Followers

Wednesday, 22 May 2013

10
Komen

2013 : CERPEN 3 : MAINAN CINTA (cerpen pendek)





Fyna mengesat peluh yang mengalir. Begitulah dia setiap hujung minggu, dia akan pergi bermain futsal.

“Hot la kau orang ni! Kali ni kita pasti menang!” Fyna memberi kata-kata semangat pada ahli kumpulannya. Kawan-kawannya hanya bersorak.

Selepas tamat permainan, Fyna berehat seketika sebelum melangkah pulang. Rasa dahaga pula tekak ni. Dia tercari-cari air di dalam beg galasnya.

“Nah!” ada seorang lelaki yang bolehlah dikatakan kacak juga menghulurkan air tin 100 plus.

Fyna mahu mengambilnya tetapi tidak sempat kerana lelaki berlagak macho itu menariknya semula. Dia mengerutkan dahi. Kalau tak nak bagi, jangan nak menyibuk kat sini. Geram Fyna sekadar dalam hati.

“Nak gurau pun tak boleh ke?” lelaki itu berkata. “Nah!”

Kali ini Fyna mengambilnya dengan pantas lalu membuka dan meneguknya. Wah, lega! Dia melihat lelaki yang duduk mencangkung depannya dengan muka yang pelik. Lelaki itu tiada tanda-tanda mahu beredar.

Kemudian, lelaki itu memanggilnya supaya rapat dengan mukanya. Dia mahu berbisik kot. Teka Fyna sendiri.

Fyna mendekatkan telinganya pada lelaki itu.

Chup!

Dengan selamba lelaki itu mencium pipinya. Darah Fyna terus naik ke muka kerana marah.

“Nama aku, Airiel... Airiel Ardi. Ingat tu!” Airiel terus berdiri. Dia gembira dapat mengusik gadis itu begitu.

Fyna yang terlalu marah dengan tindakan lelaki yang tidak bermoral itu bangun lalu memanggil lelaki itu.

“Encik Airiel Ardi...” manja sekali suara Fyna di pendengaran Airiel.

Airiel pun berpaling dengan senyuman yang manis.

Bukk!!

Fyna menumbuk tepat pada mulut Airiel yang begitu selamba mencium anak dara orang.

Gigi Airiel berdarah akibat tumbukan itu. Orang sekeliling pula terkejut melihat kejadian itu. Airiel benar-benar rasa malu.

Fyna terus tinggalkan Airiel yang terduduk itu.

“Airiel, kau okey?” kata kawan Airiel, Malik.

“Aku okey. Tak guna punya perempuan!” geram Airiel. Maruahnya dah tercalar.

Dua minggu Airiel mencari Fyna di gelanggang futsal itu tapi tak juga bertemu. Makin panas jiwa Airiel apabila teringat tumbukan perempuan itu. Perempuan itu mesti mendapatkan pembalasannya sebab buat aku malu.

Tiba-tiba dia menangkap wajah seseorang yang sedang berjalan melintasinya. Wajah itu seakan dia kenal. Perlahan-lahan dia mengekori perempuan itu.

“Kan cantik Fyna pakai baju kurung.” Puji Mak Cik Jemah.

“Fyna dah memang cantik.”

“Cantik memang cantik. Kalau pakai pakaian jantan tu, dah tak nampak perempuan dah.” Perli Mak Cik Jemah.

“Ala sekali sekala. Okey kita dah habis ajar Aisyah. Kita nak gi main bola jap.”

“Pergilah nak!”

Fyna terus berjalan tanpa dia sedari yang Airiel mengekorinya.

Rambutnya yang panjang di sanggul tinggi. Kain baju kurung ditanggalkannya. Dia sudah lengkap pakai seluar strack di dalam. Dia mengeluarkan bola keranjang yang berada dalam begnya.

Fyna mula melantunkan bola dan terus masuk ke dalam jaring bola keranjang. Puas hatinya setiap kali dapat menjaringkan gol. Tiba-tiba jaringannya kali ini ditepis seseorang.

“Kau!” tinggi suara Fyna apabila melihat Airiel menepis jaringannya.

“Kalau kau boleh kalahkan aku, aku belanja kau makan dan kalau kau kalah, kau kena jadi kekasih aku.” tawar Airiel.

Fyna tersenyum nipis. Dia malas mahu melayan Airiel.

“Baiklah!” Fyna sahut juga cabaran itu.

Setengah jam kemudian.

“Amacam, seronok tak kalah?” perli Airiel. Dia gembira dapat kalahkan perempuan depannya.

“Seronok juga.” Fyna berehat seketika. Dia mengeluarkan satu tin 100 plus tetapi pantas Airiel merampasnya. Dahi Fyna berkerut.

Dia membuka air tin tersebut dan mengambil gelungnya. Tangan Fyna disambarnya lalu disarungnya gelung itu di jari manis Fyna.

“Wei!” marah Fyna.

“Cincin cinta kita!”

“Mengarut!” tegas Fyna. “Tengok ni! Dah terlekat benda ni kat jari aku ni.” makin marah Fyna.

“Ha Ha Ha...” Airiel ketawa. Dia rasa lucu sangat apabila melihat Fyna marah begitu.

Kali pertama Fyna rasa tenang mendengar tawa lelaki di depannya ini. Tawanya benar-benar mendamaikan hatinya.

“Okeylah, Aku balik dulu. Dah nak Maghrib ni.” Fyna bangun dan menyarung semula kain baju kurungnya.

Airiel hanya perhatikan sahaja.

“Jangan lupa solat.”

“Hmm...” selama ini pun aku tak pernah solat dan tak pernah juga orang tegur pasal aku tak solat ke tak.

Keesokan harinya, Airiel menanti Fyna pulang dari kerjanya.

Pit!

Hon kereta Airiel berbunyi

“Kau lagi!”

“Kau kena tunaikan janji semalam yang kau akan jadi kekasih aku.” kata Airiel.

“Yelah!” Fyna setuju. “Kau nak bawa aku ke mana ni?”

“Shopping. Kau mesti cantik malam ni. Aku nak bawa kau jumpa kawan aku.” kata Airiel lagi. Dia tersenyum manis.

“Okey.”

“Macam mana aku nak hubungi kau.” Soal Airiel. “Mana telefon kau.”

“Aku tak guna telefon.”

“Gila ke? Zaman moden macam ni kau tak guna telefon?”

“Lecehlah! Siapa yang nak call aku. Aku malas nak layan la.”

“Aku! Aku nak call kau! Jom pergi beli telefon untuk kau.” Mereka berdua masuk ke kedai telefon bimbit.

“Kau pilihlah nak yang mana.”

“Baiklah! Amoi, saya mahu nokia yang harga RM69 tu?” arah Fyna. Yang tu mudah nak guna, call dan mesej je.

“Mengarut! Amoi, bagi yang samsung warna putih yang harga RM999.” Arah Airiel pula.

Fyna mengeluh. Gila ke dia ni? Nak buat apa telefon mahal-mahal.

Selepas membeli telefon bimbit, Airiel membawa Fyna membeli pakaian. Lengkap, dari penghiasan rambut, pakaian, kasut dan sebagainya. Memang gila betul si Airiel ni. tapi paling mahal cincin berlian ni...

Akhirnya selesai juga.

“Malam ni kita jumpa kat rumah aku. Ini alamatnya, jangan lupa pakai baju tu ye?”

“Okey.”

Airiel terus menghilang.

Fyna hanya melihat kereta Airiel memecut meninggalkannya di hadapan rumah palsunya. Dia tersenyum makna. Ada hati nak kenakan aku, Airiel. Barang shopping yang dibelikan oleh Airiel, Fyna membuangnya ke dalam tong sampah besar yang ada berhampiran.

Dia ada rancangan lebih hebat dari Airiel.

*****

Airiel menanti dengan perasaan gelisah.

“Aku dah cakap, dia takkan datang. Taruhan tu aku menang! Cek RM10 ribu menjadi kepunyaan aku.” Malik berkata sambil merampas cek itu dari tangan Airiel.

“Aku yakin dia datang.” Airiel setia menanti di ruang halaman rumahnya yang penuh dengan tetamu.

Airiel menghubungi Fyna tetapi tiada jawapan. Geram! Rasa mahu baling telefon. Apa guna aku belikan dia telefon tapi tak nak dijawabnya.

“Eh, tu bukan Fyna ke?” Malik menunjukkan pada seorang perempuan berpakaian tomboi.

Fyna berjalan selamba ke arah Airiel sambil dia mencampak telefon bimbit yang lelaki itu beli ke dalam kolam renang.

Makin geram Airiel melihat tingkah laku Fyna.

Apabila hampir dengan Airiel, Fyna menarik kolar baju lelaki itu agar rapat dengannya.

“Kau ingat aku akan tertipu dengan lelaki macam kau! Sorry okey! Cari perempuan lain.” Fyna menolak tubuh Airiel. “Cek ni!” Fyna mengambilnya dari Malik lalu dia koyakkan.

“Cincin ni memang cantik tapi tak sesuai untuk aku!” dia membaling cincin itu masuk dalam kolam renang itu.

Airiel seratus peratus tergamam. Tidak mampu berkata apa.

Fyna menghampiri wajah Airiel lalu berbisik. “Usah bercinta jika ia untuk melukai.” Fyna terus meninggalkan Airiel.

“Tak guna!” Airiel mengamuk.

*****

Beberapa minggu kemudian, Airiel masih terganggu dengan apa yang Fyna buat padanya. Dia rasa tercabar. Perasaan tercabar itu membuat dia mahu memiliki Fyna secara sah. Aku nak kahwin dengan Fyna.

Airiel berusaha mendapatkan alamat rumah Fyna. Rupa-rupanya tempat dia hantar Fyna tu bukan rumahnya. Nanar Airiel untuk mencarinya. Dia cuba mencari Mak Cik Jemah dan meminta alamat Fyna di kampung. Mujur mak cik tua itu sudi nak bagi sebab mukanya kacak. Nasib baik!

Airiel mencari Fyna di kampung.

“Ini rumah Fyna ke?” soal Airiel pada salah seorang di situ. Dia pelik melihat ramai yang berkumpul di rumah itu.

“Ya...”

“Fyna mana pak cik?”

“Fyna? Anak tak tahu lagi ke yang Fyna dah meninggal dunia.”

Lemah longlai lutut Airiel. Segala dendam kesumat untuk gadis itu bagaikan terus hilang. Hanya kenangan dia bersama Fyna dalam ingatannya.

“Usah bercinta jika ia untuk melukai!” Airiel teringat kata-kata terakhir Fyna untuknya. Airiel akui yang dia selalu mainkan cinta orang lain. Buat tidak peduli sahaja pada mereka. Kini apabila Fyna tiada, dia rasa lemah dan sakit hati. Kenapa gadis itu perlu pergi dan dia harus rasa bagaimana mainkan cinta orang. Dia sudah rasa kepedihan hati dipermainkan.

*****

Airiel merenung kubur arwah Fyna. Sudah dua tahun orang itu pergi. Walaupun dah dua tahun pergi tapi dia perlu pergi juga di sini hampir setiap bulan.

“Abang, buat apa berdiri kat situ. Jomlah baca yassiin untuk arwah kakak saya ni.” isterinya memanggil Airiel.

“Yelah! Sabarlah! Nak ambik tikar ni.” terburu-buru Airiel melangkah. Memang benar, jika kita bercinta bukan untuk dilukai, pasti bahagia yang dikecapi. Dia dah rasa perasaan itu.

Selesai baca yasiin dan berdoa, mereka berdua bergerak untuk pulang.

“Fyna, terima kasih!” ucap Airiel.

“Eh, kenapa nak ucap terima kasih?”

“Sebab bukan Fyna Eyna yang pergi tapi Fyna Afikah yang pergi.” Airiel berkata.

“Sedapnya dia kata begitu. Itu kakak kandung Fyna la. Tapi ada orang tu hampir pengsan masa tu. Nasib baik saya kenal encik abang ni.”

“Sampai hati kata abang macam tu.”

“Hati saya dah awak ambik.” Kata Fyna. “Bini awak ni dah tak ada hati.” Gurau Fyna.

“Yelah. Kita juga yang kena!” Airiel membuat muncung.

Eh, pelik betul lelaki buat muncung! Keluh Fyna.

“Jom main bola keranjang!”

“Okey gak!”

Mereka berdua sudah berada di gelanggang bola keranjang mereka bermain untuk pertama kali.

“Kali ni kalau sayang kalah, sayang kena bagi abang 10 orang baby.”

“Boleh aje, kita ambil anak angkat ye?” gurau Fyna.

“Eh, apa anak angkat pula! Zuriat abang sendiri la.” Marah Airiel. Nak anak angkat pula. Macam la bini aku ni tak mampu bagi anak.

“Tak ada benda lain yang best sikit ke?”

“Kalau macam tu, Fyna yang buat perjanjian.”

“Okeylah, kalau Fyna menang, Fyna nak abang simpan janggut, baru kacak.” Fyna tersenyum.

“Janggut? Geli leher abang kalau ada janggut,”

“Simpan janggut tu dapat pahala la abang. Tak kira! Fyna nak abang ada janggut.”

“Baiklah sayang!”

“Jom!” jerit Fyna kegembiraan.



P/S : So, lain kali kalau kita tak suka orang tu, jujur la. Jangan sampai kita lukai hati orang yang suka pada kita. Sebab suatu hari nanti perkara itu akan berlaku pada kita juga. Percaya tak?









Monday, 13 May 2013

36
Komen

TEMA FANTASI : SUAMIKU VAMPIRE 3




 Pesanan : Novel kali ini bertema fantasi dan bukan realiti. tidak berkaitan dengan sesiapa pun. Jika anda TIDAK SUKA novel bertema FANTASI. jangan susahkan diri membaca penulisan ini. Ia hanya mengundang ketidakselesaan anda juga. terima kasih pada yang sukakan tema ini.


Wajah keliru Lidya dipandang oleh Danish. Rasa kasihan pada buah hatinya itu. Lidya tidak seharusnya terlibat dalam pergaduhannya dengan Zafri.

“Sayang jangan takut.” Pujuk Danish. “Ini urusan saya dengan dia. Sayang jangan masuk campur, okey!” Danish tahu yang Lidya pasti terkejut dengan apa yang terjadi.

Danish tinggalkan Lidya di situ dan menghadapi Darguis. Siap kau! Kacau aku date dengan Lidya ya. Mati kau! Marah  Danish dalam hati.



Danish mengeluarkan pisau kecil miliknya sejak dia berusia 9 tahun lagi. Arwah ayahnya berikan padanya. Ia amat tajam dan boleh memotong apa sahaja.
“Ini untuk kau sebab dah menyerang buah hati aku.” Danish menghayunkan pisaunya ke arah Darguis dan tangan Darguis terpotong. Segala-galanya berlaku sangat pantas.
Darguis selamba sahaja. Tiada tanda yang dia rasa sakit. Beberapa saat kemudian, tangan baru tumbuh semula.
Danish tersenyum. Hebat juga lawan aku malam ni.
Zafri pula sedang duduk dan menjadi penonton setia. Dia ingin menyaksikan kematian Danish. Danish masih tidak tahu yang kuasa dan kekuatan Zafri sudah bertambah. Dia seorang yang berbeza kini.
Sempat Zafri memerhati perempuan yang dilindungi oleh Danish. Menarik!
Danish cuba menghampiri Darguis. Kuasa peniruannya hanya berlaku apabila dia bersentuhan dengan pihak musuh.
Darguis mengelak dan dia melepaskan lagi power Dark. Nasib baik Danish sempat mengelak.

Lidya pula kerana terlalu takut, dia cuba bergerak ke tempat lain. Dia melalui belakang Danish tetapi rebah di situ. Kakinya benar-benar sakit. Danish perasan pergerakan Lidya pada masa yang sama Darguis melepaskan lagi power Dark.
Jika aku mengelak, pasti Lidya yang kena. Tanpa berfikir panjang Danish berpaling dan berlari ke arah Lidya lantas memeluk tubuh kekasihnya itu. Dia mahu melindungi Lidya.
Danish terkena Power Dark. Baju bahagian belakangnya koyak. Lidya tergamam. Lelaki ni lindungi aku? Lidya tidak menyangka ini yang berlaku.
“Sayang tak apa-apa?” soal Danish. Dia meleraikan pelukannya. Ingin sekali hatinya melihat wajah Lidya tersenyum.
Lidya hanya mampu merenung Danish sahaja. Dia tidak pasti mahu menjawab apa sedangkan banyak darah mengalir dari mulut Danish.
“Sayang jawablah. Sekurang-kurangnya hati saya lebih tenang.” Pujuk Danish.
“Saya okey...” akhirnya Lidya jawab.
Danish tersenyum. Dia menggunakan kuasa penyembuhnya. Tetapi mengambil masa. Darguis tidak berdiam diri, dia terus menyerang Danish.
“Blades wind!” tiba-tiba tubuh Darguis keluar pisau yang banyak.
Danish perlu mengelak  serangan ini. dengan tenaga yang masih ada. Dia mencempung tubuh Lidya lagi ke tempat selamat.
“Boleh tak saya minta tolong?” Tenaga dia tidak mungkin akan sembuh dalam masa yang cepat. Dia perlukan sesuatu yang lebih berkuasa.
“Tolong apa?” Lidya keliru. Dia merenung mata Danish yang kelihatan makin merah pula. Dia menelan liur.
“Tolong beri darah sayang sikit. Setitik dah mampu buat kuasa saya kembali.”  Kata Danish penuh yakin. itulah kelebihan yang diberikan. Hanya setitik sahaja sudah mampu buat dia berkuasa kembali. Cuma yang menjadi masalah, mampukah dia mengawal nafsu dahagakan darah jika sudah menghisapnya.
Lidya tergamam.
Hanya itu jalan penyelamat dan memulihkan kembali kuasa Danish. Tanpa menunggu jawapan dari Lidya, Danish terus mengeluarkan pisau dan lukakan sedikit jari Lidya.
Lidya terkejut lalu pengsan.

Selepas itu Danish titiskan darah itu ke tapak tangannya. Dia tidak boleh menghisapnya terus di jari Lidya kerana bimbang dia tidak dapat mengawal dirinya.
Zafri menarik nafasnya. Bau darah yang membuat dirinya tertarik. Zafri tersenyum. Sudah lama dia tidak menghisap darah manusia. Dia merenung Lidya yang pengsan itu.
Danish kembali bertenaga. Kali ini dia menggunakan kuasa penyerangnya iaitu bergerak pantas. Sekelip mata sahaja Danish berada dekat dengan Darguis. Dia sempat menyentuh Darguis untuk meniru kuasa milik Darguis.
Pantas Danish menumbuk wajah Dargui. Darguis terpelanting jauh ke belakang. Belum sempat Darguis jatuh ke tanah, Danish sudah ke situ dan menumbuk lagi Darguis ke tanah. Danish duduk atas Darguis yang sudah lemah akibat tumbukannya.
“Kesejukan yang sebati dalam diriku, aku menyeru kuasamu, musnahkan ia yang menghalang aku! Keluarlah Aiim!” Sesuatu keluar dari tubuh Danish lalu masuk ke dalam tubuh Darguis. Sekelip mata Darguis menjadi beku dan Danish menumbuknya lalu pecah berderai.
“Selesai juga!”
Danish memandang Zafri yang berada agak jauh darinya.
Zafri tersenyum lalu menghilang.
Danish tidak mempedulikan lagii Zafri. Lidya lagi penting. “Lidya!” Danish menghampiri Lidya.

“Danish!” Zafri menyebut nama musuhnya. Perlahan-lahan menggosok dadanya dan sedikit demi sedikit tulang keluar dari tubuhnya. Dia mencabut satu tulang tersebut dan dijampinya.
“Keluarlah kau!” Zafri menggigit jarinya dan keluarkan sedikit darah lalu disalutkan pada tulangnya kecil itu. Dia mencampakkan tulang itu ke udara lalu terbentuk satu lembaga. “Wan Shan!” arahnya lagi.
Wan Shan melutut.
Lembaga itu membentuk seperti kanak-kanak tetapi berwajah tengkorak. Wan Shan mempunyai rambut berwarna putih. Berbaju gaun putih. Kuasa Wan Shan ialah boleh berubah rupa. Dia boleh menyamar sesiapa sahaja.
“Wan Shan, kau pergilah laksanakan rancangan aku. Pergi!” arah Zafri.
“Baiklah tuan!” Sekelip mata Wan Shan menghilang.

Lidya tersedar. Rupanya hari sudah siang. Dia rasa tubuhnya lemah. Kepalanya juga rasa pening. Dia menelan liur apabila teringat peristiwa semalam. Pantas dia melihat jarinya. Ada kesan luka. Hatinya makin berdebar.
Dia bangun dan memandangnya ke dalam cermin.
“Alya...”
“Kau memalukan aku semalam,” ada suara lain yang berkata dalam dirinya.
“Kenapa?”
“Lelaki yang lemah macam tu kau tak boleh lawan. Kenapa kau tak seru sahaja aku.” marah Alya.
“Tak boleh! Kalau kau jadi aku, kau tak terkawal. Kau akan jadi bebas dan itu bukan diri aku!” Lidya tidak akan benarkan dirinya lagi satu menguasainya.
“Aku adalah kekuatan kau. Kau tak boleh kurung aku macam ni.” marah Alya.
“Tapi pukul 9 pagi nanti adalah masa aku dilahirkan. Kau boleh keluar bebas pada masa tu.” Lidya melihat jam dinding. Lagi beberapa minit sahaja Alya sudah boleh keluar bebas.
“Setahun sekali je aku boleh keluar. Bosan!”
“Diamlah!” Lidya terus bergerak ke tingkap yang terbuka luas.
“Kau jangan nak mengelak!” Alya masih tidak puas hati. Di mana ada cermin atau bayangan, di situ akan ada Alya.

“Eh, sayang saya dah bangun!” tiba-tiba Danish muncul. Ada senyuman manis di wajahnya. Cahaya yang masuk melalui tingkap itu membuat kepala Danish sedikit pening. Pantas dia menarik serkup jaket belakangnya menutup kepalanya.
“Awak!” mata Lidya terkebil.
“Lelaki ni ada lagi. Tak guna!” marah Alya. Hanya Lidya sahaja boleh mendengar suara Alya. “ Cepat Lidya, bagi aku keluar. Cepat! Aku nak belasah lelaki tak guna ni!”
Lidya pura-pura tidak mendengarnya. Dia hanya memandang Danish yang sedang memegang dulang yang ada makanan. Mungkin sarapan untuknya.
“Baringlah lagi. Sayang kena rehat banyak.” Nasihat Danish. “Tapi kalau sayang nak baring tu, ajak la saya sekali.” Danish mula menggatal. Dia tersenyum nakal.
Dahi Lidya berkerut. Dia tak faham gurauan seperti itu.
“Boleh tutup tingkap tu tak?” pinta Danish. Kepalanya boleh pening jika nampak cahaya matahari.
Lidya menutup tingkap itu lalu menarik langsirnya. Dia pun berbaring. Rasa malas pula saat ini.
Danish yang masih melawan rasa peningnya lalu rebah atas katil selepas meletakkan dulang makanan atas meja lampu tidur.
“Hey!” Lidya tersekejut.
“Peninglah!” Danish tersenyum lalu dia memeluk pinggang Lidya. Rasa tenang. Bau badan Lidya membuat dia tertarik untuk dimanjai. Dia memejamkan mata. Menikmati bau Lidya yang membuatkan dia rasa selesa.
DAnish merenung mata Lidya yang berwarna biru lembut itu. Sangat menawan dan nampak lembut.
“Lelaki miang!” Lidya menolak Danish dan berlari keluar dari biliknya sendiri. Danish tersengih.

Ibunya keluar ke bandar selama seminggu untuk menempah kain untuk kedai mereka. Itu pasal Danish sesuka hati masuk ke biliknya.
“Sayang, nak lari mana?” Danish makin nakal.
“Tak ada makna aku nak lari!” ada suara yang cukup kasar bahasanya.
Danish tergamam. Warna mata Lidya sudah berubah kepada warna merah. Dah macam warna mata aku.
“Lidya...” Danish menyebut nama buah hatinya.
“Lidya tu dah tidur. Ini Alya!” perempuan yang menyerupai Lidya itu mengakui namanya Alya.
“Apa kau dah buat dengan kekasih aku!” Danish rasa mahu marah tapi dia menghampiri Alya. Alya juga ada bau badan Lidya. Adakah mereka orang yang sama? Danish mula keliru.
Serentak itu, Alya menumbuk muka macho Danish.
Alya tersenyum Sinis. “Kau nak jadi kucing parsi ke?” soal Alya. “Gaya hidu dah ada gaya kucing!” perli Alya.
Danish bergerak ke belakang akibat tumbukan Alya yang kuat. Dia tersenyum puas.
Alya makin gembira. Dia dapat juga tumbuk muka lelaki yang malukannya semalam.
“Kalau jadi kucing kau, aku rela... meow!” Danish buat bunyi kucing yang geram.
Terus menegak bulu roma Alya. Betapa dia geli dengan ayat-ayat jiwang dan entah apa-apa itu.
“Malas aku mahu layan kau! Hari ni aku bebas. Lebih baik aku buat apa yang aku suka!” Alya berjalan keluar dari rumah. Dia rindu sangat untuk berjalan bebas seperti ini.
“Untuk sayang!” muncul Danish lagi dengan serkup jaketnya di kepala. Danish hulurkan sekuntum bunga mawar merah pada Alya tanda cintanya.
“Tak romantik langsung bagi bunga! Bagilah benda lain!” Alya membuang bunga tersebut dalam longkang.
Danish hanya mampu memandang. Tak romantik ke? Bukan ke perempuan suka bunga. Dia pula yang gembira.
“Kalau macam tu saya bagi diri saya pada sayang...” Danish tersengih.
“Itu lagi entah apa-apa.” Alya terus berjaya.
“Apa lagi yang sayang mahukan? Baik pergi makan aiskrim macam ni.” kata Danish. Walaupun dia vampire tetapi dia boleh makan makanan manusia tetapi hanya yang sejuk-sejuk sahaja kerana elemen kuasa utamanya ialah sejuk.
“Aiskrim? Nak! Yang itu baru berfaedah.” Alya tersenyum gembira. Dia mengikut langkah Danish.
Tanpa mereka berdua sedari, ada seseorang yang memerhatinya dari jauh. Dia menunggu waktu malam untuk memulakan operasinya.
Bersambung : siapa yang memerhati mereka? apa pula yang akan berlaku? Apa yang Wan Shan akan lakukan? apa pula aktiviti Danish dan Alya? adakah Alya akan jatuh cinta pada Danish kerana sikap danish yang baik dan penyanyang itu? apa lagi, komen la..target komen kali ni 70....selamat berkomen ok? insya allah pasti akan ada sambungannya....tunggu sahaja..