Followers

Thursday, 22 November 2012

23
Komen

CERPEN : BRO, KASUT TUMIT TINGGI AKU?




Hana Amni melarikan diri. ‘Harap-harap dia tak dapat kejar aku,’ Hana Amni ketawa sendirian. Dia memeluk sepasang kasut tumit tinggi berwarna merah jambu. Sungguh cantik kasut ini pada pendapat Hana Amni.


Hana Amni bersandar di dinding bangunan. Tiada sesiapa yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Perlahan-lahan kakinya menyarung kasut tumit tinggi tersebut. Dia makin berani. Senyuman di bibir terasa manis kerana terlalu gembira dapat menyarungkan kasut tersebut.

Hana Amni berjalan dengan penuh berhati-hati tetapi malang itu tidak berbau, dia terjatuh di hadapan seorang lelaki yang sememangnya kebetulan lalu di situ.

“Aduh!” Hana Amni mengaduh. Kakinya terseliuh. Dia mendongak memandang lelaki itu. ‘Bukannya nak tolong aku. Tengok je ke?’

“Amin!” seorang gadis menjerit dari jauh.

“Kejap! Kau pergi dulu. Nanti aku datang.” Jerit Amin. Gadis itu terus berlalu pergi.

Amin duduk mencangkung di depan Hana Amni.

“Kau okey?”

“Bro, apa barang tanya aku okey? Kau buta ke, tak nampak aku tengah sakit ni?” Kasar Hana Amni.

‘Gangsternya minah ni... Aku tanya elok-elok tu, jadi jawab la elok-elok juga.’ Geram Amin

“Aku memang buta.” Balas Amin. Rasa malas pula mahu melayan perempuan sombong seperti itu.

Hana Amni geram apabila melihat Amin selamba berjalan meninggalkannya.

“Lelaki bernama Amin tu!” jerit Hana Amni.

Langkah Amin terhenti. Dia berpaling.

“Apa dia wahai perempuan gangster tapi pakai kasut tumit tinggi?” tanya Amin. ‘Sah-sah tak padan.’

“Bro, jangan perli aku. Sekarang ni boleh tak bro tolong adik manis macam aku ni bangun.” Pinta Hana Amni.

“Bro... Bro...” bosan Amin dengan perkataan tersebut. “Panggil aku Amin cukup. Tak payah bro... bro...” kata Amin.

“Aku dah biasa panggil lelaki tak dikenali macam tu. Cepatlah bangunkan aku ni.” Arah Hana Amni.

“Lelaki dan perempuan mana boleh bersentuhan. Tuhan marah nanti.”Amin mula mahu memberi ceramah. “Kau tak tahu ke?” tambahnya lagi.

“Aku tahu tapi tak kan aku nak duduk sini macam pengemis. Lainlah kalau ada perempuan kat sini.” Hana Amni mula membebel.

“Kejap aku cari perempuan untuk kau.” Amin melangkah setapak.

“Tak payahlah! Cepatlah! Lagi pun berlapik ni. Ish kau ni banyak juga songehnya.” Marah Hana Amni.

“Dia yang minta tolong, kita pula yang kena marah.” Bebel Amin. Dia mencengkam lengan kanan Hana Amni dan menariknya supaya berdiri.

“Aduh! Aduh! Perlahan la sikit.”

“Aku ada kerja nak buat. Bukannya nak kena layan kau. Dah puas hati dapat berdiri?” sindir Amin.

“Kejap la, bro!” panggil Hana Amni.

“Aku cium gak minah ni! Kau memang degil sejak kecil ye? Panggil aku Amin...” Amin mula geram.

“Apa cium-cium ni, bro? Nanti tuhan marah.” Hana Amni tersengih sebab dapat kenakan Amin semula.

“Cik adik manis ni memang nak kena. Sebagai balasan aku dah tolong kau. Aku ambil kasut tumit tinggi kau ni ya? Kalau jual pun dapat juga duit. Aku cau dulu.” Kata Amin sambil mengambil kasut tersebut.

Hana Amni tersentap. ‘Eh, kasut arwah mak aku tu!’ Lelaki itu semakin menghilang. Dia kecewa sebab lelaki itu mengambil kasut tersebut.

“Itu kasut mak....” lemah suara Hana Amni sambil melihat bayangan Amin semakin menghilang.

“Kat sini rupanya kau!” tegur Safar Amni.

“Abang....”

“Awat muka adik ni macam nak nangis je? Tak apa la. Abang tunggu adik nangis dulu. Bukan selalu dapat tengok adik abang nangis.” Usik Safar Amni lalu melihat wajah adiknya yang berkerut itu.

“Abang!” marah Hana Amni. “Aduh! Aduh!” Hana Amni mengaduh kesakitan apabila dia bergerak sedikit.

“Kenapa dengan kaki adik ni?” Safar Amni risau. Tanpa menunggu jawapan Hana Amni, Safar Amni terus memangku tubuh adiknya ke kereta.

“Abang ni, ingat kita ni bini dia ke nak buat macam ni.” Marah Hana Amni. Dia malu orang sekeliling melihat mereka.

“Ala, kita kan adik beradik. Salah ke abang nak tolong adik abang dalam kesusahan ni?” Safar Amni merenung ke dalam mata Hana Amni.

“Baiklah abangku yang seorang ini.”

“Macam tu la wahai adikku yang seorang ini.” Safar Amni tersenyum. Mereka hanya dua beradik sahaja membuat hubungan mereka sangat rapat.

Mereka berdua adalah kembar lain jantina membuatkan orang sekeliling tidak percaya mereka adik beradik. Wajah mereka sangat berbeza. Mungkin kerana Hana Amni mengikut wajah maknya dan Safar Amni mengikut wajah ayahnya.

Sebaik sahaja tiba di rumah, ayah terus membebel bagaikan tidak ingat dunia.

“Macam mana kasut mak kamu boleh kena ambil oleh orang. Kasut tu dah tiga keturunan tau.” Bebel ayah.

‘Ayah ni lebih risau pasal kasut daripada aku.’ muncung Hana Amni panjang.

Safar Amni yang melihatnya hanya ketawa kecil. ‘Kasihan dia...’

“Nanti Hana pergilah cari mamat sengal tu,” kata Hana Amni.

“Tengok tu. Dia tak sedar lagi yang dia tu salah,” kata ayah pula. “Bro, tolong aku bro...” ayah buat gaya rock gitu. “Ada ke minta tolong dengan orang macam tu. Ish, mana la kamu belajar ni hah? Ayah tak ajar tu semua.”

“Memang ayah tak pernah ajar la saya minta tolong macam tu.” Jawab Hana Amni.

“Tengok la tu Safar. Adik kamu ni makin kuat menjawab!” geram ayah dan terus berlalu.

Sebaik sahaja kaki Hana Amni sembuh, dia terus ke tempat yang dia rebah. Dia masih ingat lagi lelaki itu memakai apron sambil membimbit dua beg plastik. Amin itu seperti bekerja di sebuah restoran.

Hana Amni mengambil keputusan untuk mencari kedai makan berhampiran kawasan itu. Akhirnya dia jumpa juga lelaki itu.

“Bro...” tegur Hana Amni yang ketika itu sedang memakai topi, baju t-shirt putih, berseluar jeans hitam dan berkasut biasa.

“Minah ni lagi...” Amin mengeluh. Ketika itu Amin sedang jaga kaunter bayaran segera bergerak ke bahagian dapur tetapi dihalang oleh Hana Amni.

“Bro mahu ke mana? Kita ada banyak soalan ni.”

“Soalan apa?”

“Di manakah kasut tumit tinggi aku?” Hana Amni terus bertanya.

“Di kedai...”

“Maksud kau?” hati Hana Amni berdebar. ‘Adakah dia jual?’

“Aku dah jual.” Selamba sahaja Amin berkata.

Hana Amni yang mendengarnya terus terduduk dan mengalir air mata. Dia benar-benar sedih. ‘Tak dapat diselamatkan lagi.’

Sedang Hana Amni syok menangis ada seseorang menegurnya.

“Hana kan?” tegur Maisarah.

“Mai...” Dia terkejut dengan kehadiran sahabat lamanya di sekolah menengah dulu.

“Hana, kenapa kau nangis ni? Abang aku buli kau.”

“Mamat ni abang kau ke?”

“Yalah. Abang Amin, inilah Hana yang...” belum sempat Maisarah habiskan ayatnya, Amin pantas menekup mulut adiknya itu.

“Apa kena dengan abang ni?” marah Maisarah.

“Diamlah!” marah Amin.

“Patutnya kita yang marah tapi dimarahi pula.” Kata Maisarah. “Sudahlah. Jom kita borak kat atas.”

“Atas mana? Atas awan?” loyar buruk Hana Amni.

“Kau ni kan... Tingkat atas la. Kat atas tu rumah aku. Bawah ni kedai keluarga aku. Ada faham?” jelas Maisarah.

Mereka berdua bergerak ke tingkat atas.

“Kau duduk dulu. Aku buatkan air. Lepas tu baru borak-borak.” Jemput Maisarah dan terus menghilang ke dapur.

Hana Amni mendapat idea. ‘Mesti lelaki tu ada simpan dalam bilik dia. Baik aku terjah.’

Perlahan-lahan Hana Amni membuka pintu bilik yang ada. Dia sangat bertuah kerana pintu bilik yang pertama dibuka, sememangnya bilik Amin.

Bilik tersebut tersusun kemas. Tiba-tiba pandangan Hana Amni jatuh pada satu gambar. Gambar tersebut membuat Hana Amni teringat zaman persekolahannya.

‘Itu adalah lelaki yang aku suka dalam diam. Aku suka melihat wajahnya. Segala milik lelaki itu aku suka termasuk namanya, Muhammad Nur Amin. Hampir-hampir sahaja dengan namaku, Nur Hana Amni. Walaupun perbezaan antara kami adalah dua tahun tetapi aku tetap suka pada dia.’

“Ehem...” ada seseorang menegurnya.

“Amin...” Hana Amni terkejut.

“Tuhan marah tau buat kerja skodeng-skodeng ni.” Selamba Amin berkata.

“Aku skodeng apa? Aku tak buat apa-apa pun.” Hana Amni menidakkannya.

“Skodeng bilik aku la, buduh!” geram Amin.

“Sedapnya kau kata aku bodoh. Kau tu lembut!” balas Hana Amni.

“Kau yang sebut bodoh. Aku sebut buduh je. Lagi satu apa motif kau kata aku lembut?” Amin tak puas hati.

Belum sempat Hana Amni menjawabnya, Maisarah mencelah.

“Jom minum!” Maisarah menarik tangan Hana Amni agar mengikutinya.

Amin terus menutup pintu biliknya. Dia naik ke atas untuk bersihkan diri. Badannya sudah melekit seharian bekerja di restoran.

“Hana, kau buat apa sekarang ni?”

“Tanam anggur.”

“Wah, mesti kau kaya nanti. Anggur kan mahal sekarang ni.” Kata Maisarah.

Hana Amni mengeluh. ‘Inilah akibat kata aku buduh, adik kau pun dah jadi buduh.’

“Maksud aku, tak kerja. Menganggur sepenuh masa.”

“Ooo... Buduhnya aku...” Maisarah tersengih. ‘Sah adik beradik ni.’

“Kau ada nampak kasut tumit tinggi warna merah jambu, abang kau bawa balik semalam?” soal Hana Amri. Itu motifnya yang sebenar.

“Ada. Dia terus bawa masuk dalam bilik dia. Kenapa Hana?”

“Itu kasut aku.”

“Macam mana abang aku boleh ambil kasut kau?”

“Panjang ceritanya. Kau tolong ambilkan untuk aku.”

“Insya Allah.”

“Kalau macam tu, aku balik dulu. Esok aku datang lagi.” Hana Amni meminta diri.

Sebaik sahaja tiba di rumah, dia termenung di dalam bilik. Wajah Amin mengganggu fikirannya. Rupanya lelaki itu adalah lelaki yang disukai sejak dulu lagi. Malunya.

Hana Amni menuju ke dapur. Dia berasa dahaga pula. Tiba-tiba dia bagaikan ternampak bayangan Amin di dapur. Hana Amni menggelengkan kepala seperti tidak percaya apa yang dilihatnya. Dia menuju ke halaman rumah. Ternampak Amin sedang bersandar di kereta sambil tersenyum ke arahnya.

“Boleh gila aku macam ni!” Hana Amni masuk ke dalam rumah. Ada sofa yang tiga tempat duduk. Safar Amni duduk di tempat paling hujung dan Hana Amni melabuhkan punggung di tempat pertama. Jadi di tengah-tengah kosong.

Sedang kushyuk Hana Amni menonton tv, Amin hadir ditengah-tengah mereka dan memeluk bahunya. Hana Amni terkaku. Dia memandang arah kanannya. Lama sekali dan tidak berkelip.

‘Betul ke apa yang aku nampak ni?’ bisik hati Hana Amni.

“Adik! Hoi!” panggil Safar Amni. Dia rasa seram sejuk melihat wajah Hana Amni memandangnya begitu.

“Abang!”

“Adik ni okey tak? Macam dah disampuk hantu aje.” teka Safar Amni.

“Hantu puaka...” Hana Amni berkata lalu menuju ke biliknya. Saat dia mahu melelapkan mata, lagi sekali bayangan Amin mengganggu lenanya.

“Gila! Aku nak gila!” geram Hana Amni. Di mana dia berada, pasti bayangan Amin ada. Hidup dia tidak tenang di buatnya.

‘Esok akan aku buat perhitungan habis-habisan dengan kau, Amin.’ Rancang Hana Amni.

Keesokan harinya, Hana Amni berjumpa dengan Amin. Mereka berbincang di beranda rumah Amin.

“Kau ni puaka ke?” soal Hana Amni dengan tiba-tiba.

“Sedapnya mulut kau kata aku puaka.” Amin tersentap dengan pertanyaan itu. ‘Puaka?’

“Yalah! Kat mana aku ada, kau ada. Puaka la tu.” Jelas Hana Amni

“Maksud kau?” Amin masih tidak faham.

“Bila aku tengok tv, ada kau. Aku makan, ada kau. Aku tidur ada kau. Kau memang hantu jelmaan puaka mata merah.” marah Hana Amni. Gara-gara lelaki ini, dia tidak dapat tidur dengan lena.

“Eh, mata aku ni cukup tidur dan sihat. Tak ada makna nak jadi merah,” usik Amin. Dia faham apa yang Hana Amni maksudkan. Gadis ini merinduinya.

Amin baru sedar yang perempuan di hadapannya ini adalah gadis yang sama di zaman persekolahan. Patutlah tergerak hati mahu menegur si gadis ini tempoh hari.

Hana Amni terdiam. Hatinya terasa dengan kata-kata Amin. ‘Tidakkah dia rasa apa yang aku rasa? Aku seorang sahaja yang merasai.’ Hana Amni ingin menangis.

“Okey bro, aku cau dulu.” Hana Amni mengambil keputusan untuk mengundur diri. Sikapnya yang sebenar muncul.

“Kasut tumit tinggi kau ni tak nak ke?” Amin berkata. Dia sedar perubahan air muka Hana Amni tetapi dia tidak pasti apa tindakan terbaik untuk dia pamerkan pada gadis itu.

“Kasut tumit tinggi aku!” Hana Amni bersyukur kasut tersebut dalam pelukannya.

“Lain kali kalau dah ganas sangat, tak payah la nak try pakai kasut macam tu.”

“Bukan aku sengaja nak try tapi ini kasut arwah mak aku. Masa aku jatuh tempoh hari pun sebab itu kali pertama aku pakai,bro.” Jelas Hana Amni.

“Dah datang penyakit bro dia...” Amin mengeluh.

Air mata Hana Amni mahu mengalir melihat layanan Amin yang agak selamba dengannya.

“Aku balik dulu bro... Thanks!” Hana Amni terus menurun tangga bangunan itu.

‘Apa yang aku dah buat? Kan dah lama aku sukakan Hana Amni. Kini aku ada peluang, aku lepaskan pula. Wajah dia sayu sangat. Amin, kau jangan lepaskan dia pergi. Jom kejar dia! Jom!’ ada kata semangat dalam hati Amin. Dia segera mengejar Hana Amni tetapi dia terpandang seorang lelaki setia menunggu Hana Amni di hujung jalan sana.

Hati lelakinya cemburu.

‘Siapa lelaki itu? Begitu akrab sahaja.’ Langkahnya terhenti. Air mata Hana Amni di lihat dari jauh.

Amin juga membawa diri yang kecewa.

“Abang...” Hana Amni menangis semahunya.

“Kan abang dah kata. Mamat tu memang slow.” Marah Safar Amni.

“Abang janganlah kutuk bro kesayangan adik.” Air mata masih bersisa.

“Dah jadi macam ni pun masih nak menangkan si mamat slow tu?” Safar Amni memandu keretanya.

Tiba-tiba Amin muncul di hadapan kereta mereka.

“Amin!” Hana Amni terkejut lalu keluar dari kereta. Begitu juga dengan Safar Amni.

“Tak kisahlah siapa lelaki yang begitu mesra dengan kau ni, Hana Amni. Yang penting aku nak kau tahu perasaan aku. Aku suka pada kau. Aku nak kahwin dengan kau. Aku tak kisahlah kau ni minah gangster tiga suku atau separuh suku. Janji aku suka pada kau kerana diri kau.” Luah Amin. Tiba-tiba semangatnya datang tadi.

Hana Amni tergamam dengan luahan Amin. Dalam diam dia gembira.

“Aku bakal suaminya. Kau jangan nak menyibuk!” tinggi suara Safar Amni.

“Tapi...” Amin hilang punca.

Amin cuba menghalang kereta itu terus pergi tetapi tidak sempat. Betul kata orang, cinta tidak semesti di miliki.

“Apa abang buat ni?” marah Hana Amni.

“Saja nak tengok air muka bro adik tu.” Safar Amni ketawa.

Dia hanya sekadar pusing satu bangunan tersebut.

“Amin!” panggil Hana Amni.

“Hana!”

“Terima kasih luahan tu.” Hati Hana Amni sedikit lega. Kenangan zaman persekolah bertamu di matanya.

“Sama-sama.” Mereka saling balas pandangan.

“Kau jangan pakai kasut tinggi ni lagi. Kalau tak aku sorokkan.”

“Eh, jangan buat macam tu! Aku saja nak try kasut tu.”

“Siapa lelaki itu?”

“Dia abang aku.”

“What? Abang? Jatuhlah imej aku macam ni.

“Tak apa, janji aku terima kau seadanya.

-Tamat-



p/s : Jika kita ada impian, kejar la impian tu sehingga termakbul. Walaupun hanya ingin try pakai kasut tumit tinggi. Mungkin bagi orang lain, entah apa2 impian tu tapi bagi dia mungkin satu keseronokkan. Jadi jangan menilai orang dari luaran. Kata orang, tak kenal maka tak cina. Jadi kena kenali betul2 seseorang itu. Semga terhibur membacanya...





23 comments:

  1. like it..but blum puas..huhu.gud luck 4 u...nice story..

    ReplyDelete
  2. sy pun suka crpen ni tapi belum puas lagi.. hehe..sy sokong irene..hehe. by Nur Aizat Ayiz N.M.

    ReplyDelete
  3. yeah! kelakar pulak nama Muhammad nur Amin...kalau kwn farra tau, hbis! haha XD

    ReplyDelete
  4. Good job... best mcm xpuas jew bce... Rasa nk lgi n nk lgi...

    ReplyDelete
  5. lol...nak try kasut pun kene lari jauh2 dari rumah XD

    ReplyDelete
  6. best!!! suke dengan sifat yang ada pada Safar Amni... hehehe

    ReplyDelete
  7. tak kenal maka tak cina?hahaha

    ReplyDelete
  8. Kalu pnjgkn sket cite ni mst lgk gempak..
    xnk buat novel ke?
    hehe~

    ReplyDelete
  9. Bagi semangat untuk saye..

    ReplyDelete
  10. best sangat ria! tapi saya lebih suka cerpen ''PELAJAR ITU SUAMIKU'' .....best sangat!!!

    ReplyDelete
  11. Best best best!! Terbaiklah jln cerita dy. Amin tu pun rse cm comel je watak dy..huhu
    truskan berkrya..
    Btw..mai lh singgah blog sye. Gurlzisme.blogspot.com.

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi