Nad menemani sahabatnya, Ria makan di sebuah
restoran. Tempatnya memang cantik dan agak mewah. ‘Mungkin untuk orang
berpendapatan tinggi dan aku boleh sesat kat sini pula,’ Nad tersenyum.
Suasannya amat mendamaikan tetapi hanya seketika sahaja. Ada satu kejadian
telah berlaku. Nad hanya memandangnya dari jauh sahaja.
“Bodoh! Kau ingat aku ni apa? Mee
spagetti ni liat!” Marah seorang pelanggan. Segera seorang chef yang muda juga
usianya datang mendekati pelanggan tersebut.
“Ada
apa-apa yang boleh saya bantu?” Ramah betul chef ini. Pengurus itu sudah naik
gelabah apabila pelanggan mula marah-marah.
“Saya
mahu mee ini dimasak dengan betul!” Amuk pelanggan tersebut. Kelihatan chef
tersebut meneliti mee tersebut. Dia tersenyum.
“Saya
sendiri akan menyediakan untuk encik.” Chef tersebut berlalu dengan makanan
tersebut.
“Cerewetnya
lelaki itukan, Nik.” Ria berkata.
‘Yelah, memang cerewat. Takat
makanan pun mahu amuk sebegitu.’
“Betul
tu.” Kata nad yang diberi nama penuhnya ialah Nik Nadzirah. ‘Jangan nak mengata
orang lain. Diri sendiri pun cerewet gak.’ Nad tersenyum.
Chef
tadi membawa mee yang baru. Memang menyelerakan tetapi pelanggan tadi
memarahinya lagi.
“Aku
datang sini untuk makan bukannya tengok kau masak. Aku nak makan!”
“Encik,
saya sudah pastikan mee ini dimasak seratanya tidak liat lagi dan juga tidak
terlalu masak,” jelas chef itu. Kasiannya dia.
“Ini
terlalu masak! Aku nak kau masak semula,” amuknya lagi. Orang sekeliling yang
turut makan disitu memandang chef itu. Jelas telinga chef tersebut merah. Nad
tidak pasti sama ada itu tandanya dia malu atau marah.
“Baiklah,
saya buat semula,” chef tersebut masih berlembut.
Dia
membuat yang baru dan membawanya kepada pelanggan lelaki yang begitu cerewet
itu.
“Ada
yang kurang ke, Encik?” soal chef tersebut dengan penuh hormat.
Belum
sempat lelaki itu memberitahu komennya seorang perempuan datang menghampirinya
lalu ambil segelas air kosong yang ada atas meja itu. Kemudian, dia siram
lelaki yang cerewet. Pelanggan tersebut sudah malu lalu meninggalkan mereka
berdua.
‘Siapalah
perempuan itu? Ada hubungan ke mereka berdua? Sibuk pula aku dengan hal mereka.’
Nad dan Ria meneruskan makan makanan yang sudah terhidang. Selepas makan, kami
pulang ke rumah.
*****
‘Kaki aku belum lagi mencecah lantai rumah, mama
sudah membebel. Memang bingit bunyinya tetapi sebagai anak, dengar sahajalah.
Nanti rindu pula.’
“Mama
sudah cari calon suami yang sesuai dengan anak mama ni. Dia kacak dan muda.
Sesuai sangat dengan sayang. Mama pasti sayang akan setuju dengan perkahwinan
ini nanti,” bebel mama Nad, Datin Zahidah.
“Muda
mama? Anak mama ni dah tua. Mama carilah
yang sama umur ke atau tua dua atau tiga tahun?”
“Ala,
baru umur 28 tahun, Nad baru 30 tahun. Tak beza sangat,” Datin Zahidah cuba
memujuk. ‘Pandai pula mama aku ini memujuk aku untuk berkahwin dengan calon
pilihan dia. Dah umur aku makin lanjut. Aku bukannya tak cantik cuma komitmen
aku terhadap kerjaya begitu tinggi.’ Nad membebel sendirian dalam hatinya.
“Mama,
calon mama cari tu kerja apa?”
“Chef...”
perlahan sahaja suara mama yang dikedengaran.
“Chef?!
Mama, kita tak kisah kalau mama nak kita kahwin tapi kenapa mesti dengan chef?
Dah tak ada pekerjaan lain ke?” Nad pula yang mengamuk. ‘Aku anti sikit dengan
chef sebab aku ni tak reti nak masak. Yelah sibuk dengan kerjaya sampai nak
masuk dapur pun aku tak pandai. Teruknya.’ Dahi Nad sudah berkerut.
“Nanti
suami Nad boleh ajar memasak! Kang senang,” mudah saja Datin Zahidah berkata. ‘Malu
kalau suami aku tahu yang aku tak tahu nak memasak.’
“Tak
mahulah mama. Malu!”
“Biar
malu sekarang sayang, jangan malu masa akan datang,” Nad mengeluh berat apabila
mendengar nasihat mama.
“Baiklah
mama. Nad cuba pertimbangkan,” Nad terus berlalu naik ke bilik. Berehat
seketika. Penat seharian berada di butik. ‘Baru nak maju, itu yang sibuk.
Syarikat ayah? Itu serah pada abang sahaja. Aku tak campur. Dia nak ambil syarikat
tu, ambil la. Aku tak kisah.’
“Mama
ingat Nad dah setuju.” Tergaru-garu kepala Datin Zahidah melihat tingkah laku
anaknya itu.
“Tunggulah
dulu mama. Biar orang fikir dulu. Ini kan soal hidup dan mati Nad.” Nad cuba
berikan alasan yang paling bernas dalam dunia ini dan mama setuju. ‘Aku tahu, mama
juga mahu aku bahagia.’ Nad tersenyum.
*****
Yuzira Yurain dipandang sepi oleh Ziyad. ‘Sakit hati
aku melihat minah seorang ni. Asyik datang sini sahaja. Dah tak ada tempat lain
ke nak makan.’ Ada keluhan berat yang keluar.
“Ziyad...”
mendayu sahaja suara Yuzira memanggilnya. ‘Aduh, apa kena la suara minah ni?
Panggil nama aku elok-elok tak boleh ke? Ini main hentam aje agaknya.’
Pendapat Ziyad.
“Ada
apa Yuzira?” Soal Yazid mahu tak mahu.
“Kenapa
awak biarkan pelanggan tu buat hal. Ini kan restoran awak. Takat seorang
pelanggan sahaja. Awak takkan rugi.” Yuzira bangun dan menghampirinya. Jam di
dinding sudah menunjukkan jam 10 malam. ‘Apa kejadah aku bersama perempuan ni?
Cari nahas aje.’
Ziyad
segera berdiri dari terus duduk. Yuzira tidak jadi menghampiri Ziyad. Langkahnya
terhenti.
“Walau
bagaimana pun, lelaki tu tetap pelanggan saya. Awak tak boleh buat macam siang
tadi. Saya tak suka.”
“Saya
panas hati tengok dia layan awak macam tu. So,saya siram la dengan air tu.” Yuzira melahirkan perasaan tidak
puas hatinya. “Awak hantar saya pulang ye?”
“Maaflah,
saya ada hal dengan pembekal ayam. Malam ni dia nak jumpa saya. Hafis tolong
hantar Yuzira, boleh tak?” Yazira
‘Syukurlah.
Ada Hafis ni, mudah aje nak mengelak diri dari minah sorang ni.’ Yuzira membuat
muncung panjangnya. Dia terus berlalu.
Yazid
berjalan sendirian. Malam itu sungguh indah. Ditemani cahaya neon yang cantik.
Yazid mengeluh berat. Selepas berjumpa dengan pembekal, dia merehatkan mindanya
seketika di situ.
“Mengeluh
berat?” Seorang gadis muncul dari mana entah. Dia tidak pasti. Kemunculan gadis
itu seperti bidadari yang sememangnya cantik. Hatinya tidak keruan.
“Ya...
ya..” Tiba-tiba Ziyad menjadi gagap. Gadis itu ketawa manja.
“Sebenarnya
saya nak minta tolong. Tayar kereta saya pancit. Saya ni tak pandai nak tukar.
Boleh awak tolong?” pinta gadis comel itu.
Wajah
yang ayu. Kulit yang putih. Yang paling menarik hatinya ialah pandangan
matanya. Mata gadis itu berwarna hazel. Sungguh cantik macam kacang hazel. ‘Eh,
mentang-mentang kau chef, sampai kecantikan orang pun nak samakan dengan
makanan.’ Ziyad hampir tergelak.
“Kan
aku dah cakap dia akan tolong punya,” Ria berkata agak kuat. Nad menyiku perut
Ria tanda dia suruh Ria diam. Ria membawa diri ke tepi sedikit sambil
menghubungi seseorang. ‘Gayut la tu. Tak ada kerja, nak mengadu aje si Ria ni.’
Nad
tahu yang Ria menghubungi buah hatinya, Zeck. Kata Ria, dia tidak suka Zeck
tapi berjauhan sikit, rindu. Adesss.
“Sudah
siap!” Ziyad berkata. Dia tersenyum ke arah Nad.
“Mudah
sahaja ye?” ramah Nad.
“Hmmm...”
“Awak
chef kan?” Nad tiba-tiba berani bertanya kepada Ziyad. Entah mengapa hatinya
begitu kuat ingin mengetahui perkara mengenai lelaki ini.
“Macam
mana cik tahu?” Ziyad tersentak. Dia terkejut kerana gadis itu tahu
mengenainya.
“Saya
makan kat restoran tempat awak kerja tu dan saya ternampak kejadian tak begitu
enak dipandang. Panggil sahaja saya Nad.” Nad tersenyum. Gembira hatinya
apabila dapat berbual dengan lelaki itu.
“Eh,
macam makanan pula perlu enak, enak macam tu.” Ziyad tawa kecil. Hati Ziyad
gembira dengan perkenalannya yang pertama ini.
Nad
juga ketawa. Sebenarnya motifnya mahu belajar masak. Jika dia pandai masak
dalam dua bulan, dia akan berkahwin dengan lelaki pilihan Datin Zahidah. Itu
janjinya.
“Oh,
memang pun. Terima kasih sebab tukarkan tayar pancit saya.” Ucap Nad. Ria sudah
lama masuk ke dalam kereta. Muncungnya sudah sedepa.
“Ini
kad saya.” Ziyad menghulurkan kadnya.
“Chef
pun ada kad name sendiri?” Nad terasa pelik.
“Tak
salahkan?” Ziyad tersenyum lagi. Entah mengapa hatinya berbunga-bunga melihat
gadis itu tersenyum. ‘Tenang wahai hati.’
*****
Ziyad selamat sampai di rumahnya. Sunyi betul rumah
sewa itu. Hafis pergi hantar Yuzira.
“Kenapa hati ni?” dia tidak
faham. Hatinya betul-betul gembira dengan pertemuannya dengan perempuan yang
diberi nama Nad. Dia mendapat ilham untuk masak masakan baru. Dia ingin
mencipta masakkan baru yang berkaitan dengan kacang hazel.
“Mengarut
sahaja aku ni. Kacang hazel la pula.” Ziyad bercakap sendirian. Dia memikirkan
sesuatu sambil duduk di atas kerusi yang berada di ruang dapurnya yang lengkap
dengan peralatan masak.
Hampir
setengah jam dia memikirkan resepinya. Sekejap lagi dia akan buat secara
praktikal sama ada menjadi atau tidak kek yang ingin dibuatnya.
Pandangan
matanya masih di kertas yang dihadapannya.
“Assalamualaikum.”
Hafis pulang. Mereka berdua menjadi kawan sejak Zayid menceburi bidang memasak
ini.
“Zayid!”
kuat juga Hafiz memanggil nama Zayid tetapi lelaki itu masih di dalam dunia
masakannya. Hafis menepuk dahinya. Dia hampir lupa. Zayid memang tidak akan
mendengar butir bicara orang yang bercakap dengannya apabila dia sedang dalam
dunia memasaknya.
Apa
yang membuat Hafis pelik ialah apabila Zayid sedang memasak. Apa yang dikatakan
oleh orang sekelilingnya, dia buat tidak tahu sahaja.
Memang
susah untuk menyuruhnya atau mendengar apa-apa apabila dia sedang masak. Geram
memang geram dengan sikap Zayid tetapi dia kan bos. Baik jangan melawan.
Hafis
naik ke atas untuk rehatkan diri. Esok mereka perlu bangun awal untuk bekerja.
Hafis terus berlalu pergi. Hatinya gembira dengan apa yang terjadi sebentar
tadi bersama Yuzira.
Ziyad
masih dalam dunianya. Dia suka bidang masakkan dan dia suka melihat orang yang
gembira apabila makan masakannya. Walaupun dia dari keluarga yang kaya tapi
bidang masakan menjadikan dia sanggup bergaduh dengan Dato Mikail.
“Papa,
Yad dah fikir masak-masak yang akan menceburi bidang masakan.” Tegas Ziyad
memberitahu keputusannya.
“Bagaimana
dengan perniagaan papa, Yad. Kamu fikir sikit. Siapa yang akan mewarisi semua
harta papa kalau bukan kamu. Siapa yang akan menguruskan perniagaan ayah ini kalau bukan kamu?” kecewa hati seorang
ayah apabila anaknya sendiri menentang keputusannya yang mahu Ziyad berlajar
dalam bidang perniagaan.
“Papa,
Yad tetap dengan keputusan Yad. Yad bukan mahu menjadi anak derhaka, papa tapi
Yad juga ada kemahuan sendiri. Yad tak minta papa untuk tanggung pengajian Yad,
tapi cukuplah papa merestui pemergian Yad. Yad sayang papa. Yad tak ada sesiapa
kecuali papa. Auntie Hashimah akan tengok-tengok kan papa.”
Dato
Mikail tertunduk wajahnya. Kecewa dengan sikap anaknya. Ziyad menuju ke
biliknya dan mengambil beg pakaian. Keputusan telah dibuatnya.
Dato
Mikail terkejut melihat Ziyad bersama beg pakaian.
“Ziyad
Rayyan!” panggil Dato Mikail.
“Papa...”
entah mengapa hatinya tersentuh melihat wajah tua itu.
“Papa
restui apa yang anak papa lakukan. Pergilah nak!” Air mata seorang ayah
mengalir. Dato Mikail terduduk di atas sofa yang ada diruang tamunya. Dia
memejamkan mata. Sebagai ayah, dia gagal memberi kasih sayang sepenuhnya pada
Ziyad. Sejak isterinya, Datin Isha
meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya, hidupnya hanya dipenuhi dengan dunia kerjanya. Hanya di hotel tempat dia
menyibukkan diri sehingga dia lupa yang dia masih ada seorang anak yang
mengharap perhatian.
“Maafkan
papa sebab abaikan Yad selama ini.” Kepala Dato Mikail mula rasa pening. Dia
bersandar pada sofa itu sambil pejamkan mata. Tiba-tiba ada tangan yang
mengurut lembut kepalanya
“Ziyad.” Dato Mikail terkejut.
dia menyangka yang Ziyad sudah pergi meninggalkan dia tetapi tidak.
“Papa, maafkan Ziyad. Ziyad
sayang papa. Yad banyak buat salah pada papa. Yad jadi pelajar paling samseng
kat sekolah. Papa selalu sahaja dipanggil oleh pihak sekolah. Yad dah malukan
papa. Yad join kumpulan samseng sehingga Yad terlibat dengan pergaduhan besar
dengan samseng lain. Yad gunakan seni pertahankan diri ke jalan yang salah.
Maafkan Yad, papa.” Kini dia melutut depan Dato Mikail.
“Tak apalah, Yad.” Perlahan sahaja
suara dato Mikail. Dia juga sedar dengan kesilapannya. “Papa juga salah sebab
selalu sibuk sehingga pelajaran, sekolah dan diri Yad pun papa tak ambil
peduli. Maafkan papa.”
“Terima kasih papa. Yad ikut aje
la apa yang papa kata.”
“Eh, tak apa la Yad. Papa nak
tebus kesalahan papa yang lalu. Yad belajar la di bidang apa yang Yad suka.
Papa terima. Papa akan serahkan perniagaan ayah pada orang yang boleh
menguruskannya.” Lemah sahaja suara Dato Mikail.
“Tidak ayah. Walaupun Yad minat
bidang masakan, tapi bidang perniagaan akan Yad belajar pada masa yang sama.
Papa jangan bimbang. Yad akan uruskan hotel kita itu.”
“Terima kasih nak.” Dua beranak
itu berpelukkan. Erat.
Ziyad tersentak. Dia rindukan
Dato Mikail. Dia bersyukur hubungan mereka semakin baik sejak lima tahun yang
lalu. Kini dato Mikail hanya berehat di rumah sahaja dan perniagaan Dato Mikail
itu diuruskan oleh Ziyad apabila dia ada masa kerana masanya banyak dihabiskan
di dapur.
Dia menatap kembali kertas yang
ada ditangannya. Dia tersenyum. Dia berdiri dan bersedia untuk mulakan resepi
yang di ciptanya itu.
“Let’s go Ziyad Rayyan! Semoga
berjaya!” Ziyad memberi kata-kata semangat pada diri sendiri sambil menyinsing
lengan bajunya.
*****
Ria tersenyum apabila rancangan mereka berdua
berjaya.
“Kenapa
kau susah-susah nak berkenalan dengan chef tu kalau ye pun nak belajar memasak?
Aku pun boleh ajar kau tau.” Ria tawarkan diri.
“Kau? Terima kasih aje la. Masak
telur pun hangit.” Sindir Nad.
“Eh, bukan salah aku kalau telur
tu nak hangit. Aku kan pergi tandas masa tu. Hangit la telur tu.” Ria cuba
membela diri.
“Kalau Zeck tahu ni, mesti dia
hantar kau ke kelas memasak ni.” Ada tawa Nad kedengaran.
“Agak-agak la. Zeck tak kisah
kalau aku pandai masak atau tak.” Ria terasa bangga kerana Zeck menyukainya
seadaanya.
“Banyaklah kau. Esok, jangan
lupa. Kau jadi model aku untuk baju butik aku tu. Ingat abang Shak aje ke yang
boleh buat kau jadi model. Aku pun nak juga.”
“Aku tahulah aku ni cantik. Semua
nak berebut aku!” Ria ketawa bangga.
“Perasan la pula minah ni.”
Akhirnya sampai juga mereka di rumah Ria. “Bilalah kau nak pandu kereta sendiri
ni? Lesen ada. Kereta pun ada gak. Apa yang kurangnya?” Nad sendiri pelik
dengan minah sorang ini.
“Yang kurangnya kekuatan minda
dan fizikal.” Pandai pula Ria menjawab. “Terima kasih sebab hantar aku pulang.
Dan yang paling best, kau belanja aku makan kat hotel. Gempak la! Lain kali
boleh minta belanja lagi.” Ria mengada-ngada sesdikit.
“Banyaklah kau. Suruhlah buah
hati kau yang kaya tu.”
“Zeck? Tak mahulah. Dia kedekut!”
“Apa kedekut?” ada suara
menyampuk.
“Zeck....” tersentak Ria melihat
kehadiran Zeck disitu. ‘Serius! Aku memang tak perasan mamat ni. Baik aku blah
dulu.’
“Aku balik dulu la.” Nad terus
masuk ke dalam kereta dan Ria pun ingin masuk ke dalam rumahnya.
“Ria! Awak nak ke mana tu?” Zeck
menarik beg galas Ria.
“Nak ke tandas. Tak tahan ni.”
“Macam-macam alasan nak mengelak
dari jumpa saya. Tadi bukan main manja dalam telefon.” Zeck tidak berpuas hati
dengan layanan Ria terhadapnya.
“Saya.....” Ria tidak dapat
larikan diri lagi.
“Nasib kaulah Ria...” Nad berdoa
dalam hati agar sahabatnya tidak apa-apa. Dia meneruskan pemanduannya.
Rancangannya sudah berjaya. Dia menatap kembali kad yang di beri oleh Ziyad
tadi.
Dia pun pelik. ‘Kenapa mesti
lelaki ini yang jadi cikgu masak aku? Kenapa aku begitu tertarik dengan dia?
Dia ada aura yang aku suka ke?’ Nad pun tidak faham dengan dirinya.
*****
Ziyad mengacau sup yang dimasaknya. Sedap sungguh
baunya.
“Ziyad!”panggil
Hafis.
“Ziyad!”
lagi sekali Hafis memanggil ketuanya. Memang panas jiwa dan raganya
mengenangkan sikap Ziyad jika di dapur. Perlahan-lahan dia mendekati bos kesayangannya
itu. Dia menyentuh lembut bahu lelaki itu.
“Ziyad.”
“Ya,
Hafis. Kenapa?” pandangan Ziyad masih pada masakannya. Dia menghidu bau sup
tersebut.
“Yuzira
datang lah.” Hafis gelisah.
“Kalau
Yuzira tu datang. Cakap aje aku sibuk.” Ziyad malas mahu bercakap dengan
Yuzira. Tambahan pula dia sudah jatuh cinta dengan seorang.
“Bukan
macam tu. Yuzira datang cari Hafis. Boleh Hafis pergi jumpa dia sekejap?”
malu-malu Hafis meminta kebenaran dari majikannya, Ziyad.
Ziyad
terkejut terus memandang Hafis. Hatinya melonjak kegembiraan. “Ada apa-apa ke
korang berdua ni?”
“Mana
ada. Yuzira minta Hafis tolong dia sikit.” Hafis malu-malu. Ziyad tersenyum.
“Baiklah.
Pergilah tapi jangan lama-lama pula. Nanti aku potong gaji kau.” Hafis
tersenyum.
*****
Hari yang dinantikan oleh Nad kini tiba. Dia akan
belajar masak bersama-sama dengan Ziyad. Ria pun ada. Mana boleh berdua dengan
Ziyad. Nanti mengundang fitnah pula.
“Ziyad,
kau memang pandai masak sejak kecil ke?” Ria bertanya. Nad lebih banyak
mendengar daripada bercakap.
“Ya.
Sejak kecil. Suka duduk di dapur dan suka tengok makanan.”
“Tengok
makanan pun suka?” Ria terasa pelik. Nad menyiku perut Ria. “Sakitlah. Aku
report kat buah hati aku.” Ria menarik muncungnya.
“Ria,
dah ada buah hati?”
“Ya
tapi Nad tak ada lagi....” selamba Ria menjawabnya. Muka Nad sudah kemerahan
sedikit.
Ziyad
hanya tersenyum. Mereka pun memulakan sesi kelas memasak.
*****
Nad balik dengan keadaan badan yang penat. Memasak
memang memenatkan. Patutlah kalau kerja di hotel-hotel, tukang masaknya
kebanyakkan lelaki. Memerlukan kudrat yang kuat.
“Anak
mama ni dari mana?”
“Dari
rumah Ria.” Ujar Nad. Dia mahu merahsiakan kelas memasaknya daripada
pengetahuan Datin Zahidah
“Buat
apa?” Datin Zahidah bertanya.
“Saje
melepak di hujung minggu.”
“Ini
gambar bakal suami, Nad.” Datin Zahidah menghulurkan sebuah sampul surat. Nad
mengambilnya dan berlalu ke biliknya untuk berehat.
Perlahan-lahan
Nad membuka sampul surat ni. Terkejutnya dia.
“Ziyad?”
hati Nad berdebar hebat. Dia berdiri tegak. Sekarang bergerak ke kiri dan ke
kanan. Dia gelabah. Hatinya tak tenang. Minggu depan mereka akan berjumpa lagi.
“Malu!”
jerit Nad. Dia sememangnya sudah jatuh hati dengan Ziyad. Bagaimana dia hendak
menghadapi Ziyad.
*****
Hujung minggu sudah tiba.
“Awalnya
sampai Nad.” Tegur Ziyad. Betapa dia rindukan wanita dihadapannya.
Ria
menanti Nad di luar sahaja memandangkan Nad hanya datang sekejap.
“Saya
tak jadi nak belajar memasak dengan awak dah, Ziyad.”
“Kenapa
pula ni?” tersentap hati Ziyad.
“Sebab
saya akan berkahwin hujung bulan ni.”
“Kahwin?”
Ziyad berkata perlahan. Dia hampir lupa yang dia juga akan berkahwin pada
hujung bulan ni tetapi dia tidak tahu siapa perempuan yang menjadi pilihan ibu
saudaranya, Datin Hashimah.
“Ya.
Awak pula?” sengaja Nad bertanya begitu. Masakan Ziyad tidak tahu yang dia akan
berkahwin dengan Nad.
“Saya?
Saya juga akan berkahwin tapi saya tak tahu dengan siapa dan saya tak nak ambil
tahu sebab saya dah jatuh cinta dengan perempuan lain.” Jelas Ziyad tertunduk.
Nad
terpana. Hatinya menjadi sakit. ‘Ziyad suka perempuan lain?’
“Saya
pergi dulu!” Nad tiada kudrat lagi mahu berhadapan dengan Ziyad. Lelaki itu
baru sahaja membuat dia mencintainya tetapi kini, lelaki itu juga yang melukai
hatinya tanpa disedari.
Nad
menangis dalam kereta. Ria mengeluh mendengar luahan hati Nad.
“Nad,
cinta itu, selagi tidak dilafaz, itu bukan cinta. Sabarlah. Jodoh kau memang
bukan dengan Ziyad.”
“Ria....”
dia memeluk sahabat baiknya.
“Kau
boleh memandu ke?” soal Ria. Nad mengangguk kepala.
*****
Hati Ziyad tidak tenang. Nad akan berkahwin. Dia
seharusnya redha.
“Baiklah!”
Ziyad berdiri tegak. Dia akan membuat kek yang special untuk Nad sempena
perkahwinannya.
“Hafis,
tolong cari alamat rumah Nad dan hantar kek ni ke rumahnya. Saya kena balik ke
Teratak Ibu sekarang juga ni. Majlis kahwin saya dah nak mula.”
“Baiklah!”
‘Ziyad
harap Nad suka kek yang Ziyad buat untuk Nad.’ Desis hati Ziyad.
*****
Hari perkahwinan tiba. Wajah Nad tidak berseri.
“Nad,
ada kek yang baru sampai khas untuk kau!” jerit Ria. Ketika itu Nad sedang
dimekap oleh jurumekap segera turun ke dapur.
Agak
besar kotaknya.
Nad
mengambil kad yang ada di sisi kotak tersebut. Dia membuka.
Khas untuk awak, Nad. Selamat pengantin baru.
-Ziyad-
Air
mata Nad mengalir. Betapa sakit hatinya apabila dia teringat Ziyad yang
menyukai perempuan lain.
“Adakah
Ziyad masih tidak tahu yang dia akan berkahwin dengan aku?” hati Nad berdebar. Ada
resipi yang kek tersebut dalam sampul kad tersebut.
Nad
membacanya.
Kek Coklat semanis Nad
Bahan-bahannya:
2 cawan gula kastor (biar bertambah manis senyuman awak tu)
1 buku butter yang telah dicairkan (hati awak yang mudah menerima saya)
1 cawan susu cair bagai (hati awak yang suci)
1 sudu besar cuka, (walaupun ada duka tetap awak tabah menghadapinya)
1 ½ cawan tepung gandum( apa kaitannya ye?)
½ cawan serbuk koko. (Lebih kurang macam warna mata awak la hihi)
1 ½ sudu the soda bikarbonat. (Hah apa nak citer ni?)
4 biji telur . (Nad, makan telur boleh gemukkan badan..jgn marah.)
Cara membuatnya:
first of all, campurkan dulu susu cair bersama cuka. (maknanya apabila hati yang suci bersama duka dicampur bersama muncullah ketabahan awak) Jangan lupa biarkan jadi susu masam. Semua bahan-bahan ni awak letak ke tepi. Pukul telur dan gula, bila hancur gula, masukkan tepung gandum. Kemudian mentega cair dan separuh daripada susu masam tadi. Pukul selama 2 minit. Kemudian masukkan lagi lebihan susu masam tadi bersama serbuk koko dan soda. Pukul lagi 2 minit. Then, bakar… Mudah kan Nad. Saya tak sempat nak ajar awak tapi ia special untuk awak.
2 cawan gula kastor (biar bertambah manis senyuman awak tu)
1 buku butter yang telah dicairkan (hati awak yang mudah menerima saya)
1 cawan susu cair bagai (hati awak yang suci)
1 sudu besar cuka, (walaupun ada duka tetap awak tabah menghadapinya)
1 ½ cawan tepung gandum( apa kaitannya ye?)
½ cawan serbuk koko. (Lebih kurang macam warna mata awak la hihi)
1 ½ sudu the soda bikarbonat. (Hah apa nak citer ni?)
4 biji telur . (Nad, makan telur boleh gemukkan badan..jgn marah.)
Cara membuatnya:
first of all, campurkan dulu susu cair bersama cuka. (maknanya apabila hati yang suci bersama duka dicampur bersama muncullah ketabahan awak) Jangan lupa biarkan jadi susu masam. Semua bahan-bahan ni awak letak ke tepi. Pukul telur dan gula, bila hancur gula, masukkan tepung gandum. Kemudian mentega cair dan separuh daripada susu masam tadi. Pukul selama 2 minit. Kemudian masukkan lagi lebihan susu masam tadi bersama serbuk koko dan soda. Pukul lagi 2 minit. Then, bakar… Mudah kan Nad. Saya tak sempat nak ajar awak tapi ia special untuk awak.
“Apa
semua ni? Ziyad sukakan aku ke?” kini terjawab persoalannya.
“Nad,
Pengantin lelaki dah tunggu kat masjid. Kau pergi siap cepat-cepat. Kita dah
nak gerak ke masjid ni.” Kata Ria yang tiba-tiba muncul.
Pantas
Nad bersiap. Tema baju pengantinya, Datin Zahidah memilih tema arabic. Nad akan
menutup wajahnya seperti memakai purdah.
Dari
jauh dia dapat melihat Ziyad segak berpakaian baju melayu putih. Walaupun chef,
dia nampak kacak dan bergaya. Dia yakin yang Ziyad sukakan Nad.
“Sah!Sah!
Sah!” kata tok kadi. Sekali lafaz sahaja Nad sudah menjadi hak milik Ziyad.
Ziyad
menyarungkan cincin di tangan manis Nad. Tanpa Ziyad sedar Nad, wanita yang dia
cintai dalam dia itu kini dihadapanya. Dahi Nad dikucupnya. Ramai juru kamera
yang asyik mengambil gambar mereka.
“Bukalah
penutup muka tu!” jerit Ria. Sengaja mahu menyakat mereka berdua..
Tangan
Ziyad menggigil. Nad hanya memejamkan matanya. Perlahan-lahan penutup muka itu
ditanggalkan.
“Nad!”
Ziyad terkejut. Ria hanya ketawa tak ingat dunia. Dia terasa lucu dengan
hubungan yang tercipta ni.
“Sedapnya
ketawakan orang.” Zeck menghampiri Ria. Mati terus ketawa Ria. Dia berpaling ke
belakang. ‘Ingatkan tak datang tadi.’ Ria mengeluh.
Akhirnya
Ria tersengih.
“Nad...”
Gembira sungguh hati Ziyad.
“Nad......”
lagi panjang Ziyad memanggil nama itu.
“Terima
kasih!” Ziyad mengenggam tangan Nad. Dia mencium tangan kanan Nad. Nad
malu tapi dia bersalaman juga dengan Ziyad.
Mereka
pun berdiri. Bahu Nad dipeluknya.
“Suamiku
chef rupanya.”
“Kenapa?
Tak boleh ke?”
“Tak
boleh!” sengaja Nad menyakat Ziyad.
“Kalau
macam tu, semua chef tak boleh kahwin la?” Ziyad bertanya ketika mereka berada
dalam bilik pengantin.
“Tak
cakap pun.”
“Ish,
nakalnya minah ni?”
“Terima
kasih buat kek yang special tu?” ucap Nad.
“Sama-sama.
Kan suamimu chef. Perkara kecil aje kek tu.” Ziyad berbangga dengan dirinya.
“Tak
apa ke Nad tak berapa pandai masak?”
“Tak
apa. Abang akan ajar sayang sampai pandai.”
“Terima
kasih abang....” ucap Nad. Dia rasa bahagia. Walaupun Ziyad hanya seorang cef
atau tukang masak tapi dia bahagia. Bahagia yang akan disemai sampai bila-bila.
P/S : Semua orang ada jodoh atau pasangan yang
menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dengan kita. Jarang orang bertemu
dengan jodoh yang berada jauh darinya. Betul ke? Anda sendiri boleh menilai. Begitu
juga cerpen ini. Maaf jika ada kekurangan. Maaf kalau simple sangat...
cool jek...hehe...
ReplyDeleteziyad,yazid,zayid??
ReplyDeletehahahaa...konpius2...
Deletejgn konpius awak....yg betulnya ziyad hahahha
Deletebest... best...
ReplyDeletebetulke.. resepi kek itu.....?
ReplyDeletekalau cuba jadi tak...?
best...!!! lapar terus baca pasal kek.
ReplyDeletesalam ria...
ReplyDeleteerrk watak ria kat dlm ny da bertukar jadi pwemalu lak bila berhadapan zeck nampak...haha
ziyaddd owhh ziyaddd errkk x bole sebut byk kali kanmg marah lak nad..hehe
besttt sosweet cite ny...taniah :)
perghh.. pengantin laki bg kt pengantin perempuanya sendiri.. tp.. tp.. dia xtahu..macam2.. tp seriously.. manisnya..(bm kn, blh kan?):P
ReplyDeletesetiap cerita yang akak wat semuanya saya suka walaupun saya x pernah bercinta...tapi bile bace semua novel and cerpen yang akak wat rasa mcm nk je bercinta...akak merupakan sumber inspirasi bagi saya thankz untuk n0vel-n0vel yang akak wat...sem0ga bnyk lagi n0vel yang akan terhasil...aja-aja faiting!!
ReplyDeletebest rr..lgi2 zeck n ria sweett s'lalu..
ReplyDelete:):):):):):)
aaaaa........sweetnye!!!..tp resepi tu jadi ke?? :)
ReplyDeletedari start citer sampai habis, sy senyum sorang-sorang
ReplyDeleteSame!
DeleteMy future husband is a chef :3
ReplyDeleteBaru ada masa nk baca.. suka Ziyad dgn Nad tapi lebih sukakan wata Zeck dgn Ria... <3
ReplyDeleteknape dlm cerpen ria natsumi sll ade watak ria ngn zeck ? pelik larr .
ReplyDeleterasanya mula2 ria tulis cerpen je nama watak ria dan zeck muncul...masa tu memang perangai suka masukkan nama sendiri..t.api sekarang dah tak ada...kecuali cerpen watak2 dalam citer cinta ke?....harap tak marah...hihihi
Deletecayalah....best jugk nie
ReplyDeleteBest3x, sy ska bca smua krya akak, tp part ria dan zeck mmng sy x brknan, sy skip lh. Btw, pnulisn yg bgus sgt. Sy hrp jgn trasa dan marah yer. Smua org ada kkurngn trmsuk sy. Btw, sy sntiasa support kkak! :)
ReplyDeletetak apa...lagi pun watak ria dan zeck ni muncul pada mula2 saya dalam bidang penulisan je...bak kata orang syok sendiri....tapi apabila novel saya dah terbit...saya tak tulis dah...hihihihi so cerpen mula2 saya mesti ada watak mereka...tapi kalau tengok cerpen tahun 2013 dah tak ada hihihihi terima kasih sudi membacanya...
DeleteAswt, best la semua cerpen yg kak Nat tulis:Dboleh tak satu hari nanti kak Nat tulis cerpen yg luar biasa???:o
ReplyDeletecerpen luar biasa yang saya dah tulis ialah cerpen bertema fantasi la...ada kuasa2 luar biasa hihihi terima kasih sebab suka..
Deletehahaha..best citer ni. romantik+lawokks..
ReplyDeletejom follow blog sy jgak... zalilawatisaidin.blogspot.com
best cite ni..aq pn nk bljr msk gk la,cz aq pn x tau msk...ish3 wt malu je aq ny-iezahtakuya
ReplyDeleteBest jgk crita ni...mudahan2 bkal suami sy seorng chef
ReplyDelete