Aku stress kalau tunggu mamat ni bersiap. Mengalahkan perempuan. Sabar ajelah wahai hati. Maya cuba tersenyum sebaik sahaja melihat wajah kacak yang sedang tersenyum itu.
“Awat
awak lambat. Nasib baik tak berjanggut saya tunggu awak.” Maya berkata. Dia
berdiri tegak dengan gayanya yang simple itu. Berbaju t-shirt dan berseluar
jeans biru.
“Simplenya
pakaian awak.” Kata Iszam. Dia melihat dirinya sendiri. Berkameja dan berseluar
slack hitam.
“Awak,
kita nak pergi tengok wayang aje, bukannya nak ke pejabat.” Maya mengeluh
melihat sahabatnya yang baru dikenali di tempat kerja baru.
“Oh,
yeke? Saya pergi tukar sekejap.” Kata Iszam mahu berpatah balik masuk ke
rumahnya.
“Saya
ikut! Kalau biarkan awak sorang-sorang. Satu jam lagilah saya kena tunggu.”
Maya berkata sambil mengikut Iszam dari belakang.
Selamba
Maya membuka almari pakaian Iszam. Mak ai! Penuh dengan pakaian formal. Nasib
baik ada t-shirt.
“Nah!
Pakai yang ini. Saya tunggu kat kereta.” Maya segera keluar. Iszam sudah
membuat muka pelik tetapi dia turuti juga.
Hampir
tidak berkelip mata Maya memandang lelaki yang dihadapannya ini. Amat berbeza
dari hari biasa. Kacak!
“Jom!
Nanti lambat pula.” Iszam menghidupkan enjin keretanya. “Maya!” panggil Iszam
lagi sekali kerana Maya tiada tanda-tanda mahu masuk ke dalam kereta.
“Ya!
Ya!” pantas Maya bergerak.
Mereka
menuju ke destinasi.
“Bestkan
cerita cinta kura-kura tu.” Puji Iszam. Dia yang lebih teruja berbanding Maya.
Maya tidak berapa suka cerita cinta-cinta. Dia lebih suka cerita aksi dan
lawan-lawan. Itu lebih menarik.
“Bolehlah.”
Jawab Maya.
Kini
mereka melalui sebuah kedai bunga.
“Cantiknya
bunga ni.” Puji Iszam. Dia masuk ke dalam kedai tersebut. Dia juga memilih
beberapa kuntum bunga untuk dibeli.
“Awak
beli bunga tu untuk siapa?” Maya bertanya.
“Saya
beli untuk diri sendiri, kenapa?” selamba Iszam menjawabnya. Maya sudah
berkedut dahinya.
Ingatkan
beli untuk aku. si Iszam ni memang tau. Buat aku perasan sorang-sorang aje.
Maya berkata dalam hatinya.
“Hmmm,
lelaki suka bunga? Pelik!” Akhirnya Maya suarakan pendapatnya.
“Apa
yang peliknya? Ingat perempuan aje yang boleh suka bunga?” kata Iszam. Dia
memandang Maya. Bunga sudah dibelinya.
“Saya
ingat macam tu la saya rasa awak ni pelik.” Maya juga turut memandang Iszam.
Mereka berjalan bersama keluar dari kedai tersebut.
“Maya,
kita duduk sekejap. Saya ada benda nak cakap.” Nada Iszam tiba-tiba serius. Dia
selambanya menarik lengan Maya ke tempat duduk yang di sediakan di shopping
complex tersebut.
“Apa
dia?” kata Maya.
“Saya
suka awak. Boleh tak kita kahwin?” tanpa ada halangan, Iszam terus menyatakan
hasrat hatinya.
Wei!
Siapa yang tak terkejut tiba-tiba dilamar oleh lelaki kacak dan merupakan
majikan kita sendiri. Aku rasa dada aku nak meletup tapi aku cuba bertenang.
Maya menarik nafasnya perlahan-lahan.
“Iszam,
saya tak dapat terima awak sebab saya suka lelaki lain.” Maya juga bersikap
jujur.
Iszam
kecewa
“Siapa
lelaki tu? Saya kenal ke?” Soal Iszam. Matanya redup memandang Maya.
“Entah!
Saya pun tak tahu dia siapa? Nama dia? Tapi saya yakin suatu hari nanti saya akan
bertemu dengan dia. Saya berdoa hampir setiap dalam doa saya, Iszam. Saya
doakan yang saya akan berjumpa dengan dia.” Kata Maya dengan senyuman manis.
Dia benar-benar yakin.
“Baiklah
Maya, saya terima jawapan awak ni dengan hati yang terbuka.” Iszam terus
berjalan sendirian meninggalkan Maya di kerusi tersebut.
“Iszam!
Tunggu dulu!” panggil Maya. Bunga yang dibelinya tadi ditinggalkan begitu
sahaja. Berlari anak Maya mengejar Iszam. Wajah lelaki itu masam mencuka.
Selepas
menghantar Maya pulang, Iszam berlalu tanpa kata. Maya hanya mampu memandang
kereta milik Iszam hilang dipandangannya.
“Maafkan
saya, Iszam.”
Dia
segera masuk ke dalam rumah sewanya. Dia melabuhkan punggung atas sofa yang
lembut itu. Terasa amat selesa dapat bersandar pada sofa tersebut. Matanya di
pejam.
Aku
takkan lupakan dia sampai bila-bila.
Peristiwa
dua tahun lalu berputar kembali.
Maya
tersenyum gembira. Dia berjalan sendirian pada malam itu. Itu pun kerana terpaksa.
Tiba-tiba dia ditarik oleh seseorang yang tidak dikenalinya.
“Aku nak
duit. Kau bagi duit sekarang sebelum aku bunuh kau!” seorang lelaki berbaju
hitam itu mengugut Maya. Tangan Maya menggigil dan peluh mula hadir. Dia
terduduk di lorong gelap itu. Tiada kudrat untuk berdiri.
“Kau
pekak ke?! Aku nak duit!” lelaki itu masih meminta. Pisau ditangannya masih
utuh mengacu pada Maya. Dengan tangan yang bergetar, Maya memberi dompet
miliknya tetapi belum sempat dia berbuat demikian, seseorang datang menendang
lelaki tersebut.
“Awak
pegang bunga ni sekejap.” Lelaki itu memberi bunga miliknya iaitu bunga mawar.
Cantik!
Berlakulah
pergaduhan antara mereka berdua.
Lelaki
yang membantunya itu berambut panjang dan terdapat jambang yang nipis di
dagunya.
Lelaki hitam
itu cuba menikam penyelamat Maya, pantas dielaknya. Dengan sekali tumbuk,
lelaki hitam itu tumpas. Dia segera meninggalkan mereka berdua.
“Awak
tak apa-apa?” soal penyelamat Maya.
Maya
cuba tersenyum. Dia hanya menggelengkan kepala.
“Awak
datang sini dengan apa?”
“Kereta.”
“Mari
saya hantar awak ke kereta awak.” Penyelamat Maya menemani Maya sepanjang
perjalanan itu. Maya tidak lepas dari memandang lelaki itu.
“Terima
kasih jaga bunga saya baik-baik.” Ucap penyelamat itu lalu meninggalkan Maya
yang sudah berada dalam keretanya.
“Encik!”
Maya hampir lupa mengucapkan terima kasih tetapi penyelamat Maya sudah
menghilangkan diri.
“Encik....”
Maya kecewa.
****
Sudah sebulan Maya berada di
Teluk Intan mengurus tender syarikat di sana. Kini, barulah dia masuk ke
pejabatnya.
“Bos
mana?” soal Maya.
“Encik
Iszam?” setiausaha Iszam, Siti berkata.
“Ya.”
“Bos dah
sebulan tak masuk kerja. Dia kata ada urusan.” Balas Siti.
“Okey.
Tak apa la.” Kata Maya. Dia terasa pelik apabila Iszam bersikap begitu. Dia
kecewa ke aku tolak lamarannya? Biar betul? Maya mula keliru.
*****
Sudah sebulan Iszam tidak masuk
ke pejabat. Entah mengapa dia berasa sedih dan sangat terluka dengan penolakan
lamarannya pada Maya.
Kenapa
Maya tolak lamaran aku mentah-mentah pula? Saat Maya bercerita mengenai lelaki
yang dia suka itu, wajah Maya cukup berseri-seri dan gembira. Aku cemburu
dengan lelaki itu.
Iszam
menangis. Tidak pernah dia menangis seperti ini. Hatinya benar-benar sunyi
sejak ayah dan ibunya meninggal dunia dua tahun yang lepas. Walaupun ketika itu
usianya 24 tahun tetapi begitu sukar untuk menerima berita kematian kedua ayah
dan ibunya.
Hati
Iszam kesunyian.
Iszam
bangun dari katilnya. Dia menuju ke bilik air. Cermin yang ada dilihatnya.
“Betul
ke aku ni?” Iszam bertanya sendirian. Sudah berjambang wajahnya. Inilah di
namakan kecewa habis. Malu kalau Maya nampak ni. Aku juga akan menunggu kau,
Maya walaupun kau menunggu lelaki lain.
Ting...
Tong...
Ada
orang menekan loceng rumah. Iszam yang berada dalam bilik air, segera berlari
untuk membuka pintu.
“Siapa!”
soal Iszam sambil membuka pintu rumahnya. Terkejut dirinya apabila melihat Maya
berada di depannya.
Maya
juga terkejut. Entah mengapa, saat ini air matanya mahu mengalir.
“Saya
setuju dengan lamaran awak.” Maya berkata tanpa dia sedari.
Bulat
mata Iszam apabila mendengarnya. Biar betul apa yang aku dengar. Maya setuju
dengan lamaran aku?
*****
Kini sudah sebulan mereka
berkahwin. Serasian mula terasa antara mereka berdua. Maya sedang membersihkan
ruang tamu rumah mereka.
“Nak
tanya boleh tak?” Iszam melabuhkan punggung duduk atas sofa yang ada.
“Nak
tanya apa?” biasanya hujung minggu macam ni dia dan Iszam akan membersihkan
rumah mereka.
“Kenapa
sayang setuju kahwin dengan abang?”
“Eh,
baru sekarang ke nak tanya? Abang ni teruk la.” Maya bangun dan menghias bunga
pula. Sudah menjadi rutin Iszam membeli bunga hidup setiap hari. Dia pun tidak
kisah dengan kegemaran Iszam.
“Ala
jawablah.” Iszam bangun dan menghampiri isterinya yang sedang mengubah bunga
tersebut.
Iszam memeluk
isterinya dari belakang.
“Tak
Nak!” Maya berkata manja.
“Tak nak
ye? Ambil ni!” Iszam mencium leher isterinya. Pantas Maya menarik telinga
suaminya.
“Oh, nak
nakal dengan Maya ye?”
“Sakit
sayang. Terkeluar nanti tahi telinga abang macam ni.” Kata Iszam mengaduh.
Akhirnya
Maya melepaskan juga tetapi ternyata dia tertipu dengan lakonan Iszam. Sekelip mata
tubuhnya ditarik dan dibaringkan atas sofa. Kini tubuh Iszam atas Maya.
Maya
benar-benar geram dengan sikap Iszam.
“Cepat
jawab!” kata Iszam.
“Tak nak
la. Biarlah ia jadi rahsia Maya aje.”
“Rahsia
Maya, rahsia abang juga. Mana boleh simpan sorang-soarang. No! No! No!” sempat
lagi Iszam menunjukkan jari telunjuknya di batang hidung Maya.
Disebabkan
geram dengan tindakan Iszamn, pantas Maya menggigit jari telunjuk Iszam.
“Siapa
yang nakal ni?” soal Iszam. Disebabkan terlalu geram dengan sikap isterinya, Iszam
bertindak mencium pipi Maya tetapi Maya mengelak.
“Yelah!
Yelah! Maya cerita.” Akhirnya Maya mengalah. Iszam bangun dari terus menindih
tubuh isterinya.
“Okey
cerita sekarang.” Iszam menanti dengan sabar.
Maya
duduk di sebelah Iszam. Dia pun menceritakan kejadian dua tahun yang lalu. Iszam
terdiam dan wajahnya serius.
“Itu
abang kan? Terima kasih Maya ucapkan. Selamatkan Maya masa tu.” Maya tersenyum
manis. Dia gembira dengan Iszam. Iszam seorang suami yang baik dan
bertanggungjawab.
Iszam
menangis. Terasa hangat pipinya.
“Abang,
kenapa menangis ni?” soal Maya. Dia masih tersenyum.
“Itu
bukan abang....” kata Iszam. Senyuman Maya hilang sebaik sahaja mendengar
kata-kata itu. Iszam segera berlari masuk ke bilik mereka.
Maya
pula terdiam dan air matanya pula mengalir.
“Kalau
bukan abang, siapa lelaki itu? Siapa dia?” Maya masih dalam terkejut. Dia masih
termenung.
“Abang
buka pintu ni!” jerit Maya. Dia terasa pelik kerana suaminya mengurungkan diri
bagaikan dia kenal siapa lelaki yang Maya cari sebenarnya.
“Abang
kenalkan lelaki tu? Abang buka pintu ni. Bagitau Maya abang.” Ketukan Maya
semakin lemah. Akhirnya dia bersandar pada pintu bilik tersebut.
Iszam
juga bersandar pada pintu bilik itu ketika ini. air matanya mengalir. Dia terkenang
seseorang yang hampir sahaja dia lupakan.
Abang
Ihzam......
Peristiwa
dua tahun yang lepas....
“Abang
dari mana ni? Kita nak kena mandikan jenazah ayah dan mak secepat mungkin.” Kata
Iszam. Dia menanti dengan sabar di tempat letak kereta.
“Tadi
ada seorang perempuan kena rompak. Nasib baik abang nampak. Abang tolonglah. Cantik
sangat perempuan tu, Zam. Abang bagaikan jatuh cinta dengan dia.” Ihzam
tersenyum kelat. Memandangkan ayah dan emak mereka meninggal dunia kerana
kemalangan jalan membuatkan dia terpaksa menutup kembali hati ini.
Ihzam
masih berdiri di luar kereta sambil membongkokkan sedikit badannya untuk
berbual dengan adik kembarnya itu.
“Tak
apa. Nanti lepas segala urusan ini selesai, kita bincang lagi ye, abang Ihzam?”
Iszam gembira jika abangnya ada pengganti kekasih gelapnya.
“Baiklah
Zam!” Ihzam tersenyum.
Tiba-tiba
orang yang merompak Maya tadi datang dan menikam tepat ke jantung milik Ihzam
daripada belakang lalu melarikan diri. “Mampus kau!” katanya lagi dengan kasar.
“Zam.....”
suara Ihsam tersekat. Dia rebah menimpa bumi.
Iszam
terkaku. Apabila mendengar suara Ihsam menyebut namanya, barulah dia tersedar.
“Abang
Ihzam!” Iszam menghampiri Ihzam. Dia meletakkan kepala Ihzam atas ribaannya.
Dengan
tangan yang mengeletar, Iszam mencabut pisau yang tertusuk dibelakang abang
kembarnya.
“Abang
biar Zam kejar lelaki tu!” Iszam ingin bangun tapi Ihzam menghalang.
“Jangan!”
Ihzam berkata lemah tapi tegas.
“Abang.
Abang jangan cakap banyak! Abang rehat. Zam pergi ambik telefon dan telefon
ambulance. Abang mesti selamat.” Tanpa Iszam sedari, air matanya mengalir
deras. Dia sudah tiada sesiapa. Ayah dan mak baru sahaja meninggal dunia tidak
sampai 24jam dan kini abangnya akan menyusul.
“Abang
tak boleh mati!” Iszam bagaikan dapat meneka Ihzam tidak akan dapat bertahan
lama.
“Zam,
maafkan segala kesalahan abang.” Ucap Ihzam perlahan dan tersekat-sekat. Darah banyak
mengalir.
“Tak
nak! Tak Nak maafkan abang! Abang janganlah tinggalkan Zam sorang-sorang!
Abang!” Iszam mula trauma. Kematian ayah dan mak dia pada pagi tadi dan malam
ini pula satu-satu saudara yang dia ada kini juga akan meninggalkan dia.
“Abang!”
jerit Iszam sekuat hati apabila nafas Ihzam tiada lagi.
Makin
kuat esakan Iszam. Makin lama, makin bergema dalam ruang bilik tersebut.
“Abang....”
Maya cuba memujuk.
Perlahan-lahan
Iszam membuka pintu dengan keadaan kakinya melutut dan saat pintu terbuka,
tubuh Maya yang sedang bersandar pada pintu itu, rebah ke tubuh Iszam.
Maya
ingin bangun dari terus bersandar pada tubuh Iszam tetapi tidak berjaya kerana Iszam
memeluknya dari belakang. Erat sekali.
“Jangan
tinggalkan abang, Maya. Abang tak ada sesiapa pun. Abang cuma ada sayang aje. Abang
kasihkan sayang. Abang cintakan Maya. Abang tak sanggup kehilangan orang
tersayang lagi, Maya.” Luahan Iszam dalam tangisan cintanya. Cinta yang tulus
lagi murni.
Dengan
rela hati, Iszam menceritakan peristiwa yang berlaku dua tahun lalu. Mengenai Ihzam
yang menyelamatkan Maya ketika itu dan bukannya dia.
Maya
mendengarnya dengan tenang. Dia leraikan pelukan Iszam.
Kini,
mereka saling bertentangan.
“Maya
takkan tinggalkan abang walaupun bukan abang yang selamatkan Maya masa tu. Hubungan
kita selama sebulan sudah mampu buat cinta untuk abang bercambah subur dalam
hati Maya. Abang banyakkan bersabar. Maya ada untuk temani abang.” Jelas Maya. Dia
tersenyum.
“Terima
kasih Maya.” Iszam bersyukur dengan kata-kata Maya.
*****
Ria betul-betul amuk dengan
sikap suaminya.
“Abang!”
“Kenapa
sayang?”
“Syanaz
mana?” soal Ria. Ketika itu mereka sedang membeli bunga untuk hari kekawan yang
bakal kunjung tiba.
“Itu..”
Selamba Zeck menunjuk arah sepasang pasangan yang sedang mendukung Syanaz.
“Comellah
anak akak,” kata Maya.
“Comel?
Betul ke comel? Tengoklah siapa mama dia.” Ria mula berbangga.
“Saya
Maya dan ini suami saya Iszam.” Maya memperkenalkan diri.
“Oh,
saya Ria dan suami saya Zeck. Dan anak kecil ini, Syanaz namanya.” Ria turut
memperkenalkan ahli keluarganya.
“Zeck?”
“Iszam.
You ni dari syarikat Aman berhad kan?” soal Zeck. Dia seperti pernah berjumpa
dengan lelaki ini.
“Ya
betul. You...” Iszam Cuma mengingatinya tetapi gagal.
“Syarikat
NFZ berhad....” Zeck tolong menjawabnya.
Ketika
mereka berempat leka berbual, Syanaz merangkak perlahan-lahan menuju ke satu
sudut bunga mawar. Sedikit lagi tangannya akan menyentuh batang bunga yang
berduri itu. Nasib baik diselamatkan oleh seseorang.
“Kak
Zai!!!” jerit Ria. Kini Syanaz sudah dalam dukungan Zai.
“Jerit-jerit
juga tapi anak kena jaga juga.” Nasihat Zai. Mereka berempat hanya mampu
tersengih.
P/S: cerita kali ni agak berat
juga konfliknya tetapi ria harap pembaca boleh menerima ending yang agak cepat
juga....terima kasih semua...
bestttt....!!! smbungx3..hehehh...(^^)v
ReplyDeletehahhaha maya =)
ReplyDeletenice! mmg xsangke mamat tu jambuu suke bunga..tp bunga mmg febret maya!
satu lg yg maya xterfikir ialah itu kembar die! bgs2....
ehem2 watak ria tu mmg suke masuk setiap cite ye...hehhehehe
best!!ingatkan iszam.org yg selamatkan maya..
ReplyDeleterupanya kembar dia..
fuh!!best sangat hehe..
tahniah ria..
~gurangak aja~
best nih kak ria !! ksian kat ihzam kalo x kne tikam, msti dia dpt jmpe jgk dgn maya kan .. hehehee
ReplyDeletebest.suka bc cerpen2 ria..
ReplyDeletemesti ada watak ria dgn zack kat hujung cerita..
ReplyDeletekacau je
Deletea'ah.betul3x hehehe
DeleteYg buat cerita ni slut kah.. Yg mmbca kbykan bujang atau masih di bwh umur
ReplyDeleteKesian iszam...
ReplyDeleteBest3...
Awesome!!!!!!!!
ReplyDeleteSuka sgt dgn cerpen ni! <3<3I
ReplyDelete