Followers

Saturday 31 March 2012

3
Komen

CINTA KE? 17

Zeck hanya mampu mengeleng melihat tingkah laku Ria. Asyik nak lari dari aku aje. Macamlah aku ni spesis yang menakutkan. Zeck mengikut langkah Shahdan.
            “Ria memang macam ni ke abang Dan?” Zeck bertanya.
            “Camni apa?” Shahdan terasa pelik dengan pertanyaan tersebut.
            “Suka lari-lari.” Zeck tersengih
            “Tak tahu pula.” Shahdan juga tersengih.
            Apa kena dengan abang Dan dan Zeck ni? Tersengih aje. Ria mula rasa risau. Dia melihat jalan yang panas. Kalau tak pakai selipar, nanti melecur pula. Buat sakit kaki aje. Tetapi Ria tetap meredahnya. Sakitnya!
            Shahdan dan Zeck  sempat mengejar Ria kerana gadis itu tidak sempat memakai kasut. Tangan Ria digengam erat oleh Zeck.
            “Ria, kenapa nak lari pula?” soal Shahdan. Mata Zeck tajam merenung wajah isteri yang baru dinikahinya. Kini dua pasang mata memandangnya.
            “Abanglah! Suka kenakan kita.” Kata Ria. Tidak sanggup rasanya memandang Zeck. Dia mengalihkan pandangannya pada Shahdan.
            “Okey maaf ya?” Shahdan memohon maaf. Dia tiada niat untuk menyakitkan hati Ria. Sekadar ingin mengusik.
            “Maafmu diterima.” Ria tersenyum manis.
            “Ehem...” Zeck berdehem. Ada rasa cemburu dalam diri Zeck saat melihat kemesraan antara Ria dengan Shahdan.
            Syamir hanya memerhati dari jauh sahaja. Dia ingin menyibuk tetapi apabila melihat Zeck turut sama ada disitu, dia batalkan hasratnya. Entah mengapa dia tidak menyukai Zeck. Lelaki itu bagaikan ada aura yang akan memisahkan hubungannya dengan Ria.
            Ria ternampak Syamir yang sedang makan. Mungkin hari semakin petang, tetamu sudah berkurangan.
            “Abang Mir, makan tak ajak kita.” Ria duduk sebelah Syamir.
            “Orang dah kahwin, dah ada orang teman. Buat apa abang nak ajak,” Selamba Syamir berkata sambil meneruskan suapan nasinya.
            Ria terdiam.
            Entah mengapa hatinya terasa dengan kata-kata Syamir. Dia berdiri. Dia meninggalkan Syamir.
            “Ini untuk abang,” kata Ria dan terus berlalu. Shahdan dan Zeck pula berbual sehingga tidak perasan air muka Ria.
            Syamir tergamam. Ria bawakan dia segelas air memandangkan dia belum mengambil air. Rasa bersalah pula berkata begitu. Ria tetap melayan dia dengan baik.
            “Ria ni!” amuk Syamir. Segera dia minum air tersebut sehingga habis. Ria suka buat dia rasa bersalah. Geram betul.
            “Ria!” panggil Syamir.
            “Ada apa? Ria tak dapat nak teman abang Mir. Nanti suami Ria marah pula. Eloklah abang pergi makan sorang-sorang.” Ria mula menolak kehadirang Syamir. Lagi sekali Syamir tergamam.
            “Maaf. Maaf dan maaf,” kata Syamir. Dahinya berkerut. Rambut Syamir yang hitam gelap itu diusap lembut dengan tangan kanannya. Rasa bersalah makin menggunung bila kata-kata itu yang keluar dari mulut Ria.
            “Kenapa minta maaf? Ria ni hanya menyusahkan abang aje kan?”
            “Tak! Mana ada susah. Abang suka kalau dapat bantu Ria.”
            “Tipu. Kalau suka, kenapa halau  Ria? Abang tahu kan lepas ni Ria kena hidup dengan Zeck. Dapat ke Ria jumpa dengan abang lagi? Abang-abang yang melayan Ria begitu baik sekali. Abang yang sentiasa buat Ria rasa selamat,” air mata Ria sudah mengalir. Dia tidak dapat menahan kesedihannya.
            “Sayang, jangan nangis ya?” pujuk Syamir. Ketika itu Ria dan Syamir berada di ruang tamu. Syamir gelabah melihat air mata itu. Segera dia ke luar rumah.
            “Kau ikut aku!” Syamir menarik lengan Zeck yang sedang berbual dengan Shahdan. Kasar. Taulah polis, tapi jangalah heret aku macamlah aku ni penjenayah.
            “Mir, kenapa ni?” Shahdan juga terkejut melihat tindakan Syamir. Diorang berdua ni nak bergaduh ke? Teka Shahdan.
            “Kau pujuk Ria,” kata Syamir. Tidak elok jika dia yang memeluk Ria. Ingin sahaja dia meminjamkan bahunya, supaya Ria dapat menangis tapi bahu yang lebih berhak adalah Zeck. Dia hanyalah abang angkat yang tiada pertalian darah pada hakikatnya.
            “Ria, kenapa nangis ni?” Zeck duduk disebelah Ria.
            “Tak ada apa-apa. Cuma lepas ni tak dapat nak jumpa dah dengan abang-abang kesayangan Ria ni.” Kata Ria dengan nada yang perlahan.
            “Zeck nak halang Ria daripada berjumpa dengan kami ke?” tiba-tiba Shakir muncul. Sempena hari perkahwinan Ria, dia ditugaskan mengurus hal-hal makanan. Dia sememangnya sibuk. Ini pun tetamu semakin kurang menyebabkan dia ada masa untuk menyampuk perbualan tersebut.
            SNAP! Ada satu pancaran cahaya. Ruap-rupanya Sham pula tugasnya hari ini adalah menangkap gambar.
            “Takkanlah Zeck nak buat camtu.” Kata Sham. Zeck pula terangguk-angguk tanda setuju. “Tapi satu abang nak tegur Ria, bila kita dah kahwin ni, banyak tanggungjawab kita Ria. Abang tahu  Ria ni manja-manja tapi Ria kena jadi  kuat. Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa patuh dengan kata-kata suami. Zeck, kamu pun sama, jangan nak paksa Ria aje. Dia tu budak baru nak belajar.” Pesna Sham.
            “Eh, Sham! Patutnya abang Dan yang pesan macam tu.” Shahdan berkata.
            “Yeke? Dah ada pangkat ustaz ni, terover pula. Sorry abang Dan.” Kata Sham sambil tersengih.
            “Sudahlah. Zeck, bawa Ria berehat kat bilik. Malam nanti kita makan sama-sama.” Arah Shakir.
            Mereka berempat hanya memerhati langkah Zeck dan Ria.
            “Abang, pagi tadi Sham nampak ada seorang lelaki yang mencuriga?”
            “Siapa?”
            “Tak tahulah.” Sham hanya mengelengkan kepala.
            “Abang, Ria tu okey ke kahwin dengan Zeck.” Syamir bertanya.
            “Abang tahu kamu tak suka dia, tapi janganlah bersangka buruk. Dia dah kahwin pun dengan Ria. Kita sebagai abang-abang dia yang terbaik ini seharusnya mendoakan kebahagiaan Ria. Betul tak?” begitu bersemangat Shahdan melafazkannya sambil mengangkat tinggi tangannya. Dah macam tugu negara pula aku rasa. Cepat-cepat Shahdan menjatuhkan tangannya.
            Shakir, Syamir dan Syam hanya memandang gaya abang sulung mereka dengan muka yang pelik.
            “Abang nak pergi sembahyang asar ni. Pergi dulu.” Shahdan sudah termalu. Segera dia meninggalkan ruang tamu tersebut.

Friday 30 March 2012

3
Komen

SAYA PEMINAT AWAK 8


Risya membuka perlahan-lahan pintu bilik mereka. Dia menjenguk suaminya. Merajuk lagi ke lelaki ini?
      “Affan!” Panggil Risya dengan panggilan yang ceria. Suaminya sedang berbaring atas katil. Risya hanya perhatikan sahaja dengan memandangkan Affan yang tidak memberi sebarang respon. Dia menghampiri Affan.
      “Affan...” mendatar pula suara Risya. Berbeza dengan panggilannya yang pertama tadi.
      Tiba-tiba telefon Affan berbunyi. Pantas Risya menjawapnya.
      “Hello.” Kata Risya sebab panggilan itu tiada nama.
      “Hello. Ops! Tolong bagitau Affan yang Iss dah selamat sampai kat Singapura. Terima  kasih sebab hantarkan kita kat airport pagi tadi,” suara seorang gadis yang amat manja dan talian terputus.
      Entah mengapa hati Risya tidak sedap. Bagaikan ada sesuatu yang mengusik perasaannya. Siapa perempuan ni? Adakah dia perlu marah? Adakah dia perlu bersedih? Perasaan cinta untuk Affan mula sebati dalam dirinya tapi.... apa yang terjadi ni? Risya sendiri mula rasa keliru.
      Affan yang pelik Risya hanya mendiamkan diri segera bangun. Dia melihat air mata gadis itu menangis.
      “Sayang kenapa menangis ni? Siapa call?” soal Affan. Pantas tangan Affan merampas telefon bimbit tersebut. Dia kenal nombor ini. Ini nombor yang selalu Iss guna jika pergi Singapura.
      “Risya, dengar penjelasan abang.” Pinta Affan. Dia yakin yang Risya sudah salah faham dengan hubungannya dan Iss.
      “Risya!” panggil Affan bila Risya bangun meninggalkan kamar bilik ini.
Buat seketika Affan terkaku. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Memujuk Risya? Itu pasti. Aku kena terangkan situasi sebenar.
Segera Affan keluar dari bilik tersebut. Dia memandang sekeliling. Laju juga isteri aku lari ya?
“Ammar, ada nampak Risya tak?” Affan tebalkan muka untuk bertanya. Lantaklah.
“Bukan ke dia dengan kau?” Ammar pula yang bertanya.
Affan sudah fikirkan bukan-bukan.
Tiba-tiba, mereka berdua terdengar sesuatu bunyi yang kuat.
Saat mereka berdua keluar dari rumah, mereka hanya nampak badan Risya tercampak jauh ke jalan. Affan terkaku. Kakinya tidak mahu melangkah seperti Ammar. Ammar segera memhampiri Risya.
“Risya!” Ammar bimbangkan gadis itu.
Mata Affan terbeliak. Keadaan betul-betul cemas.
Risya dihantar ke hospital. Affan hanya mengikut seperti mayat hidup. Dia takut. Dia takut jika ada apa-apa yang terjadi pada Risya. Semuanya salah dia.
“Risya....” hatinya beku. Risya jadi begitu kerananya. Disebabkan dia tidak bertindak pantas mengejar isterinya. Semuanya salah diri ini.
Affan trauma.
Abang-abang kembar Risya sudah tiba di hospital. Mereka juga terkejut. Selama mereka menjaga Risya, Risya tidak pernah kemalangan sebegini teruk. Mereka juga bimbangkan keadaan adik perempuan mereka.
“Affan, apa kau dah buat dengan adik aku sampai dia berlaku ke jalan?” soal Rasydan. Dia mengoncang tubuh Affan. Lelaki ini masih terkejut.
Akhirnya dia hanya biarkan Affan duduk dengan muka penuh penyesalan.
“Saya ingin berjumpa dengan keluarga pesakit.”
“Saya abangnya dan ini suaminya.” Kata Rasydan. Affan masih tertunduk.
“Pesakit masih dalam keadaan tidka stabil. Dia kehilangan banyak darah dan alhamdulillah darah mencukupi. Cuma satu perkara sahaja,” kata-kata doktor itu terhenti di situ.
“Kenapa doktor?” suasana memang mendebarkan.
“Kaki kiri pesakit lumpuh sebelah. Mari ke bilik saya untuk penerangan lanjut.” Ajak Doktor. Rasydan dan Risydan sahaja yang mengikuti doktor tersebut.
Affan masih terkejut.
Kaki kiri Risya lumpuh? Salah aku? Semua salah aku. Aku tak guna. Aku tak mampu melindungi dia. Aku teruk! Risya maafkan abang. Risya.
Affan meraup wajahnya berkali-kali. Rasa bersalah makin menggunung. Dia tiada kekuatan untuk menatap wajah Risya. Untuk menjejak kaki dalam wad Risya pun dia tidak sanggup. Betapa rasa bersalah kerana dia penyebab Risya jadi begitu.
“Malam ni biar abang yang jaga Risya.” Tawar Rasydan.
“Tak apa abang, biar saya jaga.” Bantah Affan. Dia lebih berhak untuk menjaga Risya memandangkan wanita itu isterinya.
“Baiklah.”
Malam semakin melabuh tirai. Dugaan apa yang menimpa isterinya. Wajah itu mengambarkan apa yang dirasai oleh Risya.

Thursday 29 March 2012

6
Komen

BKK 4

Belum sempat Nia masuk ke bilik persalinan untuk menukar uniform kerja, Mior sudah memanggilnya. Wajahnya pucat. Kenapa Mior ni? Tak sihat ke? Nia berasa risau.
       “Nia...” semput Mior. Dia menarik nafas dengan panjangnya.
       “Kenapa dengan kau ni?”
       “Apa kau dah buat kat apartment 566?” soal Mior. Nia terkejut pertanyaan Mior. Dia hampir terlupa dengan  apa yang telah dia lakukan dalam rumah ‘trak’ itu. Matanya terkebil-kebil.
       “Kenapa dengan apartment tu? Berhantu ke?” Nia berpura-pura walapun hatinya berdebar hebat.
       “Banyaklah kau hantu. Aku dah kena panggil dengan bos. Sekarang bos minta kau dan aku pergi minta maaf pada tuan punya appartment.” Jelas Mior.
       “Aku tak nak!” Nia menolak. Dia tidak mahu berjumpa dengan si trak itu.
       “Kau kena ikut juga.” Mior sudah berkira-kira mahu menyambar lengan Nia. Cepat-cepat Nia mengelak.
       “Yelah! Aku pergi dengan kau. Tunggu sekejap, aku nak tukar pakai uniform.” Nia mengalah.
       “Aku tunggu kau kat lobi, kalau kau tak datang siap kau!” Mior memberi amaran. Betapa menakutkan apabila lelaki menjadi seorang yang serius.
       Nia  berfikir sambil menyalin pakaian. Apa aku nak cakap bila jumpa dengan dia? Biji mata Nia bergerak ke kiri dan kejap ke kanan. Dia cuba berfikir.
       “Maaf lambat.” Nia menghampiri Mior. Kini, mereka berdua bersama-sama menuju ke apartment 566 kerana tuan rumah sudah menunggu.
       Mior masuk ke dalam apartment tersebut. Dia terasa pelik kerana banyak kedudukan perabotnya sudah berubah. Adakah ini yang dimarahinya? Mior memandang Nia. Budak ni memang tak ada kerja ke?
       Darwish hanya memerhati dua orang pekerja yang masuk. Eh, mak cik muda ni pun ada?
       “Mior, kamu ke yang tukar ini semua. Kalau cantik tu tak apa la, saya tak kisah sangat tapi.... Hampeh!” Darwish berkata. Dalam lembut ada kasarnya.
       Hati Nia menjadi panas dan hangat sebaik sahaja mendengar perkataan ‘hampeh’. Dia tak suka perkataan itu.
       “Sebenarnya tuan, kawan saya bersihkan rumah tuan semalam sebab saya tak sihat.” Jelas Mior.
       Mior menyiku lengan Nia. Gadis itu hanya tunduk dan diam sahaja.
       “Aduh! Sakitlah!” Rupanya Nia sedang tidur. Dahsyatnya minah sorang ni. Orang lain tengah membebel, dia boleh buat tahi mata sambil berdiri tegak. Pelik betul.
       Aku bukannya tidur, aku buat-buat pejam mata dan termenung. Aku tak tahu macam mana nak menghadapi si ‘trak’ ni. Kan nanti dia langgar aku betul-betul. Kes naya dah. Apa aku nak cakap dengan abah dan ummi. Nia gelisah.
       “Perempuan ni yang buat ni semua?” soal Darwish bagaikan tidak percaya. “Kurus kering camni pun boleh buat ini semua? Hebat!” puji Darwish.
       “Kurus itu betul tuan tapi kering tu salah. Saya masih ada lemak walaupun 5% sahaja.” Jawab Nia.
       Tiba-tiba Darwish ketawa terbahak-bahak. Apa yang lucu dia sendiri tidak pasti. Tapi dia yakin yang dia ingin ketawa dan ketawa. Rasa lawak pula.
       “Tuan, saya minta maaf kalau perabot-perabot ni dah berubah kedudukannya. Kalau la saya tau, tuan akan jadi gila macam ni, saya tak kan tukar.” Tambah Nia lagi dengan nada yang serius.
       Serta merta ketawa Darwish hilang. Minah ni memang tak rasa bersalah langsung ya? Darwish rasa geram kerana dia dikatakan gila.
       “Nia...” Mior menegurnya. “Ini pelanggan kita.” Mior cuba ingatkan Nia dengan berbisik.
       “Aku tahu la Mior.” Selamba sahaja Nia membalas kata-kata Mior. Tapi dalam hati ini. Rasa macam nak meletup melihat wajah lelaki yang dihadapannya ini. Tambahan pula, ketika ini dan saat ini juga dia buat muka serius.
       “Baiklah, kamu boleh pergi. Nanti saya bagitau pada ketua kamu nanti,” kata Darwish.
       Mior dan Nia ucapkan terima kasih dan terus berlalu pergi.
       “Nia, kau jangan buat macam tu depan pelanggan kita tau.” Mior menegur cara Nia.
       “Kenapa pula?”
       “Kurang ajar tau macam tu.”
       “Dah dia kata aku ni kurus kering tu tak apa? Kau tahu tak, aku anti dengan perkataan tu. Aku makan banyak pun tak gemuk-gemuk.” Luah Nia.
       “Oh, itu kes kau ada bela.”
       “Bela apa pulak ni?”
       “Bela cacing dalam perut. Mungkin sekarang cacing tu yang dah gemuk.” Kata Mior dan lari meninggalkan Nia.
       “Tak guna punya kawan!” Amuk Nia.
       “Itu sebab perut kau buncit.” Jerit Mior dari jauh.
       “Apa buncit?” Nia segera melihat perutnya. Buncit ke perut aku? Ish, mamat ni memang nak kena. Benci!

Tuesday 27 March 2012

4
Komen

BKK 3

Bab 3
Misi selesai. Harap-harap si trak tu suka. Mesti aku kena buang kerja lepas ni. Nia tersenyum puas. Memang puas sepuasnya.
       “Nia, kau dah selesaikan apartment 566 tu?” Mior datang menegurnya selepas selesai urusannya di tandas.
       “Dah selesai. Lepas ni mesti dia akan ambik aku kerja bersihkan rumah dia pula.” Nia tersenyum.
       “Maksud kau?” Mior punya dahi sudah berkerut.
       “Tak ada apa-apa. Perut kau sakit lagi ke?” soal Nia.
       “Sakit lagi la.”
       “Aku ada petua untuk hilangkan sakit kau ni?” kata Nia tersenyum lebar.
       “Apa dia?” Mior pula tidak sabar untuk mengetahuinya.
       “Petuanya, kau pergi klinik dan jumpa doktor.” Selambat Nia berkata sambil berlalu.
       “Nia! Kau memang nak kena!” jerit Mior. Segera dia ke tandas semula. Perutnya benar-benar sakit. Siapalah punya kerja yang buat aku sakit perut ni?
       Mior mengeluh.
*****
Seharian bekerja dipejabat memang penat. Tambahan pula, buah hati masih tidak dapat dihubungi. Segera dia memandu kereta untuk pulang.
       Perlahan-lahan dia membuka pintu apartment Darwish. Bagi Darwish rumahnya adalah tempat terbaik untuk berehat dan tenangkan hati.
       “Rumah adalah syur......ga........ku.....” tersekat-sekat suara Darwish apabila melihat keadaan rumahnya. Kedudukan perabot sudah berubah. Susun aturnya tidak teratur.
       “Siapa punya kerja ni?!!!” amuk Darwish.
       “Huh! Penatnya hari ni.” Nia berhenti rehat. Selepas bersusah payah dia mengubah kedudukan perabot tu ikut cita rasanya, dia berharap si Trak tu berpuas hati.
       Nia melepak di kedai mamak. Menjadi kebiasaannya makan di situ sebab dekat dengan tempat kerja.
       Baru sahaja dia mahu menyuap mee mamak dalam mulutnya, ada seseorang yang duduk depannya.
       “Trak?”
       “Oh, mak cik muda?” Darwish berkata. Mana mungkin dia melupakan gadis yang menyebabkan buah hatinya merajuk.
       Nia terkejut. Kalau dia tahu aku yang buat rumahnya jadi huru hara, habis. Rentung aku nanti. Nia tersengih.
       “Belanja aku makan!” selamba sahaja Darwish memintanya.
       “Eh, kenapa aku pula yang kena belanja kau makan? Kau dah muflis ke sampai makan pun nak orang lain belanja.” Nia tidak berpuas hati.
       “Sebab kau dah buat buah hati aku merajuk. Hukumannya kau kena belanja aku makan.” Lelaki itu tersenyum dalam kepedihan. Itu yang Nia rasai.
       Akhirnya Nia mengalah.
       Nia mengunyah perlahan mee mamak tersebut. Enak.
       “Kau tolong usha siapa punya kerja yang ubah kedudukan perabot rumah aku tu...” pinta Darwish.
       Nia yang mendengarnya hanya mampu tersedak. Kenapa dia cakap pasal tu pula? Aduh! Habis aku! Camner nak jawab ni?
       “Okeylah. Aku balik dulu. Esok mesti aku tahu siapa punya kerja. Siap sedialah.” Darwish tersenyum makna.
       Dari gaya dia senyum, macam tahu-tahu aje aku yang buat. Tak boleh jadi ni. Nia mengeluh. Hilang terus selera makannya. Dia tak kisah kena buang kerja tapi dia tak bersedia lagi untuk dibuang kerja.
       “Pedulilah!” Nai terus menyambung makan makanan yang tertangguh tadi. Makan tetap nombor satu dalam diriku. Bagaikan aur dan tebing. Tak dapat dipisahkan.
       “Makan!”

Monday 26 March 2012

1
Komen

BKK 2

P/S : jemput baca... maaf. Disebabkan ada yang komen nama Nazmi tidak sesuai, ria dah memilih nama Darwish untuk watak lelaki utama. Harap lepas ni tak ada yang komen pasal nama. Jemput baca semua...
BAB 2
Nia mengaru kepalanya. Sakit jiwa dibuatnya oleh lelaki yang berdiri tegak bagaikan ingin menyanyi lagu negaraku. Pening. Pening. Projek aku harus berjalan dengan lancar. Markas musuh harus diserang dengan kadar segera.
       “Bolehlah Mior oi!” Nia tidak  berputus asa memujuk Mior. Mior adalah orang yang dipertanggungjawab untuk membersihkan markas yang ingin dia serang itu.
       “Tak boleh!” tegas Mior.
       “Kenapa tak boleh?” Nia bertanya.
       “Sebab muka kau tu dah mengambarkan sesuatu yang tak baik.” Katanya. Tangannya pantas mengemas ruang tamu.
       “Tak baik? Eh, aku kemas rumah dia. Bukankah itu dah terlebih baik?” soal Nia lagi.
       “Itu bukan terlebih baik tapi tu memang dah tugas kau. Dahlah! Aku nak buat kerja ni. Jangan nak menyibuk kat sini.” Halau Mior. Pagi-pagi lagi perempuan yang baru dikenalinya sebulan ini datang mencarinya.
       “Bolehlah?” Nia membuat muka comel.
       “Dia tak suka pekerja perempuan yang kemaskan rumah dia.” Terus terang Mior.
       “Kalau macam tu aku menyamar jadi lelaki.” Idea Nia.
       “Aku sekeh gak perempuan ni. Apa kejadah kau nak menyamar jadi lelaki ni? Oh, kau dah jatuh cinta dengan lelaki kacak tu?” teka Mior.
       “Kacak? Lelaki mana pula kacak ni?” lagi sekali Nia mengaru kepalanya.
       “Lelaki yang kau nak bersihkan rumahnya tu?” jelas Mior.
       “Mamat tu kau panggil kacak? Tu muka trak ada la. Muka king kong pun ada. Hidung kembang bila bercakap. Pelik betul.” Nia memangkah seratus peratus pujian Mior itu.
       “Kau ni buta ke? Mana ada kembanglah hidung dia. Ada-ada aje kau. Dah setahun aku kerja kat sini. Tak ada masalah pun. Kau jangan nak buat masalah dengan pelanggan kita. Kan kena buang kerja. Aku tak nak!” Mior menolak. Dia selesa melakukan kerja-kerja ini.  Dia hanya perlu bekerja selama 12 jam sahaja sehari. Memang seronok dengan gaji yang dibayar tinggi oleh majikan.
       “Ala Mior. Aku gurau aje. Tak apalah kalau kau tak nak. Bila kau akan pergi rumah dia?”
       “Mengalah pun. Lepas sarapan nanti.” Kata Mior.
       “Meh, aku belanja kau makan?”
       “Betul ni?” wajah Mior ceria. Dia tersenyum.
       “Betullah!”
       Selepas selesai kerja masing-masing, mereka berdua pergi sarapan sekejap di kantin yang sememangnya disediakan untuk pekerja-pekerja apartment tersebut.
       “Aku dah order nasi lemak dan teh tarik. Kau tunggu sini. Aku nak pergi tandas.” Kata Mior.
       “Okey encik Mior.” Nia tersenyum penuh makna.
       Makanan yang dipesan sudah sampai. Makin lebar senyuman Nia.
       “Wah dah sampai. Nampak sedap.” Mior memuji.
       “Makanlah.” Nia menjemput.
       “Aduh!” Mior rasa perutnya sakit sangat.
       “Nia aku pergi dulu. Terima kasih belanja makan.” Mior terus menuju ke tandas.
       Nia menjalankan tugasnya seperti biasa. Dia ternampak kelibat trak yang langgarnya semalam. Wajahnya masam ya amat. Mengalahkan jeruk buah. Lelaki itu berlalu pergi dengan kereta mercedesnya.
       Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Mior!
       “Nia, tolong aku. Kau pergi ambil kunci dengan Ria dan tolong gantikan aku bersihkan rumah apartment 566.” Katanya. Nia tersenyum lebar.
       Setelah dapatkan kunci, dia segera menuju ke rumah yang menjadi sasarannya.
       Terkejut dia melihat susun atur dalam rumah tersebut. Sungguh menarik dan cantik. Hatinya memuji.
       “Apa motif aku masuk dalam rumah ni?” Nia bertanya sendirian. Akhirnya dia tersenyum puas.
*****
Darwish Azfar mula masuk ke pejabatnya. Sudah beberapa hari dia tidak masuk pejabat kerana buah hatinya, Sherien merajuk gara-gara dia menjemput gadis itu lambat di lapangan terbang tempoh hari. Memang dia yang bersalah.
       Darwish cuba bertenang.
       “Ini semua salah makcik muda tu! Apa kejadah dia buat kat tengah-tengah lobi tu. Tak ada hari lain nak sapu ke?” Darwish marah.
       Terbayang jelas wajah perempuan yang membuat dia angin pagi itu. Serba tidak kena hidupnya tanpa Sherien. Ke mana gadis itu menghilang? Sudah puas dia mencari dan menghubungi tapi masih tidak berjaya di kesan.
       “Lina, hubungi Sherien lagi. Kalau dapat, cepat-cepat sambung pada saya.” Serius sahaja suara Darwish.
       Hilang terus kekacakan wajahnya.
       “Tak guna!” amuk Darwish. Dalam fikirannya masih terbayang wajah perempuan yang dilanggarnya itu.

Thursday 22 March 2012

6
Komen

BKK 1

Nazmi berjalan dengan pantas. Dia sudah terlewat untuk berjumpa dengan kekasih hati. Pengajaran untuk dirinya hari ini jangan bangun lambat.
       Tiba-tiba dia terlanggar seorang tukang sapu di lobi apartment dia tinggal. Alamak! Dia juga terkejut. Dari mana pula mak cik ni muncul?
       “Saya minta maaf mak cik. Saya nak cepat.” Pohon Nazmi. Keinginan untuk melihat wajah mak cik yang dilanggarnya itu begitu tinggi. Mak cik yang tertunduk itu kini mendonggak.
       “Apa? Mak cik? Encik ni ada masalah penglihatan ke? Dahlah langgar orang. Rasa macam kena langgar dengan trak. Sakit ya maha tinggi!” amuk tukang cuci itu.
       “Lor...” hanya itu yang keluar dari mulut Nazmi. Tak payah layan. Buang masa ni. Nazmi terus berlalu pergi.
       “Oi!” Panggil Nia. Hatinya jadi bertambah ‘HOT’ bila lelaki itu pura-pura tidak mendengar panggilannya. Memang nak kena trak seorang ni. Memang nak kena. Aku akan cari rumah kau yang mana satu. Pembalasan akan kunjung tiba di rumah kau.
       Nia menyambung kembali kerjanya yang terganggu tadi. Nia asyik sekali melakukan tugasnya. Tiba-tiba telefon Nokia yang paling murah dia pernah beli di kedai. Fungsi hanya balas mesej dan jawab panggilan sahaja.
       “Assalamualaikum Mak cik Nia...” suara seorang lelaki memberi salah.
       Nak apa lagi la mamat ni telefon? Nia berwajah kelat.
       “Waalaikumusalam. Ada apa Encik Zizan?” Nia memang malas mahu melayan lelaki itu.
       “Apartment saya ni, mak cik tolong cuci ya? Saya pergi kerja dulu.” Kata Zizan. Talian diputuskan. Dahi Nia sudah berkerut.
       “Dia ni, sejak bila suka aku yang bersihkan rumah dia? Dia ingat aku ni apa? Aku ni tukang cucilah. Aduh! Lupa pula.” Nia tersengih. Nasib baik ada sebulan sahaja lagi dia  akan bekerja di sini.
       Perlahan-lahan Nia masuk ke dalam apartment yang sememangnya dia yang kena bersihkan tetapi dia kena pastikan tuan rumah tak ada masa tu. Inilah anak orang kaya. Mentang-mentang berduit, rumah pun nak orang lain yang cuci. Baguslah sangat.
       Setelah bersihkan apa yang patut, segera Nia keluar dari rumah tersebut.
*****
Nazmi memerhati sekelilingnya. Sah! Aku dah lambat. Macam mana ni? Apa yang perlu aku lakukan? Mana buah hati aku sudah membawa diri ni?
       Nazmi gelisah seorang diri. Akhirnya dia pulang ke apartmentnya dengan perasaan sedih.
       Kebetulan semasa Nazmi masuk ke dalam rumah, Nia baru sahaja keluar dari rumah seseorang selepas menjalankan tugasnya. Dia terkejut lalu cepat-cepat menyorok.
       “Kat sini rupanya markas yang aku cari tu? Jumpa juga akhirnya. Lelaki trak, tunggulah pengumuman perang daripada aku!” geram Nia. Dia tersenyum puas.
       Nia pulang ke rumah sewanya. Sakit seluruh badan. Bekerja sebagai seorang tukan sapu dan bersihkan rumah-rumah orang kaya, bukanlah satu  pekerjaan yang mudah.
       Nia mengambil Novel Maid yang baru dibelinya dua hari lalu. Sudah separuh dibacanya. Motis beli? Sebab kerjanya ala ala macam aku punya kerja. Bersihkan apartment orang. Nasib baik aku tak jumpa lagi tuan rumah yang bersiap ais batu macam tu.
       “Malas! Malas!” jerit Nia sambil bergulung atas katil. Dia meletak semula novel dibacanya tadi.
       “Malas apa?” tiba-tiba kawannya sebiliknya muncul, Tina. Nia tersengih.
       “Malas mandi...” mendatar sahaja suara Nia.
       “Tak senonoh!” amuk Tina.
       “Apa yang tak senonohnya? Bukannya aku buat maksiat atau apa-apa yang tak baik.” Balas Nia. Suka sangat dia melihat wajah Tina merah-merah gitu. Tina ni anti dengan orang tak mandi. Dia elergik. Kesian.
       “Dah! Pergi mandi okey? Tak kanlah kau nak aku yang mandikan?” sindir Tina tapi macam biasa, tak ada kesan pun dalam hatinya.
       Dia terus menuju ke bilik air. Tak sanggup melihatmuncung sahabatnya itu yang panjangnya mengalahkan muncung buaya hahaha
       Dalam ketawa ni, tiba-tiba Nia teringatkan lelaki trak tu. Banyak betul tiba-tiba. Lantaklah. Yang pasti kau kena esok! Nantikan sahaja.
       Nia tersenyum.
P/S : tunggu bab 2 pula. Harap bab 1 ni menarik. Jika ada kekurangan, sila komen..terima kasih.
      
5
Komen

Novel : Bos King Kong (Intro)

Novel: Bos King Kong
Bab 1
Haris berjalan dengan pantas. Dia sudah terlewat untuk berjumpa dengan kekasih hati. Pengajaran untuk dirinya hari ini jangan bangun lambat.
Tiba-tiba dia terlanggar seorang tukang sapu di lobi tempat apartment. Alamak! Dia juga terkejut. Dari mana pula mak cik ni muncul?
“Saya minta maaf mak cik. Saya nak cepat.” Pohon Haris. Keinginan untuk melihat wajah mak cik yang dilanggarnya itu begitu tinggi. Mak cik yang tertunduk itu kini mendonggak.
“Apa? Mak cik? Encik ni ada masalah penglihatan ke? Dahlah langgat orang macam kena langgar dengan trak. Sakit tau!” amuk tukang cuci itu.
“Lor...” hanya itu yang keluar dari mulut Haris. Tak payah layan. Buang masa ni. Haris terus berlalu pergi.
“Oi!” Panggil Damia. Hatinya jadi bertambah ‘HOT’ bila lelaki itu pura-pura tidak mendengar panggilannya. Memang nak kena trak seorang ni. Memang nak kena. Aku akan cari rumah kau yang mana satu. Pembalasan akan kunjung tiba di rumah kau.
Damia menyambung kembali kerjanya yang terganggu tadi.

tunggu sambungannya...alahai..bersemangat pula nak buat citer...sebab lawak hahahha nak gelak aje ria rasa...tunggu sambungannya...terima kasih..