Followers

Monday, 3 September 2012

22
Komen

CERPEN : RAJUK CINTA (full)







Aku tahan air mata ini dari terus mengalir. Dah memang sikap aku macam ni. Mana boleh ubah. Dia ingat aku ni apa? Robot yang boleh set-set kan. Kalau nak merajuk, tukar set jadi tak merajuk. Apa kejadah tu? Ish geramnya aku!

Nabila Ahmad!” Panggil Nik. Aku buat tak tahu aje. Geram sangat. Sesungguhnya perempuan tak lepas dari berperasaan merajuk. Biasalah. Perempuankan. Tak kan tak faham-faham lagi.

“Nabila! Nabila! Dengar ni!” Nik menyambar lengan Nabila. Aku elak dari terus pandang ke matanya. Aku tahu tangki air mata aku akan mengalir bila-bila masa sahaja. Alahai hati, sensitif bangat la kau ni!

“Kenapa nak merajuk ni? Apa salah saya?”

“Awak memang ada salah dan awak fikir sendiri kesalahan awak tu.” Kata aku dengan pandang ke tempat lain. Lebih baik aku pandang tiang tu daripada pandang Nik.

Nik bengang.

“Awak ni kenapa? Saya tegur sikit dah merajuk. Saya cakap sikit merajuk. Awak ni tak boleh ke tak merajuk sehari?” soal Nik. Marah aku dah naik ke tahap gunung berapi nak meletus. Boleh dia tanya aku soalan tu.

“Baiklah! Biar saya merajuk selamanya. Awak jangan cuba nak pujuk saya!” amuk aku.

“Ok Fine!” katanya. Kata-kata itu membuat aku tersentap. Sampai hati dia tak nak pujuk aku malah meninggalkan aku pula. Aku tergamam. Aku berdiri kaku. Hanya mampu melihat Nik menjauh.

Akhirnya air mata aku mengalir juga.

Kini, sudah seminggu dia tidak menghubungi aku. Aku nak call dia? Jangan harap! Aku takkan call dia. Aku nak dia yang pujuk aku.

“Dia yang salah. Aku makan banyak pun dia nak tegur. Lagi satu kenapa nak tegur aku makan banyak. Patutnya dia suka. Manalah aku tak merajuk.” Aku menghembus nafas dengan kasar. Geram punya pasal.

Tiba-tiba deringan telefon bimbit itu membuat hati aku berdebar. Nik ke? Dia call aku akhirnya. Aku nak jawab tapi tak sempat tekan on telefon bimbit itu tidak berbunyi sudah.

“Misscall aje ke? Tak guna! Call la wei!” geram aku. Aku dah lama tunggu kau call.

Aku memegang erat telefon bimbit itu. Aku menatap skrin telefon tersebut. Ada wajah Nik yang kacak tersenyum. Kacak bagi aku sorang aje. Orang lain kata dia tak kacak. Tak kisah la. Bagi aku dia istimewa.

“I hate you, Nik! I hate! But.... I miss you. I love you.” Aku menangis lagi. Aku benci dia seadanya tetapi aku sayang dia semahunya. Inilah susah kalau dah cinta separuh mati. Aku segera bangun dari berbaring. Cinta-cinta juga, solat jangan tinggal. Tiang agama kita tu.

Aku bangun dan pergi mengambil wuduk. Berharap hatinya sedikit tenang. Aku juga berdoa agak hubungan aku dan Nik berkekalan. Aku dah sayang gila dengan dia. Dia seorang aje yang boleh tahan rajuk aku. alamak! Entah-entah......

Selepas aku solat, aku duduk di birai katil.

Kalau aku merajuk, ada kau nak pujuk. Tak ada kan? Aku tahulah aku ni kuat merajuk tapi....tapi... sob sob sob air mataku mengalir. Aku nak juga dia pujuk aku... Aku benci kau! tapi aku rindu kau! Rindu sagat pada kau . Nik Muhammad Zuraimi!!!!! Rintih hatiku.

Tetapi hati aku tersentap.

“Entah-entah Nik merajuk dengan aku kot? Eh mana pernah dia merajuk dengan aku. Mana boleh! Ini tak adil!” aku mula risau. Aku mana pernah tengok dia merajuk. Masak aku macam ni!

Aku gagahi untuk menghubungi dia tetapi gagal. Tiada yang jawab. Nak seksa hati aku la tu Nik. Tak nak jawab call aku yer? Tak apa aku call lagi.

Kini sudah masuk call yang ke 20, aku masih tak dapat dengar suara dia. Memang sadis aku rasakan. Air mata usah cakap. Call yang ke sepuluh pun aku dah nangis. Mana pergi buah hati aku ni? Sebelum ni tak buat pun perangai macam ni. Dia dah jemu dengan aku ke sebab asyik merajuk. Ala, janganlah macam tu. Aku merajuk pun aku sayang pada Nik tu. Dialah cinta pertama aku. Mana boleh lupa.

Aku berbaring semula atas katil. Air mata yang mengalir aku lap dengan tangan. Tiba-tiba bayangan Nik bagaikan aku nampak. Ish, tak boleh jadi ni! Aku pula yang jadi gila bayang. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke rumah Nik sahaja.

Sunyi sahaja rumah Nik. Ke mana penghuni rumah ini yer? Aku keluar dari kereta. Walaupun aku rasa ragu-ragu tetapi aku gagahi juga. Kehadiran aku disambut dengan senyuman yang manis oleh mama Nik.

“Mama, mana Nik?”

“Eh, Nabila tak tahu ke? Nik kemalangan. Tangan dia patah. Ada kat bilik tu.” Jelas Mama Nik. Aku rasa mahu pengsan mendengarnya.

“Tapi kamu jangan risau. Dia okey aje. Kamu pergi aje biliknya. Ada la dia kat situ.” Kata Mama Nik lalu ke dapur.

Kelihatan sebujur tubuh sedang berbaring.

Aku menekup mulut kerana menahan hiba melihat keadaan lelaki yang aku cintai sepenuh hati. Jiwa halusku tewas. Air mata aku menitis lagi.

“Nabila!” tersentap Nik melihat kehadiran aku di situ.

“Awak, kenapa tak bagitau saya? Sampai hati awak? Kalau saya tak datang cari awak, awak tak kan bagitau saya la?” aku mula membebel.

“Nabila.” Panggil Nik lemah. Dia tertunduk.

“Nik, awak tak perlu lalui semua ini sendirian andai awak berterus terang dengan saya. Saya pasti akan berada di sisi awak.” Ada sendu yang dikedengaran.

“Saya kenal awak, Nabila. Kalau awak merajuk memang sukar mahu di pujuk. Jadi saya dah fikir masak-masak. Saya akan lepaskan awak pergi. Jangan cari saya lagi.” Kata Nik sambil berpaling. Dia macam tak nak tengok aku dah.

“Tolong, Nik jangan buat saya macam ni.” Rayu aku.



p/s: hihihi bersambung lagi. Harap sabar menanti esok full punya. Adakah mereka bersama? Kalau ya pun mereka bersama, bagaimana? Kan mereka ada tanda-tanda macam nak berpisah? Jadi ke mereka berpisah? Wah banyak juga persoalan yang timbul. So, nantikan esok. Selamat malam.




“Tolong Nik, jangan buat saya macam ni.” Rayu aku. Air mata aku ni tak segan-segan untuk mengalir depan Nik.


“Nabila. Saya dah tak boleh melindungi awak. Tangan saya dah patah.” Lemah suara Nik yang aku dengar. Macam kecewa habis.

“Awak, tangan awak aje patah. Tapi cinta kita tetap kukuh kan?” aku bertanya. Air mata yang mengalir aku biarkan sahaja. Tak mahu aku sekat. Biar Nik nampak kesungguhan aku.

“Cinta? Biarlah saya tengok awak bahagia dari jauh.” Nik mula bangun. Aku tergamam. Dia menolak tubuh aku ke arah pintu.

“Pergilah! Kita takkan bersama.” Nik tetap dengan keputusannya.

“Jangan halau saya Nik.” Rayu aku lagi.

Nik tidak bercakap sudah. Hanya bahasa badannya sahaja menunjukkan dia tidak mahu melihat aku lagi.

Aku menolaknya kembali sebab aku tak nak keluar dari bilik tersebut.

“Aduh!” Nik rebah. Aku tersentap. Aku tak sengaja tolak dia. Aku... Aku cuma nak dia tahu yang aku perlukan dia. Aku tak kisah tangan kirinya patah.

Nik bangun. Dia merenungku tajam. Dia menolak aku keluar lalu menutup pintu tersebut.

“Nik, buka pintu ni Nik! Saya janji, saya tak merajuk lagi!” pinta aku. Aku nak bersama dia. Aku tak boleh kalau tak tengok dia disisi aku.

Nik tetap seperti itu.

Aku mengambil keputusan pulang dahulu. Sudah dua malam aku tak tidur. Memikirkan masa depan aku dan dia. Memang aku akui yang aku kuat merajuk tetapi aku merajuk sebab aku mahukan perhatian Nik. Aku mahu dia tanya macam-macam pada aku. Tambahan pula Nik ni jenis yang tak banyak cakap. So, aku nak dia jadi banyak cakap bila bersama aku. Ini tak! Senyap aje. Macam tak bercinta aku rasa.

“Nik, kenapa awak buat keputusan macam ni? Kenapa nak tinggalkan saya?” aku tiada jawapan bagi persoalan itu. Aku berharap dia akan ubah fikirannya sebab aku masih mahu bersama dia.

Aku teringat saat aku bertemu dengannya untuk kali pertama. Aku sedang melihat wajah cerianya yang mengusik adiknya. Adiknya tu kawan aku. Saat itu aku jatuh cinta dengannya.

“Naina, hodoh!” gurau Nik. Aku tahu perwatakan Nik sangat lain apabila bersama keluarganya. Dia menjadi seorang yang amat ceria dan suka mengusik.

“Abang ni! Naina la gadis paling cantik!” manja sekali suara kawan aku ni. Ini kali pertama aku melihat Naina bermanja. Jarang sekali aku dapat melihat seorang yang serius dan matang bersama-sama kawan kini bermanja. Manja sangat. Apa entah!

Kenapa nak ada dua peribadi? Dengan kawan lain. Dengan keluarga lain. Kenapa ya? Aku ni, dengan kawan ke? Family ke? Aku sama aje perangai. Tetap kuat merajuk.

“Naina memang hodoh! Tapi abang tetap sayang si hodoh abang ni?” alahai romantiknya abang dia. Kasih sayang seorang abang terpancar. Aku tahu Naina sayang gila pada abang kandungnya itu.

Selepas Nik berlalu. Aku suarakan apa yang aku rasa.

“Naina, aku rasa, aku suka pada abang kau ni.” Terus terangku.

“What? Aku suka kalau kau jadi kakak ipar aku.” aku memang tak sangka respon kawan aku macam tu.

“Kenapa kau suka?”

“Sebab kau manja macam aku. Aku ni jenis kuat merajuk dengan abang aku. mari kita buat dia tak terlayan bila ada dua orang perempuan merajuk.” Naina ketawa gembira.

Tetapi kegembiraan itu tiada selepas sebulan aku bercinta dengan Nik. Naina kemalangan. Ada sebuah kereta telah melanggar Naina ketika gadis itu melintas jalan. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Aku dapat melihat kekecewaan Nik selepas Naina pergi. Dia mengambil masa lima bulan untuk pulih sepenuhnya. Dia cuba melupakan Naina tetapi aku yakin perasaan itu tetap ada sebab aku persis Naina. Manja dan kuat merajuk.

Aku tersedar. Lebih baik aku ke kubur arwah. Di situlah aku tiap kali bergaduh dengan Nik.

Aku bersiap dengan baju kurung.

Jam menunjukkan pukul empat petang. Waktu yang sesuai. Aku menuju ke tanah perkuburan yang sememangnya tidak mengambil masa yang lama untuk ke sana.

Dari jauh aku dapat melihat satu susuk tubuh yang aku amat kenal. Walaupun hanya belakang badan sahaja tapi aku yakin dia.

“Nik!” tegurku.

“Nabila?” jelas wajahnya terkejut dan tangannya sudah tidak berbalut simen lagi.

“Nik tangan awak dah okey?” itulah soalan yang pertama aku tanya. Disebabkan tangan tu kami berpisah. Semestinya aku jadi tak okey bila nampak tangan tu tak patah.

Nik tidak menjawab dan terus meninggalkan aku.

Aku mula angin satu badan. Dia tipu aku ke? Nik sengaja mahu berpisah dengan aku. Alasannya, tangan patah! Ya Allah! Aku rasa tertipu sangat.

“Naina, maafkan aku. Nanti aku datang lagi.” Itu sahaja yang mampu aku kata sebab aku tak mampu nak bacakan yassiin untuknya. Hanya sedekah Al-Fatihah untuk Naina sahaja.

“Nabila!” panggil Nik pula. Kali ini aku betul-betul tak kisah kalau dia mahu berpisah dengan aku. Aku pasrah.

Tangan aku disambarnya. Aku merenung matanya. Aku rasa dia tak sedar yang aku dan dia berada di tanah perkuburan.

“Ternyata saya salah, Nabila.” Tiba-tiba Nik berkata begitu.

“Bukan awak yang salah tapi saya yang salah.” Aku merentap tangan aku sekuat mungkin. Aku tak nak air mata aku mengalir untuk lelaki ini lagi. Aku janji tak kan layan rajuk ini lagi. Aku cuma nak ketenangan aje.

Nik tidak sempat buat apa-apa selepas aku masuk ke dalam kereta. Dia tidak mengejar aku lagi walaupun separuh hati aku begitu mengharap dia akan memujuk aku dan berkata, kita jangan berpisah.’

AHHHH!!! Aku terlalu banyak berangan. Itu tidak mungkin.

Mata aku kabur dek air mata. Aku hanya berserah kepada Allah ketika memandu ini.

“Arrgggghhhh!” aku terjerit dan dunia aku gelap dan gelap!



P/S: Apasal si Nabila ni menjerit tiba-tiba. Dia kena sawan ke? Kesian pula. Tapi betul ke sawan. Ish cik Ria ni. Apa yang sebenarnya berlaku masa tu?Nabila okey ke? Atau Nik jadi super hero Nabila dengan menyelamatkan gadis itu? Eh banyak juga persoalannya. Nantikan sambungannya nanti...insya Allah.






Perlahan-lahan kelopak mataku buka. Aku tak tahu aku berada di mana. Duniaku nampak putih sahaja.


“Di mana aku ni?” aku bertanya sendirian.

Aku ternampak sekujur badan yang sedang tertunduk layu. Tidur kot.

Nik... hati aku menyeru namanya. Dia menemani aku ke?

Nik tersedar.

“Nabila dah sedar! Doktor! Nurse!” Panggil Nik terus berlalu keluar. Tidak sempat untuk aku berkata apa-apa. Doktor dan jururawat datang menghampiriku membuat diri ini tenggelam dan aku tak nampak Nik.

“Encik Nik jangan bimbang. Cik Nabila dah bertambah baik.” Doktor tersebut melihat Nik dan sekarang pada arah aku pula. “Cik Nabila, banyakkan berehat dan kalau boleh jangan banyak bergerak. Badan cik masih lemah.” Pesan doktor. Aku hanya mampu angguk kepala.

“Terima kasih doktor.” Nik menghantar doktor ke luar pintu dan dia masuk semula dalam bilik sakit tersebut.

“Nabila.” Nik bersuara. Aku hanya mampu melihat wajah serabutnya. Pakaian dan rambut seperti tidak terurus.

“Maafkan saya, Nabila.” Pinta Nik. Aku diamkan diri. Apa yang aku perlu jawab. Semua ini berlaku kerana aku banyak merajuk. Aku biarkan diri ini merajuk tanpa memikirkan perasaan Nik. Ahh! Aku terlalu banyak menyusahkan dia.

“Nabila, awak jangan diam macam tu. Jawablah. Bila saya dapat tahu yang awak kemalangan. Hanya satu dalam fikiran saya iaitu Naina. Adakah awak akan jadi macam Naina. Tinggalkan saya bersendirian. Saya tak mahu Nabila. Saya tak mahu itu yang terjadi.” Nik tertunduk. Ini kali pertama aku melihat dia meluahkan perasaannya. Aku rasa bersalah. Macam mana ni? Biarkan dia luahkan segalanya atau aku... ah! Aku keliru ni.

“Cukuplah Naina pergi dan kalau boleh saya nak kecapi bahagia dengan awak dulu.”

“Tapi mati kan...” belum sempat aku habiskan ayat aku, dia dah sambung.

“Mati! Saya tahu mati itu pasti. Mati itu Allah yang tetapkan. Kita hanya mampu merancang tetapi saya nak awak tahu, tak ada niat di hati saya nak berpisah dengan awak.” Nik menundukkan wajahnya.

“Tapi kenapa awak minta kita berpisah?” akhirnya terkeluar juga pertanyaan itu daru mulutku.

“Awak! Awak benar-benar seperti Naina. Terutamanya masa awak merajuk. Saya bagaikan ternampak bayangan Naina dalam diri awak. Saya menidakkan perasaan ini sehingga saya kemalangan. Saya ingat dengan minta perpisahan dengan awak, saya akan lebih rasa senang dan dapat melupakan awak tetapi ternyata tidak. Makin kuat ingatan saya pada awak dan bukan Naina lagi. Saya rindu pada awak tapi saya tau, saya dah buat kesalahan besar dengan minta pisah dengan awak.” Panjang sungguh penerangan Nik.

Tanpa Nik sedari, ada perasaan bahagia dalam diri aku. Mana tak bahagia, orang yang kita suka masih sukakan kita. Untungnya. Aku memang nak senyum tapi tak boleh. Kena tunjuk muka merajuk lagi. Nik yang mulakan segalanya.

“Nabila, awak masih sudi bersama saya tak?” soal Nik lagi sekali. Walaupun ayat yang berbeza tetapi mempunyai makna yang sama. Bukankah dia dah tanya awal-awal tadi? Eh, lupa pula! Aku kan tak jawab lagi.

Aku diam lagi dan buat wajah serius. Sengaja mahu seksa perasaan dia tapi aku mana sampai hati.

“Nabila.” Panggilnya lagi.

“Ya. Tentu saya masih sudi-sudikan diri bersama awak. Ish! Ada pula tanya soalan tu” marah aku. sakit-sakit pun nak marah ke? Hihihi aku tersenyum padanya.

“Janji tak merajuk dengan saya lagi.” Kata Nik. Dahi aku berkerut.

“Apa pula merajuk ni? Saya tak nak janji la. Saya kan suka merajuk.” Balas aku.Nik hanya mampu menggeleng.

“Tetap degil macam dulu.”

“Eh, saya degil atau awak yang degil.” Soal aku pula. Geram! Sedap hati kata aku degil.

“Saya degil apanya?”

“Awak degil nak memiliki saya.” Selamba aku berkata. Nik merenung ke dasar mataku. Aku tahu dia juga dalam tahap kegeraman yang maksimum.

“Kita kahwin!” akhirnya Nik melamar aku. apa yang perlu aku katakan. Mestilah aku nak kahwin dengan dia tapi dia..........

Ish, geramnya aku! Ada ke patut melamar aku kat hospital. Dah tak ada tempat lain. Dia tak sedar ke yang aku ni masih dalam keadaan tak sihat. Nik ni. Memang sengaja nak aku angin satu badan.

“Saya tak nak kahwin dengan awak.” Aku menolaknya. Padam muka kau! Kenakan aku lagi ya?

“Kenapa? Awak cintakan saya kan?”

“Ya, memang saya cintakan awak. Tapi saya tak nak kahwin dengan awak lagi.” Aku tersengih. Menayang gigi aku yang tersusun cantik ini.

“Tapi kenapa?” wajah Nik jelas kecewa. Kasihan sungguh buah hati aku ni.

“Kenapa? Sebab saya nak tidur!” pantas aku menarik selimut dan menutup wajahku.

“Nabila...” panggilnya. Sedih benar nadanya. Kalau kau lamar aku kat tempat yang lebih baik, aku akan pertimbangkan.

Aku pura-pura tidur dan tidak mempedulikan dia.

*****

Aku dah beransur sembuh tapi yang peliknya, sudah seminggu Nik tidak datang melawat aku di rumah. Dia ni memang sengaja nak aku buat rusuhan depan rumah dia kot. Tapi yang paling aku geram ialah dia boleh hantar kad. Kalau kad ucap cepat sembuh tu, tak apa la. Tapi dia hantar kad kahwin. Memang sengaja betul mamat ni.

“Nik!” aku mengamuk. Tak guna punya lelaki. Ada ke patut dia hantar kad kahwin pada aku. siap ada nama dia dan tarikh kahwin. Nama pengantin perempuan tak ada pula.

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Ada pesanan mesej yang masuk. Aku membukanya. Dahi aku berkerut apabila membacanya. Aku tak puas hati. Aku pun baca kuat-kuat.

“Kepada adindaku, Nabila Ahmad yang jauh di mata tetapi dekat dihati. Kekanda dah pos kad kahwin kita. Kalau adinda tidak bersetuju dengan perkahwinan kita, kekanda terpaksa berkahwin dengan perempuan lain. Ikhlas daripada Kekandamu, Nik Muhammad Zuraimi.” Aku mengaru kepala yang tidak terasa gatal ini.

“Ini ugutan ke?” aku mula tak dapat sabar. Dia boleh main ugut-ugut nak kahwin dengan perempuan lain. Memang cari masalah betul. Aku rasa nak pergi rumah mamat ni dan nak buat rusuhan yang tidak akan orang lupakan dalam sejarah aku.

Tapi belum sempat aku menuju ke rumah dia, Nik dah berada di ruang tamu aku. rupa-rupanya dia yang jadi posmen tu. Bengkak rasa di hati ini.

“Apa makna kad ni?” soal aku. Aku dah rasa aura-aura merajuk bakal berkunjung tiba di hati aku.

“Maknanya kita akan berkahwin la.”

“Boleh tak awak lamar saya elok sikit. Cincai aje saya tengok.” Aku luahkan juga rasa tak puas hati aku ini.

“Apa yang cincainya? Saya memang nak kahwin dengan awak dan awak kena kahwin la dengan saya. Apa masalahnya?” Nik juga seperti tidak dapat memahami apa yang aku mahukan dari dia.

“Masalahnya, awak ni tak romantik langsung. Kalau nak melamar pun, gunalah cara yang paling bombastik!” aku memeluk tubuh. Geram punya pasal.

“Baiklah adindaku. Malam ni kita keluar makan yer? Saya lamar awak malam ni.” Katanya.

Hati aku bertambah sakit. Kalau nak melamar pun, tak payah la bagitau aku. sengaja nak aku rasa bertambah benci ke? Ya pun nak melamar, biarlah rahsia. Tak suspens betul la rasanya.

“Bencilah awak ni!” aku menangis dan berlari ke bilik. Aku mengunci pintu bilikku.

“Nabila, buka pintu ni!” jerit Nik dari luar.

“Tak nak!” kataku. Kalau nak buka pintu ni senang sangat. Gunalah kunci pendua ke? Tak payah-payah nak aku bukakan mengada-ngada betul.

“Kalau awak tak buka pintu ni, saya terjun! Saya terjun awak! Saya tak tipu!” kata Nik dari luar.

Terjun apa pula ni? Terjun tangga rumah aku ke? Aku membuka semula kad perkahwinan yang Nik berikan. Tariknya pada minggu depan. Kalau dia jatuh tangga, berminggu juga nak sembuh. Segera aku membuka pintu.

“Nik!” panggil aku. Saat ini hanya satu yang aku nampak. Lelaki itu sedang melutut depan bilik aku sambil memegang satu kotak berwarna merah dan ada sebentuk cincin di dalamnya.

“Boleh tak saya terjun ke dalam hati awak. Menyelami ke dasar hati awak. Saya cintakan awak dan sudikah awak menjadi suri hati saya selamanya.” Lamar Nik.

Ya Allah! Aku rasa terharu gila. Biar betul Nik? Dia boleh jadi seromantik ini. aku sukakannya.

“Ya, saya sudi.” Jawab aku. air mata ni nak mengalir pula. Malunya menangis depan Nik.

“Terima kasih.” Nik ingin sarungkan cincin itu pada jari aku tapi aku menolak.

“Apa pegang-pegang? Biar saya pakai sendiri.” Kata aku.

“Tadi kata yang nak romantik.” Katanya. Aku tersengih.

“Nak romantik pun, jangan sampai batas-batas pergaulan dilupakan.” Kataku. Nik tersenyum.

“Terima kasih Nik.”

“Nak merajuk lagi tak?” soalnya lagi.

“Nak! Nak rajuk cinta aje.” Kataku tersenyum bahagia. Aku harap sangat kebahagiaan ini berkekalan. Amin...

TAMAT

P/S : Tamat akhirnya. Maaf la kalau penamatnya simple. Sebab dah lama sangat rajuk cinta tertangguh jalan citernya. Maaf ye? Segala kekurangan ria minta maaf. Hmmm apa yang penting, kalau nak merajuk tu berpada-pada, jangan sampai orang sekeliling kita naik menyampah dengan kita. Yelah! Muka rajuk aje duk kita tayang. Menyampah la mereka semua. So, kalau buah hati kita merajuk, apa perasaan kita? Macam tu jugalah perasaan orang lain ketika kita merajuk KECUALI kita merajuk tak ada orang nak pujuk. Sedih sangat la macam tu hihihi apa-apa pun semoga terhibur dengan cerpen kali ini. terima kasih.


22 comments:

  1. Hheheheh , menarik , sukew , sukew , sukew , kita pon sukew mrajuk , hihihihhi , kita tnggu sambunganyer kak Ria :D

    ~Fae~

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ika...mengaku pula dia kuat merajuk hahahah...okey tunggu sambungannya

      Delete
  2. Story ni memang best... #^_^
    dan story ni juga mengingatkan saya pada seseorang,nama depan dia pun dah sama dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke??maaf la...kalau ingatan itu buat atiza sedih.....terima kasih sudi baca...

      Delete
    2. Sis kenapa separuh2 ni????
      baca p/s buat saya nak tergelak...hehehe

      Delete
    3. Hihihihi ada ganggu sekeliling masa taip citernya..so dah terbantut...hihihihihi

      Delete
    4. apa yg mengnggu kak ria? hihihi domi pun terganggu sbb cerita ni separuh hihihi

      Delete
    5. kerja...duduk kat rumah memang banyak gangguan....kena kemas rumah.anak buah kacau la dan lain2 la...

      Delete
  3. awww3!! name sy laaa.. hahaha.. terbek tuan umah kedaung!!! tppii apakah yg akn berlaku seterusnya???

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak tunggu. Kak ria cepat hapdateeee! Hahaha

    ReplyDelete
  5. best crpn ni sama dgn sy kuat mrajuk tp kna pujuk sndri he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. merajuk tu tak lepas dari perempuan....hihihi cuma cara kita aje berbeza hahahaha

      Delete
  6. giler cool tau.....you story best of the better everrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....................................................................ps ini di bawa oleh anymous....perempuan beb..

    ReplyDelete
  7. perghh kuatnyerrr mrjuk coi...tp biar la rjuk yg main2 a.k.a rajuk cinta...-iezahtakuya

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi