Followers

Tuesday, 25 September 2012

34
Komen

CERPEN : AKU PUTERA CINDERELLA







Salam. Akhirnya Ria dapat siapkan juga tema untuk bulan September. Memang mencabar sangat tetapi segala kekurangan cerpen kali ini boleh diberi teguran. Ria cuba menerimanya dengan hati yang terbuka. Cerpen ini berkaitan sikit dengan cerita dongeng Cinderella atau bawang putih bawang merah. tapi banyak yang ria ubah..semoga terhibur dengan cerpen kali ini... selamat membaca dan semoga terhibur.


**************

Fieyna tersenyum. Dia suka mendengar cerita-cerita dongeng zaman dulu.

“Akhirnya putera dan puteri raja itu hidup bahagia.” Kata ibu Fieyna. Dia terlalu rindukan ibu sehingga dapat didengari suara ibu bercerita.

Merdu sungguh suara ibu. Fieyna tersenyum lagi. Sejak kematian ibunya, ayah Fieyna berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak lelaki.

Ibu tirinya bernama Zahara. Dia sangat garang. Begitu juga dengan kedua orang abang tirinya. Selalu membulinya dengan membuat kerja rumah tetapi Fieyna jenis yang tidak suka membantah hanya mengikut segala perintah mereka walaupun dia terpaksa bersusah payah.

Ayah pula selalu sahaja ada kerja di luar kawasan dan akan meninggalkan dia bersama Zahara.

“Fieyna, mana stoking aku?” jerit Zam. Anak pertama Zahara.

“Abang Zam punya stoking masih basah.” Kata Fieyna. Semalam Zam sudah memintanya membasuh stoking tersebut.

“Jadi, aku nak pakai stoking mana.”

“Stoking busuk aku la!” kata Zahid yang baru muncul. Lelaki itu juga suka membulinya tetapi dengan cara yang sangat mengedik. Dia kurang suka.

Zam membuat muka.

“Hai Fieyna. Mana kasut aku. Aku suruh kau kilatkan.” Soal Zahid.

“Ada! Kejap!” Fieyna berlari mendapatkan kasut yang telah dikilatkan malam tadi.

“Ini dia.”

“Kau pakaikan untuk aku.” Arah Zahid. Ini yang Fieyna tidak suka tentang Zahid. Suka memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak mahu buat tetapi kelemahannya ialah mengikut arahan itu tanpa bantahan.

“Okey, aku pergi dulu!” Zahid dan Zam berlalu. Mereka bekerja di syarikat yang sama.

Fieyna termenung. Dia mengenangkan nasib yang melanda dirinya. Tiada tempat untuk mengadu.

Wajah Fieyna yang cantik itu menjadi comot kerana terlalu banyak membuat kerja dan tidak sempat hendak mengemaskan dirinya. Sedangkan abang-abang tirinya sentiasa bergaya dan memakai barangan yang berjenama.

Memandangkan abang-abang tirinya bekerja dapat gaji tetapi dia bekerja di rumah itu hanya dapat makanan sahaja. Dia tiada wang untuk membeli baju baru atau sesuatu yang dia suka.

Fieyna mengemas rumah dan dia terjumpa satu surat jemputan. Ada majlis tari-menari. Menarik! Fieyna memang pandai menari. Ibunya ada mengajar dia dulu.

“Bagai mana aku mahu ke majlis ni sedangkan aku tiada baju baru dan pengangkutan ke sana?” Fieyna rasa kecewa jika dia tidak ke sana.

Fieyna meneruskan tugasannya seharian. Dia dia masih memikirkan majlis tari menari tersebut. Dia merenung loket pemberian ibunya.

“Ibu, kalau ada magik macam dalam cerita dongeng cenderella kan, best! Pasti aku akan dapat ke sana.”

“Ehem!” ada orang berdehem.

Fieyna tersentak.

“Abang Zahid!” Fieyna berdiri tegak dan tangannya terlepas kad jemputan tersebut.

Zahid mengambil kad tersebut.

“Kau nak pergi sini ke?” soal Zahid.

“Nak!” laju sahaja Fieyna menjawabnya.

“Okey, jadi patner aku.” kata Zahid dengan yakin. Dia menghampiri Fieyna.

“Tapi Fieyna tak ada baju yang sesuai.” Kata Fieyna itu sudah menunjukkan yang dia sudah bersetuju untuk menjadi pasangan Zahid.

“Tak apa, aku tanggung semua.”

“Tapi semua orang akan tahu yang Fieyna ni adik abang Zahid.” Fieyna beri alasan lain pula.

“Aku tolong kau. Dan kau tolong aku. Boleh?”

“Maksud abang Zahid?” soal Fieyna.

“Aku nak kau tolong aku buat Hana cemburu dengan aku jika keluar dengan perempuan lain. Dan jika dia cemburu, aku boleh tahu yang dia suka kan aku.” Zahid tersenyum. Fieyna kurang faham dengan rancangan yang Zahid buat. Wajah lelaki itu serius. Apa yang difikirkan dia sendiri tidak pasti.

“Baiklah setuju.”

“Tak apa. Lagi pun malam tu bertemakan ‘masquerade’. Kau akan pakai topeng. Takkan ada yang kenal kau adik aku.” Zahid sudah merancang semuanya.



*****




Putra mengamuk dengan kad yang dia baca. Dia tidak tahu kenapa majlis itu di buat tanpa pengetahuannya.


“Kenapa buat majlis ni tanpa beritahu saya?” Putra bertanya kepada pembantu peribadinya, Salim.

“Saya hanya mengikut arahan bonda, tuan muda.” Rendah sahaja suara Salim.

“Kamu bekerja dengan siapa? Saya atau bonda saya?” soal Putra dengan geram. Dia tidak suka kalau orang lain membuat keputusan untuk dirinya.

“Saya bekerja dengan tuan muda tetapi bonda tuan muda yang akan memastikan saya terus bekerja di samping tuan muda.” Salim menundukkan wajah.

“Sudah! Keluar dari bilik saya!”geram Putra. Dia tahu apa yang dirancang oleh bondanya. Dia dapat menjangkanya. Tunggu aku cari calon sendiri, tak boleh ke? Ni sampai nak buat majlis tari menari dengan pakai topeng. Macam entah apa-apa. aku tak suka la. Bosan! Aku tak suka majlis-majlis ni. Aku sukakan ketenangan.

Salim keluar dari bilik tersebut. Nasib baik dia tak maki hamun aku. Salim segera keluarkan telefon bimbitnya. Dia menghubungi Bonda.

“Puan, semuanya berjalan dengan lancar.” Kata Salim.

“Bagus, Salim. Tak sia-sia saya minta awak jadi pembantu anak saya tu. Terus pantau anak saya tu.” Arah Bonda.

“Baiklah puan.” Talian dimatikan.

Bonda tersenyum manis. Tak lama lagi dia akan mendapat menantu yang anaknya pilih. Dia tidak kisah sesiapa pun asalkan anaknya suka. Kalau anak orang gaji? Tak kisahlah. Asalkan anak aku bahagia.



Zahid rasa bimbang. Fieyna tidak di benarkan keluar dari rumah. Ini adalah rahsia antara dia dan Fieyna. Ibunya tidak boleh tahu rancangan ini.


“Zahid cuma nak bawa Fieyna pergi bersihkan bilik kerja Zahid aje. Tak bawa pergi mana pun.” Tipu Zahid.

“Kemas bilik kerja? Kau ingat aku bodoh Zahid? Kau jangan buat masalah dengan Fieyna. Aku tahu kau tu miang keladi. Tak boleh!” bantah Zahara. Dia tahu sangat perangai anaknya yang memang kasanova.

“Mana ada la ibu.”

“Mana ada! Mana ada! Zahid ajak budak tu pergi bersihkan bilik kerja Zahid malam-malam kenapa? Siang hari tak boleh ke?” soal Zahara. Masih cuba membantah.

“Siang orang nampak. Malam orang tak nampak.”

“Malam orang tak nampak sebab kamu nak buat maksiat ye? Aku tak ajar kau jadi macam tu, Zahid.”

“Padam muka kau!” sampuk Zam yang dari tadi menjadi pendengar setia.

“Kau diam!” marah Zahid.

“Suka hati aku. Aku tahu kau nak bawa Fieyna pergi majlis tari menari tu sebab kau tak ada pasangan kan? Kasihan. Aku ada Fika. Kau tak ada.” Zam bangga dengan Fika, kekasihnya.

“Oh sebab itu ke?” Zahara berkata. Mulanya dia mahu menghalang mereka dari terus bergaduh tetapi apabila mengetahui sebabnya, dia tidak jadi.

“Bawa la. Nanti malu pula anak ibu.”

“Terima kasih ibu. Zahid sayang ibu!” Zahid memeluk Zahara.

“Sama-sama.”

“Fieyna!” jerit Zahara.

“Ya ibu.” Fieyna tiba di ruang tamu.

“Kau dah siap masak? Kami lapar ni.” Tanya Zahara.

“Belum siap lagi. Nasi tak masak lagi. Fieyna terlupa nak tekan suiz periuk elektrik tadi.” Takut-takut Fieyna berkata.

“Apa! Kau ni makan apa hah? Benda mudah macam tu pun boleh lupa.” Marah Zahara. Dia menarik tangan Fieyna ke dapur lalu membuka periuk nasi. Nasi itu sedang mendidih.

Zahara mengambil sudip nasi dan mencedok nasi tu lalu diletaknya atas tapak tangan Fieyna.

“Ini balasan kau. Lain kali ingat!” marah Zahara. Zam hanya tersenyum gembira melihat Fieyna kena seksa seperti itu.

“Sakit ibu! Tolong ibu.” Mohon Fieyna. Cengkaman tangan Zahara yang kukuh itu membuat Fieyna tidak dapat mengelaknya.

“Rasakan!”

Zam hanya ketawa terbahak-bahak. Dia suka kalau dapat melihat Fieyna dalam kesakitan.

“Ibu!” jerit Zahid. “Apa ibu buat ni? Nanti tangan dia melecur, malulah Zahid nanti.” Kata-kata Zahid bagaikan menyelamatkan bagi Fieyna.

“Alamak! Ibu terlupa.” Zahara terus berlalu tanpa meminta maaf. “Jom Zam! Zahid! Kita makan kat luar.” Ajak Zahara. Dia meninggalkan Fieyna menangis sendirian.

Ayah Fieyna pergi bekerja selama sebulan di luar kawasan. Itu sebab membuat Zahara bebas mendera Fieyna.

Setelah mereka bertiga pergi, Fieyna duduk sendirian di dapur. Dia menangis mengenangkan nasibnya yang malang.

Fieyna rasa sakit di tangan kanannya. Sukar untuk dia melakukan kerja jika beginilah tangannya. Dia rasa sedih dengan kata-kata ibu tirinya.

“Baik aku lari sahaja.” Tekad Fieyna. Selepas kereta Zahara keluar di perkarangan rumah, Fieyna terus keluar dari rumah tanpa arah tujuan. Air matanya masih bersisa.

Kini dia di bandar. Semasa dia ingin melintas jalan, ada sebuah kereta hampir melanggarnya.

Fieyna rebah.

“Cik tak apa-apa?” soal lelaki yang terburu-buru keluar dari tempat duduk belakang. Pemandu kereta tersebut pun turut sama keluar.

“Saya tak apa-apa.” jawab Fieyna sambil mengesat air matanya. Fieyna mendongak memandang lelaki yang bertanyakan tentang dia.

Fieyna tersentap. Hatinya berdenyut kencang. Lelaki itu terlalu baik dan sempurna sifatnya. Fieyna bagaikan sudah mengena panahan cinta dari lelaki itu.

“Mari saya hantar awak pulang tapi tangan awak...” Lelaki budiman itu ternampak tangan Fieyna yang melecur.

“Salim, kita hantar cik ni ke klinik berhampiran dan barulah hantar dia pulang.” Arah lelaki itu.

Fieyna tergamam. Dia tidak mampu untuk menolak permintaan lelaki itu.

Akhirnya dia sampai juga di rumahnya. Aku kembali semula ke rumah ini. Fieyna mengeluh.

“Terima kasih membantu saya.” Ucap Fieyna.

“Sama-sama.” Lelaki itu terus berlalu dengan senyuman yang manis untuk Fieyna.

“Kau ke mana?” Zahara bertanya. Dia tidak menyangka Fieyna keluar tanpa kebenarannya.

Fieyna hanya diam. Jika dia beritahu hal sebenar, pasti Zahara mengamuk lagi. Dia tidak sanggup.

“Baik kau jangan buat aku marah. Lagi dua hari majlis Zahid akan tiba.” Zahara ingatkan Fieyna dan dia terus berlalu pergi.

Kini, tibalah hari yang dinantikan Fieyna. Tangan kanan dia juga sudah sembuh. Pakaian dan segala kelengkapan, Zahara yang terpaksa sediakan demi Zahid anaknya agar pasangan anaknya nampak hebat.

Fieyna mengenakan gaun labuh berwarna putih dan rambutnya diikat kemas itu kelihatan sesuai dengan bentuk muka Fieyna. Fieyna nampak seperti seorang puteri.



“Sekarang kau tahu apa nak buat?” soal Zahid apabila mereka sampai di dewan tersebut.

“Tahu!” Fieyna tersenyum. Ini kali pertama dia ke majlis seperti ini. dewan tersebut mempunyai dua tingkat. Tingkat atas adalah tempat VVIP berehat dan majlis tari menari akan bermula di tingkat bawah.

Apabila Fieyna sampai di depan pintu dewan itu, ada penyambut tetamu yang begitu cantik menyambut kedatangan Fieyna. Fieyna dan Zahid memakai topeng di matanya sahaja.

Di situlah majlis tarian akan dimulakan.

“Bosanlah bonda. Majlis macam ni tak sesuai nak cari isteri.” Bantah Putra.

“Dari sini kamu boleh perhatikan gadis-gadis yang sesuai dengan kamu.” Kata Bonda tanpa mempedulikan pertanyaan Putra.

“Bonda...”

“Ya, bonda berkenan yang pakai gaun putih tu la. Kamu pergi usha dia.” Cadang bonda.

“Tak nak la!” sebenarnya Putra teringat akan gadis yang dia hampir langgar. Mata gadis itu menyembunyikan kedukaan yang amat sangat. Entah mengapa dia tertarik untuk mengetahuinya.

“Pergi bonda kata.” Agak tinggi sedikit suara Bonda. Putra tersentap dan terus mengikut kata-kata bonda.

Dari jauh Fieyna sudah dapat melihat kelibat seseorang yang berjalan ke arah dia dan Zahid. Sungguh bergaya. 




Putra menghampiri gadis yang tidak dikenalinya.

“Bos!” terkejut Zahid melihat ketua majikannya.

“Zahid.”

“Hana mana, bos?”

“Ada bersama bonda. Boleh saya pinjam pasangan awak sekejap.”

“Boleh bos!” terus Zahid memberinya tanpa memikirkan rancangan asalnya. Zam yang melihatnya dari jauh hanya mampu gelengkan kepala.

Aku kenal lelaki ni? Ni lelaki yang selamatkan aku. Macam mana ni? Kalau dia tahu aku adalah perempuan yang buruk dan tak cantik yang dia pernah jumpa mesti dia kecewa. Fieyna tidak senang duduk. Dia datang ke majlis ini untuk merasai suasananya bukan untuk mengedik dengan lelaki di sini.

“Abang, Fieyna tak nak.” Bisik Fieyna pada telinga Zahid.

“Kau pergi aje la. Itu bos besar aku.” Zahid berkata.

“Tak nak! Takut!” Fieyna melahirkan perasaannya yang bimbang dirinya di apa-apa.

“Jangan risau. Aku akan perhatikan kau dari jauh.” Kata-kata Zahid membuat Fieyna sedikit tenang.

Lagi sekali Putra menghulurkan tangannya dengan senyuman yang ikhlas.

Huluran itu di sambut. Nasib baik dia memakai sarung tangan putih. Fieyna berpaling ke belakang namun dia hampa. Zahid menghilang entah ke mana. Topeng mata yang dipakainya tidak akan sesekali dia tanggalkan.

“Awak pandai menari?”

“Pandai!” laju sahaja pertanyaan Putra di jawab oleh Fieyna. Pantas Fieyna menutup mulut dengan tangannya kerana begitu lancar berkata-kata.

Putra ingin ketawa melihat wajah gadis ini.

“Tak payah bertopeng dengan saya. Awak buka la topeng ni. Ingin sekali saya mengenali awak.” Skemanya ayat aku. Putra rasa hatinya berdebar-debar.

“Eh, tak boleh! Nanti abang saya marah.” Kata Fieyna.

“Okey tak apa. Jemput minum.” Putra tersenyum. Putra sememangnya tidak memakai topeng kerana dia tidak suka tema tersebut. Jadi dia memilih memakai pakaian bertema putera raja sahaja.

“Terima kasih.” Fieyna mengambil huluran air tersebut. Dia memang rasa dahaga. Diminumnya perlahan.

“Nama saya Putra. Nama awak?” soal Putra.

Fieyna tersedak mendengar pertanyaan.

“Awak tak apa-apa?”

“Saya okey Putra.” Kata Fieyna.

“Jom menari dengan saya?”

“Jom!” Fieyna sudah mula teruja.

Mereka berdua terus menari bagaikan hanya ada mereka berdua. Putra sudah tertarik dengan Fieyna.

Bonda yang berada jauh dari sana merasa puas jika dia menjadi menantunya.

Fieyna tersedar. Dia sudah lama berada dengan Putra. Dia seharusnya pergi.

“Putra saya terpaksa pergi?” kata Fieyna. Dia mencari kelibat Zam dan Zahid tetapi sudah tiada. Dia harus pulang dengan segera.

“Bolehkah kita berjumpa lagi?” Putra memaut lengan Fieyna.

“Tidak!” Fieyna terus berlari meninggalkan Putra. Kerana takdir, loket pemberian ibunya tertanggal lalu jatuh. Dia ingin mengambilnya tetapi orang-orang Putra sedang mengejarnya. Dia benar-benar rasa takut. Dia terus berlari dan berlari.

Fieyna pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Apabila Fieyna sampai di rumah, ibu tirinya sudah menanti. Pasti abang-abang tirinya sudah menceritakan semuanya.

“Lambat balik? Dah puas menggatal dengan lelaki?” sindir Zahara. Zam dan Zahid berada di belakang Zahara.

“Ibu...” Fieyna tidak berani mahu melihat wajah Zahara. Dia hanya mampu menundukkan wajahnya sahaja.

“Mulai hari ini, kau tak boleh keluar dari rumah. Faham!” arahan daripada Zahara. “Kau pergi kemas dapur yang berselerak tu, sekarang juga.”

Fieyna terus menuju ke dapur. Alangkah terkejutnya melihat dapur tersebut bersepah. Dia benar-benar keletihan tetapi dia gagahi juga untuk kemaskan semua itu. Tiba-tiba Fieyna pengsan.



Putra tidak senang duduk. Kerja yang dilakukan serba tidak kena. Loket yang tercicir itu dilihatnya beberapa kali. Ish mana gadis ini?Dia benar-benar ingin tahu.


“Saya nak awak cari perempuan tu tak kira bagaimana caranya.” Arah Putra pada Salim. Dia benar-benar mahukan perempuan itu.

“Tapi tuan muda, wajah perempuan tu pun tidak tahu, bagaimana saya mahu mencarinya.” Kata Salim.

“Itu masalah awak. Yang saya tahu, saya mahu awak cari perempuan tu.” Putra memberitahu kata putus.

“Tapi tuan Muda....”

“Tak ada alasan!” Putra terus meninggalkan pembantu peribadinya.

Beberapa jam kemudian.

“Tuan muda, perempuan tu adik tiri kepada pekerja tuan yang bernama Zahid. Ini alamat rumahnya.”

“Apa? bukankah ini alamat rumah perempuan yang kita langgar tempoh hari?” soal Putra. Dia masih ingat perempuan yang berwajah lembut.

“Yalah tuan muda.”

“Kita ke rumahnya sekarang juga.”

Mereka berdua menuju ke rumah itu.

“Eh, bos!” terkejut Zam dan Zahid dengan kedatangan majikannya itu.

“Awak ada adik tiri kan?” soal Salim.

“Tak ada.” Zam menipu. Tanpa pengetahuan orang lain, Fieyna sudah dihantar ke hospital dan tidak dibenarkan kembali semula ke rumah ini. dia akan berada di villa ayahnya yang berada di pedalaman.

Salim terus meminta diri.

“Kenapa abang tipu? Kalau Fieyna kahwin dengan bos, kita juga senang.” Kata Zahid.

“Ibu yang tak nak. Ibu kan tak suka perempuan tu sejak dulu lagi. Dia tak kan bagi perempuan tu kesenangan.” Zam meninggalkan Zahid sendirian.

“Ada tak perempuan tu?” soal Putra pada pekerjanya.

“Tak ada tapi saya rasa dia cuba menipu.”

“Tipu? Baiklah! Saya nak awak siasat perkara ni dan segera laporkan pada saya.” Arah Putra.

*****

Fieyna rasa gembira. Dia lebih suka tinggal di kawasan kampung ini sebab dia tidak perlu berjumpa dengan ibu tirinya yang selalu menyeksanya. Walau bagaimana pun dia tetap rasa sedih sebab loket kesayangannya tercicir di majlis itu. Adakah Putra menyimpankannya? Hati Fieyna dipagut rasa resah.

Fieyna terus mengelamun memikirkan Putra. Lelaki itu terlalu sempurna sedangkan dirinya begitu hina. Dia terus berangan atas buaian buatan ayahnya suatu masa yang dulu. Buaian itu masih kuat.

“Fieyna.” Ada seseorang memanggil dirinya. Fieyna berpaling. Alangkah terkejutnya melihat Putra di belakangnya. Lelaki itu berjalan ke arahnya dengan penuh teratur. Lagaknya seperti seorang putera raja.

Fieyna ingin turun dari buaian itu tetapi pantas Putra hayunkan. Fieyna tidak jadi turun.

“Putra, hentikan. Saya kena pergi sekarang juga.” Rayu Fieyna. Pantas tangan Putra hulurkan seseuatu. Loket Fieyna. Fieyna tersentap.

“Terima kasih.” Fieyna mengambilnya lalu berdiri tegak tepi buaian tersebut.

“Awak nak ke mana?”

“Balik rumah la.”

“Boleh tak awak pergi ke satu tempat ni?” kata Putra dan kini lelaki itu di depan Fieyna.

“Pergi ke mana?” Fieyna agak keliru.

“Pergi ke dalam hati saya.” Putra membisikkan kata-kata romantis itu.

Putra sememangnya telah jatuh cinta pada Fieyna. Dia menunggu dan menyambut kedatangan Fieyna di depannya tetapi hampa.

Fieyna hampir lupa pada dirinya kerana terlalu gembira dengan pengakuan itu. Dia tidak pernah merasakan bahagia seperti ini. Dia merenung wajah Putra. Terpancar keikhlasan Putra tetapi Fieyna tetap melangkah.

“Awak nak ke mana?” Dia tidak puas hati kerana Fieyna tidak membalas luahannya. Langkah Fieyna terhenti lagi.

“Saya mesti pergi!” tegas kata-kata Fieyna.

“Kenapa?” Putra cuba menghalang Fieyna.

“Itu yang saya janjikan dengan ayah saya.” Fieyna teringat akan ayahnya. Jika dia sukakan seseorang, dia perlu menanti ayahnya pulang terlebih dahulu.

“Siapa ayah awak?” Fieyna tidak menjawabnya. Lebih baik dia tidak terus hanyut dengan perasaan ini.

“Lepaskan saya Putra. Awak carilah perempuan lain. Terima kasih pulangkan harta yang paling berharga bagi saya. Loket ini.”

“Tapi harta yang paling berharga bagi saya akan meninggalkan saya.”

“Maksud awak, Putra?”

“Awaklah. Awaklah harta paling berharga pernah saya ada. Saya cinta pada awak.”

“Apa?”

Fieyna terkejut dan segera berlari pulang. Termengah-mengah dia sampai di rumah. Lagi sekali Fieyna terkejut. ZAhara dan dua orang anaknya sudah berada dalam rumah itu.

“Kau ke mana?” ada nada sedih dalam suara Zahara.

“Kenapa ini ibu?”

“Ayah kau. Dah mati!” ada air mata yang mengalir. Zahara pengsan!

“Ibu!” panggil Zam dan Zahid serentak. Fieyna pula tergamam. Ayah! Dia turut pengsan.

Putra sangat gembira apabila akhirnya gadis kesayangannya ditemui. Wajah lembut itu direnung. Dia sudah tahu semua tentang Fieyna. Tiada lagi yang dapat Fieyna sembunyikan.

“Sudikah awak berkahwin dengan saya?” lamar Putra.

“Saya tak layak memiliki cinta awak, Putra.” Tolak Fieyna. Berita kematian ayahnya cukup menyedihkan. Dia tidak mampu menahan perasaan. Akhirnya air matanya mengalir juga.

“Fieyna, cinta ibarat sebuah rumah. Tak perlu cantik. Tak perlu mewah. Yang penting kita bahagia di dalamnya. Saya nak awak bersama saya adalah ikhlas. Saya sayangkan kerana diri awak, Fieyna. Tolonglah percaya.” Rayu Putra.

Kata-kata ikhlas dan jujur Putra meresap ke dalam diri Fieyna. Akhirnya dia tersenyum dalam tangis. Semoga roh ayah dicucuri rahmat di sana.

Fieyna bahagia di samping Putra. Selepas sebulan mereka berkahwin, Zahara pula meninggal duni akibat murung melampau.

Fieyna tidak pernah melupakan kedua orang abang tirinya itu lalu mengajak mereka tinggal bersama di rumah Putra tetapi Zam dan Zahid menolaknya. Mereka rasa bersalah kerana terlalu banyak menyusahkan Fieyna.

Tidak berapa lama kemudian, kedua abang tirinya pun berkahwin. Mereka tidak lagi sombong dan menghina orang lain.

“Tak sangka Fieyna yang menjadi puteri, abang.” Kata Putra sambil memeluk tubuh Fieyna.

“Tak lah. Fieyna orang biasa aje.” Fieyna tetap merendah diri.

“Kalau nak tahu, aku putera Cinderella.” Bisik Putra.

“Putera Cinderella?” Fieyna tersenyum. Cinderella adalah cerita dongeng kesukaannya. Tidak sangka dia akan mendengar dari mulut suaminya.

“Kenapa sayang senyum ni? Ingat abang tak tahu cerita dongeng tu ke?”

“Kita tak cakap apa-apa pun.” Fieyna masih tersenyum.

“Oh, usik abang ya! Nak peluk bagi lemas-lemas la!” geram Putra. Ketika itu Fieyna sudah semakin menjauh dari Putra.

“Tak takut!” Fieyna terus mengejek Putra dan mereka berdua bahagia selamanya.

“Akhirnya mereka bahagia selamanya.” Kata Fieyna. Dia tersenyum memandang anak gadisnya.

“Nia pun nak cari putera, Nia.” Kata Nia yang masih berusah lapan tahun.

“Tak perlu cari sayang, putera itu sendiri akan cari sayang.” Fieyna tersenyum.

“Macam putera mama ya? Putera Cinderella.” Kata Nia lagi.

“Ya, sayang.” Fieyna memandang Putra yang berada di pintu bilik Nia. Lelaki itu hanya tersenyum. “Nia, tidur. Dah lewat ni.” Fieyna sudah menarik selimut untuk Nia. Anak gadis itu hanya tersenyum dan terus lena.

Betul kata Putra. Cinta ibarat sebuah rumah. Tak perlu cantik. Tak perlu mewah. Yang penting kita bahagia di dalamnya. Dan aku bahagia....




-Tamat-

P/s : Pengajaran dalam cerita ini, jika kita buat baik, insya allah kita kan dapat balasan yang baik. Begitu juga di sebaliknya. Selain itu janganlah kita mudah berputus asa dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan pelbagai dugaan ini dan kita tahu keajaiban boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jadi kita bersabar sahaja apa yang Allah dah takdirkan untuk kita.

34 comments:

  1. Putra tu Siwon ke ? Kalau Siwon xhensem la . Hehe ! BTW , best !! Terbaekk la . :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ria pilih siwon sebab pic dia aje ada pakai custom putera raja...so dialah terpilih hihihihi maaf kalau arifah tak suka siwon...

      Delete
  2. wow!!! best la kak... nk lagi!!! xD

    ReplyDelete
  3. best-best... but usahakan lagi, improve cara penulisan. apa-apa pun tetap best. i give you 3.9/5 star dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...ini hasil kerja yang tergesa2...macam ni la rupanya..maaf..terima kasih atas komen lula...

      Delete
  4. Ermmm... cter Ria mmg best, akak suker..
    ayat yg ada perkataan "bergatal" tue sepatutnye "menggatal".. overall mmg best.. keep it up..

    ReplyDelete
  5. best...best...best...xpe ria...kite suke siwon...hehehe

    ReplyDelete
  6. kita pon suka Top gak..lain kali buat cite heronya Top plak ye kak..hehehehe..(pandai2 jeww)

    ReplyDelete
    Replies
    1. top dah jadi hero bagi novel ria yang kedua....tajuknya Hati Suamiku GK...memang semua covernya adalah top hihihihihi

      Delete
  7. bbeessttt...!! dah bca pun g ari 2...tp x smpat k0men...heheheh...(^^,)v

    ReplyDelete
  8. baru baca..hehehe..apa-apa pun kak long the bestlah..


    -Nurul Hana

    ReplyDelete
  9. kalau dah jodoh tu tak ke mana kan ?? :D

    ReplyDelete
  10. SERIOSLYY BESTTT GILERRR!!! Thums up :D

    ReplyDelete
  11. klau myung-soo yg jadi putera tu kan best ~ x)
    ape pon , aku dibawa pergi arus khayalan ~

    ReplyDelete
  12. wah..bestnye cite ney..good job ria :)

    ReplyDelete
  13. kak ria mne akak dpt gmbr siwon pki baju tu..ensem la..hehe..one more thing cite ni best sgt..

    ReplyDelete
  14. mba ria,bisa saya minta akun email mba? saya tertarik dengan cerita ini untuk d jadikan objek penelitian di salah satu mata kuliah saya, bnyk yg sya ingin ketahui tentang mba dan cerpen ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. MBA tu apa??boleh email saya di love_kelip@yahoo.com

      Delete
  15. mba = sapaan buat wanita jawa, hehe
    iya maksih ya, saya sudah mengirimkan email ke alamat yang di kasih di atas, mohon bantuannya :)

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi