Followers

Friday 30 August 2013

12
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 11



Bab 11

Puan Faridah termenung mengenangkan nasib dirinya. Pertemuannya dengan Tengku Zam Hairil sedikit sebanyak mampu membuat dirinya gembira. Dua hari yang lalu, dia ke rumah sewa anak lelakinya itu. Dia terdengar perbualan jiran sebelah.

"Kau pergi majlis kahwin Zam?"

"Mestilah pergi. Sabak Bernam tu bukannya jauh sangat. Lagi pun aku dengar dia kahwin dengan penulis." Kata seorang wanita sederhana.

"Penulis? Mesti cantik..."

Puan Faridah cepat-cepat beredar dari situ. Patutlah aku dah tiga hari tak nampak Zam balik ke rumah sewa ini. Minggu lepas pun aku ternampak Zam beli perabot rak buku yang baru. Mungkin untuk isterinya.

Dia terus berlalu.

"Faridah..." panggil pemandu teksi itu.

Panggilan itu membuat Puan Faridah tersedar.

"Terima kasih abang Samad. Tanpa abang, tak sampai saya ke sini." mendung wajah Puan Faridah.

"Sampai bila kau nak begini. Aku tak sanggup melihat kau dihina oleh anak yang tak sedar diri tu..." Samad memang geram dengan sikap Puan Faridah yang suka mendiamkan diri.

"Sudahlah Samad..." dia terus memandang ke luar tingkap. Ingin melupakan segala yang berlaku.



*****



Tengku Zam Hairil cuba tersenyum. Dia tidak kenal orang di kampung ini. Dia hanya mengikut Zizan sahaja.

"Selamat pengantin baru..." tegur tuan kedai tersebut.

Tengku Zam Hairil senyum tanda hormat pada orang yang lebih tua. "Terima kasih pak cik," ramahnya. Dia suka orang yang memberi perhatian pada dirinya yang akan membuat dia rasa selesa.

"Zam nak minum apa?" soal Zizan.

"Zam...." entah mengapa Tengku Zam Hairil begitu perlahan untuk bercakap.

"Abang tahu! Tongkat Ali kan?" teka Zizan. "Pak cik, bagi satu air tongkat ali untuk pengantin baru kita. Buat yang kaw kaw punya!" Zizan tersenyum lebar.

"Abang, saya tak minum air tu..."

"Pengantin baru kena minum. Tambahan ni kan malam pertama kamu." bisik Zizan perlahan. Dia suka melihat air muka Tengku Zam Hairil yang begitu naif. Nampak suci je.

Telinga Tengku Zam Hairil terus merah. Malu.

Selepas minum dan berbual sekejap, Zizan minta balik awal demi pengantin baru. Makin malu yang Tengku Zam Hairil rasakan.

"Baik-baik tidur, abang pergi tidur dulu." Zizan menepuk bahu Tengku Zam Hairil. Dia pula yang terover gembira untuk mereka berdua. Tersenyum lebar dibuatnya. Dia terus meninggalkan adik iparnya di depan pintu bilik pengantin.

Perlahan pintu bilik di buka.

"Zati tak ada pula. Baik aku tidur awal." Tengku Zam Hairil gembira. Lantas dia menghampiri begnya. Dibuka zip dan mengeluarkan sesuatu. Dipeluk lembut olehnya. Dia terus berbaring atas katil. Begitu lena tidurnya. Begitulah Tengku Zam Hairil. Jika dapat memeluk benda itu, lenanya mudah sahaja datang.

Izz Izzati baru sahaja berbual dengan sepupunya. Tersentak apabila masuk ke bilik tersebut.

Itu TengkuSuami aku kan? Memang tak salah lagi ni. Izz Izzati menghampiri suaminya yang kini berbaring membelakanginya. Dia berjalan ke arah katil sebelah sana.

Apa benda yang Tengku peluk ni? Aku salah tengok ke? Baik aku pakai cermin mata untuk mendapatkan kepastian.

Hatinya berdebar hebat. Pelbagai andaian yang muncul di benaknya. Makin lama renungan matanya semakin menghampiri Tengku Zam Hairil yang sedang terbaring itu. Hanya seinci sahaja yang memisahkan jarak wajah mereka. Benda tu dah sama besar dengan muka Tengku aku tengok.

Tengku Zam Hairil mula rasa tidak selesa. Dia rasa ada yang memerhatinya. Perlahan kelopak matanya dibuka.

Mata mereka saling bertatapan saat itu.

"Zati!" Tengku Zam Hairil terkejut. Wajah Izz Izzati yang begitu hampir dengannya membuatkan hatinya berdebar lain macam.

"Tengku, apa yang Tengku peluk tu?" akhirnya Izz Izzati bertanya juga.

"Oh, ini teddy bear." Tengku Zam Hairil bercakap lagaknya seperti seorang guru. Tanpa rasa bersalah dengan apa yang dilakukan.

"Tidak..." Izz Izzati pelik.

"Apa yang tidak?"

"Tiada apa-apa." Izz Izzati tersenyum kembali.

Tengku Zam Hairil merenung wajah isterinya yang baru di nikahinya itu. Izz Izzati. Sedap nama tu. Baru aku sedar. Walaupun dia berkulit gelap sedikit tetapi sedap mata aku memandangnya. Sekali dia senyum, tergamam aku dibuatnya.

“Tengku...” panggil Izz Izzati apabila melihat Tengku Zam Hairil merenung tajam ke arahnya.

“Eh, masih bertengku-tengku dengan saya walaupun dah kahwin ni?” Sejak siang tadi Tengku Zam Hairil mahu menanyakan soalan itu. Sebelum kahwin panggil begitu, tidak mengapa. Ini lepas kahwin, rasa lain pula jika masih dipanggil begitu.

Izz Izzati tersengih.

“Sebenarnya saya suka nama tengku itu. Tak sangka suami saya ni ada gelaran itu. Selalu baca dalam novel je.” Jelas Izz Izzati. Serius! Aku mana pernah ada kawan yang berpangkat tengku. Dulu aku berangan dalam penulisan aku sahaja yang aku ada kekasih bergelar tengku. Ini tak pasal-pasal jadi laki aku. Jodoh kot.

“Ish, tak kena betul isteri panggil suaminya tengku. Panggil saya, abanglah.” Cadang Tengku Zam Hairil.

“Oh, tak boleh! Kan kita ada perjanjian yang kita akan berkawan selama enam bulan untuk mengenali hati budi masing-masing dulu. Awak perlukan saya dan saya perlukan awak.” Izz Izzati ingatkan Tengku Zam Hairil mengenai perjanjian yang mereka buat sebelum berkahwin memandangkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

“Macam kahwin paksa pula.” Tengku Zam Hairil mengeluh. Dia memeluk teddy bear yang berada di sisinya. Saiz teddy bear itu agak besar juga.

Dahi Izz Izzati berkerut melihat tingkah laku suaminya. Dah besar gajah pun peluk teddy bear. Biar betul ni!

“Tengku, saya keluar sekejap. Nak tengok mak saya buat apa...” Izz Izzati ingin bangun dari terus duduk di birai katil itu.

“Nanti!” pantas tangan Tengku Zam Hairil menyambar pergelangan Izz Izzati. Kini, mata mereka saling bertentangan. Hati Izz Izzati bergetar hebat dengan renungan suaminya.

“Ya...” Izz Izzati berani bersuara.

“Buatkan saya air milo panas.” Pinta Tengku Zam Hairil.

“Baiklah!” jawap Izz Izzati. Dia membuat muka pelik kerana suaminya itu tiada tanda-tanda mahu melepaskan lengannya. “Tengku tunggu sini, saya pergi buat.”

“Okey...”

“Tapi...”

“Tapi apa? Awak tak pandai buat air milo ke?” sengaja Tengku Zam Hairil mengusik.

“Eh, tak! Tengku masih pegang lengan saya ni.”

Tengku Zam Hairil terpana. Dia memang tidak perasan akan tindakkannya itu. Pantas dia melepaskan pegangannya. Wajahnya merah akibat malu. Dia terus berbaring dan memeluk kembali teddy bear kegemarannya.

Pelik! Hanya itu sahaja dalam fikiran Izz Izzati. Dia terus berlalu pergi ke dapur.

Telefon bimbit Izz Izzati berbunyi semasa dia membuat minuman untuk suami.

"Assalamualaikum...."

"Tahniah! Selamat pengantin baru." Alyas ucapkan. Tidak sanggup dia ke majlis perkahwinan gadis yang dicintainya itu. Kecewa dan kecewa yang dirasainya.

"Ye pun jawab la salam aku tu. Terima kasih kawan."

Mereka berdua berbual seketika tetapi seketika menjadi perbualan itu makin panjang dan serius. Izz Izzati mula rasa tidak sedap hati.

"Zati sihat tak" soal Alyas. Rindu benar dia pada gadis ini.

"Terlebih sihat ni. Susah dah nak turun. Tambah-tambah dah kahwin ni." Izz Izzati bersikap ceria.

"Kau ni Zati..." Alyas ketawa di hujung talian.

"Betul la. Bak kata orang turun senang tapi bila dah naik, petik jari je, boleh makin naik terus." Izz Izzati ketawa kecil.

"Aku sukakan kau, Zati." Tiba-tiba Alyas berkata begitu.

Tersentak Izz Izzati.

"Zati!" Panggil Tengku Zam Hairil apabila Izz Izzati mengambil masa yang lama untuk membuat minuman.

"Maaf, suami aku panggil tu. Nanti kita berbual lagi..." pantas Izz Izzati tamatkan panggilan. Entah mengapa dia takut pula nak berjumpa dengan Alyas.

"Awak okey ke, Zati? Saya panggil awak, awak diam je."

"Tengku! Maaf! Air Tengku dah lama siap." Izz Izzati tidak menjawap pertanyaan suaminya.

"Teman saya minum, boleh tak?" pinta Tengku Zam Hairil.

Izz Izzati angguk. Dia duduk di sebelah Tengku Zam Hairil.

Sengaja Tengku Zam Hairil minum lambat-lambat. Al-maklumlah nak mengelak malam pertama.

Mata Izz Izzati pula makin lama makin layu. Akhirnya dia terlentok dibahu Tengku Zam Hairil.

Tengku Zam Hairil hanya tersenyum. Tentu Zati penat hari ni. Dia biarkan sahaja dan cuba habiskan air milo yang dibuat oleh isterinya. Agak manis.

Dia mencembung tubuh isterinya. Ketika dia melalui ke ruang tamu, Zizan keluar dari biliknya. Terkejut juga melihat Izz Izzati di pangku begitu.

"Tertidur di dapur." bisik Tengku ZAm Hairi.

"Oh..." Zizan terus berlalu ke dapur untuk ke bilik air.

Tengku Zam Hairil membaringkan Izz Izzati di katil. Dia juga berbaring tetapi memeluk teddy bear. Nasib baik Zati tak cakap apa-apa mengenai teddy bear ni. Dia merenung lagi wajah Izz Izzati.

Gelora dalam hatinya mula muncul. Walaupun wajah itu tidaklah secantik wanita lain tetapi cukup mendamaikan hatinya tiap kali dia lihat.

"Zati, terima kasih hadir dalam hidup saya. Kerana awak, hubungan saya dengan ayah awak semakin rapat. Sungguh indah kasih sayang mereka." Fikiran TEngku Zam Hairil membayangkan encik Azlan, Puan Zalimah dan Zizan. Kasih sayang mereka amat didambakan.

"Kasih sayang Zati?" tiba-tiba ada suara yang kedengaran. Bukan suara Zati tapi suara siapa?

"Ini suara hati kau."

"Kasih sayang Zati?" makin lama dia merenung wajah Izz Izzati yang tidur tidak sedarkan diri. Mungkin gadis itu terlalu letih kot.

Tangan Tengku Zam Hairil menyelak rambut yang menutup sedikit wajah isterinya.

"Aku harap suatu hari aku akan jatuh cinta pada dia. Sekarang aku bersama dia kerana aku rasa aku bertanggungjawab ke atasnya. Maafkan aku, Zati."

Tengku Zam Hairil menarik selimut untuk Izz Izzati. Lantas dia membelakangi isterinya sambil memeluk teddy bear itu.

"Semoga Feya datang ke dalam mimpiku." Dia terlelap.

P/S : SEMOGA TERhibur membaca bab kali ini...hmm pertama kali nak ucap selamat hari merderka!!! merdeka! hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar. hihi okey saya akan sambung bab 12 pada hari isnin pula...sabar menanti...jangan lupa komen. terima kasih....

Thursday 29 August 2013

10
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 10


Bab 10

Selepas solat Asar, Izz Izzati dan Tengku Zam Hairil keluar dari kamarnya. Ketika itu kebanyakkan tetamu sudah beransur pulang. Biasanya masa makan ditetapkan sehingga pukul tiga sahaja. Kini sudah jam lima. Suasana masih meriah.

"Sabak Bernam ni terkenal dengan tempat sawah padi yang cantik," kata Zizan. Dia ajak adik dan adik iparnya berbual.

"So..." Izz Izzati malas betul mahu melayan kata-kata Zizan. Sejak dia sudah sah menjadi isteri, Zizan tidak habis-habis mahu mengusiknya. Geram sungguhlah!

"So, abang nak ajak Zam dan adik ambil gambar pengantin di tepi sawah padi." Zizan tersenyum penuh makna.

"Nak!" Izz Izzati tidak sabar.

Zizan sudah menjangka yang adiknya akan bersetuju kerana adiknya memang suka bergambar.

"Zam pula?"

"Entahlah!" Tengku Zam Hairil keliru. Sejak Feya pergi meninggalkannya, dia tidak pernah bergambar. Gambar hanya membuat dia teringat kenangan lalu.

"Adik, kalau suami tak izinkan, adik tak boleh ikut.." Zizan ingatkan adik perempuannya yang seperti sudah lupa tanggungjawab yang satu itu.

Hati Izz Izzati tersentak. Sememangnya dia lupa! Tak ingat langsung tentang keizinan itu.

"Tak apalah. Tak payah pergi." Izz Izzati mengalah. Wajah mendung suaminya itu jelas kelihatan. Entah apa yang mengusik perasaan lelaki itu.

"Sedih je bunyinya." Zizan cuba hangatkan lagi perasaan Izz Izzati.

"Tak apalah. Jom kita pergi..." Tengku Zam Hairil mengalah.

Wajah ceria Izz Izzati terukir.

"Sukalah tu!" Zizan menyapa.

"Haruslah..." panjang nada Izz Izzati.

Mereka bertiga bergerak ke tempat sawah padi yang sesuai untuk sesi pergambarannya. Jalan kaki je.

"Cantiknya! Pandai abang pilih tempat!" puji Izz Izzati. Dia masih mengenakan pakaian pengantin putih pagi tadi. Sempena hari perkahwinannya, dia rela sehari memakainya. Begitu juga suaminya. Tidak kisah.

"Tengku, marilah sini! Jangan takut. Tak ada pacat!" jerit Izz Izzati.

"Pacat?" Tengku Zam Hairil rasa pelik. Zati ingat aku takut pacat ke? Mana ada la.

"Zam, kat sini memang tak ada pacat tapi lintah banyak." Zizan tersengih. Wajah kelat Izz Izzati mencuit hati.

"Abang ni! Adik baru nak rasa seronok." Izz Izzati geram dengan abangnya itu.

"Ala, pacat dan lintah kan adik-beradik. Jadinya tak ada bezanya. Penghisap darah tegar."

"Ish, abang ni. Mulalah tu nak melawak tak kena tempat." Izz Izzati tidak mahu melayan Zizan. Lantas, dia menarik tangan suaminya. "Jom Tengku."

Tengku Zam Hairil hanya mengikut langkah isterinya.

Zizan pula hanya duduk di tepi dan mengambil gambar pasangan pengantin baru itu dari jauh. "Zoom jangan ta zoom!"

"Tengku, hati-hati. Nanti jatuh dalam ni saya tak nak selamatkan Tengku." Izz Izzati memberi amaran awal-awal.

"Kalau Zati yang jatuh dalam ni macam mana?" sengaja Tengku Zam Hairil menduga. Sempat dia memerhati sekelilingnya yang penuh dengan sawah padi yang menghijau. Sungguh indah pemandangan ini. Dia terus leka.

"Tak mungkin! Sebab Tengku yang akan jatuh dalam bendang ni." Izz Izzati berkata. Dia terus menolak tubuh suaminya itu.

Bukk!

Tengku Zam Hairil jatuh juga ke dalam bendang itu. Separuh badannya basah dengan baju melayu pengantinnya

Izz Izzati ketawa gembira. Kasihan suamiku ini.

"Sedapnya ketawa. Meh la join sekali." Tengku Zam Hairil menyembunyikan senyumannya.

Izz Izzati yang leka ketawa itu tidak sedar tangan Tengku Zam Hairil yang panjang itu menarik tangannya. Akhirnya dia jatuh dalam pelukan suaminya itu tetapi di dalam bendang.

"Habis pakaian pengantin ni. Kita sewa la encik Tengku!" Izz Izzati ingatkan suaminya itu.

"Tak apa, saya akan bayar nanti."

Zizan dari jauh yang melihat adengannya itu tidak habis-habis mengambil gambar sambi ketawa kuat.

Tengku Zam Hairil dan Izz Izzati saling berpandangan. Mereka menghampiri Zizan. Zizan tidak sempat lari, Izz Izzati terlebih dahulu melumurkan lumpur yang melekat di bajunya. Mereka berdua berlari mengelilingi kereta milik Zizan.

"Sampai hati abang ketawakan adik." geram Izz Izzati dalam bendang itu.

Tengku Zam Hairil hanya tersenyum melihat telatah dua adik-beradik yang begitu rapat.

"Assalamualaikum..." seseorang hadiri di situ memberi salam dengan nada yang penuh dengan sindiran.

Tengku Zam Hairil berpaling. Dia kenal suara itu.

"Mama..." terkaku Tengku Zam Hairil di situ. Rindunya seorang anak untuk ibu mana mungkin terluput dalam hati.

"Jangan panggil aku mama. Aku bukan mama kau." kasar Puan Faridah berkata. "Aku datang ni cuma nak tengok dengan perempuan mana yang jadi isteri kau..."

Puan Faridah menghampiri Izz Izzati. Cantik...

"Mama..." sayu hati Tengku Zam Hairil melihat wajah Puan Faridah. Rindu pada wanita tua itu. Hampir lima tahun tidak berjumpa dengan Puan Faridah sejak dia dihalau dari rumahnya sendiri. Dia selalu pergi ke rumah Puan Faridah untuk melihat mamanya dari luar tetapi langsung tak nampak. Bak kata orang, tak dapat orangnya, nampak rumah pun jadi. Itulah cara dia lepaskan rindu pada orang yang disayanginya.

"Aku pergi dulu..." Puan Faridah meninggalkan mereka bertiga dengan menaiki teksi yang sememangnya berada di situ.

Tengku Zam Hairil mempamerkan wajah yang kecewa.

Izz Izzati perasan akan air muka suaminya.

"Sabarlah..." pujuk Izz Izzati.

Tengku Zam Hairil benar-benar kecewa. Lantas dia menarik Izz Izzati ke dalam pelukannya. Memujuk hatinya yang berperang sendiri. Dia perlukan sesuatu untuk menghilangkan kebencian yang ada. Kebencian pada diri sendiri. Mungkin cinta Izz Izzati akan mengubah kebencian itu.

Erat sekali pelukan Tengku Zam Hairil membuatkan Izz Izzati sedikit sesak nafas. Dia cuba bertahan.

Zizan pula mengambil kesempatan mengambil gambar sebanyak yang boleh tanpa mereka sedari. Selepas puas mengambil gambar, Zizan menyapa mereka berdua.

"Jom balik. Dah nak maghrib dah!"

"Jom Tengku!" ajak Izz Izzati dengan lembut. Dia tidak menyangka yang ibu mertuanya begitu. Siapa yang terkejut... Nasib baik ibu mertua aku tak membenci aku tapi kenapa wajah tua itu nampak sedih. Macam sembunyikan sesuatu.

Izz Izzati menarik tangan suaminya itu agar mengikut langkahnya. Mereka bertiga berjalan kaki pulang ke rumahnya.

Izz Izzati dan Tengku Zam Hairil terus menuju ke kamar mereka.

"Tengku okey tak?" Izz Izzati bimbang dengan keadaan suaminya. Dia sedia maklum tentang latar belakang keluarga Tengku Zam Hairil. Itu pasal dia buat perjanjian untuk mengenali lelaki itu selama enam bulan sebagai kawan dahulu.

Tengku Zam Hairil merenung wajah isterinya. Isteri yang tidak sampai 24jam lagi. "Boleh awak peluk saya sekejap? Peluk je..." pintanya bagaikan anak kecil yang kurang kasih sayang. Yang mengharap perhatian daridapa orang yang dia sayangi.

"Boleh!" Izz Izzati menghampiri suaminya dengan debaran di hati. Mana mungkin dia tidak rasa apa-apa apabila seorang lelaki minta di peluk. Kacak pula tu. Ish, Zati ni! Suami tengah sedih sempat lagi memuji.

Izz Izzati duduk di birai katil.

Lantas tangan Tengku Zam Hairil memeluk pinggang Izz Izzati. Kepalanya dibiarkan tersembam di dada isterinya. Dia selesa begitu.

Izz Izzati tersentak dengan cara suaminya memeluk. Perlahan tangannya di depa dan memeluk. Alamak! Tangan aku tak sampai nak peluk. Tak sangka badan Tengku ni besar. Akhirnya dia mengambil tindakan membelai rambut Tengku Zam Hairil. Lembut rambut lelaki itu. Dia begitu leka melakukannya.

Tengku Zam Hairil rasa sangat selesa sehingga kesedihan yang dirasainya semakin hilang. Fikirannya kosong. Hatinya sedikit tenang.

"Zati..."

"Ya Tengku..."

"Terima kasih..." kata Tengku Zam Hairil. Dia meleraikan pelukannya itu. Ingin sekali dia melihat wajah Izz Izzati. Sejak mereka berkahwin, belum pernah Izz Izzati membuka tudungnya itu.

"Sama-sama." Izz Izzati berasa lega. Dia tersenyum.

"Zati pergi mandi dulu okey?" arah Tengku Zam Hairil.

"Baiklah..."

Izz Izzati menunggu giliran untuk mandi.

"Abang, lamanya mandi. Dah nak maghrib ni!" Izz Izzati mengetuk pintu bilik air. Lama juga dia menunggunya.

"Kejaplah! Abang sakit perut ni!"

"Patutlah!"

Tiba-tiba hadir Tengku Zam Hairil di situ juga bersama tuala.

"Tak mandi lagi ke?"

"Tak Tengku. Abang ni lama pula." tekanan dibuatnya menunggu giliran mandi. Badannya benar-benar melekit dengan lumpur yang melekat di baju pengantinnya. Kalau cuci ni mahu tak hilang. Nasib baik warna putih. Boleh cuci dengan klorox atau Vanish merah jambu.

"Mana ada lama." Zizan keluar dari bilik air.

"Lama gila adik tunggu..."

"Adik tak gila lagi kan? Abang rasa lebih baik adik dan Zam mandi sama-sama. Dah lewat sangat ni. Orang lain tunggu kita untuk berjemaah ni." cadang Zizan lalu pergi.

"Jomlah Tengku! Nanti lambat!" ajak Izz Izzati tanpa memikirkan apa yang akan terjadi dalam bilik air itu.

"Okey je..." Tengku Zam Hairil tidak kisah. Tambahan Izz Izzati yang ajaknya sendiri.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik air tersebut.

Tengku Zam Hairil mengantung tualanya. Pantas dia membuka baju melayu yang separuh warna putih dan separuh lagi warna lumpur.

Izz Izzati tersentak.

"Kenapa Zati?" tegur Tengku Zam Hairil apabila melihat wajah isterinya yang jelas terkejut.

"Tak ada apa-apa. Tengku mandi dulu. Saya nak rendam baju-baju ni." arah Izz Izzati.

Tengku Zam Hairil hanya mengikut sahaja. Dia membelakangi Izz Izzati dan membuka shower mandi.

Izz Izzati mengambil masa ini untuk menukar bajunya kepada kain basahan. Dia beranikan diri menghampiri Tengku Zam Hairil. Kepala paip ada di tepi Tengku Zam Hairil. Dia perlu menadah air dalam baldi untuk merendam baju mereka.

Tengku Zam Hairil terkaku melihat keadaan isterinya. Kali pertama dia melihat rambut Izz Izzati yang sederhana panjang. Cantik!

"Zati..." panggil Tengku Zam Hairil. Perlahan dan lembut.

"Ya..." Izz Izzati tidak sanggup berpaling. Dia terusan mencelup dan mengosok pakaian yang kena lumpur itu.

"Dekat kaki awak ada katak..."

Izz Izzati cuba mentafsir apa yang dikatakan oleh Tengku Zam Hairil. Katak? Apa katak?! Dia cuba mengawal diri agar tidak menjerit.

Dia gembira kerana tidak menjerit tetapi tindakan refleksinya yang mengejut itu membuatkan keadaannya sangat malu. Dia memeluk Tengku Zam Hairil dengan erat sekali sambil kakinya juga melilit badan lelaki itu. Punyalah terkejut melihat katak. Nasib baik tak terlondeh kain basahannya itu.

Ini yang aku tak suka balik kampung tepi sawah ni. Benda alah ni banyak betul. Tak campur dengan tikus, belalang dan binatang lain yang sejenis ni.

"Tengku tolong buang katak tu kat tingkap sana." pinta Izz Izzati ke arah lubang tingkap yang agak tinggi di dalam bilik air tersebut.

Tengku Zam Hairil pun geli juga dengan katak tapi tak apa la. Katak itu pun tidak pula bergerak. Dia memegang katak itu dengan kain lalu membuangnya ikut tingkap itu.

"Nasib baik..." Izz Izzati tersenyum walaupun dia sudah rasa malu sangat. Perlahan dia meleraikan pelukan itu.

Saat ini mata mereka saling bertentangan. Merenung antara satu sama lain. Indahnya perasaan.

"Zati! Zam! Dah siap mandi ke? Cepat sikit ye"! Jerit Encik Azlan dari luar bilik air.

Mereka berdua tersentak. Akhirnya Tengku Zam Hairil yang siap mandi dulu dan ambil wuduk.

"Saya keluar dulu ye?" Tengku Zam Hairil meminta diri. "Kunci pintu ni..." dia pun keluar.

Izz Izzati mengunci pintu tersebut. Barulah dia boleh menafas seperti biasa. Baik aku mandi cepat-cepat. Nanti tak dapat nak berjemaah.

Azan maghrib berkumandang. Encik Azlan, Zizan, Tengku Zam Hairil dan beberapa saudara mara lelaki sudah bersedia di sejadah begitu juga dari bahagian perempuan.

Selesai menunaikan solat maghrib dan kemudian solat Isyak, mereka sekeluarg menjamu selera. Makan malam dengan lebihan makan makanan kenduri tadi.

Malam semakin pekat. Debar di hati Izz Izzati semakin menebal.

"Zati, saya keluar sekejap. Abang Zizan ajak saya minum."

"Okey tak apa. Nak keluar lama-lama pun tak apa." Izz Izzati tersengih.

"Okey..."

P/S : ADUH...ni taip pagi tadi dalam pukul 4pagi....pukul 6 pagi baru siap...hihihi tak tahu la apa yg saya tulis ni....okey semoga terhibur....

Monday 26 August 2013

14
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 9



Bab 9

Izz Izzati keluar dari bilik pengantinnya. Betapa dia malu bercakap dengan suaminya. Buat pertama kali mereka berdua-duaan dalam bilik membuatkan Izz Izzati terasa lain sangat. Tengku Zam Hairil sememangnya nakal dan suka mengusiknya. Baginya dia suka lelaki begitu berbanding lelaki yang pendiam. Makin nakal makin aku suka. Eh, mula la tu nak mengatal!

Dia teringat peristiwa tadi.

"Eh, tak! Saya..." kata Izz Izzati sambil meleraikan pelukkan suaminya. "Saya cuma nak dengar....."

"Dengar apa?" Tengku Zam Hairil berlalu ke katil lalu duduk dan terus berbaring. Melepaskan letihnya seketika.

"Dengar Tengku cakap."

"Cakap apa?"

"Cakap mengenai kita." Izz Izzati sendiri keliru apa yang ingin dibincangnya dengan suami.

"Kita?"

"Ya, saya nak beritahu malam ni Tengku tidur bilik ni."

"Apa bilik ni? Kita tidur sama-sama ke?"

"Ya... Tapi malam ni je."

"Tak boleh ke saya tidur kat bilik lain. Saya nak tidur seorang je?" soal Tengku ZAm Hairil. Wajahnya tidak tenang. Gelisah.

"Kenapa ni Tengku?" soal Izz Izzati pula. Pelik dan memang pelik. Dia tak nak tidur dengan aku? Sampai hati. Aku ni tak ada daya tarikan ke sehingga suami aku tak nak tidur dengan aku. Tak boleh jadi ni. Geramnya.

"Tak ada apa-apa. Kan kita ada perjanjian." Tengku Zam Hairil melarikan pandangan matanya di tempat lain. Ada rahsia yang disembunyikan.

"Yelah. Dalam perjanjian tu, selagi saya tak pindah ke rumah Tengku, kita akan sebilik. Saya tak kisah pun sebilik dengan Tengku buat masa ini." Izz Izzati menghampiri almari bajunya. "Pakaian Tengku boleh letak kat sini."

Izz Izzati menghampiri beg Tengku Zam Hairil. Ada dua beg. Satu beg besar dan satu lagi beg sederhana besar. Banyak juga pakaian Tengku bawa.

Dia mahu membuka beg tersebut tetapi pantas di halang oleh Tengku Zam Hairil.

"Tak payahlah! Biarkan sahaja dalam beg." Tengku Zam Hairil berkata. Dia rasa tidak selesa jika Izz Izzati yang mengemas pakaiannya.

"Kalau macam tu, tak apalah. Saya keluar dulu." Izz Izzati keluar dari bilik tersebut. Sempat dia melihat jam dinding dalam biliknya. Dah tengah hari ni, AY dan Qis nak datang. Seronoknya!

Tiba-tiba telefon bimbit yang sentiasa ada di tangannya berbunyi.

"Ika!!!" Izz Izzati terkejut. Dia terus menuju ke ruang tamu.



*****



Tengku Zam Hairil tertidur. Dia benar-benar tidak sedar. Pukul 3. Pantas Tengku Zam Hairil bangun dan menuju ke bilik air yang berada di dapur. Nasib baik tak ada yang guna. Bolehlah dia mengambil wuduk.

Selepas itu, dia keluar dari bilik air dan ternampak Izz Izzati.

"Zati!"

"Ya, Tengku?" tersnetak Izz Izzati apabila melihat rambut suaminya sedikit basah. Nampak mengancam. Ish aku ni! Mulalah jadi tak betul.

"Jom ke bilik sekejap." ajak Tengku Zam Hairil.

Bilik lagi? Tadi aku yang ajak. Ini dia pula. Tolonglah jangan fikir bukan-bukan. Dia ajak je wahai cik penulis. Izz Izzati tersenyum.

"Kejap!" tiba-tiba muncul Zizan. "Nak ambil gambar." Zizan sudah bersedia dengan kamera di tangan.

"Boleh je!" pantas tangan Izz Izzati melingkari tangannya di lengan Tengku Zam Hairil.

Wajah Tengku Zam Hairil yang tidak bersedia itu elok sahaja menjadi salah satu kenangan di hari bahagia itu.

"Terbaik!" Zizan mahu tergelak melihat muka adik iparnya itu. Dia terus berlalu pergi.

Mereka pun masuk ke bilik.

"Kenapa Tengku panggil saya ni?"

"Ya Allah! Saya lupa yang saya ada wuduk. Dah batal air wuduk saya." Tengku Zam Hairil menepuk dahi.

"Lor mana ada saya bersentuhan dengan Tengku. Kang berlapik." Rasa mushkil pula Izz Izzati.

"Ni batal!" Tengku Zam Hairil mengangkat tangannya. Ketika itu tangannya sedang menggenggam tangan Izz Izzati.

Aduh! Aku tak perasan bila tangan ku dipegang. Wajah Izz Izzati merah.

Segera tangan itu dilepaskan oleh Tengku Zam Hairil.

"Bukan saya yang pegang..." Izz Izzati buat muka pelik.

"Tak apa, bukan salah awak pun. Mana arah kiblat ye?" soal suaminya.

"Thanks. Arah kiblat menghadap almari tu."

"Lurus je?"

"Senget sikit." arah Izz Izzati sambil mengerakkan tangannya.

"Okey. Dah batal wuduk saya, saya nak pergi ambil semula." Tengku Zam Hairil keluar dari bilik itu.

Tiba-tiba telefon bimbit Izz Izzati berbunyi.

"Dyla dah sampai ke? Okey akak turun sekarang gak..." Izz Izzati terus berlalu.

Tengku Zam Hairil mengucap syukur sebab tiada orang guna bilik air tersebut. Dia pun menuju ke biliknya. Alamak! Sejadah... Dia menghampiri tempat menyidai tuala dan ada telekung sembahyang disitu.

"Tak ada pun sejadah." Tengku Zam Hairil mengambil keputusan untuk keluar. Lebih baik tanya Encik Azlan. Kalau bersentuhan pun, wuduk tak batal.

Tangannya memulas tombol tetapi belum sempat pintu ditarik, ada seseorang yang membukanya dari luar dan terus berlaga dengan tubuhnya.

"Aduh!" Izz Izzati terasa pening. Dia tidak sedar lagi keadaan dirinya.

"Zati..." Tengku Zam Hairil mula rasa geram. Izz Izzati sedang berada di atasnya. Masa berlaga tadi, mereka sudah bersentuhan.

"Batal lagi! Ya Allah, dugaan betul untuk aku menunaikan solat Zohor ini." rintih Tengku Zam Hairil.

"Maafkan saya Tengku!" Izz Izzati terus bangun dan meninggalkan Tengku Zam Hairil begitu sahaja.

"Zati!" Tengku Zam Hairil mengeluh. Akhirnya dia mengambil wuduk dan hanya beralaskan selimut yang ada atas katil itu, dia terus menunaikan solat Zohor dnegan khusyuknya. Selesai bersolat, perutnya terasa lapar.

Dia ternampak Izz Izzati sedang melayan tetamu. Mungkin peminatnya.

"Zati..."

"Tengku!" Izz Izzati terkejut kerana suaminya berada di situ. Perasaan malu sebentar tadi pun tak habis lagi tapi dia cuba positif.

Tengku Zam Hairil memandang lembut isterinya. Tentu masih malu pasal kejadian tadi.

Entah menpada pandangan Tengku Zam Hairil menggoda. Dia sendiri tidak mengerti dengan pandangan itu di halaman rumah yang penuh dengan tetamu.

"Zati..." Panggil Tengku Zam Hairil dengan lembut untuk ke dua kalinya.

"Ya, Tengku..." Izz Izzati menjawab walaupun ketika itu tangannya asyik sekali menaip mesej kerana peminat-peminatnya akan tiba tak lama lagi. Jauh mereka datang, pasti dilayan bersungguh-sungguh.

"Marilah ke sini kejap." tangan Tengku Zam Hairil melambai-lambai padanya.

"Kenapa Tengku?" Izz Izzati mendekati suaminya itu.

Sebaik sahaja Izz Izzati dekat dengan Tengku Zam Hairil, tiba-tiba kepalanya ditarik rakus. Kepalanya tepat berada di perut suami.

Aduh kepala aku pula yang menjadi mangsanya. Pada masa yang sama hati Izz Izzati berdebar hebat.

"Ada apa dengan perut, Tengku?"

"Ada bunyi..." Tengku Zam Hairil tersengih.

"Ya, ada bunyi. Macam ada cacing je dalam perut Tengku ni." Gurau Izz Izzati.

"Bukan cacing!" Geram Tengku Zam Hairil. "Tapi bunyi perut lapar. Ada isteri tapi tak ajak kita makan pun. Layan peminatnya aje." Dia malu mahu makan sendirian. Tambahan pula majlis perkahwinan mereka di buat di kampung Izz Izzati. Dia masih tidak biasa.

Ya Allah! Walaupun aku berkahwin dengan dia ada perjanjian tetapi tanggungjawab jaga minum dan pakai suami aku harus dijaga. Macam mana aku boleh tak ingat. Tersentak Izz Izzati.

Disebabkan rasa bersalah, pantas tangan suaminya di tarik ke dapur.

"Tengku nak makan apa?" soal Izz Izzati. Untuk majlis akad nikahnya dan sekali dengan persandingan, mereka menggunakan pakaian yang sama.

Makanan pula guna khidmat katering. Juadahnya ialah ayam masak rempah, nasi minyak dan nasi putih, sambal belacan, kari lembu, arca dan buah tembikai.

Kari lembu itu Encik Azlan masak special untuk tetamu yang datang. Bakat memasaknya memang tidak boleh disangkal lagi. Terbaik!

Tengku Zam Hairil tersenyum. Dia suka sikap Izz Izzati. Sentiasa lembut melayannya walaupun ada perjanjian antara mereka. Dia tunjuk beberapa jenis makanan.

Tengku Zam Hairil tidak biasa dengan suasana yang masih mengamalkan budaya rotong-royong. Jiran tertangga Izz Izzati masih sibuk di mengemas dapur dan melayan tetamu. Encik Azlan dan Puan Zalimah tidak menang tangan melayan tetamu. Buat majlis perkahwinan di kampung memang meriah.

"Kita makan dalam bilik la." ajak Izz Izzati

Tengku Zam Hairil hanya angguk tersenyum.

"Awak nak ke mana tu?" soal Tengku Zam Hairil apabila melihat Izz Izzati keluar semula dari bilik mereka.

"Saya nak ambil air minuman."

"Okey!"

Selepas itu mereka berdua makan penuh selera.

"Ada nasi kat bibir awak ni, Zati. Nanti peminat awak tengok, malu pula." pantas tangan Tengku Zam Hairil mengambil nasi di bibir isterinya.

Izz Izzati tersentak."Terima kasih Tengku."

Kawal hati ini. Memang aku suka Tengku tapi kawal diri jangan sampai terdedah isi hati ini. Dia cuba tersenyum.

"sama-sama." Tengku Zam Hairil tersenyum.

YA Allah... Betapa indahnya senyuman yang terukir dibibir suamiku itu. Leka sungguh Izz Izzati melihatnya.

"Zati, awak okey ke?"

"Eh! Saya... Saya okey..." Izz Izzati melarikan pandangannya. Malunya.

Tengku Zam Hairil tersenyum lagi.

Mati kering aku kalau tiap-tiap hari tengok senyuman macam ni.



P/s : hihihi macam mana dengan bab ni..banyak yang sweet tak...maaflah...takat ni sweet2 la dulu hiihihi yg sedih2 lepas ni tau...

Friday 23 August 2013

16
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 8


Bab 8



Izz Izzati menanti dengan sabar. Tengku Zam Hairil akan menjemputnya di rumah hari ini. Entah mengapa hatinya berdebar hebat. Entah mengapa juga dia mudah memaafkan lelaki yang selalu membuat hatinya sakit. Si Tengku ni guna aura apa ye sampai macam tu sekali aku jadi?

Izz Izzati tersenyum manis.

"Abang nak ikut boleh tak?" Zizan muncuk tiba-tiba dan menyoal soalan begitu.

"Sibuk aje abang ni."

"Eh, selama ni abang yang selalu teman adik tau!"

"Itu masa adik tak ada teman."

"Sampai hati adik. Lepas dapat madunya, sepah dibuang." Zizan buat muncung yang panjang.

Izz Izzati ketawa kecil. Zizan seorang abang yang lawak dan kelakar. Dia bertuah ada abang yang begitu sayang dan ambil berat mengenainya.

"Assalamualaikum..." Tengku Zam Hairil tiba di depan pintu rumah Izz Izzati.

"Waalaikumusalam..." Zizan menjawap salam.

Izz Izzati pula berlalu ke biliknya untuk mengambil telefon dan beg galasnya.

"Tunggu kejap ye Zam. Zati! Cepat la!" panggil Zizan dari depan rumah.

"Kejap!" jerit Izz Izzati dari dalam biliknya

"Tak apa abang Zizan."

"Jagalah adik abang elok-elok." pesan Zizan.

"Baiklah abang."

"Maaf lambat." Izz Izzati sudah lengkap dengan pakaian yang biasa dipakainya. Seluar jeans hitam dan baju tshirt hijau pucuk pisang dipadankan dengan tudung bawal hitam biasa. Tidak ketinggalan beg galasnya kesukaannya.

Tengku Zam Hairil mengenakan T-shirt putik yang bercorak garisan hijau dan berseluar jeans hitam. Mereka nampak sepadan sekali.

"Boleh kita pergi sekarang?" soal Izz Izzati bagaikan tidak sabar.

"Jom!" Tengku Zam Hairil tersenyum. Senyumannya makin lebar melihat Izz Izzati memakai kerongsang pemberiannya.

Izz Izzati lambat bersiap sebentar tadi, hatinya tergerak mahu memakai keronsang tersebut. Itu yang lambat.

"Kita nak ke mana?"

"Pavillion.." kata Tengku Zam Hairil. Dia memulakan pemanduannya

"Ish Tengku! Di situ mahal-mahal barangnya." Izz Izzati berkata. Kalau boleh dia tidak mahu membebankan bakal suaminya dengan membeli barang-barang yang mahal.

"So, nak ke mana? Saya tak kisah."

"Kita ke Jusco je?" cadang Izz Izzati.

"Baiklah awak..." Tengku Zam Hairil hanya ikut.

Beberapa jam kemudian.

"Awak tak suka ke beg tangan ni?" soal Tengku Zam Hairil. Sudah lama mereka berjalan masih tidak beli apa-apa.

Izz Izzati merenung beg tangan yang dipegangnya. Ditiliknya. Jenama Bonia. Berwarna merah. Cantik tapi mahal la. Tengku aku dah la tak bekerja. Nanti nak bayar dengan apa?

"Termenung pula awak ni." Tengku Zam hampir di telinga Izz Izzati. Suaranya seakan berbisik.

"Tengku..." Izz Izzati menjarakkan dirinya. Bukan dia tidak suka tetapi hatinya berdebar hebat. Bila-bila masa sahaja dia boleh pengsan kerana terlalu asyik dengan perasaan indah itu.

"Belilah! Saya bayar..." Tengku Zam Hairil tersenyum.

"Mahal sangat..."

"Awak, saya tahu yang kita ni tak pernah kenal antara satu sama lain tapi saya yakin suatu hari nanti kita akan bercinta. Saya yakin. Mungkin bukan sekarang tapi saya harap awak sudi terima pemberian saya."

"Bukan saya tak nak terima, Tengku."

"Shhhh! Terima aje la." Tengku Zam Hairil melepaskan panahan mata yang lembut.

Izz Izzati tersentak. Dia tidak pernah melihat panahan mata sepertinya. Dia benar-benar leka melihat mata itu.

Lama mereka begitu.

"Ehem..." pekerja di situ berdehem.

Mereka berdua tersedar.

Izz Izzati menarik tangan Tengku Zam Hairil keluar dari kedai tersebut.

"Macam nilah. Saya beli barang saya suka dan Tengku beli barang yang Tengku suka. Nanti kita tukar-tukar aje. Okey tak?" cadang Izz Izzati. Aduh! Tak romantik langsunglah aku cadang idea macam tu. Dia marah pada diri sendiri.

"Okey ke macam tu?"

"SAya okey aje."

"Kalau macam tu..." Tengku Zam Hairil masuk ke sebuah ke sememangnya ada menyediakan segala kelengkapan lelaki. Dia mengambil tali pinggang, dompet, kasut, baju kameja dan tali leher.

Terbeliak mata Izz Izzati dengan tindakan drastik itu.

Tengku Zam Hairil tersenyum. Selepas membayarnya, dia ajak ke kereta sekejap untuk menyimpan semua barang tersebut.

"Sekarang, tinggal barang-barang awak je." Tengku Zam Hairil merenung Izz Izzati.

"Baiklah. Apa kata kita beli jam tangan sepasang." Entah mengapa Izz Izzati rasa idea itu sangat sweet. Dia ingin merasa perasaan indah itu.

"Okey..."

Mereka berdua menuju ke kedai sebuah kedai jam berjenama tetapi belum sempat masuk, Izz Izzati sudah menarik tangan Tengku Zam Hairil keluar.

"Kenapa?"

"Mahal!" Izz Izzati menarik tangan Tengku Zam Hairil ke sebuah kedai yang menjual jam RM10.

"Sayang, ini kan barang hantaran, bukannya jam mainan macam ni." Tengku Zam Hairil mula geram.

Sayang? Dia panggil aku sayang. Aduh! Ini yang lemah ni.

"Baiklah..." tiba-tiba Izz IZzati mengikut arahan Tengku Zam Hairil.

Berjaya juga Tengku ZAm Hairil beli satu set alat mekap, kain telekung, jam tangan, beg tangan, kain ela dan kasut untuk Izz Izzati. Semua yang dipilihnya.

"Terima kasih Tengku..."

"Sama-sama."

"Jom makan di Secret recipi? Dah lama tak makan kek."

"Kenyang ke makan?"

"Beli satu kek je."

"Lepas tu kita kongsi, macam tu ke?" duga Tengku Zam Hairil.

Izz Izzati rasa malu. Dia menjeling manja ke arah bakal suaminya. Eh, tiba-tiba nak bermanja ni? Biar betul aku ni. Kawal dirimu Izz Izzati.

"Jom!"

Mereka membeli sepotong kek coklat. Selepas itu mereka berpisah untuk menunaikan solat fardu Zohor.

Apabila Tengku Zam Hairil keluar daru surau. Terpana dia melihat Izz Izzati sedang menantinya.

"Maaf lambat. Lama dah ke tunggu saya?"

"Tak la..." Izz Izzati tersenyum. Sebenarnya dia tidak boleh solat. Jadi kesempatan itu dia pergi ke KFC dan membeli makanan.

Mereka masuk ke dalam kereta.

"Kita nak makan di mana ni?" tanya Tengku Zam Hairil.

Izz Izzati berfikir di mana tempat yang sesuai untuk mereka nikmati makan tengah hari bersama.

"Entahlah Tengku. Tengku nak makan di mana?"

"Kan saya tanya awak. Jadi saya tak kisah."

"Kalau tak kisah, kita makan dalam kereta. Saya dah beli burger KFC untuk Tengku."

"Okey juga tu. Kalau macam tu, kita makan kat tempat yang cantik pemandangannya." Tengku Zam Hairil teruja untuk membawa Izz Izzati ke satu tempat. Dulu selalu bawa Feya datang situ. Kali ini aku akan datang bersama bakal isteri aku pula. Rindu sangat dengan tempat tu.

Selepas hampir sejam memandu kereta, akhirnya mereka tiba di satu tempat. Terdapat sebuah tasik di situ dan ada taman rekreaksi.

"Kat mana tempat ni Tengku?" Izz IZzati bertanya. Rasa ingin tahu itu mencengkam sanubari. Boleh tulis dalam novel ni.

"Rahsia!" Tengku Zam Hairil tersenyum.

"Rahsia? Dengan saya pun nak rahsia?"

"Mestilah rahsia. Jom makan. Saya dah lapar."

"Okey."

Mereka berbual mesra. Ada perasaan indah dalam hati mereka tanpa mereka sedari tetapi ada satu titik hitam yang diberi nama kebencian yang wujud dalam hati mereka. Titik hitam inilah yang menghalang mereka daripada terus bersatu.



******



Hati Izz Izzati ingin meletup. Debaran yang dirasa terasa hebat sekali. Sesekali tangannya menggigil ketakutan. Menjadi isteri bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Apabila sah menjadi seorang isteri, taatnya pada suami sahaja. Berat sungguh tanggungjawab itu.

Tengku Zam Hairil berwajah tenang.

Mana boleh dia tenang macam tu. Aku ni macam cacing kepanasan kat sini. Tak senang duduk menunggu dia melafazkan akad nikah ni. Izz Izzati membebel dalam hatinya.

"Aku terima nikah..." hanya itu sahaja yang aku dengar. Selebihnya aku pejamkan mana. Aku tak sanggup nak dengar. Aku takut. Aku takut sangat. Tiba-tiba ada satu tangan yang mengusap kepalaku. Cukup mendamaikan hati dan perasaan ku.

"Tengku!" Izz Izzati terkejut dengan kehadiran Tengku Zam Hairil di sisinya.

"Zati, apa yang dimenungnya tu. Salam tangan suami..." arah Puan Zalimah. Sejak semalam lagi aku tengok si Zati ni rajin termenung. Macam aku zaman muda dulu. Gementar nak kahwin. Puan Zalimah tersenyum.

Pantas tangan Tengku Zam Hairil disambutnya. Dicium penuh syahdu. Betapa tenangnya hatinya apabila tangan itu menyentuhku.

Masa berlalu dengan pantas. Semua tetamu yang hadir sudah beransur pulang.

"Tengku, jom ikut saya sekejap?" ajak Izz Izzati.

"Jom ke mana? Ke bilik ke?" Tengku Zam Hairil menduga.

"Ya ke bilik." mereka berdua berjalan bersama-sama.

"Ke bilik? Boleh juga." sejurus mereka masuk ke bilik, Tengku Zam Hairil terus memeluk pinggang Izz Izzati.

Izz Izzati rasa bagaikan ada arus elektrik mengalir dalam tubuhnya. Mungkin kejutan elektrik itu seperti dalam rancangan BETUL ATAU BOHONG! Aduh! Ini betul-betul rasa macam kena elektrik.

"Tengku peluk saya ni kenapa?" soal Izz Izzati. Nada yang gementar itu cuba di kawal. Sejak kenal Tengku, penulisan aku pun terhenti. Aduh juga!

"Sebab ingatkan kita..."

"Eh, tak! Saya..." kata Izz Izzati sambil meleraikan pelukkan suaminya. "Saya cuma nak dengar....."



P/s : Alamak bersambung pula ihihihi



Thursday 22 August 2013

21
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 7


Bab 7



Izz Izzati berlari masuk ke dalam keretanya. Dulu Tengku Zam Hairil bercakap aku kau dengannya, dia masih rasa boleh sabar tetapi kali ini lelaki itu menengkingnya. Salah ke aku menegurnya? Salah ke?

Dia memandu kereta tersebut tanpa arah tujuan. Matanya merah kerana menangis. Sedih dengan apa yang sikap Tengku.

Dia mengambil keputusan untuk berjalan dalam shopping Mall.

"Zati..." seseorang menegurnya.

"Alyas..." terkejut Izz Izzati dengan kehadiran sahabat lamanya itu. "Alyas..." ada senyuman mekar di bibirnya.

"Hey, betullah kau ni kan? Aku risau salah tegur orang sebab mata kau merah."

"Merah sangat ke?" soal Izz Izzati.

"Ya."

"AKu tak cukup tidur sebab buat kerja penulisan hihihi." Izz Izzati tersenyum pahit.

"Jangan la kuat sangat menulis. Rehat tu perlu juga. So, kau dari mana ni?"

"Aku cuma jalan-jalan. Tak ada idea katakan." Izz Izzati masih berselindung. Perasaan sedihnya harus dilupakan.

Dia bukan jenis yang cepat marah. Cepat sedih tetapi dia cuba untuk menjadi terbaik. Eh, ada kaitan ke? Diri sendiri pun dah pening.

"Zati, kau okey ke?" Alyas berkata begitu apabila Izz Izzati mengelamun.

"Entah la Alyas. Buah hati aku buat hal. Marah betul pada dia sampai aku nak menangis!" geram Izz Izzati.

"Sejak bila kau ada buah hati. Aku tak tahu pun." Alyas agak tersentak. Dia akui yang dia ada menyimpan perasaan cinta pada Izz Izzati tetapi hanya dia yang tidak berani meluahkan perasaan itu.

"Sejak sebulan yang lalu." Izz Izzati berkata. Walaupun dia rasa sakit hati dengan sikap Tengku Zam Hairil tetapi apabila bercerita mengenai lelaki itu pada seseorang membuatkan dirinya teruja.

"Siapa yang suka siapa ni?" Alyas masih tidak berpuas hati.

"Mestilah aku yang suka dia." Izz Izzati tersenyum. Teringat pertemuan pertama kali dia berjumpa dengan Tengku Zam Hairil. Dia memang dah jatuh cinta tetapi masih tidak mahu mengakui rasa cinta itu.

"Wah, tahniah! Nanti kahwin... Jemput aku tau."

"Pasti!"

"Okeylah, aku ada hal. Nanti kita jumpa la." Alyas meminta diri. Luluh hatinya mendengar khabar berita yang wanita kesukaannya akan menjadi milik orang lain.

Izz Izzati hanya melihat Alyas pergi. Senyuman yang terukir dibibir sebentar tadi kini menghilang. Hatinya masih terasa dengan sikap Tengku Zam Hairil.



*****



Tengku Zam Hairil termenung. Dia masih rasa bersalah pada Izz Izzati. Dua minggu lagi kami akan dijodohkan. Dia tidak sepatutnya menengking wanita itu.

Baru hari tu aku terpeluk dia dan dia merajuk tapi kali ini aku menengking dia pula. Ya Allah! Apa yang aku dah buat pada orang yang mengambil berat pada aku.

Tengku Zam Hairil melihat payung Hello Kitty milik Izz Izzati itu. Bagaikan dapat melihat wajah Izz Izzati di situ.

"Ish, tak boleh jadi ni!"

Tengku Zam Hairil mahu menghubungi Izz Izzati. Dia tidak peduli walaupun sekarang sudah jam sebelas malam. Mesti dia tak tidur lagi.

Belum sempat dia menekan nama Izz Izzati...

Tin tong...

Bunyi telefon bimbitnya menandakan satu mesej yang masuk. Segera dia membukanya.

“Zati!” Tengku Zam Hairil terkejut. Sudah tiga hari dia biarkan Izz Izzati tanpa dihubungi. Malu rasanya mahu berjumpa dengan Izz Izzati.



“SABAR itu TAK MUDAH, tapi kerana SABAR segalanya akan DIPERMUDAH.. SABAR itu TAK INDAH, tapi kerana SABAR dirimu nampak INDAH...”



Tersentak hatinya membaca ayat-ayat itu. Memang dia akui itu semua. Aduh! Penulis memang pandai buat ayat puitis macam ni.

Segera Tengku Zam Hairil menghubungi Izz Izzati.

“Awat Tengku call aku!” Izz Izzati gelabah. Dia tiada mood mahu berbual dengan Tengku. Hatinya masih terasa.

1 Misscall

Hanya itu yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Biarlah dulu. Baik aku pergi masak maggie. Lapar la pula! Izz Izzati berlalu ke dapur.

"Masak apa tu?" Zizan datang menyibuk.

"Rasanya abang tahu apa yang adik nak masak kan?" Izz Izzati malas mahu melayan Abangnya itu.

"Kenapa dengan adik abang ni? Angin semacam je." Zizan dapat meneka hati Izz Izzati. "Gaduh dengan buah hati ye?" dia masih menunggu respons daripada adiknya. Tetapi adiknya itu membuat muka tiada perasaaan.

"Biar abang tumbuk muka dia. Berani buat adik abang macam ni." Zizan masih mahu menduga adiknya itu.

"Jangan!" Izz Izzati tersentak. Walaupun dia terasa dengan tengkingan Tengku Zam Hairil tetapi masih ada sayang pada lelaki itu.

"Kenapa jangan?"

"Jangan tumbuk Tengku kalau nak tengok adik abang ni mati..." sengaja Izz Izzati berkata begitu. Entah mengapa mood ceria kembali. Dapat mengusik abangnya memang seronok.

"Ish, adik ni." Zizan tidak suka Izz Izzati berkata begitu. "Adik ni kenapa?" geramnya.

"Saja mahu mengusik abang. Tak kan tak boleh?" Izz Izzati mengacau maggie kari kesukaannya.

"Boleh!" Zizan menarik hidung mancung adiknya itu.

"Abang ni!" geramnya.

Akhirnya mereka ketawa dan makan sama-sama.





Satu jam kemudian...

50 misscall

Banyaknya. Tangan dia tak lenguh ke? Izz Izzati tersenyum. Segera dia menjawab panggilan Tengku Zam Hairil.

“Assala.......” belum sempat Izz Izzati memberi salam dia sudah mendengar suara Tengku Zam Hairil marah-marah.

“Awak ke mana hah! Lama saya call! Awak dalam bilik air ke? Kalau nak pergi bilik air, awak mesej la saya! Tak lah saya call memanjang bagai orang gila!” marah Tengku Zam Hairil.

Kena marah lagi. Nasib kaulah penulis. Izz Izzati mengeluh.

Tengku Zam Hairil tersentak mendengar keluhan itu.

“Maaf!” ucap Tengku Zam Hairil pendek.

Lama mereka diam. Akhirnya Tengku Zam Hairil bersuara.

“Mana awak dapat ayat tu.”

“Copy paste dari FB kawan je.” Perlahan sahaja suara Izz Izzati di pendengaran Tengku Zam Hairil.

“Oh...” Tengku Zam Hairil buntu mahu berbual. Dia benar-benar tidak tahu apa yang seharusnya dia katakan.

"Awak free tak esok? Saya nak ajak awak keluar..." perlahan suara Tengku Zam Hairil.

"Keluar?" hati Izz Izzati berdebar. Dia suka keluar bersama dengan Tengku Zam Hairil. Wajah lelaki itu sentiasa mencuit hatinya. Apabila terkenang yang mereka akan keluar bersama, marah dan merajuknya menghilang.

"Ya, keluar. Lagi pun kita tak beli barang hantaran lagi kan? Apa kata kita beli sama-sama." Suara Tengku Zam Hairil kedengaran romantik di telinga Izz Izzati.

"Baiklah tapi janji satu perkara..."

"Okey. Janji apa ?"

"Janji jangan marah saya dengan tiba-tiba. Saya tak boleh terima." jujur Izz Izzati.

"Baiklah saya cuba janji."

"Cuba?"

"Ya. Saya kenal diri saya. Saya susah nak kawal emosi saya. Kalau boleh saya tak nak janji tapi demi awak, saya cuba juga."

"Okey..." Izz Izzati tersenyum.



P/s : hihihihi harap2 date mereka ni sweet...jgn la ada pengacau lagi hihihihi nantikan bab seterusnya.

Wednesday 21 August 2013

16
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 6


Bab 6



Encik Azlan tersenyum apabila perbincangan perkahwinan anak perempuannya bersama Tengku Zam Hairil berjalan dengan lancar. Tarikh perkahwinan sudah ditetapkan pada 1 Mei. Hari cuti buruh.

Hanya majlis akad nikah sahaja yang dipersetujui untuk tarikh tersebut. Tarikh majlis persandingan masih dalam perbincangan.

Zizan juga bersetuju.

"Macam mana dengan mama Zam?" Encik Azlan bertanya tentang Puan Faridah. Dia kenal wanita itu.

"Mama? Mama tak tahu perkahwinan ni lagi. Tapi Fakhrol dah tahu." jelas Tengku Zam Hairil.

"Kenapa mama tak tahu lagi?"

"Entahlah ayah, Mama dah buang Zam masa Zam tertampar pipi Fakhrol."

"Sabarlah nak..." pujuk Encik Azlan.

Tengku Zam Hairil terkenang peristiwa yang menguris hatinya.Ia berlaku lima tahun yang lalu.

"Zam, kau sengaja buat aku marah kan?" Fakhrol Hazil mula mencari gaduh dengan abangnya.

"Kau ni apa hal. Dari kau bayi sampai umur dah lanjut macam ni, nak cari gaduh dengan aku je." amuk Tengku Zam Hairil. Mereka bukan lagi budak-budak mahu bergaduh di sebabkan perkara yang kecil.

"Aku tak puas hati dengan kau. Sam asyik berkawan dengan kau je. Dengan aku tak nak pula. Aku ajak keluar dia selalu tolak."

"Suka hati dia la..." Tengku Zam Hairil meneruskan pembacaannya yang sudah terbantut itu. Ketika itu mereka berada di halaman rumah.

Fakhrol Hazil rasa geram. Dia merampas dengan kasar buku yang dibaca oleh Tengku Zam Hairil yang tidak mempedulikan dia.

"Fakhrol!" marah benar Tengku Zam Hairil dengan adiknya dia.

"Apa?" Berani Fakhrol Hazil. Dia membuang buku itu di dalam kolam renang.

Darah Tengku Zam Hairil terus naik ke muka.

Fakhrol Hazil tersenyum puas.

Tengku Zam Hairil tidak mempedulikan adiknya. Dai terus terjun dalam kolam dan mengambil buku yang sudah basah lencun itu. Buku itu amat bermakna baginya.

Dengan panahan mata yang tajam dituju pada adiknya. Dia tidak ingat langsung itu adalah darah dagingnya.

"Entah-entah kau dengan Sam tu gay. Itu pasal dia suka keluar dengan kau je." Fakhrol Hazil ketawa kuat.

Pang!

Tengku Zam Hairil menampar pipi Fakhrol Hazil sekuat hati kerana terlalu geram. Geram mengganggunya. Geram mencampak buku tersebut dan geram dengan tuduhan yang tidak berasas itu.

"Zam!" panggil Puan Faridah dengan kasar. Panas hatinya apabila melihat Tengku Zam Hairil menampar pipi anak kesayangannya.

"Mama..." Tengku Zam Hairil terkejut dengan kehadiran Puan Faridah di situ.

"Kau bukan anak aku! Berambus kau dari rumah aku! Tak guna aku bela kau! Melawan cakap aku je!" marah Puan Faridah. Menirap darahnya.

Fakhrol Hazil hanya tersenyum sinis. Suka benar dapat melihat Tengku Zam Hairil di marahi.

"Mama, jangan halau Zam macam ni. Zam nak pergi mana? Zam tak ada sesiapa pun. Zam hanya ada mama dan adik je." rayu Tengku Zam Hairil.

Puan Faridah terkedu. Kasihan pula melihat anak sulungnya itu.

"Mama, jangan percaya cakap dia mama. Dia kan ada Sam. Zam dan Sam ni gay la mama..." batu api Fakhrol Hazil.

"Kau diam!" Tengku Zam Hairil menarik koler baju Fakhrol Hazil.

"Kau jangan sentuh anak aku!" Puan Faridah tersedar. Dia menolak tubuh Tengku Zam Hairil.

"Mama..." Kecewa Tengku Zam Hairil dengan tindakan Puan Faridah. "Mama, Zam pun anak mama."

"Kau bukan anak aku! Kau bukan anak aku!" kata Puan Faridah sambil berpaling daripada melihat wajah anak sulungnnya.

"Sampai hati mama!" Tengku Zam Hairil menangis. Pertama kali dia menangis dengan kata-kata Puan Faridah. Selama ini dia bertahan sahaja tetapi kali ini terlalu berat dugaannya.

"Zam..." panggil Encik Azlan membuatkan ingatan Tengku Zam Hairil terhapus.

"Ayah..."

"Pasal mama tu, tak apa la. Ayah faham." Encik Azlan memahami sangat dengan sikap Puan Faridah. Dia sendiri pernah nampak wanita itu memarahi Tengku Zam Hairil.

Tengku Zam Hairil tersenyum pahit.

Selepas berbincang sedikit perkara, dia pun pulang ke rumah.

Izz Izzati hanya mampu mengintai dari tingkap rumahnya. Kenapa wajah Tengku sedih? Dia rasa bimbang.

Aku tak la marah padanya sangat tapi tak sangka pula Tengku ada penyakit tak boleh kacau dia tidur. Pelik!

Izz Izzati berpaling. Dia mahu ke biliknya.

"Opocot!" terkejut Izz Izzati apabila terlihat Zizan begitu rapat dengannya. "Abang ni!" geramnya.

"Intai buah hati rupanya."

"Ye lah! Buah hati tersayang." manja Izz Izzati.

"Tadi masa makan, kenapa terbatuk sampai kena pergi dapur." soal Zizan. Dia mahu mengorek rahsia hati adiknya itu.

"Siapalah yang ajar Tengku panggil ayah begitu?"

"Abang yang ajar, kenapa? Ada masalah ke wahai adikku?"

"Abang rupanya! Kenapa ajar macam tu!"

"Kenapa apanya? Kan Tengku awak tu dah nak jadi salah seorang dalam keluarga kita. Mestilah kena panggil begitu." Pandai sungguh Zizan berkata-kata.

"Sudahlah!" Izz Izzati terus berlalu ke biliknya. Dia terbatuk tadi kerana wajah Tengku Zam Hairil sangat comel. Dia tersentak melihat wajah bakal suaminya itu menyebut panggilan ayah. Sampai tersedak dibuatnya.

Tambahan pula, sejak peristiwa tengah hari tadi, dia tak dapat fokus dengan apa yang dilakukannya.

"Lantaklah!"

Izz Izzati melihat kotak pemberian Tengku Zam Hairil sebentar tadi.

"Apa yang Tengku bagi ye? Baru merajuk sekali dah bagi hadiah. Kalau berkali-kali merajuk, mesti banyak hadiah yang aku dapat. Alamak! Demand pula dah" Izz Izzati tersengih dengan sikapnya.

Sejak mengenali Tengku Zam Hairil. Hidupnya benar-benar ceria. Asyik tersenyum. Ada sahaja gelagat Tengku Zam Hairil yang memikat hatinya.

"Keronsang?" lama dia merenung hadiah itu.

"Cantik!"

"Ada note sekali ni..." Izz Izzati membaca nota yang diselit dalam kotak tersebut.

"Keronsang ini saya beli untuk seseorang yang sangat istimewa tetapi orang tu dah tinggalkan saya dan saya mahu berikan kepada awak. Saya harap awak menerimanya dan tidak akan tinggalkan saya seperti mana orang itu meninggalkan saya."

"Wah terbaiklah ayat dia!!!" Izz Izzati terpegun. Dia suka dengan ayat yang ditulis oleh Tengku Zam Hairil. Sweet sangat. Boleh aku masukkan dalam novel aku ni. Pinjam ayat ni ye Tengku!

"Sayanglah nak pakai. Kerosang ni cantik sangat." Izz Izzati tersenyum sehingga dia terlena.



Tengku Zam Hairil masih bersedih. Mengenakan Puan Faridah dan Fakhrol Hazil yang membencinya. Dia bakal berkahwin tetapi dua orang yang bermakna padanya itu tidak datang. Aku yakin yang mereka berdua tidak akan datang. Akhirnya Tengku Zam Hairil juga lena dibuai mimpi.



*****



Lagi dua minggu mereka akan berkahwin. Tidak sabar menanti hari perkahwinan itu. Izz Izzati berjalan sendirian kerana mahu membeli sedikit barang keperluannya.

"Alamak hujan pula dah!" Izz Izzati baru sahaja selamat masuk ke dalam keretanya. Nasib baik tak kena hujan.

Itu Tengku kan? Mesti lupa bawa payung. Tengku mesti bertuah ada bakal isteri macam aku ni.

Tengku sedang berjalan longlai dalam hujan yang lebat. Kebetulan lelaki itu menuju ke taman permainan yang berhampiran di situ.

Izz Izzati keluar dari kereta bersama payung lalu berlari ke arah Tengku Zam Hairil yang berjalan dalam hujan dengan wajah yang serius.

“Tengku!” sapa Izz Izzati sambil teduhkan bakal suaminya dengan payung. Wajahnya ceria. Dia benar-benar rindu pada Tengku Zam Hairil.

“Zati!” Tengku Zam Hairil tersentak. Dia tahu yang matanya merah akibat menangis. Sebab itu dia berjalan dalam hujan supaya tiada sesiapa tahu yang dia menangis.

“Merahnya mata Tengku! Tak cukup tidur ke?” soal Izz Izzati. Sememang sukar untuk mengesan orang menangis dalam hujan.

“Banyak kerja...” Kelentong Tengku Zam Hairil. Dia cuba mengawal nada suaranya. Ada getaran di situ.

"Kerja? Bukankah Tengku dah berhenti kerja."

"Ada la kerjanya." Tengku Zam Hairil cuba menyembunyikan sesuatu

“Tengku sihat tak? Dua minggu lagi kita dah nak kahwin. Tengku masih nak teruskan perkahwinan ni kan?” Izz Izzati tersenyum. Walaupun dia tidak mengenali Tengku. Entah mengapa dia merasakan yang Tengku Zam Hairil seorang lelaki yang baik.

Tengku Zam Hairil hanya diam.

“Tengku buat apa tadi? Eh, bunga! Bunga ni untuk siapa?” teruja pula Izz Izzati mahu mengetahuinya walaupun dia yakin bukan untuknya.

“Boleh diam tak!” tiba-tiba Tengku Zam Hairil menjerkah Izz Izzati dengan kuat.

Izz Izzati terkejut. Bagaikan luruh seluruh tenaga dia. Payung yang dipegangnya terlepas.

Mereka saling bertentangan mata. Air matanya mengalir deras. Dia bukan menangis sebab sedih ditengking. Kalau orang lain yang menengkingnya, dia masih kuat tetapi Tengku Zam Hairil yang menengkingnya membuat dia tersentak.

Lama mereka begitu di bawah hujan yang lebat.

“Maafkan saya, Zati!” tiba-tiba rasa bersalah bersarang dalam hati Tengku Zam Hairil. Bukan salah Zati tetapi kerana masalah yang menimpanya. Masalah kenangan yang lalu membuatkan dia marah dan pada masa yang sama dia rasa sedih.

“Tak apa...” Izz Izzati menyentuh tangan Tengku Zam Hairil supaya memegang payung tersebut. Dia tidak mahu Tengku Zam Hairil basah kuyup lagi. Lantas dia berpaling. Lemah seluruh badannya. Rasanya dia tidak mampu untuk berhadapan dengan Tengku Zam Hairil buat masa ini.

“Zati!” panggil Tengku Zam Hairil apabila wanita itu semakin jauh daripadanya. Payung Hello Kitty ditangannya dilihat. "Zati..." Lagi sekali aku buat bakal isteri aku bersedih. Aku memang tak guna! Tak pandai kawal emosi. Bila Feya mengganggu fikiran aku. Aku mula tak dapat fokus pada sesiapa. Sampai bila aku harus begini.

Aku bakal berkahwin dan tak lama akan ada isteri. Sepatutnya aku fokus padanya. Zati seorang gadis yang baik. Kasihan Zati sebab asyik kena tahan dengan sikap aku. Maafkan saya, Zati... Bisik hatinya.

Tuesday 20 August 2013

14
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 5

Bab 5

Seminggu berlalu tanpa disedari. Tengku Zam Hairil pulang ke rumah sewanya. Walaupun kecil dan biasa sahaja, tetapi susun atur perabut membuatkan rumah tersebut nampak kemas dan selesa.

Dia melabuhkan punggungnya atas sofa. Banyak perkara yang berlaku padanya hari ini. Kepalanya terlalu berat untuk berfikir. Dia berdiri.

Pantas kakinya melangkah ke bilik utama. Terus dia berbaring atas tilam yang empuk. Sebelum matanya tertutup, sempat tangannya mencapai sesuatu yang sentiasa setia di situ. Dipeluk lembutnya dan Tengku Zam Hairil terlelap.

Azan subuh berkumandang. Dia sudah biasa menunaikan waktu subuh awal. Selepas itu, pasti bacaan Yasin akan bergema disegenap ruang biliknya.

Tengku Zam Hairil melipat sejadah lalu menuju ke katil. Rasa mengantuk tidak dapat di kawal lagi. Dia terus tertidur.

Tit tit tit tit tit!

Bunyi panggilan masuk ke dalam telefon Sony miliknya.

Matanya masih terpejam. Tidak larat rasanya. Tetapi dijawapnya.

"Assalamualaikum..." satu suara yang amat dikenali menyapa telinganya.

"Pak cik!" mata yang berat menjadi cerah. Badan yang berbaring kini duduk menegak. Benda yang dipeluknya tercampak jauh. Semua ini gara-gara terkejut dengan panggilan itu.

"Ye pun, jawap la salam pak cik dulu." Encik Azlan ketawa kecil dihujung talian. Anak muda ini sentiasa membuat dia tersenyum.

"Waalaikumusalam. Maaf pak cik. Ada apa-apa yang Zam boleh bantu?" itulah soalan yang akan ditanya tiap kali Encik Azlan menghubunginya.

"Zam datang rumah pak cik malam ni ye?" jemput Encik Azlan.

"Ada apa pak cik?"

"Eh, tak kan pak cik tak boleh jemput bakal menantu pak cik ni datang ke rumah?" soal Encik Azlan. Dia tersenyum.

"Boleh! Mesti boleh! Saya akan datang malam ni." Tengku Zam Hairil tersengih.

"Terima kasih Zam..."

"Sama-sama..."

Talian diputuskan. Jarang Encik Azlan menghubungi Tengku Zam Hairil. Muhskil betul aku dengan panggilan pak cik Azlan ni...

Dia melihat jam di dinding. Alamak! Dah pukul 10 pagi. Patutlah pak cik ketawa tadi. Malunya.

Sudah menjadi tabiat yang dia akan tidur selepas subuh tiap-tiap hujung minggu. Selepas berhenti kerja, lagi kerap tabiat itu dilakukannya.

Nanti bila aku dah kahwin, Zati nak tinggal di bilik asing dengan aku. Nasib baik rumah ni ada dua bilik.

Tengku Zam Hairil sengaja memilih rumah sewa yang murah tetapi selesa. Yang penting jauh dari makhluk perosak seperti tikus, lipas dan makhluk-makhluk berbahaya.

Bilik kedua ni sedikit kecil tapi rasanya sesuai dengan Zati kot. Katil bujang aje la untuk bakal isteri aku ni. Lagi pun dia kecil je badan. Lain la aku, aku ni tidur buas. So, kena tidur atas katil besar. Dia tersengih.

Selepas siap berkemas, dia tidur semula kerana kepenatan.

Izz Izzati pula terpaksa ke rumah Tengku Zam Hairil. Sejak peristiwa date yang terganggu itu, lebih kurang seminggu Tengku Zam Hairil menyepi. Janji nak mesej tapi tak juga mesej.

Kini, Izz Izzati sudah berada di hadapan pintu pagar Tengku ZAm Hairil.

Kereta ada, mesti tuan kereta pun ada. Redah aje la!

"Assalamualaikum..." Sayup sahaja suara Izz Izzati. Tak ada pun.

"Assalamualaikum..." Nada suara yang masih boleh bersabar. Still tak ada ni.

"Assalamualaikum!!!" Tiada kesabaran lagi dalam nadanya.

Tiba-tiba pintu terbuka. Terkebil-kebil Izz Izzati melihat Tengku Zam Hairil yang tidak berbaju dan berseluar tidur.

Matanya tajam merenung Izz Izzati.

Apa kena dengan mamat ni?

"Tengku, saya datang ni cuma nak hantar..." belum sempat ayatnya dihabiskan, tangannya ditarik masuk ke dalam rumahnya.

Tubuh Izz Izzati dipeluk erat.

Izz Izzati terkejut. Dia terkaku.

"Kenapa kau kacau aku tidur?" soal Tengku Zam Hairil.

Izz Izzati terpana. Sejak dia mengenali Tengku Zam Hairil. Tidak pernah lelaki itu membahasakan dirinya 'aku'. Seram sejuk sudah dirasainya.

"Saya cuma nak hantar..." suara Izz Izzati tersekat.

"Hantar apa?!" nada Tengku Zam Hairil tinggi. "Hantar diri kau untuk aku ke?"

Oh, my Tengku! Awat Tengku jadi macam ni. Jerit hati Izz Izzati.

"Tak! Bukan! Diri saya ni untuk suami saya je?"

"Oh... So?"

"So, baik awak lepaskan saya dulu. Saya nak tunjuk sesuatu."

"Apa dia?" Tengku Zam Hairil meleraikan pelukannya. Rasa ingin tahunya membuat dia tidak sabar pula.

"Saya nak tunjuk..." Izz Izzati buat nada suspens. "Tunjuk bekas makanan ni. Mak saya suruh hantar lauk pada Tengku. Tengku makan la. Bye!" Izz Izzati terus berlari keluar dan segera masuk ke dalam keretanya.

Sungguh! Aku rasa takut dalam situasi tadi. Terus Izz Izzati memecut keretanya.

"Bekas makanan?" Tengku Zam Hairil baru tersedar. "Apa aku dah buat dengan Zati?" Dia mengaru kepalanya.

Sememangnya apabila dia tidur, dia tidak suka diganggu. Kalau tidurnya terganggu mulalah dia buat perkara pelik-pelik pada orang yang kacau dia tidur itu.

Nafas Tengku Zam Hairil di tarik panjang.

Pantas dia berlari ke bilik. Dicapainya telefon Sony miliknya.

"Assalamualaikum Zati..."

"Tengku..."

"Zati, maafkan saya. Saya tak sedar apa yang saya dah buat. Maafkan saya. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya pada awak." Tengku Zam Hairil benar-benar rasa bersalah dengan apa yang dilakukannya itu.

"Eh, tak apa la."

"Mana boleh tak apa..."

"Jangan rasa terpaksa sangat. Lagi pun tak lama lagi kita akan berkahwin kan."

"Memang la tapi saya..."

"Okeylah. Saya ada kerja nak buat. Nanti jumpa malam nanti." Talian ditamatkan. Tengku Zam Hairil terkedu.

Zati merajuk dengan aku ke? Mungkin sebab aku dah janji dengan dia nak mesej tapi dah seminggu ni aku masih tak mesej lagi. Mesti dia ada terasa dengan aku. Apa yang perlu aku buat. Memang aku dan dia tak bercinta tapi aku rasa bertanggungjawab untuk ambil tahu hati dan perasaannya.

Pening kepala memikirkan tentang perempuan.

"Feya juga yang tak pernah memeningkan kepala aku..." Tengku Zam Hairil terdiam selepas itu. Sejak sebulan ini, nama Feya sering meniti di bibirnya. Kerinduaannya pada Feya makin mendalam.

Akhirnya dia berserah pada malam nanti.



****



Entah mengapa hati Tengku Zam Hairil berdebar untuk ke rumah Encik Azlan pada malam ini. Teringat akan apa yang dilakukan pada Izz Izzati siang tadi. Mesti Zati masih marah pada aku.

"Jemput masuk Tengku Zam Hairil." Zizan mula memerli dengan menyebut dengan tegas perkataan 'Tengku'.

Tengku Zam Hairil hanya mampu tersenyum.

"Ehem!" Encik Azlan menegur anak lelakinya. "Zizan..." Dia sudah menceritakan segalanya pada anak lelakinya itu. Dia baru bercadang mahu menceritakan segalanya selepas anaknya itu balik dari Johor tetapi anaknya itu terlebih dahulu terkam Tengku Zam Hairil.

Zizan tersengih.

"Zam, abang minta maaf hari tu kerana terkasar bahasa. Ayah abang dah ceritakan segalanya. Zati pun suka juga pada Zam." bisik Zizan. Ketika itu Zati sedang sibuk menghidang minuman untuk mereka bertiga.

"Saya maafkan Encik Zizan." Tengku Zam Hairil cuba bertenang. Zati suka aku? Boleh ke aku suka dia sebagai mana dia suka aku? Kerisauan mula mengganggunya.

"Encik Zizan? Jangan nak memalukan abang ipar kamu ni, Zam. Panggil aje abang Zizan. Okey?" Zizan tersenyum sambil mengenyitkan matanya.

Hati Tengku Zam Hairil gembira. Dia akan mendapat kasih sayang seorang abang pula. Bertuahnya dia dapat mengenali keluarga ini.

Tengku Zam Hairil memandang Izz Izzati yang kini menghidang buah-buahan yang telah dipotong sebelum makan malam.

"Jemput makan Zam. Jangan malu la." jemput Encik Azlan. Zizan pula hanya memerhati bakal adik iparnya. Sesuai dengan adik aku tu.

"Ye pak cik..."

"Dah nak kahwin pun masih panggil pak cik. Panggillah ayah..." sampuk Zizan.

Tengku Zam Hairil rasa tidak keruan. Zizan suka melihat wajah Tengku Zam Hairil. Pemalu sangat. Sah! Sesuai dengan adik aku.

"Ayah, makanan dah siap. Marilah makan." ajak Izz Izzati.

"Zati, ajak sekali Zam tu." arah Encik Azlan. Dia berlalu ke meja makan bersama Zizan.

"Tengku, marilah makan." Izz Izzati ajak juga. Nak kata dia marah pada Tengku Zam Hairil, tidak pula. Cuma buat masa ini dia mahu bersendiri je.

"Zati, ini untuk awak..." pantas Tengku Zam Hairil hulurkan pada Izz Izzati.

Izz Izzati tersentak tapi dia ambil juga kata kecil itu.

Akhirnya mereka sama-sama ke meja makan.

"Makanan kegemaran Zam apa?" soal Encik Azlan ketika mereka semua menjamu selera.

"Tak ada pak cik..."

"Ehem..." Zizan berdehem kuat menegur panggilan tu.

"Tak ada ayah..." Tengku Zam Hairil membetulkan panggilannya itu.

Tiba-tiba Izz Izzati terbatuk dan terus berlari ke dapur.

"Kenapa tu?" Puan Zalimah pun turut ke dapur.

Encik Azlan dan Zizan hanya tersenyum sahaja. Senyum ada makna.



P/s : Maaf kali ini agak kureng sikit bab ni...pendek je...hihihi tunggu bab 6 pula...

Monday 19 August 2013

20
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 4

Bab 4

Zizan diam membisu. Tangannya ligat mengacau air sirap yang diordernya sebentar tadi. Naik menyampah aku tengok jantan ni.

"Tengku rasa sakit lagi ke? Maafkan abang saya ye?" bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Izz Izzati.

Zizan mengeluh kasar. Dia tidak suka adiknya bersikap manja begitu pada lelaki lain.

"Saya okey..." kali pertama melihat Izz Izzati menangis kerananya membuatkan hatinya tersentuh. Biarpun kena tumbuk sekali pun.

"Ini abang punya pasal! Lain kali tanya. Jangan main belasah aje." geram Izz Izzati. Dah rosak muka kacak ni. Camner nak kahwin nanti?

"Dia tarik adik macam secara paksa je? Mana boleh abang diam je."

"Abang tak payah diam tak apa. Bising pun boleh tapi apa-apa pun abang kena tanya adik dulu." sindir Izz Izzati.

"Adik jangan nak marah abang! Abang sekeh kang!"

"Sekeh la! Cian buah hati adik ni tau?" sengaja Izz Izzati bermanja dengan Tengku Zam Hairil. Dia tahu yang Zizan tidak suka.

Tengku Zam Hairil pula tersentak mendengar perkataan 'buah hati'. Biar betul perempuan ni? Saje nak huru harakan hati aku la tu.

Pantas tangan Zizan menyekeh kepala Izz Izzati.

"Sakitlah!" ngadu Izz Izzati.

"Tau sakit! Hati abang ni lagi sakit tengok adik! Sampai hati menduakan abang. Selama ni, adik tak pernah lebihkan orang lain berbanding abang. Tapi lelaki ni baru je muncul, adik dah suka dia. Adik dah lupa siapa abang adik ni... Abang tak suka adik buat abang macam ni." sebak hati Zizan apabila Izz Izzati lebihkan Tengku Zam Hairil.

Izz Izzati rasa terharu. Dia berdiri dan duduk sebelah abangnya itu.

"Abang adalah abang terbaik adik ada." pujuk Izz Izzati sambil memeluk lengan Zizan.

Zizan kaku.

"Adik tahu abang sayang adik. Adik pun sayang abang." air mata Izz Izzati mengalir lagi.

"Janganlah nangis. Sakit hati abang tengok air mata adik ni." Zizan menyapu air mata adiknya.

"Sayang abang!"

"Sayang adik juga!" Zizan mencuit pipi Izz Izzati.

Tengku Zam Hairil tersenyum dalam hati. Hubungan adik dan abang sangat mesra. Entah mengapa perasaan cemburu dengan keluarga ini.

Aku dan adik tak semesra ini. Kami selalu bergaduh tak kira di mana pun. Wajah Tengku Zam Hairil bertukar mendung.

"Nama kau apa?" kasar nada Zizan bertanya.

"Tengku Zam Hairil..."

"Patutlah adik suka dia sebab ada pangkat tengku..." sempat lagi Zizan menyindir Izz Izzati.

"Sebenarnya..." Tengku Zam Hairil mahu menerangkan hal sebenar tetapi pantas di jawap oleh Izz Izzati.

"Itulah abang tak tahu. Calon suami adik mestilah terbaik punya." Izz Izzati berkata begitu sambil mengenyetkan matanya pada Tengku Zam Hairil. Dia tidak mahu lelaki itu menceritakan hal sebenar.

Tengku Zam Hairil tersentak. Main mata pula minah ni.

"Tak payah nak poyo. Meh abang hantar balik rumah." ajak Zizan. Geram apabila melihat adiknya bermain mata depannya. Mau je dicekik jantan ni.

"Kejap! Mana abang tahu adik kat sini. Bukan ke abang ada hal kat Johor. Kenapa sesat kat KL pula?"

"Masa abang sampai rumah, nampak teksi yang adik naik. Jadi, abang terus follow sebab abang rindu dekat adik abang yang seorang ni." jelas ZIzan.

"Rindu abang juga..." balas Izz Izzati.

Perlahan Zizan usap kepala adiknya itu. Manja sangat ni.

"Jom abang belanja tengok wayang."

"Nak! Tapi Tengku ni?"

"Kalau dia nak tengok, guna duit sendiri." Zizan masih dingin dengan Tengku Zam Hairil.

"Tak apa la abang..." belum sempat Tengku Zam Hairil berkata hingga habis, Zizan sudah berdiri tegak.

"Siapa abang kau? Aku hanya ada seorang adik je. Kau jangan menyibuk jadi adik aku!" tegas Zizan.

Tengku Zam Hairil terkedu. Sungguh! Hatinya terasa. Bab bab kekeluargaan baginya amat sensitif.

"Saya pergi dulu Zati!" Tengku Zam Hairil terus meninggalkan meja tersebut. Dia tidak sanggup berada di situ.

Bagilah segala ujian, kerja yang susah dia masih kuat menghadapinya, tiada duit pun tak apa. Dia masih boleh hidup. Makan nasi dengan ikan kering pun dia boleh telan. Tetapi bab kekeluargaan, hatinya cepat terasa. Betapa hinanya dia kerana tiada kasih sayang dalam dirinya. Padahal, dia amat mendambakan kasih sayang seorang ayah, mak, adik, abang, kakak, kawan-kawan dan orang sekeliling. Cukuplah sedikit perhatian.

"Abang!" marah Izz Izzati. "Sejak bila abang jadi begitu sombong ni. Tak baik buat anak yatim macam tu. Tengku tu dah tak ada ayah, tak ada abang, pasti dia juga mahu kasih sayang seorang abang. Sampai hati abang..." Izz Izzati mengejar Tengku Zam Hairil. Kasihan bakal suami aku tu. Wajah sedih dia memang tak pandai sembunyikan.

"Tengku tunggu saya!" panggil Izz Izzati dari jauh. Laju betul dia lari. Dah macam 100meter pecut pula gayanya.

Tengku Zam Hairil tidak mahu menghadap Izz Izzati kerana dia bimbang akan menjadi lemah.

Tak boleh jadi si Tengku ni. Buat tak tahu je bakal isteri dia panggil. Guna teknik muslihat.

Izz Izzati pura-pura rebah.

"Aduh!" Izz Izzati mengaduh kuat.

Tengku Zam Hairil tersentak. Dia gelabah! Dia pun berpatah balik. Di sisi Izz Izzati. "Awak tak apa-apa kan?"

"Tengku, banyak kali saya panggil Tengku. Kenapa tak tunggu saya? Atau Tengku punya telinga banyak najis? Meh saya tengok." Izz Izzati sekadar mahu melawak. Untuk menghiburkan hati Tengku Zam Hairil yang terluka dengan kata-kata abang kandungnya sendiri.

"Meh la saya tengok telinga Tengku tu." Izz Izzati menyentuh perlahan telinga Tengku Zam Hairil.

"Jangan!" Tengku Zam Hairil menghalang. "Saya okey..."

"Baguslah okey." Lega hati Izz Izzati.

"Macam mana kaki awak ni? Nak saya bawa pergi hospital?"

"Hospital?" berpeluh dahi Izz Izzati apabila mendengar perkataan hospital. Dia tidak suka ke sana. Tempat paling dia nak elak dalam dunia ini.

"Eh, tak perlu Tengku! Saya kuat je?" Pantas Izz Izzati berdiri.

Tengku Zam Hairil blur.

"Saya okey. Tengku, macam mana dengan date kita?" Entah mengapa dia rasa sedih. Date kali ni terlalu banyak gangguan.

"Lain kalilah. Lagi pun abang awak dah jeling dari jauh tu. Saya tak nak hubungan mesra awak dengan abang awak tergugat sebab saya."

"Mana? Mana?" Izz Izzati mencari kelibat Zizan. Elok je lelaki itu berdiri tanpa selindung di seberang kedai sana. Makin geram Izz IZzati rasakan.

"Tengku..." Izz Izzati rasa serba salah.

"Tak apa. Nanti saya mesej awak ye? Kita date lagi sekali." Tengku Zam Hairil tersenyum pahit.

"Okey..."

Mereka berpisah di situ.

Zizan menghampiri adiknya itu. "Dia tak nak tengok wayang ke? Abang belanja." selamba Zizan berkata. Sebenarnya dia rasa bersalah sebab berkata begitu. Entah mengapa dia mudah angin dengan si Tengku itu. Mungkin sebab begitu mudah lelaki yang baru kenal ini mencuri perhatian adiknya itu. Ada sedikit bimbang di hatinya.

"Sengallah abang ni. Tadi kata tak nak belanja Tengku..."

"Eh, yeke abang cakap macam tu?" Zizan cuba berselindung.

"Oh, ada orang tu rasa bersalah rupanya." Izz Izzati dapat meneka apa yang abangnya rasa.

"Eh, siapa orangnya?" Zizan masih berpura-pura.

"Terima kasih abang. Ini yang buat adik sayang abang gila-gila." Izz Izzati gembira jika abangnya sudi berubah dan mula menerima Tengku Zam Hairil.

"Ya, suatu hari nanti adik akan berkahwin juga. Abang tak sepatutnya buat buah hati adik tu macam tadi. Maafkan abang ye?"

"Dengan Adik abang tak salah, tapi dengan Tengku adik rasa abang banyak salah."

"Salah apa?"

"Salahnya, abang tumbuk dia. Abang tuduh dia bukan-bukan, sekarang abang dah kecilkan hati dia. So, abang kena minta maaf la padanya."

"Abang kena minta maaf ye?"

"Yup!" Izz Izzati terus berjalan dan meninggalkan Zizan.

"Adik, tunggu abang!" Zizan pula yang mengejar Izz Izzati.



******



Tengku Zam Hairil berjalan penuh longlai. Fikiran penuh dengan Feya. Feya sahaja yang selalu buat dia rasa bahagia. Tersenyum tetapi akhirnya Feya pergi meninggalkan. Dia menuju ke tempat keretanya di parking.

"Oi!" panggil Fakhrol Hazril. Lama dia menunggu Tengku Zam Hairil. Sengaja nak buat aku rasa panas la ni.

"Kau...?" Tengku Zam Hairil tidak menyangka yang Fakhrol Hazril sanggup menunggunya di sini. Dia buat tidak peduli. Tangannya pantas mengeluarkan kunci kereta dan membuka pintu kereta.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau!" kasar Fakhrol Hazril.

"Aku tak ada mood nak cakap dengan kau. Kau boleh blah tak!" amuk Tengku Zam Hairil. Dia memang tidak boleh sabar jika bersama adiknya kandungnya ini.

"Aku tak peduli kau ada mood atau tak!"

"Okey, kau nak cakap apa?"

Fakhrol Hazril merenung tajam ke arah Tengku Zam Hairil yang sedang bersandar pada kereta Ford Fiesta berwarna merah.

“Macam mana kau kenal Izz? Dan nak kahwin dengan dia pula?” soal Fakhrol Hazril. Sejak kecil lagi dia tidak menyukai Tengku Zam Hairil. Perbezaan umur mereka hanyalah satu tahun membuatkan dirinya sama taraf dengan abangnya itu.

“Itu hal peribadi aku. Kau tak payah nak campur!” Tengku Zam Hairil sudah banyak bersabar dengan karenah adiknya. Dia sendiri tidak mengerti mengapa adiknya begitu benci padanya. Padahal mama dan papa lebihkan dia daripada dirinya.

Tengku Zam Hairil sering mengalah untuk adiknya. Jika mama atau papa belikan permainan atau sesuatu, jika Fakhrol Hazril suka, dia terpaksa mengalah. Kenangan lalu singgah di benak fikirannya.

Sejak papa meninggal dunia, sikap Puan Faridah pada dirinya berubah. Puan Faridah selalu lebih Fakhrol Hazril.

“Haz nak juga yang tu! Nak juga!” Fakhrol Hazril menangis sekuat hati kerana mahukan permainan milik Tengku Zam Hairil. Dia merenung tajam arah Tengku Zam Hairil yang sedang memeluk sebauh kereta permainan.

“Zam, bagi pada adik ye?” Puan Faridah meminta lembut pada anaknya. Dia tersenyum manis.

“Tak nak! Ini mama belikan untuk Zam. Jadi ini Zam punya.” Balas Tengku Zam Hairil ketika itu dia berusia sepuluh tahun.

“Kau nak bagi atau tidak!” Puan Faridah mula bertukar nada.

“Semua permainan Zam jadi adik punya! Zam tak dapat apa-apa pun! Jadi, ini Zam punya, mama! Zam punya!” jerit Tengku Zam Hairil dengan air mata yang mengalir.

Pang!

Tengku Zam Hairil ditampar. Pipinya terasa sangat sakit. Dia memegang pipi yang sudah menjadi merah. Mata Tengku Zam Hairil membulat memandang wajah Puan Faridah.

“Aku kata bagi pada Haz, jadinya Haz punya! Aku yang beli semua ni!” Puan Faridah mula marah.

“Zam ni pun anak mama! Mama tak sayang Zam ke?” Tengku Zam Hairil beranikan diri lagi untuk bersuara.

“Kalau aku tak sayang kau, dah lama aku campak kau kat luar tu! Jadi, jangan nak berlagak dengan aku!” kata Puan Faridah sambil merampas permainan di tangan Tengku Zam Hairil.

“Pergi masuk bilik kau!” geram Puan Faridah. “Sayang, permainan ni jadi milik Haz ye? Janganlah marah mama ye? Mama sayang Haz...” pujuk Puan Faridah lalu memberikan permainan itu kepada Fakhrol Hazril.

Tengku Zam Hairil hanya mampu melihat adengan pujuk itu. Mama tak pernah pujuk aku macam tu. Mama sentiasa marah pada aku. Mama selalu lebihkan adik. Bila aku berjaya mendapat A dalam pelajaran, mama buat tidak tahu sahaja. Tetapi jika adik, mama sanggup beli apa sahaja. Mama memang tak sayang Zam kan? Mama benci pada Zam kan? Kenapa mama? Kenapa? Persoalan itu tiada jawapan sehingga kini.

Mereka sudah dewasa, sejak mendapat pekerjaan, Tengku Zam Hairil terus berpindah dari rumah tersebut. Mereka seperti bukan ahli keluarganya lagi.

“Jawab la!” marah Fakhrol Hazril apabila Tengku Zam Hairil diam.

“Izz Izzati akan berkahwin dengan aku. Kau jangan nak kacau dia.” Tengku Zam Hairil berkata.

“Aku suka dia. Jadi kau kena bagi dia pada aku!”

“Hey! Dia bukan barang permainan!” giliran Tengku Zam Hairil pula marah.

“Aku peduli apa! Kalau aku suka benda yang kau punya, kau kena bagi aku. kalau tidak, aku bagi tau mama.” Fakhrol Hazril tersenyum.

“Macam budak-budak! Zati akan kahwin dengan aku. Aku tak kan benarkan benda yang sepatutnya jadi milik aku, jadi milik kau! Tidak akan lagi!” kata Tengku Zam Hairil dengan jelasnya.

"Barang kau tetap akan jadi barang aku!"

"Izz Izzati jadi milik kau? Tak mungkin sebab hanya aku yang akan menjadi hak mutlak dia." Tengku Zam Hairil yakin dengan apa yang dikatakannya.

"Kita tengok la..."

"Tak payah tengok. Bulan depan aku akan kahwin dengan dia. Jadi aku jemput kau awal-awal." kasar Tengku Zam Hairil. Dia membuka pintu kereta.

Fakhrol Hazil membuat muka geram.

"Lagi satu sebelum aku lupa. Pasal mama. Kalau dia nak datang terserah. Tak datang pun tak apa. Kad jemputan aku tag dalam facebook je." Tengku Zam Hairil meninggalkan Fakhrol Hazril yang terkial-kial dengan kata-katanya.

"Tak guna!"



P/s : bab kali ni banyak betul gaduh ish ish ish...semoga terhibur...nantikan bab seterusnya esok....

Saturday 17 August 2013

18
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 3


Bab 3

Izz Izzati tidak menyangka perhubungannya dengan Tengku Zam Hairil sudah masuk sebulan tetapi...

"Baik jangan kahwin macam ni!" Izz Izzati menjerit seorang diri dalam biliknya. Dia rasa sangat tertekan. Sememangnya mereka kenal sebulan tapi pertemuan mereka ada semasa kali pertama jumpa di rumahnya tempoh hari. Itu saja pertemuan mereka. Aduh! Sakit kepala ni... Sebulan berlalu begitu je.

"Nak tunggu si Tengku mesej aku, aku berjanggut pun dia tak nak mesej gak kot." Izz Izzati kena bertindak terlebih dahulu. Dia mengambil telefon samsung kesayangannya itu.

"Ajak date!" Izz Izzati tersenyum miang.

Lama dia menaip mesej tersebut.

"Assalamualaikum... Tak jawab dosa... Tengku, saya nak ajak keluar pagi esok, nak tak?" Dia membaca semula apa yang ditulisnya. "Macam terlalu berterus terang pula. Tak kan la aku nak tulis ayat bunga... Tak pun ayat novel..."

Izz Izzati mengaru kepalanya. Serabut kepala otak macam ni. Ini baru nak tulis mesej, Belum jumpa lagi.

"Tulis aje la cik penulis!" putus Izz Izzati.



Jom date! - Izz Izzati



"Harap-harap dia setuju dan cepat juga balas. Ayat selamba je la guna." Izz Izzati tunggu satu minit.



Ok. Kat mana? - Tengku Zam Hairil



"Yesss!" Izz Izzati terlompat-lompat atas katilnya. Itulah cara dia menunjukkan perasaan gembranya. Ish ish ish

"Cepat pula dia balas. Okey, aku nak jumpa dia kat mana?" otak Izz Izzati ligat berfikir.

Akhirnya dia tersenyum.



******



Tengku Zam Hairil terkejut dengan kehadiran mesej pesanan ringkas dari bakal isterinya, Izz Izzati. Memang dia akui sejak pertemuan pertama di rumah Encik Azlan sebulan yang lalu, dia tidak menghubungi Izz Izzati.

Sebab utama dia tidak menghubungi gadis kuat gelabah itu ialah dia sibuk dengan projek baru. Kerja melukis plan bukanlah sesuatu yang mudah. Memerlukan ketelitian dan fokus yang sepenuhnya. Kebetulan hari ini projek itu selesai dan dia dapat keluar bersama Izz Izzati.

Hari ini juga hari terakhir dia bekerja di syarikat Awang Berhad sebagai arkitek. Dia mahu mengubah bidang pekerjaannya. Dia mahu ada syarikat sendiri.

Tin tong!

Bunyi mesej masuk ke dalam telefon Sony Experianya.



Kita jumpa esok ye? Pukul 8 pagi. Jangan lupa - Izz Izzati



Tengku Zam Hairil tersenyum membaca mesej tersebut. Izz Izzati memang selamba dengannya.

"Akhirnya kau berhenti juga kerja. Inilah masa yang aku tunggu-tunggukan." muncul seseorang yang masuk ke biliknya.

Tengku Zam Hairil pura-pura tidak nampak. Dia terus berlalu pergi bersama kotak yang mempunyai barang peribadinya.

Kalau aku layan mamat ni, aku juga yang sakit hati. Itu yang seharusnya dia lakukan. Segera Ford Fiesta merahnya dihampiri. Esok pagi dia akan bertemu dengan Izz Izzati. Jadi dia kena bersiap awal.



****



Izz Izzati tiba lebih awal di Cafe Cute (cc). Itulah tempat yang selalu dirinya lepak. Tempat yang sangat selesa dan ada banyak kemudahan di sini terutamanya untuk melayari internet.

Dia memandang sekeliling. Tiba-tiba dia terpandang seseorang.

Macam kenal sahaja lelaki ni? Tapi di mana ye? Mana mungkin aku lupa lelaki yang kacak macam ni selain bakal suamiku... Ligat otak Izz Izzati berfikir.

“Izz!” tiba-tiba lelaki itu yang menyapa Izz Izzati dahulu.

Izz Izzati tersentak. Eh, mamat kacak ni tegur aku dulu? Maknanya dia kenal aku la. Pelbagai andaian yang muncul di benak fikirannya.

“Awak ni siapa? Saya rasa saya tak kenal awak ni?” jujur Izz Izzati.

“Izz, aku ni... Fakhrol Hazril. Cepat sungguh lupa pada lelaki yang dah selamatkan awak dari kena terkam dengan kucing.” Fakhrol Hazril ketawa kecil. Teringat pertama kali dia berjumpa dengan gadis ini, comel sangat wajahnya dalam ketakutan. Kucing je kot, bukannya harimau.

Automatik wajah Izz Izzati berona merah. Dia benar-benar rasa malu dengan kejadian itu. Mujur ada yang lalu ke tempat meletakkan keretatersebut. Kalau tak, sampai ke subuhlah aku di situ.

“Baru saya ingat.” Izz Izzati tersengih.

“Belanja saya minum la sebab saya dah selamatkan awak.” Cadang Fakhrol Hazril. Memang tak tahu malu katakan.

“Boleh je tapi lain kali la sebab saya tengah tunggu bakal suami saya ni.” jelas Izz Izzati.

Tersentak hati Fakhrol Hazril apabila mendengar kata-kata Izz Izzati. Hatinya di pagut cemburu. Cemburu pada lelaki yang berjaya memiliki hati gadis comel ini.

“Zati!” panggil seseorang.

“Tengku!” balas Izz Izzati apabila Tengku Zam Hairil sudah tiba di meja mereka.

Dua lelaki saling merenung antara satu sama lain. Izz Izzati keliru dengan apa yang dilihatnya.

Fakhrol Hazril dengan selamba melabuhkan punggungnya di meja itu. Dia mengenali bakal suami Izz Izzati.

Izz Izzati serba salah. Apa yang aku nak buat ni? Ikut kata hatilah!

“Tengku, kenalkan ni Fakhrol Hazril dan Hazril ini bakal suami saya, Tengku Zam Hairil.” Izz Izzati mengambil tindakan untuk memperkenalkan mereka masing-masing.

Mereka saling bersalaman tetapi tangan mereka bertaup lama.

Makin pelik Izz Izzati melihatnya. Apa kena mereka berdua ni? Ada masalah jiwa? Atau gay? Ish, mengarut sahaja aku ni.

“Jemput la duduk Tengku. Tak penat berdiri ke?” Izz Izzati bersuara sedikit kuat membuatkan mereka tersedar daripada termenung dan direnung.

Pantas Tengku Zam Hairil duduk. Makin pelik ni!

"Macam mana boleh kenal dengan encik Fakhrol Hazril ni?" soal Tengku Zam Hairil. Sengaja dia duduk rapat dengan Izz Izzati.

Izz Izzati pula, apabila tengok Tengku Zam Hairil duduk rapat dengannya, hati menjadi berdebar. Rasa cinta sudah datang. Sabar ye wahai hati.

"Saya kenal sebulan yang lalu. Kebetulan Fakhrol selamatkan saya dari kucing." Izz Izzati tersengih. Dia terpaksa pecahkan rahsianya sendiri.

"Sayang takut kucing ke?" tiba-tiba juga panggilan Tengku Zam Hairil bertukar.

Sayang? Oh my God!! Sabar hati. Sabar jiwa. Sabar cinta. Izz Izzati cuba mengawal riak muka yang terkejut kerana dipanggil sayang.

"Takut gak."

"Saya rasa, tak best pula kalau saya menyibuk dengan pasangan bahagia ni." sengaja Fakhrol Hazril menekankan perkataaan bahagia kerana terlalu geram melihat kemesraan mereka berdua.

"Ya...?" Izz Izzati sedikit keliru dengan kata-kata sahabat barunya itu.

"Maksud saya, lebih baik saya pergi dulu. Tak mahu kacau kamu berdua."

"Okey..." Izz Izzati hanya mengiakan. Lagi pun dia ada benda penting mahu berbincang dengan Tengku Zam Hairil.

Makin panas hati Fakhrol Hazril apabila Izz Izzati sendiri tidak mempedulikan kehadirannya di situ. Dia terus berlalu pergi.

Selepas itu suasan menjadi sepi. Kalau ada orang lain je, mereka pandai berkata-kata tetapi jika tinggal mereka berdua, hanya kebisuan yang menemani mereka.

"Tengku..." panggil Izz Izzati. Nak aku juga yang mulakan.

"Ya..." Tengku Zam Hairil masih dalam kedudukan yang sama. Rapat dengan Izz Izzati.

"Boleh duduk jauh sikit tak?" jujur Izz Izzati.

"Maaf!" pantas Tengku Zam Hairil menjarakan sedikit tubuhnya dari Izz Izzati tetapi mereka masih duduk bersebelahan. Dia rasa malu sangat. Sebentar tadi dia sekadar mahu menyakitkan hati lelaki itu melalui cara duduk rapat dengan Izz Izzati. Ternyata perbuatan itu berjaya menghalau si penyibuk, Fakhrol Hazril.

"Tak apa. Saya cuma nak bincang tentang majlis perkahwinan kita yang ada lagi enam bulan ni."

"Okey..."

"Pasal perjanjian kita tu. Saya minta, saya diberi tempoh selama enam bulan untuk mengenali Tengku selepas kita berkahwin. Masa tu kita akan jadi kawan." Izz Izzati mula menerangkan tentang perjanjian yang ingin dilakukannya.

"Kawan?"

"Ya, kawan. Tapi saya akan masak, basuh pakaian Tengku macam isteri selalu buat." jelas Izz Izzati.

Tengku Zam Hairil diam seketika.

"Tempat tidur?"

"Asinglah. Dah namanya kawan..." Izz Izzati tidak menyangka yang bakal suaminya akan bertanya soalan itu. Nasib baik boleh jawap.

Tengku Zam Hairil diam lagi.

"Tengku ada persoalan lagi ke?"

"Sebenarnya saya tak tengok lagi surat perjanjian tu. Awak ada bawa salinan tak?" wajah Tengku Zam Hairil serius.

Izz Izzati buat muka pelik.

"Ada!" Dia membuka beg galas warna merah yang berisi laptop dan juga sebuah fail. Laptop ni nyawa aku. Mestilah aku bawa ke mana sahaja.

"Ini dia..."

Tengku Zam Hairil mengambilnya. Dia mula membaca. Makin lama makin berkerut dahinya.

Izz Izzati yang melihat kerutan di muka Tengku Zam Hairil, turut ikut berkerut. "Kenapa Tengku?"

"Ini je surat perjanjiannya?" soal Tengku Zam Hairil bagaikan tidak percaya.

"Ini je la. Ada tarikh, tempat Tengku dan saya sign. Butirannya. Cukuplah!"

"Tapi yang awak bagi saya tu agak tebal juga saya tengok." Tengku Zam Hairil pula rasa mushkil.

"Oh, itu kata pemudah bicara yang panjang..." lagi sekali Izz Izzati tersengih. Sebenarnya dah lama aku siapkan perjanjian ni. Disebabkan dah lama, aku dah lupa apa yang aku tulis di bahagian pemudah bicara tu. Malunya kalau dia baca.

"Okey..." Tengku Zam Hairil memang tidak banyak cakap sejak dari tadi.

"Lagi... Kita nak bertunang dulu ke?" soal Izz Izzati terus kepada topik yang lebih penting.

"Tak payah tunang! Saya nak kahwin terus dengn awak. Kalau boleh, bulan depan juga saya nak kahwin!" tiba-tiba Tengku Zam Hairil membuat keputusan mendadak. Dia rasa ada orang mahu merampas kasih sayang Encik Azlan.

Kasih sayang encik Azlan yang Tengku Zam Hairil risaukan. Kasihan pada Izz Izzati jika dia tahu isi hati sebenar bakal suaminya itu.

Kalau aku tak kahwin dengan Izz Izzati, Encik Azlan tak kan jadi ayah aku. Dan aku akan kesunyian lagi. Aku tak sanggup! Aku mahu perhatian dan kasih sayang Encik Azlan pada aku selamanya. Hati dan perasaan Tengku Zam Hairil berperang.

Izz Izzati terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Tengku Zam Hairil. Dia tidak kisah... Tetapi kena bagitau ayah la...

"Jom kita pergi beli cincin kahwin." Tengku Zam Hairil terus menarik tangan Izz Izzati sehingga ke luar kedai.

Gelojoh betul si Tengku ni. Sabar-sabar la sikit...

Nasib Tengku Zam Hairil tidak baik.

Bukkk!!

Pipi kanan Tengku Zam Hairil ditumbuk. Mulanya Tengku Zam Hairil mahu marah tetapi suara Izz Izzati terlebih dahulu kedengaran.

"Abang!" terkejut Izz Izzati dengan kehadiran abang kandungnya di situ.

"Lelaki tak tahu malu! Berani kau pegang tangan adik aku." Zizan mengamuk. Dia menarik tangan Izz Izzati dari terus dipegang oleh lelaki yang tidak di kenalinya itu.

"Abang sabar! Sabar!" Izz Izzati cuba menerangkan sesuatu.

"Sabar apa? Adik nak ikut jantan ni? Apa dah jadi dengan adik ni? Rasanya mak ayah tak ajar itu semua..." marah si abang pada adiknya pula.

"Dengar dulu penjelasan adik..." Izz Izzati faham sangat dengan perangai abangnya itu. Pantang ada lelaki yang tak dikenali dekat dengannya pasti di tumbuk. Tiba-tiba dia teringat peristiwa sesama sesi tandatangan bersama peminat.

Novel 1000x Cinta adalah novelnya yang ke dua. Semasa sesi tersebut, ada seorang lelaki yang ingin minta tandatangannya tetapi...

"Kau buat apa kat sini?" Zizan menyoal lelaki yang berdiri depan adik perempuannya. Zizan setia di sisi Izz Izzati sejak sesi itu bermula.

"Minta sign je..." takut-takut lelaki itu mahu menjawap.

"Kalau nak sign, jangan nak buat muka gatal!"

Selepas sesi Izz Izzati tamat.

"Abang ni teruk! Itu kan peminat adik..."

"Peminat atau tak, dia lelaki. Mana ada lelaki yang baca novel?" Zizan menarik tangan adiknya itu. Dia mahu adiknya segera balik ke rumah.

"Abang, zaman dah berubah. Lelaki sekarang, suka baca novel cinta. Tak salah pun lelaki baca. Bukannya satu perkara yang memalukan."

"Tak nampak jantan kalau baca novel."

"Banyaklah abang. Abang tu, ada baca novel gak kan?" geram Izz Izzati.

"Abang baca novel adik je. Orang lain, no way." jawap Zizan selamba.

"Abang ni!" jerit Izz Izzati dengan geramnya. Pecah ingatannya mengenai sesi tanda tangan itu.

Tengku Zam Hairil mendiamkan diri. Dia biarkan mereka berdua.

"Abang memang suka tak nak dengar cakap adik." marah Izz Izzati.

"Kenapa abang kena dengar cakap adik? Patutnya adik kena dengar cakap abang. Tak payah layan jantan ni!" Zizan menarik lagi kuat tangan Izz Izzati agar meninggalkan tempat tersebut.

"Abang, lelaki tu bakal suami adik..." air mata Izz Izzati mengalir ketika dia melahirkan kata-kata itu di bibirnya.

Zizan tersentak. Pandangannya jatuh pada lelaki yang terduduk itu akibat tumbukan padunya sebentar tadi.

Tengku Zam Hairil tersenyum sinis.



P/s : lor naper pula si Zati nak nangis? Tak ada sebab rasanya...apa-apa pun tunggu sambungannya k? Selamat membaca.