Kebetulan hari ahad, dia hanya berehat di rumah. Wafiy bangun dengan malasnya menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk bagi menunaikan fardu Asar.
Di dapur, mak cik Siti dan mama sibuk menyediakan makan malam.
“Mama...” Wafiy menegur Datin Damia Eryna. Dia mencium pipi mamanya itu. “Mama masak apa malam ni?”
“Baru bangun anak mama ni? Mama masak makanan kegemaran....” Datin Damia membiarkan ayatnya tergantung.
“Makanan kegemaran Wafiy kan?” teka Wafiy dengan penuh keyakinan.
“Taklah. Mama masak makanan kegemaran papa.” Datin Damia tersenyum sambil menjeling ke arah anaknya yang kini duduk di atas kerusi di dapur.
“Ala, mama ni. Tiap-tiap hari masak makanan kegemaran papa. Tak bosan ke mama?” Wafiy bertanya sambil menggaru-garu kepalanya.
“Mama tak kisah. Janji papa Wafiy suka. Asam pedas ikan pari.” Datin Damia mengacau asam pedas tersebut.
“Mama ni, kalau pasal papa, memang tak bosan. Wafiy nak pergi pasar malam lah kalau camni, mama ada nak kirim apa-apa tak?” Wafiy bangun menuju ke peti sejuk. Dia meneguk jus oren.
“Kamu belikan mama buah naga merah, mama nak bagi pada uncle Danish. Dia kan suka buah naga. Lagi pun dia nak datang malam ni.” Datin Damia menerangkan situasi yang sebenar.
“Baiklah mama. Wafiy pergi dulu.” Wafiy menyalami Datin Damia dan menuju ke tempat parking motornya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Wafiy menjawabnya.
“Wafiy, aku ada berita baik!” kata Kay tanpa memberikan kata-kata aluan.
“Hello...” Wafiy menyindir Kay. Kay merupakan sahabat baik Wafiy yang berbangsa Cina tetapi dia mahir bercakap dalam bahasa Melayu. ‘Kalau dia nak menyamar jadi melayu pun, orang lain percaya.’ Wajah bersih Kay terbayang di depan mata Wafiy. Pakaiannya mesti ada tali leher. Pelik.
“Perli nampak. Aku nak bagitau kau berita baik ni. Tolong dengar betul-betul.” Kay berkata.
“Gurau aje lah. Apa dia?”
“Tadi aku nampak Farisya,” Kata Kay dengan nada yang agak kuat.
“What!!!” Dengan pantas Wafiy menaiki motornya. “Dekat mana kau nampak dia, Kay?” Soal Wafiy dengan tidak sabar-sabar.
“Aku dekat pasar malam ni yang biasa kau pergi dan aku ternampak dia.” Terang Kay seperti membuat karangan budak sekolah. Wafiy tidak menunggu lama terus menghidupkan enjin motor.
“Kau tunggu aku di gerai mak cik jual nasi kerabu tau. Aku ke sana segera. Takut tak sempat pula.” Wafiy tersengih.
“Hah!! Apa yang tak sempat?” Soal Kay dengan peliknya.
Wafiy menamatkan panggilan dan menunggang motorsikal berkuasa tinggi hadiah daripada papanya, Dato Haris.
‘Dah lama aku tunggu Farisya. Sekarang, aku jumpa kau. Hampir setahun aku cari kau. Aku tak kan lepaskan kau lagi. Tidak sama sekali!!” Hati Wafiy berdebar kencang dan pantas. Sepantas motor yang dibawanya.
*****
Wafiy mencari kelibat Kay. Kay mengangkat bahu sebagai tanda yang Farisya sudah hilang jejaknya.
Wafiy mengeluh berat. Dia rasa kecewa.
“Hai Wafiy..” tegur Rossa.
Wafiy terkejut dengan kehadiran Rossa. ‘Sesuai sangat dengan namanya. Perosak segala program orang.’ Wafiy mengeluh.
“Hai Ros.”
“Janganlah panggil saya Ros. Tak glamour nama tu. Panggil aje Rossa. Glamour betullah nama tu.” Rossa mula rasa bangga dengan namanya kerana sama dengan penyanyi terkenal itu.
“Rossa, Wafiy ada hal ni. Nanti kita berbual lagi.” Wafiy terus meninggalkan Rossa bersendirian dan menghilang dalam ribuan manusia di pasar malam tersebut.
“Farisya!” Wafiy ternampak gadis itu menunggu bas di perhentian bas. Reaksi Farisya yang tenang apabila melihat wajahnya membuat Wafiy rasa bersalah. Wajah Farisya sentiasa mengganggu ketenangan jiwa Wafiy sejak berkenalan pada hujung bulan disember tahun lalu.
Hati Wafiy tidak tenang apabila melihat gadis itu ingin melarikan diri. Dia dengan pantas mencengkam lengan Farisya. Pandangan mata Farisya amat menyedihkan. ‘Kenapa muka Farisya nampak sedih?’ Hati Wafiy tertanya-tanya.
“Tolong kawal diri awak, Wafiy. Jangan sampai saya maki hamun awak seperti dulu.” Kata Farisya dengan lembutnya. Sebaik sahaja Wafiy mendengar kata-kata tersebut, terus sahaja dia melepaskan cengkaman di lengan Farisya.
“Pang!!” Farisya menampar pipi Wafiy. Wafiy terkejut. terasa perik dan sakit apabila kena penampar seorang perempuan
“Kenapa Sya?”
“Penampar ni sepatutnya dah lama awak dapat.”
“Tapi kenapa? Saya ada buat salahkah?” Soal Wafiy yang tidak puas hati dengan tindakan Farisya. Tambahan pula, dia malu dengan orang disekeliling yang memerhati mereka berdua.
“Jangan ganggu saya lagi.” Kata Farisya dengan suara yang perlahan lalu meninggalkan Wafiy tanpa menjawab persoalan lelaki itu.
“Sya...” Panggil Wafiy. Dia tidak sempat mengejar Farisya kerana gadis tersebut terlebih dahulu menaiki sebuah kereta yang baru berhenti di situ. Pemandunya seorang lelaki.
‘Siapa lelaki itu?’ Wafiy tertanya-tanya sambil memegang pipinya yang merah.
*****
Wafiy pulang dengan wajah yang kecewa. Dia berbaring di atas kerusi sambil menutup mukanya dengan bantal kecil. Datin Damia yang baru sahaja siap memasak bergerak ke ruang tamu.
“Wafiy beli tak buah naga yang mama pesan tadi?”
Wafiy tidak menjawab. Datin Damia mula berasa pelik dengan sikap anaknya itu. Dia menghampiri anaknya itu lalu mengambil bantal kecil yang menutup wajah Wafiy. Alangkah terkejutnya dia melihat pipi kanan anaknya itu merah.
“Bagitau mama siapa yang bagi Wafiy cop mohor ni?” amuk Datin Damia. Dia menarik lengan Wafiy supaya duduk di sisinya. Dia mencengkam lembut dagu anaknya sambil melihat kesan tamparan itu lebih dekat.
“Assalamualaikum...” seseorang memberi salam dari luar.
“Abang..” manja suara Datin Damia.
“Ya pun, jawablah salam abang dulu.” ujar Dato Haris. Dia menghulurkan beg kerjanya kepada isteri tersayang.
“Waalaikummussalam.” Dia menyambut huluran tersebut dan bersalaman dengan suaminya.
“Apa yang kecoh-kecoh ni, Mia. Dari luar lagi abang dah dengar Mia membebel.”
“Manalah Mia tak membebel. Abang tengok anak lelaki abang yang seorang ni. Ada cop mohor besar kat pipi dia. Manalah Mia tak membebel.” Datin Damia mula mahu membebel.
“Siapa yang tampar kamu ni, Wafiy. Ceciter... ceciter.” Dato Haris menanggalkan tali lehernya. Datin Damia menuju ke dapur mengambil air untuk suaminya itu.
“Farisya...”
“What!!!” DatoHaris terkejut. “Kamu jumpa Farisya kat mana? Tak selesai lagi ke kes korang berdua?” Wafiy hanya mengeleng dan berbaring semula.
“Tak payah Wafiy nak buat muka king kong kecewa. Jangan jadi macam papa kamu masa muda-muda dulu. Kalau tak jumpa mama, mulalah nak jadi spesies tak kacak tu.” Datin Damia berkata sambil menghulurkan air kosong pada Dato Haris. Dato Haris hanya ketawa.
Memang benar dia bersikap seperti itu. Tidak perlulah dia menipu anaknya sendiri. Dato Haris tersenyum.
Wafiy tidak sanggup mendengar bebelan Datin Damia terus bergerak ke biliknya.
“Tengok tu. Mama cakap sikit. Sudah merajuk. Tolonglah jangan jadi perempuan. Kamu tu lelaki. Kuat sikit. Sama aje papa dengan anak.”
“Mia, Mia nak mengata Wafiy, abang boleh terima. Jangan nak mengata abang pula. Abang merajuk nanti, susah Mia nak pujuk.” Dato Haris berkata dengan seriusnya.
Datin Damia memandang wajah Dato Haris. Kata-katanya terhenti. Terkebil-kebil matanya memandang suami tercinta.
“Ops! Maaf abang. Tak mau merajuk. Tak mau ya?” Datin Damia kembali duduk disisi Dato Haris. Dia faham, kalau Dato Haris merajuk memang susah hendak dipujuk. Dia kenal sangat suaminya.
“Okey, dimaafkan. Jom bersiap-siap untuk bersolat. Kejap lagi maghrib.” Ajak Dato Haris. Datin Damia hanya mengikut sahaja sambil memeluk lengan suaminya.
*****
Selepas makan malam bersama uncle Danish dan Auntie Lidya, wafiy terus naik ke biliknya. Mengurungkan dirinya di dalam bilik. Dia tahu Farisya benci padanya. Wafiy tidak menyangka gadis lemah lembut Farisya mampu mencetus sejarah paling hitam dalam kamus hidupnya. Semuanya berlaku tanpa diduga.
“Permulaan perkenalan aku dan Sya cukup romantik.” Wafiy tersenyum apabila mengenangnya kembali.
Jika kisah mereka berdua diadaptasikan dalam novel pasti melahirkan ikatan cinta antara hero dan heroinnya. Kalau dikenangkan memang tidak tidur malam oleh pembacanya.
‘Tapi kalau aku yang baca, memang aku pun tak dapat tidur malam. Hari yang bersejarah itu amat bermakna bagiku kerana di situ aku mengenali Farisya Natasya. Pada hari itu aku telah menyelamatkan seseorang daripada lemas dalam sebuah kolam renang di tempat peranginan iaitu di hotel papa. Terasa dadaku berdegup kencang bila tangan aku memeluk tubuh Farisya.” Wafiy memejamkan matanya. Cuba mengimbau kembali kenangan tersebut.
*****
Semua orang menyaksikan kejadian itu menepuk tangan setelah melihat aksi Wafiy yang ganas. Kejadian ini membuatkan Wafiy seperti hero Sarjan Hassan yang dilakonkan oleh P.Ramlee yang telah menyelamatkan tanah air daripada terus dijajah oleh Jepun.
‘Alamak, berjiwa patrotik pula aku ni.’ Wafiy terasa bangga.
Tetapi saat indah itu cuma sementara apabila Wafiy terasa pipi kirinya perit. Ketika itu Wafiy melihat Farisya merenungnya dengan muka yang merah padam.
“Kenapa awak ni kurang ajar sangat? Macam ni ke nak jadi seorang penyelamat?” kata Farisya sambil terbatuk-batuk. Masih ada air dalam tekaknya. Bagi Wafiy kata-kata yang lahir di mulut kecil Farisya itu dirasakan seperti belati menghiris jantung.
Tepukan tangan dari terhenti serta-merta. Tiba-tiba kesabaran Wafiy sudah sampai kemuncak. Dia rasa tercabar sebagai seorang lelaki.
“Kalau saya tak bantu awak tadi, tentu awak dah mati dalam kolam renang tu.” Wafiy menerangkan niatnya yang sebenar.
“Saya yang mati, bukan awak! Cakap aje lah yang awak tu nak ambil kesempatan!” Marah Farisya.
‘Wah, mulut minah ni! Muka aje cantik. Budi bahasa entah ke mana. Mungkin lemas dalam kolam rennag tadi kot,’ desis hati Wafiy. Dia merenung wajah Farisya agak lama.
“Ini sudah kira satu tuduhan yang tak berasas! Dalah kita tolong selamatkan awak. Tak ucap pun terima kasih! Awak belum kenal siapa saya kan?” soal Wafiy dengan wajah yang tenang. Wajah cantik Farisya masih direnungnya tepat ke dalam mata Wafiy.
“Kenapa? Awak ni anak raja? Anak tengku? Haruskah saya kenal awak?” Sindir Farisya. Kata-kata tersebut cukup membuat hati Wafiy terbakar.
Tanpa memdulikan Wafiy, Farisya terus bangun dan mengambil tuala di atas meja tepi kola, renang tersebut.
Belum sempat gadis itu berlalu, Wafiy mencengkam lengan Farisya,
“Kalau awak nak tahu, saya Wafiy Danial, anak Dato Haris Akmal! Pemilik hotel ini. Selamt berkenalan.” Wafiy mengeraskan sedikit suaranya. Dia melepaskan cengkaman itu lalu dengan pantas buku di tnagan Farisya dirampasnya. Dia melemparkan ke dalam kolam renang itu.
“My book!!!” Farisya menjerit. Dia merenung tajam ke arah Wafiy seperti tidak percaya dengan tindakan lelaki itu.
“Jangan renung saya lama-lama. Nanti jatuh cinta, awak gak yang susah.” Kata-kata Wafiy dalam nada mengusik. Suka benar dia melihat Farisy marah.
“Wafiy Danial!!!” Farisya menjerit kegeraman. Dia menyebut nama Wafiy. Wafiy hanya ternsenyum mendengarnya.
“Be careful my dear. Nanti awak pula yang jatuh dalam kolan tu macam buku awak tadi,” Sindir Wafiy pula. “Jangan ingat awak cantik, saya tak boleh ajar awak cara untuk menghormati orang lain. Ada faham cik adik?” Sambunga Wafiy lagi. Mata Farisya merah menahan sebak. Buku itu penting baginya.
“Jangan ingat awak tu pelangan di hotel ni, awak boleh buat sesuka hati. Mulut yang cantik tu kena jaga juga.” Wafiy menyambung lagi. Seronok dapat kenakan Farisya semula.
Farisya pula hanya mendiamkan diri sahaja.
“Dah puas mengata orang, encik Wafiy Danial?” muncul Suara Dato Haris. Wafiy membuat muka berkerut. Dia menoleh ke belakang. Dato Haris sedang berpeluk tubuh sambil merenung wajah anaknya yang sememangnya kacak lagi bergaya sepertinya.
“Alamak, Papa!” Wafiy terkejut dengan kehadiran papanya itu.
“Ouch!!” Dato Haris menarik telinga anaknya dihadapan orang ramai. Muka Wafiy sudah merah menahan malu dan untuk pertama kalinya dalam sejarah, Wafiy dimalukan seperti itu kerana membuli Farisya.
“Berapa kali papa bagitau. Pelanggan adalah yang utama, faham?” Dato Haris berkata.
“Faham papa. Wafiy faham.” Wafiy mengiya. Teruk Wafiy dimarahi oleh Dato Haris. Kini, dia mendiamkan diri apabila Dato Haris membebel.
‘Macam mama pula papa ni membebel.’ Wafiy menarik muncungnya. Datin Damia yang dirumah terbersin.
‘Ada orang mengata aku ke?’ Datin Damia tertanya-tanya.
*****
Begitulah kisah Wafiy dan Farisya. Akhirnya Wafiy mengambil keputusan membuli Farisya sepanjang gadis itu menginap di hotel tersebut. Tapi dalam membuli dan bergaduh, Wafiy sedar yang dia sudah jatuh cinta dengan gadis itu tetapi dia tidak mahu mengakuinya.
“Farisya...” Mata Wafiy semakin berat dan akhirnya dia tertidur.
*****
Seharian bekerja di pejabat membuat Wafiy terasa penat. Dia terpaksa memantau pekerja-pekerjanya membuat kerja. Dia hanya memerhati dari jauh sahaja. Wafiy ternampak Kay dan dua sahabatnya yang lain, Shahril dan Azam.
“Oh ini kerja korang ya? Geng mamat mengumpat!” Wafiy menegur pekerjanya.
“Tak ada apa-apa. Kami berbual kosong je.” Jawab Azam. Mereka bertiga tersenyum. Dahi Wafiy berkerut. Merasa curiga dengan mereka.
“Boleh saya minta tolong sikit?” kata seorang gadis di kauter. ‘Alamak! Rasanya macam pernahku dengar suara itu?” Dahi Wafiy mula berpeluh.
Kay, Shahril dan Azam tersengih-sengih.
‘Memang sah dia! Tak ada orang lain. Rossa!’ Desis hatinya. Wafiy kaku sambil membelakangkan Rossa. Dia tidak sanggup untuk berpaling.
Rossa yang mula menyedari kehadiran Wafiy di situ tidak jadi meminta pertolongan di kaunter tersebut.
“Wafiy!” Rossa memegang bahu Wafiy dari belakang dan Wafiy berpaling. Rossa tersenyum lebar dan ini membuat Wafiy terpaksa mengukir senyuman palsu untuk Rossa.
“Buat apa kat sini?” kata Wafiy sekadar beramah mesra.
“Hmmm, hari ni saya kena duk hotel ni sebab malam nanti ada majlis peragaan baju.” Balas Rossa manja. Pandangan mata Wafiy asyik memerhatikan ikan yang berenang-renang dalam kolam hiasan buatan manusia yang berada berhampiran Rossa. Ramai yang memuji kecantikan rekaan deko tersebut. Malah Wafiy sendiri mengakuinya.
“Dari tadi lagi Wafiy sebut-sebut nama Rossa tau. Ingatkan Rossa tak sudi datang ke hote bos kami lagi yang tak berapa nak berbintang ni,” Kata Azam.
‘Memang nak ke si Azam ni. Aku rasa nak aje sumbat cili api dalam mulut budak ni. Sengaja nak buat Rosaa perasan sendiri.’ Hati Wafiy mengomel.
“Yakah? Rossa bagaikan tidak percaya. Dia merenung wajah Wafiy untuk meminta kepastian. ‘Terasa macam panahan lase aje bila aku tengok Rossa renung begitu.’ Gerun Wafiy.
“Tak adalah, diorang ni memang tak sayang mulut?” Balas Wafiy lalu tersengih. ‘Aku malu juga tapi kenalah control macho sikit.’ Hatinya berbisik.
“Wafiy, Rossa nak minta tolong sikit, boleh tak? Rossa blur la...” manja suara Rossa. Wafiy dapat rasakan suara Rossa mendayu-dayu menusuk ke telinganya.
“Tolong apa?”
“Tolong tengokkan kertas kerja Rossa mengenai projek pusat peranginan di Port Dickson.” Jawab Rossa.
“Wafiy bukan tahu sangat mengenai kerta kerja ni.” Wafiy cuba mengelak. ‘Aku sengaja memberi alasan. Bukannya apa, aku kurang berkenan sikit dengan si Rossa ni. Selalu sangat nak jumpa aku. Macamlah aku seorang aje yang boleh tolong selesaikan tolong dia.’ Hatinya berbisik.
“Tapi tadi Ria beritahu, Wafiy boleh beri pendapat.” Kata Rossa dengan bukti yang kukuh menyebabkan Wafiy tidak dapat mengelak lagi. ‘Aku terperangkap dengan alasan Rossa. Memang aku ada tengok kertas kerja si budak sihat dah terlebih kurus tu. Dia nak buka kedai buku, aku bagilah pendapat.’ Wafiy mengeluh perlahan.
“So, tanyalah pendapat Ria aje.” Jawab Wafiy ringkas.
“Rossa nak Wafiy yang beri pendapat.” Pinta Rossa. Wafiy kematian idea. ‘Apa aku nak buat ni?’ Wafiy cuba berfikir.
“Hmm, okeylah. Bila?” soal Wafiy akhirnya mengalah.
“Esok petang. Kat cafe yang biasa kita lepak.” Kata Rossa.
“Agak-agak lama tak?”
“Kenapa? Tak bileh lama-lama ke?” tanya Rossa pula.
“Bukan!” Laju sahaja Wafiy menjawab. “Cuma Wafiy dah janji dengan diorang nak main tenis.” Kata Wafiy sambil mengenyitkan mata ke arah Azam, Shahril dan Kay. Mereka Cuma tersengih.
“Okey. Tak lama pun.” Kata Rossa lalu meninggalkan mereka semua sambil mengingatkan Wafiy tentang temu jani mereka esok.
“Wafiy, Kay pun nak minta pendapat Wafiy tentang kertas kerja, boleh tak?” Kay mengejek Wafiy sambil melentok-lentok ke bahu Wafiy.
“Hish! Gay ke kau ni?” Wafiy mengelak. Ini telah membuahkan ketawa kelucuan oleh mereka bertiga.
“Kau ni jual mahallah Wafiy.” Komen Azam sambil duduk di lobi. Mereka bermpat menyambung perbualan mereka di situ.
“Jual mahal apa pula?” soal Wafiy kehairanan.
“Apasal kat tak ambi aje Rossa jadi kekasih kau? Kau sendiri tahu yang dia dah lama syok pada kau?” soal Azam.
“Dahlah anak orang kaya, anak tunggal!Cantik lak tu, untung kau kalau dapat Rossa tu! Kaya-raya hidup kau,” sampuk Shahril pula. Wafiy cuma tersengih. Tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan. ‘Kalau takat kaya, aku pun kaya apa?’ hatinya berkata.
‘Memanh aku sedar yang Rossa suka pada aku selama ni. Malah aku selalu dapat kad hari Valentine sejak aku form tree lagi! Tapi aku tak sambutlah hari yang entah apa-apa tu. Merosakkan akidah sahaja. Melalaikan . Hadiah pelbagai jenama dan harganya mahal setiap kali hari jadi aku menjelang. Sellau datang ke rumah aku dan mama awal-awal lagi sudah reject Rossa,’ hati Wafiy berkata. Pandangan matanya tepat merenung kolam renang. Ada sejarah yang wujud di situ.
Semua itu cukup Wafiy menyelami hati dan perasaan Rossa. Tetapi bagi Wafiy dia anggap Rossa tidal lebih daripada seorang kawan.
‘Atau mungkin sebba aku dah jatuh cinta pada orang lain?’ hati Wafiy menyoal sendirian. Wafiy tersenyum.
‘Jatuh cinta? Biar betul?’ hatinya tidak percaya. Selama ini Wafiy hendak suka pada perempuan pun payah. Inikan pula cinta.
‘Setakat buat kacau tu baisalah. Tapi, kalau betul aku jatuh cinta... dengan siapa? Macam mana ni? Aku tak tahu aku jatuh cinta dengan siapa? Oh no!’ hatinya menjerit. Muka Wafiy berkerut.
“Oi! Berangan sampai benua mana ni? Aku tanya soalan mudah ahe. Itu pun kau payah nak jawab.’ Kay menegur Wafiy yang terdiam lama. Wafiy bangun dan meninggalkan mereka bertiga dalam keadaan terpinggar-pinggar.
*****
Wafiy terkejut apabila mendapat tahu yang Farisya menjual di pasar malam tiap-tiap hari sabtu. Menjual kuih-muih. Farisya seorang yang kaya tetapi sibukkan diri dengan menjual di pasar malam. ‘Aku nak pergi kacau dia. Tak serik-serik walaupun dapat cop mohor besar hari tu.’ Perlahan-lahan Wafiy berjalan mencari kelibat Farisya di sepajang pasar malam tersebut.
“Eh, kuih kegemaran aku. Lepat pisang,” kata Wafiy. Dia singgah di satu gerai. Dia sememangnya tidak perasan dengan kehadiran Farisya di situ. Apa yang dia nampak, hanyalah lepat pisang sahaja.
“Ehem!!” seseorang menegurnya. Wafiy terkejut dengan teguran itu segera mengangkat mukanya.
Kelihatan Farisya sudah tercegat di hadapan Wafiy dengan pengepit di tangannya.
Tiba-tiba terasa jantung Wafiy berdegup kencang bagaikan keretapi ekspress di negara Jepun. Laju! Mulut Wafiy terasa kelu untuk berkata-kata. Farisya menunjuk muka kelatnya apabila direnung begitu. ‘Ahhh! Lelaki kacak macam aku tak boleh tunjuk kelemahan depan gadis!’ Wafiy cuba tersenyum. Sikap Dato Haris sememangnya diwarisi oleh Wafiy. Bangga dengan imej kacaknya
“Berapa harga lepat pisang ni?” soal Wafiy sambil mengeluarkan dompetnya. Farisya hanya mendiamkan diri dan tidak bersuara.
“Nak jual ke tak ni? Nanti orang curi baru tahu?” usik Wafiy membuatkan Farisya menjeling marah. ‘Eleh, mesti kau menyesal kerana menyombong dengan jejaka rebutan ini,’ hatinya berkata bangga. Wafiy merenung mata Farisya yang bersinar-sinar macam batu berlian.
“Ada emas ke dalam mulut kau atau sudah jatuh cinta dengan aku?” usik Wafiy lagi sambil meletakkan tangan ke dagu, bergaya habis macam model. Lagak Wafiy seperti papanya zaman-zaman muda. Dia tersenyum puas.
Farisya mencebik dan pantas masuk ke dalam tanpa rasa menyesal meninggalkan jejaka idaman malaya ini keseorangan di sini.
“Seringgit untuk tiga kuih, abang.” Seorang adik comel pula yang muncul semula setelah Farisya pergi ke belakang.
“Bagi lepat pisang yang ada. Abang nak semua," ujar Wafiy sambil menghulurkan wang kertas berwarna merah iaitu not RM10.00 pada adik tersebut.
“Kak Sya kata sedekah aje.” kata adik kecil itu. Apa lagi, terkejut Wafiy mendengarnya. Dia mengerling ke arah belakang kedai. Kelihatan Farisya sedang membelakanginya. Wafiy tersenyum.
“Terima kasih adik comel, kirim salam pada Kak Sya.”
Wafiy tersenyum. ‘Kenapa Farisya baik pula dengan aku? Bukankah dia benci pada aku? Baru semalam dia tampar muka aku.’ hatinya mula tertanya-tanya.
******
‘Selama 25 tahun aku hidup di muka bumi Allah ini, belum pernah lagi aku tersangkut hati pada mana-mana gadis. Bukan apa, bagiku cinta ini terlalu abstrak untuk ditafsirkan dan aku tak mahu menjadi objek dalam sandiwara cinta. Cewahh!! berfalsafah lagi aku. Tapi, entah kenapa sejak aku menyelamatkan Farisya daripada lemas, terasa ada sesuatu yang mula mengganggu dan menggugat hidup aku. Dalam hati geram memang ada, tapi bila tak menatap wajah Farisya sehari, aku terasa macam kekurangan sesuatu. Tak lengkap rasanya hidup tanpa Farisya. Kuat sangat ke penangan si Fatihah tu? Sudahlah hampir setahun aku tidak berjumpa dengannya. Masih ada rindu untuk dirinya,’ Wafiy termenung.
Wafiy mengayuh basikalnya. Petang-petang seperti ini elok beriadah. ‘Daripada naik motor baik aku kayuh basikal. Nak jaga alam sekitar konon! Kalau bawa motor, bising, kacau ketenangan orang lain sahaja. Kenalah consider sikit. Bukankah aku ni anak pengarah hotel yang berwibawa. Kena jaga imej demi nama baik papa!’ kata Wafiy Asyik membanggakan diri sahaja kerja Azri ini.
Taman ini direka khas untuk pelanggannya yang suka beriadah. Ada sungai tapi tidak digalakkan untuk mandi di situ. Bahaya!
Angin petang yang sepoi-sepoi bahasa, mendamaikan hati sesiapa.
‘Farisya! Aku ni memang ada jodoh dengan dia. Asyik jumpa aje. Masa ni sesuai sangat aku meluahkan perasaan. Aku dah fikir apa yang aku rasa pada Farisya. Aku tak akan lepaskan peluang ini.’ Desis hati Wafiy.
Laju Wafiy mengayuh basikalnya menuju ke tempat Farisya berdiri. Atas jambatan. Mungkin menghayati alam sekitar yang indah.
Belum sempat Wafiy sampai di situ, ramai orang sudah berkumpul. Rupanya ada orang terjatuh dalam sungai. Wafiy segera ke sana. Seorang perempuan terkapai-kapai di permukaan sungai mencari arah.
“Farisya!” jantung Wafiy rasa terhenti.
“Cepatlah! Cepat tolong dia!!” pinta kawannya, Lily yang kini panik. “Hei Badrul! Cepatlah terjun selamatkan Farisya!” Desak Lily lagi sambil menarik koler baju Badrul.
“Tolong? Aku tak nak! Aku tak nak mati!” katanya. Penakut.
“Kau kan tunang dia. Kau pergilah selamatkan Farisya!” Lily sudah hilang sabar. Badrul hanya tunjuk muka tidak mahu menyelamatkan tunangnya.
Lily yang baru perasan akan kehadiran Wafiy terus mendekatinya.
“Wafiy, aku rayu pada kau. Tolonglah selamatkan Farisya. Dia tak pandai berenang! Kau kan pernah selamatkan dia,” Rayu Lily.
Wafiy merenung Farisya yang sudah kelemasan di dalam sungai. Tanpa berfikir panjang Wafiy pantas terjun ke dalam sungai.
Keadaan di jambatan semakin gawat apabila makin ramai yang datang melihat apa yang berlaku. Wafiy segera menarik tangan Farisya yang sudah kepucatan.
Tanpa membuang masa Wafiy mengapungkan tubuh Farisya agar mudah mengheretnya ke tepi. Pautan tangannya di bahu terasa begitu erat sekali.
“Farisya!!” kata Wafiy lembut.
Kini, Farisya selamat. Lily cuba mengeluarkan air yang telah Farisya telan. ‘Pandai pula Lily ni menyelamat.’ Desis hati Wafiy. Walaupun dia basah kuyup tapi dia tidak kisah.
Belum sempat Wafiy mengangkat tubuh Farisya, Badrul sudah meluru ke arah Wafiy. Tubuh Farisya yang lembik itu dipapah naik ke atas oleh Badrul.
Tinggallah Wafiy keseorangan dalam sungai, masih terpana dengan dengan tindakan Badrul. Beberapa orang sekeliling mengarahkan agar Farisya dibawa pulang setelah dia tersedar.
Wafiy hanya mampu memandang mereka meninggalkan sungai itu tanpa memikirkan penyelamat mereka yang masih belum naik ke tebing.
“Woi Wafiy! Kau nak bertapakah dalam sungai tu?” Kay menegur Wafiy . Wafiy tidak menyedari kehadiran Kay di situ. Kay sudah pun menghulurkan tangan untuk membantu Wafiy.
Huluran itu Wafiy sambut pantas lalu dia melompat naik ke tebing. Tanpa lengah mereka berdua bergerak pulang.
*****
Sejak hari itu memang Wafiy tidak nampak lagi kelibat Farisya. Kini sudah masuk dua minggu. Dia banyak habiskan masa di pejabat. Dia tidak sanggup asyik teringat akan Farisya. Gadis itu sudah bertunang rupa-rupanya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Mama...” kata Wafiy selepas menjawab salam Datin Damia.
“Pukul berapa nak balik ni? Papa dah balik tapi anak tak balik lagi.”
“Kejap lagi Wafiy ya mama? Jangan bimbang.”
“Macam mana mama tak bimbang, orang penting dalam majlis tak balik lagi.” Datin Damia betul-betul bimbang.
“Baiklah mama. Wafiy pulang sekarang.” Selepas menamatkan panggilan, Wafiy mengemas meja kerjanya dan menutup lampu bilik.
Dia menuju ke tempat keretanya diparking. ‘Naik kereta sebab musim hujan aje dua tiga hari ni.’ Desis hati Wafiy.
“Eh, kad apa ni? Untuk aku? Zaman moden macam ini pun nak bagi kad kah?” kata Wafiy lalu membukanya. Cantik! Siap ada lagu hari lahir lagi apabila dibuka kad tersebut.
‘Farisya yang bagi?’ Kalau berkaitan dengan Farisya, mesti hati Wafiy berdebar. Panjang yang ditulis oleh Farisya dan ia rahsia Wafiy.
Wafiy pulang dengan perasaan gembira.
“Mama....”
Halaman rumah Wafiy gelap. Dia meletakkan kereta tersebut di tempat biasa. Sebaik sahaja dia keluar dari kereta tersebut....
“Selamat hari jadi. Selamat hari jadi. Selamat hari jadi Wafiy Danial. Selamat hari jadi.” Datin Damia, Dato Haris, uncle Danish dan antie Lidya ada menyanyikan hari lahirnya bersama sesuatu di tangan mereka.
“Telur!” Jerit Wafiy. Dia ingin berlari tetapi tidak sempat kerana Dato Haris lebih pantas membaling telur tersebut dan kena pada rambutnya. Wafiy tidak jadi lari.
“Habis imej kacak Wafiy.” Kata Wafiy sambil membuang kulit telur yang ada atas kepalanya. Datin Damia menghampiri anaknya itu lalu ditaburnya tepung gandum.
“Mama....” Wafiy meraung. Tetapi raungannya terhenti apabila dia ternampak kelibat yang amat dia kenali.
“Sya...”
“Ya Wafiy.” Farisya berkata. “Terima kasih selamatkan Farisya. Sebabkan peristiwa tu, ayah Sya putuskan pertunangan dengan Badrul sebab dia tak dapat nak jaga Sya dengan baik.”
“Sama-sama kasih.” Hati Wafiy gembira. Kad yang dibacanya tadi sudah mengambarkan perasaan Farisya padanya.
“Ada orang gembira.” Dato Haris berkata. Dia taburkan lagi tepung pada anaknya itu.
“Papa, Wafiy dah tak kacak!” amuk Wafiy.
“Tak apalah tak kacak. Biar papa aje yang kacak.” Dato Haris berkata dengan gembiranya dan mengeluarkan kamera telefon bimbitnya.
“SNAP!” gambar Wafiy dengan muka penuh dengan tepung bersama dengan Farisya.
Rupa-rupanya ibu bapa Farisya sudah lama mengenali keluarga Wafiy. Mereka pun ada bersama menyambut hari kelahirannya.
“Terima kasih Sya sebab terima Wafiy yang selalu cari gaduh dengan Sya.”
“Tak mengapa.”
“Demi cinta Farisya, Wafiy sanggup menunggu Sya!” Kata Wafiy berbisik ditelinga Farisya sambil melangkah masuk ke rumah Wafiy.
P/S : maaf kalau penamatnya ringkas sahaja. Cerita ini diedit utk jadi lebih menarik...watak sebelum ini diberi nama Azri...sekarang jadi wafiy... maaf atas kekurangan dalam penulisan kali ini...
dah habis baca...harap tinggalkan kenangan sikit utk cerpen ni iaitu komen anda...tulis berkataan 'OK' pun ria dah rasa puas hati....sebab tak sia2 ria menulisnya sepanjang hari ini...terima kasih semua...
ReplyDeletebest~~~Damia&Haris:)
ReplyDeleteJln citer mmg Best!!
ReplyDeleteSweet!!
Cma ada kesalahan ejaan..
Tetapi itu perkara kecil...N blh dimaafkan..
Gud luck yer..troskan usaha..
Farisya lov Wafiy...
Fae..
terima kasih jadi komen yang pertama hihihi.... tapi nama DAmia dah Haris pula yg best...ish ish ish...kesian Wafiy dan farisya...
ReplyDeleteok..sweet walaupun ringkas,bayak kesalahan ejaan tapi takpe chek balik nanti edit ok..good luck kak selamat maju jaya..teruskan usaha anda :-)
ReplyDeletekesalahan ejaan??hihih biasalah buat dalam masa satu hari....hmmm...ria akan baca lagi sekali...harap tak ada orang tegur pasal ejaan lagi...
ReplyDeleteterima kasih semua...
best...tq post cerpen ni ^_^
ReplyDeleteni mcm smbgan SV la...ape pn besttttt.....
ReplyDeletesorry to say,,kalau tak salah ada beberapa part dalam cerpen ni sama dengan cerpen bidadari lebaran,,lupa penulisnya siapa,,dialog lebih kurang sama cuma diubah sikit2 especially part wafiy selamatkan farisya and rossa minta tolong wafi,,maaf kalau sangkaan saya salah~~
ReplyDeletehihihi lebih kurang macam sambungan SV la....terima kasih...
ReplyDeletekepada greyskymorning...maaf anda sudah tersalah sangka mengenai cerpen ini...terima kasih atas keprihatinan awak...
ReplyDeletesaya pernah baca cerpen tu tapi saya rasa jalan citernya berbeza sungguh, mungkin dialog hampir sama...sebagai penulis, mungkin saya tak terlepas melakukan dialog yg hampir sama...saya harap jawapan saya sudah terjawab persoalan awak...jika tidak, awak boleh email saya ^_^ terima kasih sudi komen...
^^ nice ,,
ReplyDeleteSalam.. akhirnya berjaya membaca sampai abis.. nice story..simple but nice story.. dik, kesalahan ejaan banyak tul..hehe..menaip sambil berangan ke? hehe..
ReplyDeleteWassalam.
suke citer ie..
ReplyDeleten ske psangn haris ngn damia yg romantik tuu..hehe
xblh byangkan damia dgn haris dh ada anak...so sweet..huhu
ReplyDeletewslm...kak honey...banyak sgt kesalahan ejaan???ria dah check banyak kali...adessss.....terlepas pandang kot...atau kesalah ejaan huruf 'g'?hihi
ReplyDeleteterima kasih semua...
ReplyDeletealamak watak utama dah mcam lost....
yg pembaca nampak watak damia dan bkk aje..
hihihi apa2 pun thank...
Salam..cerpen ni sweet sgt..thanks post dkt email sy..nmpk ni smbungn sv di mse akn datang..pepehal pun..keep it up saranghaeyo ria natsumi
ReplyDeletemuhahahahhh!!!
ReplyDeletelawak je jalan citer.ringan kot.x berat.bez!
yg ni best ! seronok aje bace .... farisya farisya .... hahaha
ReplyDelete@sp_gurlz terima kasih...lama tak tengok awak komen saya sejak SV tak ada...tapi apa-apa pun thank...
ReplyDelete@infected_alien terima kasih...gembira sebab awak suka citer ni....
ReplyDelete@♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ ni sambunngan macam sambung SV tapi dalam novel tak ada la....
ReplyDeletebest...parent yang sporting ^-^ ...
ReplyDeletebesh... ^_^
ReplyDeletebest cerpen ni. teruskan menulis. karya ria sumanya menarik..
ReplyDeleteBest..anak haris n damia..wafiy danial
ReplyDeletedanish & lidya
ReplyDeleteharis & damia
wafiy % farisya,,,,
best sangat !!
suka..suka..suka
ReplyDeletesorry 2 say.but a bit boring.sooryy.
ReplyDeletesorry diterima....setiap orang lain-lain pendapat.....
DeleteBestlah jugak.
ReplyDeletek la jln citenye....best gk coi....-iezahtakuya
ReplyDelete