Followers

Wednesday 16 July 2014

14
Komen

KAU HAK AKU 16




ASSALAMUALAIKUM... salam sejahtera...lama gila tak update cerita ini...harap terhibur membacanya... apa yang akan terjadi dengan kisah cinta kastina dengan izz Isfan? hihuhu macam menarikkan???apa-apa pun kita nantikan bab seterusnya...jom baca!
Syazwina yang mendapat panggilan daripada Kastina segera ke hospital. Izz Irfan yang tolong hantarkan. Sekarang lelaki itu tunggu di tempat letak kereta. Katanya dia tunggu di situ sahaja.
Padahal, tanpa Syazwina tahu Izz Irfan tidak mahu berjumpa dengan Kastina. Dia bimbang perasaan tak jadi nak satukan Izz Isfan dengan Kastina, tidak jadi pula. Kasihan Isfan nanti. Di manalah adik aku itu? Mesti melayan rasa hati yang sedih.
Syazwina menghampiri Kastina.
“Hidung kau berdarah lagi?” soal cemas oleh Syazwina.
“Ya. Banyak kerjalah...” Kastina memberi alasa tetapi dia sudah biasa dengan situasi ini.
“Jangan kerja kuat sangat. Hmmm, siapa lelaki ni? Kenapa kau duduk tepi katilnya?” soal Syazwina. Dia tidak mahu membuat andaian sendiri.
“Entah la mamat ni. Dia nak tolong aku tapi lepas tengok darah kat hidung aku ni, dia pengsan pula. Ini yang aku tak larat ni. Aku pula yang kena tolong dia.” Geram Kastina. Kalau dia tak ada perasaan keperimanusiaan, dah lama dia tinggalkan. Dahlah gedik.
“Kasihan dia, Kast...” Syazwina merenung wajah Izz Isfan. Dia yakin itu adik kepada Izz Irfan. “Nama dia apa?”
“Entahlah! Aku ambil kad pengenalan dalam dompetnya dan aku terus bagi kat kaunter depan tu. Tak pula aku tahu nama dia.”
“Lor... Macam mana boleh kau tak tahu. Mesti dia ada panggil nama mamat ni?”
“Mungkin aku tak perasan mula-mula tadi kot sebab kepala aku pening. Darah pun banyak juga mengalir tadi.” Jelas Kastina.
“Mana kereta kau? Bila kau boleh balik?” soal Syazwina.
“Aku boleh balik dah tapi mamat ni yang aku tak tahu ni. Tak akan nak tinggal dia seorang kat sini?” entah mengapa Kastina tidak sampai hati meninggalkan lelaki itu.
“Mesti dia ada telefon bimbit. Cuba cari...” cadang Syazwina.
“Betul juga!” Kastina mendekati Izz Isfan dan mencari telefon bimbit dalam poket seluarnya. “Jumpa...”
“Carilah nama dia tulis ayah ke? Mak ke?” pinta Syazwina lagi.
“Abi?” soal Kastina.
“Abi dalam bahasa Arab. Bahasa melayunya Ayah...”
“Sorry. Aku lupa pula!” Kastina rasa malu.
“Cepatlah call!”
“Okey!”
“Assalamualaikum, ini ayah kepada pemilik telefon ini ke?” tanya Kastina.
Syazwina hanya memerhati sahaja.
“Waalaikumusalam. Ya saya ayahnya.” Encik Danish menjawabnya. Rasa tidak sedap hati kerana seorang perempuan menghubunginya menggunakan telefon bimbit anaknya.
“Anak pak cik...” belum sempat Kastina menghabiskan kata-katanya, Encik Danish sudah bercakap dulu.
“Anak pak cik? Apa dah jadi dengan dia? Dia kat mana sekarang ni?” Cemas Encik Danish.
“Pak cik jangan risau. Anak pak cik tak ada apa-apa. Cuma dia masih pengsan dia wad kecemasan. Mungkin sebab takut tengok darah. Pak cik datanglah sini untuk melihat keadaannya.” Kastina rasa kasihan pula.
“Boleh anak tunggu sampai pak cik datang tak? Pak cik nak ucap terima kasih pada anak bersemuka...” pinta Encik Danish sambil berjalan ke kereta.
Kebetulan ketika itu dia mahu keluar bersama isteri tersayang.
“Insya-Allah...” Talian ditamatkan.
“Kenapa Kast?” soal Syazwina.
“Ayah dia nak jumpa aku la. Macam mana ni? Aku ni tak reti la nak layan cakap dengan orang tua ni. Dengan penampilan aku hari ini...” Kastina jadi bimbang tiba-tiba.
“Yang kau nak risau sangat ni kenapa? Kau pakai baju formal ke pejabat. Seperti wanita bekerjaya apa...” puji Syazwina.
Ketika ini Kastina memakai seluar slack hitam dan sarungkan jaket hitam yang mengikut bentuk badannya. Tshirt putih biasa di pakai di dalamnya. Nampak biasa tapi sangat anggun. Tudung warna putih dipakai kemas.
“Aku nampak tomboi ke?” Kastina cemas lagi.
“Kau tu nampak tomboi bila luar pejabat. Itu aku akui...”
“Nasib baik...”
Mereka menunggu untuk beberapa seketika sehingga Syazwina lupa pada Izz Irfan yang sedang menunggunya di kereta. Disebabkan Syazwina pergi terlalu lama, Izz Irfan mengambil keputusan untuk ke wad kecemasan...
“Syazwina...” panggil Izz Irfan apabila melihat gadis itu duduk di kerusi luar wad kecemasan.
“Irfan...” Syazwina terkejut. Dia sudah lupa pada lelaki itu.
“Kenapa lama sangat?” soal Izz Irfan.
“Sebenarnya...” tiba-tiba Syazwina ternampak kelibat Kastina keluar dari wad tersebut. Mungkin mencarinya. Pantas dia menarik lengan Izz Irfan agar mereka ke tempat yang sedikit tersorok.
“Kenapa ni?”Izz Irfan masih tidak mengerti.
“Macam ni, Kastina dah jumpa dengan Isfan...”
“Ye ke? Macam mana pula mereka berjumpa?” punyalah pecah kepala aku fikir macam mana nak temukan mereka tapi senang-senang je mereka bertemu.
“Itu aku tak tahu tapi sekarang Izz Isfan dalam wad itu. Dia pengsan sebab tengok darah...” kata Syazwina.
Pada mulanya Izz Irfan cemas juga apabila tahu adiknya berada dalam wad tersebut tetapi sebaik sahaja Syazwina sebut mengenai darah. Dia faham sangat la.
Dia masih ingat punca Izz Isfan takut darah...
“Ummi, kenapa ramai sangat orang?” soal Izz Isfan kepada Puan Lidya yang ketika itu baru berusia 6 tahun.
“Adik ni, kan hari ni hari raya korban. Jadi yang datang ni nak tolong sembelih lembu...” jelas Izz Irfan yang cepat belajar.
“Sembelih tu kita bunuh lembu ke, ummi?” soal Izz Isfan lagi.
Tiba-tiba Izz Irfan keliru. “Bunuh?”
Puan Lidya yang melihat anak-anaknya itu yang sedikit keliru, dia pun menerangkan.
“Isfan dan Irfan, mari sini...”
Mereka berdua menghampiri ibunya itu.
“Dalam Islam kita tak panggil bunuh. Bunuh itu untuk sesuatu yang kejam. Jadi kita panggil sembelih. Sembelih ni ada caranya. Cara yang tidak menyakitkan haiwan itu mengikut cara Islam. Dah faham?” Puan Lidya menerangkan secara ringkas.
“Jadi lembu tu kita sembelih la. Mesti di leher ke ummi?” soal Irfan lagi.
“Ya, mesti di leher lembu. Jika di potong di bahagian lain lalu lembu itu mati. Kita tak boleh makan. Itu dikira sebagai bangkai dan haram untuk kita memakannya.”
“Ooo...”
“Kalau nak lebih faham, pergi pada Abi kat belakang tu. Tengok sendiri macam mana lembu disembelih dengan cara Islam...” arah Puan Lidya.
“Baiklah ummi!”
Mereka berdua berlari ke belakang rumah. Mereka berdua datang lambat sedikit kerana sembelihan sudah dibuat.
“Darah!” Izz Isfan nampak darah yang banyak.
“Kenapa adik? Darah je kan?” selamba Izz Irfan.
“Darah!” Izz Isfan terus pengsan.
Sejak itu, Izz Isfan tidak akan menyaksikan lagi jika ia dibuat di rumah. Dia menjadi fobia dengan darah. Tangan sendiri terluka dan berdarah pun sudah mampu membuat dia pengsan.
Ingatan lalu biarkan berlalu.
“Jadi, adik aku okey tak?”
“Okey je. Kastina dah call ayah kau. Ayah kau nak jumpa Kastina pula. Jadi apa kita nak buat ni?” soal Syazwina.
“Macam ni, baik kau jangan muncul depan ayah aku. Nanti rosak rancangan kita...” cadang Izz Irfan.
“Okey...” Syazwina hanya mengikut.
“Kau menyorok dulu. Kita tengok apa yang terjadi.” Syazwina hanya mengikut sahaja.
Kastina berlegar-legar di ruang Wad kecemasan sambil memegang telefon bimbit  Izz Isfan. Dia mencari kelibat Syazwina tetapi tidak pula kelihatan.
“Mana minah ni?” geramnya.
“Cik...” sapa seorang lelaki.
Syazwina merenung lelaki itu. Nampak muda. Dia nak mengorat aku ke? Boleh juga! Ya Allah! Sejak bila aku aku berperangai gatal dan miang keladi ni. Sedarkan diri! Cepat! Sedarkan diri!
“Ya...”
“Ini telefon anak pak cik. Anak ke yang selamatkan anak pak cik?” soalnya.
Oh, ini ayah mamat yang takut darah tu! Apalah kau ni Kast! Bapak orang la! Kastina tersenyum. Malu dengan diri sendiri. Muda sangat muka bapaknya. Manalah aku tak terpikat.
“Ya, Saya. Mari saya tunjukkan anak pak cik.”
“Terima kasih.”
“Doktor kata, dia tidak apa-apa. Bila dia dah sedar, boleh balik dah!” jelas Kastina.
“Terima kasih nak... Nama anak apa?” soal Encik Danish. Kasihan melihat anaknya. Takut tengok darah sampai pengsan depan perempuan. Malulah!
“Sama-sama. Nama saya Kastina. Memandangkan pak cik dah ada kat sini, saya pergi dulu ye?” Kastina meminta diri.
“Abang! Anak kita!” Puan Lidya baru sahaja tiba di sini.
“Kastina, kenalkan isteri pak cik.” Encik Danish sempat memperkenalkan pada isterinya.
“Ini ke perempuan yang selamatkan anak kita? Terima kasih anak.”  Puan Lidya menggenggam tangan Kastina.
Kastina tersenggih.
“Sama-sama mak cik.” Balas Kastina. Awat mak cik ni pun nama macam awet muda je. Semua muda-muda ni. Dia orang ni guna ilmu apa sampai kelihatan muda. Macam vampire tu. Sentiasa nampak cantik dan segar.
“Nama anak apa?” soal Puan Lidya pula.
“Namanya Kastina, sayang.” Beritahu Encik Danish. Dia kembali merenung anak lelakinya. Kepalanya tergeleng-geleng. Malu sungguh dengan fobia anaknya itu.
“Kastina, nanti jemput datang rumah mak cik. Tak ada apa yang dapat mak cik nak balas kecuali belanja makan.” Kata Puan Lidya. Orang berbudi, kita berbahasa.
“Tak apa mak cik. Saya pergi dulu ya!” Kastina bersalaman dengan Puan Lidya dan terus keluar dari wad kecemasan itu. Dia tidak mahu tersangkut dengan keramahan orang tua tersebut. Dia tidak mak. Tiada ayah. Jadi bila ada orang tua yang begitu baik melayannya membuat hatinya sedih. Lupakan je la!
“Kast! Macam mana?” Sapa Syazwina. Dia rasa rancangannya berjaya.
“Dah sampai pun mak ayahnya. Jom kita balik!” ajak Kastina.
“Okey! Jom!” Mereka berdua bergerak ke tempat letak kereta.
Manakala Izz Irfan masuk ke dalam wad kecemasan untuk melihat keadaan adiknya. Kasihan sungguh!
“Irfan?” terkejut dengan kehadiran anaknya seorang lagi.
“Abi, macam mana keadaan adik?”
“Okey je. Macam Ir tak tahu adik Ir. Kalau nampak darah macam nampak apa entah. Boleh pengsan bagainya....” Encik Danish tidak tahu cara terbaik mahu membendung rasa fobia darah anaknya ini.
“Nasiblah abi...”
Izz Irdan tersenyum. Rancangannya berjaya.