Followers

Sunday 29 April 2012

7
Komen

CERPEN FANTASI : LoveInTheSky 2

Pesanan : Cerpen kali ini bertema fantasi dan bukan realiti. tidak berkaitan dengan sesiapa pun. Jika anda TIDAK SUKA cerpen bertema FANTASI. jangan susahkan diri membaca penulisan ini. Ia hanya mengundang ketidakselesaan anda juga. terima kasih pada yang sukakan tema ini. 


Kay terus berlari dan berlari. Berat juga tubuh Fiona ni. Dia tiada arah tujuan. Tiba-tiba dia dapat mengesan seseorang sedang bergerak pantas menghampirinya.
       “Siapa!?!” Kay memerhati sekelilingnya. Dia terhenti seketika. Dia meletakkan tubuh Fiona bersandar di pokok.
       “Huh!” ada suara yang didengari oleh Kay. Dia tidak tahu mahu buat apa untuk melindungi diri. Kuasanya begitu lemah.
       Seorang perempuan berambut panjang kelihatan.
       “Kau Raja White Sky kan?” perempuan itu bertanya. Dia melompat begitu pantas dan kini dia berada di atas pokok. Dia duduk di dahan pokok. Kakinya sengaja diayun-ayun bagaikan sedang naik buaian.
       “Kau siapa?” hati Kay berdebar hebat. Adakah ini musuh baru aku? Aku tak mengenali siapa perempuan ni.
       “Aku Natsumi tapi kau boleh panggil aku Natsu aje.” Natsu memperkenalkan diri. “Kau jangan risau. Aku akan melindungi kau.” Kata Natsu lagi.
       Mata Kay berkelip seketika dan masa itu juga Natsu sudah dihadapannya. Dia mengeluarkan sesuatu dari rantai lehernya. Dia memancarkan satu cahaya dan Kay tidak ingat apa yang berlaku.
       Natsu tersenyum.
*****
Kay bangun. Dia berada dalam sebuah rumah. Mana Fiona? Dia memandang sekeliling. Fiona ada rupanya. Dia masih tidak sedarkan diri. Kay bergerak ke katil tempat Fiona baring. Kasihan gadis ini menjadi mangsa kedaan.

“Tapi aku di mana?” Kya bertanya sendirian.
       “Sebuah rumah tumpangan.” Natsu muncul tiba-tiba.
       Kenapalah perempuan ini suka wujud dengan tiba-tiba? Buat aku terkejut aje. Dia melihat gaya Natsu yang lebih selamba.
       “Aku harus segera mencari kuasa yang lebih kuat.” Kay memikirkan masa depan White Sky yang mungkin akan menjadi tawanan Black sky.
       “Dah ada depan mata kau tu. Fiona...” kata Natsu. Gadis itu sedang makan sebiji epal merah.
       “Hmmm, Fiona...?”
       “Kau memang suka pada dia kan?”
       “Takkan aku boleh suka pada gadis yang aku baru kenal beberapa jam yang lalu. Itu mustahil.” Kay menidakkan perasaanya. Takkan begitu mudah?
       “Tepat dalam ramalan!” tegas suara Natsu.
       “Ramalan? Apa maksud kau.”
       “Jika kau berkahwin dengan perempuan ni. Kau akan mendapat kuasa Angin dan dia juga akan mendapat keistimewaan yang kita sendiri tidak tahu.” Jelas Natsu.
       “Siapa kau sebenarnya?” Kay pula yang rasa lain dengan Natsu. Gadis itu penuh misteri.
       “Kau mesti buat Fiona jatuh cinta dengan kau  sebelum Zakai tahu mengenai perkara ini. Jika Fiona jatuh cinta pada Zakai. Dunia kegelapan akan wujud dalam dunia manusia.” Panjang lebar penerangan Natsu.
       “Siapa kau sebenarnya?” lagi sekali persoalan itu ditimbulkan oleh Kay.
       “Misteri! Aku pergi dulu. Kau buatlah macam mana sekali pun. Jika korang berdua saling menyintai, kuasa yang kuat akan datang dengan sendiri dalam diri kau.” Natsu membuka pintu biliknya dan menutupnya rapat kembali.
       “Tunggu dulu!” Banyak yang Kay mahu tanyakan. Dia segera membuka pintu tersebut semula tetapi Natsu sudah menghilang.
       “Tidak!” tiba-tiba Fiona tersedar. Dia bermimpi yang dia berkahwin dengan Kay dan Kay mati dibunuh oleh lelaki yang tidak dia kenali.
       “Kenapa ni?” Kay yang masih di pintu segera menghampiri Fiona.
       “Awak akan mati Kay!” jerit Fiona tiba-tiba.
       “Mati? Takkanlah.” Tatkala ini, hati Kay berdebar-debar memandang Fiona yang sedang menangis itu. Wajah Fiona cukup menarik minatnya.
       Kenapa aku menangis? Kenapa aku rasa sedih bila Kay mati? Aku suka dia ke? Aku sayang dia ke? Takkan begitu cepat? Hati Fiona juga tidak tenang. Air matanya dibiarkan mengalir.
       Tiba-tiba Kay duduk hampir dengannya. Bahunya dipegang. Kay menyapu air mata Fiona dengan tangannya. Fiona tersentak. Dia mendongak melihat wajah Kay.
       Kay dengan pantas menarik Fiona dalam pelukannya. Fiona terkejut. Akhirnya dia membiarkan sahaja. Dia berasa tenang Kay di sisinya.


 
“Boleh tak awak selalu berada di sisi saya?” pinta Kay. Kini mereka bertentangan mata. Fiona cuba mencari kejujuran dan keikhlasan dalam wajah Kay.
       Akhirnya Fiona tersenyum.
       “Boleh Kay...”
       Akhirnya Kay menghadiahkan ciuman di dahi Fiona sebagai tanda terima kasih. Kemudiannya dia menceritakan segala-galanya mengenai dunia White Sky dan Black Sky. Barulah Fiona faham dari mana Kay datang.
       “Maafkan saya sebab dah libatkan awak dalam hal ini. Zakai mesti mencari awak.” Kay berdiri tegak. Dia memandang keluar tingkap. Langit semakin gelap.
       Wajah Kay penuh kebimbangan.
*****
Zakai tersenyum. Dia semakin dapat mengusai White Sky. Sayap hitamnya di biar bebas seketika.

“Bos!” panggil seseorang.
       “Kau ni ingat dunia manusia ke panggil bos... bos... panggil aku tuan!” marah Zakai. Entah mengapa dengan gadis ini wajahnya mudah sahaja merah.
       “Baik Tuan!”
       “Lagi satu. Yang kau pakai macam ni siapa suruh? Kalau tak cukup kain sangat, kau ambil aje mana-mana kain yang ada dalam istana aku. Sakit mata aku tengok!” marah Zakai pada Josephine.

“Tuan tak suka saya Seksi?” soalnya sambil melihat diri sendiri.
       “Tak suka! Pergi tukar sekarang!” arah Zakai. Sekelip mata Josephine bertukar pakaian yang biasa dipakainya.
       “Okey. Ini barulah Josephine. Apa maklumat terkini yang dah berlaku.?” tanya Zakai. Mereka berbincang bagaimana mahu menentang Kay. Zakai tersenyum dengan penuh muslihat.

P/S : minta maaf lambat update cerita ni hihih tapi harap terhibur kali ni...teirma kasih..

Tuesday 24 April 2012

20
Komen

CERPEN : INGATAN CINTA (full)



Alamak! Kenapa aku ikut jalan ni? Dia sudah tersalah jalan. Jalan untuk balik ke rumah sewa sepatutnya ikut kiri tapi dia terjalan ikut kanan. Kalau ikut kanan terpaksa jalan jauh sedikit. Sudahlah sunyi jalan tersebut.
            Tiba-tiba dia terdengar bunyi orang bergaduh di sebalik bangunan yang di hadapannya kini. Dia cuba mengintai.
            Tatkala hati  Nashuha terpandang seorang lelaki yang sedang membelasah beberapa orang membuat hatinya berdebar dalam ketakutan. Dia terkaku. Tak dapat melarikan diri.
            Perempuan itu cepat-cepat membantu kekasihnya yang kena belasah. Tambahan pula kereta perempuan itu, cerminnya pecah. Teruk juga.
            “You!” lelaki itu menjerkah Nashuha dari jauh. Dia betul-betul takut. Kaki! Bergeraklah. Tolonglah gerak! Hati Nashuha merintih. Dia takut lelaki itu apa-apakan dia.
            Tubuh Nashuha ditolak ke dinding. Kini mata mereka saling bertentangan. Ya Allah besarnya lelaki ini! Makin takut yang Nashuha rasa. Padahal Nashuha yang tidak sedar, tubuhnya sememangnya kecil.
            “Ganti balik apa kau dah buat dengan kereta aku ni!” marah perempuan tersebut yang kini hampir dengan lelaki ganas tadi dan Nashuha.
            “That should be enough! Get the hell out!” selamba lelaki itu berkata sambil mencampakkan wang di muka perempuan itu.
            Berebut-rebut lelaki yang kena belasah itu dengan perempuan tadi mengutip duit tersebut. Inilah manusia yang gilakan duit tanpa mempedulikan lagi dosa dan pahala.
            Lelaki itu fokus kembali pada Nashuha. Nashuha memandangnya dengan wajah yang takut. Gila! Lelaki ni gila. Main campak macam tu aje duit. Dia ingat duit ni apa ke? Nashuha berkata dalam hati.
            Lelaki itu meletakkan tangannya di dinding. Pandangan lelaki itu betul-betul tajam.
Nashuha betul-betul tidak dapat lari. Hatinya berdegup kencang. Walaupun lelaki itu nampak kacak tapi kalau jahat buat apa. Cari nahas aje!
“Kau nak apa?” Akhirnya Nashuha cuba bersuara. Beranikan diri! Nashuha berkata dalam hati. Memberi semangat pada diri sendiri.
If you need money too. Then how about I buy you?” kata lelaki itu.
Dahi Nashuha sudah berkerut. Buy? Buy tu bukankah beli? Nashuha mula keliru dengan apa yang didengarinya.
Tiba-tiba lelaki itu mencium bibirnya.
Nashuha tidak dapat berbuat apa-apa. Dia terkaku.
From now, you’re mine!” katanya terus berlalu. Lelaki itu menabur wang pada Nashuha pula.
Nashuha jatuh terjelupuk. Apa yang perlu aku lakukan? Ya Allah, dugaan apakah ini? hatinya bertanya. Dia tidak mengambil pun duit tersebut. Dia berjalan pulang dengan keadaan lemah seluruh badan.
Nashuha trauma. Perasaannya tertekan dengan tindakan lelaki yang tidak tahu malu itu.
Kini, sudah seminggu perkara itu berlalu. Nasib baik aku baru masuk belajar kat sini. Lupakan sahaja peristiwa itu.
“Aku berdoa bersungguh-sungguh. Janganlah aku jumpa lelaki tu lagi!” Nashuha berdoa dengan suara yang berbisik.
“Kau doa apa tu?” Sahabat Nashuha menegur.
“Fyka! Ini kau punya pasalah. Gara-gara kau, aku yang jadi mangsa keadaan.” Marah benar Nashuha dengan Fyka.
“Kenapa dengan aku? Aku memang nak minta maaf pada kau sebab semalam aku ada hal penting. Tak dapat nak hantar kau balik.” Jelas Fyka.
“Ala kalau kau hantar aku depan rumah, mesti tak berlaku perkara ngeri dalam hidup aku.” jelas sekali Nashuha kecewa. Apa yang perlu dia lakukan untuk dia hilangkan ingatan itu?
“Apa benda yang terjadi ni? Apa dia? Cuba cerita sikit.” Fyka meletakkan buku-buku yang dipinjam di perpustakaan tadi di atas meja.
“Cerita? Aku bukan pencerita dalam cerita ini. So, kau jangan tanya.” Malas pula nak buat sesi luahkan perasaan kat sini. Baik pergi makan. Nashuha tersenyum. Makan aje yang boleh buat aku lupa segalanya.
“Jom makan!” ajak Nashuha.
“Kay, jom makan sekali.” Ajak Fyka. Fyka memang perasan yang Kay selalu memandang Nashuha. Tapi minah ni mana nak perasan kalau dah jumpa makanan dan buku. Memang tak boleh dipisahkan.
“Makan?” Kay membetulkan sedikit songkoknya. Dia memang terkenal dengan sikap yang baik dan suka memakai songkok.
“Jomlah Kay,” wajah ceria Nashuha ditatapnya. Dia turut tersenyum.
“Baiklah.” Kay bersetuju.
Mereka bertiga berjalan bersama-sama. Gembiranya Nashuha sebab Kay mahu belanja makan tengah hari. Makin lebar senyuman Nashuha.
“Tak ucap pun terima kasih?” kata Kay dalam nada merajuk. Alahai, comelnya dia buat muka. Anak siapalah ni? Kata Nashuha dalam hati.
“Thank you so much. I so happy today.” Kata Nashuha sambil tersenyum lebar.
            “Welcome Nashuha. I also happy went you happy.” Balas Kay.
            Nashuha tersentak. Entah mengapa suara itu macam pernah dia dengar. Dia memandang Kay. Lelaki itu memang tinggi. Rasanya 189 sentimeter dan Nashuha cuma 145 sentimeter. Beza memang berbeza.
            Aku rasa mesti masa mak dia mengandung ni,  suka makan kacang panjang. Teka Nashuha dalam hati.
            Dia memandang wajah Kay. Direnungnya bersungguh-sungguh sehingga dia tidak perasan ada tiang dihadapannya.
            Tong! Bunyi tiang dilanggar orang.
            “Nash! Kau okey tak?” Fyka bertanya. Apa kena minah ni? Tiang yang comel ni pun tak nampak ke? Nasib baik tak jatuh dalam longkang depan ni. Fyka mula pelik.
            “Aku okey. Cuma berhajat nak cium tiang ni tapi terhantuk la pula.” Kata gurau dari Nashuha. Dia tersengih tetapi sengihan itu mati tiba-tiba.
            Cium? Hatinya berdebar kencang. Dia teringat peristiwa ngeri itu.
            Fyka yang melihatnya terkejut. Kawan aku ni okey ke tak?
            Kay hanya memandang wajah Nashuha yang jelas sedang memikirkan sesuatu sambil memegang bibirnya. Kay turut terasa pelik dengan tindakan Nashuha.
            “Macam tak okey aje?” soal Kay pula.
            “Eh, okey aje.” Nashuha berdiri. Memang sakit kepalanya apabila terlanggar tiang tersebut.
            “Kalau okey tak apa. Aku takut kau mereng aje.” Kata Fyka. “Aku pergi dulu. Maaf Nash aku tak pergi kelas malam ni sebab ada hal.” Sambungnya lagi.
            “Kau ni asyik ada hal aje.” Kecewa Nashuha.
            “Kay ada. Boleh temankan kau.” Cadang Fyka.
            “Kay tak ambil subjek tu. Aku sorang lagilah.” Balas Nashuha. Kay hanya mengangguk sahaja.
            “Tak apa. Kalau ada orang jahat dengan kau, kau sepak aje tempat sulit dia. Mesti dia tak boleh bergerak punya. Aku pergi dulu!” pesan Fyka.
            “Itu kalau sempat sepak. Ini nak bergerak pun tak mampu, apatah lagi sepak.” Nada Nashuha rendah. Lagi sekali dia teringat peristiwa itu. Malasnya nak pergi kelas malam ni. Leceh dan leceh.
            Kay dan Fyka meninggalkan Nashuha sendirian. Mereka berdua ada kelas bersama.
*****
Akhirnya habis juga kelas malam ni. Mata aku sudah mengantuk ni. Ingat wahai Nashuha, ikut kiri bukannya kanan. Jangan salah jalan. Nashuha mengingatkan dirinya.
            Akibat dia lambat bergerak keluar dari bilik kuliah, suasana menjadi sunyi.
            “Banyaknya barang aku!” geram Nashuha. Pensil, pen, magik warna dan pemadam semua bersepah atas mejanya. Buku sampai tiga buah dan botol air lagi. Yang menjadi lambat apabila Nashuha berusaha memasukkan semua benda tersebut dalam beg. Beg pula kecil.
            Nashuha oh Nashuha
            “You!” Nashuha menoleh pada milik suara itu. Alamak! Ini tak jalan lagi dah jumpa dia. Dalam bilik kuliah pula tu. Lagi satu lelaki ni orang berdarah kacukan barat ke? Jumpa aku aje nak speking.
            Nashuha terkaku. Lelaki itu menghampirinya. Makin kuat debaran Nashuha. Memang sah, aku nampak dia aje, aku tak boleh bergerak. Ya allah, bantu hamba-Mu ini! Aku tak nak peristiwa sama yang berlaku. Tak nak!
            Entah mengapa pandangan lelaki itu saat ini sedih. Wajahnya pun sedih.
            Lelaki itu duduk di atas meja Nashuha  lalu memeluk tubuh Nashuha yang kecil itu. Lagi sekali Nashuha terkaku.
            “Please, remember me, Honey! Please!” ada bisikan ditelinga Nashuha.  Entah mengapa Nashuha rasa tenang dalam pelukan lelaki itu tetapi hanya seketika sahaja. Akhirnya dia meronta. Dosa. Ini Dosa!
            “Lepaslah. Kau ingat aku ni apa? Main peluk-peluk!” lagi kuat Nashuha meronta.
            “No! You’re mine!” kata lelaki itu yang berubah rentak. Makin kemas lelaki itu memeluknya. Siapa yang akan membantunya?
            “Hoi! Buat apa tu?” seorang pengawal keselamatan menghampiri mereka. Nashuha sudah mengucap kata syukur. Dia terselamat lagi.
            “Buat maksiat ya? Budak muda sekarang memang tak tahu malu.” Pak cik itu mula membebel.
            “Maksiat? She is my wife, uncle.” Mendatar suara lelaki itu.
            “Wife?” Pak cik tersebut dan Nashuha menyebut perkataan itu serentak dengan nada yang terkejut.
            “Korang jangan nak tipu. Sudah! Bersurai.” Pak cik itu memberi arahan. Lelaki itu menarik tangan Nashuha dan meninggalkan bilik itu.
            Nashuha melihat tangannya yang kini dalam genggaman tangan lelaki itu. Kenapalah lelaki ini suka ambil kesempatan?
            “Eh, lepaslah!” Nashuha menarik kembali tangannya. Berusaha dia mencari penyembur pemedih mata dalam begnya itu tetapi tidak jumpa.
            Tiba-tiba tangannya ditarik kasar oleh lelaki yang ganas itu. Tangannya dilekat ke dinding.
            “Lepaslah!” jerit Nashuha. Perasaan geram bercampur takut dalam hati Nashuha.
            “Honey, I love you. Please! Berapa lagi sayang nak ambil masa untuk mengingatnya? Berapa lama?” soalnya bertalu-talu.
            “Ingat apa? Ish, kau ni dah salah orang...” belum sempat Nashuha menghabiskan kata-katanya, lelaki itu sudah memotong katanya.
            “Tak sayang! Abang tak salah orang. Sayanglah orangnya! Orang yang abang cinta.” masih berusaha menyakinkan Nashuha.
            “Lepaslah!” perlahan-lahan tangan Nashuha di lepaskan. Nashuha mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri.
            Nash sayang.....
            Lelaki itu pun pulang ke rumahnya.
            “Kau pergi jumpa perempuan tu lagi?” soal ayahnya yang berada di sofa.
            “She is my wife.”
            “Memang dia isteri kau tapi dia dah hilang ingatan. Kau kahwin aje dengan perempuan pilihan ayah.” Dato Ikmal mencadangkan pada anaknya itu.
            “Tidak! Nashuha tetap isteri saya dan hanya dia! Ayah yang menyebabkan dia hilang ingatan. Disebabkan dengki dan ego ayah itu, seluruh keluarga Nashuha meninggal di tempat kemalangan tu. Mujurlah Nashuha hanya hilang ingatan sahaja.” Kay sememangnya bersyukur.
            “Dia takkan terima kau semula. Dia akan mempertikaikan kenapa kau tak mencari dia kalau kau tahu dia isteri kau. 3 bulan kau tinggalkan dia keseorangan,” kata Dato Ikmal dengan senyuman lebar.
            “Ini semua pasal ayah! Ayah yang kurung saya dua bulan! Semua salah ayah!” nada Kay semakin tinggi. Dia mengucap dalam hati lalu meninggalkan ayahnya.
            Kay menghempaskan dirinya atas katil milik dia.
            Dulu Kay dan Nashuha bercinta dan berkahwin. Walaupun usia mereka masih muda tetapi perkahwinan adalah jalan paling baik. Ibu bapa Nashuha pun tidak kisah.
            “Abang, Nash suka tengok mata abang.”kata Nashuha manja.
            “Tengoklah puas-puas. Abang lagi suka.” Balas Kay dengan lembut. Kasih sayangnya untuk Nashuha terlalu kuat.
            Tiba-tiba pipi Nashuha dicium oleh Kay. Kay tersengih apabila Nashuha menjeling.
            “Nak cium pun, tak payah la curi-curi.” Kata Nashuha berani.
            “Curi-curilah sebab orang tu tak suka kena cium.” Terus merah wajah Nashuha apabila Kay berkata begitu.
            “Abang ni..” lagi manja Nashuha jadinya. Dia berdiri tegak dan bersalaman dengan suaminya yang masih duduk di depannya. Aku berdiri pun macam lebih kurang aje tinggi dengan Kay walaupun dia sedang duduk.
            “Nash pergi dulu. Lepas hantar aje mama dan papa Nash ke airport, Nash jumpa abang kat rumah ye?” pinta Nashuha.
            “Baiklah sayang, hati-hati memandu ya?” pesan Nash.
            Setelah beberapa jam, Nash mendapat panggilan yang Isterinya kemalangan. Dia mahu ke hospital tetapi ada beberapa orang yang tidak dikenali sudah memasuki rumahnya lalu memukulnya sehingga pengsan.
            Apabila Nash sedar, dia sudah berada di sebuah milik. Rupanya ini angkara Ayahnya, Dato Ikmal yang tidak menyukai Nashuha. Ayah mahu pisahkan mereka.
            Selama dua bulan Kay terkurung tanpa mengetahui perkembangan dan keadaan Nashuha. Dia kehilangan.
            Selepas selepas dua bulan, dia dihantar ke luar negara untuk bekerja di sana. Tanpa pengetahuan Dato Ikmal, Kay telah mengupah penyiasat untuk mengesan di mana Nashuha dan ketika itulah dia mengetahui yang Nashuha telah menyambung belajar dan dibawah jagaan ibu saudaranya.
            Perkahwinan mereka pula hanya mama dan papa Nashuha yang tahu. Kini, mama dan papa Nashuha meninggal dunia semasa kemalangan dan Nashuha pula hilang ingatan membuatkan tiada siapa yang tahu mengenai perkahwinan ini melainkan Kay dan Dato Ikmal. Dan ada lagi seorang yang mengetahuinya, abang sepupunya, Zeck. Tetapi lelaki itu sudah lama tidak ditemui sejak mempunyai anak.
*****
Nashuha terus berlari dan berlari. Dia takut. Takut lelaki yang tidak dikenali itu mengejarkan. Cepat-cepat dia masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu. Dia benat-benar takut.
            “Isteri? Lelaki ini benar-benar gila! Aku kena cari kawan bilik cepat-cepat ni. Minggu lepas tumpang rumah kawan kat kolej. Sekarang dah dapat rumah sewa, duduk sorang pula.” Nashuha membebel seorang diri.
            Nashuha cuba bertenang. Dia segera membersihkan diri dan mendirikan solat isyak.
            Selepas meneguk segelas air, Nashuha terus menarik selimut. Lebih baik dirinya tidur. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Sudah lewat!
            “Abang!” jerit Nashuha. Dia bermimpi. Acap sangat dia bermimpi mengenai dia sudah berkahwin dan mempunyai suami. Pantas pandangannya jatuh pada jam dinding yang kini jam tiga pagi.
            “Kenapa sayang? Abang ada aje ni?” tiba-tiba ada suara yang didengari. Perlahan-lahan Nashuha berpaling arah kanannya. Lelaki itu!
            “Kau ni siapa?” Nashuha berdiri tegak dan jauh dari lelaki itu.
            “Kay Akmal. Suami sayang la!” kata Kay sambil membelai rambutnya yang sedikit kusut.
            “Kay! Kau memang gila! Kat kolej watak kau baik. Pakai songkok! Sekarang kau mengaku yang kau suami aku? tipu dan tipu!” Nashuha tidak percaya. Dia kenal lelaki itu. Kenapa bila pakai songkok wajahnya lain sangat.
            “Itulah cara abang dekati sayang.”
            “Apa bukti kau suami aku?”
            “Nah!” Kay menghulurkan sesuatu.
            Perlahan pergerakan Nashuha mengambil kertas yang ada di hujung kaki Kay tetapi tangannya ditarik oleh Kay. Dia tersembam ke dada bidang lelaki itu.
            Pinggangnya dirangkul erat.
            “Lepaslah!” kasar Nashuha dengan menolak tubuh Kay
            “Kasar juga sayang ni?” tetapi Kay tiada tanda-tanda mahu melepaskan Nashuha. Dia benar-benar rindukan Nashuha yang sentiasa manja dengannya.
            “Lepaskan aku!” makin kasar dan tinggi suara Nashuha. Akhirnya Kay melepaskan Nashuha.
            Lama Nashuha merenung kertas ditangannya.
            “Ini fotostatnya aje. Boleh caya ke?” soal Nashuha.
            “Ambillah dompet saya atas meja belakang awak tu. Ada kad pengenalan perkahwinan kita. Tengoklah puas-puas.” Kata Kay sambil merenung tajam Nashuha.
            Segera Nashuha berpaling. Dia ternampak dompet lelaki itu dan mengeluarkan kad pengenalan tersebut.
            Memang betul pun tapi masih belum boleh percaya. Aku kena pergi pejabat agama dulu. Mana tahu ini sindiket penipuan.
            “Kalau betul kau suami aku, kau pergi mana masa aku kemalangan dulu?” soal Nashuha. Bertapa dia terasa seksa ketika itu. Apabila dia sedar, dia terasa asing sekali. Siapa dirinya? Dia tidak ingat apa-apa.
            Mujur ada ibu saudara yang datang melawat kerana mengenalinya.
            “Abang kena kurung dengan ayah abang. Dia tak suka kita bersama.” Kay mula berdiri. Dia menghampiri Nashuha.
            “Kau jangan rapat dengan aku!” Nashuha memberi amaran. Mungkin tadi dia terkaku tetapi apabila penipuan lelaki ini makin menjadi-jadi, dia rasa tidak tahan lagi.
            Kay tidak pedulikan itu semua. Dia makin hampir dengan senyuman yang menakutkan bagi Nashuha.
            “Abang pergi dulu. Kad ni sayang simpan. Pergi pejabat agama kalau nak kepastian.” Kata Kay yang begitu hampir dengan Nashuha. Kay mengambil dompetnya dan terus berlalu. Tanpa Nashuha tahu, rumah sewa yang disewa oleh Nashuha adalah rumah yang dibeli oleh Kay untuk isterinya itu.
            Nashuha mengeluh. Kenapa perjalanan hidupnya seperti ni? Dia suami aku? Betul ke?
            Nashuha terbayang wajah Kay yang dikenali dengan gaya bersongkok. Wajah baik gitu tapi dalam diam, perangai macam....
            Mengucap Nashuha dalam hati. Mengutuk orang memang sedap.
            Keesokan Nashuha pergi ke pejabat agama untuk mengesahkan. Makin kuat dia mengeluh. Dia benar-benar tidak ingat.
            “Betullah aku dah kahwin?” Dia merenung lagi kad tersebut.
            “Betullah kan?” Kay muncul. Lelaki itu bersongkok. Berlagak alim pula si Kay ni. Perangai macam apa entah.
            “Betul tapi banyak yang aku nak tanya kau memandangkan aku tak ingat siapa kau.”
            “Nak tanya? Boleh aje.” Kata Kay sambil membuka pintu kereta miliknya.
            Nashuha bersetuju naik kereta tersebut. Macam-macam yang ditanya oleh Nashuha dan Kay menjawabnya tanpa berselindung.
            “Sayang asyik tanya pasal abang aje. Tak nak tanya sayang macam mana dulu dengan abang?” soal Kay yang masih tenang memandu itu. Dia tersenyum. Dia benar-benar gembira dapat mendekati orang yang disayangi.
            “Okey, saya dulu macam mana?”
            “Sayang ni seorang yang manja, suka peluk dan cium abang. Kalau abang tak ada, mulalah merengek macam budak manja. Sudahlah kalau tak layan, sayang merajuk sampai berjam-jam tau.” Ada nada ketawa di hujung kata Kay.
            Entah mengapa dia terasa pipinya merah. Betul ke dia begitu dengan Kay? Pantas dia menggelengkan kepala. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Kay.
            “Tak apa, Abang tetap tunggu sayang sampai ingat abang. Abang akan menanti dengan sabar.” Kata Kay dengan ikhlas.
            “Soalan terakhir. Kenapa kau suka pakai songkok? Kepala kau botak kat tengah ke?” soal Kay.
            “Aku suka pakai songkok sebab.....” kereta yang dipandu oleh Kay dihentikan di tepi jalan. Nashuha sudah rasa pelik. Mamat ni bukan boleh dijangka perangai tak senonohnya.
            “Sebab abang nak sayang ingat kembali masa kita kahwin dulu.” Katanya selamba sambil merenung wajah Nashuha.
            Apabila Nashuha mendengarnya, tercetus ketawa yang kuat. Alasan apa ni? Boleh ke orang hilang ingatan guna cara ni? Ketawa Nashuha masih bersisa.
            “Nak kena cium ya?” serius sungguh suara Kay. Pantas Nashuha menutup mulutnya dengan tangan. Dia menggelengkan kepalanya.
            “Bagus!” Kay menghidupkan enjin dan meneruskan perjalanan mereka. Selepas makan tengah hari, Kay menghantar Nashuha pulang.
            Selepas Kay berlalu Nashuha pun membuka pintu rumahnya. Tiba-tiba kepalanya di ketuk dengan benda keras dan dia pengsan.
*****
Dunia yang Nashuha lihat hanya kegelapan. Tiba-tiba ada satu cahaya. Dia melihat mama dan papa melayannya dengan baik. Tiba-tiba ada seseorang memeluknya dari belakang. Kay? Dia kenal lelaki itu. Suaminya. Mereka berempat hidup bahagia. Makan bersama dan tiba-tiba awan yang cerah menjadi mendung. Mama dan papanya menghilang dan tinggallah dia dalam pelukan Kay tetapi Kay juga meninggalkannya.
            “Abang! Abang!” pantas mata Nashuha terbuka.
            Dia kini di hospital. Dia terdengar suara Kay memanggil doktor dan dia pengsan semula.
*****
Ingatan cinta yang hilang dulu sudah kembali. Dia gembira dengan ingatannya. Suaminya begitu baik melayan diri ini.
            “Abang, sebenarnya apa yang berlaku pada Nash masa tu?”
            “Ada orang nak culik sayang tapi diorang pula yang kemalangan. Pelik!” jelas suaminya yang sedang membelai rambut Nashuha.
            “Memang pelik kan? Tapi inilah takdir Allah kan?” kata Nashuha sambil tersenyum.
            Tiba-tiba pintu rumahnya terbuka yang ketika itu mereka berdua berada di ruang tamu.
            “Fyka!” terkejut Nashuha.
            “Oh, orang tu sedang bermanja rupanya.” Usik Fyka. “Untunglah!”
            Pantas Nashuha berdiri.
            “Kenapa tiba-tiba datang ni?”
            “Ni, ada orang nak jumpa dengan buah hati kau?”
            “Siapa?” soal Kay. Jumpa dengannya?
            Dari luar rumah Kay dan Nashuha  sudah mendengar suara yang bising-bising.
            “Abang, kereta tu parkinglah dekat sikit! Kasihan Syanaz panas ni?” marah Ria.
            “Nak dekat macam mana ni sayang. Tak boleh dah. Kan Syanaz tu pakai topi. Tak panas punya.” Zeck memberi alasan.
            “Kan Syanaz demam. Awak nak jaga ke? Tak sayang anak betul!” kasar sedikit kata-kata Ria.
            “Memang nak kena minah ni!” marah Zeck.
            “Apa?!” tiba-tiba Zeck memegang dagu Ria yang masih di sebelahnya itu. Ria sudah menangkap maksud perbuatan suaminya itu.
            “Okey! Okey mengalah!” Segera Ria keluar dari kereta.
            Ria melambai ke arah Kay, Fyka dan Nashuha yang sedang melihat gelagat mereka berdua.
            “Kak Ria!!!” panggil Nashuha kegembiraan...
P/S : Maaflah kalau citer ni macam nak cepat...tapi apa-apa pun apabila kasih sayang dan cinta seseorang itu setia. Walaupun yang terjadi, mereka tetap akan bersama. Mungkin. Tetapi kita haruslah jujur dengan diri sendiri.....

Sunday 22 April 2012

19
Komen

CERPEN FANTASI : LoveInTheSky 1

Pesanan : Cerpen kali ini bertema fantasi dan bukan realiti. tidak berkaitan dengan sesiapa pun. Jika anda TIDAK SUKA cerpen bertema FANTASI. jangan susahkan diri membaca penulisan ini. Ia hanya mengundang ketidakselesaan anda juga. terima kasih pada yang sukakan tema ini. 




Love In The sky


Fiona betul-betul marah dengan seorang lelaki yang baru sahaja dia kenali. Dahlah pakaiannya pelik mengalahkan putera raja. Apabila ditanya nama, lain macam sahaja bunyinya. Aku yang tak gagap ni boleh jadi gagap dalam erti sebenar.



(Fiona seorang gadis biasa yang tinggal di bumi. Pertemuaanya dengan Kay adalah satu kebetulan. Tanpa Fiona sedari, dia mempunyai kuasa yang luar biasa.)


“Apa nama awak? Kay kalimbungan ke atau kay kakitakeka?” dahi Fiona sudah berkerut. Lelaki yang masih lemah itu menaikkan keningnya. Mungkin terasa terhina dengan cara Fiona menyebut nama tersebut.
       “Nama aku Kay Hatakekazuki. Susah ke mahu menyebutnya?” Dia memegang dadanya yang tiba-tiba sakit. Dia rebah.
       “Wei! Kau okey tak ni?” Fiona bertanya. Dah la pelik. Ni main pengsan-pengsan pula. Makin pelik pula.



(Kay seorang raja di Negara White Sky. Dia mempunya kuasa angin yang amat kuat. Kuasa angin ini mampun mengunci kuasa jahat tetapi kuasa jahat itu dibuka oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab)


“Eh, Fiona! Awak buat apa ni? Kenal ke lelaki ini?” soal Nabila. Kawan yang baru dikenali seminggu lepas. Dia tinggal di rumah Fiona juga.
       “Entahlah lelaki ini.” Fiona berkata
       Nabila memandang wajah Kay yang terbaring itu. Lama dia merenung lelaki itu
       Fiona tak tahu mahu buat apa dengan lelaki ini. Sudahlah kepelikannya berjangkit dengan aku. Aku juga yang dipandang pelik. Orang sekeliling melihat mereka berdua bersama lelaki yang sudah terbaring itu.
       “Koko!” panggil Fiona apabila dia ternampak kawan lelakinya yang sedang membeli makanan.
       “Eh, Fiona dan Nabila!” dahinya berkerut melihat lelaki yang pelik terbaring dilantai.
       “Tolong aku boleh tak?” Fiona buat mata yang berkaca-kaca. Nabila hanya tersengih. Menahan gelak dengan wajah Fiona.
       “Baiklah!”
*****
Kay terasa kerajaannya tidak lagi selamat. Bonda? Ke mana bonda? Ayahanda pula. Hatinya berdebar kencang.
       “Kay, pergi ke dunia manusia sekarang. Pergi!” arah Aimiey. Dia sedang menahan kuasa jahat menceroboh masuk ke istana mereka.


(Nabila Aimiey. Mempunyai dua watak. Menjadi Nabila apabila berada di dunia manusia dan menjadi Aimeiey di dunia Sky. Dia ditugaskan sebagai pelindung Kay. Dia mempunyai kuasa cahaya. Pedang cahaya sering digunakan untuk menumpaskan musuh)

“Tapi bonda dan ayahanda?” dia tidak sanggup meninggalkan mereka.
       “Aku akan menjaga mereka. Tolong Kay, pergi selamatkan diri. Mereka mahu membunuh kau.” Aimiey mengarah.
       “Tidak!” dia mahu membantu Aimiey....
       Disebabkan kerana bimbang Kay akan tercedera, Aimiey terpaksa mengunakan kuasa magicnya  untuk menghantar Kay ke dunia manusia.
       “Aimiey!” jerit Kay. Dia mimpi rupanya. Kerajaannya dalam keadaan bahaya. Dia harus pulang segera. Black sky dah lama nak tawan White Sky. Aku perlu buat sesuatu. Aku tak boleh biarkan Black sky buat sesuka hatinya.
       “Wei, kau nak ke mana pula?” tanya Fiona nasib baik ibu dan ayahnya tiada petang ini. Selepas lelaki ini sedar, dia akan minta Kay ke rumah Koko. Dia tak patut berada di sini.
       “Sudah sedar Kay?” tiba-tiba Nabila muncul. Dia membawa semangkuk bubur di atas dulung dan secawan susu.
       “Sudah Nab.” Fiona tersenyum.
       Ting tong ting tong. Loceng rumah mereka berbunyi.
       “Ada orang datang. Saya pergi tengok sekejap.” Nabila meninggalkan mereka.
       “Kau...” belum sempat Fiona berkata apa-apa, tangannya di tarik oleh Kay.
       Hanya satu cara sahaja aku boleh kembalikan kuasa aku.  Cinta sejati dan perkahwinan dengan manusia. Adakah aku terdesak? Mata Kay memandang Fiona. Entah mengapa saat ini hatinya berdegup kencang.
       “Koko!” terkejut Fiona kerana tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Wajah Koko nampak lain sekali. Kenapa?
       “Di sini rupanya kau!” suara Koko berbeza. Kenapa? Makin pening yang dirasai oleh Fiona. Mana pula Nabila?
       “Zakai!” teka Kay. Dia kenal suara itu. Raja Black Sky. Macam mana dia boleh berada di dunia manusia? Bagaimana dengan White Sky? Apa yang terjadi?



(Zakai seorang raja di Black Sky. Dia ingin menawan White Sky tetapi dia mesti membunuh Kay untuk lebih berkuasa. Kuasanya ialah api yang boleh keluar dari tapak tangannya)


Ruang bilik tersebut menjadi panas. Aura dari badan lelaki yang dikenali sebagai Zakai itu mula terasa. Badan Koko tercampak ke tepi. Zakai telah meminjam tubuh Koko untuk mencari Kay. Zakai perlu membunuh Kay untuk mendapatkan kuasa magic yang dimiliki oleh Kay.
       Zakai melepaskan sesuatu cahaya ke arah mereka berdua. Kay dan Fiona yang tidak bersedia tidak sempat mengelak. Fiona pengsan dan Kay pula masih bertahan.
       “Black gun!” lagi sekali Zakai melepaskan cahaya panas ke arah Kay tetapi di halang oleh Nabila. Tubuh Nabila tercampak.
       “Lari Kay!” kata Nabila. Kay kenal suara itu, Aimiey!
       Dengan keadaan dirinya yang lemah, dia mengangkat sekali tubuh Fiona dan meninggalkan rumah tersebut.


Bersambung...

p/s : mAAf Kalau cerpen kali ini agak berbeza...ria hanya mencuba sahaja tema fantasi ini..terima kasih