia tak jawab salam aku? Salah ke aku menegur dia?’ Syam rasa tidak sedap hati.
“Kawan Ria ya?” sengaja Syam bertanya walaupun dia tahu sudah jawapannya.
Farah angguk kepala sebagai tanda Ya.
“Saya Syam. Abang Ria. Salam perkenalan.”
Farah hanya tersenyum dan tidak bercakap. Farah hampir lupa yang senyumannya tidak dapat dilihat oleh Syam sebab dia memakai purdah.
Kecewa hati Syam melihat respon Farah padanya. Dia tersenyum pahit.
“Maaf tunggu akak lama. Akak.. Eh!” berkerut lagi dahi Ria. “Ingatkan dah balik, ada kat sini lagi.”
“Yalah! Abang balik dulu.” Syam terus berlalu pergi.
“Maaf. Abang akak memang camtu tapi dia baik. Ada apa Farah datang ni? Tak selesai lagi masalah hari tu?” soal Ria dengan lebih serius.
“Akak, tolong Farah. Dia datang ganggu Farah lagi.” Lemah sahaja suara Farah. Ria mengajak Farah ke bilik tamu. Mungkin Farah akan selesa di sana.
Farah duduk di birai katil sambil membuka kain yang menutup separuh wajahnya.
“Mamat tu datang kenapa? Dia tak faham-faham ke yang Farah bukan tunang dia lagi.” Marah Ria. “Kalau Farah nak report polis. Akak boleh tolong. Minta tolong abang Syamir je.” Geram Ria.
“Tapi kali ni susah sikit kak.” Wajah Farah mendung.
“Apa dia?”
“Dia... Dia... Dia sihir Farah.” Air mata Farah mengalir. Betapa beratnya dugaannya.
“Ya Allah!” Ria terkejut.
“Dia hantar sihir tak bagi Farah bercakap dengan lelaki lain.” Sambung Farah lagi. Wajahnya benar-benar sedih.
“Sabar Farah. Patutlah tadi kamu tak bercakap dengan abang Syam.” Seingat Ria.
“Bagaimana akak boleh membantu kamu, Farah?”
“Akak boleh carikan tempat rawatan Islam yang sesuai tak dengan Farah.” Kata Farah.
“Oh, akak rasa abang Syam boleh tolong Farah.”
“Lelaki tadi ke?”
“Ya. Dia seorang ustaz. Dia juga pernah merawat pesakit macam Farah kot.” Ria tersengih.
“Kenapa ada kot pula?”
“Akak tak pasti sebab dia tak pernah bagi akak ikut dia pergi merawat.”
“Tak apalah akak. Farah balik dulu. Terima kasih sebab banyak membantu Farah.”
“Sama-sama.”
*****
Syam cuba memandu dengan tenang tetapi ingatannya masih pada wanita tadi. Kenapa dia senyap? Entah-entah dia bisu.
“Betullah perempuan tu. Ya Allah.” Syam pantas membuka radio IKIM kegemarannya.
“Iklan pula radio ni.” Kata Syam. “Lagu ni...” Selepas Iklan, IKIm memutarkan satu lagu membuat perasaan Syam terusik.
“Hadirnya tanpa kusedari. Menggamit kasih cinta bersemi. Hadir cinta insan padaku ini. Anugerah kurniaan Ilahi.” Bait-bait lagu ini cukup memberi makna pada Syam.
‘Memang betul hadirnya aku tak sedar. Aku tersedar bila terpandang sepasang mata yang cukup indah. Menyimpan pelbagai rasa duka dan suka. Hadirnya telah membuat aku merasai apa itu cinta. Ah! Itu semua anugerah Allah. Aku tidak sepatutnya membenci perasaan ini.’ Bisik hati Syam. Dia benar-benar ingin memiliki Farah.
“Lembut tutur bicaranya. Menarik hatiku untuk mendekatinya. Kesopanannya memikat di hati. Mendamaikan jiwaku yang resah ini.” Syam tersenyum. Dia teringat tutur bicara Farah ketika kali pertama dia berjumpa. Lembut dan memikat hati ini. Ah!
“Ya Allah. Jika dia benar untukku. Dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku. Damaikanlah hatiku. Dengan ketentuan-Mu.” Syam tersenyum mendengar lirik ini. ‘Hati aku terasa dekat dengan dia. Ya Allah. Aku berdoa dia yang ditentukan untuk menjadi milikku.’
“Dialah permata yang dicari. Selama ini baru kutemui. Tapi ku tak pasti rencana Ilahi. Apakah dia kan kumiliki. Tidak sekali dinodai nafsu. Akan kubatasi dengan syariat-Mu. Jika dirinya bukan untukku. Redha hatiku dengan ketentuan-Mu. Ya Allah, Engkaulah tempat kubergantung harapanku. Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu.”
Syam yakin dengan apa yang dia rasa. Segera dia pulang untuk minta pendapat keluarganya.
*****
Selepas berfikir panjang dan membuat keputusan, Syam terus berjumpa dengan Ria.
“Ria tolonglah! Jadi wakil untuk abang.”
“Abang nak masuk meminang dia. So, abang minta tolong abah. Ria tak dapat menolongnya.” Tolak Ria. Dia tidak memberitahu lagi masalah yang dihadapi oleh Farah kepada Syam. Dia bimbang Syam membatalkan niatnya. Dia tidak sanggup melihat Farah menderita lagi. Walaupun dia sudah lama mengenali Syam tetapi keyakinan itu kurang.
“Sampai hati Ria cakap abang macam ni.” Ada rajuk di situ.
“Abang, bukan Ria tak nak tolong abang, cuma Farah ada masalah sendiri. Dia risau kalau abang kahwin dengan dia, abang akan membenci dia pula dan dua hati ini tidak akan bahagia.” Jelas Ria.
“Abang tak kisah. Abang dah buat solat istikarah dan abang nampak dia, Ria. Abang yakin dengan pilihan hati abang. Abang mahukan dia jadi suri hati abang. Abang tak nak la jadi tak tahu malu untuk terus terjah dia. So, abang minta tolong Ria. Tolonglah adikku?” mohon Syam.
Akhirnya Ria mengalah. ‘Tak apa la. Lagi pun keluarga angkat aku ni mana ada orang perempuan nak beritahu si Farah tu tapi kan? Macam mana dengan masalah yang di hadapi oleh Farah. Aku kena bagitau abang Syam ke? Ish! Susah benar jadi orang tengah ni.’
“Baiklah abang.”
Petang itu Ria dan Zeck pergi ke rumah Farah.
Zeck sedang berbual dengan ayah Farah. Ria segera berjumpa dengan Farah di dalam biliknya. Lebih baik berbincang di situ.
“Akak datang ni ada hajat.”
“Hajat apa kak? Ingatkan datang nak lawat Farah.” Farah cuba tersenyum.
“Tapi sebelum tu, Farah dah jumpa dengan ustaz yang boleh merawat Farah.?” Soal Ria. Dia bimbang juga dengan keadaan Farah.
“Dah. Hanya bagi air penawar dan minta banyak berdoa sahaja.” Jelas Farah lemah.
“So, macam mana dengan Farah? Okey ke?” Bimbang juga Ria kalau tersalah tanya.
“Farah okey tetapi nak bercakap dengan lelaki masih tak kuat. Hati Farah berkata-kata tetapi mulut ni masih terkunci. Biarlah Farah tak dapat bercakap dengan lelaki pun tak apa. Bukannya apa-apa.” Farah sudah berputus asa.
“Farah, jangan cakap macam tu? Tak kasihan dengan ummi dan abi Farah?” kata Ria. Dia tidak mahu Farah putus asa. Farah masih muda dan banyak lagi yang perlu dilakukannya. Kenapa sekarang dia di duga? Ah! Aku pula rasa sedih untuk dia.
“Tak apa kak. Tak kahwin pun tak apa. Biar Farah berbakti pada ummi dan abi je.”
“Sebenarnya akak datang ni, hajatnya nak meminang Farah bagi pihak...” hati Farah berdebar mendengar kata-kata Ria. “Bagi pihak abang Syam. Dia dah lama suka pada Farah sejak kali pertama berjumpa dengan Farah. Akak tak paksa Farah untuk terima abang Syam tetapi akak yakin dia boleh bahagiakan Farah.” Ria tersenyum.
“Betul ke kak?”
“Betul.”
“Kalau macam tu, akak tanya sendiri pada ummi dan Abi. Kalau mereka bersetuju. Setuju juga jawapan Farah.” Entah mengapa dia rasa gembira dengan perkhabaran ini.
“Tapi Farah, kamu nak akan bagitau masalah kamu ni pada abang Syam. Tentang sihir ini?”
Lenyap terus perasaan gembira sebentar tadi.
Bagaimana ni? Adakah aku kena bagitau abang Syam. Farah tidak dapat membuat keputusan. Dia bimbang jika dia bagitau Syam, dia akan kehilangan Syam sedangkan hatinya sudah terpikat pada lelaki itu dalam diam.
“Farah...” Panggil Ria apabila melihat lama Farah termenung.
“Jangan! Jangan bagitau abang Syam. Tolong kak!” air mata Farah mengalir. Kasihan gadis ini. Ria pun mengangguk kepala.
Keputusan keluarga Farah sudah di ketahui. Syukur Alhamdulillah. Dia harap hubungan ini akan berkekalan.
*****
“Yes!” itu yang dijerit oleh Syam apabila diberitahu yang keluarga Farah sudah menerima pinangan itu.
“Sukanya dia. Cakaplah Alhamdulillah. Kan lebih baik. Sejak bila pula ustaz kita ni jadi macam ni?” Ria menyindir Syam.
“Eh, abang dah kata dalam hati!” pangkah Syam. Dia malu di tegur begitu. Siapalah dia? Dia sememangnya susah mahu suka pada seseorang tetapi bila dah suka ni, jangan harap dia nak lepaskan.
“Ria harap, segala kekurangan Farah, abang terima seadanya.” Pesan Ria.
“Apa maksud Ria?” dahi Syam sudah berkerut. Hatinya tidak tenang. Bagaikan ada sesuatu yang disembunyikan.
“Lebih baik Farah sendiri yang beritahu abang. Ria ni hanya orang tengah sahaja.” Kata Ria dan terus berlalu.
Syam masih tidak sedap hati.
*****
Selepas beberapa minggu, mereka berdua berkahwin. Syam mula mengesyaki sesuatu. Sejak mereka berkahwin dua hari yang lalu, Farah tidak pernah bercakap dengannya tetapi dengan orang lain bukan main banyak berkata-kata.
“Farah benci pada abang?” soal Syam. Dia menatap wajah yang sudah halal untuk dia pandang.
Farah tertunduk layu. ‘Bagaimana harus Farah katakan pada abang?’ air mata Farah mengalir.
“Eh, kenapa Farah nangis pula?” Syam berasa bimbang. “Abang tak marah sayang. Abang cuma tanya sahaja.”
Farah nekad untuk memberitahu hal sebenar. Sepanjang dua hari mereka menjadi suami isteri, Syam melayan Farah dengan baik sekali.
Farah menghubungi Ria dan meminta sahabatnya itu menceritakan segalanya pada Syam melalui telefon memandangkan hari sudah lewat malam.
“Abang keluar kejap!” nada suara Syam serius.
Farah tidak sempat menghalang Syam dari terus keluar dari rumah. Suaranya masih tersekat. Air mata mengalir lagi. Pasti Syam dalam keadaan marah.
“Malam ni abang tak balik.” Farah baca mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh Syam. Makin luluh hati Farah.
“Abang, Farah ingat abang akan lindungi Farah. Sayangi Farah. Terima segala kekurangan Farah. Farah harapkan abang begitu tinggi.” Akhirnya Farah terlena bersama air mata yang mengalir.
Apabila azan subuh berkumandang, Farah tersedar. Tersentap hatinya melihat Syam ada di sebelahnya. Lelaki itu kelihatan begitu lena tidur. Kebiasaannya azan subuh ini bagaikan jam loceng padanya. Syam akan bangun dari tidur.
Farah menyentuh lengan Syam perlahan. Dia ingin berkata sesuatu tetapi tidak terluah.
Syam tersedar apabila ada tangan yang mengejutnya. Syam tersenyum lalu memeluk Farah. Farah tergamam.
“Abang nak bawa Farah ke satu tempat. Harap sayang sudi ikut.” Kata Syam dengan nada yang gembira. Pantas dia mencium pipi Farah dan berlari ke bilik air. Sembahyang di awal waktu sudah menjadi kebiasaannya kecuali dia benar-benar letih.
Farah rasa pelik dengan perubahan Syam tetapi dia rasa senang dapat melihat senyuman lelaki itu. Dia masih memandang wajah tenang Syam yang sedang memandu.
“Kenapa pandang abang macam tu?” soal Syam. “Abang tahu yang sayang tak boleh nak cakap, jadi, tolong hantar SMS pada abang.” Itu sahaja jalan untuk dia tahu perasaan Farah.
“Saja nak tengok abang.” Syam tersenyum membaca apa yang dihantar oleh Farah.
“Terima kasih sebab sudi tengok abang yang tak kacak ni.” Syam rendah diri.
Farah tersenyum bahagia.
‘Abanglah lelaki paling kacak dan paling Farah sayang.’ Bisik hati Farah.
Akhirnya mereka tiba juga di tempat yang dituju. Rupanya Syam bawa tempat untuk merawat masalah sihir yang menimpa Farah.
Farah memeluk lengan Syam. Dia benar-benar takut. Dia pernah tengok orang yang dirawat. Mereka meracau-racau. Dia tidak rela Syam melihat dirinya begitu.
“Jangan takut. Abang selalu ada disisi Farah. Farah ingat Allah ya? Insya Allah, Allah permudahkan urusan kita.” Syam cuba menyuntik semangat dalam diri Farah.
Farah akur.
Sepanjang rawatan dijalankan, Syam banyak berdua. Ria dari jauh hanya mampu melihat sahaja kerana Zeck tidak benarkan isterinya mendekati Farah.
Farah mula meracau-racau saat ustaz yang lebih berilmu mula bertanya-tanya. Farah sudah dirasuk sepenuhnya. Suaranya berubah dari suara yang lembut jadi kasar. Dia bagaikan orang lain. Pelbagai soalan yang ditanyakan oleh Ustaz Saiful.
“Tinggalkan tubuh perempuan ini...” Arah ustaz Saiful.
“TIDAKKK!” suara kasar Farah kedengaran.
“Siapa yang menghantar kau ke sini!”
“Aku tak kan bagitau.”
Ustaz Saiful melibas Farah menggunakan kain sejadah. Libasan itu kelihatan lembut tetapi Farah menjerit kesakitan.
“Arrghhh!”
Lagi sekali Ustaz Saiful membuat perkara yang sama.
“Arrrggghhhh! Sakitlah bodoh!” marah Farah yang dirasuk itu.
“Aku tanya lagi sekali. Kau mahu keluar dari badan perempuan ini atau tidak?” soalnya.
“Tidak! Tuan aku minta mengunci peti suaranya supaya dia tak boleh bercakap dengan mana-mana lelaki.”
“Siapa tuan kau?!” tanya ustaz Saiful lagi.
“Mail!”
“Sekarang kau keluar dari badan perempuan ini.”
“Tak nak!”
Ustaz Saiful terusan melipasnya membuat tubuh Farah menggeletar.
“Aku akan keluar. Hentikan!” pinta Farah.
“Kau berjanji tidak akan ganggu perempuan ini?”
“Aku janji.”
“Bukan sahaja perempuan ini tetapi semua keturunan Muhammad.”
“Aku janji...”
Kini, badan Farah terbaring lemah.
“Sabarlah Syam. Ini dugaan untuk kamu. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi.” Kata Ustaz Saiful.
Air mata Syam mengalir melihat keadaan isterinya yang lemah terbaring. Ria pantas menghampiri tubuh yang lemah itu. Dia bersyukur kakak iparnya itu sudah selamat.
“Tolong bantu pesakit.” Arah ustaz Saiful. Lelaki itu pun kelihatan letih melawan makhluk tersebut.
Ustaz Saiful meminta Syam supaya memberitahu Farah agar mengamalkan ayat membatalkan sihir.
“Apa yang kamu datangkan itu, bukanlah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakkan. “Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkata yang benar. Dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”. (Surah Yunus 81-82)
Mail adalah lelaki yang selalu mengganggu Farah kini ditangkap polis. Mail tidak dapat terlepas dari hukuman dunia tetapi hukuman akhirat menantinya jua.
Kini sudah dua minggu perkara itu berlalu. Syam memanjatkan kesyukuran kerana Farah sudah boleh berkata-kata dengannya. Sungguh merdu suara Farah. Tambahan pula kalau mendengar isterinya mengaji. Amat membuai perasaannya.
Syam tersenyum melihat kesungguhan isterinya memasak. Al-maklumlah, baru mula belajar memasak.
“Abang jangan masuk dapur ni. Biar Farah yang uruskan.” Makin gelabah Farah dibuatnya apabila melihat Syam menapak masuk ke dapur.
“Macam tak terurus je.” Syam mengusik isterinya.
“Abang ni melemahkan semangat kita nak masak di hujung minggu.” Ada nada merajuk.
“Mana ada melemahkan. Abang datang nak bagi semangat la ni.” Syam tersengih.
“Abang ingat senang ke nak masak? Tugas orang perempuan ini banyak...” kata Farah.
“Banyak sangat, kena masak. Kena kemas rumah. Kena masuk kain. Apa lagi ya? Kalau ada anak, kena jaga anak, kena bagi susu. Lepas tu malam kena layan suami pula.” Kata Syam.
Farah terdiam. Dia tertunduk malu.
“Jadi, itu sebab abang tak paksa Farah. Selagi abang boleh basuh pakaian abang sendiri, abang akan basuh. Rumah pula abang usahakan tidak bersepah supaya isteri yang abang sayang ni tak payah nak kemas sangat.” Syam tersenyum.
Farah rasa terharu dengan sikap suaminya itu.
“Tapi...”
“Tapi apa abang?” berdebar hati Farah menanti jawapan Syam.
“Tapi pasal anak tu, memang abang tak pandai nak jaga dan yang malam tu, tanpa Farah, susah la abang.” Syam tersengih.
“Abang ni...” wajah Farah sudah kemerahan. Perihal begitu dikatakan oleh Syam.
“Ala, abang nak usik sayang je. Janganlah marah.”
“Tak marah pun.”
“Dah siap masak ke?” soal Syam.
“Dah...”
“Kalau macam tu, mari kita solat Zohor dulu. Dah nak pukul 2 petang ni.”
“Baiklah abang.”
Mereka solat berjemaah. Usai solat, Farah bersalaman dengan Syam. Dia meminta maaf dan keampunan jika ada buat salah.
“Farah tak ada buat salah pada abang malah sayang adalah pelengkap hidup abang untuk abang meneruskan perjalanan hidup yang penuh cabaran dalam mencari keredhaan Allah.” Syam tersenyum lagi.
“Terima kasih abang...”
“Jom makan! Tak sabar nak makan masakan adik manis ini.” ajak Syam.
“Ala abang ni. Macam tak biasa je makan masakan Farah.” Mereka berdua sudah di dapur.
“Memang hampir tiap-tiap hari abang makan tapi hari ni kan istimewa.”
“Maksud abang?”
“Sayang masak makanan kegemaran abang la.”
“Eh, Farah tak tahu yang awak suka makan ikan masak sweet sour!” agak terkejut Farah.
Syam hanya tersenyum. Mereka berdua bahagia. Cinta ini bukan cinta yang percuma. Ia perlu dibayar dengan kesabaran, ketakwaan dan keimanan yang kuat untuk memiliki cinta sejati yang diredhai Allah. Semoga hubungan ini berkekalan...Amminn....
p/s : Segala dugaan yang datang hadapilah dengan penuh kesabaran dan tawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah menguji hamba-hambanya bagi meningkatkan keimanan kepada-Nya. Jodoh dan pertemuan, Allah sudah tetapkan sejak kita dalam perut ibu lagi. Jadi bersabarlah menanti jodoh kita yang sememangnya Allah utuskan kepada kita. Jaga hubungan baik kita dengan Allah, insya allah, segala urusan kita dipermudahkan.
Lagi satu, situasi rawatan islam itu, adalah pengalaman ria sendiri melihat orang dirawat tetapi ria tidak menceritakan secara detail. Itu hanya sampingan sahaja. Janganlah ia menjadi isu di masa akan datang. Terima kasih sudi membacanya.
Jadi jurukomen yang pertama. Yeaaa!!!! Hahaha... Okey, dah baca cerpen Ria. Best! Percubaan yang bagus.
ReplyDeletelike1000..terbaiklah, islamik.. :)
ReplyDeletebest2..
ReplyDeleteiman macam mana???
ReplyDeletemaaf....terus matikan kisah iman tu....
DeleteBest..sy suka cerita cinta plus islamik
ReplyDeletebez bez bez hihi ;3
ReplyDeletehmmm...org kat dunia nie mcm2...ske hntar sihir sne sni..ish3
ReplyDeleteXpuas bace lgk da abis..
ReplyDeleteHehe~
Ape pun saya ttp suke!
=)
aduhai..cerita apa ni cik.. penin juga saya baca nya.. awak kena banyak lagi belajar.. masih longgar sana sini.. dan napa juga nama sendiri untuk semua cerita.. lol.. teruskan menulis.tp teruskan belajar juga
ReplyDeleterasanya ria dah tulis awal2 di perenggan pertama......macam ni...
DeleteCerpen kali ini adalah cerpen yang berkaitan dengan E-novel CINTA KE? Kisah percintaan abang ke empat Ria Aryantie iaitu Syam, seorang ustaz. Jadi, secara automatik cerpen kali ini tema islamik. Tambahan pula, jika tidak baca enovel CINTA KE? Pasti anda tidak akan faham. Tetapi ria cuba tulis juga. Semoga terhibur dengan penulisan kali ini.
ia ada kaitan dengan e-novel cinta ke...dan nama watak tu memang ria...bukan sajer2 nak letak nama sendiri.... orang lain baca okey sebab mungkin dia dah pernah baca enovel cinta ke?.... jadi sy tak salahkan awak jika awak rasa pening bila membacanya.....maaf....
ya....saya akan terus belajar...insya allah...terima kasih....
huhuhu...sweet Sgt..
ReplyDeleteKak ria.. Saya lupakan!
ReplyDeleteKisah cerpen Abg Kak ria yang pertama Tajik dia apa eh?! :S
best la .:)
ReplyDeletewalau cite pndk tpi menarik hehew.
Betul kata Harith F..cerita menarik thumb up for u ria..
ReplyDeleteBest lha kak Ria.Walaupun Aina x baca citer mula2 tu,tp skali bca dah faham ^^ .
ReplyDeleteRasa nak baca lagi lha pulak . hihihi.btw,Teruskan usaha kak ria :)
Yeay!!best!
ReplyDeleteok.besh je..kak ria chomey je balas teguran pd 26 Nov tuh.hheheh
ReplyDeleteAs'salamualaikum ria, perihal rawatan tu, memang betul, sbb sy sendiri pernah mengalaminya, syukur Alhamdulillah, skrg sy dh ok, tp sy x boleh leka @ lalai, pengisian dlm diri perlu ada, agar benda2 mcm tu x blh msuk dlm bdn kte lg,
ReplyDeletebab last tu so sweet, suami mithali. :3
ReplyDeleteapepun, nice cerpen. suke3. tetibe rase jeles dgn kak ria. huhu.. ni yg makin smangat nak mnulis ni. minta tunjuk ajar ya. thanks :)