Followers

Friday 5 June 2015

16
Komen

2015:CERPEN 1: CINTA PALING COMEL

                   
                     
Cerpen : Cinta paling comel

Kaki terus melangkah masuk ke ruang pejabatnya. Ada masa dia berlari anak. Beg galas di ba  

hu di sangkut elok di belakangnya.

“Ammera!” panggil seseorang.

Ammera berpaling. Dia tersenyum. “Alif!” balasnya.

“Kau lambat lagi!” Alif marah. Matanya memandang Ammera besar kecil besar kecil sahaja. Kali ini sudah masuk lima kali berturut-turut gadis ini datang lambat.

“Suka hati aku la…” Ammera terus berlari ke ruang untuk punch card. Nasib baik tak merah. Satu saat lagi nak merah. Kalau tak, tak lama la aku kerja kat sini.

“Kau ni. Hari ni last kau masuk kerja lambat. Lain kali, kalau lambat, kau akan diberhentikan serta merta. Ini surat amaran kali ke tiga.” Alif terus berlalu pergi.

Ammera membuat muka tidak puas hati. Aku tak pernah datang lambat. Cuma aku punya kad tu, lima saat nak pukul lapan pagi, baru aku punch tapi tak bermakna aku datang lambat. Tak faham betul dengan syarikat ini. Kenapa aku boleh kerja kat syarikat ni? Alahai…

Dia terus menuju ke tempat kerjanya. Kerusi ditarik dan terus dia duduk. Melepas lelah. Nasib baik naik motor sahaja. Boleh menyelit bila masa sesak dengan kenderaan.

“Si comel!” Ada suara yang kedengaran jauh.

Ammera buat tidak peduli.

“Comel!” suara itu lagi kedengaran.

“Ish! Kak Kiah ni!” geram Ammera. Ingatkan suara halus mana la yang membisik di telinganya.

“Kak Kiah la, Comel. Siapa lagi kalau bukan daku, kak kiah cantik.” Kak Kiah menghampiri Ammera. Dia memang berkenan mahu buat Ammera menjadi menantunya. Comel sangat. Lepas tu muka selamba gila.

“Kak Kiah memang cantik. Umur 50 tahun pun orang tetap panggil kak Kiah. Bukannya mak cik Kiah.” Ammera ketawa kecil. Dia sudah biasa bergurau senda dengan Kak Kiah seperti itu.

“Comel, kau jangan pandai-pandai nak panggil akak ni mak cik. Paling sedap pun kau panggil akak, ibu Kiah. Bila nak jadi menantu akak. Dah lama tunggu ni.” Kak Kiah memerhati pipi Ammera yang tak berapa nak tembam. Ish, geramnya! Apasallah anak jantan aku tu tak berkenan pada Comel ni. Pelbagai jawapan yang diterimanya

Tanya anak lelaki pertama, Along…

“Muda sangatlah ibu. Abang suka yang tua-tua sikit. Baru sesuai dengan abang yang manja….”

Alahai, apa kena anak aku perangai macam ni. Citarasa pelik-pelik.

Tanya anak lelaki yang ke dua pulak, Angah…

“Dia okey. Muka dia okey. Senyuman tu okey sikit je. Badan pun cantik. Semua okey la tapi angah yang tak okey ibu. Hati agak kat Milah anak jiran sebelah tu. Bila ibu nak masuk minang pujaan hati angah tu?”

Tengok si angah tu. Orang tanya benda lain, benda lain pula yang diminta. Budak Milah tu masih sekolah lagi. Tingkatan enam. Nak kejar cita-cita. Sibuk nak ajak anak dara orang kahwin. Memang aku tak izinkan la.

Tak tanya pun anak lelaki bongsu sebab baru dua puluh lima tahun. Muda lagi nak kahwin. Lagi pun si Comel ni dah dua puluh tujuh tahun. Nak ke Comel.

“Comel! Adik setuju!”

“Ibu tak tanya kau la, Adik,” ujar Along.

“Apasalahnya. Adik boleh kahwin apa. Kursus kahwin dah pergi. Duit nak kahwin pun ada. Calon je tak ada.” Adik masih merenung gambar Ammera. Alahai anak-anak jantan aku ni.

“Kak Kiah! Dah berangan ke benua mana. Ajak saya sekali.” Loyar buruk Ammera. Dia tetap dengan perangai selambanya.

Pecah terus ingatan Kak Kiah pada anak-anak lelakinya itu.

“Comel, jadi menantu Kak Kiah ye?”

“Boleh. Dalam mimpi. Gerenti dapat jadi. Ala, Kak Kiah. Saya ni tak fikir nak kahwin lagi. Tunggu la seru datang dulu,” ujar Ammera lembut. Kan terlebih kasar, kecik hati orang tua ni. Dosa. Dosa.

“Nanti Kak Kiah panggil seru tu ye…”

“Kak Kiah ni….”



Ammera berjalan balik. Sudah menjadi kebiasaannya balik lambat sejam setiap hari kerana dia malas mahu menghadap seseorang di rumahnya itu. Semasa dia berjalan menuju ke motornya yang diletakkan elok di hadapan bangunan tempat kerjanya, dia perasan akan seorang lelaki yang asyik memerhatinya sahaja. Ada senyuman di bibir lelaki itu. Aku naik motor pun nak tengok ke?

“Comel!” Tiba-tiba Kak Kiah menyeru nama Ammera.

“Lambat balik, kak!” balas Ammera tersenyum.

“Lambat sikit. Bos ada bagi kerja. Kena siap hari ni juga.” Kak Kiah menghampiri Ammera.

Ammera mula rasa tak sedap hati. Mana anak-anak Kak Kiah ni? Kenapa tak ambil mak kau ni bawa balik. Ish!

“Comel, esok cuti kan? Meh, datang rumah akak,” ajak Kak Kiah. Dia harap sangat yang Ammera bersetuju. Matanya memandang tepat ke dasar mata Ammera.

“Esok? Erk… Erk…” Ammera tergagap.

“Akak buat mee kari. Kesukaan comel kan?” pujuk Kak Kiah lagi.

Cis, kak Kiah! Sampai hatimu kerana menggunakan kelemahan aku. Aku memang suka mee kari. Bisik hati Ammera. Kecur air liurnya membayangkan mee kari yang sedap itu.

“Comel…” panggil Kak Kiah apabila Ammera tiada memberi sebarang respons.

“Baiklah, Kak Kiah. Esok pagi saya sampai rumah akak.” Terus sahaja Ammera bersetuju.

“Macam tu la!” Kak Kiah tidak dapat gambarkan perasaan gembiranya.

“Okeylah kak, balik dulu!” Ammera hidupkan enjin dan terus berlalu.

Kak Kiah hanya melihat Ammera sehingga gadis itu hilang di pandangan matanya.

“Betullah. Memang comel…” puji lelaki itu. Kalau dah comel tu, tetap comel.

“Adik!” Kak Kiah terkejut dengan kehadiran anak bongsunya itu. Bukankah aku suruh along yang datang ambil aku? Ish, budak along ni! Memang nak kena.

“Ibu, cepatlah masuk meminang gadis comel tu untuk adik.”

“Adik jangan nak mengarut. Adik tak sesuai dengan Comel. Mari balik!” Geram Kak Kiah. Entah mengapa dia tidak setuju jodohkan Ammera dengan anak bongsunya. Kalau along atau angah, rasa macam dia permudahkan sahaja.

“Ala….”



Akhirnya Ammera tiba di hadapan rumah Kak Kiah. Hullamak! Cantik rumah mak cik ni. Mungkin anak-anak dia kerja bagus kot. Al-maklumlah yang kak Kiah itu hanya kerani. Mana mungkin dapat bina rumah macam ni.

“Assalamualaikum…” Ammera memberi salam.

“Waalaikumussalam… Jemput masuk Ammera.” Ramah Kak Kiah. Awatlah Comel ni datang awal sangat. Baru pukul lapan pagi. Bebel Kak Kiah dalam hati.

“Terima kasih kak.”

“Awal Comel datang. Lapar benor akak tengok.”

“Hish, kak! Macam tak kenal saya macam mana.” Perutnya benar-benar lapar. Sengaja malam tadi dia berlapar demi makan untuk pagi ini. Ish, tak sabar nak makan masakan Kak Kiah yang sentiasa meletup tu.

“Kenal sangat. Itu yang nak buat Comel jadi menantu akak…” Kak Kiah tersengih.

Aku dah terperangkap dengan kata-kata sendiri. Apa yang Kak Kiah ni tengok dalam diri aku sehingga nak buat menantu. Pelik sungguh!

Selepas makan, Kak Kiah kenalkan anak-anak lelakinya kepada Ammera.

Ammera hanya mendengar sepintas lalu kerana dia tidak berminat nak ambil tahu hal mengenai lelaki buat masa ini.

“Ini anak pertama akak. Yang ni ke dua. Dan ini yang bongsu.”

Ammera angguk kepala sahaja dan fokus pada makanan. Dia langsung tidak ingat nama yang di sebut oleh kak Kiah. Senang cerita, kak Kiah sekarang ni tengah bercakap sorang-sorang sedangkan aku menghayati kelazatan makanan yang terhidang ini.

“Macam mana, Comel?” Tiba-tiba pertanyaan itu begitu jelas di pendengaran Ammera. Dia tersedak.

“Macam mana? Macam mana masakan akak ke? Ish, sedap gila, kak! Sehingga menjilat siku. Ish! Ish! Ish!” jawab Ammera. Sempat dia membuat tanda bagus.

“Ish, kamu ni, Comel! Akak tanya, macam mana dengan anak-anak akak ni. Ada yang kamu suka ke?” geram Kak Kaih.

Ammera tersengih. Itulah kau. Berangan lagi. Kan dah kena batang hidung tu.

“Nantilah saya fikir.” Itulah jawapan paling selamat sedangkan aku dah tak ingat nama dan muka mereka. Manalah diorang dah pergi ni. Boleh aku ingat betul-betul. Masalah sekarang ni aku dah nak balik.

“Macam tu lah.” Kak Kiah tersenyum gembira dengan jawapan Ammera.


Ammera berjalan ke arah pintu exit. Sudah menjadi kebiasaannya untuk naik ke tingkat satu menggunakan tangga. Semasa dia menaiki tangga, ada seorang lelaki berdiri di situ. Hatinya mula berdebar. Sebaik sahaja dia melepasi lelaki tersebut, namanya disebut.

“Nurul Ammera, right?” soal lelaki itu sambil merenung wajah selamba Ammera.

Macam mana pula lelaki ni tahu nama aku? Ini yang misteri. Hatinya mula berdebar. Dia hanya angguk kepala sebab lidahnya kelu. Tidak mampu mahu mengeluarkan suara merdunya itu. Perasan merdu!

“Kau memang dah lupa aku kan? Kau perempuan tak guna!” pantas tangan lelaki itu mencekup koler bajunya lalu menarik rapat ke muka lelaki itu. Dia benar-benar panas dengan perempuan depannya ini.

Ammera buat muka pelik. Sah sah aku tak kenal kau. Sekarang ni, sesedap mulut kau cakap yang aku ni tak berguna. Ini dah melampau! Sedapnya kalau aku dapat cilikan mulut kau. Kata-kata itu bergema dalam hatinya sahaja.

“Kau jangan nak buat comel macam tu!” geram lelaki itu lagi.

Apa kebenda ni? Aku buat muka bengis, dia kata comel. Aku rasa lelaki ini yang gila. Belum sempat Ammera mahu memaki hamun lelaki tersebut tiba-tiba ada yang bersuara dengan menyebut satu nama.

“Muhammad Zulfan Farish!” jerit kak Kiah.

“Ibu…” Zulfan terkejut dengan kehadiran Kak Kiah. Cepat-cepat dilepaskan koler baju Ammera.

“Adik, ibu tak pernah ajar adik berkasar dengan perempuan. Pergi balik sekarang. Ibu tak nak balik dengan adik hari ini. Pergi balik!” marah betul Kak Kiah. Dia tidak menyangka yang anak bongsunya boleh bertindak seperti itu.

Zulfan rasa bersalah. Dia terus tinggalkan mereka berdua.

“Comel, maafkan anak kak Kiah tu ye?” pinta Kak Kiah.

“Itu anak kak Kiah ke?” Ammera mula keliru.

“Yalah. Kenapa Comel? Kang hari tu akak dah kenalkan pada Comel.” Soal Kak Kiah. Dia rasa pelik dengan persoalan Ammera.

Ya Allah! Aku tak tahu pun itu anak kak Kiah. Serius! Tak tahu. Mungkin sebab aku fokus sangat pada makan sehingga tak perasan orang sekeliling masa datang rumah kak Kiah tempoh hari. Lagi pun lepas makan, aku terus balik. Memang tak ada adab sungguh aku ni! Ammera masih rasa terkejut. Tertekan.

“Kau memang dah lupa aku kan? Kau perempuan tak guna!” suara lelaki bernama Zulfan itu bergema di telinga Ammera.

Patutlah dia marah betul aku tak kenal dia. Alamak!

“Comel!” panggil Kak Kiah.

“Maafkan saya, akak. Saya nak ke tandas sekejap!” Ammera terus meninggalkan Kak Kiah yang terpinga-pinga.

“Kenapa dengan Comel ni?” Kak Kiah rasa makin pelik tapi hanya seketika. Siap adik! Ibu balik nanti, siaplah!

Apa yang aku dah buat ni? Lain kali apabila orang bercakap tu, silalah fokus. Kan dah jadi benda lain pula. Ammera salahkan diri sendiri.



Ammera teringat kisah lalunya bersama kekasihnya. Di saat perpisahannya dengan lelaki yang bernama Zarul.

“Kenapa Amm nak berpisah dengan Rul. Apa salah Rul?” soal Zarul dengan soalan yang bertalu-talu. “Kalau Rul ada buat salah, Rul minta maaf. Rul sanggup buat apa sahaja untuk Amm. Rul cintakan Amm.” Lemah seluruh tubuhnya apabila mendengar keputusan Ammera yang tiba-tiba.

“Rul, Rul tak ada salah pun dengan Amm. Amm je yang salah. Amm tak layak untuk Rul.” Ammera terpaksa berbohong demi sebuah perpisahan tanpa dendam.


Maafkan Amm Rul. Jika antara kasih ibu dengan kasih Rul, Amm rela memilih kasih ibu. Maafkan Amm sebab dah lukai hati, Rul. Sudah mengkhianati cinta kita. Maaf… Tidak terluah kata-kata itu. Hanya bergema dalam hatinya.

“Layak atau tak, bukan Amm yang tentukan. Rul rasa… Tak! Bukan rasa tapi Rul yakin, Amm je yang layak jadi suri hati Rul. Jadi ibu untuk anak-anak Rul. Rul sayangkan Amm. Tolonglah Amm, jangan pinta perpisahan. Rul sanggup ubah sikap Rul demi Amm.” Rayu Zarul lagi.

Ammera mula rimas. Makin rasa bersalah.

“Maafkan Amm, Rul…” Ammera terus tinggalkan Zarul. Sejak itu, dia tidak pernah berjumpa dengan Zarul lagi. Dia tahu, kadang kala dia rindukan lelaki itu tapi itu semua masa lalunya.

Kini, sudah lima tahun perpisahannya. Ibu pun sudah tiada lagi. Ammera yatim piatu. Adakah aku masih cintakan Rul? Adakah aku masih menanam harapan yang aku akan bersamanya semula? Ah! Sukar sungguh apabila melibatkan hati dan perasaan. Mungkin ya! Aku masih bujang kerana menanti kehadirannya untuk kami bersama. Rul, awak kat mana?

“Comel, tak apa-apa?” Kak Kiah menegur Ammera.

Ammera terkejut. Semangat betul kak Kiah ni. Sampai dalam tandas pun dia ikut sama. “Saya okey je, kak…”

“Ada sesuatu yang Comel sembunyikan dari akak kan? Ceritalah. Akak akan cub faham.” Pujuk Kak kiah. Dia rasa tidak senang hati melihat wajah muram Ammera.

“Sebenarnya, saya dah ada lelaki yang saya suka. Lima tahun saya tunggu dia. Saya tahu, saya baru kenal dia dua minggu ketika itu. Cepat kan saya jatuh cinta?” Ammera tersenyum pahit. Dia akui yang dia jatuh cinta dengan Zarul dalam masa yang singkat. Apa boleh buat. Cinta itu hadir dalam beberapa saat tetapi untuk melupakan cinta itu, mengambil masa bertahun-tahun. Itulah cinta.

Hati Kak Kiah rasa sedih. Terlepas nak buat menantu. Alahai…

“Jadi, apa yang berlaku?”

“Ibu saya tak suka dia,” jujur Ammera.

“Kenapa?” Kak Kiah tidak sabar menanti jawapan dari mulut Ammera.

“Ibu tak suka dia sebab umurnya lebih muda dari saya. Lepas tu, dia tidak bekerja pula masa tu. Ibu tak nak lelaki yang tidak bekerja.” Ammera makin sedih. Banyak lagi komen-komen dari ibunya. Sakit juga telinga ini dengar tetapi, itulah ibu. Mahukan yang terbaik untuk anaknya.

Ya, aku faham. Dan aku sangat faham. Lalu aku mengikut segala arahan ibu dengan meninggalkan lelaki itu.

“Bagi akak, muda atau tua, kerja atau tidak, selagi mereka benar-benar mahu bersama, akak izinkan. Itu pilihan hidup mereka. Akak tak nak campur tangan, asalkan pilihannya bukan penjenayah atau penyangak,” ujar Kak Kiah.

“Betul tu kak Kiah.” Ammera bersetuju dengn pendapat kak Kiah.

“Jadi, Comel masih cintakan dia?” soal Kak Kiah dengan nada yang serius.

“Ya, kak…” Ammera menundukkan wajahnya. Malulah pula. Rul, awak kat mana ni?

“Tak apa la kalau begitu. Akak tak kan paksa lagi Comel jadi menantu akak.” Kak Kiah membawa diri keluar dari tandas itu.



Kak Kiah sedang menyiram pokok-pokok bunga yang berada di halaman rumahnya sambil diperhatikan oleh anak-anak lelakinya.

“Kenapa dengan ibu kita tu? Lain macam je?” soal Along.

“Entah!” jawab Angah. Mereka bertiga sedang duduk di wakaf yang berada dihalaman rumah mereka.

“Adik!” Panggil Along. Dia perasan juga yang adiknya itu banyak diam sejak dimarahi oleh ibu kerana mengganggu Ammera.

“Ha’ah! Along!” Zulfan terkejut kerana di jerkah begitu.

“Along tengok ibu kita tu pelik. Kalau mandi, rambut tak basah. Kalau makan, tak ambil lauk. Kalau masak, mesti masak banyak. Itu satu gejala yang sangat pelik.” Komen Along.

“Bukan itu sahaja along, ibu pun dah setuju dengan pilihan angah. Anak jiran sebelah tu. Itu memang pelik sangat sebab dulu bukan main dia bantah hubungan kami,” ujar Angah.

“Adik pula, ada perasan apa-apa tak?”Soal Along.

Zulfan senyap. Dia tak jawab malah bangun meninggalkan abang-abangnya.

“Apa kena dengan adik kita tu?” Along rasa pelik.

“Abang,kalau nak tahu, adik tu klon ibu. Kalau dia ada masalah atau tertekan, dia akan jadi macam ibu tu…”

“Betul juga tu, angah.” Along setuju.

“Along, tengok ibu tu!” cemas Angah.

“Ya Allah!” Along dan Angah bergegas berlari mendapatkan ibunya, Kak Kiah.

BERSAMBUNG…

p/s: apa yang berlaku pada kak Kiah tu? Risau benar anak-anak lelakinya. Kecewa tak dapat menantukan Ammera ke? Alahai kak kiah, bukan jodoh. Nak buat macam mana. Tunggu bahagian dua iaitu finalnya pada masa akan datang… jumpa lagi…. Semoga terhibur…



salam...maaf lambat update cerpen ni... akhirnya siap juga penamatnya hihihih semoga terhibur membacanya...



Kak Kiah sedang menyiram pokok-pokok bunga yang berada di halaman rumahnya sambil diperhatikan oleh anak-anak lelakinya.

“Kenapa dengan ibu kita tu? Lain macam je?” soal Along.

“Entah!” jawab Angah. Mereka bertiga sedang duduk di wakaf yang berada dihalaman rumah mereka.

“Adik!” Panggil Along. Dia perasan juga yang adiknya itu banyak diam sejak dimarahi oleh ibu kerana mengganggu Ammera.

“Ha’ah! Along!” Zulfan terkejut kerana di jerkah begitu.

“Along tengok ibu kita tu pelik. Kalau mandi, rambut tak basah. Kalau makan, tak ambil lauk. Kalau masak, mesti masak banyak. Itu satu gejala yang sangat pelik.” Komen Along.

“Bukan itu sahaja along, ibu pun dah setuju dengan pilihan angah. Anak jiran sebelah tu. Itu memang pelik sangat sebab dulu bukan main dia bantah hubungan kami,” ujar Angah.

“Adik pula, ada perasan apa-apa tak?”Soal Along.

Zulfan senyap. Dia tak jawab malah bangun meninggalkan abang-abangnya.

“Apa kena dengan adik kita tu?” Along rasa pelik.

“Abang,kalau nak tahu, adik tu klon ibu. Kalau dia ada masalah atau tertekan, dia akan jadi macam ibu tu…”

“Betul juga tu, angah.” Along setuju.

“Along, tengok ibu tu!” cemas Angah.

“Ya Allah!” Along dan Angah bergegas berlari mendapatkan ibunya, Kak Kiah.

“Lepaskan ibu! Ibu sedih! Ibu kasihan juga pada Comel. Kisah cintanya sangat menyentuh hati ibu.” Kak Kiah minta dilepaskan. Dia mahu mandi di situ.

“Ibu, jangan macam ni. Angah sayang ibu!” Angah risau melihat keadaan Kak Kiah. Bilik mandi ada je dalam rumah tu, tapi ibu nak mandi di halaman rumah.

“Ibu sedih. Ibu teringat kisah cinta ibu dengan ayah kau orang dulu. Macam kisah cinta Comel tapi akhirnya kami bersatu dengan izin-Nya.” Kak Kiah teringat akan arwah suaminya. Selepas lahirkan Zulfan, suaminya terus meninggal dunia kerana terkejut dengan khabar berita yang dia bersalin dalam ambulance. Ketika itu, suaminya berada di tempat kerja.

Dia sendiri rasa pelik. Adakah bersalin dalam ambulance itu boleh menjadi berita yang mengejutkan? Entahlah! Takdir ALLAH. Dia reda.

Kak Kiah rasa murung. Dengan wajah yang masam dia melangkah masuk ke dalam rumah.

“Ibu ni dah makin teruk ni. Nazak! Kita kena selamatkan ibu kita,” ujar Along. Melihat belakang Kak Kiah sehingga hilang dari mata pandangannya.

“Apa yang kita boleh buat untuk ibu?” Angah pun risau juga dengan keadaan ibu.

“Along tak nak kahwin dengan pilihan ibu. Kau pula angah, kau nak kahwin tak dengan perempuan pilihan ibu tu?” soal Along pula.

“Angah pun tak nak. Angah kan dah ada pujaan hati sendiri,” jawab Angah. Tiap kali teringat pujaan hatinya, pasti dia akan tersenyum lebar. Bahagia.

“Kalau macam tu, tinggal adik sahaja… HaHaHa…” Along ketawa kecil. Hanya Zulfan sahaja yang layak dengan pilihan ibu dan dia yakin yang Zulfan juga suka pada perempuan itu.

“Angah setuju… HaHaHa…” Angah turut ketawa.

“Abang dapat satu idea. Meh sini!” Along memanggil Angah supaya rapat dengannya. Dia mahu berbisik idea yang dimaksudkan tadi. Idea apa? Hanya mereka berdua sahaja yang tahu.





Kak Kiah pergi ke tempat kerja dengan perasaan sedih. Dia tidak mampu untuk beramah mesra dengan Ammera seperti dulu. Dia kecewa. Dia sedih. Tiada apa yang dapat menggembirakan hatinya lagi.

Ammera pula perasan akan perubahan Kak Kiah ketika berbual dengannya. Sudah seminggu kejadian itu berlalu. Kejadian di mana dia meluahkan rasa hati mengenai cinta.

“Kak Kiah sihat hari ni?” ramah Ammera. Soalnya ketika Kak Kiah melalui mejanya.

“Sihat…” sepatah Kak Kiah jawab.

“Anak-anak kak Kiah sihat tak?” makin ramah pula Ammera apabila soal anak-anak lelaki Kak Kiah ditanyanya pula.

“Sihat…” jawab Kak Kiah dan terus berlalu.

Ammera tersentak. Dia rasa terkilan dengan perubahan sikap Kak Kiah. Dia bagaikan hilang kasih sayang seorang ibu. Jangan la buat anak yatim rasa macam ni, Kak Kiah! Rintih hatinya.

Tiada apa yang boleh dibuatnya lagi. Semasa dia pulang dari tempat kerja dan menuju ke arah motonya, dia didatangi dua lelaki. Tiba-tiba perasaan takut dirasai.

“Boleh cik ikut kami berdua sekejap.” Pinta salah seorang lelaki tersebut.

Hati Ammera berdebar hebat. Dia rasa takut makin menjadi-jadi. Ya Allah, selamatkan hambaMu ini.

“Tak nak!” Ammera terus berlari meninggalkan dua lelaki itu. Makin laju lariannya apabila lelaki tersebut mengejarnya. Sempat Ammera melihat sekelilingnya.

Kenapa tak ada seorang pun manusia hari ni? Ada sesiapa yang boleh tolong aku? Kalaulah ada lelaki yang datang selamatkan aku, pasti aku akan membalas jasanya dengan bersungguh-sungguh.

Bukkk!

Ammera terlanggar seseorang dan rebah ke belakang. Sakit punggungnya yang terhentak ke lantai. Tadi cari sangat manusia. Bila ada manusia, aku tak perasan pula. Siap langgar lagi tu! Teruknya aku! Dia perasan lelaki-lelaki tadi sudah tiada. Dia mendongak memandang lelaki yang sudah dilanggarnya.

“Kau?” Ammera menelan liur. Teringat akan pepatah Melayu. Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Apalah nasib aku ni tapi aku rasa dia baik sikit.

“Ya. Kau dah kenal aku ke?” Soal Zulfan.

“Mestilah kenal kau. Anak bongsu Kak Kiah yang bernama Zulfan,” ujar Ammera. Nasib baik ingat namanya.

Zulfan tersenyum. Dia rasa lega jika Ammera ingat namanya.

Bagi Ammera pula. Hatinya berdebar-debar melihat senyuman itu. Macam senyuman Zarul. Dia sabarkan hati. Jangan sesekali menitiskan air mata untuk lelaki itu.

Zulfan perasan yang wajah Ammera seperti mahu menangis. Dia takut sangat ke sampai mahu menangis. Jangan nangis sayang, abang ada kat sini… Bisik hatinya.

“Jom!” Zulfan menarik hujung baju di bahu Ammera agar perempuan itu berdiri.

“Jom ke mana?”

“Aku belanja kau makan.”

“Eh, biar aku yang belanja! Kau kan dah selamatkan aku.” Barulah Ammera berdaya untuk mengawal emosinya.

“Betul ni? Aku tahu satu tempat ni. Best! Kita makan kat situ ye?”

Mereka berdua menuju ke tempat makan itu dengan kenderaan sendiri. Hati Ammera sudah berdebar hebat.

“Tak ada tempat makan lain ke?” soal Ammera. Hatinya terusik. Inilah kedai makan yang selalu Zarul bawa dia makan. Masih elok kedainya malah makin maju perniagaan kedai tersebut.

“Sinilah sedap!” Zulfan tersenyum lagi.

Sakit jantung aku tiap kali tengok senyuman mamat ni. Layan aje la. Cepat aku makan, cepat aku balik. Sudah lewat petang ni. Mahu masuk maghrib kalau aku lambat.

“Okey!” balas Ammera.





Sudah seminggu perkara itu berlalu. Pada pagi ahad ini, Ammera mendapat panggilan daripada seseorang. Dia terkejut sehingga tidak dapat bersuara.

“Amm, ni Zarul! Zarul! Ingat tak?” hujung talian terdengar suara yang agak kuat memanggilnya.

“Zarul?” Hanya satu perkataan sahaja yang keluar dari mulut Ammera. Adakah penantiannya akan berakhir? Kemunculan Zarul semula membuat hidupnya lebih bermakna? Ammera jadi takut untuk memikirkan kemungkinan yang akan berlaku.

“Amm! Amm!” panggil Zarul apabila Ammera tidak bercakap.

“Rul, jom jumpa!”

Ammera tidak dapat menahan perasaannya. Dia mahu berjumpa dengan Zarul. Dia tidak kisah jika lelaki ini sudah berkahwin atau apa-apa sahaja. Yang penting dia dapat berjumpa dengan Zarul dan melihat wajah itu kali terakhir. Dia lupa. Dia lupa wajah Zarul macam mana. Dia benar-benar lupa. Dia hanya ingat senyuman lelaki itu sahaja. Itu sahaja dalam kenangannya. Dalam ingatannya.

“Okey!”





Ammera mengemas meja kerjanya. Kejap lagi dia akan berjumpa dengan Zarul di kedai yang selalu mereka lepak. Hatinya berdegup kencang tiap kali memikirkan pertemuan mereka sebentar lagi.

“Ammera!” panggil seseorang apabila dia menuju ke arah motornya. Dia berpaling untuk melihat si pemanggil.

“Zulfan!” Ammera pelik lelaki itu di situ.

“Kahwin dengan aku!” Zulfan tidak dapat menahan perasaannya. Dia tetap mahu memiliki Ammera.

“Maaf, Zulfan. Aku tak boleh. Maaf!” tolak Ammera. Anak Kak Kiah tidak mungkin jodoh aku. Aku tak boleh terima.

“Tapi kenapa? Kerana umur kita berbeza? Aku lebih muda daripada kau. Macam tu?” soal Zulfan. Dia tahu yang tindakannya ini satu paksaan bagi Ammera. Kalau aku tak paksa, ada cara lain ke yang dapat aku lakukan.

“Tidak Zulfan. Aku cintakan orang lain. Dia tengah tunggu aku ni. Aku kena pergi.” Ammera tidak dapat menerima cinta lelaki lain. Dia hanya menunggu Zarul sahaja.

Jelas wajah Zulfan kecewa. Ammera hanya mampu melihat dari jauh dan meninggalkan tempat tersebut.

Sebaik sahaja dia tiba di kedai makan tersebut, ada seseorang yang menegurnya.

“Cik Ammera ke?” soal lelaki yang berbadan besar. Pakai cermin mata. Berkulit agak gelap. Hatinya mula rasa tidak sedap.

“Ya, saya…” Makin menjadi-jadi debarnya. Mana Zarul? Kenapa lelaki ni ada kat sini pula?

“Saya Zarul…”

Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

Ammera terkejut. Tidak mungkin. Zarul jadi gemuk? Tidak mungkin. Tidak dapat digambarkan perasaannya. Dia jadi sedih? Adakah kerana paras rupa Zarul versi nombor dua ni gemuk, aku tak dapat nak terima?

“Duduklah dulu cik Ammera. Ini isteri saya. Sayang, kenalkan ini Cik Ammera, kawan Zul yang abang ceritakan tu.” Zarul mula memperkenalkan seseorang.

Luluh hati Ammera melihat pasangan bahagia ini. Tapi dia sabarkan hati. Mungkin isterinya beri Zarul cukup makan dan cukup bahagia. Itu pasal boleh jadi sebesar ini.

“Saya nak beritahu hal sebenar pada Cik Ammera.” Kelihatan Zarul menarik nafas panjang. Dia tahu, ada beban yang dipikul selama ini. Dia harus lunaskan hari ini juga agar dia tidak mengganggu kehidupannya kelak.

“Perkara apa ye?” Ammera menelan liur. Nada suara Zarul yang serius itu membuat Ammera berfikir yang bukan-bukan.

“Cik Ammera masih ingat pertemuan Cik Ammera dengan Zarul?” soal Zarul dengan tiba-tiba.

“Ya. Masa tu kita pendaftaran kolej. Zarul baru masuk kolej. Saya urusetia bahagian t-shirt masa tu…” Entah mengapa Ammera rasa kekok untuk berbual dengan Zarul. Adakah kerana isteri Zarul ada bersama?

“Sebenarnya, Zarul yang bercinta dengan Cik Ammera tu nama sebenarnya bukan Zarul. Zarul tu nama saya. Lelaki yang bercinta dengan Cik Ammera tu kawan sebilik saya.”

“Ha’ah!” Ammera pula keliru. Apa ni? Dia bukan Zarul.

“Ya, masa tu saya tersalah ambil baju kolej. Sepatutnya baju kolej saya berwarna kuning tapi saya pergi ambil merah. Saya malu nak pergi tukar. Jadi saya minta dia yang tukarkan. Saya tidak menyangka sehingga kini, dia masih menggunakan nama saya,” jelas Zarul panjang lebar.

Makin berdebar hati Ammera. Permainan apa ni? Sudah lama perkara itu berlalu, kenapa baru sekarang dia tahu? Kenapa dia tidak pernah tahu nama sebenar Zarul. Patutlah dia rasa pelik, badan dia kecil tapi ambil baju saiz besar. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

“Namanya siapa?” Ammera beranikan diri untuk bertanya. Dia sudah tahu kebenaran yang sebenar. Jadi, dia wajib tahu siapa nama lelaki yang dicintai itu.

“Zulfan…” Zarul berkata.

“Zulfan?” Ammera mula rasa seperti mahu pitam. Adakah Zulfan anak Kak Kiah? Tidak! Mungkin ramai lelaki yang nama Zulfan di dunia ini.

“Ya, Zulfan Farish. Akulah lelaki yang kau cinta tu, Amm!” Tiba-tiba Zulfan muncul.

Ammera terkaku. Tekaannya tepat. Dia menggaru kepala. Kepalanya rasa pening. Apa yang berlaku ni? Aku tengah bermimpi ke? Kenapa anak kak Kiah ada kat sini? Kenapa pula dia jadi Zarul. Mana kekasih hati aku ni? Bukan ke lelaki yang tembam ni yang patutnya kekasih aku? Aku pening dan benar-benar pening. Akhirnya aku pengsan.



Ammera tersedar. Rupanya dia berada di hospital. Bilik yang menempatkannya nampak mewah. Ini bukan hospital kerajaan kan?

Dia rasa sunyi. Sesunyi hatinya. Tiada sesiapa di sisi. Dia hanyalah anak yatim piatu. Tiada saudara mahupun kawan. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka.

“Comel!” panggil Kak Kiah. Risau benar dia dengan keadaan Ammera. Apabila dia mendapat khabar berita mengenai keadaan Ammera, hampir pitam dibuatnya. Semua gara-gara Zulfan.

Zulfan pula, rasa bersalah membuat kekasih hatinya pengsan. Pertama kali melihat gambar Ammera, dia yakin, itulah gadis yang dicintai selama ini. Gadis yang menolak cintanya. Menolak kehadirannya.

Tetapi, sejak ibunya ingin jodohkan gadis itu dengan abang-abangnya, dia tidak dapat bertenang. Bimbang gadis pujaannya menjadi pilihan Ammera. Itu sebab dia berjumpa sendiri dengan Ammera tetapi gadis itu tidak pula mengenalinya.

“Kak Kiah…” Ammera rasa bersalah pada Kak Kiah. Dia rindukan kasih sayang Kak Kiah. Yang selalu memberi perhatian padanya. Yang selalu bertanya tentang dirinya. Dia rindu. Rindu sangat.

“Comel… Sabar…” pujuk Kak Kiah. Dia belum tahu lagi apa yang menimpa Ammera. Jikalau dia tahu… Adakah Kak Kiah akan marah? Membenci anaknya sendiri.

Akhirnya Ammera memeluk tubuh Kak Kiah. Agar kasih sayang seorang ibu dapat dia rasa. Dia rasa tenang dan tertidur dengan lena.





Ammera, Kak Kiah dan Zulfan serta dua orang abangnya diam membisu di ruang tamu rumah Kak Kiah.

Kak Kiah mahu mengetahui perkara sebenar. Dia tahu semua ini berpunca daripada Zulfan.

“Adik, beritahu ibu perkara sebenar. Apa yang adik dah buat pada Comel hah!” arah Kak Kiah. Dia menanti dengan sabar.

“Sebenarnya adik cintakan Ammera a.k.a Comel. Dia cinta pertama adik. Adik tak sangka akan bertemu semula dengannya,” jelas Zulfan. Wajahnya ditundukkan. Dia tahu yang Ammera seperti tidak dapat menerima kehadirannya.

Kak Kiah terkejut. Apa? Adik suka Comel? Betul ke ni? Dia tidak tahu apa perasaan yang dirasa kini. Gembira?

“Betul ke ni, Muhammad Zulfan Farish?” tegas suara Kak Kiah. Dia melihat wajah Ammera pula. Adakah gadis ini suka pada Zulfan.

“Betul ibu. Adiklah lelaki yang Comel suka tu ibu. Tetapi sekarang, adik tak pasti yang Comel suka adik lagi atau tidak memandang dia rasa tertipu.” Zulfan memandang Ammera lagi.

Ammera pantas melarikan pandangan. Ya! Dia akui yang dia marah. Dia tak puas hati apa yang berlaku. Dia malu. Dia menolak cinta lelaki itu sedangkan lelaki itu yang dia cintai selama ini. Mestilah malu! Malu malu pun aku suka dia tetapi entahlah. Aku keliru dengan apa yang berlaku.

Kak Kiah mula mahu tersenyum tetapi di tahannya. Manalah dia tidak gembira. Comel memang suka adik. Jadi, bolehlah Comel jadi menantu aku. Ya Allah! Aku tidak sabar menunggu dan mendengar dia memanggil aku ibu.

Setahun kemudian…

Ammera menghilang diri lagi. Zulfan seperti bangkai hidup yang bernyawa dalam rumah tersebut. Kak Kiah pula, kecewa dengan tindakan Ammera melarikan diri dan berhenti kerja.

“Kenapa Comel buat macam ni?” Dia sendiri tidak pasti. Adakah aku terlalu memaksa Comel untuk menjadi menantu aku? Ya Allah, adakah aku tidak berkesempatan untuk menantukan Comel?

Along dan Angah sudah selamat mendirikan rumah tangga. Tinggallah dia bersama Zulfan. Zulfan pergi kerja seperti biasa. Pulang ke rumah lewat malam. Apabila di rumah, terperap dalam bilik. Bilik pun bersepah. Kak Kiah benar-benar risau dengan keadaan Zulfan.

“Assalamualaikum..” Ada seseorang memberi salah. Biasalah hujung minggu begini, Along dan Angah memang pulang ke rumahnya.

“Waalaikumusalam…” Kak Kiah keluar menjenguk. Air matanya mengalir. “Comel!” Comel!” Kak Kiah terus memeluk tubuh Ammera.

“Maafkan saya, Kak Kiah! Maafkan saya! Saya bersalah. Saya pergi selama ini untuk tenangkan hati. Mencari jawapan dalam hati saya sebenarnya. Tetapi ternyata saya cintakan Zulfan a.k.a Zarul. Kalaulah Zulfan sudah mempunyai pilihan hatinya selama ketiadaan saya, saya redha.” Luah Ammera.

“Ya, saya dah ada pilihan hati saya, Comel!” muncul Zulfan. Hatinya berdebar ketika mendengar suara itu bercakap. Wanita yang dirindui saban hari sehingga hidupnya menjadi tidak terurus.

“Amm redha, Rul. Amm terima segala keputusan Rul.” Ammera tersenyum tawar.

“Pilihan hati Rul ialah Amm. Ammera a.k.a Comel.” Air mata Zulfan mengalir. Sukar sekali untuk dia memiliki cinta Ammera tetapi kini, dia yakin wanita ini akan menjadi miliknya.

“A.k.a… A.k.a… Tak habis-habis menyebutnya. Mentang-mentang ada dua nama…” Kak Kiah berkata.

Ammera tersenyum gembira. Dia juga mengalirkan air mata. Tidak ketinggalkan Kak Kiah.

“Inilah cinta paling comel kan, angah!” Along bersuara.

“Comellah sangat!” balas Angah.

Akhirnya mereka berdua ketawa bahagia. Sedap betul mengutuk orang.

Ammera dan Zulfan di ijab kabul. Kak Kiah? Kak Kiah terlalu gembira sehingga dia mahu berhenti kerja. Dia mahu duduk di rumah bersama Ammera hingga ke hujung nyawanya.

“Abang!” panggil Ammera.

“Kenapa Amm?” soal Zulfan. Dia agak sibuk menjawab panggilan. Sejak ada isteri, dia kena bekerja keras untuk menyara keluarganya. Itu sudah menjadi tanggungjawabnya.

“Saje je panggil.”

“Abang pun saje je tanya.” Balas Zulfan.

“Abang ni…” Geram Ammera.

“Sayang ni…” Gedik Zulfan macam gaya Ammera.

Kak Kiah memerhati dari jauh. Perasaan bahagia mereka berdua menyerap masuk ke dalam hatinya. Ini yang dikatakan cinta. Kadang-kadang, tengok bahagia pun kita turut rasa bahagia.

“Ibu!” panggil Ammera.

“Ya!” Kak Kiah menyahut.

“Mari makan ibu…”

“Ya!”

Kak Kiah berjalan menghampiri pasangan bahagia itu. Dia tersenyum puas. Tercapai juga hasrat aku nak dengar si Comel ni panggil aku ibu hihihihi



Tamat akhirnya cerpen ini… tercapai jugak hasrat kak kiah nak menantukan si Comel tu… pengajaran dalam cerpen ini… jangan nak menipu, nanti kalau jadi salah faham, kan diri sendiri naya. Tak kisahlah tipu pasal perkara apa pun… sebut sahaja menipu, kan tak baik perbuatan itu. So, selamat beramal dan selamat berpuasa….