Followers

Tuesday, 13 November 2012

28
Komen

CERPEN PENDEK : LELAKI YANG DIBENCI



Aku mangsa keadaan. Aku mangsa seorang lelaki. Aku benci pada lelaki! Pada masa yang sama aku takut pada lelaki. Ya Allah! Kuatkan hati aku untuk menghadapi dugaan yang telah Kau berikan padaku. Air mata yang mengalir segera aku sapu dengan lengan baju.


Aku duduk sendiri di halaman rumah. Merenung kosong taman yang indah itu sambil makan biskut panjang bersalut coklat. Apa lagi biskut ROOKY. Aku kunyah dengan perlahan. Begitu selesa dapat duduk di sini.

Aku mengambil lagi sebatang biskut tersebut lalu masukkan ke dalam mulut.

Tiba-tiba pandangan aku dihalang oleh satu lembaga yang besar. Aku mendongak. Lelaki ni! Dia pegang tangan kanan aku. Aku terkaku sebab tangan sebelah kiri aku gunakan pegang kotak ROOKY. Aku tersentap.

Aku merenung ke dalam matanya. Dia mendekati wajahnya ke wajah aku. Dia makan biskut panjang aku. Memang nak kena mamat ni. Ingat romantiklah tu. Hampir separuh lelaki itu makan biskut tersebut. Aku rasa geram sangat lalu aku memijak kaki dia sekuat hati.

“Aduh! Aduh!” Zakhri Adha Bin Zafran mengaduh. “Kaki macam gajah!” marah Zakhri lalu duduk atas kerusi di sebelah aku.

“Kau yang menggatal dengan aku tu kenapa? Tak pasal-pasal dapat pijakan maut aku yang paling ganas!” marah aku. Lelaki ni selalu kacau emosi aku.

Aku tidak suka duduk berdua dengan Zakhri lalu aku berdiri.

“Kau nak ke mana?” soal Zakhri apabila melihat aku mahu pergi.

“Suka hati aku nak ke mana pun.” Balas aku.

“Aku ni laki kau. Jangan nak kurang ajar bila bercakap dengan aku.” tiba-tiba Zakhri melenting. Aku mula rasa panas.

“Kau tahu kenapa aku benci kau? Kau ni lelaki yang tak tahu malu!” jerit aku. Puas!

“Kenapa? Sebab aku yang rogol kau?” kata Zakhri. Aku terdiam. Dia juga mangsa keadaan. Terpaksa berkahwin dengan aku. Padahal aku masih suci tapi atas tuduhan abang Zakhri, Zalis membuatkan aku terpaksa dikahwinkan dengan Zakhri untuk elakkan malu.

“Diamlah! Aku benci kau! Aku benci semua lelaki dalam dunia ni! Aku benci!” aku mengamuk. Aku terus berlari masuk ke dalam bilik tidurku. Aku kunci pintu tersebut. Aku tidak mahu diganggu walaupun dari siapa.

Aku terus menangis. Menangisi nasib aku. Aku sedar yang Zakhri melayan aku dengan baik dalam sebulan kami berkahwin tetapi hati dan fikiran aku dikaburi dengan kata-kata yang aku amat benci pada lelaki.

“Sayang, buka pintu ini! tolong jangan benci pada abang. Abang sayang pada Aris. Aris, buka pintu ni.” Pinta Zakhri.

Aku terdiam. Bagaikan terpujuk hati ini dengan kata-kata Zakhri. Sejak kecil lagi aku mengenali Zakhri dan Zalis. Waktu itu aku suka pada Zalis tetapi tidak aku sangka yang Zalis tergamak fitnah aku yang Zakhri merogol aku.

Ayah pula apabila dapat tahu berita itu, terus dikahwinkan aku dengan Zakhri. Mungkin ini sudah jodoh. Baiklah! Aku nak uji tahap sayang Zakhri pada aku. Kalau dia lepas ujian aku. Aku janji yang kau seorang yang jadi lelaki yang paling aku sayang dalam dunia ini.

Aku tersenyum sambil menyusun rancangan spontan ini.

Aku bangun lalu membuka pintu bilik. Aku menolak tubuh Zakhri yang menghalang laluanku. Aku berlari ke dapur. Aku mencari pisau pemotong buah. Kecil sahaja saiznya tetapi matanya amat tajam.

“Jangan dekat! Kalau tidak aku tikam diri sendiri.” Kata aku. wajah Zakhri pucat.

“Bawa bertenang Aris. Bunuh diri tu berdosa dalam Islam. Cukuplah dosa yang sayang buat dengan abang.” Katanya serius.

“Dosa apa?”

“Dosa sayang tak taat pada abang.” Selamba Zakhri berkata. Aku bertambah geram. Rasa macam nak tikam lumat suami sendiri pula.

“Kalau macam tu biarlah Aris mati!” serentak itu, aku gerak kan pisau buah itu dan ingin menikam paha je. Bukannya apa pun tetapi ZAkhri yang nampak akan tindakkan aku terus berlari ke arah aku. Dia ingin menghalang tindakan aku.

“Abang!” aku tersentap.

*****

Zakhri dimasukan ke hospital. Lengannya ditikam oleh aku sendiri. Aku rasa mahu melayan nyawa ini melihat darah yang mengalir dari lengan Zakhri. Nasib baik semuanya baik-baik sahaja.

“Abang, Aris minta maaf. Aris tak buat lagi. Aris janji.” Aku memohon maaf. Semestinya dia sudah lulus ujian yang aku buat. Seharusnya aku memohon maaf.

“Tak apa. Kalau abang mati pun tak apa. Abang rela kau kena tikam dengan Aris.” Gurau Zakhri. Aku rasa mahu ditumbuk-tumbuk je muka si Zakhri ni. Dia tak tahu ke aku bimbang pada dia separuh mati ni. Boleh pula dia ketawa terbahak-bahak.

Aku menarik muncung.

“Ala, abang nak gembira sikit pun tak boleh.”

“Macam tu ke orang gembira?”

“Yalah. Gembira la sebab semua masalah kita dah selesai.”

“Masalah fitnah tu?” aku bertanya.

“Abang dah minta abang Zalis mengaku silap dia. Dan semua keluarga kita dah tahu.” Jelas Zakhri.

“Tapi kenapa Aris tak tahu.” Aku bertanya.

“Sebab saje nak seksa Aris.” Lagi sekali Zakhri ketawa. Dia tidak menyangka yang Zakhri suka bergurau. Dulu masa kecil, nak bercakap dengan aku pun takut. Akhirnya aku tersenyum puas.

Aku bersyukur sangat diberi kesempatan untuk mengecapi bahagia.

*****

“Ketaatan isteri pada suami adalah jaminan syurganya. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktunya, melaksanakan shaum pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya)”

“Sayang dengar tak radio tu kata apa?”

“Sejak bila abang jadi pendengar IKIM ni?” sengaja aku menukar topik. Almaklumlah terkena batang hidung sendiri.

“Jangan nak mengada-ngada tukar topik.”

“Maafkan adinda wahai kanda.” Aku mula mengedik dengan lelaki yang aku benci suatu masa dahulu.

“Mama, adinda tu apa?” anak aku, Zairiel Azuan bertanya. Aku tersenyum.

“Susahlah mama nak jawap.” Kataku. “Minta babah yang jawab ye?” aku menjeling manja ke arah Zakhri.

“Susah nak jawap atau malas?” kata Zakhri bagaikan dapat meneka kemalasan aku.

“Okey-okey. Adinda tu bahasa istana. Nanti along dah besar, along akan faham.” Jelas ku. Aku rasakan itu satu penerangan yang baik.

“Ada unsur kemalasan dalam penerangan sayang tu.” Zakhri ketawa.

“Sukalah tu.”

ZAkhri tersenyum. Aku turut tersenyum bahagia.


28 comments:

  1. ria..to be frank.. POV1 mcm ni jgn byk gunakan ayat bermula ngn AKU tu.. pusing2 sikit ayat dia..nnt cerita kamu jadik kaku... ayat2 tak idup.

    ReplyDelete
  2. terlalu cepat.... nasib baik cerpen pendek hihiiiii

    ReplyDelete
  3. isi ok..
    cuma pengolahan dia macam kelam kabut sikit

    anyway, nice try
    keep on writing

    ReplyDelete
  4. Pendek...
    Tapi nasib ni cerpen je...
    Tp menarik..

    ReplyDelete
  5. walaupun ni cerpen tapi jangan la pendek sgt...
    semua macam mendadak je...
    x sempat nk rasa saspen dh peleraian...
    dh abis pon

    sorry kalo x setuju

    ReplyDelete
  6. Ria, cter ok, tp ada typing error sikit..
    contoh :
    1. melayan nyawa sepatutnye melayang nyawa..
    2. "abang rela kau kena tikam dengan Aris" sepatutnye "abang rela kalau kena tikam dengan Aris"

    ReplyDelete
  7. Tula citer ni kontot sgt. Citer ni ble diolah dgn lebey menarik lg jija dipjgkan sikit. Jln citer dan susunan ayat haruslah tidak terlalu keanak2 kan

    ReplyDelete
  8. pendek sangatlah
    walau bagaimanapon tetap best

    ReplyDelete
  9. best ! best ape pndk , malas nak bace panjang2 .

    ReplyDelete
  10. Takde cabaran langsung dalam citer ni. Memang menarik, tpi buatlah part sedih sikit.. Bru lah ade jiwa.. Ni mcm citer nak abis cepat.

    ReplyDelete
  11. Why Zakhri Adha Zafran? Teringat kat Ayie dalam tiba2 dia ada.... Ayie yg cute gilossss...
    Seriesliiii... Lain sangat zakhri adha yg ini dengan zakhri yang satu lagiii...

    ReplyDelete
  12. Maaf...scene nk uji zakhri sayang ke tidak kat heroin tu mcm tak sesuai. Mcm heroin Ada masalah mental. Mgkin jgak sbab susunan ayat. Klu bleh Cbe Cari idea lain. Yg out of the box tpi relevant. Just opinion.peace !!!

    ReplyDelete
  13. Apabila Kak Ria dah gunakan perkataan cerpen, tak perlulah gunakan perkataan pendek lagi sebab cerpen tu dah merangkumi cerita pendek. Kalau cerpen pendek jadilah ia cerita pendek pendek. Jadi lewah walaupun objektif adalah untuk memaksudkan bahawa cerita ini pendek sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol..betol..betol...¡¡

      Delete
    2. ya akak faham lewah2 ni sebab ada belajar masa F6 dulu hahahha tapi ada sesetengah pembaca tak faham..terpaksalah akak tulis cerpen pendek...tapi utk pengetahuan huda, ada cerpen panjang...so, bagi akak cerpen ni maksudnya penceritaan yang sudah ada penamatnya...cuma ada penulis buat pendek dan panjang sahaja...

      Delete
  14. saya sokong semua komen diatas :-)

    ReplyDelete
  15. Starting mcm layan .. Pastu kelaut

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf jika bosan....boring dan tak best...saya cuba utk menulis yang terbaik tetapi ketika ini itu sahaja level saya mampu buat...maaf...

      Delete
  16. boleh tak ajar cara nak buat blog macam ni?

    ReplyDelete
  17. Best sgt..but I expect more from you..BTW suke Sgt novel suami vampire..goshh susah nk caring novel tu sekarang..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi