Followers

Sunday 29 January 2012

6
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 14


Putra pulang ke rumah dengan keadaan yang penat tetapi dia puas kerana dapat berjumpa juga dengan Fazlynn.
“Abang!” panggil Rinsya apabila melihat abang kandungnya, Putra baru sahaja menjejak kaki ke dalam rumah banglo itu
“Adik hampir merosakkan rancangan abang.” Kata Putra. Dia merebahkan badannya di atas sofa lalu memejamkan badan.
“Mana ada rosak la abang. Adik tak tahu yang perempuan tu yang abang cuba mengorat selama ini.” Rinsya berkata. ‘Kalau aku tahu, tak hingin aku tegur tapi keinginan untuk tahu siapa gadis yang sudah mencuri hati abang membuat aku rasa aku perlu berada di situ.’ Hatinya berkata.
“Hampir aje tadi tau.” Kata Putra. Dia bangun dan ingin menuju ke biliknya.
“Dia ke perempuan yang abang sanggup tukar peribadi abang dari keras macam ni kepada lembut?” soal Rinsya. Langkah Putra terhenti dan dia hanya angguk kepala.
Putra jatuh cinta pandang pertama dengan Fazlynn ketika dia melihat gadis itu dalam bidang rekaan pakaian. Dia sanggup tukar bidang kepada perekaan demi berkawan dengan gadis comel itu. Apabila Putra mendapat tahu yang Fazlynn tidak suka kawan dengan lelaki, dia sanggup menukar peribadi menjadi lembut semata-mata untuk mencapai misinya.
Putra berpura-pura lemah pada awal perkenalan dia dan Fazlynn tetapi selepas itu, Putra la yang selalu membela dan mempertahankan Fazlynn apabila gadis itu dibuli oleh minah-minah yang cemburu dengan kecantikan yang tersembunyi yang dimiliki oleh Fazlynn.
Kecantikan Fazlynn akan terserlah apabila gadis itu tersenyum. Memang susah untuk dia melihat senyuman yang terukir dibibir Fazlynn tetapi dia akan dapat melihatnya percuma apabila menjadi sahabat baiknya.
“Ya, dialah. Sesuai tak jadi kakak ipar adik?”
“Dia memang suka berpakaian macam tu?” persoalan Putra dijawab dengan pertanyaan juga oleh Rinsya.
“Ya tapi ada sebabnya kata kawannya. Sampai sekarang abang tak dapat nak korek rahsia tu.” Jelas Putra.
“Kalau abang cintakan dia, adik tak kisah kalau dia jadi kakak ipar.” Rinsya tersenyum tetapi hanya untuk seketika. Putra berasa pelik.
“Abang...” panggil Rinsya dengan nada yang sedih.
“Kenapa adik? Ada masalah dengan tunang lagi ke? Si Ayyad ni memang nak kena belasah dengan aku. Adik separuh mati cintakan dia, boleh dia buat tak tahu.” Amuk Putra dan tidak jadi untuk ke bilik. Dia menghampiri Rinsya.
Rinsya hanya tertunduk.
“Apa ke hal sebenarnya si Ayyad tu? Dia ada perempuan lain ke?” soal Putra. Pertanyaan abangnya itu dijawap dengan anggukkan.
“Siapa?”
“Itu yang adik taj tahu, abang. Ayyad ada cakap yang dia dah ada orang yang dia suka tapi tak pula bagitau siapa.” Lemah sahaja suara Rinsya. Putra menyentuh lembut kepala adiknya.
“Sabarlah. Abang akan pergi jumpa dia. Adik bersabarlah ya?” Pujuk Putra. Rinsya rasa sedikit tenang setelah luahkan perasaan.
“Terima kasih abang.” Rinsya cuba tersenyum.
“Sama-sama adik.” Putra meninggalkan Rinsya bersendirian di ruang tamu itu. Dia perlu segera membersihkan diri. Badannya benar-benar rasa melekit.
“Fazlynn...” sengaja diseru nama itu.
Rinsya termenung. ‘Betul ke tindakan aku ni? Aku macam watak perempuan jahat yang cuba merampas cinta orang lain. Ayyad cintakan perempuan lain tapi aku masih mengejarnya. Aku mahu dia jadi milik aku tapi lelaki tu tak pandang aku langsung.’ Rinsya berperang dengan perasaannya.
“Watak perempuan jahat?” Rinsya berkata perlahan.
‘Aku mana ada buat tak baik pada perempuan yang Ayyad suka. Kenal pun tak. So, mana boleh gelarkan aku perempuan jahat. Salah aku cuma jatuh cinta dengan Ayyad.’ Rinsya memeluk erat bantal kecil yang comel itu. Dia tidak pasti adakah tindakannya itu benar.
“Pedulilah!” Rinsya bangun lalu menuju ke biliknya. Sengaja dia menutup pintu dengan kuat demi menutup kekecewaan yang selalu dia rasai.
“Ayyad.. sampai hati kau...” Rinsya menangis akhirnya. Dia membiarkan air mata itu terus mengalir...’Ayyad.’
13
Komen

CERPEN : LAGENDA BUDAK DESA




Kita berbeza dalam semua kecuali dalam cinta


Azian mendengus. Banyak kerja yang perlu dia lakukan. Tugas seorang setiausaha memang memenatkan badan. ‘Itu kena buat, itu kena tulis, itu kena taip. Macam semua kerja aku yang kena buat. Sakit segalanya.’ Azian membebel seorang diri.
            “Kalau dah penat sangat, kau pergilah bercuti.” Cadang Ria. Dia memerhati seraup wajah yang kepenatan itu.
            “Aku okay lagi tapi bos tu banyak sangat cerewet dia. Kenapa tak aje kau yang jadi setiausaha dia?”
            “Si Zeck tu? Tak mahulah. Nanti satu kerja pun tak jalan.” Ria malas mahu melayan cadangan yang tidak berapa bernas itu.
            “Kenapa?” Azian terasa pelik. “Dia kan buah hati kau. Takkan lah dia suruh buat banyak kerja macam dia suruh aku buat ni?” Azian menyambungnya lagi. Dia mengemas meja kerjanya. Sudah hampir jam lima petang.
            “Sebab dia buah hati akulah , aku tak mahu. Nanti asyik nak berkepit aje dengan dia. Kau hantar aku balik yer?” pinta Ria. Itu motifnya setia menanti Azian siap mengemas.
            Belum sempat Azian menjawab, Zeck muncul.
            “Tak payah mengada-ngada nak tumpang orang lain. Tunang  awak ni ada. Boleh tolong hantarkan.” Zeck menutup pintu biliknya lalu menguncinya.
            “Azian, kamu boleh balik. Cik Ria ni biar saya aje yang hantar.” Arah Zeck.
            “Baiklah boss.” Azian ingin berlalu.
            “Azian, jangan tinggalkan aku. Aku tak nak!” Ria ingin mengejar Azian.
            “Nak ke mana tu? Aku dah janji dengan abang-abang cik Ria, yang aku kena hantar kau balik.” Zeck menghalang. Azian hanya tersenyum dan terus berlalu pergi.
            “Azian.....” meraung Ria dibuatnya.



Friday 27 January 2012

6
Komen

CERPEN : ISTERIKU VAMPIRE part 6


Tadi ayah beritahu aku yang perkahwinan itu seminggu lagi. Aku tak boleh keluar pergi mana-mana itu yang tak tahan ni. Sakit kepala aku. Aku mana reti duduk diam dalam rumah. Mesti nak keluar juga. Tetapi demi Ibu aku yang susah payah menyiapkan masjlis akad nikah ini. Aku akan jaga perangaiku.
                Aku pejam. Lepas tu aku celik balik. Aku pejam lagi. Aku celik lagi sekali dah datang hari yang aku tak ingin tunggu langsung ini. Orang kata muka aku berseri?? Tanda soal. Berseri tang mana la. Hati aku terseksa tau tak?
                Aku memakai warna skema yang menjadi pilihan si budak Izz, warna ungu gelap? Itu warna skema ke? Warna skema bukan ke warna hitam. Ungu gelap cantik gak tapi hati aku ni berdebar kencang. Sejak lima tahun lalu aku tak pernah jumpa dia. Sakit jiwa ragaku menahan perasaan debaran yang melanda hebat.
                “Wina!” Ada suara yang amat ku kenali menegurku.
                “Kak Ria!” aku menjerit bagaikan melihat hantu. Nasiblah kak Ria. I miss you.
                “Wah, makin cantik. Patutlah dulu sibuk duk tanya pasal Izz, rupanya jodoh korang. Akak tumpang gembira. Rasa diri ni tua pula.”
                “Kenapa akak cakap tu pula?”
                “Tak ada apa-apa la.” Aku melihat kak Ria termenung.
                “Rasa diri tu tua sebab tak kahwin lagi. Abang nak kahwin, tak sudi nak terima.” Abang sepupu aku masuk. Zeck. Alahai. Diorang ni memang sepadan.
                “Baik awak diam. Jangan nak memalukan saya. Wina, akak tunggu kat luarlah ya?” Aku tersenyum sahaja. Nak larikan dirilah tu. Kak Ria ni.
                Hati aku makin berdebar apabila ibu datang menghampiriku supaya bersiap sedia. Masa bertunang tak ada pula rasa macam ni. Masa kahwin, rasa nak tercabut jantung ni.  Dari jauh aku dah nampak Izz Irfan sudah siap sedia depan tok kadi. Aku tengok mukanya, mak ai,  kacak! Bakal laki siapa la? Aku ketawa nakal dalam hati.
                Aku pun berangan entah ke mana. Aku hanya tersedar apabila Kak Ria menyiku aku. Apa hal pula main siku-siku ni? Aku melihat dia tetapi bila aku tengok depan, baru aku sedar yang Izz Irfan sudah di hadapan aku. Aku terasa air liur ni pahit macam ubat demam. Bila masa dia ada hadapan aku ni? Dia sedang memegang cincin untuk sarungkan ke jari manisku.
                Menggigil tangan aku apabila menghulurkan jariku kepadanya. Dia mengenggam tangan aku terlebih dahulu. Dia tersenyum macam selalulah. Aku cuba tersenyum tapi tak boleh. Aku rasa mahu memenangis. Kenapa ini yang terjadi. Air mata yang mengalir pula. Aku sarungkan cincin dijarinya pula. Sejurus itu dia menyapu air mataku lalu mengucup lembut dahiku. Mataku terkebil-kebil. Terpana dengan tindakannya.
                “Siap kau nanti!”
                “Siap apa?” sempat lagi dia berbisik kat telinga aku. Yalah, orang ramai sangat ambil gambar. Terpaksa kaku seketika.
                “Berani kau buat tak tahu pada aku.” Agak keras suara Izz Isfan. Aku peduli apa. Janji aku dah buat apa yang kau mahu. Ni nak marah-marah aku pula.
                “Suka hati akulah.” Aku buat tak tahu.  Sia-sia aku menangis. Lelaki tak betul! Amuk aku.
                “Auwwwhhh!” aku terjerit kecil.. Tak guna punya laki! Sempat tangannnya sebelah merayau ke pinggan aku. Aku punya badan ni sensitif. Cepat rasa geli. Wajah aku sudah merah. Apa lagi ramai yang snap gambar aku. Si Izz tersenyum puas. Benci kau!
                Kenapa mesti malam? Malam untuk orang tidur dan berehat tetapi tidak bagi aku. Aku berasa gerun menghadapi malam pada hari ni. Apabila teringat kata-kata ugutan  Izz tadi, aku menjadi takut.
                “Ibu. Takutlah.” Aku mengadu kepada Ibu apabila terserempak dengan ibu ketika aku ke dapur untuk minum.
                “Takut apa?” ibu tersenyum. Aku tahu yang ibulah orang paling bahagia hari ini kerana tanggungjawabnya pada aku sudah lepas tapi aku tahu dia sayangkan aku. Aku pun sayangkan ibu juga.
                “Takutlah. Mana tahu si Izz tu buat yang bukan-bukan pada Wina.” Aku mula merepek.
                “Shhhh...” ibu meletakkan jari telunjuknya pada bibirku. Aku terdiam. “Tak baik cakap macam tu. Izz tu suami Wina. Selagi dia tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, Wina wajib ikut segala perintahnya. Kita sebagai isteri, kena dengar kata-kata suami dan taat setia. Ingat pesan ibu ni ya?” nasihat ibu.
                “Awak kat sini rupanya. Lama abang tunggu kat bilik. Wina, dah kahwin pun tak reti-reti masuk bilik awal ke?” Ayah aku menyindir ku. Sebut pasal ayah, ayah banyak berubah sejak aku berkahwin pagi tadi. Muka bengisnya tiada lagi. Apa kaitannya muka bengis ayah dengan perkahwinan aku? Pelik.
                Aku pun bersalaman dengan ayah dan ibu lalu menuju ke kamar pengantin. Aku pasti Izz ada menanti aku.
                “Apasal kau lambat? Saje nak aku cepat tua sebab tunggu kau ya?” suara Izz yang suka marah-marah mula kedengaran. Aku cuba tersenggih. Habislah aku malam ni. Tolong....


ni part yang terakhir tau...lepas ni kena tunggu dalam p2u...terima kasih...

9
Komen

CERPEN : ISTERIKU VAMPIRE part 5


“Abang ni termenung pula. Is tengah membebel dengan abang ni.” Isfan tengok muka aku. Lama pula aku berangan teringatkan Abi dan Ummi. Rindu pada mereka. Adik perempuan aku pula apa khabar dia? Study okay ke? Aku ada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Kenalah jaga betul-betul.
                “Maaf. Abang sibuk nak uruskan perkahwinan abang ni.”
                “Lor, biasanya mak ayah yang uruskan.”
                “Mak ayah? Tengoklah Abi dan Ummi, menghilang ke mana. Tak ingat nak balik. Tak tahu ke sebulan lagi anaknya nak kahwin.” Aku mengeluh. Tak habis-habis nak romantik mereka berdua ni.
                “Tak apa, biar Is yang uruskan. Abang suka warna apa?” soal Isfan kepada aku. Aku suka warna apa?
                “Warna skema ada?” aku dah biasa dengan jiwa skema. Aduh!
                “warna gelap-gelap ya?” teka Isfan. Aku angguk sahaja.
                “Oklah, biar adik pergi dulu. Nak pergi bincang dengan auntie Mia. Sambil-sambil tu boleh mengorat anaknya yang cun itu.” Kata Isfan sambil berdiri.
                “Tak ada kerja betul. Kalau tak ada kerja sangat. Meh, tolong abang kat syarikat.” ajak aku. Aku tahu yang dia elergik sikit dengan kerja-kerja pejabat ni.
                “Tak mau, i rela jadi model sambilan, jual muka lagi seronok.” Isfan terus berlalu pergi. Aku hanya mengelengkan kepala. Memang sebut pasal kerja kat pejabat, nak lari aje. Aku hanya melihat adikku berlalu pergi.
                Aku berharap apa yang dirancang ini berjalan. Ini bukan kahwin kontrak. Syazwina tak tahu yang kontrak yang dia tanda tangan tu dah aku musnahkan sebelum bertunang lagi. Memang selama ni kontrak tu tak ada. Dah terbatal sama sekali. Hahaha
                “Syazwina Zul. Kau tetap milik aku walaupun tanpa kontrak ni?” aku tersenyum puas. Apalah reaksinya apabila tahu yang aku dah pulang ni? Baik aku menyamar. Dia bukannya kenal aku. Good Idea. Menyamar jadi Izz Isfan.
                Petang itu juga aku gi kacau dia. Aku dapat tahu daripada pengintip yang aku upah, tiap-tiap petang Syazwina akan ergi berjogging. Itu pun dia!
                Dari jauh aku dapat tengok dia sedang termenung. Aku sengaja melabuhkan punggung sebelah dia.
                “Macam kenal aje kau ni?” Syazwina menegur aku. Aku tersenyum. Nasib baik jumpa rambut palsu ni dan yang paling special  mata palsu ni. Warna biru lagi.
                “Kau pun jogging kat kawasan ni?” soalnya lagi. Aku nak tergelak tengok wajahnya. Kesian. Aku hanya diamkan diri. Aku angguk kepala. Aku dan Isfan hanya berbeza tang suara aje. Suara aku lebih serius berbanding dengan Isfan manja dan disukai ramai. Itu pasal aku tak pandai bermanja dengan sesiapa.
                “Kau ni bisu ke? Aku baru dengar suara kau pagi tadi.” Tanyanya lagi. Muka aku merah sebab aku tahan ketawa. Betapa lawaknya muka Syazwina. Sedap betul kenakan orang. Aku ni memang tak ada kerja lain ke?.
                “Diam lagi?” Syazwina tak puas hati. “Aku ni macam cakap dengan tunggul aje. Baik aku pergilah macam ni.” Syazwina mahu bergerak sudah. 

Tuesday 17 January 2012

33
Komen

CERPEN : ISTERIKU VAMPIRE part 4


Lelaki mata palsu itu menyergah Izz irfan yang sedang asyik membaca dokumen penting atas mejanya. Sedikit pun Izz tidak terkejut.
            “Tak ada feeling betul la abang ni,” aku tersengih memandang adikku yang baru pulang ke Malaysia. Dia ni adik kembar aku, namanya Izz Isfan. Dia tak minat bidang perniagaan, terpaksalah aku yang kena uruskan semua ini. Abi pula bersara awal. Katanya nak bermanja dengan ummi. Dah tua-tua pun nak bermanja. Apa kejadahlah? Kini Abi dan ummi berada di tempat yang dia sendiri tak tahu di mana. Kalau ada apa-apa berlaku, just mesej di email sahaja. Dengan anak sendiri pun mahu buat macam tu.
            “Dah jumpa bakal kakak ipar adik.” Soalku.
            “Dah jumpa. Memang sesuai dengan abang. Sorang banyak cakap, sorang pendiam.” Komennya. Aku naikkan keningku sebelah tanda aku tak berpuas hati dengan pendapatnya. Isfan hanya tersengih
“Tapi abang, rancangan abang memang perfect!” pujinya pula. Budak ni betul-betul mulut manis. Aku jahit mulut tu. Dia tak tahu ke yang aku ni pantang dipuji. Mulalah aku rasa sakit perut. Aduh!
“Apa yang perfect?” sengaja aku buat suara serius. Aku memang sukakan Syazwina. Namanya secantik orangnya. Rindunya. 5 tahun tak berjumpa. Mesti dia tak tahu yang aku dah seminggu dekat Malaysia. Aku tersengih.
            “Apa yang abang buat la. Tak pernah orang buat camtu lagi. Perjanjian tu.” Kata Izz Isfan. Aku tersenyum bangga tapi aku cuba kawal diri.
            Kali pertama aku terserempak dengan Syazwina ketika hujan lebat. Entah mengapa saat itu aku seperti terdengar lagu hindustan mohabbaten. Jatuh cinta katakan. Biarlah rahsia dulu.
            “Sebenarnya itu rancangan abi.”Jelasku. memang Abi yang bagi rancangan perfect itu. Ummi pula jadi penyokong. Abi dan Ummi memang sehati dan sejiwa. Walaupun dah tua tapi masih bersemangat muda. Sayang betul dengan Abi dan Ummi.
            “Rancangan Abi? Mantaplah Abi.” Asfan memang suka benda yang pelik-pelik. Tengok sahaja peribadinya. Memang pelik. Berjangkit dengan seseorang yang suka buat kerja pelik-pelik.
            Aku teringat perbualan aku dengan Abi dan Ummi.
            “Abang, jemput minum.” Ummi berkata. Aku hanya melihat perbezaan saiz cawan aku dengan saiz cawan Abi.
            “Terima kasih sayang.” Abi tersenyum. Depan aku pun nak romantik juga ke? Tapi kenapa aku tak ada ciri-ciri romantiknya. Serius memanjang diriku ini.
            “Ummi, kenapa abi selalu aje dapat gelas lebih besar dari Ir dan Is?” aku bertanya. Ketika itu usia aku baru 18 tahun. Masa tu aku dah jatuh cinta dengan Syazwina.
            “Apa-apa perkara yang ummi buat, mesti kena lebihkan suami. Nanti cemburu, susah juga Ummi nak pujuk.” Kata ummi sambil menjeling manja ke arah Abi.
            “Nak cemburu dengan siapa?”
            “Dengan Ir dan Is la. Sakit juga kepala Ummi ni.”
            “Teruknya Abi. Cemburu tak kena tempat.” Aku berkata lalu meneguk air teh kegemaran Abi.
            “Ada abi kisah? Hah, macam mana dengan perempuan yang Ir suka tu? Dah luahkan perasaan?” soal Abi. Aku hanya mampu menggeleng.
            “Susahlah Abi.”
            “Kenapa?”
            “Malulah...” aku berterus terang.
            “Sikap siapalah yang la Ir dapat ni? Abi zaman sekolah dulu tak tahu malu tapi kamu ni terlebih malu.” Abi pun gelengkan kepala juga.
            “Nak buat camner Abi.”
            “Kamu buat macam nilah....” Abi pun menerangkan kepada aku satu persatu.
            “Boleh ke?” Abi bertanya. Aku terdiam.
            “Ummi sokong aje. Nakal juga abang ni ya?”
            “Dulu nak juga buat pada sayang macam tu tapi tak sangka orang tu yang sudi nak kahwin dengan kita.” Jelas Abi.
            “Kita pula yang kena. Kalau orang tu tak meminang, tak adanya kita kahwin.” Balas ummi. Aku hanya mampu tersenyum.
            “Abi. Ummi. Ir setujulah.” Aku yakin yang aku boleh buat...
            “Baguslah camnilah anak Abi.”
            “Anak Ummi juga.”
            “Mestilah. Inikan Izz Irfan Bin Danish Aniq...” aku tersenyum lagi tapi tak lama sebab aku rasa perut ni sakit bila di puji. Aku meminta diri untuk ke tandas. Ummi dan Abi hanya tersenyum melihat tingkah laku aku yang tak berapa nak matang. Terima kasih ummi dan Abi. Sayang korang!!


Ini part terakhir...sila tunggu untuk yang full...baru puas nak membacanya...terima kasih semua...

Monday 16 January 2012

11
Komen

CERPEN : ISTERIKU VAMPIRE part 3

"Wina, Kau dah tak boleh lari dari aku. Hanya aku boleh berikan kau cinta"


Sejak itu aku menjadi seorang vampire yang mengejar lelaki-lelaki demi membatalkan perjanjian mengarut itu. Aduh! Ini mesti kes terpengaruh dengan movie twilight yang baru ni. Aku mengeluh.
            “Kenapalah orang tak suka aku ni?” aku mengeluh lagi kuat. Apa lagi yang mampu aku buat.
Aku menggelabah. Aku pelik dan sangat pelik. Kenapa tak ada orang nak suka aku? Apatah lagi nak buat aku jadi bini. Aku nak upah pun diorang tak mahu sebab ada orang upah mereka dengan bayaran yang lebih tinggi. Apa kejadah ni? Ada sebulan lagi mamat perasan bagus tu nak balik. Apa aku nak buat ni?
“Aku akan bayar kau lebih kalau kau sudi jadi suami aku.” Kataku dengan penuh harapan. Aku siap pandangan lelaki itu dengan mata yang berkaca-kaca. Harapanku menggunung tinggi. Kau tahu tak?
“Aku bukan tak nak terima tapi ada orang bayar aku lagi tinggi.” Katanya. Eh, mamat ni? Siapa yang dah tempah mangsa aku ini dulu? Asal aku cari lelaki, macam tulah jawapannya. Sungguh menyakitkan hati. Aku segera meninggalkan tempat itu.
Benci bila teringat peristiwa menyakitkan hati. Aku teringat masa akhir persekolahan aku. Yalah sebab dia tak berani nak datang rumah aku.
“Ingat, lima tahun lagi kita akan berkahwin.kau jangan cuba nak lari dari aku.” Pesannya.
“Kau ingat aku ni atlet olahraga ke? Nak lari-lari. Aku ni sekadar altlet bola baling. Bahagian menyerang. Kalau kau nak rasa, boleh aja.” Aku sudah berasa geram yang amat. Apa kejadah aku nak lari? Tak perlu lari sebab aku akan buat juga. Tak nak kahwin dengan kau.
“Kalau kau penyerang bola baling, aku pula penyerang ragbi. Nak cuba tak? Tengah ganas ni.” Katanya. Aku terdiam. Baru-baru ini aku tengok juga  pemain-pemain ragbi. Badan besar-besar. Pertandingan perinkat negeri tu buat di sekolah aku. Sempat juga aku perhatikan bakal suamiku ini bermain. Mak ai, bergaya habis, hati aku berdebar-debar melihat gayanya yang amat bergaya. Bermain tanpa memakai cermin mata skemanya.
Lepas tu aku mengamuk dengan diri  sendiri sebab aku duduk kat tepi padang tu sampai habis pemain wakil sekolah aku. Dan yang paling nak gugur jantung aku dia sempat pandang pada aku dengan senyuman yang berunsur-unsur kejahatan sebab pemain ragbi sekolah kami juara dalam permainan akhir untuk tahun ini.
“Terdiam pula dia. Aku tahu aku sangat bergaya.”
“Perasan aje lebih. Ala, aku boleh berlakon jadi awek kau. Tak perlulah kahwin-kahwin ni.” Aku cuba memujuk.
“Berlakon?”
“Aku ni pelakon terbaik heroin...”
“Dan aku pelakon terbaik hero. Kau jangan nak mengarut. Perkahwinan ini tetap akan terjadi.”
“Okay tapi kenapa kau pilih aku?” nasib baik aku teringat nak tanya perkara paling penting ni.
“Sebabnya..... malam pertama nanti kau akan tahu.” Dia tersengih. Muka tak tahu malu. Malam pertama pula. Menyampah aku. Tak padan dengan budak. Eh, umur dia dah 19tahun! Lainlah aku ni masih bawah umur, baru 17tahun.
“Dahlah!” katanya sambil berdiri. “Kau tetap jadi milik aku. Itu pasti!” katanya sambil membetulkan cermin mata skemanya.
“Maknanya kau suka aku. Itu sebab kau nak sangat aku jadi bini kau?” aku beritahu pendapat yang agak bernas ini tetapi dibalas dengan gelak ketawa yang begitu mendebarkan hati aku. Dia merenung aku dengan senyuman yang sentiasa membuat aku tak senang duduk pada hakikatnya.
“Mungkin..” kata mamat tu. Aku menjerit sekuat hati. Mamat poyo!!!! Geram sungguh rasanya.
Benci aku nak ingat perkara tu. Sakit jiwa dan ragaku.
            Aku berjalan sekejap ke kiri dan patah balik ke kanan. Aduh, kepala aku sudah pening. Sebulan. Dalam masa sebulan ni. Aku tak dapat nak fikirkan secara waras. Walaupun Izz dah meminang aku dan ayah menerimanya tetapi aku ada hak nak kahwin dengan lelaki yang aku cintai.
            Sejak si Izz tu pergi ke luar negara, sikit pun dia tidak pernah menghubungi aku. Itu yang buat aku sakit hati. Sebenarnya aku ada langgar syarat-syarat yang dia tetapkan sebelum kahwin. Syarat yang pertama pulak tu.
            “Jangan cari lelaki lain. Aduh!” aku mengeluh. Kertas perjanjian yang dia bagi pada aku tu, aku jaga elok-elok supaya aku ingat. Ingat untuk aku tidak patuhi syarat tersebut. Patutnya dia boleh terbatal dengan sendiri tetapi tidak pula.
            Aku berjalan lagi. Keindahan alam dihadapan aku tidak mampu memberi ketenangan pada jiwa aku yang bercelaru dengan perjanjian mengarut ni.
            Tiba-tiba aku terpandang seseorang yang begitu menarik perhatian. Walaupun rambutnya panjang seperti Faizal Tahir, ia diikat dengan kemas. Tingginya pula seperti Hitrik Roshan. Badannya yang agak gagah seperti Ady Putra. Matanya warna biru. Mungkin mata palsu.
            Ternganga mulut aku melihat lelaki yang tidak dikenali tu.
            “Cik adik, ya pun tengok saya yang kacak ni, janganlah sampai ternganga macam mulut buaya. Bahaya tau” tegur lelaki itu apabila dia perasan cara aku melihat dia. Mungkin ketara sangat kot. Mulut buaya? Agaknya kau kot yang buaya darat bukannya aku...
            “Aku bukan apa. Aku tengok mata kau tu. Mata betul atau mata palsu?” pandangan mata aku masih di matanya. Lelaki itu tersenyum. Apa? Macam pernah aku lihat senyuman tu. Tapi di mana ya?
            “Mata palsu?”
            “Yalah. Dalam bahasa Melayunya Kanta Mata atau kanta sentuh.” Kataku. Aku ingat dia ni mat salleh sebab dari tadi mukanya blur tiap kali aku cakap. Lepas tu asyik senyum sahaja.
            “Oh, dan bahasa Inggerisnya ialah....”
            “Kau cikgu English ke? Nak translate apa yang aku cakap?” dengan selambar aku memotong kata-katanya. Lelaki tu senyum lagi. Sah! Spesies dengan Izz.
            “Kau ni lucu la.” Pujinya. Itu puji ke? Sedangkan aku tak buat lawak pun. Kalau aku masuk mahajara lawak mega pun, mungkin Boboi dan Osbon tak dapat masuk akhir sebab aku dah menjuarainya. Apa yang aku mengarut  di saaat ini? Mamat mata palsu, kau memang nak kena. Saja nak cari masalah dengan orang yang dah sedia ada masalah besar.
            Aku berlari perlahan macam gaya nak lompat jauh gitu. Perlahan dulu dan terus aku pecutkan larian ini. Dengan selambar aku tarik tocang rambutnya yang ala-ala Faizal Tahir tu dan terus meninggalkan lelaki itu. Tak pasal-pasal aku panggil tocang rambut padahal kau tak ikat tocang pun. Padam muka! Siapa suruh kau cakap aku nganga macam mulut buaya. Aku tinggalkan mamat mata palsu tu.
Lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Dan aku tak tahu apa yang jadi. Aku pandu kereta dan terus cari makan. Itu lagi bagus.
*****
Lelaki mata palsu itu masuk ke dalam sebuah rumah banglo.
            “Tuann Izz...” kata seorang pembantu di rumah tersebut.
            “Tuan ada tak?” soal lelaki mata palsu.
            “Ada, di bilik bacaannya.” Kata pembantunya itu.
            “Terima kasih. Mak cik, buatkan air kegemaran saya ya?” pintanya.
            “Baiklah, tuan.”
            “Mak cik, awat formalnya hari ni?” soal lelaki mata palsu itu.
            “Izz, nanti tuan besar marah. Habis mak cik nanti.” Kata pembantu rumah itu sambil menunjukkan gaya memotong leher. Brutal gitu mak cik.
            “Okay. Terima kasih mak cik!” lelaki mata palsu itu segera ke bilik bacaan tersebut.

Sunday 15 January 2012

15
Komen

CERPEN : ISTERIKU VAMPIRE part 2


 Aku pulang ke kelas dengan muka tidak puas hati. Memang perbincangan antara aku dengan lelaki tadi sehangat-hangat tahi ayam. Sakit kepalanya. Minta-minta dia jatuh cinta dengan orang lain. Yang aku paling sakit hati ada 10 Syarat yang dikenakan kepada aku. Kalau kenakan lepas kahwin tak apalah tapi dikenakan sebelum kahwin. Tak boleh berkompromi dah.
            “Itulah perjanjian yang kau kena patuhi. Pasal meminang aku akan uruskan.” Katanya dengan serius. Tidak lepas pandangannya menatap kertas ditangan. Aku ni, dia tak pandang langsung. Benci!
            “Aku akan melanjutkan pelajaran dan kerja di luar negara selama 5 tahun. Sebaik sahaja aku balik, kau pun dah umur 22 tahun dan masa tu, kau kena bersedia jadi isteri kepada usahawan yang berjaya.” Penuh bangga lelaki itu menerangkan rangka karangan yang aku rasa nak bagi markah sepuluh per seratus. Ingat bagus sangatlah tu!
            “Aku tak setuju!” Aku bergerak semula ke arah kerusi yang aku duduk tadi lalu melabuhkan punggungku sambil memeluk tubuh. Lelaki itu tersenyum lagi.
            “Kalau kau tak setuju, kau dah langgar peraturan yang kau sah tanda tangani sebentar tadi. Kau mahu dengar tak ugutan aku yang paling power punya?” tawarnya kepada aku. Entah mengapa entah aku dapat melihat matanya bersinar tetapi penuh dengan kejahatan yang sukar untuk aku ramalkan.
            “Ugutan yang paling power?” kening aku dinaikan sebelah. Aku ketawa kecil. “Takutnya....” Aku main-main dengan kata-katanya. Sedikit pun tak gentar. Aku masih ketawa dan ketawa aku terhenti apabila aku terdengar ugutan yang dikatakan power itu. Aku terdiam.
            “Aku akan pergi rumah kau sendiri dan aku akan cakap yang aku dah pernah buat tak baik pada kau. Lepas tu kita terus kahwin. Tak payah tunggu 5 tahun.” Katanya sambil merenung tajam ke arah aku.
            “Keji!” aku bukan bayangkan apa yang dia katakan tapi aku bayangkan muka ayah yang mengamuk sebab dah malukan dia. Ya Allah, apa perlu aku lakukan ni? Sakit kepala.
            “Yalah. Yalah. Aku ikut perjanjian tu asalkan kau jangan bagitau ayah aku.” Kataku. Tapi aku paling tak suka syarat terakhir ni. Ngeri bila difikirkan.
            “Aku tak sukalah syarat terakhir ni.”
            “Sebelum kahwin atau selepas kahwin?” soalnya.
            “Lepas kahwin. Aku kena lahirkan zuriat untuk kau? Kalau aku tak nak camner?” aku cepat-cepat menutup mulut aku yang agak lancar berkata-kata. Dia tersenyum. Mamat ni tak penat ke senyum.
            “Aku paling suka syarat ni.” Katanya sambil merenung aku. Dia membuka semula pintu tersebut.
            “Otak kotor!” aku tak petah lagi untuk berada di situ. Cepat-cepat aku memakai kasut. Adil sampai juga di situ dengan surat perjanjian tersebut.
            “Syazwina Zul!” panggilnya.
            Aku berpaling.
            “Ini untuk kau. Simpan sebagai peringatan di masa hadapan.” Katanya sambil tersenyum. Again!
            Aku mendengus. Aku membaca isi kandungan yang ada dalam surat perjanjian tersebut. Aku lupa nak tanya motif dia nak kahwin dengan aku. Macam dalam dunia ni tak ada perempuan lain sehingga aku terpilih. Geram betul la. Siapa nama mamat ni? Mata aku ligat membaca surat tersebut dan aku jumpa juga nama beliau yang amat menyakitkan hati.
            “Izz Irfan!” aku mengetap bibir. Geram punya pasal.
            “Wina!” panggil sahabatku membuat aku terpinggar-pinggar. Terkejut dengan panggilan tersebut menyebabkan ingatan aku terhadap makhluk yang menyakitkan hati itu hilang.
            “Kenapa kau ni termenung aje? Kalau tak, time gini kau dah pergi melantak kat kantin.” Kata Azlin.
            “Aku tak ada selera nak makanlah.” Kataku. Aku tidak mampu tersenyum apatah lagi untuk makan saat-saat begini.
            “Kenapa pula? Kalau ada masalah. Aku ada.” Azlin menyentuh bahuku. Aku memandang Azlin.
            “Assalamualaikum adik-adikku. Apa khabar?” Kak Ria datang. Kak Ria, dia merupakan kakak senior dan pelajar tingkatan enam atas. Entah-entah dia sama kelas dengan mamat perasan bagus tu kot. Berapa banyaklah gelaran yang telah aku sediakan untuk si mamat tu ya?
            “Waalaikumusalam. Baik kak. “ Serentak aku dan Azlin menjawabnya.
            “Baguslah. Wina, kenapa muka ni macam orang mati suami ni?” kata  Kak Ria. Dia bernada gurau. Entah mengapa perkataan suami didengari ini membuat aku terasa sakit di hulu hati. Rasa mual dan ingin muntah pun ada. Ini semua disebabkan mahkluk bernama Izz Irfan itu.
            “Kak Ria...” manja sekali suara aku. Sengaja nak bermanja. Biasalah nak korek rahsia.
            “Kenapa adikku sayang?” Kak Ria pun turut membalasnya dengan kemanjaan yang terover. Aku tersengih.
            “Akak kenal tak lelaki yang nama Izz Irfan?” soalku perlahan.
            “Oh, dia sekelas dengan akak tapi dia jenis yang tak banyak cakap. Lepas tu kalau dalam kelas, muka dia tang-tang nampak cam bosan aje cikgu mengajar tapi bila di soal, selamba sahaja dia jawab dengan betul. Akak pun terkejut juga.” Jelas Kak Ria. Aku tak puas hati dengan jawapan Kak Ria.
            “Ala, sikap dia pula camner? Kuat memaksa tak?” aku teruja untuk mengetahui perangai buruknya.
            “Memaksa. Tak sure. Lagi pun watak dan perwatakannya amat misteri.” Kak Ria sambil berfikir. Aku tahulah Kak Ria ni seorang penulis, tapi tak payah la cakap macam tu sekali. Macam ayat novel pula.
            Aku mengeluh. Dari tempat aku berbincang ni, aku ternampak kelibat Izz. Wajahnya serius ketika bercakap di pondok telefon. Entah siapa dia hubungi.
Dia anggap aku ni macam projek paling besar yang dia pernah buat. Ingat aku bahan uji kaji ke? Ish, bertambah bengkak hati ini. Muka aje menarik perhatian tapi hati macam hati... hati apa ya? Aku berfikir...
            “Wina!” sergah Azlin dengan mengejut.
            “Hati kambing kau! Hati Kambing!” Aku termelatah. Tak pernah-pernah aku melatah. Ini pertama kali aku melatah kerana fikirkan si Izz tu.
            “Sedap hati kata aku hati kambing.” Ada nada merajuk. Aku memandang semula Izz tetapi lelaki itu tersenyum dan menghampiri tempat kami bertiga duduk.
            “Hai semua.”
            “Hai.” Azlin menunjukkan riak wajah yang amat miang sekali. Aduh! Dah tak ingat dah yang dia merajuk tadi.
            “Maaf. Ria boleh tak awak tolong saya sesuatu?” Pinta Izz tapi mata dia sedang pandang aku. Kemahiran berkomunikasi ni mesti gagal. Cakap dengan Kak Ria tapi pandang aku pula. Aku pura-pura tak kenal. Aku pandang ke tempat lain.
            “Tolong apa?”
            “Cikgu Azmi minta saya ambil buku latihan atas mejanya tapi saya ada hal penting. Nak jumpa pengetua sekejap.” Jelasnya.
            “Baiklah. Boleh aje.”
            “Terima kasih. Saya pergi dulu.” Kata Izz. Aku hanya tengok dengan mimik muka yang paling buruk pernah aku buat dalam hidup ini. Biar dia menyesal kahwin dengan perempuan tak cantik ini.
            “Baiklah. Akak pergi dulu. Wina, jangan tayang muka macam tu. Wina nampak macam ikan termenung!” kata Kak Ria sambil ketawa terbahak-bahak. Dia meminta diri untuk ke bilik guru.
            “Akak ni....” aku mengamuk. Ikan termenung tu juga dia nak bandingkan dengan wajah aku yang putih berseri ni. Siaplah kau Izz Irfan poyo! Aku akan balas dendam juga. Aku akan kahwin dengan orang lain yang lebih sesuai dengan aku. Dalam masa 5 tahun ni aku akan cari sampai jumpa. Nanti bila kau balik, terngangalah kau. Hahaha
            Ada sedikit perasaan lega dalam hati aku.
            “Siaplah kau!” kata aku. Azlin sudah membuat muka pelik.
            “Sudahlah tu. Kau pun nak join group aku. Ikan termenung.” Kata aku sekadar bergurau.
            “Tak nak lah. Kau sorang aje yang layak.” Kata-kata Azlin membuat aku mengejar dia sehingga ke kelas. Aku sedari, Izz Irfan sedang memerhati aku dari bangunan tingkat atas dengan satu senyuman yang mempunyai pelbagai makna yang tersirat. Dan hanya dia seorang yang tahu.
            Aku perasanlah yang kau tengok aku Izz. Dengan selamba aku jelirkan lidah padanya dan sambung mengejar Azlin. Padam muka kau! Dia hanya tersenyum. Again! Amuk aku.
14
Komen

ISTERIKU VAMPIRE PART 1


"Aku mencari lelaki yang boleh buat aku rasa perlunya dia dalam kehidupan ini kerana aku seorang perempuan yang bencikan kaum lelaki"


Lelaki? Kenapa aku harus melibatkan diri dengan insan bernama lelaki. Sudah berkali-kali aku ditinggalkan mereka. Eh, bukan aku ke yang tinggalkan mereka? Hihihi..
            “Wina, kenapa kau buat Irsham macam tu? Dia betul-betul sukakan kau.” Kata Azlin. Aku pura-pura tidak mendengarnya. Lelaki semuanya sama. Hanya tahu mengambil kesempatan sahaja.
            “Dia pegang tangan aku. Aku reject. Dia tak layak!” Aku teringat apa yang berlaku semalam.
            Aku dan Irsham berjanji hendak belajar bersama-sama memandangkan mereka akan menduduki SPM.
            “Wina, tolong ambilkan pemadam tu, Sham tak sampai.” Pinta Irsham kerana pemadam itu berada dihujung meja. Dengan sengaja Irsham memengan tangan aku. Aku mulah angin. Apa kejadah lelaki ni? Aku tarik kembali tangan aku dan terus mengemas barang-barang.
            “Wina...”
            “Stop!” kataku. Irsaham hanya melihat aku mengemas barang-barang. Aku mendonggak memandang dia. Al-maklumlah tinggi macam galah.
            “Kita berpisah. Aku reject kau sebab kita bersentuhan. Selamat tinggal.” Mudahnya aku mengucap kata perpisahan dengan lelaki.
            “Tapi dia lelaki yang ke seratus dah bersama kau.” Azlin masih tidak berpuas hati.
            “Biarlah. Buat masa ni aku tak nak serius dengan mana-mana lelaki. Pelajaran itu lebih penting daripada lelaki. Aku pulang dulu. Kalau kau nak terus lepak kat sini, silakan.” Aku bangun dan mula meninggalkan kelas. Masa persekolahan sudah lama tamat.
            “Tunggu! Tunggu aku, Wina.” Azlin berlari mengejar aku. Comel betul perangai gadis seorang ini.
            Aku berjalan sambil melihat Azlin berlari dan apabila aku berpaling ke depan pula, aku memang tak perasan ada orang terus kami berlaga.
            “Aduh!” rasa nak pitam dibuatnya. Mungkin kerana lelaki itu mahu cepat.
            “Siapa nama kau?” tiba-tiba lelaki ini tanya nama. Aku mendonggak memandang lelaki yang sudah berdiri tegak itu. Kacak. Lelaki ini kacak. Hati aku berdebar kencang.
            “Aku tanya nama kau, bukan suruh kau berangan.”
            “Nama aku Syazwina Zul.” Aku berkata sambil berdiri.
            “Kelas mana?”
            “Lima Sains kejuruteraan.”
            “Jumpa aku kat bilik persatuan disiplin masa rehat esok!” lelaki itu terus berlari ke arah tandas. Dia tak tahan nak melabur ke? Aku termenung.
            “Wina, kau tak apa-apa ke?”
            “Siapa lelaki tu? Tak pernah nampak.”
            “Oh, dia pelajar tingkatan enam atas yang baru pindah masuk sini. Dia penolong ketua pengawas. Aku dengar dia dapat pangkat jadi tu disebabkan orang dalam.” Aku terpegun seketika. Aku tak percaya apa yang dikatakan oleh Azlin.
            “Kau ni wartawan ke?”
            “Itulah cita-cita aku dalam erti sebenar.” Jelas Azlin. Aku rasa macam nak gigit aje minah seorang ni.
            “Dah tak ada cita-cita lain ke?”
            “Kenapa?”
            “Sia-sia hidup kau kalau tak jadi arkitek. Belajar aje lukisan kejuteraan tapi nak jadi benda lain.” Aku mulalah tidak berpuas hati.
            “Suka hati. Aku balik dululah. Nanti ayah aku mengamuk!” Azlin terus menghilang.
            “Ayah?” Aku mula berasa ketar lutut. Aku tahu yang aku salah sebab balik lambat. Terasa perit bila aku menelan air liur ditekak ni.
            “Baru balik! Dah petang baru balik. Aku suruh pergi sekolah untuk belajar, bukannya menggatal dengan lelaki.” Rasa panas sahaja telinga aku mendengarnya.
            Aku tahu ayah seorang yang kaya. Disebabkan kekayaan dia, dia buat sesuka hati pada wanita terutamanya ibu. Dia seorang lelaki yang kuat berfoya-foya.
            Aku pernah tengok yang ayah aku pulang dalam keadaan mabuk lewat pagi. Ibu juga yang tolong memimpin ayah masuk ke bilik.
Ibu pula dikurung dalam rumah agam ini. Tidak dibenarkan keluar. Keluar pun hanya apabila bersama ayah.
            Aku terus menuju ke bilik. Aku bukan nak kurang ajar tetapi perlu ke aku hormat padanya. Lelaki yang......
            Aku mengucap dalam hati. Walaupun seteruk mana ayah tu, dia tetap ayahku. Dia tidak pernah memukulku. Dia cuma banyak membebel. Ibu bersabarlah dengan ayah.
*****
Nama aku dipanggil sebelum waktu rehat bermula untuk berjumpa dengan mamat yang aku langgar semalam. Apasal pula mamat ni panggil aku?
            Aku pergi juga ke bilik persatuan disiplin. Ini kali pertama aku jejak kaki ke bilik persatuan yang tak berapa nak popular ni sebab sekolah aku ni jarang berlaku masalah disiplin. Jika berlaku akan terus dikesan dan diambil tindakan disiplin dengan kadar segera. Mantap!
            “Syazwina Zul kan?” Tiba-tiba seorang lelaki menegurnya dari belakang dan selamba sahaja dia masuk ke dalam bilik persatuan tersebut.
            Oh, lelaki semalam ni! Lelaki itu nampak bergaya dengan gaya skemanya. Yalah pakai cermin mata. Macam poyo aje aku tengok.
            “Ya, nama aku la tu.” Aku juga masuk ke bilik tersebut.
            “Duduk!” Tegas suara lelaki itu.
            “Apa kesalahan yang aku dah buat? Aku rasa aku seorang pelajar yang baik, aktif dan  bijak.” Aku berkata dengan penuh bangga. Aku ternampak senyumannya. Apa kena mamat ni? Pertanyaan aku ni lawak ke? Nak juga aku patahkan cermin mata dia. Biarkan dia rabun sorang-sorang.
            “Kesalahannya? Nanti aku bagitau kau. Sekarang kau kena datang sini setiap hari untuk sesi kaunseling.”
            “Eh, dalam udang-undang mahkamah pun, kita kena bagitau apa kesalahan jenayah yang telah dia lakukan. Tak. Aku tak nak!” Aku sudah berdiri. Lelaki itu tersenyum lagi. Murah dengan senyumanlah mamat ni. Jual la mahal sikit. Baru cool.
            “Kesalahannya awak boleh baca di sini.” Lelaki itu menghulurkan buku tersebut. Wajahnya serius.
            Aku membacanya dengan penuh pengertian.
            “Gila!” Itu yang terkeluar daripada mulut aku ni. Kesalahan yang tak munasabah. “Takkan kerana aku langgar kau, kau nak tuduh aku melawan pengawas. Aku tak salah.” Aku rasa geram apabila dituduh macam tu.
            “Suka hati aku.”
            “Aku tak peduli.”
            “Kalau kau lawan juga, surat akan dihantar ke rumah kau dan ibu ayah kau kena datang ke sekolah.” Sebaik sahaja aku mendengar perkataan ayah, jantung aku bagai terhenti daripada berdenyut. Dapat aku bayangkan ayah datang dan mesti dia mengamuk. Tak mahu. Aku tak nak menyusahkan ibu. Aku tahu ibu selalu kena marah jika aku buat hal. Yalah. Aku seorang sahaja anaknya dan sangat nakal.
            “Yalah. Main ugut-ugut pula.” Aku mengalah. Lagi lebar senyuman lelaki itu.
            “Tandatangan kat sini?” arahnya.
            “Macam tanda tangan surat nikah sahaja aku rasa.” Aku membebel. Aku tanda tangan tanpa membaca isi dalamnya. Lelaki itu mengambil kertas yang aku tanda tangan tu dan dia tersenyum.
            “Adil, tolong fotostat kat pusat sumber ya? Banyak-banyak tau?” pintanya.
            “Baiklah!”
            Kini tinggal aku dan dia. Aku mula rasa tak sedap hati apabila dia menutup pintu bilik tersebut.
            “Kenapa kau tutup?” peluh aku dah berlumba-lumba mengalir ni.
            “Aku ingat kau dah baca isi kandungannya. Rupanya tidak.” Apalah mamat ni cakap. Macam satu ugutan yang lain pula.
            “Maksud?”
            “Kau dah setuju akan berkahwin dengan aku apabila kau berusia 22 tahun.” aku rasa macam mahu pengsan. Ingat kisah ni macam kisah dalam novel ke? Ini realiti la mamat tak sedar diri.
            “Gila!” aku mahu keluar tapi dia halang aku dengan berdiri betul-betul di pintu. Aku memang rasa macam nak terajang sahaja mamat ni. Dahlah nama tak tahu. Apatah lagi melibatkan diri dengan aktiviti yang mengarut ni.
            “Tepilah!”
            “Hahaha!” Dia ketawa. Dia .... Dia.... aku benci dia. Dia buat aku benci dia selamanya... Izz Irfan....aku benci kau!!!