Followers
Thursday, 16 August 2012
29
Komen
Aku hanya mengikut Dato Malik ke satu tempat. Aku tak pasti tempat tu di mana. Macam tempat kongsi gelap pun ada. Aku tak tahu kenapa aku mengikut lelaki ini hari ini. Padahal aku tahu yang lelaki tua ni tak berapa nak betul tapi aku ikut juga.
“ZiQ, aku saja bawa kau datang tempat ni. Kau mesti akan beli punya.” Dato Malik tersenyum. Aku dah buat muka pelik. Senyuman dia tu lain macam aje.
Aku dan Dato Malik di beri satu nombor. Aku dapat nombor 207 manakala Dato Malik 59. Beza sungguh nombor dia dengan nombor aku.
“Ini nombor tetap ZiQ.” Aku pula yang tersengih. Macam tahu-tahu aje aku nak tanya soalan tu. Tempat yang kami duduk tu mula gelap. Hanya pentas utama sahaja yang lampunya terpasang.
“Hari ini, Tuan puan, kita ada barang yang istimewa. Inilah barang yang istimewa itu!” jerit pengacara atas pentas itu.
Orang yang memegang nombor bersorak dengan gembira bagaikan ia satu hiburan.
Aku terkejut apabila ada seorang perempuan yang dirantai tangan dan kakinya dan berpakaian dalam sahaja. Cukup seksi dan menggoda tetapi wajah perempuan itu sangat sedih. Dari jauh aku dapat melihat matanya yang tertutup rapi.
Ada orang mengarahkan gadis itu membuka mata. Akhirnya mata itu terbuka. Aku tersentap. Aku kenal perempuan ni. Aku kenal!
Hati aku berdegup kencang. Bagaimana perempuan ini boleh ada di sini? Hati aku tidak keruan. Apa yang perlu aku lakukan? Aku mula tidak dapat berfikir.
“Harga yang ditetapkan adalah Rm20 ribu. Lelongan akan bermula.” Aku tersentap. Rupanya ini dunia lelongan manusia? Hina sangat ke manusia sehingga dilelong seperti tidak ada maruah. Kenapa manusia sekarang semakin kejam. Aku terus leka memikirkannya sehingga aku tidak sedar yang lelongan sudah mencecah Rm 60 ribu.
Memang gila dan gila! Orang-orang di sini memang gila.
“Pemegang nombor 133 menawarkan harga Rm90 ribu. 90 ribu satu...” aku terpana pula. Dengan pantas aku mengangkat nombor yang aku pegang..
“90 ribu dua...”
Ish, pengacara ni tak nampak aku ke? Aku angkat sambil berdiri.
“Pemegang nombor 207 menawarkan harga rm100 ribu. 100 ribu satu. 100 ribu dua. 100ribu tiga. Tahniah buat pemegang nombor 207. Lelongan ini menjadi milik tuan.” Kata pengacara itu.
Bagi aku, wang itu tiada masalah tetapi perempuan ini. perempuan ini buat aku teringat kisah lalu aku. kasihannya dia. Aku terus keluar dari situ dan meminta pengawal peribadi aku membawa perempuan itu ke apartment aku. Aku kena uruskan bayarannya.
*****
Alyssa Qalisya tersedar...
Di mana aku? Sakitnya kepala ni? Berat macam bola boling. Aku gagahi juga untuk bangun tetapi aku terkejut melihat seorang lelaki yang tidak aku kenali. Lelaki itu sedang tidur di birai katil. Sungguh! Aku tak kenal dia.
Pergerakkan aku itu sudah mampu membuat lelaki itu tersedar. Peluh mula mengalir apabila melihat lelaki itu sedar. Apa aku nak buat? Kepala aku makin pening apabila aku makin kuat berfikir. Akhirnya aku rebah semula. Aku terbaring.
Lelaki itu tersenyum pada aku.
“Kau okey? Kau minum air ni dulu. Aku tak sangka pula dia orang suntik dadah pada kau.” Aku tergamam. Dadah? Patutlah badan aku terasa lemah. Lemah sangat. Rasanya nak angkat tangan pun tak larat. Aku cuba terbaring. Rambutku yang panjang pun kelihatan kusut.
“Terima kasih selamatkan aku.” ucap aku selepas aku minum air. Lelaki itu merenung tajam pada aku.
“Kau tak ingat aku ke?” soal lelaki itu. Aku pula yang merenung tajam padanya. Aku kenal ke? Aku mana ada kawan lelaki. Tak kenal pun dia ni. Aku hanya mampu gelengkan kepala sahaja.
“Macam mana kau boleh berada kat pentas tu.” Soal lelak itu. Apabila lelaki itu menyebut pentas, baru aku sedar pakaian aku sudah berubah. Aku memakai baju tidur lengan panjang. Mungkin lelaki ni punya. Lelaki pun ada baju tidur ke? Ish, aku ni. Jangan jadi kampung sangatlah.
“Tak ingat tapi aku baru sampai sahaja di sini.”
“Tak apa kau berehat dulu.”
Aku pejam mata semula.
******
Zikri Qalif mula tidak keruan....
Aku melihat gadis itu memejamkan mata. Sungguh menggoda sebagai seorang perempuan yang cantik. Rambutnya yang sedikit kerinting dan panjang, mata yang bulat. Sangat cantik dipandangan aku. Aku segera keluar dari bilik itu. Semakin lama aku melihat gadis itu, semakin aku tak boleh kawal diri. Lebih baik aku tunggu dil uar bilik dulu.
Aku rasa sedih. Kenapa dia tidak ingat pada aku. Aku tahulah masa tu aku comot sangat. Sekarang ni dah terlebih kacak kot sehingga dia tidak ingat siapa aku. Peristiwa itu berlaku lima tahun lalu.
Aku jatuh bankrap. Syarikat aku banyak berhutang. Aku hanya mampu menyembunyikan diri. Sehingga satu hari ini. Aku dipukul teruk kerana mencuri makanan dan tubuh aku dicampak di timbunan sampah. Aku rasa hina sangat tetapi aku sendiri tidak mampu nak cari sesuap nasi. Kebetulan masa itu hujan lebat.
Aku memegang dada yang terasa senak akibat di sepak dan dipukul. Tiba-tiba ada seseorang yang berdiri depan aku. Aku mendongak perlahan-lahan. Aku mengangkat muka untuk melihat siapa yang berdiri depanku. Rupanya seorang gadis yang sangat comel.
Dia memegang payung sambil tersenyum manis. Rambutnya sengaja di ikat dua dan kecomelannya terserlah.
“Awak okey? Awak nampak teruk aje?” tegur gadis itu.
Aku hanya diam dan memandang dia. Aku dapat mendengar suaranya yang lunak.
“Awak tak ada payung kan? Saya bagi pinjam payung ni pada awak. Tapi awak janji, yang awak akan pulangkan semula payung ni sebab payung ini ayah saya yang hadiahkan.” Dia tersenyum lagi. Tangannya yang kecil menghulurkan payung padaku. Tangan itu...
Mata aku makin kabur. Senyuman gadis comel itu makin pudar. Aku berteduh menggunakan payung tersebut.
Gadis itu berlari anak apabila ayahnya yang sedang menaiki motor itu memanggilnya.
“Alyssa!” panggil lelaki tua itu.
Apa? Alyssa? Sedapnya nama dia. Aku memejamkan mata semula.
Buk! Ada sesesuatu yang jatuh. Ingatan aku pada kisah lalu padam. Pantas aku berlari masuk ke dalam bilik.
Kelihatan Alyssa terbaring atas lantai. Kasihan. Aku menghampirinya untuk membantu dia bangun tetapi tangan aku ditepis. Aku mula rasa angin!
“Aku cuma nak bantu kau.” Marah aku. Aku rasa yang aku ni cepat betul marah. Tak pernah pula aku bersikap seperti itu.
“Aku nak keluar dari sini. Kau jahat. Kau pun sama seperti lelaki diluar sana.” Emosi Alyssa mula tidak stabil.
Aku rasa macam nak bagi dia penampar aje tetapi aku tak sanggup. Tubuhnya aku angkat secara paksa. Nasib baik tubuh dia kecil comel sahaja. Mudah bagi aku untuk mengangkat dia.
“Jangan sentuh aku!” jerit Alyssa sambil meronta kuat.
“Kita kahwin!” aku berkata tanpa berfikir panjang. Rontaan Alyssa terhenti. Alyssa hanya memandang aku.
“Aku tak nak! Lepaskan aku!” Alyssa melawan. Tindakan gadis itu membuat aku tiada kesabaran. Aku peluk dia seerat mungkin. Alyssa masih meronta.
“Aku tak nak lepaskan kau. Aku dah bayar kau 100ribu. Kalau kau nak lepas, kau kena bayar dulu duit tu.” Jelas aku.
Alyssa terkaku.
“Bayar? 100ribu.”
“Aku tahu kau tak ada duit. Bayarannya adalah berkahwin dengan aku.” aku nekad untuk bernikah dengan Alyssa.
“Tidak! Aku akan kerja. Aku akan bayar sikit-sikit.”
“Kau nak kerja apa?”
“Apa sahaja.”
“Baik kau kahwin dengan aku. Kalau tak nak kahwin, kau juga boleh layan aku bila aku mahu. Aku akan bayar kau Rm1 ribu tiap kali kau layan aku.” kenapa aku rasa ayat aku ni macam jahat sangat. Setahu aku, diriku tidaklah seperti ini sebenarnya. Aku memandang Alyssa.
“Tidak! Aku tak nak terlibat dengan sesiapa. Aku tak nak!” aku terpana mendengar Alyssa menjerit seperti itu.
“Kenapa? Kenapa?”
“Aku ada penyakit. Ada pertumbuhan dalam kepala aku. Tolong lepaskan aku. Aku nak hidup bebas.” balas Alyssa. Aku terdiam.
“Kau baring. Aku akan ubati kau.”
“Kau ingat kau ni tuhan nak ubati aku. Penyakit ni tak akan sembuh. Dah dua tahun aku merantau sehingga aku diculik untuk dijual. Aku berserah sahaja tetapi apabila ada orang yang membeli aku, aku ubah fikiran yang aku akan teruskan hidup ini sebelum ajalku tiba.” Aku tergamam. Tak sangka betapa perit kehidupan Alyssa. Dia buat aku lebih rasa ingin menawan sepenuhnya.
“Kau duduk sini.”
Aku keluar sekejap dan menghubungi doktor peribadiku. Aku menunggu doktor datang. Selepas doktor melakukan pemeriksaan aku keluar bersama doktor untuk tindakan lanjut.
“Aku nak, kau check data tentang Alyssa, betul ke dia ada penyakit tu. Dan aku nak secepat mungkin.”
“Baiklah tuan...”
*****
Sudah sebulan Alyssa berada di apartment Zikri.
‘Lelaki itu menjaga aku dengan baik. Sikit pun dia tak ambil kesempatan ke atas aku. Biar betul lelaki ni? Bukankah lelaki semuanya sama. Dia akan tinggalkan perempuan itu selepas apa yang dia mahukan dapat.’ Alyssa tidak dapat bertenang. Sikap prihatin dan cara Zikri bercakap dengannya membuat hatinya berdebar. ‘Sabarlah hati. Kau tu akan mati bila-bila masa. Jangan berangan nak kahwin dengan lelaki macam tu.’
“Kenapa pula Alyssa berkerut ni? Kau ada masalah ke?”
“Masalah sembelit.” Gurau Alyssa. Zikri ketawa.
‘Pandai juga gadis comel ni bergurau. Kalaulah dia tahu yang penyakitnya itu adalah satu kesilapan doktor, apa dia akan buat yer? Tinggalkan aku?’ Zikri pula buat muka serius. Akhirnya Zikri meninggalkan Alyssa.
“Kenapa dengan ZiQ?” Alyssa pun menuju ke stor di dapur. Dia ternampak sekaki payung yang amat dia kenali. Barulah Alyssa teringat lelaki itu.
Alyssa berpaling dengan linangan air mata dan pada masa yang sama Zikri ada di situ.
“Ya Alyssa. Akulah lelaki yang kau bantu lima tahun yang lalu. Lelaki yang nampak teruk itu.” Jelas Zikri. “Sejak tu aku nekad yang aku akan mencari kau semula untuk pulangkan payung tetapi aku dah jatuh cinta dengan kau. Aku nak memiliki kau.”
Alyssa hanya mampu mendengar sahaja tetapi mahu membalas kata-kata Zikri dia tidak mampu.
“Sudikah Alyssa jadi suri hati ZiQ?” lamar Zikri.
Alyssa hanya angguk kepala. Dia bersetuju.
*****
Zikri sedang memasak sesuatu.
“Alyssa ingat abang tak pandai masak.” Tegur Alyssa.
“Abang pandailah masak Cuma tak nak tunjuk bakat aje.” Gurau Zikri. Alyssa hanya mampu ketawa sahaja. Dia terhibur dengan adanya Zikri.
“Tapi kan abang, macam mana hutang Alyssa dengan abang. 100ribu tu?” Alyssa bertanya.
“Hutang tu akan lunas bila sayang bagi abang zuriat.”
“Maksud abang?”
“Seorang anak, 10 ribu. Amacam?” urus niaga Zikri.
“So, kalau 100 ribu makananya....” Alyssa masih mengira. “Apa?! 10 orang anak? Abang ingat saya ni kilang buat anak ke?” marah Alyssa.
“Tak kisah kilang ke? Syarikat ke? Agensi ke? Janji abang nak anak tu adalah bukti cinta abang pada sayang. Itu dah cukup. So abang nak sepuluh. Bila boleh bagi ni?” pinta Zikri.
“Tak senonoh!” marah Alyssa. Padahal dia berasa malu.
“Abang nak tau juga harga cinta Alyssa ni?”
“Betul abang nak tahu?” Alyssa menduga Zikri.
“Betullah!”
“Hargainya tak lebih dari Alyssa cintakan Allah. Itu harganya.” Alyssa tersenyum.
“Terima kasih sayang.” Zikri turut tersenyum. Bahagia.
-TAMAT-
Komen
CERPEN : HARGA CINTA ALYSSA (full)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
erk, lain dri yg lain cerpen ni tp rsanya klu bt pnjng lgi ni best.
ReplyDeletebest sesangat!!!
ReplyDeletemabeles3!!!
mcm ABM- acik lana~
ReplyDeleteanyway, best lah jgak^^
alolo... nape pendek je ni.. hihi. ending best. taruhla lagi banyak2 kat tengah2. haha..
ReplyDeletebtw, best!
pendeknye.......... haha...nak lagix69
ReplyDeleteBest :-)
ReplyDeleteAssalam.. nice plot citernya.. first part dah menarik..but bila msuk second part hingga ke final..citernya dah mula slow..pendek pun ya jugak..tu pasal kamu tak leh nak menzahirkan conflict.
ReplyDeleteada beberapa kesalahan dari segi ejaan..tatabahasa pun sama jugak..but still not much.. :) tu psl akak xkomen sgt.. hehe
Wassalam
Best...lain dari yang lain...#^_^
ReplyDeleteb'beza dr cerpen ria yg lain.. tp xpuas tang ending.. hehe.. sekadar pendapat.. :D
ReplyDeletebtw.. best!
bezzz la..tp mcm pndek,xpuas la bce..
ReplyDeletei'will wait f0r the next cerpen..:D
cter lebih kurang mcm karya acik lana novel aku bukan mistress la ria.. tp cter ni best jgk
ReplyDeleteteruskan berkarya ye..(^_^)v
tak mcm pendek ke kak ria ?? takde smbungan ke ?? mcm best je kalo ade smbungan mcm ni ... hehe .. :D
ReplyDeletekesimpulannya , buat baik akan dibalas baik ^^
ReplyDeleteBest...kalau ada sambungan lagi mesti lagi best
ReplyDeleteeh eh nama saya lah, kak ria dpt inspirasi nama drpd saya ek hehehe. sorry kak ria hamba allah sorg ni mmng kuat perasan. #cer teka ni saper, okay saya bgi hint kenalan facebook kak ria. teman rapat kepada far.... jeng jeng siapakah gerangan tuannya
ReplyDeletenak sama la dgn cerita anime okane ga nai tapi diubahkan sikit jer..
ReplyDeletewah citer apa adira....berminat pula cik penulis nak tahu.....
DeleteDont....
DeleteDont....
Deletewahh , best nyer citer nhe . t'haru lha sya . . huhu ~ btw citer nhe best !
ReplyDeleteHurm . Pendeknye
ReplyDeletecita bodo
ReplyDeleteBest tp cite pendek sgt..
ReplyDeletebest... =D
ReplyDeletecam dlm komik jepun jer...sweet sngt
ReplyDeletebest lah jugak ............
ReplyDelete:)
best
ReplyDeletesyok gak ceti n!★☆★☆
ReplyDeletenpe short sgt??????citenye da gmpk da...-iezahtakuya
ReplyDelete