Followers

Tuesday, 31 July 2012

7
Komen

HATI SUAMIKU GK 22





Tengku Shariff Fairy gembira dengan pertemuan dengan Natasha. Ini kali kedua mereka bertemu dalam sehari. ‘Memang jodoh kot.’


‘Jodoh kebendanya, perempuan tu isteri Huzaiman. Sah! Sah la bukan jodoh kau.’ Ada suara lain yang menyatakan begitu.

Tengku Shariff Fairy mengangguk kepala. Kecantikan Natasha begitu menyerlah dengan wajah yang lebih berseri.

Huzaiman membuat muka serius.

“Kita makan kat kedai lain la.” kata Huzaiman apabila melihat musuhnya turut berada dalam kedai tersebut. Dia menarik tangan Natasha. Sememangnya dia tidak suka pada Tengku Shariff Fairy kerana lelaki itu sering sahaja membuat dia sakit hati dan gila kuasanya tidak dapat dipamerkan.

“Okey...” Natasha hanya mengikut langkah suaminya itu.

“Relaks bro...” Tengku Shariff Fairy menghalang langkah Huzaiman. Walaupun petang tadi Huzaiman telah menghina dia, tetapi dia tidak kisah asalkan dapat melihat Natasha yang cantik ini.

“Apa relaks-relaks? Aku tak suka kau. Aku bersyukur setiap hari sebab kau tak pernah jadi pelanggan syarikat aku.” kata Huzaiman.

“Bersyukur? Ooo.... Lepas ni kau kena buat kenduri kesyukuran sebab aku sudi nak beli Garden Love syarikat kau.” Akhirnya Tengku Shariff Fairy membuat keputusan.

“Sorry, tawaran ditutup.” Huzaiman terus berlalu.

Tengku Shariff Fairy tersentap. Pelik dengan sikap Huzaiman.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk makan kedai biasa sahaja.

“Sha nak makan apa?”

“Bagi nasi goreng tom yam dan air kosong sahaja.” Kata Natasha perlahan.

“Sedap ke nasi goreng tom yam?” bisik Huzaiman perlahan di telinga Natasha.

“Kena cuba dulu baru tahu.” Sengaja Natasha berkata begitu. Dia rasa selesa kalau Huzaiman tidak memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak suka.

Mereka makan dengan penuh selera terutamanya Huzaiman. Lelaki itu baru tahu ada nasi yang begitu sedap.

‘Kasihan....’ kata hati Natasha.

Selepas mereka makan, mereka bertolak pulang. Hati Natasha sudah tidak tenang. Dia takut apabila ke apartment tersebut.

Di tempat parking kereta, Azlin sudah lama menunggu mereka.

“Hai!” tegur Azlin.

Bulat mata Natasha melihat Azlin sedang tersenyum manis. Bagaikan tiada apa-apa. Hati Natasha terasa sakit. Betapa dia bimbang akan keadaan Azlin.

Natasha ingin merapati Azlin tetapi pantas tangan Huzaiman mencengkam lengannya.

“Kita akan bincang nanti. Kau tunggu sini!” arah Huzaiman. Azlin hanya tersenyum.

“Huzaiman, lepaskan aku! Aku nak jumpa Azlin!” jerit Natasha.

Huzaiman pura-pura tidak mendengarnya sehingga mereka masuk ke dalam apartment milik Huzaiman.

Dia mengunci pintu tersebut.

“Lepaskan!” marah Natasha. Dia tidak akan berputus asa. Dia berusaha menarik tangannya dari terus dicengkam oleh Huzaiman.

Huzaiman menahan hati dan perasaannya. Betapa sakitnya apabila wajah bimbang Natasha hanya untuk seseorang yang tidak menghargainya.

“Lepaskan! Aku nak jumpa Azlin! Lepaskan!” cengkaman Huzaiman amat kuat. Wajah lelaki itu tiada riak atau perasaan. Hanya setia memandang Natasha dengan pandangan yang kosong.

Natasha beranikan diri mengigit tangan Huzaiman. Huzaiman hanya menahan sahaja. Untuk melepaskan Natasha, tidak sama sekali!

“Lepas!” jerit Natasha sambil menarik tangannya tetapi Huzaiman masih kaku. Akhirnya Natasha terduduk atas lantai dengan lengannya masih dipegang kukuh oleh Huzaiman.

“Lepas.....”suara Natasha semakin lemah. Dia menangis bersunguh-sungguh. Dia mahu berjumpa dengan Azlin. Mahu bertanya banyak soalan. Betul ke Azlin ingin menjualnya? Dia masih tidak mempercayainya.

Azlin melayannya dengan baik. Selalu memberi kata-kata semangat. Selalu menasihati dirinya agar menjaga kesihatan diri.

“Azlin...” Natasha masih menyeru nama itu.

Baru kini Huzaiman terasa tangannya sakit akibat gigitan Natasha sebentar tadi. Dia duduk mencangkung depan Natasha lalu mencengkam bahu Natasha.

“Kalau Sha nak jumpa dia juga, Sha kena janji dengan abang yang Sha akan terus setia dengan abang selamanya. Boleh?” kata Huzaiman. Dia hanya mahu Natasha terus setia padanya. Setia dan setia. Itu sahaja yang dia mahukan dari Natasha. Terus berada di sisinya walaupun Natasha tidak menyintainya.

Natasha mendongak.

Natasha mencari sesuatu dipandangan Huzaiman. Dia hanya mahu penjelasan daripada Azlin. Itu pun cukup.

“Baiklah!” Natasha bersetuju tanpa berfikir panjang.

“Tunggu sini...” Huzaiman berlalu pergi.

“Ammar, bawa Azlin ke apartment Kamu.”Huzaiman menghubungi Ammar. Mereka berdua akan ditemukan di situ. 


p/s : MAAF KALI INI AGAK PENDEK DAN DAH LAMA TAK UPDATE...LEPAS NI RIA AKAN CUBA TULIS LEBIH PANJANG. TERIMA KASIH

Friday, 27 July 2012

11
Komen

NOVEL SUAMIKU VAMPIRE DI TANGAN ANDA!

SALAM...
ALHAMDULILLAH COVER NOVEL RIA DAH SELAMAT KELUAR
DARI TERBITAN FAJAR PAKEER...
TERIMA KASIH KEPADA YANG SETIA
MENANTI KELUARAN NOVEL INI...
RIA PUN MASIH TERKEJUT...
APA-APA PUN
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN 
ANDA SELAMA INI...
TERIMA KASIH....


Tuesday, 24 July 2012

18
Komen

CERPEN : KERANA SUSU CAP DUTCH LADY (full)





Aku memandang sepi sekotak air cap dutch lady yang amat dibenci sejak aku hidup di universiti dulu.


“Abang, kenapa abang suka paksa saya minum susu?” aku bertanya soalan yang sama setiap kali melihat muka suamiku ini.


“Sebab abang nak sayang sihat.” Selamba sahaja wajah Jo menjawabnya. Aku ni rasa geram sahaja. Dia masih menguyah roti yang aku buat khas untuknya.


“Banyak cara boleh sihat abang. Tak minum susu pun boleh sihat.” Aku apa lagi. Cuba memangkah segala kata-katanya mengenai susu.


“Eh, siapa cakap macam tu? Dah! Dah! Jangan macam-macam soal. Kan abang paksa sayang guna cara baru tau.” Aku terkejut. Cara Baru? Aku mengaru kepala yang sememangnya tidak gatal ini. Cara apa? Aku nak tahu juga.


“Cara baru ye?” aku menaikkan sebelah kening sambil menjeling ke arahnya. Dia tersenyum sahaja. Buat seram sejuk pula senyuman yang dipamerkan oleh Jo.


“Ya. Cara baru. Nak tahu tak? Kalau nak tahu, cuba jangan minum susu kejap lagi.” Kata-kata itu membuat aku terkejut. Tambahan pula dia menjeling ke arah aku yang sedang duduk sebelahnya.


“Apa? Saya memang tak nak minum pun.” Aku sudah berdiri tegak. Tiba-tiba Jo menarik tangan aku dan aku terus terduduk atas ribanya. Aku benar-benar terkejut dengan tindakan yang pantas itu.


“Jo!” panggilku kegeraman.


“Kata nak tahu cara baru, inilah cara barunya.” Jo tersenyum. Dia mengambil susu dutch lady yang atas berhampiran dengannya. Dia isikan dalam segelas cawan. Dalam fikiran aku pelbagai andaian yang timbul.


Sungguh menakutkan.


Aku melihat dia minum air susu tersebut dulu dan dia buat-buat kumur dalam mulutnya. Tak sangka suami aku ni pengotor juga. Dia memegang kepala ku dan makin lama, makin hampir mulutnya dengan mulutku. Aku dah boleh jangka apa yang dia maksudkan. Dengan pantas aku menolak tubuhnya sekuat hati tetapi tidak berjaya.


Pandangannya ceria bagaikan tahu yang dia sudah mendapat kemenangan. Akhirnya aku terlepas juga.


“Jo gila ke?”


Aku melihat dia tersenyum lalu menelan air yang dikumurkan tadi. Aku membuat muka geli. Awat laki aku macam ni? Geram sungguh!


“Sedapnya mulut berkata laki sendiri gila. Orang buat ni semua untuk kebaikan dia juga. Dia pula mengata kita pula.”


“Saya tak kata awak gila. Cuma perbuatan awak tu seperti orang gila. Saya ni tak boleh nak kawal diri apabila ada orang bersikap gila.” Aku mulalah melalut.


“Tak boleh nak kawal diri? Lain macam je?” Dahi Jo berkerut. Dahi aku pun berkerut juga tapi seketika apabila dia mula berdiri.


“Nak minum atau tak?”


“Dosa tau paksa-paksa orang.”


“Dosa ke?”


“Yelah! Yelah! Orang minum susu cap dutch lady ni!” akhirnya aku mengalah. Hari ini dia berjaya juga memaksa aku meneguk cecair yang aku cukup benci untuk selamanya.


Jo senyum kemenangan.


******


JO pula...


Macam mana aku nak buat Shima minum susu. Kan tulang dia jadi reput macam mana? Aku juga yang susah. Bila aku dengar dia cerita tak suka minum susu sejak kecil lagi, aku tergamam seketika. Boleh pula macam tu? Aku ni, kalau tak minum susu memang tak sah. Susu tu penting bila waktu sarapan.


Aku memandang kosong komputer riba yang ada di depanku. Macam mana yer? Tiba-tiba aku disergah dari belakang.


“Macam mana ya!!!” Aku terkejut.


Kedengaran seseorang ketawa dengan galaknya. Aku kegeraman. Memang nak kena minah ni. Sedap kenakan orang tersayang dia sendiri. Cubit kan!


“Macam mana apa awak? Awak ada masalah ke?” soal Shima.


“Masalah? Ada ajer...” aku sengaja buat nada sedih. Saja mahu menarik perhatian dia.


“Masalah apa ni? Cuba cerita pada Shima. Mana tahu boleh tolong.” Pujuk Shima. Aku tersenyum lebar dalam hati.


“Masalah isteri yang tak suka minum susu!” kataku sambil ketawa sekuat hati. Seronoknya dapat kenakan Shima semula. Huh! Baru kau tahu siapa Jo yang sebenar?


“Oh kenakan kita!” katanya dengan kuat. Dia cuba mencubit lengan aku tetapi pantas aku mengelaknya. Ada hati nak main cubit-cubit. Senang aje nak elak.


“Itulah hakikatnya. Awak memang tak suka minum susu. Macam la minum susu tu boleh mati.” Sengaja aku menyakatnya.


“Awak tu... Macam la tak minum susu boleh mati.” Eh, menjawab pula bini aku ni. Tak boleh jadi.


“Sekurang-kurangnya tulang awak tu boleh jadi lebih kuat. Tak la lembik aje.” Seronoknya aku dapat melafazkan kata-kata itu.


“Awak kata saya lembik?”


“Yelah! Awak lembik. Buat kerja sikit dah tak larat. Banyak penyakit la. Gastrik la. Pening la.” Gurau aku. Aku tersenyum.


“Sampai hati awak cakap saya macam tu.” Kata Shima lemah. Air matanya mengalir. Dia berlari meninggalkan aku. Aku apa lagi. Rasa bersalahlah. Niat aku hanya bergurau. Tak sangka Shima ambil serius dengan kata-kata itu.


“Shima, saya gurau aje.” Panggilku tetapi Shima tidak pedulikan panggilan aku. Kini, Shima berada dalam kereta. Dia menghidupkan enjin. Aduh! Nak ke mana pula Shima ni?”


“Shima, tunggu! Saya gurau aje. Betul! Saya tak tipu!” Aku cuba tinggikan suara agar dia boleh mendengarnya tetapi hampa kerana kereta itu telah pergi.


*****


Perasaan Shima pula...


Aku tahu aku ni selalu mengaduh penat tapi itu hanya meluahkan perasaan sahaja. Aku buat semua kerja di rumah. Masak, membasuh dan sebagainya tetapi aku tak pernah mengeluh. Aku hanya harap perhatiannya sahaja dan terima kasih dari dia tanda aku menjaga makan minum dan pakai dia. Tapi dia...


Air mata aku mengalir lagi. Aku memecut kereta. Aku tidak tahu mahu ke mana. Sejak berkahwin dengan Jo, aku tak pernah keluar bersendirian. Tiba-tiba aku jadi takut.


Better aku patah balik. Bila emosi menguasai fikiran, jadi macam ni la. Tak dapat nak berfikir dengan baik. Aku pun berpatah balik.


Semasa aku membuat U-turne, ada kereta di belakang aku. Aku memang tak sedar ada kereta itu lalu dia melanggar kereta aku.


Aku hanya mampu mendengar bunyi hon yang kuat tanpa henti. Mata aku terpejam rapat.


*****


Jo terkejut....


Apa? Aku rasa nak tercabut nyawa aku disaat aku mendapat panggilan telefon dari pihak hospital yang menyatakan isteriku kemalangan.


Aku bergegas ke hospital. Aku terus menuju ke tempat kecemasan.


“Asshima Binti Azmi. Dia di mana?” soal aku cemas. Apasal pula ramai orang kemalangan malam ni?


“Asshima Binti Azmi.” Panggil seorang jururawat.


“Nama isteri saya tu.” Jerit aku cemas. Aku menghampiri jururawat tersebut.


“Ikut saya, isteri encik dah dipindahkan ke wad lain. Keadaannya stabil. Lagi satu tangan kanannya patah.” Bagaikan ingin gugur jantung aku mendengar tangan kanan isteriku patah.


Aku hanya mampu memerhati sahaja wajah isteriku yang pucat. Nasib baik tidak apa-apa. kasihan isteriku ini.


Selepas Shima sedar, wajahnya sedih. Air matanya mengalir.


“Kenapa nangis ni?”


“Mesti awak marah saya kan?”


“Takkan saya nak marah orang yang saya sayang. Dah bersyukur sangat awak selamat. Kesayangan saya ni selamat.” Aku jujur dengan apa yang aku rasa. Sememangnya aku sayang pada dia. Siapa tak sayang bini oi?


“Tapi saya ni kuat merajuk.”


“Tak la. Mana ada kuat sangat. Sedang-sedang aje.” Gurau aku. pantas tangan kirinya mencubit lenganku. Aku membiarkan sahaja. Asalkan boleh melihat senyumannya pun aku dah rasa bahagia.


“Tangan sakit pun masih nak mencubit lagi?” soalku. Dia hanya mampu tersengih. Aku memeluknya perlahan.


“Abang sayang pada sayang....” bisik aku perlahan di telinganya.


“Sayang, sayang juga pada abang.” Shima menuturkan kata-kata yang amat aku idamkan untuk mendengarnya.


“Terima kasih!” ucapku.


*****


Shima dan JO cinta bersatu....


Shima bangun dari tidurnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Penat sungguh rasanya. Tangannya yang bersimen dipandang sepi.


“Dah bangun tuan puteri.” Jo muncul dengan tiba-tiba.


“Baru aje bangun.”


“Mari sarapan.”


“Tak nak!” Shima menolak.


“Kenapa pula?” agak keras suara Jo. ‘Aku penat-penat buat, dia sedap kata tak nak! Memang nak kena paksa guna cara lebih baru ni.’ Bisik hati Jo.


“Mesti ada susu kan?” jawab Shima. ‘Kenapalah buah hati aku ni faham-faham yang aku tak suka minum susu.’


“Mestilah ada. Untuk tulang yang sihat. Orang tu dah la patah tangan, ini kes tulang tak kuat. So, kena minum susu banyak-banyak.” Sindir Jo.


“Pedasnya.......” Shima bangun dari pembaringannya. Mereka berdua menuju ke meja makan.


“Pedas sebab memang sayang dah makan cili.” Kata J. Galak dia ketawa sehingga Shima menarik muka sedih pun tidak dipelukannya.


“Orang tak suka minum susu la.” Shima cuba mengelak diri.


“Okey. Nampaknya abang terpaksa guna cara paling baru untuk paksa sayang minum susu.” Kata Jo dengan mata yang bersinar.


Shima sudah dapat meneka dengan pandangan Jo.


“Mula la tu nak guna cara pengotor.” Teka Shima.


“Eh, macam mana boleh tahu ni?” soal Jo. Dia terasa pelik juga.


“Yelah. Saya minum.” Shima mengalah.


“Kali pertama sayang abang ni mengalah. Ini yang buat abang makin sayang. Mari abang suapkan yer?” sebaik sahaja habis diucap kata-kata itu, Jo mengucup dahi Shima.


Shima tergamam.


“Itu tanda terima kasih sebab awak sayang pada diri sendiri demi hidup bersama abang selamanya.” Kata Jo ikhlas.


“Abang...” Shima rasa terharu. Mulai saat ini Shima akan minum susu tanpa di paksa lagi. Ini semua gara-gara susu cap dutch lady yang wajib ada dalam rumah ini. Nasib la!




P/S : alhamdulillah siap juga cerpen ni..harap terhibur walaupun pendek...ini hanya cerita pendek sahaja...terima kasih...




Sunday, 22 July 2012

25
Komen

CERPEN : PANJANG AKU PUNYA! (full)




Kenapa orang asyik panggil aku Panjang? Sebab aku ni panjang. Panjang tu tinggi la. Lagi pun aku ni kira popular juga dalam kolej aku tu. Tapi bukan semuanya aku layan. Tiba-tiba sahaja aku rasa lapar. Jom makan!


“Panjang, kau nak ke mana? Aku nak ikut!” Muncul seorang gadis yang amat aku kenali. Mana tak kenalnya. Dia ni asyik nak dengan aku aje. Hal ini berlaku sejak aku selamatkan dia. Minah ni namanya Effatul Adibah.

“Effa, kau tak apa-apa?” dari jauh aku nampak Effa dalam kesakitan. Rupanya dia jatuh basikal. Kasihan aku melihat wajahnya menahan sakit. Aku pun pelik juga kenapalah tak ada seorang pun makhluk bernama perempuan yang lalu situ. Kalau ada yang lalu komfem aku minta mereka yang tolong.

“Panjang!” Effa bagaikan terkejut melihat aku di situ. Mungkin dia malu sebab aku tengok dia menangis.

Pantas tangan Effa mengelap air mata yang mengalir. Dia cuba bangun tetapi dia rebah semula.

“Mari aku tolong. Kau pegang aje lengan aku.” aku beri candangan. Effa hanya pandang aku sahaja. Mungkin dia tak percaya pada aku. lantak kau la! Tapi aku kasihan tengok muka dia yang comel tu.

“Kau pegang aje lengan aku ni. Berlapik! Lagi pun kau dalam kesusahan.” Kata aku. Dia pun pegang lengan aku dan aku membawanya ke kerusi batu yang berada berhampiran kami berdua.

Aku memandang sekeliling. Mana perempuan ni?

“Panjang, aku tak apa-apa. Kau macam ada perkara nak buat aje. Kau pergi ajelah.” Katanya perlahan. Aku tak sibuk pun cuma aku nak cari makhluk bernama perempuan aje. Nanti makhluk tu boleh tolong kau.

“Aku tak sibuk. Aku teman kau sekejap yer? Macam mana kau jatuh basikal ni?” aku bertanya sambil mendirikan basikalnya itu lalu ditongkatkan.

“Aku belajar basikal. Bayangkan umur dah 22 tahun tapi tak tahu nak naik basikal. Petang ni pun aku dah jatuh lima kali.” Jelas Effa.

“Sebab tak tahan sangat, kau pun nangislah?” soal aku. Dia tertunduk wajahnya. Aku rasa bersalah. Yelah! Macam mana aku nak percaya, takkan umur 22 tahun masih tak pandai naik basikal. Malulah dengan budak kecil.

“Panjang!” Effa menjerit kuat namaku sehingga ingatan aku pada peristiwa sebulan lalu terus hilang. Aku tersedar.

“Menyibuk aje!” aku cuba nak marah dia tetapi tak boleh sebab dia comel sangat.

“Aku nak ikut juga!” Effa bertegas.

Aku dah tak boleh sabar.

“Kau ni tak ada kerja lain ke? Nak berkepit dengan aku aje. Aku kahwin dengan kau baru kau tahu!” geram aku. Dia ingat aku main-main ke?

“Aku nak kahwin dengan kau!” pantas Effa bersetuju. Aku sudah mengerutkan dahi. Apa kena dengan minah ni? Aku yang panjang macam galah ni pun dia berminat?

Lama aku merenung wajah gadis itu. Akhirnya aku pun mengeluh berat.

“Mengada la kau ni.”

“Panjang!” panggil Effa. Aku pura-pura tidak mendengar.

“Panjang!” panggil Effa lagi.

“Effa!” ada suara lelaki yang panggil Effa yang dapat aku dengar. Lelaki? Aku pun berpaling.

“Redza!” Effa seperti terkejut apabila menyebut nama lelaki tu. Kenapa? Kekasih ke? Kenapa aku rasa cemburu ni? Aduh! Sakit pula dada ni aku rasa. Sabar-sabar. Aku kan tak tahu lagi siapa lelaki itu. Dahlah sama tinggi dengan aku. tapi aku rasa aku lagi tinggi dari dia. Tak apa la. Aku ni lapar tahap gaban ni. Pergi makan dulu. Itu yang penting. Biar makin panjang. Hahaha...



*****




Effatul Adibah pula....




Abang? Abang buat apa kat sini? Kalau dia tahu aku sedang menggatal dengan lelaki, habislah. Mak mesti mengamuk. Dahlah abang aku ni jenis kaki report. Tak patut memang tak patut aku yang jadi mangsa dia.


“Abang buat apa kat sini?” soal aku apabila dia berada di sebuah taman berhampiran dengan fakulti seni. Di situ tiada orang lalu lalang sangat.

“Abang melawat adik abang aje. Nasib baik adik sebut nama abang aje tadi, kalau tak, jatuh imej abang.” Aku lihat abang aku tersenyum. Perasan muda la tu.

“Abang tu memang, dari dulu suka adik panggil nama abang kan? Nak berlagak muda yer? Umur dah 26 tahun la abang. Abang patut kahwin.” Aku mula menimbulkan isu yang dia paling tak suka. Kahwin!

“Ish, abang tunggu adik abang kahwin dulu. Selagi adik abang tak kahwin, selagi itu abang akan kekal macam ni. Lagi pun ayah dah tak ada. Jadi adik adalah tanggungjawab abang.” Aku terharu mendengar kata-kata abang.

“Terima kasih...” aku tersenyum.

“Tapi tadi abang tengok adik begitu berminat dengan seorang lelaki ni. Tinggi sikit dari abang rasanya.” Automatik senyuman aku mati. Apa? Abang nampak! Abang dah nampak! Apa aku nak jawab ni. Tolong berfikir wahai Effa! Tolong! Kecemasan ni! Muka aku sudah berkerut.

“Tak payah nak tunjuk muka kalut tu. Abang bukan nak marah. Abang tak kisah siapa yang menjadi pilihan adik tapi adik kena kenalkan abang pada dia. Abang nak uji dia dulu. Boleh?” aku terdiam mendengar kata abang aku. Akhirnya aku pamerkan senyuman.

“Tapi ada syaratnya....” tergamam pula aku rasa saat ini.

“Syaratnya..........” lagi sekali aku tergamam dan kaku.



*****




Panjang pula...




Aku membasuh tangan yang kotor ini. Fikiran aku masih pada Effa yang dah lama aku berkenan nak buat bini tapi aku ni segan tapi mahu. Inilah susah jadi lelaki yang pemalu.


“Alhamdulillah. Kenyang!” aku mengucap syukur. Telefon bimbit aku berbunyi. Effa mesej aku dan hanya satu perkataan aje.

“Tolong...” aku baca dengan nada yang pelik. Kenapa dia tulis macam tu? Aku bagaikan boleh agak yang Effa ni dalam kecemasan dan perasaan aku dapat meneka yang dia berada dekat taman fakulti seni.

“Tunggu Panjang kau datang selamatkan kau!” kata aku dengan semangat.



*****




Effa pula...




Aku menarik muncung. Syarat apakah? Aku tak nak tapi abang aku paksa pula. Dia yang gatal tangan send mesej tersebut.


“Dia dah datang. Ready!” kata abang aku. Terpaksa aku mengikut idea dia yang tak berapa aku berkenan.

Aku bersandar pada dinding fakulti Seni dan tangan abang aku berada di sisi aku. Gayanya macam nak melakukan sesuatu pada aku. Tapi tak ada pun. Ini lakonan tanpa kerelaan hatiku.

“Lepaslah!” kataku dengan kuat. Bagi menghidupkan lakonan aku ini.

“Aku nak kau layan aku sekarang juga.” Sengaja abang aku berkata kuat. Memang sengaja cari nahas aje abang aku. Dia tak tahu ke yang Panjang tu Juara karate peringkat negeri. Macam mana abang aku nak tau sebab aku tak bagitau. Aku tersengih dalam hati.

Aku dapat melihat Panjang semakin hampir dan hampir. Dia mencuit sedikit bahu abang aku. Tanpa banyak cakap, dia terus menumbuk muka orang yang mengada-ngada merancang ini semua. Nasib kaulah abang Redza.

Redza menahan sakit.

“Kau buat apa dengan Effa. Sedar tak dia tak suka kau.”

“Habis tu dia suka siapa?”

“Dia suka aku!”

Tergamam aku seketika mendengar kata-kata Panjang. Aku tak bertepuk sebelah tangan rupanya. Gembiranya.

“Kau ingat mudah nak ambil dia dari aku?” Abang aku sudah mengamuk. Mungkin dia tidak berpuas hati kerana wajahnya ditumbuk oleh Panjang.

“Aku akan cuba memiliki Effa selagi aku bernyawa. Kalau kau sentuh dia lagi, aku tak teragak-agak untuk arwahkan kau kat sini juga!” tegas Panjang. Wajah lelaki itu amat serius.

Serius! Aku tak pernah tengok dia bermimik muka sedemikian.

“Aku peduli apa. dia kan adik aku!”

“Aku tetap akan.......” kata-kata Panjang terhenti. Dia memandang aku. Aku pandang dia juga.

“Ada hati nak mengorat adik aku. Aku reject kau!Jom balik Effa!” ajak Redza. Aku tak mampu menolak. Aku hanya mampu melihat kaki ini meninggalkan Panjang. Kesayanganku.



*****




Panjang pula...




Apa? Adik? Aku rasa akulah orang paling teruk. Apasal muka abang adik ni tak ada persamaan? Macam pasangan kekasih. Habis aku. Jatuh saham sudah!


“Apa dah jadi ni?” aku rasa aku dah salah strategik.

Aku duduk di buaian. Aku mengenangkan kali pertama aku berkenalan dengan dia. Cukup indah. Tapi aku hanya mampu simpan perasaan itu. Aku ni dah la panjang, segalanya panjang. Ada ke perempuan suka pada aku.

Aku masih dibuaian. Aku cuba bertenang dan tidak sedih sangat. Tapi perasaan itu mengusik perasaan ini. ke mana aku mahu membawa hati yang luka ini.

“Effa...” aku menyeru namanya. Ala, rindu padanya.



*****




Panjang dan Effa...






“Panjang....” Effa memanggil Panjang yang jelas sedang termenung.


“Effa!” Panjang terkejut dengan kehadiran gadis itu.

“Maaf pasal abang aku tadi. Dia hanya nak menguji kau aje.” Jelas Effa.

“Uji?” Panjang terkejut. Tetapi dia dapat agak yang dia sudah lulus. Wajah Effa sudah mengambarkan segalanya.

“Aku suka kau. Boleh kah Panjang jadi milik aku?” malu-malu Effa bertanya.

“Boleh! Panjang kau punya!” balas Panjang.



“Awat tingginya benda ni diletakkan?” Effa mengeluh. Dia cuba juga mengambil balang kaca tersebut tetapi belum sempat dia cuba mengambilnya, ada tangan lain yang membantunya.


“Abang...” Effa tersentak.

“Lain kali kalau nak ambil benda yang tinggi. Panggil aje abang.” Kata Panjang. Dia bahagia disamping Effa. Isteri kesayangan.

“Tau la orang tu panjang. Tangan pun panjang juga.”

“Hina cipta Allah. Dosa.”

“Bukan hina, Effa bersyukur lagi dapat bersama abang.” Effa rasa bahagia. Tanpa segan silu, Panjang mencium pipi isterinya.

“Terima kasih!” ucap Effa.

“Mana airnya....?” muncul Redza.

“Kejap lagi abang!” kata Effa dan dengan pantas dia membuat air.

“Abang tolong susun cawan yer?” tawar Panjang.

“Okey juga.” Effa tersenyum bahagia. 


-TamaT- 

Wednesday, 18 July 2012

5
Komen

HATI SUAMIKU GK 21




Tangan Natasha tidak sesekali Huzaiman lepaskan. Dapat berjalan bersama Natasha membuat dia rasa bahagia.


Mungkin di awal perkahwinan mereka, Huzaiman tidak berapa yakin dengan Natasha tetapi kini, dia bagaikan hilang pedoman sahaja.

“Kita nak ke mana? Aku....” belum sempat Natasha berkata, Huzaiman sudah memotong katanya.

“Tak best la!”

“Apa yang tak best?” Natasha sedikit terkejut. Dia memandang wajah Huzaiman. Kadang-kadang susah mahu meramal apa yang ada dalam kepala Huzaiman.

“Tak best panggilan aku kau. Mulai saat ini kau kena panggil aku ‘abang’ dan aku panggil ‘sayang’.” Kata Huzaiman.

Dahi Natasha berkerut.

“Tak nak!”

“Dulu boleh aje sayang panggil abang macam tu.” Huzaiman sudah mula memanggil Natasha begitu.

“Itu dulu. Ini sekarang.” Natasha berjalan meninggalkan Huzaiman tetapi tangannya disambar kasar oleh Huzaiman.

Natasha memandang Huzaiman dengan mata yang mencerlung.

“Jika aku perlu paksa kau, aku akan paksa!” tegas sekali suara Huzaiman. Matanya juga merah. Geram! Natasha tidak mahu mendengar arahannya.

“Tak nak!” Natasha cuba menarik tangannya kembali.

Pergaduhan mereka menjadi tontonan orang sekeliling di sini.

“This is an order. You must do it!” Huzaiman mula bercakap dalam bahasa Inggeris. Dia menarik tangan Natasha supaya mengikut jejaknya. Jika mereka terus berada di situ, mereka juga yang malu.

Mereka berdua singgah di sebuah kedai yang menjual baju t-shirt. Huzaiman bertindak memilih baju couple yang sememangnya ada jual di kedai tersebut.

“Sayang pakai baju ni.” Arah Huzaiman sambil meghulurkan sehelai baju yang sama warna dengan bajunya cuma corak sahaja berbeza. “Cik, please help my wife. You choose for her and appropriate pants, okay?”

“Yes, sir.” Jawab promoter yang ada di situ.

“Sila ikut saya, puan.” Kata promoter perempuan itu.

Natasha masih tergamam dengan arahan Huzaiman. ‘Seluar pun nak pilihkan untuk aku? Aku boleh pilih sendiri la.’ Bisik hati Huzaiman.

“Puan...” panggil prometer perempuan itu lagi apabila Natasha tiada tanda-tanda mahu bergerak.

“Ya!” Natasha tersedar.

“Abang tunggu di sini.” Kata Huzaiman. Dia membiarkan Natasha mnegikut promoter tersebut.

Huzaiman menanti dengan tidak sabarnya. Dia bukan jenis orang yang kuat bersabar. Kalau boleh, semua perkara mahu diselesaikan dengan pantas dan segera.

“Mana dia ni? Buat seluar ke pakai seluar?” bebel Huzaiman sendirian. Dia sengaja memilih warna yang padan dengan warna tudung Natasha supaya gadis itu lebih selesa memakai pakaian yang dipilihnya.

Huzaiman juga sengaja memilih pakaian yang lebih sempoi kerana apabila mereka berjalan dengan pakaian yang formal, agak menarik perhatian. Tambahan pula dia tidak suka diganggu apabila dia keluar bersama Natasha.

Tanpa Huzaiman sedari, ini adalah kali pertama dia memakai dia memakai t-shirt couple.

“Tuan, dah siap...” kata promoter perempuan yng tiba-tiba muncul.

Huzaiman mendongak. Natasha nampak sangat ringkas dan menarik baginya. Selepas membuat bayaran, Huzaiman kembali mengenggam tangan Natasha.

Natasha cuba menarik semula tangannya tetapi Huzaiman bertindak memeluk pinggang Natasha. Dia menarik rapat tubuh Natasha ke tubuhnya.

“Bahagianya...” ada suara yang menegur mereka berdua.

Huzaiman dan Natasha berpaling ke arah belakang.

“Puteri!” terkejut Huzaiman. ‘Macam mana minah ni boleh berada kat sini? Bukankah sekarang waktu bekerja?’

“Hai Sha. Kenal akak lagi tak?” tanya Puteri tanpa mempedulikan riak terkejut Huzaiman. Dia menarik tangan Natasha dari terus dipegang oleh Huzaiman tetapi Huzaiman tidak mahu melepaskan tangan Natasha.

“Sibuk aje kau ni.” Marah Huzaiman. Dia baru sahaja mahu bersama dengan Natasha.

“Aku rasa terkilan dengan you all sebab tak datang masa hari lahir aku.” wajah Puteri masam. Puteri tidak tahu apa-apa mengenai masalah yang menimpa mereka. “Sampai hati Sha tak datang.”

Natasha rasa bersalah. Dia baru teringat akan jemputan Puteri.

“Salah kau juga. Hari jadi kau sebulan lagi, kau dah jemput aku. Mestilah aku dah lupa.” Marah Huzaiman. Tangan Natasha masih kukuh lagi dalam genggamannya.

“Sebagai balasan, kau kena belanja aku makan.” Kata Puteri. Natasha pula hanya mampu berdiam diri sebab dia tiada sesen pun duit. Semuanya ditanggung oleh Huzaiman.

“Boleh tapi kau kena pujuk Sha cium aku.” Huzaiman pun ketawa terbahak-bahak.

Wajah Natasha sudah kemerahan. ‘Permintaan apa ni? Mengarut sahaja.’ Bisik hati Natasha.

“Apa kau mengarut ni? Suka hati Sha la nak cium kau atau tak. Jom Sha! Akak belanja kamu makan.” Puteri tarik lagi sekali tangan Natasha tetapi masih kukuh dalam genggaman Huzaiman.

Huzaiman tersenyum kemenangan.

Mereka bertiga pergi makan dan Puteri meminta diri untuk pulang kerana dia ada temujanji dengan seseorang yang begitu istimewa baginya.

Puteri menanti penuh sabar lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Di sebuah restoran merah menjadi pilihan Puteri.

“Sayang...” panggil seseorang dari belakang.

Puteri tersenyum melihat jejaka yang nampak muda itu.

“Sayang, kenapa datang lambat? Lama I tunggu you.” Puteri membuat suara yang cukup manja dan menggoda.

“I ada pelanggan dari Jepun. Ini pun baru selesai tau.”

“Tipu. Sayang tipu!” muncung Puteri sudah sedepa.

“Pernahkan Parker Kriss tipu Puteri yang cantik ini?” kata PK. Dia tersenyum lebar sambil memeluk bahu Puteri. Walaupun usianya sudah tua tetapi wajahnya yang masih nampak muda dan bersemangat itu membuat Puteri terus jatuh cinta dengan lelaki itu.

“I percaya pada you, Kriss.” Manja sekali suara Puteri.

*****

Kini, mereka berdua berada dalam kereta.

“Kita nak ke mana lagi ni?” soal Huzaiman sendirian.

“Boleh tak Sha bercakap.”

“Boleh. Sayang nak ke mana? Abang boleh bawakan.”

“Boleh kita ke masjid, kita tak solat Maghrib lagi.” Natasha berkata perlahan. Manalah tahu Huzaiman marah.

“Masjid?” hati Huzaiman berdebar hebat. Dia tidak tenang apabila Natasha tiada dalam pandangannya. Dia bimbang Natasha akan melarikan diri daripadanya.

“Tapi janji jangan lari dari abang?” kata Huzaiman.

“Baiklah abang, Sha tak lari.” Balas Natasha sambil menghulurkan jari kelikingnya pada Huzaiman.

Dahi Huzaiman berkerut. ‘Again?! Tadi sembahyang Asar pun Sha buat macam tu.’

Natasha masih setia menanti jari keliking Huzaiman bersatu dengan jari kelikingnya.

“Janji tau!” ingat Huzaiman.

“Sha janji!” kini jari mereka bersatu.

Natasha keluar dari kereta apabila mereka sampai di sebuah masjid. Jam menunjukkan waktu pukul 7.50 malam. Hampir habis waktu. Segera mereka berdua menuju ke tempat masing-masing.

Hati Natasha tenang dapat mengambil wuduk dan bersolat di rumah Allah.

Dia termenung seketika lalu menadah tangan menghadap Illahi.

“Ya Allah, aku amat yakin denganMu Ya Allah. Sesungguhnya kau menerima taubatku iaitu menyimpan dendam pada orang lain termasuk dendam pada suamiku sendiri.

“Ya Allah, apalah sangat taubatku ini jika hendak dibandingkan dengan segala kesilapan yang pernah aku lakukan di atas muka bumi ini. Ya Allah, aku berdosa.” Air mata Natasha mengalir. Dia hanya biarkan tanpa di seka pun. Biarlah air mata penyesalan ini terus mengalir.

“Di saat ini aku menangis Ya Allah. Aku benar-benar menyesal dengan perbuatanku. Aku bertaubat bersungguh-sungguh. Engkau ampunilah segala dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Pengampun.”

“Ya Allah, aku takut. Aku takut dengan dosa-dosa yang pernah aku lakukan. Aku dihantaui dosa-dosaku yang lampau Ya Allah. Tiap kali aku melihat wajah Suamiku, Putra Huzaiman, aku rasa sangat teruk dan tidak berguna. Adakah aku perlu terus berada di sisi suamiku bagi aku menebus segala dosa ini?

“Ya Allah, Engkau Tuhanku. Engkau maha Penyanyang. Maha Pengampun dan Maha Agung. Engkau bimbinglah aku ke jalan Mu Ya Allah. Tunjukkan aku ke jalan yang harus aku ikuti. Tunjukkan aku jalan yang Engkau Redhai. Bantulah aku Ya Allah. Hanya Engkau tempat aku mengadu. Hanya Engkau tempat aku berharap. Amminn...” Natasha meraup wajahnya. Mukanya menjadi sembab dek kerana air mata yang mengalir.

Natasha berada sedikit tenang. Dia tersenyum manis.

Tiba-tiba hatinya berdebar hebat. Bulu romanya meremang. ‘Ada hantu ke dalam masjid ni?’ Natasha tertanya-tanya.

Natasha terpandang satu susuk tubuh yang berdiri di tepi langsir tirai yang memisahkan bahagian tempat lelaki dan perempuan. Pandangan Natasha sedikit kabur ketika itu.

Makin berdebar hatinya.

Lelaki itu merenung tajam ke arah Natasha.

Natasha mengurut dadanya. Lega. Rupanya Huzaiman yang sedang berdiri disitu. ‘Tak percaya pada aku la tu.’

Dengan pantas Natasha melipat telekung sembahyangnya dan memakai tudung. Selepas itu, dia menuju ke kereta Huzaiman parking.

“Kenapa menangis?” Soal Huzaiman. Rasa sayu melihat air mata Natasha mengalir ketika berdoa. Bagaikan mengenangkan sesuatu yang amat sedih.

“Bercakap dengan Allah. Tak salah kalau kita nak menangis.” Natasha cuba menutup kesedihan yang dia rasai.

“Oh, macam tu!” Huzaiman meneruskan pemanduannya. Mereka menuju ke sebuah restoran.

Tetapi...

Huzaiman terkejut dia terserempak dengan seseorang.

“Shariff!”

Tengku Shariff Fairy tersenyum melihat lelaki yang gila kuasa memakai baju t-shirt couple. ‘Kejutan budaya ke?’ makin lebar senyuman Tengku Shariff Fairy.

Sunday, 15 July 2012

21
Komen

CERPEN : MAHARAJA CINTA (full)



Rehan terkejut lalu menekan brek mengejut apabila seorang lelaki yang melintas dengan tiba-tiba di jalan. Nasib baik dia sempat. Kalau tidak, arwah juga dia disini. Segera Rehan keluar dari kereta Honda milik ayahnya itu.


“Encik tak apa-apa?” Rehan menegur lelaki itu. Ada luka di lengan lelaki tersebut. Mungkin bergeser di atas jalan. Rehan rasa bersalah.

“Saya hantar encik ke hospital.” Lelaki itu diam. Dia memandang ke arah kiri dan kanan. ‘Eh, kenapa dengan mamat ni? Tengok kiri kanan. Masa melintas tadi tak mahu tengok pula. Tak pasal-pasal jadi mangsa kereta aku. Aku ni kalau dapat pandu kereta memang tak ingat dunia. Laju je.’ Dahi Rehan sudah berkerut.

“Baiklah.” Lelaki itu bersetuju dengan permintaan Rehan.

“Nama saya, Tengku Syahrul Azwari. Panggil Tengku Syahrul Azwari sahaja.” Tengku Syahrul Azwari memperkenalkan diri. Dahi Rehan sudah berkerut. Dia rasa pelik.

“Tak ada nama lagi panjang ke?” perli Rehan.

“Ada tapi rahsia.” Jawabnya selamba. Rehan mengeluh berat.

“Awak....” belum sempat Rehan bertanya, Tengku Syahrul Azwari sudah memotong kata-katanya.

“Tengku Syahrul Azwari ye... tak ada awak-awak.” Katanya.

“Kalau camtu, Tengku Syahrul Azwari panggil saya Rehan Makhtar la.” Rehan sudah berasa geram dengan lelaki itu.

“Okey.” Lagi selamba Tengku Syahrul Azwari menjawabya.

Selepas berjumpa dengan doktor, Tengku Syahrul Azwari mengajaknya makan tetapi ditolak oleh Rehan. Namun lelaki itu tetap mahu dirinya makan bersama.

“Rehan Makhtar...” Tengku Syahrul Azwari berkata.

“Ya, Tengku Syahrul Azwari.” Rehan sudah rasa pelik dengan cara perbualan mereka.

“Rehan Makhtar ni baik la dan....” Belum sempat Tengku Syahrul Azwari menghabiskan ayatnya, ada dua orang lelaki yang berkot hitam menghampiri Tengku Syahrul Azwari.

“Tuan, Puan suruh balik.” Kata lelaki berkot Hitam itu.

“Aku tak nak balik. Aku tak nak balik!” tiba-tiba perwatakkan Tengku Syahrul Azwari berubah. Terkejut Rehan.

“Kenapa dengan tuan awak tu?” Rehan memberanikan diri untuk bertanya.

“Maaf, tuan saya tu, tidak berapa sihat. Saya kena pergi sekarang.” Lelaki berkot hitam itu pun meninggalkan Rehan bersendirian.

‘Tak sihat rupanya mamat tu. Harap muka sahaja kacak tapi mental. Kasihannya. Muda-muda lagi dah tak betul. Semoga Tengku Syahrul Azwari cepat sembuh ye. Amin. Doa anak yatim piatu ni selalunya berkat.’ Rehan meneruskan perjalanannya. Dia sudah lewat untuk ke pejabat.

Sampai sahaja di hadapan biliknya, setiausaha peribadinya sudah lama menunggu. Rehan berjalan beringinan dengan setiausaha peribadinya. Dia nampak begitu anggun dengan pakaian formalnya.

“Maaf, lambat sikit. Ada hal tadi. So, hari ini jadual I penuh ke Ria?” Rehan bertanya. Matanya tidak lepas dari melihat telefon bimbitnya. Dia berhubung dengan pelanggannya melalui web sosial yang menjadi kegilaan orang ramai iaitu Facebook.

“Tidak. Waktu pagi sahaja.” Ria pula sibuk melihat buku yang amat berharga baginya. Kalau tidak ada buku ini, tidak jalanlah kerjanya.

“Meeting dengan siapa?” Rehan sudah menjangka yang dia akan masuk bilik mesyuarat sekejap nanti. Bosan!

“Tengku Syahrul Azwari dari Syarikat Natsu ZZZ.” Berkerut dahi Ria untuk menyebutnya.

“Oh, usahawan muda yang baru nak berjaya tu?” Rehan mencebik. Dia terasa malas mahu berjumpa dengan lelaki itu.

“Ya, Cik Rehan.” Kata Ria. Tiba-tiba langkah Rehan berhenti. Ria juga terhenti.

“Ria, berapa kali I nak bagitau you, I lebih suka you panggil I, Rehan sahaja. Kan lagi sweet macam tu.” Rehan menaikkan sebelah keningnya dan memandang ke arah Ria.

“Baiklah Rehan.” Perlahan sahaja suara Ria.

“Kan macam tu nampak sweet.” Kata Rehan sambil menarik pipi milik Ria. Ria tersenyum.

“Pukul berapa?”

“Pukul 10 pagi.” Rehan melihat jam di pergelangan tangannya.

“Bila Rehan balik universiti?” Ria bertanya. Dia mendonggak memandang Rehan. Wanita agak tinggi daripadanya itu.

“Oh, ahad ni! Dah masuk semester akhir. Rasanya tak sabar. Penat tau Ria. Kalau ada masa sahaja, terpaksa masuk pejabat.” Rehan meluahkan perasaannya. Dia begitu mesra dengan setiausahanya yang peramah dan pendiam. Tidak banyak cakap.

“Ya Rehan. Ria faham.” Dia tersenyum. Rehan berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Tengku Shahrul sudah lama menanti.

‘Baru pukul 9.30 pagi. Awalnya mamat ni sampai.’ Rehan berkata di dalam hatinya. “Awalnya Tengku datang.” Rehan cuba beramah mesra dengan pelanggannya.

“Kalau mahu berjaya, kita perlu tepati masa. Biar kita tunggu orang, jangan orang yang tunggu kita.” Rehan tersenyum. Lelaki yang berusaha 28 tahun itu berjaya setelah tamat belajar dalam usia 23 tahun. Selepas itu dia menubuhkan syarikat sendiri dalam bidang kosmetik. Lelaki yang boleh dikatakan berjaya. Kot??

Jarang lelaki yang menceburi bidang seperti ini. Rupanya, Datin Shamsiah iaitu ibunya sendiri yang banyak membantu.

“Tepat jam 10, kita mulakan perbincangan.” Rehan berkata. Tengku Shahrul tersenyum. ‘Wajah si minah ni memang nampak sempurna tetapi dalam dunia ni mana ada yang sempurna kejadiannya.’ Pandangan mata Tengku Shahrul tidak lepas dari terus memandang Rehan.

Rehan sedar dirinya menjadi tumpuan kerana usianya yang terlalu muda iaitu 23 tahun telah menceburi bidang perniagaan. Sejak ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dia berusia 20 tahun, dia sudah didedahkan selok belok tentang syarikat dan sebagainya dengan bantuan ayah saudaranya yang sentiasa melayannya dengan baik.

Perbincangan mereka diteruskan sebaik sahaja semua ahli lembaga sudah bersedia.

“Cik Rehan, jemput ke rumah saya malam ini. Ada majlis hari jadi mama saya.” Jemput Tengku Shahrul.

“Insya Allah...” Ramah Rehan.

*****

Seperti yang dijanjikan, Rehan datang juga ke rumah Tengku Shahrul sebab dia dijemput bersama Ria. Kebetulan dia ada masa sebelum pulang semula ke Universiti.

Halaman rumah Tengku Shahrul. Ria sudah menghilang mengambil makanan. Rehan termasuk ke satu ruang yang amat menarik. Ruang bilik tersebut penuh dengan pelbagai gambar yang sangat menarik.

Rehan memang suka melihat gambar-gambar pemandangan yang begitu indah ciptaan Allah. Dia mensyukuri keindahan tersebut.

“Siapa?!” ada satu suara menegurnya.

“Macam mana kau boleh masuk bilik Tengku Syahrul Azwari?” soal lelaki itu.

“Saya.....” kata-kata Rehan terhenti sebaik sahaja melihat wajah lelaki itu.

“Awak....” Rehan baru teringat lelaki yang dilanggarnya pagi tadi.

“Rehan Makhtar....” Tengku Syahrul Azwari berkata. Dia ingat lagi gadis yang baik hati itu.

“Nama awak....” Rehan ingin berkata sesuatu.

“Tengku Syahrul Azwari wahai cik Rehan Makhtar.” Kata lelaki yang dikatakan gila itu.

‘Bukankah lelaki ini gila. Jangan nak buat hal. Baik aku keluar dari bilik ni.’ Perlahan-lahan Rehan berundur ke pintu keluar tetapi....

“Cik Rehan...”suara itu datang dari belakang Rehan. Dia berpaling.

“Abang Shahrul.” Tengku Syahrul Azwari bersuara.

“Kurung Az kat bilik bawah tanah tu. Sekarang!” Arah Tengku Shahrul.

Rehan terkejut dengan arahan yang dikeluarkan oleh Tengku Shahrul. ‘Kejam sangat sampai nak kurung bilik bawah tanah. Dia pun manusia macam orang lain juga.’

“Kenapa nak kurung dia? Dia bukan buat masalah pun. Dia pun ada perasaan macam manusia biasa. Kalau dia gila, dia tak kan pandai melukis macam ni semua.” marah Rehan. Dia menghalang dua lelaki itu. Dia masih ingat wajah pagi tadi itu. Lagi pun Rehan melihat tingkah laku Tengku Syahrul Azwari tidak seagresif atau sawan.

“Cik Rehan jangan halang kerja kami. Lelaki ini gila. Dia tak betul. Pedulikan perempuan tu. Cepat bawa dia ke bilik bawah.” Arah Tengku Shahrul.

“Rehan, kenapa ni?” soal Ria apabila melihat Rehan munculkan diri dengan wajah yang serius dan memikirkan sesuatu.

“Entahlah.” Dia sendiri tidak pasti tindakan apa yang terbaik harus dilakukannya.



******


Kini, sudah hampir dua bulan perkara itu berlaku. Rehan cuba pura-pura tidak ambil berat tentang lelaki yang bernama Tengku Syahrul Azwari tetapi wajah lelaki itu cukup kasihan. Dia benar-benar simpati dengan lelaki yang baru dikenalinya itu.

Rehan kembali semula ke pejabat apabila cuti pertengahan semester bermula. Itulah tugasan yang perlu dilakukan. Dia banyak habiskan masa di pejabat berbanding di rumah. Dia perlu uruskan syarikat peninggalan keluarganya.

“Rehan, ada orang nak berjumpa. Namanya Tengku Syahrul Azwari. Rehan kenal?” soal Ria. Ini kali pertama dia berjumpa dengan lelaki tersebut.

“What?!” Rehan terkejut.

Dia berfikir sejenak. ‘Kenapa lelaki itu berada di sini? Pelik dan sangatlah pelik.’

“Minta dia masuk sekarang.” Arah Rehan.

“Cik Rehan Makhtar...” tegur Tengku Syahrul Azwari. Lelaki itu segak bergaya dengan pakaian formal ke pejabat. Serba lengkap dengan tali leher. Rambut yang dipotong kemas.

“Tengku Syahrul Azwari.” Terkejut Rehan melihat perubahan lelaki itu.

“Cik Rehan Makhtar, Tengku Syahrul Azwari mahu mengucapkan terima kasih sebab malam tersebut adalah malam pengakhiran kehidupan derita Tengku Syahrul Azwari.” Kata Tengku Syahrul Azwari dengan senyuman yang manis.

Dahi Rehan sudah berkerut. Kepalanya sedikit pening dengan gaya bahasa yang digunakan oleh Tengku Syahrul Azwari. Walaupun dia belajar dalam bidang perniagaan tetapi dia begitu minat dalam bidang penulisan dan Bahasa Melayu.

“Kenapa dengan muka Cik Rehan Makhtar?” soalnya.

“Tak ada apa-apa wahai Tengku Syahrul Azwari.” Balas Rehan.

“Tengku Syahrul Azwari mahu menjemput Cik Rehan Makhtar malam malam bersama. Sudikah?” jemput Tengku Syahrul Azwari.

Rehan menelan air liurnya. ‘Alamak, kenapa gayanya macam seorang putera yang sedang melayan puteri cintanya. Aku dah mula nak berangan ni. Tolonglah keluarkan aku dari dunia khayalan ini.’ rayu hati Rehan.

“Cik Rehan Makhtar...” panggil Tengku Syahrul Azwari dengan lembut dan perlahan.

“Ya! Ya, Tengku Syahrul Azwari.” Rehan terkejut. Rehan hanya mampu tersengih.

Mereka pun berjanji akan berjumpa malam ini untuk makan malam bersama.

Tengku Shahrul sudah ditangkap polis kerana cubaan membunuh Tengku Syahrul Azwari. Membunuh dengan menggunakan pil-pil ubat yang disangka akan menyembuhkan penyakit murung Tengku Syahrul Azwari sejak ibu dan bapanya meninggal dunia tetapi tidak! Ubat-ubat tersebut boleh membuatkan ingatan Tengku Syahrul Azwari lemah dan tubuhnya tidak bermaya.

Mereka berdua pun berjumpa. Mereka makan di sebuah restoran terkemuka.

‘Mungkin si Tengku Syahrul Azwari ni sudah kaya. Itu pasal ajak aku makan kat sini.’ Kata Rehan dalam hatinya.

“Tengku Syahrul Azwari nak masuk meminang Rehan Mahktar, boleh ke?” lamar Tengku Syahrul Azwari.

‘Apa ni? Aku tak duduk lagi. Tak rasa panas lagi ni, mamat ni dah melamar aku? Biar betul?’ terkebil-kebil mata Rehan. Dia bagaikan tidak percaya.

“Main-main pula Tengku Syahrul Azwari.”

“Betullah...” katanya sambil tersenyum manis.

“Rehan Makhtar tahu yang diri ini tiada mak ayah tapi janganlah Tengku Syahrul Azwari buat macam ni.” Balas Rehan. “tapi Rehan Makhtar belum suka pada Tengku Syahrul Azwari.” Akhirnya Rehan mengeluh.

“Boleh tak kita bercakap macam manusia biasa?” kata Rehan. Boleh sakit jiwa kalau cakap macam ni tiap-tiap hari.

Tengku Syahrul Azwari ketawa.

‘Kenapa pula mamat ni ketawa?’ Rehan Cuma mengawal air mukanya yang jelas terkejut.

“Baiklah Rehan. Kita makan dulu.” Jemput Tengku Syahrul Azwari.

Selepas makan mereka terus pulang.

“Rehan....” panggil Tengku Syahrul Azwari sebelum sempat Rehan masuk ke dalam rumahnya itu.

“Ya, Tengku?”

“Ini untuk Rehan...” Tengku Syahrul Azwari menghulurkan sesuatu.

Rehan hanya mampu tersenyum.

“Terima kasih!”

*****

Rehan tersenyum memandang lelaki yang kini bertakhta dihatinya. Tengku Syahrul Azwari maharaja di hatinya.

Tengku Syahrul Azwari sedang menyiram pokok di halaman banglo peninggalan keluarga suaminya itu.

“Rajinnya dia hari ni.”

“Oh, Rehan.” Tengku Syahrul Azwari tersenyum. Dia gembira dengan usia perkahwinan mereka sudah masuk bulan ke tiga.

“Kenalah rajin sebab abang nak anak abang pun rajin macam abang.” Jawab Tengku Syahrul Azwari.

“Putera kita?” Rehan berkata.

“Eh, mana sayang tahu anak kita ni putera? Baru dua bulan kan?” Tengku Syahrul Azwari memimpin tangan Rehan ke tempat duduk yang ada di halaman banglo itu.

“Agak aje.” Rehan tersenyum.

“Oh, nakal ye!” manja sekali suara Tengku Syahrul Azwari. Dia menarik hidung Rehan.

“Mana ada nakal. Cuma miang aje.” Rehan pun ketawa manja.

Mereka berdua tersenyum bahagia.

‘Dialah maharajaku. Dia akan selamanya denganku di dunia dan juga di akhirat. Insya Allah.’ Doa Rehan di dalam hatinya.

“Jom masuk. Dah nak mahgrib ni.” Ajak Tengku Syahrul Azwari. Dia menghulurkan tangannya.

“Jom!” 




-TAMAT-








P/S : MAHARAJA CINTA, setiap cinta yang hadir pasti akan terus kekal dalam hati kita bah raja...adesss apa yang ria tulis ni...maaf jika kali ini banyak kekurangan dan kelemahan....

Friday, 13 July 2012

10
Komen

CERPEN BERANTAI : JANGAN JATUH CINTA PADAKU part 1





Balqis termenung mengenangkan dirinya. ‘Ah! Kenapa aku memikirkan lelaki yang aku tak kenal ni? Entah-entah dia tak wujud tapi...’ Balqis mengeluh.

‘Tapi aku bagaikan mengharap dia seorang yang jatuh cinta pada aku. Jangan ada yang lain. Lelaki lain, jangan jatuh cinta pada aku okey? Komfem aku reject!’ bisik hati Balqis.

Balqis melihat jam tangan miliknya. ‘Lagi sekali aku ingat lelaki tu!’ Balqis rasa geram dengan diri sendiri.

Dia teringat peristiwa yang berlaku beberapa minggu yang lalu.

“Kau ni, simpan aje jam tu kat rumah. Lagi pun macam dah nazak aje jam arwah ayah kau.” Kata sahabatnya, Mimi.

“Tak apa. Aku sayang jam ni.” Balas Balqis pula. Dia tersenyum.

“Lagi satu. Jam tu kan jam lelaki. Tak sesuai dengan kau.”

“Tak apa. Aku tak kisah.” Balqis bangun dan meninggalkan kawan yang masih tidak habis makan lagi. “Aku ke tandas sekejap.”

Balqis bergerak ke tandas. Dia berjalan bersendirian. Tiba-tiba seorang lelaki terlanggarnya dan jam tangannya tertanggal talinya.

Balqis benar-benar terkejut melihat jam arwah ayahnya itu jatuh ke lantai.

Pantas tangannya mengutip jam tersebut. ‘Nasib baik tak calar.’ Balqis benar-benar bersyukur tetapi talinya....

“Jam arwah ayah!” Air mata Balqis bagaikan ingin mengalir.

“Maaf cik!” suara lelaki itu serak. Balqis memandang lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“Tak apalah. Mungkin ia pun nak jadi arwah macam pemilik asalnya.” Penuh makna kata-kata Balqis. Ada perasaan sayu mengenangkan ayah yang sudah tiada.

Lelaki itu berwajah serius. Mungkin dia tidak bersetuju dengan kata-kata Balqis.

“Tak apa. Saya baiki!” lelaki itu segera mengambil jam tangan yang berada di tangan Balqis. Mata Balqis hanya terkebil-kebil melihat lelaki misteri itu.

Lelaki itu mengeluarkan sesuatu.

‘Macam mekanik pula dia.’ Balqis teruja melihat lelaki itu membaiki jam tersebut. ‘Mekanik pula dah. Aku ni sihat ke tak? Mekanik baiki kenderaan la. Tukang baiki jam. Baru betul.’ Balqis masih setia memerhati lelaki yang asyik membaiki jam tersebut.

Lelaki itu tersenyum. Senyuman yang membentukkan satu lesung pipi yang amat kacak. Satu perasan indah wujud dalam diri Balqis. Hatinya berdebar hebat. Kalau orang jatuh cinta akan rasa gementar tetapi apa yang Balqis rasakan lebih daripada gementar.

Balqis terkaku.

“Cik, jam cik dah elok.” Kata lelaki misteri itu.

Balqis terkaku.

“Cik, okey?” soal lelaki itu lagi apabila tidak memberi respon.

“Maaf, terima kasih encik sebab baiki jam saya.” Ucap Balqis. Walaupun salah lelaki itu melanggarnya sehingga jam tangannya rosak tetapi lelaki itu sudah membaiki jam tersebut dan membuat hatinya berdebar.

“Baiklah. Saya pergi dulu. Maaf lagi sekali.” Lelaki itu segera meninggalkan Balqis. Balqis tersenyum.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi membuat ingatannya pada lelaki misteri itu hilang. Belum sempat Balqis menjawab panggilan itu, bunyi tersebut berhenti.

“Ala pak cik seorang ni main-main call pula.” Balqis membebel. Baru dia perasan yang waktu bekerja sudah habis. ‘Patutlah sunyi sahaja pejabat ni.’

Balqis segera mengemas meja yang bersepah. ‘Susah juga kalau orang dah suka pada kita. Kita cakap tak nak pun tak faham-faham. Aku rasa dia kena masuk sekolah semula sebab bahasa mudah aku pun dia tak dapat nak faham.’

Bebel Balqis lagi apabila mengenangkan pak ciknya yang begitu sukakannya.

“Balqis!” panggil seseorang.

Balqis mendongak. ‘Kan dah datang pak cik aku ni. Baru disebut, dah sampai depan mata. Hebat betul.’ Kata hati Balqis yang dia sendiri tidak pasti sama ada perli atau pujian.

Balqis hanya diam sahaja.

“Balqis...” panggilnya lagi sekali.

Dahi Balqis sudah berkerut bagi panggilan namanya yang ke dua. ‘Lelaki ini tidak pernah kenal erti jemu ke? Aku ni dah naik jemu tengok muka dia.’

“Ada apa abang sepupu?” kata Balqis hanya berbasi-basi sahaja.

“Eh! Kenapa panggil abang sepupu pula?” kata lelaki itu.

“Okey. Ada apa Tengku Ed Aqil Bin Dato Kamaruddin?” keras sedikit suara Balqis . Dia mengemas meja dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah.

“Eh! Itu nama penuh abang. Janganlah disebut-sebut. Segan abang macam ni?” Ed berkata. Dia gosok-gosok kepalanya. Malu.

‘Apa kena dengan pak cik aku ni? Sedar diri atau tak ni?’ Balqis mengeluh.

“Terima kasih sebab sudi ambil Qis kerja hari ni.” Ucap Balqis.

“Terima kasih aje. Belanja abang makan malam ni boleh?” Ed tersengih.

“Makan kat rumah aje la. Mama dah masak makan malam.” Balqis menolak. Dia sememangnya tidak suka pada lelaki yang suka padanya. ‘Tolonglah! Jangan jatuh cinta padaku!’ jerit hati Balqis.

“Pak cik Cepat la!”

“Hey jangan panggil abang pakcik. Kita beza umur lima tahun aje.” Pesan Ed.

“Tapi pakcik kan pakcik saya.” Sememangnya Balqis suka panggil lelaki itu begitu.

“Ala, panggillah abang sayang ke? Darling ke?” kata Ed. “Abang ni baru 31 tahun. Tak tua lagi tau.”

“Bila masa pula Qis cakap pak cik tua?” Balqis kenakan Ed lagi. ‘Dah mula mengarut pak cik aku ni. Kang aku pula yang berjangkit nanti.’

“Jomlah balik. Lapar ni. Atau pak cik nak buat kem perkhemahan tiga hari dua malam dalam pejabat Qis?” soal Balqis dalam kegeraman.

Ed hanya ketawa kuat. Dia suka mendengar gurau Balqis. Cukup menghiburkan hatinya. Mana mungkin dia tidak akan jatuh cinta pada gadis yang sentiasa membuat dia terseyum.

Ed membuka pintu kereta bahagian penumpang untuk Balqis.

“Terima kasih!”

Ed memandu dengan cermat keretanya.

“Abang tak nak kerja?” Balqis mula bertanya. Dia terasa hairan sejak pak ciknya itu pulang dari luar negara, sentiasa ada bersamanya. Pelik.

“Inilah kerja abang. Abang kena ambil adik abang yang paling abang sayang kat tempat kerja.” Lagi sekali Ed tersenyum.

“Ambil adik?” Balqis terharu dan dia mula mahu menyakat Ed. ‘Sweet aje ayat tu bila aku dipanggil adik.’ Balqis tersenyum.

Belum sempat Balqis berkata apa-apa, pantas Ed menekan brek kereta.

Kreeekkkkk!!!!

Ada sebuah kereta honda dihadapan mereka berdua. Ed hampir-hampir melanggar kereta tersebut.

Akhirnya mereka ke tepi jalan dan begitu juga kereta tersebut.

Ed dan Balqis pun keluar dari kereta untuk melihat apa sudah terjadi pada kereta Honda tersebut.

“Maaf encik dan cik. Tayar kereta saya tiba-tiba bocor.” Kata seorang lelaki.

Balqis tergamam. Dia terkejut. Lelaki itu!

bersambung....

Jangan Jatuh Cinta Padaku Part 1
Penulis : RIA NATSUMI
 http://7pelangicinta.blogspot.com/2012/07/jangan-jatuh-cinta-padaku-part-1.html


Jangan Jatuh Cinta Padaku Part 2
Penulis : FATIAH YADZ
http://7pelangicinta.blogspot.com/2012/07/jangan-jatuh-cinta-padaku-part-2.html

Jangan Jatuh Cinta Padaku Part 3
Penulis :  PUTERI INA
http://7pelangicinta.blogspot.com/2012/07/jangan-jatuh-cinta-padaku-part-3.html

Jangan Jatuh Cinta Padaku Part 4
Penulis : MAJDINA AZHAR
http://7pelangicinta.blogspot.com/2012/07/jangan-jatuh-cinta-padaku-part-4.html

Jangan Jatuh Cinta Padaku Part 5
Penulis : ATIQAG TIGERTOMEY
http://7pelangicinta.blogspot.com/2012/07/jangan-jatuh-cinta-padaku-part-5.html


Jangan Jatuh Cinta Padaku Part 6
Penulis : LELA NURLAILAH VANILA
http://7pelangicinta.blogspot.com/2012/07/jangan-jatuh-cinta-padaku-part-5.html

Jangan Jatuh Cinta Padaku Part 7 (final)
Penulis : ELLYNE ALYANA
(dlm proses)


 


Sunday, 8 July 2012

35
Komen

CERPEN : MR.SKEMA (full)





Farid membetulkan cermin matanya. Tali leher dibetulkan supaya lebih kemas. Bersungguh-sungguh dia mengejar gadis yang pantas berjalan itu. ‘Minah ni tak pandai letih ke?’ detik hati Farid.

“Nur Syafiqah Alia Rashid!” panggil Farid. Alia berpaling. Akhirnya dia mengeluh. ‘Mamat skema ni lagi.’ Naik jemu Alia melihat wajah itu.

“Ada apa mamat skme?” soal Alia. Alia merupakan pegawai kewangan syarikat Farid. Disebabkan jawatan itu mereka sering bertemu.

“Aku cuma nak bertanya. Skema itu apa? Sejenis peribadi yang kacak ke?” Farid cuba meneka. Wajahnya tidak lepas daripada memandang Alia.

“Kau jangan nak terlebih perasan okey...” mahu termuntah Alia mendengarnya kata-kata yang dituturkan oleh Farid. ‘Ayat dalam buku teks ke?’.

“Ala, engkau beritahulah aku. Bukan mudah mahu dapat pujian daripada engkau.” Entah mengapa dia suka mengusik Alia.

“Pujian?” Alia mengeluh. ‘Mamat ni tak sedar ke aku ni mengata dia? Opss! Dosa tau.’

“Itu namanya pujian kalau engkau mahu tahu.”

“Kau balik rumah dan search dengan pakcik google kau tu. Cari perkataan skema tu apa maknanya. Aku pergi dulu!" cadang Alia.

"Pakcik google? Aku mana ada pakcik nama macam tu." Farid keliru.

Alia mengeluh.

“Lantak kau la.” Alia tidak mahu peduli lagi.

“Ala Alia ni....” Farid mengeluh.

Farid pulang ke rumahnya. Dia memandang sekelilingnya. ‘Mentang-mentanglah aku ni bos dia. Dia buat tak kisah aje. Yelah! Kawan sejak kecik! Siap la kau Alia!’

Farid membuka cermin matanya lalu menuju ke bilik air. Dia mahu membersihkan diri dahulu.

Selesai sahaja, dia keluar hanya bertuala sahaja dan terus menuju ke meja besar yang ada dalam biliknya itu. Dia sukakan permainan puzzle. Kali ini dia memilih gambar pemandangan. Ada senyuman yang terukir di bibirnya.





Selepas memakai baju tidur, dia terus menuju ke ruang tamu dan membuka komputer riba miliknya. Dia mula mencari ‘skema’. ‘Jumpa pun!’



Kalau kita sedar, kadang-kadang istilah ‘skema’ ini ditujukan kepada orang yang kemas pemakaiannya dan penampilannya. Bila seseorang itu berkemeja, berseluar slack dan tuck in maka orang tersebut digelar skema. Tetapi ada juga dalam hal lain, orang yang bahasa pertuturannya berbentuk ‘bahasa buku teks’ turut mendapat panggilan skema. Turut tidak terlepas juga bagi mereka yang kebiasaannya jenis mengikut peraturan di sekeliling mereka yang telah ditetapkan untuk mendapat gelaran skema. (http://bentara-khateeb.blogspot.com/2009/03/apa-itu-skema.html)



“Kalau dari segi pakaian tu memang tak boleh lari la sebab aku memang suka pakai kemeja dan yang sesuai dengannya. Nampak kemas sikit kalau macam tu. Itu pun nak panggil aku skema. Apa? Bahasa buku teks? Ini dah melampau. Bahasa formal itu penting dalam urusan perniagaan, selain Bahasa Inggeris. Ala, aku ni skema sangat ke?” akhirnya dia tutup komputer ribanya. Malas mahu menghadap skrin tersebut.




Farid mengeluarkan alat muzik kegemarannya ialah trumpet. Dia terus meniup sehingga ke beranda apartment miliknya. Dia pun pelik kerana dia begitu sukakan bunyi alunan itu. Dia terus meniup sampai dia puas.

Akhirnya dia tertidur dia atas sofa di ruang tamunya

Kring... Kring... Kring...

Bunyi telefon bimbit Farid. Tangan Farid bergerak-gerak mencari di mana datangnya bunyi itu dengan mata yang terpejam.

‘Siapa call aku malam-malam buta ni?’ bisik hati Farid.

“Alia?” makin pelik kerana Alia yang telefon.

“Ada apa ni Alia?” soal Farid.

“Farid, tolong aku!” begitu cemas suara Alia.

“Tolong apa ni, Alia? Tolong tengok ke?” sempat Farid bergurau.

‘Ish, bos skema aku ni memang sengal la.’ Geram Alia.

“Aku kena rompak dekat-dekat kawasan rumah kau ni. Tolong aku. Aku ada depan pak cik kau ni.” Beritahu Alia.

“Pak cik?” Farid sudah keliru. ‘Siang tadi dia sebut pak cik google tapi sekarang ni pak cik mana pula?’ Farid sendiri tertanya-tanya.

“Pak cik pak gurd ni. Dia tak bagi aku masuk ni. Cepat la datang!” marah Alia.

Barulah Farid faham.

“Aku datang sekarang!” trumpet yang tidak sempat disimpannya dibiarkan sahaja atas meja. Dia terus mencapai kunci kereta dan menuju ke tempat pengawal keselamatan.

“Terima kasih tolong aku, Farid.” Ucap Ali sebaik sahaja kelibat Farid kelihatan. Farid hanya senyum. Dia membetulkan sedikit cermin mata tebalnya itu. Tak pernah tinggal cermin mata itu.

“Sama-sama kasih. Aku tolong takat yang termampu.” Balas Farid. “Pak Mail, terima kasih jaga kawan saya ni.” Ucap Farid pula. Pak Mail hanya mengangguk kepala sahaja.

“Engkau nak buat laporan polis ke?” soal Farid. Dia benar-benar bersyukur sebab perompak tu tak apa-apakan Alia. ‘Eh, kenapa pula aku sibuk-sibuk nak risau pasal perempuan ni?’

“Tak apalah. Aku tak suka pergi balai polis.” Ada rahsia yang Alia sembunyikan. “Hantarkan aku balik boleh tak?” pinta Alia.

“Tapi dia rompak segalanya milik engkau. Nasib baik dia tak apa-apa kan engkau.” Farid terasa pelik dengan sikap Alia. Bukankah perkara ni serius?

“Aku tak nak! Aku benci balai polis.” Wajah Alia serius.

‘Serius tapi macam nak nangis. Apa kena dengan Alia ni?’ Farid merenung tajam ke arah Alia. Gadis itu hanya menundukkan wajahnya sahaja.

Mereka bergerak ke tempat letak kereta Farid. Kini mereka berdua sudah berada dalam kereta.

“Kita ke balai polis, sekarang juga.” Tegas Farid. Dia baru mulakan pemanduannya tetapi belum sempat dia hidupkan enjin kereta, Alia pantas keluar dari kereta tersebut.

Farid terkejut. Pantas dia pergi ke arah Alia.

“Alia, engkau okey?” Farid benar-benar risau. ‘Tak pernah pula ada orang anti dengan balai polis? Pelik betul perempuan ini.’

“Aku tak nak pergi. Tolong hantar aku balik. Aku hanya nak balik, Farid.” Alia mencengkam bahu baju Farid. Air matanya mengalir. “Aku tak nak pergi balai polis.”

“Tapi kenapa?” soal Farid. Dia benar-benar ingin tahu.

“Dulu kakak aku pernah kena rogol masa dia pulang dari sekolah. Apabila aku dan keluarga sampai ke balai polis, aku terkejut. Terkejut melihat keadaan kakak aku.” air mata Alia mengalir lagi deras.

“Apa yang terjadi?” skema Farid tetapi dalam hatinya amat berdebar.

“Kakak aku hanya memakai baju sekolah yang warna putih itu. Hanya sehelai pakaian itu sahaja dan dibiarkan duduk di tempat terbuka macam tu. Tanpa diberi kain yang lebih. Tanpa diberi perhatian. Aku tahu polis-polis lelaki yang ada di kaunter asyik menjeling ke arah kakakku yang hanya berpakaian baju sekolah yang nipis dengan tanpa apa-apa di dalamnya. Aku rasakan balai polis tu dah menghina maruah kakak aku lebih dari perogol itu. Maruah kakak aku tidak dijaga oleh pihak yang sepatutnya.” Panjang lebar cerita Alia. Air matanya semakin kurang. Hanya esakkan sahaja kedengaran.

“Tak ada ke polis perempuan yang boleh berikan kain?” Farid faham sudah apa yang di alami oleh Alia. Gadis itu memeluk tubuhnya sendiri. Cuba mengumpul kekuatan. Dia terduduk dengan bersandar pada kereta Farid.

“Tak ada.” Air mata dikesat. Nasib baik ketika itu, dia memakai jaket dan segera dia memakaikan untuk kakak.

“Sekarang kakak engkau okey?”

“Dia dah tiada lagi. Dia pergi bersama keluarga aku. Aku dah tak ada siapa-siapa Farid. Selama sepuluh tahun ini aku hidup sendirian.”

“Sabarlah Alia. Aku akan jaga engkau. Aku akan jaga engkau. Engkau jangan risau.” Kata Farid dengan penuh semangat.

Alia mendongak memandang Farid. Kata-kata itu ikhlas dan tulus dipendengaran Alia.

“Kita pergi buat laporan polis ya? Aku teman engkau. Okey?” pujuk Farid. Akhirnya Alia bersetuju.

Mereka berdua menuju ke balai polis berhampiran. Segala urusan diselesaikan dengan cepat. Beberapa jam kemudian, perompak itu berjaya di tangkap.

Alia terkejut apabila dikhabarkan berita tersebut. Dia pun tersenyum.

*****

Farid menghulurkan satu kad pada Alia. Ketika itu Farid masuk dalam bilik kerja Alia.

“Engkau baca, aku keluar.” Kata Farid setelah meletakkan kad tersebut di atas meja Alia. Alia pula terasa pelik melihat Farid yang sudah keluar dari biliknya.

Perlahan-lahan dia membuka kad tersebut.



Nur Syafiqah Alia Rashid...

Pertama kali aku melihat engkau menangis, hati aku dipagut rasa gelisah, gelabah dan sebagainya. Pelbagai perasaan aku rasakan. Alia, sempena hari lahir engkau yang ke.... ke... (kejap ya. Aku nak tengok profil kau) oh, yang ke-25 tahun. Aku mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir.



‘Gila ke bos skema aku ni? Itu pun nak tulis ke? Aduh!’ Alia mengeluh. Dia menyambung lagi apa yang dia ditulis oleh Farid.



Sudikah kau menjadi isteriku? Isteri Farid Akmal Bin Mohd Aliff.



“Tiba-tiba aje?” kata Alia. Dia benar-benar terkejut.

“Kau mesti setuju kan?” tiba-tiba muncul Farid di depan pintu biliknya.

“Tak romantik la kau ni.” Kata Alia.

“Aku jadi macam ni sebab engkau selalu panggil aku skema. So, cara aku lamar kau pun kena skema juga.” Jelas Farid.

“Ada kaitan ke?” Alia tidak berpuas hati kerana dia dilamar dengan cara itu.

“Dinner nanti kita makan sama-sama okey? Jangan lupa!” Farid terus berlalu. Makin pening kepada Alia.

“Tak syok lansung!!! Benci dilamar macam ni! Tak terharu pun. Sekurang-kurangnya buat la aku menangis. Ish!” muncung Alia sudah sedepa.

*****

Mereka berdua berjalan bersama. ‘Yalah, aku memang suka dengan mamat skema ni, nak buat macam mana. Terima aje walaupun tak romantik langsung. Asyik dengan skema dia aje.’ Alia cuba tersenyum.

“Alia masuk dulu bilik tu, aku nak ke tandas sekejap.” Kata Farid.

“Nak makan pun dalam bilik ke? Ikut ajelah. Orang kaya kan. Ini yang susah!” Alia membuka perlahan-lahan pintu bilik tersebut.

Alangkah terkejutnya dia melihat bilik tersebut. Sangat cantik. Tema warna merah putih adalah sangat menarik. Ada dua lilin berwarna merah yang sememangnya menghidupkan suasana.



Terdapat juga bunga ros merah.

‘Alamak! Romantik gila! Ini baru suasana bilik untuk makan sahaja, belum lagi yang lain-lain. Tak sangka mamat skema tu boleh jadi mamat romantik .’ Alia tersenyum manis.

Dia mula melabuhkan punggungnya atas kerusi sementara menunggu Farid. Senyuman tidak pernah lekang dari mulutnya.

“Maaf lambat. Saya dah order makanan.” Kata Farid.

“Pandai juga kau beromantik. Aku ingat kau ni skema aje yang tau.” Kata Alia.

“Engkau perli aku kan?” Farid berkata.

Alia hanya ketawa gembira. Farid tersenyum. Entah mengapa dia rasa bahagia dengan ketawa Alia. Dia suka melihat Alia begitu.

“Ini hadiah untuk kau.” Farid menghulurkan sesuatu.

“Terima kasih.”

Mereka menjamu selera dengan tenang.

*****

Farid menghantar Alia pulang.

“Terima kasih belanja makan. Seronok dan romantik.” Ucap Alia.

“Sama-sama kasih. Hmmm mana satu bilik engkau?”

“Pelik aje kau tanya soalan ni?”

“Pelik ke? Aku kan bos skema engkau.”

“Ada kaitan ke skema dengan bilik aku?” dahi Alia sudah berkerut.

“Ada...”

“Okey. Bilik aku yang gelap tu.” Tunjuk Alia ke satu arah. Farid tersenyum.

“Okey.”

“Kalau macam tu aku naik dulu. Dah lewat ni. Kau pandu kereta elok-elok tau. Sampai rumah mesej aku.” pesan Alia.

“Baiklah Mrs.Skema.” kata Farid. Alia hanya mampu ketawa dan masuk ke dalam rumah.

Farid terus mulakan misi yang dirancangnya. Dia membuka bonet keretanya lalu mengeluarkan kad manila, pemetik api dan lima puluh batang lilin.

Dia menyusun lilin tersebut dalam bentuk hati dan menyalakan lilin itu. Dia pun masuk ke dalam bentuk hati itu bersama kad manila yang sudah siap di tulisnya.

“Okey kena call ni.” Kata Farid.

Alia pun menjawabnya.

“Alia, tengok luar kejap, I ada something untuk you.” Kata Farid.

‘Apa kena dengan bos skema aku ni? Tiba-tiba aje ber I dan you ni? Dah tak sihat ke? Tengok luar?’ dahi Alia sudah berkerut. Dia mencapai tudung yang dipakainya tadi dan membuka tingkat rumah.

“Ya Allah!” Alia tergamam. Dia menutup mulutnya dengan tangan. Dia benar-benar rasa terharu. ‘Mana Farid dapat idea ni semua?’ dia menahan air mata yang mengalir.

Alia cuba membaca apa yang ditulis oleh Farid.

MARRY ME, ALIA!!!

Lagi sekali Alia tergamam. Tiba-tiba telefonnya berbunyi lagi.

“Sudikah awak kahwin dengan saya?” soal Farid.

“Ya saya sudi.”

“Marilah turun!” ajak Farid.

Sebaik sahaja Alia turun, Farid melutut dan menghulurkan sekotak cincin pada Alia. Ali tersenyum sebab cincin tu meman cantik.

“Terima kasih bos skema... Romantik juga bos ni.” gurau Alia.

“Dah nak jadi suami pun panggil Bos lagi. Baru tau ke?” Farid tidak berpuas hati.

“Kalau macam tu. Mr.Skema. boleh kan?” soal Alia.

“Aduh! Kena ada perkataan skema ke? Suka hati Alia la. MR. SKEMA pun sedap juga.” Farid mengalah. “Jom makan kek. Ada kat bonet kereta. Sekali dengan hari jadi Alia.”

Mereka berdua bergerak ke bonet kereta. Farid keluarkan kotak kek tersebut tapi tiba-tiba sehelai kertas tercicir.

Alia mengambilnya lalu membacanya. Farid tersentap. ‘Alamak! Habislah aku!’



Lokasi : Rumah pasangan anda.
Masa : Malam ( jangan terlalu lewat, nanti anda disangka pencuri pula)
Peralatan : Lilin 30-50 batang, kad manila, maker pen, alatan basic melamar , pemetik api & handphone.
Prosedur:

1. Lokasi mestilah di tempat yang sesuai dimana pasangan anda mampu melihat anda. Contohnya berdepan dengan tingkap bilik beliau atau pun di pintu depan rumah beliau.

2. Sekarang susun lilin-lilin berkenaan yang baru sahaja anda beli di kedai Rm2.00 tadi. Susun ikut bentuk hati , marry me dan sebagainya mengikut nafsu serakah anda.

3. Hidupkan lilin berkenaan. Sekarang lilin berkenaan akan hidup dan berbentuk hati. Selepas itu, masuk kedalam lingkaran lilin tersebut. Kedudukan center ok? elakkan seluar anda dari lilin. Bukan apa, takut menyusahkan pula pasangan anda dan keluarga beliau menghantar anda ke ICU akibat melecur.

4. Baiklah, sekarang keluarkan kad manila tadi. Tulis lah ayat-ayat power melamar anda tu. Tulis besar - besar jika pasangan anda rabun.

5. Sekarang keluarkan handphone canggih anda itu, buat panggilan kepada pasangan anda. Mintalah pasangan anda untuk menjenguk ke tingkap atau keluar sebentar dari rumah. Contohnya " Balqis, tengok luar kejap, i ada something untuk you".(pergh , ayat mesti power.. i you, i you)


6. Okay, sekarang pasangan anda telah menjenguk ke luar tingkap dan telah melihat anda. Sekarang angkat kad manila berkenaan, oh ya kedudukan center paras dada okay?. Biarkan beberapa saat beliau merasa terharu. Selepas itu, angkat kembali handphone anda dan katakanlah pada beliau melalui handphone " marry me Malim" eh silap, "marry me Balqis?"



“Oh, ni kerja kau yer?” kata Alia.

“Ala Alia, jangan marah. Aku kan skema dari dulu, mana pandai nak romantik. Kena belajar la.” Farid mula buat muka sedih.

Pada mulanya Alia mahu marah tapi tak apa la. Farid sudah berusaha untuk jadi terbaik untuknya.

“Tak marah tapi terima kasih tau.”

Mereka pun sambil balas senyuman.

*****

Alia mengeluh. ‘Tension aku tengok MR.SKEMA ini.’

“Tak habis lagi ke cik abang?”

“Kejap la. Lagi satu puzzle aje.” Mata farid pantas mencari lokasi puzzle yang sesuai dengan yang dipegangnya itu.

“Jumpa!” jerit Farid.

“Jom!” Alia sudah lama menunggunya.

“Cepat la abang, mainkan satu lagu untuk Alia.”

“Lagu apa pula?”

“Yelah, abang kan ada Biola. Mesti sweet bunyinya.”

“Biola? Siapa bagitau sayang ni?” dahi Farid sudah berkerut.

“Akak Ria yang bagitau.” Kata Alia. Dia teringat pertemuannya dengan kakak angkatnya itu, Ria, Syanaz dan Zeck. Kata Ria Farid pandai main biola. ‘Akak Ria ni memang nak kena. Siap la jumpa nanti!’

“Bukan biola la tapi trumpet!” akhirnya terjawab persoalan Alia.

“Apa abang? Trumpet!” Alia rasa ingin pengsan. Sah! Suamiku Skema!

MR.SKEMA!