Followers

Saturday, 10 March 2012

21
Komen

CERPEN : SI KASANOVAKU (full)

“Sengal memang sengal. Kenapa mesti wujud lelaki macam tu? Aku harap memang aku  tak kan berjumpa dengan lelaki spesies tak pandai nak bersyukur.” Zana membebel sendirian.
            “Far Zana! Tunggu aku!” Zafriel memanggil gadis yang pantas berjalan itu. ‘Alamak. mamat ni lagi. Sengal memang sengal.’ Zana mencepatkan langkahnya. Rasanya mahu buat larian pecut di sini juga.
            ‘Awatlah laju sangat minah ni lari. Aku ni nama aje jejaka kacak, nak berlari pun rasa malas tapi demi kau aku gagahi juga.’ Zafriel berlari pantas. Dia akan terus mengejar Zana selagi dia mampu. Gadis ini benar-benar mencuri hatinya.
            “Zana.” Beg galas Zana dipegangnya membuat langkah gadis itu terhenti. ‘Kalau pegang lengan, penampar juga yang aku dapat. Baik berhati-hati.’
            “Lepaslah lelaki Kasanova! Lepas!” jerit Zana. Rasa mahu muntah bila dekat dengan lelaki ini.
            “Aku tak bermaksud nak lukakan hati kau, Zana tapi aku benar-benar ikhlas dengan kau. Percaya la!” jelas Zafriel.
            “Tipu! Kalau betul-betul ikhlas, awak takkan bersama perempuan tu.” Zana mula meninggikan suara.
            “Tapi perempuan tu yang mengada-ngada. Nak juga aku sepak!” geram Zafriel.
            “Berani sepak perempuan? Awak memang tak layak jadi suami orang. Lepaskan saya!” Zana benar-benar marah. Lelaki macam ni memang tak pernah nak hargai seorang perempuan.
            “Tak Zana. Aku minta maaf. Tak bermaksud pun nak sepak. Aku gurau.”
            “Apa gurau? Awak buat perkara macam ni gurau?”
            “Zana...”
            “Sudah! Saya tak mahu tahu apa-apa pasal awak lagi. Kasanova!” Mereka melalui sebuah kedai. Kebetulan kedai tersebut ada memasang lagu yang dinyanyikan oleh Stacy yang bertajuk Kasanova.
            “Kasanova....” suara stacy.
            “Memang sesuai lagu ni dituju khas untuk awak.” Marah Zana. Dia masih terbayang adengan yang tak berapa senonoh itu.
            “Kau ni sabar la. Okey. Kau asyik panggil aku kasanova sahaja. Kau tahu ke kasanova tu maksudnya apa?” tanya Zafriel dengan perasaan geram.
            “Kasanova tu seorang lelaki yang suka menggoda perempuan untuk mendapatkan sesuatu atau untuk suka-suka.” Jelas Zana.
            “Baiklah. Aku akan jadi lelaki kasanova yang kau katakan tadi tapi aku hanya akan menggoda perempuan yang bernama Far Zana aje dan perempuan tu adalah kau!” kata Zafriel. Tersentap Zana. Matanya terbeliak. Betapa buruknya riak terkejut Zana.
            “Gila!” kini tangan Zana pula yang dipegangnya. Zafriel merenung ke dalam mata Zana. Terkebil-kebil mata Zana memandang lelaki yang kurang siuman di hadapannya ini.
            Zafriel tersenyum. Dia tahu Zana tak suka diperlakukan seperti itu tapi dia terpaksa. Zana menarik tangannya dari terus dipegang.
            Pang!
            Zana menampar pipi Zafriel dan berlari meninggalkan lelaki itu.
            Terasa perit dengan tamparan yang cukup berbisa itu. Zana....
*****
Kini sudah seminggu, Zana tidak berjumpa dengan Zafriel. Baguslah sangat. Aku pun tak hingin nak tengok muka tak ada perasaan.
            Ketika ini Zana sedang memandu keretanya. Tiba-tiba tayarnya pancit.
“Ya Allah!” nasib baik Zana sempat memberhentikan keretanya di tepi jalan. Kenapalah saat ni yang kau nak pancit. Dahlah malam. Bahaya sungguh. Malam yang menakutkan. Macam-macam yang difikirkan oleh Zana ketika ini.
Dia segera masuk ke dalam kereta dan menguncinya. Dia tidak tahu mahu menghubungi siapa.
“Zaf, tolong saya.” Menangis-nangis Zana meminta tolong. Dia benar-benar takut.
“Aku datang sekarang. Kau duduk dalam kereta. Jangan keluar. Kunci kereta tu elok-elok. Kau letak. Biar aku yang call kau. Kita berbual sampai aku tiba sana.” Pesan Zafriel.
“Baiklah.” Panggilan ditamatkan.
Segera Zafriel mencapai kunci keretanya dan menghubungi Zana kembali.
“Hello!”
“Hello.” Lemah sahaja suara Zana. Zana lebih rasa bersalah. Lina sudah berjumpa dengannya 3 hari yang lalu. Perkara yang berlaku itu adalah rancangannya. Dia yang memaksa Zafriel supaya memeluknya. Zana menelan air liurnya.
“Zana, jangan risau. Kejap lagi aku sampai. Kau jangan takut okey?” Zafriel terus berkata. Memanglah Zana tak risau tapi aku yang risaukan dia. Minta-minta Zana selamat.
Mereka berbual walaupun dingin dan beku. Akhirnya Zafriel sampai juga di tempat tayar kereta Zana pancit.
“Zana...” Zafriel mengetuk pintu kereta milik Zana. Zana merenung ke dalam mata Zafriel. Mereka saling bertatapan.
Zafriel tidak dapat menahan dirinya. Dia menarik Zana dalam pelukkannya. Dia memeluk erat tubuh Zana yang sudah berdiri tegak itu.
Zafriel mencium dahi Zana dan turun ke pipi. Apabila sampai ke bibir Zana, tubuhnya di tolak kasar.
“Sampai hati awak buat saya macam ni? Awak ambil kesempatan atas kelemahan saya.”
“Zana...” Zafriel meraup wajahnya. Dia rasa bersalah. Dia tidak dapat mengawal dirinya.
“Awak... Awak tahu saya dalam ketakutan tapi awak...” kata-kata Zana terhenti. Terasa hangat ciuman Zafriel dipipinya.
“Maafkan aku, Zana.”
“Awak kena kahwin dengan saya. Awak dah cium saya!” kata Zana. Zafriel tersenyum. Memang itu hajatnya selama ini.
“Baiklah aku akan kahwin dengan kau.” Setuju Zafriel. Zafriel pun menukar tayar kereta Zana dan mereka terus pulang.
*****
Ria menanti dengan sabar. Dia sedang menunggu adik angkatnya tiba. Memang nak kena budak nakal ni.
“Wei, apasal lambat?” Ria menarik muncung apabila melihat kelibat Zana.
“Maaf kak Ria, jalan jem tadi.” Ucap Zana. Dia bersalaman dengan Ria.
“Banyaklah jalan jem. Jem sepatutnya dengan roti bukannya jalan.” Ria membuat lawak. Zana tersengih.
“Maaf kak.” Zafriel memohon maaf.
“Siapa kakak kau?” marah Ria. Zafriel tersengih pula.
“Sabarlah cik adik. Kan terkejut yang kat dalam tu.” Zeck muncul dengan tiba-tiba bersama beberapa helai baju pengantin lelaki.
“Zeck, saya tengah sabar ni.kalau tak sabar dah lama budak-budak ni saya kerjakan.”
“Ada kerja kosong ke kak?” Zana menyampuk.
“Mulalah nak kenakan akak.” Marah Ria lagi.
“Hey minah sorang ni. Cuba bawak bertenang. Nah! Korang pergi try baju-baju ni.”
“Baiklah abang Zeck,” kata Zana.
Zeck memujuk Ria untuk duduk. Muncungnya sudah panjang sedepa. Zeck pula yang tersengih melihat sikap isterinya yang kuat merajuk sejak mengandung.
“Cantik tak kak?” Zana kelar bersama baju akad nikah berwarna putih. Sangat padan dengan Zana.
“Cantik. Bolehlah akak jadi pengapit kamu, Zana?” pinta Ria sambil tersenyum.
“Eh, awak tu mengandung. Ada hati nak jadi pengapit.”
“Nak juga jadi.”
Zana mula pening.
“Tak boleh!”
“Kenapa?”
“Awak mengandung kan?” Zeck berkata agak keras.
“Saya gugurkan.” Selambar Ria berkata. Dalam hatinya dia hanya bergurau. Zeck membuat muka. Dia terus keluar dari butik pengantin itu.
“Akak, kenapa akak cakap macam tu? Tak baik tau.” Zana berkata.
“Akak gurau aje. Betul tak baby mama? Kita gurau dengan ayah aje kan?” Ria membelai perutnya.
“Okeylah. Akak nak gi pujuk abang Zeck kau kejap.” Ria terus keluar.
Zana tersenyum.
“Zana, macam mana?” Zafriel sudah keluar. Dia kelihatan kacak berbaju melayu.
“Okey aje.”
“Kau nampak cantik.”
“Terima kasih!”
Mereka berdua terdiam. Tidka tahu mahu berkata apa. Saling tunduk menunduk.
Bukankah dulu aku ni kasanova. Mana pergi sikap tu. Yang banyak bercakap, dan ada sahaja nak dibualkan. Kenapa pula aku jadi pendiam ni.
Zafriel teringat perangainya dulu. Pantang nampak perempuan cantik dan seksi. Mesti di buat macam miliknya. Tapi hati ni berdebar saat pertama kali melihat Zana. Senyumannya nampak ikhlas. Saat dia bermain dengan seorang kanak-kanak di shopping complex.
Mungkin Zana tidak ingat itulah kali pertama mereka berjumpa.
“Zana, kau ingat tak kali pertama kita berjumpa?” cewah ayat formal  tu. Adess
“Oh, masa tu awak duk skodeng seorang perempuan.” Zana tergelak apabila teringat.
“Eh, bila masa pula aku skodeng perempuan?” Zafriel cuba mengingatinya.
“Awak skodeng saya la.” Zana malu. Tapi ketika itu, memang dia cukup marah kerana Zafriel melihat dia menukar baju dari tempat persalinan yang bersebelahan. Dia tidak menyangka lelaki di sebelahnya.
“Dahlah. Tak mahu ingat. Sekarang kita dah nak kahwin. Kau kena panggil aku abang dan aku panggil kau sayang.” Zafriel merancang.
“Tak romantik langsung. Bukan ke awak ni bekas kasanova. Macam mana boleh jadi tak romantik ni.” Zana sendiri keliru.
“Apa yang tak romantiknya?” Zafriel sudah pelik.
“Tak nak panggil awak macam tu.” Kata Zana. Mereka berdua bergaduh sehingga mengundang Zeck dan Ria masuk semula ke kedai tersebut.
“Gaduh pasal apa ni?”
“Akak, tengoklah Zaf ni, dia tak romantik langsung.” Ngadu Zana. Wajahnya masam mencuka.
“Sayang diam!” tiba-tiba sahaja Zafriel angin. Ria dan Zeck hanya memerhati.
“Keputusannya adalah mutammad.” Zafriel masuk ke bilik menukar pakaian. Selepas itu dia meninggalkan mereka bertiga.
Sensitif tau, aku ni bekas kasanova, boleh pula cakap aku tak romantik. Memang boleh buat aku angin satu badan. Aku kalau romantik, aku kena pegang-pegang, sentuh dia. Itu baru kepakaran aku. Ni belum kahwin lagi, mana boleh pegang-pegang. Kalau nak makan penampar Zana, boleh la. Dia rasa terluka dengan kata-kata Zana.
“Tengok, Zaf dah merajuk.” Ria mula mahu membebel. Pantas Zeck memegang mulut Ria. Dia mahu Ria diam.
Zana sedang termenung dengan air mata yang mengalir.
“Biar mereka selesaikan masalah mereka. Jom kita masuk bilik.” Ajak Zeck dengan berbisik.
“Bilik apanya?” dahi Ria mula berkerut. Dia juga berbisik.
Zeck tersenyum. Dia menarik tangan Ria menuju ke bilik persalinan. Kerana terlalu geram, Ria mencubit lengan Zeck. Nakal betul.
“Dah tak ada kerja lain ke cik abang?” kata Ria. Zeck tersenyum lalu menarik Ria masuk ke dalam bilik tersebut.
Zana termenung. Memang dia rasa bersalah. Tidak pernah aku tengok kasanova mengamuk. Buruk kebenor. Tapi menakutkan. Dia mengeluh.
Zana keluar dari butik tersebut.
“Lor, kat sini aje.” Tersenyum Zana melihat Zafriel yang sedang duduk di kerusi luar butik tersebut. Dia sedang termenung.
“Maafkan sayang ye?” Zana pinta. Di mula melabuhkan pungungnya disebelah Zafriel.
“Abang maafkan...” wajahnya masih ditundukkan.
“Maaf tapi macam tak sudi nak tengok muka kita aje.” Zana cuba memujuk. Memang salah dia. Kan Zaf cuba nak berubah, aku pula gi batu api pula, kesian dia.
Zafriel memandang wajah Zana. Pengubat luka hatinya. Nasib baik dia minta maaf, kalau tak aku nak merajuk lebih panjang lagi.
“Jom makan...” ajak Zana.
“Makan? Boleh! Mana kak Ria dan Abang Zeck?” soal Zafriel.
“Pedulikan mereka. Jom!” Zana menarik hujung baju lelaki itu.
“Zana, abang tau yang sayang memang tak sabar nak kahwin.” Kata Zafriel. Dahi Zana sudah berkerut. Apa maksud Zaf ni?
“Baju yang awak pakai ni kena tukar dulu.” Katanya lagi. Saat itu dia rasa malu sangat. Hanya Allah sahaja yang tahu,
Akhirnya mereka saling membalas senyuman.
“Semoga kasanova ini terus menjadi milik Far Zana.” Bisik Zafriel di telinga Zana yang sudah berjalan mendahuluinya.
“Terima kasih.”
“Kak Ria, udah-udahlah tu. Kitorang nak tukar baju pulak ni.” Jerit Zana.
“Tukar aje kat bilik sebelah.” Kata Ria. “Zeck, janganlah!” kata Ria.
“Awak tu yang degil!”
“Suka hati kitalah.”
“Sudahlah. Malu orang tengok.”
“Buat apa orang nak malu. Saya nak juga. Saya tak nak lepaskan awak!”
Zana dan Zafriel yang berada di luar bilik rasa semacam. Malu.
“Akak!” Zana memanggilnya.
“Apa lagi?” marah suara Ria. Dia benar-benar marah lalu keluar dari bilik persalinan tersebut.
“Saya dah cakap, tak muat!” Zeck pula yang marah.
“Apasalahnya saya nak pakai juga.”
“Awak tu dahlah mengandung,mestilah tak muat. Kau tengoklah ni Zana, kakak yang kau sayang ni. Nak juga pakai baju pengantin ni.” Zeck mengeleng. Zana dan Zafriel hanya mampu tersenyum.
Ria menarik muka masam.
Zana harap kegembiraan yang dia kecapi ini akan berkekalan selamanya. Terima kasih Zafriel. Si kasanovaku.

21 comments:

  1. Salam..lawak la citer ni..akak suka.. pendek sgt la dik..plotnya singkat sangat.. br nak sengih2.. tup2 dah abis.. byk betul adengan suspen yg suspicious.. nampak sgt akak otak kuning, biru, merah! hahaha.. pandai kamu olah citer. akak suke..suke..suke.. well done dik.. double thumbs up 4 u. :)

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. kak x kan pendek je.... tapi asl akak buat cerpen je mesti de ria and zeck kan... btw, ria and zeck memng sweet.... :)

    ReplyDelete
  3. @Anonymous
    wslm kak...hihihi terima kasih jadi orang pertama yg komen...ria pun suka baca komen akak kali ni sebba tak ada tegur pasal ejaan hihihihi suka...

    ReplyDelete
  4. @Anonymous
    itu wajib...kena ada ria dan Zeck...itu watak kegemaran akak...dan watak pertama yg akak wujudkan dalam penulisan...mana boleh lupa....semua cerpen kena ada watak diorang, baru semangat nak tulis hihihihi

    ReplyDelete
  5. la,, sekejap je siri ni..
    lawak la budak dua orang tu.. macam2 karenah..huhu

    ReplyDelete
  6. lawaklah zaf n zana tuh... hahahaha...

    ReplyDelete
  7. lawak2 citer nie..tapi apsal pendek sgt..he3..yg watak ria dan zeck tu mcm ade brkaitan ngan kak ria jee
    huhuhu

    ReplyDelete
  8. @ana

    mestilah ada kaitan dengan ria...hahaha my zeck...buah hati ku yg nakal...hahaha terima kasih sudi membacanya...nantikan pula sweet sweet doktor pula...

    ReplyDelete
  9. salam ria..
    huhu satu lagi cerpen yg buat kak fika tersengih-sengih mcm kerang busuk..haha (ada kew kerang busuk)..haha taniah apa lagi watak ria ngan zeck so sweet...haha lucu tgk depa...zaf n zana lak entah x tahu ckp apa memang padan dye org tue..haha terbaik la dek kak fika suka sesangat tp awat pendek dek baru nk sengih lebih da tamat la...hehe caya la dek kelakar...

    ReplyDelete
  10. haah la .. cter psal zeck ngn ria msti ada ... suke betol die ni ... hahhahaa

    ReplyDelete
  11. @rafika dewi jahrulwsslm...maaf kak...baru senggih dah habis...hihihi terima kasih sebab suka citer ni...

    ReplyDelete
  12. Haha.. Memang terbaikk la.. Part ria dgn zeck memang mantap haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihih sajer nak menyibuk dalam semua kisah orang hihihihi

      Delete
  13. ur novels and stories are the best ria..i really like it,i fall in love with ur stories.hehe..i've been ur silent reader for quite a while now..can'y wait for more..post more..gambate

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you, Aily Bibeth b'cos like my stories... semoga ria akan terus berkarya....

      Delete
  14. best larr smua cerpen yang ria tulis .

    ReplyDelete
  15. waduhh,pndek bebenor citenyer...tp best...-iezahtakuya

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi