Followers

Friday, 4 May 2012

30
Komen

CERPEN FANTASI : LoveInTheSky 3(final)



Pesanan : Cerpen kali ini bertema fantasi dan bukan realiti. tidak berkaitan dengan sesiapa pun. Jika anda TIDAK SUKA cerpen bertema FANTASI. jangan susahkan diri membaca penulisan ini. Ia hanya mengundang ketidakselesaan anda juga. terima kasih pada yang sukakan tema ini.  

vvvvv
Love In The sky


Dua hari Fiona dan Kay bersama dan dua hari juga cinta yang baru hadir kini bersatu. Mereka saling mencintai.
       “Kay, awak kat mana ni?” Fiona mencari kelibat Kay. Dia baru sahaja siap memasak.
       “Sini....” ada bisikan di telinga Fiona. Kay memeluk Fiona dari belakang sambil menghadiahkan ciuman di pipi Fiona. Fiona benar-benar terkejut dengan kehadiran Kay yang mengejut itu.

 
“Kay! Awak ni!” marah Fiona. Geram dengan tindakan lelaki itu. Wajah Fiona sudah merah.
       “Itu tandanya saya cintakan awak. Sayangkan awak.” Jujur Kay sambil meleraikan pelukannya.
       “Terima kasih la kerana mencintai saya.” Balas Fiona.
       “Sama-sama kasih.” Jawab Kay. Senyum.
       Tiba-tiba muncul seseorang dengan bunga yang berguguran. Bayangkan ketika ini Fiona dan Kay berada di dalam rumah.
       Mana datangnya kelopak bunga berwarna merah jambu ni? Kay mula bimbang. Adakah musuh aku sudah datang menyerang. Bagaimana dengan Fiona? Kay makin bimbang apabila memikirkan Fiona.
       “Kay..” Fiona memanggilnya lembut. Kini, Fiona di belakang Kay untuk berlindung.
       Sebaik sahaja Kay melihat siapa yang muncul. Dia mula menarik nafaas lega. Dia tersenyum lebar.
       “AA!!”    
“Tuan!” AA melutut depan Kay.
“Bangun AA. Bagaimana AA tahu saya di sini?” soal Kay.
       “Aimiey yang beritahu lokasi Tuan.” AA berkata.
       Kay baru teringat tentang Aimiey yang melindunginya dari Zakai di rumah Fiona.
       “Bagaimana keadaan Aimiey, AA?” soal Kay. Dia benar-benar bimbang.
       “Aimiey dalam keadaan baik. Dia masih dirawat di White Sky.” Wajah AA mendung.
       “AA jangan sedih. Saya tahu Aimiey isteri AA. Dia mesti selamat.” Kay cuba memberi kata-kata semangat pada AA.
       “Terima kasih Tuan. Kita akan ke White Sky, tuan.” Kata AA. Dia memandang Fiona. Gadis itu mempunyai aura luar biasa.


“Fiona, awak ikut saya ye?” pinta Kay sambil menggenggam  tangan Fiona. Fiona terkejut. Tambahan pula melihat senyuman Kay yang ceria. Mungkin kerana dapat pulang ke White Sky.
       Akhirnya Fiona bersetuju.
       Mereka bertiga bertolak ke White Sky dengan bantuan daripada kuasa AA.
*****
Zakai telah merancang untuk menyerang White Sky untuk kali ke dua dengan kuasanya yang semakin meningkat. Pedang Api yang diciptanya cukup hebat dan sempurna baginya.
       “Josephine, kau dah bersedia ke?” soal Zakai dengan tidak sabarnya.
       “Tuan, saya sudah bersedia begitu juga dengan orang-orang Tuan.” Jelas Josephine. Dia berdiri tegak sebelah Zakai.
       “Bagus! Kita pergi ke white Sky sekarang juga!” Zakai tersenyum lebar. Dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai serangan.
       Josephine termenung. Dia jadi tidak yakin dengan apa yang dia lakukan kini.
       “Kau okey ke?” ZAkai bertanya apabila Josephine tidak banyak bercakap seperti selalu.
       Josephine hanya menggeleng. Zakai terus berlalu ke depan selaku ketua.
       Josephine teringat akan pertemuannya dengan seseorang bernama Natsu.
       “Kay adalah abang kandung kau.” Kata gadis yang mengikat tocang dua itu.
       “Siapa kau?”
       “Aku ialah pencipta dunia White Sky dan Black Sky.” Selamba Natsu berkata.
       “Biar betul!” Josephine tidak percaya.
       “Aku gurau aje. Kalau aku penciptanya, takkan la peperangan ni berlaku? Percayalah Kay abang kandung kau.” Natsu berkata sebelum dia hilang entah ke mana.
       “Josephine....”
       “Apa! Apa!” Josephine terkejut dengan panggilan itu.
       “Aku dah panggil kau tiga kali. Kenapa dengan kau ni?” soal Zakai. Entah mengapa dia rasa bimbang apabila melihat gadis tersebut banyak mendiamkan diri.
       “Tak ada apa-apa. Saya okey.” Josephine menidakkan perasaannya.
       Tiba-tiba Zakai memegang bahu Josephine. Tersentak Josephine. Dia mendongak melihat Zakai. Lelaki yang dicintai dalam diam. 

“Awak berehat sahaja di istana. Menanti kemenangan saya,” kata Zakai. Dia memangku tubuh Josephine sehingga ke kamar Josephine. Josephine benar-benar kaku.
       “Tapi tuan....” Josephine berbelah bagi. Dia mahu bersama Zakai dalam perjuangan kali ini.
       “Rehatlah. Aku pergi dulu.” Kata Zakai. Dia sempat mencium dahi Josephine. Josephine tersentak. Entah mengapa saat ini air matanya mengalir. Dia bena-benar sedih.
*****
Wajah Kay ceria benar. Walaupun Kay mendapat berita yang Zakai akan melancarkan peperangan ke atas white Sky, dia yakin dengan kuasa yang dia ada. Kuasa Angin. Ini semua kerana Fiona. Selama dua hari mereka bersama, pelbagai kenangan yang tercipta.
       “Fiona, jom kita ziarah Aimiey!” ajak Kay.
       “Jom!”
       Mereka berdua berjalan seiringan.
       “Aimiey, apa khabar?” Kay bertanya.
       “Bertambah baik.” Aimiey cuba bangun.
       “Sayang, tak payah bangun,” AA menghampiri isterinya.
       “Kan Tuan kita ada sekali tu. Kena bangun.” Tangan Aimiey kukuh berada dalam genggaman AA.
       “Tak apa Aimiey. Saya faham keadaan awak.” Kay gembira melihat pasangan yang ada di hadapannya. Bahagia.
       Fiona hanya melihat dari jauh.
       “Fiona duduk dengan Aimiey. Saya dan AA akan pergi mempertahankan White Sky.” Kata KAy yang kini sudah berdiri di pintu bilik.
       “Kay....” panggil Fiona.
       “Ya?”
       “Hati-hati. Saya doakan awak selamat Kay.” Ada air mata yang mengalir di pipi Fiona. Mimpi yang pernah hadir kini datang kembali. Tidak! Itu hanya mainan tidur.
       “Baiklah.” Mereka berdua sudah menghilangkan diri.
       “Aimiey, terima kasih sebab melindungi Kay.” Ucap Fiona sambil memegang tangan kanan Aimiey. Tiba-tiba ada cahaya hijau di tangan mereka berdua.
       “Fiona...” Aimiey terkejut. Fiona mempunyai kuasa penyembuh.
       “Aimiey, apa tu?” Fiona mula rasa lain macam.
       “Itu kuasa awak, Fiona.”
       “Apa!” Fiona terkejut. Betul ke itu kuasa aku? hatinya tertanya-tanya.
*****
Kini, mereka semua berasa di suatu tempat yang lapang. Di antara White Sky dan Black Sky. Zakai dan Kay bersemuka. Mereka memikirkan rakyat jelata dan bercadang hanya beradu kekuatan antara mereka sahaja.


AA tidak dapat berbuat apa-apa apabila Kay sudah membuat keputusan.
       ZAkai tersenyum puas.
       “Aku akan bunuh kau hari ni.” Kata ZAkai dengan penuh keyakinan. Dia mengeluarkan pedang api miliknya. Pedang tersebut berwarna hitam dan sedikit merah. Ia amat tajam dan akan memotong apa sahaja.
       “Aku ke atau kau yang akan terbunuh?” soal Kay. Dia yakin dengan kuasanya. “Kuasa angin! Datang kepada aku untuk melindungi segala kesayanganku daripada kejahatan.” Kay mula menyeru. Angin kuat datang ke arah Kay.
       Sebentuk pedang putih terbentuk. Dan terdapat sedikit warna biru lembut. Pedang tersebut terbentuk cantik dan halus.
       Kay tersenyum.
       Zakai tersentak. Bukan ke Kay dalam keadaan lemah? Macam mana dia boleh jadi kuat dalam masa yang singkat? Zakai benar-benar tidak berpuas hati.
       Disebabkan geram. Zakai bertindak menyerang Kay terlebih dahulu. Kay bertahan dengan pedang anginnya.
       “Kau takkan dapat kalahkan aku?” Zakai berkata. Kay hanya tersenyum.
       Zakai terusan menyerang Kay.
       “Magic Guard!” jerit Kay. Tiba-tiba tubuh Kay terpelanting jauh. Dia rebah. Kay berwajah Serius. AA yang berada jauh dari Kay hanya mampu melihat.
       Zakai terasa sakit tubuhnya. Darah mula mengalir di bibirnya. Kuasa apa yang Kay keluarkan? Zakai tidak dapar meneka. Dia cuba berdiri tegak.
       Kay melompat tinggi dan berdiri atas pokok yang ada. Wajahnya benar-benar serius.
       Zakai tidak boleh bersabar, dia menyerang Kay berterusan. Kay tak sempat menghalang dan menyebabkan dia sedikit tercedera.
       Zakai tersenyum tetapi dia terlalai sikit sahaja, Kay sudah menikam lengannya.
       “Arghhh!” Zakai mengaduh. Kini kuasa mereka berdua sudah berkurangan. Pedang angin dan api sudah mula menghilang.
       Mereka berdua terkejut kerana kuasa mereka begitu lemah sekali.
       Kini mereka hanya berlawanan biasa. Saling tumbuk menumbuk menggunakan kudrat sendiri.
       Zakai menumbuk wajah Kay berkali-kali. Kay pula cuba guna Magic Guard tetapi tidak berjaya. Dia betul-betul lemah.
       Kedua-dua sudah cedera teruk.
       Sekarang Kay sudah terbaring lemah.
       “Bagi pedang!” pinta Zakai pada orang bawahannya.
       “Kau akan mati Kay!” kata Zakai. Ditangannya sudah memegang pedang.
       “Berhenti!” Jerit Fiona yang baru tiba di situ. Tidak sanggup dia melihat Kay yang akan ditikam oleh Zakai.
       “MATI KAU!!!!” pantas tangan Zakai menghunus pedang tersebut tepat ke dada Kay.
       Sapppp!!! Bunyi pedang.
       “Josephine...” Zakai tergamam dengan kehadiran Josephine tiba-tiba. Josephine terkena pedang yang sepatutnya menikam dada Kay.
       Fiona berlari ke arah Kay.
       “Awak tak apa-apa?” Fiona benar-benar bimbang dengan keadaan Kay.
       “Saya tak apa-apa...” lemah suara Kay.
       “Josephine!” Zakai memangku kepala Josephine di atas ribanya. “Apa kau dah buat? Aku dah cakap, rehat! Kenapa kau datang sini!” marah Zakai. Hatinya berdebar hebat. Dia dapat rasakan dia akan kehilangan sesuatu yang berharga. Lebih berharga dari White Sky.
       “Kay abang saya, tuan. Abang kandung saya.” Jelas Josephine dengan berbisik. Dia tersenyum puas. Dia dapat melihat wajah Kay dari jauh. Air mata Josephine mengalir. Biarlah Kay tidak tahu apa-apa. Mungkin Kay akan lebih kecewa jikalau dia tahu yang Josephine adalah adik kandungnya.
       “Siapa yang beritahu kau semua ni?” Zakai tersentak. ZAkai merahsiakan perkara tersebut sebab dia tidak mahu Josephine pergi jauh darinya. Dia ingin merampas White Sky semuanya semata-mata demia Josephine. Sepatutnya Josephine yang menjadi pemerintah bukannya Kay.
       “Natsu..” dari jauh Josephine dapat melihat senyuman Natsu yang sedang memerhati mereka semua.
       Nafas Josephine semakin lemah. Dia mungkin akan mati bila-bila masa.
       “Biar saya selamatkan dia.” Fiona menawarkan diri.
       Zakai terkejut tetapi hanya membiarkan sahaja.
       Cahaya hijau mula menyelubungi tubuh Josephine. Untuk seketika luka Josephine diubatinya.
       “Awak kena bagi dia banyak berehat.” Kata Fiona. Pada masa yang sama Fiona merawat Zakai sekali.
       Zakai rasa bersalah. Matlamat hidupnya untuk menceriakan Josephine tetapi jika Josephine tidak suka, dia harus mengikutnya.
       “Terima kasih menyelamatkan 'nyawa' aku. Aku janji takkan kacau White Sky lagi!” dengan tenaga yang hampir pulih. Zakai melebarkan sayap hitamnya. Dia memangku tubuh Josephine yang lemah itu. Perlahan-lahan dia terbang meninggalkan kawasan tersebut.
       “Tuan....” Josephine cuba berkata sesuatu.
       “Shhhhhh! Kita mulakan hidup baru tapi kau dan aku sahaja. Hanya kita berdua.” Luah Zakai. Melihat tubuh Josephine yang tidak bernyawa tadi hampir membuat jantungnya meletup. Tidak! Biarlah! Aku mahu bersama Josephine sahaja. Itu aje aku mahu.
       “Tuan....”
       “Panggil Zakai aje. Kalau susah juga. Panggil aje sayang...” ZAkai mula bergurau.
       Terpana Josephine. Dia memang tidak menyangka yang Zakai pandai bergurau seperti itu. Hatinya bahagia.
*****
Kay memandang istana yang cantik terbina itu. Kini, White Sky sudah aman. Tiada lagi ancaman dari Black Sky. Kedua-dua negara ini stabil.
       AA dan Aimiey tidak lagi menjadi pelindung Kay kerana mereka mahu mengembara bersama. Fiona.... Gadis itu? Dia berada di dunia manusia.
       Walaupun di dunia White Sky kami suami isteri tetapi di dunia manusia, kami bagaikan masih tiada hubungan. Kay perlu membuat ibu bapa Fiona percaya dengan Kay. Ibu bapa Fiona masih tidak tahu latar belakang Kay. Itu biarlah rahsia dahulu.
       “Kacak awak hari ni!” puji Fiona.
       “Yeke?” Kay tersenyum. Dia bahagia dan semua orang bahagia......


P/S : terima kasih mengikuti tema fantasi ria yang pertama. ria memohon maaf kekurangan yang ada dalam tema fantasi ini...insya allah tema fantasi ria yang kedua temanya vampire. semoga ia lebih menarik daripada yang pertama. 

Maaf...ria memang suka kartun. itu pasallah ria cuba menulis tema macam kartun-kartun sikit. hihihi harap ada yang suka.

TERIMA KASIH SUDI KOMEN DAN BACA.... 

30 comments:

  1. waahhhh....!!! besssttt,....!!! heheh...nxt nak vmpre g...nakx3...hehehhe...(suka krtu gak)...hahhaha...(^^)v

    ReplyDelete
  2. @jesse dah agak dah kamu mesti jadi komen yg pertama...thank JC...terharu sgt....camner citer kali ni??best tak??? itu aje termampu hihihi tamat jua citer ni hahahahah

    ReplyDelete
  3. bestt..nk lg cerpen lain..hehe

    ReplyDelete
  4. hahhaha....da agak erkk..??? heheh..xctet tul ngan krtun kan 2 psal arr...hahhah...prt r0mntx 2 yg bestt...!! hahhah...s0ry...jc sja x k0men bab 1 n 2 tuee...nak tggu final bab ya...s0ryy...hehheh...(^^)?

    ReplyDelete
  5. @mbai jocey a.k.a Ratu Chunhyang alamak...ada orang suka watak awak dengan zakai....termasuk akak hihihi suka pula....mereka berkasih dalam ego ahhahah

    ReplyDelete
  6. Best sgat.. X sbar nak tgu crita vampire versi kartun nie..

    ReplyDelete
  7. best.. x sbr nak tunggu vampire versi kartun

    ReplyDelete
  8. Ria memang best giler2 sory bru jenguk blog huhuhu..
    akhirnya pun apy ending,.. domi sukakan watak zakai n kekasih dia hehehe..
    pe2 on the best teruskan berkarya ye

    ReplyDelete
  9. @Anonymous thank...tak tak tak...bukan vampire versi kartun...tapi vampire versi fantasi...mantap!

    ReplyDelete
  10. @Syira Nana no no no syira....versi kartun??akak tak melukis....so tunggu vampire versi fantasi thank syira sudi baca...

    ReplyDelete
  11. @Domi Nisa hai domi....akhirnya dapat juga domi baca sampai habis....sama la kita...suka dengan zakai hihihi

    ReplyDelete
  12. @Ria Natsumi slh type.. nak tls versi fantasi.. len kali buat bnyk2 cerpen. best

    ReplyDelete
  13. kak ria best sangat2..!! nanti buat la versi fantasi yg vampire pulak..!! tapi kak ria nie memang tip top betui..!! :)

    ReplyDelete
  14. wahhh best!!! bila na kuar vampire ni..x sabar ni.. -fida afis-

    ReplyDelete
  15. waktu tengah baca part Zakai tertikam Josphine tengah dgr pulak soundtrack ni
    --->http://www.youtube.com/watch?v=gza2FOimmyE&feature=BFa&list=PL3D11FA372A8BE752

    sedih kut T_T....

    ReplyDelete
  16. yesz! cerita ni yang paling aQ sukerr... tengsz so muchhh ria!! santekk broo!

    ReplyDelete
  17. best3...buat la lg cerpen bertemakan fantasi camni....teruskan usaha...cahiyok2...
    (^_^)V

    ReplyDelete
  18. best...tambah2 ade gambar kartun...so nice

    ReplyDelete
  19. kak ria sy nak tnye ni,apa nama anime-anime yg dlm gmbr tu semua??.. sy suka la tngk.. hensem n cute even watak jahat nya pun sy suka..sy suka bca klu anime nie..btw,mmg best cerpen fantasi ni..luv it so much.. sy tunggu untuk cerpen fantasi seterusnya.. :)

    ReplyDelete
  20. nak cerpen bertemakan fantasi lagi......

    ReplyDelete
  21. sy suka baca cerpen akak ni....interesting ! congratulations..harap sutu hari nanti dpt jumpa akak..

    ReplyDelete
  22. Aduh bestnye...I like comic style..!

    ReplyDelete
  23. Love it !! Jalan cerita yang menarik ..
    Lebih menarik jika ada sambungannya ;-)

    ReplyDelete
  24. Replies
    1. baru baca ke? lama tak komen2 kat sini(padahal dah lama tak update citer)

      Delete
  25. Gambr anime tu sugoi..

    ReplyDelete
  26. Saya suka . Macam karton tapi love . Amd zakai tu so sweet . Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk Josephine . So nice this story

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi