Followers

Monday 31 October 2011

17
Komen

Cover baru SUAMIKU VAMPIRE

24
Komen

Minta pendapat daripada peminat Suamiku Vampire

“Kau marah Lidya?” Haris bertanya. Danish angguk kepala sahaja.
            “Danish, sebelum kau marah kau kena fikir dulu. Kalau kita buat sesuatu tu, cuba kau fikir kesannya ke atas orang lain. Danish, kau kawan aku. Aku cuma boleh nasihat sahaja. Kau tak boleh bersikap pentingkan diri. Tak kanlah kau tak nak buat benda yang simple tu sebab malu? Danish, sebab malu kau jadi begini. Kadang-kadang malu itu boleh memakan diri kita sendiri dan orang lain,”
            “Ingat setiap benda yang orang beri pada kita adalah amanah. Lidya itu amanah kau. Yakni harapan dan kepercayaan yang dia mahu. Bila kita gagal, bermakna kita gagal meletakkan kepercayaan orang pada diri kita. Kau suka ke bila Lidya tak percayakan kau lagi? Suka?!” Haris pula yang mengamuk.
            “Sudahlah tu Haris, kau bagi ceramah macam aku lakukan kesalahan besar,”
            “Tak la. Aku geram dengan kau. Kerja mudah pun kau marah-marah tapi merajuk. Apa kes ni? Macam tak kena? Kalau masuk mahkamah pun, awal-awal lagi kau dah kalah,”
            “Ala, isteri aku terlalu memaksa. Malulah,”
            “Biasalah orang mengindam. Kau janganlah fikir yang bukan-bukan. Orang mengidam ni memang pelik,”
            “Tapi ini dah terlebih pelik,” Danish sudah mengaru kepalanya. Sakit rasa di kepala ini.
            “Sabarlah. Kau kena tunaikan permintaan orang mengandung Danish,”
            “Tapi aku rasa geli la. Hari tu dia suka gigit leher aku. Kan pelik tu,”
            “Apa yang peliknya, kau pun suka kan dulu,”
            “Ala itu aku buat dengan Isteri aku aje,” Danish membela dirinya.
            “Buat aje la,”
            “Geli!” Danish tetap tidak mahu.
            “Dia nak cium perut kau ajer. Apa susahnya?”
            “Ish, malu kalau orang tahu. Tak nak!”
            “Tak berbaloi la kalau kau marah-marah Lidya hanya sebab tu sahaja,”
            “Aku tak kisah kalau dia nak mengidam nak makan apa. Aku memang tak kisah tapi sekarang dia mengidam nak makan aku pula. Mana boleh! Geli!”
            “Aku pun tak tahu nak pujuk kau macam mana,”
            “Tak payah pujuk. Okla. Aku balik dulu. Kesian Lidya duduk sorang-sorang di rumah,” Danish sudah berdiri.
            “Mia, abang balik dulu!” jerit Danish.
            “Minum dulu, abang Danish,” ajak Damia.
            “Tak apa. Abang datang singgah sekejap sahaja.

Friday 28 October 2011

8
Komen

Sekali Lagi ku Pergi....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini ria akan ke kem di Komenwel, Selayang. dan kali ini juga Ria wajib bermalam dalam hutan. mula pukul 9 malam hari sabtu sampai esok pagi ahad....

Cuma satu ria pinta...doakan keselamatan Ria.. walaupun hati ini berdebar tiap kali memikirkan perkara ini tapi hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya.

Semoga Ria selama pergi dan selamat pulang untuk meneruskan penulisan ria..

terima kasih semua... Waalaikumusalam...^_^

Thursday 27 October 2011

34
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 24 siri 2

Damia tersedar daripada lamunannya. Dia sudah kembali ke dunia realiti dan Haris yang dihadapannya dipandang sayu tetapi sampai bila dia harus begini. Disebabkan geram, Damia mencurahkan air sabun ke lantai tandas.
Pantas Haris mengelaknya. Dia ingin tergelak melihat tingkah laku Damia.
“Bos dengar tak apa yang saya cakap? Jangan kacau saya buat kerja. Shuh! Shuh! Pergi la!” Damia menghalau Haris macam halau kucing sahaja. ‘Eh, mana dia nak pergi sebab dia kan king kong. Kucing dengan king kong memang beza.’
Haris ketawa.
“Bos, ingat saya buat lawak antarabangsa ke? Gelak! Gelak! Gelaklah sampai sesak nafas ye?” menyampah Damia mahu melayan Haris.
“Kau memang lucu la, Mia. Bila kau marah lagi sweet la. Aku suka!” puji Haris. “Macam mana aku mahu menahan diri daripada tak suka kau. So, nasib kaulah kalau aku suka kau. Kau jangan lari pula.” Sambung Haris lagi.
Sakit hati Damia mendengarnya.
“Jom kahwin dengan aku! Kau tentu dah fikirkan lamaran aku.” Ajak Haris seperti mengajak orang pergi makan sahaja. Damia geram!
“Lamaran apa pulak ni?” Damia bertanya pelik.
“Lamaran jadi isteri aku la.” Selamba Haris.
“OMG! OMG! Oh tuhanku! Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Tolonglah beri BKK ini sedikit kefahaman  mengenai situasi yang berlaku sekarang.” Doa Damia. ‘Alamak! Aku kan dalam tandas, tak baik berdoa seperti itu.’ Damia beristighfar dalam hati.
“Kau berdoa apa tu? Kebahagiaan kita ke? Baiklah, aku aminkan sahaja.” Dia meraup wajahnya. Haris sememangnya gembira pada hal dia tidak faham sindiran Damia.
Haris tersenyum manis.
‘Apa kejadah la BKK seorang ni.’ Damia terus mengemop lantai tandas. Sengaja Damia menjirus-jirus air sabun ke arah Haris.
‘Lelaki seorang ini memang tak reti bahasa, orang dah tulis, dilarang masuk. Lagi mahu masuk!’ geram sungguh hati Damia.
Haris mengelak apabila melihat gaya Damia seperti mahu mandikan dia dengan air sabun sahaja. Bimbang juga ada yang basah nanti.
“Mia, hari ni kan hari ahad. Kenapa kau datang kerja jugak?” soalnya kepelikkan.
“Sebab aku nak cutilah esok!”
“Cuti kenapa pula?”
“Cuti nak pergi honeymoon dengan abang Danish.” Sengaja Damia berkata begitu. Haris cuba mengawal air mukanya yang jelas kecewa.
“Siapa bagi kau kelulusan cuti. Aku tak bagi!” kata dia terus berlalu. Damia terkejut. ‘Tidak sangka betul BKK pun pandai merajuk.’
 ‘Takpe kau, Mia. Aku akan dapatkan kau jugak. Tunggu aje. Nanti waktu tu kau yang akan cari aku. Mengharap kasih dan cinta daripada aku.’ Haris ketawa gembira.
*****
Lidya tersedar daripada mimpinya. Indah sekali. Danish! Danish sedang tidur disebelahnya dan memeluk tubuhnya erat.
            ‘Ingat aku ini anak patung ke?’ tetapi Lidya lebih tertarik untuk menatap wajah Danish. Wajah itu memang memikat hatinya.
            Tiba-tiba Lidya terasa pelukan itu semakin erat. Jelas menunjukkan Danish tidak tidur dan dalam keadaan sedar.
            “Abang! Abang! Bangunlah!” kejut Lidya. Dia betul-betul tidak selesa. Danish tersedar.
            “Sayang dah tak demam ke?” tangannya menyentuh dahi Lidya. Suhunya biasa.
            “Tak demam dah. Jom pergi makan di rumah ummi. Rindu pada ummi.” Ajak Lidya.
            “Boleh tapi ada syaratnya.”
            “Apa dia?”
            “Malam ni tidur pakai baju tidur abang hadiahkan tu.” Kelat sahaja muka Lidya. Dia sebenarnya malu mahu pakai baju tersebut tapi dia bersetuju sahaja.
*****
Mereka sampai juga di rumah Umi Kalsom.
            “Sayang masuk dulu. Abang nak isi minyak kereta sekejap.” Kata Danish. Lidya hanya angguk kepala sahaja.
            Belum sempat Lidya memberi salam, dia terdengar perbulan Umi Kalsom dengan seseorang dalam talian telefon.
            “Baiklah kak, Som cuba bagitau dia sendiri. Baiklah sudah petang ni. Nanti beerhubung lagi. Telefon dimatikan.
            “Bagitau apa ni ummi?” Terus sahaja Lidya bertanya. Dia rasa tidak sedap hati.
            “Eh, Alya! Kenapa datang tak bagitau ummi. Boleh ummi masak-masak.” Umi Kalsom cuba menyembunyikan sesuatu.
            “Ummi...” agak manja suara Lidya. Dia merayu.
            “Mana Danish?” Umi kalsom mengubah topik lagi. Lidya mula rasa tidak senang hati dengan sikap Umi Kalsom seperti ada sesuatu.
            “Abang Danish pergi isi minyak sekejap. Ummi tidak percayakan Alya?” soal Lidya dengan tiba-tiba.
            “Eh, kenapa Alya tanya ummi begitu. Mestilah ummi percaya anak ummi.” Senyuman Umi Kalsom seperti tidak ikhlas. Lidya tidak nampak sinaran mata yang selalu dia nampak dalam pandangan mata Umi Kalsom.
            “Betul ummi tak sembunyikan apa?” Soal Lidya lagi.
            “Betul...” kata Umi Kalsom sambil bergerak ke dapur. Lidya mengikut Umi Kalsom. Hatinya berdebar kencang. Dia rasa tidak sedap hati.
            “Assalamualaikum, ummi!” Danish memberi salam. Dia bersalaman dengan ibu mertuanya yang baik hati.
            “Waalaikumusalam. Bertambah kacak menantu ummi ini.” Puji Umi Kalsom. Lidya masih memandang Umi Kalsom. Dia yakin yang Umi Kalsom ada menyembunyikan sesuatu daripadanya tetapi apa? Dia tiada jawapan bagi persoalan itu. Biarlah dulu.
            Lidya membasuh pinggan yang ada dalam singki. ‘Rajin pula aku rasa saat ini.’ Leka sangat dia membasuh.
            “Aarrghhhhh!” Lidya terjerit apabila Danish tiba-tiba memeluk pinggangnya. Lidya ingat Danish berbual dengan Umi Kalsom.
            “Abang la. Itu pun nak terkejut. sayang fikirkan apa? Jangan lupa malam ni kita ada meeting.”
            “Meeting apa pula ni?”
            “Meeting mengenai Zafri. Sayang wajib ada!” tegas sekali suara Danish.
            “Baiklah! Mana ummi?” Lidya bertanya.
            “Ummi sembahyang zohor sekejap. Alya, tengok abang sekejap...” perlahan-lahan Lidya berpaling dengan kedua belah tangannya masih berair sabun.
            “Chup!” Danish mengucup bibir Lidya dengan pantas sekali.
            “Abang!” amuk Lidya. “Ingat sikit perjanjian kita.”
            “Ok. Tak buat lagi!” kata Danish lalu ke ruang tamu untuk berehat.
            Lidya tersenyum bahagia dalam hati. Danish memang baik. Dia suka cara Danish mendekatinya.
            “Danish...” Lidya meneruskan basuhan yang tertangguh tadi.
31
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 24 siri 1

Hati Danish memang terasa hati dengan Lidya ketika gadis itu meninggikan suara. Sudah lama dia bersabar dengan hubungan mereka. Tapi sekarang kenapa dia tidak boleh bersabar dengan sikap Lidya.
            “Kesabaran pun ada batasnya.” Ada suara hati yang lain menjawabnya. Danish mengeluh. Dia mengacau bubur ayam untuk Lidya. Itu sahaja makanan yang sesuai untuk orang yang sakit seperti Lidya.
            “Sedapnya!” Danish memuji masakan sendiri. Segera dia menghidang dalam dulang dan membawanya ke bilik Lidya berehat.
            Perlahan-lahan dia membuka pintu. Terkejut juga dia melihat Lidya sudah menukar baju jubahnya kepada baju tidur. Lena betul Lidya tidur. Danish tersenyum. Ada ketenangan di wajah itu.
            Dia meletakkan makanan tersebut di meja lampu. Perlahan-lahan Danish memanjat katil dan ketika itu juga Lidya tersedar.
            ‘Apa laki aku nak buat ni? Kenapa dia tak kejut aku bangun?’ Hati Lidya berdebar-debar. Matanya masih terpejam. Teringin juga dia mengintip Danish. Lidya buat-buat seperti masih tidur.
            Dibelai pipi Lidya dengan tangan Danish yang kasar itu. Terasa sejuk pipi comel itu. Danish tersenyum bahagia. Dia rasa bebas dan kemarahan reda dengan sendirinya.
            Lidya terkejut juga dan hatinya berdebar kuat. Dia cuba mengawal perasaaan itu.
            Danish dengan beraninya mengucup bibir Lidya walaupun gadis itu sedang tidur. Lidya terkaku. Jika dia tersedar maka perjanjian mereka akan terbatal. Akhirnya, Lidya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
            Danish tersenyum gembira. Perlahan-lahan  dia mengoncang tubuh Lidya supaya gadis itu sedar. Muka Lidya merah. Dia masih malu dengan tindakan suaminya tadi.
            “Kenapa muka sayang merah? Demam lagi ke?” Danish menyentuh dahi Lidya. Suhunya sederhana. Tidak terlalu panas.
            “Tak sihat kot.” Lidya memberi alasan.
            “Makan ubat dan tidur.” Arah Danish. Danish tetap melayan Lidya dengan baik. Selepas makan dan menelan ubat demam, Lidya menarik tangan Danish yang sudah berdiri untuk ke dapur.
            “Tunggu sekejap, abang.” Pinta Lidya yang kini mengengam erat tangan kanan Danish dengan kedua belah tangannya. Danish tidak jadi pergi lalu duduk dibirai katil.
            “Ya...”
            “Alya nak minta maaf sebab meninggikan suara pada abang tadi. Tak ada niat pun. Abang jangan merajuk lama-lama tau?” Lidya ingin menangis pula.
            “Abang dah maafkan pasal tu tapi pasal satu lagi, tunggulah. Lidya kena masuk mahkamah Vampire. Ketua hakimnya adalah Abang.” Ketawa manja Danish apabila dia bergurau seperti itu. Lidya pub ingin tergelak.
            “Alya ada peguam bela tak?” soal Lidya yang juga senang dengan gurauan Danish.
            “Tak ada! Sayang tak boleh bela diri dan hanya bukti-bukti sahaja yang boleh bela, Alya.” Kata Danish. “Sudahlah. Sayang tidur. Nanti kita bincang lagi tapi sebelum tidur, solat subuh dulu yer?”
            “Baiklah bos!” kata Lidya.
            ‘Lama aku tak dengar dia gelarkan aku bos. Rindu pula sebab masa tu kami tak ada banyak masalah. Alya, abang rindu sangat pada sayang!’ hatinya berkata apabila Lidya sudah hilang menuju ke bilik air. Lemah sahaja pergerakkannya.
*****
Damia sedang mengemop lantai tandas. Dia memilih waktu pagi untuk membersihkannya. Pagi dan petang supaya kebersihan tandas terjamin.
            “Aku sudah pandai cuci tandas. Itulah kejayaan yang aku mahukan.” Damia berkata bersendirian. Ada senyuman meniti dibibir gadis aktif itu.
            Damia menyanyi perlahan. Dia mendengar muzik menggunakan handfree.
            “Mia!” ada orang menegur Damia tetapi dia tidak mendengar sebab telinganya sudah disumbat oleh benda alah kecil itu.
            “Damia!” lagi kuat suata BKK di pendengaran Damia. ‘Pakai benda alah ni pun, suara dia boleh dengar. Hebat!’ Damia memandang Haris lalu menanggalkan benda yang disumbat dalam lubang telinganya.
            “Wahai Encik Haris Akmal, tolonglah jangan kacau saya. Saya tengah bekerja ni. Kang tak pasal-pasal ada orang sarapan makan mop tandas!” Damia memang geram dengan BKK seorang ini. Rajin betul kacau dia apabila dia mencuci tandas. Dia teringat peristiwa  empat hari yang lepas....
*****
‘Aku memang tak nak jumpa dengan Haris sejak kena tampar dengan bekas buah hatinya. Ish, geramnya!’ Damia betul-betul berasa geram dengan majikannya itu. Gara-gara dia, Damia mendapat penampar percuma.
            “Pedulilah!”
            Ini kali pertama Damia mencuci tandas. Sudahlah tenaga pakar terpaksa pulang ke kampung. Tinggallah tenaga tidak pakar langsung untuk mencucinya.
            “Hari ni aku terpaksa mencuci tandas lelaki. Tak pernah-pernah aku cuci tandas. Tandas rumah sendiri pun orang gaji yang cuci. Aku ni betul-betul tercapai visi, misi dan matlamat untuk mencari pengalaman dan pengetahuan. Mencuci tandas pun masuk senarai aku. Cuci aje la.”
            Sebelum cuci, Damia sudah meletakkan tanda orang sedang cuci tandas. ‘Sebenarnya aku tak tahu apa nama benda alah warna kuning tu. Disebabkan mak cik yang baik hati tu tak ada. Aku cuci tanda ikut cara aku. Yelah, tak pernah cuci tandas.’
            “Damia menyabunkan seluruh lantai dalam tandas itu. Berbuih putih!” Damia berasa seronok dan leka mencuci.
Tiba-tiba seseorang masuk ke dalam tandas tu. ‘Mesti lelaki! Memang la lelaki, ni kan tandas lelaki.’ Buat lawak pula si Damia ini.
 Lelaki itu seperti tergesa-gesa hendak ‘membuang’ gayanya. Damia tidak peduli itu semua. Dia terus cuci dan cuci. Apabila Damia hendak bersihkan semua buih-buih sabun itu, lelaki tersebut keluar dan dia tergelincir.
            “Hahahaha!” Damia ketawa tidak ingat dunia. Dia rasa lucu sekali.
            “Aduh!” jerit lelaki itu. Dia gosok-gosok punggungnya yang terasa sakit. ‘Alamak! Pengarah besar! Habis aku.’ Ketawanya berhenti terus.
            “Damia!” panggil Haris mengejut apabila ternampak sahaja muka Damia. Gadis itu hanya tersenggih. “Tolong aku bangun, Mia,” pintan Haris.
            “Tak larat la pengarah besar sebab badan besar sangat macam king kong,” jelas Damia. Haris buat muka berkerut.
            “Sedapnya mulut cakap aku king kong. Sudah! Tolong aku cepat. Seluar aku dah basah ni,” kata Haris sambil menghulurkan tangannya.
Damia serba salah sama ada mahu menyambut huluran tangan itu atau tidak.
‘Tolong orang yang dalam kesusahan. Tak apa la. Kecemasan.’ Akhirnya Damia menyambut tangan itu juga. Haris menggengam kukuh tangan Damia.
Pantas Damia menarik Haris tetapi apa yang terjadi? Badan Damia ditarik ke arah Haris bagaikan ada magnet. Badan gadis itu tercampak ke arahnya. Muka Damia betul-betul tersembam kat dada dia yang bidang. Haris ketawa.
‘Miang sungguh pengarah besar aku.’ Apabila Damia cuba bangun, Haris tahan tubuhnya dan saat itu mata kami bertentangan. Kami berpandangan tanpa berkelip. Bagaikan sama-sama sudah jatuh cinta ketika itu. Hati Damia berdebar kencang.
Perlahan-lahan Haris memegang tangan Damia lalu menciumnya. Terkejut Damia. Matanya bulat.
            “Pengarah besar, tangan saya ni bekas cuci tandas. Sanggup bos cium,” kata Damia. Muka Haris memang kelat. Damia ketawa gila. Haris pula buat muka geli. Rosak adengan romantik itu. Sudahlah dalam tandas.
‘Tak kena tempat betul nak mengorat aku. Kalau dah miang tu, tak kisah mana-mana tempat pun. Asalkan dapat. Teruk betul lelaki ini.’ Tiba-tiba Damia teringatkan seseorang.
“Afkhar Fakhrizzaki....” nama keramat itu yang terkeluar daripada mulut Damia tanpa dia sedari. Haris yang mendengarnya timbul perasaan cemburu tiba-tiba.
“Damia!” Haris cuba menyedarkan Damia. Damia terpana. Terlalu lama nama tersebut tidak disebutnya.
            Kami berdua cuba bangun. Akhirnya berjaya juga. Haris keluar dengan muka yang merah. Memang senang sangat hendak tahu muka orang malu. Damia teruskan mencuci tandas dan siap juga. Dua jam dia mencucinya.
“Kesian la orang nak ‘ter’ dan ‘ter’ sebab aku kunci dari dalam tak bagi sesiapa pun masuk. Takut jadi kes macam pengarah besar.” Katanya sambil tersenyum.
*****
“Damia!” Haris memanggil namanya. Haris suka melihat Damia marah manja-manja begitu. ‘Apa yang difikirkan gadis ini? Tiba-tiba sahaja termenung.’ Haris menggaru-garu kepalanya.
Damia tersedar daripada lamunannya. Dia sudah kembali ke dunia realiti dan Haris yang dihadapannya dipandang sayu tetapi sampai bila dia harus begini. Disebabkan geram, Damia mencurahkan air sabun ke lantai tandas.
Pantas Haris mengelaknya. Dia ingin tergelak melihat tingkah laku Damia.
“Bos dengar tak apa yang saya cakap? Jangan kacau saya buat kerja. Shuh! Shuh! Pergi la!” Damia menghalau Haris macam halau kucing sahaja. ‘Eh, mana dia nak pergi sebab dia kan king kong. Kucing dengan king kong memang beza.’

Sunday 23 October 2011

25
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 23 siri 2

Danish tertidur dalam keretanya akibat terlalu sedih dengan apa yang terjadi. Dia tidak jadi pulang ke rumah. Dia tidur dengan perasaan marah.
            “Danish, tolong Alya!” Rayu Lidya.
            “OH,TIDAK!!!” Danish tersedar dari mimpi buruknya. Lidya dalam bahaya. Lidya merayu padanya. Lidya meminta bantunya. Tapi kenapa dia hanya memandang Lidya sahaja. Danish beristighfar dalam hati. Diraup mukanya berkali-kali.
            “Lidya Alya....” hati Danish kembali sakit apabila teringat akan Zafri. Bengkak hatinya. Dia masih di dewan tersebut. Mesti mama dan papa mengamuk sebab mereka berdua tiada di majlis makan tersebut.
            Danish menuju ke tandas lelaki yang sememangnya berhampiran dengan tandas perempuan.
            “Dukkk!!!!” bunyi sesuatu. Hati Danish berdebar kencang. ‘Bunyi apa tu?’
            Bunyi tersebut datang dari tandas perempuan. Danish kuatkan hatinya dan perlahan-lahan dia membuka pintu tersebut.
            Sedikit lagi tangannya ingin mencapai tombol pintu bilik air tersebut.
            “Siapa tu?!” seorang lelaki menegur Danish.
            “Hah!” terkejut Danish.
            “Oh, tuan Danish rupanya. Tuan buat apa malam-malam di dewan ini? Acara pun sudah lama habis.” Tegur pak cik Zul yang menjadi pengawal keselamatan di bangunan dewan tersebut.
            “Pak cik! Tak ada apa-apa. Saya tertidur dalam kereta tadi dan terasa mahu membuang pula.” Danish ketawa kecil dan malu. Dia meminta diri untuk pulang.
            Hati Danish tidak tenang. Dia sampai juga di rumah tetapi Lidya tiada. Dia pergi meneguk sebotol air mineral sejuk yang ada dalam peti sejuk.
            Hatinya panas walaupun dia sedang meneguk air yang sejuk.
            “Ke mana Alya?!” geram Danish. Dia membaling botol mineral yang masih bersisa itu ke dinding. Dia betul-betul mengamuk.
            “Alya!”
*****
Lidya gagahi juga untuk bangun. Dia mencapai tombol tandas tersebut apabila terdengar Danish berbual dengan seseorang.
            “Danish tolong Lidya!” Suaranya tersekat. Air matanya mengalir deras. Dia rebah kembali.
            “Danish!” hanya jeritan dalam hatinya sahaja bergema. Perlahan-lahan dia cuba bangun lagi dan dia berjaya keluar daripada bilik air tersebut.
            Tudung labuhnya berkedut akibat terlalu lama dia berbaring atas lantai tandas. Kepalanya masih pening tapi dia gagahi juga berjalan.
            “Tok! Tok!” Lidya mengetuk pintu bilik pengawal keselamatan tetapi belum sempat lelaki tua itu membuka pintu, Lidya terduduk kepenatan.
            Pak cik Zul mengintai daripada tingkap pondok pengawal. Dia berasa pelik kerana tiada sesiapa pun. Lagi sekali pintu tersebut diketuk.
            Berdebar hati pak cik Zul. Fikirannya sudah bercelaru memikirkan yang bukan-bukan. Pak cik Zul membuka juga pintu tersebut.
            Terpana dia melihat Lidya. Dia kenal perempuan itu. Isteri kepada Danish.
            “Puan tidak apa-apa? Saya minta anak saya hantarkan puan pulang.”
            “Tidak perlu. Terima kasih. Boleh saya pinjam telefon sekejap?”
            “Boleh!” belum sempat Pak cik Zul menghulurkan telefon ada seseorang menegur Lidya.
            “Lidya! Apa sudah jadi dengan you?” soal Zafri entah muncul dari mana. Lelaki itu membantunya membawa ke hospital di ruang kecemasan. Lidya termenung. Zafri sedang mengambil ubat-ubat untuknya di kaunter.
            Lidya teringin sekali menghubungi Danish tapi dia baru tersedar yang dia tidak ingat nombor telefon bimbit Danish.
            “Zafri, you ada nombor telefon bimbit Danish tak? I nak hubungi dia. Nak beritahu keadaan I sekarang.”
            Berat sekali Zafri untuk memberi telefon bimbitnya tapi dia perlu akur juga. Lidya bukan untuknya.
            Puas Lidya menghubungi Danish tetapi lelaki itu tidak juga menjawabnya.
            “Tak dapat ke?” soal Zafri. Lidya hanya mengangguk kepalanya. “Cuba lagi!” Zafri terus memberi semangat. Lidya cuba tapi kali ini terus tiada bunyi.
Air mata Lidya mengalir tanpa dipinta. Disaat begini dia mengharap Danish yang menemaninya dan bukan lelaki ajnabi seperti Zafri.
            “Sabarlah Lidya. Mungkin Danish tidur tu,” nasihat Zafri. Dia tersenyum.
            “Terima kasih.” Lidya membalas senyuman Zafri.
****
Danish membaling telefon bimbitnya apabila tertera nama Zafri di skrin telefonnya. Marah membuak-buak. Dia takut untuk menjawab panggilan itu. Takut Lidya mengecewakan dia. Baru sahaja mereka bahagia. Kuatkanlah hati Danish.
            Hancur berkecai telefon bimbit Danish. Dia memandang sepi. Hatinya sunyi tanpa Lidya Alya. Semalaman dia tidak dapat menatap wajah gadis lembut itu. Dia menatap pagi yang indah. Jam menunjuk pukul 5 pagi. Dia menjenguk ke luar beranda. Dari jauh dia nampak Lidya turun daripada kereta milik Zafri.
            Syaitan tersenyum gembira apabila kaum Adam dikuasai oleh kemarahan. Danish marah! Dia tidak dapat menahan kemarahannya.
Lidya mengetuk perlahan pintu rumahnya. Dia ternampak kelibat Danish diberanda tadi. Dia tahu Danish akan meletup tapi bukan salahnya.
Danish membuka pintu dan terus menarik Lidya ke dalam rumah. Mereka kini sudah berada di ruang tamu. Pandangan mata Danish sangat tajam. Wajahnya pucat.
‘Aku rindu wajah Danish yang pucat itu.’ Bisik hati Lidya. Akhirnya Danish bersuara...
“Kau curang dengan aku!” marah sudah mengusai diri Danish. Terpana Lidya.
“Curang? Apa yang abang merepek ni?” Lidya cuba membela dirinya. Dia duduk atas kerusi embuk. Rasa lemah seluruh badannya.
“Kalau sayang tak suka abang. Terus terang sahaja tapi tolong jangan mainkan perasaan dan cinta abang. Sampai hati Alya buat abang macam ni. Abang menyintai Alya sepenuh hati abang. Tiada apa yang abang pinta hanya Alya terus setiap disisi abang tapi Alya sudah mengecewakan abang dengan keluar bersama lelaki bernama Carl Zafri itu!” Kata Danish. Bahasa kasarnya tadi sudah berubah apabila melihat wajah pucat Alya.
‘Alya tidak sihat ke? Tapi kenapa?’ hati Danish terdetik.
“Alya....” Lagi sekali Lidya gagal untuk memberitahu perasaannya. Lidya terkaku dengan tindakan Danish.
Tiba-tiba Danish melutut depannya dan menyentuh lembut dahinya. Satu tangan di dahi Lidya dan satu tangan lagi di dahi Danish. Ingin ketawa Lidya melihat tingkah lagi Danish tapi ditahan sahaja. Emosi Danish memang tak stabil. Kejap marah. Kejap sedih. Kejap romantik. Kadang-kadang Lidya tidak dapat meramal apa lelaki ini ingin lakukan.
“Demam!” suara tegas Danish kedengaran.
“Alya tak apa-apa.” Perlahan dia menepis tangan Danish dari terus menapak di dahinya. Dia berasa malu.
“Nanti kalau dah sihat, kita sambung perbincangan tertangguh ini. Jangan ingat abang dah lupa apa yang Alya sudah buat. Amaran keras daripada abang, abang tak suka Alya bersama, bercakap dan apa sahaja yang berkaitan dengan Zafri. Ingat tau?!” pesan Danish.
Belum sempat Lidya menjawab persoalan tubuhnya diangkat dengan dua tangan Danish. Cepat-cepat Lidya berpaut pada leher Danish.
“Abang....” Berkerut sudah Lidya. Sebenarnya dia masih tidak faham mengapa Danish benci sangat dengan Zafri.
“Mulut tu jangan bercakap. Kang abang cium nanti. Nak tunggu sayang cium, berzaman la jawabnya.” Bebel Danish. Lidya terasa pelik. Inilah lelaki pertama yang dia pernah jumpa kuat membebel. Sakit juga telinga Lidya. Mengalahkan uminya.
“Tapi...”
“Tapi apa?”
“Tapi....Alya tak demam sangat, abang. Janganlah layan Alya macam ini.” Dalam hati Lidya, dia masih terasa mengenai tuduhan Danish. Walaupun kepalanya betul-betul sakit tetapi kekusutan ini harus diselesaikan secepat mungkin.
“Jangan degil boleh tak? Sekali sekala dengar cakap suami boleh tak? Ini tidak. Hendak melawan sahaja. Ingat suami ni tiada perasaan ke? Eh, abang juga ada perasaan. Biar abang jaga sayang. Sayangkan demam.” Bebelnya lagi.
‘Bernanah telinga aku mendengar laki sendiri banyak cakap!’
Tanpa Lidya tahu, Danish menjadi seorang yang banyak cakap apabila dia berasa sangat marah. Tidak sanggup Danish ingin memarahi Lidya dengan keadaan isterinya yang lemah.
“Abang cukuplah tu!” tinggi suara Lidya. Ketika itu Danish baru sahaja meletakkan Lidya atas katil. Danish merenung wajah Lidya. Lidya rasa bersalah meninggikan suara seperti itu.
“Abang masak bubur untuk Lidya. Rehatlah dulu.” Katanya terus berlalu. Lidya pejamkan mata seketika.
“Lelaki ini memang.......!” geram Lidya. Dia akan meminta maaf pada Danish nanti. Selepas itu dia pun tertidur. Dia berharap maafnya diterima.

Friday 21 October 2011

6
Komen

TERIMA KASIH PADA YANG TERUS MENYOKONG RIA NATSUMI

ASSALAMUALAIKUM....

terima kasih kepada peminat-peminat e-novel SUAMIKU VAMPIRE, CINTA KE? dan SAYA PEMINAT AWAK. terima kasih banyak-banyak. kerana sokongan anda semua la yang membuat ria bertahan sampai sekarang.

cover ini ria hadiahkan kepada anda kerana selama ini menyokong ria...selama 5 bulan ria menceburi bidang penulisan secara aktif ini banyak pengalaman yang ria perolehi.

dapat kawan2 baru, dapat berkenalan dengan penulis yang hebat, dapat kongsi idea dan sebagainya...suka dan duka akan ria harungi...doakan kejayaan ria...terima kasih...

Thursday 20 October 2011

8
Komen

COVER : CINTA KE? Zeck..

Zeck atau nama sebenarnya ialah Nabil Fikri. mempunyai bentuk badan yang gagah dan suka bergaya. sejak dia ditinggalkan Ria Aryantie, dia berubah sikap. suka berfoya-foya.

Setelah sekian lama tidak berjumpa Ria, kini jodoh mereka bersama. peluang itu tidak akan dilepaskan oleh Zeck. memiliki Ria adalah maklamat yang wajib dicapai.

Sikapnya suka merenung wajah Ria sejak berkahwin. hal ini kerana dia suka melihat wajah Ria yang manis itu. cermin mata mesti dipakainya.

Zeck seorang lelaki yang kuat cemburu sehingga Ria tidak tahu bagaimana cara untuk bercakap Zeck. Zeck suka kejutan dan hadiah. peliknya lelaki ini.

jemput baca penulisan Ria ....e-novel yang bertajuk Cinta Ke? harap dapat memberi sokongan selain novel Suamiku vampire. terima kasih kepada semua yang sudi beri sokongan kepada Ria.

Terima kasih...

Wednesday 19 October 2011

20
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 23 siri 1

Mereka berdua bersolat. Usai sahaja, mereka berdua lepak seketika di halaman rumah mereka. Danish menyiram pokok-pokok bunga yang ada manakala Lidya menyiapkan minum petang. Terasa bahagia disegenap hati mereka berdua.
            “Abang, mari minum!” panggil Lidya. Dia menghidang makanan dan minuman atas meja makan di dapur. Ringkas sahaja hidangannya.
            Danish makan tanpa banyak soal atau mengomel. Lidya terasa hati. Selalunya Danish akan mengomel mengalahkan Umi Kalsom tetapi kini diam seribu bahasa.
            “Selalu abang mengomel. Hari ni senyap. Kenapa?”
            “Sebab...” Danish hentikan kunyahan cucur udang tersebut dan mendonggak Lidya yang sedang menuangkan air. Lama juga dia merenung Lidya. Dia betul-betul bahagia apabila Lidya bercakap lembut dan bersopan dengannya.
            “Tiada apa-apa.”
            Dahi Lidya sudah berkerut. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi dan meneguk sedikit air kegemaran suaminya.
            Tiba-tiba Danish mengambil air minuman Lidya dan meneguknya. Muka Lidya sudah merah apabila dia teringat kata-kata Danish pagi tadi.
            “Malam ni sayang nak pakai baju mana?” soal Danish. Dia meneguk lagi.
            “Pakai jubah kot. Tak sure sebab tak banyak baju nak pergi majlis seperti itu.”
            “Sayang pakai apa pun cantik!” puji Danish. Dalam hati Lidya sudah berbunga-bunga macam berada di taman bunga pula. Sejak bila pula dia jadi minah bunga ini?
            Lidya bagaikan orang lain. Dulu dia tidak suka Danish dan bersikap dingin tapi sekarang setiap kata-kata Danish dia nantikan. Dia berasa senang bersama lelaki itu yang sebenarnya. Tapi dia malu untuk melakukan dalam perbuatan atau melahirkan dalam bentuk kata-kata.
            Mereka bersiap selepas menunaikan fardu Maghrib secara berjemaah.
            “Tak pernah tengok pun baju ni? Baju yang abang bagi dulu mana?”
            “Baju yang abang bagi tu, Alya simpan dalam almari lagi. Terima kasih.” Ucap Lidya. Dia sayang sangat dengan baju itu.
            Lidya teringat semasa awal perkahwinan mereka. Dia mendapat hadiah jubah daripada Danish dan juga daripada Zafri. Tetapi tanpa Danish tahu, jubah itu amat bermakna bagi Lidya sehingga dia tidak tergamak untuk memakainya. Amat istimewa. Dia akan memakainya apabila mereka berdua sahaja.
            Lidya sengaja memakai jubah pemberian Zafri.
            Tanpa pengetahuan Lidya juga, Danish terasa dengan sikap Lidya seperti melebihkan Zafri berbanding dirinya. Serius! Dia betul-betul terasa hati dengan apa yang berlaku sekarang.
            “Jom kita pergi!” Ajak Lidya. Dia sedang memakai stoking tetapi Danish masih duduk di sofa sambil menonton TV.
            “Tadi abang kata dah lewat. Jomlah. Alya dah siap ni!” geram juga hati Lidya melihat sikap Danish. Dengan malas sekali Danish bangun dan menuju ke kereta kesayangannya.
            Lidya mengunci pintu rumah dan pintu pagar.
            Di dalam kereta, Danish diam seribu bahasa. ‘Apa kena dengan laki aku ni? Petang tadi bukan main lagi ceria. Malam ni pula muka macam mati anak sahaja lagaknya.’ Pening juga kepala Lidya memikirkan tentang Danish.
            “Abang OK?” kata Lidya sambil tangannya menyentuh paha Danish. Danish terkejut. Dia menjeling sedikit untuk melihat wajah Lidya. Hatinya mula berdebar. ‘Alya, tolong jangan buat abang sakit hati.’ Danish tidak sanggup melihat Lidya memakai pakaian pemberian orang lain.
            “Abang Ok.” Ingin sahaja Danish menepis tangan Lidya dari terus berada di pahanya tetapi dia teringat akan perjanjian Lidya. ‘Oh hati, bersabar. Bersabar hanya untuk sebulan.’
            “Abang macam tak sihat sahaja.” Lidya mendekatkan dirinya sedikit pada Danish. Dia menyentuh lembut dahi suaminya.
            “Tak demam pun tapi abang macam tak OK sahaja. Alya ada buat salah ke?” katanya dengan nada yang perlahan. Danish memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia menghadap Lidya.
            Kini, hati Lidya pula berdebar-debar. ‘Kenapa Danish berhentikan kereta? Apa yang dia nak buat ni?’ Lidya cuba kuatkan semangat.
            Danish memegang dua belah bahu Lidya supaya gadis itu menghadapnya.
            “Sayang.....” sebaik sahaja kata-kata itu keluar daripada bibir Danish, dia terus mengucup lembut bibir Lidya. Bulat mata Lidya dengan tindakan pantas Danish. Lidya terkaku. Menolak tidak. Membalasnya pun tidak. Dia benar-benar kaku.
            “Sayang, abang sayang gila dengan Alya. Sampai satu saat tu abang rasa lebih baik abang mati daripada melihat sayang bersama orang lain.” Kini dahi Lidya pula menjadi persinggahan bibir Danish.
            Lidya hanya mendengar sahaja.
            “Sayang, abang cuma manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Abang ingin rasa dibelai, disayangi dan sebagainya. Alya, tolong jangan kecewakan hati abang.” Rayu Danish. Matanya tidak berkelip melihat wajah Lidya yang cantik pada malam itu.
            “Alya.....” Lidya tidak tahu mahu menjawab apa tapi yang pasti dia masih tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh Danish.
            “Alya tak faham apa yang abang maksudkan?” Akhirnya terkeluar  ayat itu dari mulut Lidya. Ada keluhan oleh Danish.
            “Sudahlah!” Danish kecewa. Dia meneruskan perjalanan mereka. Lagi sekali dia rasa dikecewakan dengan sikap Lidya. Hati Danish menangis. Dia cuba fokus pada pemanduannya.
            “Abang, berhenti sekejap!” tiba-tiba Lidya bersuara dan terus sahaja Danish berhenti tepi jalan.
            “Kenapa sayang? Sayang sakit perut ke? Meh kita ke klinik sekarang!” Danish risau tidak kena masa.
            “Alya Ok. Cuma Alya tidak puas hati dengan apa yang abang cakap tadi.”
            “Kena....pa......?” kata-kata Danish tersekat apabila Alya dengan beraninya mengucup bibirnya. Pada mulanya Danish terkejut tapi akhirnya dia membalas kucupan Lidya. Perasaan bahagia mula bertaut dalam hati mereka.
            Lidya memegang dagu Danish apabila mereka berkucupan. Mata Danish terpejam. Seumur hidup mereka berdua, ini kali pertama mereka rasa bahagia. Mereka saling bertatapan bagaikan memahami maksud yang sama tetapi hanya bahasa mata yang digunakannya.
            Selepas itu mereka mendiamkan diri seketika. Perasaan masing-masing masih berperang hebat. Lidya menundukkan wajahnya dan Danish meneruskan perjalanan mereka. Ada senyuman yang terukir dibibir Danish. Hatinya sudah terpujuk. ‘Oh, Alya!!!’ hatinya melonjak kegembiraan.
            Mereka sampai juga di dewan makan. Ramai sudah orang di situ. Lidya memeluk lengan suaminya. Mereka bahagia betul.
            “Abang, Lidya mahu ke tandas sekejap.
                “Jangan lama-lama. Nanti abang rindu!” Danish mengusik Lidya. Lidya tersenyum. Tanpa mereka sedari ada yang memerhati mereka berdua.
                “Nakalnya...” Lidya menenyeh pipi Danish dengan lembut. Danish tersenyum bahagia dengan tindakan Lidya.
*****
Lidya sedang membasuh tangannya di dalam tandas. Tiba-tiba lampu tandas terpadam. Lidya terpana. Dia betul-betul takut. Sejak ingatannya kembali, dia sememangnya takut gelap. Hatinya berdebar kencang. Kebetulan memang tiada sesiapa di dalam tandas tersebut. Dugaan!
                Air matanya mudah sahaja mengalir. Teraba-raba Lidya dalam gelap. Samar-samar sahaja cahayanya. Tiba-tiba dia jatuh tergelincir dan kepalanya terhantuk pada pintu tandas.
                “Aduh!” memang sakit sangat. Kepalanya pening dan dia rebah di situ.
                Danish terasa pelik apabila Lidya tidak kunjung tiba. Dia berasa bimbang. Segera dia ke tandas perempuan.
                “Eh, kenapa tandas ni gelap?” Ada seorang perempuan ingin masuk ke tandas tersebut tetapi dia tidak berjaya membuka pintu dari luar. Tanpa mereka tahu, Lidya rebah didepan pintu membuatkan pintu tersebut sukar dibuka jika menggunakan tenaga perempuan.
                Peluh mula memercik keluar. ‘Di mana Alya?’ hatinya berbisik.
                Danish melintas di kawasan yang agak terlindung. Dia ternampak kelibat Zafri. Danish terasa pelik. Dia mendekati Zafri yang sedang berbual dengan seseorang.
                “You berpura-pura sukakan dia? Kenapa? Dia kan suami you. I tak percaya you buat suami you macam tu tapi kalau you ingin luahkan perasaan you pada I, I tak kisah. Demi you, I sanggup buat apa sahaja.” Bersungguh Zafri mengucapkannya seperti bercakap dengan orang yang paling penting.
                “Terima kasih, Carl!” seorang perempuan menjawabnya.
                ‘Suara Lidya?!’ terluka kembali hati Danish. Danish tidak dapat menahan perasaan kecewanya. Dia segera pulang meninggalkan Lidya.
                Padahal Lidya kini sedang pengsan dalam bilik air.
                “Danish, tolong Alya!” Rayu Lidya.
                “OH,TIDAK!!!” Danish tersedar dari mimpi buruknya. Lidya dalam bahaya. Lidya merayu padanya. Lidya meminta bantunya. Tapi kenapa dia hanya memandang Lidya sahaja. Danish beristighfar dalam hati. Diraup mukanya berkali-kali.
                “Lidya Alya....” hati Danish kembali sakit apabila teringat akan Zafri. Bengkak hatinya. Dia masih di dewan tersebut. Mesti mama dan papa mengamuk sebab mereka berdua tiada di majlis makan tersebut.
                Danish menuju ke tandas lelaki yang sememangnya berhampiran dengan tandas perempuan.
                “Dukkk!!!!” bunyi sesuatu. Hati Danish berdebar kencang. ‘Bunyi apa tu?’

Thursday 13 October 2011

11
Komen

HARIS LOVE DAMIA

Haris Akmal : seorang lelaki berbadan besar. mempunya raup wajah yang kacak walaupun selalu menunjukkan wajah yang serius. dia memiliki tubuh badan yang besar sehingga Damia mengelarkan dia BKK iaitu bos king kong. tingginya juga melebihi tinggi Danish. HAris ada tabiat yang suka tidur berjalan membuat sesiapa pun seram dengan sikapnya apabila itu yang terjadi... mata yang agak kecil molek, hidung yang mancung dan mulut yang lebar sedikit. dia suka berjalan dengan tangan yang berada didalam kocek.

DAmia Eryna : seorang yang nakal. mempunyai raup wajah yang cantik. gayanya cukup ringkas sehingga orang tidak menyangka dia merupakan seorang anak dato. walau bagaimana pun, dia tidak sombong dengan anugerah tersebut. Damia manis dengan senyumannya. dia tiada pengalaman bercinta dan dia memang takut untuk mengalami perasaan cinta kepada lelaki. sehinggalah muncul Haris iaitu BKK.

Apa yang akan terjadi antara mereka berdua? bagaimana mereka boleh berkahwin sedangkan Damia begitu fobia dengan cinta lelaki. dia tidak berminat dengan cinta. manakala Haris yang sudah gila bayang dengan Damia berusaha mendapatkan gadis itu. menjadikan DAmia milik hak mutlaknya. bagaimana??nantikan babak bahagian mereka....

Tuesday 11 October 2011

34
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 22 siri 3

Sampai sahaja dirumah, Danish terus masuk ke biliknya. Rasa penat mula terasa. Lidya pula dengan wajahnya yang masam. Dia betul-betul gembira dengan apa yang terjadi sepanjang pagi tadi. Dia ingin merasai dimanjai.
            “Hish! Ego! Kenapa kau ada dalam hatiku?!! Kalau aku boleh bunuh kau, aku akan bunuh! Sebab kau la sukar untuk aku menerima dia...” Pada mulanya Lidya mengamuk tapi akhirnya nadanya menjadi lemah dan keluarlah air mata jernih mengalir halus dipipinya.
            “Alya, kenapa menjerit ni?” Danish segera ke bilik Lidya apabila mendengar gadis itu menjerit. Terkejut dia melihat air mata Lidya mengalir. ‘Apa yang menyebabkan sayangku ini menangis?’
            “Alya, kenapa ni?” Pantas dia memeluk gadis itu yang ketika ini sedang duduk di katil. Lidya juga terkejut dengan kehadiran lelaki itu dan kini Danish sedang memeluk tubuhnya. Dagunya diangkat oleh Danish supaya mendonggak melihatnya.
            “Kenapa sayang?” Lembut kata-kata Danish. Lidya betul-betul terbuai. ‘Ego, kau pergi jauh-jauh dalam hatiku! Aku nak bahagia!’ jerit batinnya.
            “Tak ada apa-apa. Mata masuk habuk!”
            “Tipu! Tak ada alasan lain ke nak bagi?”
            “Hah?!” terkejut Lidya. Dia tertunduk. Bau badan Danish dihidunya. Amat mendamaikan hatinya. Akhirnya dia melentokkan kepalanya didada bidang milik Danish. Dipeluknya pinggang suaminya. Erat. Dia memejamkan mata.
            “Alya, jangan goda abang!” Suara Danish tersekat-sekat menahan getaran hebat dalam hatinya.
            Lidya tersedar daripada dunianya sendiri. Dia terus berdiri dan menjauhi Danish. ‘Eh, kenapa pula Alya mengelak? Makin tak faham dengan buah hatiku seorang ini.’
            “Abang....” Lunak suara Lidya. Kalau iman Danish tidak kuat sudah lama Lidya dalam pelukannya selama-lamanya.
            “Saja mahu goda abang. Baiklah. Alya nak buat satu perjanjian dengan abang.”
            “Perjanjian apa?”
            “Abang betul-betul sayang dan cinta Alya?” Lidya bertanya. Dia teringin mendengarnya lagi sekali.
            “Betullah!” bersungguh Danish menekankan perkataan itu. Tiba-tiba wajah Danish serius. Lidya pula berdebar-debar. ‘Sudahlah aku nak buat perjanjian entah apa-apa. Terima ke dia? Takut pula.’
            “Baiklah!” Lidya menarik perlahan nafasnya dan hembus. “Kalau Alya bermanja dengan abang dan abang boleh bertahan selama sebulan, Alya janji, Alya akan jadi isteri abang dalam erti yang sebenar, boleh ke?” Lidya merenung dalam mata Danish.
            Akhirnya Danish tersenyum.
            “Boleh!” Entah mengapa perjanjian ini membuat Danish gembira. Sebulan sahaja. Dia akan cuba bertahan.
            “Ok!” Lidya berlari ke arah Danish. Dia peluk Danish. Danish tersenyum. Perjanjian yang pelik macam orangnya.
            “Mulai hari ini, Alya akan tidur kat bilik abang. Nak tengok abang tahan godaan ke tidak?” berani sungguh Lidya ketika itu.
            “Abang mesti boleh tahan punya tapi abang takut sayang tu yang tak tahan tengok abang yang kacak.” Kata-kata Danish membuat Lidya malu. Dia cuma mahu bahagia. Ini baru permulaan dalam perkahwinannya.
            “Ingat, abang tak boleh peluk, cium Alya..”
            “Apa? Takkan tak boleh?”
            “Ya. Tak boleh! Hanya Alya je boleh buat abang macam tu.” Ada ketawa yang lahir dibibir Lidya. Gembira sungguh Lidya perjanjiannya lulus.
            “Lagi satu abang tak boleh tepis atau halang apa yang Alya buat pada abang!” betul-betul perjanjian yang tak pernah orang buat.
            “Oh, abang tak kisah! Suka ada la!”
            “OK!”
            “Sekarang sayang pergi rehat dulu. Malam nanti ada majlis makan malam pula,” pinta Danish. Danish berdiri tegak. Dia ingin keluar dari bilik itu.
            “Tak nak. Nak peluk teddy bear Alya ni?” Lidya berlari dan memeluk belakang Danish. Saat ini hati Danish tidak keruan. Tiba-tiba sahaja Lidya memeluknya. Entah mengapa kuat pula debaran di hati. Kawal. Kawal.
            Danish betul-betul kaku dalam pelukan Lidya. Dalam hati Lidya, usah cakap. Ketawa sahaja. Lucu melihat wajah Danish menahan getaran.
            Sengaja Lidya meletakkan tangannya di dada milik Danish. Berdenyut laju. Makin lebar Lidya mengusik Danish. Kini sudah terbalik pula mereka berdua.
            Sebenarnya Danish juga terkejut. Dia tidak menyangka yang Lidya ini seorang yang manja dan terlampau manja. Perkara seperti ini pun dia boleh terfikir mahu buat tapi bagi Danish dia akan cuba mengawal dirinya. Dia tidak sabar menanti masa sebulan itu. Tapi baru beberapa jam sahaja berlalu.
            Tiba-tiba telefon Lidya berbunyi. Bergema lagu Impian kasih dinyanyikan oleh kumpulan In-Team. Ada keluhan di situ tetapi dia masih memeluk pinggang Danish. Dia betul-betul selesa.
            “Sayang, telefon sayang berbunyi tu. Pergilah jawab.”
            Lidya melepaskan pelukkannya dan menuju ke birai katil lalu duduk. Danish menunjukkan gaya seperti orang mahu mandi. Lidya buat muncung panjang.
            Danish segera keluar dari bilik tersebut dan menuju ke biliknya. Dia rasa sangat lapang dadanya. Kalau tiada iman yang kuat didadanya sudah lama Lidya berada dalam pelukkan Danish.
            Danish tersenyum manis mengenangkan sikap Lidya yang mula ingin bermanja dengan dia. Senyum sampai ke telinga, Danish menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Danish membuka pintu bilik airnya. Dia sudah siap membersihkan diri. Gembiranya hatinya sampai menyanyi lagi rock klasik lagi. Lagu yang jiwang-jiwang. Tajuknya ‘Hanya padamu’ masuk betul dalam jiwa Danish. Lagu itu dinyanyikan oleh kumpulan Qirana.
            Dia mengelapkan rambutnya sambil melangkah keluar dari bilik air. Dia terkejut melihat Lidya sedang tidur atas katil miliknya. Memang dia akui yang dia mandi hampir setengah jam. Berendam dalam tab kerana terlalu gembira.
            Perlahan-lahan dia menghampiri insan yang amat dia sayangi itu. Wajah yang tenang dengan nafas yang agak teratur. Hatinya tenang memperhatikan wajah itu.
            Tiba-tiba air di rambut Danish bertitis atas wajah Lidya. Segera dia mengangkat mukanya jauh dari wajah Lidya. Kini dia sudah tertangkap.
            “Abang buat apa tu?” Danish terdiam. “Kan abang tak boleh sentuh Alya. So jangan nak buat dalam curi-curi tau.” Lidya mengingatkan Danish.
            “Mana ada abang curi-curi? Dosa tau curi-curi. Abang tengok sahaja. Tak kan tak boleh kot?”
            “Boleh!” Jawab Lidya. Dia menguap perlahan sambil mengeliatkan tubuhnya. Dia rasa gembira dengan perjanjian yang dibuatnya.
            “Cepatlah pergi mandi si bucuk!” arah Danish.
            “Sedapnya panggil kita bucuk. Mentang-mentanglah dia sudah siap mandi, nak mengata kita pula.” Ada rajuk di situ.
            Entah mengapa kata-kata Lidya itu membuat Danish berdebar. Dia seperti dapat merasai yang Lidya ingin perhatiannya tetapi gadis itu malu untuk mengakuinya. Jadi dia menggunakan cara perjanjian itu. Danish tersenyum. Walaupun dia sendiri tidak pasti tapi dia gembira dengan perubahan ini.
            “Sudah! Pergi mandi. Kita solat asar berjemaah. Abang tunggu.”
            “Tunggu tau!” Lidya terus berlalu ke bilik air. Lebih kurang 10 minit dia mandi dan siap lengkap berpakaian apabila keluar dari bilik air. Rupanya Danish sedang menanti atas sejadah. Segera Lidya bersiap dan bertelekung.
            Mereka berdua bersolat. Usai sahaja, mereka berdua lepak seketika di halaman rumah mereka. Danish menyiram pokok-pokok bunga yang ada manakala Lidya menyiapkan minum petang. Terasa bahagia disegenap hati mereka berdua.
            “Abang, mari minum!” panggil Lidya. Dia menghidang makanan dan minuman atas meja makan di dapur. Ringkas sahaja hidangannya.