Followers

Saturday, 5 May 2012

40
Komen

CERPEN : SUAMIKU GILA KUASA


salam...untuk pengetahuan semua, cerpen ini telah dijadikan novel dengan tajuk barunya HATI SUAMIKU GK(GILA KUASA).. alhamdulillah sudah di terbitkan pada tahun 2014 pada bulan 5 bawah terbitan BUKU PRIMA dengan nama pena baru saya, AZALEA ESHAL... boleh dapatkan dengan harga rm25.90.... terima kasih..



“Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak..saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak..saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..

Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya...saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK dan ABAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..hakikatnya saya juga seperti awak..punya hati dan perasaan.”
Yang Benar,
Calon Isteri untuk Suami Gila Kuasa
       “Siapa tulis surat ni? Siapa?!” Marah Huzaiman. Tiada apa yang boleh membuat dia mengamuk selain ini. Aku tak dapat terima kenyataan ini. Aku tak kisah dia nak tulis apa. Lantaklah! Tapi yang aku kisahnya ialah ‘Suami Gila Kuasa’. Tak dapat dimaafkan lagi. Lagi satu, bila pula aku bergelar suami ni? Benci!
       “Ammar?” Huzaiman cuba meneka.
       “Eh, bukan saya, bos!” Ammar menidakkan. dia menelan air liurnya. Takut sungguh dengan tuduhan majikannya itu. Dia cukup kenal dengan majikannya yang mudah mengamuk.
       “Siapa yang letak atas meja saya kalau bukan awak? Awak aje yang boleh masuk bilik saya.” Kata Huzaiman. Dia menjeling ke arah Ammar yang kini berdiri tegak bagaikan patung. Dia menundukkan pandangannya. Tidak sanggup rasanya untuk memandang majikannya yang sedang mengamuk itu.
       Tiba-tiba muncul Amman. Mata Amman terkebil-kebil melihat raup wajah Huzaiman. Dia tengah marah ke? Teka Amman.
       “Oh, kamu yang letak atas meja saya ye?” tuduh Huzaiman pada Amman pula.
       “Bukan saya bos!” Amman yang tidak tahu apa-apa terkejut.
       “Kalau bukan kamu berdua, siapa?!” makin tinggi suara Huzaiman. Dia benar-benar marah.
       “Saya nak kamu berdua cari siapa yang letak surat ni atas meja saya.” Arah Huzaiman.
“Yes Bos!” jawab serentak si kembar menjawabnya.  Huzaiman masuk kembali ke dalam biliknya lalu menutup pintu itu dengan kuat.
       Ammar dan Amman terkejut dengan bunyi yang kuat itu. Mereka mengurut perlahan dadanya. Sakit jantung dibuatnya.
“Nasib badanlah jadi setiausaha bos macam ni.” Kata Ammar.
“Nak buat camner. Sejak kecil lagi kita kena follow dia.” Amman pula menjawab.
Amman dan Ammar merupakan setiausaha Huzaiman dan juga pemandu untuk ke mana sahaja majikannya mahu pergi.
       “Kembar, apa yang bos korang mengamuk di pagi hari ni?” Natasha muncul dengan tiba-tiba.
       “Entah makhluk tuhan mana yang letak surat misteri atas meja bos.” Kata Amman. Dia menaip sesuatu di komputer.
       “Hmmm, pergilah korek. Mana tau surat tu ada rahsia terbesar bos.” Natasha meneka.
       “Banyak la rahsia.” Amman tidak mahu masuk campur.
       “Abang, adik nak ke tandas sekejap.” Ammar terus berlalu.
Natasha menjeling ke arah Amman setelah Ammar menghilang. Lelaki itu masih fokus pada kerjanya. Aku ni macam menyibuk sahaja di sini.
       Tiba-tiba Huzaiman muncul.
       “Oh, you Natasha. Masuk sekejap. I nak bincang pasal tender kita di Putrajaya.” Arah Huzaiman.
       “Baik bos.”
       “I memang baik. You baru tau ke?” kata Huzaiman. Suka membanggakan diri. “I nak ke tandas sekejap. You tunggu kat dalam.” Huzaiman menghilang.
       Natasha masuk ke bilik Huzaiman. Dia ternampak suatu kertas. Natasha tersenyum.
*****
Huzaiman baru sahaja pulang dari kerja. Memang penat tapi dia gembira.
       “Mek Teh, kenapa rumah ni  sunyi? Mana Haikal?” soal Huzaiman.
       “Haikal masih tak pulang.” Meh Teh tertunduk.
       “Hah, kamu dah pulang Huzaiman. Papa ada perkara nak bincang sikit. Mengenai syarikat.” Kata Dato’ Ismail. Dia melabuhkan punggungnya dia atas kerusi.
       “Apa dia papa?” Huzaiman merentap kasar tali lehernya. Dia pejamkan matanya seketika.
       “Papa nak Haikal kerja dengan kamu.” Dato’ Ismail duduk sambil membetulkan cermin matanya. Biasalah, dah tua-tua ni rabun sikit.
       Huzaiman terkejut. Dengan pantas dia mencelikkan semula matanya.
       “Apa papa? Haikal? Mana boleh. Syarikat tu dah dua tahun Man usahakan. Tak boleh.” Pangkah Huzaiman.
       “Man, papa bukan suruh kau jadikan Haikal tu pengurus. Cukuplah jawatan yang setanding dengan pendidikannya.” Dato’ Ismail tersenyum. Kenal sangat dengan sikap anaknya. Gila kuasa. Kuasa tu memang milik dia pun nak berebut lagi dengan adiknya.
       Sejak kecil lagi Huzaiman mempunyai sikap gila kuasa. Semasa di sekolah menengah, semua aktiviti dan program akan diceburi. Yang pasti dia akan menjadi nombor satu. Pengerusi, ketua pelajar, ketua pengawas...kalau boleh ketua pengawas pusat sumber pun dia nak tibai tapi tak boleh sebab pihak sekolah tak bagi. Tak pasal-pasal aku yang kena panggil pergi sekolah. Anakku oh anakku.
       “Oh, macam tu? Faham dah. Boleh-boleh.” Huzaiman berdiri. “Man naik atas ya papa. Nak mandi dan solat.” Katanya meminta izin. Dato’ Ismail hanya mengangguk.
*****
Huzaiman memeriksa dokumen penting dalam bilik bacaanya. Dato’ Ismail pergi main golf bersama kawan-kawannya. Mama pula, Datin Ismah sibuk di dapur. Mungkin.
       “Hai abang!” Haikal masuk ke bilik abangnya itu.
       “Hai...” Balas Huzaiman tanpa memandang wajah adiknya itu.
       “Abang ni, hujung minggu pun nak duduk dalam bilik yang bosan ni.” Haikal mengomel.
       “Bosan? Taklah. Abang suka bilik yang bosannya.” Wajah Huzaiman masih menghadap kertas-kertas yang ada atas meja tulisnya.
       “Suka? Tengok muka abang macam bosan aje.” Teka Haikal. Wajah Huzaiman yang serius itu membuat Haikal berkata begitu.
       “Tak la.”
       “Tak apa la abang. Adik nak pergi tengok kak Sha la,” kata Haikal yang sudah berada di depan pintu.
       “Eh, dia buat apa kat rumah kita ni?” soal Huzaiman. Barulah dia memandang wajah adiknya itu.
       “Ish, abang ni! Macam duduk dalam tempurung aje.” Belum sempat Haikal menyambung ayatnya, Huzaiman sudah berkata terlebih dahulu.
       “Itu katak aje tau.”
       “Okey. Okey. Hmm, kak Sha kan sepupu kita.” Jelas Haikal.
       “Tak tahu pun.”
       “Maknanya abang tu la yang katak bawah tempurung.” Haikal mengenakan Huzaiman.
Huzaiman geram. Adiknya mempermainkan dia. Dia menaikkan sebelah keningnya.
Haikal tersengih.
“Sepupu tang mana tu, adik?” soalnya lagi. Dia benar-benar ingin tahu.
“Adik ayah yang nombor tiga, isterinya punya sepupu adiknya dan mak dia.” Kata Haikal sambil melihat jarinya.
“Pening la abang.”
“Adik pun pening. Senang-senang anggap la dia sepupu kita. Itu kata mama. Adik pergi dulu.” Haikal menutup perlahan pintu bilik bacaan tersebut.
Huzaiman menyambung semula kerjanya yang tertangguh. Dia termenung dan termenung lagi.
Ish, minah ni! Sengaja buat kacau. Kacau fikiran aku aje. Huzaiman mula tidak senang duduk. Dia bangun dan mencari kelibat Natasha.
Natasha ternampak Huzaiman.
“Bos!! Bos buat apa kat sini?” soal Natasha.
“Saya yang patut tanya awak. Awak buat apa kat sini? Ini rumah saya.” Kata Huzaiman dengan geramnya.
“Rumah bos ke? Cantik rumah bos.” Puji Natasha.
“Memang cantik. Awak ni rindukan saya ke sampai datang hujung minggu camni?”
“Eh, tak la!” Natasha menidakkannya. Huzaiman tersentak. Entah mengapa dia rasa sakit hati apabila Natasha tidak merinduinya.
“Kalau tak rindu, tak reti-reti nak balik. Pergilah balik!” halau Huzaiman. Dia benar-benar geram dengan wajah Natasha yang selamba.
“Man, yang kamu ni sedap sungguh menghalau bakal menantu mama ni kenapa?” Muncul Datin Ismah.
“Bakal menantu?” Huzaiman terkejut. Menantu?
“Adik dah nak kahwin ke mama?” soal Huzaiman macam orang bodoh.
“Ish, budah ni! Adik kamu tu baru saja habis belajar,” kata Datin Ismah.
“So, mama?” Huzaiman menanti dengan sabar jawapan daripada mulut Datin Ismah.
“Kamu la.” Datin Ismah menunjuk arah Huzaiman.
“Man mama? Man dengan Sha?” lagi sekali Huzaiman terkejut. Kalau setiap hari terkejut macam ni. Tak lama la aku atas dunia ini.
“Biar betul mama?” Huzaiman masih tidak percaya. Dia hanya memandang wajah Natasha.
“Betul! Tak kan mama nak tipu kamu pula, Man. Mama nak ke dapur sekejap.” Kata Datin Ismah.
“Mama, Sha ikut!” pinta Natasha. Dia benar-benar rasa seram sejuk dengan pandangan Huzaiman yang tajam itu.
“Awak tunggu!” tegas suara Huzaiman.
Langkah Natasha terhenti. Datin Ismah sudah lama menghilang ke dapur.
“Awak suka saya?” soal Huzaiman tanpa selindung lagi.
“Suka!” jawab Natasha secara spontan.
“Betul suka ni?”
“Betullah suka!”
“Tipu!” Huzaiman tidak mahu percaya.
“Betullah!” kata Natasha sambil melangkah ke dapur.
Huzaiman tidak berpuas hati.
“Tipu!” kata Huzaiman.
“Mama tengoklah anak mama tu. Dia tak percaya yang Sha suka dia.” Kata Natasha pada Datin Ismah.
“Mengada-ngadalah kamu ni, Man. Syukur sikit ada orang suka kamu. Kamu tu gila Kuasa. Tak ada gadis nak ke kamu.” Datin Ismah mula membebel. Pantas Huzaiman meninggalkan mereka berdua.
*****
Huzaiman betul-betul tidak berpuas hati dengan jawapan Natasha semalam. Dia harus berjumpa dengan gadis itu lagi sekali walaupun di pejabat.
“Suruh Natasha jumpa saya sekarang!” Arah Huzaiman kepada Amman dan Ammar yang berada di meja setiausaha itu.
“Baiklah bos!” serentak mereka menjawab.
Beberapa minit kemudian Natasha hadir.
“Bos, muntah darah ke?” tanpa mengetuk pintu bilik, Natasha berkata begitu.
“Eh, muntah darah? Siapa bagitau awak ni?” dahi Huzaiman sudah berkerut.
Natasha pula buat muka geram. Ini mesti kerja si kembar dua ekor tu. Siap kau lepas ni.
“Lupakan aje. Saya nak tanya awak ni. Apasal awak boleh suka saya?” soal Huzaiman.
Natasha mengeluh. Tak habis lagi ke tanya soalan yang sama. Ish bos aku ni...kesian.
“Kena ada sebab ke?”
“Ya!” wajah Huzaiman serius.
“Saya suka bos sebab....” Natasha cuba memikirkan alasan terbaik untuk diberikan pada Huzaiman.
“Sebab....”
“Sebab bos ni gila kuasa.” Natasha tersenyum.
“Gila! Alasan entah apa-apa entah. Tipu!” marah Huzaiman.
“Suka hati bos la!” kata Natasha dan terus berlalu keluar.
Amman dan Ammar cepat-cepat menyorok bawah meja tetapi Natasha sempat menangkap perbuatan si kembar itu.
“Korang berdua ni teruk tau!” geram Natasha.
“Eh, pengantin baru tak elok marah-marah.” Jawab Ammar. Amman hanya tersengih.
Kerana terlalu geram, Natasha hanya tinggalkan mereka berdua.
*****
Akhirnya tiba hari perkahwinan Huzaiman dan Natasha. Memang meriah sehingga Natasha tidak terdaya mahu melayan semua tetamu yang ada. Dia ingin melepak dalam bilik sahaja.
“Eh, sayang nak ke mana tu?” Huzaiman menegur Natasha.
Natasha mengeluh. Sejak mereka sah menjadi suami isteri, Huzaiman asyik memanggilnya sayang tidak kira depan sesiapa pun. Ish tak tahu malu betul suamiku ini. aku yang malu tau.
“Penat! Nak rehat kat bilik sekejap!”
“Sayang tak boleh jauh dengan abang tau.” Huzaiman ingatkan Natasha. Dahi Natasha berkerut.
“Eh, bukan abang ni gila kuasa dalam syarikat atau organisasi aje kan?” soal Natasha.
“Yelah. Itu pasti. Tapi yang ini pun masuk list abang juga. Gila kuasa dalam rumahtangga.” Huzaiman tersenyum. Entah mengapa dalam pandangan Natasha senyuman itu amat menakutkan.
“Bukan ke abang tak suka saya?” soal Natasha. Dia memandang tepat ke dasar mata Huzaiman walaupun mata itu menakutkan.
“Eh, kalau abang dah kahwin dengan Sha. Abang kenalah suka Sha.”
“Kena?”
“Tunggu abang malam ni. Abang nak ke pejabat sekejap dengan Amman dan Ammar.” Kata Huzaiman sambil menghadiahkan ciuman di pipi NAtasha.
Natasha benar-benar kaku.
*****
Badan Huzaiman betul-betul penat. Baju melayu masih melekat ditubuhnya. Dia ternampak kelibat Datin Ismah.
“Mama mana Sya?” soal Huzaiman setelah pulang dari pejabat.
“Ada tu layan tetamu. Kamu ni, hari pertama kahwin pun sibuk nak ke pejabat ke? Macam dah tak boleh tunggu esok.” Bebel Datin Ismah. “Memang anak mama ni gila kuasa,” Datin Ismah mengeluh.
“Dah memang anak mama gila kuasa.” Jawab selamba Huzaiman.
“Sorang gila kuasa, sorang lagi anak mama gila berlakon. Baguslah korang berdua ni. Memeningkan kepala mama aje. Mujur adik kamu tu nak kerja dengan kamu, kalau tak. Kerjanya berlakon aje.” Bebel Datin Ismah makin panjang lebar.
Kini, Datin Ismah sudah menghilang. Kelibat Natasha pula yang kelihatan.
“Sayang...” Dari jauh Huzaiman memanggil Natasha.
“Abang....” tersentak dia melihat lelaki itu di situ.
“Nak ke mana tu?”
“Nak mandi dan solat maghrib.” Jawab Natasha.
“Jom!” Huzaiman sudah berdiri. Dia berjalan menghampiri Natasha dan terus menyambar tangan Natasha.
Huzaiman tarik tangan Natasha dan menuju ke bilik pengantin mereka. Tema hitam putih menjadi pilihan mereka.
“Jom mandi.” Ajak suaminya.
“Eh! Eh! Sabar dulu. Bukan ke kita ni kahwin paksa?” soal Natasha. Dia menarik kembali tangannya.
“Kahwin paksa? Ada yang terpaksa ke sekarang ni?” soal Huzaiman pula. Dia mendekati Natasha yang semakin ke belakang.
“Sayang terpaksa ke?” soal Huzaiman lagi.
Huzaiman merenung wajah Natasha.
Aku memang kena paksa wahai Huzaiman. Kata Natasha sekadar dalam hati. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan sebab dia bersetuju dengan  perkahwinan ini.
Natasha memang sepupu kepada Huzaiman tetapi ibu dan ayahnya ditindas oleh keluarga sendiri. Abang kepada ayahnya ialah ayah Huzaiman. Dia setuju dengan perkahwinan ini ialah untuk membalas dendam dan merampas semula apa yang sepatutnya menjadi hak keluarga Natasha.
Keluarga Huzaiman rasa bersalah dengan kematian kedua ibu bapa Natasha menjadi punca perkahwinan ini terjadi. Tambahan pula Natasha hanya sebatang kara. Ibu bapa Natasha meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya setahun yang lain. Baginya, untuk bertindak lebih senang tetapi dia tidak menyangka yang Dato’Ismail mempunyai anak yang gila kuasa.
Chup! Ada ciuman di pipi Natasha.
“Abang tau abang kacak sangat tapi janganlah renung macam tu. Tak apa kejap lagi kita layari bahtera bersama-sama.” Gurau Huzaiman.
“Layari bahtera?” Natasha menelan air liurnya. Dia memang tidak terfikir sampai ke situ.
“Aduh! Aduh!” tiba-tiba Natasha mengaduh. “Sha nak berak ni. Abang pergi mandi bilik air lain ye?” pantas Natasha mengambil tuala dan menuju kebilik air. Dia sengaja berkata begitu supaya Huzaiman tidak menyukainya.
Lega selamat!
*****
NAtasha baru sahaja keluar dari bilik dan dia ternampak Haikal.
“Jemput makan kak Sha.” Haikal mengajak Natasha. Natasha hanya tersenyum sahaja.
“Jangan nak mengada-ngada dengan isteri abang. Adik pergi cari orang lain.” Tiba-tiba muncul Huzaiman di belakang Natasha.
“Ala abang ni. Dah la gila kuasa. Dengan isteri pun nak gila sekali ke?” kata Haikal selamba. “Lagi pun adik ajak makan aje. Mama dan papa dah tunggu tu.” Tambahnya lagi.
“Kejap lagi abang turun dengan kak Sha.” Kata Huzaiman dan menarik tangan Natasha masuk ke dalam bilik semula. Gara-gara Natasha mandi terlalu lama, dia terpaksa menggunakan bilik lain.
“Sayang sengaja nak kenakan abang kan?” soal Huzaiman sambil mengunci pintu bilik.
“Sha nak makan ni?” kata Natasha. Dia tidak menjawab persoalan Huzaiman.
“Sebelum Sha makan, Sha nak abang makan Sha dulu ke?” persoalan kedua yang diutarakan oleh Huzaiman membuat Natasha tergamam.
“Jom makan!” sengaja Natasha menarik tangan Huzaiman untuk keluar dari bilik yang Natasah mula rasa rimas. Tetapi tangannya pula ditarik oleh Huzaiman. Dia tergamam.
“Jangan nak tipu abang?” Persoalan Huzaiman untuk ketiga kalinya.
“Tipu apa?”
“Tipu yang Sha suka abang...”
“Betul la. Tak tipu.”
“Ti.................” belum sempat Huzaiman menyebut perkataan tipu lagi sekali. Natasha mencium mulutnya.
“Puas hati!” soal NAtasha. Huzaiman terdiam. “Jom makan. Lapar la!” Natasha menarik tangan Huzaiman.
Huzaiman pula asyik tersenyum sahaja di meja makan.
“Kejap ye? Nak basuh tangan.” Natasha ke dapur.
Alamak! Kiss aku yang pertama. Dia menggosok-gosok bibirnya. Terasa lain macam sahaja. Dia tidak suka tapi Huzaiman mendesak dia buat begitu.
“Lamanya sayang basuh tangan.” Huzaiman muncul dari belakangnya.
“Sha ambil air sembahyang sekali.” Natasha membuat lawak. Huzaiman tersenyum.
“Loyar buruk dengan abang ye?” kata Huzaiman sambil menghadiahkan ciuman di pipi kanan milik Natasha.
“Jom makan!” Huzaiman menarik tangan Natasha.
Mereka semua makan dengan penuh selera.
Selepas berbual seketika, mama dan papa masuk ke kamar. Begitu juga dengan Haikal. Tinggallah Natasha dan Huzaiman di ruang tamu.
“Jom tidur!” ajak Huzaiman.
“Tak nak! Nak tengok movie ni sampai habis dulu.”
Huzaiman rasa geram.
“Dengan kuasa yang ada pada abang, kuasa seorang suami. Abang mengarahkan isterinya, Natasha masuk tidur sekarang juga!” tegas sekali nada Huzaiman. Tergamam seketika Natasha mendengarnya.
“Sah!” kata Natasha.
“Sah apa?” soal Huzaiman.
“Sah abang ni gila kuasa!”
“Kalau abang ni gila perempuan macam mana?” soal Huzaiman lagi.
“Sha harap perempuan itu adalah Sha.” Kata Natasha penuh romantik. Huzaiman sudah tergoda dan mereka melayari bahtera dengan selamat.
Natasha berharap bahagia ini akan menjadi miliknya. Dendam di dalam hati terpadam dan digantikan dengan perasaan cinta untuk Huzaiman. Semoga....
TAMAT
P/S : NANTIKAN CERPEN INI DALAM VERSI NOVEL..TAPI BUKAN SEKARANG RIA BUAT TAPI PADA MASA AKAN DATANG...DAPAT IDEA LAIN PULA HIHIHI HARAP SABAR MENANTI....INSYA ALLAH..TAHUN DEPAN KE....HIHIHI BARU RIA MULA MENULIS...HUHUHUHU.

40 comments:

  1. alaaa, x sabar tggu..papepun, ttp best...cute je suami die yg GK tu.

    ReplyDelete
  2. best :D tapi cepat sgt ending..tak puas laa..takpa..takpa..kak ria dh janji akan ada dlm bentuk novel..tak sabar nak baca :D

    ReplyDelete
  3. sgt2 tak puas...nasib baik dh jnji nk buat novel.....hek hek

    ReplyDelete
  4. tak puas... menantikan cerita ni ke versi novel pula... good luck kak Ria! ^__^

    ReplyDelete
  5. kak ria!!!!! ni yg saya bengang ni!! punya la saya layan feeling baca!!.uhukuhukuhuk... tp.. comel la cte ni!! suke suke!!

    ReplyDelete
  6. best2.. x sbr nk tunggu versi novel plak...

    ReplyDelete
  7. besttt...!!! jc mang tgh setia mnnti kn n0vel struz ya dri sis...gd lck 4 yr nxt n0vel sis...b'ushax3...chay0okx3..fghtingx3...hahhaha...(^^)v

    ReplyDelete
  8. satu kebetulan,nama watak protagonis Kak Ria sama dengan watak antagonis dalam e-novel saya.Natasha,huhuhu..

    ReplyDelete
  9. cepatnya sha suka laki dy,ckp nk revenge. hehe. ape2 pun mmg best,

    ReplyDelete
  10. @blinkalltheday tak sangka kak sue adalah orang pertama komen...hmmm memang cute tapi macam lebih control aje hihihi

    ReplyDelete
  11. @Nur Alia cepat sangat ye alia...hmmm sebab ria rasa cepat la ria janji nak buat dalam cerpen...terlalu banyak yang tak terungkai lagi tu hihihi

    ReplyDelete
  12. @MissxYana yana pun tak puas juga...tunggu versi novel punya...

    ReplyDelete
  13. @Fatin Eunhyuk 슈퍼주니어 yana tak puas, fatin pula sangat tak puas hihi maaf la...ria akan buat noovelnya...nantikan sahaja

    ReplyDelete
  14. @Afifah Yusof ramainya tak puas hati...Fifah pun sama...alahai..thank fifah wish gud luck pada akak.....kamu juga gud luck tau...

    ReplyDelete
  15. @joenyz joenyz...wah bengang ye??sabar sabar...akak cuba buat terbaik utk novelnya...hihihii

    ReplyDelete
  16. @Fyka yup tahun depan sebab akak nak siapkan manuskripnya terus...

    ReplyDelete
  17. @jesse jc syg....wah bersemangat waja akak baca komen kamu ni..thank syg...akak akan buat yg terbaik...

    ReplyDelete
  18. @Ain Nadhirah memang kebetulan pula...nama heroin ni Wafa Natasha...wafa tu kesetiaan rasanya tapi Natasha tu maksudnya...apa ye??

    ReplyDelete
  19. @shadhira hah revenge??? hihihi sebenarnya bukan macam tu pun...nantikan versi novel..biar misteri sikit

    ReplyDelete
  20. heheh...urmx2...sis pun kena smgat cam jc gak arr k...jgn mdah ptus asa..sis tau..??? x tau kanx3...hahahh...biar jc gtau...u arr the bst arr...hehheh...(^^)v

    ReplyDelete
  21. Dendam yang dipendam terpadam dan digantikan dengan rasa kasih dan sayang...

    ReplyDelete
  22. wahhhhhhh.....top hensem...yeah turn it up....

    ReplyDelete
  23. tiptop dah !! comelnya laki dia ni .. dendam akhirnya sirna mcm tu saja dengan hadirnya cinta =D

    ReplyDelete
  24. best-2 ! tak sabar nak bce novel dia ! x)

    ReplyDelete
  25. best btol cerpen ni...hero dia sweet la...hehe

    ReplyDelete
  26. simple but nice. :)
    novel please.. hehe. :)

    ReplyDelete
  27. serius best, mmg xpuas... xsabar nk tunggu versi novel punya!

    ReplyDelete
  28. Br sedar kewujudan cerpen ni..terbalik pulak..bc novel dulu lepas tu cerpen

    ReplyDelete
  29. memng tak puas la kak?? tpi prjlanan citer memng best !!!

    ReplyDelete
  30. Mcm mna bole trbit jd novel ? Dpt proposal dr buku prima ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tahu macam mana boleh terbit tapi saya hantar novel ini di ILHAM(satu laman web penulisan yang dibuat oleh karangkraf-buku prima, alaf21) jadi di situ, novel ini mendapat paling ramai pembaca ketika itu dan terus sy dilamar oleh buku prima untuk diterbit...itu sahaja...harap dapat menjawap persoalan awak...

      Delete
  31. pehhh....xpuas ah...nk agi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi